Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Timbalan Yang di-Pertua
Dipersilakan pertanyaan oleh Yang Berhormat Senator Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam.
Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam
Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani.
Rumah papan rumah batu, Soalan saya nombor satu.
1. Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan, bilangan pelajar berbangsa India yang ditawarkan Program Matrikulasi dan Asasi untuk tahun 2023 dan adakah semua pelajar yang diberikan tawaran Program Matrikulasi dan Asasi ini menerima tawaran tersebut.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Senator Dr.
Lingeshwaran. Datuk Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, tawaran ke program matrikulasi adalah dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bagi program asasi yang dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi berdasarkan permohonan UPU online, pecahan bilangan calon lepasan SPM kaum India bagi Sesi Akademik 2023-2024 ke program asasi di universiti awam dan politeknik adalah seperti berikut:
(i) seramai 2,279 calon lepasan SPM kaum India telah membuat permohonan ke program asasi;
(ii) seramai 2,270 calon layak dipertimbangkan penawaran ke program asasi universiti awam dan politeknik;
(iii) daripada jumlah tersebut, 703 telah berjaya ditawarkan ke program asasi dengan pecahan 588 program asasi di universiti awam dan 115 ke Program Asasi TVET Politeknik dengan kadar kejayaan keseluruhan sebanyak 30.97 peratus; dan
(iv) daripada 703 penawaran ke program asasi kepada calon lepasan SPM kaum India, 237 menyatakan setuju terima dan 232 telah mendaftar bagi penawaran pertama dan tidak termasuk data pendaftaran rayuan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan tambahan Yang Berhormat Dr. Lingeshwaran.
Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam
Soalan tambahan. Konsep Madani sering dinyatakan untuk menoktahkan kemiskinan. Saya pasti konsep Madani juga diimplementasikan dalam sistem pendidikan tidak kira anak Cina, anak Melayu, anak India, anak Iban atau anak Kadazan- merupakan anak Malaysia yang berhak untuk mendapatkan peluang pendidikan yang sama.
Saya nak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, bolehkah kerajaan menjawab, sama ada semua anak-anak India Malaysia atau kaum minoriti lain daripada golongan B40 yang cemerlang dalam akademik diberi peluang yang sama dalam matrikulasi untuk memastikan masa depan mereka lebih cerah daripada belenggu kemiskinan sosio dan intelek untuk bangsa Malaysia.
Timbalan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri.
Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Senator. Bagi tujuan kita memberi peluang memasuki institusi pengajian tinggi kita khususnya IPTA, sememangnya kita menggunakan kaedah meritokrasi, di mana sistem ini kita tiada kuota khusus for anybody.
Ia dibuka kepada seluruh warganegara Malaysia dan meritokrasi ini ia berpandukan kepada kelayakan, terutamanya yang cemerlang itu tentunya diberikan keutamaan daripada segi penilaian itu, ia tentu kalau in terms of academic achievement dengan izin, dia itu di atas, tentu dia will be put in the- candidates, tetapi kita ada beberapa syarat tambahan lain terutamanya kalau kita menyentuh soal program kompetitif, seperti contohnya perubatan ataupun yang sepertinya, kita ada tambahan daripada segi syarat itu, iaitu temu duga yang kita gunakan, tetapi inilah kaedah yang digunakan selama ini dan tiada pula kita membeda-bedakan. Cuma mungkin daripada segi peluang itu, sebabnya ada competition.
Contoh pada tahun yang lepas, pelajar yang telah cemerlang dengan 4 pointer tidak silap saya hampir 4,000 kesemuanya itu. Dalam 4,000 itu yang layak masuk, contoh kalau kita cerita tentang perubatan, contohnya ya, is only about 1,000 over students, about 1,670 yang telah ditawarkan layak masuk. Itu atas dasar yang kita guna iaitu merit, di mana kita tengok keputusan dia dan kita tengok syarat tambahan yang digunakan.
Makanya dari situlah kita pilih mereka dan tidak kita memilih atas dasar kepentingan bangsa dia kah, agama dia, negeri dia kah. Yang kita lihat ialah kelayakan mengikut dan memenuhi meritokrasi yang kita ada. Thank you, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan tambahan. YB Dominic.
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
Memang mengenai matrikulasi itu merupakan isu yang sensitif dikatakan dalam kalangan bukan Melayu dan memanglah kita terima banyak aduan daripada budak-budak, pelajar yang cemerlang, tetapi sistem ini memang mereka tak boleh masuk kepada matrikulasi.
Tambahan pula, rakyat juga bidas cara Perdana Menteri jawab soalan-soalan pelajar berketurunan India mengenai isu meritokrasi di Pulau Pinang, pada Ogos itu.
Soalan saya ialah, adakah kementerian bercadang dalam memperluaskan peluang, walaupun Timbalan Menteri kata peluang akan diberikan, memperluaskan peluang matrikulasi kepada semua anak Malaysia yang cemerlang, dari segi akademik secara berperingkat? What I mean is gradually and carefully. Terima kasih.
Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Datuk Dominic, Senator Dominick ya. Soalan itu Datuk Yang di- Pertua, kalau saya tak silaplah ia menyentuh soal Kementerian Pendidikan Malaysia. Dia tak ada hubung kait dengan Kementerian Pendidikan Tinggi sebab itu soal matrikulasi, mereka yang menilai untuk masuk. Walau bagaimanapun secara ringkasnyalah, we have a system. Yang kita ada ini, matrikulasi itu adalah antara peluang-peluang yang dibuka kepada pelajar-pelajar lepasan SPM ini.
They can have other choices yang tentunya membuka juga peluang. Kalau andai dia tak ada peluang di matrikulasi, pergi masuk asasi pula. Dia macam ada di universiti kita ini terbuka, it’s open. It doesn’t make much difference actually in terms of kalau you masuk matrikulasi. It doesn’t make different, it only achievement, pencapaian tetapi sekali lagi saya cakap, saya tak boleh ulas panjang sebab itu di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan Malaysia. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih YB kerana boleh menjawab Kementerian Pendidikan punya soalan.
Dato’ Dr. Nelson a/l Renganathan
Boleh tambah tak?
Timbalan Yang di-Pertua
YB, saya terpaksa.
Dato’ Dr. Nelson a/l Renganathan
Pasal yang ini tak kena mengena, dia short of one.
Timbalan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, hari ini saya nak habiskan pada jam 11.30 ya.
Dato’ Dr. Nelson a/l Renganathan
Okey.
Timbalan Yang di-Pertua
Jadi, saya terus kepada menjemput penanya kedua.
Profesor Tan Sri Datuk Mohamed Haniffa bin Hj. Abdullah
Prof. Tan Sri Datuk Dr. Hj. Mohamed Haniffa bin Hj. Abdullah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Datuk Speaker, soalan saya soalan nombor 2.
2. Prof. Tan Sri Datuk Dr. Hj. Mohamed Haniffa bin Hj. Abdullah minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan apakah strategi dan langkah yang diambil oleh kementerian untuk meningkatkan pemilikan rumah dalam kalangan belia serta usaha-usaha yang diambil oleh kementerian untuk meringankan beban kos sewaan yang sesuai dengan keadaan taraf hidup masa kini.
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat. Kerajaan Madani sentiasa komited membela nasib rakyat dan telah menyediakan pelbagai inisiatif bagi menggalakkan pemilikan rumah di seluruh negara.
Penyediaan pelbagai inisiatif ini turut mengambil kira keperluan pelbagai golongan sasar, termasuk golongan belia. Antara inisiatif yang telah disediakan adalah yang pertama, melalui inisiatif i-Biaya di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).
Kerajaan memberi jaminan had pembiayaan sehingga RM500,000. Ini termasuk jumlah pembiayaan pokok, jaminan tempoh pengurangan gadai janji (MRTA) atau Takaful Gadai Janji (MRTT), yuran guaman dan yuran penilaian. Pembiayaan adalah untuk pembeli rumah pertama, termasuk belia yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau penyata gaji seperti golongan daripada ekonomi gig.
Walau bagaimanapun, pembiayaan ini tidak terhad untuk kediaman baharu sahaja, tetapi termasuk juga rumah sedia ada atau rumah lelongan. Di bawah inisiatif ini, SJKP menyediakan jaminan RM5 bilion nilai pinjaman dan inisiatif ini telah ditambah baik menerusi pengumuman ekonomi madani dengan tambahan jaminan pembiayaan sehingga RM5 bilion.
Di bawah Belanjawan 2024, kerajaan juga telah bersetuju untuk meningkatkan jaminan pembiayaan dengan nilai tambahan jaminan sebanyak RM10 bilion. Di sepanjang pelaksanaan SJKP mulai tahun 2008 sehingga 30 September 2023, ini bagi menjawab persoalan Yang Berhormat Tan Srim iaitu sebanyak 26,645 daripada 30,841 permohonan pinjaman iaitu sebanyak 86.43 peratus telah diluluskan bagi golongan belia. Jadi majoritinya yang mendapat manfaat SJKP ini iaitu golongan belia.
Kedua, adalah untuk berkaitan dengan Program Perumahan Rakyat. Sehingga 31 Oktober 2023, sebanyak 162 PPR telah siap dibina dengan 100,696 unit rumah.
Daripada jumlah ini, sebanyak 18 PPR yang merangkumi dua projek PPR disewa dan 16 projek PPR sewa untuk miliki ataupun rent-to-own (RTO) adalah di bawah seliaan KPKT.
Berdasarkan rekod sehingga tahun 2022, daripada 8,382 unit rumah PPR disewa dan RTO ini, yang paling tinggi adalah di antara daripada segi kategori ketua isi rumah adalah antara umur 31 hingga 40 tahun iaitu 35.9 peratus.
Ketiga, mungkin yang ini last sebab rekod ada lima atau enam, saya bagi yang tiga utama. KPKT melalui agensi seperti PR1MA, SPNB kalau saya tumpukan kepada Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), yang mana kita ada program kediaman dan juga Rumah Mesra Rakyat. Sehingga 30 Oktober 2023, sebanyak 25,708 unit kediaman SPNB telah dijual dan sebanyak 17,995 unit ialah iaitu 70 peratus dimiliki golongan belia.
Manakala sebanyak 41,675 unit iaitu 65 peratus daripada 64,115 Rumah Mesra Rakyat
(RMR) telah dibina adalah dimiliki oleh golongan belia. Selebihnya nanti saya jawab dalam soalan tambahan. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih. Soalan tambahan? Kalau tak ada, saya pergi kepada soalan nombor tiga. Saya jemput Tuan Jaziri Alkaf Abdillah Suffian.
Tuan Jaziri Alkaf Abdillah Suffian
Assalamualaikum Datuk Yang di-Pertua.
Soalan saya nombor 3. Terima kasih.
3. Tuan Jaziri Alkaf Abdillah Suffian minta Menteri Luar Negeri menyatakan, apa pendirian kerajaan berkenaan konflik Israel dan Palestin.
Menteri Luar Negeri - Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Jaziri Alkaf Abdillah Suffian atas pertanyaan yang dikemukakan. Izinkan saya menjawab pertanyaan Yang Berhormat Tuan Jaziri, bersekali dengan pertanyaan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris kerana pertanyaan tersebut menyentuh isu yang sama, dengan izin.
Tuan Yang di-Pertua, ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa pendirian kerajaan berkenaan konflik Israel dan Palestin tidak berubah sama sekali dan sentiasa kekal sejak dulu lagi. Malaysia sentiasa menyokong pengembalian hak mutlak bebas kepada rakyat Palestin daripada pendudukan haram Israel, pengembalian hak tanah yang telah dirampas dan hak membentuk sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan garis sempadan pra-1967 dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara.
Malaysia sentiasa terlibat secara aktif dan tidak pernah gagal daripada menyertai rundingan-rundingan di peringkat antarabangsa dan serantau. Sokongan dan solidariti kepada Palestin telah turut dizahirkan semasa penyertaan Malaysia di Sidang Kemuncak Tergempar Negara-negara Arab-Islam pada 11 November 2023 yang lalu, di Riyadh dan semasa APEC Economic Leaders Retreat pada 17 November yang lalu yang telah dipengerusikan di San Francisco oleh Presiden Amerika.
Pada 28 November yang lalu, semasa Mesyuarat Pleno Sesi Ke-78 Perhimpunan Agung PBB mengenai situasi di Timur Tengah termasuk isu Palestin, Malaysia telah mengusahakan gencatan senjata yang berkekalan dapat direalisasikan. Masuk dalam hal yang berkaitan dengan pembunuhan orang awam beramai-ramai dan pengeboman bangunan awam termasuklah hospital, sekolah dan fasiliti kemanusiaan PBB, kita desak supaya dihentikan dan demikian juga dalam hal pemindahan rakyat Palestin secara paksa, dilarang sama sekali.
Semasa sesi tersebut, sebagai naib pengerusi dan pelopor Jawatankuasa Pelaksanaan Hak Mutlak Rakyat Palestin dengan izin, United Nations Committee on the Exercise of the Inalienable Rights of the Palestinian People (CEIRPP), Malaysia turut membentangkan laporan tahunan jawatankuasa dengan menggesa Israel menghentikan pengilhakan atau, dengan izin, annexation atau rampasan tanah Palestin, perobohan rumah, peluasan penempatan dan penyingkiran rakyat Palestin secara paksa.
Timbalan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri, panjang lagi?
Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Saya habiskan.
Timbalan Yang di-Pertua
Pasal sekejap lagi ada jawapan penggulungan Yang Berhormat Menteri petang karang.
Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Ya, penggulungan saya.
Timbalan Yang di-Pertua
Jadi, boleh sambung masa itu.
Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Ya, saya habiskan ayat terakhir saya.
Timbalan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih.
Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Terima kasih tolong pendekkan...
[Ketawa] . Saya juga turut menyertai beberapa kumpulan kecil teras OIC, dengan izin, OIC Core Group. Malaysia dipilih sebagai salah sebuah negara OCI dalam mesyuarat bersama dengan China dan Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu baru-baru ini. Jadi, itu jawapan secara ringkasnya.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih. Soalan tambahan Tuan Jaziri.
Tuan Jaziri Alkaf Abdillah Suffian
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Soalan tambahan saya, Datuk Yang di-Pertua. Adakah pendirian kerajaan terhadap konflik ini berjaya meyakinkan rakyat Malaysia ya bahawa kerajaan telah sedaya upaya mendesak serta meyakinkan PBB untuk memaksa Israel untuk melaksanakan gencatan senjata. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri.
Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Komitmen Malaysia dalam hal yang berkaitan ini, kita tahu bukan hanya krisis yang berlaku baru-baru ini, sejak tahun 1957 lagi. Itu komitmen. Saya yakin rakyat Malaysia tahu pendirian Malaysia selama ini dan saya juga yakin bahawa daripada segi pendekatan-pendekatan yang dilakukan oleh Malaysia sepanjang lapan minggu krisis yang berlaku ini, tentunya memberi gambaran yang jelas kepada rakyat Malaysia betapa Malaysia begitu aktif sekali berpartisipasi di peringkat antarabangsa untuk menyegerakan proses supaya krisis ini ditamatkan dengan segera.
Ini termasuklah seperti yang saya sebutkan tadi penglibatan Malaysia oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan saya secara langsung dalam proses untuk kita menyegerakan proses rundingan dan juga menghentikan peperangan yang tidak berperikemanusiaan ini.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan tambahan, YB Abun.
Tuan Abun Sui Anyit
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Baru-baru ini, kita membaca satu laporan, di mana seorang didapati bersalah ataupun mengaku bersalah di mahkamah Marang kerana mengangkat, mempamerkan bendera Israel. Jadi soalan saya, bagaimanakah kalau rakyat kita juga mengangkat bendera seperti Amerika dan bendera Palestin? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri.
Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Itu kita serahkan kepada pihak berkuasa dalam lingkungan peraturan dan undang-undang yang ada. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Baik, sekarang saya jemput Dato’ Kesavadas a/l A Achyuthan Nair.
Dato’ Kesavadas a/l A. Achyuthan Nair
Terima kasih Yang di-Pertua. Selamat pagi, salam sejahtera, salam Malaysia Madani. Soalan saya nombor 4.
4. Dato’ Kesavadas a/l A Achyuthan Nair minta Menteri Pendidikan menyatakan, apa signifikan pengambilan pengawas peperiksaan daripada kalangan orang awam selain mengurangkan beban tugas guru dan adakah ia melibatkan kos perbelanjaan tertentu yang memberi kesan langsung kepada penambahan belanjawan kementerian.
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri.
Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Kementerian Pendidikan Malaysia memaklumkan bahawa KPM bertanggungjawab untuk mengawal, menyelia, menyelaras dan mengoperasi peperiksaan awam. Bagi memastikan kelancaran pengurusan pengendalian peperiksaan awam, pengawas peperiksaan dalam kalangan guru atau individu yang berkelayakan hendaklah dilantik berdasarkan kriteria yang ditetapkan. Pengawas peperiksaan yang dilantik akan melaksanakan tugas berpandukan prosedur operasi standard dan prosedur keselamatan bagi menjamin kredibiliti dan integriti peperiksaan awam.
Untuk maklumat Tuan Yang di-Pertua, susulan komitmen KPM untuk memberi fokus kepada kebajikan guru seperti yang terkandung dalam 7 Teras Nadi Keunggulan KPM, langkah proaktif berkaitan kebajikan guru sebagai teras keberkesanan penyampaian pendidikan telah dilaksanakan melalui pelantikan pengawas peperiksaan awam dalam kalangan bukan guru. Demi meningkatkan kesejahteraan guru, pelantikan pengawas peperiksaan awam bermula dengan peperiksaan SPM tahun 2023, dibuka kepada orang awam seperti kategori berikut:
(i) kategori satu- pesara kerajaan Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan;
(ii) kategori kedua- pelajar institut pengajian tinggi awam, institut pengajian tinggi swasta, institut pendidikan guru, lepasan asasi atau matrikulasi;
(iii) kategori ketiga- guru sekolah menengah agama kerajaan negeri atau sekolah swasta atau Maktab Rendah Sains MARA;
(iv) kategori keempat- anggota kumpulan pelaksana pekerja kontrak kerajaan; dan
(v) kategori kelima- kakitangan bukan kerajaan atau pesara kerajaan atau pesara swasta.
Tawaran sukarelawan ini dibuka untuk tugas sebagai pengawas peperiksaan sahaja. Pelantikan petugas peperiksaan seperti yang berikut adalah kekal dalam kalangan guru atau pegawai yang sedang berkhidmat, iaitu Ketua Pengawas Peperiksaan atau Ketua Pengawas Ujian Amali, Timbalan Ketua Pengawas Peperiksaan dan Penyelia Kawasan atau Timbalan Penyelia Kawasan.
Pelantikan pengawas peperiksaan dalam kalangan bukan guru dapat membantu meringankan beban tugas guru dan seterusnya meningkatkan kesejahteraan guru.
Pelantikan ini juga dapat memberi pendedahan kepada orang awam bahawa standard peperiksaan awam kendalian KPM adalah kekal dan berkualiti di samping menggalakkan penglibatan komuniti dalam usaha KPM memasyarakatkan pentaksiran pendidikan.
Untuk maklumat Tuan Yang di-Pertua, bilangan pengawas peperiksaan yang perlu dilantik bagi setiap sesi peperiksaan adalah tertakluk kepada bilangan calon dan bilangan pusat peperiksaan tanpa mengira sama ada pengawas peperiksaan yang dilantik adalah dalam kalangan guru atau bukan guru. Oleh itu, lantikan pengawas peperiksaan dalam kalangan bukan guru tidak melibatkan kos tambahan kepada KPM. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan tambahan YB Kesavadas.
Dato’ Kesavadas a/l A Achyuthan Nair
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Satu jawapan yang cukup jelas. Walau bagaimanapun, soalan tambahan saya ialah apakah pendekatan jangka pendek KPM untuk membentuk karakter tugas serta mutu profesionalisme pengawas peperiksaan daripada kalangan bukan golongan pendidik?
Apakah bentuk siap siaga yang akan ditekankan terhadap para pengawas peperiksaan yang ditugaskan bagi mengawasi sesi peperiksaan SPM di sekolah pedalaman yang mempunyai fasiliti dewan peperiksaan yang daif?
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Untuk maklumat Datuk Yang di-Pertua, bagi membentuk karakter tugas serta mutu profesionalisme pengawas peperiksaan daripada kalangan bukan golongan pendidik, iaitu sukarelawan pengawas peperiksaan, KPM memastikan setiap pengawas peperiksaan hendaklah melengkapkan borang seperti berikut:
(i) Akta Rahsia Rasmi 1972 yang terikat dengan perundangan;
(ii) Borang Perakuan Bebas daripada Jenayah dan Penyalahgunaan Dadah; dan
(iii) Borang Perakuan Kesihatan Diri.
Selain itu, KPM turut melaksanakan sesi taklimat keselamatan kepada semua pengawas peperiksaan termasuk sukarelawan sebelum peperiksaan bermula.
Sukarelawan ini akan dikawal selia oleh Ketua Pengawas Peperiksaan yang berpengalaman dalam kalangan guru sepanjang pengurusan peperiksaan berlangsung.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan tambahan?
Dr. Lingeshwaran a/l Dato’ Seri R. Arunasalam
Soalan tambahan.
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua
Dr. Lingeshwaran.
Dr. Lingeshwaran a/l Dato’ Seri R. Arunasalam
Terima kasih Datuk Yang di- Pertua. Soalan saya, berapakah bilangan pengawas yang diperlukan bagi peperiksaan SPM tahun 2023? Adakah masih ada keperluan melantik guru sebagai pengawas peperiksaan sejak tugas utama telah diambil oleh golongan bukan guru? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Tahun ini merupakan tahun pertama. Jadi, saringan telah dibuat. Jadi berdasarkan unjuran, jumlah keseluruhan petugas peperiksaan yang diperlukan bagi peperiksaan SPM tahun 2023 adalah seramai 137,000 orang. Daripada jumlah ini, disasarkan 20 peratus iaitu anggaran 30,000 orang pengawas peperiksaan akan dilantik dalam kalangan bukan guru. Ini merupakan satu langkah kita sebab ini tahun pertama, kita mesti berhati-hati supaya semua dijalankan dengan baik sekali.
Berkenaan dengan soalan kedua Yang Berhormat. Bagi peperiksaan kendalian MPM, pelantikan pengawas dalam kalangan bukan guru telah pun dilantik bagi MUET sesi satu dan MUET sesi dua 2023 serta peperiksaan semester dua STPM 2023. Walau bagaimanapun, berdasarkan peperiksaan yang telah dilaksanakan, bilangan permohonan yang diterima daripada orang awam selain guru untuk dilantik sebagai pengawas peperiksaan masih belum mencukupi dan terhad iaitu tidak melebihi 5.5 peratus. Oleh yang demikian, lantikan pengawas peperiksaan dalam kalangan guru masih diperlukan untuk peperiksaan seterusnya.
Bagi peperiksaan awam kendalian Lembaga Peperiksaan, pelantikan dalam kalangan bukan guru hanya melibatkan pengawas peperiksaan sahaja. Manakala lantikan sebagai Ketua Pengawas Peperiksaan, Ketua Pengawas Ujian Amali, Timbalan Ketua Pengawas Peperiksaan, Penyelia Kawasan dan Timbalan Penyelia Kawasan adalah kekal dalam kalangan guru atau pegawai perkhidmatan pendidikan yang sedang berkhidmat. Ini adalah bagi memastikan prosedur operasi standard pengoperasian peperiksaan dipatuhi dan menjamin integriti dan kelancaran pengendalian peperiksaan.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih. Saya jemput Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh.
Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh
Datuk Yang di-Pertua, Langkah bertapak langkah panglima; Soalan saya nombor lima.
5. Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan, apa usaha terkini yang dilakukan oleh kementerian bersama-sama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyemai dan memupuk semangat cinta akan perpaduan antara kaum bermula daripada peringkat sekolah rendah.
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri.
Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih Yang Berhormat Senator.
Datuk Yang di-Pertua, Kementerian Perpaduan Negara telah melaksanakan pelbagai inisiatif dalam mengukuhkan semangat kebangsaan, kenegaraan serta muhibah dalam kalangan generasi muda. Dalam usaha menyemai semangat perpaduan antara kaum bermula daripada peringkat awal prasekolah, kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Pendidikan Rukun Negara yang ditubuhkan pada bulan Ogos tahun 2020, yang dipengerusikan oleh KSU daripada Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Komunikasi dan Digital.
Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang
Inisiatif ini adalah berperanan untuk meletakkan kembali Rukun Negara dalam semua peringkat sistem pendidikan negara, bermula daripada prasekolah sehingga peringkat pendidikan tinggi. Antara inisiatif yang dilaksanakan adalah seperti berikut.
Pertama adalah melalui tabika perpaduan yang mengikuti dan menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Tabika ini juga bertindak sebagai institusi pendidikan awal kanak- kanak dalam melaksanakan program pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan kepada penghayatan pendidikan Rukun Negara dalam kalangan kanak-kanak. Setakat ini terdapat 1,781 tabika perpaduan di seluruh negara.
Kedua, adalah di peringkat sekolah rendah dan menengah pula kita dapat 6,849 Kelab Rukun Negara, yang bertindak sebagai penggerak kepada penerapan semangat kebangsaan dan cinta akan negara di kalangan pelajar sekolah. Sebagai contoh, Kementerian Perpaduan Negara dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah menganjurkan Program Eksplorasi Rukun Negara dan Kenali Budaya.
Pada masa yang sama Kementerian Pendidikan Malaysia sedang memperkukuhkan pelaksanaan Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan
(RIMUP) di sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Pendekatan lebih inklusif dengan mesej perpaduan ini diyakini memberi impak langsung kepada agenda perpaduan kaum secara holistik.
Di samping itu, kementerian juga memberi tumpuan untuk menyemai semangat perpaduan dalam kalangan mahasiswa di institut pengajian tinggi melalui 188 Sekretariat Rukun Negara (SRN) dan SRN ini digerakkan sebagai medium dalam menjalankan program-program perpaduan di peringkat belia.
Antara program yang telah kita adakan iaitu Kembara Perpaduan di Kampus, Jalinan Integrasi Mahasiswa, Program Chit Chat Belia Madani, Program Belia Rukun Negara dan baru-baru ini iaitu Debat Perpaduan. Di bawah Kementerian Perpaduan Negara juga kita ada Yayasan Sukarelawan Siswa yang turut memainkan peranan penting dalam membantu mengukuhkan semangat kebangsaan melalui program-program kesukarelawan. Tahun ini kita sudah mengadakan 53 misi di seluruh negara, yang merangkumi 7,000 projek yang berimpak tinggi.
Timbalan Yang di-Pertua
YB, panjang lagi? Kalau tidak, kita teruskan kepada soalan tambahan sahaja.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Okey, okey. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan tambahan?
Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh
Datuk Yang di-Pertua, soalan saya sebenarnya telah dijawab tadi tapi saya ada satu lagi iaitu berkenaan dengan KRT.
Pertamanya saya terima kasih Menteri sendiri, yang jawab soalan saya ni. KRT ini ialah satu- instrumen untuk perpaduan negara ini. Apakah rancangan atau adakah rancangan kementerian untuk menambah baik ataupun meng-activate-kan balik KRT ini dengan penambahan-penambahan yang terbaik bagi mengukuhkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia ini? Terima kasih.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih Yang Berhormat Senator. KRT ini adalah satu- jentera perpaduan negara dan kita pada tahun ini amat bangga dengan kejayaan kita telah alami dan setakat ini kita pun telah adakan satu workshop untuk memperkasakan lebih banyak lagi aktiviti di bawah KRT. KRT ini dinamakan KRT Progresif. Kita mempunyai 8,000 lebih KRT di seluruh negara dan bukan sahaja di segi pendidikan tapi juga akan tumpukan kepada sosioekonomi dan sebagainya. Kita ada lapan tugas baru. Kalau dulu kita ada satu- mula-mula, iaitu keselamatan, selepas itu dengan perubahan kita mengadakan empat. Sekarang ini di bawah KRT Progresif, kita ada lapan tumpuan utama. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan tambahan?
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Soalan tambahan.
Tuan Abun Sui Anyit
Soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua
Dua-dua dah saya bagi peluang pagi ini. Ada orang lain?
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Ada orang lain?
Timbalan Yang di-Pertua
Datuk Dominic, Datuk Dominic punya soalan nombor 14, kalau kita laju memang sampai ke soalan Datuk Dominic. Ini kalau boleh Datuk Dominic tarik diri daripada tanya soalan tambahan.
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Saya ingat tidak sampai 14. Tambah, tambah.
Timbalan Yang di-Pertua
Nak juga? Okey...
[Ketawa]
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, memang terima kasih kepada Menteri kerana telah menjelaskan banyak program diadakan oleh Kementerian Perpaduan, tetapi soalan ialah daripada rakyat, bagaimana kementerian menetapkan key performance indicator (KPI) sesebuah program kementerian, lebih-lebih lagi yang ini terlibat dengan institusi pendidikan? Terima kasih
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih Yang Berhormat Senator. KPI ini selalunya kalau di Kementerian Perpaduan, kita menjurus kepada jumlah orang yang dapat hadir untuk setiap program itu. Sebab itu mengadakan bahawa apabila lebih ramai lagi peserta kepada program itu, bermakna lebih banyak lagi interaksi dan sebab itu kita menjurus kepada jumlah. Di kementerian, saya sendiri pun diukur daripada jumlah program-program kita adakan. Lebih banyak program itu lebih untuk mencapai KPI kita.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Sekarang saya menjemput Datuk Wira Koh Nai Kwong.
Datuk Wira Koh Nai Kwong
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 6.
6. Datuk Wira Koh Nai Kwong minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, sejauh mana kesediaan kementerian untuk bekerjasama bersama-sama Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam memastikan prospek pelaburan automotif dari luar negara seperti Tesla turut menyumbang kepada pelaburan bagi latihan dan pendidikan automotif selain daripada peluang pekerjaan semata-mata.
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri.
Menteri Sumber Manusia - Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Sumber Manusia sentiasa terbuka dan bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak, termasuk dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam usaha memacu pembangunan tenaga kerja mahir untuk memenuhi keperluan industri.
Pada masa ini, Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah melantik Malaysia Automotive Robotics and IoT Institute (MARii) iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sebagai badan peneraju industri, dengan izin, Industry Lead Body (ILB) yang memberi fokus kepada pembangunan bakat dalam bidang automotif.
Melalui lantikan ini salah satu peranan utama MARii iaitu menasihati JPK berkaitan keperluan kompetensi pekerja dalam bidang automotif, termasuk bidang kenderaan elektrik (EV). Bagi menyokong perkembangan pesat industri EV di Malaysia pada masa ini, JPK dan MARii telah bekerjasama membangunkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) berkaitan EV seperti berikut:
(i) diagnostik dan pembaikan kenderaan elektrik Bateri (BEV);
(ii) pemasangan dan penyelenggaraan stesen pengecas kenderaan elektrik; dan
(iii) program servis kenderaan elektrik dan hibrid.
Dalam usaha menyediakan tenaga kerja mahir untuk memenuhi keperluan industri kenderaan elektrik, beberapa buah institusi latihan telah mula menawarkan kursus-kursus berkaitan dengan teknologi EV ini. Antara institusi latihan yang sedang menawarkan program TVET memfokuskan kepada teknologi EV adalah seperti berikut:
(i) Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST);
(ii) Kolej Komuniti Kepala Batas;
(iii) Autotronics Centre of Excellence Sdn. Bhd.; dan
(iv) BAuto Training School.
Untuk makluman Dewan yang mulia, kementerian ini menerusi Jabatan Tenaga Manusia (JTM) menyasarkan sekurang-kurangnya 55 peratus daripada tenaga pengajarnya di Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia mempunyai kemahiran dan kompeten dalam teknologi baharu.
Pada tahun 2023, Jabatan Tenaga Manusia telah menjalin kerjasama dengan pihak industri seperti Autotronics Centre ff Excellence Sdn. Bhd. untuk menawarkan kursus-kursus berkaitan EV di sembilan buah institusi latihan Jabatan Tenaga Manusia yang telah dikenal pasti iaitu Institut Latihan Perindustrian Jitra, Institut Latihan Perindustrian Marang, Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang, Institut Latihan Perindustrian Kota Samarahan, Institut Latihan Perindustrian Miri, Institut Latihan Perindustrian Kota Bharu, Institut Latihan Perindustrian Prai, Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Melaka.
Timbalan Yang di-Pertua
Panjang lagi?
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Habis Tuan Yang di-Pertua. ADTEC Melaka telah dicadangkan untuk menerajui pembangunan teknologi EV dan automotif sehingga ke tahap lima. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan tambahan YB Datuk Koh.
Datuk Wira Koh Nai Kwong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih juga diucapkan kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang begitu jelas tadi.
Soalan tambahan saya adalah sama ada kementerian berhasrat untuk mempelawa pelabur-pelabur asing untuk mengimbang secara memberi latihan kemahiran automotif di mana ia bukan sahaja memberi peluang pekerjaan, bahkan dapat membantu untuk melatih lebih ramai orang dalam bidang ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Terima kasih Yang Berhormat.
Memang itu hasrat Kementerian Sumber Manusia sebab bukan sahaja dalam bidang automotif tetapi ada banyak lagi perkembangan dalam pendidikan kemahiran hari ini. Jadi, kementerian sentiasa bersiap-sedia untuk mengembangkan semua pendidikan kemahiran dan pembangunan bakat di negara kita. Kementerian juga sedia bekerjasama dengan semua kementerian-kementerian yang lain.
Untuk makluman Yang Berhormat, ketika ini 12 kementerian terlibat dalam pendidikan berkaitan dengan TVET. Kementerian juga bersiap-sedia untuk bekerjasama dengan pihak industri dalam mengembangkan semua industri yang mempunyai potensi yang berimpak tinggi. Pada masa yang sama, kita juga tahu bahawa ada juga usaha untuk mengembangkan industri EV di negara kita dan kita juga tahu bahawa satu pelaburan yang besar juga akan dibawa masuk daripada Geely.
Kementerian Sumber Manusia sedang mengambil segala langkah untuk memastikan bahawa bukan sahaja pelaburan itu untuk mengembangkan industri ini tetapi juga untuk memajukan daripada segi pemberian latihan dan pembangunan bakat di negara kita dalam industri automotif. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan tambahan, Tan Sri Dato’ Low.
Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, adakah kajian dijalankan untuk menilai keberkesanan dan kesesuaian kursus latihan pembangunan kemahiran pekerja serta mutu dan kaedah pengajar, pelatih masih relevan untuk memenuhi keperluan industri dan majikan? Terima kasih.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Terima kasih Yang Berhormat. Saya rasa soalan ini soalan yang berkaitan dengan satu isu yang sering dibangkitkan iaitu berkaitan dengan mismatching yang selalu berlaku dalam industri, di mana banyak rungutan yang ditimbulkan berkaitan dengan mismatching di mana tenaga mahir yang kita hasilkan adalah tidak sepertimana yang sebenarnya diperlukan oleh industri. Jadi, soalannya saya rasa adalah sama ada kita telah membuat penilaian untuk memastikan bahawa tenaga mahir yang kita hasilkan itu adalah benar-benar mematuhi ataupun keperluan daripada pihak industri.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, memang sebelum ini ada perkara ini timbul tetapi banyak usaha-usaha telah diambil oleh Kementerian Sumber Manusia bersama dengan semua jabatan-jabatan dan agensi-agensi di bawah untuk kita memastikan bahawa semua bentuk latihan yang kita buat pada masa ini dan untuk masa hadapan adalah semuanya berdasarkan kepada the need base, berdasarkan need base iaitu keperluan sebenarnya dalam industri supaya mismatching ini tidak berlaku lagi.
Sebab mismatching ini sebenarnya merugikan bukan sahaja kerajaan sebab banyak perbelanjaan yang diperuntukkan untuk latihan TVET. Kita tahu bahawa untuk tahun ini lebih kurang RM6.7 bilion telah dibelanjakan dan untuk tahun depan pun lebih kurang peruntukan yang sama telah diperuntukkan. Tetapi kalau apa yang kita hasilkan tidak diperlukan dalam industri, maka ini merupakan satu kerugian kepada pihak kerajaan dan juga kepada mereka yang telah menjalani latihan tersebut.
Oleh itu, banyak kerjasama telah dibuat melalui kementerian dengan pihak industri untuk kita memastikan bahawa apa yang kita keluarkan, produk yang kita keluarkan itu benar-benar...
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri, lama lagi?
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
...Mempunyai keperluan di luar sana.
So, kita cuba mengelakkan dan kalau boleh kita hendak mengelakkan 100 peratus mismatching ini supaya produk kita, hasil daripada semua institusi TVET kita adalah benar-benar dapat memenuhi keperluan di industri. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih YB. Sekarang saya jemput Tuan Haji Hussin bin Ismail.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.
Nak berpantun tak reti sungguh; Soalan saya nombor tujuh...
[Dewan ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih kerana tidak berpantun. YB Menteri...
[Ketawa]
7. Tuan Haji Hussin bin Ismail minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, apa mekanisme yang digunakan kementerian bagi mengelakkan berlakunya lebih banyak kesalahan pecah amanah dan rasuah yang melibatkan sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam kalangan anggota penguat kuasa.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah
Bismillahi Rahmani Rahim. Datuk Yang di-Pertua, menjawab soalan dari Yang Berhormat Senator. Pertamanya, saya mengucapkan terima kasih atas soalan berkenaan.
Untuk makluman Yang Berhormat, KDN sentiasa memandang serius tahap integriti setiap warga kementerian, khususnya Pegawai-pegawai Penguatkuasa. Oleh yang demikian, KDN memastikan usaha-usaha pemantapan integriti termasuk bagi menangani gejala pecah amanah dan rasuah di kalangan pegawai terus diperkasa dan dilaksanakan sepanjang tahun.
Antara usaha kementerian ialah dengan menganjurkan program-program penerapan nilai-nilai murni dan pengukuhan integriti termasuk sambutan Hari Integriti Nasional dan Ikrar Bebas Rasuah. Objektif penganjuran program ini adalah bagi menerapkan nilai-nilai murni serta etika yang luhur, memberi kesedaran dan kefahaman kepada warga KDN dan pegawai dalam usaha kita untuk memerangi rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.
Bagi membentuk warga kerja yang berkeperibadian mulia dan integriti dalam organisasi, pelbagai program telah dilaksanakan pada tahun 2023 di peringkat kementerian kepada warga termasuk yang berkhidmat di jabatan dan agensi. Sebanyak 14 program-program penerapan nilai murni dan pengukuhan integriti telah diadakan pada tahun 2023, yakni melibatkan 1,534 orang peserta daripada pelbagai skim perkhidmatan, kementerian, jabatan dan juga agensi.
Selain itu, KDN juga komited dalam memerangi amalan rasuah daripada berleluasa dalam organisasi. Dalam hal ini, kementerian serta jabatan dan agensi membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) bertujuan untuk menangani permasalahan dan kelemahan tata kelola, integriti, antirasuah di kalangan organisasi.
Pelaksanaan OACP ini telah berjaya membolehkan kementerian mengenal pasti kelemahan dalam sistem sedia ada dan melakukan penambahbaikan yang sewajarnya untuk menutup ruang dan peluang untuk melakukan kesalahan antirasuah atau pelanggaran integriti.
Bagi mengukuhkan lagi ikrar dalam membasmi gejala rasuah ini Yang Berhormat, kementerian telah menguatkuasakan persijilan Anti Bribery Management System (ABMS) sejak tahun 2021, yang berfungsi untuk membanteras, mengesan serta mengurus insiden rasuah dan pelanggaran integriti.
Dalam masa yang sama, ABMS ini dapat mempertingkatkan tata etika kita, tata kelola dan pastikan pematuhan terhadap undang-undang yang berkuat kuasa, jabatan dan agensi di bawah KDN juga mengambil langkah-langkah yang sama dengan melaksanakan ABMS ini di peringkat organisasi masing-masing. Sedikit lagi Yang di- Pertua. Sebelum ditegur, saya minta dulu..*.
[Ketawa]*
Timbalan Yang di-Pertua
Sudah faham itu baguslah...
[Ketawa]
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah
Kementerian juga sedia maklum bahawa Anggota Penguatkuasa di lapangan merupakan tulang belakang kepada kementerian bagi memastikan kawalan sempadan negara diurus dengan baik dan berkesan serta berintegriti. Sehubungan dengan itu, kementerian telah menyediakan platform khusus bagi membincang permasalahan berkaitan integriti serta langkah-langkah penyelesaian dalam Mesyuarat Jawatankuasa Antirasuah bersama dengan jabatan dan agensi di bawah KDN.
Tentunya bagi mengukuhkan lagi pemantapan integriti ini, dalam organisasi kita telah menubuhkan Unit Integriti yang berperanan sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu integriti dalam organisasi dan penyelarasan dalam Mesyuarat Pengurusan Integriti yang dibuat antara kementerian dengan jabatan, termasuk daripada segi perancangan, pemantauan dan sebagainya. Jadi dalam konteks ini, pemerkasaan peranan dan fungsi agensi penguat kuasa yang terlibat membanteras gejala jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran, KDN telah menyelaras pembangunan prosedur operasi standard (SOP) penguat kuasa yang menjadi panduan serta rujukan utama bagi semua jabatan, agensi di bawah KDN. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih, soalan tambahan Senator Tuan Haji Hussin.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Datuk Yang di-Pertua, saya menyambut baik dahulu satu pengumuman oleh kementerian untuk mengadakan Program Kamera Badan bagi penguat kuasa-penguat kuasa dalam beberapa bidang penguatkuasaan yang terkait.
Saya fikir ini banyak juga mungkin akan timbul isu, iaitu isu keterhadan kapasiti penyimpanan data ataupun ketelusan pengurusan data dan juga mungkin isu privacy petugas dan juga orang awam.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Saya hendak tahu yang pertama, mohon YB update-kan perkembangan program kamera badan. Kedua, bagaimana hendak menyelesaikan tiga perkara yang mungkin saya sebutkan tadi, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Tuan Yang di-Pertua, kamera badan ini digunakan oleh Polis Diraja Malaysia, yang soalan tadi berkaitan dengan imigresen. Walau bagaimanapun saya jawab, bahawa ia dalam proses perolehan dan di peringkat akhir dan dijangkakan akan digunakan pada tahun hadapan. Namun demikian...
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Celahan yang pendek, adakah tidak mungkin juga digunakan untuk Imigresen.
Timbalan Yang di-Pertua
Ini bukan perbahasan YB, ini soalan...
[Ketawa] YB Menteri.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Apa pun ini adalah juga usaha untuk meningkatkan tahap integriti KDN dan saya tidak boleh mengesahkan untuk digunakan oleh agensi di jabatan lain. Namun demikian, kita harap penggunaan kamera badan oleh PDRM ini akan meningkatkan lagi tahap keselamatan terbaik kita kepada rakyat. Penggunaannya di agensi lain mungkin kita akan kaji selepas ini, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan tambahan, YB Nuing Jeluing.
Dato Dr. Nuing Jeluing
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Ini isu berkait. Apa sebab-sebab kes penipuan atau scammers dan aktiviti-aktiviti perdagangan manusia yang semakin meningkat dan apakah langkah-langkah yang diambil untuk mencegah kes ini terus berlaku. Sekian, terima kasih.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Untuk scammer kalau sempat saya jawab dalam soalan nombor 11- nanti. Ini terkeluar daripada soalan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Ha, baik. Soalan itu Menteri akan jawab kemudian.
Dato’ Ajis hendak juga soalan tambahan?
Dato’ Ajis bin Sitin
Boleh?
Timbalan Yang di-Pertua
Boleh, silakan Dato’ Ajis...
[Ketawa]
Dato’ Ajis bin Sitin
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Soalan saya kepada Menteri ya. Tahukah pihak kementerian bahawa ramai PATI sekarang berada di kampung-kampung Orang Asli di seluruh negara dan ada yang sudah berkahwin dan beranak pinak. Adakah kerajaan menangani isu tersebut. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Ya, YB Menteri, YB Menteri. Saya rasa soalan itu pun tidak relevan untuk Kementerian Dalam Negeri. Jadi, YB Menteri tidak perlu menjawab pun...
[Ketawa] Terima kasih. Sekarang saya jemput Dr. Wan Martina binti Wan Yusoff.
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 8.
8. Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff minta Perdana Menteri menyatakan, adakah program-program yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi memberi kesedaran kewajipan pelaksanaan fardu ain kepada golongan orang kurang upaya (OKU) dan sejauh manakah kejayaannya serta adakah wujud halangan dalam melaksanakan program ini.
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
A’uzubillahiminash syaitan nir’rojeem. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Terima kasih Datuk Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Senator Wan Martina binti Wan Yusoff atas soalan.
Datuk Timbalan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menyiapkan Pelan Tindakan Orang Kurang Upaya Muslim ataupun singkatannya PTOKUM dan akan dilaksanakan pada tahun 2024 mengikut perancangan pelan yang telah disediakan.
Dalam pelan ini, disebut pada teras tiga iaitu memperkasakan pendidikan Islam kepada OKU bagi kelestarian kualiti hidup dengan objektif membina nilai dan peradaban OKU Muslim melalui pembangunan modul suaian bagi KAFA Murid Berkeperluan Pendidikan Khas ataupun MBPK.
Modul ini digunakan khusus untuk MBPK masalah pembelajaran, manakala, bagi MBPK masalah penglihatan dan pendengaran masih menggunakan silibus KAFA sedia ada mengikut kesesuaian murid KAFA. Silibus KAFA yang diajar kepada murid bermasalah penglihatan menggunakan kod Braille, manakala untuk murid bermasalah pendengaran diajar menggunakan bahasa isyarat.
Pembelajaran al-Quran juga diajar menggunakan kod isyarat tangan al-Quran yang dibangunkan oleh pihak Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang mana telah mendapat kelulusan dari Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Percetakan al-Quran Kementerian Dalam Negeri.
Sehingga ke hari ini, seramai 118 orang guru terlibat dalam mengajar KAFA MBPK seluruh negara yang mana majoriti telah pun mendapat latihan asas dan pedagogi untuk KAFA MBPK ini.
JAKIM sentiasa komited dan cakna dalam mempertingkat pelaksanaan latihan kepada guru KAFA MBPK ini dari semasa ke semasa dan menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak dan agensi yang mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan khas seperti IPGKIK, USIM, UKM, UPSI, NGO seperti Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), Persatuan Orang Pekak Malaysia serta pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai agensi penyelaras hal ehwal OKU Malaysia.
Murid KAFA MBPK sehingga Oktober 2023 yang lalu adalah seramai 1,357 orang di seluruh negara. Murid-murid ini berada di pelbagai premis KAFA. Ada yang ditempatkan di sebuah premis khusus untuk MBPK sahaja seperti Sekolah Agama (Pendidikan Khas) Johor Bharu (SAPK) dan ada yang bercampur dengan murid biasa ataupun tipikal seperti di SK Rembang Panas, Negeri Sembilan.
Dalam usaha membantu golongan OKU cacat penglihatan- saya setakat itu sahaja. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Soalan tambahan, Dr. Wan Martina?
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Hampir keseluruhan soalan tambahan saya pun telah dijawab. Cuma saya ada soalan tambahan lain. Seperti yang dimaklumkan tadi, latihan-latihan ataupun kelas-kelas agama ini dijalankan juga di sekolah-sekolah murid berkeperluan khas.
Cuma saya hendak tanya, adakah pihak JAKIM akan memperluaskan pendidikan Kelas Agama Fardu Ain ini kepada pusat-pusat pemulihan dalam komuniti ataupun bekerjasama dengan masjid-masjid untuk mengadakan kelas-kelas khas kepada warga OKU yang berkeperluan khas ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Terima kasih Datuk Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Sepertimana yang saya jelaskan sebentar tadi, mengambil kira komitmen yang diberikan oleh JAKIM dan juga mengambil kira usaha- usaha kita untuk memastikan golongan orang kurang upaya ini mendapatkan hak yang sama dalam konteks pengajian asas agama ini, sudah tentu kita akan bekerjasamalah dengan agensi-agensi seperti mana Yang Berhormat sebut tadi.
Makna, kita tekankan di sini bahawa dalam konteks untuk memberikan empowering golongan OKU ini dalam konteks ilmu-ilmu asas agama ini, kita meletakkan tanggungjawab ini kepada semua pihak. Insya-Allah dengan kerjasama yang diberikan oleh agensi-agensi yang seperti mana yang disebut, kita akan memperluaskan kerjasama ini insya-Allah. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua
Saya jemput Dato’...
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua
Tuan Haji Hussin.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Sikit sahaja. Betapa ramai rekod sejarah orang- orang yang kurang upaya, sebenarnya orang yang golongan istimewa dalam dunia ini yang mendapat tempat dalam pelbagai bidang, termasuk juga menjadi ulama. Adakah kementerian berhasrat untuk mewujudkan suasana dan tempat yang cukup kondusif sesuai dengan kekurangan keupayaan mereka. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Senator Tuan Haji Hussin, terima kasih.
Saya bersetujulah, makna dalam konteks yang sepertimana yang saya sebutkan tadi itu untuk mengangkat martabat dan karamah golongan-golongan OKU ini sama seperti dengan mereka yang sempurna, sudah tentu usaha-usaha ini kita akan terus jalankan.
Sepertimana yang kita sedia maklum, selain daripada ulama-ulama yang besar, baru-baru ini seorang- apa yang saya sebut tadi yang telah memenangi johan qari di peringkat antarabangsa adalah juga merupakan daripada golongan OKU.
Jadi, kita nampak potensi golongan ini. Jadi sudah tentu kita akan berusaha untuk pastikan kemahiran dan kepakaran yang mereka ada ini kita akan garapkan secara bersama, insya-Allah. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua
Saya jemput Dato' Sri Vell Paari a/l Tun Samy Vellu.
9. Dato' Sri Vell Paari a/l Samy Vellu minta Menteri Pengangkutan menyatakan, adakah terdapat keperluan bagi syarikat yang telah mendapatkan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) untuk meletakkan deposit dengan Malaysian Aviation Commission
(MAVCOM) dan berapakah jumlah deposit tersebut.
Timbalan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih Datuk Yang di- Pertua. Salam sejahtera, salam Malaysia Madani. Jawapan saya dua perenggan sahaja Datuk Yang di-Pertua.
Untuk makluman Yang Berhormat, MAVCOM tidak mensyaratkan keperluan bagi syarikat baharu ataupun syarikat sedia ada yang telah mendapat ASL untuk meletakkan deposit dengan MAVCOM. Ini adalah kerana syarat ini tidak diamalkan dalam industri penerbangan atau oleh pihak berkuasa penerbangan mana-mana negara lain.
Walau bagaimanapun, MAVCOM mensyaratkan supaya syarikat-syarikat penerbangan memiliki ekuiti positif yang boleh menampung operasi syarikat sekurang- kurangnya bagi tempoh tiga hingga enam bulan berdasarkan cadangan pelan perniagaan yang dikemukakan. MAVCOM kini dalam rangka kerja dan penyelidikan awal untuk mencari alternatif lain bagi melindungi penumpang-penumpang sekiranya syarikat tersebut terus menggantung operasinya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan tambahan, YB Dato’ Vell Paari.
Dato’ Sri Vell Paari a/l Samy Vellu
Yang Berhormat, ada soalan tambahan tapi tak jadi, dijawab oleh Menteri. Terima kasih...
[Ketawa] Second part.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan tambahan lagi? YB Dato’ Kesavadas.
Dato’ Kesavadas a/l A Achyuthan Nair
Ya, terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Rentetan daripada pergantungan lesen perkhidmatan udara syarikat penerbangan MYAirline, apakah aspek yang akan diaudit dengan lebih terperinci bagi memastikan mana-mana syarikat penerbangan tempatan baharu benar- benar mematuhi klausa pelesenan sebelum dan selepas memulakan operasi? Itu saja.
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Yang Berhormat, memang kita daripada segi penilaian syarikat-syarikat penerbangan ini ataupun pemegang-pemegang lesen ini amat ketara. Daripada segi sebelum mereka mendapat lesen ASL itu, mereka diaudit dan dilihat penilaian mereka oleh pelbagai peringkat dalam MAVCOM. Selepas mereka mendapat lesen, apabila setiap tahun sebelum mereka dapat memperbaharui lesen mereka, pelbagai aspek juga akan dilihat termasuk kemampuan kewangan mereka.
Seperti yang saya telah jawab tadi, kemampuan daripada segi operasi tiga hingga enam bulan itu dilihat. Kalau cashflow mereka tidak cukup kuat, kemungkinan lesen itu tidak dapat diperbaharui ataupun hanya satu tempoh yang pendek sahaja akan diberikan.
Jadi, saya faham apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat kerana kita sama- sama juga ingin memberikan perlindungan kepada penumpang-penumpang yang membeli tiket penerbangan supaya apa yang berlaku terhadap syarikat MyAirline ini tidak berlaku lagi. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Saya jemput YB Datuk Bobbey Bin Suan.
Datuk Bobbey Ah Fang Bin Suan
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 10.
10. Datuk Bobbey Bin Suan minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, apa langkah yang diambil oleh kementerian bagi memberi sokongan kepada pembangunan sukan elektronik (e-sukan) di peringkat akar umbi / tempatan, daerah dan negeri untuk mencungkil dan memupuk bakat baru dalam bidang ini.
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim
Terima kasih Datuk Tuan Yang di-Pertua. Pada tahun 2019, Kementerian Belia dan Sukan telah membangunkan Pelan Strategik Pembangunan Sukan Elektronik 2020-2025 yang menggariskan 24 objektif strategik.
Manakala bagi sokongan pada pelan berkenaan, kementerian ini juga telah melancarkan yang kita panggil sebagai Garis Panduan Pembangunan Sukan Elektronik Kebangsaan atau NESDEG pada bulan Jun 2023 dengan enam teras utama seperti yang berikut:
(i) pengurusan kontrak kepada pemain;
(ii) takbir urus dalam penganjuran acara;
(iii) pemantauan dan perlindungan kepada kanak-kanak;
(iv) kod tata kelakuan dan etika;
(v) laluan kerjaya; dan
(vi) aplikasi sains dan perubatan sukan dalam sukan elektronik.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian juga turut membangunkan Esports integrated Hub (ESI Hub) di Puchong, Selangor yang berfungsi sebagai pendukung kepada pertumbuhan ekosistem e-sukan di Malaysia menerusi penyediaan ruang kejohanan dan acara; pusat latihan untuk pemain profesional dan amatur; hab jaringan untuk pihak berkepentingan industri; dan hab utama untuk pelbagai program profesional dan pembangunan kapasiti. Semua perkara yang dilaksanakan ini merupakan sebahagian daripada rangka kerja inklusif dan mampan untuk perkembangan industri e- sukan di Malaysia.
Sebagai menggalakkan perkembangan e-sukan di peringkat akar umbi, kementerian ini juga membangun dan menaik taraf 13 e-sport studio yang memberi manfaat kepada 13 buah persatuan e-sukan negeri di seluruh negara. Penyediaan infrastruktur khusus di setiap negeri ini mampu untuk membantu meningkatkan perkembangan e-sukan negara melalui penganjuran kejohanan e-sukan di peringkat tempatan dan sebagai studio produksi untuk penganjuran kejohanan dalam talian. E-sport studio ini juga menjadi pusat latihan bagi atlet sukan negeri yang menyertai Temasya Sukan Malaysia (SUKMA).
Di samping itu, bagi memastikan persiapan atlet sukan negara untuk bertanding di kejohanan antarabangsa berjalan dengan lancar, kementerian ini turut membangunkan sebuah pusat latihan kebangsaan di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pembangunan infrastruktur e-sukan ini turut mendorong penganjuran Malaysia Esports League (MEL) yang merupakan kejohanan e-sukan utama anjuran Kementerian Belia dan Sukan menerusi kerjasama persatuan e-sukan di peringkat negeri.
Kejohanan yang dilaksanakan menerusi hab dan e-sport studio berkenaan menjadi platform kompetitif penyerlahan bakat baharu atlet e-sukan tempatan untuk mendapat persaingan di pelbagai kejohanan utama di peringkat antarabangsa. MEL merupakan kejohanan tahunan dan telah berlangsung sejak tahun 2021 sehingga edisi terkini pada tahun ini. Kementerian ini akan terus memperkasa pelbagai inisiatif untuk memastikan e-sukan terus tumbuh di peringkat akar umbi dan mampu meletakkan Malaysia sebagai antara negara utama pembangunan e-sukan di peringkat antarabangsa.
Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan Tambahan YB Datuk Bobbey.
Datuk Bobbey Ah Fang Bin Suan
Terima kasih. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan tadi. Ada dinyatakan sebentar tadi tentang e- sport studio. Jadi, adakah kemudahan seperti ini juga dibahagi kepada seluruh negeri di Malaysia ini, adakah juga terdapat di Parlimen, di manakah saya berada- iaitu Pensiangan? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Untuk makluman Yang Berhormat, setiap negeri ada satu. Jadi, di Pensiangan saya rasa tidak ada kecuali di ibu negeri. Terima kasih.
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Soalan tambahan.
Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam
Soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua
Datuk YB Roderick. YB Roderick. YB Dr.
Lingeshwaran kah? Saya bagilah peluang.
Tuan Roderick Wong Siew Lead
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah adakah e-sport ini akan dianjurkan melalui sekolah seperti sukan yang lain bagi mencungkil dan memupuk bakat baharu dalam sukan ini? Jika ya, ibu bapa murid-murid pasti akan sangat risau sebab mungkin pelajar akan lebih kepada e-sport kalau dia minat. Jadi, apakah cara untuk menangani isu ini? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Yang Berhormat, kita yang pertama, adakah kita hendak bawa e-sport ini ke peringkat akar umbi khususnya di peringkat sekolah. Pada waktu sekarang, kita sudah pun ada pelbagai kategori permainan e-sport yang pun berada dalam pasaran dan setiap judul permainan ini dia ada had umur minimum yang bersesuaian untuk dimainkan.
Jadi, sebelum satu program khusus dijalankan di peringkat sekolah bersama dengan kelompok pelajar, kita harus beri pemahaman yang jelas berkenaan e-sport itu terlebih dahulu dan terutama buat pemegang taruh termasuklah ibu bapa. Ini seiring dengan apa yang kita sebut tadi pelan strategik pembangunan e-sport 2020 sehingga 2025 di mana kita sarankan agar wujud satu garis panduan untuk terutama pemain di bawah 18 tahun.
Inilah yang akhirnya dilancarkan pula yang saya sebut juga tadi NESDEG iaitu Garis Panduan Pembangunan Sukan Elektronik Kebangsaan untuk menjadi satu kod ataupun panduan kalau kita hendak anjurkan di peringkat sekolah, yang melibatkan pelajar-pelajar di bawah umur 18 tahun.
Di masa sekarang, kita menerusi ESI telah pun mengadakan sesi libat urus bersama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk meneroka potensi pembudayaan e-sport yang sihat dalam kalangan pelajar sekolah menerusi kokurikulum dan juga penganjuran circuit e-sport di peringkat sekolah menerusi (MSSM) Majlis Sukan Sekolah Malaysia. Ada permainan-permainan yang kita rasakan banyak nilai positif dan boleh digalakkan dalam kalangan pelajar.
Jika ada kerisauan dalam kalangan ibu bapa, misalannya permainan dalam arena e-sport ini banyak. Ada yang bersifat sukan, ada yang bersifat kompetitif, strategi, ada yang bersifat macam-macam. Jadi, di peringkat sekolah tentu sekali kita akan pantau dan kita akan pastikan permainan yang dipilih untuk dimainkan di peringkat sekolah itu merupakan permainan yang kompetitif, tetapi juga tidak menerapkan nilai-nilai yang tidak sihat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Saya jemput YB Datuk Teo Kok Chee.
Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee
YB Yang di-Pertua, soalan saya nombor 11.
11. Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, adakah tindakan komprehensif yang telah diambil oleh kementerian dalam menangani masalah kes penipuan dalam talian yang mengandungi unsur-unsur penyeludupan manusia oleh sindiket untuk bekerja secara paksa di luar negara.
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri Dalam Negeri.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Dalam Negeri menjurus soalan berkaitan tindakan komprehensif yang diambil oleh kementerian dalam menangani masalah kes penipuan dalam talian ini yang mengandungi unsur-unsur penyeludupan manusia kepada isu jenayah terhadap pekerjaan di luar negara untuk scam.
Dalam hal ini, perincian usaha yang telah dan sedang dilaksanakan oleh Kementerian Dalam Negeri melalui PDRM secara berterusan untuk menangani sindiket jenayah penipuan pekerjaan ini adalah seperti berikut antaranya, mengadakan sesi libat urus bersama negara Kemboja, Thailand, Myanmar, Laos untuk tujuan perkongsian maklumat dan penyelesaian misi menyelamatkan mangsa.
Kita juga mengenal pasti sindiket yang menjadi dalang terutamanya ejen pekerjaan di Malaysia. Kita juga menjalankan siasatan komprehensif bagi menghasilkan pendakwaan, meningkatkan kesedaran awam dan tahap kefahaman pelbagai lapisan masyarakat termasuk di kawasan luar bandar mengenai modus operasi sindiket jenayah penipuan.
Selain daripada sesi libat urus dengan Pertubuhan Masyarakat Madani bagi kerjasama dalam membanteras jenayah penipuan pekerja di luar negara dan kerjasama dan penyelarasan semua agensi kementerian serta kerajaan yang relevan dalam menangani isu ini.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam usaha menangani masalah ini di peringkat domestik, PDRM telah menjalankan siri operasi bersepadu bermula pada Ogos 2022 sehingga Julai 2023 yang bertujuan membanteras dan mencegah sindiket penipuan kerja utama kepada ejen. Pekerjaan yang menawarkan pekerjaan terhadap warganegara Malaysia untuk bekerja di luar negara.
Sebanyak empat siri operasi telah dijalankan dengan kejayaan menumpaskan empat sindiket di Lembah Klang dan juga Johor. Tangkapan seramai 12 orang iaitu lapan orang lelaki dan empat orang perempuan warganegara tempatan. Siasatan dijalankan di bawah seksyen 12 dan 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran
2007 - Akta 670
.
Manakala daripada segi kerjasama antarabangsa, PDRM telah meningkatkan kerjasama dengan pihak INTERPOL dan ASEANAPOL dan pihak berkuasa negara yang terlibat bagi tujuan membantu untuk mengesan dan menyelamat mangsa-mangsa.
Selain itu, kerjasama ini juga bertujuan untuk memperkasakan kerjasama dan koordinasi bagi tujuan menyelamat mangsa pada masa akan datang.
Penyiasatan bersama jenayah penipuan pekerjaan serta perkongsian maklumat dan data. PDRM juga berkolaborasi dengan pihak Kementerian Luar Negeri bagi membantu mempercepatkan proses menyelamat mangsa-mangsa di luar negara.
Sehingga 20 November 2023 Yang Berhormat, PDRM telah berjaya menyelamatkan seramai 270 orang mangsa warganegara Malaysia daripada 428 orang warganegara Malaysia yang terjebak dengan sindiket jenayah penipuan pekerjaan ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan tambahan Datuk Teo.
Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee
Soalan tambahan Yang Berhormat Menteri. Sehingga kini terdapat berapa ramai warganegara Malaysia yang masih dikurung oleh sindiket pekerja secara fasa di luar negeri dan adakah pihak Kementerian Dalam Negeri menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengatasi kegiatan jenayah ini?
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Datuk Yang di Pertua, untuk jenayah penipuan dalam talian dan juga isu-isu berkaitan, kita tangani melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM. Saya boleh kongsi daripada segi data Yang Berhormat. Untuk makluman semua, bilangan mangsa yang terlibat- ini data sehingga 20 November.
Daripada statistik laporan polis dan mangsa di negara destinasi, kalau mengikut laporan polis yang kita peroleh seramai- secara keseluruhan sebanyak 325 laporan polis.
Daripada jumlah tersebut, bilangan mangsa yang terlibat ramai iaitu secara keseluruhan mengikut daripada Kemboja, Myanmar dan Laos dan lain-lain seramai 428 yang diselamatkan. Sehingga ini saya sebutkan tadi 270 dan terkandas lagi ialah 158.
Saya juga nak sebut bahawa kerjasama kita bukan terhad di dalam negara sahaja kita ada kerjasama di peringkat ASEAN dan ini antara isu yang menjadi tumpuan dan isu- isu dibincangkan di peringkat ASEAN. Misalnya dalam Mesyuarat- Menteri-Menteri Keselamatan ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) dan juga Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan
(SOMTC) sejak 2022 lagi. Maknanya di peringkat dalam negara juga kita ada jawatankuasa khusus mengenai isu ini kerana ia semakin meningkat di peringkat ASEAN dan juga di peringkat lebih luas itu juga kita ada jawatankuasa sendiri. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih YB Menteri. YB Seruandi.
Tuan Seruandi bin Saad
Soalan tambahan saya YB Menteri, tadi jawapan Menteri tentang bagaimana scammer dan kalau kita di luar negara itu mangsa sindiket manusia kita cuba selamatkan. Bagaimanakah pula dengan wang ringgit yang telah hilang apabila kita bank-in kepada scammer ini sampai puluh ribu dan ratus ribu di dalam negara ASEAN itu sendiri? Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Keluar sedikit soalan ini.
Cuma saya nak sebut bahawa kita dalam usaha secara berterusan untuk meningkatkan keupayaan kita bagi menangani isu ini. Sebab itu kalau kita lihat dalam bajet yang sedang dibahaskan ini, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah wang untuk kita tingkatkan keupayaan kita.
Bagi membolehkan kita meningkatkan usaha terutama dalam menangani isu-isu jenayah yang disebutkan tadi, dan oleh sebab kita sedia maklum bahawa jenayah ini daripada segi teknologinya keupayaan mereka yang terlibat dalam jenayah ini semakin meningkat daripada masa-ke-semasa, maka kerajaan juga mesti meningkatkan keupayaan daripada segi teknologi, kepakaran kita dan kemudahan-kemudahan yang kita ada untuk menangani dan memastikan supaya jenayah ini dapat ditangani dengan baik.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Saya jemput Yang Berhormat Dato' Shamsuddin bin Haji Abd. Ghaffar.
Dato' Shamsuddin bin Haji Abd. Ghaffar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, 1, 2, 3 terus ke-12, soalan saya nombor 12.
12. Dato' Shamsuddin bin Haji Abd Ghaffar minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, apa nisbah atau peratusan golongan muda yang dalam lingkungan usia 18 hingga 25 tahun yang masih menganggur di negara ini.
Timbalan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri...
[Ketawa]
Menteri Sumber Manusia - Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon izin untuk menjawab secara bersekali soalan nombor 4 bertarikh 12 Disember daripada Yang Berhormat Senator Dato’ Juhanis binti Abd Aziz; dan soalan nombor 8, bertarikh 13 Disember daripada Yang Berhormat Tuan Seruandi bin Saad.
Berdasarkan survey tenaga buruh oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran bagi suku ketiga bagi tahun 2023 iaitu 3.4 peratus dengan bilangan pengangguran seramai 573,100 orang berbanding 3.7 peratus pada suku ke-tiga tahun 2022 dengan bilangan penganggur 611,800 orang.
Merujuk kepada Pertubuhan Buruh Antarabangsa, dengan izin, International Labor Organization (ILO) kadar pengangguran pada tahap empat peratus dan ke bawah dikira telah mencapai guna tenaga penuh, dengan izin, full employment. Dalam keadaan ini, menunjukkan ekonomi negara berada pada tahap guna tenaga penuh dan pasaran buruh Malaysia kekal berdaya tahan dengan kadar pengangguran kekal lebih rendah.
Manakala kadar pengangguran dalam kalangan belia berumur 15 hingga 24 tahun bagi suku ketiga bagi tahun 2023 iaitu 10.3 peratus berbanding 10.8 peratus pada suku ke-tiga tahun 2022. Secara logik, sememangnya kadar pengangguran dalam kalangan belia lebih tinggi berbanding kadar pengangguran negara secara keseluruhan kerana ramai individu dalam golongan ini baru menamatkan pengajian dan dalam proses mencari pekerjaan.
Berdasarkan Laporan Statistik Siswazah tahun 2022 yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, bilangan siswazah menganggur pada tahun 2022 berjumlah 187,800 orang dengan kadar peratusan menurun sebanyak 0.4 peratus kepada 3.7 peratus berbanding 4.1 peratus iaitu seramai 198,700 orang pada tahun 2021.
Menteri Sumber Manusia - Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Kerajaan sentiasa proaktif dan berusaha secara berterusan dalam merangka dan melaksanakan pelbagai inisiatif merentasi kementerian dan agensi bagi membantu mengurangkan kadar pengangguran secara keseluruhannya, termasuk di kalangan belia dan siswazah. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan tambahan YB Dato’ Shamsuddin.
Dato’ Shamsuddin bin Haji Abd. Ghaffar
Jawapan Menteri cukup lengkap.
Terima kasih...
[Ketawa]
Dato’ Sivaraj a/l Chandran
Soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua
Ya, okey. YB Dato’ Sivaraj...
[Ketawa]
Dato’ Sivaraj a/l Chandran
Datuk Yang di-Pertua, saya nak bertanya tentang apakah status FutureJobs dan berapa orang yang telah berjaya mendapat kerja setakat ini melalui FutureJobs? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Terima kasih Yang Berhormat.
Kementerian Sumber Manusia menyediakan platform MYFutureJobs di bawah PERKESO dan banyak inisiatif-inisiatif dan program seperti Program Karnival Kerjaya di seluruh negara dan Program Bina Kerjaya bagi Pekerja Informal Gig Riders serta jalinan kerjasama bersama Kementerian Belia dan Sukan untuk memperkasa program perantisan kepada golongan belia dan siswazah yang dilaksanakan oleh PERKESO.
Banyak kejayaan telah dicapai dan mulai Januari hingga 30 November 2023 seramai 201,744 orang individu berjaya mendapat penempatan pekerjaan dan daripada jumlah tersebut seramai 131,540 orang individu yang berumur 15 hingga 30 tahun. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih. Sekarang saya jemput Datin Hajah Ros Suryati binti Alang.
Datin Hajah Ros Suryati binti Alang
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.
Soalan saya, soalan nombor 13.
13. Datin Hajah Ros Suryati binti Alang minta Perdana Menteri menyatakan, sejauh mana Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam membuat sebarang rancangan atau pertimbangan untuk jawatan Pegawai-pegawai Sains dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan yang bukan dalam skim Pegawai Tadbir dan Diplomatik untuk memohon mendapat pengiktirafan Pakar Bidang Khusus- Subject Matter Expert.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong
Terima kasih Datuk Timbalan Yang di-Pertua. Kerajaan sentiasa mengambil berat perhubungan dengan kompetensi, kemahiran dan kepakaran dalam urusan penempatan dan laluan kerjaya penjawat awam bagi memastikan semua urusan penyampaian perkhidmatan agensi kerajaan dapat terus dilaksanakan dengan cekap dan sempurna.
Justeru itu, bagi memastikan penjawat awam yang telah dikenal pasti sebagai pakar bidang khusus atau Subject Matter Expert dengan SME dengan nama pendeknya diberikan penghargaan yang sewajarnya Yang Berhormat. Kerajaan telah memperkenalkan laluan kerjaya PAKAR BIDANG KHUSUS (SME) pada tahun 2016.
Berdasarkan data setakat 2 November 2023 terdapat seramai 30 orang pegawai skim perkhidmatan pegawai sains daripada pelbagai kementerian, jabatan telah diiktiraf sebagai pakar bidang khusus dalam pelbagai bidang dan disiplin di pelbagai gred jawatan.
Perincian maklumat adalah seperti berikut.
Di Jabatan Kimia Malaysia, DNA kita ada satu Gred 48, satu lagi Gred 52 dan kita ada satu lagi JUSA C dan forensik dokumen, kalau saya nak baca ini panjang sikit, pun ada juga. Satu untuk Gred 48 dan juga satu lagi gred juga 48, satu Gred 52 dan kita ada juga dalam perjawatan itu dalam Jabatan Meteorologi dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia juga. So, jumlah semua yang memegang jawatan itu dalam gred tersebut dan juga jumlahnya 30 orang, Yang Berhormat Senator.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan tambahan, YB Ros.
Datin Hajah Ros Suryati binti Alang
Soalan tambahan saya, adakah ada sebarang rancangan dari Jawatan Perkhidmatan Awam untuk mengaktifkan semula Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7, Tahun 2016 iaitu kemajuan kerjaya, khususnya bagi Pakar Bidang Khusus atau Subject Matter Expert, dengan izin, bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri.
Datuk Ugak anak Kumbong
Yang Berhormat Senator, kerajaan sentiasa komited untuk terus menambah baik dan meningkatkan tahap kecekapan, kepakaran dan kemahiran penjawat awam melalui penambahbaikan dasar laluan kerjaya sedia ada sebagai penghargaan dan menjamin kebajikan penjawat awam dan melahirkan lebih ramai pegawai kanan yang cemerlang dan berpotensi tinggi untuk menyumbang kepada perkhidmatan awam kita.
Dalam dasar laluan kerjaya SME sedia ada dan kita akan dikemaskinikan dalam kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang turut merangkumi tumpuan kepada bidang-bidang SME baharu seperti kecergasan buatan (AI), peralihan tenaga, transformasi digital, teknologi makanan dan keselamatan sivil dan juga persempadanan negara kita.
Jadi, inilah saya ingat JPA akan menambahbaikkan lagi perkhidmatan- perkhidmatan kita untuk negara maju seperti negara Malaysia ini Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan tambahan. Kalau tak ada, saya jemput Datuk Dr. Dominic.
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
Soalan saya nombor 14 yang berkaitan dengan makmal demokrasi. Terima kasih.
14. Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, adakah usaha kementerian termasuk kerjasama yang melibatkan agensi dan kementerian yang lain dan badan pemikir dalam mewujudkan 'makmal demokrasi' sebagai landasan pendedahan literasi kenegaraan yang lebih jitu terutamanya dalam kalangan belia.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua dan Yang Berhormat. Kementerian Belia dan Sukan, kita sentiasa memberikan perhatian kepada aspek literasi kenegaraan dan pengetahuan demokrasi dalam kalangan belia dalam negara kita. Susulan daripada pengenalan nafas baharu kepada Program Rakan Muda, kementerian ini telah pun memperkenalkan gaya hidup Rakan Demokrasi dan melaluinya, kementerian ini telah melaksanakan inisiatif yang kita panggil sebagai Sekolah Rukun Negara.
Sekolah Rukun Negara ini berbentuk latihan yang telah dilancarkan sejak 12 Julai 2023 dan dilaksanakan menerusi tiga fasa iaitu asas, pertengahan dan lanjutan. Menerusi Sekolah Rukun Negara, peserta dalam kalangan belia yang berusia antara 15 ke-30 tahun akan didedahkan dengan 12 perkara yang mempunyai kaitan langsung dengan aspek pengetahuan kenegaraan dan demokrasi.
Antaranya, falsafah kenegaraan dan demokrasi. Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya, parti politik, institusi Parlimen, pentadbiran awam, kerajaan tempatan, institusi kehakiman, media dan akses kepada maklumat, masyarakat sivil, seni dan kebudayaan serta kesaksamaan gender.
Pembangunan modul untuk Sekolah Rukun Negara ini juga telah dilaksanakan menerusi pelbagai sesi libat urus yang merangkumi ahli akademik, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, pemimpin pertubuhan belia, aktivis belia dan pemimpin pemuda parti politik dalam kalangan kerajaan dan juga pembangkang.
Sepanjang tahun 2023, kita telah memberikan tumpuan terhadap pelaksanaan Sekolah Rukun Negara ini di fasa asas dengan sasaran penyertaan seramai 100,000 orang belia. Sehingga 1 Disember 2023, inisiatif ini telah pun berjaya menarik penyertaan seramai 106,152 orang peserta dan pada tahun hadapan kementerian ini berhasrat untuk meluaskan lagi pelaksanaan Sekolah Rukun Negara ini di peringkat pertengahan dan juga lanjutan.
Inisiatif ini juga turut dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi melalui penyertaan peserta dalam kalangan murid dan pelajar institusi pendidikan tinggi serta sekolah yang berusia antara 15 hingga ke-30 tahun.
Selain daripada kaedah latihan secara bersemuka, kementerian turut melaksanakan inisiatif pendidikan demokrasi ini secara digital menerusi teknologi maklumat, video seperti tutorial Rukun Negara di akaun media sosial Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan yang sehingga kini telah mencapai 7.2 juta tontonan.
Di samping itu, kementerian ini juga melalui Impact Integrated terus memperkukuhkan penggunaan kaedah digital terhadap pembangunan pengetahuan kenegaraan dan demokrasi menerusi kempen media sosial yang dikenali sebagai Kuasa Orang Muda. Pelbagai kandungan yang menarik termasuk video dan infografik boleh diakses melalui portal kuasaorangmuda.com dan Kuasa Orang Muda #kuasaorangmuda di TikTok serta Instagram. Sehingga kini, video yang dimuat naik di portal berkenaan dan di pelbagai platform media sosial ini telah meraih sebanyak 7.5 juta orang penonton.
Kementerian Belia dan Sukan menerusi Rakan Demokrasi akan mempergiatkan usaha secara berterusan melalui inisiatif Sekolah Rukun Negara dan Kuasa Orang Muda untuk melaksanakan pelbagai aktiviti yang bermanfaat terhadap pengetahuan demokrasi dan kenegaraan dalam kalangan anak muda negara kita. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih YB. Sekarang tamatlah sesi pertanyaan ya.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah,“Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang giliran kementerian-kementerian menjawab” [6 Disember 2023]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, hari ini bermulalah giliran YB- YB Menteri menjawab ke atas perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2024. Tiga hari diperuntukkan untuk giliran Menteri menjawab. Hari ini merupakan hari yang pertama.
Masa yang diberikan kepada setiap Menteri 30 minit.
Majlis telah mendoakan bahawa Yang Amat Berhormat Menteri kembali sihat dan kita mengalu-alukan kedatangan semula YB Timbalan Perdana Menteri kita untuk menjalankan tugas beliau...
[Tepuk] Jadi, saya mempersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah untuk menjawab.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia Madani.
Yang Berhormat Senator Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana terdapat 14 Ahli-ahli Yang Berhormat yang terus berminat untuk bertanya isu-isu yang terkait dengan KKDW.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Saya mempunyai jawapan yang cukup komprehensif, yang harus saya lontarkan di Dewan yang mulia ini. Namun, saya fikir untuk berlaku adil dengan keterbatasan waktu, saya ingin sinopsiskan persoalan-persoalan itu mengikut isu-isu tertentu. Saya telah meminta- selamat datang Tan Sri Yang di-Pertua Dewan Negara.
Saya akan minta KSU dan pegawai-pegawai kanan KKDW untuk mengedarkan hari ini juga, selepas saya menjawab jawapan secara detil, terperinci kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang bertanya soalan.
Sebelum saya meneruskan ucapan penggulungan ini, tentunya bagi pihak KKDW, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah memberikan peruntukan kepada KKDW sebanyak RM11.55 bilion bagi tahun depan...
[Tepuk] Di mana, ini meningkat kira-kira 4.7 peratus daripada peruntukan tahun ini. Sebanyak RM513 juta- tambahan dari tahun ini.
Daripada RM11.55 bilion itu, RM4.1 bilion adalah untuk mengurus, RM7.44 bilion adalah untuk peruntukan pembangunan. Ertinya, selain daripada Kementerian Kewangan, KKDW adalah merupakan satu-satunya kementerian yang diberikan peruntukan belanja mengurus yang terbesar. Ertinya bukan kerana- maksud saya peruntukan pembangunan yang terbesar, berbanding dengan peruntukan mengurus ya seperti kementerian- kementerian yang lain, insya-Allah.
Saya ingin mengimbau bahawa terdapat RM8.1 juta orang penduduk luar bandar di Semenanjung, Sarawak dan Sabah. Ini meliputi kira-kira 24.5 peratus daripada seluruh penduduk di negara ini. Tentunya kita tidak akan pernah meminggirkan peruntukan dan juga menyantuni keperluan cita rasa penduduk di kawasan pedesaan.
Maka, peruntukan yang besar ini tentu kita bukan hanya melihat daripada segi infrastruktur tetapi juga daripada segi pembangunan sosioekonomi, pembangunan pendidikan dan kita mesti juga melihat bahawa sebuah agensi yang terbesar di bawah KKDW iaitu MARA. Di mana ia tidak hanya meladeni atau melayani cita rasa penduduk di luar bandar, tetapi untuk seluruh masyarakat bumiputera dan bukan bumiputera di seluruh negara. Sama ada di kawasan pedesaan pinggir bandar dan juga di kawasan bandar.
Saya ingin mengucapkan terima kasih dan saya ingin merekodkan kepada 14 Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah bangun dan membangkitkan isu-isu yang terkait dengan KKDW iaitu Yang Berhormat Senator Tuan Aknan a/l Ehtook, Yang Berhormat Senator Dato’ Ajis bin Sitin, Yang Berhormat Senator Tuan Manolan bin Mohamad, Yang Berhormat Senator Datuk Haji Mustafa Musa, Yang Berhormat Senator Dato Dr. Nuing anak Jeluing.
Yang Berhormat Senator Tuan Mohd Hasbie bin Muda, Yang Berhormat Senator Puan Susan Chemerai Anding, Yang Berhormat Senator Datuk Paul Igai,Yang Berhormat Senator Puan Noorita binti Sual, Yang Berhormat Senator Datuk John Ambrose, Yang Berhormat Senator Tuan Abun Sui Anyit, Yang Berhormat Senator Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh, Yang Berhormat Senator Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol dan Yang Berhormat Senator Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris.
Tan Sri Yang di-Pertua, terdapat beberapa isu yang saya sebutkan tadi. Jadi, Yang Berhormat Senator Datuk Haji Mustafa mengemukakan soalan mengenai cadangan beliau untuk pihak KKDW menambah bilangan Tabika KEMAS agar dapat meringankan beban kos pendidikan prasekolah yang perlu ditanggung oleh ibu bapa.
Memang sebenarnya KEMAS bercadang untuk menambahkan lagi operasi pendidikan awal kanak-kanak di 53 buah lokasi, bermula Mac tahun hadapan Yang Berhormat, dengan kos berjumlah RM3.1 juta tambahan daripada peruntukan yang sedia ada. Ini melibatkan emolumen, utiliti, geran per kapita dan bantuan makanan tambahan.
Peluasan pengoperasian ini dijangka akan memberikan pertambahan akses pendidikan berkualiti serta bermanfaat kepada seramai lebih 1,300 orang kanak-kanak.
Kerajaan juga telah meluluskan cadangan pembinaan baharu 10 buah pusat pendidikan awal kanak-kanak bagi tahun 2024, dengan kos berjumlah kira-kira RM30.7 juta.
Apa yang saya ingin sampaikan, selain daripada apa yang ditanyakan adalah mengenai jumlah Tabika KEMAS di seluruh negara sebanyak 10,663. Manakala taska ya, taska sebanyak 563. Ertinya lebih daripada 11,300 tabika dan juga taska. Tenaga pengajar, terdapat kira-kira 12,160 orang dan pelajar atau kanak-kanak yang terlibat iaitu seramai 228,000 orang kanak-kanak yang berusia daripada dua hingga enam tahun.
Saya ingin menekankan bahawa kami telah mengemukakan cadangan di awal pembentukan Kerajaan Perpaduan bahawa kita berhasrat untuk unjurkan Tabika Pratahfiz KEMAS. Kita telah bekerjasama dengan Yayasan Pahang, Yayasan Pintar, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan beberapa buah agensi yang lain untuk mengemukakan satu game changer daripada tabika dan tadika ini, agar dijadikan fundamental dengan izin, iaitu untuk pendidikan akidah, pendidikan Quranic dan pendidikan akhlak kepada kanak-kanak di awal usia.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan telah memberikan peruntukan khas sebanyak RM20 juta bagi peruntukan tambahan perwujudan untuk Tabika Pratahfiz KEMAS ini. Insya-Allah, kita akan mengadakan secara gradual, tetapi insya-Allah mengikut unjurannya.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Pada tahun 2026, dijangkakan kira-kira satu juta orang kanak-kanak yang melalui tabika, tadika ini akan dapat didedahkan dengan pendidikan baharu ini. Ini yang telah saya persembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong kerana baginda lah yang menyarankan supaya kerjasama dilakukan dengan pihak Yayasan Pahang kerana Yayasan Pahang telah memulakan modul yang sama dan kini di Pahang terdapat kira-kira 21 tadika di bawah Yayasan Pahang yang telah menjadikan dengan jayanya tadika seperti ini.
Untuk itu juga bagi guru-guru yang terlibat, mereka tidak ada latar belakang keagamaan ataupun latar belakang al-Quran tapi training for trainers dilakukan dengan izin, dengan menghantar mereka untuk mendapatkan pendedahan pedagogi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Jadi, kita melakukan tindakan, “serampang dua mata”.
Untuk yang mengajar mesti dapat pendedahan yang baik terlebih dahulu sebelum berkemampuan untuk mengajar. Jadi, ertinya guru-guru dapat pendedahan dan penghafalan ayat-ayat al-Quran ini dan pada waktu yang sama, anak-anak juga dapat pendidikan yang baik dari situ.
Persoalan yang kedua mengenai kebajikan pekebun-pekebun kecil. Soalan ini ditanyakan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Aknan dan juga Yang Berhormat Senator Tuan Haji Abdul Nasir...
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Tan Sri Yang di-Pertua, boleh saya minta penjelasan sedikit?
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Terima kasih Tan Sri. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas penjelasan, penerangan mengenai pandangan jauh sistem pendidikan prasekolah yang ada di bawah kementerian. Di luar daripada itu, saya ingin bertanya dengan bilangan 11,000 lebih institusi pendidikan awal dengan lebih 200,000 orang pelajar, ini merupakan satu peluang yang baik kalau dapat dilaksanakan satu pendidikan awal yang lebih bersepadu untuk meningkatkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.
Soalan saya, daripada jumlah 200,000 lebih pelajar itu, adakah jumlah yang munasabah besarnya daripada pelbagai kaum yang ada di Malaysia ini yang mengikuti pendidikan KEMAS, taska dan tabika selain daripada yang ada di bawah Kementerian Perpaduan, Tabika Perpaduan? Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Tan Sri Yang di-Pertua, kita tidak meminggirkan mana-mana kaum dan di dalam tabika, Tadika KEMAS ini kanak-kanak di Semenanjung terdiri daripada pelajar atau kanak-kanak Cina dan Melayu, Orang Asli juga terlibat dalam pendidikan di tabika, taska ini. Untuk Sabah dan Sarawak ia lebih popular lagi kerana tadika, Tabika KEMAS menjadi pilihan utama.
Namun, kita juga mengekalkan kokurikulum yang ada, ketatanegaraan, civil subject, dengan izin, dan juga soal akhlak, soal sahsiah ini diberikan penekanan, selain daripada pendidikan 3M, Membaca, Mengira dan juga M yang satu lagi itu. Jadi, perkara yang begini memang kita lakukan dan kita sebagai sebuah kementerian buta warna dalam soal memberikan pendidikan kepada kanak-kanak di negara kita ini.
Soal yang lain iaitu mengenai jumlah. Untuk anak-anak Melayu 169,934, Yang Berhormat, untuk kanak-kanak Cina 630, untuk India 1,293, untuk Orang Asli terdapat kira-kira 4,864 dan untuk yang lain-lain terdapat 40,610, yang ertinya kita benar-benar buta warna. Untuk kebajikan kepada pekebun kecil, saya ingin menyentuh mengenai bantuan musim tengkujuh. RISDA diperuntukkan sebanyak RM264.91 juta bagi melaksanakan pembayaran bantuan musim tengkujuh pada tahun hadapan di mana seramai 331,142 orang pekebun kecil getah bakal menerima manfaat ini.
Pembayaran berjumlah RM800 seorang iaitu pembayaran RM200 sebulan selama empat bulan akan dikreditkan kepada pekebun kecil yang layak pada bulan November 2024 hingga Februari 2025. Ada persoalan bahawa terdapat pekebun kecil yang tidak berdaftar dengan RISDA tidak memperoleh bantuan. Saya ingin mengesahkan bahawa selagi mereka mendaftar dengan agensi-agensi yang ada termasuk FELCRA, termasuk JAKOA, termasuk Lembaga Getah Malaysia, KESEDAR, KETENGAH dan lain- lain dan jabatan yang lain, mereka- semua layak untuk memperoleh bantuan musim tengkujuh.
Persoalan yang ketiga mengenai FELCRA oleh Yang Berhormat Senator Puan Susan Chemerai Anding yang bertanya mengenai isu berkenaan dengan peruntukan RM2.4 bilion yang diberikan kepada pihak FELCRA dan RISDA untuk aktiviti agrikomoditi dengan tujuan untuk meningkatkan kesejahteraan pekebun kecil khususnya di Sarawak.
Dalam konteks ini, saya ingin memaklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa FELCRA agrikomoditi adalah merujuk kepada aktiviti kelapa sawit dan getah. Bagi tahun 2024, skop agrikomoditi yang terkait dengan pelaksanaan kerja FELCRA iaitu program baharu iaitu Penyatuan dan Pemulihan Tanah dan Program Tanam Semula. Jadi, dua aktiviti ini kita lakukan dan teruskan dari dasar-dasar yang lalu.
RISDA juga menyediakan pelbagai bantuan dan subsidi kepada pekebun kecil getah meliputi enam buah pakej atau program yang meliputi program pembangunan kawasan bertanam getah pekebun kecil, program pembangunan semula hasil baharu, program rawat dan cegah penyakit luruhan daun getah dan juga program peningkatan produktiviti getah.
Persoalan yang ketiga yang ditanyakan adalah berkenaan dengan perancangan pihak FELCRA dan RISDA bagi menghadapi sekatan oleh Persatuan Ekonomi Eropah
(EU) tentang EU deforestation rules bagi tanaman kelapa sawit dan getah. Saya ingin menyebutkan persoalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Senator Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol ini, dengan menyebutkan bahawa FELCRA tidak terkesan secara langsung terhadap polisi ini kerana buah kelapa sawit dan minyak kelapa sawit mentah FELCRA hanya dijual di pasaran tempatan.
Namun demikian, FELCRA mengambil kepedulian akan keperluan antarabangsa yang terkait dengan sekatan ini dan telah melaksanakan Program Kebolehjejakan Traceability to Mill dan Traceability to Plantation, dengan izin bagi memastikan sumber buah kelapa sawit datang dari ladang yang mempunyai sijil MSPO.
Persoalan lain yang dibangkitkan adalah mengenai isu berkenaan pembangunan Tasik Kenyir di bawah KETENGAH sebagai destinasi tumpuan pelancong. Ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Hasbie Muda. Saya ingin menyebutkan bahawa pelbagai agenda pembangunan telah dilaksanakan atau telah diberikan peruntukan bagi memenuhi keperluan pelancong terutamanya penyediaan infrastruktur fizikal termasuk menaikkan taraf kemudahan awam, sistem perhubungan dan pengangkutan, perumahan dan perniagaan.
Kini terdapat tujuh projek yang telah dan sedang dilaksanakan di Tasik Kenyir di bawah RMKe-12 di mana peruntukan pembangunan bagi 2024 adalah berjumlah RM11.9 juta untuk melaksanakan pembangunan infrastruktur pelancongan dan kawasan tarikan di Kenyir.
Saya ingin memaklumkan di Dewan yang mulia ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan juga memberikan peruntukan tambahan sebanyak RM200 juta untuk Kenyir ini. Ini kerana terdapat rebakkan di kawasan cerun di Tasik Kenyir dan ini merupakan satu komitmen Kerajaan Persekutuan kepada rakyat negeri Terengganu walaupun kita kurang bernasib baik di Kemaman baru-baru ini tetapi akan tebus balik, insya-Allah.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Persoalan lain mengenai permohonan kerajaan untuk meningkatkan peruntukan pembangunan pada Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) bagi membantu pekebun kecil dan meluluskan peruntukan di kawasan ladang baharu Parlimen Selangau bagi program penanaman baharu. Persoalan ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Dato Dr. Nuing Jeluing di mana kementerian telah memperuntukkan SALCRA sejumlah RM35.5 juta iaitu peruntukan pembangunan bagi tahun hadapan.
Peningkatan melebihi RM10 juta berbanding dengan sejumlah RM25.5 juta pada tahun ini. Ini termasuk juga pembangunan untuk bahagian Sarikei dan Sibu yang juga melibatkan Parlimen Selangau.
Yang Berhormat Senator Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh telah bertanya tentang dan mencadangkan diwujudkan Perbadanan Kemajuan Kelantan Utara.
Beliau mencadangkan namanya UTARA dan akan minta kerajaan meneliti dan mengkaji keperluannya. Saya ingin menyebutkan ini satu idea yang baik yang datang....
[Tepuk] daripada beliau. Kita tahu di Kelantan ada KESEDAR. KESEDAR adalah untuk kawasan selatan. Mantan Pengerusi KESEDAR pun jadi Senator yang mewakili Kelantan. Beliau telah melakukan suatu yang baik.
Cadangan Tan Sri Fatmi iaitu cadangan yang amat bijaksana yang harus didukung..
[Tepuk] oleh kerajaan. Namun oleh sebab cadangan ini dibuat selepas pengumuman belanjawan, maka kita tidak dapat masukkan setakat ini...
[Dewan ketawa]
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Namun, insya-Allah saya akan berbisik dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan, tolong teliti cadangan yang bijak ini untuk dilaksanakan bagi penduduk Kelantan yang berada di kawasan utara, *insya-Allah...
[Tepuk] .* Untuk langkah awal ini, saya akan minta KESEDAR untuk memperluaskannya di utara dahulu dengan peruntukan sedia ada kerana kalau kita tidak lakukan sekarang, bagaimana idea yang pintar ini akan dapat dilaksanakan. Saya harap penyokong- penyokong Tan Sri Fatmi akan terus menyokong beliau...
[Tepuk] Dan insya-Allah kita akan melihat bagaimana Kelantan walaupun negeri Terengganu dan Kedah dalam PRN yang lalu hanya memperoleh telur ayam, tetapi saya ucapkan tahniah pada Kelantan kerana sekurang-kurangnya ada batu nisan di Kelantan iaitu dua Dewan Undangan Negeri...
[Ketawa] Terima kasih Tan Sri Fatmi atas cadangan yang baik itu.
Saya juga ingin menyentuh mengenai persoalan yang dibangkitkan terkait dengan projek jalan luar bandar di Sabah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Puan Noorita binti Sual dan Yang Berhormat Senator Datuk John Ambrose. Datuk John Ambrose ini sahabat lama, tetapi telah berada di seberang jalan dan saya harap beliau akan timbul kesedaran baru untuk balik ke pangkal jalan...
[Dewan ketawa]
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Malang sekali beliau tidak ada sini mungkin takut kerana...
[Ketawa] Beliau tahu saya nak menjawab soalan beliau. Saya bergurau sahaja. Bergurau sahaja. Beliau sahabat saya. Tetap sahabat saya walaupun berada di seberang.
Pada tahun 2023, sebanyak 108 projek jalan luar bandar telah diluluskan dengan kos keseluruhan projek berjumlah RM8.085 bilion untuk Sabah sahaja. Daripada 108 projek ini, 34 projek telah siap, 33 projek sedang dalam pembinaan dan 41 dalam peringkat pra pembinaan. Di bawah Belanjawan 2024 pula, sebanyak 23 projek baharu, jalan luar bandar akan diluluskan yang melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM2.257 bilion.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, mana-mana projek yang bernilai RM50 juta ke bawah, Kerajaan Persekutuan telah menyerahkan pelaksanaannya oleh kerajaan negeri untuk Sabah dan untuk Sarawak. Ini merupakan satu pendekatan baharu untuk kita memberi keyakinan bahawa ia akan dapat dilaksanakan oleh agensi-agensi di bawah kerajaan kedua-dua wilayah ini.
Malah di bawah Program Jalan Luar Bandar ini, pencapaian dan kemajuan dari tahun 2021 hingga 2022 yang lalu, jalan-jalan yang telah disiapkan sebanyak 110 kilometer. Manakala di bawah program jalan perhubungan desa adalah pula sejauh 181 kilometer dan ini melihatkan bahawa gabungan pencapaian jalan berturap bagi kedua-dua program ini di Sabah adalah sejauh 291 kilometer.
Persoalan lain yang dibangkitkan adalah mengenai perkara yang berkaitan dua projek yang diluluskan di bawah Program Jalan Luar Bandar ke Ulu Skrang. Ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Puan Susan Chemerai Anding dan sebagai jawapannya, KKW telah melakukan sesuatu yang sangat-sangat baik kerana jalan yang dimaksudkan adalah Jalan Ulu Skrang di Lubok Antu. Ini merupakan jalan fasa kedua yang telah diluluskan pada tahun 2016 dan menaikkan taraf bekas Jalan Ulu Skrang sekarang di Bahagian Sri Aman, Sarawak pada tahun ini sebagai sambungan tahun lepas dengan kos keseluruhan projek berjumlah RM328.5 juta.
Untuk sambungannya, kita telah mengiklankan projek ini sambungannya pada 11 Mac yang lalu dan Lembaga Perolehan telah memutuskan projek ini di-tender semula kerana menaikkan taraf bekas jalan Ulu Skrang ini telah agak ada kesukaran sedikit.
Maka, ia di retender, dengan izin, dan sepanjang 50 kilometer dari jalan berturap dengan kelebaran enam meter oleh JKR dengan jalan standard R One atau R1.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin dalam waktu yang sangat terbatas ini menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Senator Dato Dr. Nuing anak Jeluing, Yang Berhormat Senator Puan Noorita binti Sual dan Yang Berhormat Tuan Abun Sui Anyit mengenai isu-isu pelaksanaan Program Bekalan Air Luar Bandar di Wilayah Sabah dan Sarawak.
Bagi tahun hadapan sebagai jawapannya sebanyak 17 projek baharu dan 53 projek sambungan termasuk Projek BALB, Bekalan Air Luar Bandar Alternatif telah diluluskan di bawah Program Bekalan Air Luar Bandar di Sarawak dengan peruntukan berjumlah RM152.5 juta. Manakala sebanyak 64 projek sambungan dan 14 projek baharu telah diluluskan di bawah Program Bekalan Air Luar Bandar di Sabah dengan peruntukan sejumlah RM140.86 juta bagi tahun 2024.
Selain daripada itu dibangkitkan juga soal berkenaan dengan Orang Asli dan saya dapati JAKOA telah menyediakan jawapan yang cukup tebal. Jadi, saya akan memberikan jawapan ini kepada Yang Berhormat Senator Dato’ Ajis bin Sitin dan Yang Berhormat Senator Tuan Manolan bin Mohamad yang sangat prihatin terhadap Orang Asli. Saya ingin beri jaminan kepada Orang-orang Asli di seluruh negara insya-Allah di bawah pentadbiran Kerajaan Madani dan KKW yang saya juga turut nakhodai, saya memberikan keprihatinan yang utama kepada Orang-orang Asli di seluruh negara ini...
[Tepuk] Antaranya menerusi Belanjawan Madani, kerajaan memperuntukkan RM333 juta kepada komuniti Orang Asli. Peruntukan tersebut mencakupi peruntukan pembangunan dan mengurus bagi pelaksanaan projek pembangunan sosioekonomi, prasarana di perkampungan Orang Asli dan pemberian bantuan sosial kepada masyarakat Orang Asli.
JAKOA telah mendapat kelulusan peruntukan pembangunan bagi pelaksanaan projek- projek pembangunan di perkampungan Orang Asli dan juga melibatkan 1,930 bilangan projek dengan peruntukan berjumlah RM153.55 juta.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Saya ingin menyebutkan di Dewan yang mulia ini Tan Sri Yang di-Pertua , tahun lalu, mereka menyasarkan pada tahun 2023, seramai 300 orang anak-anak Orang Asli masuk ke universiti. Pencapaiannya 353 orang. Ini satu pencapaian yang baik. Saya telah memberitahu dengan Ketua Pengarah JAKOA, tahun depan saya mahu 400 orang anak- anak Orang Asli masuk ke universiti. Saya yakin mereka akan dapat mencapai lebih daripada 400. Ini komitmen.
Ketua Pengarah yang baharu, seorang wanita besi yang, yang datang daripada masyarakat Orang Asli, kakanda beliau iaitu Timbalan Speaker Dewan Rakyat. Jadi, kedua-duanya satu kombinasi yang baik di mana saya lantik juga beliau tanpa gaji untuk menjadi penasihat pada Jabatan Orang Asli (JAKOA). Yakinlah, insya-Allah, dalam masa 57 saat ini, saya akan menghabiskan semua soalan.
Saya amat berpuas hati kepada Ahli-ahli Dewan Negara ini di mana ada satu sahaja persoalan iaitu Senator Tuan Abun Sui Anyit yang bertanya mengenai dengan JPKKP atau JKKK. Saya ingin sebutkan bahawa 1 Januari insya-Allah, pelantikan baharu di seluruh negara akan dibuat. Cuma, keistimewaan untuk Sarawak, bukan JPKKP. Hanya Sarawak sahaja kita kekalkan JKKK. Ini keistimewaan untuk Sarawak ini. Insya-Allah. Kita akan selesaikan walaupun mungkin ada sedikit-sedikit permasalahan daripada segi pembahagian dan sebagainya. Namun, kita akan lakukan...
Tuan Manolan bin Mohamad
Tan Sri Yang di-Pertua boleh mencelah sikit?
Datuk Razali bin Idris
Saya tanya sikit boleh.
Tuan Yang di-Pertua
Bagi Yang Berhormat dulu.
Tuan Manolan bin Mohamad
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri. Sebelum...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, tunggu kejap ya. Yang Amat Berhormat, minta maaf sekejap.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan yang mulia ini, mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Dato' Ustaz Haji Mohd Nor Hamzah, Yang di-Pertua Dewan Negeri Terengganu, Yang Berhormat Haji Khazan bin Che Mat, Timbalan Yang di-Pertua Negeri Terengganu serta delegasi daripada Dewan ini. Moga-moga dengan kunjungan Yang Berhormat Dato’ dan delegasi Parlimen Malaysia mengukuhkan hubungan dua hala antara Dewan Undangan Negeri dan Dewan Negara khususnya...
[Tepuk] Sila Yang Berhormat.
Tuan Manolan bin Mohamad
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri. Boleh- jawapan, ya memang banyak soalan saya dalam perbahasan tempoh hari. Mungkin Yang Amat Berhormat Menteri tak sempat baca, tak sempat jawab, tetapi saya minta untuk jawapan bertulislah, tetapi sebelum itu, saya nak jawapan secara lisan supaya kita boleh dengar berkenaan dengan Skim Bantuan Galakan Pendidikan. Kalau boleh Yang Amat Berhormat Menteri boleh mencadangkan- eh, boleh memberi jawapan sama ada adakah Skim Bantuan Galakan Pelajaran ini boleh ditambah ataupun tidak kepada pelajar-pelajar Orang Asli ini? Terima kasih Tan Sri.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Tan Sri Yang di-Pertua, soalan panjang. Jawapannya boleh...
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
[Ketawa]
Datuk Razali bin Idris
Saya, saya ada satu. Boleh?
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Datuk Razali bin Idris
Okey, terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Soalan saya berkaitan dengan JPKKP. Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri tersebut JPKKP. Jadi, apakah signifikannya penubuhan JPKKP di negeri seperti Terengganu? Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Tan Sri Yang di-Pertua, JPKKP adalah jawatan yang diwujudkan bagi negeri-negeri yang di luar daripada Kerajaan Perpaduan.
Ini, kita wujudkan kerana bagi negeri-negeri yang diperintah oleh Kerajaan Perpaduan, kita menggunakan pendekatan melalui State Development Officer (SDO), dengan izin.
Manakala untuk negeri-negeri yang Terengganu, Yang di-Pertua ada di sini. Kita akan gunakan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).
Jadi, temanya sama. Termanya juga sama tetapi kita akan lakukan dengan kaedah yang terbaiklah ya dan kita dalam memberikan layanan kepada rakyat keseluruhannya, kita buta warna ya. Ingat itu.
Saya umpamanya, saya juga Tan Sri Yang di-Pertua, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Negara, tetapi apabila NADMA memberikan peruntukan kepada kerajaan negeri tertentu, peruntukan bila turun ke bawah ini hanya satu warna sahaja dia bagi.
Warna yang berlainan tak nak bagi. Saya fikir itu tidak adil.
Lakukanlah yang terbaik, yang penting rakyat keseluruhannya. Kita punya target, kita punya sasaran iaitu rakyat.
Rakyat yang sengsara terutama yang ditimpa banjir dan sebagainya. Mereka memerlukan bantuan. Mereka memerlukan layanan yang saksama. Jangan bezakan kerana kita mempunyai warna yang berbeza-beza...
[Tepuk] Tan Sri Yang di-Pertua, dengan tidak berhasrat untuk duduk semula di Dewan Negara ini...
[Ketawa] Saya pernah duduk sebagai Ahli Dewan Negara selama tiga tahun, satu penggal dan kalau saya berhasrat untuk kembali, saya mempunyai tiga tahun lagi...
[Ketawa] Untuk berada di sini.
Namun, saya tidak berhasrat untuk menjadi Ahli Dewan Negara semula. Terima kasih.
*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
[Tepuk]*
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Yang di-Pertua, masih adakah ruang satu soalan lagi?
Tuan Yang di-Pertua
[Ketawa] Yang Berhormat, Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri dah habis dah Yang Berhormat...
[Ketawa] Itulah lambat sangat...
[Ketawa]
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Apa pun atas izin Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
[Ketawa] Sebenarnya terpegun tengok Timbalan Perdana Menteri itu. Itulah tak soal tadi.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Itu yang sebab nak soal itu Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Tak boleh ya?
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Amat Berhormat atas penggulungan tadi dan sekarang ingin saya menjemput dari Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi).
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Izin Tuan Yang di- Pertua. Bagi pihak Jabatan Perdana Menteri, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah menyertai perbahasan Belanjawan 2024 ini di peringkat dasar di Dewan Negara dan berbahas mengenai pelbagai isu.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menjawab beberapa isu yang telah pun dibangkitkan bagi pihak jabatan-jabatan dan agensi-agensi yang berikut iaitu Parlimen Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR), Jabatan Peguam Negara, Jabatan Audit Negara, Pusat Pencegahan Kewangan Nasional (NFCC), Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dan juga FELDA.
Datuk Yang di-Pertua, saya mohon rujuk kepada soalan yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Puan Susan Chemerai Anding yang memohon penjelasan untuk beberapa perkara. Pertamanya, apa perancangan kerajaan dalam memperkasakan lagi badan legislatif terutamanya Dewan yang mulia ini. Apa status terkini dan perancangan untuk Parliamentary Reform, dengan izin, seperti penggubalan the Parliamentary Services Act. Beliau juga telah pun bertanya sama ada kerajaan mempunyai perancangan untuk menambah jumlah Senator ataupun Ahli Dewan Negara sebagai usaha untuk memperkasakan Parlimen dan juga apakah perancangan kerajaan untuk menambah bilangan wanita menjadi Ahli Dewan Rakyat dan juga Ahli Dewan Negara.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Perpaduan berkomited dalam menggubal Akta Perkhidmatan Parlimen yang baru. Antara aspek yang dicadangkan oleh penggubalan akta ini ialah autonomi pentadbiran dan kewangan serta pewujudan satu Majlis Perkhidmatan Parlimen bagi merancang dan memantau pengurusan serta pentadbiran Parlimen Malaysia di bawah skim perkhidmatan yang baharu.
Beberapa sesi libat urus telah pun diadakan pada tahun ini bersama dengan Yang di-Pertua Dewan Negara, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Setiausaha Dewan Negara, Setiausaha Dewan Rakyat, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Kewangan, Jabatan Peguam Negara serta Bahagian Hal Ehwal Undang-undang bagi membincangkan beberapa ataupun perkara- perkara yang berkaitan dengan penetapan dasar serta pewujudan Akta Perkhidmatan Parlimen.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Berdasarkan makluman balas yang diterima khususnya daripada JPA, terdapat keperluan untuk penelitian lanjut berhubung aspek saraan dan pencen bagi pegawai- pegawai di bawah Skim Perkhidmatan Parlimen. Dalam hal ini, satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Ketua Setiausaha Negara akan diadakan dalam masa yang terdekat dengan pihak JPA, MOF dan juga Bahagian Hal Ehwal Undang-undang bagi membincangkan isu-isu yang berbangkit. Berikutan itu, Memorandum Jemaah Menteri yang lebih komprehensif akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri.
Kerajaan akan sentiasa memberikan penekanan dan perhatian kepada aspek kebajikan semua penjawat awam termasuk yang sedang berkhidmat di Parlimen. Biarpun agenda ini merupakan satu keutamaan kepada Kerajaan Perpaduan hari ini, namun ia mestilah mengambil kira keperluan dan kepentingan semua pihak yang terlibat secara menyeluruh.
Selain itu, kerajaan turut mengambil maklum dan cadangan Ahli Yang Berhormat untuk menambah jumlah Ahli Dewan Negara khususnya bilangan wanita.
Saya merujuk kepada soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Musoddak bin Ahmad yang mencadangkan agar dana dalam Akaun 1 NGO dapat dilepaskan bagi membantu rakyat Palestin tidak tertangguh dan dapat disampaikan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebarang tindakan pembekuan harta oleh SPRM adalah berdasarkan kepada undang-undang yang sedia ada yakni seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang memberi kuasa kepada sebuah agensi penguat kuasa untuk mengeluarkan perintah pembekuan harta mana-mana orang. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pada masa ini SPRM masih lagi menjalankan siasatannya dan kesemua akaun yang terlibat tidak boleh dinyahbekukan sewenang- wenangnya sehingga semua siasatan diselesaikan.
Merujuk kepada soalan Yang Berhormat Senator Datuk Lim Pay Hen yang mencadangkan beberapa perkara bagi memperkasakan peranan SPR seperti yang berikut. Pertamanya, supaya lantikan petugas SPR melalui kaedah permohonan terbuka kerana terdapat keluhan daripada para guru yang terpaksa menjadi petugas SPR sehingga mengabaikan tanggungjawab utama mereka di kelas kerana perlu menghadiri kursus SPR dan juga supaya peruntukan bagi pendidikan pengundi disediakan bagi memastikan pengundi muda lebih cerdik terhadap proses demokrasi negara.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, petugas pilihan raya yang dilantik oleh SPR adalah daripada kalangan anggota-anggota yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri yang dicadangkan oleh ketua jabatan dan termasuk juga daripada sektor swasta. Pelantikan petugas-petugas pilihan raya ini adalah penting dalam membantu SPR memastikan pengendalian perjalanan suatu pilihan raya berjalan dengan lancar dan juga sempurna.
SPR melalui Akademi Pilihan Raya (APR) telah melaksanakan Program Pendidikan Pengundi sejak tahun 2017 bertujuan supaya segenap lapisan masyarakat diberi kefahaman terhadap pentingnya demokrasi, aplikasi demokrasi melalui platform pilihan raya, proses pilihan raya yang dijalankan di Malaysia, tanggungjawab sebagai seorang pengundi dan implikasinya terhadap negara serta menjelaskan isu-isu dan cabaran yang sering dibangkitkan semasa pilihan raya diadakan.
APR melalui kerjasama pelbagai pihak seperti agensi kerajaan, pertubuhan- pertubuhan, persatuan-persatuan, badan-badan bukan kerajaan telah mempergiat pelaksanaan Program Pendidikan Pengundi khususnya kepada golongan anak muda sama ada di peringkat institusi pengajian tinggi, masyarakat dan komuniti, acara-acara kementerian atau jabatan dan pentauliahan kepada golongan pendidik mahasiswa untuk memberikan pendidikan dan kefahaman mengenai proses pilihan raya.
Seperti yang dinyatakan, konsep pendekatan kepada anak muda adalah berdasarkan kecenderungan anak muda yang berkaitan dengan aplikasi teknologi atau media sosial, pengaruh rakan sebaya dan keterlibatan mereka dalam proses pilihan raya sama ada di peringkat nasional ataupun institusi ataupun komuniti masing-masing.
Berhubung dengan cadangan untuk membuka ruang di sekolah dan di universiti untuk program-program pendidikan pengundi, APR terbuka serta sangat mengalu-alukan perkara ini kerana dapat menyebarluaskan lagi kefahaman mengenai proses pilihan raya di Malaysia khususnya kepada pelajar sekolah.
Pada masa ini, APR juga telah mengadakan kerjasama bersama Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) di bawah Kelab Malaysiaku dan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Program Kecemerlangan Murid. Program Pendidikan Pengundi melibatkan pelajar universiti juga telah dimulakan dan masih diteruskan sehingga kini di samping jalinan kerjasama strategik melalui memorandum persefahaman antara universiti awam dan SPR.
Menjurus kepada soalan Yang Berhormat Senator Tuan Haji Hussin bin Ismail, beliau memohon agar kerajaan menyemak semula tafsiran tiga batu nautika bagi tujuan bayaran royalti petroleum kepada negeri-negeri. Ini kerana Konvensyen Undang-undang Laut Antarabangsa 1982 telah menetapkan sempadan laut negara pesisir adalah sehingga 12 batu nautika.
Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan telah pun di saman oleh badan yang dikenali sebagai The Registered Trustees of Sabah Action Body Advocating Rights
(SABAR) melalui saman pemula nombor BKI24NCVC157-9/2023 di Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak yang saya difahamkan tarikh perbicaraannya adalah pada 29 Januari tahun depan.
Antara isu yang dibangkitkan oleh SABAR dalam kes tersebut iaitu isu kesahan dan pemakaian ataupun constitutionality, dengan izin, Akta Laut Wilayah 2012 [Akta 750] di negeri Sabah. Memandangkan kes tersebut dalam prosiding mahkamah, apa-apa perbincangan mengenai isu ini sudah tentunya merupakan sub judice Tuan Yang di- Pertua. Oleh yang demikian, perkara ini haruslah dibicarakan seperti yang saya katakan pada tarikh bicaranya adalah pada 29 Januari tahun depan.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Mohon mencelah sikit Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua. Bolehkah saya mendapatkan pengesahan bahawa Malaysia adalah juga menjadi ahli kepada United Nations Law of Sea Convention yang berlangsung pada tahun- sehingga pada hari ini. Terima kasih.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Seperti yang saya katakan Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, sama ada Malaysia merupakan ahli is it, kepada Konvensyen Undang-undang Laut Antarabangsa 1982, ia lah ahli tetapi seperti yang saya katakan tadi, isu yang dibangkitkan dalam kes di Sabah tersebut adalah berkenaan dengan sama ada Akta Laut Wilayah 2012 tersebut adalah sah atau tidak.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Oleh sebab terdapatnya isu berkenaan dengan tafsiran beberapa peruntukan dalam akta tersebut, yang juga mungkin bercanggah dengan konvensyen-konvensyen yang lain. So, itu adalah isu-isu yang merupakan life issues, dengan izin Tuan Yang di- Pertua, di dalam prosiding ataupun kes tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat, Malaysia telah pun menjadi parti kepada konvensyen tersebut sejak 1996.
Saya menjurus kepada soalan Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Vell Paari a/l Samy Vellu yang bertanya berkenaan dengan Jabatan Audit Negara, bagaimana JAN memastikan projek kerajaan dilaksanakan seperti yang dirancang tanpa sebarang ketirisan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi memastikan projek kerajaan dilaksanakan seperti yang dirancang tanpa sebarang ketirisan, Jabatan Audit Negara melaksanakan tiga jenis pengauditan iaitu pertamanya, pengauditan penyewa ataupun- minta maaf, pengauditan penyata kewangan. Kedua, pengauditan prestasi. Ketiga, pengauditan pengurusan syarikat kerajaan yang akan dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN).
Isu LKAN yang melibatkan ketirisan wang awam akan disusuli melalui mesyuarat Jawatankuasa Susulan Laporan Ketua Audit Negara (JSLKAN) yang diadakan setiap kali selepas pembentangan LKAN di Parlimen. Pelaksanaan Mesyuarat ini adalah bertujuan memastikan tindakan susulan diambil oleh kementerian dan jabatan berkaitan bagi menangani isu-isu yang telah dibangkitkan melalui laporan tersebut.
Yang Berhormat Senator Tuan Musoddak bin Ahmad juga telah pun mencadangkan agar pelan tindakan di pelbagai agensi berkaitan diselaraskan dan ingin tahu apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk mengatasi isu scammer dengan lebih spesifik.
Untuk makluman Yang Berhormat, salah satu pendekatan yang diambil oleh kerajaan dalam menangani jenayah penipuan atau scam yang semakin membimbangkan adalah dengan menubuhkan Pusat Respons Scam Kebangsaan ataupun, dengan izin, the National Scam Response Centre (NSRC) yang telah beroperasi sejak 12 Oktober tahun 2022 yang menggabungkan kerjasama daripada pihak PDRM, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) dan disokong oleh institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi.
Secara umumnya, fungsi NSRC adalah untuk mengambil tindakan penguatkuasaan yang menyeluruh bagi memerangi kesalahan penipuan kewangan atas talian termasuk menjejaki dana ataupun, dengan izin, fund tracing. Usaha yang dilaksanakan ini berupaya menyekat pengaliran dan pelupusan hasil penipuan termasuk mengesan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perlakuan kesalahan ini. Menerusi kerjasama ini, beberapa langkah yang diambil oleh jabatan ataupun agensi kerajaan adalah seperti yang berikut.
Pertamanya oleh PDRM dalam menyediakan perkhidmatan portal SemakMule bagi membolehkan masyarakat membuat semakan nombor akaun bank dan nombor telefon yang terlibat dengan siasatan pihak polis. Selain itu, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) turut menyediakan perkhidmatan CCID Infoline iaitu 013-2111222 untuk masyarakat menyalurkan maklumat berkaitan penipuan dan jenayah komersial. JSJK juga telah mewujudkan platform media sosial iaitu di Facebook, Instagram dan TikTok serta JSJK PDRM serta Cyber Crime Alert untuk menyampaikan maklumat dan info semasa mengenai scam. Selain daripada itu, PDRM juga telah pun menjalankan usaha sama dengan agensi swasta dari sudut mengenal pasti nombor-nombor telefon yang telah pun disenaraikan sebagai scammers oleh pihak penguat kuasa. Juga, telah pun terdapat pelaksanaan kempen-kempen kesedaran masyarakat secara berterusan dan pelbagai.
PDRM melalui JSJK turut bekerjasama dengan syarikat Dream Film bagi menyampaikan mesej mengenai jenayah penipuan melalui anti-scam. Daripada segi contribution Bank Negara Malaysia, BNM telah melaksanakan beberapa langkah kawalan dan standard di mana ia terpakai kepada semua pelanggan termasuk terhadap pelanggan yang dikategorikan sebagai risiko tinggi seperti warga emas. Sehingga Jun 2023 ini, semua bank utama telah melaksanakan lima langkah utama yang telah diumumkan seperti berikut.
Pertamanya, mempercepatkan peralihan daripada penghantaran kata laluan sekali sahaja ataupun one time password (OTP) melalui sistem pesanan ringkas (SMS) kepada kaedah pengesahan yang lebih kukuh bagi transaksi dalam talian yang berkaitan dengan pembukaan akaun, pemindahan dana dan pembayaran serta pertukaran maklumat peribadi dan penetapan akaun ataupun account settings. Keduanya, memperketat peraturan pengesanan penipuan dan sekat transaksi yang disyaki terlibat dengan aktiviti penipuan kewangan.
Ketiga, mengenakan tempoh bertenang ataupun cooling-off period untuk pendaftaran kali pertama bagi perkhidmatan perbankan dalam talian ataupun peranti yang selamat ataupun secure device. Keempat, mengehadkan pelanggan kepada hanya satu peranti sahaja untuk pengesahan transaksi perbankan dalam talian.
Kelima, menyediakan talian hotline khusus untuk pelanggan melaporkan kes penipuan dalam talian melibatkan akaun bank mereka dan meningkatkan tahap respons ke atas laporan yang dibuat.
Di samping itu, BNM juga turut menguatkuasakan mekanisme kill switch bagi membolehkan pengguna mengambil tindakan segera untuk membekukan akaun mereka sendiri sekiranya terdapat aktiviti yang mencurigakan. Institusi kewangan juga akan terus meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pengetahuan keselamatan siber bagi melindungi diri mereka daripada penipuan kewangan melalui pelbagai saluran seperti media penyiaran TV dan radio, media cetak, media sosial, SMS dan e-mel.
Berkenaan dengan SKMM, penglibatan SKMM meliputi aspek bantuan teknikal berhubung siasatan, analisa dan tindakan lanjut oleh agensi-agensi penguatkuasaan, memberikan maklumat bagi membantu mengenal pasti penjenayah, menjalankan analisis forensik digital, melaksanakan tindakan sekatan berdasarkan peruntukan di bawah kesalahan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998...
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Mohon mencelah Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Ya.
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Boleh?
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Ya.
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Memang saya nak sikit penjelasan daripada Timbalan Menteri mengenai kill switch yang memanglah dilaksanakan oleh kerajaan. Kebanyakan negara-negara, mereka jika ada kesalahan daripada segi aktiviti itu, kemungkinan itu memberikan saman sahaja, tetapi di negara kita, kita mengambil tindakan kill switch. Adakah tindakan ini daripada segi undang-undang itu adalah to be fair to the rakyat, terutamanya kepada pembeli-pembeli tiket kepada konsert itu? Terima kasih.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Seperti yang saya katakan tadi Tuan Yang di-Pertua, mekanisme kill switch ini adalah satu, is a cautions mechanism, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, bagi tujuan membolehkan pengguna mengambil tindakan segera untuk membekukan akaun mereka sekiranya terdapat apa-apa aktiviti yang mencurigakan. Jadi, itu lah satu perkara yang terbuka kepada pemegang akaun sendiri.
In other words, it does not interfere with any other akaun-akaun pihak orang yang lain.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Jadi, daripada segi undang-undang tiada apa-apa masalah sekiranya seorang pemegang akaun sendiri ingin mematikan akaun mereka melalui mekanisme kill switch ini. Jadi, ini tiada kena mengena mengenai konsert atau sebagainya seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Ia khususnya untuk melindungi seorang pemegang akaun sendiri.
Saya tadi- berkenaan dengan NFCC. NFCC telah menerajui penubuhan NSRC yang telah mula beroperasi pada 12 Oktober 2022 yang lepas. Keberkesanan NSRC dapat dilihat di mana daripada Oktober 2022 sehingga 30 Oktober 2023, sebanyak 58,980 panggilan telah diterima oleh NSRC merangkumi laporan kes-kes penipuan dan khidmat nasihat kepada orang ramai. Seperti yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa pembentangan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, peruntukan kepada NSRC bagi tahun 2024 telah ditingkatkan daripada RM10 juta kepada RM20 juta.
Peningkatan dalam jumlah peruntukan ini mencerminkan pendirian yang teguh kerajaan dalam membanteras jenayah scam. Selain itu, bagi memantapkan lagi usaha kerajaan dalam memerangi jenayah ini yang semakin kompleks, NSRC sedang meneliti beberapa peruntukan undang-undang sedia ada yang perlu dipinda termasuk Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001, Kanun Keseksaan dan juga Kanun Tatacara Jenayah.
Berkenaan dengan MITRA, Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Vell Paari a/l Samy Vellu dan juga Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Nelson a/l Renganathan memohon agar kerajaan mempertimbangkan tambahan peruntukan untuk MITRA.
Untuk makluman Yang Berhormat, unit MITRA telah memanfaatkan sepenuhnya peruntukan berjumlah RM100 juta bagi tahun 2023. Daripada RM100 juta telah diperuntukkan tersebut, sebanyak RM83.49 juta telah selesai disalurkan setakat 6 Disember 2023. Manakala, bakinya dalam tindakan pemprosesan pembayaran.
Sehubungan itu, kerajaan mengambil maklum akan cadangan Ahli Yang Berhormat dalam hal ini.
Saya merujuk kepada soalan-soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Mohd Hisamudin bin Yahaya dan juga Yang Berhormat Senator Datuk Seri Hajah Zurainah binti Musa berkenaan dengan yang memohon DBKL untuk menyatakan perancangan untuk menyediakan unit rumah sewa untuk menampung permintaan semasa dan berapakah unit rumah PPR baharu yang akan dibina.
Untuk makluman Yang Berhormat, perancangan untuk membina atau mendirikan perumahan awam atau Program Perumahan Rakyat (PPR) adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan ataupun KPKT.
Namun begitu, bagi menangani isu penempatan dan perumahan, DBKL telah memulakan projek perumahan yang dikenali sebagai Rumah Majlis ataupun Council Homes berkeluasan minimum 750 kaki persegi seunit di atas tapak-tapak milik DBKL untuk disewakan kepada warga Kuala Lumpur yang berkelayakan pada kadar sewaan yang lebih rendah berbanding kadar pasaran untuk satu tempoh sewaan tertentu. Pada tahun 2022, Council Homes di Sungai Udang Segambut di Kuala Lumpur telah siap dibina.
Council Homes ini menawarkan sebanyak 1,251 unit kediaman untuk disewa. Selain itu, terdapat tiga lagi projek Council Homes yang sedang dibina iaitu:
(i) di Jalan Selimang, Bandar Tun Razak iaitu sebanyak 702 unit;
(ii) Bandar Baru Sentul sebanyak 168 unit; dan
(iii) Taman Desa Puteh sebanyak 1,175 unit.
Selain itu, dalam hal ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada pertengahan tahun ini telah turut memperkenalkan konsep Kejiranan Madani di ibu negara bagi membantu dalam penempatan kumpulan...
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Sekejap. Konsep Kejiranan Madani di ibu negara bagi membantu dalam penempatan kumpulan berpendapatan pertengahan M40, B40 dan rentan miskin di Kuala Lumpur. Ya, teruskan.
Datuk Mohd Hisamudin bin Yahaya
Mohon mencelah Tan Sri Yang di-Pertua.
Mengenai Council Homes yang diperkatakan tadi. Saya bertanya adakah ia untuk disewa kepada warga kota kerana kalau kita tahu redevelopment yang kita buat iaitu rumah- rumah yang kita sewa, rumah-rumah yang kita beli.
Jadi, saya nak tahu stok ini. Berapa banyakkah stok yang kita tinggal? Berapa banyakkah rumah yang kita nak bina untuk ganti stok? Itu persoalan saya. Maknanya kita dah robohkan rumah, berapa rumah yang ganti kita nak bagi balik? Sebab saya tengok jumlahnya tidak setara dengan jumlah yang dirobohkan dengan yang nak diganti yang you cakap- yang Yang Berhormat Timbalan Menteri cakap, jumlah itu adalah tak sama dengan yang dirobohkan. Kita mahu lebih sebab kita kena lihat bahawa proses permohonan untuk rumah PPR ini masih lagi backlog 60,000.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Apa yang saya bagi tahu tadi adalah figures yang telah pun diberikan iaitu seperti yang saya katakan tadi tiga projek Council Homes di Sungai Udang iaitu 1,251 unit, 702 unit di Bandar Tun Razak, 168 unit di Bandar Baru Sentul, dan Taman Desa Seputeh sebanyak 1,175 unit. Data yang telah pun ditanya oleh Yang Berhormat, kami akan memberi jawapan secara bertulis.
Boleh saya just habiskan Tuan Yang di-Pertua, ada banyak lagi tapi mungkin saya boleh habiskan satu topik yang terakhir.
Tuan Yang di-Pertua
Berapa minit boleh?
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Mungkin just dua minit.
Tuan Yang di-Pertua
Boleh Yang Berhormat.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Saya akan- I’ll take satu persoalan pendek.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Saya merujuk soalan Yang Berhormat Senator Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol yang bertanya, apa hala tuju Perbadanan Kemajuan Tanah seperti FELDA akibat daripada keperluan pematuhan kepada, dengan izin, European Union’s Deforestation Regulation (EUDR).
Untuk makluman Yang Berhormat, peraturan EUDR ini tidak terpakai bagi ladang- ladang lot FELDA dan peneroka kerana FELDA tidak lagi meneroka hutan-hutan baharu untuk dijadikan ladang sawit sejak 1990. Peraturan EUDR hanya melibatkan tanah-tanah yang dibersihkan mulai 1 Januari 2021. Perkara ini telah dijelaskan oleh Kedutaan Kesatuan Eropah di Malaysia pada 11 Mei 2023.
Saya rasa Tuan Yang di-Pertua itu sahaja, yang lain saya akan beri secara bertulis.
Datuk Mohd Hisamudin bin Yahaya
Tuan Yang di-Pertua, mohon mencelah.
Satu lagi soalan saya yang penting yang ingin ditanya oleh warga kota. Adakah pihak kerajaan atau pihak Bandaraya bersedia untuk memperkenalkan Skim Subsidi Kota?
Ini kerana kita tahu bahawa DBKL ini dah memperkenalkan satu skim subsidi yang baik untuk kakitangan dia atas inisiatif Datuk Bandar. Jadi, saya memohon agar pihak kerajaan memperluaskan lagi aktiviti seperti ini di rumah-rumah PPR untuk semua rakyat Kuala Lumpur menikmati diskaun-diskaun yang tertentu.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Saya memangnya mempunyai jawapan untuk soalan tersebut, tapi itu akan mengambil quite masa yang lama. Jadi, saya boleh memberi secara bertulis.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat kata tadi boleh jawab cara bertulis.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Yes. Memang ada jawapan...
Tuan Yang di-Pertua
Ya. Baik, baik.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Akan tetapi, it will take a long time...
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Jadi, saya akan membuat secara bertulis.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Terima kasih Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan sekarang saya menjemput Menteri Hal Ehwal Agama. Sila Yang Berhormat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Saya memulakan ucapan penggulungan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 ataupun Rang Undang-undang Perbekalan ini dengan memetik sepotong ayat Al-Quran daripada Surah Al-Baqarah ayat yang ke-126... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Bermaksud, “Dan ingatlah, ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata, Wahai Tuhanku, jadikanlah negeri yakni Mekah ini negeri yang aman sentosa dan berikanlah rezeki dari berbagai-bagai jenis buah-buahan kepada penduduknya iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka. Allah berfirman, permohonan mu itu diterima, tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar, maka akan Aku beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara di dunia, kemudian Aku memaksanya dengan menyeretnya ke azab neraka dan itulah seburuk- buruk tempat kembali”. Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan semua Ahli Yang Berhormat Senator yang telah membahaskan isu-isu di bawah hal ehwal agama sepanjang tempoh Rang Undang-undang Perbekalan 2024 di Dewan Negara pada kali ini.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, seramai lapan Ahli Yang Berhormat Senator telah mengambil bahagian dan membahaskan pelbagai isu yang berkaitan dengan hal ehwal agama. Tan Sri Yang di-Pertua, saya mulakan dengan isu berkaitan dengan pembangunan wakaf.
Yang Berhormat Senator Datin Hajah Ros Suryati binti Alang mohon kerajaan memaklumkan mengenai status pembangunan semula tanah wakaf di Pulau Pinang dan apakah projek yang dirancang di atas tanah-tanah wakaf ini menerusi peruntukan RM500 juta pinjaman mudah seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2024.
Kerajaan Persekutuan pada bulan April 2023 telah bersetuju menyediakan pinjaman mudah berjumlah RM200 juta untuk pembangunan semula tanah-tanah wakaf di Pulau Pinang dengan melaksanakan projek-projek perumahan. Antara projek yang akan dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan Wakaf Pulau Pinang yang turut melibatkan beberapa buah syarikat korporat adalah seperti berikut.
Yang pertama, pembinaan pangsapuri mampu milik berjumlah 120 unit di atas Lot 2164 yang dahulu dikenali sebagai Lot 530, Mukim 4 Permatang Tok Kandu, Seberang Prai Tengah. Usaha sama dengan WPP Joint Development Sdn. Bhd. dengan anggaran kos berjumlah RM37.08 juta. Projek ini dijangka bermula pada bulan Mei 2024 dan dijadualkan siap insya-Allah pada bulan Mei 2027.
Yang kedua, pembangunan pangsapuri mampu milik berjumlah 320 unit di atas Lot 818 dan 819, Mukim 4 Seberang Jaya, Seberang Prai Tengah. Usaha sama dengan WPP Joint Development Sdn. Bhd. dengan anggaran kos berjumlah RM95.68 juta. Projek ini dijangka bermula insya-Allah pada bulan Jun 2024 dan dijadualkan siap pada bulan Jun 2027.
Yang Berhormat Senator Datuk Hisamudin bin Yahaya ingin tahu apakah perkembangan terbaharu bagi pembinaan Surau Al-Ittifaqiyyah di Presint 8, Putrajaya.
Untuk makluman Yang Berhormat, dana wakaf bagi pembinaan Surau Al-Ittifaqiyyah Presint 8, Putrajaya yang dianggarkan sebanyak RM4.5 juta kini masih dalam tindakan kutipan.
Pencapaian terkini bagi kutipan wakaf bagi pembinaan surau tersebut sehingga 4 Disember 2023 adalah sebanyak RM473,001 ataupun 10.5 peratus daripada sasaran kutipan. Kelulusan lanjutan tempoh kutipan telah diberikan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kepada Jawatankuasa Surau Ittifaqiyyah sehingga 30 Jun 2024. Isu yang kedua Tan Sri Yang di-Pertua..
Datuk Mohd Hisamudin bin Yahaya
Mohon mencelah Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Datuk Mohd Hisamudin bin Yahaya
Mengenai surau saya ini, di Putrajaya.
Pada tahun 2018, pihak MAIWP telah luluskan 100 peratus ditanggung oleh pihak MAIWP.
Lepas itu kita buat satu formula baru, surau kena cari 60 percent, 40 percent daripada MAIWP. Jadi, isunya sekarang ini Yang Berhormat Menteri, 60 percent yang kita nak cari ini, suruh rakyat cari ini, ahli-ahli kariah cari ini jumlah yang amat besar kerana kami ini merupakan kaki tangan awam.
Untuk mencari 60 percent tu adalah amat sukar. Itu sebab kalau kita tengok jumlah kutipan ni dah beberapa tahun dah. Daripada 2018, dari zaman 22 bulan PH, daripada PN atau Perikatan Nasional dan sampai hari ini masih tak bergerak-gerak lagi.
Tapaknya masih kosong lagi.
Saya jemputlah Menteri Agama ni bersama dengan kakitangan MAIWP untuk tengok tapak tu sendiri, supaya dapat melihat apakah masalah rakyat yang tinggal di Presint 8 ini yang melibatkan 1,200 orang- kariah ini dapat kita selami apakah masalah mereka sebenarnya. Saya berharap agar pihak MAIWP di bawah Menteri baru ni dapatlah kembalikan balik 100 peratus tu. Kita boleh bantu rakyat di situ.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Senator Datuk Hisamudin. Insya-Allah, nanti saya akan turun bersama-sama dengan Yang Berhormat ke tapak tersebut dan saya bawa sekalilah dengan CEO MAIWP...
[Tepuk] Insya-Allah. Isu yang kedua Tan Sri Yang di-Pertua, berkaitan dengan pengurusan haji. Yang Berhormat Senator Datuk Haji Mustafa bin Musa mencadangkan agar kerajaan menstrukturkan semula agihan hibah dan pemberian bantuan subsidi haji kepada pendeposit Tabung Haji agar kos mengerjakan haji yang lebih adil dan pulangan hibah kepada pendeposit yang belum menunaikan haji lebih tinggi.
Selain itu, Yang Berhormat juga memohon penjelasan, sejauh mana Tabung Haji merangka pelan pelaburan rosot nilai dan risiko peniagaan agar pemberian hibah dapat ditingkatkan dan sentimen pendeposit ke atas keupayaan dan kredibiliti pengurusan Tabung Haji dapat diperbaiki. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas cadangan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat.
Sebagai makluman Dewan yang mulia ini, pada tahun 2022, Tabung Haji telah melaksanakan pemberian bantuan kewangan haji secara bersasar mengikut kategori jemaah haji Muassasah dalam kumpulan B40 dan bukan B40. Bantuan ini dibiayai sepenuhnya oleh Lembaga Tabung Haji melalui pendapatan pelaburannya.
Tabung Haji akan meneruskan bantuan kewangan haji bagi membantu jemaah haji Muassasah yang menunaikan haji buat pertama kali dan kurang pendapatan untuk mencukupkan perbelanjaan tunai haji mereka. Ini adalah bersesuaian peranan Tabung Haji mentadbir semua urusan berkaitan pengendalian dan kebajikan jemaah haji Malaysia.
Oleh itu, dasar penetapan kadar bayaran haji secara bersasar yang diperkenalkan pada musim haji 2022 Masihi lepas akan diteruskan untuk musim haji pada tahun 2024 yang akan datang. Tabung Haji juga akan meneruskan inisiatif bantuan kewangan haji secara bersasar ini dari tahun ke tahun kepada golongan yang paling memerlukan, selaras dengan hasrat kerajaan untuk menstrukturkan semula subsidi secara bersasar. Bantuan kewangan haji dan agihan keuntungan sebagai pulangan kepada pendeposit mempunyai hubungan yang bertentangan. Agihan keuntungan tertakluk kepada pendapatan pulangan pelaburan serta kedudukan ekonomi semasa.
Bagi isu kelestarian dan kemapanan Tabung Haji pula, perkara ini menjadi keutamaan institusi negara dan ia merupakan objektif utama Pelan Transformasi Strategik 2022-2024 iaitu pelan tiga tahun yang dinamakan HIJRAH24.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Pelan ini telah dilancarkan pada bulan April 2022 bertujuan untuk meneruskan usaha pengukuhan Tabung Haji selaras dengan mandat penubuhannya untuk menguruskan simpanan umat Islam yang mahu menunaikan ibadat haji. Hijrah24 mengandungi 24 inisiatif yang akan dilaksanakan secara bersama oleh seluruh warga Tabung Haji sepanjang tiga tahun bermula tahun 2022 sehingga tahun 2024 berdasarkan lima teras utama iaitu:
(i) pengurusan haji yang cemerlang;
(ii) menjana pulangan dan lebihan aset yang berpatutan dan mampan;
(iii) meningkatkan simpanan yang stabil melalui perkhidmatan yang baik, beramanah dan mesra pelanggan;
(iv) memupuk dan membangunkan modal insan terbaik, best in class, dengan izin; dan
(v) menerapkan prinsip Maqasid Syariah sebagai objektif utama melalui tadbir urus yang baik.
Alhamdulillah Tuan Yang di-Pertua, hasil usaha keras semua warganya kedudukan kewangan Tabung Haji terus kekal kukuh. Bagi tiga tahun berturut-turut sejak tahun 2020, Tabung Haji telah mengumumkan kadar agihan keuntungan melebihi kadar simpanan 12 bulan perbankan Islam dan keuntungan tersebut diagihkan setelah dilunaskan zakat bagi pihak pendeposit-pendeposit.
Saiz deposit juga telah meningkat kepada hampir RM89 bilion pada 31 Oktober 2023 daripada RM74 bilion pada akhir tahun 2018, mencerminkan keyakinan tinggi masyarakat terhadap institusi haji negara.
Selari dengan mandat penubuhannya, Tabung Haji komited untuk memastikan dana pendeposit kekal selamat dan dilindungi dalam jangka masa yang panjang. Tabung Haji akan berusaha untuk menjana pulangan yang stabil dan mampan sejajar dengan selera risiko pelaburannya.
Usaha ini perlu dilakukan dengan berhemah kerana persekitaran ekonomi dunia yang semakin mencabar dan tidak menentu. Tabung Haji akan meneruskan pendekatan pelaburan yang mampan dengan pengurusan kecairan dan risiko yang efektif berpandukan kepada alokasi aset strategik (SAA) yang menjadi paksi pelaburan dalam usaha meminimumkan kesan ketidaktentuan pasaran masa kini.
Tuan Yang di-Pertua, isu yang ketiga iaitu berkenaan dengan pemerkasaan undang-undang syariah. Berkaitan isu pemerkasaan undang-undang syariah ini, Yang Berhormat Senator Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof mohon agar kerajaan mengharmonikan undang-undang syariah dan undang-undang sivil berdasarkan Perlembagaan Persekutuan bagi mengelakkan salah faham dan kekeliruan di kalangan rakyat Malaysia.
Sebagai makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sentiasa menyokong dan meneruskan usaha untuk mengharmonikan undang-undang syariah dan undang-undang sivil bagi mengelakkan salah faham dan kekeliruan di kalangan rakyat Malaysia berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Pada masa ini, telah ditubuhkan satu Jawatankuasa Perundangan Islam Kebangsaan di bawah Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam yang mana objektif utamanya adalah untuk menambah baik, menyelaras dan menggalakkan penyeragaman undang- undang syariah antara negeri-negeri dan pengharmonian antara undang-undang syariah dengan undang-undang sivil bagi memastikan kedua-dua sistem perundangan dapat dimartabatkan dan saling lengkap melengkapi.
Manakala, Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Husain bin Awang mohon agar umat Islam dalam negara ini perlu mempertahankan undang-undang Islam dengan mengambil cakna terhadap setiap isu serta perihal berkaitan perundangan syariah, kesan- kesan serta implikasinya terutamanya kepada umat Islam.
Dalam konteks ini, kerajaan sentiasa mengambil berat akan isu-isu yang terkait dengan perundangan syariah. Program-program literasi dan penerangan berkenaan undang-undang Islam dan perkhidmatan perundangan syariah sentiasa dilakukan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan agensi-agensi lain sama ada secara fizikal, melalui siaran di media elektronik ataupun secara atas talian.
Komitmen kerajaan ini boleh dilihat di bawah Fokus 5; Pelan Transformasi Hal Ehwal Agama Menuju Malaysia MADANI ataupun Al-Falah 2023-2027 yang telah dilancarkan oleh Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama. Di bawah Pelan Al-Falah ini, beberapa program insya-Allah telah disenaraikan untuk dilaksanakan bagi tujuan memartabatkan perundangan dan kehakiman syariah.
Manakala Yang Berhormat Senator Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz mencadangkan supaya jawatankuasa khas yang telah diperakui oleh Majlis Raja-Raja dapat meminimumkan isu-isu berkaitan konflik antara undang-undang syariah dan sivil serta pertindihan kuasa autonomi negeri dan Persekutuan.
Untuk makluman Yang Berhormat Senator, berdasarkan Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Khas ini pada hari kelmarin iaitu 5 Disember 2023 telah dipersetujui bahawa jawatankuasa khas ini akan meneliti semua isu yang melibatkan konflik bidang kuasa antara Mahkamah Syariah dengan Mahkamah Sivil termasuklah isu-isu yang berkaitan dengan pertukaran agama ataupun conversion, dengan izin, harta, tuntutan hadhanah dan wasiat dan tidak terhad kepada isu bidang kuasa negeri dalam menggubal undang-undang jenayah syariah sahaja. Ini bagi memastikan penyelesaian yang menyeluruh dan komprehensif dapat dibuat oleh jawatankuasa khas ini terhadap semua isu yang melibatkan konflik bidang kuasa tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, ...
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Boleh minta sedikit?
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Menteri atas jawapan yang diberikan. Antara yang saya sebut dalam perbahasan semalam bahawa konflik di antara Mahkamah Sivil dan juga mahkamah di peringkat negeri Mahkamah Syariah ataupun undang-undang sivil dan syariah ini saya tidak fikir walaupun kita ucap tahniah atas usaha kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas ini tapi ia akan mengambil satu jalan yang panjang kerana sifat hukum Islam adalah sempurna dan menyeluruh. Bahkan akan ada undang-undang sivil yang dilihat bertentangan dengan undang-undang syariah. Maka akan kekal ada tekanan daripada umat Islam untuk memastikan penghakiman terhadap mereka umat Islam ini berlandaskan kepada undang-undang Islam.
Saya mahu cadangkan supaya selain daripada jawatankuasa untuk mengharmonikan tadi, boleh tak ataupun adakah kerajaan ada hasrat untuk melihat kepada undang-undang sivil itu sendiri yang dilihat bertentangan dengan undang-undang sedia ada dalam syariah. Lalu kita cuba pula supaya kerajaan mencadangkan supaya di peringkat sivil ini cuba pinda supaya undang-undang sivil dalam negara kita ini tidak dilihat bertentangan dengan undang-undang syariah. Apabila apa-apa yang bertentangan itu dipinda, ditambah baik sehingga umat Islam ini rasa selesa, sama ada nak pergi ke Mahkamah Syariah ataupun ke Mahkamah Sivil, mereka melihat bahawa ia adalah sama iaitu sudah diharmonikan dua undang-undang yang ada dalam negara kita ini. Terima kasih.
Dato’ Sri Ti Lian Ker
Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri bagi laluan? Tuan Yang di- Pertua, saya rasa daripada segi perundangan ini, landasan perundangan dan keutamaan priority the highest supreme law iaitu Perlembagaan. Jadi kalau kita hendak meminda undang-undang sivil untuk sesuai dengan syariah. Syariah is personal law. Kita tidak boleh ada percanggahan di mana kita menjadikan undang-undang syariah sebagai supreme law. Ini adalah bertentangan dengan Perlembagaan.
Parti PAS pun telah mengatakan kita akan mendukung dan mempertahankan peruntukan-peruntukan Perlembagaan. Kita kena ambil asas. Saya rasa jawatankuasa perlu melibatkan pakar-pakar perundangan selain daripada yang beragama Islam kerana daripada segi perspektif perundangan Perlembagaan. Kalau tidak, sekiranya ada wakil- wakil memberi pandangan daripada segi perspektif Islam, orang yang beragama Islam rasa susah, janggal untuk mengatakan sesuatu yang bertentangan...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, itu bukan masa berucap Yang Berhormat. Ini bertanya.
Dato’ Sri Ti Lian Ker
Ya saya cuma nak menjelaskan supaya Menteri mengambil maklum dan mengutamakan Perlembagaan. Sekian, terima kasih.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Sedikit Tuan Yang di-Pertua.
Saya hendak harmonikan. Minta penjelasan saya tadi. Oleh sebab itu, saya gunakan perkataan ‘harmoni’ supaya kita tahu bahawa undang-undang sivil ini kita boleh buat semua. Oleh sebab itu landasan kita merupakan akal kita, rujukan kita ada. So, ia tidak akan bertentangan dengan hukum syariat. Saya minta ia diharmonikan, bukan diubah. Itu soalan saya pada Menteri. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, saya ingat Menteri sudah faham Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri, kita dah sampai ke penghujung sesi pagi ini. Jadi Yang Berhormat Menteri ada 10 minit lagi. Boleh sambung tengah hari?
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Tuan Yang di-Pertua, kalau Tuan Yang di-Pertua sebab hendak membenarkan bagi peluang kepada Menteri-Menteri yang lain untuk jawab, kalau...
Tuan Yang di-Pertua
Time kita sebenarnya mengikut peraturan jam 1 ini saya tidak boleh sambung. Tidak ada kuasa, selepas jam 5 saya boleh sambung. Yang ini saya tidak boleh sambung. Jadi maknanya pukul 1 ini sudah habis.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Tak, untuk bagi saya bertulis Tuan Yang di-Pertua. Itu maksud saya itu. Jawapan ini secara bertulis yang...
Tuan Yang di-Pertua
Yang itu tadi?
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Yang lebih itu Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Kalau Yang Berhormat nak secara bertulis itu saya boleh bersetujulah ya. Okey Yang Berhormat, boleh beri jawapan secara bertulis tetapi saya ingat masih banyak persoalan-persoalan yang belum dijawab juga dalam itu. Ini termasuk ulasan-ulasan daripada Yang Berhormat dua orang tadi.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Saya akan masuk sekali Tuan Yang di-Pertua dalam bertulis nanti.
Tuan Yang di-Pertua
Ya masuk sekali. Okey, okey.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik Yang Berhormat.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi Dewan pada pagi ini kita tangguhkan hingga jam 2.30 petang nanti. Terima kasih Yang Berhormat.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Tuan Yang di-Pertua
[Datuk Wira Koh Nai Kwong mempengerusikan Mesyuarat]
Datuk Wira Koh Nai Kwong
Okey, kita sambungkan persidangan hari ini. Saya minta Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas). Sila YB.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong
Selamat tengah hari. Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Datuk Yang di-Pertua, saya ingin menyampaikan serangkap pantun untuk Ahli-ahli Yang Berhormat Senator pada petang ini.
Cahaya matahari menyilau mata, Rasa pedih berusaha menahan; Lafaz Madani pembuka kata, Penggulungan JPM saya selesaikan...
[Tepuk] ...Pada petang ini Saya ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat Senator yang telah terlibat sepanjang sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tahun 2024 ini, khususnya kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang membangkitkan isu-isu berkaitan Jabatan Perdana Menteri.
Secara umum Datuk Yang di-Pertua, kebanyakan persoalan dan tema perbahasan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, banyak berkaitan beberapa perkara teras dan amat mustahak untuk diberikan sedikit penjelasan. Beberapa isu teras yang dibangkitkan adalah seperti berikut:
(i) isu dan permasalahan berkaitan dengan pemerkasaan dan pengukuhan perkhidmatan awam;
(ii) segmen kedua yang turut menjadi perhatian ramai di kalangan Ahli Yang Berhormat Senator adalah isu-isu berkaitan dengan MA63 atau Perjanjian Malaysia 63;
(iii) turut menjadi isu penting mengenai keselamatan negara yang diusulkan adalah berkaitan sempadan dan pendatang tanpa izin; dan akhir Tuan Yang di-Pertua
(iv) terdapat juga soalan dan cadangan berkaitan dengan hal ehwal Bumiputera yang dibangkitkan di dalam Dewan yang mulia ini.
Dalam ruang masa yang terhad ini Tuan Yang di-Pertua, saya cuba memberikan penjelasan kepada beberapa isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Isu berkaitan dengan pemerkasaan pengukuhan pentadbiran awam. Yang Berhormat Senator Tuan Mohd Hasbie meminta perjelaskan perkara mengenai status kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
Untuk makluman Yang Berhormat, berikutan komitmen kerajaan dalam menjayakan kebajikan penjawat awam, kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam
(SSPA) sedang dilaksanakan dan akan disempurnakan pada pertengahan tahun 2024.
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam yang baru dijangka akan berkuat kuasa secara berfasa mulai tahun 2025.
Status terkini pelaksanaan kajian ini melibatkan soal selidik dan sesi libat urus bersama penjawat awam di kementerian, agensi dan kerajaan di dalam semua negeri. Ia bertujuan untuk memastikan keterlibatan semua penjawat awam meliputi semua skim perkhidmatan bagi mendapatkan input serta maklum balas daripada penjawat awam ke arah memantapkan kajian ini.
Sehingga 10 November 2023, sebanyak enam sesi libat urus melibatkan kelompok perkhidmatan kementerian, agensi serta 13 sesi libat urus di peringkat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, melibatkan kesemua negeri dan wilayah telah kita laksanakan. Selain itu, platform atas talian iaitu portal kerajaan SSPA menerusi pautan https://semakansaraan.jpa.gov.my juga telah dibangunkan bagi membolehkan penjawat awam mengemukakan cadangan, pembaharuan dan penambahbaikan. Sehingga 22 November 2023, sejumlah 43,460 orang responden telah mengemukakan sebanyak 109,520 cadangan menerusi portal kajian SSPA.
Laporan interim kajian SSPA dijangka akan dibentangkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada penghujung tahun ini. Yang Berhormat Senator Dr.
Lingeshwaran a/l Dato’ Seri R. Arunasalam mencadangkan agar JPA menubuhkan- satu Jawatankuasa Khas untuk mengkaji menempatkan penjawat awam yang berjauhan dengan keluarga dengan segera demi kesejahteraan penjawat awam dan mengurangkan ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, pertukaran pegawai diuruskan mengikut skim perkhidmatan pegawai di mana Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menguruskan pertukaran pegawai perkhidmatan guna sama, manakala pertukaran pegawai bukan guna sama pula diurus di peringkat kementerian masing-masing. Sebagai contoh, Skim Perkhidmatan Pendidikan diuruskan oleh peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia dan Skim Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan diuruskan di peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia.
Pada masa ini, urusan pertukaran pegawai awam akan melalui proses tertentu serta akan ditimbang dan diputuskan oleh sesebuah jawatankuasa. Sebagai contoh, bagi pertukaran pegawai perkhidmatan guna sama yang diurus oleh JPA, sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Mesyuarat- Search Committee akan membuat keputusan berkaitan perkara ini.
Selain itu, di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula diputuskan oleh Jawatankuasa Penempatan dan Pertukaran (JKPP) dan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), diputuskan oleh Jawatankuasa Pertukaran. Jawatankuasa dalam menimbang pertukaran yang dibuat atas permohonan pegawai, akan meneliti secara menyeluruh semua fakta dan berkaitan termasuk isu pasangan yang berjauhan dan pegawai yang berada di sesuatu kementerian atau jabatan dalam tempoh yang lama, khususnya di jawatan sensitif bagi mengelakkan isu ketirisan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong
Untuk menjawab Yang Berhormat Datuk Wira Dr. Mohd Hatta, mencadangkan kerajaan untuk membuat pusingan kerja bagi ketua-ketua jabatan, bagi memberikan ruang kepada pegawai-pegawai menimba ilmu yang baru di tempat kerja yang baru dan seterusnya mengelakkan berlaku ketirisan wang kerajaan.
Datuk Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, urusan pertukaran pegawai awam atau pusingan kerja bagi perkhidmatan awam, persetujuan telah diperuntukkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia, carian UP2.2.21 Panduan Pertukaran Pegawai Awam. Pertukaran atau pusingan kerja dilaksanakan bagi membantu memperkaya dan memperluaskan tugas pegawai iaitu job engagement and job enlargement.
Ia juga boleh menyumbang ke arah peningkatan produktiviti, menambah dan mempelbagaikan pengaturan dan pengalaman pegawai serta mencegah kemungkinan berlakunya penyelewengan penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah melaksanakan urusan penempatan atau pusingan kerja pegawai di Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dari semasa ke semasa mengikut keperluan perkhidmatan dan kesesuaian penempatan.
JPA turut mengeluarkan senarai penempatan atau pusingan kerja JUSA secara bulanan kepada umum dan boleh diakses di portal rasmi JPA di pautan https//www.jpa.job.my penjawat awam dan penempatan JUSA.
Isu-isu berkaitan perkhidmatan awam juga, Yang Berhormat Senator Dato’ Ajis bin Sitin mencadangkan agar kerajaan melantik lebih ramai Orang Asli yang berkelayakan untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Datuk Yang di-Pertua, bagi tempoh 2018 sehingga 2022, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah melantik seramai 370 orang calon Orang Asli di perjawatan tetap iaitu 0.44 peratus, berbanding pelantikan keseluruhan yang berjumlah 82,509 orang.
Komposisi Orang Asli berbanding jumlah keseluruhan penduduk Malaysia sehingga kini ialah sebanyak 0.64 peratus. Namun begitu, SPA hanya merupakan salah satu pihak berkuasa melantik bagi perkhidmatan awam di peringkat Persekutuan, yang meliputi 28.56 peratus daripada keseluruhan perjawatan awam perkhidmatan awam di Malaysia yang berjumlah 1.74 juta.
Terdapat lima pihak berkuasa melantik di peringkat Persekutuan yang telah diberi peranan dalam urusan pengambilan penjawat awam dalam perkhidmatan awam iaitu SPA, Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP), Suruhanjaya Persatuan Polis, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dan Majlis Angkatan Tentera.
Dalam dasar pengambilan dan pelantikan yang dilaksanakan oleh SPA, adalah berasaskan merit dan kompetensi seorang calon. Tiada penempatan sebarang kuota untuk sesuatu kaum atau etnik tertentu. Semua warganegara Malaysia, termasuklah Orang Asli mempunyai peluang yang sama, untuk dipertimbangkan dalam persaingan yang terbuka adil, they made open and fair competition.
Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, kementerian dan jabatan boleh memohon pelantikan calon daripada kalangan Orang Asli bagi mengisi jawatan berkenaan sekiranya ada keperluan khusus bagi sesuatu jawatan memerlukan perkhidmatan Orang Asli.
Sebagai usaha untuk menggalakkan masyarakat pelbagai kaum termasuk Orang Asli menyertai perkhidmatan awam, SPA sentiasa komited dalam melaksanakan pelbagai inisiatif secara berterusan seperti program Hari Kerjaya, Hari Bertemu Pelanggan, program outreach anjuran SPA dan jemputan agensi luar.
Pelaksanaan inisiatif-inisiatif ini dijayakan melalui kerjasama strategik bersama agensi yang mengurus hal ehwal masyarakat, termasuk Jabatan Kemajuan Orang Asli
(JAKOA). Antara program outreach yang melibatkan penyertaan Orang Asli iaitu seperti berikut. Program Karnival Belia Orang Asli 2.0, tahun 2013 pada 28 Februari dan 1 Mac 2023 di Bangi Selangor. Kedua, Pameran Kerjaya sempena Program Pemerkasaan Remaja Orang Asli peringkat negeri Selangor 2022 pada 12 November 2022 di Hospital Orang Asli, Gombak Kuala Lumpur.
Tujuan penglibatan SPA dalam program-program ini adalah untuk memberi akses, maklumat dan pendedahan kepada belia Orang Asli dalam pelbagai aspek terutamanya pendidikan, kemahiran dan peluang berkerjaya.
Yang Berhormat Senator Datin Hajah Ros Suryati binti Alang memohon agar kerajaan menggerakkan pembaikan kuarters-kuarters kerajaan, terutamanya di Kuala Lumpur yang telah lama dan usang serta menyegerakan pembinaan kuarters bagi kakitangan Parlimen. Tuan Yang di-Pertua, Jabatan Perdana Menteri Jabatan Perdana Menteri melalui Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) mengawal selia 2,728 unit kuarters guna sama di Kuala Lumpur.
Daripada jumlah ini, hanya terdapat 67 unit kosong pada masa ini yang kini sedang diperbaiki, manakala baki sedang diduduki oleh penjawat awam. BPH juga sedang dalam usaha menyegerakan kerja pembaikan kuarters-kuarters kerajaan, terutamanya di Kuala Lumpur dengan menyediakan tempoh keseluruhan proses daripada maksimum 116 hari kepada maksimum 80 hari sahaja, merangkumi satu, 30 hari proses pemeriksaan kerosakan unit kuarters, penyediaan jadual kadar kerja oleh JKR dan BQ, penyediaan laporan surcaj serta pengesyoran pembaikan. Yang kedua, 14 hari juga proses perolehan pelantikan kontraktor dan yang ketiga, 35 hari proses pembaikan.
Berkaitan perancangan bagi memenuhi keperluan kuarters kakitangan Parlimen, BPH kini sedang meneliti lokasi-lokasi yang sesuai dan menepati keperluan penjawat awam, termasuk untuk kakitangan Istana Negara dan Parlimen. Dalam pada itu, BPH juga sedang menjalankan inisiatif membuat kajian pasaran, mengenal pasti projek-projek perumahan swasta yang berpotensi untuk dibeli atau diambil alih. Langkah ini sebagai salah satu alternatif menangani isu pokok, kekurangan unit kuarters di Kuala Lumpur, berbanding permintaan. Walau bagaimanapun, penelitian lebih mendalam masih diperlukan, khususnya berkaitan tawaran harga dan fasiliti yang terbaik selain implikasi jangka panjang yang akan dihadapi oleh kerajaan.
Isu-isu berkaitan hal ehwal bumiputera Yang Berhormat. Yang Berhormat Senator Haji Mustafa ingin tahu mengenai Yayasan Pelaburan Bumiputera. Sejauh mana tata kelola operasi pengurusan risiko penempatan hak ROS, nilai pelaburan serta prestasi agihan dividen tahunan kepada pelabur lebih terjamin dan berbaloi.
Datuk Yang di-Pertua, sebagai syarikat pengurusan dana dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia atau SC, entiti operasi Yayasan Pelaburan Bumiputera PNB, dikawal selia oleh peraturan SC. Sebarang ketidakpatuhan kepada SC boleh mengakibatkan pengeluaran amaran serta denda atau penalti yang signifikan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong
PNB juga harus mematuhi pelbagai jenis garis panduan, Kod Etika Persekutuan Pengurusan Pelaburan Malaysia, YBP pula sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan ataupun company limited by guarantee yang dikawal selia oleh Akta Syarikat 2016. Sementara itu, pengurusan risiko dan prestasi harian dana terus dipantau rapi oleh pihak Lembaga Pemegang Amanah YBP serta Lembaga Pengurusan PNB melalui pelbagai mekanisme tadbir urus korporat yang di antaranya termasuk Jawatankuasa Pelaburan serta Jawatankuasa Pengurusan Risiko.
Sekarang saya pula kepada hal ehwal Sabah dan Sarawak. Banyak Yang Berhormat dari Sabah dan Sarawak.
Datuk Seri Hajah Zurainah binti Musa
Boleh saya mencelah, Dato’ Yang di- Pertua?
Datuk Wira Koh Nai Kwong
Sila.
Datuk Ugak anak Kumbong
Sikit kalau boleh.
Datuk Wira Koh Nai Kwong
Sila.
Datuk Ugak anak Kumbong
Terima kasih banyak. Tak apa.
Datuk Seri Hajah Zurainah binti Musa
Boleh?
Datuk Wira Koh Nai Kwong
Sila, sila.
Datuk Seri Hajah Zurainah binti Musa
Terima kasih. Saya ada soalan yang saya ada tanya baru-baru ini Yang Berhormat Datuk Yang di-Pertua mengenai jawatan tertinggi perkhidmatan awam, the four wise man, dengan izin, KSN, KPPA, KSP, KSU Ekonomi dan juga additional, KSU-KSU dan SUB-SUB. Bilakah agaknya akan diberikan peluang untuk kaum wanita memegang jawatan ini? Saya ingin pandangan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri mengenai situasi ini dan juga tindakan yang akan diambil supaya jawatan-jawatan tertinggi di perkhidmatan awam dipegang oleh kaum wanita.
Terima kasih.
Datuk Ugak anak Kumbong
Sasaran kerajaan kepada kaum wanita ialah 30 peratus. Setakat ini kaum wanita lebih dari 38.6 peratus.
Datuk Seri Hajah Zurainah binti Musa
Bukan jawatan KSU.
Datuk Ugak anak Kumbong
I mean dalam perjawatan itu. Jadi untuk KSU yang lain Yang Berhormat, saya ingat fakta tidak ada bersama saya. Jadi saya percayalah, saya percaya dengan kerajaan yang ada sekarang kita akan meningkatkan lagi dan kita mahu kesamarataan supaya lelaki dan wanita ini sama-sama mentadbirkan negara ini dengan adil dan juga terus maju kejayaan...
[Tepuk]
Datuk Seri Hajah Zurainah binti Musa
Kalau boleh the four wise man jawatan itu, masukkanlah seorang dua kaum wanita.
Datuk Ugak anak Kumbong
Kita ambil maklum Yang Berhormat.
Datuk Seri Hajah Zurainah binti Musa
Terima kasih.
Datuk Ugak anak Kumbong
Ahli-ahli Yang Berhormat, Senator Puan Susan Chemerai Anding ingin tahu status perbincangan berkenaan tuntutan pemberian khusus pada Sabah dan Sarawak dan pemberian status autonomi dalam aspek pendidikan dan kesihatan bagi menyempurnakan syarat khas dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan apakah garis masa yang diberi untuk pencapaian kata putus ini.
Untuk makluman Yang Berhormat, perkara tuntutan asas Perjanjian MA63 mengenai pendidikan dan kesihatan merupakan salah satu isu baharu yang dibincangkan dalam Jawatankuasa Teknikal di bawah Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi pada 18 Julai 2023.
Mesyuarat tersebut antara lain memutuskan supaya perkara ini perlu diteliti dan diselaraskan oleh Jawatankuasa Penyelarasan Khas yang dipengerusikan secara bersama oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan Yang Berhormat Menteri Kesihatan.
Lanjutan itu, Mesyuarat Penyelarasan MA63 mengenai isu pembangunan pendidikan dan kesihatan di negeri Sabah dan negeri Sarawak telah diadakan pada 28 Ogos 2023. Mesyuarat tersebut antara lain telah mencadangkan penubuhan dua Jawatankuasa Tindakan Bersama Pembangunan Pendidikan dan dua Jawatankuasa Tindakan Bersama Pembangunan Kesihatan yang melibatkan negeri Sabah dan Sarawak. Semua jawatankuasa ini akan diurus setiakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ahli Yang Berhormat, YB Puan Noorita binti Sual ingin tahu apakah peranan Jawatankuasa MA63. Bukankah salah satu agenda adalah untuk menentukan 40 peratus pemberian khas kepada negeri Sabah yang perlu diutamakan sebelum 13 Julai 2024.
Datuk Yang di-Pertua, Kerajaan Persekutuan telah memutuskan supaya platform perundingan mengenai MA63 diteruskan dan ditambah baik kepada Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian MA63 yang dipengerusikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bagi memastikan isu yang masih dalam proses rundingan dapat diselesaikan dengan segera.
Di bawah MTP MA63, sebanyak dua- jawatankuasa telah diwujudkan iaitu Jawatankuasa Teknikal yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi serta Jawatankuasa Penyelarasan yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) dan Yang Berhormat Menteri yang berkaitan, sekiranya isu tersebut memerlukan intervensi dan diselesaikan.
Untuk makluman Yang Berhormat, kajian semula pemberian khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan Negeri Sabah dan Sarawak merupakan salah satu perkara tuntutan asas MA63 yang dibincangkan dalam platform perundingan mesyuarat MTP MA63 dan Jawatankuasa Teknikal di bawah MTP MA63. Mesyuarat MTP MA63 Bil. 1/2023 telah memutuskan antara lain bahawa pemberian khas bagi negeri Sabah dan Sarawak ditingkatkan jumlah kepada RM300 juta.
Susulan itu, Perintah Perlembagaan Persekutuan (Kajian Semula Pemberian Khas di bawah Perkara 112D) (Negeri Sabah) 2023 telah diwartakan pada 24 November 2023 dan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 29 November 2023.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, kajian semula pemberian khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan Negeri Sabah dan Sarawak adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan. Oleh itu, perbincangan bagi memuktamadkan formula pengiraan bagi pemberian khas untuk kedua-dua negeri tersebut sedang di selaras oleh kementerian berkenaan.
Yang Berhormat Senator Datuk Bobbey Ah Fang Bin Suan menyatakan bahawa Perjanjian MA63 telah menjadi sebahagian daripada Perlembagaan Persekutuan. Yang Berhormat berharap agar Kerajaan Persekutuan menghormati dan menunaikan hak Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.
Datuk Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan Perjanjian MA63 merupakan agenda yang diberikan penekanan utama Kerajaan Perpaduan di bawah pentadbiran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Ke-10 untuk diselesaikan dengan segera Yang Berhormat. Kerajaan Persekutuan terus komited dalam memastikan perkara-perkara yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 atau MA63 diselesaikan mengikut kerangka undang-undang termasuk Perlembagaan Persekutuan.
Kerajaan Persekutuan telah memutuskan supaya platform perundingan mengenai MA63 diurus dan ditambah baik kepada Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian MA63 yang dipengerusikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bagi memastikan perkara tuntutan asas MA63 yang masih dalam proses rundingan dapat diselesaikan dengan segera. MTP MA63 merupakan kesinambungan kepada platform perundingan yang ada sebelum ini tetapi dengan memberi fokus kepada mod pelaksanaan.
Jawatankuasa Teknikal di bawah MTP MA63 yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri sendiri selaku Menteri Perladangan dan Komoditi juga telah ditubuhkan bertujuan memantau status pelaksanaan semua perkara tuntutan asas MA63 dan meneliti merit isu-isu baharu yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak atau kementerian dan agensi Persekutuan.
Datuk Ugak anak Kumbong
Di samping itu, Jawatankuasa Penyelarasan Khas juga telah ditubuhkan yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas dan juga Menteri yang berkaitan sekiranya isu tersebut memerlukan intervensi dan untuk diselesaikan.
Kerajaan Persekutuan melalui kementerian-kementerian dan agensi yang berkaitan sentiasa memberikan komitmen dalam meneruskan perbincangan dengan Kerajaan Negeri Sabah dan negeri Sarawak dalam meneliti perincian, Yang Berhormat, pelaksanaan setiap perkara tuntutan asas MA63. Secara umum, tempoh masa bagi penyelesaian setiap perkara dan tuntutan adalah tertakluk kepada proses perundingan dan juga penyelarasan peraturan-peraturan yang berkaitan.
Selain itu tahap kesediaan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak dari sudut operasi sumber manusia, kewangan dan juga merupakan aspek-aspek yang perlu diambil kira sebelum satu peruntukan atau tuntutan atau perkara asas MA63 dapat diselesaikan.
Dengan izin Yang Berhormat Datuk Speaker, *“In all sincerity to all my fellow friends of Sabahan and Sarawakian, let us stand together, depend what Sarawakian and Sabahan has.”... In Iban...
[Berucap dalam bahasa Iban] Can I speak a bit of Iban here since I’m Iban....
[Berucap dalam bahasa Iban]* Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, dengan izin.
Datuk Wira Koh Nai Kwong
Terima kasih, Yang Berhormat Datuk Ugak anak Kumbong, Timbalan Menteri JPM, Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas, terima kasih.
Sekarang saya mempersilakan Kementerian Perladangan dan Komoditi untuk menjawab, sila Yang Berhormat.
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Siti Aminah binti Aching
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat petang kepada semua yang berada di dalam Dewan yang mulia ini.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ataupun lima orang Yang Berhormat Senator yang telah memberi cadangan dan pandangan terhadap perkara-perkara yang menyentuh bidang kuasa Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) semasa perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 di Dewan yang mulia ini.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, di bawah Belanjawan 2024 yang pertama yang bertema, “Reformasi Ekonomi Memperkasa Rakyat.” KPK telah diperuntukkan sebanyak RM732.70 juta daripada jumlah tersebut RM428.31 juta ataupun 58 peratus adalah bagi membiayai perbelanjaan mengurus (OE). Manakala selebihnya iaitu sebanyak RM304.39 kita ataupun 42 peratus adalah untuk perbelanjaan pembangunan (DE). Antara inisiatif utama yang diumumkan di bawah KPK dalam Belanjawan 2024 adalah seperti berikut:
(i) RM100 juta bagi insentif Program Tanam Semula Sawit yang akan ditawarkan secara geran dan pinjaman kepada 7,000 pekebun kecil sawit persendirian;
(ii) RM70 juta bagi meningkatkan tahap kemapanan industri sawit serta memperhebat Kempen Menangani Anti Minyak Sawit di pentas antarabangsa;
(iii) RM10 juta untuk aplikasi teknologi peningkatan hasil tanaman getah bagi melaksanakan projek rintis penggunaan gas stimulan untuk manfaat pekebun kecil getah di ladang seluas 1,000 hektar;
(iv) peruntukan RM400 juta pula bagi kenaikan paras harga pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) kepada RM3.00 sekilogram daripada RM2.70 sekilogram; dan
(v) skop galakan cukai automasi yang akan diperluaskan untuk meliputi sektor agrikomoditi di bawah KPK.
Justeru, saya akan mengambil sedikit masa untuk memberikan penjelasan terhadap isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat merangkumi perkara-perkara yang akan diperjelaskan sebentar lagi.
Datuk Yang di-Pertua, kita masuk kepada sektor sawit. Yang Berhormat Senator Dato’ Kesavadas a/l A Achyuthan Nair, minta maaf ya Dato’ kalau saya salah sebut telah membangkitkan beberapa persoalan berkaitan sektor sawit. Pertama adalah mengenai bagaimana penyediaan dana tambahan yang disediakan oleh kerajaan akan dimanfaatkan bagi Kempen Menangani Anti Minyak Sawit.
Peruntukan Kempen Anti Minyak Sawit digunakan bagi membiayai aktiviti promosi, penerokaan dan peningkatan pasaran baharu minyak sawit Malaysia serta menangani Kempen Anti Minyak Sawit yang dijalankan oleh badan-badan bukan kerajaan antarabangsa ataupun NGO Alam Sekitar terutamanya di Eropah dan juga di Amerika.
Dalam hal ini, antara langkah-langkah proaktif yang akan dilaksanakan oleh kementerian dalam manfaatkan peruntukan Kempen Anti Minyak Sawit adalah melalui:
(i) kempen informasi pengguna di Kesatuan Eropah (EU);
(ii) penyampaian maklumat melalui pihak ketiga yang disalurkan melalui program-program lawatan ke ladang sawit di Malaysia oleh wakil-wakil media antarabangsa;
(iii) Program Lawatan ke Ladang Sawit dan juga libat urus bersama pemegang taruh dengan Ahli-ahli Parlimen Eropah;
(iv) promosi skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO);
(v) kempen menangani diskriminasi terhadap minyak sawit; dan
(vi) lain-lain hal yang berkaitan.
Proses menangani Kempen Anti Minyak Sawit melibatkan tempoh masa yang panjang dan aktiviti yang berterusan. Soalan yang kedua pula adalah mengenai solidariti industri yang akan direncanakan bersama Indonesia bagi meningkatkan kredibiliti minyak sawit di mata dunia dan bagaimana hubungan baik Malaysia dengan negara-negara berpendapatan tinggi dapat dijadikan sebagai jambatan untuk memperkukuh kembali eksport minyak sawit Malaysia yang terkesan akibat sekatan EU.
Kerajaan telah melaksanakan misi lawatan Menteri secara bersama dengan Kerajaan Indonesia pada 30 dan 31 Mei 2023 yang telah diterajui oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi. Hasil daripada misi tersebut pemimpin EU mengalu-alukan pandangan daripada kedua-dua negara utama pengeluar sawit. Misi tersebut telah bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas EUDR Ad Hoc Joint Task Force dengan izin serta sesi dialog atau platform untuk memudah cara pelaksanaan EUDR.
Jawatankuasa tersebut telah pun bersidang pada 4 Ogos 2023 di Jakarta, Indonesia dan kemudiannya dijangka akan mengadakan mesyuarat yang kedua pada Januari 2024 di Kuala Lumpur.
Soalan seterusnya adalah mengenai sejauh mana pelaksanaan skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) mampu mendorong penghasilan sawit yang diiktiraf oleh negara pengimport. Malaysia kekal komited dalam memastikan pengeluaran produk sawit dilaksanakan secara mampan mengikut prinsip dan kriteria mampan di bawah Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Siti Aminah binti Aching
Kerajaan telah melaksanakan pensijilan MSPO secara mandatori bermula 1 Januari 2020 kepada semua pengusaha sawit termasuk para pekebun kecil. Pensijilan MSPO bertujuan memastikan peningkatan produktiviti hasil kualiti dan akses lebih besar ke pasaran antarabangsa yang seterusnya dapat menyumbang kepada pendapatan yang lebih tinggi terutamanya kepada kalangan pekebun kecil. Melalui program pensijilan MSPO, pekebun kecil akan diberi pendedahan kepada amalan-amalan pertanian baik dan aspek kemapanan dalam menguruskan kebun sawit. Ini secara tidak langsung dapat membantu pekebun kecil dalam meningkatkan produktiviti dan pendapatan.
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Mohon mencelah Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Siti Aminah binti Aching
Maaf, saya teruskan dahulu, boleh? Sorry ya YB, sebab banyak ini. Okey, thank you.
Datuk Wira Koh Nai Kwong
Okey Yang Berhormat, teruskan.
Datuk Siti Aminah binti Aching
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Selain daripada itu, pendedahan terhadap cara guna tanah secara maksimum melalui integrasi tanaman atau ternakan bersama sawit juga turut diperkenalkan dalam usaha meningkatkan pendapatan yang sedia ada. Semua langkah ini adalah antara usaha kerajaan secara berterusan dalam membantu pekebun kecil persendirian memenuhi kriteria dan juga ditetapkan oleh negara pengimport.
Kerajaan juga terus memberi bantuan insentif kepada pekebun kecil persendirian yang dipersijilkan MSPO dengan menanggung kos persijilan, latihan, membekalkan alat perlindungan peribadi dan juga rak bahan kimia serta papan tanda kebun. Piawaian MSPO 2020 telah ditambah baik dengan mengambil kira perubahan dalam keperluan kemapanan global dan mempertimbangkan kebolehgunaan terhadap industri minyak sawit Malaysia. Piawaian MSPO 2022 menetapkan tiada pembangunan baharu di kawasan hutan asli, kawasan hutan terlindung dan kawasan nilai pemuliharaan tinggi selepas 31 Disember 2019.
Selain itu, proses pengauditan pensijilan MSPO dapat memastikan entiti yang dipersijilkan mematuhi semua perundangan dan peraturan sedia ada dalam negara.
Semua ciri MSPO tersebut adalah selaras dengan keperluan EUDR dan secara tidak langsung memastikan hasil pekebun kecil negara dapat memenuhi keperluan EUDR.
Seterusnya, Yang Berhormat Senator Dato’ Kesavadas a/l A Achyuthan Nair juga Yang Berhormat Senator Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol. Ada tak di sini? Ada, okey YB. Telah membangkitkan persoalan berkenaan bentuk sokongan yang akan disediakan secara bersasar kepada golongan pekebun kecil yang terkesan akibat daripada sekatan global seperti European Union’s Deforestation Regulation (EUDR).
Kerajaan Malaysia bersama dengan Kerajaan Indonesia telah mengambil kira perkara tersebut dan pelbagai tindakan telah diambil bagi memastikan industri sawit tidak terjejas. Antara tindakan yang telah dan sedang dilaksanakan adalah yang pertama, mengadakan beberapa pertemuan dan sesi libat urus dengan pihak EU dan organisasi global di peringkat pegawai kanan kerajaan dan agensi bagi membincangkan langkah terbaik dalam menghadapi EUDR. Kedua, membawa isu EUDR ke peringkat ASEAN melalui hubungan diplomatik dengan negara-negara pengeluar agrikomoditi serantau.
Ketiga, mengadakan mesyuarat dua hala dengan Indonesia pada 9 Februari 2023 bagi membincangkan implikasi pelaksanaan EUDR dan strategi kedua-dua negara dalam menangani impak peraturan tersebut selaku negara pengeluar utama sawit dunia. Hasil daripada mesyuarat tersebut kedua-dua negara telah mengadakan misi lawatan Menteri secara bersama joint ministerial mission ke EU pada penghujung bulan Mei 2023 yang lepas.
Keempat, mempergiat usaha agar EU mengiktiraf MSPO sebagai syarat utama dalam pematuhan EUDR. Malaysia sentiasa komited untuk menghasilkan minyak sawit mengikut prinsip dan kriteria mampan di bawah MSPO. Dalam hal ini kementerian melalui Majlis Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MPOCC) sedang menambah baik pensijilan tersebut melalui MSPO 2.0 agar selaras dengan keperluan semasa kemapanan global.
Minyak sawit Malaysia telah dieksport melebihi 150 buah negara di seluruh dunia yang membuktikan bahawa industri ini telah memiliki pelbagai pasaran walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran. Malaysia terus memperkukuhkan pasaran yang membawa tambah nilai kepada minyak sawit Malaysia terutamanya China, negara-negara ASEAN, Turkiye, Kenya dan juga Iran.
China juga telah mengambil langkah besar dalam menerima minyak kelapa sawit mampan Malaysia, satu contoh yang baik iaitu Grand Industrial Holding Co. Ltd iaitu syarikat luar negara pertama yang disahkan dengan pensijilan minyak sawit Malaysia MSPO. Usaha bagi meluaskan penerimaan pensijilan MSPO akan diperkasa lagi memperkuatkan kedudukan minyak sawit Malaysia di pasaran global.
Seterusnya, Yang Berhormat Senator Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol juga telah membangkitkan persoalan mengenai insentif tanaman semula sawit bagi meningkatkan produktiviti hasil ladang pekebun kecil, pokok sawit tua perlu ditebang dan ditanam semula dengan bahan tanaman terkini yang berhasil tinggi.
Kerajaan melalui pembentangan Belanjawan 2024 telah pun bersetuju menyediakan insentif program tanam semula sawit dengan peruntukan sebanyak RM100 juta bagi membantu meningkatkan produktiviti penghasilan buah tanam segar di kalangan pekebun kecil persendirian dan membantu meringankan beban kewangan pekebun kecil untuk melaksanakan tanam semula. Insentif ini akan ditawarkan secara 50 peratus geran dan 50 peratus pinjaman dengan kadar faedah dua peratus setahun kepada anggaran 7,000 orang pekebun kecil sawit persendirian mulai tahun hadapan iaitu tahun 2024.
Yang Berhormat Senator Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol juga telah bertanya mengenai penambahan bajet untuk pembinaan jalan ladang. KPK dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) masih melaksanakan projek pembangunan dan infrastruktur Jalan Ladang Pekebun Kecil Komoditi (JLPK) ini untuk semua komoditi. Beberapa buah lokasi JLPK termasuk sawit di seluruh Malaysia telah dikenal pasti untuk dibangunkan dan dinaiktarafkan bertujuan untuk memudahkan kerja- kerja penghantaran hasil ladang ke kilang-kilang atau pusat pengumpulan hasil ladang.
Sehingga 30 November 2023, sepanjang 534 kilometer jalan ladang telah dibangunkan dan dinaik taraf melibatkan 227 buah lokasi di seluruh Malaysia. Pada tahun 2023, jumlah peruntukan sebanyak RM17.1 juta telah diluluskan bagi tujuan ini. Manakala pada tahun 2024, peruntukan ini telah dinaikkan ke RM20 juta dengan pecahan RM8 juta untuk Semenanjung dan masing-masing RM6 juta untuk Sabah dan Sarawak.
Seterusnya Yang Berhormat Senator Datuk Noraini binti Idris telah membangkitkan- ini kawan saya. Telah membangkitkan persoalan mengenai mekanisme yang boleh membantu pekebun kecil sawit mengatasi masalah harga baja dan racun yang tinggi. Pemantauan kos pengeluaran juga dilakukan oleh kementerian melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia ataupun MPOB memandangkan harga import pertanian seperti baja dan racun yang tidak stabil.
Kenaikan harga baja yang agak tinggi pada tahun 2022 menyebabkan kos pengeluaran buah tanam segar ataupun BTS sektor pekebun kecil meningkat sehingga RM450 satu tan.
Walau bagaimanapun, peningkatan harga BTS pada tahun 2022 dengan purata RM1,087 satu tan telah membantu pekebun kecil menjana pendapatan bersih yang agak tinggi.
Datuk Siti Aminah binti Aching
Untuk tahun 2023, walaupun berlaku penurunan harga BTS, harga purata untuk Januari sehingga Oktober ialah RM783 satu tan. Penurunan harga baja telah mengurangkan kos pengeluaran yang kini dilaporkan sekitar RM350 sehingga RM400 satu tan. Kerajaan akan terus memantau kos pengeluaran sektor pekebun kecil dan tindakan segera akan diambil sekiranya berlaku peningkatan kos pengeluaran yang boleh menjejaskan sektor tersebut.
Datuk Yang di Pertua, bagi menampung masalah kenaikan kos import pertanian, pihak kerajaan telah memperkenalkan Skim Pembiayaan Mudah Input Pertanian Pekebun Kecil Sawit (IPPKS) yang dilaksanakan oleh MPOB dan juga Agrobank. Nilai pembiayaan bagi Skim IPPKS ini adalah sebanyak RM5,000 untuk sehektar dengan had kelulusan maksimum 6.5 hektar.
Selain daripada kadar faedah yang rendah iaitu dua peratus setahun, tempoh moratorium selama tiga bulan juga turut ditawarkan. Skop pembiayaan Skim IPPKS ini tidak terhad kepada baja dan bahan kimia kawalan rumpai serta perosak sahaja, skim ini turut merangkumi pembelian, penyewaan jentera dan juga penyelenggaraan infrastruktur ladang.
Selain itu, kementerian telah mewujudkan program koperasi di kalangan pekebun kecil sawit. Di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas, kerajaan telah memperuntukkan geran untuk pembinaan pusat timbang Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM) dengan nilai siling sebanyak RM200,000 setiap pembinaan sebuah KPSM. Objektif penubuhan KPSM adalah untuk menyatukan pekebun kecil sawit persendirian di bawah sebuah pertubuhan ataupun organisasi yang didaftarkan supaya pekebun kecil boleh menjalankan aktiviti ke arah menjaga kepentingan bersama bagi meningkatkan produktiviti karbon dan juga taraf sosioekonomi pekebun kecil.
Kementerian melalui MPOB juga turut menawarkan Skim Pembiayaan Mudah tanpa faedah (SPM) sebanyak RM300 kepada KPSM sebagai modal memulakan atau modal tambahan kepada KPSM untuk menjadi lebih berdaya saing dan juga mempunyai peluang pertumbuhan yang lebih baik di pasaran. Skim ini telah diperkenalkan pada tahun 2019 dan sebanyak 35 KPSM telah menerima manfaat daripada skim ini.
Kerajaan telah meluluskan satu inisiatif di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) berjumlah RM20 juta dalam bentuk geran padanan- matching grant, dengan izin. Skim ini diberi nama Skim Pembelian Jentera KPSM dengan MPOB dilantik sebagai agensi pelaksana bagi program ini. Tujuan skim ini adalah untuk membantu KPSM membeli jentera mekanisasi untuk kegunaan operasi dan aktiviti KPSM di pusat timbang.
Datuk Yang di Pertua, kita beralih kepada sektor sawit dan juga getah. Yang Berhormat Senator Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol juga telah mempersoalkan peruntukan penyelidikan dan pembangunan kepada agensi-agensi seperti MPOB dan Lembaga Getah Malaysia (LGM) yang telah memanfaatkan pekebun-pekebun kecil.
Untuk makluman Yang Berhormat Senator, kerajaan amat prihatin dan akan terus melaksanakan penyelidikan dan pembangunan bagi memastikan manfaat tersebut diperoleh secara terus kepada pekebun kecil sektor sawit dan juga sektor getah.
Bagi sektor sawit, saya telah memberikan penjelasan bagi soalan seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol dan juga Yang Berhormat Senator Datuk Noraini binti Idris. Jadi, saya tidak lagi bagi balik ya. Ada sudah jawapan sebentar tadi.
Bagi sektor getah pula kerajaan melalui LGM telah melaksanakan langkah- langkah seperti berikut. Pertama, Projek Transformasi Perusahaan Getah Negara
(TARGET).
Kerajaan melalui LGM telah melaksanakan projek TARGET melalui konsep koperasi pekebun dan pengusaha ladang getah tempatan untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah dengan cara memendekkan rantaian bekalan ataupun supply chain, dengan izin, dengan penglibatan pekebun kecil dalam rantaian industri getah ataupun integrasi menegak.
Projek ini dijangka dapat menambah nilai getah dan memberi pulangan dan juga pendapatan yang lebih baik kepada pekebun kecil getah. Sehingga September 2023, peserta program TARGET telah melepasi fasa inkubator. Peringkat yang seterusnya pemantauan bagi proses pembukaan pusat pengumpulan getah krip (PPTG) di lokasi yang bersesuaian.
Kedua pula projek rintis penambahbaikan kepada Insentif Pengeluaran Lateks
(IPL). Selain itu, kementerian melalui LGM juga melaksanakan projek rintis penambahbaikan kepada IPL dengan insentif seperti berikut:
(i) kadar insentif bulanan dinaikkan kepada RM2 sekilogram iaitu 100 peratus kandungan getah kering daripada RM1, 100 peratus kandungan getah kering. Bermakna kenaikan ia 100 peratus, RM1 kepada RM2;
(ii) kadar bayaran insentif penyertaan berjumlah RM200 sebulan dengan tempoh terhad selama satu tahun;
(iii) kadar bayaran insentif galakan berjumlah RM100 sebulan dengan tempoh terhad selama satu tahun; dan
(iv) insentif produktiviti berdasarkan produktiviti tahunan yang mencapai sasaran produktiviti 1,000 hingga 1,400 kilogram dalam satu hektar untuk setahun ia akan menjadi kluster yang pertama dan yang 1,500 ke atas ia akan menjadi kluster yang kedua.
Usaha ini akan melibatkan penjualan terus ke kilang dengan mengurangkan kos pengangkutan dan pekebun kecil akan menerima harga yang lebih baik. Projek Rintis ini akan dimulakan di negeri Perak, Kedah dan juga Sabah.
Ketiga, Projek Rintis Penggunaan Gas Stimulan. Kerajaan dalam pembentangan Belanjawan 2024 telah bersetuju untuk melaksanakan Projek Rintis Penggunaan Gas Stimulan yang berupaya untuk meningkatkan pengeluaran getah sehingga tiga- kali ganda. Di samping itu, penggunaan gas stimulan ini mampu menambah jangka hayat pokok getah sehingga 25 tahun. Pokok getah yang sesuai untuk penggunaan gas stimulan ini pokok yang matang iaitu yang melebihi umur 15 tahun.
Oleh itu, kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM10 juta bagi melaksanakan projek rintis ini untuk manfaat pekebun kecil di ladang seluas 1,000 hektar.
Projek ini dijangka dapat meningkatkan lagi pendapatan pekebun kecil getah dan pengeluaran getah negara.
Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh
Yang Berhormat Yang di- Pertua, boleh mencelah sedikit?
Datuk Wira Koh Nai Kwong
Yang Berhormat.
Datuk Siti Aminah binti Aching
Terima kasih Yang Berhormat saya masih banyak ya. Minta ampun dahulu saya minta maaf banyak-banyak Yang di Pertua. Saya takut tidak habis ya.
Datuk Wira Koh Nai Kwong
Okey Yang Berhormat Menteri. Teruskan.
Datuk Siti Aminah binti Aching
Okey,terima kasih. Yang keempat, penghasilan klon-klon getah berprestasi tinggi. Kerajaan melalui LGM sentiasa menjalankan penyelidikan pembaikan untuk menghasilkan klon-klon berprestasi tinggi untuk program tanam semula. Yang terkini LGM telah mengesyorkan lima klon untuk tanaman semula iaitu RRIM 928, RRIM 2001, RRIM 2002, PB 260 dan juga PB 350.
Datuk Yang di Pertua, kita beralih kepada sektor getah ya. Seterusnya Yang Berhormat Senator Puan Noorita binti Sual telah membangkitkan persoalan mengenai kenaikan harga baja dan kos sara hidup untuk penoreh-penoreh getah. Kerajaan dalam pembentangan Belanjawan 2024 telah bersetuju untuk menaikkan kadar paras harga pengaktifan PHP ataupun Insentif Pengeluaran Getah (IPG) daripada RM2.70 kepada RM3 sekilogram. Hal ini bermakna IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah sekerap ataupun cup lump, dengan izin, kurang daripada RM3 sekilogram.
Datuk Siti Aminah binti Aching
Kadar kenaikan PHP ataupun IPG ini bukanlah diselaraskan mengikut harga baja atau kos sara hidup semasa. Namun, kenaikan ini adalah berdasarkan keadaan kewangan semasa kerajaan dan juga bantuan-bantuan kerajaan kepada sektor-sektor yang lain. Kenaikan kadar insentif ini diharap dapat meringankan beban pekebun kecil ketika berlakunya ketidaktentuan pasaran harga getah. Semenjak pelaksanaan IPG dari September 2015 hingga Oktober 2023, IPG telah memberi manfaat kepada 219,429 orang pekebun kecil dengan pembayaran berjumlah RM481.24 juta.
Harga getah yang diterima oleh pekebun kecil di lapangan berbeza bukan hanya di antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Hal ini kerana harga getah dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi harga getah adalah seperti Kandungan Getah Kering (KGK), kualiti getah, kuantiti getah yang ditawarkan, lokasi kebun dari premis pembelian, bilangan pembeli dan kilang memproses di sesuatu kawasan serta rangkaian pemasaran.
Secara purata harga yang diterima oleh pekebun kecil di Sabah adalah lebih rendah berbanding di Semenanjung. Tiada sebarang cadangan untuk menyeragamkan harga belian getah di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, yang mana sukar untuk dilaksanakan kerana beberapa faktor seperti berikut:
(i) kos tambahan yang perlu ditanggung oleh kilang memproses. Kos ini akan ditolak dari harga pack on board ataupun- getah, ekoran dari kedudukan negeri itu;
(ii) kos-kos tambahan untuk membawa getah itu keluar dari kawasan pedalaman yang mana infrastruktur seperti jalan raya yang masih mempunyai kekurangan; dan
(iii) kos perkapalan yang lebih tinggi.
Di samping itu negeri Sabah mengamalkan dasar satu harga bagi seluruh negeri Sabah dan penentuan harga getah peringkat ladang Sabah adalah di bawah bidang kuasa Lembaga Industri Getah Sabah ataupun LIGS. Walaupun terdapat perbezaan pada harga getah peringkat ladang yang diterima oleh pekebun kecil getah di Malaysia, kerajaan melalui IPG telah menjamin purata harga getah bulanan peringkat ladang tidak akan kurang daripada RM3 sekilogram dengan kandungan getah kering 50 peratus bermula Januari 2024.
Dengan pelaksanaan IPG, kerajaan telah menampung perbezaan antara RM3 sekilogram getah dengan harga semasa yang diterima oleh pekebun kecil. Pelaksanaan IPG juga terus menjamin pendapatan pekebun kecil. Datuk Yang di-Pertua, boleh saya minta masa sedikit lagi?
Datuk Wira Koh Nai Kwong
Boleh, boleh.
Datuk Siti Aminah binti Aching
Masih ada sikit lagi ya. Yang akhir sekali iaitu kepada Yang Berhormat Senator Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris. Ada ya?
Seorang Ahli
Tak ada.
Datuk Siti Aminah binti Aching
Tak ada?
Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris
Ada.
Datuk Siti Aminah binti Aching
Ada ya. Terima kasih Yang Berhormat ya. Telah membangkitkan persoalan berkenaan pencapaian sasaran Insentif Pengeluaran Getah
(IPG) dan juga tindakan kerajaan mengambil langkah untuk menangani isu penyakit daun luruh getah. Kerajaan amat komited untuk memastikan faedah dan juga insentif IPG akan dapat terus diperoleh oleh golongan sasar iaitu pekebun kecil getah. Justeru, kerajaan melalui LGM telah melaksanakan langkah-langkah berikut.
Pertama, penyaluran IPG adalah bersifat menyeluruh yang merangkumi pemilik kebun getah dan juga pengusaha ataupun penoreh. Dia berdasarkan tafsiran rasmi semasa pekebun kecil getah di Malaysia.
Kedua, kerajaan menyalurkan bantuan IPG kepada kedua-dua pemilik dan penoreh dengan mengambil kira keperluan dan persetujuan pembahagian kedua-dua pihak. Pemilik kebun getah memerlukan bantuan IPG bagi membeli import pertanian seperti baja dan racun serta penyelenggaraan kebun. Manakala penoreh getah memerlukan bantuan untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.
Ketiga, bagi memastikan kesemua pekebun kecil ini mendapat manfaat daripada IPG, adalah amat penting untuk mereka memiliki Permit Autoriti Transaksi-Getah ataupun PAT-G yang sah dan aktif serta menjual kepada pelesen yang menggunakan sistem RRIMniaga.
Keempat, bermula daripada Januari hingga Oktober 2023, jumlah pembayaran tuntutan IPG secara kumulatif adalah sebanyak RM21.4 juta melibatkan 228,179 bilangan tuntutan.
Berkenaan langkah kawalan penyakit Luruhan Daun Pestalotiopsis pula ataupun LDP ini, kerajaan sentiasa mengikuti perkembangan dan melaksanakan pemantauan yang rapi berhubung penyakit LDP yang boleh memberikan kesan kepada pengeluaran getah negara. Justeru, kementerian melalui LGM sedang melaksanakan langkah kawalan untuk penyakit LDP ini dengan butiran maklumat seperti berikut.
Pertama, kerajaan telah menyediakan peruntukan bagi kawalan penyakit Luruhan Daun Pestalotiopsis atau LDP bagi tahun 2024 sebanyak RM22.84 juta melibatkan keluasan 20,115 hektar. Program ini bertujuan untuk mengawal anggaran 75 hektar kawasan terkesan oleh penyakit LDP di seluruh negara.
Kedua, bagi Semenanjung, kawalan ini meliputi ladang getah terselia dengan keluasan melebihi 40 hektar.
Ketiga, bagi Wilayah Sabah dan Sarawak, kawalan ini meliputi kawasan sama seperti yang telah dinyatakan, namun terdapat tambahan kawasan seperti kebun, ladang milik persendirian dan pekebun-pekebun kecil persendirian yang dikendalikan di bawah agensi-agensi kerajaan.
Keempat, sehingga 18 September 2023 bagi kawalan penyakit LDP ini, siri satu, lapan daripada 10 buah kawasan FELDA telah dilaksanakan tiga pusingan semburan.
Kesemua kawasan FELCRA sedang dalam proses tiga pusingan semburan. Manakala semua kawasan di Wilayah Sabah dan Sarawak akan memulakan semburan pada tahun 2024.
Kelima, bagi kawalan LDP siri dua pula, semua kawasan ataupun lapan buah kawasan yang telah diluluskan dan akan mula dilaksanakan semburan pada tahun 2024 dan yang keenam, sehingga tahun 2023 seluas 6,000 hektar telah pun selesai disemburkan setakat ini.
Datuk Yang di-Pertua, sehingga September 2023, sektor agrikomoditi telah menyumbang RM60.1 bilion atau sekitar lima peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar ataupun KDNK manakala sehingga Oktober 2023, nilai eksport sektor agrikomoditi telah mencapai sebanyak RM131.6 bilion ataupun 11.1 peratus daripada keseluruhan pendapatan eksport negara. Sebagai kementerian yang bertanggungjawab terhadap sektor agrikomoditi negara, KPK komited dalam melaksanakan reformasi dasar bagi memastikan kemapanan jangka panjang sektor agrikomoditi dan mengangkat darjat ekonomi rakyat terutamanya pekebun kecil yang merupakan nadi penghasilan produk komoditi negara agar sumber kekayaan negara dapat diimbangi secara saksama.
Belanjawan 2024 sesungguhnya telah memperlihatkan tekad Kerajaan Persekutuan dalam melaksanakan agenda dan dasar yang memberi keutamaan pada Malaysia, kepada rakyat Malaysia secara keseluruhan, khususnya untuk menjaga kebajikan pekebun-pekebun kecil sektor agrikomoditi. Sekian, terima kasih.
Datuk Wira Koh Nai Kwong
Terima kasih.
Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh
Datuk Yang di-Pertua.
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Datuk Yang di-Pertua.
Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh
Nak tanya soalan je.
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Ya lah. Nak mencelah pun tak boleh.
Datuk Wira Koh Nai Kwong
Okey, kerana kesuntukan masa...
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Akan tetapi masa sudah bagi pada Timbalan Menteri untuk memberikan jawapan yang lebih panjang.
Datuk Wira Koh Nai Kwong
...Kalau saya cadangkan untuk YB Senator Dominic Lau dan Tan Sri Senator Mohamad Fatmi, kalau ada soalan yang perlu dijawab, boleh saya cadangkan jumpa dan bincang...
Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh
Ala, tak payahlah.
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Ala.
Datuk Wira Koh Nai Kwong
...Yang Berhormat Timbalan Menteri nanti. Boleh Yang Berhormat?
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Kita nak tahu. Semua orang nak tahu dekat...
Datuk Siti Aminah binti Aching
Saya minta maaflah Tan Sri ya. Jadi, nanti bolehlah bagi soalan, kita akan jawab. Minta maaf Tan Sri.
Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh
Soalan simple je, tapi tak apalah.
Datuk Siti Aminah binti Aching
Ya.
Datuk Wira Koh Nai Kwong
Okey, boleh jumpa nanti bincang...
Datuk Siti Aminah binti Aching
Ya. Saya.
Datuk Wira Koh Nai Kwong
Selesaikan.
Datuk Siti Aminah binti Aching
Minta maaf banyak-banyak ya dan juga ada ya tadi YB juga tadi, minta maaflah.
Datuk Wira Koh Nai Kwong
Okey. Terima kasih Yang Berhormat. Okey, sekarang saya jemput Yang Berhormat Senator Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir, Menteri Kementerian Luar Negeri untuk menjawab. Sila YB.
Menteri Luar Negeri - Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Bismillahi Rahmani Rahim.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Boleh, boleh, boleh.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Terima kasih Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk mengulas perkara-perkara berkaitan Kementerian Luar dalam sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 dalam Dewan yang mulia ini.
Pada kesempatan ini, saya bagi pihak Kementerian Luar Negeri ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat Senator yang telah membangkitkan isu-isu yang berkait rapat dengan Kementerian Luar Negeri sewaktu membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 di Dewan Negara.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Luar Negeri memainkan peranan penting dalam pelaksanaan dasar luar negara dan menggalas tanggungjawab yang berat dalam memelihara kepentingan negara di peringkat antarabangsa serta mempertahankan kedaulatan dan keutuhan wilayah negara melalui pengukuhan hubungan diplomatik dengan kerajaan negara luar serta penglibatan dengan organisasi antarabangsa.
Tanggungjawab ini dipikul demi memastikan rakyat Malaysia dapat hidup dengan aman dan makmur di rantau ini. Malaysia terus maju ke hadapan dalam persekitaran global dan geopolitik dunia. Dunia kini berada dalam ketidaktentuan geopolitik, sebagaimana yang dapat dilihat dalam perang Russia-Ukraine, konflik Palestin-Israel serta persaingan yang semakin meningkat antara kuasa-kuasa besar dunia.
Dalam hal ini, kementerian sering berhadapan dengan cabaran dan dugaan yang semakin rumit dan mencabar. Walau bagaimanapun, kementerian tetap komited untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan, demi kepentingan rakyat dan negara.
Pada tahun ini, saya telah mengadakan pelbagai lawatan dua hala, bagi memperkukuh hubungan diplomatik serta meneroka dan menjalinkan kerjasama dalam bidang-bidang berkepentingan kepada negara. Kerajaan kini sedang mengambil tindakan susulan ke atas persetujuan dan keputusan hasil lawatan-lawatan tersebut bagi memastikan pelaksanaan sepenuhnya demi manfaat rakyat dan negara.
Sebagai contoh, Mesyuarat Suruhanjaya Bersama atau, dengan izin, Joint Commission Meeting dengan beberapa buah negara dan rakan strategik yang tergendala sebelum ini, telah berjaya diadakan semula seperti dengan Brunei Darussalam, dengan Iraq, dengan Asia Tengah, Iran dan Indonesia, India dan Brunei.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, JCM merupakan satu mekanisme penting bagi merapatkan lagi hubungan diplomatik antara negara serta untuk menjalinkan hubungan kerjasama yang lebih mantap dan mendalam dalam pelbagai bidang berkepentingan. Pada masa yang sama, Malaysia telah menggiatkan usaha untuk membina hubungan lebih erat dengan negara-negara rakan strategik seperti Arab Saudi, China, Emirates Arab Bersatu, Iraq, Turkiye, Uzbekistan dan negara-negara Eropah yang lain.
Dalam konteks ini, antara usaha untuk memperkukuhkan hubungan dua hala dengan negara-negara lain, termasuk penglibatan langsung Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam merangka lawatan ke luar negara. Lawatan-lawatan rasmi ini merupakan manifestasi tertinggi jalinan kerjasama yang kukuh, di mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Ketua Kerajaan telah membawa secara langsung isu- isu berkepentingan kepada negara untuk dibincangkan dengan rakan sejawatnya dalam mencapai kerjasama strategik.
Sebagai contoh, lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke negara China, Singapura, UAE, Arab Saudi dan Amerika telah berjaya meraih komitmen pelaburan berjumlah RM347 bilion dalam pelbagai sektor sepertimana yang telah diumumkan oleh Menteri MITI semalam. Ini merupakan hasil kerjasama di antara pelbagai kementerian dan agensi kerajaan yang terlibat untuk menjayakan lawatan-lawatan tersebut.
Kementerian akan terus melipat ganda usaha dalam mengenal pasti aspek kerjasama baru berkepentingan negara. Pada bulan November lepas, Kedutaan Malaysia di Baghdad telah beroperasi kembali setelah ditutup sementara selama ini iaitu selama 20 tahun yang lepas. Kita juga sedang mengenal pasti untuk membuat penilaian, pembukaan perwakilan diplomatik Malaysia di tempat-tempat lain yang berkepentingan strategik seperti di Kigali, di Rwanda, Addis Ababa di Ethiopia dan Bishkek di Kyrgyzstan.
Tahun 2023 menyaksikan Malaysia mengorak langkah melalui penglibatan aktif dalam pemberian bantuan kemanusiaan di peringkat antarabangsa. Pada bulan Februari, Malaysia telah menjadi antara negara terawal sampai di kawasan yang teruk dilanda malapetaka bencana gempa bumi di Turkiye. Pasukan peninjau khas kita juga menjadi pasukan terawal dari ASEAN pergi ke Syria.
Kementerian Luar Negeri juga memikul amanah untuk menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat Malaysia, khususnya yang berada di luar negara melalui perwakilan- perwakilan diplomatik Malaysia di seluruh dunia. Ini termasuk bantuan kaunselor kepada rakyat yang terperangkap dalam konflik antarabangsa atau yang menjadi mangsa skim penipuan pekerjaan. Ini termasuklah peristiwa yang terbaru, bagaimana kita berjaya menyelamatkan rakyat Malaysia yang terkandas di Myanmar dan sebelum itu seorang rakyat Malaysia yang terkandas, yang terperangkap dalam peristiwa peperangan yang berlaku di Gaza iaitu Puan Nurul Ain dan suaminya.
Sehingga 4 Disember 2023...
Datuk Dr. Azhar bin Ahmad
Datuk Yang di-Pertua, minta celahan Yang Berhormat Menteri.
Datuk Wira Koh Nai Kwong
Boleh?
Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Boleh.
Datuk Dr. Azhar bin Ahmad
Umum diketahui, pada masa kini KLN ꟷ peranan Kementerian Luar ini sangat penting bagi negara Malaysia seperti kita. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri. Ada empat perkara yang dilihat sangat mustahak ketika ini. Nombor satu, peperangan Ukraine dan Gaza. Yang kedua, ekonomi yang meruncing, hubungan Malaysia dengan negara luar dan mengembalikan semula keyakinan pelabur ke negara Malaysia.
Oleh itu, Yang Berhormat Menteri saya ingin bertanya. Apa langkah-langkah KLN dalam masa jangka pendek, jangka sederhana, jangka panjang bagi meletakkan negara kita sustain dan relevant sepanjang masa? Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.
Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Terima kasih. Itu pertanyaan daripada pakar yang memerlukan duduk berminggu-minggu untuk membincangkan jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang. Itu kena duduk dengan saya berhari-hari.
Walau bagaimanapun, saya ingin menjelaskan terlebih dahulu. Dia dah masuk banyak tu. Saya sebenarnya ada banyak lagi hendak ceritakan apa perkembangan yang telah kita buat dan sedang kita buat dan akan kita buat. Walau bagaimanapun, saya ingin jelaskan di sini.
Dalam konteks ilmu politik antarabangsa ini, saya pecahkan apa yang ditanya oleh Senator Dr. Azhar itu kepada dua bahagian. Satu, yang disebut sebagai geoekonomi dan satu lagi dalam konteks geopolitik. Ini biasanya kita akan membuat penilaian daripada dua sudut. Satunya yang berkaitan dengan kedudukan ekonomi di sesebuah negara, akibat daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku, yang melatari dalam politik dunia pada hari ini.
Kesan sebagai contoh yang ditanya oleh Dr. Azhar tadi, peperangan Ukraine- Rusia. Bukan peperangan Ukraine-Gaza ya. Peperangan Ukraine-Rusia dan dimaksudkan juga tadi ialah di Gaza dan di Palestin. Dalam konteks di Ukraine-Rusia sebagai contoh. Ada yang berpandangan bahawa kesan daripada peperangan itu mungkin tidak ada kesan di tempat kita, sebab terlalu jauh tempatnya, tetapi dalam konteks geoekonomi dunia, dia telah memberi kesan yang besar. Antaranya ialah apabila berlakunya gangguan yang dipanggil sebagai the global supply chain. Penawaran barang- barang tidak boleh dihantar, sebagai contoh kita membeli gandum dari Ukraine dan gandum itu tidak boleh dihantar lagi disebabkan oleh peperangan yang berlaku di sana.
Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Dia telah memberi kesan besar kepada ekonomi dunia. Itu sebagai satu contoh.
Demikian juga dalam konteks perang di Gaza dan di Palestin. Kalau ia berterusan, dia akan memberi impak geopolitik yang sangat tidak stabil kerana kesannya nanti dia akan ada spill over, dengan izin, kepada di kawasan sekitarnya seperti mana yang kita saksikan beberapa hari yang lalu, tembakan-tembakan ke atas kapal-kapal daripada tentera Amerika dan sebagainya. Kapal-kapal ke atas tentera Amerika daripada pihak, daripada yang dikatakan pihak Houthi di Yaman sudah mula berlaku. Kemudian, dia mula merebak ke Lebanon dan sebagainya. Semua ini akan memberi kesan yang tidak baik kepada rantau sana dan akan memberi juga impak kepada- sebagai contoh harga minyak nanti dan lain-lain lagi keadaan yang berlaku di sana.
Perkara yang kedua melibatkan tentang perancangan-perancangan di peringkat kerajaan seperti yang sebahagiannya telah pun saya sebutkan tadi dalam konteks jangka pendek kita. Strategi jangka pendek secara ringkasnya iaitu bagaimana kita nak meletakkan Malaysia semula di persada antarabangsa. Itulah antara langkah-langkah yang telah kita mulakan sebagai contoh kita berada di negara-negara yang kita tahu mempunyai potensi dan strategi yang sangat penting.
Mungkin ada yang bertanya kenapa Malaysia nak buka ataupun nak mempertimbangkan semula untuk membuka kedutaan kita di Addis Ababa di Ethiopia.
Ada yang menggambarkan bahawa Ethiopia ini mungkin sebuah negara yang miskin dan sebagainya. Mungkin orang tidak tahu dia mempunyai, kalau tak silap saya lebih daripada 70 juta penduduknya dan sebenarnya African Union berada di sana. Ini sangat penting.
African Union di mana sekarang ini potensi besar Afrika itu perlu kita lihat semula. Inilah antara strategi awal.
Di peringkat jangka sederhana, kita juga membuat perancangan-perancangan awal untuk menjadikan Malaysia kembali sebagai center di peringkat, dengan izin, di peringkat rantau kita iaitu peranan kita dalam konteks ASEAN.
Di peringkat jangka panjang termasuklah untuk mengekalkan hubungan kita dengan pelbagai pertubuhan-pertubuhan multilateral yang ada di seluruh dunia dan mengekalkan Malaysia sebagai sebuah negara yang akan terus menjadi rujukan. Dalam erti kata yang lain, bagaimana kita ingin mewujudkan Malaysia apa yang disebut sebagai the middle power. Middle power ini bukan senang untuk kita lakukan walaupun negara kecil tetapi bagaimana kita ingin mewujudkan suara Malaysia sebagai suara yang dihormati di peringkat dunia. Itu perlu kita lakukan dengan pelbagai perancangan di peringkat kita dan bagaimana kita mengadakan hubungan di peringkat luar nanti. Itu panjang dah itu, kita jawab.
Sehubungan dengan itu, sambung tadi, saya merakamkan setinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas pengiktirafan terhadap peranan dan fungsi penting yang dimainkan oleh kementerian melalui peningkatan anggaran peruntukan sebanyak 16 peratus berjumlah RM1.13 bilion bagi tahun 2024. Saya yakin peruntukan ini akan membolehkan kementerian untuk meneruskan peranan penting dalam memartabatkan negara di peringkat antarabangsa tatkala berhadapan dengan cabaran-cabaran global.
Tuan Yang di-Pertua, menyentuh tentang cabaran global. Konflik Palestin-Israel merupakan antara isu yang acap kali dibangkitkan kebelakangan ini termasuklah semasa sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan pada kali ini. Semalam Dewan yang mulia ini juga selesai membahaskan Usul bertajuk ‘Kecaman Terhadap Rejim Zionis Israel Dalam Peperangan Di Palestin’ yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Haji Hussin bin Ismail...
[Tepuk]
Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh
Datuk Wira Yang di-Pertua, boleh mencelah? Nak tanya soalan sikit.
Datuk Wira Koh Nai Kwong
Boleh, boleh. Sila, Tan Sri.
Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh
Sikit saja soalannya.
Pertamanya saya nak ucap tahniah kepada Menteri. Saya secara peribadinya kagum dan saya rasa seluruhnya kagum...
[Tepuk] Di atas- very impress, atas ucapan yang amat baik semasa di- I think di Security Council- Security Council PBB. Soalannya, apa hasilnya dengan ucapan yang begitu baik, begitu bernas, begitu menepati dengan maksudnya, have we achieved anything apa yang kita cakap itu? Itu yang pertama.
Keduanya, seingatan saya dalam pengalaman saya, dulu-dulu apabila Perdana Menteri ataupun Menteri Luar membuat lawatan ke luar negara- eh, ketawa dah? Macam dah tahu sahaja jawapan ini...
[Ketawa]
Seorang Ahli
Setuju.
Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh
Setuju dah?...
[Ketawa] Tak cakap dah setuju. Perdana Menteri kah, Menteri Luar kah, Timbalan Perdana Menteri kah, bila buat lawatan ke luar negara, negara mana tak kira lah, selalunya ada dia orang bawa Ahli Parlimen, Ahli Senator...
[Tepuk] untuk mendedahkan, kita ini semua ini kan pelapis...
[Ketawa] Kita semua ini pelapis, kalau tak didedah kita- tak jadi pandai. Jadi, dalam era Menteri Luar sekarang ada kah rancangan macam itu? Kalau ada, bawalah kita- semua ini ke sana. Terima kasih...
[Tepuk] [Ketawa]
Dato’ Dr. Nelson a/l Renganathan
120 juta...
Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh
Setuju kah semua?
Beberapa Ahli
Setuju.
Datuk Razali bin Idris
Boleh sambung satu soalan sekali? Biar sekali gus, Datuk Seri.
Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Boleh, boleh.
Datuk Razali bin Idris
Saya tanya apakah kerajaan tidak bercadang untuk memanggil Ahli Dewan Rakyat sama-sama membuat satu usul mengutuk kerajaan haram Zionis Israel? Terima kasih.
Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Terima kasih YB. Soalan yang ditanya, saya jawab YB Razali dulu lah. Sebab saya ingat. Lepas itu, saya pergi ke soalan nombor satu. Soalan yang dibangkitkan oleh YB tadi ialah kita tak ada kah usaha? Saya sokong kalau ada usaha ini.
Malah, untuk pengetahuan YB-YB sekalian, dalam sehari dua ini, kalau tidak semalam sampai hari ini saya mohon kepada YB-YB untuk sama-sama kita, saya difahamkan ada gerakan di kalangan YB-YB yang ada di Dewan Rakyat dan juga di Dewan Negara untuk membuat bantahan secara keras dengan peristiwa yang terkini yang berlaku di bumi Gaza supaya kita menyatakan bantahan kita daripada kita- semua. Jadi, saya ingat elok kalau dapat YB tengok kan, ada dah mula- saya tengok tadi ada someone ada hantar kepada saya.
Keduanya, tentang soalan yang dikemukakan. Saya rasa ada semalam persoalan yang sama ketika mana Dr. Azhar sedang berbahas, ada YB Nelson kah bangkitkan.
Walaupun saya tak berada di sini, tapi secara virtual-nya saya menyaksikan itu. Saya bersetuju.
Sebab itu, kalau dasar di dalam Kementerian Luar sekarang ini seperti mana yang YB-YB dapat saksikan, ketika mana sama ada Yang Amat Berhormat pergi ataupun ketika mana lawatan-lawatan saya yang mengambil masa yang agak panjang sikit dalam tempoh tiga, empat hari itu biasanya akan kita syorkan kepada pihak Dewan, dapat seorang atau dua orang untuk turut mewakili bagi kita berikan pendedahan kepada YB-YB kita. Insya- Allah kita akan teruskan tradisi itu...
[Tepuk] Bagi menjawab soalan yang pertama balik oleh Senator Tan Sri Fatmi tadi iaitu dalam ucapan saya yang baru-baru ini di Security Council. Saya ingin sebutkan di sini bahawa Malaysia diberikan penghormatan kepada tujuh buah negara yang dipilih. Selain daripada Security Council Members yang ada 15 orang itu, salah sebuah negara tambahan itu ialah Malaysia. Malaysia, Saudi dan Indonesia.
Dalam pembentangan kita itu, kita seperti mana yang Ahli-ahli Dewan semua sedia maklum, soalannya ialah yang saya nak jawab tentang apa yang hasilnya? Hasilnya ialah kita melihat bagaimana langkah-langkah yang diambil seterusnya termasuklah apa yang disebut sebagai humanitarian cause yang nak dilakukan sebelum ini, penegasan kita semula, tetapi apa yang berlaku, kita faham bahawa ia tidak boleh dilakukan oleh sebuah negara semata-mata.
Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Dalam konteks OIC, selepas mesyuarat di Riyadh yang mana Malaysia turut hadir. Saya hadir. Kemudian diadakan persidangan tergempar di peringkat Ketua-ketua Negara di Riyadh baru-baru ini. Kita telah membuat satu penegasan untuk membuat gerakan secara bersama. Ia tidak boleh diharapkan hanya kepada suara satu- negara.
Pihak OIC telah pun menubuhkan satu kumpulan dipanggil core group members.
So, ada 10 core group members itu dan dalam core group members itu, salah satunya ialah Malaysia yang berada di dalamnya. Alhamdulillah, kita telah berjumpa, bertemu dengan negara-negara strategik seperti mana yang kita lihat bagaimana pertemuan kumpulan Menteri-menteri luar daripada negara-negara yang dipilih ini untuk berada di China, untuk berada di Rusia, untuk bertemu dengan Guterres.
Dalam pertemuan dengan Guterres, saya berada bersama-sama. Kemudian Guterres juga panggil saya seorang untuk dengan Malaysia untuk kita mengadakan pertemuan dua hala kerana dia begitu menghormati pandangan Malaysia sekali, malah dia menghormati Perdana Menteri kita dalam pandangan-pandangan beliau dalam isu yang berlaku di Palestin ini.
Kita perlu teruskan dan kita tidak boleh kecewa dalam hal-hal ini kerana kita berhadapan dengan suasana yang dalam bahasa Inggerisnya unprecedented in human history. Daripada segi pembunuhan yang dilakukan. Kekejaman yang dibuat, keterlaluan dan saya sebutkan kepada Guterres sebagai contoh. This is not about religion. Ini bukan soal agama. Ini soal kemanusiaan dan kezaliman. Saya percaya saya kata kalau berlaku kepada sebuah negara yang penduduknya yang majoriti bukan Islam dan begitu lah pendirian Malaysia. Saya sebutkan apabila kita bersama-sama dengan rakyat di Afrika Selatan, South African ketika mana mereka berhadapan dengan dasar aparteid yang keterlaluan, yang zalim.
Kalau kita mengambil ukuran agama, maka tentunya Malaysia tidak menyokong itu, tetapi atas nama kemanusiaan dan kita tidak rela melihat sebuah negara yang hidupnya di diskriminasikan. Atas nama kulit dan ini kita tidak boleh benarkan. Sebab itu Malaysia berpuluh-puluh tahun, sejak tahun 1957 saya sebutkan kepada Guterres. Begitu juga dalam ucapan saya di peringkat di UNGA. Kita sebutkan ini. Ini adalah soal kemanusiaan yang perlu disokong oleh semua kita termasuk di Malaysia. Jangan kita bahaskan isu ini dari sudut agama dan sebagainya...
[Tepuk] It must go across religion and ethnic groups. Jadi, saya minta kepada rakan-rakan kita semua untuk sama-sama kita ini. Tuan Yang di-Pertua, silakan dahulu. Tuan Yang di- Pertua, ambil tempat sebelum saya meneruskan ucapan saya.
[Timbalan Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Datuk Seri Hajah Zurainah binti Musa
Soalan tambahan.
Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh
Datuk Yang di-Pertua.
Datuk Seri Hajah Zurainah binti Musa
Bagi lah peluang kepada saya pula.
Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh
Simple question. Simple question.
Datuk Seri Hajah Zurainah binti Musa
Tak boleh lah Tan Sri. Bagi peluang kepada wanita.
Timbalan Tuan Yang di-Pertua
Hadirin yang berhormat, sila.
Datuk Seri Hajah Zurainah binti Musa
Terima kasih. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Soalan saya, boleh kah MOFA melihat kepada penyelarasan tugas-tugas dan fungsi bersama MITI untuk mewujudkan satu super Foreign Affairs And Trade Ministry, dengan izin. Ini adalah selari dengan tindakan kerajaan lain dan akan menjimatkan kos perbelanjaan bagi kerajaan kita sambil memperkasakan lagi strategi foreign affairs kami di Malaysia ini. Terima kasih. Assalamualaikum.
Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh
Tuan Yang di-Pertua, one simple question. Tadi Yang Berhormat Menteri kata telah menubuh core group. Saya tak tahu core group apa tetapi saya kira core group ini untuk memperjuangkan soal Palestin, Gaza dan semua lah. Soalan saya simple sahaja. Adakah Arab Saudi masuk dalam core group ini? Sebab kita tahu sebelum ini Arab Saudi stand dia nya berbeza daripada yang lain-lain. Terima kasih.
Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Dia kata dia akan berakhir sama ada bagi tanya soalan tetapi dia ada akhiri dengan soalan saya mudah sahaja tetapi nak jawab yang payah. Apa pun saya jawab dulu soalan-soalan Tan Sri Fatmi.
Timbalan Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli di sini semua rindu pada YB.
Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Itulah.
Timbalan Tuan Yang di-Pertua
Yang selalu keluar negeri sana sini tetapi tidak hadir persidangan.
Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh
Tak pernah datang Dewan...
[Ketawa]
Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Termasuklah yang rindu dengan saya itu ialah yang berada di atas sana iaitu Tuan Yang di-Pertua...
[Ketawa] Baik. Bagi menjawab soalan yang pertama dulu ya daripada Tan Sri Fatmi, Senator Fatmi. Soalan yang baik sebenarnya iaitu apakah pendirian Arab Saudi? Sebenarnya antara core members yang- core group yang berada itu ialah Arab Saudi sendiri. Arab Saudi lah yang banyak menggerakkan dengan perbincangan-perbincangan khas yang diadakan termasuk dalam pertemuan di New York dan mereka memulakan satu langkah baharu sebenarnya.
Kalau selama ini kita melihat dalam konteks OIC adalah merupakan yang menyatakan bahawa OIC tidak akan mengambil pendekatan yang agresif dan kali ini kita melihatkan bagaimana OIC yang berada beribu pejabat di Riyadh itu mengambil langkah- langkah yang drastik diketuai oleh Arab Saudi sendiri. Ini merupakan satu perkembangan yang sangat menarik dan perkembangan yang dilakukan secara bersama dengan melibatkan pelbagai negara-negara yang lain. Kita mengharapkan usaha-usaha ini akan akhirnya membuahkan hasil yang baik.
Bagi menjawab Yang Berhormat Senator tadi iaitu YB Zurainah tentang Super Ministry. Bagi sesebuah negara, kita lihat ada negara-negara tertentu yang menggabungkan dua kementerian ini bersekali. Banyak negara pula termasuk daripada segi sama ada saiz negara itu dan juga dasar-dasar luar negara yang ada pada sebuah negara itu. Sesetengah itu dipecahkan. Macam Malaysia kita pecahkan kepada dua.
Namun, itu tidak bermakna antara dua kementerian ini tidak bekerjasama. Saya nak sebutkan untuk pertama kalinya kita dapat menggabungkan gerak kerja yang bersama.
Tidak ada protokol lagi. Saya telah menyebutkan kepada pegawai-pegawai saya dalam hubungan kita untuk kita berada di pentas antarabangsa, dalam kita mempromosikan negara kita, kita jangan menunjukkan ada perbezaan antara kementerian. Kita perlu bekerjasama.
Lantaran itulah kita melihat bagaimana hasil kerjasama yang baik antara MITI dengan Kementerian Luar Negeri ini telah memberikan natijah yang baik kepada pelaburan negara. Dalam siri-siri lawatan, sama ada oleh saya mahupun oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan setiap siri lawatan itu kita masukkan perbincangan- perbincangan berkaitan dengan peluang-peluang ekonomi dan pelaburan. Kita duduk bersama.
Kita bincang strategi bersama. Sebagai contoh lagi satu dalam pre council yang diadakan sebelum lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun kita masukkan perbincangan secara bersama.
Dalam erti kata yang lain, apa yang dilakukan oleh Kementerian Luar Negeri pada kali ini bersama dengan MP, Kementerian Luar Negeri melaksanakan economic diplomacy yang sangat aktif untuk bersama-sama kita angkatkan balik Malaysia di persada antarabangsa dan untuk menarik FDI ke negara kita...
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua
Satu jawapan yang diplomatik.
Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Very diplomatic.
Dato’ Dr. Nelson a/l Renganathan
Datuk Seri Yang di-Pertua, komen sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua
Ya. Sila.
Dato’ Dr. Nelson a/l Renganathan
Boleh ya? Ethiopia 120 juta population.
Bukan 30. Jadi, syabas Datuk Seri Diraja kerana buka embassy lepas itu, peluang bisnes itu memang cerah. So, syabas...
[Tepuk]
Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Tan Sri, Yang Berhormat tengok Google tadi. Tolong perbetulkan. Saya tidak sebut 30 pun. Saya kata lebih daripada 70 tadi. Samalah, tetapi anyway thank you very much for highlighting that. Sebab itulah kita nak wujudkan di sana. Baik. Saya terus pergi ke isu- isu di Gaza ini saya ingat- saya nak bangkitkan...
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Yang Berhormat, tadi baru nak start bagi menjawab soalan saya. Tiba-tiba banyak sangat soalan yang saya tak dengar langsung jawapan soalan saya. Akan tetapi least sentuh juga Yang Berhormat. Terima kasih.
Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Soalan Yang Berhormat, yang sebahagian besarnya telah pun dijawab semalam dalam usul yang telah pun dibangkitkan, yang telah dibahaskan oleh kita- semua. Saya harap Yang Berhormat puas hati. Kalau yang tak puas hati, ada bahagian-bahagian mana Yang Berhormat rasa nak tanya, boleh tambah balik sekarang silakan kalau ada.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Saya tak sempat masuk yang semalam, tapi bila tadi sebut kata nak jawab soalan saya itu jadi tertangguh. Saya tertunggu-tunggu sebab itu saya minta kalau boleh disambung. Kalau dah jawab semalam, consider alhamdulillah. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri, masa sudah habis.
[Ketawa] Tapi masih lagi ramai Ahli-ahli yang rindu dengan YB. Jadi, saya bagi tambahan masa lah...
[Ketawa]
Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Oh, terima kasih. Terima kasihlah Yang di-Pertua Dewan. Yang kita tahu, beliau memberi atas nama keadilannya, bukan disebabkan oleh sahabat saya.
Saya, untuk tambahanlah untuk Tuan Haji Hussin, sebab saya tahu semalam Timbalan Menteri telah pun menjawab soalan-soalan ini. Antara yang disebutkan kepada Tuan Haji dan termasuk dalam Dewan ini, yang apa-kah pendirian kita yang telah pun ditegaskan tentang pendirian Malaysia dalam menangani krisis di Palestin.
Ini adalah yang kita nak supaya gencatan senjata serta-merta dilakukan termasuk kita nak supaya apa nama pendudukan haram di bumi Palestin ini oleh rejim Israel ini dihentikan dengan segera serta menghentikan pemindahan orang-orang awam keluar daripada Palestin. Termasuk juga membuka apa yang disebut sebagai humanitarian borders di kawasan yang berkenaan hendaklah disegerakan dan ia telah pun dibuka, tetapi penghantaran barang-barang itu masih lagi tidak mencukupi.
Jadi, ini antara langkah-langkah yang telah pun kita buat. Saya ingin membawa perhatian sidang Dewan pada hari ini, iaitu dengan keadaan yang berlaku di bumi Palestin ini keadaan menjadi semakin rumit dan sukar.
Untuk pertama kalinya, dalam tempoh 30 tahun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, seorang Setiausaha Agung mengeluarkan satu kenyataan yang sangat penting, dengan menggunakan perkara ataupun Artikel 99.
Semalam, yang saya baru terima pagi tadi, Wakil Tetap Malaysia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah memaklumkan kepada saya, bahawa ini merupakan satu langkah terkini yang dilakukan untuk menghentikan peperangan yang berlaku di sana dan kezaliman yang berterusan yang dilakukan oleh rejim Israel.
Ayatnya cukup keras dan memanggil semua pihak untuk bersama-sama menghentikan kekejaman yang dilakukan. Ini dikeluarkan oleh Guterres, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Saya telah pun mengarahkan supaya wakil tetap Malaysia kita berada di perbincangan nanti, di peringkat Persidangan Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Kemungkinan pula, selepas itu akan diadakan satu persidangan khas di peringkat Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) dengan UNSC. Jadi, inilah harapan kita supaya akhirnya ia nya akan dapat membawa kesan yang baik dalam menangani isu yang berlaku di bumi Palestin ini.
Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada soalan Yang Berhormat Senator Tuan Musoddak. Ada Musoddak sini?
Timbalan Yang di-Pertua
Dia tak ada.
Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Dia tak ada ya. Yang Berhormat Senator Datin Hajah Ros pun tak ada ya?
Timbalan Yang di-Pertua
Ros tak ada.
Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
So, saya pergi ke lainlah sebab yang itu pun rasa sudah dijawab semalam berkaitan dengan penghantaran bantuan ke Palestin. Telah pun diulas oleh Timbalan Menteri semalam.
Kemudian, isu berkaitan Elaun Perbezaan Sara Hidup (EPSH), aset-aset kerajaan di luar negeri dan perbelanjaan pembangunan. Ini saya fikir dibangkitkan oleh Senator Datuk Dr. Azhar semalam. Juga Senator Dr. Lingeshwaran ya.
Bagi memastikan penjawat awam Kementerian Luar dapat sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Malaysia di dalam dan di luar negara, kementerian sentiasa mengambil berat akan kebajikan dan keperluan para penjawat awam, termasuklah, dengan izin, home-based staff pada perwakilan diplomatik dan pejabat- pejabat wakil agensi Malaysia di luar negeri.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kementerian Luar Negeri sedang mengadakan semakan semula ESHLN dan Elaun Khidmat Luar Negeri, berdasarkan faktor-faktor berikut:
(i) peningkatan kos sara hidup, harga barangan dan perkhidmatan asas di luar negeri;
(ii) kadar ESHLN semasa tidak relevan dengan kadar inflasi;
(iii) jurang perbezaan gaji kakitangan ambilan tempatan dan penjawat awam home-based staff;
(iv) memelihara kebajikan penjawat awam home-based staff yang berkhidmat di luar negeri; dan
(v) perbezaan antara ESHLN diplomat Malaysia dan diplomat asing.
Jadi, kita membuat rujukan semula dari semasa ke semasa, berkaitan dengan kedudukan staf-staf kita yang berada di luar negara. Insya-Allah kita membuat penilaian ini berterusan.
Berhubungan isu penggantian kenderaan. Pada tahun ini, kementerian telah dapat menggantikan 15 buah kenderaan bagi kegunaan rasmi pada perwakilan- perwakilan diplomatik Malaysia di 15 buah negara. Antaranya, termasuklah Arab Saudi, Indonesia, Jepun, Perancis dan Thailand.
Saya faham, di kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat ada yang memaklumkan kepada saya selepas lawatan-lawatan ke luar negara, ketika mana Ahli-ahli Yang Berhormat berjumpa dengan embassy- kedutaan kita termasuklah Yang di-Pertua Dewan memaklumkan kepada saya. Keadaan kenderaan-kenderaan secara perbandingan dengan lain-lain negara.
Jadi, saya telah ambil maklum itu. Saya telah maklumkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memberikan beberapa peruntukan untuk kita mulakan. Pada tahun ini, kita dapat 15 buah kenderaan untuk di 15 buah negara. Ini termasuklah untuk tahun 2024 ini, insya-Allah kita akan gantikan lagi untuk di enam buah negara yang lain untuk pembelian kenderaan- kenderaan ini.
Untuk Belanja Pembangunan 2024 Kementerian Luar Negeri. Bagi peruntukan belanja pembangunan, Kementerian Luar Negeri telah diperuntukkan sebanyak RM209.75 juta bagi tahun 2024 iaitu peningkatan sebanyak 29.86 peratus berbanding dengan RM161.52 juta pada tahun 2023.
Pertambahan peruntukan ini adalah penting bagi membolehkan Kementerian Luar melaksanakan projek-projek pembangunan menaik taraf dan membaik pulih bangunan dan infrastruktur, di bawah seliaan kementerian, khususnya pada perwakilan-perwakilan diplomatik Malaysia di luar negara.
Bagi tahun 2024, kementerian akan menumpukan kepada pelaksanaan 20 projek pembangunan. Ini merangkumi antara lain projek-projek pembangunan, menaik taraf dan membaik pulih Bangunan Canseri, kediaman rasmi serta kuarters home-based staff di Bangkok, Singapore, Paris, Belgrade, Canberra, Brussels dan Manila, Ankara dan Rome.
Kementerian yakin bahawa projek-projek pembangunan serta penaiktarafan bangunan dan infrastruktur di dalam dan di luar negara akan menjamin keselamatan pengguna facilities dan kemudahan serta menyumbang kepada peningkatan mutu penyampaian perkhidmatan kementerian dan perwakilan-perwakilan diplomatik Malaysia kepada rakyat kita di luar negara dan dapat meningkatkan imej Malaysia di persada antarabangsa.
Diplomasi Halal. Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Vell Paari a/l Tun Samy Vellu.
Semalam mereka berkongsi video Tun Samy Vellu yang meninggalkan kesan yang mendalam kepada kita- semua. Ingatan kepada beliau. Juga telah menyentuh tentang diplomasi halal.
Sebagai menyambut seruan kerajaan dalam menjayakan Kerangka Ekonomi MADANI, kementerian sentiasa bekerjasama dengan agensi-agensi pembangunan industri halal yang lain, termasuklah Halal Development Corporation untuk menambah sinergi bagi merancakkan diplomasi halal di peringkat antarabangsa.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan kepada Yang Berhormat juga bahawa dalam hampir setiap lawatan rasmi dan mesyuarat dua hala yang saya hadiri khususnya dalam konteks rakan-rakan di peringkat Asia dan juga di Asia Tengah- Central Asia, antara perkara utama yang dibangkitkan dalam perbincangan dua hala itu ialah berkaitan dengan halal industry. Sebab mereka melihat Malaysia merupakan penanda aras yang terpenting dalam industri halal.
Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Saya tanya mereka, sebagai contoh di Central Asia. Dalam konteks Asia Tenggara ini, mungkin kita faham bahawa bagaimana mereka tahu tentang kualiti halal Malaysia, tetapi di Central Asia, mereka hendakkan supaya Halal Malaysia ini diguna pakai di sana, tetapi apa pendekatan yang kita buat ialah bukan hanya dalam konteks certification dari Malaysia kan.
Ini dia kata halal dari Malaysia ada lambang itu, tetapi bagaimana kita hendak menjadikan halal ini sebagai sebuah industri yang besar dan dapat dimanfaatkan. Ini termasuklah apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengadakan lawatan ke Vietnam.
Di Vietnam, di peringkat Asia Tenggara ini mereka bertanya, mereka nak kan sangat-sangat industri halal ini dibangunkan secara besar-besaran kerana bagi mereka ia merupakan satu peluang ekonomi yang besar, bukan hanya dalam konteks Vietnam tetapi di Vietnam itu dia bersempadan di atasnya ialah China dan dia dapat manfaatkan ekonomi di sana. Sebab itulah saya hendak mengesyorkan supaya rakyat Malaysia mengambil peluang ini untuk menggunakan ya dari sudut trust atau kepercayaan yang ada kepada Halal Malaysia itu sebagai industri masa hadapan yang besar.
Sebagai contoh, pihak kerajaan telah pun menjangkakan ya daripada segi industri Halal Malaysia diunjurkan berkembang sampai RM500 bilion sehingga tahun 2023, minta maaf sehingga 2030. Ini memberikan kesan jangka panjang yang sangat besar kepada ekonomi kita. Jadi, saya harapkan supaya potensi halal ini dapat digarap oleh- kita sekalian. Oleh yang demikian, Kementerian Luar Negeri telah meletakkan satu lagi istilah yang kita panggil sebagai Halal Diplomacy ataupun Diplomasi Halal sebagai salah satu agenda yang kita bawa ke mana-mana dalam hubungan antarabangsa ini.
Seterusnya, berkaitan dengan IDFR. Ini Datuk Dr. Dominic Lau. This is your time also to ask questions. Datuk Dr. Dominic ada bertanya, baik terima kasihlah kerana bertanya. Maksudnya beliau tahu apa yang ada di dalam Kementerian Luar itu. Salah satunya ialah IDFR iaitu Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri yang kita tahu ia telah ditubuhkan sejak 1991. IDFR sebagaimana yang kita tahu ia merupakan badan penyelidikan yang penting, selain daripada itu kita menganjurkan latihan-latihan kepada diplomat-diplomat muda kita di sana.
Bagi tahun 2024, IDFR menerima anggaran peruntukan dengan sedikit pengurangan 8.9 peratus, berbanding 2023 terutamanya bagi pembayaran emolumen, perkhidmatan dan bekalan serta pemberian kenaan bayaran tetap 4000. Pengurangan ini lebih menyentuh kepada emolumen. Walau bagaimanapun, masih terdapat kekosongan yang perlu diisi, di mana pihak IDFR akan berunding dengan pihak Kementerian Kewangan untuk mendapatkan peruntukan tambahan sejajar dengan pengisian yang diharap akan dapat dilaksanakan kelak.
Namun walau bagaimanapun, itu dalam aspek kekurangannya, tetapi dalam konteks pembangunan IDFR itu, Kementerian Kewangan telah memperuntukkan sebanyak RM60 juta untuk bagi kerja-kerja menaiktarafkan dan membaik pulih IDFR melalui peruntukan pembangunan.
Ketika saya melihat potensi IDFR ini, saya sebut kepada pegawai-pegawai saya, kepada anak-anak buah, saya katakan bahawa kalau kita lihat IDFR ini sebenarnya mempunyai potensi yang sangat besar sebagai badan penyelidikan yang boleh dijadikan badan penyelidikan ternama kerana kita mempunyai MTCP yang kita bawa diplomat- diplomat muda, pegawai-pegawai muda, profesional muda dari luar negara datang membuat latihan di tempat kita dan ini termasuklah di IDFR.
Sebab itulah saya telah mengesyorkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya IDFR ini dibangunkan balik dan kedudukannya yang cukup strategik iaitu di tempat Kementerian Luar Negeri dulu dekat dengan- bersebelahan dengan Dewan Bahasa dan Pustaka. Profesor Awang Sariyan ada di sini, dia tahu di mana letaknya IDFR itu. Keadaan tempatnya sangat menarik, sangat cantik. Jadi, saya kata dengan potensi yang ada itu, kita perlu membangunkan IDFR ini sebagai pusat tangki pemikiran yang terkenal di seluruh dunia.
Sebab itulah kita mula membawa tokoh-tokoh dunia untuk menyampaikan ucapan-ucapan mereka, termasuklah ucapan lecture series yang kita buat. Contohnya dimulakan dengan seorang tokoh yang tokoh hubungan antarabangsa yang hebat, mungkin Yang di-Pertua kenal beliau, Profesor Kishore yang datang memberikan ucapan beliau.
Malah beliau bertanya, “Why am I invited to come here in the first place?” and I said “Well, this is during my time, it is different. You have to come and you delivered your thought to us.” Jadi, itu antara yang beliau datang. Insya-Allah kita akan meneruskan tradisi ini untuk kita naikkan taraf IDFR.
Selain daripada itu juga, dalam siri lawatan saya ke luar negara, saya mengambil salah satu agenda saya ialah untuk melawat pusat-pusat institut-institut antarabangsa yang terkenal di negara itu yang ada kaitan dengan dasar-dasar luar di negara yang berkenaan. Sebagai contoh baru-baru ini, saya berada di India, saya telah melawat Sushma Swaraj Institute of Foreign Service India yang merupakan antara yang paling terkenal di dunia dan mereka bersetuju untuk mengadakan hubungan kerjasama dengan Malaysia.
Demikian juga The School of International Relations of Iran sebagai contoh dan the Leiden Asia Institute waktu saya berada di Belanda baru-baru ini. Ini antara tempat- tempat yang kita boleh kerjasama dengan mereka dan mengumpulkan pelbagai maklumat dan ilmu dan bertukar-tukar pandangan dengan mereka.
Soalan oleh diplomasi kebudayaan dan Atase Pendidikan dan Kebudayaan yang dibangkitkan oleh Senator- ini guru besar saya, oleh Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan, ini dia tokoh bahasa, mahaguru bahasa. Sememangnya kementerian ini dan perwakilan-perwakilan diplomatik Malaysia di luar negara telah giat menjalankan usaha-usaha bagi mengangkat bahasa, kebudayaan dan aspek-aspek tamadun Malaysia. Kita lakukan ini sebagai diplomasi budaya kita. Kita perlu terjemahkan budaya kita dalam konteks hubungan luar negara.
Namun, kerjasama ini untuk kita laksanakan diplomasi dan Atase Pendidikan dan Kebudayaan ini perlu ada kerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Seni dan Budaya (MOTAC), Kementerian Komunikasi dan Digital dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Menteri Pendidikan juga pun ada di sini.
Timbalan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri, panjang lagi?
Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Saya, saya habiskan.
Timbalan Yang di-Pertua
Kalau boleh ringkaskan dan tamatkan pada jam 4.30 ya.
Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
What’s the time now? Okey, tiga minit cukup.
Timbalan Yang di-Pertua
Rakan-rakan Yang Berhormat di belakang itu menunggu juga itu.
Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Ya. Saya sentiasa mengikut arahan Yang Berhormat sepertimana pagi tadi...
Timbalan Yang di-Pertua
Alhamdulillah.
Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
...Yang Berhormat minta saya pendekkan, alhamdulillah. Baik. Saya pun sudah lupa macam mana tadi saya sebut. Baik.
Kita akan meneruskan usaha-usaha ini untuk pengetahuan Yang Berhormat Senator.
Saya telah dimaklumkan tentang bagaimana kita perlu bekerjasama dalam untuk menyelesaikan perkara ini untuk kita wujudkan balik cadangan untuk mengadakan Atase Pendidikan ini.
Ini kita akan bawa nanti untuk dibincangkan dengan MOTAC dan juga KPM bagaimana kita ingin mewujudkan kembali sepertimana yang dicadangkan sebelum ini.
Saya faham kementerian sebelum ini ada mencadangkan hal yang sedemikian. Baiklah, yang akhir sekali.
Timbalan Yang di-Pertua
*Alhamdulillah...
[Ketawa]*
Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
I am very much obliged Tuan Yang di-Pertua. Baik. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, peningkatan peruntukan Kementerian Luar Negeri semestinya akan dapat menyokong usaha kementerian untuk terus menyampaikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada semua rakyat dan pihak berkepentingan. Saya mengharapkan dalam kesempatan ini, marilah kita bekerja bersama-sama sebagai satu pasukan dalam usaha kita menyampaikan maklumat- maklumat yang baik untuk negara kita demi menjaga imej yang baik untuk negara kita.
Saya faham akan mungkin ada kelainan pendapat tentang isu-isu politik, namun dalam isu meletakkan Malaysia di persada antarabangsa kita perlukan kebersamaan daripada kedua-dua pihak sama ada pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang kerana yang akan kita bawa di luar negara nanti merupakan imej negara kita. Berilah pandangan-pandangan yang membina, tentunya ada pandangan-pandangan yang membina daripada kedua-dua belah pihak.
Pihak Kementerian Luar Negeri bersedia untuk mendengar pandangan- pandangan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Terima kasih banyak-banyak atas kesempatan ini. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih YB Menteri. Tapi yang lebih afdalnya adalah kalau YB dapat bawa rakan-rakan, ahli-ahli untuk bersama-sama YB apabila buat lawatan di luar negara itu...
[Tepuk]
Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
...Insya-Allah.
Timbalan Yang di-Pertua
Jadi, mudah untuk ahli-ahli dalam Dewan ini untuk bersemuka dengan, dengan apa ini- target apa? Target, target yang YB nak dapat tu...
[Ketawa]
Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
...Betul. Insya-Allah...
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih YB. Pertama sekali saya nak ucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada YB Koh Nai Kwong yang akan menamatkan tempoh Senat beliau pada 9 Disember. Sebab itu tadi beliau diberi peluang untuk menjadi Pengerusi Majlis pada hari ini. Terima kasih kepada ahli-ahli kerana memberikan sokongan kepada beliau...
[Tepuk] Ahli Yang Berhormat, merujuk kepada peruntukan Peraturan Mesyuarat 11(5) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara, saya hendak menetapkan bahawa Majlis Dewan Negara hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai giliran menjawab oleh Kementerian Pertahanan ke atas D.R.31/2023, Rang Undang-undang Perbekalan 2024 seperti di No. 7 dalam Senarai Giliran Menteri-menteri yang menjawab, yang diedarkan pada hari ini. Selepas itu, Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin, 11 Disember 2023.
Dengan itu, saya sekarang minta Kementerian Pendidikan Tinggi untuk menjawab.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Terima kasih Datuk Seri Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada 12 orang Yang Berhormat Senator yang telah membangkitkan beberapa perkara dan isu yang berkaitan dengan Kementerian Pendidikan Tinggi. Walau bagaimanapun, sebelum saya meneruskan penggulungan saya, saya mohon petua daripada Yang di- Pertua, sama ada saya perlu untuk menjawab kepada Ahli-ahli Senator yang tidak hadir pada hari ini.
Timbalan Yang di-Pertua
Itu terpulang kepada YB. Kerana kalau mereka tak berada dalam Dewan semasa Yang Berhormat Menteri menjawab, maka mereka tidak akan mendengar jawapan YB...
[Ketawa] Terpulang YB.
Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Saya cuma ada 12 orang di sini. Kalau saya lihat di sini, kalau tak silap sayalah, pemerhatian saya, tak kurang daripada lima yang tak ada di sini...
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua
Tak apa YB. Kalau YB nak jawab tujuh, YB jawab tujuh. Yang lima tadi...
Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Okey baik.
Timbalan Yang di-Pertua
...YB bagi jawapan bertulis.
Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua
Okey, terima kasih.
Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Pertamanya Yang Berhormat Tuan Tuan Aknan a/l Ehtook. Ada ya?
Timbalan Yang di-Pertua
Dia dah tamat perkhidmatan.
Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Ha?
Timbalan Yang di-Pertua
Dia sudah tamat perkhidmatan.
Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Oh, tamat sudah? Dia...
[Ketawa] Tak perlu jawablah.
Timbalan Yang di-Pertua
[Ketawa]
Seorang Ahli
[Ketawa]
Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Ramai tak ada ini. Kedua, Yang Berhormat Senator Tuan Isaiah tak ada juga ya?
Timbalan Yang di-Pertua
Tidak ada...
[Ketawa]
Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
[Ketawa] Saya sebut nama sajalah hari ini...
[Ketawa] Ketiga, Yang Berhormat Senator Datuk Lim Pay Hen.
Timbalan Yang di-Pertua
Datuk Lim Pay Hen.
Seorang Ahli
...Ada, ada...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua
Ah, baru masuk...
[Ketawa]
Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Baru masuk dia. Nasib dia masuk. Kalau tak, saya sebut lagi nama...
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua
[Ketawa]
Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Yang Berhormat Senator Datuk Lim yang menyentuh mengenai strategik menarik lebih ramai anak muda menyambung pengajian dalam bidang TVET di bawah KPT. Selain kerjasama strategik dengan industri artificial intelligence (AI) dan peruntukan kursus dan peruntukan kursus program pendidikan pengundi muda, isu ini juga disentuh oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Sivaraj a/l Chandran, ada ya?
Di sini saya ingin memaklumkan bahawa program TVET di bawah KPT sebenarnya menunjukkan kemasukan yang konsisten dan berada pada tahap tertinggi sejak tiga tahun terkini. Malah bagi semua program TVET yang diuruskan oleh KPT, sama ada di politeknik ataupun MTUN, enrolmen setakat September 2023 dengan jumlah enrolmen semasa mencecah kira-kira 147,954 orang pelajar.
Kesemua data ini adalah merujuk dan terhad kepada program TVET di rangkaian universiti teknikal (MTUN), politeknik dan kolej komuniti di bawah KPT sahaja. Bagi menarik lebih ramai golongan muda belia menyertai bidang TVET khususnya di politeknik dan kolej komuniti, KPT telah memulakan agenda pendigitalan dengan membangunkan apa yang dipanggil, POLI Digital 2023–2027. Impak besar daripada agenda pendigitalan ini akan menyebabkan ekosistem dan program politeknik diberikan nafas baharu dan dilonjakkan secara radikal.
Politeknik-politeknik di bawah KPT akan boleh berkongsi program pengajian sesama mereka. Politeknik akan menjadi pusat pengajian teknikal dan teknologi tercanggih. Tempoh pengajian akan menjadi lebih singkat. Suasana pembelajaran di pacu pendekatan kreatif lagi menyeronokkan.
Penggunaan gajet atau peranti teknologi menjadi ciri utama dan latihan kemahiran akan menggunakan pendekatan yang inovatif yang selari dengan minat dan kecenderungan anak muda. Antara usaha lain, KPT juga sedang mengaktifkan semula Jawatankuasa KPM dan KPT bagi merangka inisiatif pelajar menyambung pengajian ke politeknik dan kolej komuniti. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, KPT telah menetapkan sasaran yang tinggi untuk sasaran pengambilan 55 peratus lepasan SPM atau setaraf ke program TVET pada tahun 2025.
Selain itu, perancangan dan pendekatan baharu yang sedang dilaksanakan oleh kementerian ini melalui Pelan Transformasi Politeknik dan Memperkasakan Kolej Komuniti (JKTPKK) 2023–2030 yang baharu sahaja diluncurkan pada 4 Disember 2023.
Melalui kerangka transformasi ini terdapat tiga strategic reform initiative (SRI) telah diformulasi melalui penggubalan dasar-dasar pintar secara bersepadu, penglibatan pihak-pihak berkepentingan termasuk industri secara menyeluruh dalam ekosistem politeknik dan penyusunan semula program pengajian secara berstruktur bagi menyediakan bakat TVET yang kalis masa hadapan seperti yang diperlukan dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).
KPT ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Datuk Lim Pay Hen yang menyokong penubuhan pusat pengajian kecerdasan buatan pertama di UTM dan bersetuju agar ekosistem AI perlu lebih agresif.
Cadangan Yang Berhormat Senator agar kerajaan terus menjamin kerjasama strategik dengan industri AI adalah bertepatan dan selari dengan inisiatif di pihak KPT serta perbahasan oleh Yang Berhormat Dato’ Sivaraj yang menyarankan dipergiat juga penyertaan IPT khususnya IPTA dalam bidang AI untuk membolehkan Malaysia melahirkan lebih ramai pakar serta secara tidak langsung membantu aspek kebolehpasaran graduan.
Memandangkan negara ini telah mempunyai kepakaran dalam bidang kecerdasan buatan di beberapa buah universiti dan industri, UTM melalui fakulti ini akan menubuhkan Konsortium Pakar Kecerdasan Buatan- Artificial Intelligence Expert Consortium bagi menggembleng dan menggabungkan kepakaran dalam memenuhi keperluan kecerdasan buatan di dalam negara.
Di peringkat kementerian, Bahagian Hubungan Industri (BHI) Jabatan Pendidikan Tinggi memainkan peranan yang signifikan dalam pengembangan dan pembangunan kemahiran dan teknologi di industri khususnya melalui kerjasama dan kolaborasi strategik dengan pemain industri AI dari dalam mahupun luar negara. Syarikat-syarikat ternama dalam industri AI seperti Google, Huawei, Microsoft telah menjalankan kerjasama yang erat dengan pihak KPT.
Misalnya, kerjasama KPT–Microsoft menerusi Memorandum Persefahaman
(MoU) meliputi penganjuran program Microsoft Talent in Tech Accelerator bagi memperkukuhkan kecekapan digital dalam kalangan pelajar institusi pendidikan tinggi
(IPT) yang berupaya mewujudkan budaya digital centric. Program ini akan dilaksanakan pada peringkat nasional dengan pengisian pelbagai pilihan modul yang menepati kehendak industri seperti Microsoft Azure Fundamentals, Microsoft Azure Data Fundamentals, Microsoft Azure AI Fundamentals, Microsoft Power Platform Fundamentals and Microsoft Security, Compliance and Identity Fundamentals. Melalui pelaksanaan program ini, pelajar akan menerima manfaat seperti Microsoft Fundamentals Certification serta latihan sebagai persediaan mendapatkan pekerjaan daripada segi penyediaan resume, teknik menghadiri temu duga dan pendedahan membangunkan profil peribadi di aplikasi LinkedIn.
Dalam perkara berkaitan, KPT juga optimis dengan ledakan teknologi AI dan pendekatan positif terus diambil bagi menggalakkan penggunaan secara betul teknologi AI di dalam proses pengajaran oleh tenaga pengajar dan pembelajaran oleh para mahasiswa.
Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Misalnya, Nota Panduan- Advisory Note oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) berkaitan penggunaan teknologi generative AI digunakan sebagai rujukan oleh universiti, politeknik dan kolej komuniti.
Malah, KPT turut memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi memastikan IPT sentiasa bersedia menghadapi ledakan teknologi terkini seperti teknologi kecerdasan buatan AI seperti inisiatif pelaksanaan 10 program Flagship di 10 buah institusi berlandaskan teknologi 4IR, penggunaan cloud in computing dalam sistem pengurusan pembelajaran LMS, serta latihan kepakaran pensyarah dalam teknologi 4IR. Kesemua inisiatif ini akan dikawal selia oleh sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa TVET Digital dan penambahbaikan kurikulum melalui pemetaan kurikulum kepada 4IR pillars telah dilaksanakan.
Selain itu, proses pentaksiran...
Dato’ Dr. Nelson a/l Renganathan
Tuan Yang di-Pertua, mohon mencelah boleh? Datuk Yang di-Pertua, memandangkan ada tiga kementerian yang bertanggungjawab ke atas pengiktirafan pengajian TVET, boleh saya tanya, apakah beza pengajian TVET yang diuruskan oleh KPT berbanding dengan pengajian TVET yang diuruskan oleh KPM dan KSM? Terima kasih.
Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Berhubung kait dengan persoalan, kita ada tiga kementerian melaksanakan program TVET ini. Sebenarnya tiga kementerian ini di bawah satu Majlis yang ada jawatankuasa dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi. Melalui Majlis ini, kita bersatu kita. Kita sepadukan, baik daripada segi kurikulumkah ataupun program-program TVET yang kita laksanakan ini yang tidak akan bertindih. Dia- we are complement each other. Bagi kami di peringkat KPT, tentunya kita menawarkan sehingga program yang mencecah ke peringkat PhD. Walhal mungkin di peringkat yang lain, dia hanya daripada segi sijil, ada yang sampai pun di peringkat diploma sahaja. Lebih kurang itu tidak akan mungkin pada pendapat kitalah, tidak akan menimbulkan permasalahan untuk kita pastikan TVET ini akan dapat kita lestarikan. Terima kasih Yang Berhormat.
Selain itu, proses pentaksiran dalam program pengajian juga di pelbagai sesuai dengan bidang dan kemahiran TVET dalam bentuk pentaksiran alternatif iaitu alternative assessment dengan merujuk kepada dokumen berkaitan pentaksiran alternatif oleh pihak Jabatan Pendidikan Tinggi dan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.
Berdasarkan data KPT setakat ini, terdapat 10 program AI di universiti awam pada tahun 2022. Dua di tahap prasiswazah, lapan di tahap pascasiswazah yang antaranya berada di Universiti Malaya, UKM, UTM, UIAM, UMS, UPSI dan UTEM.
Selain itu, terdapat 19 buah universiti awam yang juga menawarkan sebanyak 182 program sains komputer, 96 di tahap prasiswazah, 86 di tahap pascasiswazah.
Bidang AI disenaraikan sebagai salah satu- teras bagi program sains komputer dengan kod NEC0613. Malah, sebanyak 280 kursus micro-credential berkaitan kemahiran digital sudah pun dibangunkan dan ditawarkan oleh IPT kepada para pelajar dan masyarakat, menerusi platform digital masing-masing.
Sebanyak 14 kursus micro-credential berkaitan AI sudah pun dibangunkan dan disenaraikan di portal MQA, micro-credential. UA seperti UPM misalnya, menawarkan kursus micro-credential seperti Artificial Intelligence for Society in 100 Minutes, Artificial Intelligence for Educators and Chatbot for Learning with Dialogflow ES. Secara tuntasnya, KPT bukan sahaja menitik beratkan kurikulum dan kandungan kursus yang terkini dan menepati teknologi 4IR, malah sentiasa memastikan pendidikan yang ditawarkan menepati perkembangan semasa dan keperluan industri.
Seterusnya, Yang Berhormat Dato’ Juhanis dan Yang Berhormat Senator Dr.
Hajah Wan Martina, ada ya?
Timbalan Yang di-Pertua
Ada. Dua-dua ada.
Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Manakah Martina? Oh, di...
[Ketawa] Kedua-duanya menyentuh mengenai mekanisme merakyatkan kolej komputer kepada golongan rentan, terutamanya golongan ibu tunggal, OKU, Orang Asli dan warga emas.
Untuk makluman Yang Berhormat Senator, KPT melalui Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) ada menawarkan program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) bagi peningkatan kemahiran dan pengetahuan komuniti setempat.
Program PSH di kolej komuniti ditawarkan secara jangka pendek melibatkan 22 bidang kemahiran. Selain itu, kolej komuniti juga menawarkan 19 program PSH yang berstruktur iaitu PSH bermodul menggunakan modul latihan kemahiran jangka pendek yang dibangunkan daripada program sepenuh masa Sijil Kolej Komuniti (SKK) bagi peningkatan kemahiran dan pengetahuan, seterusnya berupaya meningkatkan kualiti hidup.
Program seumpama ini pastinya berupaya meningkatkan sosioekonomi komuniti, khususnya golongan rentan seperti ibu tunggal. Sehingga Oktober 2023, sebanyak 2,769 penyertaan dalam kalangan ibu tunggal direkodkan bagi program PSH. Dalam hal ini, dua kluster tertinggi penyertaan melibatkan ibu tunggal adalah bagi program catering dan sajian dan perniagaan dan keusahawanan. Di bawah hala tuju baharu pelaksanaan PSH kolej komuniti, program-program membangunkan bakat komuniti setempat melalui peningkatan kemahiran, penerapan keusahawanan dan teknologi digital akan terus dilaksanakan khusus untuk komuniti rentan.
Terdapat program yang dijalankan secara sepenuh masa dan dilaksanakan pada penghujung minggu untuk memberi lebih banyak fleksibiliti dan kemudahan untuk golongan ini menyertainya. Malah, penetapan syarat minimum kelayakan masuk ke program sijil di kolej komuniti dua tahun juga memudah cara dan membantu capaian ilmu yang lebih baik.
Seterusnya, saya ingin menyentuh soalan yang- Tan Sri Anifah tak ada sini. Tan Sri Anifah tak ada ya?
Timbalan Yang di-Pertua
Ya?
Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Tan Sri Anifah Aman tak ada?
Timbalan Yang di-Pertua
Tak ada.
Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Yang Berhormat Dato’ Sri Ti Lian Ker? Tak ada juga. Banyak tak ada ini...
[Ketawa] Cepat ini Datuk Seri ya.
Timbalan Yang di-Pertua
Efisien Dato’.
Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Yang Berhormat Senator Tuan Musoddak?
Timbalan Yang di-Pertua
Ada.
Dato’ Mohammad Yusof bin Apdal
Ada. Kementerian menghargai keprihatinan Yang Berhormat Senator Tuan Musoddak bin Ahmad berkenaan aspek kebajikan pelajar luar negara terutamanya melibatkan pembiayaan dan kos sara hidup. Hal ehwal kebajikan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara sememangnya sentiasa diberi perhatian serius oleh pihak kementerian.
KPT melalui 12 buah Pejabat Education Malaysia (EM) luar negara iaitu di Australia, Beijing, Chicago, Dubai, Ho Chi Minh City, Indonesia, Jordan, London, Los Angeles, Mesir, New Zealand dan Washington telah dipertanggungjawabkan untuk menyelia dan memantau para pelajar seliaan di negara seliaan dan negara liputan, menerusi rekod data pelajar yang sentiasa dikemas kini dengan pihak malawakil dan penaja.
Dalam hal ini, Pejabat EM luar negara menyelaras dan menyalurkan peruntukan bagi pelaksanaan program pembangunan sahsiah pelajar, sekali gus memantau kebajikan dan hal ehwal pelajar seperti masalah pengajian, masalah kesihatan, bencana alam dan sebagainya. Pejabat Education Malaysia luar negara juga sentiasa menjadi sumber rujukan utama kepada pelbagai pihak sekiranya berlaku sebarang konflik atau pergolakan di negara penempatan pelajar. Justeru, Pejabat EM luar negara sentiasa bersiap siaga dan bekerjasama erat dengan pihak pejabat kedutaan atau konsulat atau malawakil Malaysia dalam memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kebajikan rakyat Malaysia termasuk pelajar terjamin.
Sebagai contoh pada April 2023 yang lalu, KPT bersama Kementerian Luar telah bekerjasama dalam misi menyelamat evakuasi 30 orang rakyat Malaysia termasuk 11 orang pelajar yang terjejas dengan krisis pergolakan di Sudan. Sebagai tanda prihatin terhadap kebajikan pelajar yang terjejas, KPT melalui Kumpulan Wang Amanah (KWA) kebajikan dan kemudahan bagi penuntut di luar negeri, telah menyalurkan sumbangan sebanyak RM500 bagi seorang pelajar Malaysia, yang terkesan akibat krisis tersebut.
Dalam masa yang sama, pihak institusi pengajian tinggi turut membantu pelajar meneruskan pengajian mereka di dalam negara, melalui pemindahan kredit pengajian, dalam usaha memastikan kesinambungan pengajian mereka tidak terjejas.
Dato’ Mohammad Yusof bin Apdal
Sehingga September 2023, rekod KPT menunjukkan seramai 54,056 orang pelajar Malaysia sedang melanjutkan pengajian di luar negara yang merangkumi 9,096 orang pelajar di bawah pelbagai penajaan atau bantuan seperti biasiswa, dermasiswa atau pinjaman. Sejumlah 44,960 orang pelajar pula merupakan pelajar persendirian.
Daripada jumlah 9,096 orang pelajar di bawah pelbagai tajaan tersebut. Sejumlah 7,384 adalah di bawah penajaan kerajaan seperti Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Pendidikan Malaysia, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan KPT.
Manakala selebihnya 1,712 orang adalah di bawah tajaan kerajaan atau universiti luar negara seperti Biasiswa Kerajaan Kuwait, tajaan yayasan atau majlis agama negeri- negeri, pusat zakat negeri-negeri dan badan-badan korporat Malaysia seperti PETRONAS, TNB, Telekom Berhad, Bank Negara, MARDI, PNB dan lain-lain lagi.
Berhubung Elaun Sara Hidup (ESH), kerajaan telah meluluskan kadar kenaikan ESH pelajar sedia ada dan baharu di bawah Program Penajaan KPT bagi peringkat sijil hingga pasca siswazah dalam dan luar negara berkuat kuasa mulai tahun 2024, melibatkan pelajar sedia ada dan baharu luar negara di bawah program MyBrainSc iaitu pelajar peringkat ijazah sarjana muda di United Kingdom dengan kenaikan 15 peratus dan penyeragaman kadar ESH pelajar sedia ada dan baharu di Amerika Syarikat.
Walau bagaimanapun, kadar ESH yang dinikmati oleh pelajar dalam kalangan pegawai awam dalam perkhidmatan sama ada sedia ada dan baharu dalam dan luar negara dikekalkan. Kenaikan ini secara keseluruhannya melibatkan pertambahan implikasi kewangan dianggarkan berjumlah RM30.78 juta.
Bagi program dalam dan luar negara, seramai 24,729 orang pelajar tajaan KPT dijangka menerima manfaat ini. Kenaikan kadar ESH ini merupakan salah satu bukti keprihatinan kerajaan bagi menangani kenaikan kos sara hidup yang tinggi, selain memastikan pelajar tajaan KPT dapat meneruskan pengajian dalam keadaan yang kondusif dan mampu menyempurnakan pengajian dengan jayanya tanpa perlu memikirkan bebanan kewangan yang semakin meningkat.
Datuk Yang di-Pertua, izinkan saya pula menjawab persoalan daripada Yang Berhormat Senator Tuan Haji Abdul Nasir, ada ya?
Timbalan Yang di-Pertua
Nasir tak ada.
Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Tak ada?
Timbalan Yang di-Pertua
Nasir itu ada...
[Ketawa]
Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Yang Berhormat menimbulkan persoalan berkenaan penglibatan pelajar IPTA di program anjuran kerajaan negeri. Dalam hal ini, pihak kementerian sama sekali tidak mengongkong perkara tersebut dan menghormati autonomi dan bidang kuasa universiti awam.
Mengenai autonomi mahasiswa dan kuasa universiti. Di kesempatan ini saya ingin menyatakan bahawa dakwaan dan tuduhan sesetengah pihak di luar sana yang secara tidak adil menyebarkan spekulasi kononnya pihak KPT menghalang IPT kita daripada bekerjasama dengan sesetengah kerajaan negeri adalah tidak benar.
Semua pihak perlu jelas bahawa IPT merupakan sebuah institusi bebas yang mempunyai autonomi tersendiri. Mereka bebas menentukan dengan siapa mereka mahu berhubung dan bekerjasama dan ini juga pendirian serta pegangan pihak Kementerian Pendidikan Tinggi. Biar pun dengan peruntukan yang besar daripada pihak Kerajaan Persekutuan untuk semua IPTA, kementerian ini sebenarnya hanya bertanggungjawab memantau dan memastikan tata kelola serta perjalanan IPTA adalah selari dengan mandat dan tugasnya sebagai institusi ilmu.
Ini bermaksud IPTA kita tidak tertakluk atau terikat dengan mana-mana pihak termasuklah kerajaan negeri. Jadi, saya berharap semua pihak akan lebih memahami dan menghormati autonomi kuasa serta budi bicara IPTA dan membuat keputusan dan perancangan mereka sendiri.
Datuk Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Senator Datuk Seri Prof.
Emeritus Dr. Awang bin Sariyan, mengutarakan mengenai pencapaian Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu di KPT dan Kursi Pengajian Melayu. KPT menghargai pandangan dan saranan oleh Yang Berhormat Senator. KPT sememangnya sentiasa komited dan berusaha secara berterusan untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di IPT.
Sebagai mana dinyatakan KPT telah memperkenalkan Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di Institusi Pengajian Tinggi 2011- 2015, Pelan Tindakan 2011-2015. Dalam hal ini, laporan audit bahasa Melayu di IPTA yang telah dijalankan pada tahun 2014 bagi mengkaji keberkesanan Pelan Tindakan 2011-2015 hanya dijalankan enam buah IPTA sahaja iaitu UM, UKM, UPM, UUM, UNIMAS dan juga UMT sahaja.
Justeru itu, KPT berpandangan hasil dapatan laporan audit tersebut tidak boleh menggambarkan keberkesanan terhadap pelaksanaan Pelan Tindakan 2011-2015 secara keseluruhannya. Bagi menunjukkan komitmen berterusan KPT dalam memartabatkan bahasa Melayu, Pelan Tindakan 2011-2015 tersebut kemudiannya diteruskan dengan Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di Universiti Awam 2016-2020 dan terkini Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di Institusi Pendidikan Tinggi Awam 2023-2030 (PTMBM 2023-2030).
Bermula tahun ini juga, KPT telah merangka beberapa strategi penting dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan PTMBM 2023-2030 ini. Melalui PTMBM 2023- 2030, selain 20 buah universiti awam KPT telah mula melibatkan tujuh buah politeknik dan lapan buah kolej komuniti dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu. Antara strategi lain yang dijalankan iaitu menjalankan proses pemantauan melalui pelaporan secara tahunan yang perlu dihantar terus kepada KPT selaras dengan inisiatif strategi yang terkandung dalam Pelan Tindakan.
Menambah baik instrumen pelaporan tahunan seperti yang disarankan dalam Laporan Akhir Kajian Pembangunan Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di Institusi Pendidikan Tinggi Awam 2023-2030 dengan kerjasama dari Pusat Sitasi dan Infometrik Jabatan Pendidikan Tinggi bagi memudahkan proses pelaporan.
Buat pertama kalinya pada tahun ini, KPT menubuhkan Unit Pemerkasaan Bahasa Melayu bertujuan untuk memantau pelaksanaan PTMBM 2023-2030 ini secara berkesan.
Di samping itu, sebuah jawatankuasa di peringkat Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) juga telah ditubuhkan bertujuan untuk membantu KPT dalam usaha memantau pelaksanaan bagi kesemua inisiatif strategi PTMBM 2023-2030 yang melibatkan tujuh buah politeknik dan lapan buah kolej komuniti.
Selain itu, Bengkel Pelaporan PTMBM 2023-2030 turut diadakan secara tahunan bagi memastikan proses pengumpulan data dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan berkesan. KPT percaya secara keseluruhannya proses memartabatkan bahasa Melayu ini memerlukan tindakan kolektif dan bersama semua pihak bagi mencapai matlamat dan objektif KPT, dapat mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di IPT.
Berhubung dengan Kursi Akademik Luar Negara atau secara spesifiknya Kursi Pengajian Melayu pula, pengaktifan semula kursi akademik tersebut memerlukan satu kajian hala tuju baharu pelaksanaan Kursi Akademik Luar Negara dan ia telah dijalankan pada tahun 2022 bagi menyemak dan menilai semula kerelevanan Kursi Akademik Luar Negara ini.
Melalui kajian tersebut, model baharu Kursi Akademik Luar Negara telah diperkenalkan di mana KPT telah melantik dan menyerahkan surat pelantikan rakan strategik Kursi Akademik Luar Negara kepada empat buah universiti awam tempatan yang dikenal pasti semasa perasmian Hari Akademia pada 5 Oktober 2023 yang lalu iaitu:
(i) Universiti Teknologi MARA bagi Kursi Tun Abdul Razak di Universiti Ohio, Amerika Syarikat;
(ii) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi Kursi Eropah bagi Pengajian Melayu di Leiden Universiti, The Netherlands;
(iii) Universiti Malaya (UM) bagi Kursi Pengajian Melayu di Victoria University of Wellington, New Zealand; dan
(iv) Universiti Sains Malaysia (USM), bagi Kursi Pengajian Melayu di Beijing Foreign Studies University, Republik Rakyat China.
Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Sebagai makluman tambahan, pada tahun 2024 kelak, KPT akan mula melantik ahli akademik bertarah profesor yang berkelayakan untuk mengisi kursi tersebut. Adalah diharapkan melalui pengaktifan semula Kursi Pengajian Melayu ini dapat memberi manfaat kepada negara dengan menarik minat dalam kalangan pelajar dan masyarakat negara luar terhadap Malaysia melalui kepelbagaian aktiviti dan program seperti pertukaran pelajar dan pengajar, lawatan rasmi daripada kedua-dua pihak penawaran biasiswa dan post-doctoral fellows, peluang mengadakan kolaborasi penyelidikan dan kerjasama dalam pembiayaan.
Datuk Yang di-Pertua...
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Memohon mencelah boleh?
Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
[Ketawa] Takpe.
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Saya nak beralih balik kepada yuran yang pelajar mampu untuk membayar. Saya memang difahamkan di IPTA seperti contoh Universiti Malaya. Yuran itu pun ada dua type, dua kategori.
Satu yang murah, yang satu yang lebih mahal sikit dan murah itu ialah golongan atau batch UPU yang pertama. First batch yang dapat itu dia dapat kejuruteraan, yang ini murah, tetapi yang tak dapat, dibagikan oleh UPU iaitu 3rd batch, empat batch atau tak masuk- tak boleh masuk kepada UM kejuruteraan, tetapi mereka boleh bayar yuran yang lebih tinggi untuk masuk fakulti yang sama. Memohon Timbalan Menteri, bolehkah menjelaskan? Terima kasih.
Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Menyentuh soal- Datuk Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Dominic. Menyentuh soal yuran ini, kita di peringkat kementerian memang ada apa nama juga- guidelines yang kita bagi untuk UA ataupun IPTA ini meletakkan yuran. Kita ada dua buah laluan untuk kita menilai ataupun meletakkan yuran itu. Pertama yang kita panggil, laluan perdana yang ada subsidi ini.
Perdana is the prime one where you- kita pergi apa mahasiswa- pelajar ini mohon melalui UPU online. Dia mohon, dia dapat then bila dia masuk, mereka ini akan membayar yuran yang prime ini, where it is under subsidy. Which mean, yang kita tahu kita faham juga subsidi ini adalah murahlah. Ini pada mereka yang qualified, so they go in, dia bayar la. The second is we call it the private wing. Ini apa nama- laluan private yang tiada subsidi.
Kalau pelajar itu tidak mendapat tempat langsung, sampai akhir then, they are willing to be admitted juga atau dia datang ke universiti untuk- you mean, masuk dan dia apa nama, memenuhi syarat-syarat yang seperti yang kita letakkan itu. Then they choose to take the place under the private wing, they have to be the yuran yang tidak bersubsidi.
Itu yang menyebabkan lahir apa ni, wujud perbezaan kenapa ada mahal, kenapa ada yang murah. I hope I answer your question. Thank you. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri, lama lagi?
Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Saya lupa dah. Saya ingat tadi soalan lisan tadi..*.
[Ketawa]*
Timbalan Yang di-Pertua
Tadi pencelahan. Bukan soalan lisan*...
[Ketawa]*
Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Okey. Datuk Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya muliakan. Demikianlah, sedikit sebanyak yang ada termampu oleh kami di Kementerian Pendidikan menjelaskan tentang permasalahan dan isu-isu dibangkitkan. Pada mereka yang saya tak sempat baca, jawapan itu kita akan sampaikan secara bertulis.
Pada mereka yang saya tak terjawab, kita akan insya-Allah juga jawab secara bertulis. KPT merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan membahaskan isu berkaitan dengan isu pendidikan tinggi negara pada sidang kali ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih YB Menteri.
Sekarang ni saya jemput YB Menteri, Kementerian Perpaduan Negara untuk menjawab.
Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Saya mengikut juga kementerian lain kalau Yang Berhormat tidak ada dalam Dewan, mungkin kita akan skip jawapan. Yang pertama adalah untuk Tuan Aknan yang sudah tamat perkhidmatan.
Timbalan Yang di-Pertua
Sudah tamat daripada perkhidmatannya.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Okey. Kedua, YB Senator Datuk Haji Mustafa bin Musa. Ada?
Timbalan Yang di-Pertua
Tidak ada dalam Dewan sekarang.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Takde? Yang ketiga YB Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli, ada? Okey. Ini saya jawab bersama dengan Senator Dato’ Dr. Nelson a/l Renganathan dan mereka menyentuh mengenai kedudukan perpaduan di dalam negara.
Bagi menjawab soalan ini Yang Berhormat Senator, untuk makluman Yang Berhormat Senator, Kementerian Perpaduan Negara diberikan mandat untuk melaksanakan dan menerajui program-program penggalakan semangat perpaduan kenegaraan, muhibah, kesukarelawan dan jati diri.
Maka hala tuju inisiatif yang dilaksanakan oleh kementerian adalah untuk mencapai satu matlamat yang cukup besar, iaitu mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu, progresif, moderate, sopan santun dan demokratik. Hala tuju ini dinyatakan dengan jelas di bawah Dasar Perpaduan Negara yang telah digubal berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
Seiring dengan hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk membangun Malaysia Madani, kementerian telah menghasilkan kerangka yang membangun Malaysia Madani melalui perpaduan dalam kepelbagaian yang menyatupadukan program melalui Flagship Kembara Perpaduan.
Sehingga bulan November tahun ini, sebanyak 653 program telah dilaksanakan oleh Kementerian Perpaduan Negara melalui agensi yang di bawah kementerian, iaitu Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional ataupun (JPNIN), Jabatan Muzium, Arkib Negara, Perpustakaan Negara, Yayasan Sukarelawan Siswa, Yayasan Tunku Abdul Rahman dan Yayasan Tun Razak di bawah tiga kluster program utama iaitu Semarak Kenegaraan.
Sebagai contoh di bawah Semarak Kenegaraan, kita ada program Eksplorasi Rukun Negara, kita ada program Citra Nusa di Muzium, kita ada program Bicara Negarawan dan sebagainya. Juga di bawah Semarak Perpaduan, banyak program di bawah ini- kita, saya bagi contoh sahaja seperti Sambutan Minggu Perpaduan, Ini Warisan Kita program yang amat besar. Juga kita ada Debat Perpaduan di peringkat IPTA.
Selepas itu, bermacam-macam lagi Kem Anak Malaysia di bawah Program Besar Komuniti Rahmah, kita ada Dapur Komuniti, kita ada Bakul Rahmah, Ziarah Rahmah, Program Begerak Muhibah, Tuisyen Kami dan sebagainya. Kedudukan perpaduan di dalam negara diukur melalui keberkesanan dan kejayaan perlaksanaan program-program yang telah dilaksanakan oleh kementerian dengan menggunakan konsep the whole-of- governement-approach. Oleh itu kementerian telah melaksanakan Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) sebanyak dua kali. Satu tahun 2018 dan kedua adalah pada 2022. Daripada kerajaan ini, didapati pada 2018, Indeks Perpaduan Nasional iaituh 0.567 dan pada 2022 dia naik kepada 0.29, bermakna perpaduan di kalangan rakyat Malaysia dalam tahap yang sederhana.
Melalui Rancangan Malaysia Ke-12, sasaran yang ditetapkan bagi pencapaian tahap perpaduan pada tahun 2025 iaitu 0.7 dan sebab tu pada tahun depan, kementerian akan mengadakan kajian IPNas 3.0 ketiga kali lagi dan kita bahagikan kepada empat kumpulan, satu di Sabah, di Sarawak, di Semenanjung dan keseluruhannya peringkat kebangsaan.
Dengan penambahan peruntukan melalui Bajet 2024, Kementerian Perpaduan Negara akan terus mempergandakan usaha untuk melaksanakan pelbagai strategi untuk melahirkan bangsa patriotik dalam memperkukuhkan tapak integrasi nasional dan ekosistem perpaduan negara. Rata-rata kesemua program yang dilaksanakan pada tahun ini akan diteruskan pada tahun 2024.
Program-program ini adalah seperti Pemerkasaan Moral Kawasan Rukun Tetangga Progresif. Ini merupakan satu program yang agak besar yang kita akan laksanakan dalam tahun 2024. Juga kita akan teruskan satu program besar juga iaitu Sambutan Minggu Perpaduan yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri untuk diadakan setiap tahun dan tahun ini kita adakan di Johor.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Juga, satu program baharu iaitu Harmoni Madani. Ini inisiatif baharu bersama dengan Kementerian Agama. Dari sini, kita akan mengadakan program untuk memupuk semangat penerimaan dan budaya hormat di bawah pendekatan ‘Faham, Hormat dan Terima’. Selepas itu, kita juga diteruskan program yang amat besar juga. Ia merupakan Eksplorasi Rukun Negara.
Dalam program ini, kita akan mengadakan simposium Kem Anak Malaysia, Program Raja Kita dan sebagainya dan juga banyak NGO yang berminat untuk bersama- sama kita dalam mempromosikan Rukun Negara ini. Seterusnya, kita akan adakan pelbagai konvensyen. Satu Konvensyen Bahasa Kolokial untuk tahun depan.
Tahun ini, kita memang sudah mengadakan program ini dan juga, simposium untuk Friends of Unity. Kita ada banyak Friends of Unity iaitu NGOs. Kita akan mengadakan simposium untuk mereka, sebab mereka membantu kita dalam banyak program perpaduan di negara ini.
Juga, kita akan mengadakan satu kempen ‘Pembaca Malaysia Madani’ di bawah Perpustakaan Negara Malaysia dan kerjasama dan kesepakatan daripada semua golongan masyarakat ini adalah amat penting bagi memastikan usaha memupuk budaya toleransi dan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Yang Berhormat Senator Dato’ Sri...
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Datuk Seri Yang di-Pertua, sebelum bergerak kepada Senator seterusnya, saya ingin meminta penjelasan, ya. Tadi, ada disebut indeks perpaduan bagi Malaysia, sederhana. Saya yakin, kalau kita breakdown- kan indeks ini mengikut wilayah, kita akan dapat indeks perpaduan di Sabah, contohnya.
Indeks perpaduan di Sarawak dan indeks perpaduan di Semenanjung.
Adakah di sana perkiraan tersebut dan kalau ada, ada perbezaan antara suasana yang digambarkan melalui indeks tersebut di ketiga-tiga wilayah yang saya maksudkan dan yang paling penting program yang disebut tadi itu sebenarnya ialah program terbesar perpaduan di Malaysia ini ialah, Datuk Seri Yang di-Pertua, ialah Kerajaan Perpaduan, and that’s the biggest unity program. Jadi, saya nak minta sangatlah kementerian mengambil kesempatan daripada Kerajaan Perpaduan ini, untuk meningkatkan usaha-usaha di kalangan anak-anak muda khususnya, dengan meningkatkan pergaulan di kalangan berbagai-bagai kaum. Program- program anak angkat di kalangan kaum, ya.
Walaupun kita dah 66 tahun merdeka tetapi nampaknya, masih lagi memerlukan program-program sedemikian. Apakah pandangan Menteri? Terima kasih.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih Yang Berhormat Senator.
Berkenaan dengan IPNas yang disebutkan oleh Yang Berhormat itu adalah di peringkat ketiga yang kita akan buat dalam next year-lah. Kita pun telah berjumpa dengan KITA.
KITA iaitu satu kumpulan di Universiti Kebangsaan Malaysia, yang akan mengadakan IPNas Ke-3.
Dalam itu, kita pun telah mencadangkan supaya IPNas ini, pengambilan sampel itu dibahagikan kepada tiga buah kawasan. Seperti Yang Berhormat menyebutkan, kita mengharapkan mungkin ada perbezaan sedikit untuk kita mengadakan IPNas untuk Sabah, untuk Sarawak, untuk Semenanjung dan keseluruhannya, daripada segi di peringkat kebangsaan.
Sebab, kalau kita melihat, memang disebut-sebut. Kalau di Sarawak, perpaduan sudah tercapai, daripada segi pergaulan antara pelbagai etnik tetapi itu adalah daripada segi persepsi, tetapi kita belum ada data untuk confirm perkara itu dan sebab itu, apa yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat itu, itu yang kita akan buat dalam tahun yang akan datang.
Berkenaan dengan perpaduan di peringkat keseluruhannya, seperti yang saya sebutkan oleh Yang Berhormat daripada segi tour masyarakat, remaja dan sebagainya.
Memang, kita di Kementerian Perpaduan ini mempunyai banyak program menjurus kepada itu dan satu daripadanya adalah di peringkat KRT, Rukun Tetangga di mana kita ada Jiran Muda, kita ada Jiran Wanita dan sebagainya, di mana program menjurus kepada itu adalah akan dilaksanakan lebih banyak lagi.
Bukan itu saja, kita di kementerian memang mengadakan pelbagai aktiviti seperti sukan. Sukan UNITI yang melibatkan remaja dan baru-baru ini, kita pun tamat mengadakan Liga Sukan UNITI di seluruh negara, yang melibatkan beribu-ribu pasukan yang baru tamat pada bulan ini dan kita melihat ia amat berkesan untuk kita merapatkan lagi anak-anak muda kita untuk bersama-sama dalam kegiatan bersukan.
Seterusnya Prof. Emeritus Dr. Awang, ada di sini? Ada?
Timbalan Yang di-Pertua
Dia keluar sekejap. Tak apalah. YB jawab yang lepas tu.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Kemudian? Kemudian?
Timbalan Yang di-Pertua
Kalau Datuk Awang masuk balik, Menteri boleh menjawab.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Okey. Ya. Nanti saya kembali ke sana. Yang Berhormat Senator Dr. Hajah Wan Martina?
Timbalan Yang di-Pertua
Wan Martina ada.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Oh, terima kasih. Yang Berhormat Senator menyentuh mengenai isu kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja, children and teenagers dan menyatakan peranan KRT yang di bawah kementerian kitalah.
Untuk makluman Yang Berhormat Senator, Laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan seramai 424,000 orang kanak-kanak di bawah umur 18 tahun ke bawah di negara ini mengalami isu kesihatan mental pada tahun 2019 iaitu beberapa tahun yang dululah. Itu yang kita ada.
Kementerian Perpaduan Negara turut memandang perkara ini dengan serius kerana yang mampu memberi impak negatif terhadap pembangunan kesejahteraan komuniti yang mampan. Terdapat beberapa buah jentera perpaduan di bawah kementerian yang bertindak secara tidak langsung dalam mencegah isu kesihatan mental kanak-kanak dan remaja.
Melalui kawasan Rukun Tetangga, di kawasan Rukun Tetangga nanti kita mempunyai Skim Ronda Sukarela, daripada segi keselamatan iaitu untuk menjaga keselamatan dan termasuk juga keselamatan kanak-kanak. Kita juga ada di peringkat Tabika Perpaduan. Kita mempunyai guru yang memang sentiasa melihat dan berinteraksi dengan anak-anak dan mereka dapat mengenal pasti tanda-tanda kemurungan, tanda- tanda kebimbangan- anxiety, tekanan- stress dan juga, mungkin tanda-tanda penderaan.
Bagi tahun 2024, kementerian turut memperkasakan peranan KRT sebagai penggerak masyarakat progresif dan tumpuan kita ada lapan tumpuan yang baharu, tetapi dua tumpuan iaitu kesejahteraan komuniti dan keselamatan dan ketahanan komuniti menyentuh keselamatan dan kesihatan kanak-kanak di kawasan kejiranan.
Maka, berhubung dengan itu, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
(JPNIN) di bawah kementerian melalui kuasa Rukun Tetangga telah melaksanakan sebanyak 20,496 aktiviti KRT Sejahtera dan 7,515 aktiviti KRT Sihat dalam memastikan kesemua segmen komuniti setempat berdaya huni, atau happy-lah.
Antara aktiviti yang telah dilaksanakan secara tidak langsung dalam mencegah isu kesihatan mental, kita ada program ‘Sayang Komuniti’. Kita ada program ‘Jom Sihat’, kita ada program ‘Ziarah Rahmah’, KOSPEN yang sentiasa kita adakan dan juga dari- kita juga sama-sama mengadakan Program Agenda Nasional Malaysia Sihat untuk di- promote-kan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Dato’ Dr. Nelson a/l Renganathan
Mohon mencelah Datuk.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Okey.
Dato’ Dr. Nelson a/l Renganathan
Minta maaf, Datuk Yang di-Pertua. Saya mungkin ignorant tetapi saya nak- ya, fasal perpaduan sekarang ini, saya dah confuse sikit. Ini perpaduan ini, antara kaum. Kalau kita mengambil Semenanjung Malaysia ini, adakah kita program-program ini untuk program antara kaum ataupun within satu kaum?
Dato’ Dr. Nelson a/l Renganathan
Perpaduan kalau kita tengok lagi sekali saya hendak jangan salah anggap soalan saya. Saya tengok Jabatan Perpaduan ya semuanya diketuai oleh satu kaum sahaja.
Saya baru tengok dalam Google. Kalau salah tolong beritahu ya. So, kalau kita bercakap tentang perpaduan, perpaduan apa yang kita sedang cakap tentang ya? Duit yang, bajet yang kita sedang ataupun akan gunakan pada tahun 2024 tu untuk apa? Satu kaum kah, multi kaum kah, Semenanjung Malaysia?
Kerana semalam saya dah beritahu iaitu Sabah dan Sarawak mereka YB sendiri, YB-YB yang ada di sini dan juga di Dewan Rakyat telah mengatakan bahawa unity di Sabah ini, Sarawak ini tidak payah question-lah, memang mantap. Problem semua tahu di Semenanjung Malaysia. Itu salah atau tidak, nanti minta Menteri kalau boleh Datuk Yang di-Pertua kalau dia boleh jelaskan sikit, tetapi saya memang tidak faham isu Kementerian Perpaduan.
Apakah kena mengena dengan mental health issues? Kalau ada mental health issue, ia akan ditujukan kepada kementerian Health Ministry atau kementerian lain kan.
Kesihatan dan juga kementerian kebajikan, keluarga, wanita dan sebagainya. So, apakah kena-mengena dengan Kementerian Perpaduan? So, mohon penjelasan.
Semalam, itu yang soalan saya juga Yang Berhormat Datuk Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri. Itu persoalan saya semalam. Apakah peranan Kementerian Perpaduan dalam memupuk perpaduan di antara kaum di Semenanjung Malaysia?
Terima kasih.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih Yang Berhormat Senator dengan soalan dan kekhuatiran berkenaan dengan Kementerian Perpaduan Negara. Ini kalau kita kembali kepada sejarah memang banyaklah yang kita dapat terangkan, tetapi sebelum saya menjawab dengan panjang, ini soalan berkenaan dengan mental health ini tadi adalah menjurus kepada peranan kita di Kementerian Perpaduan sebab kita mempunyai satu- jentera yang dinamakan Kuasa Rukun Tetangga.
Saya ingat Senator apabila dia menyebut berkenaan dengan Rukun Negara dan KRT ini ia terselit sedikitlah, tetapi memang benar mental health ini adalah di bawah Kementerian Kesihatan. Saya dulu pun Timbalan Menteri Kesihatan memang inilah tugas saya untuk melihat masalah-masalah kesihatan mental ini yang agak teruk sikit.
Jadi, soalan Yang Berhormat berkenaan dengan hala tuju Kementerian Perpaduan negara ini, mungkin Yang Berhormat ini melihat daripada segi pelbagai kaum.
Apabila kita menyebut tentang perpaduan ini, adalah menjurus kepada perpaduan di antara pelbagai kaum, tetapi itu satu, akan tetapi dia banyak lagi soalan-soalan. Sebab itu apabila kita mengadakan kajian IPNas, IPNas ini dia sangat broad.
Kembali kepada Kementerian Perpaduan ini, di sini kita seperti yang saya sebut mandat kita adalah untuk mengadakan rakyat kita yang bersatu padu hidup dalam keadaan demokrasi mengikut apa yang telah diadakan, menjurus kepada terkandung daripada Perlembagaan Malaysia dan juga Rukun Negara. Kita di sini adalah- semua program kita adakan merupakan program...
Datuk Dr. Azhar bin Ahmad
Datuk Seri Timbalan, minta soalan tambahan sedikit. Sikit sahaja.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Can I finish this one first? Bolehkah saya siapkan ini dulu?
Program kita adalah program yang berasaskan interaksi di antara kita semua sebab apabila kita ini kerja dengan in silo even dalam satu kawasan Rukun Tetangga katakan di sana adalah mungkin 80 percent orang Cina ataupun orang Melayu dan kurang lagi etnik yang lain, tetapi kalau kita tidak ada mengadakan program untuk berinteraksi kemungkinan mereka akan hidup dengan in silo dan apabila ada masalah sedikit tidak dapat diuruskan dengan sempurna ia akan menjadi satu masalah perpaduan.
Jadi, perpaduan ini very broad. Jadi, untuk itu saya mengharapkan pengetahuan dalam perpaduan ini memang banyaklah. Sebab itu dia bukan untuk antara kaum sahaja sebab banyak isu antara agama pun ada, between any group pun ada, dari segi bandar dan luar bandar pun ada perpaduan di mana kita- ukuran kita adalah menjurus kepada semua perbezaan di kehidupan. Okey, next.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Boleh saya mencelah sedikit?
Timbalan Yang di-Pertua
Datuk Azhar dulu.
Datuk Dr. Azhar bin Ahmad
Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Perpaduan Sabah dan Sarawak saya tengok okey, sangat baik. The truly of Malaysia. Setuju kah Yang Berhormat Menteri kalau saya katakan perpaduan ini tidak akan tercapai selagi pemimpin kita menanam unsur kebencian ataupun disebut sekarang 3R? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih Yang Berhormat. Masalah ini adalah diketahui kita semualah. Sebab itu saya pun selalu menyebut apabila ditanya di luar dan apabila mengadakan berada di simposium, conference telah ditanya. Kalau di Malaysia ini *what is the real problem.
The real problem* sini seperti Yang Berhormat cakap, katakan adalah apabila kita- masalah kita ini memang berbalik kepada politician lah. Sebab itu saya selalu katakan kita di sini we have toxic politician ya yang maki-maki dan sebagainya. Sebab itu apabila kefahaman menjadi jurang fahaman itu ada, maka di situlah masalah perpaduan yang ada.
Satu daripada nya adalah mungkin...
Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh
Datuk Yang di-Pertua, mohon saya mencelah.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Can I finish this? Satu juga masalah kita di sini yang saya selalu sebut juga di luar itu adalah mungkin budaya kita di Malaysia ini. Di sini kita ada silent majority. Majoriti kita ini apabila ada masalah ini tidak ada orang yang- majoriti yang keep quiete. This is a silent majority. This is our problem. Kalau kita melihat di negara yang sudah maju...
Dato’ Dr. Nelson a/l Renganathan
Sorry Yang Berhormat. *Sorry I beg to differ.
So, I represent the silent majority.*
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Okey.
Dato’ Dr. Nelson a/l Renganathan
So, I think you should take that into account Datuk Yang di-Pertua because I think like what I say, saya cakap semalam itu saya tidak setuju dengan jawapan yang diberi because tak kena. First question saya I asked kenapa tidak ada multiracial group dalam group pengurusan di kementerian tersebut, Kementerian Perpaduan. Forget the rest of the kementerian.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih Senator.
Timbalan Yang di-Pertua
Yang Berhormat.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Kalau daripada segi penglibatan itu...
Timbalan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri sebelum itu panjang lagi kah jawapan Yang Berhormat?
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Tidak ada. Yang seorang tadi..
Timbalan Yang di-Pertua
Dr. Awang dah masuk balik ya. Jadi, ada masa tujuh minit lagi. Nampaknya isu ini makin hangat, makin banyak celahan...
[Ketawa] Jadi saya rasa...
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Tidak apalah Datuk Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua
Tak apalah, saya akan bagi isu ini ada celahan sedikit, tetapi lepas itu Yang Berhormat boleh gulung dengan Datuk Awang punya inilah, Dr.
Awang punya soalan.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Yang Berhormat daripada segi perjawatan itu saya pun baru masuk satu tahun. Even pun satu tahun, I cannot do anything about perjawatan dalam Kementerian Perpaduan. Mungkin bukan di Jabatan Perpaduan saya sahaja. Mungkin in many other agencies similar situation. Tetapi Yang Berhormat katakan Yang Berhormat adalah silent majority, I don’t think so. You are the only one yang mungkin bercakap dalam sini tetapi di luar itu what I’m talking yang saya katakan adalah very good example. Kalau kita melihat accident di tepi jalan, semua orang ambil gambar, nobody wants to help. You see the majority of silent. Only yang minoriti itu yang *shouting left and right and nobody want to condemn. In develop countries, anything sensitive people go to the street. Majority people would condemn. This is our culture.
Alright*, okey Yang Berhormat Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan telah menyentuh mengenai 40,000 buah manuskrip di seluruh negara yang perlu dianalisis.
Timbalan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat...
Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh
Mahu mencelah.
Timbalan Yang di-Pertua
Datuk Fatmi masih lagi hendak mencelah.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Okey.
Timbalan Yang di-Pertua
Saya bagi sekali lagi...
[Ketawa]
Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh
Datuk Yang di-Pertua, saya pertama nak bagi tahu negara kita ini ialah multiracial, multi religion. Ia merupakan satu kekuatan kalau kita correctly manage it. Itu kita nak kena rai benda ini. A simple matter yang di-raised oleh YB Nelson tadi ialah untuk perbetulkan dalam pejabat Perpaduan itu sendiri sahaja. Just a simple thing to show and portray to the world that perpaduan berlaku di negara Malaysia ini because kesatuan kita, apa yang kita ada hari ini ialah kerana perpaduan antara kita.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Faham, Yang Berhormat.
Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh
Itu yang penting. Perpaduan antara kita ini yang penting, okey.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Yang Berhormat, itu saya faham. Okey. Itu saya faham.
Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh
For us to progress, we need to hold a good perpaduan antara kita. This is very, very important.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Thank you. Thank you. Itu saya faham. Seperti yang saya sebutkan di awal tadilah, perkara Yang Berhormat sentuh itu kita tak boleh buat dalam satu hari, satu bulan, satu tahun. Itu sudah terjadi. Jadi, untuk kita kembalikan, untuk mengadakan multiracial dalam sesuatu kementerian itu, mungkin ada sukar sikit pada saat inilah. Jadi, terima kasih atas teguran itu.
Saya ingin pergi kepada Yang Berhormat Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr.
Awang bin Sariyan yang menyentuh dengan manuskrip Melayu. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Senator, manuskrip Melayu merupakan karya yang bertulis tangan dalam tulisan jawi yang dihasilkan dalam lingkungan awal abad ke-16 hingga ke abad 20.
Ilmu yang terakam dalam manuskrip Melayu merangkumi pelbagai bidang perkara seperti kesusasteraan, sejarah, undang-undang, warkah, perubatan tradisional, syair dan nazam, kitab agama, ketatanegaraan, petua, azimat, kitab ramalan dan sebagainya.
Pusat Kebangsaan manuskrip Melayu ditubuhkan yang bertujuan memenuhi fungsi Perpustakaan Negara Malaysia mengikut Akta Perpustakaan Negara 1972, mengandungi segala pindaan selepas itu. Satu daripada pindaan itu adalah untuk menubuhkan di dalam perpustakaan Pusat Kebangsaan bagi manuskrip Melayu untuk pemulihan, pendokumentasian- documentation dan penggunaan manuskrip Melayu.
Sejak penubuhan pada 1985 hingga kini, Perpustakaan Negara Malaysia merupakan pusat depositori terbesar dunia yang menyimpan sebanyak 5,205 naskhah manuskrip Melayu dalam bentuk asal.
Antara inisiatif yang dilakukan oleh Perpustakaan Negara Malaysia dalam memelihara manuskrip Melayu iaitu membangunkan projek virtual realiti rumah Melayu tradisional...
Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan
Datuk Yang di-Pertua, boleh saya mencelah?
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Berinspirasikan...
Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Yang membangun projek virtual berinspirasi manuskrip petua membina rumah menerusi platform website, web based. Tiga buah manuskrip Melayu dari koleksi itu telah mendapat pengiktirafan dalam Memory of the World International Registrar sebagai warisan dunia dan 12 daripada naskhah itu telah diwartakan sebagai warisan kebangsaan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005. Okey.
Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan
Terima kasih Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Saya kira jawapan itu jawapan yang berulang-ulang. Saya kira beberapa kali ditimbulkan dan semua itu sudah ada dalam maklumat saya, insya- Allah, tetapi pertanyaan saya yang kerap saya timbulkan ialah apa yang dibuat terhadap manuskrip? Kebanyakan status yang diberikan ialah soal acquisition- pemerolehan, pendokumentasian. Yang penting, pada 40,000 buah manuskrip merangkum 20 bidang tamadun itu, apakah yang dikerjakan? Setakat yang saya tengok keadaan Malaysia, saya tahu pusat manuskrip itu ditubuhkan, baru dalam 10 yang terbit. Berapa tahun kita nak tunggu? Sampai kiamat?
Tetapi maknanya, patut ada penyelarasan pusat manuskrip Melayu di PNM, Dewan Bahasa, IPT-IPT dan pelbagai institusi lain itu, perkongsian kepintaran, perkongsian dana, mewujudkan sekumpulan ahli filologi, saintis dan segala macam bidang itu, mengerjakan manuskrip itu, menganalisis, terbit dalam pelbagai bentuk. Satu, bentuk induk seperti yang dijadikan karya agung.
Tapi untuk masyarakat umum, itu tidak mungkin ada pembacanya. Mestilah diterbitkan dalam bentuk yang dikatakan dalam bentuk terbitan turunan, dianimasikan, multimedia dan sebagainya. Baru sampai kepada masyarakat dan ini yang dilakukan oleh negara lain.
China saya rasa selalu saya sebut sebagai contoh. Mengapakah perubatan China dapat diangkat mendunia? Kerana ada kajian-kajian berterusan, tetapi Kitab Tib, kitab perubatan Melayu yang banyak, itu tidak dimanfaatkan, tidak dikaji dengan mendalam. Itu maksud saya. Dulu adalah ditubuhkan oleh Kerajaan Melaka, iaitu Pusat Kecemerlangan Persuratan Melayu Antarabangsa tetapi ini soal politik juga. Jatuh seorang Ketua Menteri, tiga empat Ketua Menteri kemudian, berjanji-berjanji, tetapi tak diteruskan.
Timbalan Yang di-Pertua
YB, apakah soalannya YB?
Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan
Soalan saya, apakah langkah kementerian? Bukan sekadar pendokumentasian pendigitalan. Apa langkah untuk menjadikan manuskrip itu diangkat sebagai sumbangan besar kepada ilmu watan, bukan masyarakat setempat bahkan masyarakat dunia? Jadi saya diperlukan perancangan yang konkrit daripada pihak kementerian. Terima kasih Yang Berhormat.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat Senator.
Daripada segi apa yang disebut oleh- untuk menganalisis manuskrip Melayu. Di kementerian, kita mempunyai usaha menjalankan kajian dan penyelidikan bersumberkan manuskrip Melayu ini dengan kerjasama para penyelidik, dijalankan secara berterusan.
Sehingga tahun ini, sebanyak 10 kajian utama dalam pelbagai bidang telah dijalankan dan diterbitkan untuk diperluaskan kepada masyarakat.
Bermula dari tahun 1993 ke hari ini, Perpustakaan Negara Malaysia konsisten menerbitkan kajian penyelidikan berkaitan manuskrip Melayu dan hasil kajian ini merupakan usaha bagi memastikan maklumat sejarah negara yang penting dapat disimpan sebagai sumber rujukan yang berkualiti dan untuk generasi yang akan datang.
Jadi, susulan daripada itu juga, di perpustakaan ini kita mempunyai usaha pendigitalan yang telah dilaksanakan sejak 2002. Pendigitalan koleksi manuskrip ini melalui outsourcing, telah banyak kita buat dan juga di peringkat kementerian sendiri, kita juga banyak membuat pendigitalan ini. Sehingga 2023, sebanyak 3,855 judul sudah didigitalkan, melibatkan 441 lebih muka surat.
Untuk makluman YB Senator juga, Jawatankuasa Penasihat Manuskrip Melayu telah ditubuhkan yang terdiri daripada pakar-pakar bidang berkaitan manuskrip Melayu kerana ia menjadi wadah yang paling berautoriti dalam menasihati Perpustakaan Negara Malaysia bagi melunaskan tanggungjawab besar yang diamanahkan kepada kerajaan untuk- pada- diamanahkan kerajaan untuk menjadi pusat utama penyelidikan manuskrip Melayu di rantau ini.
Sekian, terima kasih. Itulah jawapan saya Yang Berhormat, Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih YB Menteri.
Sekarang ini saya jemput Menteri di kementerian yang terakhir iaitu Kementerian Pertahanan untuk menjawab...
[Tepuk]
Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya mengambil bahagian dalam sesi penggulungan jawapan bagi Rang Undang-undang Perbekalan tahun 2024 di dalam Dewan yang mulia pada hari ini.
Terlebih dahulu Datuk Yang di-Pertua, bagi pihak seluruh warga Kementerian Pertahanan serta Angkatan Tentera Malaysia, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih khususnya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, merangkap Menteri Kewangan kerana tetap mengutamakan sektor pertahanan negara melalui peruntukan sebanyak RM19.7 bilion kepada Kementerian Pertahanan dalam Bajet 2024 iaitu peningkatan sebanyak 11.46 peratus berbanding pada tahun 2023 sebanyak RM17.7 bilion.
Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Ketika negara dan seluruh dunia Tuan Yang di-Pertua, menghadapi cabaran ekonomi yang getir yang sekali gus menuntut kerajaan memberikan tumpuan terhadap usaha membaik pulih sektor ekonomi dan membela kesejahteraan rakyat, kami di Kementerian Pertahanan amat bersyukur dengan jumlah peruntukan sebesar ini di bawah Belanjawan Kerajaan 2024 ini.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertahanan akan memberikan penekanan terhadap pelaksanaan beberapa perolehan aset yang baru dengan fokus kepada pemerkasaan pertahanan dan kedaulatan negara di samping terus berusaha memanfaatkan keseluruhan Belanjawan 2024 ini yang insya-Allah akan diluluskan oleh Dewan yang mulia ini.
Keutamaan dan agenda paling penting Kementerian Pertahanan melalui Belanjawan 2024 ini Tuan Yang di-Pertua, ialah pertama, perolehan aset. Dalam mengekalkan tahap keupayaan dan kesiapsiagaan ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM iaitu tentera darat, tentera laut dan tentera udara, keperluan aset-aset baru turut dipertimbangkan dalam perancangan belanjawan kali ini.
Kementerian Pertahanan dan ATM akan memulakan proses perolehan aset-aset tersebut seperti berikut. Tentera Darat Malaysia (TDM) bakal memperoleh 60 buah kereta perisai infantry mechanize life extension program untuk APC Adnan. Ini, Tuan Yang di- Pertua, kereta perisai Adnan ini masih lagi baik keadaannya tetapi memerlukan program life extension program iaitu untuk menambah usia kereta perisai ini kerana dia dah lama, Tuan Yang di-Pertua. 50 buah High Mobility Light Tactical Vehicle, enam buah Hover Craft Integrated Fast Interceptor serta 733 buah kenderaan sokongan pelbagai jenis termasuk 45 buah bot pelbagai jenis untuk operasi bencana.
TLDM pula akan meneruskan perolehan tiga buah littoral mission ship ataupun LMS yang kita akan putuskan tak lama lagi untuk mendapat perolehan melalui government to government (G2G), Tuan Yang di-Pertua untuk kita mempercepat dan memudahkan perolehan ini dan kerja-kerja memasang baik pulih refit dua aset kapal selam kita. TUDM pula bakal menerima perolehan 12 buah helikopter yang baru.
Kedua, keselamatan persempadanan negara. Keselamatan persempadanan negara akan terus dipertahankan dengan pembinaan tujuh buah pos imbangan antaranya di Melikin dan Pa’ Dalih, di Sarawak. Kita akan membina banyak pos sama ada pos GADMA iaitu gabungan bersama Tuan Yang di-Pertua, dengan Indonesia ataupun pos imbangan kita bersendirian untuk kita pastikan supaya persempadanan kita ini dapat kita kawal dengan terbaik yang mungkin daripada masalah-masalah cross border exercise, penyeludupan dan yang lain-lain.
Ketiga, kesejahteraan warga pertahanan. Melalui belanjawan ini juga Tuan Yang di-Pertua, inisiatif sedia ada Kementerian Pertahanan akan turut diperkemas lagi bagi memastikan perancangan yang telah dibuat dapat dicapai mengikut kerangka masa yang telah ditetapkan. Kesejahteraan anggota ATM dan pesara akan terus dipelihara seperti berikut.
Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh
Tuan Yang di-Pertua, boleh mohon saya mencelah? Sikit sahaja.
Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Ya, ya.
Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh
Saya dengar tadi Yang Berhormat Menteri menyebut pembelian berbagai-bagai atau merancang untuk membeli berbagai-bagai equipment dan persenjataan. Soalan saya iaitu dalam yang disebut itu tadi saya tak dengar kita ada rancangan untuk membeli ataupun going into the drone technology because masa kini, mutakhir ini, banyak peperangan ataupun banyak serangan menggunakan dron. Drone driver or drone pilot mungkin berada di Amerika Syarikat tapi dia boleh attack sampai ke Middle East. Are there any? Adakah perancangan untuk negara kita dalam bab seperti ini. Terima kasih.
Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Tan Sri Fatmi bertanya tentang dron. Ada, banyak kita nak beli sebenarnya Tuan Yang di-Pertua. Dalam perolehan untuk tahun depan, kita akan bawa balik dua male UAV. Male UAV ini bukan dron kecik Tan Sri, dia besar. Sama besar macam jet pejuang. Ini yang boleh berada di udara lama dan mempunyai jangkauan mata yang jauh sampai lebih 600 kilometer, beratus-ratus kilometer. Ini akan kita deploy di kawasan perairan Selat China atau di Laut China Selatan untuk kita mengawasi benteng perairan negara kita.
Banyak dron juga akan saya sebutkan juga nanti tapi kita tak boleh sebut sangat.
Saya minta maaf Tuan Yang di-Pertua, kerana saya tak boleh nak reveal sangat. Ini aset pertahanan ini, kita tak boleh reveal sangat ya. Saya minta maaf, saya tak dapat menjawab secara detail but it is inside there. Okey ya? Ini aset pertahanan, rahsia pertahanan negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, kesejahteraan warga Pertahanan, nombor tiga. Melalui belanjawan kali ini juga, inisiatif sedia ada Kementerian Pertahanan akan turut diperkemas bagi memastikan perancangan yang telah dibuat dapat dicapai mengikut kerangka masa yang telah ditetapkan. Kesejahteraan anggota ATM dan pesara akan terus dipelihara seperti berikut. Alhamdulillah, RM400 juta telah pun disediakan untuk menyelenggarakan dan membaik pulih Rumah Keluarga Angkatan Tentera.
Kami bersyukur kerana untuk tahun ini dalam bajet yang dibentangkan tahun lepas, RM117 juta diperuntukkan dan lepas itu ada peruntukan khas daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri Tuan Yang di-Pertua, untuk menambah lagi jumlah untuk kita menambah peruntukan untuk membaik pulih rumah-rumah keluarga angkatan tentera. Dia daif Tuan Yang di-Pertua, daif. Memang daif dan untuk tahun depan, kita akan dapat RM400 juta lagi. Kita akan berikan keutamaan.
Timbalan Yang di-Pertua
Jadi, kementerian prihatin pada hardware dengan software juga?
Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Yes Sir, exactly. RM20 juta juga turut disediakan untuk menaik taraf sistem pembetungan di kem-kem tentera darat secara berfasa. Ini sistem kumbahannya pun teruk, Tuan Yang di-Pertua. Kalau pergi dekat Kem Sungai Besi itu, air kumbahannya keluar Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi, kita kena pastikan supaya ia diselenggarakan dan juga dibuat pembaikan.
Veteran ATM akan terus diperkasakan menerusi inisiatif protege ready to work bagi meningkatkan potensi kebolehpasaran dan memberikan pengalaman pekerjaan sebenar dengan menempatkan veteran ATM dalam latihan pekerjaan dengan kerjasama syarikat-syarikat yang telah menerima kontrak daripada kerajaan.
Kami telah pun buat satu apa yang dipanggil sebagai understanding smart partnership dengan segala syarikat yang akan ada kontrak arrangement dengan MINDEF khususnya dan juga dengan kerajaan serta kementerian lain supaya pekerja-pekerja diberi keutamaan kepada veteran. Ada kuota dia, Tuan Yang di-Pertua.
Veteran ATM akan mendapat manfaat perlindungan kebajikan dan pembangunan sosioekonomi melalui setiap program kerajaan yang mana kuota khusus akan diberikan...
Datuk Dr. Azhar bin Ahmad
Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Hajah Zurainah binti Musa
Tuan Yang di-Pertua. Okey.
Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Yes, please.
Datuk Dr. Azhar bin Ahmad
Yang Berhormat, minta sikit sahaja.
Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Ya, boleh.
Datuk Dr. Azhar bin Ahmad
Saya mendengar Yang Berhormat Menteri sebut tadi tentang kebajikan anggota keselamatan bagi tiga- cabang iaitu tentera udara, laut dan darat. Satu perkara yang sangat menggembirakan apabila kita menceritakan tentang kebajikan anggota kita. Soalannya, bila semua kebajikan ini iaitu rumah, toilet dan sebagainya akan dilaksanakan supaya anggota keselamatan kita ini terasa selesa dan bahagia.
Seorang Ahli
Selesai 100 percent.
Datuk Dr. Azhar bin Ahmad
Selesaikan 100 percent kerana anggota tentera memainkan peranan utama dalam ekonomi, political stability dan keselamatan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Terima kasih kepada Datuk Dr. Azhar. Berkenaan dengan usaha untuk kita sentiasa memberikan keutamaan kepada anggota kita khususnya daripada segi tempat tinggal dan yang lain-lain. Ini memang sentiasa berjalan, tetapi dalam masa setahun ini iaitu tahun ini dan tahun depan, peruntukan yang besar diberikan Tuan Yang di-Pertua.
Tahun ini sahaja selain daripada peruntukan belanjawan yang telah pun diluluskan untuk tahun 2023 sebanyak RM117 juta, peruntukan tambahan seperti yang saya sebutkan tadi, RM200 juta telah pun diberikan khas dan peruntukan ini telah pun sedang diusahakan dan banyak yang dah siap. Banyak yang dah siap tempat-tempatnya tetapi angkatan tentera ini dia besar, Tuan Yang di-Pertua. Kem-kem banyak seluruh negara dan di tempat Datuk Dr. Azhar sendiri, di Lumut itu kan kem tentera laut dia, besar.
Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Kita telah pun mengambil keputusan, setiap tahun dua buah blok rumah kediaman di Lumut itu akan kita baik pulih dua buah blok, dua buah blok. Ia ada beberapa puluh buah blok situ. Jadi, ini sedang kita lakukan untuk memastikan agar kesejahteraan anggota kita tinggal bersama keluarganya dapat kita tangani dan dapat kita ambil perhatian. Ada tempat Tuan Yang di-Pertua, jika anggota ini ada duitlah, ada duit lebih, dia tak mahu duduk di situ, dia akan sewa di luar, tetapi kerana masalah kekangan pendapatan, mereka duduk juga di tempat yang tidak sesuai diduduki.
Insya-Allah Tuan Yang di-Pertua, kita akan mengambil inisiatif yang sentiasa memberikan perhatian, keutamaan kepada membaik pulih. Ada flat yang tak ada lif. Ada flat yang tujuh, lapan tingkat, boleh duduk tiga tingkat saja kerana tingkat di atas tak ada air, pam air tak ada, macam-macam. Ini kita- semua sedang buat.
Di Melaka misalnya, kita buat berfasa. Masalah air, kem dah lama. Fasa pertama itu RM900,000 dah pun sedang buat. Fasa kedua ini, semuanya RM33 juta untuk kita baik, naik taraf airnya dan macam-macam Tuan Yang di-Pertua. Insya-Allah.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Ya, silakan.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Minta penjelasan sedikit.
Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Bagi Datuk Seri Hajah Zurainah, dia awal.
Timbalan Yang di-Pertua
Datuk Zurainah dulu. Duduk dulu, ladies first.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Tuan Yang di-Pertua, saya bersaksi bahawa apa yang disebut oleh Menteri tadi benar.
Timbalan Yang di-Pertua
[Ketawa] Datuk Hatta, saya sebut tadi ladies first.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Ha, ladies first. Sorry...
[Ketawa]
Datuk Seri Hajah Zurainah binti Musa
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Menteri Pertahanan kerana datang sendiri menjawab soalan-soalan kami di Dewan yang mulia ini. Saya rasa kita perlu beri satu tepukan kepada Menteri...
[Tepuk] Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Saya sambut baik mengenai latihan, training programmes untuk pesara-pesara angkatan tentera yang telah Yang Berhormat Menteri katakan tadi. Saya ingin bertanya, adakah pesara-pesara ini juga akan diberi latihan untuk menjadi usahawan-usahawan?
Yang pertama. Yang kedua, adakah mereka akan diberi sedikit, dengan izin, seed capital untuk mereka mulakan perniagaan yang safe dan mempunyai ROI untuk mereka? Terima kasih Yang Berhormat.
Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Dr. Hatta nak apa tadi, silakan.
Silakan.
Timbalan Yang di-Pertua
Jangan pula terlupa jawab Yang Berhormat Zurainah punya ya..*.
[Ketawa]*
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Saya ulang balik Tuan Yang di-Pertua bahawa apa yang disebut oleh Menteri tadi berkenaan dengan pembaikan, pemulihan flat- flat TLDM di Lumut itu adalah benar. Sebagai MP Lumut yang lalu, memang saya berada di sana...
[Tepuk] Dua blok setiap tahun. Ada 31 buah blok, 15 tahun baru siap semua.
Bila siap yang ini, yang pertama tadi dah uzur pula agaknya. Jadi atas cadangan rakan- rakan saya di depan, Senator Fatmi, Dr. Azhar mencadangkan supaya kementerian tambah peruntukan supaya boleh lima buah blok setahun. Pokoknya duit saja Tan Sri, I mean Datuk Seri.
Seorang Ahli
Lima buah blok sekurang-kurangnya.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Lima buah blok sekurang-kurangnya.
Jadi, dapatlah mereka di sana blok-blok yang baru, yang cantik. Memang yang dia orang repair ini Tuan Yang di-Pertua, memang cantik. Saya harap ia dapat dipertimbangkan.
Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, nombor satu kepada...
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Mohon mencelah. Habiskan soalan saya.
Terima kasih. Memang saya nak alih balik tadi yang Tan Sri mengatakan mengenai dron itu kerana yang saya pun difahamkan KDN pun sedang menggunakan dron dan juga AI di sempadan negara kita untuk memperkasakan keselamatan kita. Soalan saya ialah KDN pun ada dron, Pertahanan pun ada dron, adakah mereka bertindih atau adakah komunikasi di antara KDN dan Pertahanan? Terima kasih.
Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Terima kasih. Saya jawab dengan Datuk Seri Zurainah dulu. Apa soalan pun dah lupa...
[Ketawa] Berkenaan dengan pekerjaan kan? Pekerjaan, usahawan.
Tuan Yang di-Pertua, setiap tahun yang keluar tamat tempoh perkhidmatan, lima ke-enam ribu. Itu umur 40 tahun dan 41 tahun, dia keluar sebab tentera ini sampai short service, 21 tahun. Umur 40 tahun, prime age dia orang keluar. Jadi, ini merupakan suatu perkara yang perlu diambil kira oleh MINDEF dan juga ATM supaya bukan sahaja anggota yang sedang bertugas ataupun yang sedang berkhidmat, tetapi anggota yang bersara kerana mereka ini juga telah pun berkhidmat dan berjuang untuk mempertahankan tanah air.
PERHEBAT diwujudkan Tuan Yang di-Pertua, untuk kita menangani ataupun mengurus pesara-pesara ini. Jabatan Hal Ehwal Veteran diadakan untuk kita menilai, mengambil maklum balas dan buatkan penyelidikan. Satu tahun sebelum anggota ini bersara, mereka dinilai, mereka diminta untuk beri, dia nak buat apa selepas bersara.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, kita dah tahu dah yang lima ribu ataupun enam ribu yang nak bersara ini kita dah tahu dah. Percentage, peratusan dia mereka nak bekerja semula kah, mereka nak berniaga kah, mereka nak bertani kah. Semua ada, kita tahu. Ini kita salurkan kepada PERHEBAT kerana bila mereka bercuti dan lepas itu mereka dalam proses peralihan enam bulan, mereka ini akan kita hantar kepada PERHEBAT dan PERHEBAT lah yang akan menguruskan mereka yang bakal bersara ini Tuan Yang di- Pertua ya.
Dalam kita punya analisis, dalam masa setengah tahun atau satu tahun ini, majoriti daripada 5000 ke-6000 orang ini, semuanya hampir 80 peratus nak berniaga, mereka nak berniaga. Maka, PERHEBAT telah pun mengubahsuai kita punya modul.
Kalau dulu itu banyak kita buatkan supaya mereka mencari kerja kedua dan macam- macam, tetapi semua nak berniaga. Maka, PERHEBAT telah pun membuat sesuatu perubahan untuk mengurus mereka dan kita mencari mana-mana agensi yang mempunyai kemudahan, mana-mana agensi yang ada latihan yang boleh kita menghantar bakal-bakal pesara ini untuk berlatih sebab kita tak mahu jadikan PERHEBAT ini another institusi sebab dah ada institusi lain yang akan memberikan latihan, menyediakan pusat- pusat latihan kepada mereka.
Mereka ini juga kita match-kan dengan institusi, agensi yang ada peruntukan- peruntukan untuk mereka ini bermula berniaga. Dalam masa yang sama, Lembaga Angkatan Tentera melalui yayasan kita, ada kita bagi seed capital untuk mereka.
Jadi insya-Allah Tuan Yang di-Pertua, ada. Juga, Jabatan Hal Ehwal Veteran pun ada kita punya seed capital untuk kita memberikan modal permulaan, tetapi Tuan Yang di-Pertua, untuk kita berniaga, dah ada SSM punya pendaftaran, dah meniaga, meniaga, mereka ini nanti boleh beralih pula kepada agensi lain seperti TEKUN, AIM dan macam- macam lagi yang ada pula kerajaan siapkan peruntukan-peruntukan khusus untuk mereka nak berniaga. Insya-Allah Tuan Yang di-Pertua.
Kepada soalan Datuk Dr. Dominic tadi mengenai dron, PDRM pun ada dron, kita pun ada. Tidak ada pertindihan Tuan Yang di-Pertua, sebab kita punya kawasan pengawasan itu ia tidak bertindih, ia berlain ya. Perkara sempadan betul, ada yang polis jaga, ada yang tentera jaga, tetapi kawasan, kawasan yang tidak sama, kawasan lain. Kita punya dron ataupun alat unmanned vehicle ini banyaknya di luar pesisiran pantai yang digunakan oleh pihak tentera laut, tetapi dalam kita punya rejimen-rejimen sempadan kita yang mengawal sempadan Tuan Yang di-Pertua, kita menggunakan dron juga, tetapi kawasan kita ini kawasan yang tidak bertindih dengan pasukan Polis Diraja Malaysia.
Insya-Allah ya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri, YB Menteri terlupa Dr. Hatta.
Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Dr. Hatta, oh ya *sorry...
[Ketawa]* Dr. Hatta, untuk tahun depan saya harap supaya Dewan ini luluskanlah bajet ini ya.
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa pembesar suara] [Ketawa]
Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Luluskan, jangan tanya banyak-banyak soalan. RM400 juta ini kami akan buat allocation. Kalau daripada dua itu, itu tahun dulu punya ataupun tahun ini punya bajet. Yang RM400 juta ini nanti memang kita akan bagi banyak juga peruntukan untuk navy ataupun tentera laut untuk kita proses menaik taraf, membaik pulih kuarters-kuarters, baik tentera darat mahupun udara, mahupun navy ini akan dapat kita cepatkan.
Itu sebabnya proses nak mempercepatkan baik pulih ini, kita mendapat besar peruntukan tahun depan, RM400 juta. Insya-Allah Tuan Yang di-Pertua. Dr. Hatta, rest assured, dengan izin. Kita ambil maklum daripada dua, kalau boleh nanti kita nak buat- tingkatkan kepada lima buah blok setiap tahun untuk kita punya Tentera Laut Diraja Malaysia di Lumut itu nanti. Insya-Allah ya.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Tuan Yang di-Pertua, izin saya mencelah. Mungkin sedikit divert Yang Berhormat Menteri berhubung dengan soalan saya ini. Sebab semalam dan hari ini kita banyak bicara tentang kes Palestin dan mungkin saya hendak dapat maklumat juga tentang polisi antarabangsa berhubung dengan tentera pengaman di Palestin. Kita terlibat dengan Bosnia dengan pelbagai negara. Cuma, apa kemungkinan peranan ATM, Kerajaan Malaysia dalam urusan tentera pengaman di Palestin, mungkin dengan OIC atau apa-apa kemungkinan yang lain, persediaan yang lain. Terima kasih.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Berkenaan dengan fungsi angkatan tentera dalam misi pengaman tentera Bangsa-Bangsa Bersatu. Ini sebenarnya dasar. Dasar dibuat oleh Kementerian Luar Negara. Kalau Kementerian Luar Negara membawa dia sebagai dasar, kerajaan buat dasar, secara umumnya Angkatan Tentera Malaysia merupakan ketumbukan yang memang diperakui oleh masyarakat antarabangsa, khususnya Bangsa-Bangsa Bersatu atas peranan yang kita mainkan sebagai anggota yang amat aktif untuk bersama-sama misi pengaman Bangsa-Bangsa Bersatu.
Sejak di Congo dulu lagi ya, kita sudah mengambil bahagian sehinggalah sampai Timor-Leste, di Bosnia dan sekarang ini kita ada lagi satu ketumbukan iaitu United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) ataupun MALBATT baharu sahaja bertukar dia punya pasukan. MALBATT 850-10 sudah balik sudah cukup satu tahun. MALBATT 850 siri ke- 11 baharu ambil alih seramai 800 lebih orang di Lebanon. Kita menjaga sempadan di selatan Lebanon di mana kita menjaga tebing Bukit Golan di sebelah Israel.
Soal tadi sama ada bagaimana kita hendak memainkan peranan Tuan Yang di- Pertua. Saya tidak boleh hendak kata, ini kerana bukan keputusan Kementerian Pertahanan. Ini keputusan kerajaan yang mana dia punya stakeholder ialah Kementerian Luar. Kementerian Pertahanan kalau kerajaan buat keputusan hendak menjadi sebagai anggota pasukan pengaman, we will be there, no question about it. If the government says, dengan izin, look Malaysia going to participate in this misi pengaman, kita akan ada situ, tetapi kita tidak boleh gerakkan.
Tuan Yang di-Pertua, saya minta maaf cakap ramai yang WhatsApp saya masuk dalam blog, mengapa Malaysia tidak hantar tentera. Kita tidak boleh hantar tentera sewenang-wenangnya, Tuan Yang di-Pertua. Kita tidak boleh hantar tentera kita saja-saja hendak hantar. Ini bukan hantar balik ke Kuala Pilah ke Tuan Yang di-Pertua...
[Ketawa] Ini hendak menghantar tentera untuk ke luar negara. The very moment our tentera make a move across our border, that is tantamount to declaration of war. So, we are not up to that stage yet, dengan izin. Jadi, janganlah kata mengapa tidak hantar tentera payung terjun, terjun ke Palestin. Hendak pergi, pergilah.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Dato’, terima kasih banyak-banyak atas kesediaan itu. Cuma yang tadi itu kita sudah habis dalam Menteri Luar, tidak menjawab soalan saya itu. Jadi, macam mana mungkin dari sudut nantinya untuk kita mendapat clearance, maklumat tentang input. Terima kasih sangat-sangat tentang kesediaan angkatan tentera.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Kalau negara kita diminta oleh Bangsa-Bangsa Bersatu- ini misinya Bangsa-Bangsa Bersatu. Saya kata tadi kita tidak boleh sewenang-wenangnya untuk menghantar tentera kita ke mana-mana negara. Kita tidak boleh. Kalau saya kata tadi, kalau kita bawa tentera kita keluar sahaja sempadan kita menuju ke sesuatu negara, itu sudah menjadi pengisytiharan perang negara kita terhadap negara tersebut. Kita tidak dalam keadaan begitu, tetapi jika Bangsa-Bangsa Bersatu jika Liga Arab, jika OIC mendapat mandat daripada Majlis Keselamatan Bangsa- Bangsa Bersatu, yes kita akan- Bangsa-Bangsa Bersatu akan adakan misi tentera pengaman di Palestin.
Saya yakin bahawa Malaysia adalah satu-satu negara- salah satu- negara yang akan diminta oleh Bangsa-Bangsa Bersatu untuk bersama...
[Tepuk] Di atas asas mandat itu, saya tidak akan keberatan untuk menghantar tentera kita untuk bersama-sama dalam misi tersebut, insya-Allah Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri, jawapan YB Menteri panjang lagi? Ada empat minit lagi.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Saya jawab dia orang tadi.
Timbalan Yang di-Pertua
Bukan, bukan. Maksud saya...
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Saya panjang ini. Tidak apalah, tadi kata kita tidak akan tangguhkan...
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua
Maksud saya kalau Yang Berhormat sudi menjawab, saya akan benarkan majlis dilanjutkan.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Saya tidak ada masalah.
Timbalan Yang di-Pertua
Tidak apa. Apa ini topik ini....
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Saya seronok jumpa kawan- kawan ini, Tuan Yang di-Pertua. Bukan selalu. Ini kali pertama. Saya minta maaf tidak dapat datang ke- sebab saya ke luar negara. Saya dah bawa pulang dua orang rakyat kita dari Myanmar.
Timbalan Yang di-Pertua
Jadi, kerana itu saya mesti tambah masa untuk Yang Berhormat hendak menjawab.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Tidak apa...
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua
Boleh, tetapi cuma saya minta kurangkan celahan...
[Ketawa]
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Dia yang celah-celah itu yang syok itu...
[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, saya sambung balik ya. By right, kita buat banyak untuk kita punya veteran. Orang kata kita tidak buat apa-apa. Banyak. Berpuluh-puluh bantuan Tuan Yang di-Pertua diadakan- yang ada di Jabatan Hal Ehwal Veteran.
Tahun hadapan Tuan Yang di-Pertua, ada satu kalau tengok dalam kepala Jabatan Hal Ehwal veteran. Ada pertambahan peruntukan yang besar. RM160 juta. Ini Tuan Yang di-Pertua adalah semata-mata atas asas yang mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun mengumumkan semasa pembentangan bajet baru-baru ini di Dewan Rakyat untuk memberikan semua veteran yang tidak berpencen.
Yang tidak berpencen ya. Dia tidak berpencen untuk diberikan mereka yang sudah berumur 60 tahun ke atas pemberian Bantuan Sara Hidup tetap setiap bulan sebanyak RM300, Tuan Yang di-Pertua...
[Tepuk] Ini kita buat, alhamdulillah. Jadi, penyelarasan pencen pula cerita nanti. Nanti bila ada penyelarasan Skim Perkhidmatan Awam nanti kita akan masukkan sekali. Jadi kita buat begitu Tuan Yang di-Pertua.
Banyak pertanyaan Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan Program Khidmat Negara (PLKN). PLKN ini Tuan Yang di-Pertua, Kabinet secara dasar, kerajaan secara dasar telah pun meluluskan untuk kita memulakan semula PLKN ini. Maka Kementerian Pertahanan telah diberikan tugas, tanggungjawab untuk memulakan semula dan kita akan- sedang membuat kajian, sedang membuat kertas kerja apa semua dan kita akan bentangkan semula ke Kabinet dan baru-baru ini Cabinet Select Committee pun telah pun mengadakan mesyuaratnya bertanya kepada kami, kami telah bentangkan. Kita akan buat perundingan. Kita tidak mahu terus terjun kerana kita hendak buat Khidmat Negara 3.0, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, tidak mengikut modul yang lama. Model baharu dan modul pun baharu. Kita tidak akan mengguna pakai seperti dahulu. Kita akan menggunakan kem-kem persendirian.
Dia punya kos terlalu tinggi Tuan Yang di-Pertua. Kos dia terlalu tinggi. Maka, kita telah pun sarankan supaya jika kita hidupkan semula PLKN ini- kita teruskan semula, kita akan gunakan kemudahan dalaman iaitu kem-kem kita sendiri yang mana kita ada kem Wataniah yang tidak diguna pakai sepenuhnya dan kita sedang buat kajian, berapa banyak kos jumlah one off untuk kita membangunkan kem-kem ini supaya ia akan dapat digunakan dengan terbaik mungkin berasaskan kepada penyertaan lelaki dan perempuan, perlu kita adakan kemudahan-kemudahan supaya mereka ini diasingkan. Sila Tan Sri Yang Berhormat.
Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya sedikit sahaja. Kalau dahulu PLKN 2.0 dan juga mungkin 1.0, kita melatih anak-anak kita bukan keseluruhan kohort. Kita hanya melatih 100,000 orang sahaja.
Sekali ini kerana Dato’ Menteri kata sedang buat working paper. Saya berharap- tidak jawab pun tidak apa. Saya berharap this time your working paper cater for 100 percent every cohort for the latihan itu, bukan separuh- tidak ada duitlah itu...
[Ketawa] Okey, itu sahaja Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
I don’t want to put the cart before the horse.
Datuk Dr. Azhar bin Ahmad
Tuan Yang di-Pertua, sedikit sahaja. Sedikit.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Sorry. Datuk Azhar, silakan.
Datuk Dr. Azhar bin Ahmad
Yang Berhormat Menteri, dahulukan, ada di setiap mukim ada dipanggil- tidak tahulah macam askar Wataniah, semua di mukim-mukim.
Tujuannya membantu keselamatan dalam mukim dan daerah itu.
Sebenarnya program ini baik untuk menggalakkan anak-anak muda kita yang kalau dahulu bawah umur 40 tahun, kita masuk askar Wataniah. Yang Berhormat Menteri, ada tidak angan-angan kita hendak kembalikan semula program yang sangat baik ini sekurang-kurangnya kalau terjadi apa-apa kepada negara kita, at least kita hendak pegang pistol, hendak pegang senapang at least kita fahamlah.
Datuk Dr. Azhar bin Ahmad
Jadi, saya amat berharap supaya Yang Berhormat Menteri, kita mulakan balik program yang sangat bermanfaat ini bagi pandangan saya. Terima kasih, Datuk Seri Speaker.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Datuk Seri Speaker, berkenaan dengan pertanyaan dan juga cadangan daripada Tan Sri Fatmi, untuk kita mengambil keseluruhan jumlah dalam kohort tersebut I think itu agak mustahil, 400,000 orang sekali keluar, Datuk Yang di-Pertua ya, 400,000 orang, kita memerlukan satu kemudahan yang besar untuk kita melatih 400,000 orang. Kita akan bermula dahulu seperti yang saya sebutkan tadi. Kita akan naik taraf kemudahan dalaman dahulu iaitu kita ada 13 Kem Wataniah di seluruh negara tetapi perlu kita naik taraf dahulu supaya ada tempat dorm lelaki, dorm perempuan dan kemudahan-kemudahan lain.
Kita hendak memulakannya ini dengan secara organik dahulu, kita tidak mahu tergesa-gesa, dengan sekali terburu-buru buat nanti dia punya impak itu, kita akan tergelincir daripada apa yang kita hendak. Kita hendak hasil bukan bilangan. Kita hendak kembalikan supaya hasil latihan ini benar-benar mendapat keputusan ataupun hasil yang baik kepada negara. Jadi kita buat secara perlahan dan habis banyak pun kita akan buat satu tahun dalam 15,000 ke 20,000 orang, Datuk Yang di-Pertua untuk kita buat. Ini melalui latihan, kita akan jimat banyak duit dan akhirnya nanti kem-kem ini pun akan kita naik taraf, itu satu.
Nombor dua apa yang ditanya oleh Datuk Dr. Azhar tadi berkenaan Wataniah.
Datuk Dr. Azhar ini dia macam ada telepati dengan saya. Dia boleh baca otak saya.
Wataniah ini memang dalam agenda kita, kita telah pun memulakan satu gerakan ataupun hasil. Saya telah minta supaya Angkatan Tentera Darat di bawah Timbalan Panglima Tentera Darat untuk membuat suatu gerak kerja untuk kita memperkasakan, memulakan dan memperkasakan Wataniah. Dia ada serampang banyak mata di sini, Datuk Yang di- Pertua.
Nombor satu, kita hendak supaya anak muda kita dan juga kita punya warga mempunyai latihan asas ketenteraan.
Nombor dua, kita hendak supaya apa-apa terjadi reservice kita besar, macam negara-negara lain. Negara-negara lain dia regular tidak ramai, tetapi reservice dia ramai.
Nombor tiga, hasrat kita, ini baru dalam kita punya perancangan. Kita hendak kurangkan jumlah anggota kita. Tidak guna kita dapat RM19 bilion, RM19.7 bilion, tetapi OE dia sampai RM18 bilion.
Jadi kita hendak kurangkan jumlah yang regular ini Datuk Yang di-Pertua, tetapi kita hendak kurangkan, kita hendak besarkan DE, supaya anggota kita, angkatan tentera kita akan dapat kita perkasakan dia punya capabilities, bukan melalui numbers but melalui kelengkapan dan kelengkapan ini penting. Sekarang Datuk Yang di-Pertua, kalau kita tengok kaedah warfare sudah berubah banyak sudah. Di convensional warfare ini sudah tidak ada lagi sudah rasanya, macam Rusia dengan Ukraine, banyak dikuasai oleh teknologi seperti kata Datuk tadi, mengatakan drone-nya macam-macam.
Kita lihat pada itu dan kita hendak supaya peningkatan capabilities dan kapasiti kita bukannya on numbers but more on that, dengan izin. Jadi kita hendak perkasakan Wataniah kita, Datuk Dr. Azhar, yes Sir, the answer is yes. Kita dalam perancangan untuk kita perkasakan Wataniah kita...
[Tepuk]
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Mohon mencelah. Adakah Kementerian Pertahanan mempertimbangkan seperti di Singapura, bukan sahaja terhad kepada Tentera, tetapi Bomba, RELA, Polis dan sebagainya, kementerianlah. Bukan, yang kita itu PLKN itu, memang bagi tentera sahaja kan? Hendak memberikan latihan tentera sahaja, tetapi di negara yang lain dia pun national service, tetapi dialih kepada Bomba, RELA dan sebagainya.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Terima kasih, Datuk Dr.
Dominic. Terima kasih, Datuk Yang di-Pertua. Kita punya PLKN 3.0 ini, kita bukannya PLKN itu sahaja. Kita ada fasa sebelum PLKN, kita ada fasa selepas PLKN.
Fasa sebelum PLKN ini di peringkat sekolah, pelajar-pelajar Tingkatan 4, badan beruniform dia apa semua, di situ kita akan pastikan supaya isu pelengkap kepada PLKN itu dimasukkan. Isu membina tata negara, isu membina kecintaan terhadap negara di sekolah.
Itu sebabnya kita akan pendekkan masa untuk kita melatih pelatih-pelatih itu daripada tiga bulan kepada 45 hari sahaja, di situ kita hendak membina jati diri pula, khusus untuk jati diri. Selepas daripada PLKN ini Datuk Yang di-Pertua, dia akan disambut oleh agensi-agensi seperti yang Datuk Dr. Dominic sebutkan tadi. Dia akan disambut oleh Wataniah, dia akan disambut oleh bomba, dia akan disambut oleh RELA, dia akan disambut oleh Pertahanan Awam. Jadi anak-anak muda Malaysia yang dilahirkan melalui PLKN ini akan ada yang menyambut.
Itu sebabnya kita hendak buat secara berperingkat-peringkat supaya kita lihat macam mana kita boleh accommodate ataupun kita dapat mengurus mereka ini dengan baik, Datuk Yang di-Pertua supaya kita tidak mahu kita lahir 20,000 ke-30,000, 200,000 PLKN kemudian selepas itu hilang. Macam sekarang PELAPIS di universiti tiga tahun dan ditauliahkan tetapi tidak ada agensi yang menyambut mereka.
Jadi ini sayang, satu kehilangan anak muda yang terlatih tetapi mereka hanyut di dalam masyarakat kerana tidak adanya satu sistem di mana kelahiran mereka ini disambut dengan baik oleh agensi-agensi kerajaan. Ya, Datuk Dr. Dominic, itu ada. Kita ada pra fasa PLKN, kita ada selepas, post PLKN akan kita uruskan.
Siapa yang hendak masuk Wataniah kita sudah ada sudah. Siapa yang hendak masuk joint bomba sudah ada sudah, siapa hendak joint Pertahanan Awam sudah ada sudah, siapa hendak joint RELA sudah ada sudah. Jadi ini akan kita perkasakan, Pertahanan Awam kita secara umum dalam negara kita dengan pemuda-pemuda, anak Malaysia muda yang terlatih dan mereka boleh dikerah bila-bila masa sahaja di bawah kita punya sistem kerahan tenaga, insya-Allah. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Untung Kementerian Pertahanan ada Menteri dia yang bekas akauntan korporat...
[Tepuk] Pemikirannya begitu terancang...
[Ketawa]
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Terima kasih, Datuk Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua
[Ketawa]
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Berkenaan PLKN itu tadi kita dalam rancangan. Belum lagi, selepas itu esok sudah kita buat kita balik semula ke Majlis Mesyuarat Jemaah Menteri untuk mendapat kelulusan yang terakhir. Keselamatan negara ini, Tan Sri Datuk Seri Panglima Anifah bin Aman, dia tidak ada?
Timbalan Yang di-Pertua
Kalau tidak ada Yang Berhormat boleh lompat sahajalah.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Tidak payah. Lompatlah, kita jawab seterusnya. Dia punya jawapannya panjang.
Timbalan Yang di-Pertua
Boleh bagi jawapan bertulislah...
[Ketawa]
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Usaha untuk memperoleh aset pertahanan yang sofistikated dan canggih daripada Yang Berhormat Senator Datuk Paul Igai dan Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Azhar.
Timbalan Yang di-Pertua
Datuk Paul ada.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Datuk Dr. Azhar ada.
Timbalan Yang di-Pertua
Datuk Dr. Azhar ada.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Memang Datuk Yang di- Pertua, Kementerian Pertahanan dan ATM sentiasa berusaha mengambil langkah- langkah yang sewajarnya bagi memastikan keupayaan dan tahap kesiapsiagaan aset pertahanan negara berada di tahap yang terbaik, termasuklah pembelian peralatan pertahanan yang baru dan berteknologi tinggi, demi memastikan kedaulatan dan kepentingan negara sentiasa terpelihara daripada sebarang ancaman.
Datuk Seri Yang di-Pertua, seperti yang telah saya nyatakan tadi, semua pembelian atau penambahan mana-mana aset...
Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim
Maaf, Yang Berhormat Dato’ Menteri minta maaf.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Sila, sila.
Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim
Saya, nama saya tidak disebut tadi.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Dato’ Ahmad bin- soalan apa itu?
Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim
Sama soalan.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Sama soalan?
Seorang Ahli
Ada belakang, belakang sebelumnya.
Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim
Penambahan aset dan yang canggih.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Ada, ada belakang.
Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim
Nama saya tidak disebut tadi.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Belum sampai lagi... [Dewan riuh]
Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim
[Ketawa] Okey, okey takut terlupa.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Tidak apalah. Dato’ sudah bangun itu, kita samalah. Dato’ Ahmad ya.
Timbalan Yang di-Pertua
[Ketawa]
Dato’ Seri Haji Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua
Yang Berhormat ada ilmu psikik kah, belum lagi sampai jawapan Menteri kepada perenggan itu Yang Berhormat sudah bangun...
[Ketawa]
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Datuk Yang di-Pertua, seperti yang saya sebut tadi kita akan tidak, we don’t want to be driven by commercial punya driven. Kita telah adakan apa yang dipanggil sebagai angkatan masa hadapan. Angkatan masa hadapan ini Datuk Yang di-Pertua ialah satu untuk mereka suatu think tank yang akan memikirkan. Kami sudah bagi mereka mandat supaya memikirkan bagaimana rupa bentuk angkatan tentera kita 25 tahun akan datang. Mengambil kira geopolitik yang berubah, mengambil kira teknologi yang berubah, mengambil kira berbagai-bagai Datuk Yang di-Pertua.
Mereka inilah yang akan nanti akan memberitahu ATM dan MinDef dan kita akan bengkelkan dan kita akan minta juga UPNM, kita akan minta kita punya MiDAS, kita akan minta kita punya pelbagai lagi agensi untuk memikirkan dan di situ nanti kita akan memulakan langkah untuk kita melangkah kepada misi menyediakan tentera kita sebagai angkatan masa depan.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Nampaknya sekarang ini Tuan Yang di-Pertua, secara kasar from the naked eye, dengan izin, kita melangkah kepada teknologi. Kita tak boleh nak lari dah, kita tak boleh nak menafikan bahawa angkatan tentera kita ataupun pertahanan sesebuah negara very much driven by technology, dengan izin, no more conventional.
Kita- doktrin pertahanan Datuk Yang di-Pertua, adalah berasaskan kepada ancaman, a threat. So, kita mesti tahu what kind of threat dan kita bagi dua sekarang dah, traditional threat dan non-traditional threat. Telah kita kupas nanti apa jenis ancaman kita, kita pula fikir daripada mana ancaman itu datang, itu perlu juga. Sekarang ini dah switch dah. Dulu kalau kita Selat Melaka tu kita tumpukan kerana piracy-nya macam-macam, sekarang Selat Melaka dah aman dengan kitanya punya patrol empat buah negara Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand mengadakan rondaan bersama. Tak ada lagi dah ancaman di situ, tetapi sekarang ini dia punya pentas sekarang sudah beralih ke Laut China Selatan. Kalau 10 tahun dahulu Laut China Selatan Tuan Yang di-Pertua, aman damai tak ada siapa yang risau, tetapi hari ini Tuan Yang di-Pertua, Laut China Selatan dah menjadi rebutan. Dah menjadi sebagai tempat yang paling sibuk dah, yang banyak yang menuntutnya.
Ini perlu juga kita fikirkan dan bagaimana cara untuk kita, adakah kita- kami lihat Malaysia ini sebagai sebuah maritime state. Maritime state apa perlu ada, we must be very strong in naval punya forces, bukannya lagi dulu, conventional. Jadi yang sedang kami fikirkan, kalau dah begitu rupanya Tuan Yang di-Pertua, apakah perlu ada?
Ini yang sedang kita lakukan dan insya-Allah dalam pertimbangan untuk kita buat perolehan aset ini keutamaan-keutamaan menjangkau masa sekarang sehingga 25 tahun akan datang akan kita buat. Oleh sebabnya, kita punya navy kita telah pun membuat satu developed satu rangka 15-to-5 dia. Daripada 15 jenis kapal kepada lima jenis kapal sahaja.
Dahulu ada 15 jenis, macam-macam kelas ada, tetapi kita dah buang itu, kita akan kata lima jenis sahaja. Kita ada LCS, kita ada LMS, kita ada frigate dan kita ada MRSS dan juga kita ada fast interceptor boats. Seperti kita sekarang kita kawal kita punya persempadanan Pantai Timur Sabah.
Kita tidak boleh gunakan LCS di situ sebab dia pulau-pulau dan kecil dan kita berhadapan dengan lanun yang selalu sahaja menculik kita punya nelayan dan juga penduduk dan apa perlu kita ada? We must have ataupun kita mesti ada fast interceptor boat dan kita dah beli dah. Kita dah beli dan lagi sekarang kita order lagi sebanyak 13 buah fast interceptor boats yang panjangnya 20 meter yang berkelajuan 55 ke-60 knot yang boleh kita kejar lanun.
Dahulu, lanun laju, kita punya kapal navy terhegeh-hegeh 10 hingga 15 knot Tuan Yang di-Pertua. Jadi, kita dah berubah dah dan ini yang kita sedang lakukan dan akan kita pastikan supaya perairan negara kita akan terus terjamin dan sekarang ini kita- apa yang dipanggil- kita ada two theater system dahulu kita satu theater sahaja, Malaysia satu sahaja. Kebanyakan aset kita banyak di Semenanjung, tetapi sekarang dengan geopolitik dan perubahan. kita perlu kita buat apa yang dipanggil sebagai two theater system, dua buah wilayah. Iaitu kita beroperasi melalui dua buah wilayah secara serentak. Tak boleh lagi kita- anything happen di Sabah Sarawak, kita hantar aset kita daripada Semenanjung.
By the time our asset reach Sabah or Sarawak, everything gone. Jadi, kita mesti ada itu, itu sebabnya kita hendak bina Markas 31 Briged di Bintulu, kita hendak bina Markas Wilayah 4 Laut Naval di Bintulu, kita hendak buat bare base TUDM di Bintulu.
Ini kerana- Tuan Yang di-Pertua, kita perlu kawal 30 peratus kita punya GDP berada di kawasan perairan di situ. Mengambil kira sekarang ini kita punya pangkalan tentera laut di Sepanggar Kota Kinabalu untuk sampai ke Beting Patinggi Ali, 16 jam Tuan Yang di-Pertua. 16 jam. Kita perlu ada pangkalan tentera laut di Bintulu kerana dari Bintulu cuma 80 nautical mile. Kita boleh sampai dalam masa empat ke-lima jam untuk kita sentiasa menjaga kepentingan negara di kawasan perairan di situ. Ini yang sedang kami lakukan Tuan Yang di-Pertua dan insya-Allah, negara kita berada dalam keadaan yang selamat kerana kita jaga terbaik yang mungkin. Ada apa-apa pertanyaan?
Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh
Datuk Yang di-Pertua, satu soalan sahaja.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Sila.
Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh
Adakah rancangan kerajaan untuk membina satu naval base on the East Coast of the Semenanjung? Setakat ini kita ada di Lumut, we don’t have anything on the East Coast of Semenanjung, dengan izin.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Tuan Yang di-Pertua, kita ada iaitu di Kuantan, Tan Sri di Kuantan.
Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh
Kuantan Naval Base.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Kuantan Naval Base ada dan kekuatan naval base tersebut diperkasakan lagi oleh kehadiran kita punya kekuatan tentera udara kita yang berada juga di Kuantan. Kita punya FA-50 itu nanti akan beroperasi melalui Kuantan kerana dari Kuantan nanti berhampiran dengan Laut China Selatan, ini FA-50 ini satu- block-20 Tuan Yang di-Pertua, suatu yang amat baik. Dia telah pun diperkatakan begitu hebat, bahkan tentera di Filipina mengatakan we got the best deal kerana FA-50 ini blok 20 ini dia punya combatant capability pun besar dan dia amat laju.
Kita boleh jadi interceptor.
Kita tidak perlu Multirole Combat Aircraft (MRCA). Kalaupun yang ada ini pun dah ada dah kita FA-18 Hornet dan juga kita punya Sukhoi kita ada. Cuma kita perlu menyelenggarakan supaya mereka ini ataupun aset ini akan menjadi sebagai support kepada kita punya light-combat aircraft kita yang boleh menjadi interceptor menjaga kepentingan perairan kita di Laut China Selatan kita, Tuan Yang di-Pertua.
Jadi, yang lain-lain Tuan Yang di-Pertua, akan kita jawab melalui saluran bertulislah, Tuan Yang di-Pertua pun dah lambat sangat nampaknya. Melainkan kalau ada apa-apa lagi sahabat-sahabat hendak tanya.
Timbalan Yang di-Pertua
Saya bagi peluang kerana ini merupakan jawapan Menteri yang pertama dalam Dewan Negara-kan, tetapi...
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua
...Kalau Yang Berhormat hendak berhenti, saya kena terimalah.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Saya lebih suka menjawab daripada membaca Tuan Yang di-Pertua. Sebab bila saya menjawab itu saya boleh explore lebih banyak lagi. Kadang-kadang membaca ...
Timbalan Yang di-Pertua
Soalnya ada lagi yang- ada lagi isu-isu yang penting yang YB fikir perlu dijawab secara lisan.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Fasal peralatan dan juga tadi fasal cadangan menambah aset kapal perang TLDM bagi menjamin keselamatan maritim negara daripada Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua
Maaf, lupa Dato Seri, Dato’ Ahmad Ibrahim ...
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim, ini kira last-lah ini. Sebagai makluman Yang Berhormat Dato’ Kertas Putih Pertahanan (KPP) telah menggariskan pelan jangka panjang kita bagi pembangunan angkatan tentera masa hadapan yang saya sebutkan tadi untuk ATM. Selari dengan aspirasi Kertas Putih Pertahanan, TLDM pula menetapkan pelan pembangunan keupayaannya melalui Transformasi TLDM 15-to-5 yang saya sebut tadi.
Pelan ini dijangka dapat mengatasi cabaran kekangan yang dihadapi TLDM bagi pengurusan aset yang agak dah berumur kepada kapal yang baharu iaitu LCS. Itu sebabnya Tuan Yang di-Pertua, LCS ini penting. Banyak orang kata mengapa kita hendak sambung LCS ini. LCS ini Tuan Yang di-Pertua, lima biji dia punya enjin semua dah ada.
Sebuah kapal dua- enjin besar, dia punya enjin diesel. Setiap satu- enjin, satu- generator.
Gear box semua dah ada, shaft dah ada propeller dah ada untuk lima set. Untuk lima buah kapal. Jadi kita dah beli, itu yang duit banyak beli itu, orang kata RM6 bilion, tetapi tak ada kapal.
Barang-barang dah ada, nak beli, nak buat dia punya hull itu senang sahaja, tetapi yang mahal itu, enjin dia, generator dia, gear box dia dan sistem dia. Ditambah pula itu hari RM1.029 bilion itu kerana ada perubahan specification tentang combatant capabilities Tuan Yang di-Pertua. Kita tukar kepada yang the latest one, navy kata nak latest, jadi kita tukar kepada itu. Yang lain-lain itu, professional fees, stamp duty dan lain-lain Tuan Yang di-Pertua dan membayar kita punya design kepada owner Naval Group daripada France the owner of the design, we must paid them. So, yang RM2 bilion- tambahan itu considered non-reoccurring punya kos. Dia bukan kos tambahan. Dia ada kos-kos yang perlu kita ambil kira.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, kita akan teruskan LCS lima biji. Kita akan beli tiga biji Littoral Mission Ship (LMS) dan juga kita ada apa yang dipanggil sebagai Multi-Role Support Ship (MRSS) yang baharu. Kita yang paling lama ada itu KD Merong Mahawangsa, dah lama dah. Dah lama dah. I think sebelum YB lahir agaknya, kita kena tukar.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Kita kena tukar. We under process of buying two more MRSS untuk menggantikan yang lama ini dan juga kita akan ada New Generation Patrol Vessel (NGPV) dan juga dengan support kapal selam. Lima type sahaja. Dahulu 15 jenis. Sekarang lima jenis sahaja. Jadi, kita tidak buang-buang masa, tidak buang banyak kos. Kita very focus kepada lima jenis kapal sahaja yang akan menjadi ketahanan benteng perairan negara kita untuk kita pastikan negara kita selamat Datuk Yang di-Pertua.
TLDM telah melaksanakan perolehan empat buah LMS iaitu batch pertama. Kita buat sudah ada. Kita akan beli tiga biji lagi. Banyak orang tanya apa fasal tidak buat dekat sini. Datuk Yang di-Pertua, kita siap LCS dahulu lah ya. Tak usah lah kita pening-pening kepala. Kita beli teruslah ya. Ini kerana hendak cepat Datuk Yang di-Pertua, saya telah pun diberi mandat untuk beli mana-mana kapal dalam dunia yang sudah siap, tetapi tidak adapun yang hendak jual. Semua sudah berpunya.
Jadi, kita akan buat. Tidak lama lagi kita akan buat kontrak. Sign kontrak Government to Government untuk kita. Kita sudah kenal pasti apa jenis modelnya, apa jenis spesifikasinya, apa jenis kombatan semua sudah tahu. Pihak NAVY sudah buat. Jadi, kita telah kenal pasti pihak yang mana. Kita panggil 16 buah syarikat daripada pelbagai negara. Kita sudah zoom-kan kepada satu- negara, tetapi ada dua, tiga pihak pembuat pembina kapal dan NAVY akan uruskan dan kita akan buat perjanjian dengan kerajaan negara Turki untuk kita mempercepatkan proses untuk kita membina kapal ini. Insya-Allah ya.
Bagi yang lain-lain itu daripada lokal, kita punya apa yang dipanggil sebagai multirole atau for the fast interceptor boat yang 20-meter itu tadi, kita buat di tempatan ya.
Kita order daripada syarikat Gading. Mereka ini mempunyai keupayaan yang baik. Kita sudah ada sembilan biji sudah dalam kita punya dalam sedang melakukan tugas di Pantai Timur Sabah, Datuk Yang di-Pertua. Itu sebabnya keganasan ataupun penculikan yang berlaku di kawasan Timur, Pantai Timur sudah tidak ada dah. Pelancong sudah mula datang dan orang sudah mula pergi ke sempadan dan mereka amat sukacita dengan kehadiran tentera kita. Insya-Allah. Bagi yang lain-lain itu tidak ada lagi lah ya..*.
[Tepuk]* Sudah lama dah. Saya harap I’ve already answered everything, ya. Saya ucap terima kasih kepada rakan-rakan yang telah pun bertanyakan soalan. Hopefully I’ve already answered your question. Datuk Yang di-Pertua. Terima kasih banyak. Thank you very much. See you next year. Thank you.
Timbalan Yang di-Pertua
[Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Satu sesi jawapan yang A plus. Memang merupakan satu pendidikan bagi kita hari ini mengenai fungsi dan juga peranan Kementerian Pertahanan.
Jadi, maka dengan ini Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat pada hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin, 11 Disember 2023.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.33 petang]