Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, selamat pagi. Dipersilakan pertanyaan pertama oleh Yang Berhormat Senator Datin Hajah Ros Suryati binti Alang.
Datin Hajah Ros Suryati binti Alang
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Tuan Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor 1.
1. Datin Hajah Ros Suryati binti Alang minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan:
(a) usaha yang dilakukan kementerian terhadap tabiat kurang membaca dalam kalangan rakyat Malaysia yang semakin merunsingkan; dan
(b) tindakan pemerkasaan Perpustakaan Negara setelah beroperasi lebih 50 tahun.
Tuan Yang di-Pertua
Kena makan ubat itu, Yang Berhormat.
Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang
Ya, terima kasih Yang Berhormat Senator. Tan Sri Yang di-Pertua, Perpustakaan Negara Malaysia telah melaksanakan Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia yang bertujuan untuk melihat kadar pembacaan dan tabiat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.
Pada tahun 2005, mendapati masyarakat kita hanya membaca dua naskhah buku setahun yang meningkat kepada 15 naskhah setahun pada 2014 dan pada 2022 dan tahun ini, naskhah yang dibaca adalah meningkat kepada 24 naskhah setahun. Daripada kadar minat membaca, ia agak stabil daripada 90 persen kepada 95 dan daripada kajian yang terakhir ini adalah dalam 89 peratus yang minat membaca.
Tan Sri Yang di-Pertua, Kementerian Perpaduan Negara sentiasa memastikan pemerkasaan Perpustakaan Negara dilakukan dari semasa ke semasa sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat global. Pemerkasaan yang dilaksanakan dan dirancang adalah berdasarkan tata kelola standard antarabangsa iaitu The International Federation of Library Associations and Institutions, satu. Kedua UNESCO dan juga di negara yang berpaksi kepada Dasar Perpaduan Negara, Dasar Kebudayaan Negara, Dekad Membaca Kebangsaan 2001-2020.
Antara tindakan pemerkasaan Perpustakaan Negara Malaysia yang dilakukan sepanjang beroperasi lebih 50 tahun adalah untuk menjadikan Malaysia negara maju berbudaya tinggi menerusi Program Galakan Membaca dan Literasi Maklumat. Sepanjang Januari hingga ke Oktober tahun ini, sebanyak 63,406 program telah dilaksanakan dengan penyertaan keseluruhannya sebanyak 2.1 juta orang.
Kedua, memperkasakan koleksi Malaysiana dan mewujudkan masyarakat bertamadun melalui pemuliharaan khazanah warisan negara. Daripada segi perolehan, koleksi secara kumulatif antara 2019 ke-2023 dalam jangka masa empat tahun menjangkau angka 6.3 juta koleksi. Daripada segi memelihara, sebanyak 370,000 lebih naskhah terbitan bersiri, 375 lebih naskhah bahan monograf, 5,500 naskhah bahan nadir dan 40,383 naskhah koleksi peribadi.
Pemerkasaan koleksi manuskrip, di mana Perpustakaan Negara Malaysia merupakan pusat repositori terbesar dunia yang menyimpan sebanyak 5,205 naskhah manuskrip Melayu dalam bentuk asal. Perpustakaan Negara juga telah membangunkan projek picturality rumah Melayu tradisional berinsipirasikan manuskrip petua membina rumah menerusi platform web based dan tiga manuskrip Melayu dari koleksi itu telah mendapat pengiktirafan dalam Memory of the World International Registrar sebagai Warisan Dunia dan 12 naskhah telah diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.
Inisiatif lain adalah seperti u-Pustaka yang menawarkan 22 buah pangkalan data yang dapat diakses everyday actually, dengan izin, dan kita menawarkan 900,000 lebih judul koleksi digital untuk diakses melalui e-buku, e-jurnal, e-surat khabar, e-pembelajaran, e-komik dan sebagainya. Kita juga memperkasakan pembangunan R&D, research and development dan satu daripadanya kita mengadakan program baucar buku untuk membeli buku dan kita juga sedang dan telah mengadakan kajian seperti yang saya katakan tadi, Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia dan kajian data pembukuan negara. Sekian, terima kasih.
Datin Hajah Ros Suryati binti Alang
Soalan tambahan saya, Tan Sri Yang di- Pertua. Apa bentuk sistem pengurusan perpustakaan yang lebih bersepadu, yang dilaksanakan oleh kementerian supaya perkhidmatan perpustakaan dapat sampai kepada semua lapisan masyarakat di negeri-negeri di Malaysia? Terima kasih.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih Yang Berhormat Senator. Tan Sri Yang di-Pertua, perancangan kita untuk memperkasakan perpustakaan di seluruh negara adalah satu yang telah dirancang kan begitu lama adalah untuk membina Pusat Kebangsaan Warisan Intelek Negara yang akan dibina di Bukit Jalil dengan Bajet 2024.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Kedua, kita merancang untuk melaksanakan inisiatif pendigitalan koleksi khazanah warisan negara dengan menggunakan perkhidmatan metaverse dan ini adalah supaya kita dapat mengadakan satu Galeri Maya Kebitaraan Malaysiana dan juga mungkin boleh membangunkan teknologi robotik untuk digunakan di perpustakaan.
Juga, kita akan mengadakan satu program di mana kita akan menggabungkan- yang sedia ada sekarang ini, kita mempunyai platform pelbagai. Kita akan mengadakan satu single sign-on platform untuk diakses semua bahan, yang kita ada di library kita.
Sekian, terima kasih.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Soalan tambahan.
Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan
Soalan tambahan.
Tuan Yang di-Pertua
Datuk Profesor...
Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Saya berminat untuk mendapat maklumat daripada Yang Berhormat Menteri.
Apakah langkah untuk melaksanakan sesuatu strategi yang lebih berkesan dalam soal pembudayaan membaca?
Kita tidak boleh lagi bergantung kepada kaedah konvensional. Jadi, ertinya, bagaimana bahan-bahan bacaan konvensional itu dipindahkan dalam bentuk e-book, dengan izin, P-buku dan lain-lain, yang dikatakan terbitan turunan? Kerana, kaedah pembelajaran sekarang sudah jauh berubah. Orang tidak bergantung lagi kepada bahan bacaan bercetak ataupun b-book. Saya mengambil sedikit pengalaman sewaktu saya di Kuwait. Mereka menyepadukan gerakan budaya membaca dengan kaedah rekreasi. Di taman-taman rekreasi, mereka menempatkan tempat-tempat membaca. Jadi, itulah yang mahu saya tanyakan. Kaedah yang lebih inovatif dan lebih kreatif. Terima kasih, Yang di-Pertua.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih, Yang Berhormat Senator. Tan Sri Yang di-Pertua, memang begitulah hasrat kita untuk membantu rakyat kita untuk menggalakkan mereka membaca. Oleh sebab itu, kita mengadakan kajian yang baru-baru ini, tetapi belum ditamatkan laporannya, tetapi dalam beberapa tahun yang dulu, kita memang banyak program dan kita akan teruskan program-program ini, bukan sahaja daripada segi pendigitalan. Daripada segi pendigitalan, kita sudah banyak. Bermacam- macam buku yang dikatakan e-buku, kita sudah ada beberapa puluh ribu kandungan bahan. Kita ada macam-macam- e-jurnal, e-majalah. Macam-macam dalam bentuk pendigitalan.
Bagi program yang kita akan laksanakan dalam tahun yang akan datang, 2024, kita memang akan meneruskan usaha-usaha kita. Kita sedang adakan sekarang seperti program pembudayaan tulisan Jawi. Kita ada read and run, u-Pustaka, kita ada program Bacaton. Macam di Keraton, ada baca- Bacaton. Kita ada Karnival Membaca Perdana, kita ada Kembara Ilmu, kita ada Anugerah Buku Perpustakaan, kita ada pameran manuskrip, kita ada e-Usahawan, perpustakaan desa dan sebagainya. Sekian, terima kasih.
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Soalan tambahan, Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Dah cukup, Yang Berhormat. Saya nak tanya.
Membudayakan membaca, tidak lebih dan tidak kurang, ibu bapa bermula dulu. Kalau ibu bapa tengok handphone, manalah anak nak membaca. Jadi, macam mana menggalakkan ibu bapa jangan memegang handphone selalu sangat?
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Tan Sri Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Di rumah saya, ada 7,000 buku, Yang Berhormat. Dua belas volume ensiklopedia. Saya ulangi, saya baca Elliot, saya baca semua buku lama saya. Charles Dickens, semua saya baca lagi. Sketches, saya baca.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Sebab itu kita mengadakan kajian di beberapa peringkat. Tahun 2005, kita sudah buat. Tahun 2014.
Dan 2023 ini, walaupun laporan- sebab, kita pun kadang-kadang by persepsi. Kita melihat mungkin kurang membaca dan kita pun mengadakan- apakah sebab kita membaca dan apakah sebab rakyat kita kurang membaca- tetapi dalam angka yang kita adakan tadi, walaupun daripada segi kadar dia, dia menurun sedikit, tetapi daripada segi jumlah naskhah yang dibaca itu amat menaik. Daripada 15 naskhah pada 2014 kepada 24 naskhah. Of course, sekarang ini dia termasuk digital ya.
Cause, factor untuk menggalakkan bacaan ini, daripada segi dia minat sendirilah untuk menambahkan lagi pengetahuan. Itulah sebab daripada kajian-kajian itu- untuk meningkatkan ilmu pengetahuan. Siapa yang ingin meningkatkan ilmu pengetahuan, itulah untuk membawa mereka membaca lebih.
Of course, sekarang kita ada banyak cara akses kepada maklumat-maklumat. Kita ada semua dalam bentuk ‘e’ sekarang ini, digital. Kita memang sudah ada. Seperti yang saya sebutkan tadi, kalau kita melihat daripada segi kandungan bahan yang kita ada sekarang ini, dekat satu juta- bahan yang sudah kita digitalised untuk dibaca, untuk akses kepada masyarakat. Sekian, terima kasih.
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Soalan tambahan, Tan Sri, boleh?
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Yang Berhormat. Saya mengganggu soalan Yang Berhormat nak tanya. Sila, sila.
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Oh, okey. Terima kasih, Tan Sri Yang di- Pertua. Sebenarnya, I pun tak faham mengapa perpustakaan di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan I minta pencerahan, tetapi soalan saya ialah, apakah usaha kerajaan setakat ini dalam memupuk semangat perpaduan dan keharmonian masyarakat melalui aktiviti Perpustakaan Negara? Terima kasih.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Soalan yang amat menarik. Saya pun, apabila perpustakaan ini dimasukkan dalam kementerian kita- kita melihat daripada segi bahan- bahan yang kita ada dari perpustakaan ini. Sama juga dengan muzium dan arkib. Sebab, di semua kementerian ini, yang terdapat adalah daripada segi sejarah dan sejarah ini memang termasuk dalam bahan-bahan bacaan kita.
Sebab itu, seperti yang dikatakan tadi, program-program kita daripada segi untuk menambahkan, untuk membawa semangat perpaduan ini adalah melalui membaca daripada segi sejarah, tamadun yang kita ada. Sebab itu, ia nya mungkin- sebab itu ia nya disimpan, diletak kepada Kementerian Perpaduan. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Yang Berhormat Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim.
Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim
Terima kasih, Yang di-Pertua Tan Sri Ayahanda. Soalan saya, nombor 2. Terima kasih.
2. Dato' Ahmad bin Dato' Sri Haji Ibrahim minta Menteri Pengangkutan menyatakan, apa perancangan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) bagi menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan Lapangan Terbang Miri memandangkan jumlah kemasukan pelancong ke Sarawak semakin meningkat.
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Senator.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, Kerajaan Persekutuan sememangnya mempunyai perancangan untuk menaiktarafkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Pada masa ini, kapasiti terminal sedia ada, sebanyak 5 juta orang penumpang setahun. Pada tahun 2019, Kuching International Airports (KIA) telah mencatatkan pergerakan penumpang 5.9 MPPA, iaitu 19 peratus melebihi kapasiti reka bentuknya. Manakala, pada tahun 2022, KIA telah mengendalikan sebanyak 4.3 juta orang penumpang. Ini disebabkan COVID-19 lah.
Kementerian Pengangkutan dan pihak MAHB mempunyai perancangan untuk melaksanakan proses pengambilan tanah milik Sarawak Multimedia Authority yang terletak bersebelahan dengan KIA bagi membolehkan lapangan terbang ini dinaiktarafkan kelak.
Bagi tujuan tersebut, pihak MOT akan mengemukakan permohonan peruntukan pengambilan tanah tersebut di bawah Rolling Plan Kelima Rancangan Malaysia Ke-12 pada tahun hadapan.
Perancangan untuk menaik taraf KIA hanya akan dapat dilaksanakan setelah kerja pengambilan tanah ini diselesaikan. Ini adalah kerana terdapat beberapa facilities sedia ada yang terletak dalam kawasan yang terlibat dengan projek naik taraf perlu dipindahkan terlebih dahulu ke kawasan tanah SMA yang akan dibuat pengambilan itu.
Berhubung dengan cadangan untuk menaik taraf Lapangan Terbang Miri, pihak MOT sebelum ini telah menyenaraikan projek menaik taraf Lapangan Terbang Miri di bawah Rolling Plan Keempat Rancangan Malaysia Ke-12 sebagai salah satu projek kementerian yang diberikan keutamaan untuk dilaksanakan.
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Cadangan projek naik taraf ini antaranya melibatkan pertambahan kapasiti terminal dari dua juta orang penumpang setahun kepada tiga juta orang penumpang setahun.
Walau bagaimanapun, dengan mengambil kira pengumuman terkini Bajet 2024, pihak kementerian akan terus mengemukakan semula permohonan ini dalam Rolling Plan Kelima Rancangan Malaysia Ke-12 pada tahun hadapan untuk pertimbangan kerajaan.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat.
Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim
Yang Berhormat kakanda dari Limbang, soalan nombor dua saya. Baru-baru ini kami baru balik dari Manila APPF 2023 melalui KLIA. Jadi, soalan saya ini ada lain sikit. Bilakah KLIA Monorel akan dibaiki atau siap untuk diguna pakai? Dah lebih setahun dah tak siap-siap. Naik bas, malulah. Macam tahun 80- an di Subang dulu. Terima kasih.
Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Terima kasih Yang Berhormat. Jadi tentang kereta api ini, yang ada sekarang, ia nya sedang pun dalam pembinaan di China.
Sebelum ini, Menteri pun dah ada pergi melawat, factory visit juga dan mungkin dalam tahun hadapan insya-Allah, akan siap. Jadi pasal malu itu, rasanya kalau kita pergi international airport pada masa ini, kita pakai bas COBUS itu juga. Biasalah itu. So, just that- bukannya menjadi alasan tetapi tak adanya nak dimalukan.
I think other countries practice right now also. Kalau Lapangan Jeddah sendiri pun kita kena naik bas. Di Kuwait pun kita kena naik bas, di Doha pun kita naik bas juga nak pergi ke main terminal. So, it’s not nak memalukan lah ya, tapi anyway, the train is under manufacture right now in China. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Siapakah punya- ERL itu?
Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
ERL is under MHB...
Dato’ Kesavadas a/l A Achyuthan Nair
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Dr. Nuing.
Dato Dr. Nuing Jeluing
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mahu tanya Timbalan Menteri, apa keadaan terkini atau status dengan pembangunan lapangan terbang di Tunoh, Kapit dan satu di Betong? Terima kasih.
Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Untuk makluman Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, airport tersebut adalah yang dibina oleh kerajaan negeri dan sebelum ia nya dilaksanakan itu, sudah pastinya sebelum ini mereka ada menulis dengan MOT. So, telah pun dibenarkanlah. Oleh sebab itu pembinaannya diteruskan, sekarang inilah. Kita tahu one is under construction, the other one is still under perancangan. Itu sahaja jawapan saya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya menjemput Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan.
Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan
Selamat pagi dan salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 3.
3. Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan minta Menteri Kewangan menyatakan:
(a) adakah Lembaga Hasil Dalam Negeri akan menubuhkan satu pusat sehenti untuk menangani pelbagai masalah teknikal yang akan timbul semasa peralihan ke sistem e-Invois; dan
(b) adakah kerajaan akan menyediakan insentif untuk memudahkan peralihan kepada sistem e-Invois.
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Sim Chee Keong
Tuan Yang di-Pertua, boleh?
Tuan Yang di-Pertua
Ya, sila.
Tuan Sim Chee Keong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Senator Tan Sri Low. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini, seperti pengumuman Belanjawan 2024, kerajaan akan menguatkuasakan e- Invois secara mandatori kepada pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta mulai 1 Ogos 2024. Manakala pembayar cukai mengikut kategori pendapatan selainnya akan dibuat secara berfasa dengan pelaksanaan menyeluruh mulai 1 Julai 2025.
LHDN ataupun Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia akan melaksanakan sesi libat urus secara berterusan dengan pelbagai pihak dalam mendapatkan maklum balas industri bagi memastikan pelaksanaan e-Invois ini mengambil kira setiap keperluan. LHDN juga telah menyediakan garis panduan umum dan garis panduan spesifik yang perlu diteliti oleh perniagaan dalam membantu mereka untuk membuat sebarang perubahan atau naik taraf yang melibatkan contohnya sumber manusia, proses perniagaan, sistem perakaunan dan sebagainya. Jika memerlukan penerangan lanjut dalam memastikan pelaksanaan mengikut garis masa yang ditetapkan, pembayar cukai boleh menghubungi LHDN bagi khidmat nasihat dan bantuan.
Tuan Yang di-Pertua, bagi membantu pembayar cukai menangani sebarang isu teknikal sepanjang tempoh peralihan, LHDN telah menyediakan beberapa buah platform bagi pembayar cukai untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan berkenaan sistem yang dibangunkan serta bagaimana untuk menangani masalah teknikal yang berlaku dalam tempoh pelaksanaan e-Invois. Platform yang disediakan termasuklah microsite e- Invois Hasil di mana pembayar cukai boleh mendapatkan maklumat berkaitan pelaksanaan e-Invois termasuk garis panduan umum dan spesifik serta pelbagai FAQ berdasarkan industri.
Kedua, kaedah e-mel kepada helpdesk yang disediakan oleh LHDN di alamat myinvois@hasil.gov.my. Rangkaian helpdesk yang disediakan oleh LHDN sepanjang pelaksanaan e-Invois untuk membantu menjawab isu-isu berkaitan operasi dan teknikal melalui pegawai dan laman sesawang yang dibangunkan. Sekarang boleh guna e-mel dan selepas ini kita akan memasukkan platform-platform lain untuk menghubungi LHDN berkaitan dengan isu ini, dan; Ketiga, LHDN juga akan menyediakan persekitaran pengujian bagi pembayar cukai yang menggunakan mekanisme application programming interface dengan izin, API untuk menguji integrasi API pembayar cukai dengan sistem MyInvois LHDN.
Keempat, LHDN juga menjalankan program perintis ataupun pilot program dengan izin, bersama dengan pemegang taruh bagi memastikan pelaksanaan lancar melibatkan syarikat-syarikat secara sukarela daripada pelbagai industri, akan bermula Januari tahun hadapan. Ini projek perintis. Pelaksanaan wajib bermula bulan Ogos tetapi projek perintis ataupun pilot program bermula Januari.
Untuk makluman kepada soalan kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Tan Sri, berdasarkan pengumuman Belanjawan 2024, kerajaan ada menyediakan pelbagai insentif untuk dimanfaatkan oleh pembayar cukai bagi tujuan pendigitalan dan pelaksanaan e-Invois.
Contohnya, saya akan bagi tiga contoh. Dalam usaha kerajaan memperhebatkan usaha mendorong PMKS meningkatkan tahap daya saing melalui peralihan model perniagaan secara automasi dan pendigitalan, kerajaan telah menyediakan peruntukan RM100 juta bagi menyediakan geran pendigitalan sehingga RM5,000 untuk dimanfaatkan oleh usahawan PKS dan pengusaha mikro. Geran ini sebenarnya boleh digunakan untuk menaik taraf sistem jualan, inventori dan perakaunan digital.
Keduanya, kerajaan juga akan mempercepatkan tempoh tuntutan elaun modal ke atas pembelian dan pemasangan peralatan ICT serta pakej perisian komputer dan fi perunding. Bayaran pemerolehan lesen dan bayaran sampingan berkaitan sistem perisian komputer yang akan dibangunkan secara khusus daripada empat tahun kepada tiga tahun mulai tahun taksiran 2024.
Akhir sekali, yang ketiga ialah potongan cukai bagi perbelanjaan berkaitan dengan pemeliharaan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) terhad sehingga RM50,000 setiap tahun tafsiran, diberikan ke atas perbelanjaan kos perunding yang dibuat oleh syarikat PMKS bagi pelaksanaan e-Invois berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2024 sehingga tahun taksiran 2027. Sekian, terima kasih.
Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan
Soalan tambahan
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Yang Berhormat.
Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Soalan tambahan saya, adakah pelaksanaan sistem e-Invois ini merupakan persiapan awal sistem percukaian negara beralih kepada pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST)? Sekian, terima kasih.
Tuan Sim Chee Keong
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa soalan yang- saya boleh jawab senang. Sebenarnya tidak ada kaitan kedua-duanya. Satu ialah sistem untuk meningkatkan kecekapan proses pentadbiran percukaian dan satu lagi merupakan satu sistem percukaian iaitu GST. Kedua-duanya tidak ada kaitan. Jadi, saya rasa itu mungkin jawapan sayalah secara langsung.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ada lagi soalan?... Tak ada?
Minta maaf, saya batuklah sikit. Oleh sebab Dato’ Shamsuddin bin Haji Abd.
Ghaffar tidak ada dalam Dewan maka saya menjemput Datuk Lim Pay Hen.
[Soalan No. 4 – YB. Dato’ Shamsuddin bin Haji Abd Ghaffar tidak hadir]
Datuk Lim Pay Hen
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 5.
5. Datuk Lim Pay Hen minta Menteri Kerja Raya menyatakan, status pelaksanaan pembinaan Lebuhraya Segamat-Tangkak-Muar FT23 sehingga kini dan apakah kekangan yang menyebabkan pakej 4, 5 dan 6 masih belum dapat disiapkan memandangkan isu kesesakan jalan raya kerap timbul di kawasan Tangkak.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Datuk Lim Pay Hen.
Tan Sri Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, projek yang dimaksudkan merupakan projek menaik taraf laluan FT023 Segamat-Tangkak daripada dua lorong kepada empat lorong hala sepanjang 61.6 kilometer yang dilaksanakan secara berfasa. Pakej 1B, Pakej 2 dan Pakej 3 telah siap pembinaan.
Manakala pakej-pakej yang dalam pembinaan dan dalam perancangan adalah seperti berikut:
(i) Pakej 1A, Jalan Buloh Kasap ke Pejabat Gemas, Gemereh sepanjang 5.6 kilometer. Status projek adalah dalam perancangan;
(ii) Pakej 4, Pintu A Taman Negara ke Kolej Matrikulasi Johor, sepanjang 5.6 kilometer. Status projek adalah dalam perancangan;
(iii) Pakej 5, Kolej Matrikulasi Johor ke kawasan Perindustrian Tangkak, sepanjang 8.1 kilometer yang kini dalam pembinaan; dan
(iv) Pakej 6, Kampung Tanjung Batu ke Pusat Pentadbiran Ledang, sepanjang 3.6 kilometer. Status projek adalah dalam perancangan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, bagi pelaksanaan Pakej 5 tarikh milik tapak kepada kontraktor utama adalah pada 28 Februari 2022 dan tarikh jangka siap semasa pada 11 Disember 2025.
Sehingga 25 November 2023, kemajuan fizikal sebenar projek ini 9.08 peratus berbanding jadual 8.33 peratus. Status kerja semasa di tapak iaitu pembinaan jambatan di Jalan Solok dan jambatan merentasi Lebuhraya PLUS serta kerja-kerja pembersihan tapak dan kerja tanah.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, bagi pakej-pakej dalam perancangan iaitu Pakej 1A dan Pakej 4 serta Pakej 6, kementerian ini akan meliliti cadangan projek tersebut apabila dimohon oleh kerajaan Negeri Johor dalam Rolling Plan yang akan datang dan akan diangkat untuk pertimbangan agensi pusat tertakluk kepada keutamaan serta ketersediaan agihan peruntukan pembangunan.
Keseluruhan pakej ini adalah apabila siap kelak akan menyediakan jajaran perhubungan yang lebih baik, selamat dan selesa dari Bandar Segamat ke Lebuhraya Utara-Selatan melalui Plaza Tol Tangkak. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Datuk Lim Pay Hen
Terima kasih atas jawapan yang telah diberi oleh Timbalan Menteri tadi. Soalan tambahan saya, pembinaan penaikan taraf Jalan Muar-Tangkak- Segamat ini, dia diberhentikan di Kampung Lubok Batu. Selepas itu lebih kurang tiga atau empat kilometer itu daripada empat- lorong jadi dua- lorong. Jadi, ini menyebabkan kesesakan lalu lintas khususnya pada musim perayaan. Jadi, saya nak tanya kementerian, apakah perancangan kementerian untuk menyelesaikan masalah kesesakan itu? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, silakan.
Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Untuk makluman Yang Berhormat, sememangnya apabila jalan berlaku di setiap penghujung jalan ia akan berlaku bottleneck. Itu yang kebiasaan yang akan berlaku. Dalam proses yang dinyatakan oleh Yang Berhormat itu, iaitu sepanjang jalan melalui Kampung Lubok Batu terutama pada musim perayaan terpaksa kita mencadangkan untuk menaik taraf sekiranya nak menyelesaikan bottleneck tersebut.
Untuk menaik taraf ini, sambungan daripada projek menaik taraf antara Muar ke Tangkak. Perkara ini telah kita cuba selesaikan, tetapi beberapa perkara yang masih dalam pertimbangan ataupun masih dalam keperluan iaitu di mana untuk menyelesaikan fasa A iaitu di Bandar Segamat menuju ke Kuantan. Ini yang menjadikan keutamaan yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat.
Ini telah kita masukkan dalam Rolling Plan yang ke-12, tetapi sebagaimana yang saya nyatakan tadi Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua, disebabkan oleh keutamaan peringkat negeri Johor adalah kepada yang mungkin lebih kritikal buat masa ini. Untuk mendatang ini, kita cuba sedaya upaya agar Kerajaan Negeri Johor akan mengangkat kembali perkara ini untuk pertimbangan di peringkat negeri dan seterusnya pertimbangan di peringkat Pusat.
Dan saya percaya sudah pasti kerajaan negeri akan cuba sedaya upaya disebabkan jalan ini merupakan jalan utama yang menuju antara Segamat dan ke- Segamat ke Kuantan. Saya percaya Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Terengganu akan memberi prioriti yang lebih kepada perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi. Terima kasih Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat.
Dato Dr. Nuing Jeluing
Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Dato Dr. Nuing Jeluing
Boleh tanya satu lagi?
Tuan Yang di-Pertua
Boleh, boleh.
Dato Dr. Nuing Jeluing
Timbalan Menteri, ini berkenaan dengan Pan Borneo, boleh?...
[Ketawa] Sebab kelmarin saya mahu tanya ini tapi tiada sempat, tiada beri peluang. Beberapa U-turn sepanjang Jalan Pan Borneo adalah terlampau jauh dari simpang jalan termasuk U-turn di kawasan saya. Ada sampai tiga kilometer jauh.
Saya mohon jika U-turn tersebut dikaji semula dan kalau boleh tidak melebihi 500 meter atau satu kilometer dari simpang untuk kemudahan pengguna. Saya mohon diambil perhatian keadaan ini. Terima kasih.
Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Boleh jawab ya? Walaupun jauh terkeluar daripada soalan- dari Segamat, pergi ke Pan Borneo.
Tuan Yang di-Pertua
Ini jauh daripada apa ini, Johor Segamat sampai ke Sarawak ya. Tak pa lah. Menteri patut tahu itu.
Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad
Boleh?
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat, boleh jawab.
Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad
Okey, terima kasih Yang Berhormat..
Tuan Yang di-Pertua
Dengan syarat tahu jawapanlah.
Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat dari Sabah ya?
Tuan Yang di-Pertua
Sarawak.
Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad
Sarawak. Sarawak. Saya tak dinyatakan kawasan mana U-turn sebentar tadi. Saya tak tahu kawasan mana U-turn yang melibatkan tiga kilometer...
[Disampuk] Sebab Yang Berhormat tak nyatakan di mana tadi sebenarnya.
Dato Dr. Nuing Jeluing
Timbalan Menteri, U-turn itu di antara Selangau sama Tatau.
Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad
Selangau Tatau.
Dato Dr. Nuing Jeluing
Area itu Ulu Balingian. Terima kasih.
Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad
Okey, terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua. Saya cuba mengambil maklum apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat, tetapi dalam jawapan beberapa soalan di Pan Borneo iaitu antara Sabah dengan Sarawak, banyak perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan dengan u-turn dan juga dibangkitkan rehat dan rawat iaitu R&R yang bangkitkan.
Kita telah mengambil faktor pengiraan sebenarnya, tetapi apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi sepanjang tiga kilometer ini, sudah pastilah akan menjadi keutamaan dan perhatian saya yang menjawab soalan pada hari ini dan akan saya bersama pegawai yang berada di belakang ini memberi perhatian serius kerana kebiasaan U-turn, standard U-turn ini adalah lebih kurang dalam 260 meter satu U-turn. Itu melibatkan kenderaan yang dah boleh membuat pusingan tanpa merbahaya.
Ini standard SOP ataupun yang telah tetapkan oleh jalan peringkat dunia sebenarnya 260 ke-300 meter- pusingan yang dah cukup standardnya, tetapi saya agak terkejut juga apabila tiga kilometer mungkin menjadi sikit kesukaran kepada penduduk setempat kerana akan memusing- buat pusingan U-turn atau- yang agak jauh. Jadi saya akan beri perhatian serius kalau tiga kilometer ini. Ini pertama kali saya dengar tiga kilometer. Biasa yang dibangkitkan lebih kurang dalam 400 ke-500 meter sahaja, tetapi yang ni beza sikit, tiga kilometer. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat saya pernah memandu di M1 di England, 100 lebih kilometer pusing. Ini Yang Berhormat soal ini sebab dia pergi jauh ke hadapan tiga kilometer, balik tiga kilometer, baru simpang ke rumah dia. Itu yang soalan itu.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad
Tan Sri, berapa kilometer?
Tuan Yang di-Pertua
[Ketawa] Jadi persoalannya di sini...
Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad
Di London tadi?
Tuan Yang di-Pertua
...Saya ingat designer kepada jalan ni melihat penduduk- kedudukan penduduk..
Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad
Ya, ya.
Tuan Yang di-Pertua
Kalau penduduk tu ramai di satu kawasan, kelompok itu yang diberi keutamaan untuk pusing.
Tuan Yang di-Pertua
Jadi, itu penyebabnya.
Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad
Ya lah. Kalau Tan Sri boleh pusing 100 kilometer- 3 kilometer no problem lah Tan Sri. Itu maksud saya.
Tuan Yang di-Pertua
Saya...
Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad
Itu maksud saya tadi.
Tuan Yang di-Pertua
Saya ini dilatih dalam road designer.
Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad
[Ketawa] Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Dia masalah dia itu 6 kilometer, bagi orang kampung, dia jauh. Pergi ke hadapan 3 kilometer, balik 3 kilometer, makna 6 kilometer. Dari sudut minyak dia, dia makan minyak sudah, baru masuk ke simpang perkampungan. Ini masalah. Yang diminta itu supaya pusingan itu di situ sahaja, di kampung itu, di simpang itu. Makna, jangan pergi ke-3 kilometer ke hadapan. Betul tidak? Okey, terima kasih Dato’. Saya berpengalaman sebab saya ini latihan JKR. Saya pernah pereka jalan dan mempunyai kepakaran dari sudut costing, speed limit, turning, curvature, roundabout, semua saya tahu.
Saya menjemput Puan Noorita binti Sual.
Puan Noorita binti Sual
Terima kasih Tan Sri Speaker. Soalan saya nombor 6.
6. Puan Noorita binti Sual minta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan, langkah-langkah yang diambil dalam mengekang kandungan radikal dan ekstremisme khususnya konflik 'Hamas vs Israel' di media sosial seperti di TikTok, YouTube, Facebook, Whatsapp dan lain-lain agar tidak menimbulkan kebencian dan panik dalam kalangan masyarakat yang memiliki kepelbagaian agama di Malaysia. Apa langkah penyelesaian kementerian dalam soal menerapkan nilai-nilai keamanan di seluruh negara melalui media massa.
Menteri Komunikasi dan Digital - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Senator. Tan Sri Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Komunikasi dan Digital mengambil serius terhadap pelbagai isu penyalahgunaan di platform media sosial yang menyalahi undang-undang negara, termasuk penyebaran kandungan berunsur kebencian yang boleh menggugat keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia.
Dalam menangani dan mengekang kandungan radikal dan ekstremisme, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah mengadakan sesi perbincangan bagi mendapatkan kerjasama daripada pihak penyedia platform media sosial antarabangsa bagi memastikan kandungan berunsur kebencian yang membabitkan isu konflik Palestin-Israel ini dapat diatasi dengan baik.
Dari 1 Oktober hingga 15 November 2023, sebanyak 147 - kandungan berunsur kebencian atau hate speech berkaitan konflik tersebut telah disusuli tindakan penurunan dengan kerjasama penyedia platform media sosial. Langkah ini akan diteruskan bagi memelihara keamanan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia.
Usaha-usaha penerapan nilai-nilai keamanan di seluruh negara juga giat dilaksanakan melalui media massa berpandukan kepada kod kandungan yang memberi panduan jelas berhubung standard kandungan, selaras dengan Akta 588.
Sebagai agen penyampai maklumat rasmi, Jabatan Penyiaran Malaysia ataupun RTM dan BERNAMA sentiasa menyalurkan berita yang seimbang dan berobjektif bagi membantu menghindari penyebaran pandangan ekstrem, menimbulkan kebencian dan panik dalam kalangan masyarakat, selari dengan hala tuju dan dasar semasa kerajaan tanpa menjejaskan hubungan diplomatik dengan mana-mana negara.
Dalam isu pencabulan hak asasi kemanusiaan dan penindasan terhadap Palestin, inisiatif solidariti sentiasa ditunjukkan sebagai sokongan terhadap Palestin dalam mempertahankan kedaulatan tanah air mereka. Dalam hubungan ini juga, RTM sentiasa menggunakan terma pejuang bagi merujuk kepada tindakan Hamas yang berjuang membebaskan rakyat Palestin. Dalam pelan media dan pelaporan mengenai isu penindasan terhadap Palestin sejak awal Oktober yang lalu, RTM melalui semua platform penyiarannya dan platform media digital dan media sosial rasmi telah menumpukan kepada pelaporan yang menggesa agar gencatan senjata segera dilaksanakan demi mengelakkan lebih banyak nyawa terkorban.
Sejak peperangan tercetus bermula 7 Oktober hingga kini, pelaporan berita di RTM telah melebihi 2,000 -bahan berita yang menumpukan kepada isu kemanusiaan dan nasib penduduk Gaza. Ini termasuk laporan berkaitan lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Turki pada 23 Oktober yang lalu yang menyatakan kekesalan terhadap tindakan beberapa buah negara Barat yang kurang memberi perhatian kepada isu kemanusiaan di Gaza. Selain itu, laporan khas bersama Duta Palestin ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Walid Abu Ali turut disiarkan pada 5 dan 6 November 2023.
RTM turut mengadakan bual bicara mengenai Palestin menerusi Program Bicara Naratif, Selamat Pagi Malaysia, Tanya Terus dan Cuit Sikit Jangan Sentap. Bermula 10 November lalu, klip bacaan Qunut Nazilah telah disiarkan secara kerap dalam siaran pelbagai platform. Selain itu, RTM dan BERNAMA juga menerbitkan siaran langsung Himpunan Malaysia Bersama Palestin pada 24 Oktober 2023. BERNAMA turut menyiarkan liputan tentang isu-isu kemanusiaan di Palestin. Antaranya ialah Derita di Gaza, Air Mata di Kuala Lumpur yang memaparkan Puan Nurul Ain Harun, rakyat Malaysia yang terperangkap di Gaza.
Usaha menerapkan nilai-nilai keamanan juga giat dilaksanakan melalui BERNAMA Radio dengan 711 liputan berita, 17 program temu bual dan 1,050 kapsul ataupun pesanan khidmat masyarakat (PSA). Penerapan mesej mengenai kemanusiaan dan keamanan sentiasa dilaksanakan bagi menghindari penyebaran pandangan ekstrem yang menimbulkan kebencian dan panik dalam kalangan masyarakat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat.
Puan Noorita binti Sual
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang rasa komprehensif dan saya fikir sudah in advance jawab saya punya soalan tambahan.
Walau macam mana pun, soalan tambahan saya yang pertama, sebenarnya saya ingin tahu daripada segi statistik. Adakah peningkatan daripada segi aduan ataupun kes- kes yang melibatkan 3R, yang dilaporkan kepada kementerian selepas berlakunya krisis Hamas-Israel pada bulan Oktober yang lalu dan apakah strategi damage control yang diambil oleh kementerian, terutamanya dalam kes-kes cyber bully kepada pengguna siber yang mempunyai pendapat yang berbeza bagi isu Hamas-Palestin ini?
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Baik, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Senator, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Saya tidak ada pecahan daripada 7 Oktober sehingga hari ini tentang isu-isu 3R, tetapi dari 1 Januari hingga 15 November, ada maklumat yang boleh saya sampaikan iaitu sebanyak 1,402 - kandungan kebencian yang juga menyentuh 3R dari 1 Januari ke 15 November telah diturunkan oleh platform media sosial. Penting saya jelaskan, ada kandungan yang diturunkan oleh platform media sosial itu sendiri tidak memerlukan panduan ataupun arahan daripada pihak kerajaan.
Manakala, bagi- dan jumlah itu 28 peratus daripada semua kandungan, termasuk isu mengenai kandungan palsu- fake news yang juga telah diambil tindakan. Jadi, 1,402.
Cuma saya tidak ada perincian khusus dari 7 Oktober hingga ke hari ini. Insya-Allah saya akan susuli dengan jawapan bertulis. Mengenai isu cyber bully, saya mohon maaf. Saya tidak ada angka tersebut dengan saya, tetapi insya-Allah saya akan jawab secara bertulis juga.
Tuan Manolan bin Mohamad
Tan Sri Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Yang Berhormat.
Tuan Manolan bin Mohamad
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya Yang Berhormat Menteri adalah berkaitan dengan TikTok. Kita tahu TikTok ini banyak video pendek di upload dalam TikTok ini dan kebanyakannya fake news yang individu tertentu dan mereka memasukkan dan menjadi viral.
Jadi, adakah pihak kementerian bercadang untuk menyekat had online pengguna Youtube dalam sesuatu peranti seperti yang telah dibuat oleh whatsapp. Maksudnya, whatsapp itu mereka tidak boleh forward ataupun forward ke whatsapp group-group yang lain. Ada had limit dia seperti lima atau enam. adakah kementerian bercadang TikTok ini juga disekat seperti itu untuk kita menyekat fake news ini? Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Baik, terima kasih Yang Berhormat Senator. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Berkenaan sekatan ataupun had yang dikenakan. Pada waktu ini, kita belum lagi menetapkan had, sama ada daripada segi penggunaan jumlah jam yang boleh digunakan.
Kalau kita lihat di beberapa buah negara lain, dengan izin, ada jurisdictions, Tan Sri Yang di-Pertua. Memang ada, sama ada perundangan ataupun peraturan yang menentukan bagi pengguna di bawah umur sekian, sama ada langsung tidak boleh digunakan aplikasi seperti TikTok ataupun dihadkan jumlah jam yang boleh digunakan.
Dalam masa yang sama, peranti-peranti juga sebenarnya bagi ibu bapa, ibu bapa juga boleh menetapkan dalam peranti masing-masing had untuk penggunaan mana-mana aplikasi. Jadi, ini adalah berdasarkan kepada peranti seperti iPhone, Samsung dan sebagainya ada option itu, dengan izin, tetapi pada waktu ini, kita belum lagi meneliti aspek tersebut, tetapi dalam konteks sebaran maklumat palsu ataupun perkara yang viral, saya bagi contoh dalam isu digital ID, Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Ada yang mengatakan kerajaan berhasrat dan mereka membuat content TikTok yang banyak, kononnya kerajaan berhasrat untuk mengambil cap jari, biometrik dan pelbagai. Ada content creator yang menghasilkan content yang sebenarnya salah.
Walaupun ini di bawah MIMOS, bukan bawah KKD, tetapi saya ambil kesempatan untuk jelaskan.
Kita tidak berhasrat untuk mengambil cap jari. Digital ID ini adalah single sign-on. Kita cuba sampaikan kepada rakyat. Maklumat tentang cap jari dan sebagainya itu ada pada KDN bawah Jabatan Pendaftaran Negara, tapi saya bagi contoh- isu digital ID sahaja, memang sejak diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, sebagai contoh, jumlah kandungan yang disebarkan berpuluh.
Jadi, memang kita bekerjasama dengan sama ada platform seperti TikTok ataupun mana-mana platform yang lain untuk memastikan maklumat yang palsu ini, yang tidak betul ini diambil tindakan dengan diturunkan. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Boleh satu soalan? Sini.
Tuan Yang di-Pertua
Bolehlah, Yang Berhormat.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Boleh? Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri dan tuan-tuan sekalian.
Saya rasa masih relevan soalan saya ini bila saya berkesempatan untuk bertanya kepada Menteri Komunikasi. Tadi kita bicarakan tentang kandungan fake news dan lain- lain, ekstrem dan seumpamanya, tapi saya tengok satu benda yang sangat ekstrem dalam media kita ini ialah iklan tentang sosial yang melampau, seks yang melampau dan apa yang melampau. Apakah Kementerian Komunikasi tidak ada usaha ataupun sudah menggerakkan usaha untuk menyekat daripada pengiklanan budaya seks yang melampau-lampau ini? Terima kasih.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Baik. Kebiasaannya, Tan Sri Yang di- Pertua, bagi mana-mana aplikasi, kalau yang dimaksudkan oleh Senator tadi ialah- sebagai contoh, bila kita baca berita ataupun kita pergi ke blog dan ada- contoh, saya bagi contoh, Google Ads. Dan Google Ads itu dia adalah sekian-sekian. Kebiasaannya, ads yang disajikan kepada kita adalah juga berdasarkan apa yang algorithm itu anggap kita suka tonton ataupun kita suka tengok. Kalau kita suka tengok- saya bagi contoh. Kalau kita suka tengok kereta, maka keretalah yang disajikan. Kalau kita suka tengok hair dryer, hair dryer-lah yang disajikan.
Jadi, saya ambil maklum isu ini. Memang pelbagai platform media sosial dia ada algorithm dia sendiri. Kerana, isu algorithm ini adalah isu yang agak bermasalah dan dia boleh mengakibatkan satu bentuk tunnel syndrome ataupun silo ataupun echo chamber, yang mana orang suka kucing, kucinglah yang dia tengok. Yang suka...
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Mencelah sikit, Yang Berhormat Menteri. Kita buka mana-mana pun sekarang ini, kita akan temu benda itu. Yang lebih dahsyat, kanak-kanak kecil yang mula mencuis pun sudah nampak benda itu. Ertinya, sangat mengancam.
Terima kasih.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Saya sarankan Yang Berhormat Senator, dengan izin Tan Sri, clear your cache, kosongkan history Yang Berhormat Senator sebelum bagi guna ataupun cucu guna peranti. Cadangan sayalah. Semua.
Kepada semua.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Saya rasa tak menepati. Mungkin sahabat-sahabat ada pengalaman. Sebab, kami tak buat kerja itu, tapi...
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Baik, baik. Saya faham, saya faham.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
...Bila sebut itu, macam seolah-olahnya- yang saya hendak sebut, ini ancaman sangat dahsyat untuk budaya kanak-kanak.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Saya faham. Insya-Allah, saya akan panggil dalam perbincangan kita dengan beberapa pihak penyedia platform media sosial ini supaya tidak diberikan- ataupun diberikan penegasan iklan-iklan yang jelik, yang tidak patut ini tidak mereka mainkan dalam negara kita. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Yang Berhormat. Memang bahaya juga benda ini, Yang Berhormat. Buka phone, tahu apa you buat setiap hari itu.
Saya menjemput Yang Berhormat Datuk Haji Mustafa bin Musa.
7. Datuk Haji Mustafa bin Musa minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan:
(a) jumlah terkini peserta Sahabat Amanah Ikhtiar Melaka (AIM) Melaka; dan
(b) sejauh mana cabaran kenaikan kos sara hidup, barangan dan perkhidmatan mempengaruhi kelangsungan pertumbuhan dan perkembangan usaha niaga dan jualan produk sahabat-sahabat AIM
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Puan Saraswathy a/p Kandasami
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat.
Sehingga September 2023, jumlah Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia
(AIM) di Melaka adalah seramai 6,047 orang dengan melibatkan pembiayaan berjumlah RM40 juta.
Secara umumnya, kenaikan kos sara hidup dan harga barangan memberi kesan kepada perkembangan perniagaan terutama melibatkan usahawan mikro dan informal termasuk usahawan Sahabat AIM.
Dalam hubungan ini, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
(KUSKOP) melalui AIM sentiasa membantu usahawan yang terjejas melalui langkah- langkah seperti berikut:
(i) menyediakan bantuan pinjaman kewangan melalui Skim Pembiayaan Ikhtiar di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia kepada usahawan mikro dan informal;
(ii) menggalakkan penglibatan usahawan mikro dan informal dalam program-program anjuran KUSKOP dan agensi-agensi di bawahnya seperti Program Hari Penjaja dan Peniaga Kecil, Program Mini Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil dan Program Jualan Madani Koperasi; dan
(iii) menggalakkan usahawan mikro dan informal untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pengurusan perniagaan dan kewangan melalui kerjasama dengan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN).
Sekian, terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Soalan tambahan?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, bagi peluang dengan itu dulu.
Datuk Haji Mustafa bin Musa
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Kejadian bencana alam, sakit, kemalangan yang menyebabkan Sahabat usaha niaga mikro akan terjejas, dan yang paling penting, proses pembayaran balik tidak dapat dijalankan.
Soalannya, sejauh manakah kelestarian dana AIM kekal teguh dan keperitan Sahabat AIM dapat dipelihara dan dilindungi? Apakah strategi yang dijalankan untuk melindungi mereka? Terima kasih.
Puan Saraswathy a/p Kandasami
Tan Sri Yang di-Pertua, kementerian membantu pembangunan keusahawanan termasuk Sahabat-sahabat AIM melalui latihan, bimbingan, bantuan dana, sama ada melalui geran ataupun pembiayaan, dan juga mencari jalan untuk memperluaskan ekosistem pasaran ekosistem untuk menjual hasil barangan Sahabat AIM dan juga usahawan-usahawan negara.
Jadi, apa jua cabaran dihadapi oleh usahawan sama ada kesan PKP, COVID ataupun kesan banjir, apa jua cabaran yang dihadapi oleh usahawan, kementerian akan membantu menggunakan kaedah-kaedah yang telah saya katakan tadi.
Jadi, apabila ada sesuatu keadaan seperti ini, kementerian akan membantu untuk membimbing mereka semula melalui INSKEN supaya mereka boleh mengurus dana aliran tunai mereka. Sebagai contoh, kalau mereka merupakan peniaga makanan F&B, INSKEN akan membantu mereka untuk menengok semula, macam keuntungan menu, dan memberi mereka coaching seperti Bumiputera Business Coaching (IBBC). Ini adalah kaedah yang digunakan oleh kementerian untuk membantu usahawan-usahawan termasuk Sahabat AIM.
Secara tambahan, Tan Sri, saya ingin memaklumkan bahawa AIM telah menerima bantuan pada tahun 2015, yang terakhir, untuk dana pembiayaan dan pakej rangsangan pasca banjir dan tiada sebarang dana tambahan yang diberikan AIM kecuali yang diterima pada tahun 2015. Pada tahun ini sahaja, selepas tahun 2011, AIM diperuntukkan dana di bawah bajet iaitu RM100 juta. Itu pun dana pembiayaan.
Jadi, dalam keadaan suasana ini, kita menggunakan kaedah-kaedah yang sedia ada seperti bimbingan, latihan dan pembiayaan untuk membantu Sahabat-sahabat AIM.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, sila, Yang Berhormat Puan Rita Sarimah.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Soalan tambahan- saya perhatikan bahawa AIM diperuntukkan dana sebanyak RM100 juta untuk bajet tahun hadapan untuk membantu golongan sasaran iaitu kaum wanita miskin untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Saya perhatikan bahawa faedah yang dikenakan adalah di antara lapan sehingga 10 peratus. Jadi, bila dibandingkan dengan faedah yang dikenakan oleh institusi pinjaman yang lain, yang ada juga diberikan dana di bawah Skim Mikro Kredit seperti BSN, TEKUN dan termasuk kebanyakan produk dari Bank Negara Malaysia di mana faedah adalah hanya empat persen sahaja.
Jadi, saya dapati ini ironi ya, kumpulan sasaran yang hendak dibantu- golongan wanita miskin memulakan perniagaan mereka tetapi mengapa dikenakan kadar faedah yang begitu tinggi ya, berbanding dengan kadar pasaran yang lain, yang ditawarkan oleh BSN dan juga oleh TEKUN? Terima kasih.
Puan Saraswathy a/p Kandasami
Tan Sri Yang di-Pertua, seperti yang saya katakan tadi, dana yang diterima oleh TEKUN daripada kerajaan kali yang terakhir adalah pada tahun 2011. Selepas daripada itu AIM berfungsi menggunakan dana dalaman untuk urusan dan juga pembiayaan, sebab itu kadar faedah yang dikenakan mungkin adalah lebih tinggi daripada TEKUN yang menerima dana secara berterusan daripada kerajaan.
Itu satu.
Kedua, ini tahun pertama AIM diletak di bawah KUSKOP dan kita mempunyai satu cara untuk menjalin kerjasama bersama dengan AIM. Kerajaan selepas 13 tahun telah memperuntukkan satu jumlah yang besar, agak besar RM100 juta untuk pembiayaan. Kita mungkin akan pada masa-masa akan- mengkaji semula kadar faedah tetapi kadar faedah yang dikenakan sepanjang masa ini adalah kerana menggunakan dana dalaman dan AIM beroperasi secara persendirian. Terima kasih.
Datin Hajah Ros Suryati binti Alang
[Menyampuk] ]
Tuan Yang di-Pertua
Jawapan itu belum memuaskan hati Senator Puan Rita sebabnya tak diberitahu kenapa beza TEKUN dengan AIM itu. Dia punya, dari sudut cost of fund itu sendiri kena bagi tahu juga.
Puan Saraswathy a/p Kandasami
Seperti yang saya katakan itu kalau kita berbanding dengan TEKUN dan AIM, TEKUN setiap tahun ada peruntukan di bawah kerajaan untuk membiayai usahawan. Untuk membiayai usahawan, tetapi Amanah Ikhtiar kali yang terakhir mereka dapat dana iaitu tahun 2011. Jadi mereka...
Tuan Yang di-Pertua
Kalau tidak ada, tidak dapat minta kerajaan?
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Mohon mencelah Tan Sri Yang di-Pertua.
Puan Saraswathy a/p Kandasami
Jadi, saya habiskan. Saya...
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Saya merujuk kepada Bajet 2024 di mana kerajaan memperuntukkan dana RM100 juta untuk tahun depan. Mengapakah kadar faedah masih sama? Terima kasih.
Puan Saraswathy a/p Kandasami
Itu yang saya katakan.
Tuan Yang di-Pertua
Duit itu belum keluar Yang Berhormat.
Puan Saraswathy a/p Kandasami
Belum keluar.
Tuan Yang di-Pertua
Kita belum lulus lagi.
Puan Saraswathy a/p Kandasami
Ya, sebab itu saya telah memaklumkan Dewan yang mulia ini. Ini adalah selepas 13 tahun, baru AIM dapat peruntukan dan dana yang digunakan selama ini untuk menampung kos pembiayaan dan juga kos pengurusan.
Tidak sama dengan agensi-agensi yang lain. Memandangkan kita telah dapat satu jumlah yang agak besar, saya telah memaklumkan Dewan yang mulia ini bahawa AIM mungkin akan menengok balik kadar faedah yang dikenakan untuk masa yang hadapan.
Jadi untuk masa belakang, itu lah jawapan dan untuk masa ke hadapan, jawapan saya iaitu AIM akan menengok balik kadar faedah.
Tuan Yang di-Pertua
Tak apa Yang Berhormat. Pergi pejabat saya, nanti saya perjelaskan...
[Ketawa] Sila Yang Berhormat.
Datin Hajah Ros Suryati binti Alang
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya, adakah pihak kementerian mempunyai data peserta-peserta Amanah Ikhtiar yang dari B40 telah berjaya ke T20? Terima kasih...
[Dewan riuh]
Puan Saraswathy a/p Kandasami
Tan Sri Yang di-Pertua, ini permintaan untuk dana adalah sangat terkeluar daripada soalan asal.
Tuan Yang di-Pertua
[Ketawa]
Puan Saraswathy a/p Kandasami
Saya boleh dapatkan data itu sekiranya ada dan akan memberikan kepada Ahli Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Ya. Bagus Yang Berhormat. Kalau dijawab salah fakta nanti, payah...
[Ketawa]
Puan Saraswathy a/p Kandasami
Ya.
Tuan Yang di-Pertua
Saya menjemput Dato’ Haji Husain bin Awang.
Dato’ Haji Husain bin Awang
Assalamualaikum warahmatullah. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 8.
8. Dato' Haji Husain bin Awang minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, status pelaksanaan Pelan Kebangsaan Pemerkasaan Ekonomi Belia bagi meningkatkan kebolehpasaran belia agar dapat keluar daripada belenggu pengangguran.
Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Tan Sri Yang di- Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Belia dan Sukan sedang membangunkan sebuah Pelan Kebangsaan Pemerkasaan Ekonomi Belia berdasarkan tindakan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021 hingga 2025 iaitu Pelan Kebangsaan Pemerkasaan Ekonomi Belia.
Kementerian Belia dan Sukan telah dipertanggungjawabkan untuk membangunkan Pelan Kebangsaan Pemerkasaan Ekonomi Belia pada bulan November tahun lepas. Pelan ini juga merupakan inisiatif yang dibangunkan sejajar dengan aspirasi negara untuk meningkatkan kesejahteraan ekonomi belia seterusnya memacu pertumbuhan ekonomi negara dan telah digariskan seperti mana di dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas.
Selaras dengan itu, pelan ini memfokuskan generasi belia sebagai penerima manfaat utama ke atas inisiatif yang dilaksanakan oleh pelbagai pihak. Pelan ini menyasarkan tiga perkara:
(i) penurunan kadar pengangguran belia;
(ii) peningkatan kebolehpasaran; dan
(iii) peningkatan pendapatan belia pada tahun 2030.
Pada masa yang sama, pelan ini memastikan pendaya-upayaan generasi belia ke arah kesejahteraan dan kemapanan ekonomi kendiri.
Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator bertanyakan status pelaksanaan pelan ini. Gerak kerja pembangunan pelan ini melibatkan tiga fasa iaitu fasa satu, analisis keperluan dan penjajaran dokumen di peringkat nasional serta antarabangsa dilaksanakan dengan kerjasama pakar ekonomi khususnya mengenal pasti isu dan cabaran ekonomi belia.
Fasa dua, proses pengumpulan input dan pembangunan draf pelan yang melibatkan empat sesi libat urus bersama pelbagai pemegang taruh, kumpulan pelaksana pembangunan belia telah dilaksanakan yang melibatkan kementerian, jabatan, agensi, NGO, institusi pendidikan, latihan, swasta, sekolah dan lapan kumpulan sasaran belia.
Proses ini dilaksanakan mengambil kira penglibatan belia dan pemegang taruh, pembangunan belia di peringkat Semenanjung, Sabah dan Sarawak secara inklusif.
Fasa ketiga, proses validasi serta pengesahan dokumen pelan akan dilaksanakan melalui beberapa siri bengkel bersama pakar ekonomi negara. Dokumen ini juga akan dirujuk kepada National Policy on Good Regulatory Practice, dengan izin, dan jawatankuasa pembangunan dasar negara.
Buat masa ini, fasa pertama dan kedua telah selesai dilaksanakan, manakala fasa ketiga disasarkan untuk diselesaikan pada tahun depan bulan April. Pelan ini dijangka dapat dimuktamadkan pada April 2024 dan dicadangkan untuk diluncurkan sebelum pertengahan tahun depan. Terima kasih.
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Soalan tambahan.
Tuan Yang di-Pertua
Yang berhormat Husain, tak ada soalan?
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Soalan tambahan ya...
[Ketawa]
Dato’ Haji Husain bin Awang
Terima kasih.
Seorang Ahli
Sabar, sabar...
Dato’ Haji Husain bin Awang
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah memberi jawapan.
Soalan tambahan saya, apa jaminan pihak kerajaan terhadap nasib golongan belia sekiranya teknologi kecerdasan buatan- AI ini diimplementasikan secara total di Malaysia kerana kita tahu bahawa ia nya dijangka bakal memberi kesan yang besar terhadap prospek dan peluang pekerjaan pada masa hadapan. Terima kasih.
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Yang Berhormat Senator, dalam sesi libat urus bersama lebih kurang 20 entiti, termasuk kementerian dan kumpulan sasar belia, semua perkara ini telah diambil kira dalam perbincangan dan seperti yang saya nyatakan. Kita hanya ada tiga KPI untuk fokus pelan ini adalah untuk, satu, turunkan kadar pengangguran belia. Jadi kita akan pantau dari semasa ke semasa.
Kemudian peningkatan kebolehpasaran. Yang ini juga kita ada mekanisme untuk melihat data tersebut dan peningkatan pendapatan belia. Dalam rancangan pelan pemerkasaan ekonomi ini, kita sekarang dalam proses untuk draf sahaja dan kita sasarkan tahun 2030 akan dibangunkan sepenuhnya, tetapi pelaksanaan tahun hadapan.
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Saya pasti yang cabaran itu bukan sahaja untuk golongan belia tetapi semua sektor ekonomi. Ini merupakan satu cabaran yang akan menggantikan banyak peluang pekerjaan. Jadi, saya percaya dengan adanya jawatankuasa yang merentasi beberapa kementerian ini, semua ini akan dibawa dibincangkan bersama. Terima kasih.
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Soalan tambahan.
Tuan Yang di-Pertua
Datuk Yang Berhormat ,Ya.
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah, bagaimanakah kementerian memastikan belia selepas meningkat kebolehpasaran itu melalui Pelan Kebangsaan Pemerkasaan Ekonomi Belia masih tetap bekerja di negara kita? Janganlah kita biar belajar dekat Malaysia tetapi dia kerja di Singapura pula. Terima kasih.
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Okey, terima kasih Yang Berhormat Senator.
Seperti yang saya telah nyatakan dalam sesi libat urus golongan belia termasuk bersama dan kita ada beberapa buah dokumen yang dirujuk oleh jawatankuasa yang memantau pembangunan pelan pemerkasaan ini. Salah satu daripada perspektif yang kita ambil kira iaitu mengenai Dasar Gaji Progresif yang sedang dibangunkan oleh Kementerian Ekonomi.
Dasar ini saya percaya selepas projek rintis dan jika berjaya dilaksanakan, saya percaya akan menarik minat golongan belia untuk kekal di Malaysia. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Manolan bin Mohamad
Boleh soalan tambahan Tan Sri? Boleh, terima kasih Tan Sri. Soalan ini penting sebab itu saya tanya juga, pendek sahaja. Apakah jaminan kementerian khususnya kepada atlet yang sudah bersara ini untuk meneruskan kehidupan mereka? Sebab kita tengok ada beberapa orang atlet apa mereka sudah tamat, tidak aktif sukan, mereka susah untuk meneruskan kehidupan mereka. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Soalan mengenai atlet, data saya tidak ada hari ini, tetapi untuk memberi jaminan kepada Yang Berhormat, Kementerian Belia dan Sukan melalui Majlis Sukan Negara sedang melakukan beberapa ciri penambahbaikan untuk pastikan kebajikan mereka terjamin.
Satu daripadanya yang telah diumumkan dalam Dewan Rakyat adalah bermula tahun Januari 2024 nanti, kita akan melaksanakan KWSP dan PERKESO kali pertama untuk semua atlet di bawah program Podium. Ini tidak pernah dilakukan dan Kerajaan Perpaduan ini mengambil kira ini merupakan reformasi yang paling penting untuk menjamin masa depan atlet kita, yang itu adalah pertama kebajikan mereka.
Yang keduanya adalah daripada segi pemerkasaan pendidikan untuk mereka. Kita telah signed MoU bersama UTAR baru-baru ini. Semalam saya telah signed- MSN telah signed bersama UiTM untuk pastikan semua atlet yang mahu belajar dan juga mantan atlet yang sekarang bekerja sebagai staf MSN, mereka juga diberi peluang untuk mengikuti kursus-kursus dan ijazah bersama IPTA di Malaysia ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Saya sekarang jemput Yang Berhormat Tuan Amir bin Ghazali.
Tuan Amir bin Ghazali
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 9.
9. Tuan Amir bin Md Ghazali minta Menteri Pendidikan menyatakan, kaedah kementerian dalam menangani isu kekurangan guru di beberapa buah daerah dan negeri.
Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap pengisian guru di sekolah rendah dan menengah seluruh negara bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran di sekolah dapat dilaksanakan dengan berkesan.
KPM menerusi pengumuman yang dibuat semasa Sambutan Hari Guru 2023 telah menyatakan komitmen untuk terus memperkasa kaedah yang lebih strategik dalam urusan pengambilan guru baharu.
Ini termasuklah mempertingkat sinergi dan kerjasama strategik dengan pihak berkuasa melantik, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan serta agensi pusat yang berkaitan termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan. Bagi menangani isu kekurangan guru, beberapa kaedah dan pendekatan strategik telah dipersetujui dan akan dilaksanakan termasuk perluasan kluster mata pelajaran bagi membolehkan lebih ramai calon berpotensi dilantik sebagai guru.
Pengambilan guru juga diperluaskan kepada graduan-graduan berpotensi tinggi dari universiti swasta dan universiti luar negara bagi mata pelajaran kritikal seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Reka Bentuk dan Teknologi, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, dan Pendidikan Seni Visual. Selain melaksanakan pengambilan guru dalam kalangan graduan pendidikan yang dilakukan dari semasa ke semasa, KPM melaksanakan pelantikan guru secara contract of service, dengan izin, dalam kalangan graduan yang tidak mempunyai ikhtisas pendidikan. Guru-guru lantikan COS ini akan dipersiapkan dengan ilmu, kemahiran, dan sikap yang sesuai melalui program Diploma Pasca Siswazah Pendidikan selama setahun sebelum dilantik tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.
Terkini SPP telah mengumumkan keputusan temu duga tawaran pelantikan guru, pelantikan guru tetap kepada 9,552 orang calon pada 3 November 2023 dan KPM sedang melaksanakan urusan penempatan guru-guru tersebut ke sekolah-sekolah KPM. Selain daripada itu, SPP juga telah melaksanakan urusan temu duga calon lantikan COS bermula pada bulan September sehingga November 2023 dan keputusan temu duga akan diumumkan pada bulan Januari 2024.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, isu kekosongan guru ini adalah bersifat sementara disebabkan oleh guru keluar sistem seperti guru yang bersara wajib dan bersara pilihan, berpindah ke bahagian dalam KPM, meninggal dunia, meletak jawatan dan sebagainya. Kekosongan ini akan diisi dengan lantikan baru berdasarkan jumlah yang telah dikenal pasti.
Di samping itu, unjuran keperluan guru disediakan pada setiap tahun bagi memastikan guru baharu di sekolah KPM sentiasa dipenuhi berdasarkan keperluan sebenar. KPM sentiasa menyemak data unjuran dari semasa ke semasa berdasarkan keperluan. KPM komited mengoptimumkan pengisian perjawatan guru di sekolah berdasarkan waran perjawatan yang ditetapkan. Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Soalan tambahan.
Tuan Amir bin Ghazali
Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri, iaitu tentang perkara yang melibatkan guru-guru pencen awal. Sebahagian besar guru bersara awal dan sebahagian lagi diserapkan ke bahagian pentadbiran dan juga terlalu banyak mata pelajaran yang modul-modul yang guru harus adaptasikan di sekolah-sekolah. Jadi, inilah penyebab ataupun faktor-faktor yang menjadikan kekurangan guru di sekolah.
Apa langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak kementerian supaya tiga faktor ini perlu dilaksanakan secara terbaiklah, supaya tidak menghadapi guru-guru tidak- sekolah-sekolah tidak menghadapi kekurangan guru? Sekian, terima kasih.
Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih Yang Berhormat. Tan Sri Yang di- Pertua, antara langkah yang telah pun dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memastikan- mengatasi isu kekurangan guru ini antara lain termasuklah memantapkan kompetensi guru menerusi peluang pembangunan profesionalisme berterusan agar guru sentiasa bersedia dan bermotivasi untuk menjalankan tugas dan berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan masing-masing. Apatah lagi dalam aspek pendigitalan dan sebab itu Yang Berhormat Tan Sri Speaker, kami telah pun melancarkan Dasar Pendidikan Digital bagi memastikan kompetensi guru ini dapat dipertingkatkan mengikut tahap yang diperlukan dalam bidang pendidikan.
Yang kedua, menyediakan latihan dalam meningkatkan kesejahteraan psikologi guru untuk memberikan kemahiran pengurusan emosi, kawalan diri dan amalan harian yang positif berdasarkan tahap kesejahteraan psikologi yang dinilai melalui inventori kesejahteraan psikologi. KPM juga menyediakan perkhidmatan kaunseling, konsultasi dan advokasi di bahagian di KPM, JPN, PPD, IPG, kolej matrikulasi dan kaunselor pendidikan.
Kita juga memastikan bahawa meminimumkan tugasan pengurusan dan pentadbiran bukan profesional dengan mengoptimumkan pengisian kekosongan perjawatan anggota kumpulan pelaksana berdasarkan kelulusan, kuota pengisian agensi pusat, serta bekalan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).
Kita juga bekerjasama dengan rakan strategik dalam menyediakan peluang merehatkan minda melalui Program Cuti-cuti Cikgu serta memberi kebenaran dan kelonggaran pemakaian baju korporat rasmi KPM sewaktu bertugas sebagai usaha untuk menaikkan semangat guru. Dan usaha ini merupakan usaha yang berterusan bagi menjamin kesejahteraan guru. Terima kasih Tan Sri.
Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam
Soalan tambahan Menteri ?
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Senator Abun.
Tuan Abun Sui Anyit
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, soalan saya berkaitan dengan kekurangan guru ini terutamanya di Sarawak. Bolehkah kerajaan memperbanyakkan kemasukan daripada calon-calon dari Sarawak di mana-mana IPD di Sarawak kerana apabila di-posting ke Sarawak nanti mereka akan tetap setia di Sarawak.
Sebab selalunya kalau di posting dari Semenanjung, mereka tidak lama dalam masa setahun dua, minta balik. Jadi maknanya ada kelompangan, ada kekurangan guru di Sarawak nanti akibatnya. Terima kasih.
Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih Tan Sri Speaker, terima kasih Yang Berhormat. Ramai cikgu yang stay di Sarawak Yang Berhormat. Mereka suka dan tinggal di Sarawak. Walau bagaimanapun Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap isu kekurangan guru di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran di sekolah dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Puan Fadhlina binti Sidek
KPM berusaha untuk memastikan guru kelahiran Sarawak diberikan keutamaan untuk ditempatkan di negeri kelahiran mereka berdasarkan kekosongan perjawatan dan keperluan opsyen.
KPM sentiasa bekerjasama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan dan Kerajaan Negeri Sarawak bagi memastikan isu kekosongan guru dapat segera diatasi dan ditambah baik daripada masa-ke-semasa. Jadi, antara lain kita mengutamakan guru kelahiran dari Sarawak.
Untuk makluman Tan Sri Yang di-Pertua, bermula Januari 2023 hingga 4 September 2023, seramai 1,337 orang guru telah ditempatkan di sekolah-sekolah negeri Sarawak. KPM sedang melaksanakan penempatan 9,552 orang guru baharu termasuk bagi negeri Sarawak dan akan melaporkan diri dalam masa terdekat.
Kita juga akan mengambil pendekatan yang saya sebutkan seperti awal tadi, Tan Sri Speaker, termasuk contract of services untuk memastikan isu pengisian guru di Sarawak ini dapat kita atasi. Terima kasih, Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Yang Berhormat. Dijemput Datuk Dr.
Dominic.
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Terima kasih Yang di-Pertua, soalan saya nombor 10.
10. Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai minta Menteri Kesihatan menyatakan, apa perkembangan terkini perubatan geriatrik di hospital awam termasuk penawaran peringkat sarjana dan subkepakaran.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Datuk Dr.
Dominic atas keprihatinan beliau yang agak kerap bertanya berkenaan soalan berkaitan perkhidmatan kesihatan untuk warga emas.
Tan Sri Yang di-Pertua, sehingga kini, terdapat sebanyak 17 buah hospital KKM di seluruh negara yang menyediakan perkhidmatan geriatrik dengan pakar geriatrik residen dan Unit Geriatrik, kecuali negeri Perlis dan Terengganu.
KKM mengambil maklum mengenai negeri-negeri yang masih tidak mempunyai pakar geriatrik residen ini dan sedang merancang untuk memperkembangkan lagi perkhidmatan geriatrik di negeri-negeri yang disebut. Oleh yang demikian, buat masa ini, bagi hospital-hospital tanpa pakar geriatrik residen, liputan perkhidmatan geriatrik diperluaskan oleh KKM melalui kaedah seperti berikut:
(i) outreach program iaitu perkhidmatan lawatan Pakar Geriatrik ke hospital-hospital tanpa pakar geriatrik; dan
(ii) inisiatif hospital kluster di mana hospital yang mempunyai Pakar Geriatrik di lead hospital akan memberi penyampaian perkhidmatan geriatrik pada non-lead hospital tanpa pakar di bawah kluster yang sama.
Berkenaan soalan mengenai jumlah pakar perubatan geriatrik di hospital kerajaan dan swasta, sehingga kini, terdapat 35 orang Pakar Perubatan Geriatrik di hospital KKM iaitu pertambahan dua orang pakar daripada jawapan yang saya buat pada awal tahun, 13 orang pakar di hospital universiti dan 14 orang pakar di hospital swasta yang memberikan perkhidmatan geriatrik.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua serta Ahli Dewan, bilangan pakar yang mengikuti latihan subkepakaran dalam bidang geriatrik bergantung kepada minat pakar perubatan tersebut dan juga bilangan slot latihan subkepakaran yang ditawarkan setiap tahun. Secara purata, sekurang-kurangnya seramai lapan orang pakar perubatan yang mengikuti latihan subkepakaran dalam bidang geriatrik setiap tahun.
Justeru, bagi menarik minat lebih ramai Pakar Perubatan Geriatrik di Malaysia, di dalam draf Pelan Tindakan Perkhidmatan Warga Emas 2023-2030, beberapa inisiatif telah digariskan. Antaranya seperti menambah usaha promosi bagi pengajian subkepakaran dan, yang kedua, menambah bilangan biasiswa yang ditawarkan untuk latihan subkepakaran geriatrik. Sekian, terima kasih.
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Soalan tambahan.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Yang Berhormat.
Oleh itu, sejauh mana kerajaan telah dan sedang menyediakan perkhidmatan rawatan kepakaran geriatrik ini yang komprehensif di peringkat klinik kesihatan, klinik komuniti dan klinik bergerak yang sesuai menjadi tempat menerima rawatan geriatrik asas dan medium? Terima kasih.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Tan Sri Yang di-Pertua, sememangnya satu soalan yang sangat baik. Juga, kita tahu bahawa negara kita sedang menuju ke negara yang menua. Banyak perkhidmatan, bukan sahaja di KKM, perlu mesra kepada warga emas, tetapi kami merupakan satu perkhidmatan yang menjadi pintu utama untuk memastikan warga-warga emas ini dijaga. Juga, kami dalam usaha untuk merangka pelan yang komprehensif untuk menyediakan perkhidmatan geriatrik di fasiliti-fasiliti KKM terutama di primary care kami di klinik-klinik kesihatan yang ada.
Walaupun demikian, kita memang berdepan dengan tekanan dari sudut untuk mendapatkan pakar-pakar geriatrik. Walaupun demikian, proses latihan tersebut sedang dijalankan dan juga tenaga-tenaga kerja perubatan dan juga healthcare workers kami kini memang bersedia untuk menyediakan rawatan berasaskan geriatrik ini.
Untuk makluman Ahli Dewan, perkhidmatan geriatrik ini bukanlah untuk kita menghantar ibu bapa kita yang warga emas untuk ke klinik dan hospital dan kami memberikan perkhidmatan untuk menjaga mereka, tetapi perkhidmatan geriatrik ini adalah fasiliti yang mesra kepada warga emas. Sebagai contohlah, dalam perkhidmatan kami, mungkin di pintu doktor-doktor di klinik itu mungkin tulisan font tersebut mungkin diperbesarkan bagi warga emas mudah untuk mencari jalan di dalam hospital. Juga, rawatan-rawatan geriatrik ini merupakan penjagaan kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi yang kerap kali dialami oleh warga emas.
Dengan perkhidmatan geriatrik ini, kita juga membolehkan produktiviti warga emas ini dapat dipanjangkan, walaupun mereka telah bersara, ataupun mereka masih lagi aktif dalam perkhidmatan-perkhidmatan kepada masyarakat. Terima kasih, Tan Sri Yang di- Pertua.
Datuk Lim Pay Hen
Soalan tambahan, Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Saya harap kerajaan jangan mengambil sikap, “habis manis, sepah dibuang.” Yang Berhormat. Orang tua kena jaga.
Datuk Lim Pay Hen
Soalan tambahan, Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, sila, Yang Berhormat.
Datuk Lim Pay Hen
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Bagi menghadapi status negara tua, adakah kementerian mempunyai perancangan untuk memperbanyakkan pakar geriatrik bukan sahaja di hospital awam, juga di pusat aktiviti warga emas dan pusat jagaan harian warga emas di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi memudahkan lebih banyak akses warga emas dengan ahli profesional geriatrik? Sekian, terima kasih.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Walaupun konteks soalan tersebut agak sedikit tersasar dengan KKM, apa yang kami buat iaitu kami mengamalkan kerjasama yang baik antara kementerian. Kita tidak ingin bekerja secara silo.
Apa tanggungjawab kami adalah untuk memastikan bekalan pakar geriatrik ini dapat dibekalkan oleh pihak KKM. Walaupun demikian, Yang Berhormat dan juga Ahli Dewan, untuk melatih Pakar Geriatrik ini bergantung kepada minat pegawai perubatan tersebut. Memandangkan mungkin ketika ini ramai yang tidak melihat potensi geriatrik ini dapat dipakai untuk industri ataupun klinik-klinik dan juga hospital swasta.
Walaupun demikian, terdapat peningkatan minat pegawai-pegawai perubatan setelah kerajaan melihat bahawa ada keperluan KKM untuk memberikan perhatian perkhidmatan geriatrik di setiap hospital. Dengan perkara ini, saya melihat industri akan berminat juga, untuk, to explore, dengan izin, perkhidmatan yang sama.
Walaupun demikian, kami bersedia untuk bekerjasama dengan kementerian yang berasaskan sosial untuk membekalkan pegawai-pegawai yang mempunyai kepakaran di dalam geriatrik supaya pusat-pusat penjagaan ini yang memang geriatric ready, dengan izin, supaya pesakit-pesakit ataupun wellness center khusus kepada warga emas ini dapat menyediakan perkhidmatan yang terbaik. Kita juga telah melihat model-model seperti di Singapore dan juga negara-negara luar.
Saya bersetuju dengan Tan Sri Yang di-Pertua, warga emas ini haruslah bukan sahaja dijaga, dimanja juga atas jasa bakti mereka dan juga mereka masih lagi dapat menyumbangkan produktiviti kepada kerajaan untuk memberikan hasil pendapatan kepada negara. Sekian, terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Yang Berhormat.
Saya menjemput Tuan Isaiah a/l D Jacob.
Tuan Isaiah a/l D Jacob
Soalan saya nombor 11.
11. Tuan Isaiah a/l D Jacob minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, adakah dasar satu peratus pekerja daripada kalangan OKU yang disasarkan oleh kerajaan boleh dimasukkan ke dalam Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Terima kasih Yang Berhormat Senator. Tan Sri Yang di-Pertua, Kementerian Sumber Manusia dipertanggungjawabkan dalam menjaga dan melindungi golongan pekerja di negara ini, termasuk Orang Kurang Upaya. Tanpa diskriminasi daripada aspek keupayaan, agama, bangsa dan sebagainya.
Buat masa ini, tiada peruntukan khusus dalam Akta Kerja 1955 [Akta 265] yang menetapkan penggajian satu peratus pekerja dalam kalangan OKU. Akta 265 telah menetapkan layanan saksama kepada semua pekerja di sektor swasta tanpa penetapan kriteria penggajian dan bilangan pekerja di tempat pekerjaan. Objektif Akta 265 adalah untuk memperuntukkan tanggungjawab majikan dan kebajikan pekerja seperti kelayakan cuti tahunan, pembayaran gaji, waktu bekerja dan lain-lain.
Kementerian ini menyambut baik cadangan Ahli Yang Berhormat untuk mewujudkan peruntukan baharu dalam menyasarkan satu peratus pekerja dalam kalangan OKU di dalam Akta 265.
Namun, cadangan ini perlu diperhalusi lanjut dalam Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (MKBOKU) yang termaktub di bawah Akta Orang-orang Kurang
Upaya 2008 - Akta 685
. Akta 265 ini telah dipinda pada 2022 dan telah dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2023. Beberapa peruntukan baru seperti diskriminasi dalam pekerjaan, buruh paksa, waktu kerja fleksibel, cuti paternity dan sebagainya telah diperkenalkan dalam pindaan untuk Akta Kerja 1955. Walaupun begitu, kementerian ini terus komited dalam usaha membantu golongan OKU menerusi PERKESO dengan melaksanakan pelbagai usaha bagi memastikan pasaran buruh negara kekal aktif.
Tan Sri Yang di-Pertua, berdasarkan statistik Sistem Insurans Pekerjaan (SIP), sejak portal MYFutureJobs diperkenalkan pada tahun 2020 hingga November 2023, seramai 14,430 orang pencari kerja di bawah kategori OKU telah berdaftar dalam portal ini. Dalam tempoh yang sama, seramai 9,008 orang pencari kerja OKU dan pekerja yang mempunyai hilang upaya telah berjaya ditempatkan pada majikan baru dalam program penempatan pekerjaan.
Dari Januari hingga 23 November 2023, seramai 2,710 OKU berjaya ditempatkan dalam pekerjaan berbanding jumlah keseluruhan penempatan pekerjaan sebanyak 200,514 iaitu kadarnya secara purata 1.3 peratus, melepasi satu peratus sasaran. Walau bagaimanapun, ia tidak spesifik kepada syarikat-syarikat yang tertentu.
Selain daripada itu, kementerian ini juga turut melaksanakan program Return To Work iaitu program pengurusan hilang upaya untuk membantu pencarum yang cedera atau menghidapi penyakit untuk dipulihkan dan kembali semula bekerja lebih awal, sihat dan selamat.
Berdasarkan statistik dari tahun 2017 hingga November 2023, seramai 70,569 OKU telah mengikuti program ini dan daripada jumlah tersebut, seramai 50,766 OKU telah berjaya dibantu untuk kembali ke alam pekerjaan. Dalam usaha meningkatkan kesedaran berkaitan penggajian OKU, PERKESO turut melaksanakan Program Disability Equality Training (DET) dan Return to Work Coodinator bertujuan untuk memberikan pendedahan serta sokongan kepada majikan bagi mengajikan pekerja OKU.
Atas keprihatinan kerajaan di bawah Bajet 2024 pula, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM30 juta dengan insentif sebanyak RM1,500 sebulan untuk tempoh enam bulan kepada majikan di bawah Inisiatif Skim Sokongan Pekerjaan di sektor swasta bagi golongan rentan, termasuk OKU dengan sasaran pengintegrasian semula 3,300 orang pencari kerja. Ini lebih baik berbanding dengan insentif sebanyak RM600 sebulan untuk tiga bulan pada bajet tahun ini. Ini antara keprihatinan Kerajaan Perpaduan untuk golongan OKU. Terima kasih.
Tuan Isaiah a/l D Jacob
Terima kasih Timbalan Menteri yang memberi jawapan tetapi masih lagi ada tidak kepuashatian berlaku di OKU. Apa yang Menteri yang tadi katakan kebanyakannya OKU yang kehilangan melalui kemalangan dan pesakit, mereka terlindung. Apa yang kami bawa ialah OKU yang dilahirkan, OKU yang lahir itu.
So, kalau kita tak dimasukkan dalam akta, saya ingin nak tanya. Kalau mana-mana syarikat ataupun agensi tidak mengambil satu peratus ataupun tidak mematuhi satu peratus, boleh kah mana-mana pihak boleh ambil- heretkan syarikat tu ataupun agensi kerajaan ke mahkamah sebab mereka gagal untuk memberi ruang kepada golongan istimewa?
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Terima kasih Yang Berhormat Senator. Tan Sri Yang di-Pertua, oleh sebab tiada peruntukan khusus untuk pengambilan berkaitan penggajian OKU ini, jadi buat masa ini tindakan pendakwaan itu tidak dapat diambil, tapi walau bagaimanapun, seperti yang saya ulas sebentar tadi bahawa saya setuju, kita setuju dengan cadangan yang dibuat oleh Yang Berhormat Senator, tetapi perkara ini perlu diperhalusi dalam Majlis Kebangsaan Bagi Orang kurang Upaya ini, MBKOKU ini seperti yang termaktub dalam Akta Orang Kurang Upaya.
Untuk makluman, keahlian MBKOKU ini ada 44 orang iaitu jabatan, agensi berkaitan OKU, wakil kesatuan sekerja sektor awam dan swasta, persatuan NGO yang mewakili tujuh kategori OKU antaranya penglihatan, pendengaran dan fizikal. Selaku Pengerusi Jawatankuasa Pekerjaan MBKOKU, KSM menyediakan peluang dan sistem sokongan pekerjaan kepada golongan OKU di Malaysia. Jadi, saya fikir sementara belum ada akta yang khusus yang melibatkan OKU ini, saya fikir the way forward ialah, dengan izin, kita bincang dulu dalam majlis kebangsaan ini untuk kita perincikan sama ada akta perlu dilaksanakan mengikut kesesuaian, tapi pada masa yang sama, PERKESO, Yang Berhormat Senator, bukan hanya yang cedera semasa kemalangan sahaja.
Ia juga melibatkan golongan rentan, itu yang saya sebut tadi antara yang telah dibuat oleh Kerajaan Perpaduan ini, kita tingkatkan lagi. Ini kita panggil golongan rentan, bukan hanya yang bekerja dan cedera, tapi golongan rentan, termasuk OKU ini pada tahun hadapan Bajet 2024, kita- mana-mana majikan yang menggaji golongan OKU ini, kita bagi RM1,500 sebulan selama enam bulan. Berbanding tahun ini, RM600 sebulan untuk tempoh tiga bulan. Itu antara inisiatif yang kita cuba tingkatkan supaya menggalakkan dulu, sementara belum ada akta, kita galakkan dulu syarikat-syarikat ini dapat mengambil pekerja OKU itu dengan insentif yang dibuat oleh pihak kerajaan. Okey, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, selesai sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, hari ini merupakan hari yang kedua perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 ini. Saya masih kekal dengan ketetapan yang telah kita buat semalam iaitu 30 minit bagi setiap Ahli yang hendak berbahas.
Saya sekarang mempersilakan Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Ahmad Azam bin Hamzah.
Dato’ Dr. Ahmad Azam bin Hamzah
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Salam sejahtera Tan Sri Yang di-Pertua.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan dan juga Perdana Menteri atas pembentangan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober yang lalu dengan tema ‘Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat’.
Cerminan prinsip pertanggungjawaban dengan tekad untuk memperbaiki tata kelola pentadbiran negara sekali gus meminimumkan ketirisan dengan sistem nilai yang luhur agar hasil negara dapat dinikmati oleh seluruh rakyat jelata, di samping mampu mendepani cabaran semasa, termasuk cabaran ekonomi global yang sarat dengan ketidaktentuan dengan tiga tumpuan utama iaitu tata kelola terbaik demi ketangkasan perkhidmatan, penstrukturan semula ekonomi bagi melonjakkan pertumbuhan serta peningkatan darjat hidup rakyat.
[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Belanjawan 2024 memperuntukkan sejumlah RM393.8 bilion iaitu yang tertinggi setakat ini dalam belanjawan negara adalah bertujuan untuk membolehkan kerajaan terus memberi sokongan kukuh kepada pertumbuhan ekonomi. Pertumbuhan ekonomi dan dasar fizikal merupakan dua unsur penting dalam mencapai perkembangan ekonomi mampan. Perkembangan ekonomi mampan menunjukkan kepada- merujuk kepada kemapanan negara untuk memenuhi keperluan generasi sekarang tanpa mengabaikan keperluan generasi akan datang.
Dato’ Dr. Ahmad Azam bin Hamzah
Dalam konteks ini, pertumbuhan ekonomi perlu diimbangi dengan dasar fizikal yang bijak untuk memastikan kemakmuran ekonomi yang berterusan dan pemuliharaan alam sekitar.
Pertumbuhan ekonomi iaitu peningkatan dalam hasil negara yang dapat dicapai melalui pelbagai cara seperti peningkatan produktiviti, pelaburan dalam infrastruktur dan pembangunan sektor ekonomi yang berpotensi dan sekali gus menyediakan pendapatan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan asas rakyat, termasuk pendidikan, kesihatan dan perkhidmatan awam yang berkualiti.
Dasar fizikal yang bijak adalah asas kepada pembangunan ekonomi mampan. Ini melibatkan pengurusan pendapatan dan perbelanjaan kerajaan dengan cermat. Dasar fizikal yang bijak juga merangkumi perancangan cukai yang adil, subsidi yang disasarkan dan pengurusan hutang yang bertanggungjawab.
Pertumbuhan ekonomi tidak boleh dicapai tanpa pelaburan dalam sumber manusia. Ini merangkumi pendidikan berkualiti, latihan kemahiran dan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang baik. Sumber manusia yang terlatih dan sihat merupakan asas penting dalam mencapai pertumbuhan ekonomi dan perkembangan mampan.
Alam sekitar aset yang paling penting dalam jangka masa panjang. Dasar fizikal harus mencakup inisiatif untuk melindungi alam sekitar dan memastikan kelestarian sumber semula jadi bagi generasi akan datang. Ini termasuk pelaburan dalam tenaga terbaharu, pengurusan semula jadi dan pengawalseliaan alam sekitar yang ketat.
Unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia pada kadar empat hingga lima peratus pada tahun 2024 iaitu matlamat pertumbuhan ekonomi yang realistik dan penting dalam usaha mencapai perkembangan ekonomi mampan. Namun, unjuran pertumbuhan ekonomi merupakan anggaran yang berubah-ubah bergantung kepada pelbagai faktor.
Dalam usaha untuk mencapai unjuran pertumbuhan ekonomi antara empat hingga lima peratus tersebut bagi tahun 2024, kerajaan dan penggerak ekonomi Malaysia perlu bekerjasama untuk memastikan pelaksanaan dasar-dasar dan program-program yang memihak kepada pertumbuhan ekonomi. Ini termasuk usaha dalam menggalakkan pelaburan, memajukan inovasi, meningkatkan kebolehlaksanaan usahawan dan menyediakan persekitaran perniagaan yang kondusif.
Strategi ketahanan ekonomi dan fleksibiliti dalam menyesuaikan dasar fizikal dan ekonomi dengan perubahan alam ekonomi adalah penting dalam mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi yang diinginkan.
Secara kesimpulannya, pertumbuhan ekonomi dan dasar fizikal yang bijak merupakan dua unsur yang tidak dapat dipisahkan dalam mencapai perkembangan ekonomi mampan. Ini harus diintegrasikan dengan berkesan untuk memastikan kemakmuran sekarang dan masa depan sambil memelihara alam sekitar dan menjaga keadilan sosial.
Semoga reformasi yang dilakukan dalam belanjawan kali ini mampu menjadikan ekonomi negara berkembang dan mengukuh.
Datuk Seri Yang di-Pertua, mengikut analisis Ikhtiar 3 iaitu mengutamakan perkhidmatan dan projek rakyat, ia terbahagi kepada tiga tekad iaitu menangani permasalahan rakyat, kemajuan Sabah dan Sarawak dan pendigitalan sektor awam.
Dalam Tekad 1 ini, menangani masalah rakyat, saya amat bersetuju atas keprihatinan kerajaan untuk membaik pulih tandas-tandas awam. Sejumlah 8,354 buah sekolah, tandas mereka telah diperbaiki. Ini termasuk juga tandas-tandas awam yang akan diperbaiki di 150 PBT di seluruh negara dengan peruntukan RM150 juta seperti yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan.
Usaha menyelesaikan masalah tandas sekolah di seluruh Malaysia wajar disegerakan demi kebajikan anak-anak sekali gus meningkatkan kualiti keselesaan tandas-tandas di sekolah negara. Jadi, persoalannya yang saya ingin ketahui, di manakah lokasi sekolah-sekolah tersebut yang majoritinya yang tandas-tandas itu telah diperbetulkan? Sebab, pada saya, saya ingin tahu negeri manakah ataupun sekolah di negeri manakah yang mengambil berat tentang kebersihan. Yang keduanya, berapakah jumlah peruntukan yang telah digunakan untuk memperbetulkan tandas-tandas tersebut ini daripada RM150 juta yang telah diperuntukkan?
Selain daripada itu, saya juga mohon sedikit perhatian daripada Perdana Menteri agar melihat juga keperluan menukar tandas cangkung kepada tandas duduk di tandas wanita ini. Saya di lebuh raya ini ya, saya didatangi oleh segolongan wanita yang kompelin kebanyakan R&R sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan mempunyai tandas duduk yang tidak mencukupi. Jadi, ini amat-amat sukar bagi kaum wanita- 90 persen tandas yang dikatakan di R&R itu jenis cangkung, yang mana menyusahkan bagi golongan wanita, ya.
Ini saya rasa juga dalam preparation kita untuk menghadapi negara menua menjelang 2030. Jadi, tandas ini juga perlu untuk warga-warga tua...
[Ketawa] Jadi, benda ini bunyinya remeh, ya.
Bunyinya remeh, tetapi saya rasa itu satu perkara yang sangat penting yang menyebabkan perjalanan kita agak tersekat. Terutamanya di hujung-hujung minggu, pada hari-hari perayaan, R&R penuh. Jadi, kalau nak masuk tandas pun kena beratur panjang, jadi sudah tentu perjalanan agak terganggu.
Jadi, Datuk Seri Yang di-Pertua, dalam memperkasa keadilan untuk rakyat, cadangan untuk memperkasakan Jabatan Guaman juga amat dihargai. Peruntukan RM3 juta telah disediakan atas keprihatinan kerajaan kepada permasalahan yang menimpa rakyat. Kesejahteraan rakyat merupakan keutamaan kita. Justeru, dengan penambahan lantikan sementara membolehkan Jabatan Guaman menangani bilangan kes dengan lebih efektif.
Cadangan untuk menaikkan had kelayakan untuk mendapatkan khidmat bantuan guaman penuh sehingga RM50,000 sesungguhnya dapat memberikan beberapa manfaat penting kepada individu yang memerlukan bantuan guaman. Ini langkah penting dalam memastikan setiap individu, terutama yang berpendapatan rendah, mempunyai peluang untuk mendapatkan bantuan guaman yang diperlukan yang merupakan hak asasi fundamental bagi setiap individu. Saya yakin, bagi individu yang sebelumnya mungkin tidak mampu mendapatkan bantuan guaman, kini dapat memiliki akses yang lebih adil terhadap sistem keadilan.
Bagi Ikhtiar 5 iaitu memperkasa PMKS, ini adalah penting. Dalam Ikhtiar ini, terdapat empat tekad iaitu kemudahan pinjaman perniagaan, pengukuhan daya saing PMKS, pembangunan bakat tempatan serta ekonomi rakyat.
Saya menyokong penuh usaha kerajaan untuk memperkasa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) ini. Peruntukan keseluruhan diperuntukkan sejumlah RM44 bilion, iaitu satu nilai yang sangat besar untuk mendorong pertumbuhan ekonomi, mencipta peluang pekerjaan dan meningkatkan daya saing negara. Sebagaimana yang kita maklum, PMKS ini menyumbang besar kepada ekonomi negara.
Pelbagai skim pinjaman yang disediakan untuk usahawan PMKS, seterusnya mampu membantu PMKS ini untuk bangkit dan terus maju tanpa sebarang masalah kekurangan modal. Selain daripada pembiayaan perniagaan, menyediakan program latihan dan pembangunan usahawan juga perlu untuk membantu usahawan PMKS memahami aspek-aspek penting pengurusan perniagaan, pemasaran dan juga inovasi.
Memberikan akses kepada teknologi dan inovasi adalah penting untuk meningkatkan kebolehlaksanaan PMKS. Ini boleh melibatkan penyediaan latihan dalam penggunaan teknologi, akses kepada platform digital dan sokongan untuk inovasi dalam produk ataupun proses.
Menyediakan persekitaran undang-undang yang mesra perniagaan dan mempermudah proses pengurusan risiko adalah penting untuk memastikan kestabilan dan pertumbuhan PMKS.
Memberikan sokongan dalam strategi pemasaran dan penjualan adalah penting untuk memastikan PMKS dapat meningkatkan produktiviti dan perkhidmatan mereka di pasaran. Sebagai contoh, saya ingin mencadangkan wujudkan one-stop centre di setiap negeri bagi penjualan produk-produk keluaran IKS. Ia nya haruslah dijadikan tempat yang wajib dilawat oleh pelancong yang datang melawat Malaysia sebagaimana yang dilakukan oleh kebanyakan negara, termasuklah China, Indonesia, Thailand.
Saya rasa, setakat ini, Malaysia tak ada lagi kot tempat-tempat one-step centre ini yang boleh, yang wajib dilawati oleh pelancong. Jadi, saya rasa sudah tiba masanya untuk mempromosikan perniagaan rakyat tempatan.
Dato’ Dr. Ahmad Azam bin Hamzah
Jadi, kita seharusnya mungkin menyediakan tempat-tempat yang wajib lawat ini.
Membina peluang kerjasama dan rangkaian perniagaan dalam membantu PMKS untuk berkembang melalui kolaborasi dengan pihak lain di dalam atau di luar sektor mereka.
Mendorong pematuhan kepada standard dan kualiti yang diiktiraf adalah penting juga untuk meningkatkan reputasi dan kepercayaan pelanggan terhadap produk ataupun perkhidmatan PMKS.
Menumpukan kepada usaha membangunkan PMKS di luar bandar adalah penting untuk menggalakkan pembangunan ekonomi yang seimbang di seluruh negara, di samping menyediakan peluang pekerjaan. Memberikan sokongan teknikal dan pembangunan usahawan secara berterusan juga dapat membantu meningkatkan produktiviti dan kecekapan operasi PMKS.
Program pembangunan bakat tempatan merupakan inisiatif untuk mengembangkan dan mengukuhkan bakat-bakat dalam komuniti setempat. Sejumlah RM6.8 bilion diperuntukkan untuk program ini dan kejayaan program ini juga bergantung kepada pelbagai faktor termasuk sokongan komuniti, sumber daya yang tersedia dan rencana pelaksanaan yang baik.
Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional iaitu TVET memainkan peranan yang penting dalam memajukan ekonomi Malaysia. TVET menyediakan kemahiran teknikal dan vokasional kepada individu yang memerlukan keperluan pasaran pekerjaan dan menyokong pembangunan industri.
Penting untuk menyelaras semua aspek ini dengan matlamat pembangunan bakat tempatan untuk memastikan keberkesanan dan kelestarian program tersebut. Dengan menyediakan tenaga kerja berkemahiran, TVET membantu meningkatkan daya saing industri Malaysia di peringkat global. Pekerja yang mahir dalam kemahiran khusus dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti produk dan juga perkhidmatan. Pembangunan TVET merupakan elemen penting dalam merancang masa depan ekonomi Malaysia yang lestari dan inovatif dengan memastikan kesesuaian tenaga kerja dengan keperluan semasa dan akan datang.
Cumanya saya rasa dalam TVET ini ada National Occupational Skills Standards
(NOSS) yang perlu dikaji, setahu saya sepatutnya lima tahun sekali dikaji semula. Saya rasa ini bersesuaian dengan perkembangan industri sebab industri berubah-ubah, teknologi berubah-ubah. Jadi, NOSS ini perlu dikaji setiap lima tahun. Saya terlibat dalam menyediakan NOSS ternakan di Malaysia. NOSS ternakan yang pertama sekali di Malaysia ini, saya adalah salah seorang daripadanya. Saya rasa sudah hampir 15 tahun ia nya tak pernah pun dikaji.
Jadi saya menyerulah dalam segi TVET ini, kemahiran ini, sebagaimana saya kata tadi teknologi berubah-ubah. Teknologi berkembang, tetapi sekiranya anak-anak kita dididik melalui TVET ini tidak mempelajari pembelajaran ataupun inovasi yang terkini maka apabila mereka memasuki industri, mereka akan ketinggalan. Maksudnya, itulah mungkin antara sebab mereka tidak dapat mendapat gaji yang setimpal dengan kemahiran mereka sebab kemahiran mereka dah jadi outdated. Jadi, ini perlu dikaji dari semasa ke semasa mengikut keperluan teknologi semasa.
Sejumlah RM170 juta diperuntukkan bagi memelihara kebajikan penjaja.
Mengekalkan nilai murni penjajaan, mempunyai banyak kepentingan yang melibatkan aspek ekonomi, sosial dan kemasyarakatan. Usaha membaik pulih gerai dan membina ruang komersial baru yang saya rasa selama ini tidak pernah diberi tumpuan oleh kerajaan- kerajaan terdahulu. Jadi kini, Kerajaan Perpaduan memberi tumpuan khusus kepada penjaja-penjaja yang di gerai-gerai. Saya rasa ini boleh menjadi tarikan pelancong sebab salah satu perkara yang diinginkan oleh pelancong ialah dengan izin, street food. Bukan makanan di restoran-restoran sangat tetapi di gerai-gerai, di warung-warung.
Jadi, inilah yang mencerminkan keadaan Malaysia sebenarnya. Jadi, ini merupakan satu perkara yang menjadi tarikan malahan kalau kita pergi ke negara-negara luar pun, ini jugalah yang kita inginkan. Kalau kita pergi ke Belanda, tetapi kita ingin mencari masakan Malaysia di Belanda, jadi saya rasa tak capailah matlamat. Jadi begitu juga orang datang Malaysia, nak makan masakan Malaysia. Jadi, biasanya street food lah yang menggambarkan makanan ataupun Malaysian nya kita.
Beberapa langkah lain yang boleh diambil dalam usaha kerajaan untuk mempertingkatkan kemudahan persekitaran kawasan perniagaan ialah dengan penambahbaikan infrastruktur seperti meningkatkan kebolehcapaian penyediaan tempat letak kereta dan kemudahan awam lain yang boleh menarik lebih ramai pelanggan dan memudahkan operasi perniagaan. Jika boleh, reka bentuk penambahbaikan atau pembinaan dengan mengambil kira warisan dan elemen budaya tempatan agar boleh menarik lebih ramai orang dan memberi keunikan kepada ruang komersial.
Dengan mengambil langkah-langkah ini, kerajaan boleh menunjukkan komitmen mereka terhadap pertumbuhan ekonomi, peningkatan pekerjaan dan mengukuhkan komuniti perniagaan tempatan. Memperkasakan ekonomi rakyat merupakan strategi yang sering diguna pakai oleh kerajaan sebagai sebahagian daripada usaha untuk mencapai pembangunan ekonomi yang inklusif dan mampan. Dengan memperkasakan ekonomi rakyat, diharapkan agihan kekayaan yang lebih sekata dapat diwujudkan dan kesejahteraan masyarakat keseluruhannya dapat dipertingkatkan.
Tuan Yang di-Pertua, melalui Ikhtiar 7 iaitu agenda mampan dan peralihan tenaga.
Ada empat tekad yang dirancang bagi ikhtiar ini iaitu ke arah pelepasan karbon sifar bersih, perlindungan khazanah alam, kesiapsiagaan mendepani bencana dan keterjaminan makanan. Agenda peralihan tenaga dan ekonomi mampan di Malaysia merupakan usaha strategik untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang berkekalan di samping memelihara sumber asli dan masyarakat. Usaha untuk meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dalam semua sektor termasuk industri, perumahan dan pengangkutan adalah penting.
Penggunaan teknologi yang lebih cekap dan selamat terhadap alam sekitar dapat membantu mengurangkan kesan sampingan terhadap alam sekitar. Agenda ini memerlukan komitmen dan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk kerajaan, swasta, masyarakat sivil serta institusi-institusi pendidikan. Peralihan kepada ekonomi yang stabil iaitu langkah proaktif dalam menghadapi cabaran perubahan iklim dan memastikan Malaysia kekal berdaya saing dalam era ekonomi global yang berubah-ubah.
Saya amat menyokong usaha kerajaan menambah peruntukan, dengan izin, The Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT) sebanyak RM200 juta bagi meningkatkan peratusan kawasan perlindungan dan pengukuhan habitat hidupan liar.
Memperbanyakkan kawasan habitat hidupan liar merupakan suatu usaha yang amat penting dan memberi pelbagai manfaat kepada alam sekitar, manusia dan ekosistem secara keseluruhannya. Ekosistem yang seimbang merupakan kunci untuk memelihara alam sekitar. Dengan meningkatkan kawasan habitat, ia nya boleh membantu mengekalkan keseimbangan ekosistem termasuk keseimbangan dalam rantaian makanan dan interaksi antara spesies.
Habitat hidupan liar terutamanya hutan dan tanah lembap bertindak sebagai penapis semula jadi yang membantu membersihkan udara dan air daripada pencemaran.
Tumbuhan dan mikroorganisma di habitat ini boleh menyerap toksin dan meningkatkan kualiti persekitaran semula jadi. Kawasan habitat seperti hutan bertindak sebagai penyerap karbon penting untuk menangani perubahan iklim. Pokok di hutan menyimpan karbon, membantu mengurangkan karbon di atmosfera. Banyak spesies kehidupan liar menghadapi ancaman kepupusan kerana perlindungan habitat merupakan kunci kepada pemeliharaan mereka.
Kawasan habitat yang semakin meningkat, menyediakan ruang tambahan untuk spesies terancam untuk hidup dan berkembang. Meningkatkan kawasan habitat hidupan liar merupakan pelaburan jangka panjang dan kelestarian planet dan kesejahteraan manusia. Langkah-langkah pemeliharaan habitat ini perlu diambil dengan bijak dan mampan untuk memastikan kelestarian hidupan liar dan ekosistem.
Keterjaminan makanan bagi rakyat merupakan aspek penting dalam pembangunan sebuah negara dan kehidupan masyarakat. Masyarakat yang mempunyai akses kepada makanan yang mencukupi cenderung menjadi lebih produktif. Makanan yang mencukupi memberikan tenaga dan nutrien yang diperlukan untuk pembelajaran, kerja dan penyertaan dalam pembangunan ekonomi.
Sektor pertanian dan perindustrian makanan iaitu asas ekonomi bagi banyak negara. Memastikan keterjaminan makanan tidak hanya membantu masyarakat, menjaga kestabilan ekonomi negara tetapi juga memberikan peluang pekerjaan dan pendapatan untuk rakyat.
Dato’ Dr. Ahmad Azam bin Hamzah
Sebanyak RM2.6 bilion telah diperuntukkan bagi pelbagai subsidi dan inisiatif untuk pesawah dan nelayan. Usaha menaikkan harga lantai pembelian beras juga merupakan usaha terbaik kerajaan dalam membantu pesawah di samping projek rintis penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun.
Jadi soalan saya adalah, di manakah projek-projek ini akan dilaksanakan dan berapakah keluasan tanah yang terlibat di negeri yang tersebut? Berapakah perbelanjaan di setiap kawasan?
Seperkara lagi pemberian subsidi padi bukit dan padi huma sebanyak RM50 juta diperuntukkan. Saya ingin tahu, di manakah kawasan yang terlibat? Berapakah keluasannya? Berapakah anggaran perolehan beras daripada projek ini?
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Dr. Ahmad Azam bin Hamzah
...Saya melihat sebanyak RM400 juta peruntukan bagi projek Pengukuhan Keterjaminan Makanan dengan penumpuan kepada peningkatan pengeluaran tanaman tempatan.
Jadi, di manakah kawasan sasaran bagi projek ini? Adakah data yang boleh ditunjukkan menunjukkan kejayaan perniagaan hasil pengeluaran jika program ini pernah dilaksanakan?
Seperkara lagi mengenai keterjaminan makanan. Sebagaimana saya maklum dalam soalan semalam pun, kita telah utarakan kepada Menteri iaitu bekalan ayam waktu ini telah mencukupi. Jadi, saya benar-benar berharaplah kerana buat masa ini ayam dan telur adalah- kita telah mencapai tahap sara diri lebih daripada 100 peratus. Industri ini adalah dipelopori oleh swasta sepenuhnya dan ia nya merupakan satu perniagaan.
Jadi, sekiranya pengimportan ayam yang dibenarkan sebelum ini kerana kekurangan bekalan ayam tidak diberhentikan memandangkan kita mempunyai bekalan yang agak melebihi buat masa ini. Jadi, ia nya akan mengganggu rantaian bekalan selepas ini kerana apabila industri mendapati yang perniagaan ini tidak lagi menguntungkan, jadi mereka akan mengurangkan produktiviti mereka untuk mengurangkan kerugian. Kerugian dalam industri ini Datuk Seri Yang di-Pertua adalah besar ya, yang besar. Kalau siapa- mana-mana syarikat katakanlah mengeluarkan 500,000 sehari ataupun sebulanlah, 500,000 sebulan. Kalau ruginya RM2, sudah sejuta sebulan...
[Ketawa]
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] [Ketawa]
Dato’ Dr. Ahmad Azam bin Hamzah
Ya, siapa nak melabur, siapa nak teruskan..? Jadi, saya harap kerajaan mengambil berat hal ini kerana sekiranya pengimportan masih dibenarkan, jadi ia akan mengganggu pengeluaran daging ayam khususnya di negara kita. Jadi saya rasa langkah ini perlu disegerakan dan perlu apa namanya- berbincang dengan industri agar tidak mengganggu bekalan pengeluar apa ini- bekalan daging ayam di masa-masa akan datang.
Dalam Ikhtiar 8 iaitu melindungi kebajikan rakyat. Kebajikan rakyat merupakan tanggungjawab utama sebuah kerajaan dan pemerintah yang bertanggungjawab terhadap kesejahteraan dan kemakmuran rakyat. Program Payung Rahmah sangat berkesan dan membantu golong B40 untuk mendapatkan bekalan barangan pada kadar yang 30 percent lebuh murah- 30 peratus lebih murah berbanding dengan harga pasaran.
Peruntukan yang diberi sebanyak RM200 juta diharapkan sampai kepada golongan sasaran sebagaimana yang dirancang. Program Payung Rahmah ini membantu kumpulan sasar mengurangkan beban kewangan mereka dan membeli barangan atau produk tertentu yang mungkin mahal atau sukar dicapai tanpa bantuan kewangan.
Di samping itu, program ini juga boleh membantu mengurangkan jurang ekonomi antara kumpulan kaya dan miskin dengan menyediakan sokongan kewangan kepada kumpulan berkemampuan dengan memberikan subsidi melalui Program Payung Rahmah kepada kumpulan sasaran ini boleh membantu merangsang permintaan dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi dalam sektor tertentu seperti pertanian dan industri kecil.
Walau bagaimanapun, adalah penting untuk diingat bahawa pengurusan subsidi yang berkesan adalah penting untuk memastikan sumber kewangan digunakan dengan bijak dan memberikan manfaat yang paling besar kepada kumpulan sasar yang bena- benar memerlukan bantuan.
Melalui Ikhtiar 9 iaitu menyokong pemerkasaan golongan tumpuan. Terdapat empat tekad dalam ikhtiar ini iaitu agenda bumiputera, golongan wanita dan kanak-kanak, golongan belia serta komuniti tumpuan. Memperkasa golongan wanita, belia dan kanak- kanak merupakan aspek penting dalam pembangunan sosial dan ekonomi sebuah masyarakat. Kepentingan memperkasakan kumpulan ini merangkumi pelbagai aspek dan memberi impak positif terhadap pembangunan secara menyeluruh.
Memperkasa wanita membantu mengurangkan ketidaksetaraan gender dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, pekerjaan dan kehidupan sosial. Wanita memainkan peranan penting dalam pengurusan keluarga dengan memperdayakan wanita, kesejahteraan keluarga dapat dipertingkatkan. Wanita yang berpendidikan dan mempunyai akses kepada peluang ekonomi dapat memberi sumbangan yang besar kepada pembangunan ekonomi negara.
Pendidikan wanita- pendidikan untuk wanita memberi kesan positif terhadap tahap pendidikan keseluruhan dalam masyarakat dan membantu mengekalkan kemajuan generasi seterusnya. Wanita sering berperanan sebagai ejen kesihatan dalam masyarakat dan memperkasa wanita dapat membantu menyebarkan pengetahuan kesihatan dalam kalangan keluarga serta komuniti.
Memperdayakan wanita dalam proses pembuatan- dalam proses membuat keputusan sama ada dalam peringkat keluarga, komuniti atau politik membawa kepada keputusan yang lebih holistik dan mewakili pelbagai perspektif. Bagi belia pula, memperkasa belia membantu mereka mengembangkan potensi dalam bakat mereka, memberi peluang untuk mencapai prestasi maksimum dalam pelbagai bidang.
Belia yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang mencukupi boleh menjadi tenaga kerja yang berdaya saing, memperkukuh ekonomi negara. Program pemerkasaan belia dapat membantu meningkatkan kesihatan mental dan fizikal mereka dan serta merangsang perkembangan yang sihat. Pemerkasaan belia dalam bidang keusahawanan membuka peluang untuk inovasi dan pertumbuhan ekonomi. Mempunyai belia yang berdaya saing memastikan penyertaan sosial dan politik yang lebih aktif membawa kepada pembangunan masyarakat yang lebih demokratik sesuai dengan peranan mereka sebagai pewaris pemimpin negara.
Pendidikan awal kanak-kanak dan akses kepada pendidikan yang berkualiti memberi dasar yang kukuh untuk pembangunan individu dan masyarakat. Memastikan akses kepada kesihatan dan pemakanan yang baik dalam kalangan kanak-kanak memberikan asas kepada pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Memastikan perlindungan kanak-kanak daripada keganasan, eksploitasi dan penyalahgunaan memberikan akses kepada perkembangan yang stabil dan sihat. Pendidikan seni dan sukan memberi kanak-kanak platform untuk membangunkan kreativiti bakat dan kemahiran sosial. Pembangunan sosial dan emosi kanak-kanak adalah penting dalam membentuk individu yang seimbang dan memberi sumbangan positif kepada masyarakat.
Kepentingan memperkasa golongan wanita, belia dan kanak-kanak tidak hanya memberi manfaat kepada individu tersebut tetapi juga membawa kepada masyarakat yang lebih sejahtera, ekonomi yang lebih dinamik dan masa depan yang lebih baik secara keseluruhan. Melalui usaha-usaha ini, kita dapat mencapai masyarakat yang lebih inklusif di mana setiap individu tanpa mengira latar belakang atau keadaan mereka mempunyai peluang yang saksama dan diiktiraf sebagai ahli yang berharga dalam masyarakat.
Secara kesimpulannya kita- semua maklum bahawa kejayaan belanjawan negara bergantung kepada penyelarasan matlamat jangka pendek dan jangka panjang serta pengurusan kewangan yang bijak dan respons terhadap dinamik, ekonomi dan sosial semasa. Diharapkan belanjawan ini dapat dijadikan sebagai penyelesaian terhadap situasi semasa yang memerlukan pendekatan mendesak bagi mengatasi kos sara hidup dan menjamin kesejahteraan rakyat. Semoga reformasi yang dilakukan dalam belanjawan kali ini mampu menjadikan ekonomi negara berkembang dan mengukuh. Sekian, terima kasih.
Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih YB. Sebelum saya meneruskan perbahasan, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri-Menteri yang hadir bersama kita, bersama dalam perbahasaan kita pada hari ini. Menghormati ruling yang telah dibuat semalam, anggota Kabinet pun ada di sini. Jadi ambillah peluang ini untuk memberikan pandangan yang bernas supaya dapat dibawa oleh beliau dalam Mesyuarat Kabinet.
Sebelum tu saya nak buat roll call ya, pegawai kementerian yang dalam Dewan ni sekarang. Boleh saya- dari sana sampai ke sana ya?... [Menunjuk ke tempat duduk Pegawai Bertugas dari kanan depan hingga ke belakang] Kementerian mana...?
[Bertanya kepada Pegawai Bertugas] Pegawai Bertugas: JPM.
Timbalan Yang di-Pertua
JPM.
Pegawai Bertugas: Kementerian Perpaduan.
Timbalan Yang di-Pertua
Perpaduan.
Pegawai Bertugas: Pengangkutan.
Timbalan Yang di-Pertua
Pengangkutan.
Pegawai Bertugas: Pengajian Tinggi.
Timbalan Yang di-Pertua
Pengajian Tinggi.
Pegawai Bertugas: NRECC.
Timbalan Yang di-Pertua
NR?
Pegawai Bertugas: ECC.
Timbalan Yang di-Pertua
NRECC. Okey, NRECC.
Pegawai Bertugas: Sumber Asli.
Timbalan Yang di-Pertua
Sumber Asli.
Pegawai Bertugas: Pengangkutan.
Timbalan Yang di-Pertua
Pengangkutan.
Pegawai Bertugas: Kementerian Kesihatan.
Timbalan Yang di-Pertua
Kesihatan.
Pegawai Bertugas: Kerja Raya.
Timbalan Yang di-Pertua
Mana..?
Pegawai Bertugas: Kerja Raya.
Timbalan Yang di-Pertua
Kerja Raya.
Sana? Bukan, bukan kementerian. JAKIM ada. Saya ingat lagi semalam.
Pegawai Bertugas: Pertanian.
Timbalan Yang di-Pertua
Pertanian.
Pegawai Bertugas: Belia Sukan.
Timbalan Yang di-Pertua
Belia Sukan.
Pegawai Bertugas: Pendidikan Tinggi.
Timbalan Yang di-Pertua
Pendidikan Tinggi. Terima kasih.
Nampaknya apa yang diminta oleh YB, mereka akur penyertaan...
[Tepuk] Dalam perbahasan kita pada hari ini. Cuma, saya hendak maklum pada Kementerian Dalam Negeri lah, pasal banyak isu KDN dalam ini. Dalam perbahasan ini juga. Minta wakil KDN juga hadir dalam perbahasan ini ya.
Jadi, dengan ini saya ingin menjemput YB Senator Datuk Mohd Hisamudin bin Yahaya untuk berbahas.
Datuk Mohd Hisamudin bin Yahaya
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh* dan salam sejahtera Datuk Yang di- Pertua.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan kerana telah membentangkan Belanjawan 2024 Dewan Rakyat pada Oktober yang lalu. Ini merupakan belanjawan negara paling tinggi dalam sejarah dengan jumlah RM393.8 bilion. Walaupun krisis ekonomi sedang melanda dunia, namun Malaysia masih dapat bertahan dan menanganinya secara berkesan.
Datuk Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan terhadap usaha kerajaan dalam meluaskan skop perkhidmatan bercukai meliputi perkhidmatan logistik, pembakaran, penaja jaminan dan karaoke serta menaikkan kadar cukai perkhidmatan kepada lapan peratus. Kenaikan ini tidak termasuk perkhidmatan makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik. Ia dijangka menjana hasil cukai perkhidmatan tambahan sebanyak RM900 juta pada hujung tahun 2024.
Walaupun strategi untuk menaikkan kadar cukai perkhidmatan enam peratus bagi perkhidmatan makan minum dan telekomunikasi adalah berkhidmat kerana ia digunakan oleh orang ramai. Namun, beberapa perkhidmatan lain yang digunakan oleh bidang perniagaan akan menyebabkan kos meningkat untuk menjalankan perniagaan.
Selain daripada itu, dengan memperluaskan cukai perkhidmatan untuk meliputi perkhidmatan logistik akan memberi kesan yang merata ke atas kos dan perniagaan akan berusaha untuk menyampaikan kepada pengguna dalam bentuk kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Pada akhirnya, pengguna juga yang terpaksa menampung kenaikan kos barang dan perkhidmatan kerana rejim cukai dan perkhidmatan mempunyai kesan cukai ke atas cukai dan akan menyebabkan harga lebih tinggi.
Oleh yang demikian, saya ingin mengesyorkan kepada pihak kerajaan agar memperluaskan pengecualian perniagaan ke perniagaan yang kini terpakai kepada perkhidmatan bercukai tertentu sahaja. Sekiranya cadangan ini diperluaskan kepada semua sektor, ia akan dapat menghalang kenaikan harga barang di pasaran sekali gus dapat mengurangkan beban pengguna.
Datuk Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur kerana telah mengumumkan insentif ihsan Datuk Bandar pada 27 November yang lalu yang bertujuan untuk membantu meringankan beban kos sara hidup 9,072 orang pekerja di Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur yang mana 6,856 orang dalam jumlah itu adalah terdiri daripada Gred 19 ke bawah. Ini merupakan hasil usaha sama DBKL bersama dengan FAMA Corp.
Namun, dalam tahun 2022 hingga Oktober 2023, saya telah menerima rungutan dan maklum balas daripada beberapa buah kawasan tumpuan B40 di Kuala Lumpur yang terbelenggu dengan masalah kemiskinan bandar.
Antaranya PPRT Sentul, Bandar Tun Razak, Cheras dan sekitar Segambut.
Secara jujurnya, saya mendapati golongan miskin bandar sebenarnya lebih mencabar berbanding golongan miskin di luar bandar.
Jika kita bandingkan, kita boleh bercucuk tanam di kampung atau menangkap ikan untuk menyara hidup di kampung. Namun, bagi golongan miskin bandar, jika tiada wang untuk membeli bahan mentah, mereka memang akan mengalami kelaparan. Situasi inilah yang membimbangkan saya kerana kos hidup di bandar semakin meningkat.
Oleh yang demikian, saya menyambut baik apabila saranan kerajaan melaksanakan Program Subsidi Bersasar. Saya difahamkan formula pelaksanaan akan diumumkan pada Januari 2024. Subsidi bersasar merupakan formula terbaik dalam usaha menstrukturkan semula ekonomi. Ketirisan subsidi melibatkan ratusan juta ringgit yang dinikmati oleh golongan kaya dan warga asing. Lebih buruk lagi apabila barangan subsidi telah diseludupkan ke negara jiran.
Pada kesempatan ini, saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk memperkenalkan Skim Subsidi Kota dalam Program Subsidi Bersasar ini. Sekiranya kerajaan sudi memperkenalkan Skim Subsidi Kota, saya ingin menyarankan beberapa syarat dan piawaian yang harus dipatuhi oleh warga kota yang layak untuk mendapat subsidi bersasar ini. Antara contohnya, syaratnya iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM5,000, penduduk tetap Wilayah Persekutuan, hilang pekerjaan dan kemalangan dan keilatan kekal.
Datuk Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyarankan kepada pihak kerajaan untuk menoktahkan sebarang perlaksanaan cukai terhadap pengguna kerana ia akan membebankan rakyat terutamanya golongan B40. Sedangkan golongan kaya semakin kaya, yang miskin terus papa kedana. Sudah tiba masanya kita meletakkan tumpuan kepada golongan jutawan di negara kita yang sebenarnya lebih wajar untuk menyumbang lebih kepada pendapatan negara.
Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan untuk melaksanakan cukai jutawan global di Malaysia. Sebenarnya jurang kekayaan yang semakin melebar di negara kita membangkitkan gesaan supaya rakyat terkaya menanggung lebih banyak beban cukai.
Merujuk kepada Belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden memasukkan rancangan untuk mengenakan cukai minimum 25 peratus ke atas 0.01 peratus individu terkaya di Amerika Syarikat. Selain itu, cukai jutawan global ini turut dilaksanakan di negara Perancis bagi mengesan mana-mana jutawan yang menyembunyikan kekayaan mereka.
Oleh itu, kerajaan Malaysia wajar membuka bidang baharu bagi membanteras amalan mengelak cukai dengan mengenakan cukai minimum global ke atas golongan jutawan. Ia dijangka boleh menjana pendapatan negara sebanyak RM1 bilion pada setiap tahun.
Datuk Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan semula tentang isu surau pembinaan Surau Al-Ittifaqiyyah di Presint 8, Putrajaya. Di mana saya pernah membawa isu ini, pada 14 Disember 2021 di Dewan yang mulia ini. Untuk makluman, surau ini telah diluluskan sebelum PRU Ke-14 lagi. Acara pecah tanah dan sumbangan mock cheque berjumlah RM6.5 juta telah dilakukan oleh mantan Menteri Wilayah Persekutuan pada April 2018.
Namun, pasca BN tewas. Perkhidmatan PH melalui MAIWP telah menarik balik kelulusan polisi projek ini. Sehinggakan MAIWP telah membuat dasar baharu bahawa mereka tidak lagi boleh menampung 100 peratus kos pembinaan mana-mana surau lagi dan ia menjadi tanggungan bersama 60, 40.
Saya difahamkan pihak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Agama ketika pentadbiran Perikatan Nasional telah turun padang untuk melawat dan mendengar sendiri daripada pihak pengurusan surau.
Datuk Mohd Hisamudin bin Yahaya
Namun, apa perkembangan terbaru, masih tidak diketahui. Untuk mencari dana sendiri sebanyak 60 peratus itu adalah amat sukar bagi kami di Putrajaya. Rata-rata kami merupakan kakitangan awam. Saya berharap Kerajaan Madani pada hari ini dapat merealisasikan pembinaan surau ini untuk kegunaan rakyat. Datuk Yang di Pertua, pada hari ini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk mengemukakan satu permintaan daripada pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru (PIBG) sewaktu saya mempengerusikan Mesyuarat dengan Yang di Pertua PIBG Putrajaya, pada 23 Julai yang lalu.
Pihak PIBG Putrajaya ingin memohon kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk membina sebuah padang hoki yang bertaraf fasiliti kebangsaan yang boleh digunakan oleh pemain hoki sekolah dan juga profesional untuk mengadakan latihan. Kos untuk setiap kali latihan di luar Putrajaya adalah sebanyak RM600, tidak termasuk kos pengangkutan yang terpaksa ditanggung oleh pihak ibu bapa dan pihak sekolah setiap kali berlatih.
Untuk makluman semua, saya telah berhubung dengan Presiden Persatuan Hoki Malaysia, Dato’ Sri Subahan Kamal mengenai hasrat dan permintaan daripada pihak PIBG Putrajaya ini. Beliau bersetuju dan sanggup membantu kami untuk merealisasikan hasrat pembinaan padang hoki di Putrajaya.
Datuk Yang di Pertua, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengadakan satu perbincangan dengan bekas-bekas pemain bola sepak kebangsaan di Hotel Hilton pada 16 Oktober yang lepas. Dalam perbincangan bersama Presiden FAM- Datuk Hamidin tersebut, mereka telah menyatakan kesediaan untuk menjadi jurulatih bola sepak di sekolah-sekolah yang berada dalam jarak lima kilometer dari rumah kediaman masing- masing. Cadangan ini telah diutarakan oleh Datuk Santokh Singh dalam mesyuarat tersebut. Tujuan utama cadangan ini adalah untuk memastikan pelajar-pelajar sekolah- sekolah dapat belajar teknik dengan cara yang betul dalam permainan bidang bola sepak.
Perkara ini berbangkit susulan daripada maklum balas dan rungutan daripada ibu bapa bahawa guru yang mengajar bola sepak tidak tahu teknik asas permainan bola sepak.
Ini saya nak jawab sekali yang Dominic ini cadangan saya.
Timbalan Yang di-Pertua
[Ketawa]
Datuk Mohd Hisamudin bin Yahaya
Justeru itu, saya ingin mencadangkan agar pihak kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan supaya bekas-bekas pemain bola sepak yang pernah mewakili negara sebanyak 50 kali dan mempunyai sijil kejurulatihan boleh diberikan elaun sebanyak RM2,000 sebulan untuk mengajar di peringkat sekolah rendah dan juga di sekolah menengah.
Kita berharap cadangan ini diterima baik oleh pihak kerajaan dan bola sepak boleh dijadikan sebagai projek rintis untuk skim ini. Ini daripada Belia dan Sukan ini, tolong jawab soalan ini. Sebab kita berharap bahawa kalau kita dapat peruntukan ini, maknanya semua- sukan-sukan sekolah kita dapat ajar dengan cara yang betul. Bukan sahaja bola sepak, hoki, kita boleh kembangkan itu. Kita boleh jadikan bola sepak ini Datuk Yang di Pertua, sebagai projek rintis, itu yang penting. Saya harap kita dapat bajet ini, tambah yang ini.
Sekian sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua
[Ketawa]
Datuk Mohd Hisamudin bin Yahaya
Terima kasih, saya mohon untuk menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Wakil KBS pun ada nak dengar cadangan terakhir itu.
Sekarang ini saya jemput Yang Berhormat Senator Tuan Isaiah a/l D Jacob untuk berbahas.
Tuan Isaiah a/l D Jacob
Terima kasih Yang di Pertua, saya ingin terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar bin Ibrahim selaku Menteri Kewangan yang meluluskan bajet ataupun membentang bajet pada bulan Oktober, khas untuk golongan istimewa OKU, di mana beliau memberi peruntukan sebanyak RM1.2 bilion.
Ini merupakan satu peruntukan yang amat saya mengalu-alukan bagi golongan istimewa dan saya harap agensi-agensi yang terlibat untuk menguruskan dana ataupun peruntukan ini akan melaksanakan, akan menggunakan untuk sebaik-baiknya untuk golongan istimewa, untuk masa depan mereka.
Di sini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kementerian dan juga Menteri Kewangan. Di mana beliau meluluskan elaun bulanan pada pelatih-pelatih PDK daripada RM150 kepada RM300. Ini satu tanda yang baik daripada Kerajaan Madani untuk memerhatikan ke rintihan dan keluhan pelajar pelatih-pelatih ini dan saya dan juga ramai ibu bapa yang jumpa saya mengatakan mereka syukur dan terima kasih kepada Kerajaan Madani yang meluluskan RM300 sebulan. Ini akan meringankan beban mereka. So, saya di sini mewakili mereka ucapkan tahniah dan terima kasih.
Di sini saya juga ingin membawa beberapa perkara yang kita kena ambil berat tentang pendidikan, khususnya PDK. Isu PDK ini I nampak tidak selaras sebenarnya.
Kalau kita perhatikan, khususnya pelatih dan penyelia- sorry. Penyelaras dengan petugas.
Mereka ini diberi seperti tidak mengambil berat oleh pihak kerajaan. Mereka diberi gaji ataupun elaun bulanan ini. Saya amat-amat kecewa apabila saya turun ke padang, saya temu bual dengan pihak penyelia dan petugas, amat menyedihkan gaji yang dibayar pada mereka.
Penyelia menerima- ini dari Johor, tiap-tiap negeri. masing-masing ada berlainan.
Kerajaan Pusat bayar RM1,300, bawah had maksimum sekarang dan kerajaan negeri tambah RM200, maka jadi RM1,500. Apabila setelah dipotong KWSP, SOCSO, seorang penyelia menerima RM1,321.95. Manakala petugas menerima RM1,200. Selepas potongan KWSP dan SOCSO, mereka hanya menerima RM1,057.65.
Tuan Yang di-Pertua, mereka ini adalah satu-satunya yang kita harap, golongan saya, golongan insan. Jikalau kita meninggalkan mereka, kalau kita tidak ambil kebajikan mereka, guru-guru ini suatu hari mereka akan meninggalkan bidang ini dan mereka akan pergi ke lebih tinggi, di mana mereka dapat gaji lumayan.
Maka, siapakah akan jadi rugi di sini? Anak-anak istimewa. Anak-anak istimewa akan ditinggalkan, tidak ada orang akan jaga mereka. Saya mohon pihak kerajaan dan kementerian-kementerian terlibat untuk mengambil jasa baik menaikkan gaji mereka yang sepatutnya mereka menerima.
Untuk menjaga kanak-kanak istimewa bukannya senang. Saya turun di tiap-tiap PDK di negeri Johor, beberapa PDK saya mendapati cara dalam lima minit kalau kita duduk sini, kita pun bosan, kita marah, tetapi cikgu-cikgu duduk di sana empat jam, lima jam, menjaga mereka dengan gaji RM1,321. Malah, bukan itu sahaja. Apabila penyelia dan petugas kadang-kadang mereka kena pergi ke rumah anak-anak istimewa ini dan mereka tidak boleh claim. Mereka tidak boleh tuntut bayaran pergi balik.
Tuan Isaiah a/l D Jacob
Mereka kena gunakan duit sendiri, tapi YB-YB kita- semua dapat. Kalau boleh, YB- YB kita bagi duit itu pada mereka. Sebab, saya golongan istimewa. Saya amat-amat risau, jikalau cikgu-cikgu ini meninggalkan- apa akan jadi golongan istimewa, anak-anak golongan istimewa ini? Saya harap Kementerian Kewangan akan ambil tindakan wajar mempercepatkan naikkan gaji, memberi yang sepatutnya mereka terima, apa yang mereka perlukan.
Cadangan saya juga di sini- mereka adalah sebagai pengajar. Kalau boleh, masukkan dalam skim gaji kerajaan di dalam Kementerian Pendidikan. Sebab, mereka merupakan pengajar. Mereka mengajar kanak-kanak istimewa ini.
Boleh diletak di bawah Jabatan Pendidikan Khas dan dibayar melalui mereka. Ia akan meringankan dan akan memberi jaminan masa depan kanak-kanak golongan istimewa ini.
Kedua, pendidikan TVET. Ramai ibu bapa bertanya-tanya. Pendidikan TVET ini, kita akan memberi pendidikan vokasional dan TVET segala-galanya. Apa jaminan anak- anak golongan istimewa yang belajar, apakah jaminan mereka selepas mereka keluar daripada pendidikan TVET ini? Tadi saya bangkitkan isu pekerjaan. Ramai- syarikat- syarikat ragu-ragu untuk mengambil golongan istimewa sebagai pekerja.
So, di mana kejayaan ataupun usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan apabila golongan istimewa selepas tamat pendidikan TVET, mereka boleh dilanjutkan ataupun mendapat pekerjaan, jaminan untuk mendapatkan pekerjaan bagi golongan istimewa selepas tamat kursus TVET ini? Ramai ibu bapa bertanya-tanya.
Ada yang ibu bapa bertanya, “Jikalau saya tidak ada, apakah akan terjadi pada anak istimewa saya?” Soalan ini amat sedih. Bukan seorang ibu yang beritahu, bukan seorang ayah yang beritahu kepada saya, tanya soalan ini. Ramai. Apabila saya turun tiap- tiap negeri, tiap-tiap daerah di hulu, di kampung, ibu bapa bertanya soalan ini, “Apakah akan terjadi kepada anak saya apabila saya tidak ada?” Mereka dah belajar TVET tapi tidak ada pekerjaan. Tidak ada jaminan. Seperti tadi YB katakan, sepatutnya kita kena ada satu di setiap negeri, kita kena ada one-stop centre untuk golongan istimewa. Selepas mereka tamat, apabila mereka tidak ada ibu bapa ataupun selepas dalam pendidikan, diletakkan di kampung macam satu one-stop centre untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih mahir untuk mereka, untuk jaga jaminan mereka.
Ini perlu. One-stop centre ini amat diperlukan bagi golongan istimewa. Mereka boleh buat handicraft, mereka boleh buat kraf tangan sendiri, mereka boleh buat penjualan di sana dan mereka boleh membuat banyak urusan di one-stop centre.
Yang ketiga, saya juga ingin membawa isu kemudahan OKU. Pada penggal yang lepas, saya telah bawa isu perkara kemudahan ini dan telah berlaku tiga minggu yang lepas di salah sebuah shopping mall, seorang golongan istimewa, pasangan bawa kereta dan mereka parking melebihi dua- mereka ambil dua petak dan jadi kecoh di sana. Tidak ada peraturan yang tetap. So, mereka jadi isu. Tidak ada orang- video TikTok itu diviralkan.
Saya turun, saya pergi tengok keadaan di sana. Apabila saya dapati pihak pengurusan ataupun pihak pemaju tidak tahu ukuran parking tempat letak kereta OKU ini, maka terjadi diletak sepatutnya tiga petak- sepatutnya jadi dua petak dalam ukuran antarabangsa, tetapi diletak tiga petak. Maka, OKU yang nak letak kereta itu, dia nak keluarkan wheelchair tak mampu, tak boleh. So terpaksalah management, apa kata, clamp kereta dia.
So, isu-isu seperti ini kita kena perhatikan. Pihak-pihak yang tertentu yang sepatutnya wajar turun memeriksa bangunan-bangunan, adakah kemudahan-kemudahan yang ditetapkan oleh antarabangsa bagi golongan istimewa dijaga, dilindungi. Dia ada jaminan. Ini masalah yang kita hadapi. Apa yang dibagi peruntukan RM1.2 bilion ini, sebahagiannya kita kena gunakan untuk menjaga kemudahan- untuk menggunakan untuk kemudahan-kemudahan golongan istimewa.
Yang keseterusnya, pengangkutan. Saya juga ingin merayu kerajaan dan pihak- pihak Kementerian Pengangkutan. Saya mendapati- saya ada perjumpaan dengan beberapa orang golongan istimewa penglihatan. Mereka menghadapi masalah menaiki pengangkutan ataupun mereka tidak boleh bawa pengangkutan sendiri. So, maka, mereka lebih kepada menumpukan kepada e-hailing ataupun Grab. Tambang mereka amat mahal khususnya pada pagi apabila mereka nak pergi kerja. Awal pagi daripada pukul 6.30 hingga pukul 9.00 pagi, tambang itu lebih dahsyat berbanding dengan teksi. So, maka, mereka menghadapi masalah.
So, saya ingin cadangkan kepada kerajaan, setiap agensi khususnya di agensi kerajaan, kementerian-kementerian- ini I dapati berlaku di bahagian JKR. Ada beberapa orang pekerja golongan istimewa penglihatan, mereka terpaksa naik Grab tiap-tiap hari.
Kalau boleh, dalam peruntukan dalam bajet yang diberi itu, kalau boleh kita sediakan macam van di setiap kementerian di mana mereka boleh pergi mengambil orang- orang golongan istimewa ini. Malah, juga ada permintaan dari Universiti Islam Antarabangsa, mereka pun perlukan van untuk mengambil anak-anak istimewa. Saya mohon Kementerian Pendidikan Tinggi untuk mengambil perkara ini dan, kalau boleh, mohon jasa baik untuk menyediakan pengangkutan bagi golongan istimewa ini.
Seterusnya, saya juga ingin nak membawa isu pekerjaan. Isu pekerjaan ini amatlah serius. Tadi kita dengar jawapan daripada Menteri, tapi masih lagi ada kelemahan daripada segi aspek untuk mengambil golongan istimewa sebagai pekerja. Banyak syarikat-syarikat, mereka merasa malu untuk mengambil golongan istimewa sebagai pekerja. Sebab, ini saya sendiri mengalami. Walaupun saya memegang ijazah dalam pentadbiran, menulis, 63 buah syarikat menolak permohonan saya sebab saya OKU.
Memalukan.
Tuan Isaiah a/l D Jacob
Kalau pergi ke industri perhotelan, ini I belajar, dalam perhotelan mereka tidak berani, hotel tidak bagi OKU ataupun golongan istimewa berdepan. Mereka rasa oh, kalau kita pergi ke depan orang akan pandang ini golongan istimewa. Mereka rasa macam kami ini sebagai daripada alien, daripada dunia yang lain. Ini amat menyedihkan. Ada yang masa I kerja di- sementara I dapat satu pekerjaan di salah sebuah hotel, kawan sahabat saya yang bawa wheelchair tetapi biliknya kecil macam itu.
So, kita kena perhatikan, serius dalam perkara pekerjaan bagi golongan istimewa.
Apa yang saya kata ini sebahagian saya mengalami sebab itu saya berjuang. Ada yang ramai kata apabila saya bangun berbahas, apabila saya bawa isu-isu golongan istimewa ada yang kata, ada YB kata, ada Menteri yang sebelah sana mengatakan saya ini garang, ganas tetapi saya mengalami.
Saya mengalami, saya tidak mahu golongan saya, golongan yang akan datang selepas saya akan mengalami kesusahan yang seperti saya mengalami. Prinsip saya, saya tegas. Saya mengatakan saya tetap akan menjaga hak-hak golongan istimewa. Apa yang sepatutnya mereka menerima, mereka mesti terima. Tidak ada seorang pun boleh mengambil hak-hak mereka.
Itu ketegasan saya. Bukan saya marah dengan mana-mana Menteri ataupun kementerian tetapi saya mesti jaga. Saya bukan datang ambil- saya angkat sumpah di sini, bukan hendak datang duduk, hendak just go through, cukup bulan saya hendak ambil gaji, hendak balik. Itu bukan tanggungjawab saya. Perjuangan saya untuk golongan istimewa memastikan golongan istimewa ini dipelihara, dijaga dan hak-hak mereka kena diberikan pada mereka.
Saya harap dalam peruntukan yang diberi ini, apa yang saya sebutkan tadi pengangkutan, pendidikan, pekerjaan akan diberi saksama untuk menjaga mereka. Saya juga pernah menulis beberapa pucuk surat kepada beberapa buah agensi. Ingin saya hendak jumpa pengarah kah atau pun mana-mana. I tidak hendak sebutkan, saya tidak suka sebut di depan, tetapi saya amat kecewa juga termasuk beberapa kementerian. Saya ingin adakan perjumpaan hendak cari jalan macam mana kita boleh bantu golongan istimewa, tidak dapat sambutan yang baik termasuk kerajaan. Ini amat menyedihkan. Hari ini saya ingin memberitahu saya ingin hendak jumpa, hendak adakan mesyuarat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Saya ada cadangan kalau Kementerian Kesihatan boleh bagi ruang di setiap hospital satu bahagian, saya boleh panggil golongan istimewa penglihatan buat urut bagi jururawat, doktor di hospital-hospital kerajaan. Ia akan memberi pendapatan yang lumayan kepada mereka. Selain daripada itu, saya baharu-baharu ini pergi ke salah sebuah sekolah, melawat ke Sekolah Semangat Maju, Ipoh dan salah satu kursus yang mereka tawarkan kepada anak-anak autisme adalah mencuci kereta. Mereka berjaya tetapi di luar mereka tidak dapat pekerjaan.
So, saya datang dengan idea, apa kata kalau kita letak anak-anak ataupun pelajar- pelajar ini di setiap kementerian, di kawasan kementerian ataupun di hospital, di mana- mana untuk mereka untuk cuci. At least mereka dapat pendapatan sedikit untuk mereka.
Saya rasa ini pengalaman saya sebab itu saya datang dengan idea-idea.
Saya hendak bincang dengan semua Menteri-menteri, kementerian, bagaimana kita boleh bantu. Kita tidak minta besar-besar. Bagi ruang, kita akan perhatikan. Bagi Kementerian Pengangkutan, pegawai yang ada di sini saya ingin mohon seperti Prasarana, stesen LRT, bus station, even the airport. Kalau kita bagi ruang, satu atau dua lot kepada golongan istimewa, ramai golongan istimewa akan mendapat manfaat daripada pemberian ini. Saya tidak menggalakkan beri duit, tetapi kita kena mengajar mereka bagaimana kita hendak cari duit.
Saya harap kementerian-kementerian yang ada pada hari ini akan mengambil dengan peruntukan yang diberi RM1.2 bilion ini akan digunakan dengan cara yang sempurna untuk memastikan mendapat apa yang saya tadi katakan, akan didengar dan disediakan untuk golongan istimewa. Terakhir, saya juga...
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Soalan, mencelah sedikit?
Timbalan Yang di-Pertua
Boleh YB?
Tuan Isaiah a/l D Jacob
Boleh.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa hari ini masing-masing sepi dalam Dewan dengan ucapan Yang Berhormat, tetapi apakah- saya tahu memang ramai kalangan orang kurang upaya yang mempunyai profesional dalam pelbagai bidang.
Adakah tidak mungkin diadakan satu convention di kalangan tenaga-tenaga pakar orang-orang kurang upaya ini, seluruh-seluruh orang kurang upaya ini untuk membuat satu cadangan secara menyeluruh, supaya gerak kerja ataupun pembelaan terhadap orang kurang upaya ini dapat dibuat secara bersepadu dan menyeluruh. Itu sekadar pandangan dan minta pencerahan daripada Yang Berhormat. Terima kasih.
Tuan Isaiah a/l D Jacob
Terima kasih YB. Pandangan yang amat. Memang saya sudah ada rancang untuk tahun depan, seperti yang tadi kata saya mengangkat sumpah di sini bukan untuk ambil gaji tetapi hendak bagi khidmat kepada golongan saya.
Tahun depan saya ada enam program untuk golongan istimewa, untuk memberi kesedaran kepada rakyat betapa pentingnya golongan istimewa jikalau kita beri ruang kepada mereka. Salah satu program saya ingin hendak umumkan pada hari ini, 2 Mac dan 3 Mac saya akan adakan di bawah- Senator, pejabat saya.
Kita akan anjurkan Karnival Usahawan OKU Kebangsaan di Dataran Merdeka. Di mana, semua booths yang kita akan sediakan, gerai-gerai yang kita akan sediakan adalah untuk yang akan di terajui ataupun berniaga oleh golongan istimewa. Ada yang pandai buat burger. Baharu-baharu ini saya dapat dua orang, satu di Bangi, satu di Cheras, dengan menggunakan wheelchair atau kerusi roda mereka jual burger. Akan tetapi ramai tidak tahu.
Saya hendak bawa mereka ke Dataran Merdeka. Saya mohon Kementerian Komunikasi dan Digital akan kerjasama untuk memberi publisiti. Saya perlukan media untuk datang ke depan untuk membuat, menjayakan program ini. Saya harap saya akan dapat sambutan.
Seperti yang tadi YB menyarankan, memang kita ada rancangan, hanya tarikh I belum tetapkan. Bila sudah tetap tarikh itu memang tahun depan kita akan buat lebih banyak program-program OKU, golongan istimewa. Lagi satu, baharu-baharu ini saya telah menyertai dua program. Satu di Dataran Merdeka larian bersama dengan golongan istimewa, saya pun lari dua kilometer, tapi tak puas hati.
Tuan Isaiah a/l D Jacob
Saya biasa lari lebih jauh, tetapi kali ini dua kilometer, tetapi amat sedih adalah apabila program itu disediakan, sebelah sana lagi satu agensi buat lagi satu program. So, saya mohon kerajaan adalah mana-mana Kementerian Belia dan Sukan boleh- apabila program golongan istimewa dibuat, semua seluruh rakyat Malaysia bagi sokongan kepada mereka. Apabila kita bagi sokongan moral, maka mereka rasa- golongan istimewa saya akan rasa masih ada yang sayang mereka. Ini lah tema pejabat saya, *“Masih ada yang sayang”.
So*, saya harap dengan ini kerajaan akan dengar rintihan yang kami lalui, saya tidak tahu sebelum-sebelum ini, tetapi sekarang saya sentiasa akan bawa isu-isu golongan istimewa demi kebaikan dan untuk mendapat kehidupan yang cerah kepada mereka.
Akhir sekali, peruntukan yang diberi kepada golongan istimewa. Saya juga ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat memberi peruntukan kepada semua Senator pada bulan Oktober yang lepas. Saya ucapkan terima kasih, tetapi saya juga ingin memohon kerajaan- Senator pun perlukan pejabat, Senator pun perlukan pejabat untuk membuat urusan. Kami memerlukan sedikit peruntukan untuk menjalankan pentadbiran dan pengurusan pada karier kami.
Sebagai contoh, saya menjaga sebanyak 222 Parlimen golongan istimewa tetapi saya tidak ada peruntukan khas untuk pejabat. Setiap hari saya dikunjungi golongan istimewa ke pejabat saya meminta- nasib baik kami sudah terima peruntukan bulan 10, tetapi sebelum bulan 10, kita tidak terima.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya sayangi dan saya hormati, setiap bulan perbelanjaan saya dalam pejabat dan juga untuk beri kepada golongan istimewa hampir RM40,000. Gaji saya tidak bawa ke rumah. Dengan ini, saya mohon jasa baik kerajaan at least sewa pejabat dan juga dua orang pekerja dalam pejabat saya. Saya ingin hendak bantu kerajaan untuk menyelesaikan masalah-masalah golongan istimewa. Di sini bukan saya seorang yang minta, tetapi setiap Senator yang ada kena bagi penghormatan. Ahli- ahli Senator merupakan lantikan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda. Mereka wajib menerima peruntukan untuk pentadbiran dan pengurusan pejabat.
Bukan sahaja Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat, Ahli Parlimen rakyat yang dipilih oleh rakyat untuk memberi perkhidmatan. Kami di sini, as a Senator check and balance. Adakah Ahli-ahli yang dipilih, menjalankan ataupun menguruskan- mohon dua minit Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua
Boleh Yang Berhormat. Saya rasa ramai Ahli Dewan yang menyokong saranan YB tadi itu...
[Tepuk] [Ketawa]
Tuan Isaiah a/l D Jacob
Terima kasih. Saya mohon Senator adalah check and balance. Kami bukan second class. Contoh dalam tempoh dua hari yang lepas, jikalau kami tak luluskan Rang Undang-undang Kesatuan Sekerja, apakah akan berlaku? So, kami bukan second class. Seperti I tadi kata, saya berani, saya tegas, itu diajar kepada saya. Kami memerlukan bantuan untuk pejabat. Saya harap Kementerian Kewangan akan pertimbangkan permohonan kami dan akan memberi sedikit sokongan kepada kami.
Dengan ini, saya menyokong peruntukan ataupun bajet yang dibacakan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar bin Ibrahim dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih YB. Sekarang saya jemput YB Datuk Lim Pay Hen, hendak mula lepas itu sambung balik selepas lunch?
Seorang Ahli
Sambung balik...
Timbalan Yang di-Pertua
Jadi, boleh ya? Okey. Ya, YB nak terus kepada nak...
Datuk Lim Pay Hen
Selepas inilah.
Timbalan Yang di-Pertua
Okey, baik. Saya dinasihatkan oleh SUDN untuk YB mulakan dan sambung semula selepas waktu makan...
Seorang Ahli
34 minit.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih...
[Ketawa]
Datuk Lim Pay Hen
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya amat menyokong.
Sebelum saya kemukakan perbahasan saya, saya menyokong cadangan YB tadi, Ahli-ahli Senator itu diberi peruntukan untuk pejabat dan juga talian telefon sebab kita bukan sahaja dilantik, kita perlu memberi perkhidmatan kepada rakyat kita.
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua kerana memberi peluang dan ruang kepada saya untuk turut sama mengambil bahagian dalam perbahasan pembentangan Belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada Oktober lalu.
Saya menyambut baik pembentangan Belanjawan 2024 itu bagi memastikan negara kita dapat terus bergerak ke hadapan. Malah ia juga sebagai perancangan untuk kita terus membina semula negara kita setelah melalui tempoh dan tahun-tahun mencabar akibat pandemik COVID-19 yang berlarutan hampir tiga tahun, tetapi pembentangan Belanjawan 2024 ini merupakan satu rangka belanjawan yang disediakan penuh oleh pentadbiran kerajaan setelah negara berjaya mengakhiri cabaran pandemik COVID-19 dan ketidakstabilan politik. Diharap dapat kembali menyemarakkan ekonomi dan mengurangkan jurang ketidaksetaraan negara.
Saya juga turut mengikuti penggulungan Belanjawan 2024 di peringkat dasar di Dewan Rakyat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri aspek tata kelola, kaedah penyaluran yang efektif dan mengelakkan ketirisan demi kepentingan rakyat sering disebut melambangkan komitmen kerajaan hari ini.
Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menyentuh beberapa aspek yang menyentuh aspek agar sedikit terperinci kepada beberapa perkara yang saya harap kerajaan dapat melihat dan memastikan ia diselesaikan sebelum meluluskan pelaksanaan dan pengurusan belanja 2024 ini.
Tuan Yang di-Pertua, dalam pembentangan Belanjawan 2024, sejumlah RM6.8 bilion telah diumumkan sebagai peruntukan keseluruhan bagi pendidikan TVET.
Peningkatan dalam peruntukan ini amat baik memperlihatkan komitmen kerajaan terhadap pendidikan teknikal dan vokasional yang sering kali disebut berpotensi besar bagi membantu ekonomi negara dan rakyat terutamanya bagi golongan belia dengan menawarkan kebolehpasaran mendapat pekerjaan pada kadar yang tinggi.
Malah, Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) dengan izin, juga disebut akan memanfaatkan dana RM1 bilion untuk menyediakan 1.7 juta tawaran latihan dan sebanyak RM100 juta telah disebut sebagai insentif kepada industri untuk bekerjasama dengan institusi TVET awam yang menyediakan pensijilan profesional yang diiktiraf industri.
Timbalan Yang di-Pertua
YB, YB boleh habiskan poin itu selepas kita tangguh untuk makan tengah hari.
Datuk Lim Pay Hen
Okey. Saya akan sambung selepas ini. Terima kasih...
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua
YB minta tangguh. Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sidang kita ditangguhkan dan akan disambung semula pada jam 2.30 petang nanti. Terima kasih.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan bersidang semula dan saya hendak meneruskan sesi perbahasan.
Dengan itu, dijemput Yang Berhormat Datuk Lim Pay Hen untuk menyambung perbahasan.
Datuk Lim Pay Hen
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya sambung perbahasan saya, dengan sambung.
Muktahir ini, pendidikan dan industri TVET mendapat liputan yang amat meluas berikutan permintaan ke atas bidang tersebut semakin tinggi. Kepentingan TVET ini adalah sama penting dengan bidang akademik ataupun STEM. Namun begitu, walaupun permintaan ke atas bidang ini tinggi, penawaran dilihat masih rendah.
Berdasarkan Employment Statistic Report yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada suku pertama 2023, bilangan pekerja mahir kekal rendah iaitu pada kadar 24.9 peratus sahaja. Malah, menurut kenyataan Timbalan Perdana Menteri, hanya lima peratus pelajar berumur 15 hingga 24 menyertai bidang TVET. Kadar yang rendah ini jelas menunjukkan kerajaan perlu melaksanakan sesuatu yang kolektif bagi memastikan bidang tersebut dapat menarik minat anak muda.
Oleh itu, saya ingin bertanya kepada kementerian. Apakah pelan dan dasar kerajaan untuk menarik lebih banyak penglibatan anak muda dalam bidang yang kurang berminat untuk menyambung pelajaran dalam bidang latihan dan teknikal di politeknik dan institusi-institusi teknikal lain? Walaupun permintaan ke atas bidang ini adalah amat tinggi, namun penawarannya kekal rendah adalah kerana faktor gaji yang tidak kompetitif.
Kerajaan pada awal tahun dahulu turut menggesa para majikan untuk memberikan gaji minimum RM3,000 kepada graduan TVET bagi membantu industri berkembang.
Susulan daripada gesaan tersebut, sejauh manakah kerajaan melihat pihak industri serta majikan menyambut baik saranan tersebut? Adakah gesaan tersebut akan digazet dalam akta bagi meratifikasikan kesungguhan kerajaan meningkatkan potensi bidang TVET?
Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin tanya kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengenai Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP). Dalam pembentangan Belanjawan 2024 tempoh hari, kita dapat lihat terdapat beberapa usaha baik yang dirancang untuk sektor pertanian bermula tahun hadapan. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa sejumlah RM2.6 bilion akan diperuntukkan dan disalurkan pelbagai bentuk subsidi dan insentif kepada para pesawah dan nelayan bagi menjamin kelangsungan industri agromakanan negara.
Ia nya diikuti dengan pengumuman kenaikan kadar Skim Subsidi Harga Padi pada RM360 semetrik tan kepada RM500 semetrik tan dan menaikkan harga lantai belian padi demi membantu pendapatan pesawah kepada RM1,300 semetrik tan.
Namun, di sebalik semua pengumuman tersebut, kita juga harus melihat kepada Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) tahun 2022 yang dikeluarkan bulan ini. Mendapati pengurusan penyaluran peruntukan adalah kurang memuaskan sehingga terdapat RM448.87 juta baki peruntukkan terkumpul tahun 2022 tidak dibelanjakan.
Di bawah Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP), hanya memberikan baja, racun, kapur dan bajak sahaja. Telah dua tahun baja organik tidak dibekalkan kepada pesawah.
Saya hendak tanya, mengapa baja organik diabaikan. Sedangkan input ini penting untuk memperbaiki tanah sawah seterusnya menaikkan hasil petani.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin mohon izin Ahli-ahli Yang Berhormat Senator dari Sabah dan Sarawak kerana saya hendak sentuh tentang subsidi baja pada penanam padi bukit di negeri Sabah dan Sarawak. Sudah dua tahun subsidi baja organik tidak dihantar kepada pesawah di negeri Sabah dan negeri Sarawak khususnya untuk penanam padi bukit, di bawah Skim SBRPB.
Petani yang mengusahakan padi bukit di Sabah dan Sarawak telah dipinggirkan selama dua tahun. Bajet yang diumumkan untuk padi bukit tidak dibekalkan dan saya ingin tanya kepada kerajaan, mengapa kerajaan tinggalkan petani di Sabah dan di Sarawak.
Adakah kerajaan akan terus berhentikan subsidi ini ke Sabah dan Sarawak?
Oleh itu, saya ingin bertanya, apa usaha dan langkah kerajaan bagi memastikan segala peruntukan yang diumumkan akan sampai kepada pengusaha tanaman padi dan pesawah-pesawah kecil bagi memanfaatkan penuh jumlah peruntukan.
Datuk Lim Pay Hen
Apakah usaha dan langkah kerajaan bagi memastikan segala peruntukan yang diumumkan akan sampai kepada pengusaha tanaman padi dan pesawah-pesawah kecil bagi memanfaatkan penuh jumlah peruntukan? Cadangan saya agar Kerajaan Persekutuan juga perlu terus menambah baik hubungan dengan semua kerajaan negeri dalam meningkatkan pengeluaran padi. Sebagai contoh, di negeri Johor tahun lalu, hasil pengurusan sawah-sawah telah lebih teratur dan sistematik serta pelaksanaan insentif projek pembangunan sawah padi dan dibantu oleh komitmen pesawah telah berjaya meningkatkan hasil pengeluaran padi sebanyak 30.1 peratus pada tahun 2022.
Selain daripada bantuan-bantuan kepada penanaman atau harga padi dalam pengumuman Belanjawan 2024, saya juga mendapati kerajaan kurang menekankan aspek pertanian yang lain. Hanya peruntukan RM50 juta disebut sebagai Tabung Bencana Pertanian untuk digunakan sebagai pampasan kepada petani, penternak dan nelayan yang mengalami kerugian akibat bencana yang telah disebut.
Justeru, saya ingin bertanya. Di manakah lagi bentuk bantuan atau skim insentif yang kerajaan boleh sediakan kepada petani ataupun usaha tanaman bagi menggalakkan petani yang akan menyumbang kepada tahap sekuriti makanan dan ekonomi negara? Apa lagi bentuk pakej-pakej bantuan kepada petani atau pengusaha tanaman seperti buah- buahan dan sayur-sayuran yang boleh meningkatkan ekonomi negara dan rakyat, di samping menyumbang kepada kadar skor indeks keselamatan dan keterjaminan makanan setempat dan negara?
Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin juga membawa isu mengenai projek pembinaan jalan di negeri Johor. Walaupun Timbalan Menteri Kerja Raya telah menjawab soalan saya pagi tadi tetapi rasa saya ada jawapan yang diberi itu masih kekurangan. Jadi, saya bangkit sekali lagi. Pembinaan jalan raya di negeri Johor iaitu Projek Menaik Taraf Jalan Muar- Tangkak-Segamat yang dibahagikan kepada tujuh buah pakej. Projek ini sudah mengambil masa beberapa tahun iaitu pada zaman Pak Lah- Perdana Menteri yang kita sayangi iaitu PM Ke-5. Namun secara keseluruhannya, masih terdapat beberapa buah pakej atau bahagian yang masih dalam pembinaan dan perancangan.
Secara terperinci, Pakej 1B, 2A dan Pakej 3 yang menghubungkan laluan dari Pejabat KEMAS Gemereh sehingga Pintu A Taman Negara telah siap pada tahun 2019.
Namun, Pakej 1A iaitu di permulaan jalan dari arah Jalan Buloh Kasap ke Pejabat KEMAS Gemereh masih lagi di fasa perancangan.
Di Pakej 4 hingga 6 yang melibatkan laluan dari Pintu A, Taman Negara sehingga ke Pusat Perindustrian Ledang yang menjadi titik akhir projek naik taraf jalan ini juga tidak siap sepenuhnya. Ini secara langsung menyebabkan rakyat yang ingin melalui laluan tersebut terpaksa berhadapan dengan struktur jalan yang tidak elok, yang terdedah kepada ancaman keselamatan dan kemalangan.
Justeru, saya ingin bertanya kepada kerajaan, mengapakah terjadinya kelewatan pelaksanaan penuh Projek Menaik Taraf Jalan Muar-Tangkak-Segamat sehingga berlakunya kelewatan yang mengambil masa begitu lama? Melalui perancangan sedia ada Kerajaan Madani hari ini, berapa lama tempoh atau bilakah tarikh yang dapat diberikan untuk penyempurnaan pelaksanaan projek ini?
Saya berharap agar kerajaan dapat memberi komitmen kepada penyelesaian keseluruhan projek ini agar tujuannya menjadi laluan yang menghubungkan dari Segamat ke Muar ini, pasti akan membangunkan ekonomi kesemua kawasan yang terlibat.
Tan Sri Yang di-Pertua, dalam Belanjawan 2024, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri turut mengumumkan RM20 juta bagi penubuhan pusat pengajian kecerdasan buatan pertama negara di Universiti Teknologi Malaysia. Ini satu inisiatif yang sangat baik dan diraikan oleh golongan belia.
Usaha untuk melahirkan bakat-bakat baharu dalam industri AI ini perlu kita sokong dengan penubuhan ekosistem AI yang lebih agresif. Jadi, saya mencadangkan agar kerajaan menjalinkan kerjasama strategik dengan industri AI seperti Microsoft, Google, Tesla, IBM dan Huawei bagi memastikan industri AI yang dibangunkan negara, sekali dengan keperluan industri itu sendiri.
Selain daripada melahirkan bakat baharu melalui penubuhan Fakulti Kecerdasan Buatan (AI), kerajaan juga perlu mempergiatkan lagi usaha untuk membawa lebih banyak pelaburan AI ke dalam negara.
Selaras dengan matlamat Malaysia untuk menjadikan destinasi industri berteknologi tinggi menjelang tahun 2025, saya telah dimaklumkan bahawa MIMOS dengan kerjasama Microsoft pada tahun 2019 juga telah bersama-sama menubuhkan Pusat Kecerdasan Buatan (AI) Gunaan di Malaysia, yang dinamakan Center of Artificial Inteligence for Future Industry. Soalan saya, sehingga kini, apakah inovasi dan sumbangan yang lebih dilahirkan dari AI center tersebut yang memberi impak kepada pertumbuhan sosioekonomi Malaysia?
Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga ingin memetik Laporan Bank Dunia yang telah mengumumkan unjuran ekonomi Malaysia daripada 4.3 peratus kepada 3.9 peratus tahun ini.
Saya rasa ini merupakan satu signal yang kurang memberangsangkan kepada ekonomi negara. Malah, sejak November ini, nilai Ringgit Malaysia telah jatuh menjunam sehingga RM4.70 bagi USD1.
Antara punca utama kemerosotan nilai Ringgit ini merupakan akibat daripada pengetatan Dasar Monetari US, khususnya perbezaan kadar faedah dan kedudukan pelaburan antarabangsa. Jadi, bagi menjaga nilai Ringgit, saya agak tertarik dengan pengumuman yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini berkaitan usaha de-dolarisation yang telah digerakkan bersama Indonesia, Thailand dan China bagi mengelakkan lebih banyak perdagangan dan pelaburan dalam mata wang tempatan.
Ini merupakan satu langkah yang cukup berani dan kesan daripada langkah itu, saya ingin bertanya. Adakah Malaysia telah bersedia sepenuhnya untuk beralih kepada rizab emas, berbanding rizab yang disandarkan kepada Dolar US. Adakah kerajaan juga akan mempertimbangkan untuk mempelbagaikan lagi sistem rizab negara seperti melancarkan mata wang crypto baharu yang disokong oleh emas bagi kegunaan Malaysia dan negara ASEAN yang boleh digunakan dalam perjanjian perdagangan dua hala antara negara seperti yang dilaksanakan Rusia dan Iran dalam bilateral trade deal bagi mengurangkan pergantungan kepada Dolar US?
Datuk Lim Pay Hen
Bagi menyokong pengukuhan nilai ringgit juga, Malaysia perlu meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan daya saing negara bagi menarik aliran masuk dana dan pelaburan asing. Oleh itu, apakah dasar yang dilaksanakan kerajaan untuk menambah baik iklim pelaburan dan produktiviti Malaysia? Memandangkan pengenalan cukai keuntungan modal dalam Belanjawan 2024 bererti akan merencatkan aliran masuk dana ke Malaysia.
Selain itu, seperti kita maklum, Bancian Ekonomi 2023 telah dilaksanakan di seluruh negara bermula April 2023 hingga September 2023. Bilakah pelaporan banci ekonomi ini dijangka akan diterbitkan dan dibentangkan? Saya ingin tahu, bagaimanakah banci ekonomi ini diguna dan dimanfaatkan bagi tujuan pelaksanaan dasar-dasar baharu kerajaan seperti program subsidi bersasar? Juga, berkaitan mekanisme baru yang digunakan kementerian bagi menggantikan pengelasan B40, M40 dan T20 yang pernah dinyatakan akan dihapuskan oleh Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali. Dalam usaha kerajaan memperkasakan peranan SPR, saya mencadangkan agar bajet untuk program pendidikan pengundi perlu diberi bagi memastikan para pengundi muda lebih cerdik terhadap proses demokrasi negara. Ini kerana saya lihat tiada peruntukan khusus disediakan pada tahun hadapan berkaitan pendidikan pengundi. Jika boleh, saya syorkan kerajaan perlu ketepikan sedikit peruntukan bagi tujuan ini dan keluarkan arahan kepada kementerian seperti KPT, KPM dan KBS untuk turut bekerjasama membantu SPR memberikan program pendidikan ini.
Seterusnya, saya juga ingin menekankan kepada pihak kerajaan supaya pihak SPR perlu membuat lantikan petugas SPR melalui kaedah permohonan terbuka memandangkan ramai guru yang mengeluh kerana dipaksa menjadi petugas SPR sehingga terpaksa mengabaikan tanggungjawab utama mereka di kelas kerana perlu menghadiri kursus SPR. Kesannya, pembelajaran murid di kelas terabai dan beban guru meningkat. Jadi, saya syorkan petugas SPR ini perlu terdiri daripada sukarelawan kerana saya percaya jika SPR buka permohonan melalui kaedah terbuka, ramai rakyat Malaysia yang ingin mencuba.
Tuan Yang di-Pertua, saya dengan ini menyokong Rang Undang-undang Perbekalan 2024. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Yang Berhormat Senator.
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Senator Dato’ Juhanis binti Abd Aziz.
Dato’ Juhanis binti Abd Aziz
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya memohon, Tuan Yang di-Pertua, untuk membahaskan Belanjawan 2024 dalam keadaan yang duduk kerana saya masih tidak boleh berdiri lagi ketika ini.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Dato’ Juhanis binti Abd Aziz
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera diucapkan kepada semua sahabat yang berada di sidang Dewan pada petang ini. Terima kasih diucapkan kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2024 ini.
Tuan Yang di-Pertua, pertama, kos sara hidup. Di dalam Belanjawan 2024 ini, rakyat boleh diibaratkan seperti meletakkan “rendah gunung, tinggi harapan” kepada pihak kerajaan untuk memberi tumpuan khusus kepada usaha menangani kos sara hidup yang kian memuncak ditambah pula dengan kenaikan harga barang yang berterusan membebankan mereka saban hari.
Ya, tidak dinafikan angka-angka menunjukkan gambaran yang positif. Misalnya, inflasi menurun kepada 1.9 peratus pada September 2023 berbanding 2.0 peratus pada bulan Ogos 2023. Namun, hakikatnya, angka-angka yang abstrak ini tidak menggambarkan realiti semasa kehidupan rakyat di peringkat bawahan, khususnya yang dihambat kenyataan bahawa kos sara hidup yang tinggi pada ketika ini hakikatnya sangat membebankan mereka.
Sebagai kerajaan yang cakna terhadap perjuangan yang membela nasib rakyat, janganlah kita ditenggelamkan wajah kepura-puraan mempesonakan rakyat dengan nilai abstrak yang tidak mengenyangkan mereka yang saban waktu terpaksa bertungkus-lumus untuk meneruskan kehidupan mereka. Seharusnya kerajaan bertungkus-lumus menangani isu kenaikan kos sara hidup dan harga barang bagi memastikan rakyat dapat menikmati kehidupan yang berkualiti.
Tuan Yang di-Pertua, kedua, isu keterjaminan makanan yang merupakan antara isu yang telah diberi perhatian oleh Yang Teramat Mulia Yang di-Pertuan Agong sekali gus menunjukkan berapa pentingnya isu ini.
Berdasarkan laporan Global Report of Food Crisis 2023 menyatakan bahawa jumlah penduduk dunia yang berdepan isu kelaparan telah meningkat kepada 258 juta orang, akibat konflik peperangan, perubahan iklim dan krisis ekonomi di 58 buah negara di dunia berbanding hanya 193 juta orang di 53 buah negara pada tahun 2022. Situasi ini diburukkan lagi dengan krisis peperangan di antara Rusia dan Ukraine yang telah memburukkan lagi aspek keterjaminan makanan global.
Malaysia juga turut terkesan apabila berlaku krisis ini yang telah mengakibatkan berlakunya kekurangan beberapa jenis bekalan makanan sehingga mengakibatkan harganya di pasaran melambung tinggi dek kerana permintaan yang tinggi berbanding penawaran. Tambahan pula, Malaysia mempunyai kebergantungan yang tinggi terhadap import makanan.
Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan menunjukkan nilai import makanan pada tahun 2022 adalah berjumlah RM75.6 bilion berbanding RM63.59 bilion pada tahun 2021 iaitu peningkatan sebanyak RM11.95 bilion ataupun 8.7 peratus. Malah, dalam tempoh lima tahun iaitu dari tahun 2018 hingga 2022, nilai import makanan keseluruhan yang dicatatkan adalah berjumlah RM296.4 bilion.
Melihat kepada situasi ini, sudah pastinya penyelesaian tuntas perlu difikirkan oleh kerajaan dalam bajet ini bagi memastikan aspek keterjaminan makanan ini diberikan perhatian serius dengan menyediakan rangka kerja strategik yang kalis krisis dan cabaran, di samping mengambil kira beberapa faktor seperti mengurangkan kebergantungan import makanan yang tinggi ini.
Dato’ Juhanis binti Abd Aziz
Tan Sri Yang di-Pertua, ketiga, berkaitan ibu tunggal. Umum mengetahui bahawa ibu tunggal merupakan antara kumpulan komuniti rentan yang mudah terjejas dengan perubahan ekonomi dan kos sara hidup serta mempunyai pelbagai dugaan daripada segi pekerjaan, pendapatan dan kebajikan.
Apa yang membimbangkan adalah ketidakmampuan mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup akan menyebabkan sesetengah mereka hilang pedoman dan melibatkan diri dalam kancah yang tidak sihat bagi mendapatkan wang dengan mudah.
Justeru, inisiatif kerajaan dalam Bajet 2024 untuk merakyatkan ilmu komuniti rentan ini termasuk ibu tunggal menerusi peruntukan berjumlah RM5 juta bagi dimanfaatkan oleh 5,000 komuniti tumpuan di 105 kolej komuniti seluruh negara. Ini diyakini akan membantu mereka, khususnya ibu tunggal untuk mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik.
Namun demikian, antara isu penting yang ingin dan perlu diberi perhatian adalah bagaimanakah mekanisme merakyatkan ilmu ini akan dilaksanakan kepada golongan ibu tunggal? Sama ada secara sepenuh masa ataupun separuh masa, memandangkan mereka juga mempunyai kekangan masa kerana perlu bekerja dan menjaga anak-anak mereka.
Saya juga memohon agar pihak kerajaan memberdayakan lagi usaha dari sudut mempromosikan bantuan-bantuan yang disediakan kepada golongan ibu tunggal kerana ada di antara mereka kurang cakna berhubung bantuan-bantuan yang disalurkan oleh kerajaan untuk mereka.
Seterusnya, saya ingin bertanya adakah pihak-pihak kerajaan akan meneruskan agenda Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal Versi 2.0? Memandangkan Versi 1.0 telah berakhir pada tahun 2020. Hal ini kerana pelan ini penting sebagai panduan bagi meningkatkan keupayaan ibu tunggal dan tidak seharusnya ia terhenti begitu sahaja.
Tan Sri Yang di-Pertua, keempat berkaitan gaji bermaruah dan kehidupan wajar belia. Hal ini telah lama menjadi polemik di dalam masyarakat. Namun, jalan penyelesaian tuntas bagi menoktahkan masalah ini masih belum di kecapi.
Isu gaji bermaruah dan kehidupan wajar belia ini penting bagi menjamin kehidupan belia yang berkualiti dan bukannya hanya sekadar tertumpu untuk memenuhi keperluan asas.
Lebih daripada itu, kehidupan yang berkualiti melibatkan kestabilan emosi, rohani, jaringan keselamatan sosial, simpanan persaraan, penglibatan aktif dalam masyakat dan pembangunan diri serta keluarga.
Jika diteliti, Laporan Perkembangan Ekonomi 2018, inflasi, kos sara hidup dan gaji kehidupan wajar, Bank Negara Malaysia menganggarkan gaji kehidupan wajar di Kuala Lumpur pada tahun 2016 sebanyak RM2,700 bagi isi rumah seorang dewasa bujang, RM4,500 bagi isi rumah pasangan tanpa anak dan RM6,500 bagi pasangan dengan dua orang anak. Sungguhpun kajian ini telah menjangkau usia lima tahun, realitinya gaji yang diterima pada masa kini belum lagi berpadanan.
Ini kerana berdasarkan Laporan Survei Gaji dan Upah Malaysia 2022 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan menyatakan gaji yang diterima oleh golongan muda antara kumpulan umur 15 hingga 34 tahun mencatatkan nilai penengah gaji di antara RM1,490 hingga RM2,670 sahaja. Sedangkan saban tahun inflasi semakin meningkat dan kos sara hidup semakin tinggi.
Ini tidak lagi mengambil kira isu golongan graduan yang menerima gaji underpay daripada pihak kebajikan, kebajikan tidak dijaga, tiada pelindungan pekerjaan daripada majikan dan majikan culas membayar caruman KWSP. Belia ini bukan tidak mahu berubah, namun disebabkan oleh kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan, risiko ketidaktentuan ekonomi dan persaingan saban tahun dengan graduan baru mengakibatkan mereka ini terjerumus dalam perangkap penghambaan bentuk baru demi meneruskan survival kehidupan seharian, hinggakan kelemahan ini dieksploitasi golongan kapitalis demi keuntungan peribadi. Sudah tiba masanya, pihak merangka mekanisme bagi mencari solusi tuntas kepada perkara ini bagi memastikan para belia mempunyai jaminan kehidupan masa hadapan yang lebih berkualiti.
Tan Sri Yang di-Pertua, kelima- isu perumahan. Walaupun berbagai-bagai projek telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan, namun hakikatnya keperluan perumahan masih belum dapat dipenuhi dan masih terdapat cabaran yang dihadapi dalam penyediaan perumahan. Masalah yang ketara ialah penyediaan perumahan kos rendah masih terhad dan menjurus kepada kekurangan rumah mampu milik.
Hal ini disebabkan keutamaan sektor swasta untuk mengaut keuntungan yang lebih tinggi apabila membina perumahan kos sederhana dan tinggi. Justeru, saya menyambut baik kerajaan di dalam menangani isu ini menyentuh aspek perumahan yang merupakan cabaran utama yang membelenggu golongan B40 dan belia terutama yang tinggal di bandar-bandar utama. Justeru, saya menyambut baik usaha kerajaan dalam Bajet 2024 ini untuk menangani permasalahan ini menerusi peruntukan berjumlah RM2.47 bilion untuk melaksanakan projek perumahan dan menambah skim jaminan kredit perumahan sehingga RM10 bilion bagi dimanfaatkan 40,000 orang peminjam.
Sehubungan dengan itu, bagi memperkasakan usaha ini saya mencadangkan agar pihak kerajaan pertama, memperkenalkan inisiatif daripada segi pengurangan cukai, geran, dan kadar faedah lebih rendah bagi mengurangkan bebanan kewangan peminjam, terutamanya golongan belia.
Kedua, mengurangkan sementara atau menghapuskan levy import melibatkan projek perumahan yang mampu milik memandangkan kenaikan kos input bagi bahan binaan memberikan kesan domino kepada peningkatan harga rumah.
Ketiga, mengadakan rundingan di antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri untuk mengurangkan cukai harta tanah yang dikenakan kepada pemaju projek perumahan mampu milik agar harga jualan yang ditawarkan dapat dikurangkan.
Selain daripada itu, saya juga memohon agar konsep projek Pembangunan Kejiranan Madani yang memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri pada harga serendah RM150,000 hingga RM200,000 dan sewaan pada kadar dari RM300 hingga RM600 dapat diperluaskan di seluruh negara bagi membantu lebih ramai golongan isi rumah untuk memiliki tempat berteduh.
Dato’ Juhanis binti Abd Aziz
Tan Sri Yang di-Pertua, mengakhiri ucapan, saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan atas pembentangan Belanjawan 2024 ini. Saya berharap agar isu-isu yang dibangkitkan akan mendapat perhatian yang sewajarnya oleh pihak kerajaan. Akhir kata, saya menyokong Bajet 2024. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Oleh sebab Yang Berhormat Senator Datuk Wira Dr. Mohd Hatta tidak ada dalam Dewan, tidak ada Yang Berhormat ya?
Saya menjemput Yang Berhormat Senator Tuan Mohd Hasbie bin Muda. Sila Yang Berhormat.
Tuan Mohd Hasbie bin Muda
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua atas peluang untuk turut sama membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan bagi tahun 2024.
Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada kerajaan atas pembentangan belanjawan yang begitu menarik dan menyeluruh yang biasanya kalau kita tengok pembentangan belanjawan sebegini iaitu menjelang pilihan raya umum, tetapi walaupun kita tidak ada pilihan raya umum dalam masa yang terdekat, belanjawan yang menyeluruh ini telah pun dibentangkan. Tahniah diucapkan.
Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, sudah tentulah kerajaan perlu membuat keputusan yang terbaik yang kadangkala tidak popular, tetapi penting untuk kemaslahatan negara. Kepentingan ekonomi negara dan dalam masa yang sama, tuntutan rakyat, kesejahteraan rakyat itu perlu diimbangkan untuk membuat keputusan yang terbaik demi kepentingan kedua-dua belah pihak.
Kerajaan telah melakar pelbagai pelan dan perancangan untuk memperbaiki kelemahan dalam sistem ekonomi negara. Strategi meningkatkan hasil negara serta penyasaran semula subsidi menjadi tumpuan utama kerajaan. Tema memperkasa rakyat telah menjadi fokus utama dalam pembentangan dokumen-dokumen termasuk dalam kerangka Ekonomi Madani juga dalam Kajian Separuh Penggal RMKe-12 dan yang terbaru dalam Belanjawan 2024.
Dalam tempoh setahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan ini, walaupun kita akui bahawa kejayaan yang tuntas itu belum dapat dicapai tetapi beberapa indikator ataupun beberapa pencapaian kecil seharusnya diberikan suatu penghargaan. Umpamanya, kalau kita tengok daripada segi kadar pengangguran telah jatuh daripada 3.6 peratus pada suku keempat- tahun lalu, sekarang ini di bawah 3.5 peratus.
Kalau kita tengok daripada segi inflasi. Inflasi dalam tempoh setahun hari pertama Perdana Menteri menjadi- mengangkat sumpah, kadar inflasi iaitu pada empat peratus dan hari ini 1.8 peratus. Inflasi kumpulan makanan dan minuman umpamanya daripada 7.3 peratus pada November 2023, sekarang ini pada tahap 3.8 peratus. Begitu juga daripada segi beberapa indikator tambahan, umpamanya harga petrol kita ialah yang termurah di dunia dengan kadar RM2.05 berbanding dengan pengeluar utama iaitu Arab Saudi RM2.94. Begitu juga lebih murah berbanding dengan Indonesia, RM4.45 dan Thailand pada kadar RM5.99.
Kalau kita tengok juga daripada segi pendapatan negara kasar per kapita juga menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun. Kita melihat juga Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia menunjukkan peningkatan 1.3 peratus setahun. Semua indikator ini ialah data yang kita peroleh daripada badan yang paling berautoriti untuk menunjukkan keadaan sebenar rakyat kita. Walaupun ia nya mungkin tidak difahami ataupun sukar untuk difahami oleh mereka di peringkat akar umbi tetapi ia nya ialah gambaran yang terbaik untuk menerangkan situasi yang sebenar.
Kerajaan juga tampil bertanggungjawab dengan memberikan pelbagai bantuan bagi membantu- supaya bantuan ini dapat dirasai oleh mereka rakyat kita. Umpamanya Program Payung Rahmah yang melibatkan peruntukan RM200 juta. Di dalam Payung Rahmah ini juga Jualan Rahmah, Menu Rahmah. Kemudian ada juga Sumbangan Asas Rahmah, Sumbangan Tunai Rahmah yang ditingkatkan daripada RM8 bilion setahun kepada RM10 bilion. Sumbangan Tunai Rahmah kita beri RM100 sebulan. Kalau dulu daripada enam bulan sekarang ini, 12 bulan setahun.
Begitu juga inisiatif kerajaan melalui IPR yang melibatkan peruntukan RM500 juta.
Pelbagai program ini diyakini boleh mengurangkan atau pun membantu usaha kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan tegar. Kemudian penyaluran bantuan tunai juga terus bertambah dari tahun ke tahun.
Bantuan Awal Persekolahan untuk anak-anak kita yang bersekolah. Kalau dahulunya kita hanya diberikan kepada kelompok yang tertentu, sekarang ini semua pelajar mendapat bantuan RM150 pada awal sesi persekolahan mereka.
Juga yang paling mendapat perhatian ialah kesejahteraan penjawat awam bila mana mereka diberikan bonus. Saya ingat pertama kali dalam sejarah, dalam tempoh 25 tahun ini, penjawat awam mendapat RM2,000 menyamai dua kali mendapat Anugerah APC. Jadi ini saya ingat satu inisiatif yang sangat baik daripada kerajaan untuk meringankan dan inisiatif ini sudah tentulah dirasai oleh rakyat di akar umbi.
Kemudian, kerajaan juga yang saya ingat sangat penting yang juga kita sentuh dalam perbahasan yang lepas ialah soal perlindungan sosial yang kita tahu bahawa pencarum kita ini jumlah yang punyai caruman yang cukup waktu mereka bersara nanti, jumlahnya kecil. Jadi kerajaan telah memperkasa umpamanya, Program i-Saraan daripada RM300, yang asalnya dulu RM250, sekarang ini RM500 setahun dengan nilai maksimum RM5,000 untuk seumur hidup.
Cuma saya nak tanya kepada Menteri Kewangan sebab ada yang tertunggu- tunggu bilakah caruman padanan ini akan dibuat pembayaran? Jumlah ini bagi mereka besar dan pengiraannya bagaimana? Sebab belanjawan mengumumkan kita beri kepada mereka yang ada simpanan kurang daripada RM10,000.
Diumumkan pada bulan yang lalu- maaf, yang saya sebut ini bajet yang lepas, saya ingat bulan Mac yang lepas, kita umum jumlah caruman padanan kepada mereka yang menyimpan dalam i-Saraan ini. Cuma persoalannya pengiraan kita itu ada yang mendapat penuh RM300, ada yang dapat tidak penuh. Jadi mereka nak tahu bagaimana kiraan itu? Sebab kalau kita tahu dia 15 peratus daripada jumlah. Maknanya kalau dia dah cukup sekian jumlah dalam akaun dia, pada bulan sekian-sekian, dia akan dapat jumlah yang penuh. Jadi, saya ingat itu juga perlu kita perjelaskan.
Kemudian tentang bantuan untuk mereka yang akaunnya RM10,000 ke bawah.
Kiraan itu juga bermula bulan bila? Adakah bermula waktu Menteri Kewangan umum ataupun bermula bulan 11 ataupun bulan 12? Sebab kalau kita dah umum bulan tiga, sepatutnya nilai kurang RM10,000 itu ialah mesti bulan tiga. Kalau tidak pencarum ini dia akan kosongkan caruman dia, ditunggu supaya baki itu kekal bawah RM10,000. Jadi ini satu benda saya ingat tidak wajarlah.
Kemudian, saya juga ucap terima kasih kerajaan memperkasa juga skim i-Suri, i- Sayang yang memperluaskan pemindahan dua peratus caruman kepada para suami yang isterinya bekerja. Kemudian, kerajaan juga akan memperkenalkan akaun KWSP fleksibel.
Ini juga suatu yang sangat baik kerana kadar dividen ataupun kadar dividen yang diperolehi daripada KWSP ini paling kompetitif berbanding dengan tempat-tempat yang lain.
Kemudian, seterusnya saya juga ingin menyentuh tentang inisiatif kerajaan dari sudut...
Dato’ Kesavadas a/l A Achyuthan Nair
Tuan Yang di-Pertua, bolehkah saya bertanya sedikit?
Tuan Yang di-Pertua
Ya, ya.
Dato’ Kesavadas a/l A Achyuthan Nair
Tentang EPF, tentang KWSP Yang Berhormat. Tahun 2016 bila KWSP bermula dengan caruman syariah, ramai masuk tanpa tahu apa kebaikan dan keuntungan itu, tapi dari tahun 2016 sampai tahun 2022, ramai pencarum pergi ke Pejabat EPF atau KWSP untuk nak patah balik buat U-turn, tapi mereka diberitahu oleh pegawai di situ tidak boleh, sebab sekali masuk tak boleh keluar.
Dato’ Kesavadas a/l A Achyuthan Nair
EPF, KWSP di bawah syariah dari tahun 2016 sampai hari ini, dividennya kurang satu persen kurang daripada konvensional.
Saya hendak tahu, sebab apa kita hendak- tak boleh patah balik walaupun duit itu, kita punya duit, pencarum punya duit. At least bagilah peluang untuk kita patah balik atau buat u-turn sekali, itu sahaja
Tuan Mohd Hasbie bin Muda
Terima kasih Yang Berhormat. Saya ingat soalan ini patut tanya kepada Menteri. Cuma saya ingat Menteri boleh respons persoalan itu.
Cuma kadar sedikit rendah itu saya difahamkan sebab simpanan syariah ini dia telah pun ditolak dengan zakat. Jadi, berbezalah bagi mereka yang dapat dividen konvensional, dia kena bayar semula 2.5 peratus zakat itu. Bagi yang syariah, walaupun kadarnya rendah, tetapi sudah tidak perlu membayar zakat yang ditetapkan kepada pencarum yang beragama Islamlah.
Saya teruskan tentang penyasaran semula subsidi ini, memang sebagaimana yang kita tahu, secara puratanya dalam tempoh 10 tahun ini, subsidi kita hanya bermain sekitar RM15 bilion ke RM20 bilion sahaja, tetapi pada tahun yang lalu, oleh sebab pelbagai faktor global menyebabkan kita terpaksa menanggung jumlah subsidi yang sangat besar mencecah RM70.3 bilion dan jumlah ini diburukkan dengan tanggungan kita kepada beberapa item-item yang lain.
Emolumen kita sekarang ini sudah mencecah RM92 bilion. Pencen kita juga umpamanya sudah RM32 bilion. Jadi, perkara-perkara ini memerlukan political will daripada kerajaan, keputusan yang tak popular, tetapi penting untuk memastikan kewangan kita terus mampan, terus dapat kita pertahankan ketahanannya.
Saya menyokong penuh rasionalisasi subsidi yang dibuat oleh kerajaan yang terbukti memang wajar. Umpamanya yang kecoh beberapa minggu yang lalu ialah penarikan subsidi ayam yang menjimatkan sebanyak RM3.8 bilion untuk tempoh dua tahun sejak ia dilaksanakan daripada Februari 2022. Bermakna, bila kita apungkan ayam, harga itu ditentukan oleh pasaran dan kita tidak perlu lagi untuk menggunakan wang kerajaan untuk memberikan subsidi dan harganya itu masih terkawal di bawah paras siling RM9.40.
Kemudian, dari sudut komitmen kerajaan juga, saya juga dari sudut umpamanya dalam soal pengurusan pencen yang kita sebutkan semakin bertambah. Memang kerajaan saya difahamkan akan mengkaji semula soal gaji penjawat awam dan memang kita menyokonglah supaya penjawat awam kita mendapat gaji yang semua pekerja atau penjawat awam kita mendapat gaji yang bermaruah, tetapi kita juga harus mengkaji dari sudut pencen kita kerana di luar sana ada dakwaan sistem pencen kita ini sangat menguntungkan mereka yang jawatan utama mendapat pencen kadangkala lebih besar daripada gaji kebanyakan rakyat.
Yang ini juga saya harap kerajaan juga membuat kajian kepada skim pencen kita.
Pencen kita umpamanya, kalau kita tengok, kerajaan pada tahun 2007 yang lalu telah menubuhkan Kumpulan Wang Persaraan yang kita sasarkan KWP ini akan menjadi sebuah badan yang boleh membantu kerajaan dari sudut membiayai bayaran persaraan penjawat awam.
Malangnya dalam tempoh lebih 15 tahun, sasaran yang ditetapkan itu sehingga ke hari ini bukan sahaja tak tercapai, tetapi untuk capai separuh daripada jumlah yang kita perlukan, juga tak capai. Dividen KWP sampai yang saya difahamkan tahun ini dan tahun hadapan hanya RM3 bilion sahaja setahun, maknanya tak sampai pun 10 peratus daripada jumlah perbelanjaan untuk pencen kepada penjawat awam kita.
Jadi, saya hendak tanya kepada kementerian yang berkaitan, apa strategi kerajaan untuk memastikan bahawa perbadanan-perbadanan awam yang kita wujudkan, khususnya badan-badan berkanun kita yang sudah tentulah bila kita wujud badan berkanun ini, ia melibatkan satu perbahasan yang panjang dan dia sudah tentulah diwujudkan kerana ada tujuan yang sangat penting. KWAP untuk membiayai wang persaraan penjawat awam, tetapi apa mekanisme kita?
Apa sasaran yang kita tetapkan untuk memastikan badan-badan ini mencapai sasaran dalam tempoh tertentu, bukan sehingga berpuluh-puluh tahun terus menjadi tanggungan ataupun bebanan kepada kerajaan untuk terus ditanggung, seolah-olah baru ditubuhkan. Ini belum kita sentuh soal LTAT yang menjadi tabung untuk tentera-tentera kita yang saya difahamkan kerajaan perlu bantu RM2 bilion, RM3 bilion. Ini masalah yang perlu dilihat.
Jadi, saya mencadangkan supaya kerajaan walaupun kita ada PACU yang memantau KPI jabatan-jabatan kerajaan, tetapi tumpuan secara khusus kepada perbadanan awam, kerana perbadanan awam ini selain mendapat peruntukan khusus daripada kerajaan, ia nya diwujudkan kerana tujuan tertentu yang sangat penting. Kalau perbadanan awam ini tak dapat memainkan peranan yang sebagaimana yang kita harapkan, maka sasaran-sasaran yang kita gariskan baik dalam kerangka Ekonomi Madani ataupun apa juga perancangan itu tidak dapat kita capai.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil peluang ini untuk menyentuh tentang FELDA. FELDA juga salah satu perbadanan awam kita yang menunjukkan prestasi yang tidak begitu memberangsangkan. Walhal, sebenarnya sebelum ini kalau kita tengok FELDA ini sejak tahun 1991 sudah pun boleh berdikari, maknanya tak perlu bantuan daripada kerajaan, tak perlu peruntukan perbelanjaan operasi daripada Kerajaan Persekutuan, dari tahun 1991, tetapi sejak kita menyenaraikan sebahagian aset dan perniagaan FELDA, pendapatan merosot, hutang dan kerugian meningkat dan kerajaan terpaksa memberi semula peruntukan untuk operasi pengurusan dan kebajikan peneroka.
Yang terbaharu, kerajaan membiayai nilai hutang hingga RM12 bilion untuk menghapuskan hutang-hutang peneroka FELDA. Jadi, saya ingat ini perlu diberikan perhatian. Malanglah satu institusi yang sangat penting bagi rakyat kita yang menjadi sumbangan Tun Razak yang begitu kita kenang, tetapi dalam tempoh terakhir ini menunjukkan prestasi yang tidak begitu memberangsangkan.
Jadi, kita harap kerajaan memberikan perhatian kepada isu-isu yang melingkari FELDA ini dan juga perbadanan-perbadanan- ini saya belum sentuh lagi perbadanan seperti KETENGAH yang kalau kita tengok, kita orang luarlah, kita tengok macam mana pembangunan umpamanya Tasik Kenyir, bermacam-macam inisiatif dibuat, peruntukan disalurkan, tetapi untuk menarik pelancong ataupun untuk menjadikan Tasik Kenyir itu sebagai satu tempat yang tumpuan pelancong itu sampai ke hari ini saya nampak tidak menunjukkan kejayaan yang memberangsangkan. Begitu juga dengan badan-badan yang lain.
Seterusnya saya juga ingin mengambil kesempatan juga saya hendak sentuh, walaupun saya sebut tadi, dalam bajet- dalam belanjawan kita, semua kelompok masyarakat disentuh, daripada pelajar sekolah, universiti dibantu dari sudut yuran RM1,500 pada awal dia hendak masuk universiti, kemudian yang mula bekerja, kemudian- semuanya disentuh, tetapi saya fikir kurang mendapat sentuhan daripada kerajaan ialah kelompok kanak-kanak ataupun kelompok bayi yang kita tahu antara masalah bayi dalam negara kita ini 21.2 peratus, kalau mengikut kajian daripada Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi tahun 2022 yang menunjukkan bahawa 21.2 peratus daripada kanak-kanak kita ini tergolong daripada kalangan kanak-kanak bantut.
Maknanya 1/5 kanak-kanak kita tak mendapat nutrisi yang cukup, yang sebahagian mereka ini memang berpendapatan rendah.
Jadi, saya hendak tanya kepada Kementerian Kesihatan ataupun kementerian yang berkaitan, ada tak program-program yang memang khusus memberikan bantuan kepada kanak-kanak khususnya daripada keluarga yang berpendapatan rendah.
Umpamanya, bagi mereka yang berpendapatan rendah ini bila ada kelahiran, kita beri peruntukan untuk umpamanya susu formula percuma kepada mereka.
Oleh sebab kita tahu bagi mereka yang berpendapatan rendah, yang gaji mungkin RM1,500, dia akan meletakkan keutamaan perbelanjaannya kepada perkara-perkara yang asas dan keperluan untuk kanak-kanak dan bayi ini kadangkala dikesampingkan. Oleh sebab itu, kita dengar ada kes bayi ataupun anak kecil yang diberikan air sirap, air teh menggantikan susu.
Tuan Mohd Hasbie bin Muda
Ini suatu benda yang sangat malang dan bajet kita, oleh sebab kita membina hutang yang banyak, seharusnya generasi ataupun kanak-kanak yang menjadi pewaris kepada negara kita pada masa akan datang ini, kita mesti memberikan tumpuan yang tidak kurang kecilnya kepada mereka.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya tengok masa pun lama dah ya...
[Ketawa] Saya pun tak ada benda jugalah nak cakap lagi.
[Ketawa] Kawan-kawan pun dah banyak kan? Kalau dulu kita rushing, sekarang ini kita pun dah habis.
Jadi, saya ingat soal yang mengenai belia pun ada juga disentuh sikit sebanyak tentang PLKN. PLKN ini cuma sikit persoalan saya, apakah dia punya beza antara PLKN dengan program-program yang dibuat oleh KBS? PLKN kita tahu, dia fokus untuk mungkin fizikal, kenegaraan dan sebagainya, tetapi saya difahamkan di bawah KBS juga dia ada beberapa program. Umpamanya Rakan Muda, Rukun Sekolah, Rukun Negara, Akademi Rakan Muda Demokrasi dan macam-macam. Jadi, saya nampak kalau kita banyak program tapi matlamat ataupun dia punya bentuk itu sama, saya ingat elok untuk kita fokus satu sahajalah. Tak perlu kita buat banyak, kan?
Kemudian, seterusnya Tan Sri Yang di-Pertua, secara keseluruhannya kita mengharapkan supaya dalam kerajaan merangka, membuat perancangan ini, sudah tentulah yang paling saya ingat, yang paling penting ialah bagaimana anggota pentadbiran kita, kementerian-kementerian kita menyampaikan kepada rakyat. Saya beberapa kali dijemput di program di lapangan ini. Bila kita tanya di kalangan yang hadir itu, adakah mereka tahu apa yang kerajaan umum ini. Sebahagiannya tak tahu.
Kalau saya tanya mereka tentang i-Saraan, ramai tak tahu. Sedangkan ia nya satu inisiatif yang sangat baik. Siapa yang nak bagi kita RM500, mudah-mudah kan, tetapi ramai yang tak tahu dan saya ingat rungutan yang selalu kita dengar ialah kesungguhan kementerian.
Kesungguhan sebahagian besar Menteri-menteri dan Timbalan Menteri untuk menerangkan kepada rakyat inisiatif ini mesti dilipat gandakan. Sebab orang tak akan dengar kalau pegawai sahaja yang turun menerang, ia nya susah nak jadi bahan berita, tetapi kalau Menteri sendiri yang turun, yang dengan passion-nya menerangkan tentang inisiatif ini, maka saya yakin ia akan dapat sampai kepada rakyat, lebih-lebih lagi kita menggunakan aplikasi media sosial.
Saya boleh pujilah, umpamanya Menteri MITI kita yang sentiasa dengan TikTok dia. Ini satu contoh yang baik. Menteri presiden saya, Menteri Pertanian juga selalu dengan dia punya media sosial sebagainya. Kita harap semua Menteri dan Timbalan Menteri juga memberikan komitmen yang sama...
Tuan Abun Sui Anyit
Minta mencelah, Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat.
Tuan Abun Sui Anyit
Ya. Saya tertarik dengan sahabat saya yang mengatakan banyak yang tidak tahu tentang program-program baik yang kerajaan buat. Jadi, saya mencadangkan kalau boleh semua- program-program yang sepatutnya diterima oleh penduduk kita di Malaysia ini seluruh, di mana-mana pun tempat, kalau boleh iklan di dalam RTM itu, mungkin boleh kurangkan dan banyakkan iklan pemberitahuan itu, maklumat notis itu setiap kali supaya rakyat tahu. Bagaimanakah respons YB tentang perkara in?
Tuan Mohd Hasbie bin Muda
Ya, terima kasih. Saya sangat setujulah. Memang media-media kita, kita ada banyak saluran tetapi saya fikir sehingga ke tahap ini belum dimanfaatkan sepenuhnya. Jangan kita hanya meletakkan beban kepada Perdana Menteri semata-mata dan beberapa orang Menteri yang dilihat tetapi sebahagian besarnya masih selesa dengan pendekatan yang lama. Jadi, kita harap Menteri-Menteri kita proaktif, Timbalan-Timbalan Menteri kita juga proaktif dan kita juga saya percaya bahawa kita dalam Dewan Negara pun bersedia membantu kerajaan dari sudut menerangkan tentang inisiatif-inisiatif dan dasar yang baik yang dibuat oleh kerajaan.
Yang terakhir Tan Sri Yang di-Pertua, yang saya fikir sangat penting untuk kita juga sebagai Ahli Dewan Negara, kalau kita bandingkan perbahasan kita di sini berbanding dengan rakan-rakan di Dewan sana, sudah tentulah keutamaan kita di sini ialah kepentingan negara itu didahulukan. Mereka yang di Dewan Rakyat itu, mereka lebih menyuarakan suara daripada rakyat dan kadangkala sesuatu keputusan yang dibuat itu, rakyat itu diutamakan, tetapi kita yang tidak mewakili mana-mana kawasan pilihan raya selain daripada Senator-Senator negeri yang mewakili negeri.
Saya percaya bahawa dilema terbesar yang ada pada kerajaan ialah membuat keputusan yang bertanggungjawab, yang tak popular tetapi baik untuk negara dan siapa lagi yang nak mempertahankan keputusan itu kalau bukan kita dalam Dewan Negara ini.
Jadi, sebab itu bila saya tengok kerajaan bentangkan Kertas Putih Kesihatan umpamanya, isu utama ialah dia punya pembiayaan. Kalau dibentangkan, kita belanja untuk kesihatan RM32 bilion setahun tetapi jumlah fi yang dikutip daripada rakyat yang seringgit yang kita bayar di klinik dan hospital hanya membentuk tak sampai RM1 bilion, maknanya tak sampai tiga peratus yang rakyat bayar.
Maknanya, kalau kerajaan nak naik sikit pun saya rasa kerajaan mungkin tak ada keberanian kerana tidak ada siapa yang sokong, tetapi tuntutan daripada rakyat yang mahukan kualiti kesihatan kita terus dinaikkan, ditingkatkan, itu sentiasa bergema. Ini sudah tentulah menuntut kepada political will daripada kerajaan, disokong oleh Ahli-ahli Dewan Negara yang sebenarnya dalam perbahasan dan keutamaan kita iaitu meletakkan kepentingan negara itu sebagai nombor satu berbanding dengan memenuhi kehendak dan juga tuntutan daripada rakyat.
Tan Sri Yang di-Pertua, dengan itu saya mohon menyokong RUU Perbekalan 2024. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat.
Saya tertarik dengan dua perkara iaitu perkara kementerian-kementerian membuat pendedahan. Apakah kepentingan rakyat yang telah diumumkan dalam bajet?
Yang keduanya ialah peranan yang tiap-tiap Ahli mainkan untuk mempertingkatkan level pemikiran individu, tapi kalau kita lihat dalam Perlembagaan Yang Berhormat, jelas bahawa Dewan Negara sepatutnya jauh di atas dalam sudut pemikiran. Itu diletakkan oleh Perlembagaan itu sendiri.
Kalau kita lihat di bawah Perkara 45(2) Ahli-ahli Dewan Negara lah tergolong orang yang berpengalaman luas dan berpengetahuan tinggi. Itulah kenapanya umurnya pun diletak kepada 30 tahun boleh dilantik jadi Ahli Dewan Negara. Tetapi malang bagi kita ialah media kat luar sana, yang bagus-bagus dibincangkan ini tak satu pun keluar.
Seorang Ahli
Ya. Betul.
Tuan Yang di-Pertua
Dia suka tengok gaduh di Dewan Rakyat menggunakan perkataan-perkataan yang tidak baik. Ini yang masalah kita. Jadi, Yang Berhormat fikir macam mana pendekatan yang patut kita buat. Terima kasih Yang Berhormat.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Senator Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff, ada?
Seorang Ahli
Dia tak ada. Sakit- tak sihat.
Tuan Yang di-Pertua
Oh, tak ada. Saya jemput Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Dominic.
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Dominic ada. Terima kasih kepada Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberi peluang untuk membahaskan pada petang mulia ini.
Saya ingin menyentuh beberapa butiran dalam Rang Undang-undang Perbekalan 2024 yang juga dikenali sebagai Belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan yang merangkap Perdana Menteri yang ke-10. Secara amnya, saya percaya setiap Ahli dalam Dewan yang tertinggi ini tak ada masalah atau nak menolak ke atas rang undang-undang ini. Apa yang kita nak itu iaitu pandangan kita, cadangan, kritikan yang telah diberi atau bakal yang dikemukakan nanti lagi boleh diberi perhatian yang sewajarnya oleh setiap kementerian berkaitan dan melaksanakan.
Tan Sri Yang di-Pertua, perbelanjaan mengurus dan pembangunan yang besar, yang tinggi demi memacu ekonomi negara kita telah memaksa kerajaan melancarkan dasar rasionalisasi subsidi, meningkatkan cukai SST dari 6 peratus kepada 8 peratus serta menyokong perkenalan sistem cukai baharu seperti cukai minimum global yang berkadar 15 peratus kepada syarikat yang berhasil lebih daripada 750 juta Euro pada 2025. Ia bermaksud bahawa pembayaran teras belanjawan ini berasas daripada pengutipan hasil cukai yang meningkat itu untuk menampung unjuran penurunan hasil bukan cukai pada tahun depan. Hasil bukan cukai itu, maksud hasil yang dikutip daripada perkhidmatan- perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan kepada rakyat.
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Adakah dasar ini dibiayai atas hasil cukai syarikat T20 dan M40 akan dilaksanakan secara lestari? Ini merupakan soalan yang perlu kita mempertimbangkan dan fikir.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bahas RUU Perbekalan 2024 ini hendak sentuh empat kementerian iaitu Kementerian Luar Negeri, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan juga Kementerian Kesihatan.
Saya ingin memulakan inti pati perbahasan ini dengan Kementerian Luar Negeri dahulu, terutamanya Butiran 030400 – Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri
(IDFR) atau Institut Diplomacy and Foreign Relations yang diperuntukkan dana yang kurang berbanding Belanjawan 2023 terutamanya dari segi emolumen, perkhidmatan dan bekalan.
IDFR merupakan satu institusi yang utama dalam melatih generasi diplomat yang baharu supaya Malaysia dapat mencapai dan mempertahankan kepentingan negara di persada dunia. Dengan peruntukan yang dikurangkan ini, bagaimanakah kementerian dapat memastikan IDFR dapat memenuhi produktiviti yang kukuh dalam melatih dan membimbing serta merangka agenda diplomasi negara yang setaraf dengan negara- negara yang maju?
Tuan Yang di-Pertua, jangan kita lupa, Malaysia negara kuasa pertengahan- kita bukan kuasa besar- iaitu middle powers country. Barisan diplomat dan agenda diplomasi perlu dijadikan sebagai satu aset yang sangat penting dalam ekosistem pertahanan negara. The first line of defense, dengan izin. Lebih-lebih lagi dalam keadaan dunia sekarang kita nampak yang semakin mencabar dan Malaysia sebagai negara anggota dalam organisasi-organisasi antarabangsa, kita memerlukan pendekatan agenda diplomasi yang sangat-sangat kukuh daripada segi dua hala, pelbagai hala atau sebagainya.
IDFR perlu memainkan peranan yang penting. Janganlah sekadar memberikan latihan dan beberapa program, templat tahunan yang seperti dahulu.
Saya juga mencadangkan kepada Dewan Negara yang mulia ini- nanti saya akan utus kepada Tan Sri Yang di-Pertua- untuk membentuk satu Jawatankuasa Pilihan Khas Perhubungan Antarabangsa di peringkat Dewan Senat yang mulia ini.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga mahu membincang tentang peruntukan kepada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Secara keseluruhan, kita nampak tidak ada peningkatan peruntukan yang banyak kepada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Cuma ada peningkatan sebanyak 1.66 peratus bagi 2024. Di sini saya hendak tanya, adakah peningkatan peruntukan sebanyak 1.66 peratus ini cukup untuk menaja penyelidikan dan pelaksanaan projek yang bakal future proof bekalan tenaga negara kita?
Persada politik global makin panas disebabkan oleh ketidakpastian geopolitik yang telah memecah kepada multipolar world order, dengan izin. Negara kita semakin hampir kepada krisis tenaga. No longer can we rely on energy input from other country alone. We need to be self-sufficient. Ketidakpastian politik global ini menanamkan rasa kerisauan di peringkat hubungan diplomatik dengan kemungkinan friends today, enemies tomorrow, dengan izin.
Balik kepada Kementerian NRECC, dalam bahasa Inggeris, National Resources, Environment and Climate Change, iaitu Projek Teknologi Hijau- bukan gelombang hijau ya.
Teknologi hijau. Yang saya memahami bahawa peruntukan projek teknologi hijau ini akan meningkat sebanyak RM985,500 pada tahun depan. Peningkatan peruntukan kepada butiran ini merupakan langkah yang tepat untuk meningkatkan kapasiti penyelidikan dan pembangunan atau R&D terutamanya dalam bidang teknologi hijau yang amat kita perlukan dalam mencapai matlamat pembangunan lestari dan net zero menjelang 2050.
Lagipun, rizab minyak dan gas, our oil and gas reserve negara kita dijangka tidak bertahan lama lagi, menyerlahkan kepentingan dan kecemasan untuk kita beralih ke penjanaan tenaga hijau.
Soalan saya ialah mengenai apakah jumlah dan jenis projek mengenai penjanaan tenaga hijau yang sedang dijalankan oleh kerajaan? Selain itu, adakah kita on track mencapai sasaran net zero menjelang 2050?
Dengan kemajuan semasa peralihan tenaga kita, bagi kerajaan, jumlah peruntukan sebanyak RM3.8 juta ini bukanlah banyak dan pada masa yang sama pun bukan kecil juga. Cuma, saya hendak pastikan dana tersebut sedang atau akan disalurkan kepada projek-projek yang berimpak dan bukan sebaliknya.
Tan Sri Yang di-Pertua, semakin kita membincang kepentingan R&D dan peralihan tenaga hijau di tengah-tengah ketidakpastian geopolitik, saya ingin menyentuh peruntukan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, terutamanya kepada Agensi Angkasa Malaysia. Peningkatan peruntukan kepada Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) sebanyak RM4.18 juta ini tidak banyak, tetapi dialu-alukan.
Negara kita Malaysia diberkati dengan diplomasi dan geografi yang strategik dan kondusif untuk aktiviti angkasa.
Pertama, Malaysia yang tidak sejajar dengan mana-mana blok kuasa di persada politik global merupakan satu kelebihan untuk kita memudahkan kerjasama dengan banyak negara.
Kedua, ia adalah lebih murah dan cepat untuk melancarkan angkasa lepas dari Malaysia kerana kedudukan kita di garisan khatulistiwa. Memang bazir potensi Malaysia dalam bidang angkasa lepas jika kita tidak memanfaatkan kelebihan tersebut yang saya sebut dua perkara.
Saya sarankan kerajaan dan MYSA seize the opportunity from the new space race, seek cooperation with various countries and companies, leverage our geostrategic advantage in space phasing project, dengan izin.
Trend geopolitik sedang menuju ke arah astropolitik iaitu geopolitik di angkasa lepas. Kini masanyalah untuk kita sedar bahawa sesiapa yang menguasai orbit bumi rendah akan menguasai trend politik bumi.
Teknologi angkasa lepas seperti satelit semakin memainkan peranan penting dalam pertempuran politik. Mengambil kira perang- kita ambil contoh perang Ukraine dan Rusia, sebagai contoh. Tentera-tentera Ukraine dapat menghentikan kemaraan Rusia kerana maklumat intel daripada perkhidmatan satelit yang dibekalkan oleh Starlink.
Kuasa-kuasa besar menyedari akan kepentingan dominasi angkasa lepas dan telah meningkatkan kapasiti penyelidikan dan pembangunan bagi menyediakan negara kepada pertempuran yang bakal berlaku yang berkemungkinan besar seperti operasi sabotaj satelit dan aset negara lawan di angkasa lepas.
Tidak dinafikan bahawa Malaysia ada ruang terhad untuk menguasai angkasa lepas kerana kita merupakan kuasa pertengahan, middle power. Jauh lagi untuk kita menguasai angkasa lepas secara realistik, tetapi inilah sebabnya kita memerlukan kerjasama dengan negara-negara kuasa besar dalam mencapai objektif tersebut.
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Maka, sebelum kita meneroka potensi sektor angkasa lepas Malaysia kita memerlukan satu framework yang nyata dan strategik bermula dengan penerangan yang jelas dengan penggunaan dana tersebut. Akhir sekali ialah Kementerian Kesihatan yang saya nak sentuh pada petang yang mulia ini.
Tan Sri Yang di-Pertua, sama seperti negara lain, sistem kesihatan awam kita berdepan dengan pelbagai krisis. Isu-isu mendesak seperti isu doktor kontrak belum diselesaikan. Isu doktor kontrak seolah-olah melemahkan semangat doktor-doktor muda dan seperti domino effect, berkemungkinan menjejas kualiti perkhidmatan kesihatan awam kita.
Sehingga kini, saya tidak nampak sebarang penyelesaian yang kukuh dan menunjukkan kepada Butiran 020000 – Perubatan. Tiada perubahan kepada bilangan jawatan kakitangan kesihatan awam pada tahun depan termasuk jawatan doktor.
Sebaliknya saya nampak peningkatan emolumen kakitangan kontrak sebanyak RM41.45 juta disenaraikan di Butiran 080200.
Menteri Kesihatan jangka isu doktor kontrak ini dapat diselesaikan pertengahan 2024. Soalan saya, apakah pelan penyelesaian yang bakal dibentangkan oleh Menteri mendapat perhatian daripada peruntukkan KKM tahu hadapan? Saya menyeru kepada kerajaan untuk menoktahkan isu doktor kontrak itu, dragging too long will eventually hurt the progress of the young doctors. Tan Sri Yang di-Pertua, negara kita bertuah, mengapakah? Kerana sistem kesihatan awam kita boleh dikatakan mantap berbanding negara-negara maju. Terima kasihlah kepada semua- warga-warga KKM yang merupakan benteng kesihatan awam.
Rakyat di negara kita- rakyat di negara lain terpaksa menanggung kos rawatan yang tinggi dan masa menunggu yang lama, banyak lagilah contoh yang boleh kita beri. Soalan yang perlu kita bangkit pada petang yang mulia ini ialah di peringkat Parlimen ini adalah bagaimana kita boleh membalas kecekapan warga kesihatan kita.
Tan Sri Yang di-Pertua, menyentuh sedikit kepada rangka keberhasilan kementerian salah satu petunjuk prestasi utama di outcome yang kedua. Tempoh bertindak- responsiveness dalam penyampaian perkhidmatan penjagaan kesihatan iaitu peratus pesakit luar yang menunggu kurang daripada 90 minit berjumpa pegawai perubatan di klinik pesakit luar.
Pada tahun 2022, seramai 87 peratus pesakit luar kita telah mendapat perkhidmatan pegawai perubatan dengan masa menunggu kurang daripada 90 minit.
Dengan pencapaian ini kerajaan turut menetap sasaran 2023 iaitu tahun ini, peratus pesakit menunggu kurang daripada 90 minit itu dari 87 peratus ke- 90 peratus. Peningkatan tiga peratus berbanding 2022.
Soalan saya adalah apakah sebab dan rasional kerajaan dalam mengurangkan sasaran tersebut kepada 87 peratus bagi tahun 2024? Tahun 2022, 87 peratus, 2023 meningkat tiga, peratus 90 peratus, tetapi 2024, tahun depan turun kepada 87 peratus.
Yang ini I pun tidak faham, correct me if I am wrong, but shouldn’t our target be constantly improving? Dengan izin.
Apakah terdapat sebarang cabaran sedang dihadapi dalam mencapai sasaran tersebut? Jika sebegitu saya mohonlah kerajaan, Kementerian Kesihatan memberi penerangan mengenai cabaran tersebut yang telah menyebabkan backtracking kepada sasaran KKM tersebut.
Selain itu, saya juga mahu membangkitkan isu kekurangan fokus kepada bidang geriatrik di senarai peruntukan KKM. Walaupun pagi tadi soalan ini telah ditanya tetapi memang tidak memuaskan jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri KKM.
Jumlah perbelanjaan itu memang meningkat Malaysia is an aging nation, whether you like it or not. Lebih kurang 15 peratus daripada penduduk Malaysia akan menjadi warga emas menjelang 2030. Kalau mengikut unjuran penduduk Malaysia yang berjumlah 36.4 juta pada tahun 2030, penduduk warga emas kita sekurang-kurang sebanyak 5.46 juta Tan Sri Yang di-Pertua. Sudah banyak kali saya membangkitkan...
Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam
Yang Berhormat.
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Membentangkan di Dewan yang mulia ini akan kepentingan menajamkan fokus kementerian.
Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam
Yang Berhormat Dominic, boleh saya mencelah?
Tuan Yang di-Pertua
Tunggu Yang Berhormat, habiskan sentence itu dahulu.
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Bagi saya habiskan dahulu.
Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam
Okey.
Tuan Yang di-Pertua
Pakai mic.
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Sudah banyak kali saya membangkitkan, membentangkan di Dewan yang mulia ini akan kepentingan menajamkan fokus kementerian kepada bidang geriatrik. Sekali lagi saya akan memperjuangkan kepentingan agenda dasar geriatrik ini yang kukuh.
Saya cadangkan kepada kementerian menubuhkan atau menambah baik unit penyelidikan bidang kepakaran geriatrik. Kepakaran geriatrik itu penting supaya sistem kesihatan kita berdaya tahan menghadapi cabaran. Penduduk semakin tua pada masa akan datang. Saya juga berharap fokus khas diberikan kepada bidang kepakaran geriatrik ini dengan menambahkan program pengkhususan geriatrik dalam butiran peruntukan Kementerian Kesihatan dalam belanjawan bagi tahun depan. Dipersilakan...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat.
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Ya. Sila Yang Berhormat.
Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam
Terima kasih. Yang Berhormat Dominic, adakah Yang Berhormat Dominic tahu tentang Skim Perubatan Madani? Adakah Yang Berhormat rasakan Skim Perubatan Madani dapat mengurangkan waiting time seperti Yang Berhormat nyatakan tadi, yang menyatakan waiting time itu sangat lama di hospital dan klinik kerajaan. So, adakah Yang Berhormat rasakan Skim Perubatan Madani akan mengurangkan waiting time?
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Bukan, soalan itu tadi I kata sasaran itu 87 peratus. Ini memang baik, to me it’s very good already, 87 percent then tahun yang seterus itu, maksud tahun ini sasaran itu meningkat 90 percent, very good, tetapi 2024 ia terbalik, kurang kepada 87 peratus. So, this is a reason why kita nak tahu mengapa? Adakah cabaran yang kita tidak tahu bahawa KKM itu turunkan sasaran itu? This is my question only, okey.
Tan Sri Yang di Pertua, menyentuh kepada bidang penyelidikan R&D. Saya menyokong kepada peningkatan perbelanjaan R&D seperti yang disenaraikan iaitu penyelidikan dan sokongan teknikal. Penyelidikan penentu syiling kepakaran dan kemahiran sistem kesihatan negara kita. Namun pada masa yang sama, saya perlu menegaskan bahawa semua projek penyelidikan ditaja oleh kementerian seharusnya perlu ada impak dan return on investment yang besar dan positif.
Peruntukan kepada penyelidikan pada tahun hadapan bukan kecil, ia nya berjumlah RM176.18 juta selepas peningkatan sebanyak RM23.66 juta seperti yang disenaraikan dalam Butiran 060300 untuk Penyelidikan...
Datuk Seri Hajah Zurainah binti Musa
Yang Berhormat, boleh saya mencelah?
Tan Sri Yang di Pertua, boleh saya mencelah?
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Boleh.
Datuk Seri Hajah Zurainah binti Musa
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, saya berkali-kali bercakap dekat sini memberitahu dalam Dewan ini- dia three way. Yang Berhormat bercakap dengan saya, ini macam cakap di pasar Yang Berhormat, kalau bercakap...
Datuk Seri Hajah Zurainah binti Musa
[Ketawa] Mohon maaf. Tadi saya pandang dekat Tan Sri. Tan Sri Yang di Pertua, boleh saya mencelah?
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat.
Datuk Seri Hajah Zurainah binti Musa
Terima kasih Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Jawapan itu tidak payah di address kepada orang yang bertanya Yang Berhormat, address kepada saya.
Beberapa Ahli
Betul, setuju...
Datuk Seri Hajah Zurainah binti Musa
Okey, saya tertarik YB bila YB menyentuh mengenai negara kita akan menjadi negara menua. Jadi, apakah pandangan YB terhadap langkah-langkah yang patut kerajaan ambil? Satu. Dua, dan adakah patutnya kita adakan penubuhan satu hospital fertility, dengan izin? Sebab mungkin ini dapat kalau tidak banyak, sedikit address isu yang sedang melanda negara kita. Apakah langkah-langkah yang lain?
Dipersilakan YB. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan
Tan Sri Yang di-Pertua bolehkah saya menyambung...
Tuan Yang di-Pertua
Ada satu lagi pertanyaan.
Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan
Boleh saya menyambung pencelahan? Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, supaya mudah YB Datuk Dr. Dominic menjawab dengan tenang dan tertib saya kira saya ajukan soalan sekali gus. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Banyak hal yang disentuh oleh Yang Berhormat, iaitu berkaitan dengan soal R&D, memang sesuatu yang tak mungkin kita alpakan dalam pembangunan negara. Kita bersyukur, mengucapkan tahniah kerana ada penambahan peruntukan bagi R&D, tetapi saya nak tahu bagi soal R&D seperti Yang Berhormat timbulkan, impak dan ROI daripada itu masih menjadi persoalan besar. Saya sebagai orang yang terlibat di pusat pendidikan tinggi mendapati bahawa banyak kajian yang dilakukan tetapi impaknya ataupun pelaksanaan aplikasinya itu ternyata seolah-olah tersimpan di gedung-gedung pusat pengajian tinggi.
Saya mengambil contoh berapa banyak tesis PhD yang berdasarkan kajian-kajian yang cukup mendalam dan empirikal tetapi penarafan dan pemanfaatan itu ternyata sangat minimum. Sehingga seolah-olah tesis PhD yang berdasarkan konteks R&D itu terperap, tersimpan di gedung-gedung menara gading dan ini bagi saya suatu kerugian besar kepada negara.
Bukan itu saja, bahkan penyelidikan dilakukan. Saya boleh barangkali kalau ada Pegawai JAKIM dalam 10 tahun yang lampau atau 15 tahun yang lampau- ada misalnya hasil yang dihasilkan oleh MARDI ataupun- oh, maaf UPM. Waktu itu heboh soal bagaimana kita hendak menentukan soal kehalalan satu produk. UPM tempat saya pernah bertugas menghasilkan suatu instrumen untuk menentukan kehalalan satu produk, tetapi barangkali sudah dibentangkan waktu itu kepada JAKIM ternyata tidak mendapat sambutan yang baik sehingga tidak dapat produk itu dikomersialkan. Ini saya kira impak besar. Jangan kita menambah perbelanjaan untuk R&D tetapi impaknya itu tidak dapat dimanfaatkan. Ini satu kerugian besar Tan Sri Yang di-Pertua. Saya mohon Yang Berhormat Datuk Dominic memberikan respons tentang hal ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sebelum Yang Berhormat Datuk Dominic jawab, saya maklumkan soalan itu bagus, tetapi Yang Berhormat Datuk Dominic mungkin tak mampu menjawabnya, tetapi sila Yang Berhormat. Itu boleh dimajukan kepada Menterilah kalau Menteri ada.
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Ya lah, terima kasih kepada Tan Sri Yang di- Pertua kerana Dominic bukan Menteri, tak boleh jawab. Insya-Allah. Tan Sri Yang di-Pertua, untuk tadi I memang setuju tadi ada Yang Berhormat Profesor yang mengatakan penyelidikan itu lebih impak, impak itu penting. Kerana saya ingat lagi semasa saya dekat UTM, Universiti Teknologi Malaysia dan semasa kita memohon geran, research grant from the university memang mereka kurang menunjukkan impak, tetapi sekarang I tambah satu, return on investment important. Dulu kita buat research, kemungkinan ingat lagi ada- bukan budak, itu pelajar- pelajar PhD pun dia nak buat research, dia kata mengapa daun itu berwarna hijau? Ya, ini impak apa I tak tahu, tetapi daripada segi return of investment kita tak nampak. Oleh itu, kita pun tukar hala tuju universiti itu kepada untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh kilang di Malaysia. Yang ini kita telah mengikut hala tuju yang saya kata number two-lah, tetapi soalan yang pertama Tan Sri Yang di-Pertua yang kurang fokus.
Tadi I katakan warga emas semakin meningkat tetapi soalan tadi dia kata fertility, maksudnya- fokus, kita nak fokus.
Datuk Seri Hajah Zurainah binti Musa
Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon menjawab ya, semula. Nak bertanya soalan semula. Disebabkan kita menuju ke negara menua- to eradicate this or to address this issue, boleh kah tidak? Apa pandangan- bukan boleh, apa pandangan Yang Berhormat Dominic mengenai penubuhan sebuah hospital fertility supaya menggalakkan lebih ramai anak-anak kita yang sudah berumah tangga untuk mempunyai anak sebab yang lebih dan isu-isu yang sekarang ini susah hamil dan sebagainya. Untuk address isu yang masa depan yang akan- poligami saya tak setuju.
Seorang Ahli
Poligamilah...
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Ini saya minta Menteri jawab, boleh?...
[Ketawa] Terima kasih. Tan Sri Yang di-Pertua, boleh saya sambung?
Tuan Yang di-Pertua
Panjang-panjang pun boleh Yang Berhormat.
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Oh 10 minit lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Tak apa, nanti kita boleh tutup itu.
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Oh.
Tuan Yang di-Pertua
Tiada masalahnya.
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Okey. Tan Sri Yang di-Pertua, satu perkara saya nak sentuh ialah mengenai satu topik yang saya anggap sangat penting dalam KKM.
Selain daripada soalan hasil penyelidikan KKM, saya juga hendak mencadangkan kepada kementerian iaitu bidang kepakaran otorhinolaryngology. Wah susah nak baca. I pun baru saja tahu baca istilah ini kerana masalah pendengaran saya. Saya pergi ke ENT- ya lah, tetapi sana dia tulis “Otorhinolaryngology” iaitu ORL ataupun ENT.
Terutama saya nak bangkitkan kesedaran awam kepada sindrom apnea tidur, yang sleep apnea yang kerap tidak didiagnosis. Apnea tidur merupakan penyakit yang tersembunyi yang berkaitan dengan pelbagai kesan buruk kesihatan seperti diabetes jenis yang kedua, strok, sakit jantung dan jangka hayat pendek. Unjuran apnea tidur obstruktif ringan dalam kalangan penduduk Malaysia iaitu sebanyak 77 peratus Yang Berhormat.
Menurut hasil penyelidikan Melanie Lindner's pada tahun 2020 dan kelaziman gangguan pernafasan semasa tidur dalam kalangan kanak-kanak Malaysia dilaporkan sebagai 14.9 peratus. Ini merupakan peratus yang kita membimbangkan dan saya percaya kementerian telah mengadakan pelbagai kempen berkaitan sleep apnea ini.
Namun secara komprehensifnya, ia tidak mencukupi dan memerlukan perhatian yang lebih tegas. We spend one-third of our life either sleeping or attempting to do so.
Tidak wajarlah untuk kita mengabaikan isu kesihatan awam hidden killers ini yang semakin berkembang. Saya mohon kementerian lebih banyak peruntukan untuk melaksanakan outreach program yang lebih efektif serta menyediakan lebih banyak kemudahan ORL dan pusat sehenti masalah tidur.
Akhir kata Tan Sri Yang di-Pertua, RUU ini sangat penting. Ia sebagai modal dalam pengurusan negara bagi tahun akan datang. Pelbagai harapan telah disampaikan, segalanya demi kepentingan rakyat sekalian. Saya berharap kementerian-kementerian yang telah saya sentuh sebentar tadi, adakah pegawai semua dekat sini? Akan memberi penjelasan kepada soalan yang kita bangkitkan. Consideration to all our suggestions adalah paling penting bekerja kuat untuk rakyat dan negara. Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Selepas ini saya akan menjemput Yang Berhormat Senator Tuan Manolan bin Mohamad, tetapi sebelum itu, saya nak beri makluman sedikit. Barang siapa Ahli-ahli Yang Berhormat masih nak berbahas, yang belum berbahas boleh memberi nama kepada saya dan kita jemput Yang Berhormat untuk berbahas. Selepas Yang Berhormat Tuan Manolan Mohamad.
Tuan Manolan bin Mohamad
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk terlibat dalam perbahasan Belanjawan 2024 yang telah dibentangkan di Dewan Negara pada 29 November 2023 dan di Dewan Rakyat, 13 Oktober 2023.
Tan Sri Yang di-Pertua, bajet ini merupakan satu bajet yang besar, yang pernah dibentangkan oleh Menteri Kewangan iaitu berjumlah RM393.8 bilion, iaitu peruntukan pembangunan sebanyak RM90 bilion, peruntukan mengurus RM303.8 bilion dan simpanan luar jangka sebanyak RM2 bilion.
Tan Sri Yang di-Pertua, sebelum saya meneruskan, saya bersetuju dengan rakan saya, Yang Berhormat Senator Hasbie tadi di mana, dalam Bajet 2024 ini banyak perkara yang baik untuk rakyat. Saya bagi salah satu contoh, berkenaan dengan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di mana kalau kita tengok tahun 2023 dulu RM3,100, tetapi pada Bajet 2024 RM3,700 dan begitu juga di kementerian-kementerian yang lain, banyak.
Cuma, promosi kepada rakyat ataupun memberitahu pakej-pakej ekonomi ataupun manfaat yang harus diterima oleh rakyat itu tak sampai di bawah. Contoh, macam saya baru tengok di sini, PEKA untuk B40, sebagai contohkan. Ramai pesakit yang tidak tahu. Maka, itu mereka tak mohon dan bukan sahaja- ada yang tahu tetapi mereka tidak tahu bagaimana nak mohon tersebut.
[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Maka itu, dalam bajet kali ini seperti komuniti Madani, kerajaan telah peruntukkan RM1 bilion dalam Bajet 2024. Jadi pada kali ini, saya harap kerajaan mengeluarkan satu prosedur ataupun proses, kaedah-kaedah bagaimana komuniti di kampung, desa ini nak mohon untuk menjana ekonomi mereka. Maka, saya rasa baru kita berhasil bagaimana untuk kita nak menoktahkan kemiskinan tersebut.
Datuk Yang di-Pertua, saya juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan kerana telah banyak kali disebut berkenaan dengan perkataan ‘Orang Asli’ itu dalam bajet baru-baru ini, tetapi saya tengok di sini, jumlah itu iaitu jumlah yang penting, iaitu sebanyak RM333 juta peruntukan telah diberikan untuk masyarakat Orang Asli, tetapi jumlah ini sebenarnya, dia tidak banyak berubah kalau kita tengok tahun-tahun sebelum ini, dia berkisar di jumlah RM280 juta, RM300 juta, RM400 juta, tetapi saya mohon kepada kerajaan, bilangan jumlah Orang Asli ini tidak ramai di dalam negara ini, sekitar 250,000 sahaja.
Jadi, bagaimanakah untuk kita nak membantu daripada segi infrastruktur ataupun meningkatkan ekonomi mereka ini? Pada tahun akan datang, saya mohon, pihak Kerajaan Madani ini di mana kadar pertumbuhan perlu dijangka akan lebih meningkat, untuk memberi sekurang-kurangnya RM1 bilion peruntukan untuk masyarakat Orang Asli ini sebab kalau kita tengok, masyarakat Orang Asli ini masyarakat yang paling miskin, yang terpinggir, yang jauh ketinggalan kalau-kalau kita tengok di peringkat nasional.
Jadi, maka itu saya mohonlah sebab banyak- bukan sahaja infrastruktur, tetapi daripada segi pendidikan, kesihatan, perumahan- mereka ini perlu diambil kira. Jadi, saya mohon untuk akan datang supaya ditingkatkan. Datuk Yang di-Pertua, seterusnya berkenaan dengan- saya sentuh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di mana seperti yang kita tahu, untuk kita nak memajukan negara ini menjadi satu ‘gergasi ekonomi’ yang kuat, yang hebat pada masa hadapan, kita mesti melahirkan rakyat yang cerdik, yang berilmu, yang ada keupayaan untuk mereka berdiri sendiri.
Kalau kita tidak boleh melahirkan modal insan ini yang berwibawa, yang berpendidikan tinggi, kita tidak mungkin- tidak ada negara dalam dunia ini yang rakyat mereka tidak pandai, tidak terpelajar, mereka maju. Tidak ada. Maka itu, saya mencadangkan kepada kementerian supaya mengkaji semula iaitu kadar skim bantuan galakan pendidikan bagi pelajar Orang Asli di IPTA ini. Di mana kalau kita tengok, sudah 11 tahun galakan pendidikan pelajar Orang Asli ini tidak dikaji semula.
Sedangkan, kalau kita tahu, kos sara hidup sudah meningkat, barang-barang keperluan pun sudah meningkat dan juga buku-buku untuk pembelajaran mereka pun sudah meningkat. Maka itu, saya- kalau kita tengok pada sebelum itu, jumlah kadar Skim Bantuan Galakan Pelajar ini, peringkat sijil KKDW iaitu JAKOA telah memberi RM1,750 satu semester.
Asasi di Universiti Malaya- RM1,500 satu semester; iaitu Matrikulasi- RM900 setahun; Diploma RM4,080 satu semester; Ijazah Pertama- Degree Sastera RM4,780 satu semester; Perubatan RM5,600 satu semester. Kalau kita tengok jumlah ini, satu semester ini enam bulan dan mana mungkin mencukupi.
Bagi mereka ini, tidak termasuk yuran. Yuran yang perlu dibayar oleh pelajar- pelajar tersebut dan juga kos-kos lain. Maka itu, saya mencadangkan supaya pihak kementerian Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, ini pertama kali dalam sejarah. Timbalan Perdana Menteri yang melihat ataupun yang menjaga JAKOA ini.
Jadi, saya mohon sangatlah supaya Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri melihat perkara isu pendidikan Orang Asli ini.
Dato’ Sivaraj a/l Chandran
Datuk Speaker, ingin mencelah sedikit?
Timbalan Yang di-Pertua
Siapakah dulu? Yang Berhormat Aknan kah? Okey, saya bagi Yang Berhormat Sivaraj dulu.
Dato’ Sivaraj a/l Chandran
Yang Berhormat, berbalik kepada soal pendidikan masyarakat Orang Asli, pengalaman saya di Cameron Highlands dulu, saya mempunyai hubungan baik dengan masyarakat Orang Asli di sana dan salah satu masalah yang saya lihat di sana itu iaitu pelajar-pelajar ini mempunyai infrastruktur yang baik di peringkat sekolah.
Sekolah rendah, sekolah menengah dan sebagainya diberi kepentingan dan juga sokongan tetapi minat mereka untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading itu tidak ada.
Walaupun ada saya melihat keputusan SPM, STPM mereka baik tetapi mereka berfikir beberapa kali untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading.
So, apa Yang Berhormat rasa, kemungkinan JAKOA atau kementerian boleh memainkan peranan untuk menggalakkan mereka atau memberi mereka keyakinan untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading. Ini kerana soal kemiskinan ini berkait rapat dengan pendidikan. Kalau pendidikan itu diberi, mereka menerima dengan baik, saya percaya taraf hidup mereka akan meningkat. Jadi, apakah pandangan Yang Berhormat?
Terima kasih.
Tuan Manolan bin Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Saya memang mengakui, memang ada infrastruktur sekolah yang baik disediakan oleh kerajaan. Itu kita tidak nafikan dan memang ada juga yang masalah dalaman mereka yang kurang berminat untuk bersekolah, tetapi kita kena tengok juga faktor luaran dan juga dalaman kenapa perkara ini boleh berlaku.
Bagi saya, yang paling penting bagaimana kita nak menggalakkan Orang Asli ini, pelajar Orang Asli ini untuk hadir ke sekolah dahulu. Itu yang paling penting. Kalau mereka tidak hadir, mana mungkin mereka boleh belajar. Maka, kita mesti menghadirkan diri, mengurangkan jumlah keciciran pelajar ini ke sekolah.
Yang pertama, saya bagi satu contoh iaitu kita mesti menubuhkan ataupun menyediakan tadika di kampung mereka terlebih dahulu ataupun kita panggil sebagai sekolah komuniti di kampung mereka sendiri, terlebih dahulu.
Tuan Manolan bin Mohamad
Kerana kalau mereka tidak boleh membaca, menulis, mengira, tiba-tiba mereka masuk Darjah Satu, tidak mungkin mereka boleh meneruskan sehingga habis persekolahan sekolah rendah. Kerana apa yang diajar oleh cikgu, oleh guru di sekolah, mereka tidak faham. Lama-kelamaan, mereka rasa bosan dan akhirnya berhenti. Maka itu, mereka tidak boleh meneruskan pelajaran.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua,...
Tuan Aknan a/l Ehtook
Tuan Yang di-Pertua, mohon mencelah.
Timbalan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Aknan nak mencelah.
Tuan Manolan bin Mohamad
Oh, okey.
Timbalan Yang di-Pertua
Tak apa Yang Berhormat Manolan- terima sahaja mana-mana pencelahan...
[Ketawa]
Tuan Aknan a/l Ehtook
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya di sini enam tahun. Beberapa Ahli Dewan Negara mewakili Orang Asli telah menyuarakan- saya rasa benda yang lebih kurang sama. Tentang pendidikan, tentang ekonomi, tentang keseluruhan kehidupan Orang Asli tetapi kita ada JAKOA. Saya nak minta pandangan Yang Berhormat. Adakah wajar JAKOA ini diperkemas lagi supaya mereka boleh menjaga orang kata, dari hujung rambut sampai ke hujung kaki masyarakat Orang Asli daripada segi ekonominya, daripada segi pendidikannya?
Tadi tentang tadika, tentang masa depan anak-anaknya melanjutkan pelajaran.
Kerana tanpa semua itu, saya khuatir nanti Senator-senator mewakili Orang Asli akan datang pun akan menyebut benda yang sama dan hari-hari kita dengar tentang respons yang lebih kurang sama.
Jadi, saya harap bolehlah. Ingin saya mencadangkan kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua agar Yang Berhormat Manolan boleh duduk berbincang dengan JAKOA. Macam mana kita hendak rancang, apa langkah-langkah yang wajar dan perlu untuk membangunkan Orang Asli pada pandangan Yang Berhormat sendiri. Serta dikongsi dengan apa yang ada di JAKOA supaya kita boleh move forward dan wakil akan datang itu akan bercakap tentang benda lain, bukan benda yang asas macam ini lagi. Terima kasih.
Tuan Manolan bin Mohamad
Terima kasih sahabat saya, Yang Berhormat Senator Aknan.
Saya memang selalu bercakap berkenaan isu pendidikan Orang Asli ini dan memang Yang Berhormat, saya bersetuju. JAKOA mempunyai peranan yang penting di dalam menjaga kemakmuran dan keharmonian masyarakat Orang Asli ini, tetapi saya juga tidak boleh mengatakan 100 peratus kesalahan JAKOA kerana pendidikan ini adalah terletak juga di bidang kuasa Kementerian Pendidikan dan saya setuju JAKOA ini mesti dibuat sesuatu reform secara boleh dikatakan agak keras sikit, drastik supaya kewujudan JAKOA ini benar-benar boleh membantu memberi pandangan kepada kerajaan dan juga membantu Orang Asli di dalam banyak perkara.
Kalau kita tengok di sini Yang Berhormat, saya bagi contoh sikit. Di dalam Laporan Inkuiri SUHAKAM, sebagai contoh saya bagi. Laporan Inkuiri SUHAKAM ini telah diadakan pada tahun 2013, di mana ada 18 syor yang telah dicadangkan oleh SUHAKAM dan salah satu syor dia adalah berkenaan dengan JAKOA iaitu dalam syor nombor 14, di mana JAKOA telah mencadangkan kerajaan, khususnya JAKOA supaya membuat satu kajian yang komprehensif berkenaan dengan peranan JAKOA ini supaya dia benar-benar membantu menjaga kebajikan Orang Asli.
Kita tidak mahu JAKOA yang telah ditubuhkan ini hanya bergerak mengikut prosedur yang lama-lama sahaja tetapi tidak ada perubahan yang planning jangka panjang, khususnya berkenaan dengan isu pendidikan dan juga kemiskinan.
Tuan Yang di-Pertua, saya terus berkenaan dengan isu pendidikan ini juga.
Berkenaan dengan kadar Skim Bantuan Galakan Pendidikan tadi. Saya berbalik ke sana.
Saya mencadangkan kepada kementerian supaya dapat menaikkan kadar yuran atau kadar Skim Bantuan Galakan Pendidikan ini. Contoh dia, daripada sijil tadi. Kalau sijil, sebelum ini RM1,750 satu semester.
Jadi, saya cadangkan supaya naik RM2,500. Asasi di Universiti Malaya daripada RM1,500 naik kepada RM2,500. Matrikulasi daripada RM900 setahun dinaikkan jadi RM1,500. Peringkat Diploma pula, daripada RM4,080 satu semester dinaikkan RM5,580 satu semester. Di peringkat Ijazah, sebelum ini RM4,780 dinaikkan RM6,780 satu semester. Di peringkat Ijazah Perubatan, sebelum ini RM5,600 dinaikkan RM7,600.
Jadi, kenaikan ini tidak besar. Dia sekitar 30 peratus ke-70 peratus sahaja dan satu lagi, jumlah pelajar-pelajar Orang Asli yang berada di IPTA ataupun IPTS ini tidak ramai. Tidak sampai 1,000 orang pun. Jadi, apalah salahnya kerajaan membiayai ini sebab yang ini termaktub di dalam di dalam Akta 134 dan juga Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 8(5), di mana kita mesti menjaga keharmonian dan juga kebajikan Orang Asli ini.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, kita tahu kerajaan ini, khususnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selalu berbicara tentang masyarakat luar bandar, untuk mengurangkan kesenjangan di antara bandar dan luar bandar, wilayah dan wilayah serta membantu golongan yang susah, yang ekonomi yang susah.
Jadi, kita tengok sekarang ini jumlah kampung Orang Asli ialah 853 di dalam negara ini tetapi jumlah Batin dengan jumlah kampung ini tidak setara. Ada kampung yang tidak ada Batin, ada kampung yang tidak ada pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA), tidak ada. Dia kampung sahaja, mereka tinggal di situ dah berpuluh-puluh tahun. Batin tak ada, JPKKOA pun tiada. Jadi, mana mungkin mereka untuk dapat kemudahan yang ditawarkan oleh kerajaan. Mana mungkin mereka nak mohon.
Timbalan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Tan Sri Haji Mohamad Fatmi nak mencelah.
Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh
Mohon Tuan Yang di-Pertua, untuk mencelah.
Timbalan Yang di-Pertua
Ya, sila.
Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh
Tuan Yang di-Pertua, saya kadang-kadang kasihan juga kepada Yang Berhormat Manolan ini. Sudah banyak kali bangkit soal Orang Asli ini. Hari ini sekali lagi panjang lebar ucapannya about Orang Asli, terutamanya pendidikan.
Saya ingin tanya, saya ada pengalaman dengan Orang Asli ini untuk makluman, tahun 1995 dahulu. Saya berkhemah di Kampung Orang Asli hampir dua minggu dan saya melihat Orang Asli ini, dia orang ini orang yang lurus. Lurus sangat-sangat. Dia bercakap betul, kadang-kadang kita tak faham. Kadang-kadang kita naik nak marah kerana lurus sangat. Contohnya, kalau kita tengok dia tengah fishing dalam sungai, just to break the ice, kita kata, “Banyak ker ikan itu?” Jawapannya apa? *“Saya tidak tahu encik, kalau encik nak tahu, selam sendiri dan bilang.”...
[Ketawa]* Jadi, dia bukan perli, tapi itulah hakikatnya. Sudah tentu banyak perkara perlu dibuat, untuk dibina untuk Orang Asli. Saya bersama dengan Yang Berhormat Manolan ini untuk kita buat sesuatu. Saya ingin lontarkan satu idea.
Boleh ker tidak, setuju ataupun tidak Yang Berhormat Manolan, Yang Berhormat Aknan untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Khas di peringkat tertinggi untuk melihat, mengkaji dan merangka satu program, satu pelan jangka masa panjang yang melibatkan kebajikan Orang Asli ini, bukan sahaja kebajikan, tetapi termasuk pendidikan Orang Asli.
Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh
Kerana, pengalaman saya dulu di Kuala Betis, Pusat Orang Asli Kuala Betis, ada asrama sekolah Orang Asli, tetapi budak-budak tak pergi sekolah. Dia hanya datang sekolah waktu pukul 10 pagi, waktu diberi makan. Apa- EMT apa. Masa itu dia datang untuk nak makan. Lepas itu hilang. So, sudah tentu ia nya bukan satu perkara yang touch and go. Must tengok daripada keseluruhan holistik satu pelan rangka jangka masa panjang untuk komuniti Orang Asli ini. Adakah YB setuju? Datuk Seri Yang di-Pertua, terima kasih.
Tuan Manolan bin Mohamad
Terima kasih, Yang Berhormat Senator. Saya memang sangat-sangat bersetuju dan boleh masukkan semua cadangan Yang Berhormat Tan Sri tadi dalam ucapan saya. Memang saya setuju. Kita memerlukan satu tindakan pelan secara holistik bagaimana untuk kita nak menyelesaikan perkara yang tertunggak agak sekian lama ini.
Saya juga bersetuju supaya kalau ada jawatankuasa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat tadi, kita masukkan nama Yang Berhormat dalam jawatankuasa tersebut...
Timbalan Yang di-Pertua
[Ketawa]
Tuan Manolan bin Mohamad
Saya teruskan, Datuk Seri Yang di-Pertua, berkenaan dengan- dekat mana tadi? Ha, jumlah yang tidak setara di antara kampung dan juga ketua.
Untuk makluman, batin ini merupakan ketua bagi masyarakat Orang Asli. Kalau kampung itu tidak ada ketua, tidak ada pengerusi JPKKOA, bagaimanakah mereka nak bergerek? Kalau negeri tidak ada Menteri Besar, kalau negara tidak ada Perdana Menteri- itulah contoh dia. Di kalangan Orang Asli ini, struktur pentadbiran itu ada. Itu dipanggil “Lembaga Adat.” Jadi, memang mereka ini ada batin yang telah dilantik di kalangan mereka.
Memang setiap kampung Orang Asli ini ada batin. Maksud batin di sini yang saya maksudkan ini adalah batin yang telah diiktiraf oleh kerajaan, oleh JAKOA, di mana mereka dapat elaun, di mana mereka dipanggil untuk turut serta sekiranya sesuatu pembangunan ataupun projek pembangunan akan dibuat di kampung mereka, tetapi mereka tidak dijemput kerana kampung tidak ada batin. Ini satu yang pelik.
Jadi, saya minta kerajaan melihat benda ini. Kita kadang buat dasar di peringkat atas ini, tetapi kita tidak tengok ke peringkat bawah. Macam mana kita nak selesai? Jadi, saya minta sekarang ini, saya mohon pihak kerajaan.
Saya bagi contoh di sini. Di Negeri Sembilan, negeri Yang Berhormat, tahun 2019 di Negeri Sembilan, ada 83 buah kampung Orang Asli dan daripada jumlah itu, 57 sahaja yang ada batin dan 32 sahaja yang ada JPKKOA. Jadi, macam mana? Kampung yang selebihnya tidak ada. Siapakah yang menjaga kampung ini- siapa yang peduli? Siapa yang ambil tahu tentang jalan mereka, tentang air mereka, tentang mereka pergi sekolah ker tidak pergi sekolah?
Jadi, ini saya minta sangatlah, khususnya sekarang ini Menteri yang menjaga adalah, yang paling pertama dalam sejarah, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri.
Kita berbalik kepada Komuniti Madani yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan di mana bajet RM1 juta dan Orang Asli boleh memohon RM50,000 ke RM100,000. Termasuk Orang Aslilah ini. Semua- tapi bagaimana Orang Asli nak mohon kalau tidak ada sistem ataupun jawatankuasa di kampung tersebut?
Seterusnya, Datuk Yang di-Pertua, saya menyentuh berkenaan dengan isu pengukuran tanah Orang Asli...
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Datuk Seri Yang di-Pertua, memohon mencelah.
Timbalan Yang di-Pertua
YB Manolan, Datuk Dominic nak mencelah.
Tuan Manolan bin Mohamad
Silakan.
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
I memang tertariklah dengan Orang Asli ini.
Bukan. Tadi I pun terkejut bahawa tadi Yang Berhormat mengatakan bahawa ada peruntukan tetapi Orang Asli tak tahu macam mana nak minta atau nak memohon. Then, saya nak tanya pendapat daripada Yang Berhormat itu, dulu banyak peruntukan telah diberikan kepada Orang Asli dan bagaimana mereka memanfaatkan peruntukan yang telah diberikan kepada mereka? Silakan.
Tuan Manolan bin Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat sebelah saya, Datuk Dominic. Ramai yang berminat nampaknya, Datuk Yang di-Pertua, isu Orang Asli.
Timbalan Yang di-Pertua
Pasal perkara ini telah disebut oleh YB berkali-kali.
Tuan Manolan bin Mohamad
Itulah.
Timbalan Yang di-Pertua
Jadi, dah menarik minat daripada YB-YB lain.
Tuan Manolan bin Mohamad
Ramai yang berminat, ramai yang mencelah.
Timbalan Yang di-Pertua
[Ketawa]
Tuan Manolan bin Mohamad
Memang peruntukan, untuk pengetahuan Yang Berhormat, memang ada, tetapi peruntukan itu peruntukan yang disalurkan untuk pembangunan Orang Asli. Khususnya banyak yang dibuat oleh JKOA, di samping kementerian-kementerian ataupun agensi-agensi yang lain. Peruntukan itu dibuat.
Contoh, nak buat jalan ataupun peruntukan untuk pembangunan ekonomi untuk tanam kelapa sawit ataupun getah kepada Orang Asli. Orang Asli hanya menerima dividen sahaja, tetapi tanah itu bukan milik mereka. Yang mengusahakan kebun itu pun bukan mereka. Itu kontraktor lain. Kadang-kadang warga asing. Jadi, peruntukan yang macam mana itu, saya pun- itu yang saya fahamlah. Mungkin itu yang YB minta penjelasan. Jadi, itu kefahaman saya, tapi peruntukan yang untuk peluang perniagaan, untuk usahawan Orang Asli itu memang ada diberikan kepada Orang Asli. Itu saya tidak nafikan, tetapi saya lebih melihat keseluruhan. Kalau kita beri bantuan keusahawanan kepada Orang Asli, mungkin...
Timbalan Yang di-Pertua
YB, ada lagi YB nak mencelah. Sama ada YB Jaziri ataupun YB ini.
Tuan Manolan bin Mohamad
Silakan.
Tuan Jaziri Alkaf Abidilah Suffian
Bagi orang yang lebih berpengalaman, Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua
Baik. Bagi YB Tan Sri Fatmi dulu.
Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh
Pengalaman ker tua..? Cakap betul-betul*...
[Ketawa]*
Tuan Jaziri Alkaf Abidilah Suffian
Senator yang lebih tua dan berpengalaman.
Timbalan Yang di-Pertua
Baik.
Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh
Berbudi bahasa.
Yang Berhormat Datuk Seri Yang di-Pertua, YB Manolan, saya tertarik apabila YB Manolan kata kontraktor bukan Orang Asli semua bolot, economic activity ini tak ada terlibat dengan Orang Asli.
Seingatan saya dahulu, ada satu koperasi di Kelantan terutamanya Kijang Emas rasanya nama. Kijang Emas ini terus membesar mendapat kawasan balak, mendapat kawasan tanah-tanah untuk buat perladangan tetapi antara pengurusannya juga itu ialah bercampur ada juga Orang Asli sendiri yang mengurus. Orang Asli yang berpendidikan mengurus, tapi hari ini saya sudah tidak dengar lagi koperasi itu. Saya tidak tahu apa jadi.
Adakah ada salah laku ataupun ada ada abusement, salah guna kuasa, ambil peluang, ambil kesempatan atas nama Orang Asli itu.
Jadi, perkara seperti ini, sudah tentu ia nya merosakkan nama Orang Asli itu sendiri. Sebab itu, susah kalau kita tidak ada pelan dan rangka yang betul-betul solid supaya Orang Asli ini dibela. Walaupun sekarang ini, kalau kita lihat, sudah banyak dibuat, kerajaan buat untuk Orang Asli sudah banyak, tapi masih tidak mencukupi, Yang Berhormat Datuk Seri Yang di-Pertua. Masih banyak lagi yang boleh dibuat, masih banyak lagi boleh dilakukan untuk bantu untuk meningkatkan taraf kehidupan Orang Asli ini, terutama daripada segi pendidikan, tetapi yang pentingnya, untuk memilih orang yang mengurus apa-apa hal ehwal Orang Asli ini.
Sebab itu, tadi saya cadang untuk tubuh satu Jawatankuasa on the top of JOAA.
Sebab, kalau kita harap JOAA ini, kadang-kadang dia dah lama sangat, sudah jadi lemak, jadi biasa je. Biasa itu, biasa itu, biasa. There is no new ideas, dengan izin, untuk membantu Orang Asli itu sendiri.
Saya punya pandangan ialah amat penting sekali Orang Asli itu sendiri, pentingnya, come out and help out dalam perkara ini. Kerana kerajaan, saya percaya and I believe, pada bila-bila masa akan bantu Orang Asli. Orang Asli ini ibarat anak emas kerajaan. Tinggal lagi, kita- semua ini untuk memperjuangkan supaya bendanya boleh direalisasikan untuk menjadi satu perkara yang memberi manfaat kepada Orang Asli.
Terima kasih, Yang Berhormat Datuk Seri.
Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh
YB Manolan hendak tunggu soalan daripada YB Jaziri dahulu?
Tuan Manolan bin Mohamad
Boleh.
Tuan Jaziri Alkaf Abdillah Suffian
Datuk Yang di-Pertua, saya mohon mencelah. Saya ada sedikit pengalaman sama dengan Orang Asli, YB Monalan. Ceritanya macam ini, Tuan Yang di-Pertua. Kita pergi ke perkampungan Orang Asli, kita tengok mereka tidak berselipar. Jadi, kita fikir kita hendak membantu. Maka kita bagilah selipar atau kasut. Mereka pun pakai. Seminggu selepas itu, mereka jatuh sakit, demam.
So, maksudnya di sini, saya rasa kita ingat kita membantu tetapi sebenarnya kita tidak membantu. Saya berfikiran kalau boleh kita bertanya dengan YB dan kumpulan Orang Asli, apakah yang mereka mahukan sebenarnya? Seperti mana Tan Sri katakan tadi juga. We are here to facilitate. Mungkin daripada segi kegiatan ekonomi penanaman tempatan mereka sendiri atau mereka tak nak keluar, mereka di tempat sendiri.
Mungkin kita bagi facilitation, kemudahan yang boleh membantu daripada segi sebegitu. What do they want? We are here to facilitate. Daripada kita memberi, memberi, memberi, yang sebenarnya mereka tidak perlukan pemberian itu.
Jadi, it is a waste for us. It is also a waste for them. Satu kerugian untuk mereka juga. So, I think lets buat need analisis dengan apa yang mereka hendak dan kita sedia membantu. Mohon YB Manolan untuk memberi respons. Terima kasih Datuk Yang di- Pertua.
Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan
Tuan Yang di-Pertua, bolehkah saya...
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya, ada satu soalan?
Timbalan Yang di-Pertua
YB Rita dahulu.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Okey terima kasih. Soalan saya begini.
Berapa tahun yang lalu, saya rasa yang bekas Senator YB Isa pernah memaklumkan Dewan ini bahawa kerajaan ada membina beberapa perumahan untuk Orang Asli tetapi tidak diduduki sepenuhnya oleh Orang Asli. Selepas beberapa bulan ataupun beberapa tahun ada Orang Asli yang pindah balik, keluar dari rumah tersebut.
Jadi, saya hendak tanya YB Senator Manolan ini. Adakah masalah tersebut masih berlaku dan apakah sebab mereka tidak menduduki sepenuhnya perumahan yang disediakan, yang ditaja oleh kerajaan? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan
Tuan Yang di-Pertua, bolehkah...
Timbalan Yang di-Pertua
Ada lagi pencelahan daripada Dr.
Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan
...Mungkin petang ini kita berikan taraf yang YB Manolan...
Timbalan Yang di-Pertua
YB...
Tuan Manolan bin Mohamad
Tuan Yang di-Pertua, saya jawab tiga dahulu boleh?
Timbalan Yang di-Pertua
YB, YB punya ucapan ini panjang ke pendek?
Tuan Manolan bin Mohamad
Panjang lagi.
Timbalan Yang di-Pertua
Agak-agak berapa minit?
Tuan Manolan bin Mohamad
Setengah jam lagi. Ramai sangat mencelah Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua
Okey, kalau...
Tuan Abun Sui Anyit
Saya pun mahu nanti mencelah.
Tuan Manolan bin Mohamad
Banyak lagi ini.
Timbalan Yang di-Pertua
Floor sekarang pada Yang Berhormat Manolan.
Tuan Manolan bin Mohamad
Nanti saya beri.
Timbalan Yang di-Pertua
Sama ada dia hendak beri atau tidak. Jadi, dia tidak beri. Dia akan teruskan.
Tuan Manolan bin Mohamad
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Nanti saya berikan ini. Okey, berbalik saya jawab YB Senator Tan Sri tadi berkenaan dengan keputusan di Kelantan.
Koperasi Kijang Mas itu saya tidak tahu tetapi saya ambil daripada keseluruhan pandangan tadi. Ada orang mengambil kesempatan. Itu kunci dia. Saya setuju yang itu, Datuk Yang di-Pertua.
Kadang-kadang orang mengambil kesempatan di atas apa peruntukkan yang ada dari Orang Asli itu. Mereka mohon, tetapi akhirnya yang sampai 10 persen, 20 persen kepada Orang Asli. Ini saya setuju.
Berkenaan dengan apa yang mereka hendak dengan YB Jazirin tadi. Saya setuju juga dengan YB Rita, di mana adakah mereka balik ke kampung mereka ataupun apabila Orang Asli diberi rumah yang lebih selesa, yang lebih sempurna. Kenapakah mereka balik ke tempat asal? Memang saya tidak nafikan memang ada yang berlaku, tetapi sangat kecil.
Kenapakah mereka balik? Sebab kita bina rumah bukan kehendak mereka.
Seperti yang disebutkan YB tadi. Bukan itu yang mereka hendak. Rumah itu bukan dibina di situ. Rumah bina di tempat yang tidak ada pendapatan untuk mereka. Kita mintalah Orang Asli bina rumah di Putrajaya. Mereka hendak duduk? Mereka tidak boleh duduk! Bagaimana mereka hendak duduk di satu kawasan, hendak tinggal di situ, sedangkan dia tidak ada pendapatan. Bagaimanakah mereka hendak hidup?
Jadi, bila kita beri rumah, kita kena pastikan perut mereka boleh diisi. Saya pun kalau saya duduk di- kita buat rumah di dalam hutan, kita tidak boleh duduk, macam mana kita hendak hidup? Begitu juga kalau kita bina tiba-tiba rumah itu di bandar. Bagaimanakah mereka hendak hidup? Sedangkan itu bukan dunia dia. Dia biasa di hutan mengusahakan pertanian.
Jadi, akhirnya yang penting saya ada satu syor dalam SUHAKAM. Yang dalam syor nombor tujuh dalam Laporan Inkuari Nasional SUHAKAM berkenaan dengan Orang Asal dan Orang Asli. Di mana dalam syor SUHAKAM yang disebut dalam syor nombor tujuh ini adalah apa-apa pembangunan yang akan dibuat di perkampungan Orang Asli ini mesti mendapat, mengikut prinsip maklumat awal bebas dan telus. Itu maksud dia. Maksud dia, sebelum kita buat, mereka mesti mendapat maklumat awal dan maklumat yang mereka terima itu mesti telus untuk mereka buat keputusan.
Kalau maklumat yang diterima itu tidak telus, mereka tidak faham, bagaimanakah untuk mereka hendak buat keputusan? Sama ada mereka boleh terima ataupun tidak projek yang akan dibuat untuk mereka? Maka itu, akhirnya dia mesti tidak ada orang ambil kesempatan dan mesti mendengar apa yang mereka hendak dan kenapa mereka berpindah sedangkan kita bagi. Bukan kita bagi tetapi kita kena dengar apa yang mereka hendak. Seterusnya, berkenaan dengan...
Tuan Jaziri Alkaf Abdillah Suffian
Datuk, boleh saya mencelah?
Timbalan Yang di-Pertua
YB Jaziri masih lagi hendak penjelasan.
Tuan Jaziri Alkaf Abdillah Suffian
Saya hendak tanya, pernah tidak soalan ini diketengahkan ke kementerian dan apakah respons yang kita dapat setakat ini? Boleh, tujukan sahaja YB.
Tuan Manolan bin Mohamad
Mungkin pernahlah. Mungkin pernah. Saya...
Tuan Jaziri Alkaf Abdillah Suffian
Saya ingin mendapat jawapan, insya-Allah. Terima kasih.
Tuan Manolan bin Mohamad
Mungkin pernah dan mungkin kementerian pun mungkin tidak tahu. Oleh sebab itu saya beritahu dalam Dewan yang mulia ini sebab sebelum ini saya pun tidak pasti adakah Senator sebelum ini pernah berbicara perkara yang sama. Saya jemput Yang Berhormat.
Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan
Terima kasih Datuk Yang di- Pertua dan Yang Berhormat. Terima kasih kerana memberikan ruang juga untuk menunjukkan minat yang besar pada Orang Asli. Namanya pun Orang Asli. Maka kedudukannya sangat hebat, sangat mulia Orang Asli. Kita ini belum tentu lagi asli.
Saya memberikan sokongan padu dan penuh pada saranan ataupun cadangan Yang Berhormat Tan Sri Haji Mohamad Fatmi Che Salleh itu tadi.
Keperluan, saya kira mungkin bukan sekadar jawatankuasa tetapi satu Majlis Penasihat Kebangsaan tentang Orang Asli yang dapat diberi mandat untuk membuat suatu garis panduan dan ketetapan program-program bagi kepentingan Orang Asli. Saya pernah menjadi Panel Penasihat Kebangsaan, Panel Penasihat Pendidikan Kebangsaan. Jadi, saya kira ini setara.
Kedua, mungkin saya tidak tahu adakah sebelum ini pernah ada dalam kalangan cendekiawan Orang Asli yang dilantik untuk memegang portfolio tertentu dalam Kabinet.
Jadi, saya kira kalau perlu ataupun barangkali sudah sampai saatnya perlu, mungkin di Jabatan Perdana Menteri perlu satu portfolio yang untuk menangani Orang Asli dan bumiputera termasuk barangkali juga Sabah dan Sarawak. Itu yang pertama.
Yang kedua, saya ingin mengemukakan satu pandangan yang menunjukkan kesepaduan di samping atau di sisi kita mengharapkan kerajaan memberikan perhatian termasuk soal pelantikan batin di kampung yang tidak ada batin. Ada zahir, tetapi tidak ada batin. Itu berat juga itu. Peranan NGO saya kira penting. Jadi, NGO jangan hanya bergerak dalam kalangan kaum masing-masing, dalam kalangan lingkungan masing-masing. Kita lihatlah, prihatinlah kepada golongan Orang Asli.
Jadi, kalau dapat NGO-NGO juga bergerak dengan dana yang saya kira di bawah Kementerian Belia dan Sukan dan sebagainya itu, dimanfaatkan sebahagiannya untuk membantu Orang Asli dalam bidang pendidikan, dalam bidang ekonomi dan dalam bidang juga soal motivasi.
Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan
Jadi, kalau diadakan program-program pengembangan- outreach program, itu saya kira satu cara lagi untuk kita membantu rakan kita Orang Asli di samping usaha kerajaan. Dengan demikian juga, saya kira kita dapat membantu Orang Asli sendiri bergerak cergas dengan melalui NGO mereka. Itu antara pandangan saya kepada Yang Berhormat. Terima kasih.
Tuan Manolan bin Mohamad
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua
Jangan takut Yang Berhormat, selepas ini saya akan membenarkan Yang Berhormat habiskan ucapan Yang Berhormat.
Tuan Manolan bin Mohamad
Okey, terima kasih Datuk Yang di-Pertua, sebab ramai yang mencelah.
Timbalan Yang di-Pertua
Tidak mengapa, setengah jam fasal isu Orang Asli ini...
[Ketawa]
Tuan Manolan bin Mohamad
Itulah. Ramai yang mencelah, ramai yang berminat Datuk yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih dan teruja atas pandangan semua terutama pada Yang Berhormat Prof. Saya memang bersetuju boleh masukkan pandangan Prof. tadi dalam ucapan saya.
Saya memang bersetuju bahawa masalah Orang Asli ini seperti Yang Berhormat Prof sebutkan tadi, bukan masalah Orang Asli sahaja, kita tidak boleh melihat masalah Orang Asli ini hanya Orang Asli sahaja yang perlu selesai ataupun hanya NGO Orang Asli yang perlu selesaikan, tidak. Ini masalah rakyat, masalah isu kita, negara kita. Kita tidak mahu seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Perdana Menteri negara kita ini ketinggalan, rakyat dah ketinggalan.
Jadi, kita kena bangunkan rakyat ini baru negara kita akan menjadi negara yang hebat. Ini saya bersetuju dengan Prof supaya kita boleh bergerak seiringan selepas ini.
Ada Prof sebut tadi, ada satu Jawatankuasa dalam Orang Asli, memang ada. Ada satu Jawatankuasa dipanggil Majlis Perundingan Orang Asli Kebangsaan Malaysia. Majlis ini kali terakhir bermesyuarat, saya dijemput pada masa itu, pada Julai tahun lepas.
Sepatutnya kena buat mesyuaratlah dan Majlis Penasihat Orang Asli Malaysia ini dihadiri oleh semua kerajaan negeri, SUK kerajaan negeri, SUK kementerian, kementerian yang terlibat dengan Orang Asli, Kementerian Kesihatan, KKDW dan Kementerian Pendidikan dan sebagainya.
Jadi, saya haraplah supaya majlis ini akan bersidang juga seelok-eloknya tahun depan untuk kita melihat isu-isu Orang Asli ini yang tidak termampu dibuat oleh JAKOA seorang sahaja.
Seterus Datuk Yang di-Pertua, berkenaan dengan isu pewartaan tanah, berapa lama saya- Datuk Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua
Tadi YB minta 20 minit kan?
Tuan Manolan bin Mohamad
20 minit ya?
Timbalan Yang di-Pertua
Boleh ya.
Tuan Manolan bin Mohamad
Boleh ya? Okey, okey. Terima kasih. Pewartaan tanah Orang Asli kalau kita tengok setakat 2021, jumlah kampung ada 853 buah kampung, tetapi tanah-tanah yang diwartakan ini sangat sedikit. Kalau kita tengok tanah Orang Asli dia ada tiga kategori.
Yang pertama dia mesti diwartakan tanah Orang Asli mengikut Akta 134 dan ada juga yang diwartakan mengikut Kanun Tanah Negara 1995. Ada juga yang telah diwartakan dirizabkan sebelum ini iaitu sebelum Merdeka dipanggil Sakai Reserve iaitu sebanyak 23 jumlah kampung.
Jadi, peratusan di sini kalau kita tengok ada 853 buah kampung Orang Asli yang diwartakan hanya 134 buah kampung, bayangkan. Yang lain belum warta dan hanya 16 peratus sahaja, ini mengikut Akta 134. Kalau mengikut Kanun Tanah Negara Akta 828, seksyen 62, hanya tujuh peratus sahaja iaitu 58 buah kampung sahaja. Jadi, apabila pewartaan ini siap berlaku, itulah Orang Asli apabila pembangunan akan dibuat, tanah mereka kena ambil dan mereka dipindahkan, they are back to square, dengan izin.
Kehidupan mereka akan kembali miskin.
Jadi, bagaimanakah mereka hendak membangun?Ekonomi mereka hendak membangun, pendidikan mereka hendak baik, kesihatan mereka hendak baik, sekiranya ini berlarutan. Maka itu, perizaban tanah ini sangat penting. Jadi, saya mintalah kementerian untuk melihat bagaimana untuk hendak menyelesaikan isu ini? Sedangkan di peringkat Kerajaan negeri dan juga peringkat Persekutuan, daripada segi Perlembagaan dan juga Kanun Tanah Negara, hak Orang Asli, hak rakyat Malaysia sama rata, hak mempunyai harta itu dah termaktub dalam Perlembagaan.
Maksudnya, tanah yang mereka duduki itu adalah harta mereka. Kewajipan pihak kerajaan negeri untuk mewartakan. So, ini yang termaktub dalam akta itu. Apabila diwartakan, saya yakin, mungkin dengan pemberian geran komunal, mereka- kerajaan negeri juga boleh mengenakan cukai yang berpatutan.
Sekiranya mungkin tak boleh diwartakan, sebab mereka tidak mendapat apa-apa hasil daripada kita memberi geran dan mereka boleh kutip cukai, tetapi mungkin itu boleh dibincangkan. Maka, kalau kita betul-betul serius, bagaimana kita hendak mengurangkan kemiskinan Orang Asli ini. Tanah ini sangat penting bagi mereka, sebab tanah inilah kehidupan mereka untuk mereka terus survive, dengan izin, akan datang.
Seterusnya berkenaan dengan infrastruktur. Infrastruktur di perkampungan Orang Asli ini kalau kita tengok daripada 853 buah kampung Orang Asli tadi, yang ada bekalan air bersih 729, yang tidak ada 124. Maksudnya, masih ada lagi di kalangan- di kebanyakan kampung-kampung Orang Asli ini tidak ada air bersih. Bila tidak ada air bersih, maksudnya mereka menggunakan air perigi, air sungai ataupun air bukit.
Oleh sebab itu, kalau kita tengok di Gua Musang lima tahun lepas, ramai yang meninggal kerana air tidak bersih. Mereka menggunakan air bukit. Apabila bukit itu atau hutan itu ditarah, digondol, ada pembalakan, mereka tidak ada air bersih, sumber air yang bersih. Jadi, maka itu harus diambil kira pada bajet yang akan datang ini.
Begitu juga dengan elektrik, ada 16.3 peratus. Ini data tahun 2021 yang tidak ada elektrik di kampung mereka, di penempatan mereka. Bagaimanakah untuk anak-anak hendak belajar kalau tidak ada elektrik?
Mereka pakai pelita atau macam mana? Adakah macam kita dahulu pakai pelita?
Jadi ini- apatah lagi talian Internet dan sebagainya. Jadi, ini harus diambil pandangan yang serius.
Begitu juga dengan jalan perhubungan di kampung-kampung Orang Asli yang- jalan yang berturap iaitu 88.5 peratus, yang tidak berturap ada 98 buah kampung Orang Asli iaitu 11.5 peratus. Sebanyak 98 buah kampung ini tidak berturap. Jadi, bagaimana untuk mereka hendak keluar masuk, menjual barang, menghantar anak pergi sekolah untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka?
Jadi, saya ingin bertanya kepada kementerian, bilakah perkara infrastruktur asas untuk manusia ini, bukannya haiwan, manusia ini? Bilakah boleh diselesaikan? Maksudnya sekurang-kurangnya dalam bajet kali ini kita minta pihak kementerian khususnya JAKOA yang telah diberi amanat untuk menjaga Orang Asli untuk melihat perkara ini satu persatu.
Kita- saya faham, bukan kita hendak buat esok semua siap, tetapi perkara ini dah berlanjutan lama, sekurang-kurangnya pihak JAKOA khususnya mesti menyenaraikan projek-projek yang akan datang, kampung mana yang perlu diturap, kampung mana yang perlu ada talian elektrik. Ini tidak perlu, kalau kampung itu tidak ada Batin seperti saya sebutkan tadi, bagaimanakah untuk mereka memohon?
Seterusnya berkenaan dengan usahawan Orang Asli di mana kerajaan dalam bajet baru-baru ini telah memperuntukkan RM28 juta untuk usahawan Orang Asli dan juga tanaman semula ladang-ladang Orang Asli iaitu di Perak dan juga di Hulu Langat, Selangor.
Tuan Manolan bin Mohamad
Jadi di sini, saya mohon bertanya kepada kementerian, bagaimana menyalurkan peruntukan ini khususnya kepada usahawan-usahawan Orang Asli ini di samping usahawan pertanian ataupun perkhidmatan kah mesti dilaksanakan dengan lebih baik khususnya berkenaan dengan tanam semula komersial ini yang menjadi rungutan Orang Asli. Di mana tanah yang telah dimajukan untuk tanaman kelapa sawit dan getah ini sekitar 24,000 hektar tanah Orang Asli. Kalau digunakan secara maksimum, saya yakin dia akan mengeluarkan satu pengeluaran yang kapasiti yang maksimum kita gunakan tetapi disebabkan oleh pelbagai isu dan akhirnya mereka tidak mendapat pulangan yang lumayan.
Seterusnya berkenaan dengan Orang Asli one-stop centre yang telah dibuka di Bawong Sungai Siput, Perak ini. Saya memang sangat setuju dengan langkah kerajaan ini di mana pusat sehenti ini boleh memberi ataupun menyediakan perkhidmatan kepada Orang Asli, tetapi ini khusus untuk bidang pertanian, di mana Orang Asli ini selalu dieksploitasikan oleh orang tengah. Di mana kalau diwujudkan Orang Asli One-Stop Centre ini di beberapa buah tempat sebagai contoh di Gua Musang ataupun di Ulu Tembeling ini, Orang Asli boleh menggunakan one-stop centre ini untuk mengagihkan barangan pertanian mereka di tempat tersebut dan peraih luar boleh membeli dari tempat tersebut daripada one-stop centre tadi. Jadi tidak kuranglah, jadi manipulasi harga oleh orang luar itu kita dapat kurangkan.
Seterusnya, berkenaan dengan Kementerian Kesihatan Datuk Yang di-Pertua.
Banyak lagi, tapi tak apalah saya bagi peluang kepada orang lain nanti. Berkenaan dengan amalan perubatan tradisional Orang Asli Semenanjung Malaysia. Kita tahu Orang Asli ini dia kaya dengan adat resam dia dan juga cara perubatan tradisional yang mereka gunakan seperti herba, herba-herba dan urut-urutan tradisional.
So, kalau mengikut Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 [Akta 775] di mana pihak Kementerian Kesihatan sebenarnya boleh untuk mengiktiraf amalan perubatan tradisional ini. Di mana kalau kita tengok di kawasan pedalaman ini, Orang Asli menggunakan herba dan juga minyak-minyak urut yang dihasilkan sendiri yang memang memberi, nampak berkesan dan dia lebih kepada hasil-hasil hutan, tumbuh-tumbuhan hutan yang tidak ada kesan kimia seperti perubatan moden. Ini ada dalam perubatan Cina tradisional dan juga India tradisional telah diiktiraf.
Maka itu saya mencadangkan amalan perubatan tradisional Orang Asli ini untuk diiktiraf dan ramai pengamal perubatan di pedalaman di kampung Orang Asli ini akhirnya memberi peluang pendapatan kepada mereka untuk memasarkan secara komersial bahan-bahan perubatan dan juga.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya mencelah? Okey.
Timbalan Yang di-Pertua
Silakan.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Saya ini berminat bila disebut dengan herba sebab itu rawatan alternatif kepada rawatan moden ini ya dan kita tahu Ayurveda dan juga Chinese Traditional medicine memang banyak digunakan orang.
Jadi saya tertarik bila Yang Berhormat Manolan memaklumkan bahawa Orang Asli pun mengamalkan ataupun tahu untuk merumuskan sebagai ubat-ubatan daripada herba dan juga pokok tumbuhan dikelilingi tempat mereka, kependudukan mereka.
Jadi soalan saya, tadi menyentuh tentang bagaimana untuk mengkomersialkan hasil-hasil ini. Kalau boleh saya cadangkan, tadi ada koperasi ya untuk Orang Asli Kijang Mas ataupun mungkin untuk di sesuatu tempat kampung tersebut boleh ditubuhkan satu koperasi keluarga ya dan boleh mendapat bimbingan daripada kementerian ataupun agensi kerajaan yang berkaitan. Bagaimana untuk mempakejkan, bagaimana untuk memproses supaya ia nya memang bersih dan tidak melanggar peraturan yang ada dan boleh dikomersialkan. Adakah YB bersetuju tindakan yang seperti ini, cadangan seperti ini? Terima kasih.
Tuan Manolan bin Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat. Memang itu niat saya ya supaya Kementerian Kesihatan mengiktiraf dan boleh dikomersialkan dan memberi hasil pendapatan kepada pengamal-pengamal perubatan tradisional ini. Dia bukannya menggunakan jampi serapah, tapi ini lebih kepada herba. Herba dan urutan tradisional yang memang ada keberkesanannya dan proven. Kalau minyak yang dihasilkan itu diambil daripada pokok-pokok hutan dan juga dicampur aduk, merupakan cara dia dan diurut, dan dia baik.
Saya pernah melihat ada yang orang terseliuh, yang patah kaki tak pergi hospital.
Mereka hanya gunakan perubatan tradisional dan boleh sembuh. Itulah saya mohon pihak kementerian untuk membuat kajian terperinci ya sebelum pengiktirafan itu diberikan dan saya memang bersetuju sebab itu dalam akta ini juga disebut Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari ini atas Akta 775 ini. Dia ada dia punya garis panduan sebelum perubatan tradisional ini diiktiraf oleh kerajaan.
Seterusnya yang terakhir Datuk Yang di-Pertua adalah berkenaan dengan, saya menyambut baiklah langkah kerajaan iaitu telah menambah jumlah renjer hutan itu, renjer komuniti dipanggil daripada 1,000 ke 2,000 orang dan ada juga melibatkan Orang Asli, belia-belia Orang Asli ini. Peruntukan telah diberikan sebanyak RM15 juta dan ini memang satu langkah yang sangat baik.
Di samping kita memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat Orang Asli ini, kita juga secara tidak langsung dapat menjaga khazanah alam kita ini. Kita kena pelihara dengan baik di dalam hutan alam fauna dan flora kita, kita kena jaga dengan baik. Maka itu, saya memang sangat bersetuju dengan langkah kerajaan ini. Kalau boleh kita tambah lagi jumlah renjer komuniti ini di kalangan yang pencen,masyarakat yang pencen dan juga Orang Asli.
Cuma satu sahaja saya nak tanya kepada kementerian, adakah pihak kementerian ini menyediakan satu senjatalah, senjata api untuk keselamatan mereka. Sebab saya ada dimaklumkan, apabila mereka masuk ke dalam hutan ini kadang bukan sehari, dua hari Datuk Yang di-Pertua.
Kalau sehari, dua hari ini, dia pergi pasar sahaja. Ini masuk hutan seminggu, dua minggu duduk dalam hutan ini, kita tahu sekarang ini banyak binatang buas. Bukan sahaja binatang buas, kalau mereka masuk dalam hutan ini, ramai juga penceroboh hutan ini.
Penceroboh haram hutan. Bukan warga Malaysia. Saya pun terkejut. Dia kata ini bukan warga Malaysia, warga negara asing ada dalam hutan negara kita.
Ini yang mereka memaklumkan kepada saya, mereka mencari apa, mencari kayu gaharu, mencari binatang-binatang yang dilindungi di dalam negara kita. Mereka- tangkap hantar balik negara mereka. Jadi mereka berhadapan dengan bahaya. Bukan sahaja binatang buas tapi dengan orang ini, dengan penceroboh hutan haram ini. Jadi saya minta pihak kementerian supaya melihat sediakan senapang, beri senapang kepada mereka ataupun melantik renjer komuniti yang ada lesen senapang ini.
Tuan Manolan bin Mohamad
Jangan biarkan orang muda dalam hutan duduk dua, tiga orang tanpa apa-apa keselamatan. Di samping itu juga, saya cadangkan supaya mereka ini disediakan insurans.
Insurans nyawa ke kan? PA. Mungkin KWSP sebagai contoh ataupun SOCSO. Apa-apa berlaku di dalam hutan itu, ramai yang sudah kahwin, ada anak kecil sesetengah ini.
Jadi, apa-apa berlaku, mereka tidak dilindungi. Maka itu, saya mohon pihak kerajaan untuk melihat perkara ini...
Timbalan Yang di-Pertua
YB, ada satu lagi pencelahan.
Tuan Manolan bin Mohamad
Okey, silakan.
Tuan Aknan a/l Ehtook
Terima kasih Datuk Tuan Yang di-Pertua. Tadi bila YB Manolan sebut tentang renjer untuk hutan itu, saya terpanggil untuk bertanya. Apa pandangan YB Manolan. Kerana di bawah Akta Biodiversiti, kita ada juga melindungi tumbuhan, flora dan fauna kita dalam hutan. Kerana kita dapati bahawa ada pihak yang datang dan atas nama membuat kajian, membawa balik flora-flora kita yang ada fungsi perubatan. Mereka bawa balik dan mereka patenkan.
Pada hal benda itu di negara kita. Jadi, adakah pihak renjer ini boleh melindungi dan ini satu fungsi tambahan yang boleh kita bagi kepada mereka dan boleh memberi justifikasi bahawa apa-apa kemudahan yang wajar diberi kepada mereka, sepatutnya diberikan. Ini kerana fungsi mereka untuk menjaga kepentingan negara yang lebih besar, yang perlu dilindungi. Terima kasih.
Tuan Manolan bin Mohamad
Saya setuju Datuk Yang di-Pertua. Memang ada bahan-bahan dalam hutan kita ini yang mempunyai nilai yang tinggi, hasil yang tinggi ya, daripada segi perubatan contohnya. Memang kalau boleh, mereka ini mesti juga diberi latihan untuk mengenal tumbuhan-tumbuhan yang bernilai tinggi ini.
Saya rasa yang terakhir Datuk Yang di-Pertua, dalam lima minit. Berkenaan dengan Laporan Inkuiri SUHAKAM. Saya baru-baru ini kita menghadiri satu taklimat yang dibuat oleh SUHAKAM, di mana beberapa pindaan akan dibuat terhadap Akta SUHAKAM ini, tetapi saya tengok ini belum dibentangkan lagi, tetapi apa yang saya hendak sebut ini adalah berkenaan Laporan Inkuiri Nasional Tanah Orang Asal dan juga Orang Asli ini yang telah berlanjutan lama. Tahun 2013 telah dibuat, di Dewan Rakyat telah di bahas laporan ini, tetapi Dewan Negara ini belum.
Jadi, saya mohon persidangan akan datang, Menteri yang menjaga undang- undang ini untuk melihat supaya Laporan Inkuiri Tanah Orang Asal Orang Asli ini dibawa ke dalam Dewan Negara ini dan dibahaskan. Jadi Datuk Yang di-Pertua, dengan itu maka berakhirlah perbahasan saya dan saya mohon menyokong Rang Undang-undang Perbekalan 2024. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih YB Manolan, memberikan kita pendidikan mengenai masalah Orang Asli dan juga menerima pencelahan yang begitu banyak tadi. Memang perbahasan YB menarik...
[Ketawa] Sekarang ini saya menjemput pembahas kita yang terakhir untuk hari ini iaitu YB Senator Datuk Seri Hajah Zurainah binti Musa.
Datuk Seri Hajah Zurainah binti Musa
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Datuk Yang di-Pertua, membenarkan saya membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 ya.
Datuk Yang di-Pertua, pertama sekali sebelum saya memulakan perbahasan saya ini, saya ingin memohon untuk Dewan yang mulia ini untuk bertafakur seketika, dengan izin, a moment of silence demi memperingati nyawa-nyawa yang telah terkorban dalam genocide yang kini sedang berlaku di bumi Palestin, Gaza.
[Ahli-ahli bertafakur] Terima kasih. Lebih 20,000 orang- rakyat Palestin telah dibunuh dalam peperangan semenjak 7 Oktober 2023. Di mana majoritinya merupakan kanak-kanak dan wanita. Laporan terkini yang diuar-uarkan menyatakan pembunuhan terus berlaku walaupun terdapat gencatan senjata dipersetujui dan pihak media dan anggota perubatan juga tidak terkecuali daripada pembunuhan ini. Saya ingin menanyakan kepada pihak Kementerian Luar, apakah antara usaha yang sedang dilakukan dan bajet yang diperuntukkan untuk membantu pihak Palestin dan juga untuk memastikan kegiatan Israel ini tidak terlepas daripada tindakan undang-undang pihak antarabangsa?
Bagaimana juga Malaysia akan mengkaji pendirian kita untuk menandatangani kepada Rome Statute, memandangkan keperluan akan accountability global bersama terhadap jenayah perang, dengan izin, war of crimes.
Kembali semula kepada perbahasan belanjawan saya pada hari ini. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan atas pembentangan Belanjawan 2024 yang bertemakan “Reformasi Ekonomi Memperkasakan Rakyat”.
Datuk Yang di-Pertua, saya menyambut baik pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan beliau yang memperuntukkan sejumlah RM393.8 bilion untuk Belanjawan 2024. Ini merupakan peruntukan belanjawan yang tertinggi dalam sejarah Malaysia dan menunjukkan komitmen kerajaan untuk memastikan pemulihan dan pembangunan ekonomi negara ekoran situasi pandemik COVID-19 dan asimilasi politik.
Datuk Yang di-Pertua, sebagai seorang korporat, saya yakin bahawa sebuah kerajaan akan stabil jika ekonomi negara itu stabil dan pertumbuhannya positif, dengan izin, a stable economy is not just good for business. It’s essential for the well being of our community and our nation. Berdasarkan pembentangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya amat sanjung usaha dan inisiatif kerajaan dalam mereformasikan struktur yang lebih inklusif dan mampan supaya pertumbuhan ekonomi dapat dicapai. Saya tertarik dengan enam inti pati dalam Belanjawan 2024 yang saya kira sudah tiba masanya perkara ini dilaksanakan.
Saya sangat memuji usaha kerajaan untuk melaksanakan perkara tersebut.
Pertama, berkenaan dengan e-Invoicing. Ini merupakan langkah penting untuk mengatur dan menyusun segala cukai yang telah diperoleh oleh kerajaan. Secara tidak langsung, ini juga dapat mengurangkan beban pentadbiran dan memperluaskan jaringan pembayar cukai. Inisiatif ini juga akan mengurangkan ketirisan hasil dan akan meningkatkan pendapatan kerajaan. Inisiatif ini penting untuk memastikan bahawa sistem cukai kita kekal efisien dan berkesan dalam menyokong aspirasi pertumbuhan ekonomi yang mampan.
Kedua, ini merupakan langkah yang berani oleh kerajaan dalam melaksanakan cukai keuntungan modal ke atas saham syarikat persendirian. Sejajar dengan prinsip cukai yang adil, ini akan dapat memastikan setiap sektor memainkan peranan yang sangat penting dalam menyumbang kepada kekuatan fiskal negara.
Ketiga, pelaksanaan pangkalan data PADU dan penyasaran subsidi kerajaan. Ini merupakan komponen yang sangat penting dalam penentuan sasaran subsidi yang lebih efisien dan lebih transparent. Keempat, dalam bidang pembangunan ekonomi saya melihat Belanjawan 2024 beralih fokus secara strategik ke arah projek infrastruktur berskala kecil dan penyelenggaraan. Ini akan memberi faedah pertumbuhan ekonomi kepada pelbagai komuniti masyarakat dan perniagaan kecil secara langsung berbanding projek besaran, dengan izin, mega projects yang lebih membantu syarikat besar-besaran sahaja.
Kelima, seruan kerajaan dalam menempatkan 30 peratus perwakilan wanita.
Datuk Seri Hajah Zurainah binti Musa
Ini yang saya sangat tertarik dalam lembaga pengarah dan pengurusan GLC. Ini merupakan inisiatif yang paling saya dan ramai sahabat bertunggu-tunggu dan bertanya kira perkara ini perlu diambil berat dan dilaksanakan dengan seriusnya dengan izin, diversity not just about fairness and inclusion and it’s also about how opportunities are being given, insya-Allah ya.
Saya memohon untuk komitmen sama bagi pihak kerajaan juga untuk memastikan perkara ini berlaku di peringkat Ketua Setiausaha dan juga Setiausaha Bahagian Kementerian-kementerian termasuklah dengan izin, jawatan The Four Wise Men, empat jawatan tertinggi penjawat awam yakni Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi. Sudah tiba masanya, sudah tiba masanya untuk kita mendapat seorang dua orang wanita dalam jawatan-jawatan tersebut terutama apabila pihak penyandang akan bersara.
Saya memohon JPA untuk memperjelaskan usaha mereka dalam memastikan lebih wanita memegang jawatan di peringkat KSU dan SUB.
Keenam, Belanjawan 2024 menekankan kepentingan.
Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh
Tan Sri mohon mencelah.
Timbalan Yang di-Pertua
Silakan.
Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh
Saya setuju seratus peratus dengan Yang Berhormat bahawasanya something is wrong somewhere dengan izin. Kalau kita lihat di institusi pendidikan, sama ada tinggi ataupun menengah, ramai pelajar yang cemerlang merupakan kalangan perempuan iaitu wanita. Masuk pipeline, sampai akhirnya dalam pasaran pekerja sama ada kerajaan ataupun industri, tidak ramai wanita yang dilantik di tahap yang tertinggi.
Sudah tentu ia nya adakah Yang Berhormat setuju ya, sudah tentu ia nya semestinya Kementerian Wanita perlu mengambil dan melihat dengan serius di mana salah dan silapnya, di manakah ketirisannya? Skill dan kepandaian, kebijaksanaan perempuan dan wanita ini tidak di salur kepada tempat yang berpatutan. Yang Berhormat Datuk Seri, terima kasih.
Datuk Seri Hajah Zurainah binti Musa
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Fatmi. Saya setuju seratus peratus, kadangkala kita wanita ini mempunyai sifat kewanitaan di mana kita tidak seberani atau daring-lah seperti kaum lelaki. Kita senantiasa menganggap diri kita ini kurang sedikit, itu satu daripada masalah yang saya sebagai seorang wanita lihat dan kita senantiasa fikirkan bahawa, dengan izin, Yang Berhormat Datuk Yang di-Pertua, we feel there is a glass ceiling di atas kepala kita.
Walhal bagi saya, there is no glass ceiling, we put it there. Jadi kita kena berani dan saya amat bersetuju dengan Yang Berhormat Tan Sri di mana Kementerian Wanita perlu mengambil langkah yang lebih aktif dan progresif terhadap wanita-wanita supaya mereka diberi semangat dan keberanian untuk bersuara.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh
Bersetuju ataupun tidak kalau saya katakan Kementerian Wanita ataupun pihak lain membuat satu tracking untuk pelajar- pelajar cemerlang di sekolah, di universiti ke mana perginya mereka ini dan tracking ini biar details secara spesifik supaya kita tahu what happen to them, dengan izin.
Sebab saya rasa negara rugi kalau minda-minda yang bijaksana ini tidak disalurkan kepada tempat yang sepatutnya untuk membangun negara ini. Setuju atau tidak kalau kita adakan satu mekanisme untuk track di mana mereka- semua, ini?
Datuk Seri Hajah Zurainah binti Musa
Datuk Yang di-Pertua, saya sangat setuju Yang Berhormat Tan Sri, sangat-sangat setuju insya-Allah ya. Saya haraplah Kementerian Wanita akan dengar dan menyahut cadangan ini dengan hati yang terbuka, insya-Allah. Saya sambung Datuk Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua
Yang Berhormat saya nak buat pertanyaan, jam sudah pukul 5.25, ucapan Yang Berhormat panjang lagi?
Datuk Seri Hajah Zurainah binti Musa
Tidak ada, dalam...
Timbalan Yang di-Pertua
Tidak apa.
Datuk Seri Hajah Zurainah binti Musa
Dalam 15 sehingga 20 minit sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua
Tidak apa Yang Berhormat boleh sambung balik hari Isnin.
Datuk Seri Hajah Zurainah binti Musa
15 hingga 20 minit sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Dewan bersetuju untuk membenarkan untuk Yang Berhormat Zurainah, habiskan?
Beberapa Ahli
Setuju...
Timbalan Yang di-Pertua
Ya boleh ya? Jadi kalau Ahli Dewan masih lagi nak mendengar Yang Berhormat punya perbahasan, saya tidak boleh halanglah.
Datuk Seri Hajah Zurainah binti Musa
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
[Ketawa]
Datuk Seri Hajah Zurainah binti Musa
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua, Okey saya akan cuba mempercepatkan sedikit. Keenam Belanjawan 2024 menekankan kepentingan akan ekonomi hijau selaras dengan pergerakan global ke arah masa depan yang lebih mampan.
Peta jalan peralihan tenaga kebangsaan menggariskan strategi yang komprehensif untuk memastikan pertumbuhan ekonomi tidak akan menjejaskan keindahan alam lestari dan kadar keluaran karbon dapat dikurangkan. Gagasan kerajaan dalam mementingkan ekonomi hijau secara tidak langsung dapat menarik minat pelabur asing untuk melabur di negara kita, tetapi saya sekali lagi ingin mengingatkan supaya dalam mengaturkan semula semua strategi ini, pastikanlah syarikat-syarikat tempatan juga mendapat peluang yang sewajarnya.
Datuk Yang di-Pertua, saya petik kata-kata Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, “Kehidupan ini umpama satu sandiwara besar. Kita ada masing-masing ada peranannya.” Justeru terdapat beberapa perkara yang saya kira memerlukan penelitian yang lebih terperinci dalam Belanjawan 2024. Saya pecahkan kepada dua aspek utama:
(i) berkenaan kos sara hidup rakyat; dan
(ii) keperluan untuk keprihatinan kerajaan terhadap sektor kritikal dan rentan.
Di bawah aspek kos sara hidup. Seperti yang telah diumumkan, peningkatan SST dari enam peratus ke-lapan peratus untuk beberapa sektor telah diperkenalkan sebagai langkah untuk mengatasi cabaran fiskal negara. Walau bagaimanapun, kita perlu akui bahawa peningkatan ini turut menyumbang kepada kenaikan kos sara hidup.
Walaupun perkara ini penting untuk memastikan kelestarian ekonomi pada jangka yang panjang, namun ia akan meletakkan beban tambahan kepada belanjawan isi rumah.
Lebih-lebih lagi bagi mereka daripada kumpulan yang berpendapatan rendah.
Tambahan pula, apabila kerajaan mengambil pendekatan untuk mengurangkan subsidi bagi meningkatkan disiplin fiskal, ia akan menambahkan lagi bebanan ke atas kos sara hidup rakyat. Saya khuatir, kenaikan harga barang dan perkhidmatan terutama buat makanan ruji akan membebankan golongan berpendapatan yang rendah.
Saya faham akan keperluan kerajaan untuk mengurangkan subsidi, namun beberapa persoalan terlintas di pemikiran saya untuk ditujukan kepada Kementerian Kewangan.
(i) di manakah kewangan simpanan yang dijana daripada pengurangan subsidi ini kini dibelanjakan;
(ii) berapakah peratusan daripada simpanan ini dibelanjakan untuk pelaksanaan subsidi bersasar sama ada dalam dana subsidi mahupun pelaksanaan mekanisme penentuan subsidi tersebut; dan
(iii) apa garis masa yang dijangkakan untuk subsidi bersasar ini dapat memberi kesan terus kepada kumpulan yang disasarkan.
Janganlah subsidi dikeluarkan pada hari ini, tetapi subsidi bersasar datang berbulan-bulan kemudiannya. Datuk Yang di-Pertua, berkaitan dengan persoalan saya mengenai subsidi bersasar, pelaksanaan Pangkalan Data Utama (PADU) merupakan elemen penting dalam Program Rasionalisasi Subsidi Kerajaan.
Pangkalan Data (PADU) akan memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan sasaran subsidi yang lebih berkesan dan efficient. Saya mengambil maklum jawapan Yang Berhormat Menteri Ekonomi di Dewan Rakyat bahawa pangkalan data ini akan beroperasi sepenuhnya menjelang Januari 2024.
Datuk Seri Hajah Zurainah binti Musa
Akan tetapi sefahaman saya, Januari 2024 merupakan waktu untuk pendaftaran dan validisasi data ini. Jadi, saya ingin bertanya kepada Kementerian Ekonomi, bilakah data PADU akan dan boleh digunakan untuk pelaksanaan subsidi bersasar?
Seterusnya, apa jenis-jenis subsidi bersasar yang akan diberikan dan akhir sekali, bilakah subsidi bersasar ini akan dijalankan mengikut jenis subsidi yang dipilih untuk dirasionalisasikan dan bilakah ia akan dilaksanakan secara menyeluruh dan bukan secara rintis?
Saya sangat menyokong usaha yang telah diumumkan, tetapi dalam pelaksanaan yang dirancang kan, janganlah kita lupa tempoh peralihan ini akan menjejaskan rakyat dan sebagai Kerajaan Madani yang prihatin, kita perlu memastikan kebajikan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah terjamin. Janganlah ini menjadi kritikan kepada usaha mulia kerajaan untuk mereformasikan ekonomi kita.
Saya juga ingin bertanya dengan lebih lanjut berkaitan inisiatif dan Dasar Gaji Progresif. Syabas saya ucapkan kepada kementerian kerana mengambil langkah proaktif yang mampu memberikan manfaat besar kepada syarikat tempatan yang meraih peluang ini. Lebih-lebih lagi ramai tidak sedar bahawa langkah kerajaan sebelum ini lebih reaktif daripada- dalam memperjuangkan kos sara hidup dan lupa bahawa satu cara lagi adalah dengan memastikan peningkatan pendapatan rakyat Malaysia.
Saya mengambil maklum pengumuman Yang Berhormat Menteri dalam sebuah kertas, bahawa sebuah kertas putih akan dibentangkan. Saya berterima kasih atas taklimat berkenaan Kertas Putih Dasar Gaji Progresif semalam. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri.
Saya ingin bertanya sedikit untuk memastikan perancangan pelaksanaan benar- benar membawa impak bermakna kepada rakyat. Pertama, berapa bajet yang telah diasingkan untuk inisiatif ini dan berapakah anggaran syarikat dan pekerja akan mendapat manfaat daripada ini? Jikalau jumlah terlalu sedikit, ia tidak akan mampu memberi kesan yang besar kepada market forces, dengan izin, untuk meningkatkan pendapatan rakyat.
Seterusnya, apakah sektor yang akan diutamakan dan faktor-faktor pertimbangan yang akan dilakukan? Yang Berhormat Menteri mengatakan SME, tetapi kita perlu memastikan imbangan sektor strategik seperti sektor elektrik dan elektronik, khususnya semikonduktor dan juga sektor yang menggaji pekerja mahir di Malaysia dengan jumlah yang banyak iaitu sektor perkhidmatan dan sektor kritikal juga perlu kita fikirkan.
Datuk Yang di-Pertua, beralih kepada aspek kedua iaitu akan keperluan keprihatinan kerajaan terhadap sektor kritikal dan rentan. Dalam perjalanan ke arah masa depan yang lebih mampan, Belanjawan 2024 seharusnya memberikan perhatian kepada sektor kritikal dan rentan yang memberikan impak kepada perlindungan sosial dan pembangunan ekonomi.
Di bawah sektor kesihatan, kerajaan harus serius dalam persediaan untuk menangani cabaran negara kita menuju ke arah negara menua. Saya telah berkali-kali bersuara berkaitan perkara ini di dalam Dewan yang mulia ini dan saya masih risau bahawa kita tidak mempunyai perancangan yang komprehensif dalam tindakan ini.
Soalan dan cadangan saya berkaitan perkara ini dalam perbahasan RMKe-12 pada bulan September yang lepas masih belum terjawab. Jadi, saya ingin bertanya sekali lagi kepada Kementerian Ekonomi, bagaimana koordinasi antara kementerian terhadap inisiatif berkaitan krisis populasi ini dilakukan terutamanya isu aging nations dan kebolehan pesara.
Kedua, saya juga ingin mencadangkan jawatankuasa berperingkat nasional yang diketuai oleh Kementerian Ekonomi atau Jabatan Perdana Menteri untuk menangani isu dan krisis ini.
Saya akui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah pun menyebut bahawa terdapat usaha oleh mereka untuk mewujudkan dasar sewajarnya bersama Kementerian Ekonomi tetapi kita harus akui bahawa kadar kelahiran di Malaysia sedang menurun dan usia populasi kita menuju ke arah aging nations. Perkara ini juga berkait rapat dengan isu care economy dan penglibatan wanita dalam sektor pekerjaan.
Kesemua micro trend ini merupakan cabaran yang besar terhadap produktiviti ekonomi pada masa jangka panjang dan kestabilan sosial. Justeru, perkara ini memerlukan pendekatan yang menyeluruh daripada kerajaan yang seharusnya diterajui oleh Kementerian Ekonomi atau Jabatan Perdana Menteri. Ini adalah situasi yang amat kritikal.
Secara umum juga, kerajaan harus memberi keutamaan kepada inisiatif fiskal yang akan menarik pelaburan domestik dan bukan sahaja pelaburan asing. Kita memerlukan syarat yang lebih ketat ke atas pelaburan asing untuk memastikan negara kita tidak diambil kesempatan oleh mereka dan syarikat dan rakyat tempatan tidak pula meraih peluang. Janganlah, ‘kera di hutan disusukan dan anak di rumah kelaparan’.
Khusus bagi sektor rentan, saya ingin menyentuh industri kreatif termasuk filem, muzik dan seni persembahan. Pandemik COVID-19 telah memberi dampak yang teruk kepada industri kreatif ini. Industri-industri ini memainkan peranan penting dalam memperkenalkan budaya Malaysia dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi.
Belanjawan 2024 seharusnya memberikan peruntukan dana yang lebih tinggi buat industri kreatif Malaysia.
Dalam usaha untuk menyokong sektor rentan ini, berapakah anggaran syarikat dan orang yang akan mendapat impak yang positif daripada peruntukan sebanyak RM90 juta dalam Belanjawan 2024? Jika dibandingkan dengan lima tahun yang lepas, adakah ini lebih atau kurang dari tahun-tahun sebelum ini?
Selain itu, kerajaan seharusnya boleh mempertimbangkan langkah perlindungan sosial bagi profesional kreatif terutamanya kru filem, ini termasuk skim insurans pengangguran dan subsidi penjagaan kesihatan. Apakah usaha yang sedang dilakukan dalam aspek ini?
Seterusnya, saya ingin bertanya kepada Kementerian Pertanian berkenaan pengeluaran durian dalam negara yang semakin bertambah. Pasaran- semalam kita dapat makan durian, terima kasih kepada Menteri dan Kementerian Pertanian ya. Pasaran utama yang disasarkan iaitu Negara China. Kementerian Pertanian menetapkan buah durian yang akan dieksportkan ke negara China perlu dibekukan terlebih dahulu. Ini telah meningkatkan kos kepada pengeksport kita sedangkan pengeksport negara Thailand tidak perlu berbuat demikian. Justeru, apakah syarat ini ditetapkan oleh negara China? Jika tidak, mengapakah kita menetapkan syarat sedemikian kerana ini akan menyusahkan pengeksport kita?
Durian dibekukan untuk tahan lama atas faktor logistik. Durian kita dikutip apabila gugur. Durian Thailand dipetik semasa muda. Kita guna jalan laut, Thailand boleh guna jalan darat. Tidak bolehkah kita mengambil tindakan atau mengesyorkan supaya R&D dilakukan untuk menangani isu ini? Sayang seribu kali sayang, jika kita tidak mengatasi masalah yang amat besar ini.
Datuk Yang di-Pertua, saya menyambut baik Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020. Pelan tempatan Kuala Lumpur pertama yang dikenali sebagai Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 iaitu dokumen menterjemahkan wawasan jangka panjang, PSKL 2020 ke arah bandar raya bertaraf dunia, tetapi saya ingin menanyakan kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tentang perancangan mengenai PPR iaitu projek perumahan rakyat di sekitar Wilayah Persekutuan.
Seperti sedia maklum, terdapat banyak rumah PPR di ibu kota, namun adakah terdapat sebarang perancangan untuk menempatkan rumah PPR ini di kawasan atau lokaliti yang premium supaya jurang antara rakyat kaya, miskin, dapat dikurangkan. Saya merasakan bahawa keperluan untuk kita meletakkan rumah PPR di kawasan premium supaya tidak ada lagi istilah kawasan berpendapatan rendah dan tinggi. Ini akan mewujudkan stigma yang tidak harmoni. Saya mohon pihak DBKL untuk mempertimbangkannya.
Datuk Mohd Hisamudin bin Yahaya
Datuk Yang di-Pertua, mohon mencelah mengenai PPR bandar raya, tetapi...
Timbalan Yang di-Pertua
Boleh, tak ada masalah. Saya menggunakan Peraturan 11(5) untuk panjangkan sesi perbahasan ini, sampai Datuk Zurainah berhenti.
Datuk Mohd Hisamudin bin Yahaya
...Dia tak duduk lagi...
[Ketawa]
Datuk Seri Hajah Zurainah binti Musa
Dah nak habis dah.
Timbalan Yang di-Pertua
Jadi, kalau Yang Berhormat nak mencelah pun, tak apa.
Datuk Mohd Hisamudin bin Yahaya
Datuk Yang di-Pertua, Yang Berhormat Zurainah, setujukah Yang Berhormat kalau saya katakan bahawa rumah PPR di Kuala Lumpur merupakan yang termurah di dunia, RM124 sewa sebulan. Kalau dibandingkan dengan kos sederhana, kita tengok RM750,000.
Namun, akhir-akhir ini, kita tengok kita banyak buat redevelopment. Maknanya, rumah PPR yang kita robohkan ini, kita ganti balik kepada pembeli-pembeli tertentu, kita bagi one to one, tetapi sedarkah kita bahawa, stok untuk sewa ini makin lama makin berkurang? Jadi, apakah perancangan DBKL untuk membina stok-stok yang ini?
Maknanya, orang yang datang di kampung nanti, dia nak sewa balik rumah-rumah ini semua dah tak ada dah, sebab rumah yang ada dijual. Jadi, saya mengharapkan bahawa pihak kerajaan dalam memberi jawapan nanti kita nak tahu, berapa banyak, kah jumlah stok baharu untuk rumah sewa ini dibina?
Kalau- saya rasa yang ada sekarang ini pun 60,000 sahaja. Waiting list kita 40,000 bayangkan. Apakah yang kita nak buat di bandar raya untuk menampung lagi masalah kemiskinan bandar ini? Tak mampu dah.
Datuk Seri Hajah Zurainah binti Musa
Betul.
Datuk Mohd Hisamudin bin Yahaya
Sewa kalau rumah yang kita buat sekarang, rumah RUMAWIP ini, sewa dia kalau di kawasan Titiwangsa itu, RM1,300 ke RM1,500, 850 square feet, 900 square feet, itu harga dia. Jadi, kalau sekiranya kita tidak melihat atau tidak membina dengan kadar segera rumah-rumah mampu milik ini atau PPR ini untuk penyewaan, satu hari nanti warga kota sendiri akan terhimpit dan tak ada rumah. Kita akan miskin di kawasan situ atau sewa sahaja.
Jadi, saya harap pihak bandar raya dan pihak kerajaan dapat memperjelaskan kita. Kita buatlah rancangan Kuala Lumpur 2020 ke 2020 berapa, kita nak tahu inilah. Ini yang kita nak tahu. Kita nak tahu development itu di kawasan mana itu betul, sebab sekarang ini kawasan kita memang tak seimbang.
Kalau di kawasan CBD, memang kita langsung tak nampaklah. Kalau dulu ada, di kawasan CBD- CBD area, kita tengok ada rumah mampu milik ataupun rumah kos rendah.
Sekarang, saya rasa kalau kita buat redevelopment balik, rumah itu akan mungkin diganti di tempat yang lain.
Jadi, apakah nasib orang-orang yang akan datang atau generasi yang akan datang? Apabila kita pun nanti masa itu, kita pun dah tak ada. Saya berharap, Bandaraya dapat membuat satu perancangan teliti supaya kita memperbanyakkan juga. Kita naikkan juga rumah RUMAWIP ini. Dalam masa yang sama Datuk Yang di-Pertua, kita harus lihat rumah-rumah yang untuk disewa. Itu sahaja pencelahan saya.
Datuk Seri Hajah Zurainah binti Musa
Terima kasih, Datuk Yang di-Pertua.
Saya amat bersetuju dengan apa Yang Berhormat katakan tadi. Memang, di Kuala Lumpur ini, di Wilayah ini, miskin tegar ini sangat-sangat berleluasa. Saya sangat bersetuju dengan Yang Berhormat dan saya harap DBKL akan mengambil tindakan yang segera.
Juga, saya ingin mengesyorkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri jika- jika bolehlah dalam perancangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kita wujudkan semula Kementerian Wilayah Persekutuan.
Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh
Setuju, setuju...
Datuk Seri Hajah Zurainah binti Musa
Terima kasih. Akhir sekali...
Seorang Ahli
Last dah?
Datuk Seri Hajah Zurainah binti Musa
Khusus bagi sektor- okey. Akhir sekali, akhir sekali, saya ingin menyentuh berkenaan e-dagang di bawah skop bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Sedar atau tidak, import yang murah dari luar negeri ataupun luar negara melalui e-dagang membawa cabaran kepada sektor perkilangan tempatan.
Menurut Federation of Malaysian Manufacturers (FMM), import melalui e-dagang telah meningkat secara signifikan. Walaupun ini membawa kepada penurunan harga untuk pengguna tetapi ia juga memberi tekanan kepada sektor pembuatan tempatan dan pada masa yang sama, kualiti dan standard barangan luaran ini tidak terjamin.
Oleh itu, kerajaan perlu mengambil langkah yang lebih proaktif dalam memastikan semua barang import akan mematuhi standard keselamatan dan kualiti Malaysia. Datuk Yang di-Pertua, sebelum saya akhiri, saya nak berpantun.
*Sempurna aturan menata urusan, Kiri dan kanan dipersiapkan; Belanjawan 2024 mencipta wawasan, Sokongan penuh saya berikan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh****...*** [Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih, Yang Berhormat. Malangnya, saya ini kurang pandai berpantun. Jadi, saya tak boleh beli pantun Yang Berhormat tadi...
[Ketawa] Jadi, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan pada petang ini.
Saya tahu dah lebih pukul 5.30, tetapi Urusan Mesyuarat hari ini telah selesai.
Dengan itu, Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin, 4 Disember 2023.
[Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.46 petang]