Mar042025

Katalog Hansard

Dewan Negara
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Timbalan Yang di-Pertua

Dipersilakan Senator Tuan Abun Sui Anyit.

final • 10:00 AM

Tuan Abun Sui Anyit

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 1.

final • 10:00 AM

1. Tuan Abun Sui Anyit minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan, langkah-langkah dan perancangan tebatan banjir untuk mengurangkan keadaan banjir buruk yang semakin menjadi-jadi dan teruk sehingga menenggelamkan banyak rumah seperti di Sungai Trusan, Sungai Kemena dan Sungai Miri di Sarawak yang muaranya semakin cetek.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Menteri.

final • 10:00 AM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Sejahtera. Salam Malaysia Madani. Terima kasih Datuk Yang di- Pertua.

Untuk makluman Ahli Berhormat, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air atau (PETRA) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah menyenaraikan dua projek dengan jumlah kos sebanyak RM51.5 juta di bawah Rolling Plan Pertama Rancangan Malaysia Ketiga Belas ataupun RP1, Rancangan Malaysia Ketiga Belas.

Projek-projek tersebut adalah pemuliharaan Muara Batang Kemena, Bahagian Bintulu dan pemuliharaan Muara Sungai Trusan, bahagian Limbang. Skop utama projek adalah mendalamkan sungai bagi meningkatkan kapasiti sungai untuk menampung aliran air yang tinggi, terutamanya ketika musim hujan.

PETRA melalui JPS juga akan membekalkan permohonan projek pemuliharaan Muara Sungai Miri, bahagian Miri bagi pelaksanaan kerja pengerukan muara sungai dengan anggaran kos RM16.6 juta di bawah Rolling Plan Kedua, Rancangan Malaysia Ketiga Belas.

Untuk makluman Ahli Berhormat, PETRA melalui JPS sedang melaksanakan projek RTB Sungai Miri, Lembangan Sungai Miri dengan kos berjumlah RM31 juta.

Pelaksanaan projek ini melibatkan kawasan Lutong, Krokop dan Jalan Jee Foh.

Setelah siap kelak, projek ini dijangka akan memberikan perlindungan kepada lebih 5,000 penduduk daripada risiko banjir dan mengurangkan keluasan banjir seluas

final • 10:00 AM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

600 hektar. Kerja-kerja fizikal telah bermula pada Oktober 2023 dan kemajuan terkini di tapak adalah 28.16 peratus dan projek ini dijangka siap pada Januari 2026.

Sebagai penyelesaian jangka pendek, JPS melaksanakan kerja-kerja kecil di bawah projek pemuliharaan sungai untuk mengurangkan risiko banjir. Peruntukan berjumlah RM37.8 juta telah disalurkan di negeri Sarawak pada tahun 2022 sehingga 2024. Untuk melaksanakan 360 sebut harga dengan skop utama seperti kerja-kerja pengaluran sungai, kerja-kerja menstabilkan tebing sungai dan menaik taraf saluran serta struktur berkaitan bagi meningkatkan kualiti air sungai.

Senarai projek pada tahun ini pula sedang dimuktamadkan dan jumlah peruntukan adalah sebanyak RM13.1 juta. Peruntukan berjumlah RM4.92 juta telah disalurkan di Parlimen Bintulu pada tahun 2022 sehingga 2024 untuk melaksanakan 41 sebut harga. Untuk tahun ini, sejumlah RM652,000 diperuntukkan untuk melaksanakan tiga sebut harga.

Manakala untuk Parlimen Miri, berjumlah RM812,000 telah disalurkan untuk 2022 hingga 2024 iaitu untuk melaksanakan tujuh kerja sebut harga. Tahun ini, RM900,000 diperuntukkan untuk lima sebut harga.

Manakala Parlimen Limbang, untuk- sejumlah RM1.7 juta untuk tahun 2022 hingga 2024, 35 projek sebut harga dan tahun ini, RM330,000 untuk melaksanakan lapan sebut harga. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan, Tuan Abun.

final • 10:00 AM

Tuan Abun Sui Anyit

Terima kasih atas jawapan yang cukup lengkap. Saya ingin bertanya juga kerana apakah peranan yang boleh dimainkan oleh masyarakat untuk mengurangkan banjir ini, terutamanya apabila banjir ini disebabkan oleh perbuatan manusia itu sendiri. Penebangan, buang sampah dan sebagainya.

Mungkinkah saranan kementerian ataupun kerajaan juga supaya sama-sama untuk mengelakkan pembuangan sampah ini di sungai dan sebagainya. Apakah yang boleh dimainkan oleh masyarakat? Terima kasih.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua

YB Menteri.

final • 10:00 AM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Terima kasih Yang Berhormat. Saya amat setujulah bahawa masyarakat memainkan peranan utama. Sebab itu, program advokasi untuk masyarakat ini penting.

Pertama sekali, bagaimanakah kita nak menjaga sungai? Pertama, mengelakkan pembuangan sampah ataupun bahan-bahan buangan tercemar ke sungai. Itu untuk memastikan kualiti air terjaga.

Yang kedua ialah untuk membantu dan pembersihan secara gotong-royong dan sebagainya. Itu boleh bekerjasama dengan kementerian, di mana kita boleh sediakan peruntukan untuk menjalankan kerja gotong-royong.

Yang ketiga juga, sebagai mata kepada agensi kerajaan. Kalau melihat ada ciri- ciri runtuhan tebing dan sebagainya, untuk memaklumkan awal supaya kita dapat mengerjakan ataupun melakukan kerja-kerja kritikal untuk melaksanakan apa— runtuhan itu dapat dibaik pulih secepat mungkin.

Jadi, itu salah satu peranan dan kalau ada, saya amat mengalu-alukan penglibatan Ahli Parlimen sekali pun, kalau untuk melaksanakan program advokasi kepada masyarakat kita. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 10:00 AM

Puan Susan Chemerai Anding

Soalan tambahan.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan ya, Puan Susan.

final • 10:00 AM

Puan Susan Chemerai Anding

Adakah sebarang kajian dibuat untuk melihat kepada kawasan-kawasan manakah yang berisiko banjir besar seperti di Bintulu tempoh hari, memandangkan kekerapan cuaca ekstrem yang tidak menentu? Terima kasih.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua

YB Menteri.

final • 10:00 AM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Terima kasih Yang Berhormat. Tahun 1994, memang ada kajian dilaksanakan oleh JICA, tetapi ia membuat kajian terpilih, bukan keseluruhan kawasan di seluruh negara dibuat dan untuk mengenal pasti, khususnya, muara-muara sungai. Disebabkan mendapan daripada aliran dan sebagainya, jadi muara sungai makin cetek. Bila makin cetek, menyebabkan alirannya tidak baik dan akhirnya boleh menyebabkan limpahan banjir, bila berlaku sama ada hujan lebat ataupun air pasang besar di laut.

final • 10:00 AM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Untuk itu, dalam tahun lepas, Disember tahun lepas, kita juga lanjutan daripada kajian yang dilaksanakan oleh JICA, kita telah melantik konsultan untuk melaksanakan kajian di seluruh muara sungai di Malaysia untuk kita kenal pasti sebab kita kategorikan muara sungai ini dalam beberapa kategori. Kategori satu, dua dan tiga. Satu, untuk stabil.

Dua, maknanya signifikan, perlu diambil perhatian. Yang ketiga itu kritikal, jadi mana sungai-sungai muara sungai kritikal ini, kita kena berikan keutamaan untuk membuat kerja-kerja khususnya untuk kita korek- pengorekan, pelebaran dan mengukuhkan muara- muara sungai supaya ini akan dapat mencegah daripada berlakunya banjir pasang.

Cuma, cabaran kita ialah daripada segi peruntukan. Kadang-kadang kita mohon peruntukan untuk melaksanakan keseluruhan projek, tapi kadang kita tidak dapat untuk melaksanakan yang kritikal itu sekalipun, tapi itu akan terus kita usahakan dan diharapkan dengan apa yang sedang dijalankan ia dapat mengurangkan risiko banjir di seluruh negara, tapi apa pun kita laksanakan, sekarang ini ialah zaman orang kata perubahan iklim. Jadi perubahan iklim, cuaca yang makin tidak menentu, hujan makin lebat dan saya kata apa yang berlaku di Bintulu yang belum pernah berlaku banjir sebesar itu. Jumlah hujan satu hari ialah 900 milimeter.

Kalau digabungkan hujan harian, itu jumlah sebulan hujan turun dalam satu hari dan hujan itu berturut-turut tiga hari. Sebab itu banjir besar berlaku. Jadi, yang penting sekarang ini kita cuba mencari jalan untuk mitigasilah Datuk Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Sekarang saya jemput Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Ramli.

final • 10:10 AM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.

Soalan saya, soalan nombor 2.

final • 10:10 AM

2. Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli minta Perdana Menteri menyatakan, bagaimana kementerian memberi jaminan bahawa lesen penjaja Bazar Ramadhan di sekitar Wilayah Persekutuan tidak lagi dimanipulasikan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab seperti sebelum ini.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua

YB Menteri.

final • 10:10 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pelaksanaan Bazar Ramadan bagi tahun 2025 ini telah diambil alih penganjurannya sepenuhnya oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atau DBKL dengan melibatkan 40 buah lokasi Bazar Ramadan dan dua Bazar Aidilfitri.

Pelaksanaan penganjuran bazar ini bermula daripada peringkat pengurusan dan permohonan lesen, penyediaan tapak dan logistik serta juga kawalan dan pemantauan di tapak sepanjang bazar berlangsung. Daripada aspek permohonan lesen bazar, para

final • 10:10 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa

peniaga perlu membuat permohonan secara terus melalui dalam talian dan proses ini tidak melibatkan pihak ketiga atau orang tengah untuk membuat permohonan. Seterusnya, penentuan petak-petak bazar ini juga ditentukan melalui proses cabutan undi yang ditayangkan secara langsung melalui Facebook rasmi DBKL.

Manakala bagi petak-petak yang masih terdapat kekosongan, permohonan telah dibuka semula dengan kaedah first come, first serve dengan izin, untuk memberi peluang kepada para peniaga mendapatkan petak bazar ini. Melalui pengurusan dan penawaran secara terus kepada permohonan atau peniaga, DBKL yakin, tiada manipulasi atau penjualan tapak berlaku lagi. Agak mengecewakan, apabila masih terdapat cubaan penjualan tapak yang dikesan melalui WhatsApp, Yang Berhormat.

Saya ada nombor telefon individu tersebut dan kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang lebih tegas. DBKL juga telah mengambil tindakan dengan membuat laporan polis bagi membendung mana-mana pihak yang dikesan ingin mengambil kesempatan untuk memanipulasikan lesen-lesen Bazar Ramadan bagi tahun ini. Tahun ini sebenarnya merupakan tahun pertama Yang Berhormat pelaksanaan bazar tanpa melibatkan pihak ketiga dengan kawalan penuh pengurusan bazar ini dilakukan oleh pihak DBKL.

Tindakan penambahbaikan akan diambil mengambil kira isu dan kelemahan yang dihadapi dengan penganjuran bazar pada tahun ini. beberapa maklum balas juga telah diterima dan ada portal berita yang melaporkan bahawa peniaga Bazar Ramadan di Ibu Negara menzahirkan rasa lega dengan sewaan tapak yang munasabah tanpa melibatkan pihak ketiga ini dan sebelum ini mereka begitu terbeban dengan sewa tapak yang terlalu tinggi hingga sukar untuk mengimbangi kos-kos tersebut dengan harga jualan.

Jadi sewa yang dikenakan oleh DBKL sangat rendah Yang Berhormat, hanya RM500 dan ini termasuk cagaran sebanyak RM200 yang akan dipulangkan sekiranya peniaga tidak melanggar apa-apa syarat lesen. Amaun ini antara terendah jika dibandingkan dengan sewaan mungkin di bandar-bandar lain yang saya kira mencecah ribuan ringgit masih diuruskan oleh pihak-pihak lain.

Di Wilayah Persekutuan Putrajaya, kita ada empat buah tapak bazar Ramadan yang beroperasi di Putrajaya iaitu Presint 3, Presint 11, Presint 14 dan juga Presint 16 serta satu Bazar Syawal yang melibatkan jumlah keseluruhan 1,054 orang peniaga yang diuruskan secara terus oleh Perbadanan Putrajaya. Manakala di Labuan pula, kita ada tujuh Bazar Ramadan yang dibuka pada tahun ini dengan anjuran Perbadanan Labuan dan juga beberapa- penganjur lain. Perbadanan Labuan akan membuka bazar di dua buah lokasi iaitu di Labuan Walk dan juga Anjung Selera Durian Tanjung yang melibatkan 255 permohonan lot bazar.

Jadi, Perbadanan Putrajaya dan Labuan turut memberikan jaminan tiada lesen penjaja kepada peniaga Bazar Ramadan yang akan dimanipulasikan dan penguatkuasaan oleh pegawai pengawal Perbadanan Putrajaya dan Labuan juga akan dilaksanakan secara berkala sepanjang Ramadhan bagi tahun 2025 ini. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan Datuk Hatta.

final • 10:10 AM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Terima kasih Datuk Seri Yang di- Pertua. Menteri, terima kasih atas jawapan. Ini juga merupakan satu reform implementasi, bukan reform institusi, institusi yang sama. Ia nya merugikan pihak ketiga yang selama ini mendapat untung laba dengan mudah dan ia nya menguntungkan peniaga yang kos mereka turun.

Soalan saya, bagaimana tentang pengguna, adakah setakat dua hari pelaksanaan ini yang kita lihat ada kekurangan atau penurunan harga-harga barang makanan ataupun bahan jualan yang boleh memberikan nikmat kepada pengguna- pengguna kerana penjual sudah kurang kos pengendalian. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri, sudah ada kajian YB Menteri? Dua hari pelaksanaan.

final • 10:10 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Dua hari pelaksanaan. Alhamdulillah Datuk Yang di- Pertua. Jadi, kalau kita tengok sebenarnya, kita juga ada komen-komen yang positif Yang Berhormat daripada peniaga yang dengan kadar yang rendah ini, mereka kata hari pertama mereka meniaga dah balik modal. Jadi, ini satu perkara yang sangat baiklah yang kita kira peniaga sangat menghargai usaha-usaha yang kita laksanakan ini.

Manakala bagi pihak pengguna, tentang harga jualan ini, walaupun masih ada lagi kita dengar aduan-aduan ataupun komen-komen di media sosial yang menyatakan harga yang masih lagi sama dengan yang sebelum tahun-tahun sebelum ini, tetapi saya kira sepatutnya dengan harga yang sewaan yang rendah ini, membenarkan kerajaan untuk mengurangkan fenomena yang kita akan panggil AliBaba lah ataupun, dengan izin, rent seeking ini.

Ini sebenarnya berpotensi membantu peniaga untuk menjual pada harga yang lebih kompetitif. Namun faktor lain seperti kos bahan mentah serta margin keuntungan individu masih menjadi penentu utama harga jualan ini Yang di-Pertua. Untuk memastikan harga yang lebih berpatutan, beberapa mekanisme pemantauan juga kita lakukan dengan kerjasama KPDN, pemantauan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang juga sebenarnya meletakkan pegawai mereka di tempat bazar-bazar utama untuk memastikan tanda harga dan mengambil tindakan terhadap peniaga yang meletakan harga yang mungkin tidak munasabah.

Jadi kita juga ada sistem pengaduan, sistem aduan pengguna. Jadi pembeli sebenarnya boleh— yang merasakan mungkin harga yang tidak berpatutan boleh sebenarnya membuat aduan terus kepada eAduan KPDN ini. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Manolan bin Mohamad

Soalan tambahan Datuk.

final • 10:10 AM

Datin Hajah Ros Suryati binti Alang

Soalan tambahan.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua

YB Manolan. Dia bangun dulu.

final • 10:10 AM

Tuan Manolan bin Mohamad

Terima kasih Datuk. Soalan tambahan saya, saya ada tengok di media sosial. Di Wangsa Maju, Bazar Ramadan dia sangat baik dan menarik— panjang, kan. Itu satu perubahan yang baik.

Soalan tambahan saya, apakah Bazar Ramadan ini mempunyai potensi sebagai produk pelancongan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 dan bagaimana kerajaan akan memastikan Bazar Ramadan ini tetap menawarkan juadah dan kuih tradisional dan bukannya makanan yang viral semata-mata. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan menarik YB Menteri.

final • 10:10 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Soalan memang menarik Datuk Seri Yang di-Pertua.

Jadi, sebenarnya memang komen-komen ini kita sentiasa juga dengar dan baca di media sosial ini. Saya kira mungkin warga-warga emaslah seperti saya mungkin dan beberapa- lain di sini yang mungkin, masih ada lagi nostalgia kepada makanan-makanan tradisi kita.

Jadi— tapi itulah, bila zaman berubah, kita tahu bahawa cita rasa juga turut berubah. Jadi, peniaga Bazar Ramadan ini memang menawarkan juadah yang mungkin sesuailah dengan zaman terkini, tapi masih lagi sebenarnya kalau Yang Berhormat boleh mencari beberapa buah lokasi Bazar Ramadan kita, masih lagi jual macam contoh makan- makanan seperti tepung pelita ada, tepung pelita viral pun ada. Kemudian, mungkin juga lompat tikam, bingka, macam-macamlah tradisi— apa ini, kuih-kuih tradisi Melayu.

final • 10:10 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Di samping itu, kita juga boleh lihat juga ramai yang berniaga— resipi-resipi daripada Korealah, pelbagai, Datuk Yang di-Pertua, tapi saya berpandangan bahawa Bazar Ramadan ini sebenarnya boleh kita datangkan dengan konsep-konsep yang tertentu yang mana konsep-konsep itu sebenarnya boleh menarik pelancong, sama ada pelancong dalaman, domestik mahupun pelancong antarabangsa.

final • 10:20 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Saya lihat satu di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) contohnya, dia ada Bazar Ramadan yang menjualkan— dia kata bahan-bahan makanan yang T20, ala-ala hotel.

Ala-ala hotel 5 Bintang, jadi ini juga jadi viral.

Saya kira mungkin kita boleh juga adakan konsep yang mungkin tradisi, saya kira mungkin tahun hadapanlah tahun ini kita tak sempat ya. Konsep yang sebegini menjual apa, makanan-makanan tradisi dengan konsep-konsep tradisi, pakaian tradisi dan sebagainya. Mungkin kita boleh fikirkan untuk kita jadikan sebagai tarikan pelancong pada masa akan datang.

Jadi, tetapi saya kira dalam keadaan Bazar Ramadan kini yang telah kita ubahsuai dan kita tambah baik dengan adanya pintu gerbang, kemudiannya dengan khemah yang seragam, dengan pakaian peniaga yang juga seragam kita bagikan apron dan topi yang sama. Kemudian, kita juga lihatkan keadaannya lebih bersih, saya kira itu juga boleh menjadi satu tarikan pelanconglah dan insya-Allah kita memang bersedia untuk Tahun Melawat Malaysia 2026 ini, memperbaiki produk-produk kita selain Bazar Ramadan untuk kita menarik pelancong asing. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Datin Ros nak tanya juga?

final • 10:20 AM

Datin Hajah Ros Suryati binti Alang

Boleh?

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Okey tak apalah, memandangkan isu ini topikal bulan Ramadan ini, saya benarkan soalan Datin.

final • 10:20 AM

Datin Hajah Ros Suryati binti Alang

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.

Soalan saya berkait juga dengan bulan Ramadan ini. Saya cuma nak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, bagaimana DBKL memantau kedai-kedai di kawasan Masjid India, Chow Kit dan plaza-plaza di sekitar Kuala Lumpur— perniagaannya dikawal dan diusahakan 100 peratus oleh bukan Warganegara Malaysia? Apakah lesen-lesen semua kedai tersebut diberi kepada warganegara dan mereka menyewa kepada pihak ketiga?

Adakah ini dibenarkan oleh DBKL? Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri.

final • 10:20 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Soalannya lari dari Bazar Ramadan.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Kalau Yang Berhormat Menteri tak hendak jawab, boleh.

final • 10:20 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Saya kira saya pernah menjawab ini di Dewan Rakyat.

Jadi saya akan beri jawapan itu secara bertulis kepada Yang Berhormat Senator. Boleh ya?

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua

[Ketawa]

final • 10:20 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Bulan puasa, bagilah peluang kepada Menteri.

[Ketawa] Sekarang saya jemput Datuk Bobbey Ah Fang Bin Suan.

final • 10:20 AM

Datuk Bobbey Ah Fang Bin Suan

Terima kasih Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 3.

final • 10:20 AM

3. Datuk Bobbey Bin Suan minta Menteri Ekonomi menyatakan, status semasa kemiskinan relatif dan tegar di Sabah serta agenda pembasmiannya menerusi RMK12.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua.

Berdasarkan laporan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIES) terkini pada

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

tahun 2022 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, negeri Sabah mencatatkan insiden kemiskinan 19.7 peratus, insiden kemiskinan tegar 1.2 peratus dengan miskin relatif adalah 14.5 peratus.

Kerajaan turut mengumpul data di bawah Bank Data Kemiskinan Nasional atau eKasih oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri. Data ini diperoleh menggunakan pendekatan survey secara bersemuka di lapangan untuk setiap isi rumah yang dikenal pasti. Berdasarkan data eKasih sehingga 15 Januari 2025, terdapat sejumlah 68,250 isi rumah miskin dan 13,440 isu rumah miskin tegar yang direkodkan di Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, usaha mengatasi kemiskinan khususnya dalam menoktahkan kemiskinan tegar dilaksanakan berdasarkan inisiatif jangka pendek, sederhana dan panjang. Bagi jangka masa pendek, kerajaan menyediakan pelbagai inisiatif antaranya Sumbangan Tunai Rahmah, Sumbangan Asas Rahmah, subsidi kepada pekebun kecil serta projek pembaikan melibatkan infrastruktur luar bandar dan program pembasmian kemiskinan.

Bagi strategi jangka masa sederhana dan panjang, di bawah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas, pelbagai ikhtiar akan diteruskan kerajaan dalam usaha mengatasi kemiskinan dan menoktahi kemiskinan tegar terutamanya di Sabah ini termasuklah:

(i) meningkatkan pendapatan seperti penanaman nanas secara berkelompok oleh 450 orang peserta di Kampung Gana, Kota Marudu di bawah inisiatif pendapatan rakyat;

(ii) mewujudkan peluang pekerjaan seperti penyediaan latihan kepada 1,400 peserta dalam bidang kraf tangan di bawah Program Khas Anak Negeri Sabah;

(iii) meningkatkan akses kesihatan seperti pembinaan Pusat Darah Wilayah untuk meningkat perkhidmatan transfusi di Sabah;

(iv) meningkatkan tahap ketersambungan infrastruktur seperti pembinaan Lebuhraya Pan Borneo; dan

(v) akses dalam bandar dan luar bandar serta liputan digital di bawah JENDELA; Sekitar strategi dan inisiatif ini akan terus dilaksanakan melalui kerjasama Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, sektor swasta, akademia dan pertubuhan bukan kerajaan selaras dengan pendekatan keseluruhan negara agar isu kemiskinan terutamanya miskin tegar dapat diatasi. Sekian. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih, soalan tambahan Datuk Bobbey.

final • 10:20 AM

Datuk Bobbey Ah Fang Bin Suan

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua dan terima kasih juga kepada Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan tadi, tapi apa yang saya ingin tanyakan di sini oleh sebab kita maklum bahawa kemiskinan ini di Sabah terutamanya masih tinggi, walaupun sudah beberapa tahun kita lakukan sesuatu yang terbaik antara kerajaan negeri dan juga Kerajaan Pusat, tapi adakah hasrat kerajaan pusat untuk mempertimbangkan, memperluaskan pusat pendaftaran eKAsih sekarang ini selain daripada pejabat daerah dan juga pejabat kemajuan negeri sahaja?

Adakah kita menambah pusat-pusat untuk mencari mereka yang benar-benar miskin ini oleh sebab banyak apa ini? Senarai yang kita dapati ini tidak semua yang kita dapat senaraikan dengan sempurna? Jadi, adakah kita extend pejabat-pejabat untuk mencari benar-benar pihak kelompok yang miskin ini? Supaya kita dapat mengatasi, apa program yang terbaik bagi mereka. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri.

final • 10:20 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Kita telah melaksanakan PADU adalah untuk mendapatkan sebanyak yang boleh daripada segi maklumat ketua isi rumah untuk memahami secara mendalam, okey dan ini juga termasuk daripada segi agensi-agensi di bawah Kementerian Ekonomi turun ke bawah, ke kawasan yang tidak mempunyai akses juga.

Dari sana kita juga ingin memastikan supaya mengurangkan daripada segi meninggalkan orang yang perlu bantuan itu dan daripada itu adalah sebabnya kita memastikan bahawa kita menggunakan bukan sahaja dari segi eKasih, PADU tapi HIES supaya merangkumi yang sebanyak yang boleh, tetapi insya-Allah saya akan bertanyakan lagi supaya dapat memberikan maklum balas yang lebih terperinci untuk Yang Berhormat Senator. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Datuk Edward Linggu Bukut

Datuk Speaker, soalan tambahan.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan silakan.

final • 10:20 AM

Datuk Edward Linggu Bukut

Datuk Speaker, tadi kita dikatakan kadar kemiskinan yang agak tinggi di Sabah. So, untuk dapat melihat, meninjau seberapa cepat kemajuan peningkatan, pengurangan kadar kemiskinan tadi, adakah usaha daripada kementerian untuk mengadakan research ataupun kajian dalam mungkin tiga bulan sekali kah atau enam bulan sekali. Instead of tunggu satu tahun sekali, supaya kalau kita buat lebih cepat. Sekurang-kurangnya kita boleh attack ataupun kita boleh cari jalan macam mana menyelesaikan masalah kadar kemiskinan tadi. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Terima kasih Yang Berhormat, insya-Allah kita akan cadangkan daripada segi apa yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Senator.

Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Alright. Seterusnya saya jemput Tuan Michael Mujah Lihan.

final • 10:20 AM

Tuan Michael Mujah Lihan

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 4.

final • 10:20 AM

4. Tuan Michael Mujah Lihan minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan, adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk menaik taraf jalan balak di Sarawak yang sering rosak dan tidak selamat untuk kegunaan awam. Berapa peratus kemajuan kerja-kerja naik taraf yang telah dilaksanakan di kawasan Parlimen Hulu Rajang.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Senator. Datuk Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, kementerian ini telah diluluskan 98 projek dengan keseluruhan kos projek berjumlah RM9.04 bilion untuk Sarawak di bawah Program Jalan Luar Bandar.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Daripada 98 projek tersebut, 11 projek melibatkan projek menaik taraf bekas jalan balak di seluruh Sarawak dengan keseluruhan kos berjumlah RM759 juta. Untuk makluman Yang Berhormat juga, terdapat sembilan projek Jalan Luar Bandar telah diluluskan di Parlimen Hulu Rajang dengan kos berjumlah RM674.9 juta. Dua daripadanya merupakan projek menaik taraf bekas jalan balak dan kedua-dua berstatus dalam peringkat pembinaan.

Kemajuan fizikal bagi Projek Menaik Taraf Jalan Balak ke Penempatan Semula Tegulang (Fasa 5) di Kapit, Sarawak adalah 44.24 peratus dan dijangka siap Oktober 2025. Manakala kemajuan fizikal projek Menaik Taraf Jalan Balak ke Penempatan Semula Metalun (Fasa 6) di Kapit, Sarawak adalah 5.73 peratus dengan projek ini dijangka siap

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

pada Mac 2027. Agensi pelaksana bagi kedua-dua projek ini adalah Jabatan Kerja Raya Sarawak. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan.

final • 10:30 AM

Tuan Michael Mujah Lihan

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua, terima kasih YB Timbalan Menteri atas jawapan yang jelas tadi. Soalan tambahan saya ialah selain projek menaik taraf jalan bekas balak, adakah KKDW mempunyai perancangan untuk menaik taraf Jalan Jiwa Murni yang sebelum ini dibina oleh kerajaan yang telah mengalami kerosakan akibat kekurangan penyelenggaraan. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri.

final • 10:30 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, program Jalan Jiwa Murni diwujudkan oleh Kementerian Pertahanan bagi menyediakan infrastruktur jalan asas di kawasan pendalaman terutamanya Sarawak bagi membuka akses perhubungan penduduk di kawasan pendalaman ke pekan terdekat dan fasiliti awam seperti sekolah dan klinik kesihatan. Isu Jalan Jiwa Murni yang telah siap adalah ia tidak dapat di selenggara secara rutin dan menyebabkan jalan tersebut mudah rosak.

Di peringkat Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, kementerian ini telah menerima permohonan daripada Kerajaan Negeri Sarawak untuk menaik taraf beberapa Jalan Jiwa Murni ke spesifikasi dan piawaian jalan JKR. Ini bagi membolehkan jalan ini nanti apabila siap dapat diserahkan kepada JKR Sarawak untuk didaftar dalam sistem MARRIS. Seterusnya mendapat peruntukan penyelenggaraan jalan berterusan. Setakat ini, sebanyak enam projek naik taraf Jalan Jiwa Murni dengan kos keseluruhan RM343.63 juta telah diluluskan di bawah program Jalan Luar Bandar.

Di samping itu, KKDW juga telah mendapat peruntukan khas daripada Kementerian Ekonomi berjumlah RM84.05 juta pada tahun 2023 bagi melaksanakan projek membaik pulih Jalan Jiwa Murni di Sarawak yang melibatkan empat projek di Lawas, Limbang dan juga Miri. Satu daripada empat projek ini telah siap dan tiga dalam proses pelaksanaan JKR Sarawak. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Bobbey Ah Fang Bin Suan

Datuk, soalan tambahan...

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Orang Sabah hendak tanya soalan fasal Sarawak?

final • 10:30 AM

Datuk Bobbey Ah Fang Bin Suan

Ya.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Bolehlah, silakan Datuk Bobbey.

[Ketawa]

final • 10:30 AM

Datuk Bobbey Ah Fang Bin Suan

Tadi disebutkan dalam soalan ini ialah jalan balak. Jadi, di Sabah ini sebenarnya memang jalan balak yang paling banyak dari jalan JKR terutama di kawasan luar bandarlah, Pensiangan seperti kawasan saya. Jadi, adakah kerajaan ataupun kementerian bercadang untuk mengambil alih jalan-jalan ini sama ada kementerian ini ataupun Jabatan Kerja Raya. Ada kah hasrat seperti begitu? Terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua

YB Menteri, soalan ini luar daripada soalan, tapi terpulang kalau YB hendak jawab.

final • 10:30 AM

Datuk Bobbey Ah Fang Bin Suan

Dia sebut kayu balak.

final • 10:30 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Okey, saya cuba jawab. Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman, memang banyak permohonan untuk membina atau menaik taraf jalan-jalan balak di Sarawak dan juga di Sabah. Namun begitu, KKDW mempertimbangkan projek berkenaan di bawah Jalan Luar Bandar apabila jalan berkenaan benar-benar tidak beroperasi lagi. Maksudnya aktiviti balak tidak dijalankan lagi di kawasan berkenaan.

Permohonan ini biasanya datang dari kerajaan negeri. Sebenarnya untuk makluman, memang kita telah pun mengambil tindakan menaiktaraf jalan-jalan balak dan

final • 10:30 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

telah banyak diluluskan, telah banyak diluluskan, bukan sahaja di Sarawak, malah juga di Sabah sebagai jalan baharu di bawah Jalan Luar Bandar di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Sekarang saya jemput Datuk Lim Pay Hen.

final • 10:30 AM

Datuk Lim Pay Hen

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua, soalan saya nombor 5.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri...

final • 10:30 AM

Datuk Lim Pay Hen

MOTAC.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri...

[Ketawa]

final • 10:30 AM

5. Datuk Lim Pay Hen minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan, apakah usaha yang telah dilaksanakan kementerian untuk menambah tarikan pelancongan baharu dalam negara bagi memastikan sasaran pendapatan sebanyak RM147.1 bilion menerusi industri pelancongan negara dapat dicapai.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Datuk Yang di-Pertua, kementerian menggalakkan pihak swasta, kerajaan- kerajaan negeri dan agensi-agensi kerajaan dalam membina, membuka tarikan-tarikan pelancongan baharu seperti taman tema, muzium dan hutan lipur. Tourism Malaysia sentiasa mempromosikan tarikan-tarikan pelancongan baharu terutama yang berpotensi menarik pengunjung dan pelawat asing.

Antara produk tarikan pelancongan baharu pada tahun 2024 yang di promosikan adalah seperti berikut:

(i) Antarctic Snow World, Pulau Pinang;

(ii) Borneo Paragliding, Ranau, Sabah;

(iii) Eagle's Nest SkyWalk, Langkawi;

(iv) Encore Melaka, Melaka

(v) Glow Planet Penang, Pulau Pinang;

(vi) Kampung Warisan Budaya, Kuala Kangsar, Perak;

(vii) KK Upside Down Museum, Sabah;

(viii) Mayang Mall, Terengganu;

(ix) Pusat Perdagangan Chow Kit (PPCK) Mall, Kuala Lumpur;

(x) Putrajaya Wetland Adventure Park, Putrajaya;

(xi) REXPERIENCE, Kuala Lumpur;

(xii) Setiu Adventure Park, Lata Ulu Kasar, Terengganu;

(xiii) SnowLim Wonderland, Negeri Sembilan; dan

(xiv) The Exchange TRX Shopping Mall, Kuala Lumpur.

Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Baik, soalan tambahan, Datuk Lim.

final • 10:30 AM

Datuk Lim Pay Hen

Terima kasih atas jawapan yang telah diberi oleh Timbalan Menteri tadi. Soalan tambahan saya ialah apakah rancangan khusus pihak kementerian bagi meningkatkan kadar pelancongan Johor khususnya Mersing? Apakah bentuk kerjasama yang telah dibincangkan antara MOTAC dan kementerian bagi meningkatkan

final • 10:30 AM

Datuk Lim Pay Hen

rantaian fasiliti dan akses mudah ke Mersing bagi mewujudkan satu ekosistem pelancongan bertaraf antarabangsa?

Sebagai contoh, pelancongan di kawasan perairan Terengganu dan Pahang bertambah rancak setelah Lebuhraya Pantai Timur dibuka dan akan datang ECRL. Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri.

final • 10:30 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Terima kasih Yang Berhormat Senator.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, MOTAC melalui Tourism Malaysia pada tahun ini akan merancang dua bentuk program di Mersing. Program pertama ialah Johor Dive and Underwater Photography dijangka diadakan pada Jun 2025 dan Mersing Island Hopping and Beach Cleanup pada bulan Ogos 2025. Kita tahu melalui kedua-dua program yang kita bakal laksanakan ini pasti membuka satu ruang dan lembaran baharu pada Mersing supaya ia dapat diperkenalkan bukan sahaja kepada rakyat kita, tetapi juga rakyat di luar dari Malaysia, itu pertama.

Keduanya, balik kepada soalan berkenaan dengan infrastruktur. Apabila kita sentuh bab infrastruktur ini ia bukan sahaja melibatkan pihak kementerian. Ia juga melibatkan pihak kementerian yang lain-lain dan juga agensi-agensi yang turut sama melihat dan memperhalusi apakah jenis bentuk infrastruktur dan apakah perlu ia dinaik taraf dan sebagainya. Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Soalan tambahan?

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Boleh Dato’ Salehuddin.

final • 10:30 AM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Okey, terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan saya apa langkah kerajaan dalam membawa masuk pelancong- pelancong daripada Middle East. Sebab kita boleh juga mem-promote-kan negara kita sebagai destinasi mesra Muslim terbaik. Sebab itu memang terkenal di negara kita ini.

final • 10:30 AM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Jadi, sekarang ini kelihatan bahawa fokus kita lebih kepada sebelah China, Taiwan dan Hong Kong tapi bagaimana dengan Middle East ini? Adakah kita boleh mempromosikan negara kita sebagai satu- tempat halal hub untuk kita dapatkan jumlah pelancongan yang lebih ramai? Terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua

YB Menteri.

final • 10:40 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Terima kasih Yang Berhormat Senator.

Kita ada dua perkara untuk kita memberikan tarikan yang luar biasa kepada para pelancong di Timur Tengah.

Pertama ia melalui cultural diplomacy yang telah diberikan peruntukan khas daripada Kementerian Kewangan untuk kita memperagakan dan juga memperkenalkan budaya kita. Ini kerana kalau kita melihat aspek percutian itu semata-mata tanpa pengisian yang boleh memberikan identiti sebenarnya tentang negara kita, ia tidak membawa keistimewaan.

Keduanya juga, bagaimana kita untuk mempertahankan kedudukan kita di dunia ini berkenaan dengan Muslim friendly travel hospitality ataupun pelancongan mesra Muslim. Ia sentiasa dipergiatkan dan kita tahu ini mempunyai pasaran yang cukup besar.

Kita patut bersyukur di negara kita ini kemudahan berkenaan dengan Muslim friendly travel hospitality ataupun pelancongan mesra Muslim ini sudah terjalin, sudah tersedia. Ia hanya perlu kita memperketat lagi dan memperkasakan lagi bidang ini dan sememangnya ini menjadi agenda yang turut diletakkan sebagai satu perkara yang penting dalam kementerian ini. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Ya. Sekarang saya jemput Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris

final • 10:40 AM

Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris

Bismillahi Rahmani Rahim. Datuk Yang di- Pertua, pohon penjelasan, soalan saya nombor 6.

final • 10:40 AM

6. Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan, usaha kementerian membantu pekebun kecil yang beralih kepada kelapa sawit dan adakah kementerian berhasrat meningkatkan kadar bantuan kepada pekebun kecil yang mengusahakan tanaman integrasi seiring tanaman kelapa sawit di kebun mereka.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua

YB Menteri.

final • 10:40 AM

Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.

Pihak kerajaan tidak memberikan sebarang bantuan untuk penanaman baharu, tetapi kita bagi bantuan untuk penanaman semula. Sekiranya mana-mana pekebun kecil yang ada tanam getah, kemudian dia menukar kepada kelapa sawit, itu tidak ada bantuan yang diberi oleh kerajaan. Ini adalah kerana kita nak menekankan betapa pentingnya setiap— ladang-ladang kelapa sawit yang kita keluarkan kelapa sawit ini, dia mesti memenuhi prasyarat sustainable palm oil punya production. Sebab itu kalau kita nak menukar daripada getah ke kelapa sawit, pertama kita kena apply dulu kepada kerajaan negeri untuk tukarkan status.

Apa yang berlaku sebelum-sebelum ini, ladang getah ini ditukar tanam kelapa sawit, tetapi Title masih getah. Maka sebab itu, kerajaan tak galakkan untuk bantuan kepada penukaran ini, tetapi kalau penanaman semula, kita ada beri penanaman semula kepada pekebun kecil. Tahun lepas, kita allocate RM100 juta dan habis dah pakai RM100 juta, 50 peratus daripada RM100 juta itu kita bagi geran.

Tahun ini ada RM100 juta lagi dan saya telah memberitahu kepada pihak MPOB untuk kena bagi penerangan yang jelas kepada pekebun-pekebun kecil supaya mereka mengambil peluang ini untuk mengambil geran 50 peratus ini untuk tanam semula. Di samping itu, ada soalan yang ditanya juga oleh Yang Berhormat iaitu sama ada kerajaan memberi insentif skim integrasi ternakan atau tanaman dalam ladang-landang kelapa sawit, memang kita ada beri insentif-insentif ini kepada pekebun-pekebun kecil. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan, Haji Nasir.

final • 10:40 AM

Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris

Yang Berhormat Menteri, terima kasih Yang di-Pertua. Persoalan tentang tambahan, orang kata apa bantuan. Soalan saya tentang jumlah bantuan yang perlu diberikan kepada pekebun-pekebun kecil kita kerana setakat ini, tanaman integrasi yang diberikan dihadkan sekitar dua hektar. Jadi, adakah kerajaan bercadang untuk nak tambah jumlah keluasan untuk petani kita tanam tanaman integrasi berkenaan.

Kedua, adakah kementerian bercadang untuk nak tambah jenis tanaman, tanaman integrasi tadi yang kita dok ada serai, pisang, cendawan, betik. Kot-kot ada perancangan ataupun kajian untuk kita tambah jenis tanaman yang boleh disesuaikan dengan tanaman integrasi di kelapa sawit. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua

YB Menteri.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Terima kasih Yang Berhormat. Bantuan yang kita bagi untuk tanaman integrasi ini, jadi kita bagi jumlah lebih kurang RM15,000.

Jadi, kalau kita tanam, contoh kalau kita bela ayam ataupun kita bela itik, kita bagilah RM15,000 iaitu reban RM3,500, kemudian input untuk tanam-tanaman kita bagi.

Untuk kita punya cash crop ini, setakat hari ini kita ada nanas, pisang, tembikai, betik, jagung, serai, cendawan, tapi kalau ada lagi tanam-tanaman, tapi janganlah ketum,

final • 10:40 AM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

janganlah, tapi yang lain itu okey, kita cubalah tengok ya. Kita akan tolong. Okey, ada.

Terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan.

final • 10:40 AM

Datuk Edward Linggu Bukut

Soalan tambahan.

final • 10:40 AM

Tuan Che Alias bin Hamid

Datuk Speaker.

final • 10:40 AM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

[Bangun]

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Tuan Che Alias. Tadi YB Edward dah dapat peluanglah...

[Ketawa]

final • 10:40 AM

Tuan Che Alias bin Hamid

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, sepertimana yang kita sedia maklum bahawa skim persijilan MSPO penting buat pekebun kecil bagi memastikan minyak sawit mentah CPO yang dikeluarkan oleh para pekebun ataupun kumpulan ini dapat terus dieksport. Oleh itu, soalan saya, bagaimanakah pihak kementerian memastikan bahawa pekebun kecil mendapat manfaat daripada persijilan ini? Apakah strategi kementerian dalam memastikan pekebun kecil mendapat akses kepada pasaran antarabangsa bagi produk kelapa sawit? Terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua

YB Menteri.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Terima kasih Yang Berhormat. Apa yang kita buat ialah untuk pekebun kecil, kerajaan telah memperuntukkan RM50 juta untuk memastikan setiap- pekebun-pekebun kecil ini, tanah-tanah mereka ini, kita boleh masukkan dalam sistem MSPO. Banyak- pekebun-pekebun kecil, dia tak proses buah itu.

Dia cuma tanam, keluarkan buah dan hantar kepada kilang-kilang. Maka kilang-kilang ini, dia di-certify sebagai Malaysian Sustainable Palm Oil punya certificate dia ada, tetapi kalau ladang itu tidak memenuhi MSPO itu, maka selalunya kilang tidak akan ambil.

Jadi apa yang kita nak supaya 450 buah kilang kelapa sawit ini semua ini akan comply dengan MSPO, maka semua smallholders kita ini, pekebun-pekebun kecil ini, pengeluaran dia juga kita bersesuaian dengan MSPO punya standard. Jadi apa yang perlu kita buat ialah kerajaan keluarkan bajet RM50 juta untuk pastikan bayaran untuk dapat certification ini kita bagi free kepada pekebun-pekebun kecil. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Saya- Datuk Azhar...

final • 10:40 AM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Ya.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua

...Ada juga soalan?

final • 10:40 AM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Ada.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Baiklah. Saya bagi kebenaran. Silakan.

final • 10:40 AM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Terima kasih Datuk Speaker.

Pertamanya, saya ucapkan terima kasihlah kepada Yang Berhormat Menteri KPK kerana harga sawit sangat menarik buat waktu ini. Tahniah Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Menteri, dengan beberapa sekatan yang dikenakan kepada pusat pengumpulan sawit atau nama lain the ramp di mana hasil sawit ini boleh dibeli oleh ramp hanya kepada mereka yang punya geran yang sah. Baik. Di mana hasil ini mestilah dibeli daripada tanah yang bergeran, tujuannya bagi menjaga kualiti buah tersebut dan ini akan menyebabkan penurunan pembelian hasil. Soalannya, apakah inisiatif Yang Berhormat Menteri di bawah kementerian ini bagi memastikan hasil pekebun kecil tidaklah terjejas? Terima kasih Datuk Speaker.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Terima kasih Yang Berhormat. Pertama pasal harga kelapa sawit ini, dia sebenarnya bergantung kepada penawaran dan permintaan. Kalau ada banyak permintaan dan pengeluaran kurang, maka harga selalunya akan beri tekanan kepada peningkatan. Dan juga kalau pengeluaran kita kurang, maka permintaan tinggi, maka dia akan juga akan menyebabkan harga naik.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Di samping itu, banyaklah perkara-perkara lain, faktor-faktor lain macam contoh pengeluar terbesar dunia kelapa sawit di Indonesia. Apa saja polisi mereka akan menjejaskan juga price. Macam sekarang ini, hampir 25 peratus kita punya production dia guna untuk biodiesel, maka dia memberi tekanan kepada harga ini akan meningkat apabila tidak ada banyak lambakan di pasaran antarabangsa.

Cuma, soalan Yang Berhormat tadi ialah mengenai dealer ya yang mereka- mereka yang membeli buah-buah sawit daripada pekebun-pekebun kecil, dia panggil pusat timbang. Kita mesti lesenkan semua dealer ini. Jadi apa yang berlaku hari ini ialah kita tidak mahu sebarang penipuan berlaku di peringkat dealer. Jadi mana-mana dealer yang beli buah-buah daripada pekebun-pekebun kecil ini, pertama kita akan buat enforcement daripada segi timbang mereka, daripada segi timbang mereka kerana kita tidak mahu ada penipuan dalam timbang.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Yang kedua, daripada segi OER ini bergantung kepada kedua-dua belah pihak.

Kita tak boleh fixed kepada dia punya OER. Dia bergantung kepada bagaimana jenis ataupun type buah yang kita keluar ini. Kalau dia menggunakan betul-betul klon yang bagus, maka selalunya OER ini tinggi, tapi yang paling penting ialah dia tidak boleh bertransaksi buah kelapa sawit ini tanpa dilesenkan oleh mana-mana pihak. Saya harap itu memberi jawapan.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih YB Menteri. Sekarang saya jemput Tuan Manolan bin Mohamad.

final • 10:50 AM

Tuan Manolan bin Mohamad

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 7.

final • 10:50 AM

7. Tuan Manolan bin Mohamad minta Menteri Kewangan menyatakan:

(i) faktor peningkatan penyenaraian syarikat di Bursa Malaysia memandangkan pada tahun 2024 sebanyak 55 syarikat yang tersenarai; dan

(ii) berapakah sasaran penyenaraian syarikat di Bursa Malaysia pada tahun 2025.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua

YB Menteri.

final • 10:50 AM

Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Yang Berhormat Senator Tuan Manolan.

Datuk Yang di-Pertua, tahun 2024 telah melakarkan pencapaian cemerlang bagi Bursa Malaysia. Daripada segi tawaran awam permulaan (IPO), Bursa Malaysia menduduki tempat pertama di kalangan bursa-bursa ASEAN bagi bilangan IPO serta dana IPO yang diperoleh, IPO funds raised. Terdapat jumlah penyenaraian sebanyak 55 IPO pada tahun 2024. Peningkatan ketara sebanyak 72 peratus dapat dilihat berbanding 32 IPO yang dicatatkan pada tahun 2023. Jumlah dana yang diperoleh daripada 55 IPO tersebut, sebanyak RM7.42 bilion mencerminkan peningkatan 107 peratus berbanding 2023. Penyenaraian 55 IPO ini telah menyumbang kepada peningkatan nilai permodalan pasaran- market capitalization sebanyak RM31.37 bilion, peningkatan 130 peratus daripada 2023.

Keyakinan dan minat pelabur-pelabur dapat dilihat dengan peningkatan ketara prestasi pasaran modal dengan pertumbuhan purata had nilai harian— average daily volume yang melebihi 50 peratus daripada RM2.06 bilion pada tahun 2023 kepada RM3.15 bilion pada tahun 2024. Permodalan pasaran— market capitalization juga menunjukkan peningkatan hampir 16 peratus daripada RM1.8 trilion pada tahun 2023 kepada RM2.08 trilion pada tahun 2024. Hala tuju pasaran— market velocity juga

final • 10:50 AM

Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

menunjukkan peningkatan kepada 39.4 peratus pada tahun 2024 jika dibandingkan pada tahun 2023 sebanyak 29.3 peratus.

Pelaburan yang aktif ini telah menarik minat pelbagai syarikat termasuk syarikat sederhana dan kecil untuk meneroka atau mempercepatkan proses penyenaraian di dalam Bursa Malaysia. Minat yang memberangsangkan, the vibe IPO turut menyumbang kepada langganan yang kukuh, meningkat peluang kenaikan harga saham.

Kira-kira 75 peratus daripada 55 IPO pada tahun 2024 mencatatkan peningkatan harga saham dalam tahun yang sama. Jumlah rekod IPO tahun 2024 dan prestasi keseluruhan IPO yang baik adalah bukti minat daripada pelabur domestik dan antarabangsa disebabkan oleh keyakinan terhadap prospek ekonomi Malaysia dan rangkaian kerja kawal selia yang kukuh yang dilaksanakan oleh pengawal selia pasaran.

Di samping itu, prestasi baik itu antara lain disumbangkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bursa Malaysia untuk mempercepatkan kelulusan kawal selia IPO bagi Pasaran Utama dan Pasaran ACE kepada tiga bulan bermula 1 Mac 2024. Bagi saya masa sikit ya, bagi habis.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Boleh, boleh. Silakan.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Antara faktor lain, Rangka Kerja Pemindahan Pasaran LEAP yang diperkenalkan oleh Bursa Malaysia berkuat kuasa pada 1 April 2023 juga telah berjaya menggalakkan pemindahan lima buah syarikat tersenarai di Pasaran LEAP yang layak ke Pasaran ACE pada tahun 2024. Pada tahun 2024 juga, terdapat 12 penyenaraian pemindahan daripada ACE Market kepada Pasaran Utama. Antara faktor lain ialah kestabilan politik di Malaysia dan juga hala tuju negara yang jelas seperti yang diadakan dalam Rangka Kerja Ekonomi MADANI. Dengan terbinanya momentum yang tercapai pada tahun 2024, Bursa menyasarkan sebanyak 60 IPO pada tahun 2025. Pihak Bursa akan berusaha sedaya upaya untuk merealisasikan sasaran 60 IPO ini.

final • 10:50 AM

Tuan Manolan bin Mohamad

Soalan tambahan.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan. Baik, silakan.

final • 10:50 AM

Tuan Manolan bin Mohamad

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri memberi jawapan yang sangat baik. Soalan tambahan saya, apakah ketelusan dan kaedah balloting yang mohon IPO ini? Kenapakah penyenaraian ini meningkat? Adakah disebabkan oleh dipermudahkan ataupun dilonggarkan penyenaraian tersebut oleh Suruhanjaya Sekuriti? Kalau kita tengok sebab banyak juga syarikat selepas penyenaraian tersebut mengalami kerugian dan mencatatkan kerugian dan harga pada hari penyenaraian tersebut lebih rendah daripada harga IPO yang ditawarkan. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Baik. YB Menteri.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Yang Berhormat Senator. Datuk Yang di-Pertua, proses balloting IPO berlaku di mana pemilihan rawak— randomize dijalankan oleh syarikat penerbit untuk menentukan pemohon yang akan menerima saham. Ini dilakukan secara elektronik melalui sistem komputer dengan penjana nombor rawak, memastikan pengagihan yang adil di kalangan semua pemohon. Proses balloting ini diawasi oleh pengarah syarikat dan juruaudit luar.

Aktiviti penambahbaikan proses penyenaraian oleh Bursa Malaysia dan SC bertujuan untuk memastikan proses yang cekap dengan kerjasama pelbagai pihak. Tidak ada apa-apa kelonggaran yang berlaku yang menggalakkan selain daripada mempercepatkan processing yang diadakan di dalam Bursa.

Sebenarnya, 87 peratus daripada 55 buah syarikat yang tersenarai pada tahun 2024 mencatatkan harga lebih tinggi pada hari penyenaraian berbanding harga IPO.

Malah, kenaikan harga ini berterusan dan bukan hanya pada hari IPO yang kira-kira 75 peratus pada tahun 2024 mencatatkan kenaikan harga saham setakat 31 Disember 2024.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Untuk tahun 2025 setakat 3 Mac 2025, tujuh daripada sembilan IPO mencatatkan harga lebih tinggi pada hari penyenaraian berbanding harga IPO. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih. Soalan tambahan.

final • 10:50 AM

Datuk Lim Pay Hen

Soalan tambahan.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Datuk Lim.

final • 10:50 AM

Datuk Lim Pay Hen

Ya. Terima kasih. Apa punca aliran keluar perdagangan Bursa Malaysia meningkat sehingga RM1.27 bilion pada tarikh terakhir 28 Februari yang lepas berbanding RM562 juta pada minggu sebelumnya? Adakah punca utama penarikan keluar dagangan asing ini yang melibatkan sektor kewangan, kepenggunaan dan utiliti?

Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan ini luar daripada soalan yang asal, tapi kalau YB Menteri nak menjawab, silakan.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Yang Berhormat Senator. Datuk Yang di-Pertua, saya cuba untuk menjawab walaupun keluar sikit daripada topik ya. Kita- semua sedia maklum yang pasaran saham di-affect oleh banyak keadaan yang berlaku.

Dalam pasaran saham Malaysia, kita tidak boleh lari dana yang ada dalam pasaran saham adalah satu- dana yang cair dan ia akan berganjak terpulang kepada situasi-situasi yang ada di dalam seluruh dunia.

Kita pun sedia maklum yang kalau kita tengok daripada segi pergolakan politik yang sekarang berlaku di mana situasi di mana di Amerika Syarikat, Presiden Trump telah ada banyak dia punya inisiatif-inisiatif baharu yang menggangu-gugat sikit kefahaman orang tentang stable economy yang ada. Jadi, ini menggalakkan banyak pelabur untuk mengeluarkan duit daripada pasaran emerging market dan meletakkannya kepada pasaran yang stable seperti developed market yang ada sekarang. Jadi ini tidak hanya untuk Malaysia saja, tetapi berlaku di seluruh dunia. Ini kita faham adalah satu perubahan yang berlaku secara biasa saja di mana semua akan bergolak, depending dengan apa yang berlaku daripada segi geopolitik.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Untuk pengetahuan Yang Berhormat Senator, sebenarnya daripada segi Malaysia, Malaysia tidak melihat pengeluaran yang begitu banyak. Sehingga 28 Februari 2025, pengeluarannya adalah USD1.197 bilion. Kalau kita berbanding dengan India, India USD12.395 bilion, Taiwan USD5.145 bilion, Korea Selatan USD3.8 bilion dan Indonesia USD1.39 bilion sebagai contoh.

Jadi kalau kita tengok daripada segi peratusan pegangan saham asing di Bursa, ia masih stable di tahap 19.6 peratus. Ini tak banyak berbeza daripada Disember tahun lalu, 19.7 peratus, Disember 2023 19.5 peratus. Jadi kalau kita tengok daripada segi pegangan, ia masih lebih kurang sama juga. Jadi kita percaya yang ini adalah satu situasi yang biasa yang boleh diharungi oleh Bursa. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih YB Menteri. Memang dah sesuai dengan jawapan tadi, dengan peranan YB dulu sebagai Ketua Pengarah Eksekutif KWSP. Terima kasih...

[Tepuk] Saya jemput Tuan Haji Mohd Hasbie.

final • 11:00 AM

Tuan Mohd Hasbie bin Muda

Assalamualaikum dan selamat pagi. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 8.

final • 11:00 AM

8. Senator Tuan Mohd Hasbie bin Muda minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, apa persediaan kementerian untuk memastikan had baharu umur belia iaitu 30 tahun tidak akan menjejaskan pertubuhan belia memandangkan usia tersebut masih ramai belia dalam fasa kelangsungan kewangan diri dan keluarga.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua

YB Menteri.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim

Terima kasih Datuk Seri Yang di-Pertua. Kementerian Belia dan Sukan telah pun mengambil beberapa inisiatif untuk pastikan bahawa penurunan had umur belia kepada 30 tahun ini yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2026 tidak akan menjejaskan pertumbuhan belia. Antara inisiatif yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan ialah mewujudkan pelan transisi dan strategi kepimpinan, menyediakan sokongan kewangan, pemakluman dan kesedaran, penjajaran dan Dasar Belia Malaysia serta amalan antarabangsa dan memberi fokus kepada golongan belia muda.

Dalam perihal pelan transisi dan strategi kepimpinan, KBS telah pun menubuhkan sebuah Jawatankuasa bersama yang diketuai oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan saya sendiri untuk membincangkan program-program transisi dan strategi memperkasakan kepimpinan dan meningkatkan keahlian pertubuhan belia daripada golongan belia yang lebih muda. Kerangka pelan transisi ini telah disediakan pada suku pertama tahun 2024 melalui perundingan dengan pihak-pihak berkepentingan.

Kedua, sokongan kewangan. Kerajaan telah pun meluluskan bantuan pentadbiran sebanyak RM5 juta setiap tahun bermula pada tahun 2023 kepada Majlis Belia Malaysia dan badan-badan gabungannya. Bantuan ini bertujuan untuk mengukuhkan tadbir urus dan pengoperasian pertubuhan-pertubuhan belia, memastikan mereka dapat terus aktif untuk melaksanakan program-program belia walaupun dengan had umur yang lebih rendah.

Yang ketiga, pemakluman kesedaran. KBS telah pun melaksanakan pemakluman kepada semua pihak berkepentingan mengenai penguatkuasaan pindaan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2019 ini. Ini termasuk penurunan had umur belia pada 30 tahun dan penetapan had umur Ketua Pertubuhan Belia antara 18 hingga 30 tahun. Pewartaan tarikh kuat kuasa telah disiarkan di laman sesawang Jabatan Peguam Negara pada 20 November 2023.

Daripada segi penjajaran dengan dasar belia dan amalan antarabangsa, penurunan had umur ini juga harusnya dilihat sebagai sejajar dengan Dasar Belia Malaysia dan juga takrifan umur belia di banyak negara-negara lain seperti Indonesia iaitu 16 hingga 30 tahun, Filipina 15 hingga 30 tahun, dan Australia 12 hingga 24 tahun. Ini menunjukkan bahawa perubahan ini bukan sahaja relevan secara tempatan, tetapi juga selari dengan standard atau amalan global.

Kita juga fokus kepada golongan belia muda dengan menekankan pentingnya melibatkan golongan belia yang lebih muda dalam pertubuhan belia. Ini termasuk mengehadkan tempoh jawatan Ketua Pertubuhan Belia kepada empat tahun sahaja yang bertujuan untuk memastikan kepimpinan yang lebih dinamik dan relevan dengan keperluan semasa.

Dengan langkah-langkah yang diambil ini, KBS berharap dapat memastikan pertubuhan belia terus berfungsi dengan efektif walaupun had umur belia diturunkan kepada 30 tahun. Ini juga bertujuan untuk memastikan golongan belia yang masih dalam fasa kelangsungan kewangan diri dan keluarga tidak terjejas secara negatif. Sekian terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan.

final • 11:00 AM

Tuan Mohd Hasbie bin Muda

Terima kasih Menteri atas jawapan sebentar tadi.

Cuma had umur ini adakah akan dikuatkuasakan di seluruh negara maksudnya semua negeri tak boleh tidak akurlah. Sebab saya difahamkan ada negeri yang tak mahu ikut had umur belia ini dan bagaimanakah KBS akan memastikan dasar had umur belia ini selari dengan dasar-dasar yang lain seperti Dasar Pembangunan Belia Malaysia dan inisiatif- inisiatif belia di peringkat negeri? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua

YB Menteri.

final • 11:00 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Bagi tujuan penyelarasan, kita pastikan bahawa setiap yang berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) itu memang di bawah 30 tahun. Ada pertubuhan-pertubuhan bersifat belia yang tidak berdaftar dengan ROY yang itu tidak, yang itu bukan di bawah penguatkuasaan Kementerian Belia dan Sukan.

Jadi sebab itu bukanlah maksudnya ada pengecualian, sebaliknya adalah takrifan daripada segi perlaksanaan undang-undang tersebut bukan ruang lingkup di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Jadi memang akan ada wujud pertubuhan yang bersifat belia, tetapi bukan di bawah Pendaftar Pertubuhan Belia yang mana had umurnya mungkin berbeza.

Namun, yang di bawah ROY memang kita pastikan bahawa di bawah usia 30 tahun. Di seluruh negara, kita akan laksanakan penyelarasan. Sebab itu dalam proses transisi ini, tidak hanya meliputi semata-mata soal pertubuhan-pertubuhan di bawah Majlis Belia Malaysia. Sebaliknya juga, kita galakkan supaya pertubuhan-pertubuhan lain untuk datang dan berunding dan melihat dan menilai sendiri apa tujuan objektif dan juga matlamat yang ada di bawah transisi umur belia ini kerana ia sudah diluluskan oleh Parlimen Malaysia sejak 2019, tetapi ditangguhkan perlaksanaan.

Tentu sekali banyak faktor termasuklah faktor-faktor dengan politik dan sebagainya. Ini lah waktunya untuk kita ambil langkah yang lebih berani dan memastikan bahawa kita boleh laksanakan apa yang telah pun diluluskan oleh Parlimen itu sendiri.

Kalau kita di peringkat Kementerian Belia dan Sukan pun tak, tak orang kata uphold the law. Kita risau orang lain melihat ini sebagai sikap acuh tak acuh kita dalam melaksanakan tuntutan undang-undang yang telah diluluskan. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Maknanya kalau tak daftar dengan KBS, tak dapat bantuanlah. Tak apa, tak apa, tak payah jawab...

[Ketawa]

final • 11:00 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Itu mohon daripada kementerian lain.

final • 11:00 AM

Datuk Rosni binti Sohar

Soalan tambahan, boleh?

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Ladies first, Datuk Rosni...

[Ketawa]

final • 11:00 AM

Datuk Rosni binti Sohar

Terima kasih Yang di-Pertua. Saya ingin mengemukakan soalan, apa program-program di pihak kementerian bagi mewujudkan atau dapat outcome seorang pemimpin belia yang hebat sama ada kursus retreat dan di doktrin mereka supaya lahir pemimpin-pemimpin belia yang kita harapkan. Hebat dan semua. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua

YB Menteri.

final • 11:00 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Dia ada beberapa cara untuk kita bangunkan.

Antara lainnya ialah menerusi program-program yang bersifat kepimpinan yang ini kalau kita lihat daripada dahulu lagi sudah pun dilaksanakan. Antara lainnya seperti Program Parlimen Belia, Felo Perdana. Ini bersifat kepimpinan, selalunya meliputi calon ataupun peserta yang dilihat sebagai tokoh ataupun golongan belia yang ada potensi yang sangat besar iaitu diserap masuk dalam program sebegini.

Dalam masa yang sama, kita juga ada program-program yang mengakar. Ertinya dilaksanakan di seluruh negara tanpa mengira sama ada mereka ini datang daripada latar yang seperti yang dituntut untuk program yang saya sebut tadi ataupun tidak. Program yang kita laksanakan hari ini mungkin sedikit berbeza yang mana kita lebih melihat kepada pembangunan kapasiti dan kepimpinan dan juga pembangunan.

Contohnya keusahawanan kerana kita mahu lihat supaya golongan belia kita ini tidak hanya terhad kepada kepimpinan yang bersifat mungkin politik atau pertubuhan dan sebagainya. Sebaliknya kita mahu lihat mereka ini jadi leaders of industry, kita mahu lihat mereka ini jadi change maker, kita mahu lihat mereka ini jadi sebagai tokoh-tokoh yang diangkat di luar hanya pada skop-skop yang biasa kita lihat pemimpin hari ini.

Ini cabaran-cabaran yang bukan hanya kita letakkan di bahu pegawai-pegawai belia di daerah. Kita juga lihat ini sebagai tanggungjawab yang digalas bersama selain

final • 11:00 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

daripada kementerian-kementerian lain yang kita kerjasama dengan rapat, tapi juga oleh persatuan-persatuan belia yang di— yang berkerjasama dengan KBS selama ini. Itu yang sedang dilaksanakan sekarang.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan.

final • 11:00 AM

Datuk Haji Mustafa bin Musa

Okey.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Oh, memandangkan soalan ini menentukan masa depan orang-orang muda, jadi saya benarkan Datuk Mustafa untuk soalan tambahan ketiga...

[Ketawa]

final • 11:00 AM

Datuk Haji Mustafa bin Musa

Okey, terima kasih Datuk.

Okey, Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 merupakan langkah terbaik untuk menyediakan pemegang taruh kepimpinan belia pada masa depan, tahniah.

Namun begitu, ada pandangan-pandangan sinis yang mengatakan usia itu belum cukup akil baligh untuk menjadi pemimpin. Maknanya belum cukup ada kedewasaan dan kematangan. Soalan saya ialah seperti Australia, 12 hingga 24 tahun istilah “belia.” Adakah kementerian bercadang untuk mewujudkan satu kelompok baharu iaitu dasar belia remaja iaitu antara umur 15 hingga ke-18 tahun dengan hasrat bahawa kita dapat membentuk dan membimbing golongan ini supaya boleh mengambil alih kepimpinan dan tampuk kepimpinan belia apabila cukup umurnya 18 tahun? Terima kasih, Datuk Yang di- Pertua.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih, Datuk Mustafa. Yang Berhormat Menteri.

final • 11:10 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Saya jawab ya. Sedikit fakta kalau kita boleh kongsi sebenarnya sejak 2022 sebenarnya kita cuba buat satu culaan dan didapati bahawa daripada semua pemegang jawatan dalam Pertubuhan Belia yang berdaftar bawah Akta 668 didapati bahawa pemegang jawatan di bawah usia 30 tahun itu sudah pun melintasi atas usia 30 tahun. Erti kata lain, ada kesediaan daripada kalangan Pertubuhan Belia ini untuk memegang jawatan dan transisi itu sedang pun berlaku. Jadi kita positif.

Kedua, ialah kita tak mahu supaya golongan belia ini terus menerus dilihat, orang kata apa, dalam erti kata lain dikepung hanya dalam Pertubuhan Belia. Kenapakah mereka ini tidak diberi peranan yang jauh lebih besar? Kalau kita tengok sekarang ini usia tidak menentukan segala-galanya. Ramai yang sudah pun mencapai satu tahap yang sangat membanggakan sama ada sebagai wakil negara, jutawan, usahawan, pempengaruh dan sebagainya.

Itu pada usia yang sangat-sangat muda sekarang kerana mereka ini, golongan belia bukan lagi hanya menurut apa yang ditetapkan oleh orang terdahulu. Sebaliknya orang muda hari ini adalah mereka yang menetapkan hala tuju kehidupan mereka itu sendiri dengan cara yang mungkin kita yang sudah berusia sedikit lebih ini kurang arif atau kurang faham. I mean kita kena beri kepercayaan kepada golongan muda ini untuk mereka ini menetapkan hala tuju kita.

Sebab itu saya yakin walaupun ada kritikan mengatakan mereka tidak akil baligh dan sebagainya. Saya rasa itu hanyalah kritikan yang nak menutup kelemahan kita sendiri dan ketidaksediaan kita.

Saya rasa golongan belia bersedia untuk ambil alih kepimpinan dan jadi pemimpin bagi negara ini. Yang tidak bersedia itu kita untuk melihat mereka ambil daripada kita.

Terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Maknanya orang tua-tua tak bolehlah bagi tahu orang muda apa nak buat? Tak payah jawab.

final • 11:10 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Bolehkan.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Sekarang saya jemput Puan Anna Bell binti Perian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Puan Anna Bell @ Suzieana binti Perian

Terima kasih, Datuk Yang di-Pertua, padi subur di tanah bendang- makanan cukup hidup tenang. Soalan saya nombor 9.

final • 11:10 AM

9. Puan Anna Bell @ Suzieana binti Perian minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan, berapa peruntukan yang akan diberikan bagi tujuan membangunkan jelapang padi di Sabah memandangkan kekurangan infrastruktur pengairan menjadi punca utama hasil padi yang rendah di negeri ini.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri.

final • 11:10 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Yang Berhormat Senator dan semua Yang Berhormat di sini selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyedari mengenai keadaan infrastruktur yang kurang lengkap di kawasan jelapang padi di Sabah.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peruntukan sejumlah RM22.28 juta telah disediakan untuk pembangunan infrastruktur tahun 2025. Jumlah ini merupakan sebahagian daripada RM216.98 juta yang disediakan oleh kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas bagi pembangunan kawasan padi di negeri Sabah yang melibatkan:

(i) pembinaan saluran sekunder Jawi-jawi dan Tempasuk Utara dan kerja-kerja bekalan lain Pakej 1C IADA Kota Belud, Sabah berjumlah RM33 juta;

(ii) pakej pembekalan pemasangan pam dan kerja-kerja berkaitan di Sungai Jepun IADA Kota Belud berjumlah RM15.2 juta;

(iii) pakej peningkatan dan pengubahsuaian kawasan Merabau IADA Kota Belud, Sabah berjumlah RM37.5 juta;

(iv) peningkatan dan kerja-kerja penambahbaikan skim pengairan Tempasuk Selatan IADA Kota Belud, Sabah bernilai RM29.9 juta;

(v) pakej kerja-kerja pembaikan dan penambahbaikan struktur utama Piasau Dundau serta kerja-kerja pembinaan terusan pengangkutan dari Sungai Kedamaian ke Sungai Wario, Kota Belud, RM18.6 juta;

(vi) pembangunan Kompleks Pejabat IADA Kota Belud, Sabah berjumlah RM47.3 juta;

(vii) pengambilan balik tanah bagi menaik taraf skim pengairan Tulid Sook Keningau, Sabah berjumlah RM0.95 juta;

(viii) pembinaan ampang jajar jalan ladang serta menaik taraf struktur pengairan di skim pengairan Trans-Pagalan 2 berjumlah RM17.53 juta; dan

(ix) membina dan menaik taraf infrastruktur pengairan dan saliran serta kerja-kerja lain yang berkaitan di skim pengairan Tambunan daerah Tambunan Sabah RM17 juta.

final • 11:10 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Bagi peruntukan dalam tempoh RMKe-13 pula, PKPM sedang meneliti keutamaan, keperluan dan ketersediaan pelaksanaan projek sebelum membuat permohonan bagi projek pembangunan padi di negeri Sabah. Kelulusan ke atas permohonan projek itu dilaksanakan tahun 2026 hanya dimaklumkan oleh Kementerian Ekonomi selepas pembentangan Bajet 2026.

Sikit lagi Tuan Speaker...

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Boleh, soalan ini spesifik fasal Sabah. Silakan.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Dengan lengkapnya projek pembangunan ini ia mampu menyediakan pengairan yang optimum kepada pesawah di negeri Sabah.

Memastikan ketersediaan air yang mencukupi. Tanaman padi memerlukan bekalan air.

Semua kita tahu hal itu. Memastikan kelembapan tanah, merangsang pertumbuhan pokok dan meningkatkan efisiensi penyerapan nutrisi. Ini yang kita tekankan untuk membantu tanaman padi dalam unsur nutrien tanah. Itu jawapannya. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Baik, soalan tambahan Puan Anna Bell.

final • 11:10 AM

Puan Anna Bell @ Suzieana binti Perian

Terima kasih atas jawapan yang Yang Berhormat Datuk Seri yang begitu padu dan komprehensif. Soalan tambahan saya, isu jelapang padi dan SMART Sawah Berskala Besar (SBB) di Sabah memerlukan pendekatan secara holistik. Bagaimana pelaksanaan program ini, program SBB mampu meningkatkan produktiviti padi? Adakah program ini benar-benar berjaya dilaksanakan?

Berapakah keluasan sawah di Sabah yang telah menyertai program ini? Dan apakah hasil yang diperoleh? Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih. Kita memandang serius soal padi dan beras terutama dalam keadaan climate change yang sedang melanda di seluruh dunia sekarang. Misalnya dua tahun lepas kita hilang lebih kurang lima juta kampit beg akibat daripada banjir. Ada Ahli yang silap dia kata, “Oh, air banjir yang hanyutkan lima kampit.” Bukan ertinya hilang itu akibat padi tenggelam semasa ia sedang masak yang menyebabkan kita kehilangan begitu banyak hasil padi.

Oleh itu, kita memandang serius untuk melonjakkan supaya Sabah dan Sarawak menjadi jelapang padi ketiga dan keempat. Sambutan kedua-dua kerajaan negeri itu amat menggalakkan dan Sarawak telah menyediakan peruntukan-peruntukan yang tertentu untuk melonjakkan tanaman padi dan pengeluaran padi di Sarawak.

Memang Program SMART Sawah Padi berskala besar yang diperkenalkan oleh kerajaan merupakan salah satu inisiatif dan kita harapkan ia dapat naik daripada sekarang purata 3.5 tan per hektar kepada tujuh tan per hektar. Itu harapan.

Di Sabah, pelaksanaan Program SMART SBB yang dimulakan secara rintis pada musim dua tahun 2022 di daerah Kota Belud telah menunjukkan kejayaan yang ketara.

Sebagai contoh, purata hasil padi meningkat sebanyak 60 persen iaitu 2.6 tan kepada 4.51 tan. Ertinya ada kenaikan.

Cuma kita mengharapkan Sabah sanggup menerima benih padi yang baharu terutama daripada MARDI supaya dapat ditingkatkan hasil telah terbukti dengan benih padi yang baharu sama ada dibuat oleh pihak universiti ataupun pihak MARDI dapat meningkatkan hasil.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Ini dengan ketara kita lihat yang berlaku di Selangor terutama di Sekinchan dan di sekitarnya. Oleh itu, penerimaan benih baru ini, kita harap Sabah dapat mengorak langkah supaya kita dapat meningkatkan hasil padi pada masa yang akan datang. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Soalan tambahan, Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan mengenai Sabah kah atau tidak?

final • 11:20 AM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Padi.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Ya?

final • 11:20 AM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Padi.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Padi.

[Ketawa]

final • 11:20 AM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Ya.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua

YB Menteri.

final • 11:20 AM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Izinkan Datuk.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Saya akan benarkan, tetapi YB Menteri boleh jawab atau tak...

final • 11:20 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Saya lihat lenggok soalan dulu.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Baik, YB Menteri.

final • 11:20 AM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Dengan ikhlas Yang Berhormat Menteri. Soalan saya sangat ikhlas. Sahabat saya, Yang Berhormat Haji Mohamad Sabu. Padi adalah isu negara. Tak timbul Sabah Sarawak. Saya yakin yang kita- semua sekarang tumpu adalah isu memperkasakan pengeluaran padi. Walau soalan asal dari Sabah, tetapi izinkan saya dari Terengganu bertanya tambahan. Saya cuma nak sebutkan imbangan supaya kita, semua negeri harus bersama dalam memperkasakan pengeluaran padi dan beras negara Yang Berhormat.

Kerajaan Negeri Terengganu, saya sebut telah memperuntukkan RM2.5 juta bagi projek pembangunan infrastruktur tahun 2021. RM700 ribu tahun 2022, RM6.6 juta tahun 2023. Tak banyak sebab duit tak cukup. Soalan saya Yang Berhormat ialah sejauh manakah hasrat kementerian untuk sama-sama membantu berganding bahu bersama sama juga dengan Kerajaan Negeri Terengganu dalam usaha untuk membudayakan industri padi dan beras negara?

Sama ada dalam bentuk tambahan peruntukan atau seumpamanya, memandangkan jelapang padi Terengganu ini kalau ikut rekod merupakan kawasan pengeluar padi per hektar kedua terbaik di Malaysia iaitu 5.2 metrik tan per hektar. Saya rasa sangat ikhlas soalan itu. Tak ada lenggok.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Lenggok pun tak apa.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Datuk YB Menteri.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Baik, terima kasih. Memang kita tahu bahawa kawasan sawah kita kekurangan lebih akibat daripada perubahan pembangunan dan sebagainya 20,000 hektar kita hilang. Oleh itu usaha untuk menaikkan hasil itu memang menjadi tumpuan. Kita akui di antaranya IADA KETARA, Besut antara hasil yang agak tinggi.

Selain itu, sudah tentulah yang pertama di Selangor sekarang ini. Saya sendiri bila ada bantuan daripada kerajaan, saya cuba check adakah dijalankan betul-betul penanaman padi itu. Saya dah melawat tiga kali cara mengejut. Satu di Langkawi, satu di Negeri Sembilan dan satu lagi di Pendang.

Saya pergi masa tak ada orang buat kerja, tak ada pegawai supaya saya nak check. Saya nampak apabila dibuat secara SBB yang pertama hasilnya bagus tetapi yang kedua selepas itu kita lihat penyelenggaraannya kurang sempurna. Melihat rumput lebih tinggi daripada padi. Oleh itu penekanan membuat secara betul, sistematik yang betul itu perlu sebab kalau kita dapat average tujuh tan sahaja penanaman padi, keluasan padi yang ada sekarang, kita sudah self-sufficient.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Jadi penekanan pengeluaran itu amat penting. Benih padi, baja, penanaman dan membuat kita ke arah sawah ini dibuat dalam bentuk sepenuh masa. Bukan lagi sambilan.

Ini penekanan yang dilakukan oleh pihak kementerian sekarang ini. Insya-Allah kalau semua tumpu negeri dan Federal, kita akan capai self-sufficient tidak lama lagi, tetapi semuanya kena memberi kerjasama, insya-Allah.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih YB Menteri. Sekarang saya jemput Tan Sri Low Kian Chuan.

final • 11:20 AM

Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Yang di- Pertua. Soalan saya nombor 10.

final • 11:20 AM

10. Tan Sri Dato' Low Kian Chuan minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, apakah langkah-langkah sedia ada yang dilaksanakan untuk menangani gaji yang agak rendah profesional kolar putih di Malaysia berbanding dengan rakan sejawat mereka di luar negara, terutamanya mereka yang berumur 30 tahun ke atas.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua

YB Menteri.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan. Berdasarkan Laporan Survei Gaji dan Upah oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, purata gaji dan upah bulanan bagi kumpulan pekerja pengurus adalah sebanyak RM6,319 dari tahun 2022 dan meningkat kepada RM6,640 pada tahun 2023.

Kumpulan jawatan profesional pula mencatatkan purata gaji dan upah bulanan sebanyak RM5,609 pada tahun 2022 dan telah meningkat kepada RM6,139 pada tahun 2023. Berdasarkan trend, terdapat kenaikan gaji dan upah bulanan pada pekerja setiap tahun. Kerajaan melalui KESUMA sentiasa komited untuk memastikan pekerja mendapat gaji bermaruah dan memastikan golongan profesional di Malaysia mendapat gaji yang setimpal.

Antara inisiatif yang telah dilaksanakan ialah pelaksanaan Dasar Gaji Progresif yang bertujuan mereformasi struktur gaji pekerja Malaysia sebagai pelengkap kepada dasar-dasar sedia ada iaitu Dasar Gaji Minimum, sistem upah yang dikaitkan dengan produktiviti dan instrumen perundingan kolektif.

Dasar Gaji Progresif juga bertujuan meningkatkan gaji secara sistematik dan ekonomi negara dapat maju ke rantaian nilaian yang lebih tinggi. Peningkatan kemahiran dalam kalangan pekerja merupakan satu keperluan yang berterusan dalam pasaran buruh, selain dapat membantu peningkatan gaji pekerja.

KESUMA menerusi agensi di bawahnya seperti Jabatan Tenaga Manusia, Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) aktif dalam menawar dan menyediakan pelbagai program reskilling dan upskilling berteraskan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan pelbagai disiplin cabang pekerjaan.

Agensi-agensi ini menawarkan program latihan kemahiran meliputi aspek teori dan praktikal mencakupi pelbagai bidang yang bersesuaian dengan permintaan industri semasa. Melalui usaha ini ia dapat membantu pekerja termasuk golongan profesional meningkatkan kemahiran mereka agar dapat peluang pekerjaan yang lebih baik dan gaji yang lebih tinggi. Terima kasih, Yang Berhormat Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Okey, Tan Sri.

final • 11:20 AM

Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan

Soalan tambahan. Terima kasih Datuk Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan diberikan. Soalan tambahan, adakah pihak kerajaan akan mempertimbangkan untuk meluaskan skop

final • 11:20 AM

Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan

penyertaan Dasar Gaji Progresif untuk meliputi gaji profesional kolar putih yang rendah?

Terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua

YB Menteri.

final • 11:20 AM

Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri. Sebenarnya kita sentiasa membuat libat urus di peringkat beberapa kementerian termasuklah Kementerian Kewangan, termasuklah Kementerian Ekonomi yang melibatkan urus daripada segi untuk menilai, menaikkan gaji selain daripada kadar pertukaran yang kita lakukan. Kita melihat bahawa diaspora ini yang dimaksudkan soalan asal daripada Yang Berhormat Tan Sri tersebut bahawa kita juga membuat libat urus bersama dengan diaspora itu sendiri.

Saya sendiri telah dua kali sebenarnya terlibat dengan perkara tersebut. Kita tahu sekiranya mereka yang membuat perbandingan langsung antara gaji profesional umpamanya yang melibatkan kolar putih di negara kita ini. Sudah pastilah amat berbeza sekali. Lantaran itu, antara kajian yang perlu dipertimbangkan adalah termasuklah kos sara hidup bagi semua barang perkhidmatan dan sebagainya.

Sebab itu kajian yang dikatakan oleh Tan Sri itu kita lakukan dari semasa ke semasa dan kita akan laksanakan tersebut dalam masa dua tahun sekali. Soalan Dasar Gaji Progresif ini sebagai salah satu inisiatif dan mereformasi struktur gaji dan meningkatkan pendapatan pekerja separa mahir dan mahir.

DGP inilah juga pelengkap kepada dasar gaji sedia ada kepada gaji minimum seperti sistem upah yang saya kaitkan dengan produktiviti yang dinamakan Productivity- Linked Wage System dan instrumen perundingan kolektif dalam usaha untuk pastikan bahawa ciri-ciri asas DGP ini seperti bersifat sukarela syarikat. Yang berminat untuk menyertai DGP boleh mendaftar secara sukarela melalui sistem permohonan secara dalam talian.

Berteraskan insentif syarikat yang mendaftarkan serta memenuhi syarat DGP dan menerima jumlah insentif yang diberikan, ditentukan oleh pihak kerajaan berdasarkan kedudukan fiskal negara dan berkaitan dengan produktiviti kenaikan gaji serta seiring dengan peningkatan tahap kemahiran serta produktiviti pekerja.

Kita, pihak kerajaan melalui Kementerian Kewangan, Menteri Kewangan ada di depan saya. Kita telah peruntukkan sebanyak RM200 juta untuk pelaksanaan DGP yang dijangka akan memberi manfaat kepada berpuluhan ribu orang rakyat negara kita ini.

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Sekarang saya jemput Datuk Edward Linggu.

final • 11:30 AM

Datuk Edward Linggu Bukut

Terima kasih Datuk Speaker. Soalan nombor 11.

final • 11:30 AM

11. Datuk Edward Linggu Bukut minta Menteri Kesihatan menyatakan, apakah status terkini usaha oleh kementerian dalam menjadikan Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu sebagai Pusat Jantung Negara termasuklah memberi peruntukan RM80 juta untuk tiga pakar tambahan dan 120 tenaga sokongan seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua

YB Menteri.

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Datuk Edward Linggu atas soalan berkenaan tentang facilities kesihatan di Sabah. Terima kasih terhadap keprihatinan, terhadap pembangunan Pusat Jantung Sabah.

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, susulan daripada pengumuman oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 20 April 2024, Kementerian Kesihatan telah mengemukakan permohonan khas di luar Rolling Plan kepada Kementerian Ekonomi pada 13 Mei 2024 bagi maksud kelulusan butiran Projek Pembinaan Pusat Jantung Negara Sabah dengan kos sebanyak RM80 juta.

Sehubungan itu, Kementerian Ekonomi telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.5 juta bagi tujuan melaksanakan kerja awalan. Kerja awalan ini dijadualkan siap pada tahun ini dan jumlah peruntukan sebenar akan dimuktamadkan selepas kerja awalan disiapkan. Pelaksanaan penuh projek dijangka bermula di bawah Rolling Plan Pertama, Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RP1, RMKe-13) pada tahun 2026 kelak.

Perkhidmatan jantung KKM di Sabah disediakan oleh pakar-pakar daripada perkhidmatan sub kepakaran kardiologi dan pediatrik kardiologi serta kepakaran pembedahan kardiotorasik dengan kemudahan dua buah Makmal Invasif Kardiologi (ICL) dan dua buah Bilik Bedah Kardiotorasik bagi rawatan pesakit jantung. Buat masa ini perkhidmatan sub kepakaran kardiologi di Hospital Queen Elizebeth II (HQE II) ditawarkan dengan dua orang pakar kardiologi residen untuk pesakit dewasa.

Bermula Februari 2025, seorang pakar kardiologi dalam latihan dari Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, secara giliran telah memberi perkhidmatan di HQE II secara lawatan setiap dua minggu. Sejak tahun 2024, seorang lagi pakar pediatrik kardiologi telah ditempatkan menjadikan sejumlah dua orang pakar pediatrik kardiologi residen di HQE II.

Perkhidmatan kepakaran pembedahan kardiotorasik pula disediakan oleh satu orang pakar bedah kardiotorasik. KKM akan menambah satu orang pakar bedah kardiotorasik di HQE II pada tahun 2026. Sejak Januari 2025, seorang lagi pakar kardiotorasik anestesiologi dan perfusi telah ditempatkan bagi menjadikan sejumlah dua orang pakar residen di HQE II. Penambahan penempatan pakar di Hospital Queen Elizebeth II akan dilakukan susulan pakar baharu lulus program sub kepakaran mengikut keperluan dan sekiranya tenaga pakar mencukupi.

KKM sentiasa komited dalam menyediakan perkhidmatan pesakit jantung untuk rakyat Sabah demi memastikan akses perawatan yang lebih baik dan berkualiti dapat ditawarkan. Pertambahan pakar dan pasukan sokongan latihan pelatih akan dilaksanakan apabila projek Pusat Jantung Sabah siap dibina. Terima kasih Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ada soalan tambahan Datuk Edward?

final • 11:30 AM

Datuk Edward Linggu Bukut

Tengok Timbalan Menteri. Sesungguhnya pasti rakyat Sabah akan merasa bangga kerana tidak perlu lagi pesakit turun ke Kuala Lumpur apabila IJN di Sabah ini dapat berfungsi dalam masa yang terdekat ini. Datuk Yang di- Pertua, soalan saya ialah saya anggap dalam IJN ini nanti akan melakukan juga prosedur transplan dan sebagainya.

So, buat masa ini sama ada KKM sudah mempunyai senarai nama yang bakal menerima perkhidmatan ini, berapa ramai dan sama ada kita sudah mempunyai penderma-penderma jika ada dan pastinya kos itu agak tinggi. Adakah hasrat kerajaan untuk membantu pesakit-pesakit ini misalan kata bantuan kewangan atau mungkin ada kah kos rahmah? Something begitukan.

Kedua, Datuk Yang di-Pertua ialah dengan peningkatan permintaan rawatan kardio yang khusus, apakah rancangan KKM untuk meningkatkan kapasiti peralatan canggih dan latihan tenaga pakar di IJN Sabah untuk menyokong pesakit-pesakit dari Sabah? Terima kasih.

final • 11:30 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Datuk Seri Yang di-Pertua, memandangkan soalan yang dikemukakan agak spesifik, kita akan memberikan satu jawapan bertulis secara komprehensif berkenaan tentang kebolehan untuk kita melakukan transplan di Pusat Jantung Sabah pada masa akan datang.

final • 11:30 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Apa yang saya ingin tegaskan di sini sekiranya kita bercakap berkenaan tentang isu transplan, kita memerlukan satu kos dan dana yang sangat tinggi dan juga memerlukan kepakaran. Di situlah kepakaran diperlukan daripada pihak KKM untuk membekalkan. Pakar ini bukanlah sesuatu tugas yang mudah. Saya masih ingat sebaik sahaja saya masuk ke KKM, Sabah hanya mempunyai seorang pakar kardiologi dan dalam tempoh dua tahun di bawah Kerajaan Malaysia MADANI, kita meningkatkan kepakaran di Pusat Jantung Sabah. Pada masa yang singkat ini, kita akan membina Pusat Jantung Sabah, insya-Allah.

Kita tunggu dan juga untuk jawapan tadi, kami akan sediakan jawapan ini secara bertulis.

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

[Bangun]

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Saya jemput Tuan Robert Lau. Minta maaf Datuk Wira Dr. Mohd Hatta. Saya tahu you doktor tapi masa dah terhad.

[Ketawa]

final • 11:30 AM

Tuan Robert Lau Hui Yew

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor 12.

final • 11:30 AM

12. Tuan Robert Lau Hui Yew minta Menteri Komunikasi menyatakan, adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk menggubal rang undang-undang bagi menetapkan had umur pemilikan akaun media sosial.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 11:30 AM

Menteri Komunikasi - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Bagi memastikan ekosistem rangkaian Internet yang lebih selamat dan lestari kepada semua pengguna terutama untuk kanak-kanak dan keluarga serta golongan rentan yang terdedah kepada kemudaratan dalam talian, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mewajibkan setiap penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial yang memenuhi keperluan pelesenan, untuk memohon dan mendapatkan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi (ASP (C)) di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bermula 1 Januari 2025.

Langkah ini bertujuan untuk memastikan setiap penyedia perkhidmatan yang memenuhi keperluan pelesenan mematuhi obligasi-obligasi di bawah akta tersebut. Selain itu, bagi menyokong kerangka pelesenan ini, MCMC telah menerbitkan Kod Tatalaku

(Amalan Terbaik) untuk penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan penyedia perkhidmatan media sosial yang menggariskan amalan terbaik untuk diterima pakai oleh penyedia perkhidmatan dalam menangani kandungan dalam talian yang memudaratkan dan keperluan tatalaku yang lain. Ia termasuk langkah-langkah keselamatan kanak-kanak yang menggariskan tindakan-tindakan wajar yang perlu di laksana oleh penyedia platform antaranya seperti melindungi dan menjaga kebajikan dan privasi kanak-kanak.

Pada masa ini, had umur minimum pengguna media sosial adalah berdasarkan terma dan syarat serta garis panduan komuniti yang ditetapkan oleh platform-platform media sosial yang mana kebanyakannya menetapkan had umur 13 tahun bagi mematuhi peraturan perlindungan data dan keselamatan pengguna sebagaimana yang digariskan dalam Children's Online Privacy Protection Act di Amerika syarikat dan rata-ratanya banyak diikuti oleh negara lain.

Walau bagaimanapun, impak penetapan had umur penggunaan platform media sosial di Malaysia perlu pada analisis dengan lebih teliti khususnya melibatkan kajian dan penelitian penilaian sosial seperti kesan psikologi dan perbezaan akses kepada maklumat dan komunikasi antara kanak-kanak dan remaja serta bagaimana ia akan mempengaruhi perkembangan mental mereka. Ini adalah kerana penggunaan platform media sosial dan pesanan Internet secara meluas di kalangan kanak-kanak terutama pelajar yang

final • 11:30 AM

Menteri Komunikasi - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

menggunakan platform media sosial adalah bagi tujuan pembelajaran dan mendapatkan maklumat.

Namun begitu, ibu bapa dan penjaga perlu memainkan peranan sebagai gatekeeper dan mengambil tanggungjawab yang lebih serius dalam memantau dan mengawasi aktiviti dalam talian anak-anak mereka. Mereka perlu peka terhadap pelbagai risiko dalam talian yang boleh membahayakan keselamatan anak-anak dan turut meneroka kandungan serta platform alternatif yang lebih selamat selain dari media sosial.

Kerajaan melalui MCMC sentiasa aktif dalam melaksana program pendidikan dan advokasi yang menyasar pelbagai lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak tentang aspek keselamatan dalam talian menerusi pelaksanaan Kempen Keselamatan Dalam Talian yang akan melibatkan semua sekolah rendah dan menengah serta institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia. Larangan kanak-kanak di bawah umur 13 tahun untuk memiliki akaun media sosial merupakan salah satu fokus utama yang akan diketengahkan.

Kempen ini di laksana menerusi ceramah, latihan, kolaborasi dengan pempengaruh media sosial, Training of Trainers daripada kalangan pemimpin pelajar dan penggunaan bahan didik berdasarkan modul khusus yang dibangunkan oleh MCMC mengikut kumpulan umur pelajar bagi meningkatkan kesedaran mereka tentang penggunaan Internet selamat dan bagaimana untuk tidak menjadi mangsa kemudaratan dalam talian seperti penipuan, berita palsu, love scam, buli siber serta judi dalam talian.

Sekian, terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan YB.

final • 11:30 AM

Tuan Robert Lau Hui Yew

Terima kasih kepada Menteri atas jawapan. Soalan tambahan saya ialah pada zaman dahulu, skrin televisyen sering mempunyai pintu yang boleh di kunci. Kita yang berumur 50 tahun ke atas memang masih ingat. Menteri masih muda dia memang tidak faham.

[Ketawa]

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Saya ingat, saya ingat...

[Ketawa]

final • 11:40 AM

Tuan Robert Lau Hui Yew

Saya pun ada satu televisyen board yang ada pintu skrin, itu yang boleh dikunci. Sebab itu ialah untuk mengelakkan kanak-kanak menghabiskan terlalu banyak masa menonton TV. Kini kebimbangan bukan lagi mengenai perkara ini tetapi akses interaktif secara langsung ke dunia luar di mana kanak-kanak kecil boleh terlibat dalam transaksi kewangan dengan dewasa yang tidak dikenali di seberang.

Apakah pendirian kerajaan mengenai hal ini dan pelan tindakan untuk melindungi kanak-kanak kecil daripada dieksploitasi? Berapa eksploitasi ini melibatkan pembayaran kepada kanak-kanak yang melakukan pembuatan tuntutan dan media sosial mendapat potongan bayaran ini?

Media sosial platform ada komisen untuk buat ini eksploitasi, apakah cadangan dari Menteri? Menteri ada jawapan- ada satu kod, tapi kod ini bukan undang-undang, tidak dapat melindungi anak-anak kita daripada hal ini. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih Ahli Yang Berhormat Senator, Datuk Timbalan Yang di-Pertua. Sejujurnya kita ada beberapa perkara yang boleh kita laksanakan. Pertama, melalui apa yang disebut tadi Kod Tatalaku ataupun Code of Conduct dengan izin, Code of Conduct (Best Practice) yang diterbitkan pada 20 Disember 2024 yang lalu.

Jadi kod ini memang dibangunkan oleh MCMC dan semua penyedia platform perlu menerima pakai. Dalam satu, kalau saya boleh bacakan sikit mengenai dengan izin, child safety measures khusus untuk keterlibatan kanak-kanak dalam ruang lingkup media sosial ini, platform-platform perlu memastikan bahawa aspek keselamatan bagi kanak- kanak ini diutamakan.

final • 11:40 AM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Pada waktu ini Datuk Yang di-Pertua, masalahnya yang kita hadapi ialah platform- platform, mereka sedang dalam proses sama ada mereka telah dilesenkan ataupun sedang dalam proses untuk dilesenkan dan bidang kuasa ataupun akta yang boleh kita guna pakai pada waktu ini ialah Akta Komunikasi dan Multimedia. Kementerian khususnya MCMC sedang menunggu tarikh kuat kuasa Akta Keselamatan Dalam Talian— Online Safety Act yang akan memberi kuasa kepada MCMC untuk mengenakan beberapa tindakan kepada platform-platform media sosial termasuk dalam isu keselamatan dalam talian untuk kanak-kanak.

Waktu ini, isu yang kita hadapi ialah kanak-kanak bawah usia 13 tahun boleh tidak bercakap benar tentang umur mereka bila mereka membuka akaun media sosial.

Walaupun kita telah tegaskan dalam Code of Conduct ini bahawa dengan izin, sole reliance on self-declaration of age is inadequate, as this measure could be easily circumvented. Banyak dari platform faham, tahu, tapi mereka pada waktu ini tidak mahu melakukan apa-apa tindakan yang lebih dari itu.

Dalam masa yang tidak terlalu lama, saya percaya ada beberapa usaha kerajaan yang akan diumumkan untuk bukan hanya memberi penegasan kepada platform-platform memastikan kanak-kanak sentiasa selamat dan tidak terlibat dalam sama ada mendapat komisen ataupun mereka terlibat dalam penjualan barang-barang ataupun melakukan live streaming tapi lebih dari itu, mereka— kita ada kunci yang kuat untuk tidak membolehkan mereka mengakses akaun-akaun media sosial ini.

Saya dulu memang tak ada TV yang dikunci, tapi telefon dikunci ada. Jadi, saya harap jawapan saya dapat sedikit sebanyak memberi pencerahan. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Jawapan...

final • 11:40 AM

Tuan Azahar bin Hassan

Soalan tambahan.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Tak, saya tak benarkan masa dah nak habis.

final • 11:40 AM

Tuan Azahar bin Hassan

Terima kasih.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Jawapan Menteri tadi amat menarik. Cuma saya nak menunggu saja bila masa tekanan daripada ‘tap giant’ yang— eh, tak payah, Menteri tak payah jawab. ‘Tap giant’ untuk cuba mempengaruhi dasar yang ditetapkan oleh Kementerian Komunikasi ini, pada masa yang akan datang. Saya tak nak sebut negara manalah ya.

Baik, Datuk Rosni nak tanya juga?

final • 11:40 AM

Datuk Rosni binti Sohar

[Mencelah]

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Boleh, boleh, saya bagi Datuk Rosni soalan terakhir, Menteri jawab tak ada soalan tambahan.

final • 11:40 AM

Seorang Ahli

Orang baharu.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Boleh ya? Orang baharu, bagi peluang. Datuk Rosni.

final • 11:40 AM

Datuk Rosni binti Sohar

Tak apalah, saya sebenarnya nak ingatkan soalan saya nombor 13...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Ya, nombor 13, nombor 13.

final • 11:40 AM

Datuk Rosni binti Sohar

Tapi tak apalah.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan nombor 13.

final • 11:40 AM

Datuk Rosni binti Sohar

Ha, soalan 13. Terima kasih.

final • 11:40 AM

13. Datuk Rosni binti Sohar minta Menteri Pertahanan menyatakan, peranan yang dimainkan oleh Syarikat Boustead Holdings dalam agenda membantu warga tentera dan bekas tentera bagi aspek manfaat sosioekonomi.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Ha, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 11:40 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia MADANI. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua, terima kasih juga kepada Yang Berhormat Senator, Datuk Rosni binti Sohar atas persoalan yang dikemukakan.

Sebagai syarikat milik penuh, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad, komited dalam melaksanakan mandatnya untuk memperkukuhkan kesejahteraan warga ATM, veteran dan ahli keluarga mereka melalui penciptaan nilai mampan yang merangkumi pembangunan dan pengukuhan asas kewangan, penjanaan dividen dan inisiatif yang memberi impak langsung terhadap kesejahteraan komuniti Angkatan Tentera Malaysia.

Pada masa ini, Boustead melaksanakan peranannya untuk membantu warga tentera dan bekas tentera dalam aspek manfaat sosioekonomi melalui tiga- teras utama.

Yang pertamanya Boustead melalui Yayasan LTAT telah menyalurkan lebih RM63 juta, setiap tahun RM2,000 sebagai bantuan kewangan pendidikan dan pembangunan kapasiti warga ATM untuk memperkukuhkan kesejahteraan warga ATM dan veteran.

Program-program tanggungjawab sosial korporat (CSR) juga diperkasakan dengan inisiatif kesihatan dan pendidikan termasuk sumbangan perubatan serta bantuan kewangan kepada Angkatan Tentera Malaysia dan veteran ATM.

Yang kedua, Boustead juga membuka peluang pekerjaan kepada veteran ATM di mana seramai 98 orang individu kini sedang berkhidmat dalam pelbagai jawatan termasuk di peringkat pengurusan kanan. Selain itu, program Protégé di bawah Kumpulan Boustead turut memberi ruang kepada graduan universiti khususnya anak-anak ATM dan juga veteran untuk memperoleh pengalaman kerja dan meningkatkan kebolehpasaran mereka.

Datuk Yang di-Pertua, sejak tahun 2020 seramai 680 orang peserta telah menyertai program ini dan berjaya memasuki sektor-sektor utama industri di bawah Kumpulan Boustead. Yang terakhir, Boustead terus menyokong inisiatif nasional melalui program 'Di Celah-celah Kehidupan’ yang diperkenalkan oleh BH Petrol sejak tahun 2011 bertujuan membawa veteran ATM yang kurang bernasib baik untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Selain itu, Boustead turut menyalurkan bantuan kecemasan termasuk kepada mangsa bencana banjir melalui GLC Demi Rakyat dan Negara (GDRN) serta menyumbang RM75,000 dalam bentuk barangan keperluan kepada Kontinjen MALBATT 850-12 bagi menyokong Misi Keamanan di Lubnan.

Seperti mana kita tahu selain itu, pencarum LTAT juga menerima manfaat secara tidak langsung melalui pembayaran dividen dari Boustead dan juga anak syarikat yang menjadi sebahagian pendapatan Lembaga Tabung Angkatan Tentera. Itu sahaja jawapan.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, selesailah sesi soal jawab lisan kita pada hari ini. Setiausaha.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat selaras dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat 11(5) saya hendak menetapkan bahawa Majlis Dewan Negara hari ini tidak akan ditempohkan pada jam 1 tengah hari dan akan bersidang secara terus sehingga selesai giliran semua Ahli-ahli yang hendak berbahas pada hari ini dan selepas itu, Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga 10 pagi, hari Rabu, 5 Mac 2025.

final • 11:49 AM
USUL
MENJUNJUNG KASIH TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

“Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Keempat, Parlimen Yang Kelima Belas.” [3 Mac 2025]

final • 11:49 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, di hadapan saya ada seramai lapan orang ahli yang hendak berbahas. Masa banyak, maka saya membuat ketetapan bahawa masa diberikan untuk perbahasan hari ini adalah tidak kurang daripada 30 minit seorang. Jadi kalau boleh pastikan cukup 30 minit itu.

Sekarang, saya persilakan Yang Berhormat Senator Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff.

final • 11:49 AM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Selamat menyambut Ramadan Al- Mubarak. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas ruang yang diberikan kepada saya untuk membahas Titah Diraja sempena Pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Kelima Belas yang berlangsung pada 3 Februari yang lalu.

final • 11:49 AM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Syukur kepada Allah SWT dan junjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Ampun Tuanku, patik merafakkan sembah. Izinkan patik memulakan perbahasan.

Titah Tuanku telah menggarap beberapa perkara penting yang menyentuh isu-isu yang sedang dihadapi oleh rakyat yang seharusnya menjadi keutamaan dalam pengurusan negara. Dato’ Yang di-Pertua, izinkan saya membaca maksud firman Allah SWT daripada surah Al-Baqarah, ayat 177. “Dan janganlah kamu makan harta orang-

final • 11:50 AM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

orang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan janganlah kamu mengeluarkan harta kamu atau memberi rasuah kepada hakim-hakim supaya kamu dapat mengambil sebahagian daripada harta orang dengan cara berbuat dosa, padahal kamu mengetahui ia nya salah”. Jelaslah bahawa jenayah rasuah ini bukan sahaja satu kesalahan berat di sisi undang-undang dunia, malahan salah satu jenayah yang bakal mengundang azab Allah WST di akhirat kelak. Kesalahan rasuah tidak hanya diukur kepada kecil atau besar nilai yang diterima atau sama ada seseorang itu pemberi, penerima atau menjadi orang tengah kepada perbuatan itu.

Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2024 kekal di tangga ke-57 untuk dua tahun berturut-turut. Menurut CPI 2024 yang diumumkan oleh Transparency International Malaysia, skor CPI Malaysia juga kekal pada 50 mata sejak 2023. Malaysia masih perlu meningkatkan skor sebanyak 18 mata untuk berada di kedudukan 25 teratas menjelang tahun 2034. Justeru itu, saya ingin bertanya, sejauh manakah keberkesanan reformasi dalam tatakelola pengurusan negara dalam mengurangkan rasuah dan kemampuannya untuk meningkatkan mata skor CPI Malaysia?

Dato’ Yang di-Pertua, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam Titahnya menyeru supaya pengurusan kerajaan menggunakan teknologi digital supaya dapat meningkatkan ketelusan serta menutup ruang dan peluang salah guna kuasa dan amalan rasuah. Saya menyambut baik dan amat bersetuju supaya kerajaan mengambil langkah yang progresif supaya pendigitalan dalam pengurusan kerajaan diperluaskan di semua peringkat dan juga jabatan.

Perkembangan teknologi terkini seperti penggunaan teknologi kecerdasan buatan

(AI) serta blockchain perlu digunakan untuk membanteras jenayah rasuah. Namun begitu, teknologi juga menjadikan jenayah semakin kompleks dan sukar untuk dikesan serta dijejaki dan ia melibatkan rentas sempadan negara atau transnasional.

Oleh itu, saya ingin bertanya, setakat ini bagaimana kerajaan menguruskan penggunaan pendigitalan supaya ia benar-benar selamat? Setiap hari kita mendengar jenayah-jenayah siber dalam pelbagai bentuk penipuan atas talian terutamanya yang melibatkan kewangan. Sejauh mana kerajaan dapat mengekang kes-kes begini dari berlaku? Apa yang berlaku kini menunjukkan seolah-olah kerajaan tidak dapat membendung atau menyekatnya dari terus berleluasa.

Menurut laporan dari halaman web Majlis Keselamatan Negara pada tahun lepas, Malaysia kerugian RM6 juta sehari akibat aktiviti jenayah atas talian. Manakala, menurut kajian Asia Scam Report 2024 oleh Global Anti-Scam Alliance, Malaysia menjadi negara tertinggi di Asia yang merekodkan jumlah mangsa berulang berkaitan jenayah penipuan dalam talian dengan lebih 2.5 kali jenayah itu berlaku pada mangsa yang sama. Persoalan saya, apakah tindakan yang sedang kerajaan laksanakan untuk membendung fenomena penipuan atas talian ini? Setakat ini, bagaimanakah kawal selia dilaksanakan setelah pelesenan perkhidmatan media sosial dan pesanan Internet yang mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2025 yang lalu dan apakah kesannya daripada pelaksanaan pelesenan ini?

Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk Titah Seri Paduka Baginda nombor 18 dan 21 yang menyentuh isu kebajikan serta kesejahteraan rakyat dan memartabatkan institusi keluarga untuk sama-sama kita beri perhatian dan fikirkan bersama. Izinkan saya memetik tulisan dari halaman sesawang Dewan Ekonomi yang bertarikh 2 Oktober 2024 yang bertajuk, “Keseimbangan Kerja dan Kehidupan.” Kajian terkini oleh Remote, sebuah syarikat perkhidmatan sumber manusia global mengenai keseimbangan kerja dan kehidupan mendedahkan bahawa Malaysia berada pada kedudukan ke-59 dalam kalangan 60 buah negara dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tertinggi di dunia. Malaysia memperoleh skor 27.51 daripada 100 markah, menjadikan kita negara kedua terburuk dalam indeks selepas Nigeria.

final • 11:50 AM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Manakala, portal Sinar Harian bertarikh 28 Jun 2024 melaporkan satu berita yang bertajuk, “Work life balance di Malaysia kedua terburuk di dunia...” dengan merujuk kajian yang sama. Menurut Profesor Dr. Mohd Awang Idris, pakar psikologi pekerjaan dari Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, punca Malaysia mempunyai keseimbangan kerja dan kehidupan yang teruk adalah gaji yang rendah. Oleh itu, rakyat perlu bekerja lebih masa. Saya berharap pelaksanaan gaji progresif dapat membantu rakyat Malaysia mendapat keseimbangan kerja kehidupan.

Sebenarnya, apakah yang dimaksudkan dengan keseimbangan kerja dan kehidupan? Ia merujuk kepada keseimbangan antara tanggungjawab kerja dan kehidupan peribadi seseorang dengan menekankan keperluan untuk membahagikan masa dan tenaga secara adil antara kedua-duanya. Keseimbangan antara kerja dan kehidupan adalah penting kerana ia bukan sahaja menyumbang kepada kesejahteraan mental, tetapi juga meningkatkan produktiviti dan keberkesanan di tempat kerja. Secara tidak langsung, ia berkaitan dan mempengaruhi kehidupan berkeluarga. Dalam masa yang sama, institusi keluarga berdepan dengan pelbagai cabaran yang semakin meningkat akibat tekanan ekonomi, perubahan sosial dan demografi yang pesat serta perubahan teknologi yang cepat.

Datuk Yang di-Pertua, memartabatkan institusi keluarga adalah sangat penting dan wajib diperkasakan untuk mencapai keseimbangan kerja dan kehidupan. Bapa sebagai ketua keluarga perlu diperkasakan dengan ilmu dan tanggungjawab untuk menjaga keluarga. Ibu perlu melaksanakan tanggungjawab dengan hak-haknya perlu ditunaikan. Peranan ibu bapa sangat penting untuk melahirkan generasi masa hadapan dan untuk membentuk sebuah institusi keluarga sebagai sebuah unit yang paling asas dengan menitikberatkan nilai-nilai agama dalam membentuk sebuah negara bangsa yang cemerlang.

Kerajaan melalui kementerian dan agensi-agensi adalah tapak ataupun bekas yang perlu menyediakan akta, dasar, polisi, merancang, merencana dan melaksanakan program-program bagi merealisasikan dasar-dasar dan polisi yang sedang dan telah dibuat.

final • 11:50 AM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

[Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Sistem sokongan kepada institusi keluarga perlu menjadi keutamaan dalam perancangan program dan peruntukan yang berpatutan perlu disediakan oleh kerajaan.

Tahniah pada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia yang telah menyediakan manual Inisiatif Lelaki qawwam sebagai panduan kepada lelaki atau bapa sebagai ketua keluarga.

Manualnya sudah ada, jadi saya ingin tahu sejauh mana panduan yang baik ini disampaikan kepada bapa-bapa atau apakah ada kajian impak keberkesanan program- program pemerkasaan yang dilaksanakan kepada kaum bapa sehingga kini.

Dunia pekerjaan banyak tidak memberi keadilan kepada wanita khususnya.

Mengikut data, wanita di Asia Tenggara terpaksa menanggung beban kerja jagaan ataupun care work dengan izin, tanpa bayaran dua kali ganda, berbanding lelaki.

Manakala 53 peratus wanita Asia Tenggara terpaksa keluar daripada pekerjaan kerana tanggungjawab penjagaan.

Datuk Yang di-Pertua, kebajikan kaum ibu atau wanita perlu dititikberatkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, penjagaan anak-anak dan orang tua memberi kesan yang lebih kepada wanita berbanding lelaki. Oleh itu, sudah tiba masanya kerajaan perlu memulakan polisi-polisi yang memusatkan kepada keluarga ataupun family ataupun family centric untuk memberi keadilan kepada wanita dalam mencapai keseimbangan kerja dan kehidupan.

final • 12:00 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

KESUMA wajib mengkaji waktu kerja wanita yang bekerja dari sudut keperluan keseimbangan kerja kehidupan. Polisi atau dasar waktu kerja fleksibel lebih pendek atau bekerja dari rumah adalah diperlukan untuk mengurangkan beban kepada wanita.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga suka menarik perhatian Kementerian Kesihatan dan JPA yang tidak boleh ditinggalkan apabila bercakap mengenai isu keseimbangan kerja dan kehidupan. Jururawat adalah tenaga kerja yang sangat penting dalam perkhidmatan kesihatan, yang bekerja untuk menyelamatkan nyawa rakyat. Beban kerja dan tambahan masa akan memberi tekanan, kesannya kualiti kerja akan berkurang. Oleh itu, kementerian perlu mengkaji semula penambahan waktu kerja jururawat yang bekerja secara shift. Kita memahami keperluan JPA untuk mematuhi waktu kerja 45 jam seminggu.

Saya menyokong cadangan oleh Yang Berhormat Senator Lingesh semalam supaya satu jam terakhir adalah waktu rehat bagi jururawat yang bekerja shift jika tiada penyelesaian yang boleh dibuat. Jika ada penyelesaian yang lain, saya mencadangkan supaya waktu kerja jururawat kekal seperti sedia kala. Bagi saya kita yang membuat undang-undang, kita. Kerajaan yang membuat undang-undang kenapa tidak boleh kita membuat peraturan kerja khusus untuk sektor kesihatan, khususnya kepada jururawat.

Beralih daripada isu keseimbangan kerja dan kehidupan, masih dalam isu kesejahteraan rakyat. Kesihatan rakyat adalah perkara penting yang perlu KKM tangani dan urus. Rakyat yang tidak sihat menjadi beban kewangan yang sangat tinggi kepada kerajaan. Penyakit-penyakit kronik, kencing manis, darah tinggi, serangan jantung, strok, kegagalan buah pinggang adalah antara yang melibatkan kos rawatan yang tinggi selain kanser. Penyakit-penyakit ini adalah penyakit yang boleh dicegah, sepatutnya kita tidak sakit tapi kenapa kita sakit.

Rawatan pencegahan adalah lebih murah daripada rawatan penyakit. Oleh itu KKM perlu beriltizam dan tekun untuk meningkatkan program-program pencegahan.

Contohnya, Program Saringan PeKa yang perlu diperluaskan, sekali saringan sekarang ini, sekali saja saringan tidak mencukupi kepada rakyat yang mempunyai risiko dan meningkat usia. Saringan perlu dibuat secara berkala lebih kerap sekurangnya satu atau pun dua tahun sekali.

Amalan sekarang yang berisiko perlu dirujuk kepada klinik kesihatannya, hakikatnya rakyat tidak akan ke klinik kesihatan jika tidak sakit walaupun dirujuk. Amalan sekarang bila pesakit tertentu dirujuk atas faktor risiko tetapi dia tidak sakit lagi kita hanya tulis surat, doktor di klinik fasiliti kesihatan tulis surat ke KK. Namun hakikatnya mereka tidak akan pergi ke klinik kesihatan sehinggalah mereka sakit. Jadi itulah kepentingan keperluan saringan dibuat secara berkala.

War to Sugar dengan izin, perangi gula. Gula adalah punca kepada penyakit- penyakit kronik khususnya kencing manis, kegagalan buah pinggang dan juga strok.

Mendidik rakyat kepada pemakanan yang lebih sihat dan seimbang adalah penting.

Namun mendidik saja tanpa kawalan lambat membawa kesan baik. Didik dan sediakan gantian atau pilihan yang lebih sihat dan buat polisi atau undang-undang yang mengawal.

Kaedah kawalan kandungan gula dalam minuman atau makanan yang dikomersialkan juga perlu dikaji untuk mengawal penggunaan gula demi kesihatan rakyat. Sukar untuk mendidik rakyat yang sudah terbiasa dengan kemanisan gula, manusia mudah ketagih dengan kemanisan. Lebih mudah jika dimulakan dengan kanak-kanak, pelajar sekolah ataupun generasi muda.

Selain daripada menaikkan cukai gula, pendidikan pemakanan sihat adalah sangat penting. Mulakan di prasekolah contohnya, kerajaan boleh membuat polisi gula tidak dibenarkan ataupun no sugar setiap hari, kempen setiap hari tanpa sugar, tanpa gula setiap hari- Kempen Setiap Hari Tanpa Gula. Selain itu, makanan-makanan yang berasaskan karbohidrat ringkas seperti kek aising ataupun roti bergula perlu dikurangkan di kantin-kantin sekolah.

final • 12:00 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi pada tahun 2022, sebanyak 21.2 peratus atau satu dalam lima kanak-kanak di Malaysia mengalami tumbesaran terbantut akibat kekurangan nutrisi. Manakala 6.8 peratus remaja mengalami tanda terbantut.

final • 12:00 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Yang Berhormat, minta mencelah sikit. Boleh ya Dato’ Sri. Saya ingin berundur sedikit kepada cadangan Yang Berhormat tadi antaranya untuk mengawal gula ini ialah menaikkan cukai gula. Sebagai pengamal perubatan kita sama-sama sangat-sangat bersetuju. Apakah kita akan— sebab tidak dihuraikan kerana isu ini isu yang sangat sensitif, naik cukai siapa nak naik cukai, terutamanya tentang gula yang kalau tidak ada kemanisannya tak adalah orang Kelantan.

Jadi apa seruan seterusnya daripada Yang Berhormat?

final • 12:00 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Ya. Ini isu sensitif, naik cukai mesti gula naik dan rakyat akan marah. Kadang-kadang kita kena jadi orang yang tidak popular untuk menaikkan cukai demi kesihatan rakyat dan ini perlu dibuat oleh KKM. Perlu dibuat perhatian dikaji oleh KKM dan saya minta KKM juga menjawab soalan Yang Berhormat ini dan masukkan dalam ucapan saya.

final • 12:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Celah sikit Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Kalau celah kena tambah masa lagi.

final • 12:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Sekurang-kurang 30 minit. Jadi boleh masa itu.

final • 12:00 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Saya ada banyak lagi. Okey.

final • 12:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Boleh Datuk? Saya tengok gini, benda yang sebahaya gula yang dibincangkan dah punya lama cukai naik tak naik, tetapi bekalannya ada jer. Benda yang sangat masalah yang tak timbul sangat isu beras, tapi bekalannya tak ada jer. Kenapa boleh berlaku dua— benda yang macam itu?

final • 12:00 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Terima kasih Yang Berhormat. Saya harap kerajaan dapat menjawab soalan Yang Berhormat. Masukkan dalam ucapan saya.

final • 12:00 PM

Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh

Datuk Yang di-Pertua, mohon lah saya rasa terpanggil juga.

final • 12:00 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Bagilah peluang saya.

final • 12:00 PM

Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh

Tambah, tambah. Datuk Yang di-Pertua sanggup tambahkan masa itu. Datuk Yang di-Pertua, saya tertarik dengan soal gula nak naik cukai apa semua supaya nak mengekang soal penyakit-penyakit gula ini terutamanya kencing manislah.

final • 12:00 PM

Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh

Soalan saya Yang Berhormat, kita naik cukai dengan harapan kurang orang makan gula. Kita naik cukai, orang marah kita. Air teh O, air teh tarik, air kopi di kedai akan naik melambung-lambung walaupun naik sikit cukai gula. Hasilnya untuk mengurangkan kegunaan gula dengan orang-orang rakyat kita belum pasti kita capai, tapi kemarahan rakyat sudah pasti yang kita capai. Ini soalan saya. Macam mana kita nak pastikan kenaikan cukai, harga gula mahal, orang kurang makan gula. Saya rasa tidak ada gerenti.

final • 12:10 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Tapi kita sokong.

final • 12:10 PM

Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh

Sokong naik cukai? Datuk Hatta sokong..., [Ketawa] Itu tak pasti.

final • 12:10 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Itu saya tak perlu menjawab soalan Yang Berhormat. Kita dah tahu akibatnya. Rakyat mesti marah, tetapi untuk capai kesihatan, rakyat perlu dididik dengan cara. Bagi saya kita menggunakan gantian kepada gula. Manis gula yang mempunyai kalori yang tinggi kepada gula yang lebih natural seperti gula daripada buah monk fruit yang natural, yang rasanya lebih kurang sama, tetapi

final • 12:10 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

harganya mahal. Yang ini kerajaan perlu turunkan cukai. Gula semula jadi yang lebih selamat perlu diturunkan cukai supaya harganya lebih murah.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman

Yang Berhormat Dato Speaker, boleh mencelah sikit?

final • 12:10 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Tak bergerak saya ini. Banyak lagi ini.

Kalau Yang di-Pertua izinkan saya tambah lagi masa, saya boleh.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tambah berapa minit...

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman

Sekurang-kurangnya setengah jam.

Saya cuma nak tanya satu soalan. Apa jaminan jika kita naikkan cukai, masyarakat boleh kurang menggunakan gula? Satu.

Keduanya, masalah attitude kita sendiri. Kita nak cari populariti dengan mencadangkan sesuatu yang kadang-kadang menyebabkan masyarakat marah terhadap kita, tapi dapatan daripada cadangan kita itu yang membolehkan masyarakat been educate, dengan izin, dengan cara our own will untuk kita kurangkan penggunaan gula.

Macam kadang-kadang masyarakat kita boleh cut sugar minuman sebab makanan lain itu ada mengandungi gula. Jadi kalau boleh, kita minta pihak kerajaan mencari pendekatan yang lebih baik supaya dapat digunakan oleh segenap lapisan masyarakat. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Okey. Saya setuju dengan Yang Berhormat Dato’. Pendidikan itu penting. Pendidikan kesihatan itu penting. Kesedaran kepada masyarakat kita tentang bahaya gula.

Okey, saya kembali kepada isu terbantut. Bukan saja kanak-kanak, sebanyak 6.8 peratus remaja juga mengalami masalah terbantut. Angka ini sangat membimbangkan kerana ia akan memberi kesan tidak baik untuk jangka masa pendek dan juga panjang kepada negara. Kanak-kanak yang terbantut akan lebih cenderung untuk kerap sakit.

Kejap-kejap sakit. Kejap-kejap sakit. Mengalami masalah pembelajaran, isu pembulian serta rendah tahap keyakinan diri sendiri sehingga menjejaskan kesihatan fizikal dan mental.

Manakala apabila usia meningkat remaja ataupun dewasa, mereka mungkin bakal mengalami peningkatan risiko keadaan kesihatan yang kronik, penurunan produktiviti sumber ekonomi dan juga berpotensi pendapatan seumur hidup juga akan menjadi lebih rendah. Antara faktor yang menyebabkan kes terbantut adalah:

(i) diet yang tidak seimbang semasa hamil;

(ii) status ekonomi keluarga yang rendah dan kos sara hidup yang meningkat;

(iii) kekurangan ilmu pemakanan;

(iv) kekurangan nutrisi yang seimbang;

(v) faktor kebersihan persekitaran; dan

(vi) kanak-kanak yang terkena jangkitan yang berulang.

Ini membawa saya kepada persoalan, apa cabaran yang dihadapi oleh kementerian ataupun kerajaan dan juga Kementerian Pendidikan dalam pelaksanaan program-program untuk mencegah dan merawat kanak-kanak terbantut. Adakah kanak- kanak sekolah yang ditemui terbantut diberikan pemakanan khas dan ibu mereka diberikan pendidikan pemakanan yang sihat.

Tuan Yang di-Pertua, pada 27 Februari yang lalu, minggu lepas, saya hadir secara atas talian Program Advokasi Pemaparan Harga Ubat di Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta dan Farmasi Komuniti. Satu sesi dialog telah dilaksanakan di mana Yang Berhormat Menteri Kesihatan sebagai pengerusi. Pemaparan ini perlu dilaksanakan

final • 12:10 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

antara alasannya adalah disebabkan oleh medical inflation atau kenaikan kos perubatan yang tinggi yang bagi saya adalah tidak tepat kerana kos perubatan klinik swasta masih rendah berbanding negara lain dan kos fi konsultasi di Malaysia adalah sangat rendah dan tidak dibuat penyelarasan baharu sejak lebih 10 tahun.

Saya telah mendengar taklimat oleh KKM dan KPDNHEP serta luahan oleh para doktor yang diwakili juga oleh MMA Persatuan Perubatan Malaysia dan PPSMMA, private sector. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan yang telah menangguhkan pelaksanaan pemaparan harga ubat sehinggalah fee konsultasi jadual ketujuh dikaji dan dibuat penyelarasan semula.

Di Dewan yang mulia ini, saya ingin menyatakan sokongan kepada kenyataan MMA dan PPSMMA yang menegaskan bahawa perkhidmatan jagaan kesihatan swasta tidak perlu dikawal oleh Akta 723, akta di bawah KPDNHEP memadailah dengan Akta 586 di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia seperti yang ditegaskan oleh para doktor.

Doktor adalah perawat, bukan penjual ubat.

Rawatan pesakit bukan bergantung kepada ubat sahaja, ia meliputi pengambilan sejarah pemeriksaan ujian prosedur-prosedur rawatan dan nasihat-nasihat perubatan dan keperluan rujukan. Kerajaan perlu tahu dan faham apa yang berlaku di lapangan. Perlu turun dan berdialog bersama para pengamal perubatan swasta. Antara isu yang terpaksa mereka hadapi ialah pembekal-pembekal ubat mengamalkan harga yang berbeza-beza antara klinik berbeza dan juga farmasi komuniti. Kerajaan perlu buat sesuatu kaji dan buat tindakan sewajarnya kepada para pembekal, bukannya kepada pengamal perubatan swasta.

Tuan Yang di-Pertua, untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, third-party administrator (TPA) adalah pihak ketiga atau orang tengah yang menguruskan perkhidmatan kesihatan suatu organisasi, contohnya PMCare ataupun MyCARE.

Kebelakangan ini TPA atau pihak ketiga ini telah memperkenalkan practice tele- consultation, konsultasi melalui atas talian dan dispensing separation ataupun pengasingan dispensi di mana ubatan diambil di premis TPA ataupun farmasi, konsultasi dibuat secara atas talian oleh doktor.

Untuk pesakit-pesakit kronik yang memerlukan ubatan berpanjangan seperti pesakit darah tinggi dan juga pesakit kencing manis. Jadi mereka tak perlu jumpa doktor.

Cuma konsultasi melalui talian dan seterusnya mengambil ubatan di premis TPA ataupun di farmasi. Jadi tak ada pemeriksaan. Suatu amalan yang boleh mendedahkan pesakit kepada risiko keselamatan dan boleh menyebabkan komplikasi kesihatan ataupun komplikasi daripada penyakit-penyakit yang sedang dihadapi.

Tugas seorang doktor bukan hanya untuk membuat preskripsi ubatan tetapi lebih daripada itu iaitu untuk memeriksa dan menilai tahap kesihatan pesakit. Oleh itu, saya mohon supaya kerajaan campur tangan dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak ketiga ini. Selain itu, TPA juga menekan GP ataupun klinik swasta dengan mengenakan fi dan mengehadkan caj perundingan kepada suatu nilai yang tidak munasabah.

Tuan Yang di-Pertua, Kelantan- saya perlukan lebih masa sebab banyak sangat gangguan.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Berapa masa diperlukan?

final • 12:10 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Sikit lagi. Last saja ini. Last poin sahaja.

final • 12:10 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Kelantan sebuah negeri dengan pelbagai tempat yang cantik dan menarik, kaya dengan kebudayaan, seni warisan yang boleh menjadi tarikan kepada pelancong luar dan juga dalam negara. Bagi food hunter, Kelantan adalah syurga makanan. Pelbagai jenis

final • 12:20 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

makanan setanding dengan negara jiran, Kelantan adalah pintu masuk ke Malaysia dari Thailand.

Setiap tahun kita menyaksikan jutaan rakyat Malaysia merentasi sempadan ke negara jiran untuk bercuti, antara faktor yang menggalakkan rakyat Malaysia bercuti di Thailand adalah kerana kosnya lebih murah. Penginapan dan kos makanan adalah jauh lebih murah berbanding negara kita.

Oleh itu saya ingin bertanya, apakah kempen yang dilaksanakan untuk menggalakkan pelancong dalam negara melancong dalam negeri sendiri? Contohnya, kempen mempromosi Pulau Suri di Tumpat Kelantan yang menarik dengan pasar terapung yang menyediakan pelbagai juadah tradisi Kelantan dan Thailand dan pelbagai persembahan budaya seperti Dikir Barat.

Kedua, apakah inisiatif yang diberikan kepada pengusaha-pengusaha rumah inap atau homestay dan hotel-hotel untuk memberikan harga yang setanding dengan negara jiran? Apa perancangan kerajaan dalam memajukan pelancongan di daerah sempadan di pintu masuk Malaysia iaitu Rantau Panjang dan Tumpat supaya dapat menggalakkan rakyat Malaysia untuk bercuti dalam negara.

Saya juga ingin bertanya, apa status pembangunan infrastruktur di kawasan- kawasan menarik di Kelantan seperti pembesaran jalan raya dan kemudahan asas seperti tandas dan surau di Pantai Kemasin dan sepanjang pantai di Daerah Bachok.

Tuan Yang di-Pertua, semalam sahabat-sahabat Yang Berhormat Senator berbahas sehingga hangat isu penggunaan bahasa Melayu sebagai alat perpaduan yang boleh menyatu padukan rakyat Malaysia. Saya sangat bersetuju dan menyokong. Bahasa adalah alat perpaduan yang berkesan. Untuk membentuk sebuah negara bangsa, rakyat Malaysia perlu hidup bersatu padu dan alat bahasa adalah salah satu cara, bagi saya rakyat Malaysia sudah bersatu, hidup aman dan damai.

Isu perpaduan hanya digembar-gemburkan oleh politik, sama ada daripada minoriti ataupun majoriti. Kelantan seolah-olah menjadi asing kepada kaum bukan Melayu di Malaysia. Seolah-olah negeri ini tiada kaum bukan Melayu. Oleh itu saya ingin berkongsi sikit mengenai kehidupan kaum bukan Melayu di Kelantan. Sebelum itu saya hendak semua faham apa takrifan perpaduan. Perpaduan adalah keadaan harmoni di mana masyarakat pelbagai etnik yang mempunyai latar belakang berbeza hidup bersatu padu, saling hormat-menghormati, bertolak ansur dan bekerjasama dalam pelbagai dimensi kehidupan dan kesejahteraan bersama. Keharmonian Kelantan dalam meraikan kehadiran kepelbagaian kaum minoriti sudah terbukti jelas sejak berabad. Peristiwa 13 Mei sebagai contohnya, masyarakat Cina selamat di bawah perlindungan orang Melayu.

Saya juga suka berkongsi data komposisi Kelantan pada tahun 2024, Melayu 93 peratus selebihnya adalah kaum bukan Melayu. Maksudnya lebih kurang lima atau pun enam peratus sahaja warga bukan Melayu di Kelantan. Masyarakat Cina, India, Siam adalah kaum minoriti di Kelantan, namun mereka boleh hidup aman damai, yang paling istimewa mereka berbahas yang sama iaitu loghat Kelantan.

Orang Cina, India, Siam sangat fasih berbahasa Kelantan, malah lebih fasih daripada saya sendiri, lebih fasih daripada anak-anak muda Kelantan dengan menggunakan perkataan Kelantan lama dan mereka bebas mengamalkan agama mereka. Usah terkejut jika melihat tokong Buddha di Kelantan adalah yang terbesar di Asia. Sama ada tokong berdiri, tidur atau duduk, jemput datang ke Kelantan. Semua Yang Berhormat dijemput datang ke Kelantan untuk melihat sendiri.

Kaum Cina boleh makan babi dan minum tanpa sekatan, malah ada pasar Cina yang menjual daging babi di tengah-tengah bandar Kota Bharu, sila datang dan membeli belah di sana, lihatlah keunikannya.

Menurut ahli akademik, Profesor Mohd Mahajee Ketua Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia.

final • 12:20 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Perpaduan Kelantan boleh dijadikan model selain daripada perpaduan kaum pelbagai etnik Sabah dan Sarawak.

Perpaduan di Kelantan diibaratkan sebagai model nasi kerabu, dalam bulan Ramadan pagi-pagi dah sebut nasi kerabu ini, di mana pelbagai kaum bersatu padu, bekerjasama dan saling memerlukan. Ibarat budu yang menyedapkan nasi kerabu, walaupun hanya sikit dimasukkan, begitulah eratnya persaudaraan pelbagai kaum di Kelantan.

Perpaduan ini diperkuatkan dengan adanya dasar hubungan antara kaum Kelantan. Di mana objektifnya adalah mengukuhkan kefahaman di antara masyarakat pelbagai kaum terhadap agama, budaya dan adat resam masyarakat masing-masing, menjadikan dasar ini sebagai salah satu agenda kerajaan bagi memelihara perpaduan, adat resam dan kebajikan masyarakat pelbagai kaum.

Ketiga, mengukuhkan pegangan agama dan moral masyarakat pelbagai kaum agar rakyat Kelantan hidup aman damai. Walaupun bangsa lain adalah minoriti di Kelantan, seperti negara Malaysia ada Menteri Perpaduan, Kelantan ada Exco yang menjaga perpaduan. Lantikan-lantikan politik untuk menjaga kaum yang terdiri daripada bangsa Cina, India, Siam dan juga orang asli.

Pegawai Khas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar berbangsa Cina, Ahli Majlis, penghulu antara kaum, penghulu di mukim dan lain-lain lantikan khusus untuk menjaga dan mengurus kaum minoriti. Untuk itu sekian...

final • 12:20 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Yang Berhormat, boleh tambah juga, Terengganu macam itu juga. Orang Cina di Terengganu di Kampung Tirok dipanggil Pak Chang, Pak Ching, nama itu Chan, dipanggil pak Chan, berterendak, berkain lepas barat. Jadi saya rasa budaya ini bukan sekadar di Kelantan, budaya di mana masyarakat orang Melayu majoriti keadaan perpaduan sangat erat. Ini harus diambil kira, mungkin Tan Seri bersetuju atau tidak— wallahualam. Tan Sri Low sudah tentu lama berada di Terengganu, Wakaf Tapai macam mana?

Ini realiti perpaduan ini apabila tidak dicampuradukkan sangat dengan gangguan politik kepentingan politik tertentu, dia menjadi sangat aman dan harmoni. Saya fikir, Terengganu dan Kelantan boleh dijadikan model. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Ya, terima kasih. Saya setuju, seperti di Kelantan, orang Cina dia ada nama Kelantan dia. Macam kalau dulu Pegawai Khas kepada Menteri Besar adalah Mr. Lau, Cikgu Lau nama Melayunya adalah Rashid, tetapi dia masih lagi Cina walaupun ada nama Melayu dan dia mengamalkan budaya Cina dan orang Cina juga boleh mengamalkan budaya orang Melayu. Contohnya, di kalangan orang Cina ada yang menjadi Tok Joro Dikir Barat, ada yang menjadi Dalang kepada wayang kulit.

Maksudnya, kita hidup bermasyarakat memahami budaya dan memahami agama masing-masing dengan aman damai. Jadi, untuk itu sekian ucapan saya, junjung kasih Tuanku, saya mohon menyokong.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sekarang dipersilakan Yang Berhormat Puan Rita Sarimah.

final • 12:20 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Terima kasih Dato Yang di-Pertua, selamat tengah hari, salam sejahtera dan salam segulai sejalai. Izinkan saya untuk menjunjung kasih atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong sempena pembukaan Parlimen pada 3 Februari tahun ini. Pertama, saya ingin menyentuh tentang prestasi ekonomi pada tahun yang lepas. Baginda Tuanku telah

final • 12:28 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

menyentuh beberapa perkara dan yang pertama adalah prestasi ekonomi negara bagi tahun 2024.

Bank Negara melaporkan pada keluruhannya ekonomi Malaysia berkembang pada kadar 5.1 peratus berbanding 3.3 peratus pada tahun sebelumnya dengan nilai sebanyak RM1.93 trilion berbanding RM1.65 trilion pada tahun 2023. Perkembangan ekonomi didorong oleh permintaan domestik dan eksport yang meningkat. Pendapatan negara kasar per kapita juga meningkat 3.6 peratus kepada RM54,894 berbanding RM52,991 pada tahun sebelumnya. Pendapatan negara kasar per kapita bagi tahun lepas adalah hanya 15 peratus lebih rendah daripada pendapatan ambang. Bagi negara berpendapatan tinggi bagi tahun 2024 dan 2025, iaitu kira-kira bersamaan dengan USD14,005 bersamaan dengan RM63,000.

final • 12:28 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

World Bank mengunjurkan Malaysia akan mencapai status negara berpendapatan tinggi antara tahun 2028 ke-2023. Manakala Yang Berhormat Menteri Ekonomi— Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli mengunjurkan Malaysia akan mencapai status negara berpendapatan tinggi lebih awal lagi iaitu pada tahun 2027. Syabas kepada kerajaan atas pencapaian ekonomi yang baik ini.

Datuk Yang di-Pertua, meskipun begitu, baru-baru ini World Bank melalui kajian bertajuk, “A Fresh Take on Reducing Inequality and Enhancing Mobility in Malaysia World Bank 2024”, mendapati bahawa sungguhpun Malaysia dijangka akan menjadi negara berpendapatan tinggi antara tahun 2028 ke-2030, enam dari 10 orang penduduk Malaysia diunjurkan akan berpendapatan kurang daripada pendapatan ambang bagi sesebuah negara berpendapatan tinggi.

Dengan erti kata lain, Malaysia berada di ambang menjadi negara berpendapatan tinggi, tetapi tahap ketidaksamaan semasa bermakna kemakmuran berpendapatan tinggi masih belum dapat dicapai oleh ramai orang di negara ini. Paradoks sedemikian berpunca dari ketidaksaksamaan pendapatan.

Kajian baru-baru ini menunjukkan 70 peratus daripada Warganegara Malaysia berpersepsi bahawa jurang pendapatan adalah luas dan 60 peratus responden menggesa supaya kerajaan mengambil tindakan segera untuk mengurangkan ketidaksamaan pendapatan.

Datuk Yang di-Pertua, kajian yang lebih memburukkan kajian mendedahkan perbezaan antara bumiputera miskin dan kaya jauh lebih besar daripada perbezaan antara purata bumiputera dan purata bukan bumiputera. Sesetengah bumiputera mengalami keadaan yang lebih buruk.

Bumiputera di Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak merupakan kumpulan yang paling- terpinggir dengan purata pendapatan terendah dalam semua sub kumpulan.

Ketidaksamaan pendapatan antara Semenanjung dan Malaysia Timur diperburuk oleh dan sebahagiannya disebabkan oleh ketidaksamaan dalam akses kepada perkhidmatan kesihatan dan pendidikan yang berkualiti. Ketidaksamaan wilayah berterusan dengan mobiliti ekonomi paling rendah dalam kalangan bumiputera di Malaysia Timur.

Datuk Yang di-Pertua, selain meningkatkan perlindungan sosial seperti subsidi bersasar dan Bantuan Tunai Rahmah. Unsur elemen penting dalam mengurangkan ketidaksamaan ialah meningkatkan kesaksamaan peluang dengan melabur dalam modal insan asas seperti kesihatan dan pendidikan pada peringkat awal kehidupan.

Menutup jurang akses antara isi rumah miskin dan kaya serta merentasi wilayah kelas ekonomi dan kumpulan etnik adalah perlu, tetapi tidak mencukupi untuk mengurangkan ketidaksaksamaan. Jurang yang jauh lebih besar dalam kualiti juga perlu dihapuskan. Intervensi awal adalah lebih kos efektif berbanding usaha pembetulan pada peringkat kehidupan yang lebih lewat serta membantu mewujudkan persaingan yang lebih seimbang dan meningkatkan mobiliti ekonomi.

final • 12:30 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Pelaburan dalam modal insan asas melalui dasar yang memastikan lebih ramai kanak-kanak terutamanya daripada latar belakang yang kurang bernasib baik mencapai dan bersedia untuk pendidikan tinggi.

Datuk Yang di-Pertua, di Sarawak dan juga di Sabah murid-murid di luar bandar menghadapi cabaran yang amat signifikan berbanding dengan rakan sebaya di bandar.

Penempatan graduan yang baharu yang kurang berpengalaman ke sekolah-sekolah di luar bandar mengimpak kualiti pengajaran. Persekitaran pembelajaran yang kurang baik mengurangkan tumpuan dan prestasi pelajar.

Cabaran sosioekonomi keluarga, kekurangan pendedahan, jurang digital dan kekurangan akses kepada internet menjadi benteng yang tinggi bagi murid-murid di luar bandar untuk mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti. Saya percaya keadaan yang sedemikian bukan sahaja berada di Sabah dan Sarawak, tetapi juga di kawasan pedalaman di Semenanjung Malaysia mungkin melibatkan kaum kanak-kanak orang asli.

Datuk Yang di-Pertua, masalah ini bukan masalah yang baharu. Masalah ini telah wujud sejak berpuluh-puluh tahun, tetapi sehingga kini tiada penyelesaian yang menyeluruh yang telah dicapai. Adakah sebab utama kerana kekangan kewangan atau adakah kementerian terbeban kerana terlalu banyak sekolah untuk ditadbir urus.

Datuk Yang di-Pertua, saya menggesa Kementerian Pendidikan untuk merangka kaedah dan langkah bagi meningkatkan pencapaian pelajar luar bandar. Saya mencadangkan supaya kementerian mendapatkan kerjasama komuniti seperti PIBG, NGO, dan syarikat-syarikat tempatan untuk membaiki, menyelenggara sekolah dan menyediakan sumber.

Bagi sekolah-sekolah yang tidak mendapat akses kepada internet, saya cadangkan supaya kementerian melanggan Starlink bagi sekolah berkaitan. Kelas malam percuma dan kerjasama dengan universiti-universiti untuk menghantar guru sukarelawan adalah antara ikhtiar yang berkos rendah.

Datuk Yang di-Pertua, saya berpendapat satu solusi yang kos efektif dan yang wajar adalah supaya kementerian membina sekolah pusat berasrama penuh di daerah- daerah kecil di mana populasi murid semakin berkurangan. Di Sarawak, banyak sekolah kurang murid kerana mereka mengikut ibu bapa yang berhijrah ke luar bandar. Jadi ini menimbulkan persekitaran persekolahan yang tidak baik untuk murid-murid berkenaan dan bajet yang diperuntukkan oleh Kementerian Pendidikan adalah berdasarkan kepada bilangan murid.

Added to this adalah banyak sekolah daif di Sarawak. Saya percaya banyak masa dan banyak juga belanja yang diperlukan untuk membaik pulih sekolah-sekolah daif tersebut. Dengan cadangan ini, saya rasa Kerajaan Sarawak pernah membuat cadangan untuk memusatkan sekolah berasrama penuh di setiap daerah, tetapi ini kemungkinan besar melibatkan penutupan sekolah-sekolah tertentu.

Jadi soalnya kompleks, ada masyarakat sekitar yang masih mengekalkan sekolah tersebut kerana mereka melihat sekolah itu adalah satu sebahagian daripada institusi di dalam komuniti tersebut. Mungkin ada juga di kalangan guru yang hirau bahawa mereka akan kehilangan tempat mengajar dan banyak perkara yang berinteraksi yang complicated. Namun saya berpendapat seperti mana Yang Berhormat Dr. Hajah Wan Martina berkata sebentar tadi, solusi yang sukar memang membuat kita tidak popular, tetapi that- dengan izin, that is the right thing to do. Saya berpendapat kebajikan murid dan opsyen yang akan memberi keberhasilan yang terbaik kepada mereka hendaklah diutamakan.

Apa yang pasti penyelesaian yang infinitif perlu dicapai dan dilaksanakan.

Datuk Yang di-Pertua, berkaitan dengan akses ataupun peluang kepada pelajar bumiputera di Sabah dan Sarawak untuk melanjutkan pendidikan ke institusi pengajian tinggi. Semasa Kerajaan Barisan Nasional ada diagihkan sebanyak 200 biasiswa yang khas untuk diagihkan untuk pelajar-pelajar daripada Sabah dan Sarawak.

final • 12:30 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Jadi soalan saya sekarang, adakah peruntukan sedemikian masih dilaksanakan pada masa ini? Kalau ia tidak dilaksanakan, saya mohon ia dilaksanakan semula supaya lebih ramai lagi pelajar dari Sabah dan Sarawak berpeluang untuk mendapatkan pendidikan tinggi tanpa dikekang oleh kesempitan kewangan.

Dato Yang di-Pertua, isu yang seterusnya adalah hala tuju sawit negara. Pada tahun lepas, sektor minyak sawit Malaysia menyumbang kira-kira tiga peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar negara dengan nilai eksport melebihi hampir RM92 bilion.

Ini menjadikan minyak sawit sebagai sektor agribusiness terbesar di Malaysia. Sawit tertakluk kepada turun naik harga di pasaran komoditi antarabangsa.

Satu lagi cabaran adalah pengeluaran yang dalam trend menurun pada masa ini.

Sebentar tadi kita telah mendengar penerangan daripada Yang Berhormat Menteri Perladangan dan Komoditi tentang penanaman semula sawit. Sebab ini boleh mengimpak kepada produktiviti sawit dalam jangka masa yang panjang. Kadar penanaman semula masih rendah iaitu kira-kira dua peratus berbanding lima peratus atau kira-kira 258,000 hektar setahun yang diasarkan. Penanaman semula adalah isu kritikal yang perlu diberi perhatian segera kerana ia memberi kesan langsung kepada industri dalam jangka panjang.

Saya cadangkan supaya Kementerian Perladangan dan Komoditi menawarkan skim penanaman semula kepada pekebun-pekebun kecil yang mengambil kira kekangan kita untuk memberi kolateral kerana tanah yang diusahakan adalah tanah adat dan tiada geran seperti mana di Sarawak.

Dato Yang di-Pertua, industri sawit mendepani ancaman dari Kesatuan Eropah.

Keputusan Kesatuan Eropah untuk menghentikan penggunaan minyak sawit sebagai bahan biofuel, memperkenalkan EU Deforestation Regulation, dengan izin, yang bertujuan untuk menghalang import barang-barang yang berkaitan dengan penebangan hutan haram termasuk minyak sawit.

Tuduhan penebangan hutan dan alam sekitar adalah isu-isu yang mengancam pengeksportan sawit ke Eropah. Sehingga kini, EU masih belum memberi pengiktirafan rasmi bagi pensijilan MSPO. Walaupun pengiktirafan rasmi bagi pensijilan MSPO oleh EU masih belum dicapai, usaha kerjasama dan penilaan berterusan sedang dijalankan untuk menyelaraskan MSPO dengan piawaian EU terutamanya berkaitan dengan kriteria pembalakan dan kelestarian. Ini satu perkembangan yang positif namun ancaman kehilangan pasaran Eropah masih ada.

Soalan saya, apakah langkah kerajaan seterusnya untuk memenuhi piawaian antarabangsa demi mengekalkan daya saing dalam pasaran global terutama di Eropah?

Terkait dengan perkara ini, saya juga menggesa MPOB kerana ia ada unit penyelidik supaya menjalankan kajian tentang kaedah-kaedah untuk mengeluarkan sawit secara lebih mampan selain daripada melalui kaedah yang telah ditetapkan oleh MSPO.

Pertanian regenerative iaitu amalan pertanian yang direka untuk memulihkan, mengekalkan dan meningkatkan kesihatan serta biodiversiti ekosistem wajar untuk dikaji kesesuaian dilaksanakan di Malaysia. Kerajaan perlu memikirkan alternatif yang memenuhi piawaian antarabangsa demi mengekalkan daya saing dalam pasaran global.

Dato Yang di-Pertua, saya tertarik dengan perkembangan ekonomi digital walaupun dalam usia yang masih muda, tetapi telah menunjukkan perkembangan yang amat memberangsangkan. Baginda Tuanku menggesa supaya infrastruktur dan ekonomi digital diperkasakan. Keselamatan siber dipertingkatkan dan penggunaan teknologi terkini dipercepatkan.

Pada tahun lepas, ekonomi digital menyumbang kira-kira 20 peratus bersamaan dengan RM292 bilion kepada KDNK negara mengukuhkan peranannya sebagai tonggak utama ekonomi. Jadi, sumbangan ini sejajar dengan aspirasi kerajaan yang digariskan dalam Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia yang bertujuan untuk meningkatkan

final • 12:40 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

sumbangan ekonomi digital kepada 22.6 peratus daripada KDNK menjelang tahun ini.

Jadi, pertumbuhan sektor digital telah diperkukuhkan lagi dengan pelaburan yang signifikan dengan jumlah pelaburan digital yang diluluskan mencecah hampir RM164 bilion pada tahun lepas. Peningkatan ketara daripada RM47 bilion pada tahun 2023.

Dato Yang di-Pertua, satu kekangan kepada perkembangan sektor digital adalah kekurangan AI dan tech profesional dan ramai yang memilih untuk bekerja di Singapura dan Australia kerana negara-negara tersebut menawarkan gaji yang lebih tinggi. Penggiat industri hendaklah menawarkan insentif yang menarik untuk mengekalkan digital dan AI’s professionals. Di samping itu, kolaborasi antara industri dan universiti perlu dipertingkatkan untuk melatih bakat. Dengan infrastruktur yang semakin baik, potensi pasaran yang besar dan sokongan kerajaan yang kuat, ekonomi digital Malaysia mempunyai peluang besar untuk berkembang dan menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara.

Dato Yang di-Pertua, selanjutnya saya beredar kepada perkara berkaitan dengan e-waste atau pun sisa elektronik. Malaysia telah dijadikan sebagai tempat pelupusan dan transit bagi sisa elektronik. Beberapa serbuan ke atas kilang memproses e-sisa yang haram telah dilakukan dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. Baru-baru ini, pasukan gerakan am membongkar kegiatan memproses sisa elektronik haram dengan nilai rampasan lebih daripada RM1.3 bilion dalam serbuan di Sungai Siput, Perak.

Seorang saintis warga China antara 25 orang individu yang ditahan dalam serbuan menerusi Op Hazard. Hasil siasatan mendapati buangan yang disyaki buangan berjadual di kilang terbabit dibawa masuk melalui Pelabuhan Klang dari China serta beberapa buah negara lain termasuk Amerika Syarikat, Bolivia, Oman dan Thailand. Di Kuala Langat baru-baru ini, serbuan di sebuah kilang memproses sampah elektronik membongkar penemuan kira-kira 50 tan peluru— termasuk kelongsong.

E-sisa mengandungi bahan toksik seperti plumbum, merkuri dan kadmium yang boleh mencemarkan tanah dan memberi ancaman kepada kesihatan manusia jika tidak diurus dengan betul. Majlis Keselamatan Negara menyatakan perkembangan e-sisa membimbangkan dan menggesa perhatian dan tindakan segera. Dato Yang di-Pertua, Kastam Diraja Malaysia mengoperasi mesin pengimbas di Pelabuhan Klang dan Ketua Pengarah Kastam dilaporkan baru-baru ini sebanyak 107 buah kontena mengandungi hampir 2,200 tan e-waste bernilai RM5.6 juta berjaya dirampas melalui operasi pada tahun lepas.

Saya ucapkan syabas kepada pihak Kastam dan saya gesa supaya usaha dipertingkatkan untuk membanteras penyeludupan di pintu-pintu masuk negara. Saya menggesa juga supaya pengendali pelabuhan memainkan peranan yang lebih menyerlah.

Bekerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk menentukan prosedur yang ketat untuk meningkatkan pengimbasan ke atas semua kontena import.

Saya cadangkan supaya mesin pengimbas sinar berkuasa tinggi dilengkapi dengan AI yang mampu menembusi kontena yang dimuatkan padat untuk mengesan barang seludup dan ancaman keselamatan. Pelan Strategik Pendigitalan Jabatan Pengangkutan Jalan 2021-2025 menekankan pemerkasaan penggunaan teknologi digital untuk meningkatkan kecekapan operasi pengangkutan.

final • 12:40 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Saya cadangkan supaya pengendali pelabuhan mendapatkan kerjasama pengimport dan pengeksport kargo supaya menggunakan teknologi blockchains supaya semua supply chain participants dengan izin dapat mengesan kargo secara terus, telus dari end-to-end dengan izin, real time cargo tracking mencegah penipuan dan pematuhan Kastam.

Selanjutnya saya menyentuh tentang keselamatan sosial khususnya di Sarawak.

Dato Yang di-Pertua, di Sarawak, judi dalam talian telah menjadi satu masalah yang besar.

Malahan pengusaha judi dalam talian mengendalikan premis-premis di pekan-pekan

final • 12:50 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

termasuk pekan-pekan kecil di Sarawak. Ramai penduduk di luar bandar yang ketagih untuk berjudi sehingga ada yang menyebabkan perceraian. Saya menggesa supaya pihak berkuasa mengambil langkah untuk membanteras masalah ini kerana jika tiada tindakan konkrit yang dilakukan, kita akan kalah kepada judi.

Saya berpendapat kita sudah kalah kepada dadah. Adakah kita akan membenarkan satu lagi setan kepada masyarakat ini untuk berleluasa? Soalan saya, apakah kemusykilan yang dihadapi oleh pihak Polis atau pihak berkuasa yang berkaitan untuk membanteras jenayah seperti ini ya, memandangkan di pekan-pekan di Sarawak memang ada stesen polis yang ditempatkan di pekan-pekan yang berkaitan.

Selanjutnya, saya menyentuh tentang pensaizan semula atau, dengan izin, right sizing oleh PETRONAS. PETRONAS harus menangani isu pensaizan semula atau right sizing dengan telus dan jangan biarkan orang awam membuat spekulasi terutama yang mengaitkan pensaizan semula dengan dan akibat daripada kedudukan PETROS sebagai aggregator tunggal gas yang diperoleh dari Sarawak. Spekulasi yang sebegini boleh menggugat keharmonian nasional khususnya antara penduduk di Sarawak dan di Semenanjung.

Dato Yang di-Pertua, baru-baru ini gergasi tenaga Britain iaitu British Petroleum mengumumkan bahawa ia akan menghentikan seramai 4,700 orang pekerja atau kira-kira lima peratus daripada tenaga kerjanya serta mengurangkan ribuan peranan kontraktor bagi mengurangkan kos. Langkah tersebut adalah sebahagian daripada program berbilang tahun untuk mempermudah kumpulan tersebut dan meningkatkan prestasi menurut kenyataan British Petroleum. Begitu juga sejak beberapa tahun ini, syarikat SHELL telah menjalankan pensaizan semula untuk mencipta lebih nilai. Dengan erti kata lain, pensaizan semula adalah satu perkara yang biasa. Bukan sahaja dalam industri petroleum dan gas, tetapi dalam industri yang lain seperti industri perbankan.

Jadi gesaan saya kepada PETRONAS hendaklah memberikan kenyataan dengan telus supaya tidak membimbangkan rakyat khususnya dalam keadaan di mana kita masih keharmonian nasional di antara penduduk di Sabah dan Sarawak dan di Semenanjung masih– saya rasa agak tergugat akibat daripada isu minyak dan gas baru-baru ini.

Selanjutnya Dato Yang di-Pertua dan yang terakhir, perpaduan negara. Saya bersetuju dengan pendapat-pendapat Ahli Yang Berhormat Dewan Negara semasa perbahasan semalam bahawa figura-figura politik mencetuskan polemik yang menyebabkan ketegangan antara kaum dan sukar, tetapi mengapa ketua parti tidak menegur mereka. Dalam keadaan yang sedemikian, sukar untuk tidak membuat inferens bahawa tindakan sedemikian dilakukan untuk kepentingan parti, untuk menjadikan parti kekal relevan dan berkuasa. Oleh yang demikian, saya merasakan bahawa kita akan terus mendepani penderitaan emosi yang berpanjangan.

Dato Yang di-Pertua, seperkara lagi adalah cadangan garis panduan bagi orang Islam yang menghadiri perayaan kaum bukan Islam. Saya berpendapat adalah hak pihak berkuasa sesuatu agama untuk mengeluarkan garis panduan atau fatwa kepada pengikutnya. Namun garis panduan hendaklah tidak melanggar kebebasan beragama seperti termaktub dalam Perkara 11, Perlembagaan Persekutuan.

Perkara tersebut memperuntukkan bahawa setiap orang berhak menganut dan mengamalkan agama masing-masing. Tiada sesiapa yang boleh dipaksa atau dilarang daripada menganut agama mereka dan setiap agama boleh menguruskan hal ehwal agama mereka sendiri dan mengamalkan kebebasan beragama. Oleh yang demikian, mana-mana garis panduan yang dikeluarkan hendaklah tidak menyekat setiap agama daripada mengurus hal ehwal agama mereka sendiri.

Bagi masyarakat Kristian, upacara kematian baik di gereja atau di tanah perkuburan sudah tentu melibatkan berdoa, menyanyi dan membaca dari Bible. Oleh itu, jika JAKIM mengeluarkan garis panduan yang melarang orang Kristian daripada berdoa, menyanyi dan membaca Bible, jika terdapat orang Islam yang hadir di gereja untuk memberi penghormatan semasa majlis pengebumian, larangan itu sudah melanggar

final • 12:50 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Perkara 11 yang memberi hak kepada setiap agama untuk menguruskan hal ehwal agama mereka dan ini termasuk rituals dengan izin, yang dilakukan di dalam gereja. Jika garis panduan ini dilaksanakan, masyarakat...

final • 12:50 PM

Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam

Boleh saya...

final • 12:50 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Ya. Just one more, final.

final • 12:50 PM

Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam

Okey, okey.

final • 12:50 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Masyarakat di Sarawak yang banyak kahwin campur iaitu bukan Muslim berkahwin dengan orang Muslim akan menghadapi kesukaran yang amat berat yang boleh mengakibatkan keretakan hubungan keluarga. Jadi Dato Yang di-Pertua, saya berharap bahawa kerajaan ada kebijaksanaannya untuk menangani masalah ini dengan wajar, dengan mengambil kira perlunya untuk menjaga keharmonian di antara kaum di negara kita yang tercinta ini. Yes Yang Berhormat Dr.

Lingesh.

final • 12:50 PM

Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam

Terima kasih Dato Yang di- Pertua, terima kasih kerana memberikan saya peluang. Berkenaan dengan perpaduan Dato Yang di-Pertua, pagi ini saya melihat satu video di TikTok di mana pekerja ERA radio menggunakan laungan suci Vel, Vel secara tidak hormat sambil menari di studio yang mengganggu perasaan jutaan penganut Hindu dan ini adalah video yang dimuat naik pada pagi ini...

[Menayangkan video di telefon bimbit] Permohonan maaf telah dibuat oleh pekerja ERA FM sebentar tadi, tetapi perkara ini tidak boleh dibiarkan di sini sahaja. Saya menggesa KDN dan PDRM untuk membuat satu siasatan rasmi di bawah seksyen 298A agar insiden ini tidak berulang. Apakah pendapat Yang Berhormat tentang perkara ini?

final • 12:50 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Jadi apa yang kita bahaskan semalam nampaknya bukan figura politik sahaja yang mencetuskan polemik tentang perkara yang berkaitan, rakyat juga sudah terikut-ikut. Memanglah itu satu perkara yang kita tidak dapat terima dan setiap rakyat daripada figura politik kepada rakyat marhaen seperti kita-kita ini juga, kena memperingati diri sendiri, kerana menentukan bahawa kita menjagalah diri sendiri daripada membuat penyataan, membuat kelakuan yang boleh menyinggung perasaan sesuatu kaum di negara kita ini. Terima kasih.

Dato Yang di-Pertua, sekian sahaja perbahasan saya. Saya menjunjung kasih ke atas Titah Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dipersilakan Yang Berhormat Senator Tuan Musoddak Ahmad.

final • 12:50 PM

Tuan Musoddak bin Ahmad

Bismillahi Rahmani Rahim... [Membaca sepotong doa] Tuan Yang di-Pertua, terima kasih memberikan saya keizinan untuk menyampaikan pandangan dalam sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong bersempena dengan Pembukaan Penggal Keempat bagi Sesi Parlimen Kelima Belas pada hari ini. Semoga Tuanku Yang di-Pertuan Agong sentiasa sihat sejahtera di bawah perlindungan Allah Rabbul Jalil. Insya-Allah. Sebelum memulakan penghujahan ini, saya ingin memulakan dengan menyentuh mengenai sebuah kisah seorang imam mazhab yang hebat iaitu Al-Imam Abu Hanifah Radiallahuanhu dengan seorang kanak-kanak.

Pada suatu hari, beliau berselisih dengan seorang kanak-kanak yang menggunakan sepatu kayu. Kalau kita, macam terompah kayu. Sambil berjalan-jalan ketika itu. Jadi, imam tadi menegur kanak-kanak tersebut supaya berhati-hati dengan sepatu ataupun kasut kayu tersebut kerana ia boleh membuatkannya tergelincir dan jatuh.

Kanak-kanak tadi yang mendengar teguran tersebut hanya membalas dengan senyuman

final • 1:00 PM

Tuan Musoddak bin Ahmad

dan menanyakan kepada sang imam tadi. Adakah kamu Imam Abu Hanifah? Maka sang imam tadi menjawab bahawa nama ku ialah Luqman bin Sabit.

Luqman bin Sabit ini ialah nama sebenar kepada Al-Imam Abu Hanifah. Kanak- kanak tadi menunjukkan pertanyaan. Jadi, tuanlah yang selama ini terkenal dengan gelaran Al-Imam Al-Azam atau imam yang agung? Soal kanak-kanak tadi kepada sang imam tadi. Imam Abu Hanifah mengangguk kemudian berkata bahawa gelaran itu diberikan oleh masyarakat kepadanya dan bukan daripada dirinya sendiri.

Kata-kata kanak-kanak tersebut seterusnya ini begitu menusuk ke dalam kalbu kita. Walaupun ia ditujukan kepada seorang iman, tetapi percayalah kata-kata ini juga sedang ditujukan kepada kita yang mungkin kita digelar Yang Berhormat ataupun Yang Amat Berhormat ataupun sebagainya.

Apa yang diungkapkan oleh kanak-kanak tersebut berkata, “Wahai imam, hati- hati dengan gelaran mu itu. Jangan sampai tuan tergelincir ke dalam neraka kerana gelaran tersebut. Sepatu kayu ini mungkin boleh menggelincirkan aku di dunia, tetapi gelaran mu itu boleh menggelincirkan mu dan menjerumuskan mu ke neraka jika ia menyebabkan kamu itu sombong dan angkuh.” Jadi, hari ini di dunia kita semua dihormati kerana mungkin gelaran-gelaran kita di hadapan nama kita. Kita dihormati kerana gelaran-gelaran Dato’ ataupun sebagainya yang ada di hadapan nama kita dan kadang-kadang nama kita tidak lagi disebut. Hanyalah gelaran sahaja yang disebut kepada kita.

Namun, sedar kah kita bahawa kalau gelaran ini menyebabkan keangkuhan dan kesombongan dalam diri kita. Maka, kita sedang menjerumuskan kehidupan kita dalam api yang sentiasa membakar. Kita— semua akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT mengenai gelaran yang kita sandang pada hari ini. Ini sebagai satu pedoman tazkirah saya kepada Ahli-ahli kita- semua.

Dato Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin menyentuh isu industri padi dan beras negara kita kerana semua kita makan nasi. Kita jarang makan roti. Kalau makan roti pun akhirnya makan nasi juga. Kita mengikuti perkembangan yang didedahkan oleh kementerian mahupun agensi di bawah kementerian mengenai isu-isu yang berlegar dalam industri padi dan beras dalam negara.

Walau bagaimanapun, saya berpandangan masih banyak persoalan yang tidak terjawab dan saya yakin persoalan yang sama juga dibangkitkan rakyat pada hari ini.

Baru-baru ini, semua mengetahui MARDI mendedahkan dakwaan percampuran beras import dan beras tempatan dan memperkenalkan teknologi baharu pengesanan percampuran beras menggunakan cap jari DNA.

Namun, pihak Menteri menyatakan bahawa ini kenyataan rasmi kementerian.

KPKM mendapati Akta Kawalan Padi dan Beras 1984 serta perundangan subsidiari di bawah tiada peruntukan yang jelas mengenai pendakwaan kesalahan percampuran beras di mahkamah. Pihak KPKM juga melanjutkan bahawa percampuran beras putih tempatan dan beras putih import ini berlaku sejak 1970-an dan tiada usaha dijalankan sejak 50 tahun lalu untuk mengawal aktiviti ini.

Dato Yang di-Pertua, pertama sekali saya mengucapkan tahniah kepada kementerian kerana berani mendedahkan kewujudan percampuran beras import dan beras tempatan ini sekali gus merungkai sedikit persoalan rakyat mengenai ke mana beras tempatan menghilang selama ini. Saya percaya kalau Menteri sendiri turun dan mendengar perbahasan di sidang Dewan Undangan Negeri Kedah yang lebih awal.

Jawapan tentang kemelut ini sudah lebih awal lagi dibangkitkan. Hanya menunggu reaksi dan tindakan di pihak kementerian sahaja.

Memang sejak awal lagi isu percampuran beras ini telah berlaku. Malah, kenyataan Pengarah Urusan Kilang Dibuk, kilang bumiputera yang terpaksa gulung tikar selepas 57 tahun beroperasi juga menyatakan sememangnya ada pengilang yang

final • 1:00 PM

Tuan Musoddak bin Ahmad

mencampurkan kedua-dua beras ini dan menjualnya menggunakan packaging beras import.

Dato Yang di-Pertua, inilah realitinya yang saban hari diselindungkan. Mereka tidak mahu menyatakan realiti sebenar. Kemudian, hari ini mahu tampil seolah-olah penyelesaian masalah sejak lima dekad sedang diusahakan. Selama lima dekad tidak pernah berlaku shortage beras tempatan ke tahap yang kritikal seperti ini. Mengapa kementerian masih mahu berdalih dalam isu bahawa kewujudan suatu kumpulan yang merencatkan pengeluaran beras negara.

Soalnya, apakah benar kita tiada peruntukan akta-akta lain yang boleh dikenakan terhadap pengilang yang mencampurkan beras tempatan dan beras import ini? Apakah peruntukkan di bawah Akta Perihal Dagangan 2021 tidak mempunyai kaitan untuk disabitkan khususnya melihatkan perihal dagangan palsu yang berkaitan dengan kandungan jenis dan nama? Hal yang demikian adalah kerana ia bukan soal percampuran beras semata-mata, tetapi juga soal packaging import yang dijual kepada pengguna.

Bukankah ia satu kesalahan yang jelas. Perkara sebegini sangat menghairankan kita- semua.

Dato Yang di-Pertua, saya kira dalam situasi ini juga kerajaan wajar dedahkan kilang mana yang dikatakan telah mencampurkan beras putih tempatan dengan beras putih import tersebut dan pengilang mana yang akan menerima subsidi RM150 juta untuk mereka keluarkan beras putih tempatan dalam pasaran. Saya hairan bagaimana kementerian boleh memberikan suntikan dana kepada pengilang supaya mereka mengeluarkan beras putih tempatan atas alasan mahu mengekalkan harga jualan RM26 bagi 10 kilo kampit beras.

Kalau begitu situasinya, adakah selama ini sememangnya pengilang-pengilang tersebut telah menanggung kerugian dengan mengeluarkan beras putih tempatan ke pasaran atau selepas diberikan subsidi RM150 juta baharu mereka sanggup mengeluarkan beras putih tempatan.

final • 1:00 PM

Tuan Musoddak bin Ahmad

Jadi selama ini mereka sorokkan beras putih tersebut. Ini persoalan-persoalan yang berlegar dalam kalangan rakyat. Jelas sangat berlaku sesuatu di sebalik tabir, yang Menteri tidak mahu dedahkan mengapa kementerian tidak jujur menjelaskan isu ini. Ini yang menjadi persoalan utama yang gagal ditanggapi oleh kerajaan sehingga hari ini.

Dato Yang di-Pertua, saya ingin menyuarakan kegusaran orang ramai terhadap isu kos haji sebagaimana yang diumumkan pada penghujung tahun lepas. Kos haji golongan B40 dan M40 mempunyai kenaikan yang mendadak kira-kira 20 peratus.

Peningkatan caj ini dikatakan membabitkan kos penginapan, penerbangan serta caj perkhidmatan yang lain. Saya kira kita memahami faktor istito'ah atau berkemampuan selain peningkatan caj yang dihadapi ketika ini.

Namun, saya juga ingin tekankan bahawa di sinilah kepentingan Tabung Haji yang ditubuhkan pada tahun 1963. Idea penubuhan Lembaga Tabung Haji ini diasaskan oleh Allahyarham Profesor Diraja Dr. Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid. Beliau menubuhkan LTH ini dengan satu misi yang jelas, supaya dapat membantu orang-orang kampung atau istilahkan mereka tidak berkemampuan pergi menunaikan haji.

Orang kampung tidak perlu menjual tanah, jual binatang-binatang ternakan semata-mata mahu pergi menunaikan haji. Bahkan, Lembaga seharusnya menjadi tempat untuk menyokong kemampuan mereka bagi menunaikan haji.

Oleh sebab itu, kalau kita mahu bincangkan soal kemampuan dan soal ketidakmampuan Lembaga Tabung Haji membantu golongan yang tidak berkemampuan, saya kira kita telah kehilangan misi atau tujuan asal penubuhan Lembaga Tabung Haji itu sendiri...

final • 1:10 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof

Tuan Speaker, boleh saya mencelah sikit?

final • 1:10 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Duduk sebelah, tanya.

final • 1:10 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof

Kebetulan jiran saya ini dan kebetulan saya pun mantan Menteri Agama.

final • 1:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Mantan boleh...

final • 1:10 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof

...Nanti boleh Dato, boleh.

final • 1:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Selepas dialah YB Senator, lepas mantan....

final • 1:10 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof

Saya tak nak jawab sebab dia jiran, tapi oleh sebab perkara ini dibawa ke Dewan, saya ingin betulkan beberapa fakta. Pertama, pemberian subsidi haji ataupun bantuan haji itu telah diberi sejak tahun 2009 sampai 20- saya pegang sampai 2019. Sepanjang masa itu, kos haji semakin meningkat. Bila kos haji semakin meningkat, kita tak review balik apa yang dinamakan sebagai sistem bantuan ini dan juga berpandu kepada berbagai-bagai isu yang berlaku semasa Tabung Haji, semasa saya ambil alih 2018, tapi apa yang saya nak ringkaskan di sini apabila kos haji naik bukan kerana kita punya kehendak Tuan Speaker.

Kos haji naik adalah kerana cost of living di Saudi sudah meningkat. Sewa-sewa hotel sudah meningkat. Bahan api telah meningkat. Jadi, kita tak boleh maintain dengan rejim subsidi yang sedang ada, berjalan ni, sebab itu kita nilai semula. Cuma saya nak maklumkan untuk pengetahuan Dewan, dengan kenaikan kos ini, kita menggunakan subsidi bersasar. Maksudnya, golongan yang bawah tetap menerima subsidi.

Jadi tak timbul soal orang miskin tak dapat, walaupun kita tahu bahawa syarat untuk lakukan haji itulah istito'ah iaitu kapasiti, kemampuan termasuk kemampuan kesihatan, kemampuan duit, kemampuan perjalanan dan sebagainya, tapi itu pun di dalam Tabung Haji kita masih kekal subsidi atau bantuan kepada mereka yang memerlukan, tapi dulu, dia blanket subsidi itu Tuan Speaker. Kalau saya gaji berpuluh ribu pun, saya masih bayar hanya RM12,000 sahaja, yang lain itu ditanggung oleh Tabung Haji, which is not fair. Jadi saya rasa Tabung Haji hanya mengikuti dasar yang ada hari ini iaitu subsidi yang disasarkan sahaja. Jadi saya harap diperbetulkan, oh, bukan semua kos itu ditanggung hatta oleh orang miskin sebab kekal subsidi bersasar kepada mereka yang memerlukan. Terima kasih Tuan Speaker.

final • 1:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, YB Datuk Azhar.

final • 1:10 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Dato Yang di-Pertua, terima kasih kerana benarkan juga celahan ini. Yang pertamanya Dato Yang di-Pertua, prinsip kita nak menunaikan haji ini mesti layak. Yang pertama mesti layak, seperti mana yang disebut oleh sahabat saya tadi, mesti mampu, menunaikan haji, umrah ni mesti orang yang mampu daripada segi semua faktor, kesihatan, duit dan sebagainya. Apakah kita ni? Minta maaflah kalau saya salah. Adakah kita nak mengerjakan umrah, haji sebab kita juga mengharapkan subsidi daripada pihak-pihak tertentu?

Yang kedua, mengikut saya punya study, Tabung Haji the best in the world dengan izin. Tabung Haji adalah pengurusan yang terbaik di dunia dalam semua hal.

Takkanlah nak bagi subsidi, dulu hotel makan baharu RM70 Dato Yang di-Pertua, sekarang ni RM1,000 satu malam, RM2,000 satu malam. Tentulah kemampuan- kemampuan ini juga tak termampu dengan kos capex operasinya meningkat, pastinya siapa yang nak mengerjakan haji, kos akan meningkat. Tidak timbul soal miskin, fakir, orang kaya dan sebagainya, tapi bagi saya, kalau tak mampu pergi Mekah dengan duit kemampuan sendiri, kita tak payahlah kita nak bersubsidi sangat ni kerana ini bukan sebagai prinsip sebagai orang Islam yang berpegang kepada Rukun Islam dan Rukun Iman.

Jadi, apa pun saya nak bagi- saya nak maklumkan Tabung Haji ialah tabung haji yang terbaik di dunia yang difikirkan, yang diasaskan oleh Allahyarham Profesor Ungku Abdul Aziz. Terima kasih Dato Speaker.

final • 1:10 PM

Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh

Dato Yang di-Pertua, minta satu saja lagi sebelum...

final • 1:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Satu saja ah?

final • 1:10 PM

Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh

Satu...

final • 1:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Pendek pun.

final • 1:10 PM

Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh

...Sebab bekas Menteri pun ada. Saya bersetuju dengan sahabat saya bahawa Tabung Haji ini terbaik.

Soalan saya YB, apa pandangan YB dan adakah cadangan macam mana kaedah nak buat, bekas Menteri pun bolehlah nak jawab pun. Iaitu hari ini kita tahu bila kita memohon untuk pergi haji, first timer dia 50 tahun waiting list, ke-30 tahun, 40 tahun. Saya tengok pun kadang-kadang tak masuk akal. Masuk tu ya ramai, saya tahu ramai nak pergi.

Kita masuk tu giliran anda tahun 2084.

final • 1:10 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Kecuali pakej...

final • 1:10 PM

Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh

Sama juga, kecuali beli Furada, itu mahal. So, adakah kaedah dan cara, pandangan YB yang kita boleh pendekkan waiting time ini sebab ramai yang nak pergi. Saya sendiri tak ada idea. Saya hanya boleh tanya sajalah. Terima kasih YB.

final • 1:10 PM

Tuan Musoddak bin Ahmad

Dato Yang di-Pertua, yang persoalan-persoalan tadi itu ialah timbul di kalangan rakyat B40, bila dia himpun dalam Tabung Haji itu ada RM30,000 RM40,000 dah cukup syarat untuk pergi. Bila timbul ada kenaikan sikit sebanyak itu dia resahlah, dia timbulkan persoalan-persoalan itu dan kita pun bawalah persoalan ini di dalam Dewan Negara, tapi tak apalah...

final • 1:10 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Boleh saya mencelah sikit?

final • 1:10 PM

Tuan Musoddak bin Ahmad

Nanti saya jawab dulu Yang Berhormat.

final • 1:10 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Tak sikit, nanti boleh jawab sekali.

final • 1:10 PM

Tuan Musoddak bin Ahmad

Ya, okey.

final • 1:10 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Sebab saya kebetulan bersama bakal- bakal haji membuat pemeriksaan kesihatan. Saya temui ramai yang di kalangan B40, tetapi terpaksa membayar selepas penyelarasan subsidinya pada harga M40 iaitu RM23,000. Jadi, kenapa isu ini boleh berlaku dan saya kesian tengok makcik-makcik di kampung yang kebanyakannya ibu tunggal, dah tak ada suami maksudnya, yang bekerja kampung tiba-tiba kena bayar RM23,000. Saya faham bahawa kerajaan memberi peluang untuk mereka rayu, tetapi rayuan sama ada diterima atau tidak, itu saya tidak pasti. Terima kasih.

final • 1:10 PM

Tuan Musoddak bin Ahmad

Terima kasih semualah Ahli Yang Berhormat yang prihatin dengan haji ini. Itulah tadi persoalan-persoalan yang ditimbulkan di peringkat rakyat bawah ‘tu kenaikan itu berlaku, B40 pada M40. Itu yang berlaku.

final • 1:10 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof

Boleh saya— sikit lagi pencerahan.

final • 1:10 PM

Tuan Musoddak bin Ahmad

Okey.

final • 1:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat mantan Menteri, nak mencelah kah ‘nak menerang?

final • 1:10 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof

Saya ‘nak, ‘nak— sangat relevan ‘ni, kalau kita ‘tak bahas ‘ni, kan.

Terima kasih saya ucapkan kepada sahabat saya kerana ini isu sangat relevan Tuan Speaker. Betul, seperti mana yang disebut bahawa isu perkara ini menjadi perbualan sebab kita tahu melakukan ibadah haji ini rukun kelima, benda yang sangat penting.

final • 1:20 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof

Saya nak respons tadi yang Senator Dr. Hajah Wan Martina. Kos haji sekarang ini RM33,000 ya, lebih kurang. So, that means— no, just now I’m just stating a fact. Bila dia bayar RM23,000, itu maknanya RM10,000 adalah bantuan daripada kerajaan.

Maknanya, itu sendiri membuktikan bahawa perbelanjaan itu masih lagi ditanggung oleh Tabung Haji. Hatta kepada mereka yang gaji tinggi pun, tapi anak dia ramai dan sebagainya, dia boleh rayu untuk kita nak ambil perkiraan. Itu satu.

Isu kuota haji ini yang tadi Tan Sri kita bertanya ya, walaupun saya ada sikit maklumat ya, masalah kenapa queue itu panjang. Tan Sri, masalah kenapa queue panjang sebab lahir-lahir kita ‘dah daftar.

final • 1:20 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Kalau saya tanya sikit untuk lebih Yang Berhormat...

final • 1:20 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof

Dah, dah. Bagi saya habis satu-satu dulu.

final • 1:20 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Pencerahan.

final • 1:20 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof

Bagi saya habis dulu. Mana ada boleh celah atas celah...

[Ketawa] Maksud saya, saya nak beritahu bahawa lahir-lahir anak sahaja Yang Berhormat, kita daftar jadi nak pergi haji dah. Betul tak? Problem dia, itu yang jadi queue panjang. Jadi, sebab itu salah satu program restructuring yang kita buat dulu— saya tak tahu hari ini Tabung Haji depa laksanakan atau tidak iaitu satu program reformasi yang kita buat ialah kita mengehadkan umur untuk mendaftar haji. Itu akan mengurangkan dia punya queue itu, tapi saya tidak tahu kalau buat begitu orang marah pulalah kan, macam-macamlah, tapi maksudnya, daripada segi pentadbiran dan siasah, kalau kita hadkan orang yang umur tertentu sahaja yang baharu boleh mendaftar dan kita telah mengurangkan queue.

Yang kedua, zaman saya, saya minta tambahan daripada 10 peratus penduduk, kita boleh dapat banyak itu. Saya rasa dulu 30, sekarang RM33,000. Itu boleh mengurangkan kita punya itu secara diplomasi.

Yang ketiga, kalau siapa yang dah umur tertentu yang dia nak kena pergi haji lambat lagi, kita akan ambil consideration sebagai keutamaan. So, itu faktor-faktor yang kita telah lakukan untuk mengurangkan jangka masa queue yang panjang itu. Terima kasih.

final • 1:20 PM

Tuan Musoddak bin Ahmad

Siapakah lagi nak mencelah? Sila, tidak apa. Jadi seminar haji pun tidak apa.

final • 1:20 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

[Ketawa] Terima kasih. Mencelah tidak semestinya menjawab, kan. Sebahagian daripada apa yang saya sebut ini untuk Menteri-menteri nanti jawab. Cuma bila Yang Berhormat Dr. Seri Mujahid sebut tadi itu kerajaan subsidi RM10,000, memang kerajaan yang subsidi ataupun Tabung Haji? Belum jawab lagi, belum lagi.

final • 1:20 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof

Saya betulkan. Subsidi Tabung Haji, bukan kerajaan. Mohon maaf. Subsidi kita panggil “bantuan haji.”

final • 1:20 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Sebab saya begini...

final • 1:20 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof

Tabung Haji adalah GLC, kerajaan.

final • 1:20 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Ya betul. Jadi ayat itu saya fikir betulnya subsidi itu dari Tabung Haji. Subsidi Tabung Haji itu datangnya daripada mana Yang Berhormat Musoddak? Saya tengok situ sebab kita melabur puluhan tahun dalam Tabung Haji ini.

Bukan sikit duit, berpuluh ribu seorang. Keuntungan dari Tabung Haji itu diberi balik dalam bentuk subsidi. Itu kewajaranlah bagi pihak Tabung Haji untuk menyumbang balik kepada pencarum sampai yang Tan Sri sebut tadi, sampai tahun 2080 lebih, 50 tahun lagi baharu nak boleh. ‘Tah dapat, ‘tah hidup atau tidak. Sekaranglah baharu carum. Saya minta celahan pencerahan kepada YB Musoddak...

final • 1:20 PM

Tuan Musoddak bin Ahmad

Atau bagi Menteri jawablah itu. Jadi, soal-soal haji ini saya ditimbulkan nanti...

final • 1:20 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof

Speaker saya nak jawab nanti jadi Menteri pula, saya tidak mahu. Saya sedar, setakat ini sahaja.

final • 1:20 PM

Tuan Musoddak bin Ahmad

[Ketawa] Jadi insya-Allah, Menteri akan jawab berkenaan dengan apa yang berlaku sekarang inilah sebab isu-isu haji ini.

Tang mana tah Tuan Pengerusi. Tak apa, saya lanjutkan kepada poin yang seterusnya Datuk yang di-Pertua. Saya ingin mengambil kesempatan juga untuk bercakap dengan isu garis panduan walaupun secara asasnya ia telah pun selesai dan sudah pun bercakap juga oleh Senator Sarimah tadi. Saya fikir bahawa garis panduan ini yang lebih jelas terhadap penglibatan orang Islam dalam majlis yang melibatkan berlainan agama.

Perkara ini wajar untuk diperhatikan semula. Orang Islam pergi ke majlis orang bukan Islam ya. Kita kena tengoklah supaya ia diperhatikan semula dalam isu ini.

Saya meletakkan prinsip bahawa ada sesetengah perkara ini terkhilaf mengenai budaya dan agama. Saya bagi contoh upacara titik mata yang diletakkan dalam mata singa sebelum tarian singa bermula, ini berlaku hari itu. Pandangan-pandangan yang terdapat daripada rakan-rakan bangsa Cina ialah upacara tersebut merupakan proses memasukkan roh ke dalam kostum singa sebelum singa tersebut membuat persembahan iaitu tarian singa.

Walaupun sambutan Tahun Baru Cina ini bukanlah seperti perayaan Krismas, tetapi di celah-celah itu masih ada perbuatan yang boleh dianggap bersalahan dengan akidah jika diteliti. Inilah kebimbangan kita. Oleh sebab itulah pentingnya suatu garis panduan yang lebih jelas tentang perkara ini dirangka sebagai panduan dan pedoman umat Islam. Tahniah kepada JAKIM yang menyuarakan perkara tersebut atas keprihatinan tersebut.

Bagaimana boleh seorang pemimpin utama negara menganggap garis panduan ini tidak penting kerana semua orang tahu batasannya, sedangkan kita sendiri yang kabur tentang batasan tersebut. Saya faham berkemungkinan bila sendiri tidak tahu bahawa titik mata itu suatu yang telah melanggar sempadan yang dibenarkan, tetapi poin saya, disebabkan itulah kita memerlukan garis panduan yang dicadangkan supaya umat Islam tahu dan sedar di sana terdapat batasan-batasan yang jelas.

Tuan Yang di-Pertua, isu Palestin juga, seruan negara sikit, sentiasa menjadi perhatian kita semua. Kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengusir penduduk Palestin secara paksa seharusnya mendapat reaksi yang lebih keras daripada umat Islam. Saya memahami Wisma Putra telah pun mengeluarkan kenyataan berhubung isu ini. Namun, apakah langkah seterusnya yang patut direncanakan di peringkat antarabangsa? Saya kira kita tidak boleh membiarkan apa yang dihajatinya itu tertunai dan dalam keadaan dunia Islam masih berdiam diri terhadapnya.

Apa yang disebutkan oleh Trump tersebut pernah diungkapkan oleh menantunya sendiri setahun sebelum itu, adakah kesemua ini suatu kebetulan? Tahun 2017 Trump pernah mengumumkan Tel Aviv sebagai ibu negara haram Israel. Setahun kemudian, Amerika Syarikat mengumumkan perpindahan kedutaan besar mereka ke Tel Aviv. Jadi, saya tidak melihat Trump sekadar bersandiwara apabila bercakap tentang penghapusan etnik di Palestin.

Datuk Yang di-Pertua, untuk yang akhirnya, tahun ini adalah Tahun Melawat Kedah 2025. Saya mewakili negeri Kedah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan yang berterusan di peringkat Persekutuan dalam menjayakan program ini. Kita mengharapkan sasaran 6.5 juta orang pelancong bersempena Tahun Melawat Kedah 2025 dapat direalisasikan.

Saya ingin mengajak seluruh Ahli Yang Berhormat supaya boleh hadir mai Kedah dan menikmati sendiri keunikan negeri jelapang padi ini. Sekarang ini Ahli Yang Berhormat, musim menuai padi, musim ambil padi. Jadi, jerami itu MADA sudah buat satu

final • 1:20 PM

Tuan Musoddak bin Ahmad

gulung yang besar boleh main jerami padi itu. Unik sekali di negeri Kedah ini. Dalam masa yang sama, peringkat negeri Kedah masih mengharapkan kerjasama yang jitu di peringkat Persekutuan untuk menjayakan Tahun Melawat Kedah 2025 ini.

final • 1:20 PM

Datin Hajah Ros Suryati binti Alang

Boleh saya mencelah YB?

final • 1:20 PM

Tuan Musoddak bin Ahmad

Boleh Yang Berhormat, sila.

final • 1:20 PM

Datin Hajah Ros Suryati binti Alang

Terima kasih. Saya cuma nak menyarankanlah sekurang-kurangnya tahun ini Tahun Melawat Kedah, Kerajaan Negeri Kedah bolehlah sponsor kita— semua Senator untuk hadir ke Kedah mendengar taklimat seperti mana yang YB cakapkan tadi. Terima kasih.

final • 1:20 PM

Tuan Musoddak bin Ahmad

Bolehlah PM tepi..*.

[Ketawa]*

final • 1:20 PM

Tuan Musoddak bin Ahmad

Jadi Tahun Melawat Kedah tahun ini pun juga akan diadakan LIMA di Langkawi.

Jadi bolehlah pergi Langkawi sambil-sambil kita melawat Kedah, ahlan wasahlan. Dato’ Yang di-Pertua, akhir sekali mengenai isu federalisme. Saya ingin mendapatkan penjelasan kementerian mengenai tuntutan-tuntutan yang dikemukakan di peringkat negeri Kedah termasuklah dalam konteks fiskal federalisme dan lain-lain tuntutan. Apakah kementerian telah melakukan pertimbangan yang sewajarnya tentang tuntutan ini? Antara tuntutan yang mohon supaya dipertimbangkan di peringkat persekutuan ialah:

(i) kos pampasan pengekalan tanah sawah padi dengan jumlah kasar RM200 juta;

(ii) nilai pajakan Pulau Pinang yang setara selepas tidak pernah di review lebih 100 tahun; dan

(iii) projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) berkait dengan kajian kebolehsanaan projek di bawah Kementerian Pengangkutan.

Ini sebahagian daripada tuntutan daripada pihak tuntutan pihak Persekutuan untuk dipertimbangkan secara bersama. Dato’ Yang di-Pertua, hanya sekadar itu sahaja ucapan saya. Sekian. Wabillahitaufik wal-hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 1:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dijemput Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin.

final • 1:30 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana telah mengizinkan saya dan memberi peluang kepada saya untuk berbahas dalam Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja pada tengah hari ini. Terlebih dahulu izinkan saya merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih ke atas Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah pada Istiadat Pembukaan Penggal Keempat, Parlimen Kelima Belas.

Asah kapak tajam beliung, Tebang mari kayu berduri; Tuanku umpama kemuncak payung, Patik di bawah berteduh diri.

final • 1:31 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Pada kesempatan ini, saya mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan segera kepada Tuanku dan keafiatan yang berpanjangan untuk terus memayungi negara serta rakyat Malaysia dengan penuh hikmah dan bijaksana.

Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang telah dizahirkan oleh Yang di-Pertuan Agong di dalam Titah Baginda, Parlimen adalah merupakan Dewan perhimpunan yang paling utama dalam sistem perundangan negara. Ini adalah gelanggang pertemuan suara rakyat jelata tempat di mana undang-undang digubal dan medan semak dan imbang- check and balance dengan izin, ke atas pentadbiran negara.

Memetik saranan Titah Tuanku antaranya kerajaan membantu pesawah, pekebun kecil, petani dan nelayan dan mengambil tindakan proaktif bagi memperkasakan sektor pertanian komoditi dan rantaian makanan. Bagi tujuan itu juga, isu yang akan saya bahaskan pada petang ini adalah berkaitan dengan bekalan beras tempatan di pasaran seperti mana Yang Berhormat tadi telah bangkitkan.

Namun, saya akan mengupas dengan lebih lanjut lagi apakah masalah yang sedang dihadapi oleh negara berkaitan dengan bekalan beras tempatan ini. Kita- semua sedia maklum bahawa beras adalah merupakan makanan ruji bagi rakyat Malaysia tak kira sama ada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan malah semua bangsa di Malaysia ini kalaupun mereka datang ke Malaysia ini mereka akan ambil beras sebagai makanan utama.

Now persoalannya, dari dulu lagi kita tahu bahawa beras tempatan supply-nya di Malaysia ini adalah lebih kurang 70 peratus bekalan beras tempatan. Terkini saya difahamkan bahawa bekalan beras tempatan adalah lebih kurang 50 peratus lebih.

Bermakna kita tidak kurang, tidak putus bekalan beras tempatan di negara kita.

Now persoalannya, kalau kita dah ada sebanyak 50 peratus lebih bekalan beras tempatan ke mana perginya beras tersebut? Apabila kita sebagai rakyat pergi ke pasar raya, pergi ke kedai-kedai nak mencari beras tempatan ini dengan harga yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan sebanyak RM2.60 sekilo tidak ada dalam pasaran, ke manakah perginya?

Isu ini bukanlah isu baharu isu yang telah berlaku di negara kita dan apatah lagi sekarang ini zaman inflasi, zaman rakyat menderita kat bawah sana dengan masalah ekonomi yang semakin kukuh, tetapi ekonomi rakyat yang makin merudum. Bagaimana rakyat terutamanya B40 ini dapat terus hidup seperti biasa kalau sekiranya makanan ruji yang utama itu pun tak dapat diperoleh dan kalau adapun beras import yang harganya jauh lebih mahal daripada beras tempatan.

Saya sendiri pun pernah turun ke bawah nak melihat kebenaran betul ke tidak beras tempatan ini tidak ada dan bila pergi ke pasar-pasar raya bertanya kepada kawan- kawan memang tidak ada beras itu dibekalkan melainkan ketika Jualan Rahmah itu sahaja beras tempatan dapat dibekalkan. Selain itu, rakyat diberikan hanya beras-beras putih import dan harganya jauh lebih mahal daripada beras tempatan.

Apa yang berlaku sekarang ini, baru-baru ini kita tahu pada bulan Mac yang baharu ini pihak kementerian telah mengeluarkan satu kenyataan berkaitan dengan langkah berani yang dikeluarkan oleh kerajaan bagi mengenal pasti apakah puncanya beras tempatan tidak ada dalam pasaran dan antara sebab yang dikeluarkan adalah berkaitan dengan wujudnya elemen beras campuran. Antara beras putih tempatan dan juga beras putih import. Apa yang dihasilkan daripada penyiasatan pihak kementerian iaitu melalui penyiasatan pihak MARDI didapati bahawa wujudnya beras campuran import dengan beras tempatan ini menyebabkan salah satu sebab kepada kurangnya bekalan beras tempatan di negara kita.

Now, persoalan yang seterusnya pihak kementerian telah menjawab mengatakan bahawa beras tempatan ini ataupun kejadian mencampurkan kedua-dua beras ini tidak boleh diambil tindakan oleh pihak kerajaan ataupun pihak kementerian disebabkan oleh kerana peruntukan Akta 522 itu sendiri tidak memberikan peruntukan berkaitan dengan

final • 1:31 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

tindakan bagi mereka yang mencampurkan antara kedua beras ini, takkanlah kita tak ada undang-undang? Di Malaysia ini adalah antara negara yang begitu banyak sekali undang- undang, beribu kita ada undang-undang sama ada akta induk ataupun akta subsidiari.

Now, kita lihat tadi Yang Berhormat ada bangkitkan tentang peruntukan di bawah Akta Perihal Perdagangan. Akta Perihal Perdagangan dalam seksyen 5, seksyen 6 itu sendiri mengatakan bahawa sekiranya barang-barang yang diperdagangkan tersebut tidak menepati kepada maksud atau deskripsi kepada barang tersebut tindakan boleh diambil.

Sebab itu dikatakan bahawa barangan tersebut adalah barangan palsu tidak tulen, dan bila tidak tulen dan adalah palsu tindakan boleh diambil di bawah peruntukan sedemikian. Malah penaltinya juga sama ada penalti yang spesifik diperuntukkan di bawah seksyen 5 dan seksyen 6 tersebut ia juga ada peruntukan yang dinyatakan di bawah general provision as regard tadi penalti, dengan izin.

Jadi dengan ini, kalau kita lihat pada satu aspek Akta Perihal Perdagangan kita ada satu lagi akta yang lebih besar iaitu Kanun Keseksaan. Perbuatan mencampurkan dua jenis beras dan menjual dengan harga yang mahal iaitu harga import ini adalah satu perbuatan penipuan iaitu bila seseorang memberikan satu representasi palsu kepada rakyat yang membeli dan menyangka bahawa beras yang mereka beli tersebut adalah beras import disebabkan harga yang ditawarkan adalah harga import.

Jadi ini menunjukkan bahawa mereka yang menjual beras campuran ini dengan harga import telah melakukan satu kesalahan penipuan yang serius.

final • 1:31 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Di bawah peruntukan Kanun Keseksaan khususnya di bawah Seksyen 420 telah memperuntukkan bagi mereka yang melakukan kesalahan penipuan, memberikan representasi palsu, mereka boleh dituduh dan disabitkan dengan kesalahan penipuan dan dihukum dengan hukuman penjara 10 tahun maksimum. Jadi, ini ialah satu kesalahan yang serius. Kenapakah kita kata bahawa kita langsung tidak ada peluang untuk mengambil tindakan? Now, persoalan yang kedua, adakah kerana pihak kerajaan tidak mampu untuk menguatkuasakan ataupun tidak tahu siapakah yang bertanggungjawab di dalam melakukan perbuatan beras campuran ini? Bagi saya ia tidak susah ya.

Pertama sekali, kita tahu bahawa pesawah bila mereka bawa, mereka menuai padi dan seterusnya menghantar kepada kilang, mereka menjual kepada kilang dan mereka pula ada certificate. Sijil ini adalah bertujuan untuk mereka claim subsidi daripada pihak BERNAS. Sebab BERNAS adalah sebuah syarikat yang dipertanggungjawabkan secara monopoli untuk mengimport mengedarkan beras sama ada di dalam negara ataupun mengimport daripada luar negara dan mereka perlu bertanggungjawab untuk memberikan subsidi. Salah satu tanggungjawab mereka ialah untuk memberi subsidi. Jadi disebabkan itu, ada sijil.

Jadi pesawah ini tadi bila jual kepada pengilang untuk proses, pengilang akan proses beras padi tersebut dan menjualnya kepada pemborong. Bila jual kepada pemborong, pemborong ambil dan membungkus semula. Di sinilah berlakunya ketirisan ketika membungkus semula sebab bila dia bungkus semula, mereka ini pengilang, pembungkus, pemborong semua ada sijil juga. Jadi, bila mereka membungkus semula berlakulah kejadian yang disyaki.

Saya mengesyaki bahawa di sinilah berlaku ketirisan yang mana campuran itu dilakukan. Sebab kita faham pihak pemborong, pengilang mengatakan bahawa harga siling beras tidak pernah dipertingkatkan. Disebabkan itu, mereka ada masalah apabila mereka beli daripada pesawah, harga yang memang dah tinggi, mereka nak jual dengan harga RM2.60 sekilo. Jadi susah untuk mereka mendapatkan keuntungan. Disebabkan itu berlakulah elemen-elemen mencampurkan beras ini, tetapi kalau mereka campur, dia turunkan harga sedikit antara import dan juga beras tempatan tak apalah juga, tetapi mereka letakkan harga yang lebih tinggi iaitu harga import.

final • 1:40 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Jadi apabila ini berlaku, sepatutnya pihak kerajaan melihat sama ada wajar atau tidak dalam kita ambil kira win-win situation. Kita naikkan sikit harga pasaran beras tempatan supaya ia dapat mengelakkan pihak pemborong, pihak pengilang untuk menaikkan ataupun melakukan perbuatan-perbuatan khianat di sini dengan mencampurkan beras tersebut dan mendatangkan keuntungan berlipat ganda kepada mereka. Sepatutnya kerajaan melihat kepada aspek ini untuk memastikan gejala ini tidak berlaku yang merugikan rakyat.

final • 1:40 PM

Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh

Tuan Yang di-Pertua. Mohon mencelah sikit. Nak tanya saja.

final • 1:40 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Sila.

final • 1:40 PM

Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh

Tuan Yang di-Pertua, saya nak tanya Yang Berhormat. Saya tak faham sebenarnya. Campur beras itu adalah kesalahan ataupun naik harga itu kesalahan? Yang manakah satu ini— ataupun kedua- duanya salah? Daripada segi Kanun Keseksaan kah apa kah. Terima kasih.

final • 1:40 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Terima kasih Yang Berhormat. Dia harga adalah harga import yang mereka caj tawarkan kepada pelanggan dan bila harga import bermakna beras yang mereka kena tawarkan adalah beras import. Jadi bila mereka campurkan kedua-duanya, harganya tak sepatutnya harga import ya. Kalaupun katakanlah mencampurkan kedua-dua beras itu bukan satu kesalahan, tetapi perbuatan mereka mencampurkan dan meletakkan harga yang lebih tinggi, itu adalah merupakan satu kesalahan kerana mereka telah memberikan representasi kepada rakyat bahawa beras tersebut adalah beras import.

Jadi, kalau beras import harga sekian, sekian. Kalau you campurkan, you ada beras yang harga murah, beras yang harga tinggi, you tak sepatutnya memberikan harga yang sama sepertimana harga beras import. Tang situlah ia menjadi satu kesalahan.

Sebab pihak Yang Berhormat Menteri ada mengatakan bahawa mencampurkan kedua- dua beras ini bukan satu kesalahan sebab tidak ada peruntukan di bawah Akta 522 tersebut, tetapi persoalannya, kenapakah diletakkan harga yang tinggi? Iaitu harga import.

final • 1:40 PM

Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh

Dato’...

final • 1:40 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Tak puas juga?

final • 1:40 PM

Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh

Boleh Dato’?

final • 1:40 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Sila.

final • 1:40 PM

Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh

YB nak fahamlah. Orang lain pun tak faham juga, tapi malu nak tanya. Saya tak apalah...

[YB Senator Tuan Pele Peter Tinggom mempengerusikan Mesyuarat]

final • 1:40 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

[Ketawa] Silakan. Silakan.

final • 1:40 PM

Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh

Okey. Bermaknanya campur beras ini tidak salah, tetapi ia salah apabila campur beras lokal dengan beras import, harga itu dinaikkan lebih daripada harga beras lokal ataupun beras import, tetapi kalau dia campur, harganya dia ambil in between beras lokal dengan beras import— adakah itu menjadi kesalahan juga?

final • 1:40 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Satu persoalan yang baik daripada Yang Berhormat ya. Saya bukan Menteri, tapi sebagai seorang pengamal undang-undang, izinkan saya untuk menjelaskan sedikit ya. Apabila kita menjual sesuatu barangan, bukan sahaja kita meletakkan harga barangan tersebut, tetapi kita juga kena jujur di dalam menentukan apa yang kita jual.

final • 1:40 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Kalau kandungan di dalam beras yang kita jual tersebut, kandungannya adalah beras campuran, walaupun harganya rendah tetap menjadi satu kesalahan kerana kita telah tidak menyatakan kandungan yang sebenar. Sepatutnya kalau dia nak letakkan harga ya, contoh, ini ialah beras campuran, dia kena sebutkan bahawa beras ini ialah beras campuran tempatan dan juga beras import. Harga dia sekian, sekian. Then baru betul, tetapi kalau dia letak harga rendah daripada harga import, tetapi beras campuran itu tak disebut, ia tetap menjadi satu kesalahan sebab deskripsi tersebut tidak dinyatakan dengan jelas. Sebab mungkin ada orang yang tak nak makan beras bercampuran.

final • 1:40 PM

Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh

...Baharu jelas.

final • 1:40 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Ya. So tadi tak jelaslah? Sekarang dah jelas Yang Berhormat. Terima kasih...

[Ketawa] Baik. Dah hilang dah...

[Ketawa] Baik.

final • 1:40 PM

Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh

...Fasal beras tadi.

final • 1:40 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Daripada segi penguatkuasaan yang saya katakan tadi. Kita akan tahu siapa yang bertanggungjawab kalau pihak penyiasatan turun ke bawah melihat siapa yang bertanggungjawab di dalam mencampurkan beras ini. Dia tidak mungkin pesawah. Pengilang ada kemungkinan tapi siapakah yang lebih berat kemungkinannya ialah mereka yang membungkus. Sebab membungkus ini nak cop itu, tak susah pun. Dia cop sahaja mengatakan beras ini, beras import ataupun beras tempatan.

Jadi bila dia cop beras tempatan, dia campurkan sebab kalau tidak dicampur mereka akan rugi dan dia tak mendapat profit yang besar kalau dia jual beras tempatan sebab harga siling dah ditetapkan. Disebabkan itu, dia campur. Bila dia campur, harga diletakkan tinggi. Ini selalunya nak untung, untung sikit-sikit sudahlah. Ini untung berlipat kali ganda kepada pihak-pihak pemborong ataupun pihak yang bertanggungjawab dalam mengedarkan beras-beras ini.

Perlu diingatkan daripada apa yang dikatakan di dalam kertas kenyataan oleh pihak Kementerian Perdagangan- Pertanian dan food security ini menyatakan bahawa kejadian ini telah berlaku semenjak tahun 1970-an. Tuan Yang di-Pertua, bayangkan semenjak 1970-an dah berapa kerajaan dah bertukar mengambil alih tampuk pemerintahan, tetapi kejadian ini tidak ada siapa yang dapat banteras ataupun atasi.

Kenapakah tidak diambil tindakan apabila ini berlaku semenjak dulu lagi.

final • 1:40 PM

Datin Hajah Ros Suryati binti Alang

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya mencelah?

final • 1:40 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Silakan.

final • 1:40 PM

Datin Hajah Ros Suryati binti Alang

Berkenaan dengan beras yang dicampurkan tadi. Saya ingin mencadangkan kalau bolehlah. Beras ini adalah barang kawalan kerajaan. Kita ada agensi yang terbesar iaitu Lembaga Pertubuhan Peladang.

Kenapakah kita tidak menggunakan agensi-agensi kerajaan yang boleh kita pantau untuk menangani masalah ini? Terima kasih.

final • 1:40 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Saya setuju dengan soalan Yang Berhormat.

Soalan ini perlulah pihak Menteri menjawabnya sebab mereka adalah dalam kedudukan untuk menjawab persoalan-persoalan yang sebenarnya memang rakyat bertanya.

Kenapakah yang susah sangat untuk mengatasi masalah ini?

Kita faham isu kartel ini telah banyak, telah lama dibicarakan dan amat sukar untuk pihak kerajaan dan pihak kementerian atasi. Saya mengusulkan bahawa dalam hal yang berkaitan dengan beras ini, sepatutnya ada satu jawatankuasa khas penyiasatan.

Bukan within the kementerian, tetapi luar daripada kementerian yang terdiri daripada pihak SPRM, pihak polis, pihak KPDNKK. Mereka ini bertanggungjawab untuk melihat apa sebenarnya masalah yang sedang negara kita hadapi berkaitan dengan bekalan beras tempatan ini.

final • 1:40 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Cuba kita fikirkan kalau 50 peratus lebih pasarannya di negara kita, sudah cukup separuh daripada negara kita ini, rakyat negara kita boleh dapat beras tempatan, terutamanya pada kumpulan B40 ini, tetapi mana perginya. Kenapa kita biarkan perkara ini berlaku selama ini.

Telah tiba masanya pihak kerajaan mengambil tindakan segera, sama ada pihak kerajaan mengambil pendekatan win-win situation, menaikkan harga siling beras ataupun terus mengambil langkah untuk memastikan bahawa tak payah lagi guna pemborong, terus sahaja pihak pesawah, mereka yang proses, mereka yang jual.

Jadi, pihak yang- bila kita jual dengan harga yang ditetapkan oleh kerajaan tersebut, semua akan mendapat faedahnya daripada kita mengharapkan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini meraih keuntungan yang berlipat kali ganda.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin membangkitkan isu berkaitan dengan rang undang-undang yang bakal dibentangkan di Dewan Rakyat iaitu berkaitan dengan pembaharuan semula bandar yang dijadualkan akan dibentangkan dalam sesi Parlimen pada Julai tahun ini.

Pada Februari 2025, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengumumkan bahawa rang undang-undang ini akan dibentangkan dan ia bertujuan bagi menggantikan undang-undang dan peraturan yang dikatakan lapuk yang berkaitan dengan pembangunan semula kawasan bandar yang usang sekali gus memastikan proses pembaharuan bandar dilaksanakan secara efisien dan komprehensif.

Sebenarnya bandar-bandar lama, sini kat mana-mana dunia pun akan ada bandar-bandar lama. Malaysia tidak terkecuali dan kita ada banyak bandar di Malaysia ini yang memang kadang-kadang kalau kita lihat keadaannya pun memang telah lusuh dan perlu diperbaiki, tetapi sejauh mana pihak kerajaan perlu mengambil langkah di dalam memperbaiki, menukar bangunan-bangunan ini tanpa menjejaskan hak rakyat.

Ya, kalau saya petik di sini, saya baharu mendapat satu statement dari Tun Dr.

Mahathir pada 4 Mac 2025. Beliau mengatakan bahawa, *“Di Kuala Lumpur penduduk kawasan bandar yang usang ini adalah majoritinya adalah orang Melayu. Untuk membaharui kawasan ini yang perlu di keluar adalah majoritinya adalah orang Melayu.

Apabila penduduk miskin dikeluarkan, pembaharuan tentu jenis yang mewah. Si miskin tidak mampu sewa atau beli flat yang harganya tinggi. Maka berkuranglah penduduk Melayu dalam bandar. Usaha Tun Razak untuk berbanyakkan orang Melayu dalam bandar akan terhapus. Bandar akan jadi tempat orang bukan Melayu. Pembaharuan bandar perlu dilakukan, tetapi caranya bukanlah dengan mengeluarkan Melayu dari bandar.

Dalam perancangan pembaharuan ini di Singapura diambil contoh, apa yang dilakukan oleh Singapura ialah mengambil alih semua kampung-kampung Melayu dan membangunkan pangsapuri mewah. Penduduk kampung diagihkan di antara pangsapuri di tempat-tempat lain secara berkecamuk. Orang kampung Melayu tidak lagi hidup bersama, mereka ditenggelamkan ke dalam perumahan yang majoriti bukan Melayu.

Dengan ini, kuasa politik orang Melayu juga terjejas.”* Ini kata Tun Dr. Mahathir, bukan kata saya.

Now, apa yang saya hendak kupas dekat sini ya, mungkin ada kebenarannya.

Sebab kalau kita lihat di bandar-bandar: bandar-bandar yang usang ini, kawasan-kawasan yang lama ini kebanyakannya tinggalnya orang Melayu dan juga orang mungkin juga sekumpulannya orang-orang India.

Now, bila kita bangunkan dengan rang undang-undang yang kita hendak bentangkan, hendak luluskan ini, kita bangunkan, syarat yang dimasukkan dalam peruntukan tersebut meletakkan bahawa hanya 80 peratus sahaja penduduk kawasan tersebut yang perlu memberikan kebenaran untuk rumah mereka ataupun flat mereka diambil alih bagi tujuan pembangunan, kalau dulu 100 peratus.

final • 1:50 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Jadi, persoalannya, kalau sekiranya majoriti kawasan tersebut mahukan pembangunan, bagaimanakah dengan kepentingan kumpulan minoriti yang 20 peratus ini? Malah yang 80 peratus yang bersetuju ini tak tahu apa yang menanti mereka di hadapan. Cuba kalau kita bayangkanlah, kalau kita ambil satu kawasan di Gombak umpamanya ataupun kawasan di Kuala Lumpur ini yang mana struktur bandarannya agak lama. Bila pengambilan dibuat, of course, dalam rang undang-undang itu juga menyatakan bahawa bila pengambilan tanah dibuat, harga harta tersebut adalah mengikut pasaran.

Now, kita cakap tentang harga pasaran yang mungkin diperoleh oleh tuan punya rumah tersebut, tetapi untuk dia mendapatkan atau membeli rumah yang lain dengan harga pampasan yang dia peroleh, mampukah dia? Sebab di Kuala Lumpur ini bukan senang kita hendak dapat harga yang murah. Kalau dia dapat pampasan rumah flat mungkin RM300,000 harga pasaran. Dia dapat RM300,000 hendak beli semula satu rumah lain ataupun rumah flat, adakah lagi rumah flat pun. Adakah rumah flat yang baharu ini bernilai RM300,000?

Jadi, apabila dia tak mampu, ke manakah mereka hendak pergi? Mereka akan balik kampung. Maka dengan perlahan-lahan, kumpulan-kumpulan ini akan keluar dari bandar. Now, kalaupun mereka masih hendak tinggal di bandar, persoalannya baki kepada harga rumah yang mereka perlu bayar untuk rumah yang baharu ini, perlukan satu pinjaman pada pihak bank. Adakah kita hendak menggalakkan rakyat kita yang memang asalnya ada rumah untuk terus berhutang untuk membayar pembiayaan rumah baharu yang mereka beli yang mana mereka dipaksa untuk membeli oleh kerana rumah mereka yang asal telah usang.

Saya tidak mengatakan bahawa we are not anti-establishment, kita bukan mengatakan bahawa pembangunan semula tidak boleh dibuat, tetapi perlu diingat, setiap pembangunan yang negara nak— yang kerajaan hendak buat perlu memikirkan kepentingan masyarakat di bawah sana. Sebab kumpulan marhaen, kumpulan B40 ini mereka ini susah hendak hidup, susah pendapatan kecil kemudian kita hendak imposed syarat-syarat yang begitu berat untuk mereka penuhi.

Jadi, saya sebagai Ahli Parlimen memohon menyarankan dan mengusulkan kepada kerajaan apabila kerajaan hendak mengambil sesuatu tindakan, memperkenalkan sesuatu undang-undang yang tujuan asalnya baik, tetap kena mengambil kira kepentingan rakyat di bawah sana. Apa yang dikatakan oleh Tun Dr. Mahathir kita tidak boleh ketepikan, perlu juga diambil kira pandangan pemimpin-pemimpin politik kita yang lama.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua izinkan saya untuk menyatakan juga ataupun membahaskan isu berkaitan dengan perpaduan. Saya tahu bahawa ramai Senator yang telah membincangkan isu perpaduan yang mana isu perpaduan ini juga telah disuarakan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong apabila beliau mengatakan bahawa sekarang ini terlalu banyak, terlalu ramai ahli-ahli politik yang memainkan sentimen perkauman dan keagamaan.

Yang di-Pertuan Agong telah menyuarakan hasrat beliau, niat beliau, niat baginda menyatakan pada Ahli-ahli Parlimen bahawa Ahli-ahli Parlimen hendaklah menjadi benteng perpaduan negara dan bukan menjadi ejen memecahbelahkan rakyat. Justeru itu, Baginda menyatakan bahawa hentikan tindakan bermain politik atas isu-isu yang membabitkan perkauman dan keagamaan.

Jadi, kita tidak dapat nafikan kekecewaan, keprihatinan Baginda Tuanku dalam isu yang berkaitan dengan perpaduan. Sebab kita faham, bahawa negara kita adalah sebuah negara yang terdiri dari kaum yang berbeza-beza. Kita dah hidup lama dah. Kalau dulu, kalau Tuan Yang di-Pertua masih ingat, masa kita kecil-kecil dulu, antara kita dengan seorang bangsa- kaum India, kaum Cina kita begitu rapat sekali. Kita bermain bersama, balik ke rumah, tidur bersama, tetapi segala tindak tanduk perpaduan yang kita amalkan dulu dah tak ada lagi dah sekarang ini. Jadi, tang mana silapnya?

final • 1:50 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Dulu kita selalu dengan kempen muhibah, kempen muhibah yang selalu kita dengar di dalam TV, dalam akhbar-akhbar bahawa betapa pentingnya orang Melayu, orang Cina, orang Sabah, orang Kadazan, Iban bersatu padu demi kemajuan negara, tetapi agak longgar sekarang ini, isu perpaduan ini diterjemahkan atau dibawa oleh pihak kerajaan dan pihak kementerian untuk maksud perpaduan rakyat di bawah sana.

final • 1:50 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Jadi saya ingin menyarankan, mengusulkan bahawa pihak kementerian patut melihat isu perpaduan ini daripada perspektif yang lebih jauh.

Pertama sekali, kita tahu bahawa kalau kita nak bentuk perpaduan di kalangan mereka yang dah berumur macam kita ini, sebab kita memang dulu memang kita tidak ada masalah, tetapi di peringkat remaja ini, memang ada masalah sedikit antara satu kaum dengan kaum lain. Mereka tak faham budaya antara satu sama lain. Apa kata pihak kerajaan memulakan semula silibus di sekolah yang berkaitan dengan perpaduan. Kita mulakan di peringkat sekolah. Dengan memasukkan silibus-silibus dan segala program dan aktiviti yang menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum ini.

final • 2:00 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Dato Speaker. Mencelah sikit.

final • 2:00 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Ya, sila.

final • 2:00 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Saya pun seronok mendengar soalan-soalan perpaduan ini yang dibangkitkan oleh sahabat kita Senator. Setuju tak Dato Speaker, selepas kita merdeka tahun 1957 sampai 1970, 1980, kita punya perpaduan sangat baik.

Masih lagi steady. Macam saya duduk di estet, saya ada kawan. Saya ramai orang India, boleh minum teh, boleh sembang, boleh main bola dan sebagainya.

Sebenarnya kita kena ikhlas diri kita. Jujurlah, kita redalah. Sebenarnya perpecahan yang berlaku ini bukan disebabkan silibus. Kebarangkalian itu ada. Bukan sebab kerana tidak ada tata rakyat, sivik dan sebagainya, tetapi punca utama perpecahan dalam negara kita ialah sebab orang politik. Nombor satu orang politiklah. Depan A, cakap B. Depan C, cakap A. Bermain politik rasis, bermain politik kebencian, bermain politik suku- suku, bermain politik agama sedangkan agama ini bawa kepada kebaikan, tapi kita gunakan kepada kebencian.

Jadi saya ingin mencadangkan supaya semua Ahli Parlimen ini belajar balik Perlembagaan, belajar balik prinsip Rukun Negara. Itu menjadi teras kehidupan kita selain daripada accessories dengan izin, perkakasan-perkakasan peralatan pembelajaran. Itu aksesori sahaja, sivik, katarak dan sebagainya, tapi yang utama ialah pimpinan-pimpinan politik daripada semua ras, suku dan bangsa. Itu pandangan saya Dato Speaker. Terima kasih.

final • 2:00 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Yang Berhormat Dato’ Seri Setia, setuju tak untuk persoalan yang diberikan oleh Yang Berhormat Senator tadi masuk sebagai sebahagian daripada perbahasan?

final • 2:00 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Setuju. Memang saya setuju, tapi saya nak jawab kepada apa Yang Berhormat katakan tadi. Yang Berhormat menyarankan bahawa silibus itu bukan faktor penting untuk kita memastikan perpaduan rakyat kita. Apa yang menjadi masalah teras kepada masalah kita ialah berkaitan dengan orang-orang politik yang menggembar-gemburkan isu-isu berkaitan dengan racism, perkauman agama dan sebagainya.

Jadi untuk menjawab persoalan tersebut, sebenarnya kalau kita pergi balik kepada asas isu silibus di sekolah, bila kita didik anak-anak kita, apa yang dimaksudkan sebagai perpaduan antara satu kaum dengan kaum yang lain. Kalau kemudian nanti mereka dah dewasa, kalau orang politik cuba nak mainkan isu rasis ini, mereka tidak boleh lagi sebab anak-anak kita telah ditanam dalam jiwa dan perasaan mereka, fikiran mereka bahawa sebenarnya ini yang dinamakan perpaduan antara tiga kaum, empat kaum, lima kaum dan juga agama di negara kita.

final • 2:00 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Jadi itu yang kita cuba nak tanamkan. Kalau sekadar kita elak, kita beritahu pada orang politik, jangan bercakap tentang isu-isu perkauman. Sampai sudah pun mereka tetap akan lakukan sebab ini adalah merupakan satu platform untuk mereka meraih undi.

Jadi kita tidak boleh salahkan orang politik sangat-sangat. Yang penting kita didik anak- anak kita supaya mereka ini tahu apa sebenarnya perpaduan. Untuk maksud itu juga, ada yang nak bertanya sebelah saya. Saya tak perasan. Terima kasih.

final • 2:00 PM

Datuk Rosni binti Sohar

Saya ingin mencadangkanlah supaya silibus sivik kenegaraan ini diterapkan semula dalam pengajian sekolah rendah dan menengah terutama menengahlah supaya perpaduan ini seperti dahulu. Kita dapat merealisasikan sebagai satu silibus yang baik kepada studen. Terima kasih, dengan izin.

final • 2:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Tambah sikit boleh Datuk?

final • 2:00 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

YB Azhar.

final • 2:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Yang Berhormat Speaker.

final • 2:00 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Ya.

final • 2:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Tambah sikit, boleh?

final • 2:00 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Boleh. Tak apa. Speaker akan benarkan saya untuk lanjut lagi ya...

[Ketawa] Dia jiran saya, insya-Allah dia boleh bagi.

final • 2:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Saya tadi bila Dato’ Dr. tadi sebut bukan isu silibus, tapi saya fikir silibus adalah isu antara yang terpenting sebab dia yang menentukan program induk. Kalau tidak secara lembut, keras ataupun boleh dikatakan indoktrin dalam satu sistem yang disilibuskan dalam sistem pendidikan kita menjadikan semua orang harus menjadikan segala bahan dalam silibus itu sebagai pegangan. Setuju tak- belum lagi Dato.

Saya bukan kata tak setuju, tapi saya sebut lebih penting.

Kedua, bersetuju tak Dato’, Yang Berhormat, 100 buah rumah di taman bukan Melayu, susah untuk satu rumah orang Melayu duduk dengan tenang, tapi 150 buah rumah orang Melayu, orang Cina, orang India boleh berniaga sangat berjaya. Apa benda semua ini. Betul, ini mungkin bukan silibus, tapi ini juga adalah satu benda yang patut difikir bahawa budaya kita sudah banyak berubah sebab masing-masing mengejar kepentingan.

Terima kasih.

final • 2:00 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Datuk Speaker, sikit jer.

final • 2:00 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

YB kena minta kebenaran daripada saya dulu.

final • 2:00 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Saya minta, saya minta.

final • 2:00 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Okey, silakan.

final • 2:00 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Betul. Semua orang setuju mata pelajaran sivik, tatarakyat, kenegaraan. Apakah hari ini baharu kita bicara soal kenegaraan? Apakah hari ini saja cerita pasal sivik? Mata pelajaran ini tahun 62 dah ada. 1970 dah ada. Hari ini kalau kita masuk universiti, ada tiga jam credit hours bab kenegaraan. Betul, saya setuju semua pandangan sahabat saya.

Saya setuju. Mata pelajaran itu betul, tetapi ia mesti digarapkan dengan peranan orang politik kerana yang menyebabkan perpecahan ini, kebanyakan berlaku disebabkan dengan izin, political hatred, kebencian politik. Kita buatlah tesis mana pun, tetapi silibus saya bersetuju, terus didik anak-anak kita daripada Darjah 1 sampai habis, daripada PASTI, taska, ada juga dia punya silibus, tetapi kebencian tetap wujud daripada kecil lagi.

Di mana kebencian itu bermula. Jadi ini kita kena tanya diri kita sendiri, tapi saya bersetuju daripada cadangan Yang Berhormat Senator Dato’ Seri Setia, silibus itu kita perkasakan.

Bab kenegaraan itu kita perkasakan. Kita tidak boleh berharap lagi dengan BTN dan sebagainya. Kita kena berharap yang akhirnya, peranan ibu bapa itulah menentukan

final • 2:00 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

syurga dan neraka kepada anak kita. Selain daripada sivik, kesimpulannya peranan orang politiklah yang menyebabkan belah dan terbelah. Terima kasih Datuk Pengerusi.

final • 2:00 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Terima kasih YB Senator atas hujahan yang bernas. Terima kasih juga kepada Senator Hussin kerana menyokong saya tadi.

Sekarang apa yang saya ingin sarankan, usulkan mengambil pendekatan apa yang diperkatakan oleh YB Senator Datuk Azhar, isu berkaitan dengan silibus ini sebenarnya telah ditamatkan. Dulu memang ada tatanegara dan sebagainya. Kemudian telah ditamatkan. Kalau dulu kita boleh berpadu disebabkan silibus tatanegara itu ada dan kita menjiwainya, tapi sekarang dah tak ada. Itu sebabnya sekarang kita lihat perpecahan di samping orang-orang politik juga memainkan peranan berpecahnya masyarakat kita ini.

Apa yang ingin saya sarankan juga sebenarnya, di dalam silibus bukan sekadar tatanegara, kita juga perlu masukkan dalam silibus tersebut peruntukan berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan. Sebab di dalam Perlembagaan Persekutuan telah dinyatakan kerangkanya, bagaimana kedudukan orang Melayu, orang Cina, orang Iban, orang Kadazan iaitu peribumi Sabah dan Sarawak dalam kedudukan Perlembagaan itu sendiri.

Ramai orang tak faham. Ramai- pihak-pihak ataupun bangsa-bangsa selain daripada bangsa Melayu mempersoalkan kenapa orang Melayu mendapat keistimewaan sedangkan mereka sama-sama membanting tulang empat kerat untuk mereka menghasilkan kekayaan, kejayaan kepada negara. Tidak dapat dinafikan mereka juga bayar cukai. Mereka juga mengerah tenaga mereka untuk kemajuan negara, tetapi kenapa orang Melayu mendapat keistimewaan.

final • 2:00 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Di sinilah saya mengatakan bahawa kalau silibus di peringkat awal persekolahan menceritakan bagaimana sejarahnya, wujudnya peruntukan keistimewaan kepada orang Melayu iaitu daripada kontrak sosial yang mana orang Melayu menyerahkan hak kerakyatan kepada orang bukan Melayu.

Ini kalau diperjelaskan daripada peringkat awal, saya percaya anak-anak nanti apabila mereka besar menjadi remaja, mereka dah tahu kenapa ada peruntukan keistimewaan sedemikian. Begitu jugalah dengan peruntukan bahawa Islam adalah Agama Persekutuan. Ya, Islam sebagai agama Persekutuan. Kita kena bagi faham kepada anak-anak ini kenapa Perlembagaan mengatakan bahawa Islam adalah Agama Persekutuan dan dalam masa yang sama agama-agama lain bebas untuk diamalkan.

Duduknya agama Islam ini sebenarnya lebih tinggi di dalam Perlembagaan disebabkan ada peruntukan di bawah Perlembagaan yang mengatakan bahawa institusi Islam kerajaan boleh memberikan peruntukan dan juga ada peruntukan-peruntukan lain yang menetapkan bahawa agama Islam adalah agama yang lebih tinggi daripada agama lain tanpa sedikit pun menjejaskan agama-agama lain.

Jadi kalau itulah kedudukan Perlembagaan yang diketahui, yang di-educate-kan kepada anak-anak kita, saya pasti tidak akan berlaku, tidak akan timbul persoalan tidak puas hati. Ini tidak. Sebab anak-anak muda contohnya young politician, mereka ini adalah kumpulan yang mungkin tidak didedahkan kepada asal usul kewujudan Perlembagaan Persekutuan itu, di mana sosial kontrak itu wujud?

Jadi apabila mereka membawa idea-idea politik mereka yang baharu, mereka akan encroach into sensitive areas, dengan izin, iaitu dengan membawa isu-isu yang menyentuh perasaan kaum-kaum lain. Cuba lihat kepada TikTok, lihat kepada Instagram. Bagaimana kumpulan-kumpulan tertentu membangkitkan isu berkaitan dengan, “You Melayu, you bodoh, you malas dan sebagainya...” Dan yang Melayu pula cakap...

[Dipadamkan atas arahan Yang di-Pertua] Minta maaf. Itu lah perkataan yang digunakan.

Begitu kasarnya di dalam...

final • 2:10 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Yang Berhormat, bahasa kena jaga sedikit.

final • 2:10 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Saya tarik balik bahasa saya, tetapi...

final • 2:10 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Tarik balik. Okey, terima kasih.

final • 2:10 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

...Saya hanya quote. Saya memberikan contoh apa yang telah dinyatakan dan dikeluarkan oleh rakyat di luar sana, dalam Instagram, dalam TikTok dan sebagainya. Jadi, ini lah perkara yang asas yang kita kena lihat. Kerajaan kena pantau. Kerajaan bukan sahaja kena pantau, kerajaan kena ambil tindakan drastik dan mana punca masalah ini.

Kita pergi kepada punca masalah. Sebab kalau kita melihat kita tidak ambil pendekatan untuk mendidik anak-anak kita sampai bila pun masalah ini tidak akan dapat kita selesaikan. Di samping itu...

final • 2:10 PM

Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman

Yang Berhormat, boleh mencelah sedikit?

final • 2:10 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Tuan Speaker, adakah benarkan sebab saya banyak lagi isu saya nak bangkitkan ini. Saya ada lebih setengah jam ini.

final • 2:10 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Okey, kita bagi satu sahaja.

final • 2:10 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Satu lagi soalan. Silakan.

final • 2:10 PM

Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman

Kita melihat bahawa sejarah negara kita ini adalah mengamalkan perpaduan antara kaum dan pemimpin terdahulu telah melaksanakan dengan baik. Di antara pemimpin dahulu dengan perubahan iklim politik yang berlaku sekarang ini menyebabkan pemimpin-pemimpin politik yang muda yang kurang menghayati sejarah dan silibus-silibus yang sepertimana yang telah dinyatakan tadi menyebabkan menunggang isu agama untuk kepentingan politik peribadi.

Sebagai contoh, dulu kita mengadakan Maulidur Rasul, berarak, ada ketikanya bila dipertikaikan kita berhenti sekejap. Dengan bangsa-bangsa lain, agama-agama lain mengamalkan budaya masing-masing. Kita ada Thaipusam, kita ada chingay dan sebagainya. Di situlah kita lihat bahawa kepentingan parti politik menunggang isu agama menyebabkan perpecahan yang berlaku pada hari ini.

Kita minta Menteri Perpaduan dan kerajaan kena tegas dalam kita mempertahankan agar isu-isu perpaduan ini dapat kita atasi dan mengamalkan bahawa rakyat yang berbilang kaum ini membentuk negara yang maju berlandaskan kepada rakyat yang berbilang kaum. Dan ini lah keharmonian dan kekuatan dalam negara kita ini.

Ini mesti diambil tindakan yang tegas. Kalau ada polisi-polisi yang perlu dilaksanakan atau diubah demi masa depan negara, saya yakin bahawa kerajaan perlu melakukan sesuatu demi masa depan negara. Terima kasih Dato Speaker.

final • 2:10 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Sambung sedikit Yang Berhormat Dato’? Sambung soalan.

final • 2:10 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Boleh saya rasa saya teruskan sedikit lah Yang Berhormat sebab masa tak mengizinkan Yang Berhormat.

final • 2:10 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Tak boleh?

final • 2:10 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Mungkin start sebentar lagi boleh Yang Berhormat mencelah yang lain ya. Baik, Tuan Yang di-Pertua. Berkaitan dengan isu silibus tadi, di samping silibus, saya juga menyarankan bahawa pihak kementerian, pihak kerajaan perlu mengambil tindakan penguatkuasaan.

Kita tahu bahawa kita ada MCMC. Banyak- isu-isu berkaitan dengan hasutan sama ada dari segi hasutan terhadap kaum, agama banyak dibangkitkan dalam media- media sosial, dan pihak MCMC mempunyai kawalan terhadap mereka. Kita ada undang- undang. Undang-undang yang cukup jelas yang diperuntukkan untuk pihak kerajaan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mereka. Persoalannya kita tak nampak banyak pun. Mereka yang diheret ke mahkamah dan dituduh atas dakwaan menghasut ataupun menimbulkan keadaan tidak harmoni di kalangan perpaduan masyarakat di negara ini.

final • 2:10 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Jadi, pendekatan untuk menguatkuasakan undang-undang ini patut segera diambil dan diperkemas supaya mereka ini diambil tindakan di bawah undang-undang dan mereka yang bakal atau pun berhasrat untuk melaksanakan atau untuk melakukan perbuatan-perbuatan keji ini tidak akan melakukannya di masa-masa akan datang. Ini lah usul yang saya rasa pihak kerajaan perlu ambil tindakan segera.

Seterusnya, saya ingin membahaskan isu berkaitan dengan integriti dan rasuah Tuan Yang di-Pertua. Isu integriti dan rasuah juga adalah satu fenomena yang agak sukar untuk diatasi sama lah juga dengan isu berkaitan dengan dadah. Rasuah juga satu isu yang amat-amat mengganggu kehidupan kita sebenarnya.

Baik, untuk kita nak bicarakan tentang rasuah ini memang dah ramai dah bercakap tentang rasuah. Bagaimanakah hendak mengatasinya? Apakah yang punca kepada berlakunya amalan-amalan rasuah ini? Sekali lagi saya ingin menyarankan bahawa elemen rasuah, isu-isu yang berkaitan dengan rasuah perlulah kita tangani dengan cara kita mendidik anak-anak kita di peringkat sekolah lagi.

Kalau kita lihat negara-negara seperti Jepun, kita lihat negara-negara seperti Korea, mereka dah ada silibus berkaitan dengan bagaimana rakyat perlu melihat perspektif rasuah ini. Apakah yang dikatakan rasuah? Apakah yang tidak boleh dilakukan oleh kita? dan kalau ini dapat kita selamkan ataupun kita bawa ke jiwa anak-anak di peringkat sekolah, insya-Allah dalam masa 20 tahun yang akan datang, negara kita insya- Allah akan meminimumkan jumlah mereka yang terlibat dalam rasuah.

Dan, seterusnya, berkaitan dengan isu rasuah, sekarang ini kita lihat kebanyakan mereka yang dituduh di mahkamah adalah di kalangan penerima rasuah. Now, kalau kita bercakap tentang penerima rasuah, siapa yang sebenarnya melakukan gejala rasuah ini?

Dia mesti ada pemberi, dia mesti ada penerima ya, dan pemberi itu sebenarnya adalah lebih besar dosanya kalau dibandingkan dengan yang menerima rasuah. Berdosa itu maksud saya, “Dosa di dunia ini sebenarnya.” Sebab dia ini, dia yang memberi rasuah.

Dia beri rasuah RM100,000 contohnya. Untung dia berapa? RM100 juta untungnya, dan kalau sekiranya dia beri rasuah kepada seorang pegawai kerajaan, dia tidak dapat hasil daripada rasuah yang diberikan, dia akan buat aduan.

Dan bila dia buat aduan, siapakah yang terima— bala dia? Mereka yang menerima rasuah, tetapi yang memberi rasuah ini akan lepas dan dia tidak akan berhenti di situ sahaja. Dia akan beri pula kepada orang yang sanggup membantu dia. Sudahnya siapa yang untung? Mereka yang memberi rasuah. Dan begitulah berterusan pemberi rasuah ini akan membawa Malaysia ini ke tahap rasuah yang lebih tinggi sebab mereka akan keep on going giving bribes kepada pegawai-pegawai kerajaan ataupun mereka yang ada kuasa. Sebab mereka tahu tindakan tidak akan diambil terhadap mereka.

Jadi tidakkah pihak SPRM, tidak pihak kementerian, pihak kerajaan meneliti aspek ini untuk kita mengambil tindakan juga kepada pemberi rasuah. Kita faham bahawa kalau dia yang mengadu, penerima rasuah akan disiasat. Penerima rasuah ini kalau kita tuduh kedua-dua pemberi dan juga penerima ada kemungkinan untuk kita sukar untuk membuktikan kes terhadap kedua-dua mereka.

final • 2:10 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Jadi, kita kena pilih sama ada kita nak tuduh pemberi ataupun kita nak tuduh yang menerima rasuah. Now, kalau kita tukar sikit kita punya trend, tukar kepada pemberi rasuah. Kita tuduh kepada pemberi rasuah. Kita ingat kalau tak ada pemberi, kalau pemberi dah dituduh, mereka takut untuk memberi rasuah. Ada tak penerima rasuah? Tak akan ada penerima rasuah sebab tak ada yang memberi. Kalau kita pergi kepada penerima rasuah, kita tuduh penerima rasuah, selagi pemberi ini tetap ada, tetap akan wujud gejala rasuah di Malaysia ini. Tak akan dapat kita atasi, tapi kalau kita stop yang memberi ini, insya-Allah, kita akan dapat minimize-kan gejala rasuah di negara ini.

final • 2:20 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Ini adalah antara saranan yang saya fikirkan patut pihak kerajaan teliti dan ambil pendekatan supaya kita dapat menyelesaikan masalah rasuah dan mengurangkan indeks rasuah di kalangan negara-negara di dunia ini. Boleh izinkan sikit lagi?

final • 2:20 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Lapan minit lagi Dato’ Seri?

final • 2:20 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Kalau diberi peluang, banyak lagilah, tapi kalau tak diberi peluang...

final • 2:20 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Tolong pendekkanlah, bagi peluang dengan rakan- rakan yang lain.

final • 2:20 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Baik, sikit sahaja lagi. Kalau begitu, saya nak sentuh tentang memperkasakan industri halal Tuan Yang di-Pertua. Titah Yang di- Pertuan Agong baru-baru ini telah juga menunjukkan bahawa kepentingan kerajaan, kejayaan Kempen Melawat Malaysia Tahun 2026 dalam memperkukuhkan kedudukan negara sebagai destinasi pelancongan utama.

Apa yang Tuanku Yang di-Pertuan Agong menegaskan adalah daripada segi kebersihan dan pengawalan kadar jenayah, tetapi apa yang saya ingin bangkitkan di sini, bahaskan di sini, di samping pihak kerajaan perlu memastikan bahawa negara kita bersih, negara kita terkawal kadar jenayah ini bagi memastikan tourist ataupun pihak dari luar negara datang ke negara ini, kita juga perlu melihat kepada keutamaan memperkasakan industri halal sebagai daya tarikan utama dalam Kempen Melawat Malaysia ini.

Malaysia telah lama diiktiraf sebagai destinasi pelancongan mesra Muslim dengan menduduki tempat teratas dalam Mastercard-Crescentrating Global Muslim Travel Index (GMTI) sejak tahun 2015 kecuali tahun 2020 akibat daripada pandemik COVID. Pada tahun 2023, pengiktirafan destinasi mesra Muslim terbaik dan destinasi mesra wanita Muslim terbaik di Halal In Travel Awards mengukuhkan lagi kedudukan negara dalam sektor ini. Namun, meskipun jumlah pelancong Muslim meningkat kepada 4.82 juta dalam tempoh 11 bulan pertama 2023 dengan pendapatan RM14.7 bilion, angka ini masih belum mencapai tahap pra pandemik pada tahun 2019 iaitu sebanyak 5.33 juta ketibaan pelancong Muslim dengan pendapatan RM16.72 bilion.

Jadi, bagi memastikan Malaysia meningkat sebagai destinasi pilihan utama pelancong Muslim terutamanya daripada Middle East menjelang tahun 2026, kerajaan perlulah mengambil langkah strategik untuk memperkukuhkan industri halal di Malaysia ini. Antara inisiatif yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan adalah dengan meningkatkan promosi dan pembangunan produk halal iaitu dengan mengukuhkan jenama Malaysia sebagai hab pelancongan halal global bukan hanya untuk makanan, tetapi juga fesyen, kosmetik, kesihatan dan hospitaliti; menjalinkan kerjasama dengan agensi pelancongan antarabangsa untuk mempromosikan pelancongan halal secara lebih meluas; memanfaatkan digital marketing dan media sosial untuk menarik lebih ramai pelancong Muslim dari Timur Tengah, Eropah dan Asia Selatan.

Seterusnya, cadangan saya ialah untuk memperbanyakkan infrastruktur dan kemudahan halal; memperluaskan jumlah restoran dan hotel yang mempunyai persijilan halal yang diiktiraf di peringkat antarabangsa; memastikan lebih banyak surau di tempat- tempat awam dengan kemudahan yang selesa dan mesra pelancong; membangunkan zon pelancongan halal di kawasan-kawasan strategik yang menampilkan gabungan makanan halal, produk halal dan perkhidmatan hospitaliti Islamik.

Seterusnya, memperkenalkan pakej pelancongan halal berdaya saing; memperbanyakkan pakej pelancongan Islamik termasuk lawatan ke masjid-masjid yang bersejarah, program-program budaya Islam dan pengalaman gaya hidup Muslim. Ini banyak kalau kita nak amalkan, kita nak laksanakan, banyak di masjid-masjid, malah di Selangor juga kita boleh buat program membudayakan, menunjukkan bahawa budaya Islam bagaimana, pengalaman gaya hidup seorang Muslim. Seterusnya, menawarkan percutian mewah halal termasuk hotel eksklusif dengan kemudahan mesra Muslim untuk menarik pelancong kelas pertengahan dan atasan.

final • 2:20 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Seterusnya, menggalakkan ekopelancongan halal seperti percutian ke destinasi semula jadi yang menawarkan makanan halal dan persekitaran mesra Muslim.

Sebenarnya, produk halal ini ia bukan hanya kepada orang-orang Muslim. Malah, kalau kita lihat mereka yang bukan agama Islam juga lebih prefer kepada industri halal ataupun produk-produk halal ini sebab ia terjamin halal kerana kebersihannya. Industri halal bukan sahaja memainkan peranan penting dalam menarik pelancong Muslim, ia juga menyumbang kepada ekonomi negara secara menyeluruh.

Dengan strategi yang tepat, kerajaan boleh memastikan Kempen Melawat Malaysia 2026 berjaya menarik lebih ramai pelancong Muslim dan juga pelancong bukan Muslim, seterusnya meletakkan Malaysia sebagai hab pelancongan halal nombor satu dunia. Oleh itu, kerjasama antara kerajaan, sektor swasta dan industri pelancongan perlu diperkukuhkan untuk merealisasikan matlamat ini. Agenda memperkasakan ekonomi bumiputera melalui kerjasama dan sokongan syarikat kerajaan perlu juga digembleng bagi tujuan menaikkan taraf halal di negara kita ini.

Saya rasa itu cukup sekadar apa yang saya dapat hujahkan pada petang ini.

Ramai lagi rakan-rakan kita yang ingin berhujah. Saya akhiri hujahan saya dengan serangkap pantun.

Rimbun berputik mangga di dusun, Menguntum seri bunga pala; Pantun secantik sirih tersusun; Demikianlah berakhir penutup bicara. Terima kasih Tuan Speaker.

final • 2:20 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Terima kasih Yang Berhormat Senator Dato’ Setia.

Sebelum kita pergi kepada pembahas seterusnya, saya mohon Setiausaha Dewan seperti diperuntukkan peraturan mesyuarat untuk padamkan perkataan yang telah disebut oleh Yang Berhormat Senator tadi.

final • 2:20 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Yang tersasul tadi, tapi sebenarnya itu saya petik daripada apa yang ada dalam sosial media dan Internet, tetapi saranan Tuan Speaker saya alu-alukan. Terima kasih.

final • 2:20 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Okey, pembahas seterusnya adalah Yang Berhormat Senator Tuan Isaiah a/l D Jacob.

final • 2:20 PM

Tuan Isaiah a/l D Jacob

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Kelima Belas.

Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, patik merafak sembah, setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah di atas setahun tempoh pemerintahan sejak 31 Januari 2024. Patik mendoakan agar Maha Pencipta memberikan kesihatan terbaik kepada Tuanku serta pemerintahan Tuanku akan terus dipelihara dan menjadi asas kepada kemakmuran negara.

Daripada Titah Yang di-Pertuan Agong, saya memetik tiga bahagian. Bahagian pertama meliputi kesejahteraan rakyat. Bahagian kedua cara kendalian Dewan Parlimen dan seterusnya. Pertama sekali, saya ingin nak sentuh daripada Titah Duli iaitu bahagian ke-18: kebajikan dan kesejahteraan rakyat hendaklah terus dibela.

final • 2:27 PM

Tuan Isaiah a/l D Jacob

Tuan Yang di-Pertua, di sini dari semalam kita dengar ucapan daripada semua- sahabat-sahabat Senator tentang kebajikan dan kesejahteraan negara. Apabila saya berdiri, ramai akan tahu saya akan bawa isu OKU, kesejahteraan OKU.

Ini lah satu isu yang penting saya rasa, kita kena bincang dan kita kena ambil serius. Kalau kita ambil di negara-negara maju seperti Australia, Kanada, malah di Afrika Selatan, ada kebanyakan negara mereka ada satu kementerian khas untuk OKU untuk memastikan kesejahteraan, kebajikan ataupun sosioekonomi OKU dipelihara, tetapi di negara kita, kita belum ada. Apa yang disarankan kerajaan adalah di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Apabila dia masuk dalam Jabatan Kebajikan Masyarakat, orang ramai fikir OKU ini lah satu golongan yang mengharapkan kebajikan dan simpati daripada rakyat.

final • 2:27 PM

Tuan Isaiah a/l D Jacob

Bagi saya ini lah satu pandangan yang kita mesti bertukar. Golongan OKU bukan golongan simpati. Golongan OKU bukan nak minta kebajikan. Jikalau OKU diberi peluang dalam sosioekonomi, mereka boleh menjadi lebih masyhur daripada orang biasa. Ini telah dibuktikan dalam negara kita iaitu pemilik, peniaga Speedmart. Beliau memegang saham yang tertinggi dalam pasaran saham sekarang. Beliau adalah seorang OKU, tetapi apa yang berlaku dalam negara kita, kita tidak beri ruang yang begitu luas kepada OKU.

Mereka diletak di dalam jabatan di mana kita mengharapkan mereka ini memerlukan simpati. Di mana saya turun, saya katakan kepada golongan OKU adalah kita, kami bukan golongan meminta simpati. Kami meminta bagi hak sosioekonomi kita. Apabila kita dapat sosioekonomi kita, kita boleh bangkit, kita boleh bertanding setaraf dengan rakyat biasa.

Itu adalah penting.

Jikalau kita fikirkan seperti kebajikan, sebulan I difahamkan JKM beri RM300 bagi OKU yang tidak bekerja. RM300 ini adakah dia akan menyelesaikan masalah? Tidak.

Jikalau kita beri ruang, kita beri ruang sosioekonomi daripada segi perniagaan, pekerjaan ataupun pertanian ataupun penternakan, mereka boleh mendapat lebih banyak hasil daripada usaha mereka. Ini I kata daripada awal saya tekan kita memerlukan satu kementerian khas untuk OKU untuk memelihara mereka. Bukan di bawah JKM. Saya harap, saya mohon pihak Kerajaan Madani ambil serius untuk wujudkan satu kementerian khas untuk golongan OKU.

Saya juga ingin nak nyatakan semalam saya dapat jumpa Pengarah OKU JKM dan saya dapati diberitahu kepada saya adalah sekarang, sampai sekarang dah ada lebih 800,000 orang telah daftar sebagai OKU. Dijangka hujung tahun ini melebihi satu juta OKU akan berdaftar dengan JKM. Jikalau kita ada satu juta lebih, I rasa OKU mesti ada satu kementerian untuk mewakili mereka golongan ini untuk memelihara dan menjaga hak-hak OKU.

Yang kedua, saya ingin nak bawa kepada perhatian seperti yang dinyatakan dalam perenggan 18 di mana perumahan dimiliki perumahan, dinyatakan oleh Duli dalam ucapan dalam Titah Duli mengatakan perumahan. Kalau kita perhatikan perumahan OKU begitu sedih sekali. Saya telah melawat di Desa Rejang...

final • 2:30 PM

Seorang Ahli

Sarawak?...

final • 2:30 PM

Tuan Isaiah a/l D Jacob

Desa Rejang bukan di Sarawak, tapi di Kuala Lumpur, okey di Desa. Di Desa di Kuala Lumpur saya mendapati seorang ibu mempunyai dua orang anak OKU terlantar duduk di tingkat 15 buah rumah PPR. Apabila saya melawat lif dua-dua rosak. Jikalau berlaku kecemasan bagaimana ibu ataupun ayah akan bawa kedua-dua OKU. Kita kena perhatikan kesejahteraan rakyat. Pemimpin-pemimpin kita asyik bercerita pasal kesejahteraan, kesejahteraan. Kesejahteraan siapa? Adakah kesejahteraan akar umbi ataupun kesejahteraan pemimpin-pemimpin politik tetapi di luar sana akar umbi menderita.

Tuan Yang di-Pertua, ini lah perkara serius kita kena memerhatikan. OKU duduk- saya telah adakan satu mesyuarat tempoh hari dengan Datuk Bandar. Beliau menyatakan

final • 2:30 PM

Tuan Isaiah a/l D Jacob

memang di bawah DBKL OKU diberi rumah di bawah ground floor ataupun paling tinggi tingkat satu, tetapi masih lagi kita mendapati OKU-OKU duduk di tingkat atas.

Ini lah satu perkara saya ingin nak bawa perhatian kepada kerajaan apabila Duli mengatakan dalam Titahnya kesejahteraan. Serius, kita kena fikirkan kesejahteraan. Kita kena fikirkan golongan-golongan OKU. Mungkin hari ini kita sempurna. Ramai di sini dah mula berwarga emas. Satu hari kita pun akan jadi OKU. Apabila kita jadi OKU, kalau kita didudukkan dalam tingkat atas, jikalau tidak ada lif berfungsi bagaimanakah keadaan mereka. So, ini saya ingin nak bawa isu perumahan.

Yang kedua, kemudahan awam. Adakah kemudahan-kemudahan awam yang sedia ada dalam negara kita ini lah mengikut pengiktirafan antarabangsa seperti untuk orang-orang kurang upaya? I rasa tidak. Saya bagi contoh Parlimen kita sendiri, parking OKU saya tidak nampak lagi. Saya tidak nampak lagi. Satu penghinaan kepada golongan OKU, golongan saya. Di Parlimen di Dewan mulia ini kita berjuang, kita lantang, kita bercakap pasal kesejahteraan, keharmonian, hak-hak kedaulatan, tetapi dalam Dewan kita ini kita tidak ada satu parking, tidak ada parking untuk OKU.

Dengan ini saya telah berbincang dengan peguam-peguam- team saya di pejabat saya. Memang saya ada sedikit lebih daripada apa yang sepatutnya, tetapi saya dah bincang dengan peguam-peguam saya dan kami telah buat keputusan peguam-peguam saya adalah kebanyakannya adalah OKU. Saya ambil daripada OKU sebab saya mewakili mereka, saya kena bagi ruang untuk mereka.

Apabila saya bagi, bagi saya kita dah buat keputusan. Keputusannya adalah kita bagi tempoh sehingga 1 Jun 2025 semua bangunan kerajaan wajib mengadakan kemudahan-kemudahan asas OKU. Wajib. Hari ini saya buat pengumuman rasmi di Dewan yang mulia ini. Cukup, enough is enough, diizinkan Yang di-Pertua. Saya telah pergi beberapa buah bangunan kerajaan masih lagi tidak ada kemudahan OKU. Ia adalah menyedihkan, satu penindasan terhadap golongan OKU.

final • 2:30 PM

Tuan Isaiah a/l D Jacob

Dengan ini saya tidak akan compromise dengan mana-mana pihak dan saya, jawatankuasa dan ahli-ahli OKU kami, kami buat keputusan mulai 1 Jun ini, kami akan ambil tindakan undang-undang di mana kami akan heret kan pemaju, pemilik bangunan yang tidak menyediakan kemudahan asas OKU. Kita akan heret dia ke mahkamah.

Apabila kita buat sekali, maka lain-lain pihak akan meneruskan— mereka akan meneruskan, mereka akan pastikan semua, kemudahan-kemudahan OKU berada.

Selain daripada kemudahan perumahan, sosioekonomi, seperti I tadi kata sosioekonomi meliputi pekerjaan. Saya difahamkan dan diberitahu— minta maaf. Saya belum habis kemudahan awam ini, ada lagi satu perkara. Baru-baru ini, insiden baru-baru ini berlaku di stesen LRT. Seorang OKU penglihatan meninggal dunia akibat geseran kereta api di Kuala Lumpur. Punca sehingga hari ini belum dapat lagi, tetapi soalan saya, apakah kemudahan telah disediakan? Di mana pegawai-pegawai yang sepatutnya ada ataupun dipanggil officer, Social Officer yang mana menjaga customer, customer service, dengan izin Yang di-Pertua.

Sepatutnya customer- kalau kita pergi di negara Jepun, mereka sentiasa ada customer officer untuk memastikan warga emas, ibu mengandung, OKU apabila mereka sampai, mereka akan temani ke tempat destinasi, tetapi di negara kita, tidak ada seperti itu. Sebulan sebelum insiden ini berlaku, lagi seorang OKU penglihatan terjatuh di landasan kereta api LRT stesen. Saya telah melawat dan saya telah menerima Laporan Polis dan saya telah bincang dengan peguam untuk ambil tindakan. Dalam laporan itu, saya mendapati tidak ada customer service. Apabila mangsa jatuh, selama 10 minit mangsa diiringi oleh teman lelaki dia pun penglihatan, penglihatan— selama 10 minit, mereka minta pertolongan. Pertolongan. YB- YB yang ada dalam Dewan ini- 10 minit, OKU minta pertolongan, tak ada customer

final • 2:40 PM

Tuan Isaiah a/l D Jacob

service. So, saya dah ambil semua laporan, kita nak buat satu tindakan mahkamah terhadap pengusaha LRT Prasarana. Ya, YB...

final • 2:40 PM

Tuan Robert Lau Hui Yew

YB, boleh mencelah?

final • 2:40 PM

Tuan Isaiah a/l D Jacob

Ya, boleh.

final • 2:40 PM

Tuan Robert Lau Hui Yew

Saya mahu bertanya di undang-undang kita ada dia pastikan semua bangunan di akses oleh orang awam mesti ada ini peraturan, ada ini fasiliti untuk orang OKU. Juga kalau ada, berapa peratus dengan pandangan kamu kalau kamu tahu, YB tahu, berapa peratus bangunan ini tidak dapat...

final • 2:40 PM

Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh

...Tidak ada fasiliti.

final • 2:40 PM

Tuan Robert Lau Hui Yew

Tidak ada fasiliti? Terima kasih.

final • 2:40 PM

Tuan Isaiah a/l D Jacob

Terima kasih YB. Akta Bangunan 1990 telah nyatakan semua bangunan, semua bangunan wajib ada akses OKU. Sebab itu I masih lagi ingat tahun lepas apabila saya bawa isu ini, mantan Yang di-Pertua Dewan Negara yang sekarang Gabenor Sarawak telah menyatakan bersetuju dengan saya dan dia menasihatkan ambil tindakan undang-undang first Putrajaya. First, Putrajaya.

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Vell Paari a/l Tun Samy Vellu

Boleh celah?

final • 2:40 PM

Tuan Isaiah a/l D Jacob

Ya boleh.

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Vell Paari a/l Tun Samy Vellu

YB setuju bila YB dengan saya pergi ke PMO? PMO pun sama, tak ada fasiliti kan?

final • 2:40 PM

Tuan Isaiah a/l D Jacob

Yes, setuju.

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Vell Paari a/l Tun Samy Vellu

Terima kasih.

final • 2:40 PM

Tuan Isaiah a/l D Jacob

Ya betul. Ini bukti. So, bagi saya cukup, enough is enough. Enough is enough. We are people call us orang kurang upaya (OKU). Saya beri nasihat kepada semua, kami bukan orang kurang upaya. Kami orang kuat upaya dengan membawa semua pihak di mahkamah nanti jikalau hak kami ditindas.

Seterusnya, saya pergi kepada sosioekonomi. Sosioekonomi adalah penting, tetapi kita dapati mana-mana- saya menerima banyak aduan OKU apabila mereka memohon, mereka mengatakan mereka ini OKU, tidak dipanggil untuk temu duga.

Apabila- kalau panggil pun hanya just for the safe, diizinkan mereka buat temu duga lepas tu mereka kata, “Oh, tak boleh buat kerja.”, tetapi mereka ada kemahiran. Ramai ada kemahiran. Ada yang bagi alasan, mereka kena buat balik pejabat ataupun mereka kena buat balik renovation ataupun membaiki, membaik pulihkan kawasan untuk OKU-OKU yang bawa wheelchair. Saya memahami, tetapi bila kita ada kemahiran, apa kata kita tak boleh gunakan mereka. Saya beri lagi satu contoh. Apabila kita panggil— semalam kita dengar YB Dato’ Kesavadas kata, panggil SPAD jawapan 8.00 hingga- hari bekerja. Itu pun komputer yang check itu. Kenapakah kita tak boleh letak OKU di sana untuk jawab? Telephone operators. Kita panggil pejabat kerajaan Putrajaya, saya dengar. Saya pun pernah panggil, tetapi dua, tiga kali, empat kali call pun tak ada orang jawab.

Apabila saya menjadi Front Officer Supervisor di salah sebuah hotel, bos saya memberitahu saya, kalau kita nak nilai kan sebuah syarikat tempat kerja itu nilai kan iaitu adalah panggilan pertama daripada luar. Apabila orang luar panggil kita, the first tiga rings, kita ambil jawab, maknanya pejabat kita adalah perfection, kita adalah betul.

final • 2:40 PM

Datuk Edward Linggu bin Bukut

Dato’ Speaker mohon mencelah.

final • 2:40 PM

Tuan Isaiah a/l D Jacob

Ya, boleh.

final • 2:40 PM

Datuk Edward Linggu bin Bukut

Dato’ Speaker, saya ingin bertanya dengan Yang Berhormat, adakah Yang Berhormat bersetuju budaya yang belum bersedia mengambil pekerja yang OKU ini merupakan satu budaya yang disengajakan? Now,

final • 2:40 PM

Datuk Edward Linggu bin Bukut

adakah Yang Berhormat setuju kalau ada satu peraturan yang khusus di mana setiap agensi ataupun setiap jabatan atau setiap kerajaan mesti meletakkan satu peratus supaya kumpulan daripada OKU ini diberi peluang bekerja dan sesungguhnya satu badan yang memeriksa, yang sesungguhnya ada kumpulan OKU ini diserapkan dalam perkhidmatan agensi-agensi atau kerajaan sedemikian. Terima kasih.

final • 2:40 PM

Tuan Isaiah a/l D Jacob

Terima kasih Yang Berhormat. Memang kerajaan dah ada polisi. Kerajaan dah ada polisi, kita dengar, tiap-tiap kali kita dengar polisi satu peratus. Saya pernah bawa isu ini dalam Dewan yang mulia ini dan saya telah bangkitkan kepada Menteri Sumber Manusia di mana polisi adalah polisi, ia bukan paksa. Apa maksud saya adalah satu peratus ini wajib dimasukkan sebagai Akta Kerja. Apabila dia masuk dalam Akta Kerja, maksudnya dia wajib. Jikalau mana-mana syarikat tidak ada- sorry, minta maaf. Tak mematuhi satu peratus ini, maka kita boleh ambil tindakan undang- undang terhadap majikan tersebut.

final • 2:40 PM

Tuan Isaiah a/l D Jacob

Jikalau polisi, polisi kita tidak boleh mengambil tindakan undang-undang, sebab itu adalah, polisi. Kalau saya hendak, saya ambil. Kalau saya tak nak, saya tak nak.

Seperti yang tadi YB kata penindasan berlaku. So, sebab itu I kata kita perlukan satu kementerian untuk menjaga golongan OKU ini, bukan setakat kebajikan. Ia meliputi banyak perkara dalam peranan OKU ini. Menjaga hak-hak daripada segi undang-undang, kita kena jaga. Daripada segi pekerjaan, memang I setuju, memang ramai menindas ataupun menolak golongan OKU mengambil sebagai pekerja.

Seterusnya adalah, kesihatan. Kesihatan adalah satu bagi orang OKU ini adalah, kos dia tinggi. Kalau kita ambil- saya dapat beberapa aduan daripada ibu bapa. Apabila seorang anak itu dilahirkan sempurna dan mereka ambil insurans, mereka ambil insurans.

Apabila mereka dapat insurans, selepas dua, tiga, empat tahun, mereka disyaki mereka ini kanak-kanak autisme, syarikat insurans tarik balik polisi mereka. Kenapakah berlaku seperti ini? Di manakah undang-undang di bawah Bank Negara? So, kita kena pastikan ini semua.

Jikalau kita hendak bagi Jabatan Kebajikan hendak uruskan, I rasa begitu susah.

So, seperti yang tadi yang I katakan kalau kita hendak pastikan ucapan Titah Diraja yang di mana katakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat, ini juga meliputi golongan OKU. So, kita kena pastikan semua termasuk golongan OKU, warga emas, kanak-kanak, wanita mesti dilindungi daripada segi undang-undang dan segala aspek. So, barulah kita boleh nampak kesejahteraan dalam kalangan kita.

Terakhir dalam OKU ini adalah, pendidikan. Pendidikan ini adalah satu-satu bahagian I nampak banyak kelemahan berlaku khususnya saya ambil dari Sekolah Pendidikan Khas. Baru-baru ini, saya telah melawat beberapa Sekolah Pendidikan Khas di luar Kuala Lumpur dan saya dapati kebanyakan sekolah-sekolah pendidikan khas ini belum ada kemudahan-kemudahan asas lagi.

Baru-baru ini saya juga mendapat aduan daripada ibu bapa. Sekolah pendidikan yang mereka sepatutnya ada, ada sekolah yang sepatutnya ada 80 orang pelajar, tetapi bulan tiga ini apabila persekolahan baharu dimulakan, seramai 127 orang pelajar memasuki iaitu lebih daripada 47 orang pelajar dalam Sekolah Pendidikan Khas, tidak cukup tempat. Bagaimanakah telah diaturkan perkara-perkara seperti ini berlaku?

Saya masih lagi ingat masa dahulu apabila persekolahan baharu dimulakan, semua pelajar wajib mendaftar dahulu. Selepas pendaftaran dan mereka hendak pastikan tempat yang pergi ke sekolah ada segala kemudahan, tetapi sekarang terbalik. Apabila saya menerima aduan daripada ibu bapa mengatakan tidak cukup tempat, tidak cukup meja, kerusi. Ya lah ya, memang betul sebab 80 orang pelajar, sepatutnya 80, sekarang dimasukkan 127 orang pelajar. So, 47 orang pelajar tidak ada kerusi, meja. So, apabila ini berlaku, saya hendak turun, saya hendak masuk ke sekolah, saya hendak tengok.

Pengarah I dengar, Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan memberi arahan mesti tulis surat sebulan sebelum saya tarik.

final • 2:50 PM

Tuan Isaiah a/l D Jacob

Tuan Yang di-Pertua, syarat ini adalah, keperluan asas. Keperluan yang ke mana kita kena ambil tindakan secepat mungkin, bukan sebulan. Semalam saya sudah bawa isu ini kepada Timbalan Menteri Pendidikan untuk beri jawapan. Kita bukan hendak salahkan mana-mana, kita hendak bantu satu sama lain bagaimana kita hendak menyelesaikan bukan hendak tunggu satu bulan.

Saya harap selepas ini pihak Kementerian Pendidikan pun akan pastikan. Ada perkara kita kena ambil tindakan tegas, kita kena ambil tindakan tegas. Tidak perlu tunggu sebulan untuk dapatkan kebenaran baharu hendak boleh masuk. Ada ini perkara kita kena perhatikan.

Perkara kedua adalah, PDK, Pusat Pemulihan Komuniti. Ini I sudah bawa banyak kali isu ini dalam Dewan Negara ini. Masih lagi kita nampak jawapan diberi oleh kementerian adalah, PDK adalah di bawah ROS, tetapi bagi saya, ini adalah, satu penindasan terhadap golongan OKU sebab saya merasai sebagai seorang OKU.

Tanggungjawab kerajaan sepatutnya jaga OKU daripada asal hingga akhir. Itu adalah, tanggungjawab kerajaan. Bukan hendak tolak kepada ROS, NGO ataupun mana- mana pihak. Perkara ini kita kena teliti. Pada mulanya ia di bawah JKM lepas itu ditolak kepada ROS. Sekarang, PDK ini terkelentang-kelentung.

Kita ada 573 PDK di seluruh Malaysia dan tidak ada pengurusan yang cekap banyak masalah. Salah satu, baru-baru ini saya mendapati ibu jadi pengerusi, anak jadi penyelia. Pusat PDK dimiliki oleh suami, sewa dibayar oleh JKM— kerajaan bayar sewa.

Orang gunakan OKU untuk kepentingan diri mereka.

Izin Yang di-Pertua, ada lagi sedikit saya hendak boleh?...

final • 2:50 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Boleh, boleh kerana ada yang mencelah tadi.

final • 2:50 PM

Tuan Isaiah a/l D Jacob

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. So, saya nampak PDK ini kena diaturkan balik dan mesti dijaga dan dilindungi oleh satu kuasa bukan diberi kepada ROS semata-matanya. Sebab PDK adalah satu buah pusat pemulihan OKU di mana dipulihkan kanak-kanak OKU itu. Kita tidak boleh lepaskan kepada ROS. Sebab itu pendirian saya masih lagi tetap jikalau kita ada satu kementerian khas untuk OKU, kita boleh selesaikan masalah-masalah ini semua.

So, saya akan terus ke bahagian kedua, part dua. Saya ada tiga sebenarnya, dua I buat ini lagi satu sampaikan. Dalam Titah Yang di-Pertuan Agong, kita nampak paragraf 29, 30 dan 31, beliau begitu prihatin terhadap Dewan mulia ini khususnya Dewan Rakyat.

Saya mohon kepada Ahli-ahli Dewan Rakyat, marilah, datanglah ke Dewan Negara, tengok bagaimana cara Dewan Negara diuruskan. Bukan duduk di sana dalam Dewan jerit-jerit, kepentingan politik— berpolitikkan dalam Dewan yang mulia ini.

Sepatutnya, Dewan mulia ini adalah untuk menyelesaikan masalah rakyat bukan hendak menyelesaikan masalah parti mereka. Saya mohon jasa baik pada semua Ahli- ahli Dewan Rakyat, berhentikan serta-merta perangai mereka ini dan mereka fokus kepada rakyat, utamakan keperluan rakyat, utamakan keperluan rakyat. Inilah yang dinyatakan oleh Duli sendiri.

final • 2:50 PM

Tuan Isaiah a/l D Jacob

Saya harap- kita memerlukan kesejahteraan. Tadi kita bincang fasal perpaduan.

Perpaduan, kalau kita nak dapatkan perpaduan, bagaimanakah kita nak menentukan?

Dewan yang mulia inilah akan tentukan. Kalau dalam Dewan Negara kita jerit-jerit, menjerit, gunakan kata-kata yang tidak betul, bagaimanakah Dewan itu boleh berlangsung? Orang luar, pelajar-pelajar di luar, bagaimanakah mereka mendapati? So, saya harap selepas ini Dewan Rakyat akan memastikan ia akan berjalan lebih lancar dan lebih teratur.

Disebabkan waktu tak izinkan saya, saya ingin nak habiskan dengan saya akan ringkaskan kepada part ketiga ini iaitu kita nampak 35 ucapan Duli yang katakan, “Marilah kita sama-sama berdoa agar Malaysia terus maju dan makmur, aman damai serta seluruh

final • 3:00 PM

Tuan Isaiah a/l D Jacob

rakyat menikmati kehidupan sempurna, bahagia dan sejahtera.” Ini akan berlaku jikalau setiap insan, setiap yang dipilih, yang diberi tanggungjawab, amanah kalau mereka tidak ada ketakutan dalam diri mereka, ketakutan terhadap Maha Pencipta, maka perkara yang disebut itu tidak akan berjaya.

Jikalau kita ada ketakutan terhadap Maha Pencipta, maka kita akan jalankan tanggungjawab, amanah yang diberi kepada kita dengan sempurna. Maka, doa kita pun akan diiringi bersama-sama dengan kita. Bukan saja doa, tetapi ketidak ada ketakutan seperti kita kata rasuah, memang betul. Orang yang buat rasuah, dia tak ada takut, sebab itu dia berani. Baru-baru ini kita— tadi I cerita semua isu OKU, kemudahan asas. Apabila tadi Yang Berhormat tanya, sebab mereka tak hendak buat kemudahan asas. Alasan mereka kos dia tinggi, tetapi RM170 juta boleh ada dekat rumah mereka. Boleh berada dalam rumah mereka. Inilah pemimpin-pemimpin kita.

So, kalau kita nak baiki apa Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Baginda yang minta, kita berdoa. Sambil berdoa, kita ada rasa ketakutan terhadap Maha Pencipta, baharu kita boleh menghadapi, boleh menyelesaikan segala masalah akar umbi. Bukan masalah keluarga ahli politik, tetapi masalah akar umbi. Dengan ini, saya menyokong sepenuh Titah Ucapan Diraja. Sekian, terima kasih.

final • 3:00 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Terima kasih Yang Berhormat Senator Tuan Isaiah.

Perbahasan yang penuh fakta, serius dan ada kenyataan amaran sekali.

Sekarang saya ingin menjemput Yang Berhormat Senator Dato’ Sivaraj a/l Chandran. Dipersilakan.

final • 3:00 PM

Dato’ Sivaraj a/l Chandran

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi saya ruang untuk turut serta dalam perbahasan bagi Menjunjung Kasih Titah Diraja pada hari ini. Saya ingin merafak sembah Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar atas Titah Baginda yang penuh makna dan keprihatinan semasa istiadat pembukaan Penggal Pertama, penggal Parlimen.

Titah Baginda bukan sekadar amanat seorang Raja, tetapi satu peringatan kepada semua pemimpin, pentadbir, wakil rakyat bahawa tanggungjawab kita bukan hanya kepada jawatan, tetapi kepada rakyat. Baginda jelas menzahirkan kebimbangan terhadap isu-isu yang menekankan kehidupan rakyat khususnya kos sara hidup yang semakin membebankan, ketidaktentuan ekonomi, cabaran dalam memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terjamin.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh isu keselamatan makanan. Satu isu yang bukan saja berkaitan dengan harga, tetapi juga kualiti dan keberadaan bekalan makanan di negara kita ini. Food security, dengan izin, bukan hanya soal cukup atau tidak cukup makanan. Ia mesti merangkumi tiga perkara utama, keberadaan bekalan- availability; harga yang mampu milik; dan kualiti yang terjamin.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan isu beras import yang dicampurkan dan dijual sebagai beras tempatan dan juga beras import yang telah diterangkan secara jelas oleh sahabat kita, Dato’ Seri Salehuddin tadi. Ini bukan satu isu kecil atau ini merupakan isu amanah. Ini isu pengkhianatan kepada rakyat. Apa jaminan bahawa makanan lain seperti gandum, minyak masak atau susu formula tidak terpalit dengan manipulasi yang sama?

Bayangkan seorang ibu di kampung berhempas pulas mengatur perbelanjaan keluarga, membeli beras dengan harga yang mahal, tetapi akhirnya mendapati beras itu bukannya seperti yang sepatutnya. Ini bukan sekadar isu harga, ini soal rakyat untuk mendapatkan makanan yang berkualiti.

Tuan Yang di-Pertua, kita sudah terlalu lama berdepan dengan isu bekalan dan kawalan beras di dalam negara ini. Lebih 50 tahun masalah mencampur beras import dan

final • 3:03 PM

Dato’ Sivaraj a/l Chandran

tempatan berlaku, tetapi sehingga hari ini, masih tiada penyelesaian konkrit. Beras adalah makanan ruji rakyat Malaysia. Kalau makanan pun boleh dimanipulasikan oleh pihak tertentu, apakah lagi yang tertinggal? Kita ada Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522], tetapi apakah undang-undang ini cukup untuk menangani isu yang semakin kompleks?

Hakikatnya, tiada peruntukkan yang jelas dalam akta ini bagi mendakwa mereka yang mencampuri beras import dan beras tempatan dan ini juga satu kelemahan yang serius daripada segi akta. Bagaimana kita nak selesaikan masalah ini adalah dengan menggubal satu undang-undang yang kuat, yang tegas, yang boleh kita melihat menyelesaikan masalah secara proaktif. Kita masih tidak mempunyai seperti yang saya cakap tadi, tiada kuasa perundangan yang cukup untuk mengambil tindakan tegas. Benda ini telah dijelaskan oleh Menteri sendiri di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Masalah kita bukan tiada undang-undang, tetapi undang-undang yang sudah lapuk. Kita sudah ada akta, tapi sudah lapuk. Tidak digubal, tidak dilihat semula dan penguatkuasaan yang lemah dan kebergantungan kepada penyelesaian yang bersifat sementara. Kita tubuhkan jawatankuasa, kita adakan mesyuarat, tetapi akhirnya masalah- masalah ini tetap berulang, kenapa...? Kerana kita tidak menangani punca sebenar kelemahan dalam sistem kawalan dan ketidaktegasan dalam pelaksanaan undang- undang.

Saya ingin mencadangkan dua langkah tegas untuk menyelesaikan masalah ini.

Pertama, kerajaan perlu menggubal semula Akta Kawalan Padi dan Beras 1994. Kita perlukan satu akta baharu yang lebih jelas, lebih tegas seperti yang saya cakap tadi, lebih berkesan untuk memastikan tidak ada lagi ruang bagi manipulasi beras. Ini bukan soal peniaga rugi atau untung. Ini lah soal keselamatan makanan dalam negara. Jika kita boleh memperkenalkan pelbagai akta baharu untuk kawalan sektor-sektor lain, kenapakah kita masih biarkan industri beras bergerak bebas dengan peraturan yang sudah lapuk?

Kedua, saya cadangkan kita perlukan satu task force khas yang berkuasa penuh.

Bukan sekadar jawatankuasa biasa yang hanya pandai bermesyuarat, tetapi tiada tindakan. Task force ini mestilah dianggotai oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Polis Diraja Malaysia dan SPRM dan mereka diberikan kuasa mutlak untuk menyiasat, menyerbu dan mendakwa mana-mana pihak yang terlibat dalam manipulasi bekalan beras.

Saya ingin tegaskan bahawa mereka yang mencampuri beras import dan beras tempatan ini bukan sekadar peniaga yang tidak bertanggungjawab. Kita jangan salah anggap mereka. Mereka merupakan scammer makanan yang membahayakan keselamatan negara dan mereka menipu rakyat, memanipulasi bekalan dan menjadikan beras sebagai alat untuk mengaut keuntungan tanpa memikir kesan kepada rakyat marhaen. Kita sudah hampir dua tahun berbincang tentang isu ini, tetapi apakah hasilnya?

Harga beras masih lagi tinggi, bekalan makanan masih terganggu, manipulasi masih berlaku. Sampai bila kita hanya mahu bercakap, tetapi tidak bertindak?

Tuan Yang di-Pertua, saya bergerak ke isu kedua, menyentuh Titah Tuanku mengenai keselamatan rakyat dan negara. Saya ingin bercakap tentang satu perkara yang ramai tidak berani sentuh, campur tangan kuasa asing dalam politik negara kita.

Saya bercakap tentang USAID, satu dana dari Amerika Syarikat yang kononnya bertujuan untuk membantu membangunkan demokrasi dan memperkukuhkan masyarakat sivil.

final • 3:03 PM

Dato’ Sivaraj a/l Chandran

Namun, this Nefarious Fund as recently be shut down by democratically elected US President Donald Trump, dengan izin, kenapa...? Kerana akhirnya dunia menyedari bahawa dana seperti ini bukan sekadar bantuan tetapi satu bentuk kawalan politik.

Persoalannya- siapa yang menerima dana ini di Malaysia, untuk apa dana ini digunakan?

Kita melihat baru-baru ini daripada kenyataan US, Pejabat Presiden US. Ada senarai yang dikeluarkan. Banyak. Saya terkejut. Banyak NGO-NGO, masyarakat sivil

final • 3:10 PM

Dato’ Sivaraj a/l Chandran

dari Malaysia yang telah menerima dana ini. Kita tidak tahu apa tujuan mereka? Apakah aktiviti yang dilakukan? Apa agenda tersirat daripada bantuan yang diberikan oleh US kepada civil society dalam negara kita.

Kita tidak boleh naif. Kita tahu bagaimana permainan ini berlaku di mana kebanyakan negara lain, dana ini digunakan sebagai alat untuk mengawal politik tempatan. Untuk melemahkan kerajaan yang tidak sehaluan dengan kuasa besar dan akhirnya untuk mencorak masa depan negara mengikut kehendak mereka.

Hari ini kita menyokong Palestin. Ketegasan Perdana Menteri jelas kita nampak tetapi saya fikir apabila kita terlalu tegas, mesti ada mata-mata yang memerhatikan kita.

Contohnya kuasa besar luar yang sakit hati atau tidak suka dengan kita dan tidak suka dengan kepimpinan kita...

final • 3:10 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Boleh sikit mencelah, Yang Berhormat Dato’?

final • 3:10 PM

Dato’ Sivaraj a/l Chandran

Oh, boleh.

final • 3:10 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Satu kenyataan yang saya rasa sangat bahaya tentang campur tangan dan senarai-senarai. Ada Dato’ mempunyai bukti yang jelas tentang perkara tersebut dan pihak-pihak mana yang dikatakan menerima dana daripada kuasa besar US? Terima kasih.

final • 3:10 PM

Dato’ Sivaraj a/l Chandran

Saya tak payah, tak perlulah pertengahkan bukti sebab itu dah ada dalam website USA yang dikeluarkan, dikatakan ini NGO-NGO yang telah menerima dana itu. Kalau nak bukti, memang ada bukti sebab ini daripada kenyataan dari Pejabat Presiden US dan dalam website itu pun, I think dalam Alamac- this Department of Efficiency, dia dah keluarkan senarai yang menerima dana tersebut.

Banyak seperti C4, BERSIH, Bar Council, banyak lagi yang menerima, pernah menerima peruntukan daripada US ini. Okey.

final • 3:10 PM

Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh

Tuan Yang di-Pertua, mohon tanya sikit.

final • 3:10 PM

Dato’ Sivaraj a/l Chandran

Boleh.

final • 3:10 PM

Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh

YB, adakah YB setuju berpandangan bahawasanya elemen seperti ini adalah membahayakan kepada negara.

Adakah YB setuju untuk kita sarankan supaya pihak berkuasa menyiasat NGO-NGO yang menerima ini, adakah NGO ini menerima atas sebab-sebab tertentu yang boleh memudaratkan negara kita ini ketenteraman awam terutamanya? Adakah YB setuju untuk kita sarankan supaya pihak berkuasa siasat secara mendalam.

final • 3:10 PM

Dato’ Sivaraj a/l Chandran

Terima kasih Yang Berhormat. Saya sangat bersetuju dan ucapan saya akan menjurus kepada itu. Saya bersetuju dengan pandangan Tan Sri bahawa NGO-NGO ini perlu diaudit dan disiasat dan kita kena tahu money trail, manakah duit itu dibelanjakan untuk aktiviti apa? Adakah aktiviti untuk aktiviti masyarakat atau ada tujuan politik? Jadi saya sangat bersetuju dengan pendapat Tan Sri dan ucapan saya pun menjurus kepada siasatan audit dan sebagainya.

Hari ini seperti yang saya cakap, kita jangan ingat mereka akan berdiam diri.

Mereka akan menggunakan dana yang mereka ada untuk menyalurkan wang kepada NGO, parti politik dan individu-individu tertentu dalam negara dengan satu tujuan saja.

Satu untuk mengganggu kestabilan negara, menggugat demokrasi dan memanipulasi pengundi. Saya tidak mahu Malaysia menjadi seperti negara-negara lain yang sudah hancur akibat permainan ini. Saya tidak mahu demokrasi dan institusi negara kita menjadi alat yang diperalatkan oleh mereka yang berkepentingan.

Therefore, I demand the US Embassy to provide a full list of recipients of USA in Malaysia and the people of Malaysia have the right to know about the list, dengan izin.

Malah saya mendesak kerajaan untuk menjalankan audit menyeluruh ke atas penerima dana ini. Seperti yang Tan Sri cadangkan tadi. Kita perlu tahu dana ini diberikan kepada siapa. Digunakan untuk apa dan siapa yang mendapat manfaat daripadanya. Jika benar

final • 3:10 PM

Dato’ Sivaraj a/l Chandran

niat mereka baik, tiada sebab untuk menyembunyikan maklumat ini daripada rakyat Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menegaskan bahawa usul membentangkan RUU Pendanaan Politik perlu disegerakan. Saya setuju. Namun skopnya tidak boleh terbatas kepada parti politik sahaja, tetapi diperluaskan untuk merangkumi badan-badan bukan kerajaan. Sekarang dah sophisticated. Dia tahu parti politik tidak boleh memberi dana, dia akan bagi kepada NGO yang berkawan dengan parti politik tersebut. Jadi untuk tujuan yang sama. Ini kerana NGO juga menerima dana daripada pelbagai sumber termasuk dari luar negara yang boleh mempengaruhi hala tuju mereka serta dasar yang diperjuangkan.

Kita tidak boleh naif dalam hal ini.

Sejarah telah menunjukkan bagaimana campur tangan asing boleh membawa berlaku secara langsung melalui pembiayaan NGO, ThinkTank dan institusi masyarakat sivil. Dana luar ini jika tidak dipantau, boleh menjadi alat untuk mempengaruhi dasar kerajaan, menggugat kestabilan negara, menanam agenda tertentu yang tidak selari dengan kepentingan nasional. Oleh itu, saya mencadangkan agar undang-undang ini diperkenalkan sebagai Rang Udang-undang Pendanaan Politik dan Masyarakat Sivil.

final • 3:10 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Yang Berhormat, sikit saja. Sikit saja. Saya ingat dulu selepas pilihan raya pun ada perakuan daripada pegawai di Amerika yang mengatakan dia sudah berada di Malaysia ini untuk membantu proksi dia itu 15 tahun.

Adakah ini termasuk dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Dato’?

final • 3:10 PM

Dato’ Sivaraj a/l Chandran

Saya percaya, ya memang ada kaitan dan memang ada dana yang telah diberikan kepada masyarakat sivil pada masa itu untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional. Saya tak ada doubt dalam benda itu. Memang aktiviti-aktiviti dijalankan. Kita lihat dana yang diterima oleh NGO-NGO pada masa itu, individu-individu yang dipilih dan menjadikan sebagai satu figura untuk memberi menjadi pengaruh kepada masyarakat-masyarakat apabila mereka memberi satu pendapat. Pendapat itu dianggap sebagai genuine, sebagai memang ada substance politic, tapi pada walhal saya rasa ini merupakan satu drama yang dicipta oleh kerajaan-kerajaan luar untuk mempengaruhi politk dalam negara ini. Itu pandangan saya.

Then, seperti yang saya cakap, saya tadi berkata RUU itu haruslah dinamakan RUU Pendanaan Politik dan juga Masyarakat Sivil supaya kita memastikan ketelusan dalam aliran dana dan menghalang sebarang bentuk pengaruh luar yang boleh merosakkan kedaulatan negara. Setiap sumbangan baik kepada parti politik mahupun NGO perlu disiarkan secara terbuka dan tertakluk kepada mekanisme kawal selia ketat.

Kita tidak boleh membiarkan ruang kelabu wujud dalam sistem ini. Jika benar perjuangan mereka adalah untuk rakyat dan negara maka tiada sebab untuk merahsiakan sumber pembiayaan mereka.

Keterbukaan dan akauntabiliti mesti menjadi asas kepada mana-mana entiti yang terlibat dalam advokasi dasar dan pembentukan pemikiran masyarakat. Justeru itu, saya menggesa kerajaan supaya tidak berlengah lagi dalam memperkenalkan dan melaksanakan undang-undang ini demi menjaga kedaulatan negara serta memastikan demokrasi kita tidak diperalatkan oleh kepentingan luar.

Seperti YB berkata, kalau dulu mereka boleh buat perkara-perkara sebegini untuk memanipulasi pengundi dan mengganggu demokrasi negara kita, saya percaya sekarang pun mereka masih boleh berlaku. Jadi itulah saya, nasihat saya kepada kerajaan supaya kita berhati-hati. Tindakan proaktif itu penting. Kita kena audit. Kita kena jaga money trail daripada dana dari luar khususnya.

Tuan Yang di-Pertua, dalam isu yang berkaitan penggubahan wang haram merupakan satu isu yang amat serius. Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini saya telah menerima laporan mengenai isu transaksi kewangan yang membabitkan sebuah syarikat perkapalan tempatan. Nama syarikat itu ialah Maritime Network Sdn. Bhd. Syarikat ini telah beroperasi selama 22 tahun dalam industri perkapalan dan menerima pembayaran dalam mata wang Ringgit Malaysia dan juga USD bagi perkhidmatannya.

final • 3:10 PM

Dato’ Sivaraj a/l Chandran

Namun, terdapat beberapa transaksi yang menimbulkan persoalan daripada segi pematuhan peraturan kewangan dan pengawasan institusi perbankan dan syarikat ini telah memohon dan telah membuat aduan berulang kali kepada Bank Negara Malaysia dan Bank RHB kerana mereka rasa something is wrong. Suspicious dengan transaction duit yang dibayar ini.

final • 3:10 PM

Dato’ Sivaraj a/l Chandran

Ini syarikat A yang dia buat kontrak tetapi duit itu disalurkan kepada satu syarikat lain di Dubai dan satu syarikat lain ke London, syarikat London itu akan bayar kepada syarikat ini. Jadi, ini merupakan satu transaksi yang cukup dubious yang kita rasa something wrong with the transaction. Jadi, syarikat ini dia takut, kalau dia ambil, dia guna duit itu, mungkin dia akan dikenakan di bawah AMLA, money laundering case.

Jadi, dia tidak menyentuh duit itu dan beliau terus ke Bank Negara Malaysia untuk mendapat penjelasan. Malangnya Bank Negara Malaysia sampai hari ini tak layan syarikat ini, request dia. Dia hendak tahu whether transaction itu compliance atau non compliance, itu sahaja, tetapi sampai hari ini Bank Negara tidak balas persoalan mereka dan surat mereka dan dia datang jumpa saya. Saya sendiri telah menulis pada Bank Negara, kepada Encik Fuad kalau tidak silap saya, sampai hari ini, saya pun tak terima maklum balas.

Kalau sesuatu berlaku, kalau syarikat itu telah menggunakan duit itu dan duit itu merupakan salah satu monetary daripada money laundering, kita tak tahu dari mana dan barulah Bank Negara akan bertindak. It’s too late, you sudah jadikan syarikat itu sebagai mangsa. Jadi, itulah yang saya minta pada Bank Negara Malaysia, Kementerian Kewangan lihatlah benda ini secara proaktif. Syarikat ini secara sukarela datang untuk memohon sama ada to verify whether compliance atau tidak compliance, tetapi sampai hari ini Bank Negara tak buka mulut. Jadi, saya rasa something wrong.

Jadi, saya berharap Kementerian Kewangan boleh memberi penerangan atau penyelesaian kepada masalah ini. Ini bukan satu syarikat ya, lebih kurang ada 400 buah syarikat yang terima bayaran daripada third party daripada London, okey. Tuan Yang di- Pertua, perkara yang menimbulkan beberapa soalan berkaitan ini dan juga yang memerlukan perhatian Kementerian Kewangan ialah mengapa institusi kewangan membenarkan transaksi melibatkan entiti tidak berlesen tanpa semakan ketat tetapi pada masa yang sama menolak bayaran yang sah atas alasan teknikal.

Apakah langkah-pangkah yang diambil oleh Bank Negara Malaysia untuk memastikan transaksi yang curiga ini tidak dieksploitasi bagi aktiviti penggubahan wang haram? Adakah pihak Kementerian Kewangan akan memperkenalkan garis panduan yang lebih ketat bagi memastikan ketelusan dalam urusan transaksi perbankan terutamanya melibatkan industri strategik seperti perkapalan.

Tuan Yang di-Pertua, isu utama yang dibangkitkan ialah kelewatan terhadap penggubalan wang serta sikap endah tak endah oleh institusi kewangan. Itu yang kita sedih kerana Bank Negara tidak bertindak serta-merta. Tidak memaklumkan kepada mereka sama ada transaksi itu sah atau tidak sah, itu persoalan saya. Jadi, saya rasa selepas sidang ini mungkin Kementerian Kewangan boleh memberi penerangan tentang transaksi, sama ada dia boleh terima atau tidak. Walaupun tidak berdaftar dengan Bank Negara.

Tuan Yang di-Pertua, perkara seterusnya yang saya ingin sentuh ialah penyertaan. Isu penyertaan masyarakat India dalam perkhidmatan awam. Satu perkara yang sudah lama dibincangkan, tapi masih belum mendapat perhatian wajar. Walaupun kita sering bercakap tentang keadilan, hak dan peluang, realitinya kadar penyertaan masyarakat India dalam sektor awam masih jauh daripada memadai.

Ramai anak muda India yang berkelayakan dan berminat untuk menyertai perkhidmatan kerajaan, tetapi akhirnya kecewa kerana pelbagai halangan yang tidak jelas. Berapa ramai yang mempunyai kelayakan, tetapi gagal dalam pemilihan. Adakah

final • 3:20 PM

Dato’ Sivaraj a/l Chandran

benar proses pemilihan ini berdasarkan merit atau wujud kekangan yang tidak kelihatan.

Saya tidak meminta keistimewaan Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak minta kuota khas, saya hanya minta peluang yang saksama. Jika kita benar-benar mahu membina negara yang adil dan inklusif, kita perlu memastikan setiap rakyat mendapat ruang untuk menyumbang kepada pembangunan negara tanpa sebarang kekangan yang wajar.

Kerajaan mesti mengambil langkah konkrit, kita tidak boleh lagi bercakap tentang isu ini tanpa tindakan yang jelas. Oleh itu, saya menggesa supaya satu kajian menyeluruh dijalankan bagi menilai bukan sahaja potensi masyarakat India dalam sektor awam tetapi juga kadar penyertaan kaum lain. Kita perlu harus memahami punca sebenarnya masalah ini sebelum mencari penyelesaiannya.

Kajian ini tidak perlu mengambil masa bertahun-tahun, dalam tempoh satu hingga dua bulan ia boleh diselesaikan dengan penglibatan pakar-pakar daripada universiti- universiti awam serta kerjasama di antara Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan juga Jabatan Perkhidmatan Awam. Dengan data yang lebih tepat, kita dapat mengenal pasti di mana kelemahan sebenarnya sistem ini, sistem pemilihan dan seterusnya mengambil langkah-langkah pembaikan.

Bagi memastikan kajian ini berjalan lancar, saya mencadangkan supaya ia dikendalikan oleh pakar-pakar universiti awam. Kedudukan mereka yang lebih dekat dengan SPA dan JPA akan memudahkan akses kepada data, mempercepatkan pengumpulan maklumat serta memastikan hasil kajian dapat disiapkan sebelum suku kedua tahun 2025. Dengan ini dasar yang lebih tepat dan efektif dapat dirangka bagi meningkatkan penyertaan masyarakat India serta kaum lain dalam sektor awam dan menjadikan ia lebih mencerminkan kepelbagaian sebenar negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh Titah Tuanku mengenai pendidikan, pembangunan digital dan pemerkasaan ekonomi. Sistem pendidikan sekolah khususnya di sekolah Tamil, memerlukan perhatian yang serius. Peningkatan tahap pendidikan bukan sahaja melibatkan aspek fizikal, pembangunan, tetapi juga infrastruktur digital.

Banyak sekolah masih ketinggalan dalam aspek ini dan menyebabkan jurang digital yang merugikan pelajar.

Kerajaan perlu memastikan semua SJK(T) dilengkapi dengan kemudahan teknologi terkini untuk memastikan pelajar tidak ketinggalan dalam arus pendidikan moden. Bukan sahaja sekolah Tamil Tuan Yang di-Pertua, saya percaya kita kena ada, semua sekolah di Malaysia ini harus dilengkapi dengan kemudahan teknologi terkini supaya kita boleh mendapat— kita boleh menghasilkan pelajar yang berkualiti mengikut arus pembangunan negara iaitu pembangunan digital dan digital ekonomi.

Dalam sektor usahawan terdapat potensi besar untuk melibatkan masyarakat India dalam bidang agropreneur. Saya ingin mengetahui apakah perancangan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dalam usaha ini. Program khusus perlu dirangka untuk menggalakkan penyertaan masyarakat India dalam sektor pertanian moden yang bukan sahaja dapat meningkatkan pendapatan, tetapi juga memastikan kelestarian sektor pertanian negara.

Tuan Yang di-Pertua, MITRA telah menerima peruntukan RM100 juta. Setiap bajet belanjawan kita, kita akan dapat RM100 juta untuk MITRA, tetapi persoalan saya, di manakah hasilnya? What is a social impact of the programme allocation? Adakah dana ini benar-benar sampai kepada golongan sasar atau hanya berlegar dalam sistem yang penuh dengan birokrasi?

Jika MITRA benar-benar berkesan, mengapakah masih ramai graduan India yang masih menganggur? Mengapa mereka terpaksa mencari wakil rakyat dan Menteri untuk mendapatkan bantuan pendidikan, bantuan pekerjaan, modal perniagaan. Adakah isu-isu ini berpunca daripada kekurangan peluang semata-matanya atau adakah kita berdepan dengan kelemahan dan pelaksanaan dan pengurusan?

final • 3:20 PM

Dato’ Sivaraj a/l Chandran

Setiap tahun syarikat swasta tertakluk kepada audit untuk memastikan ketelusan kewangan. MITRA yang menguruskan dana awam juga tidak seharusnya terkecuali.

Rakyat berhak tahu di mana setiap sen ini dibelanjakan. Kita tidak boleh membiarkan harapan rakyat yang menjadi sekadar statistik dalam laporan tanpa impak yang benar- benar dirasai oleh peringkat akar umbi. Kerajaan memberi secara jujur, ikhlas untuk membantu masyarakat India. Jadi, duit itu betul-betul sampai tak ke akar umbi? Ada tak betul-betul duit itu digunakan untuk membantu masyarakat atau anak-anak yang memerlukannya? Itu persoalan saya. So...

final • 3:20 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Tuan Yang di-Pertua, boleh mencelah?

final • 3:20 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Beri celah Yang Berhormat Senator?

final • 3:20 PM

Dato’ Sivaraj a/l Chandran

Boleh, kalau saya diberi masa lagi sikit.

final • 3:20 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Singkat sahaja, sebab semalam saya ada sebut tentang MITRA itu. Jadi, adakah mungkin jika Yang Berhormat Senator mengetahui apakah program utama khusus yang dijalankan menggunakan dana daripada MITRA yang diberikan oleh kerajaan setiap tahun kalau tak silap sejumlah RM100,000, sila kongsi— juta, sorry. Sila berkongsi dengan kita di sini. Terima kasih.

final • 3:20 PM

Dato’ Sivaraj a/l Chandran

Yang Berhormat, kalau secara detil saya tidak tahu apa actually kegiatan MITRA, tetapi daripada penjelasan yang diberikan dan juga mesyuarat-mesyuarat yang kalau kita dipanggil, mereka akan membuat pembentangan.

Saya cuma melihat satu sahaja setiap kali kita ada kenyataan daripada pengerusi mengatakan bahawa duit ini diberikan, diperuntukkan untuk syarikat ini, untuk buat program ini. Sampai sekarang saya pun masih menunggu apakah output yang telah dikeluarkan daripada dana itu dan syarikat itu, apa result yang dikeluarkan.

final • 3:20 PM

Dato’ Sivaraj a/l Chandran

Setakat ini saya tak pernah lihat success story of that program. Jadi itulah, tapi I believe, kita percaya MITRA dengan Pengerusi baharunya, YB Prabakaran dan juga Ketua Pengarah sedang cuba sedaya upaya. Dia bukan usaha satu, dua orang sahaja, ia usaha satu institusi tersebut. Jadi duit yang diberikan— masalah MITRA saya percaya YB, adalah disebabkan dari dulu mereka mengikut satu skema yang sama, template yang sama. That means RM30 juta diberikan kepada NGO, mereka akan buat program-program seperti elektrik dan sebagainya, *bridal.

I* pun tak pasti kita mungkin dah latih lebih kurang 1,000 orang buat bridal, tapi saya tak nampak bridal daripada— bridal berapa yang menawarkan perkhidmatan bridal daripada masyarakat India sebanyak-banyak. Buat kek.

Jadi ini program-program yang boleh— of course saya tidak deny memang beri ada kelebihannya, tapi ia tidak boleh digunakan untuk menjana pendapatan mereka seperti yang diperlukan.

Maka MITRA harus— saya percaya, ini pandangan saya, mengubah cara mereka atau strategi mereka daripada membelanjakan duit-duit kepada program-program yang low output ini kepada program-program yang high value supaya mereka boleh create lebih banyak orang-orang muda yang mempunyai kemahiran yang tinggi yang boleh memperoleh pendapatan yang lebih tinggi. Itu pandangan saya Yang Berhormat.

Dengan itu, saya juga mencadangkan agar kerajaan menyalurkan lima peratus daripada jumlah keseluruhan peruntukan pembangunan nasional iaitu RM500 juta. Saya cadangkan kepada kerajaan, RM500 juta ini kepada program khusus yang dapat membantu masyarakat India secara menyeluruh dan berkesan. Dana ini perlu disalurkan melalui agensi-agensi kerajaan yang telah terbukti lebih efektif. Bukan sahaja melalui MITRA tapi agensi-agensi yang sedia ada, agensi-agensi kerajaan, duit ini boleh disalurkan kepada mereka khususnya dalam pendidikan, keusahawanan, latihan kemahiran serta pembangunan sosioekonomi.

final • 3:30 PM

Dato’ Sivaraj a/l Chandran

Program-program yang disusun mesti berorientasikan hasil, ada sosial impaknya dan memastikan setiap peruntukan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat yang memerlukannya. Cukuplah dengan ketirisan dan pengurusan yang lemah. Kita pun kompelin every year, setiap tahun, dengan izin. Kita kompelin duit tak cukup, duit tak cukup. Kalau duit dah diberi, kita tak tahu bagaimana nak belanjakan. Kita tak tahu bagaimana menghasilkan result, tidak perlulah lagi pertambahan peruntukan. Betul tak?

Jadi saya percaya duit yang diberikan itu, kita harus gunakan secara utilize, secara sepenuhnya dan duit yang baru kita mohon RM500 juta ini disalurkan kepada institusi lain supaya dia boleh digunakan dengan lebih efektif, lebih efisien dan menghasilkan result yang baik. Itu pandangan saya.

Tuan Yang di-Pertua, di dalam Titah Tuanku turut menyentuh tentang peranan kita sebagai Pengerusi ASEAN. ASEAN memiliki potensi ekonomi yang signifikan dengan keluaran KDNK kolektif melebihi USD4 trilion dalam pada tahun 2024. Sebagai sebuah blok ekonomi yang penting, ASEAN harus mempunyai- menggunakan kuasa permintaannya, demand power dengan izin, untuk memastikan bahawa setiap perubahan dalam dasar perdagangan Amerika Syarikat tidak memberi kesan negatif kepada rantau kita.

Baru-baru ini terdapat laporan mengenai kemungkinan kenaikan tarif oleh Amerika Syarikat terhadap eksport dari Vietnam yang mana eksport tersebut mewakili kira-kira 30 peratus daripada KDNK Vietnam. Dengan serta merta Vietnam telah memberi lesen kepada Starlink untuk counter tariff ini. So, this is the bargaining game oleh US dengan negara-negara kita supaya mereka boleh mempunyai kelebihan ekonomi untuk Amerika Syarikat.

Ini menunjukkan betapa terdedahnya ekonomi ASEAN terhadap perubahan dasar perdagangan Amerika Syarikat. Saya ingin bertanya mengenai polisi Presiden Trump jika beliau memilih untuk tidak melayan kita seperti yang dikatakan oleh bekas duta Amerika kita, saya panggil dia Chief Nazri. Kata kita— dia dipanggil lima kali selepas setiap pernyataan tentang Palestin, Hamas dan sebagainya dan juga Presiden dia tidak berminat untuk berhubung dengan kita, bercakap, bukan sebagai seorang Perdana Menteri Malaysia, tapi sebagai seorang Pengerusi ASEAN, Trump tidak memberi penghormatan kepada Pengerusi ASEAN.

Jadi saya rasa ini satu perkara yang penting yang kita harus lihat dan mungkin kerana sikap lantang. Saya percaya sebab PM lantang dalam isu-isu geopolitik, isu-isu Palestin dan sebagainya. Jadi apabila— soalan saya, apakah kesannya terhadap perdagangan kita dengan Amerika Syarikat? What going to happen to our economy, trade dengan Amerika? Apakah tindakan Trump akan menjejaskan ekonomi kita? Apa langkah kerajaan untuk memastikan Malaysia tidak lagi menjadi mangsa dasar luar yang bersifat unitarism dan perlindungan ekonomi.

Kita tahu bahawa tahun lalu Malaysia mengumpan pelaburan besar daripada syarikat seperti Tesla, Microsoft dan sebagainya. Namun potensi perubahan dasar di Washington, apakah jaminan bahawa pelaburan ini akan kekal dan tidak dijadikan alat tekanan politik? Oleh itu adalah sangat penting bagi ASEAN untuk mencari alternatif dan strategi yang dapat melindungi kepentingan ekonomi negara kita dalam menghadapi ketidakpastian dasar perdagangan global.

Akhirnya, saya ada satu lagi topik tapi saya skip to topic yang lagi satu. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membawa perhatian Dewan mengenai satu klip yang sedang viral pagi ini. Tadi YB Lingesh ada menyentuh sedikit tentang viral klip itu. Klip ini menayangkan gelagat sekumpulan kru Era FM yang menyelekehkan dan menghina kepercayaan masyarakat India...

final • 3:30 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Era FM itu.

final • 3:30 PM

Dato’ Sivaraj a/l Chandran

Era FM: radio channel itu. Datuk Hatta tak dengar radio kot.

final • 3:30 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Ha, cerita sikit.

final • 3:30 PM

Dato’ Sivaraj a/l Chandran

Semua tahu kot. Jadi dalam program buka puasa, dia jerit DJ ini, Azad Jasmin nama dia. Dia jerit dan menari seakan I used this word, dengan izin, monyet, dengan menyebut vel, vel, vel. vel, vel, ini merujuk kepada Dewa Murugan- God— Hindu God. Ini menyinggung perasaan masyarakat Hindu. Perbuatan kru itu khususnya DJ Azad Jasmin dan dua, tiga orang ini, seakan-akan kurang ajar dan mempamerkan kebodohannya dengan mengejek kepercayaan agama lain.

Maka saya memohon Era FM untuk memecat kru ini. Dia dah minta maaf tadi.

Minta maaf, that’s it. Somebody will continue with that same remark. Jadi dia dah minta maaf, tapi saya mohon, saya menggunakan peluang ini memohon kepada Era FM, pecat dia. Ini untuk membuktikan bahawa ia bukan satu radio yang rasis. He needs to be sack and apologies, not sufficient as I said, dengan izin. Biarlah tindakan terhadap orang kurang bijak seperti ini menjadi pengajaran kepada semua supaya tidak memperkecilkan mana- mana agama. Bukan agama Hindu sahaja, agama Islam, agama Cina. Jangan memperkecilkan mana-mana agama. Too sensitive. Baru-baru ini kita lihat isu KK Mart, kita lihat isu halal dan sebagainya, saya rasa itu terlalu sensitif. Kita boleh bincang, tapi perbincangan itu kalau terlepas tangan, dia menjadi satu argument yang tidak boleh dikawal oleh orang-orang politik...

final • 3:30 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Yang Berhormat, boleh celah sedikit.

final • 3:30 PM

Dato’ Sivaraj a/l Chandran Ya. Tuan Haji Hussin bin Ismail

Saya rasa itu merupakan satu perkara yang sangat tidak baik dan dia bukan pendirian agama. Itu sikap kejahilan orang-orang yang berkenaan. Malahan apabila Rasulullah: Nabi Muhammad semasa dia kembali ke Mekah, pembukaan Mekah, pengiktirafannya. Orang-orang yang masuk, sama juga dalam peperangan. Orang-orang yang masa peperangan, apabila dia masuk, orang ramai ini masuk ke rumah-rumah ibadat, maka dia selamat.

Ini apatah lagi kalau dalam bentuk saya, saya sebutkan begini ini supaya jangan dirasakan ini merupakan satu sikap agama, tapi ini merupakan satu perlakuan yang tidak berilmu atau dalam bahasa lain yang kurang— yang jahil agama yang menyebabkan perlakuan demikian dan saya fikir harus perkara ini dibendung dan dielakkan. Terima kasih.

final • 3:30 PM

Dato’ Sivaraj a/l Chandran

Yang Berhormat saya dapat relate apa Yang Berhormat cakapkan sebab saya mengambil pengajian agama Islam sebagai elektif di Universiti Malaya dahulu. Jadi saya dapat relate apa yang YB cakap.

Jadi saya, seperti yang Yang Berhormat cakap ini bukan masalah agama atau tidak ada agama, mana-mana agama mengajar penganutnya untuk bercakap sedemikian untuk tidak memperkecilkan dan menyelekehkan agama lain dan orang lain, tapi ini adalah kejahilan seorang itu, individu itu. Mungkin cara brough up dia macam itu, mungkin persekitaran yang dia membesarkan dia begitu. Jadi saya percaya ini individu.

Seperti yang saya cakap ini tidak melibatkan agama, suatu agama itu secara systematically melatih atau menggalakkan penganutnya untuk mencerca atau melekehkan agama lain. Ini individual seperti yang kes Era FM ini, individual itu dia mungkin main-main, dia mungkin rasa benda ini tidak serius, tapi saya lihat bukan sahaja video itu, sebelum itu banyak klip-klip dia sengaja ungkit isu-isu agama dan kaum.

final • 3:30 PM

Dato’ Sivaraj a/l Chandran

Jadi, saya rasa ini masa untuk kita memberi pengajaran kepada semua rakyat Malaysia, jangan sentuh fasal agama lain, jangan memperlekeh agama lain. Jadi, tindakan yang akan diambil oleh Era FM dan juga Kementerian Komunikasi akan memberi pengajaran kepada semua.

Then...

final • 3:40 PM

Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh

Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:40 PM

Dato’ Sivaraj a/l Chandran

Tan Sri, boleh saya habiskan sikit lagi?

final • 3:40 PM

Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh

Sikit sahaja, nak tanya pandangan tentang apa nama- Azad apa?

final • 3:40 PM

Dato’ Sivaraj a/l Chandran

Azad Jasmin.

final • 3:40 PM

Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh

Ah, Azad Jasmin ini. YB mencadangkan untuk dia dipecat.

final • 3:40 PM

Dato’ Sivaraj a/l Chandran

Ya.

final • 3:40 PM

Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh

Adakah memadai dengan dipecat atau sepatutnya mengambil tindakan undang-undang atas akta- akta apa— Robert?

final • 3:40 PM

Tuan Robert Lau Hui Yew

CPC.

final • 3:40 PM

Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh

CPC. Aku tak tahu apa CPC, dia cakap atau 3R lah, senang 3R...

[Dicelah] Penal Code, ya. Penal Code, okey. Criminal Penal Code, okay. Pandai juga. Okey, adakah ia memadai dengan dipecat sahaja ataupun YB setuju tak untuk diambil tindakan undang-undang secara keras lagi kerana kalau dipecat, dia kerja tempat lain, dia buat pula.

final • 3:40 PM

Dato’ Sivaraj a/l Chandran

Yang Berhormat Tan Sri, saya setuju tapi saya serahkan kepada pihak Penguasa Polis. Saya dengar ada laporan polis terhadap beliau, tapi pemecatan ini sudah cukup untuk beliau sebab saya percaya selepas pecat, tak ada stesen radio akan hire dia kerana imej yang telah diberikan, yang telah di-create oleh beliau.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya seru kepada semua pihak termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk bertindak tegas dalam isu sebegini dan jangan biarkan ini menjadi budaya dan hentikan penghinaan terhadap mana-mana agama di dalam negara ini.

Sebagai penutup, saya ingin menegaskan bahawa tanggungjawab kita sebagai pemimpin bukan sekadar berbahas dan berjanji, tetapi memastikan setiap keputusan yang kita buat membawa kepada kesejahteraan kepada rakyat. Saya menyokong dan menjunjung Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, semoga Titah Baginda menjadi panduan dan juga dorongan kepada kita- semua untuk terus berjuang demi negara yang lebih adil, makmur dan berdaulat. Sekian, terima kasih.

final • 3:40 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Terima kasih Yang Berhormat Senator Dato’ Sivaraj.

Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Senator Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim.

final • 3:40 PM

Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Bismillahi Rahmani Rahim. Salam Malaysia Madani. “Segulai Sejalai”, salam Ramadan.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang dan ruang kepada saya untuk turut serta dalam membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terlebih dahulu saya merafak sembah Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Iskandar. Semoga Baginda Tuanku terus dikurniakan keafiatan yang baik untuk memayungi negara serta sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya dan berada dalam keadaan sihat sejahtera. Amin.

final • 3:42 PM

Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim

Tuan Yang di-Pertua, saya Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja yang telah disampaikan dan ingin mengambil kesempatan ini untuk menyentuh satu perkembangan penting dalam industri minyak dan gas negara iaitu peranan Petroleum Sarawak Berhad

(PETROS) sebagai aggregator gas tunggal di Sarawak selaras dengan Ordinan Pengagihan Gas 2016 (Pindaan) (DGO) yang telah berbuat kuasa pada 1 Mac baru-baru ini.

Perkara ini telah dimuktamadkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita semasa sesi penerangan di Dewan Rakyat pada 17 Februari yang lalu dengan jaminan bahawa segala obligasi perjanjian domestik dan antarabangsa Petroliam Nasional Berhad

(PETRONAS) sedia ada akan dikekalkan. Pindaan ke atas Ordinan Pengagihan Gas 2016

(DGO) membawa implikasi besar kepada tadbir urus industri minyak dan gas di Sarawak.

Dengan pindaan ini, PETRONAS kini memainkan peranan utama sebagai aggregator gas tunggal di Sarawak. Ini bermakna PETROS bertanggungjawab dalam pengurusan gas asli termasuk penyimpanan pengagihan dan penjualan gas kepada pengguna.

Apa yang boleh kita simpulkan di sini ialah peranan PETRONAS tidak terhakis kerana untuk industri atau sektor huluan dan hiliran masih dijalankan oleh PETRONAS.

Pindaan ini juga dibaca bersama Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA) yang menandakan permuafakatan yang erat antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sarawak dalam hal ehwal industri minyak dan gas. Keputusan ini merupakan satu pengiktirafan yang besar dalam usaha memperkasakan hak dan kawalan sumber asli oleh Sarawak selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Saya percaya langkah ini bukan sahaja mengukuhkan ekonomi Sarawak, tetapi juga menjamin perkongsian hasil yang lebih adil antara Kerajaan Persekutuan dan Sarawak sejajar dengan wawasan kerajaan Sarawak dalam Pelan Sarawak Gas Roadmap. Langkah ini mampu memberi pulangan yang setimpal dalam membangunkan Sarawak. Bahkan, kerjasama antara PETRONAS, PETROS akan memperkukuhkan lagi industri minyak dan juga industri tenaga baharu. Dengan kesepakatan ini maka kita mestilah bergerak ke depan dalam memastikan pembangunan di Sarawak tidak ketinggalan dan dalam masa yang sama, kita memakmurkan negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menzahirkan penghargaan pada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Atas Titah Diraja yang memberi pedoman kepada hala tuju negara dan juga mengenai agenda memperkasa bumiputera untuk mengukuhkan ekonomi negara dan kemajuan yang inklusif wajar terus dilaksanakan. Dalam kesempatan ini, izinkan saya mengangkat isu ini kerana ia amat penting kepada kelangsungan keadilan ekonomi bumiputera di Malaysia Timur khususnya iaitu pemerkasaan bumiputera Sarawak dan Sabah sebagai agenda nasional.

Tuan Yang di-Pertua, kita- semua maklum bahawa agenda pemerkasaan bumiputera merupakan agenda nasional. Justeru, bumiputera di Sarawak dan Sabah mesti diberi tumpuan sepenuhnya agar mereka tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara. Baru-baru ini ahli ekonomi kanan Bank Dunia, Ririn Salwa Purnamasari telah melaporkan melalui pemerhatian beliau menyatakan keterjaminan ekonomi bumiputera berkembang pesat sejak dua dekad lalu. Walaupun kemajuan itu tidak dirasai saksama di Malaysia Timur, ini kita kena akui dengan keadaan yang ada.

Walaupun usia negara kita sudah pun menjengah enam dekad tetapi kemajuan ini tidak setara apa yang kita inginkan.

Jika adik dan kakak di Semenanjung Malaysia maju maka adik dan kakak di Sarawak dan Sabah juga mesti maju bersama. Kita tidak boleh membiarkan satu kelompok jauh tertinggal di belakang, sedangkan negara terus mara ke hadapan. Bahkan, kita tidak mahu bumiputera di Sarawak atau Sabah terus ketinggalan. Pembangunan ekonomi bumiputera mesti bergerak seiring dan sekata kerana kejayaan Malaysia sebagai sebuah negara bergantung kepada kemajuan setiap warganya termasuk bumiputera Malaysia Timur.

Tuan Yang di-Pertua, meskipun kerajaan telah memperkenalkan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) in short, yang dikatakan

final • 3:42 PM

Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim

menyeluruh termasuk penyertaan bumiputera dari Sarawak dan Sabah, saya khuatiri perkara yang sama akan berulang lagi. Kita tidak mahu pisang berbuah dua kali. Namun demikian, kita memerlukan satu pelan atau dasar khusus bumiputera Sarawak dan Sabah.

Anjakan paradigma dari Kerajaan Persekutuan untuk memberi penemuan yang khususnya untuk bumiputera Sarawak dan Sabah.

Sehubungan itu, saya mencadangkan agar kerajaan mengubal satu blueprint kemajuan bumiputera Sarawak dan Sabah yang bersifat menyeluruh berskala besar dan berpandangan jauh.

final • 3:42 PM

Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim

Blueprint ini mesti berfungsi sebagai kesinambungan kepada Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 yang lepas. Dengan skop khas yang memberi fokus kepada ekonomi bumiputera di Sarawak dan Sabah, penekanan ini harus diambil dengan segera.

Pemerkasaan ekonomi bumiputera Malaysia Timur mestilah merangkumi pelbagai aspek seperti melalui pembukaan zon ekonomi khas Sabah dan Sarawak, membina satu kawasan yang strategik dan ekonomi berdaya saing untuk menarik pelaburan dan merangsang pertumbuhan industri tempatan.

Selain itu, mewujudkan satu dana pembangunan bumiputera Malaysia Timur dengan menyediakan pelbagai skim pembiayaan khas untuk usahawan dan perniagaan bumiputera di Sabah dan Sarawak untuk berdaya saing dan berdaya tahan dalam menjalankan aktiviti ekonomi berskala sederhana dan besar. Memberi peluang kepada usahawan di pedalaman untuk turut serta dalam ekonomi skala besar. Sosioekonomi bumiputera di Parlimen harus ditingkatkan.

Tuan Yang di-Pertua, pembangunan industri digital dan teknologi juga perlu diambil kira mengikut keadaan dan densiti kawasan itu sendiri. Malah, memperluaskan akses kepada industri digital teknologi syarikat permulaan- start up dengan izin, dan ekonomi hijau. Kemajuan industri digital haruslah disekatakan dan mesti seiring apa yang berlaku di Kuala Lumpur dan Kuching terutamanya sekali kawasan yang kurang mendapat akses di pedalaman sebagai contoh di kawasan Kabong, Pusa, Kanowit, Belaga dan sebagainya.

Ia perlu dipertingkatkan dan dibangunkan secara menyeluruh. Dengan pembangunan modal insan dan pendidikan, antara penyumbang kepada status sosioekonomi dengan memastikan projek pembangunan dan pemodenan sekolah- sekolah luar bandar dan penglibatan guru dapat menampung kekurangan yang ada di luar bandar.

TVET dan latihan kemahiran melalui penubuhan pusat TVET bertaraf antarabangsa di Sabah dan Sarawak bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi seperti pembukaan cawangan-cawangan kolej seliaan MARA di Sarawak. Sebagai contoh, Malaysia-France Institute (MFI), Universiti Poly-Tech MARA (UPTM) dan German Malaysian Institute. Program mobiliti pendidikan. Dengan memberi peluang pendidikan silang wilayah untuk pelajar bumiputera Malaysia Timur di institusi ternama dalam dan luar negara supaya tidak ada lagi pelajar-pelajar cemerlang di kalangan anak-anak bumiputera di pedalaman Sarawak tercicir termasuk Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, antara yang lain pula ialah kesejahteraan sosial dan infrastruktur asas harus diberi penekanan secara menyeluruh seperti kesihatan dan kebajikan dengan peluasan akses kepada perkhidmatan kesihatan berkualiti di kawasan luar bandar melalui klinik bergerak dan sebagainya.

Saya ingin selitkan sedikit mengenai projek perumahan bumiputera untuk golongan B40, M40 mahupun T20 atau T15 kerana dengan keadaan ekonomi sekarang, banyak golongan ini menghadapi masalah membeli rumah. Binalah lebih banyak rumah mampu milik supaya dapat memastikan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan untuk golongan bumiputera berpendapatan rendah dan pertengahan dan juga

final • 3:50 PM

Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim

infrastruktur asas antara infra yang paling penting dengan adanya kemudahan asas seperti jalan raya, elektrik, air bersih dan Internet berkelajuan tinggi.

Maaf, di pedalaman Sabah dan Sarawak maka golongan bumiputera di Sabah dan Sarawak dapat menikmati kehidupan yang berkualiti. Bayangkan pekan-pekan kecil remote area di Sarawak dapat kemudahan yang cukup. Kita tentu akan menyaksikan taraf sosial ekonomi bumiputera di kawasan ini sedikit sebanyak akan bertambah maju dan tidak ketinggalan.

Antara aspek utama yang perlu dimasukkan dalam blueprint ini adalah kesaksamaan sosioekonomi dan sosial pembangunan di mana jurang ekonomi antara bumiputera di Malaysia Timur dan Semenanjung mesti dirapatkan dengan dasar yang lebih progresif. Maka, mesti ada peningkatan akses kepada modal peluang perniagaan serta pelaburan sektor strategik seperti industri minyak dan gas, pertanian moden dan pelancongan lestari.

Di sini juga Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak serta Sabah perlu duduk semeja untuk memastikan pembangunan ini dilaksanakan berdasarkan keperluan setempat. Autonomi ekonomi yang lebih fleksibel perlu diberikan pada Sarawak dan Sabah agar mereka boleh mengurus dan mempercepatkan inisiatif pemerkasaan ekonomi bumiputera. Satu penubuhan...

final • 3:50 PM

Tuan Amir bin Md. Ghazali

Tuan Speaker. Tuan Speaker, hendak tanya. Ada soalan. Mencelah, mencelah.

final • 3:50 PM

Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim

Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Tuan Amir bin Md. Ghazali

Boleh?

final • 3:50 PM

Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim

Boleh, boleh. Sila.

final • 3:50 PM

Tuan Amir bin Md. Ghazali

Ini untuk pencerahan Tuan Speaker. Di bawah Perjanjian Malaysia (MA63) boleh tak bagi wakil dari Sarawak yang berbahas pada petang ini ada lah wakil dari Sarawak. Adakah MA63 ini adalah penghalang kepada kemajuan ekonomi Sabah dan Sarawak yang selama ini kita dengar macam-macam pelbagai bentuk, skim pelaburan, dana daripada Semenanjung, kerajaan- Putrajaya, tetapi masih lagi memikirkan persoalan ekonomi yang terbantut yang tidak maju-maju di Sabah dan Sarawak?

Adakah MA63 ini sebagai satu penghalang atau pun satu cabaran yang selama ini ditanggung oleh rakyat di Sabah dan Sarawak. Itu soalan.

final • 3:50 PM

Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim

Pandangan Yang Berhormat sungguh bagus, tetapi ia tidak menghalang. Sebenarnya kita terasa tertipu kerana banyak hak kita terhakis ya.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Jadi, sekarang kita memperjuangkan untuk mendapatkan balik hak-hak kita. Jadi, ia nya bukan penghalang untuk kemajuan, tetapi sepatutnya untuk menolong kita untuk membaiki diri untuk berjaya, tetapi cerita lama tak payah dibangkitlah.

Kita maju ke depan. Kita harap Kerajaan MADANI ini akan teruskan apa yang di janji yang disebut selama ini ya. Tolong kalau Menteri nak menjawab, kalau PM hendak menjawab soalan tadi silakan. Boleh masukkan dalam soalan saya. Terima kasih. Boleh saya teruskan? Terima kasih.

Datuk Yang di-Pertua, satu penubuhan lembaga kemajuan bumiputera Sarawak dan Sabah iaitu sebuah badan khas perlu diwujudkan untuk menjadi pemandu dasar bagi memastikan setiap strategi dilaksanakan dengan berkesan. Lembaga ini perlu mengawasi, menyelaras dan menilai segala program pembangunan ekonomi bumiputera

final • 3:50 PM

Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim

di Malaysia Timur supaya lebih telus dan berimpak tinggi melalui Indeks Pembangunan Bumiputera Malaysia Timur (IPBMT) sebagai teras pengukuran dalam pencapaian daripada aspek ekonomi, pendidikan, kesihatan dan infrastruktur...

[Batuk] Datuk Yang di-Pertua, maaf Datuk. Kering Datuk.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Minum air...

[Ketawa]

final • 3:50 PM

Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim

Kita tidak boleh membiarkan Sabah dan Sarawak hanya menjadi penyumbang hasil kepada negara tetapi rakyatnya masih berdepan kesenjangan sosioekonomi terutama masyarakat bumiputera Sabah dan Sarawak.

Agenda pemerkasaan bumiputera Malaysia Timur harus menjadi keutamaan nasional kerana kejayaan Malaysia tidak boleh hanya dinikmati oleh segelintir wilayah sahaja. Saya menyeru kerajaan agar mengangkat cadangan ini sebagai satu dasar nasional dan dapat memangkinkan pembangunan bumiputera itu sendiri kerana kesejahteraan ekonomi bumiputera bukan hanya terhad kepada Semenanjung tetapi mesti merangkumi keseluruhan Persekutuan Malaysia.

final • 3:50 PM

Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim

Datuk Yang di-Pertua, dalam aspek pembangunan ekonomi negara, pelaburan asing baharu, kadar gaji minimum dan sistem percukaian yang lebih kompetitif perlu diberi tumpuan. Ketiga-tiga elemen ini saling berkait dalam memastikan Malaysia mampu menaik pelabur berkualiti, menjaga kesejahteraan pekerja dan mengekalkan sumber pendapatan negara secara mampan.

Dalam era globalisasi ini, Malaysia tidak boleh ketinggalan dalam menarik pelaburan asing berkualiti tinggi high value foreign direct investment, dengan izin. Tahun 2025 adalah tempoh kritikal di mana persaingan antara negara untuk menarik pelabur semakin sengit terutama dalam sektor teknologi hijau, kecerdasan buatan (AI) dan ekonomi digital. Kerajaan perlu memastikan dasar yang lebih mesra untuk pelabur termasuk mempercepatkan kelulusan pelaburan menerusi sistem digital yang cekap dan telus, memperkukuhkan infrastruktur seperti pembangunan Zon Perdagangan Bebas

(FTZ) baharu dan memperluaskan hab industri berteknologi tinggi, menyediakan insentif cukai bersasar kepada syarikat yang membawa teknologi inovatif serta mencipta peluang pekerjaan berkualiti untuk rakyat Malaysia.

Kita tidak boleh hanya bergantung kepada sektor perkilangan dan pembuatan berintensif buruh rendah. Malaysia perlu menarik pelaburan yang mampu membawa teknologi baharu dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja tempatan. Dengan ini, kita bukan sahaja mencipta lebih banyak pekerjaan, tetapi juga mengangkat Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama di Asia Tenggara.

Dalam kita menarik pelaburan baharu, kita tidak boleh mengabaikan kebajikan pekerja. Gaji minimum adalah satu isu yang memerlukan kesinambungan antara kepentingan majikan dan pekerja. Pada tahun 2025, Malaysia harus memastikan gaji minimum kekal adil dan berdaya saing dengan mengambil kira faktor kos sara hidup, produktiviti dan daya tarikan ekonomi negara.

Oleh itu, saya mencadangkan pelarasan. Gaji minimum berdasarkan zon ekonomi di mana kadar gaji lebih tinggi di kawasan bandar utama dan berstruktur mengikut kos sara hidup setempat. Peningkatan latihan kemahiran melalui kerjasama antara kerajaan dan sektor swasta agar pekerja tempatan dapat meningkatkan nilai dalam pasaran pekerjaan.

Galakan kepada majikan untuk menawarkan upah lebih tinggi dengan insentif cukai bagi syarikat yang mengamalkan Dasar Gaji Progresif dan menawarkan faedah pekerja yang lebih baik. Dengan pendekatan ini, Malaysia dapat mengekalkan daya saingnya sebagai hab pelaburan tanpa menekankan pekerja dengan kadar gaji yang terlalu rendah. Maka, sistem percukaian kita harus berdaya saing dan mampan. Cukai

final • 4:00 PM

Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim

adalah sumber utama pendapatan negara. Namun, sistem percukaian kita perlu bersifat berdaya saing dan tidak membebankan rakyat dan perniagaan.

Oleh itu, reformasi cukai yang progresif amat diperlukan termasuk penstrukturan semula cukai korporat bagi menarik lebih banyak syarikat multinasional dan pelabur asing.

Peningkatan kecepatan sistem cukai termasuk penggunaan teknologi digital bagi mengurangkan ketirisan hasil kerajaan. Kajian terhadap sistem cukai kepenggunaan seperti kemungkinan memperkenalkan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) dengan kadar lebih rendah dan sistem permulaan yang lebih adil kepada golongan B40 dan M40.

Bank Dunia telah memberi saranan agar Malaysia mengguna pakai semula sistem percukaian- cukai barang dan perkhidmatan (GST) melalui laporan Bank Dunia iaitu mengurangkan ketidaksamaan dan memperkukuhkan mobiliti di Malaysia yang menegaskan bahawa pelaksanaan GST dapat membantu mengurangkan jurang perbezaan pendapatan serta memperkukuhkan keupayaan fiskal negara untuk menyediakan bantuan bersasar kepada golongan B40 dan M40.

Datuk Yang di-Pertua, sebagai sebuah negara yang komited terhadap keadilan sosial dan kesejahteraan rakyat adalah wajar untuk kita meneliti secara objektif cadangan ini. Sejarah pelaksanaan GST di Malaysia sebelum ini menunjukkan bahawa ia merupakan satu sistem percukaian yang lebih telus dan menyeluruh berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diguna pakai pada masa kini. Dengan mekanisme pemulangan cukai input dan sistem pemantauan yang lebih sistematik, GST berpotensi untuk mengurangkan ketirisan serta meningkatkan hasil kerajaan tanpa membebankan kumpulan berpendapatan rendah secara berlebihan. Namun, kita tidak boleh menutup mata terhadap kebimbangan rakyat terhadap kos sara hidup.

Maka, sekiranya kerajaan mempertimbangkan semula pelaksanaan GST, beberapa aspek perlu diberi perhatian. Satunya, kadar cukai perlu ditetapkan pada tahap yang tidak terlalu tinggi sehingga membebankan pengguna, tetapi mencukupi untuk menampung keperluan fiskal negara.

Kedua, hasil kutipan GST harus digunakan secara efektif untuk memperkukuhkan jaringan keselamatan sosial termasuk subsidi bersasar kepada golongan B40 dan M40.

Ini sejajar dengan cadangan Bank Dunia bahawa hasil cukai boleh disalurkan semula dalam bentuk bantuan tunai dan inisiatif kebajikan. Infrastruktur digital dan sistem pemantauan perlu ditambah baik bagi mengelakkan ketirisan, manipulasi harga dan pencatutan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Datuk Yang di-Pertua, majoriti negara-negara maju seperti Singapura, New Zealand, Australia dan Kanada telah membuktikan bahawa GST boleh menjadi satu sistem cukai yang berkesan jika dilaksanakan dengan baik dan disertai dengan langkah mitigasi untuk melindungi rakyat. Justeru, perbahasan mengenai GST tidak boleh sekadar berpaksikan kepada fakta politik semata-mata tetapi haruslah berdasarkan pertimbangan ekonomi dan kesejahteraan rakyat dalam jangka panjang.

Saya berharap kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya terhadap saranan Bank Dunia ini dengan mengambil kira kepentingan rakyat, memastikan keadilan fiskal dan mempersiapkan Malaysia untuk masa depan yang lebih mampan. Pasal GST ini saya sendiri dah bangkit, pertama kali saya masuk ke Dewan ini dan saya bangkitkan lagi kali ini. Ini kali ketiga. Saya harap saya di-extend untuk tahun yang akan datang.

*Insya-Allah...

[Ketawa]* Datuk Yang di-Pertua, akhir sekali pertahanan negara adalah tunjang kepada kemerdekaan dan kestabilan Malaysia. Dunia hari ini semakin kompleks dengan ancaman keselamatan yang bukan sahaja terbentuk tradisional seperti pencerobohan dan peperangan, tetapi juga ancaman baharu seperti serangan siber, keganasan rentas sempadan dan konflik geopolitik serantau.

final • 4:00 PM

Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim

Justeru, Malaysia tidak boleh alpa dan perlu sentiasa bersiap siaga dalam memperkukuhkan keupayaan pertahanannya. Kita harus memperkukuh Angkatan Tentera Malaysia sebagai benteng utama negara. Angkatan Tentera Malaysia perlu diberikan keutamaan dalam aspek kelengkapan aset, latihan ketenteraan dan kesejahteraan anggota. Kita perlu memastikan perolehan aset ketenteraan seperti kapal perang, jet pejuang dan juga sistem pertahanan udara sejajar dengan keperluan semasa.

final • 4:00 PM

Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim

Selain itu, peningkatan kerjasama strategik dengan negara sahabat menerusi latihan bersama seperti exercise bersama LIMA dan Cobra Gold juga amat penting untuk memastikan kesiapsiagaan ketenteraan kita setanding dengan kuasa serantau lain. Pada era digital ini, kita kena perkukuhkan keselamatan siber, peperangan bukan sahaja berlaku di medan pertempuran, tetapi juga dalam alam siber.

Ancaman seperti penggodaman infrastruktur kritikal, serangan ransomware dan penyebaran maklumat palsu boleh menggugat kestabilan negara. Oleh itu, Malaysia perlu memperhebatkan kawalan keselamatan siber menerusi pertambahan pakar teknologi pertahanan, pelaksanaan dasar keselamatan digital yang ketat serta kerjasama antarabangsa bagi membendung ancaman siber global.

Malaysia harus mempertahankan daripada sebarang ancaman luar terutama di kawasan sempadan dan perairan yang sering menjadi sasaran jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan, pemerdagangan manusia dan pencerobohan perairan negara.

Peningkatan keupayaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta penggunaan teknologi seperti dron dan radar canggih adalah langkah proaktif dalam memastikan kawal selia yang lebih berkesan di kawasan sempadan darat dan laut khususnya kami di Sarawak dan Sabah. Lautnya sungguh besar dan selalu berlakunya pencerobohan dan penyeludupan.

Dengan itu, kita tidak boleh terus bergantung kepada import peralatan pertahanan dari luar negara, Malaysia perlu menggalakkan pertumbuhan industri pertahanan tempatan dengan memperkukuhkan syarikat-syarikat strategik seperti Boustead Naval Shipyard dan DEFTECH untuk menghasilkan teknologi pertahanan buatan tempatan.

Dengan ini, kita bukan sahaja mengurangkan kebergantungan kepada pihak luar, tetapi juga membuka peluang pekerjaan dan meningkatkan ekonomi negara.

Baru-baru ini, Amerika Syarikat sudah bar kita daripada mengeksportkan barangan mereka ke Malaysia. Jadi kalau kita ada factory yang membuat semua keperluan kita untuk pertahanan, kita kurang dependency dengan mereka.

Dengan ini, mempunyai tanggungjawab besar untuk memastikan dasar-dasar yang dibentuk mampu membawa kesejahteraan kepada rakyat dan menjadikan Malaysia sebagai kuasa ekonomi yang stabil serantau. Marilah kita bersama mengorak langkah untuk menjadikan Malaysia bukan sahaja sebagai destinasi pelaburan utama, tetapi juga sebagai negara yang makmur, selamat, progresif dan adil untuk semua rakyatnya.

Akhir kalam, saya berharap apa yang diutarakan ini dapat memberi manfaat kepada negara kita. Dengan ini, Datuk Yang di-Pertua saya menyokong dan menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Terima kasih.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Dato’ Ahmad. Sekarang saya jemput Tuan Che Alias.

final • 4:10 PM

Tuan Che Alias bin Hamid

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

final • 4:14 PM

Tuan Che Alias bin Hamid

Datuk Yang di-Pertua, sebelum saya meneruskan perbahasan, izinkan saya membaca Firman Allah SWT untuk perhatian Ahli-ahli Dewan yang mulia ini. [Membaca sepotong ayat al-Quran] Maksudnya, “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati amanah Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu mengkhianati amanah- amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas kamu sedang kamu mengetahuinya.” Datuk Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin menzahirkan ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih atas peluang dan kesempatan yang diberikan untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam sesi perbahasan ucapan menjunjung kasih terhadap Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dalam pembukaan Parlimen bagi penggal ini.

Saya juga ingin menjunjung kasih ke atas Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada Istiadat Pembukaan Parlimen baru-baru ini yang menyentuh pelbagai isu serta permasalahan rakyat sekali gus menggambarkan keprihatinan baginda selaku Ketua Negara yang bertanggungjawab serta amanah.

Bagi perbahasan kali ini, terdapat perkara-perkara yang ingin saya bangkitkan dan saya percaya rakan-rakan Ahli Dewan yang lain juga telah pun memberi pandangan- pandangan dalam perbahasan yang diketengahkan sebelum ini. Perbahasan saya pada hari ini akan menekankan beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian khususnya oleh kerajaan pada hari ini.

Datuk Yang di-Pertua, isu yang pertama yang ingin saya bangkitkan adalah berkisar tentang penghayatan sejarah, kontrak sosial. Kontrak sosial ini perlu dipertahankan serta dihayati oleh seluruh rakyat Malaysia tidak kira bangsa, kaum mahupun agama, kerana ia merupakan satu manifestasi komitmen bersama dalam mengekalkan kestabilan, perpaduan dan juga kesejahteraan negara kita yang tercinta ini supaya ia tidak menimbulkan pelbagai konflik.

Suka untuk saya berkongsi dengan Ahli-ahli Dewan sekalian iaitulah tulisan ataupun coretan ilmiah daripada seorang pakar akademik yang mengulas isu ini iaitulah Profesor Madya Datuk Dr. Ismail Sualman, Pengarah Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media dari UiTM. Secara asasnya, kontrak sosial ini merujuk kepada persetujuan kolektif yang dicapai antara pemimpin Melayu, pemimpin Cina dan India pada tahun 1956.

Kesepakatan ini terbentuk ketika Suruhanjaya Reid menjalankan proses pengumpulan pandangan daripada pelbagai pihak di negeri-negeri Tanah Melayu ini bagi merangka Perlembagaan Persekutuan sebagai persediaan menuju kemerdekaan pada tahun 1957. Keunikan Perlembagaan negara terletak pada latar belakang sejarahnya yang terbentuk hasil daripada perjuangan orang Melayu menolak Malayan Union serta tuntutan rakyat terhadap kemerdekaan.

Penolakan terhadap Malayan Union membawa kepada termeterainya Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Manakala perjuangan kemerdekaan akhirnya menghasilkan perjanjian kemerdekaan pada tahun 1957. Kontrak sosial bukan sekadar dokumen yang menetapkan peraturan dan mekanisme pentadbiran negara, tetapi lebih daripada itu. Ia menjadi asas kepada hubungan antara pelbagai komponen masyarakat yang saling berkait dalam memastikan kestabilan dan keharmonian negara ini.

Dalam konteks ini, masyarakat Melayu diberi hak keistimewaan yang merangkumi kedudukan istimewa dalam pelbagai aspek termasuk pemeliharaan agama Islam sebagai agama Persekutuan, pengiktirafan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, perlindungan terhadap rizab Melayu serta hak-hak lain diinstitusikan dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.

final • 4:14 PM

Tuan Che Alias bin Hamid

Tuan Yang di-Pertua, walaupun demikian, masyarakat bukan Melayu turut diberikan jaminan terhadap kebebasan dalam mengamalkan adat resam, bahasa dan juga kepercayaan agama masing-masing sebagaimana daripada prinsip keharmonian dan kepelbagaian budaya dalam negara. Pada masa yang sama, institusi Raja-Raja Melayu terus dijamin kedaulatan serta hak prerogatif serta sebahagian daripada sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan.

Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam sebagai agama persekutuan. Perkara 152 mengenai kedudukan bahasa Melayu dan Perkara 153 ialah hak keistimewaan orang Melayu. Ia perlu diberi perhatian kerana ia tidak boleh dipinda melainkan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu. Oleh yang demikian, penghayatan terhadap Perlembagaan Persekutuan amatlah penting agar setiap daripada kita tidak tersasar daripada landasan dan prinsip asas kenegaraan yang kita bina ini yang menjamin kestabilan, keharmonian dan kesejahteraan negara kita ini.

Datuk Yang di-Pertua, isu yang kedua adalah berkaitan dengan skandal beras campur yang telah dibincangkan oleh ramai- rakan-rakan Yang Berhormat sebentar tadi kerana ia merupakan isu yang penting yang menjadi kepentingan khususnya kepada rakyat di bawah sana. Baru-baru ini negara kita digemparkan dengan hasil penemuan dan kajian dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) yang mendapati kira-kira 40 hingga 50 peratus beras putih import daripada 5,000 sampel yang dianalisis, disahkan bercampur dengan beras putih tempatan (BPT).

Kajian ini dilaksanakan sejak tahun 2023 hingga 2024 menggunakan teknologi DNA beras yang mampu mengenal pasti varieti dan juga sumber asas beras dengan bukti saintifik. Penemuan ini hakikatnya telah menoktahi spekulasi yang selama ini meniti di bibir-bibir rakyat bahawa beras putih tempatan telah dicampurkan dalam kampit beras import sebelum dijual di pasaran sana.

Kita ucapkan terima kasih, tahniah kepada MARDI kerana membuat penyelidikan ini dalam tempoh yang begitu lama, dapat kita menoktahi apa yang sering kali dibincangkan oleh rakyat dan masyarakat di luar sana. Selama ini beras diletakkan perkataan import, hakikatnya adalah palsu semata-mata. Rakyat yang menjadi mangsa kerana tertipu dengan agenda jahat yang menguntungkan tangan-tangan ghaib yang hakikatnya menjadi perosak industri padi dan beras di negara ini. Lebih memalukan apabila Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mendedahkan bahawa aktiviti pencampuran beras putih tempatan ini dan juga beras putih import bukan amalan baharu, bahkan sebaliknya berlarutan sejak 50 tahun yang lalu. Malah, tiada sebarang usaha dijalankan sejak 50 tahun yang lalu untuk mengawal aktiviti berkenaan.

Ini merupakan satu pengkhianatan terbesar terhadap rakyat dan negara kita pada hari ini. Makanan ruji dan makanan asasi yang merupakan keperluan utama untuk hidup sahaja boleh dimanipulasikan untuk kepentingan diri individu. Itu tidak termasuk lagi dengan isu kartel padi yang sehingga ke hari ini belum diketahui ataupun didedahkan siapakah dalangnya dan siapakah yang melindungi mereka ini.

Meskipun tiada peruntukan jelas mengenai pendakwaan kesalahan pencampuran di mahkamah membabitkan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 serta perundangan subsidiari di bawahnya, namun saya menggesa pihak kerajaan untuk meneliti semula kaedah dan mekanisme terbaik dengan mengambil kira keluhan para pesawah, pengguna dan pandangan pihak industri agar isu pencampuran beras import dan tempatan ini dapat diselesaikan dengan segera dan sebaiknya.

Datuk Yang di-Pertua, isu yang ketiga yang ingin saya suarakan adalah berkaitan dengan pencerobohan dan ancaman nelayan asing dalam kawasan perairan di negeri Terengganu. Sebagai wakil dari negeri Terengganu, saya mengutarakan perkara ini supaya diambil tindakan dan perhatian pihak kementerian.

Untuk pengetahuan Ahli Dewan sekalian, sebanyak 1,579 unit tukun tiruan telah dilabuhkan di perairan Terengganu sejak 2006 hingga 2024 dengan membabitkan kos melebihi RM18 juta. Malah, sejak Januari hingga November tahun lalu sahaja, sebanyak

final • 4:20 PM

Tuan Che Alias bin Hamid

51 kes pencerobohan nelayan asing telah direkodkan di Terengganu dengan peningkatan berbanding tahun lalu iaitu 37 kes. Jelas sekali pencerobohan ini adalah disebabkan oleh kepadatan ikan yang tinggi di tukun perairan Terengganu yang dianggarkan mencapai sehingga 70.5 peratus melebihi negara jiran. Dapatan ini telah dikongsi sendiri oleh Jabatan Perikanan dan institut pengajian tinggi menerusi kajian keberkesanan tukun di perairan Pantai Timur, Semenanjung.

Kesemua bot nelayan asing, tekong dan awak-awak yang didapati bersalah kerana menceroboh perairan negeri bakal dikenakan tindakan berpandukan Akta Perikanan 1985 iaitu merupakan denda tidak melebihi RM6 juta ke atas tekong dan pemilik kapal. Manakala, denda RM600,000 ke atas setiap kru ataupun penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Walau bagaimanapun, laporan mendapati bahawa mereka ini lebih rela untuk dipenjarakan berbanding membayar denda. Dengan pilihan begini, ia bakal membuka ruang untuk lebih ramai lagi nelayan asing dari negara jiran untuk melakukan kegiatan haram di negara kita khususnya di perairan negeri Terengganu. Oleh itu, saya ingin bertanya, adakah pihak kerajaan berhasrat untuk mengenakan hukuman yang lebih berat ataupun hukuman sebat ke atas mereka ini?

Pada masa yang sama, saya menggesa pihak Kementerian Dalam Negeri dan juga Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia untuk pertingkatkan lagi pengawasan serta pengawalan terhadap pengairan negeri Terengganu agar isu pencerobohan ini dapat dibasmi secara tuntas.

Datuk Yang di-Pertua, isu yang keempat yang ingin saya bawa adalah berkenaan dengan masalah hakisan pantai yang hampir sepanjang pantai di pesisir pantai di negeri Terengganu berdepan dengan hakisan yang begitu banyak dan juga teruk pada sekarang ini terutama yang melibatkan beberapa buah daerah- Kuala Nerus dan juga Maran.

Di Kuala Nerus, masalah hakisan pantai yang berlaku menyebabkan dua buah jalan, Jalan Mengabang Telipot di Batu Rakit dan juga Pantai Kampung Tanjung, Batu Rakit sepanjang 330 meter ditutup sepenuhnya terhadap semua kenderaan kerana berisiko runtuh yang berlaku dalam musim tengkujuh yang lepas. Begitu juga saya menarik perhatian di Daerah Maran iaitu di kawasan Pantai Rusila juga telah dikenal pasti mengalami hakisan pantai yang serius dengan kategori hakisan iaitu kategori satu, iaitu kritikal...

final • 4:20 PM

Datuk Rosni binti Sohar

Boleh mencelah, Yang di-Pertua?

final • 4:30 PM

Tuan Che Alias bin Hamid

Ya, sila.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Bagi laluan..? Silakan.

final • 4:30 PM

Datuk Rosni binti Sohar

Terima kasih. Saya ingin bertanya, denda untuk dikenakan kepada nelayan-nelayan dari perairan luar itu memang sewajarnyalah, tetapi apa kata kalau ada pencerobohan daripada negara lain ke negara ini, perairan negara ini, apakah pula hukumannya? Kalau boleh dibuat sama dikuatkuasakan. Terima kasih.

final • 4:30 PM

Tuan Che Alias bin Hamid

Terima kasih Yang Berhormat yang memberi pandangan ataupun persoalan. Insya-Allah, kita serah kepada Menteri untuk memberi jawapan. Sepatutnya ada lah pengawalan-pengawalan bukan saja kita berdepan dengan nelayan asing, tetapi kita juga kemungkinan berlaku nelayan kita ke luar perairan kita. Itu minta pihak Menteri untuk memberi penjelasan. Terima kasih.

Saya bangkitkan tadi iaitulah di kawasan Marang, di daerah Marang. Satu hakisan yang dikategorikan oleh JPS iaitulah satu iaitulah kritikal. Hakisan ini akan mengancam, melibatkan 90 buah premis dan juga kemudahan awam: 135 buah kediaman penduduk dan 675 penduduk sekitar kawasan pantai tersebut.

final • 4:30 PM

Tuan Che Alias bin Hamid

Untuk makluman Dewan dan pihak kementerian, saya difahamkan kerajaan negeri telah pun menyenaraikan permohonan projek-projek berkenaan iaitulah permohonan projek pembangunan di bawah Rolling Plan Pertama- RP1 iaitulah termasuklah projek pengawalan hakisan pantai di Pantai Rusila, Marang ini. Oleh itu, saya mengharapkan pihak kementerian memberi perhatian kerana ia telah pun dihantar dan dipohon oleh kerajaan negeri bagi memastikan projek ini dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin dan secepat mungkin demi kepentingan rakyat di kawasannya.

Apa yang berlaku di sekitar dan sepanjang Pantai Terengganu, hakisan ini anggaran kos, anggaran kasar bagi kos yang diperlukan untuk membina benteng pemecah ombak di 34 buah lokasi pantai bagi mengatasi masalah hakisan ini adalah lebih RM2.4 bilion. Oleh itu, saya mewakili suara kerajaan negeri dan juga rakyat Terengganu mengharapkan agar kerajaan pusat dapat meluluskan segera peruntukan tambahan bagi menangani masalah hakisan pantai yang semakin membimbangkan terutama di kawasan- kawasan yang saya sebutkan tadi.

Saya juga ingin mendapatkan penjelasan, apakah mekanisme pengawalan yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan dalam menangani masalah hakisan pantai di Terengganu secara menyeluruh termasuk dari aspek perancangan jangka pendek, sederhana dan juga jangka panjang akan datang. Bagaimana keberkesanan langkah- langkah ini dinilai oleh pihak kementerian serta sejauh manakah kementerian memastikan pelaksanaan projek pemuliharaan pantai tidak menjejaskan ekosistem marin, komuniti setempat dan aktiviti ekonomi pesisir pantai ini.

Datuk Yang di-Pertua, yang terakhir, suka saya untuk menyentuh tentang kesepakatan dan semangat patriotisme antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Saya memetik Titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong dalam pembukaan Dewan Parlimen Kelima Belas baru-baru ini, di mana Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ada menitahkan di antara Tuanku menyatakan bahawa Malaysia akan terus kukuh atas semangat kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Setiap tindakan dan keputusan mestilah dibincangkan secara sepakat demi masa hadapan rakyat dan negara.

Ini di antara Titah Yang di-Pertuan Agong dalam pembukaan Dewan baru-baru ini yang merupakan Titah daripada pemimpin utama negara yang diberi amanah untuk menjaga kepentingan semua pihak, semua negeri di negara kita yang ada dalam Semenanjung ini. Perintah ini jelas menunjukkan bahawa prinsip federalisme yang diamalkan menutup wujudnya sinergi antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

Dalam pelaksanaan dasar di mana kedua-dua pihak mampu memainkan peranan komplementari bagi menjamin kestabilan dan juga kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara secara keseluruhannya.

Perkembangan terkini yang menjadikan isu federalisme di Malaysia semakin membarah termasuklah ketegangan antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri yang dikuasai oleh parti politik yang berbeza fahaman. Sebagai contoh negeri Terengganu yang sepatutnya menerima hak royalti petroleum dan wang ihsan masih lagi tidak diberi sepenuhnya seperti yang dijanjikan dan termaktub dalam Perlembagaan dan rakan kita, Senator kita pun telah menyebut. Terima kasih saya ucapkan kepada sahabat kita yang menyebut isu yang sama kerana dia berkhidmat di Terengganu begitu lama.

Pada tahun 2023, Terengganu hanya menerima RM802 juta daripada anggaran RM1.524 juta lebih dari RM700 juta lagi masih belum disalurkan kepada kerajaan negeri iaitu RM700 juta Kerajaan Persekutuan belum menyalurkan kepada kerajaan negeri.

Pada tahun 2024, setakat Oktober atas kertas pula, Terengganu seharusnya menerima wang royalti sebanyak RM1.265 juta. Daripada jumlah ini, hanya RM526 juta sahaja masuk ke akaun kerajaan negeri. Selebihnya RM737 juta Menteri Kewangan salur secara terus kepada pihak ketiga tanpa melalui kerajaan negeri. Situasi ini memperlihatkan secara langsung bahawa Terengganu hilang autoriti ataupun duit sendiri berjumlah hampir 60 peratus.

final • 4:30 PM

Tuan Che Alias bin Hamid

Keadaan inilah sebenarnya yang menyukarkan Kerajaan Negeri Terengganu untuk merancang serta melaksanakan projek-projek pembangunan dan juga infrastruktur kepada rakyat seterusnya. Adakah kerana perbezaan pegangan dan fahaman politik yang dijadikan negeri Terengganu ini seperti pengemis yang mengemis untuk mendapatkan hak sendiri.

Justeru itu, saya ingin tekankan di sini, ketepikanlah segala agenda politik, dendam dan juga apa kepentingan peribadi sepanjang mengemudikan tampuk pemerintahan ini bagi memastikan kepentingan adalah kepentingan rakyat seluruhnya.

Kerana kita ini yang diberi amanah oleh Allah SWT sebagai pemimpin utama ataupun pemimpin di negara kita ini, ingat bahawa kita akan disoal oleh Allah SWT... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Setiap kamu pemimpin akan kamu akan disoal oleh Allah SWT di hari akhirat.” Oleh itu, tunaikanlah amanah dan hak yang sepatutnya tanpa berdolak- dalik dan mencipta alasan untuk menafikannya. Sekian, saya mohon menyokong.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Tuan Che Alias.

Sekarang ini kita jemput wakil Terengganu yang seorang lagi, Tuan Haji Hussin untuk berbahas sebagai pembahas terakhir pada hari ini.

final • 4:30 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Yang Berhormat Datuk Yang di-Pertua. Bukan seorang ini saja Terengganu, ramai lagi. Datuk Tan Sri wakil Terengganu juga, tapi dia jadi KL...

final • 4:39 PM

Timbalan Yang di-Pertua

[Ketawa]

final • 4:40 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Saya fikir semua— saya fikir hari ini kita bercakap bukan bahasa Terengganu, tetapi kita bercakap sebagai Ahli Dewan Negara yang tanpa sempadan (borderless). Cuma kebetulan dari negeri Terengganu itu, ada sikit juga poin dari Terengganu Yang Berhormat Datuk.

Saya mulakan dengan satu ayat Allah SWT yang sangat menarik dalam suasana dunia yang sedang pancaroba ini. Bismillahi Rahmani Rahim... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Yang maksudnya lebih kurang, dan sekiranya penduduk sesuatu negeri atau sesuatu kariah itu beriman serta bertakwa kepada Allah SWT, tentulah kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) dan keberkatan-Nya yang melimpah ruah dari langit dan dari bumi, tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah lakukan.

Datuk Yang di-Pertua, kata kunci kepada ayat yang saya sebut tadi adalah barakah. Kata kunci yang saya sebut tadi adalah barakah dan ungkapan barakah ini kita ulang berpuluh-puluh kali bagi orang Islam setiap hari. Setiap bertemu kita menyebut, “Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh”, selepas solat kita menyebut, “Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.” Warahmatullahi wabarakatuh. Berkat yang didambakan oleh semua orang Islam khususnya sebagai suatu pengurniaan daripada Allah SWT, tetapi syarat yang Allah SWT sebut, beriman, bertakwa kepada Allah SWT.

Keduanya, saya mengambil kesempatan ini untuk memulakan ucapan saya juga dengan menyatakan sokongan dan dukungan terhadap Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah pun menyampaikan titahnya dan menentukan arah tuju negara yang tercinta ini supaya mudah-mudahan insya-Allah, negara yang sedang dibelenggu oleh pelbagai kerenah dan kesusahan ini dilepaskan Allah SWT dengan erti keberkatan yang sebenar.

final • 4:40 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Tuan-tuan, semalam sebelum memulakan sidang kita mengulangi, mengulangi ikrar Rukun Negara. Dalam ikrar Rukun Negara yang pertama yang kita, yang semua kita hafaz iaitu:

(i) “Kepercayaan Kepada Tuhan.” Kepada Allah SWT. Natijahnya jangan derhaka;

(ii) “Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.” Istilah yang sama kita sebut kepada Allah SWT, jangan derhaka kepada raja dan kepada negara;

(iii) “Keluhuran Perlembagaan.” Jangan langgar;

(iv) “Kedaulatan Undang-undang.” Jangan langgar; dan

(v) ciri kemuliaan manusia, “Kesopanan dan Kesusilaan.” Ahli YB Senator yang dirahmati Allah SWT sekalian, mudah-mudahan insya- Allah, berkat Ramadan kita sama-sama doakan sidang kali ini memberi natijah yang terbaik supaya negara kita dilindungi dan dianugerahkan keberkatan oleh Allah SWT.

Perkara yang ketiga yang saya— yang kedua yang saya sebutkan iaitu semalam saya, kita dibentangkan panjang oleh Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Mujahid. Dia tak ada hari ini. Saya hendak sebut saya sangat mendukung ucapan dia semalam walaupun saya sangat banyak bertanya.

Yang Berhormat Datuk yang di-Pertua, satu ungkapan yang besar yang diulas panjang oleh Datuk Seri Dr. Mujahid ialah deficit of trust. Isu yang berhubung dengan masalah kehilangan kepercayaan, hilangnya kepercayaan, tetapi ayat semalam adalah defisit. Tuan-tuan, Allah SWT sebut ada empat perkara, Nabi SAW sebut ada empat perkara yang menjadi asbab cepat hilangnya kepercayaan iaitu bila:

(i) bila berkata, dusta;

(ii) bila berjanji, diingkari;

(iii) bila diberi amanah, dikhianati; dan

(iv) bila dia bertelingkah bergaduh, berlebih-lebih.

Walhal Islam menyebut tiga hari sahaja, tetapi ungkapan pergaduhan di panjang- panjang bertahun-tahun. Sehingga kadang-kadang rakyat merasa sampai bila hendak sudahnya pertembungan walaupun pilihan raya ini sudah selesai, negara dah memerintah, tetapi pertembungan pergaduhan macam tak terungkai dan tak berkesudahan.

Saya sebutkan ini ialah sebagai suatu, suatu perkara yang kita kena ambil kira.

Saya bimbang juga nanti masa ada limit, tetapi saya harap hujung ini, Datuk Yang di- Pertua berikan saya sedikit masa lah, sebab penutup, saya pun dikira yang hujung ini yang waktu paling letih kot, tetapi insya-Allah, tak letih.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Saya tak ada trust defisit kepada YB...

[Ketawa]

final • 4:40 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Tak ada trust defisit, alhamdulillah. Jadi, saya cadang sahabat-sahabat sekalian, masukan dalam pemikiran kita. Jom, dia cakap, jangan dusta, jangan bicara kita itu, ada nilai dusta. Maksudnya dusta niat untuk berbohong. Jom apabila kita berjanji, kita kena penuhi. Sama ada janji itu janji dalam Dewan, janji di luar Dewan, janji sebelum pilihan raya...

final • 4:40 PM

Datuk Edward Linggu Bukut

Datuk Speaker, mohon mencelah...

final • 4:40 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Janji manifesto. Sila...

final • 4:40 PM

Datuk Edward Linggu Bukut

Boleh mencelah Datuk Speaker. Saya tertarik dengan...

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Tuan Haji, Tuan Haji Hussin...

final • 4:40 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Ya?

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Tolong duduk dulu, bila Datuk Edward mencelah.

final • 4:40 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Terima kasih.

final • 4:40 PM

Datuk Edward Linggu Bukut

Saya tertarik dengan hujah YB Senator sebentar tadi. Kami di Sabah, saya ingat lebih kurang hampir melebihi 62 tahun Sabah dan Sarawak. Yang dusta, yang tidak ditunai itu mirip-mirip di sana. Jadi, dalam pemikiran Yang Berhormat Senator apa kemungkinan yang akan berlaku selepas ini? Terima kasih.

final • 4:40 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Saya serahkan soalan itu kepada Menteri...

[Ketawa] Seperti yang saya boleh sebut, ini yang Allah SWT sebut yang Nabi SAW sebut, kita fikirkan. Sebab satu istilah yang diguna ialah bertadabur, tadabur memahami dan cara bertadabur ini pun pelbagai pendekatan. Jadi, sama-sama kiat bertadabur. Insya-Allah. Yang saya sebut tadi, yang saya sebut ialah ini, ini, ini ambil keberkatan Ramadan Yang Berhormat Datuk supaya jangan berdusta, jangan berjanji kalau kita rasa tidak boleh tepati janji. Jangan khianat bila diberi amanah. Jangan berlebih bila kita bergaduh-gaduh ataupun bertelagah. Mudah-mudahan insya-Allah, pesan ini sekadar untuk juga memberi pesanan untuk kita- semua, tidak untuk saya, tetapi untuk semua kita, insya-Allah. Cuma bila saya sebut-sebutkan macam ini, saya kadang-kadang kebetulan Menteri Kewangan II ada di hadapan saya, saya penuh letakkan keyakinan dan kepercayaan...

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua

[Ketawa]

final • 4:40 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Tuan, tuan. Ada, ada janji yang di mulut sahaja, ada janji yang ditulis sebagai manifesto, ada janji yang didukung oleh akta. Mungkin sahabat-sahabat boleh faham maksud saya. Sebab ungkapan ini saya tak pernah tinggal setiap kali perbahasan. Saya bercakap bagi pihak Kerajaan Negeri Terengganu kan. Ya lah sebab dilantik oleh Dewan. Suatu yang tak pernah lekang dalam pemikiran saya ialah, dalam perbicaraan saya ialah isu hak rakyat Terengganu. Hak rakyat Terengganu ini bukan merupakan satu ungkapan manifesto, tetapi ungkapan yang diikat dengan perjanjian dan dengan akta yang tegas dan jelas.

final • 4:40 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Saya sebut, saya baca sedikit ungkapannya. Kalau boleh habis hok ini, hok lain tersekat masa pun, alhamdulillah dah Timbalan Datuk Yang di-Pertua.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Tak apa asalkan Haji tidak bercakap pasal hal-hal negeri lain.

final • 4:50 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Poin penting. No, no hal-hal negeri lain.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua

[Ketawa]

final • 4:50 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Sebagai Ahli Dewan Negara boleh. Ini apa yang disebut, diungkap. Akta Kemajuan Petroleum 1974, Jadual, seksyen 2(2). Penyerahan hak milik, kuasa, kebebasan dan keistimewaan berhubung dengan petroleum. Sebab saya baca ini mungkin sebahagian kita tidak baca, tidak pernah baca akta ini.

Saya, Wan Mokhtar bin Ahmad, bukan ini, bukan ini. Menteri besar dahulu, Almarhum. Kita doakan mudah-mudahan dia dihimpunkan bersama dengan para anbia, syuhada dan solihin. “Menteri Besar Terengganu bagi pihak Kerajaan Negeri Terengganu pada hari ini, hari itu, 22 Mac 1975 dengan ini menyerahkan untuk selama-lamanya...” Fikirkan, mudah kah ‘nak serah selama-lamanya?

final • 4:50 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

“...Dan memindah hak serta meletakkan kepada PETRONAS, kepunyaan, pemunyaan ke atas dan hak eksklusif, kuasa, kebebasan dan keistimewaan untuk mencari gali, mengeksploit dan mendapatkan serta memperoleh petroleum sama ada yang terdapat di darat atau di luar pesisir Malaysia...” Bukan pesisir Terengganu saja. Ini...

[Membaca dokumen berkaitan] ‘Ke saya salah, betulkan saya, Yang Berhormat Menteri Kewangan. Yang berada di atas darat dan di luar pesisir Malaysia. Saya tidak tahulah takut penterjemah ini salah.

*“Penyerahan pemindahan hak dan peletakan hak yang dibuat di bawah hendaklah tidak boleh dibatalkan dan berkekalan untuk faedah PETRONAS dan pengganti- penggantinya...”.

[Membaca dokumen berkaitan]* Kalaulah nanti bukan PETRONAS lagi.

Kalau di Sarawak dah PETROS...

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua

[Ketawa]

final • 4:50 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Betul, sahabat Sarawak? “Menyaksikan perkara di atas, maka saya bagi pihak Kerajaan Negeri Terengganu menurunkan tandatangan saya pada hari ini dan pada tahun yang dinyatakan di bawah ini, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad...” Turut ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, turut ditandatangani oleh Tan Sri Razaleigh Hamzah semasa itu— Menteri Kewangan...

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Kewangan.

final • 4:50 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

...Dan juga Pengerusi PETRONAS dan saksinya.

Apakah erti janji ini? Ini janji akta. Penyerahan Petroleum Development Act (PDA), diikuti dengan perjanjian. Saya tak nak baca panjang-panjang sangat, panjang juga perjanjian ini dua muka setengah, tapi saya sedut-sedut sahaja Ahli-ahli Yang Berhormat.

“Bahawasanya menurut Akta Kemajuan Petroleum 1974...”, ikatan akta bukan manifesto ini. Saya sebut ini sebab manifesto ini banyak orang lupa. Lepas bercakap dulu, sekarang semua tak buat. Bukan semua, sebahagian besar tak buat. Saya tarik balik “semua tak buat.” “Semua pemunyaan ke atas petroleum dan hak kuasa kebebasan...” Ini perjanjian...

[Membaca dokumen berkaitan] “Dan keistimewaan eksklusif untuk mencari gali dan mengeksploit, mendapatkan, memperoleh petroleum yang berada sama ada di darat mahupun di pesisir-pesisir pantai Malaysia...”, yang Terengganu punya, “...Adalah terletak kepada PETRONAS...”. Seronok kan PETRONAS, GLC- negara punya aset sebagaimana begitu, tapi tidakkah Ahli-ahli Yang Berhormat tahu, inilah penderitaan rakyat Terengganu yang memberi hak itu kepada PETRONAS dan hasilnya kami dinafikan.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Tuan Haji, sudah menjemput pencelahan daripada orang yang, ada berkepentingan...

final • 4:50 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

[Bangun]

final • 4:50 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Itulah. Saya harap saya dapat menghabisi poin- poin saya nanti.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Dua orang nak mencelah...

[Ketawa]

final • 4:50 PM

Tuan Abun Sui Anyit

[Bangun]

final • 4:50 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Saya, saya.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Silakan

final • 4:50 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Okey. Saya dulu.

final • 4:50 PM

Tuan Abun Sui Anyit

Kamu dulu ya.

final • 4:50 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Okey.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Orang belakang dulu. YB Pele bangun dulu...

[Ketawa]

final • 4:50 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Okey terima kasih Datuk Yang di-Pertua, terima kasih pembahas kita Yang Berhormat Senator Haji Hussin.

Berkenaan dengan perjanjian yang telah ditandatangani oleh bekas Menteri Besar Terengganu, saya ingin mendapat kepastian sekiranya perjanjian tersebut telah dipersetujui oleh Jemaah Exco Terengganu ataupun oleh Undang-undang Tubuh Negeri Terengganu. Ini kerana kes di Sarawak yang diviralkan juga, kita punya bekas Ketua Menteri Sarawak telah tandatangani juga, tetapi dalam kes Sarawak, bila dia tandatangani mengikut Undang-undang Tubuh Negeri, perlu kelulusan Jemaah Menteri Sarawak. Kalau berkenaan dengan kawasan tanah itu, menyerahkan tanah kawasan Sarawak itu perlu kelulusan Dewan Undangan Negeri Sarawak. Mohon penjelasan.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua

YB Abun.

final • 4:50 PM

Tuan Abun Sui Anyit

Ya. Saya mencelah ini kerana kalau ia nya diikat oleh statut atau undang-undang, apa tidaknya Kerajaan Negeri Terengganu cuba untuk bertanya kepada mahkamah. Saya pasti kalau rasanya sangat berhak terhadap statut itu, pasti mahkamah akan memihak kepada Kerajaan Negeri Terengganu. Apa respons Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Ahli-ahli Yang Berhormat, mahkamah, mahkamah.

Saya tak boleh jawab bagi pihak Hakim, tapi Ahli-ahli Yang Berhormat, bila kita punya anak, Abun pun ada anak. YB, kalau anak itu anak yang kita lahirkan, surat beranaknya bin kita. Dalam IC dia dah besar, umur 12 tahun pun bin kita. Bila kahwin pun nanti, akad nikah itu akad nikah kita yang akan jadi akad nikahnya. 22 tahun anak itu dah membesar dengan berpandu kepada akta ini dan perjanjian ini, selepas 22 tahun, bulan Mac tahun 2000, maka akta ini seolah-olah, tapi tiada satu ungkapan rasmi bahawa akta ini sudah demolished...

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Surat beranak hilang.

final • 4:50 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Jadi saya serahlah balik kepada Menteri nanti, dia jawab. Menteri banyak dah jawab, tapi saya tetap bangkitkan balik isu ini. Saya sambung sikit lagi.

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya potong-potong ya untuk ambil tengok... [Membaca dokumen berkaitan] “Bahawasanya, hak kuasa kebebasan keistimewaan yang disebut di atas telah berkuat kuasa berikutan dengan penerimaan surat cara yang bagi maksud itu dan bahawasanya kerajaan dan PETRONAS ingin membuat suatu perjanjian menurut seksyen 4 akta tersebut di atas berkenaan dengan pembayaran wang tunai yang dibuat oleh PETRONAS kepada Kerajaan Negeri Terengganu sebagai balasan bagi pemunyaan dan hak kuasa kebebasan, keistimewaan yang diletak hak seperti di atas berkenaan petroleum. Oleh yang demikian sebagai balasan, bagi pemunyaan dan hak kuasa kebebasan dan keistimewaan berkenaan, petroleum yang diletakhakkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu kepada PETRONAS, maka dengan ini adalah dipersetujui...” Based pada akta PDA 1975.

“Pertama, PETRONAS hendaklah membayar wang tunai kepada kerajaan secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan lima peratus daripada nilai petroleum yang didapati di Terengganu dan dijual oleh PETRONAS atau ejen-ejennya atau kontraktor- kontraktornya dalam tempoh yang diperuntukkan dalam fasal 2. Inilah yang dipakai bagi maksud fasal kecil 1, fasal ini hendaklah merupakan harga FOB, purata enam bulan yang diperoleh oleh PETRONAS dan ejen-ejennya. Apa-apa petroleum yang digunakan oleh PETRONAS, ejen-ejen atau kontraktor-kontraktornya untuk tujuan mencari gali dan operasi pengeluaran hendaklah disifatkan telah dijual bagi maksud mengira pembayaran wang tunai di bawah fasal ini...”. Saya nak- di sini ada satu lagi. “Pembayaran wang tunai yang kena dibayar di bawah perjanjian ini hendaklah dibayar pada tiap-tiap setengah tahun...”. [Membaca dokumen berkaitan] Maknanya dua tahun sekali.

final • 4:50 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Pembayaran bagi petroleum yang didapati, diperoleh dan dijual dalam tempoh setengah tahun yang kedua hendaklah dibuat pada atau sebelum 1 Mac pada tahun yang berikutnya. Ada lagi tuan-tuan Ahli-ahli Yang Berhormat, ditandatangani oleh Menteri Besar Terengganu. Saya nak minta tanya nanti masa itu dia bawa dalam Dewan Rakyat, Dewan Negeri tidak. Dia dah jadi Almarhum, Tan Sri Wan Mokhtar Rahimahullah.

Jadi, kita kena tanya- saya tak boleh nak jawablah yang itu, tetapi ini soal, soal...

final • 5:00 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Tuan Yang di-Pertua, minta tanya sedikit, celah sedikit, boleh?

final • 5:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Sila Datuk.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Menarik ya?

final • 5:00 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Menarik.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Perak pun ada minyak juga?...

[Ketawa]

final • 5:00 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Cuma saya nak bawa sedikit ke belakang.

Masa Tan Sri Mahiaddin Yassin, saya sebut nama— menjadi Perdana Menteri. Apakah perkara ini dibawa bersama? Masa itu kepimpinan kita bersama, ada kalau sebut parti saya sebutlah, ada PAS, ada semua. Pada masa itu saya ingat lebih afdal dan lebih justifikasi. Pada masa itu lebih ada peluang untuk mendapatkan hasil PETRONAS seperti mana yang Tuan Haji Hussin sebut tadi. Masa itu peluang pemerintahan itu ada bersama.

Satu.

Kedua, YAB PMX baharu dua tahun. So, beri peluang kerana kita yakin Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu pun ada dalam Parlimen kan. Jadi, kalau benda ini dibawa setiap kali, saya pun dengar. Saya pun rasa betullah, ada simpati, kesian, tetapi sebenarnya, kita ada wakil yang banyak untuk perbincangan.

Last sekali, bawa ke mahkamahlah kalau tidak puas hati. Dulu kita kerajaan tak dapat juga. Kalau kita buat- mahkamah, mahkamah juga kita tidak percaya, makna prinsip yang YB sebut tadi prinsip Rukun Negara— Keluhuran Perlembagaan, Tuan Haji sendiri pun tak percaya kalau sudah tidak yakin dengan prinsip Rukun Negara. Itu satu.

Kedua, saya nak bawa- tiga sahaja, tiga hal sahaja. Bergaduh berpanjangan.

Bergaduh berpanjangan ini kita tengok siapa yang mula. Kadangkala sebab bergaduh ini kita pun tak mahu bergaduh. Kita tahu orang Islam tiga hari tak bertegur sapa, dah lari, tetapi kadang-kadang mulut kita sendiri yang menyebabkan perpecahan, contoh. Saya ada justifikasi.

Seorang imam di sebuah negeri menyebut khutbah Jumaat ini direka oleh UMDAP. Ini kenyataan, ini facts. Ini di Gerik. Jadi, apakah masalah? Ini menyebabkan perpecahan. Jadi kalau soal perpaduan, perpecahan, bukan untuk saya. Bukan untuk kita- semua. Perpaduan ini adalah untuk umat non-partisan. Kalau kita— kita kena akui kesalahan kita. Punca perpecahan kita. Punca perpecahan ialah daripada kita. Kita kena berhenti benda ini dan kita jangan anggap kita sahaja yang betul...

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Datuk Azhar, Datuk Azhar...

final • 5:00 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

...Dalam semua suasana. Terima kasih Datuk Speaker.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Mencelah boleh mencelah, bukan bahas ya...

[Ketawa] Terima kasih.

final • 5:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Saya tak ada masalah dengan Datuk. Kita boleh berbicara bukan soal- nama pun perbahasan.

Okey, yang pertama, kenapalah zaman memerintah dahulu, PN yang memerintah, kenapakah tak bagi? Satu soalan yang sangat menarik, tetapi zaman itulah, saya tak tahu. Itu kena tanya Tan Sri Mahiaddin Yassin, tetapi hari ini kita bercakap dalam Dewan Negara. Jangan tanya Dato’ Seri MB Terengganu duduk Dewan Rakyat, dialah

final • 5:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

yang cakap sebab dia Menteri Besar. Kita— semua ada tanggungjawab dan kita bercakap atas dasar tanggungjawab.

Pertama, kalau saya kata alasan yang boleh dipakailah agaknya. Dua tahun lebih kurang, tetapi dua tahun itulah dua tahun negara bergelut dengan kewangan yang paling kritikal. Berdepan dengan isu PKP dan COVID yang sangat dahsyat. Kita dengar berapa banyak, berapa trip, berapa banyak duit yang diberikan untuk— jadi saya rasa tak apalah, itu cerita zaman dia. Sekarang kita bercakap zaman kita. Kenapakah nak timbul cerita zaman lalu? Kita cakap zaman kita sebab PM kita berjanji dalam kempen pilihan raya.

Bukan lima peratus. Terengganu, Sarawak dan Sabah, kita akan berikan 20 peratus. Ini bukan zaman P. Ramlee...

final • 5:00 PM

Tuan Abun Sui Anyit

Saya mencelah lagi.

final • 5:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Ya, sila.

final • 5:00 PM

Tuan Abun Sui Anyit

Ya.

final • 5:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Tajuk ini nampak satu ini sahaja hari ini.

final • 5:00 PM

Tuan Abun Sui Anyit

Ya, ya.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Tak. Yang pentingnya Haji Hussin bagi laluan?

final • 5:00 PM

Tuan Abun Sui Anyit

Dia duduk. Dia bagilah itu.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Bagi ya? Okey, terima kasih.

final • 5:00 PM

Tuan Abun Sui Anyit

Ya. Selalu orang sebut 20 peratus, 20 peratus ini terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang juga Perdana Menteri sekarang. Kita kena melihat pada zaman atau pun pilihan raya itu. Janji itu sudah melihat keadaan pada masa itu, ekonomi pada masa itu adalah tahun 2008 kalau tak silap. Jadi itu janji, tetapi kuasa tidak diserahkan kepada beliau sebagai bakal Perdana Menteri kalaulah kerajaan ataupun parti yang dibawanya pada masa itu memerintah, tetapi maknanya, tempoh itu sudah lepas.

Janganlah bawa yang tempoh yang sudah lepas itu ke zaman ini. Kerana keadaan itu pada masa itu, sekarang ini lain. Jadi inilah yang selalu mengelirukan rakyat dengan ulang-ulang janji-janji yang dulu, sedangkan itu lah situasi dalam pilihan raya pada masa itu. Jadi, ini perlu diambil berat ini.

final • 5:00 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Saya tanya YB Abun, boleh tak mencelah? Maksud YB Abun, janji itu ada expiry date ya?

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Orang Sarawak jawab untuk bagi pihak orang Sarawak...

[Ketawa] Haji Hussin, Haji Hussin.

final • 5:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Haji Hussin, walaupun perbahasan ini menarik dan saya mengucapkan terima kasihlah kepada mereka yang mengambil bahagian ya, tetapi Haji Hussin nak cakap pasal hal ini sahaja atau ada hal-hal lain?

final • 5:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Ada satu lagi. Ada satu lagi.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Ada satu lagi.

final • 5:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Tetapi saya nak sebut begini...

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Saya bagi masa tambahan, tetapi saya tak nak perbahasan ini asyik berkisar kepada...

final • 5:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Tak, tak. Saya ada lagi...

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

... Kepada perkara yang...

final • 5:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Kalau boleh, kurangkan sedikit celahanlah. Sebab tadi Yang Berhormat sebut tadi jangan kurang 30 minit, jadi tak ada masalah. Insya-Allah.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Boleh, boleh, boleh. I trust you; I trust you.

final • 5:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Saya sebenarnya saya mengucapkan terima kasih banyak. Saya terima kasih atas celahan sahabat-sahabat sekalian. Saya penuh rasa semua yang bercakap ini ada pertanggungjawaban masing-masing, tetapi saya bersama dengan Senator tadi. Janji, tak ada expiry date dan manusia dalam Bahasa Melayu, kalau baqarah- dipegang janji, dipegang talinya. Manusia dipegang janjinya.

Saya nak sebut ini hubungan kait dengan masalah-masalah deficit of trust. Itulah mungkin sahabat-sahabat tengok mungkin Tan Sri boleh rasa di Terengganu. Tiba-tiba Terengganu dalam isu yang macam ini, rakyat menanti sesuatu janji, janji hok dulu dalam PRU yang lepas sampai 32-0. This is the deficit of trust. Tak apa, boleh ada hujah.

Saya nak sebut sekarang ini yang satu saya minta, YB Abun. Saya nak minta ini, kembalilah kepada janji. Bukan janji mulut, bukan janji-janji manifesto, tetapi saya mohon janji daripada yang berletak dan berasaskan pada akta. Sebab penulisan yang ada yang ditulis, decree yang wujud, dia merupakan satu benda yang dipegang sampai bila-bila.

Ingat saya pernah ugut dulu, 1.3 juta rakyat terkesan dengan keputusan yang berubah- ubah. Setiap kali datang, namanya juga berubah. Sekali Ihsan, sekali ini lah, sekali ini.

Macam-macam!

Saya beralih tajuk supaya boleh tak ada soalan lain. Saya nak pergi kepada isu keresahan rakyat. Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, saya nak tanya, apakah ertinya ekonomi kita pulih? Apakah ertinya pelaburan kita meningkat ratusan bilion MOU? Apakah ertinya nilai Ringgit kita naik? Apakah ertinya nilai inflasi kita menurun bagi rakyat?

Bagi kita mungkin ada hujah, bagus, tetapi bagi rakyat di bawah, mereka berdepan dengan kesengsaraan. Harga minya naik, harga diesel naik, minyak masak naik dan susah nak cari. Saham hampir sebahagian besar. Bil elektrik bakal naik. Ini petrol RON95 dikatakan juga bakal naik. Saya ada kawan daripada CALTEX. Saya hubungi tak dapat, rupanya dia meeting. Sebab penyelarasan, persediaan untuk kemungkinan RON95 akan naik Jun atau Julai. Semua kita ini naik. Cukai pun naik. Saya ada poin-poin setiap satu untuk saya bicarakan dan berkongsi pada Dewan ini, tetapi masa memang tidak memberi ruanglah. Saya sebab tadi pagi panjang saya ambil yang tadi, tetapi tuan-tuan Yang Berhormat Senator...

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Tak apa YB sebenarnya masa yang lazim kita berhenti pun 5.30. Jadi...

final • 5:10 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Ya, insya-Allah, saya ambil peluang.

Pertamanya isu beras. Semua- sahabat-sahabat dah bicarakan tentang isu beras, tetapi ambil masa dua tahun semua orang kata beras campur. Bawah ini semua kata ini beras campur- beras tempatan dan beras import, tapi kita ambil masa dua tahun untuk mengesahkan.

Saya pun rasa macam nak usulkan kepada Dewan ini. Negara kita ini punya special branch yang sangat cekap. SPRM juga sangat cekap. Bolehkah kita usulkan supaya— tidak berperaturan usul saya ini, ucapan sahaja. Bolehkah tidak supaya PDRM- special branch kita membuat tindakan cepat. Isu ini yang dikatakan baharu MARDI keluar beberapa ketika yang baharu ini mengesahkan beras campur. Rakyat dah lama cerita beras campur.

Tuan-tuan Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian. Isu beras campur dikatakan ‘tak ada akta. Okey, ‘tak ada akta, tapi 3R akta mana? 3R setahu saya, saya dok belek ‘tak ada akta. Cuma 3R diambil, dihubungkan dengan tujuh akta yang lain- OSA, POTA dan lain-lain lagi, SOSMA. Ini isu rakyat Malaysia menderita dua tahun tanpa bekalan beras yang sepatutnya dengan harga yang dimonopoli, dimanipulasikan. Saya sebut sini saya rasa ini confirm kartel.

final • 5:10 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Kenapakah kartel ini boleh buat sebegitu rupa? Semacam tak ada orang yang dapat memantau dan melihat mereka. Tak apa suara tinggi bulan puasa, ini isu rakyat.

Sebab itu saya ingat kalau kita cakap tak ada akta, tak tepat. Isu yang membabitkan hak rakyat, kepentingan rakyat, makanan asasi. Dua tahun kita hadap, tapi hari ini pun disebut tak ada akta, penyelesaian belum ada.

Kita pun pelik. Bila Jualan Rahmah boleh jual RM26. Bila tak Rahmah tak ada RM26. Di manakah pengurus Jualan Rahmah itu dapat RM26? Biar pekedai kita pun pergi juga dapat situ untuk dapat RM26. Kenapakah double standard? Saya sebut, saya nyatakan ini, sebab saya bercakap, saya fikir, saya mewakili suara rakyat dan rakyat nak tahu, buktikan. Kalau ini berlaku, kalau dalam kes yang lebih berat buat keluar Kertas Putih— apakah satu proses yang perlu disokong untuk membuktikan bahawa sebenarnya mungkin ada sindiket yang memberikan tindakan yang sebegini yang memberi kesan besar kepada rakyat.

Tuan-tuan Ahli-ahli Yang Berhormat, kita memperuntukkan untuk padi- bilion.

Alhamdulillah, PM kita mengisytiharkan bahawa tambah lagi untuk padi. Padi dikeluarkan dengan produk harga tempatan, tetapi dijual dengan harga import. Siapakah yang menetapkan harga import? Ertinya berapa bilion duit telah lari atas nilai beras yang sepatutnya harga tempatan yang nilai pengeluaran negara ialah 63.7 peratus hampir 62.7 peratus, hampir 63 peratus, tapi rakyat makan beras import dengan nilai beras tempatan.

Siapakah yang mengaut untung? It’s a very big amount, billion of money. Dua tahun berjalan. Saya rasa ini lah satu isu berat yang kerajaan kena telus untuk membuat siasatan rapi melihat kenapa benda ini boleh berlaku dan berapa lama lagi isu ini bakal diselesaikan? Kita keluar bilion bajet untuk beras. Tahun 2022 berbanding 2023 kita turun nilai beras. Betul, global warming, tapi ada orang meningkat.

Saya pergi isu ketiga takut panjang sangat. Boleh Yang Berhormat? Tadi bila sebut tentang barang naik, harga barang naik. Sahabat-sahabat sekalian, saya nak minta pengesahan RON97 dan diesel bukankah harganya sudah diapung? Betul. RON95 ada subsidi? Tak apa, bagus, tapi saya nak tanya kalau dah diapung, apakah masalahnya kena disekat?

Tuan-tuan Ahli Yang Berhormat, harga diesel harga apung, tapi syarikat stesen minyak hanya boleh jual 20 liter sahaja. Sahabat saya dia ada satu traktor buruk, satu excavator buruk untuk kebun dia. Dia nak masuk tempat jauh. Dia nak beli lima tong- 20 liter. Dia kena cari lima buah stesen minyak. Di pedalaman bukan dekat stesen minyak sebab stesen minyak tak boleh beri lebih daripada lima liter. Bila dia nak tambah lebih sikit dia mari— datang, “Tolong jangan sampai saya kena saman”.

Kenapakah perlu disekat lagi setelah harga itu telah diapung? Nak dapatkan itu boleh. Jawapannya kena dapat permit daripada KPDNKK. Nak dapat permit masya-Allah dia punya syarat, kenderaan mesti ada geran, tanah kena ada geran. Kenderaan ada geran ini kalau orang kampung traktor umur dah 50 tahun traktor, geran entah ke mana dah. Maknanya traktor, excavator buruk dia tak akan sampai bila-bila dapat permit. Maka mencari-carilah dia untuk dapat kerja dalam kebun dan khidmat untuk orang kampung menjajah dari satu tempat ke satu tempat.

Sama juga minyak masak. Minyak masak seorang boleh beli dua paket. Malaysia pengeluar minyak masak kedua, pengeluar minyak sawit kedua terbesar dunia, tapi kenapa rakyat sengsara untuk makan minyak masak produk Malaysia. Ada orang kenduri kahwin, nak buat kenduri kahwin, nak goreng ayam. Menziarahi satu kedai, ke satu kedai kerana satu kedai hanya boleh beri dua paket minyak masak sahaja.

Banyak perkara yang tuan-tuan Ahli Yang Berhormat Senator yang saya rasa nak saya sebut, tapi keadaan semua tidak mengizinkan. Cuma saya juga nak sebut- saya terkilan apabila dikatakan tarif elektrik akan naik lagi. Betul kah? Khabarnya begitu, tetapi PM kita yang kita kasihi membuat satu kenyataan. “Kenaikan tarif elektrik hanya untuk industri 85 percent: peratus, rakyat tak terkesan...”

final • 5:10 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Semalam Tan Sri sebut, ini daripada Persatuan Perniagaan Cina Malaysia, betul Tan Sri? Tak betul daripada segi sebiji-biji nama itu minta maaf, pun resah sebab elektrik naik. Pekerja naik. Yang jual goreng pisang tadi yang saya tadi hendak minyak— ‘nak dapat minyak pun payah, ‘nak bayar pekerja gaji RM1,700, at the end, dia pun buka, ‘tak buka, buka, ‘tak buka, tutup.

Kalau pun industri yang diberikan 50 percent, rakyat ramai ‘tak terbabit. Apakah industri yang dikatakan kena ini ia ‘tak terbabit dengan rakyat? Apakah rantaian ekonomi itu ‘tak sampai ke bawah? Minyak naik, transport naik. Transport naik, harga barang naik.

Elektrik naik, kos operasi naik. Kos operasi naik, harga barang naik. At the end, saya cuma ambil kesempatan ini Yang Berhormat Menteri Kewangan dah keluar.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Dia tak tahan dengar *kot?...

[Ketawa]*

final • 5:10 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Tak apa kita ini orang kecil-kecil sahaja tak ada masalah. Dengar boleh, tapi saya harap jawablah. Saya tak sebut nama kementerian, tapi yang saya sebut itu kalau boleh dijawab. Lepas-lepas bila saya cakap macam saya tunggu tak ada jawapan. Kesian juga. Itu pun tidak adil namanya itu.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua

[Ketawa]

final • 5:20 PM

Seorang Ahli

...Koloni.

final • 5:20 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Koloni. Jadi untuk itu sahabat-sahabat sekalian, saya cadang supaya Menteri Kewangan jangan pilih untuk naik harga barang, naik cukai, naik harga barang, naik produk naik, naik, naik, naik yang ini, tetapi saya fikir semua- kenaikan-kenaikan itu memberi kesan negatif yang sangat ketara kepada kegelisahan yang sedia ada.

Tuan-tuan Ahli-ahli Yang Berhormat, kebijaksanaan saya fikir bukan dengan cara naik cukai, bukan dengan cara naik barang, tetapi kebijaksanaan sepatutnya meringankan beban rakyat. Naik RM200, tetapi kesan lain banyak. Kesan bukan RM200, kesannya banyak. Sebab setiap industri naik satu produk, naik barang dia. Naik satu produk, naik barang: RM200 tidak ke mana untuk sampai ke— bila sampai di kedai.

Kalau boleh fikirlah sumber lain supaya jangan fikir, fikir sikit okey kita naik yang ini. Fikir pula gula nak jadi diabetes, naik cukai gula. Fikir pula apa benda lagi? Apa benda semua ini tidak kira apa pun, naik cukailah. Cukailah paling mudah untuk kita mendapatkan income. Dendalah paling mudah untuk kita dapatkan income. Penguat kuasa buat tindakan, denda lagi mudah untuk dapatkan income, tapinya resah dan susahnya rakyat. Saya minta maaf bila saya tengok Tan Sri sebab saya bimbang Tan Sri bertanya. Tan Sri orang yang sangat senior dalam bidang ini, tapi saya rasa saya boleh, saya cuba sampaikan.

Yang satu lagi poin akhir Datuk Seri kalau boleh dua akhir.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua

*Alhamdulillah...

[Ketawa]* Yang akhir kah, kedua terakhir?...

[Ketawa]

final • 5:20 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Saya ingin bicara tentang kedaulatan negara. Saya bacalah biar cepat sikit. Saya tidak berapa suka baca, tapi saya baca nak suruh cepat.

Sebilangan besar warga negara China terus menetap di Malaysia melalui kemudahan- kemudahan visa jangka panjang kerajaan, membangkitkan persoalan mengenai kebanjiran etnik China yang bukan warganegara di samping kebimbangan memberi kesannya terhadap hubungan kaum dan implikasi kepada politik negara.

Akhbar Singapore, The Straits Times memetik angka rasmi— Kerajaan Malaysia berkata, 26,162 orang rakyat dari Tanah Besar Negeri China telah menetap di Malaysia selepas menerima visa jangka panjang di bawah program— ini, 26,000 ini, di bawah program Malaysia My Second Home (MM2H). Laporan ini juga berkata setakat Disember

final • 5:20 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

tahun 2024, 45 persen daripada 57,686 orang peserta MM2H adalah rakyat China.

Kebanyakan menetap untuk tujuan persaraan, pendidikan dan pelaburan.

The Straits Times juga menyebut warga China kini membentuk sebahagian terbesar pemohon Malaysia My Second Home (MM2H) berbanding negara-negara lain.

Dalam tempoh empat bulan sahaja antara September hingga Januari tahun 2025, 53 persen daripada jumlah 2,195 pemohon Malaysia My Second Home adalah daripada negara Tanah Besar China diikuti dengan negara Taiwan 8 persen dan Hong Kong enam persen. Mereka membawa masuk sejumlah RM675 juta yang disimpan di dalam akaun simpanan tetap di bank tempatan serta membeli hartanah bernilai RM681 juta dalam tempoh tersebut.

Menurut The Straits Times, ramai warga China tertarik ke Malaysia kerana mereka dapat lebih kebebasan berbanding dengan negeri mereka yang asal. Itu kata mereka.

Perkembangan ini menyebabkan rasa kurang senang terhadap kempen agresif pentadbiran semacam menarik berjuta-juta pelancong China dengan menawarkan pengecualian visa 30 hari, tapi panjang lagi sehingga tahun 2026.

Malaysia merupakan negara- China, negara yang menerima paling ramai pelancong China. Bagus untuk tingkatkan ekonomi dengan dana pendapatan pelancongan, tetapi cuba tengok sikit apa kemungkinan-kemungkinan lain yang bakal berlaku.

Tahun lepas the Financial Times melaporkan trend kebanjiran warga China ke Malaysia dan menganggarkan bilangan mereka yang menetap di negara ini meningkat dua kali- ganda dalam tempoh tiga tahun sebelumnya 82,000 pada tahun 2022 hingga 200,000 tahun ini. Apakah jangkanya pada tahun 2025? Ini sehingga 2024.

Malaysia My Second Home yang menggalakkan warga asing yang membawa masuk dana simpanan mereka ke negara ini sebagai syarat mendapatkan visa jangka panjang. Saya nak ingatkan jangan duit ditukar dengan kedaulatan. Pengalaman kita dah banyak. Semacam ada sekadar menarik warga China dan mempromosikan negara China dan mempromosikan negara China. Itu yang sampai mari sini bila dah terasa ramai, naik bendera China besar-besaran. Di tepi, negara Malaysia.

Bila kamu ini pelancong buatlah pelancong. Kenapakah dia melancong terus naikkan bendera negara China? Apa maksud, tapi tahun lepas bila saya tanyakan perkara ini, ya lah macam tidak selesalah jawabnya. Betul kah di bawah MM2H, rakyat asing membawa bersama mereka deposit RM5,000, RM5 juta di mana mereka akan mampu mendapat tempat untuk duduk 20 tahun termasuk diberikan Permit Kerja. Ini saya punya soalan, tapi dikatakan begitu. RM5 juta bagi negara yang currency tinggi tidak banyak.

Kalau USD5 juta- cuma RM1 juta sahaja, tetapi mereka mempunyai kerakyatan. Mereka dapat peluang kahwin, ramai mana yang kahwin. Anak terus mendapat Permanent Residence. Next akan dapat warganegara.

Tuan-tuan Ahli Yang Berhormat, sebahagian berpandangan penghijrahan beramai-ramai warga China ke Malaysia membawa cabaran tersendiri termasuk implikasi daripada sektor hartanah. Duit banyak beli tanah. Pemilikan rumah. Baharu ini ada laporan dalam akhbar menyatakan bahawa pelancong China menawarkan untuk beli borong rumah-rumah di Malaysia.

Dalam waktu yang sama juga, pemaju-pemaju membuat lagi banyak rumah, lagi banyak rumah sebab pembelinya ada. Tuan-tuan Ahli-ahli Yang Berhormat, bila pembeli ada buat lagi banyak rumah tidak cukup rumah di luar bandar— minta maaf, ini belum lulus lagi, tapi URA ditawarkan pula. Nanti buat dalam bandar rumahnya nilai juta ringgit siapa yang datang? Malaysia My Second Home (MM2H) lagi. Siapa bumiputera yang ini, berapa persen bumiputera yang sedia ada sama ada di Semenanjung mahupun di Sarawak, mahupun di Sabah yang mampu membelikan vila-vila yang besar— yang digerakkan oleh pemaju. Saya bimbang kalau-kalau ia juga merupakan sebahagian strategi yang terangkai. Bukan fitnah, tetapi kebimbangan. Tuan-tuan Ahli-ahli Yang Berhormat, antara yang lantang mempersoalkan dasar ini.

final • 5:20 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Saya sebutkan begini sebab pengalaman ini dah berlaku di Singapore. Ini masalah kedaulatan. Singapore dulu namanya “Temasik” di bawah pemerintahan Sultan Yussuf. Sekarang Sultan Yussuf dah ke mana? Saya takut Tuan Yang di-Pertua, Agong pun satu ketika, entah ke mana nanti dengan strategi yang sangat berjangka panjang, dengan program yang disebut Greater China yang di sedang berlaku, yang sedang dikempen sekarang.

Saya bimbang juga ulang kes yang sama seperti yang pernah berlaku di bumi Palestin. Yang hari ini rakyat Palestin merempat, dibunuh, dihina di bumi sendiri. Sehingga mereka sudah dianggap tidak lagi punya bumi sehingga Trump membuat cadangan supaya Gaza Strip menjadi ‘Trump Strip.’ Tak, kita pun macam itu juga. Semalam saya sebut Bagan Nakhoda Omar dicadangkan menjadi ‘Bagan Nakhoda Chong.’ Saya tidak nak ulas. Ini satu- benda-benda yang kurang bagus daripada segi keharmonian termasuk perpaduan.

Antara yang lantang mempersoalkan dasar ini minta maaf kalau saya sebut mungkin sebahagian suka tidak suka ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang tahun lalu melahirkan kebimbangan terhadap peningkatan mendadak bilangan warga China yang menetap di Malaysia.

Saya bukan bercakap isu sahabat-sahabat orang Cina di sini. Saya bercakap ini isu kebanjiran warga China, bukan sahabat-sahabat orang Cina Malaysia yang sedia ada.

Beliau berkata pendatang dari Tanah Besar China ini lebih sukar dikesan oleh pihak berkuasa disebabkan kehadiran kaum Cina dengan Warganegara China yang berada di Malaysia menjadikan mereka mudah hilang. Saya sebenarnya tercari-cari: bila tengok senarai orang yang pendatang PATI dihantar keluar, yang banyak datangnya dari Indonesia, Bangladesh, India. Datuk nak ini?

final • 5:20 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Sikit lagi, sikit nak tanya. Sikit saja. Okey, sebelum kita berbahas ini...

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Tak, tak. Sebelum itu...

final • 5:30 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Boleh, boleh.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Tuan Haji Hussin, jam dah 5.30...

final • 5:30 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Ya.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua

...Haji dah berucap 50 minit.

final • 5:30 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Tapi semalam ada 80- eh, ‘tak apa, ‘tak apa. Saya terima, saya terima, tapi Datuk...

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Tak, tak, tak, tak. Saya hanya benarkan lagi...

final • 5:30 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Satu poin.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua

...Seminit.

final • 5:30 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Jangan satu minit Datuk, saya poin lagi.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Okey, lima minit. Lima minit lepas itu, Haji, Haji...

final • 5:30 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Dia ‘tak benar satu soalan lah ya.

final • 5:30 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Sikit saja, sikit saja.

final • 5:30 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Tambah lagi satu...

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Okey, jangan buat perbahasan pula...

[Ketawa]

final • 5:30 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Tambah lagi satu minit Datuk sebab dia ini.

final • 5:30 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Datuk Speaker, Yang Berhormat Senator sebut kebanjiran Warganegara China yang mendadak, merisaukan kita, semua kita risau, tetapi zaman Tun Mahathir juga baharu beberapa tahun zaman Tun Mahathir ini yang disebut dalam akhbar dan sebagainya. Zaman PMX dengan Dato’ Seri Zahid baharu dua tahun ini saja, tapi zaman sebelum ini ialah zaman Tun Mahathir, kita kena ingat. Jangan masa dia, dia lupa, masa kita— dia hentam, ingat.

Yang kedua Datuk Speaker, tanah hak negeri, tanah hak negeri, rumah itu dibuat atas tanah negeri, tak semudah-mudahnya seperti yang disebut oleh Tuan Haji Hussin.

Kita tunggu Menteri jawab, tapi kalau hanya dengar daripada repot itu, repot ini itu bukan satu kenyataan yang boleh dibawa dalam Dewan yang mulia ini. Jadi, zaman PMX baharu dua tahun kena ingat, zaman Tun Mahathir berpuluh-puluh tahun, puluhan tahun. Terima kasih Datuk Speaker.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Baik. Haji ada empat minit ya.

final • 5:30 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

...Bargain, bargain. Yang Berhormat Datuk, kita bercakap cerita hari ini. Kita bercakap ke arah ke depan, masa depan. Datuk sebut cerita yang ke belakang. Yang saya bimbang yang saya sebut di sini ialah kebimbangan, kedaulatan nanti. Ke depan, bukan yang dah lepas berlaku. Jangan sambung Datuk, saya tak bagi sebab masa dah habis.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Ini sebab saya kasi lima minit saja pasal ini isu, ini isu yang boleh...

final • 5:30 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

[Ketawa] Okey. Isunya sekarang, saya mohon dalam bagusnya program pelancongan yang datang dengan banyak, tapi berhemat tentang kemungkinan kedaulatan tergadai. Itu kata kunci yang saya nak sebut. Last point, ada lagi empat minit.

Datuk Yang di-Pertua, sekarang ini tadi saya sebut isu perbalahan yang berlarutan. Saya pun kadang-kadang bimbang, tapi saya duduk dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Tatakelola, Integriti dan Antirasuah. Pendek poinnya Datuk, kami baru-baru ni daripada awal, tadi seperti yang bincang tentang isu rasuah, Dato’ Salehuddin.

Saya nak sebut benda yang disebut dalam Islam, penyelesaian al-rashi wal- murtashi Finnar- yang beri, yang terima neraka. Negara kita ini sehingga hari ini kita fokus yang terima. Yang beri kata Dato’ Salehuddin beri RM100,000 dia dapat RM100 juta dan yang kesan, pegawai kerajaan. Yang memberi selesa tanpa gangguan, dilindungi oleh Akta Pemberi Maklumat. Kita kena baiki benda ini dan Jawatankuasa Pilihan Khas telah membuat cadangan untuk memohon supaya Dewan akan menerima cadangan untuk mengambil kira bahawa yang memberi, yang terima, dua-dua adalah salah.

Malahan kalau di Hong Kong kami pergi, yang beri dulu disiasat, betul kan? Yang beri dulu disiasat. Yang Berhormat tak ada masa itu- yang dituduh, diambil kemudian sebab selalunya yang melapor itu dia mempunyai kepentingan kerana tendernya tak dapat dan lain-lain, betul?

Yang keduanya dalam kes rasuah, kaedah hukum yang dituduh tidak lagi bersalah sehingga dia dibuktikan kesalahan. Di Malaysia kita ini, belum lagi dituduh, tetapi disebutkan, dia mungkin ada terlibat dengan rasuah. Gambarnya dah terpampang, ceritanya dah teruk, imejnya dah didahsyatkan. Ahli-ahli Yang Berhormat, di Hong Kong, negara China dalam ranking 55 turun kepada rangking kelima dunia. Orang yang dianggap yang dituduh- tak nanti rasuah saja yang lain-lain pun, orang yang dituduh tidak akan dipamerkan kepada publik sehingga mahkamah memutuskan dia nya salah dan kemudiannya dah dihukum, baharu dibuat pengisytiharan.

Kita ini pemimpin-pemimpin negara yang berjasa puluhan tahun, sebahagiannya, ending-nya jawapannya tak bersalah. Nak kata tak bersalah, tapi tak panjanglah. Dua, tiga hari ini cerita pula RM173 juta. Sebelum itu masa di Sabah tengah ribut-ribut berapa puluh juta dalam dinding-dinding rumah kan? Jadi saya bimbang pun kalau kata ialah merupakan satu kecekapan SPRM, tapi tolong ambil kira supaya pastikan orang yang nak

final • 5:30 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

dituduh sudah sah oleh mahkamah. Mahkamah pun banyak, dari Mahkamah Rendah sampai Mahkamah Rayuan, satu peringkat ke satu peringkat ke satu peringkat.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, yang dituduh walaupun akhirnya didapati tidak bersalah, SPRM tidak mengeluarkan kenyataan bahawa dia tak bersalah, ‘tak ada keluar.

Mahkamah tidak mahu mengeluarkan— ‘siri’ publik...

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Haji, Haji ini nampaknya nak terbang lagi ‘ni.

final • 5:30 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Last, last, last. Last dah, last ‘dah.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Saya minta, Haji mendarat sekarang...

[Ketawa]

final • 5:30 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Last dah, last dah. Maksud saya imej- saya tak sebut bagi orang perniagaanlah macam Tan Sri, ‘tak. Sekali nama dah dikeluarkan, mahkamah belum putus berapa harga imej perniagaan Tan Sri? Bukan RM100 juta.

Berapa kesan kepada anak isteri dan keluarga yang pergi ke mana orang anggap, “Ha, ini anak-beranak kaki perasuah...” ‘Tu tak masuk lagi anak-beranak pemberi rasuah. Jadi saya mohon kadang-kadang kita ni belum apa-apa dah ditangkap- dah baju oren dah. Jadi baju itu sendiri sudah menyatakan bahawa seolah-olah dia dah confirm bersalah.

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mohon supaya perkara ini dikaji semula dan jangan buat sehingga akhirnya orang yang pernah berkhidmat dalam perniagaan, dalam apa-apa bidang yang memberi nama baik kepada negara ending yang tak bersalah tak dibela lagi dan reputasinya hancur sampai bila-bila. Berbaiklah SPRM pun pihak-pihak lain supaya usaha ini dapat diperbaiki. Saya rasa sampai kat sini dulu...

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Itulah. Sebelum saya hilang terus...

final • 5:30 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

...Dah memang pun...

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua

... Trust defisit dengan Haji— Haji baik berhenti sekarang...

[Ketawa]

final • 5:30 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Ya...

[Ketawa] Itu asam garam dalam perbahasan Dewan Negara, saya terima dan sekali lagi saya mengulangi bahawa saya mendukung dan menyokong Titah Tuanku ini dan saya akhiri dengan minta maaf atas segala kekasaran terutamanya kepada Datuk Yang di-Pertua, kerana melanggar sempadan masa, tapi sebab saya ingat jangan kurang 30 minit.

Saya tangguh dengan terima kasih banyak-banyak. Wabillahi taufiq wal-hidayah, wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Saya ingat Haji pada bulan puasa ini mungkin lebih aman lagi, rupanya lagi berkobar-kobar semangatnya...

[Dicelah] [Ketawa] Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 5 Mac 2025.

final • 5:30 PM

[Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.38 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026