Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua
Dipersilakan pertanyaan pertama oleh Yang Berhormat Dato' Haji Husain bin Awang.
Dato' Haji Husain bin Awang
Assalamualaikum warahmatullah. Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 1.
1. Dato' Haji Husain bin Awang minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan:
(a) apakah tindakan tegas dari kerajaan dalam mengatasi isu bilik sewa 'sarang burung'; dan
(b) bagaimanakah kementerian memastikan pemilik premis mematuhi garis panduan serta spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Salam sejahtera Tan Sri Tuan Yang di-Pertua.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan sentiasa komited untuk memastikan isu ini diatasi secara tegas terhadap pemilik premis yang didapati melanggar syarat dan mengubahsuai premis tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan serta tidak mematuhi spesifikasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Pemilik-pemilik premis harus mematuhi syarat-syarat dan garis panduan yang telah ditetapkan semasa proses kelulusan pelan pemajuan oleh agensi-agensi teknikal yang terlibat seperti Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia, Jabatan Pengaliran dan Saliran dan Tenaga Nasional Berhad.
KPKT juga telah mengeluarkan surat arahan kepada semua PBT di seluruh negara pada 23 Oktober tahun ini untuk mempergiat dan memperkukuhkan penguatkuasaan di kawasan pentadbiran masing-masing dengan melaksanakan pemeriksaan terhadap bangunan dan rumah kediaman secara berkala dan konsisten serta responsif terhadap aduan awam yang diterima mengenai isu ini.
Untuk makluman Yang Berhormat, seksyen 79(1), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 atau Akta 133 menetapkan mana-mana pihak tidak dibenarkan untuk mendirikan, mengarah atau membenarkan pembinaan apa-apa sekatan, petak, galeri, loteng, bumbung, siling atau binaan lain dalam sesuatu bangunan tanpa memperoleh kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada PBT.
Akta 133 juga menetapkan mana-mana pemilik premis bangunan atau rumah kediaman yang didapati melanggar syarat-syarat berkaitan pengubahsuaian bangunan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan juga boleh dikenakan denda tambahan sebanyak RM1,000 bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.
Sekiranya PBT mendapati bahawa suatu buah bangunan telah didirikan, sedang didirikan atau hampir hendak didirikan tidak mematuhi syarat sebagaimana yang ditetapkan dalam seksyen 70, Akta 133, PBT boleh mengarahkan bangunan tersebut untuk diruntuhkan atau dirobohkan melalui Notis kepada pemilik premis bangunan atau rumah kediaman. Selain itu, Undang-undang Kecil 42, Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 telah jelas mensyaratkan keluasan bilik untuk didiami dalam sesuatu bangunan kediaman perlu mematuhi luas minimum yang ditetapkan.
Seksyen 78 juga, Akta Kerajaan Tempatan 1976 menetapkan bahawa pemilik premis bangunan atau rumah kediaman boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan didenda tambahan tidak melebihi RM100 bagi setiap hari selama tempoh kesalahan itu diteruskan selepas sabitan. Ini merujuk kepada kesalahan membenarkan sesebuah rumah diduduki dengan penuh sesak, dengan izin, overcrowding. PBT juga boleh mendapatkan perintah mahkamah atas tujuan mengenakan denda kepada pemilik premis bangunan atau rumah kediaman yang didapati menyebabkan kacau ganggu tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, premis yang menawarkan perkhidmatan bilik sewa, sarang burung dan pemilik premis yang telah mengubah suai bangunan tanpa kelulusan menyebabkan wujudnya bahaya kebakaran mengikut tafsiran bawah seksyen 2, Akta Perkhidmatan Bomba 1988.
Oleh yang demikian, dalam memastikan pemilik premis mematuhi garis panduan serta spesifikasi yang ditetapkan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melalui aktiviti penguatkuasaan penghapusan bahaya kebakaran, seperti mana yang diperuntukkan dalam Akta 341 boleh mengambil beberapa tindakan seperti berikut:
(i) mengeluarkan notis menghapuskan bahaya kebakaran di bawah seksyen kelapan;
(ii) sekiranya gagal, maka di bawah seksyen 10, Ketua Pengarah boleh mengeluarkan notis melalui pertuduhan, saman;
(iii) langkah ketiga melalui permohonan untuk perintah tutup tersebut;
(iv) melaksanakan kerja-kerja menghapuskan bahaya kebakaran dalam kes-kes yang terdesak di bawah seksyen 12; dan
(v) melarang atau menyekat penggunaan premis tersebut di bawah seksyen 35A.
Untuk mengatasi masalah ini, saya sendiri bersama dengan penguat kuasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah pun melakukan terjahan serta penguatkuasaan operasi untuk pastikan kejadian bilik sewa “sarang burung” ini dapat dikurangkan ataupun dicegah. Sekian, terima kasih.
Dato' Haji Husain bin Awang
Soalan tambahan. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang menyeluruh.
Soalan saya ialah, adakah kerajaan bercadang untuk menambah baik dan mengubah suai status kuarters dan juga bangunan milik kerajaan yang tidak digunakan kepada bilik sewa mampu milik bagi menangani isu kebanjiran bilik sewa ‘sangkar burung’, terutamanya di kawasan Lembah Klang yang mempunyai kepadatan penduduk yang begitu tinggi. Terima kasih.
Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih atas soalan tambahan yang membina. Ini memang satu cadangan yang sedang diperhalusi oleh pihak kerajaan, khususnya DBKL di mana, DBKL sekarang ada rumah transit belia. Mana-mana yang tidak dapat mampu membayar sewa, disediakan rumah transit belia. Termasuk juga Rumah Mampu Milik WIP untuk mereka yang baru lepasan pelajaran. Cadangan ini akan diperhalusi. Sekiranya ada apa-apa perkembangan, kita akan membuat pengumuman. Terima kasih, Yang Berhormat.
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Soalan tambahan.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Yang Berhormat.
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih juga kepada Menteri atas penjelasan yang telah diberikan.
Memang kita faham apa yang penting adalah space, ruang untuk diduduki. Saya nak mohon penjelasan daripada Menteri. Adakah sebarang kajian atau pembangunan di peringkat kementerian dalam membangunkan rumah-rumah mampu milik itu seperti apartmen dengan kaki persegi yang lebih kecil, contohnya 600 atau 800 persegi, di kawasan yang utama? Untuk dijual kah, untuk disewa kah atau untuk disewa beli pun boleh. Ini satu penyelesaian. Adakah mempertimbangkan? Terima kasih.
Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih, Yang Berhormat, atas soalan tambahan.
Yang penting iaitu kediaman ini perlu berdaya huni dan berperikemanusiaan. Selaras dengan wawasan Malaysia Madani, semua kediaman perlu bersifat manusiawi.
Oleh demikian, Kementerian KPKT telah menetapkan keluasan minimum rumah mampu milik yang dibina oleh kementerian iaitu sekurang-kurangnya 750 kaki persegi, tiga buah bilik tidur, dua buah bilik air. Ini adalah spec minimum supaya kita pastikan keluarga-keluarga yang duduk dalam rumah, walaupun di rumah mampu milik, tetapi tidak ada stigma seolah-olah mereka adalah daripada golongan bawahan. Ini adalah penting untuk menjaga martabat dan darjat rakyat.
Pada masa yang sama, di mana KPKT telah menetapkan sasaran di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, kita akan membina 500,000 unit rumah mampu milik menjelang tahun 2025. Mengikut kajian separuh penggal, kita berjaya melepasi sasaran.
Pada ketika ini, telah berjaya membina hampir 260,000 unit iaitu 52.38 peratus, exceeded the 50 percent benchmark. Oleh sebab itu, usaha ini akan dipergiatkan lagi supaya kita dapat merealisasikan impian each Malaysian deserve a home, bukan sahaja bangunan, tetapi sebuah kediaman. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya ingin menjemput Dato’ (Dr.) Arman Azha bin Abu Hanifah.
Dato’ (Dr.) Arman Azha Abu Hanifah
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Pokok teratai sebelah sana, Anak ikan makan haruan; YB Menteri bijaksana, Cukai baharu apa tujuan?
2. Dato’ (Dr.) Arman Azha Abu Hanifah minta Menteri Kewangan menyatakan, rangka perancangan kementerian secara menyeluruh mengenai langkah reformasi percukaian yang akan diperkenalkan kepada rakyat pada tahun hadapan.
Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
*Cantik banjaran paksi benua, Hening pagi di alam maya; Untuk soalan nombor dua; Dengarkan ini jawapannya...
[Tepuk]* Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Senator (Dr.) Arman.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kewangan telah menubuhkan Jawatankuasa Penasihat kepada Menteri Kewangan pada 7 Februari 2023 untuk mengkaji sistem percukaian sedia ada dan mengemukakan cadangan untuk menambah baik, memperbaharui dasar dan sistem pentadbiran percukaian negara. Sesi libat urus juga dijalankan secara berterusan dengan pihak industri, pengamal percukaian, dewan perniagaan dan ahli akademik untuk meneliti pelbagai cadangan reformasi cukai yang diterima Kementerian Kewangan.
Belanjawan 2024 telah menggariskan beberapa inisiatif utama yang akan dilaksanakan untuk meluaskan asas hasil negara. Antaranya, kerajaan akan melaksanakan cukai keuntungan modal selaras dengan amalan terbaik percukaian antarabangsa. Pelaksanaan cukai keuntungan modal adalah ke atas pelupusan saham tidak tersenarai syarikat tempatan pada kadar 10 peratus mulai 1 Mac 2024 dan hanya melibatkan pembayar cukai syarikat. Pendapatan cukai ini dianggar RM800 juta setahun.
Seterusnya, skop perkhidmatan bercukai di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018 akan diperluas bagi meliputi perkhidmatan baharu seperti pusat karaoke, pembrokeran dan penajajaminan untuk perkhidmatan selain kewangan serta logistik.
Selain itu, kadar cukai perkhidmatan dinaikkan daripada enam peratus pada lapan peratus ke atas semua perkhidmatan bercukai kecuali perkhidmatan makanan dan minuman, telekomunikasi, penyediaan ruang parkir kenderaan. Pendapatan cukai ini dianggar RM3.45 bilion- tambahan pendapatan kerajaan bagi tahun 2024.
Kerajaan juga akan menggubal perundangan baharu bagi melaksanakan cukai barang bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang bernilai tinggi tertentu. Pengenalan cukai ini bertujuan untuk meningkatkan hasil dengan mengenakan cukai kepada golongan kaya yang mempunyai kemampuan untuk membeli barang bernilai tinggi. Namun begitu, cukai tidak akan dikenakan kepada pelancong bagi maksud menggalakkan pelancongan ke dalam negara.
Di samping itu, kadar duti eksais bagi minuman bergula turut dinaikkan daripada 40 sen kepada 50 sen seliter bagi terus menyokong strategi meningkatkan kesihatan rakyat. Dalam masa yang sama, pengenaan duti eksais turut diperluas kepada tembakau kunyah bagi tujuan menyamaratakan layanan cukai ke atas semua produk tembakau.
Seterusnya, mulai 1 Januari 2025, kerajaan juga akan melaksanakan Global Minimum Tax (GMT) iaitu pengenaan kadar cukai efektif minimum di peringkat global pada kadar 15 peratus di bawah GMT. Negara atau jurisdiction yang terlibat akan diberi hak untuk mengenakan perbezaan cukai atau top up tax sekiranya pentadbir percukaian negara syarikat pemastautin tidak bercukai atau mengenakan cukai efektif minimum pada kadar kurang daripada 15 peratus.
Kerajaan sentiasa komited dan proaktif dalam mengekang ketirisan hasil cukai dengan menangani masalah kegiatan ekonomi bayangan, antaranya melalui dua inisiatif iaitu Tax Identification Number (TIN) dan e-Invoice. Terima kasih.
Dato’ (Dr.) Arman Azha Abu Hanifah
Soalan tambahan. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya hari ini, adakah kerajaan akan melaksanakan GST kembali? Apakah kebaikan GST berbanding SST? Kenapa sebelum ini GST dikenakan pada kadar enam peratus, bukan pada kadar tiga peratus yang tidak membebankan rakyat? Berapakah negara yang telah laksanakan GST ini? Terima kasih.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Negara yang melaksanakan GST sebanyak 175 buah negara. Negara dalam dunia 194 buah negara. Bererti, 175 bahagi 194, 90.2 peratus negara dalam dunia sudah melaksanakan GST dan VAT. Malaysia sahaja satu-satu negara dah laksana, tapi tarik balik. Ini semua sebab politik sebenarnya, bukan sebab ekonomi.
Kita melaksanakan pada ketika itu enam peratus, bukan tiga peratus kerana jika kita melaksanakan 3 peratus, tidak ada tambahan cukai yang diperoleh. Maksudnya, nilainya sama dengan SST. Sebelum kita buat GST, kita telah melaksana SST.
Kebaikan- GST hanya satu cukai. SST dua cukai. SST cukai jualan dan cukai perkhidmatan. Dia ada 5, 6, 10 peratus kadar cukainya. GST ada dua kadar iaitu zero rated dan juga 6 peratus. Dia hanya satu cukai. Dia tidak dua cukai, tetapi oleh sebab putar belit macam-macam, maka rakyat kembali pada membayar dua cukai. Rakyat kembali kepada membayar cukai yang lebih tinggi daripada 6 peratus yang sebelum itu dikenakan. Mereka lebih rela kena 10 daripada kena 6. Pelik ya. Kerana putar belit apa yang telah berlaku pada ketika itu.
Kebaikan GST lagi ialah- tadi dua cukai pada satu cukai. Satu lagi, dia mengurangkan ekonomi bayangan. Sebelum GST dilaksanakan, 30 peratus daripada KDNK merupakan ekonomi gelap ataupun ekonomi bayangan. Bila kita laksana GST dua, tiga tahun itu, dapat dikurangkan 10 peratus. Jadi, menyebabkan negara untung, ekonomi bayangan tinggal 20 peratus. Walaupun sepatutnya kurang daripada itu kalau kita terus melaksanakan GST secara berterusan.
Cukai GST ini tidak ada cukai atas cukai. SST ada cukai atas cukai. Diambil 10 peratus di kilang sebenarnya, kemudian kerana ada elemen tax on tax, cukai atas cukai, bukan 10 peratus yang dibayar oleh pengguna, tetapi sehingga 15 ke-20 peratus. Kalau GST, cuma 6. Mereka lebih rela membayar 15 ke-20 peratus lebih tinggi daripada 6.
Kemudian, dia tambah pendapatan negara. Jika SST, pada ketika itu hanya RM23 bilion, GST RM44 bilion.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Satu lagi, ia mengurangkan kos perniagaan kerana ada elemen tax refund iaitu pemulangan input tax kepada syarikat-syarikat daripada pengilang-pengilang. Dalam SST ini tidak ada elemen tax refund dan kos perniagaan adalah kekal tinggi.
Kemudian, masa GST itu tidak dikenakan terhadap eksport. Jadi, eksport kita jadi lebih kompetitif, tetapi apabila dilaksanakan semula SST, kena pula cukai terhadap eksport, ya.
Satu lagi, GST merupakan cukai progresif, tetapi ada tuduhan ia cukai regresif, tidak betul. Maksud cukai progresif ini, lebih banyak kita berbelanja, lebih banyak wang kita ada, lebih banyak cukai kita bayar.
Kemudian, oleh sebab elemen zero rated, GST boleh membantu rakyat kerana contohnya makanan segar, makanan keperluan rakyat tidak dikenakan GST, tetapi SST sekarang banyak yang kena dibandingkan dengan apa ini? SST. Rumusannya, GST jauh lebih baik daripada SST...
Tuan Yang di-Pertua
Ya. Sila, Yang Berhormat.
Dato’ Sivaraj a/l Chandran
Me?
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Dato’ Sivaraj a/l Chandran
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, memandangkan GST merupakan cukai progresif dan juga cukai yang begitu baik dan paling efektif dan revenue daripada tax pun baik, supaya kita boleh belanja untuk perbelanjaan-perbelanjaan sosioekonomi yang lain.
Kenapakah tidak kerajaan mencadangkan untuk mengembalikan cukai GST dengan kadar yang lebih rendah daripada 6 peratus dan lebih baik daripada cukai-cukai yang dikenakan buat masa ini yang membebankan rakyat? Terima kasih.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Kita tidak melaksanakan GST tahun ini. Itu pastinyalah dan tahun depan juga pastinya kita tak melaksanakan GST. Telah diumumkan. Mengapakah kita tidak melaksanakan GST pada tahun depan? Kerana kita ingin mengadakan apa yang dipanggil sebagai targeted subsidy ataupun subsidi bersasar terlebih dahulu.
Selain daripada itu, kita akan mengenakan cukai-cukai yang saya sebutkan tadi.
Ya, terpaksalah untuk kita mencari pendapatan. Maka, cukai SST dinaikkan daripada 6 peratus ke-8 peratus. Kalau tidak, bagaimanakah kita ingin mencari pendapatan?
Bayangkan, kalau hari itu kita hanya 6 peratus, tak perlulah kita naikkan pada 8 peratus SST itu.
Satu lagi, oleh sebab kita nak laksanakan subsidi bersasar itu, pertama, kita akan laksanakan diesel dulu. Selepas itu, RON95. Oleh sebab kita mengadakan perkara yang berkaitan, maka kita menangguhkan. Saya tidak tahu bila kita akan laksanakan.
Memanglah 175 daripada 194 buah negara itu, 90 peratus negara dalam dunia, tentu mereka ada Kementerian Kewangan, tentu mereka ada Bank Negara, tentu mereka ada pakar-pakar ekonomi dan keseluruhan mereka menyatakan GST dan VAT lebih baik daripada SST. Hanya Malaysia sahaja yang terbalik pemikirannya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya menjemput Tuan Musoddak bin Ahmad.
Tuan Musoddak bin Ahmad
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Tan Sri Yang di-Pertua- jom kita pergi Gaza, soalan saya nombor 3.
3. Tuan Musoddak bin Ahmad minta Menteri Luar Negeri menyatakan, pendekatan yang lebih agresif oleh Malaysia dalam sebarang pertubuhan antarabangsa bagi menghentikan kemaraan rejim Zionis Israel melalui ground offensive ke atas rakyat Gaza.
Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Tuan Musoddak bin Ahmad atas pertanyaan yang dikemukakan. Saya tak sempat buat pantun, Yang Berhormat. Minta maaf.
Tuan Yang di-Pertua, Malaysia sentiasa terlibat secara aktif dan tidak pernah gagal daripada menyertai rundingan-rundingan di peringkat antarabangsa dan serantau seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Persatuan Negara-negara Asia Tenggara
(ASEAN), Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dan Pertubuhan Bangsa- bangsa Bersatu (PBB) bagi menyuarakan pendirian lantang Malaysia mengenai krisis yang sedang berlaku di Palestin supaya ia dapat ditangani dengan segera.
Sokongan dan solidariti kepada Palestin telah dizahirkan semasa penyertaan Malaysia di Sidang Kemuncak Tergempar Negara-negara Arab Islam pada 11 November 2023 di Riyadh, Arab Saudi. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyatakan pendirian tegas supaya usaha segera diambil bagi mencapai gencatan senjata serta- merta dan mempercepatkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza.
Yang terkini, semasa APEC Economic Leaders Retreat pada 17 November 2023 yang telah dipengerusikan oleh Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menegaskan bahawa prinsip keadilan dan hak asasi rakyat Palestin perlu diperjuangkan di samping isu perdagangan global dan pertumbuhan ekonomi.
Berkat usaha dan rundingan yang dijalankan oleh Malaysia serta negara-negara dunia lain di pelbagai platform pertubuhan antarabangsa ini, Israel dan Hamas telah mencapai kesepakatan gencatan senjata dan kemanusiaan atau dengan izin, humanitarian truce agreement untuk menghentikan pertempuran selama empat hari dan dipanjangkan untuk dua hari lagi.
Selain itu, pembebasan sekurang-kurangnya 50 orang tebusan yang ditahan di Gaza telah bermula pada 24 November yang lalu. Israel juga telah turut membenarkan bantuan kemanusiaan memasuki Gaza.
Sebelum itu, di peringkat PBB, berdasarkan tekanan politik yang berterusan oleh negara-negara anggota PBB, Majlis Keselamatan PBB pada 15 November 2023 telah menerima pakai Resolusi 2712 (2023) mengenai situasi di Palestin.
Resolusi ini antara lain menuntut semua pihak mematuhi undang-undang antarabangsa dan meminta supaya gencatan kemanusiaan ataupun dengan izin, humanitarian pause dan koridor kemanusiaan atau, dengan izin, humanitarian corridors di Semenanjung Gaza dilaksanakan dengan segera bagi membolehkan bantuan kemanusiaan, termasuk air, elektrik, minyak, makanan dan bantuan perubatan disalurkan kepada mereka yang memerlukan, khususnya golongan kanak-kanak.
Untuk makluman, pada 29 November ini, Malaysia akan sekali lagi menyertai dan menyampaikan kenyataan negara pada perdebatan terbuka peringkat tertinggi berkaitan situasi di Timur Tengah, termasuk persoalan mengenai Palestin atau, dengan izin, High- Level Open Debate on the Situation in the Middle East Including the Question of Palestine di Majlis Keselamatan PBB.
Tuan Yang di-Pertua, Malaysia juga membantu Palestin melalui penyaluran bantuan kemanusiaan secara terus menerusi Ops Ihsan. Malaysia telah berjaya membuat penghantaran pertama iaitu sebanyak 20 tan barang-barang keperluan perubatan, barangan bayi dan makanan yang tiba di Gaza pada 10 November yang lalu.
Penghantaran kedua Ops Ihsan yang membawa 16 tan barangan bantuan kemanusiaan, terutamanya barangan keperluan perubatan, barangan bayi dan makanan telah tiba di Mesir pada 11 November yang lalu. Misi Ops Ihsan ketiga yang akan membawa barangan keperluan perubatan sebanyak 60 tan dijangka bertolak pada 17 Disember yang akan datang ini.
Pada perkara ini, jelas membuktikan bahawa Malaysia senantiasa memberikan sokongan padu kepada hak rakyat Palestin di semua platform dan pertubuhan antarabangsa agar kekejaman rejim Zionis dapat dihentikan dan rantau tersebut akan mencapai kedamaian yang berterusan dengan membenarkan Palestin wujud sebagai negara yang bebas dan berdaulat berdasarkan Perjanjian Pra-1967 di mana Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara. Sekian dan terima kasih.
Tuan Musoddak bin Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dalam masa tempoh gencatan senjata empat hari dan ditambah dengan dua hari ini, dimaklumkan juga bahawa sebahagian kecil sahaja bantuan-bantuan kemanusiaan ini dihantar ke Gaza kerana Israel membuat kekacauan lagilah. Suasana di sana masih lagi tidak aman.
Jadi, soalan saya, bagaimana langkah dan usaha Kementerian Luar Negeri yang lebih konsisten melaksanakan Malaysian Hub Humanitarian ini di sempadan Rafah, Mesir bagi melancarkan bantuan kemanusiaan dan sukarelawan Gaza yang digerakkan?
Inisiatif daripada kerajaan dan NGO-NGO di Malaysia. Hasrat NGO-NGO di Malaysia ini pun hendak tolong rakyat di Gaza ini. Terima kasih, Yang Berhormat.
Datuk Mohamad bin Alamin
Terima kasih Yang Berhormat. Memang kita tahu keadaan di sana itu amat meruncing. Walau bagaimanapun, dengan adanya gencatan ataupun humanitarian pause yang diadakan pada kali ini, empat hari dan disambung lagi dua hari. Ini akan membolehkan proses-proses untuk menghantar bantuan-bantuan kemanusiaan dapat dipermudahkan. Itu sebabnya Rafah adalah- hanya jalan masuk untuk kita menyalurkan bantuan dan kita memperoleh kerjasama yang amat baik daripada pihak Mesir terutamanya pihak Bulan Sabit Merah Egypt yang sentiasa membantu kita untuk menerima dan juga menyalurkan, menyampaikan semua bantuan yang telah pun kita salurkan kepada mereka.
Jadi, saya ingin memberi makluman di sini bahawa semua bantuan yang telah kita salurkan, misi pertama Tan Sri Speaker, misi kedua alhamdulillah, sudah sampai ke tempat sasaran kita. Insya-Allah, misi ketiga akan kita terbangkan pada 17 Disember yang akan datang ini untuk kita hantar 60 tan lagi barangan yang kebanyakannya merupakan bantuan-bantuan keperluan perubatan.
Jadi, saya ingin menjemput kepada mana-mana Ahli Yang Berhormat yang ada kelapangan pada 17 Disember akan datang, sama-sama kita lancarkan dan melepaskan penerbangan ketiga bantuan kemanusiaan kita yang akan kita buat di LCCT KLIA, insya- Allah. Terima kasih.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Soalan tambahan.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Saya pakai ini Yang Berhormat, ini saya beli dekat Rafah... [Menunjukkan sehelai kain selempang] Saya ingin menarik perhatian kepada satu, saya sedut daripada Hansard Parlimen, 24 Oktober 2023. Kenyataan oleh Yang Berhormat Menteri Luar yang menyatakan bahawa Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar bin Ibrahim membuat pertemuan dengan Presiden El-Sisi, Erdogan dan juga Salman di Saudi untuk kempen mengeluarkan rakyat Palestin daripada Gaza. Saya nak tanya sedikit ataupun mohon penjelasan, yang kami tahu memang kempen Netanyahu untuk keluarkan rakyat Palestin daripada Gaza bagi menawan dan menakluki keseluruhan Gaza. Bagi kempen Palestin di Gaza ialah untuk mereka bertahan di dalam Palestin sebagai negara mereka sendiri.
Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah ini merupakan suatu yang selari dengan maksud kempen progresif atau agresif yang digerakkan oleh Kerajaan Malaysia? Mohon penjelasan.
Datuk Mohamad bin Alamin
Terima kasih Yang Berhormat. Dalam Sidang Kemuncak Tergempar bersama Arab Saudi dan OIC yang telah berlangsung di King Abdul Aziz Convention Centre di Riyadh, Arab Saudi, di situlah di mana pertemuan di antara Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bersama dengan pimpinan yang lain termasuk juga dengan Presiden Tayyip Erdogan.
Untuk makluman Yang Berhormat, ada beberapa perkara telah pun ditekankan dalam sidang kemuncak ini dan juga perbincangan di antara para pemimpin yang telah pun disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Ada enam perkara kalau boleh saya sebutkan.
Yang pertamanya Yang Berhormat, untuk gencatan senjata serta-merta dan mempercepatkan bantuan kemanusiaan.
Kedua, menghentikan serta-merta pemindahan orang awam secara paksa- force- displacement ini. Kerana kita tahu Israel ini memainkan cara politics of disposition. Ini perkara yang perlu kita hentikan bersama.
Yang ketiga yang ditekankan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita juga iaitu, menyiasat dan mendakwa semua perlanggaran undang-undang antarabangsa yang telah pun dilakukan oleh Israel. Kita juga menyokong ke arah ini supaya disiasat dan didakwa segala salah laku yang telah dibuat oleh Israel dalam pergolakan ini.
Seterusnya, ditekankan juga oleh Yang Amat Berhormat iaitu menyokong inisiatif Keamanan Arab- Arab Peace Initiative dengan mengiktiraf sebuah Negara Palestin yang merdeka berdasarkan persempadanan sebelum 1967. Ini juga perkara yang amat penting.
Yang keenam memerangi, meningkatkan peningkatan global dan Islamophobia sambil melindungi hak untuk menyuarakan secara aman sokongan terhadap perjuangan Palestin. Jadi, banyak platform antarabangsa Yang Berhormat Tan Sri yang telah pun kita ambil bahagian dan terus ambil bahagian demi menyuarakan suara kita untuk membela nasib rakyat Palestin kita.
Pada saat ini, Yang Berhormat Menteri Luar Negeri kita baru sahaja berlepas malam tadi ke New York, Amerika Syarikat untuk menghadiri apa? Untuk menghadiri Plenary Meeting of the Situation in the Middle East including the Palestinian Question. Maknanya dibincangkan di peringkat antarabangsa dan kita sentiasa ambil bahagian dalam semua platform antarabangsa untuk membela nasib rakyat Palestin kita yang sedang ditindas pada ketika ini. Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Speaker.
Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Yes. Sila Yang Berhormat.
Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof
Terima kasih Tuan Speaker. Isu Palestin ini memanglah isu semua rakyat Malaysia. Saya yakin jawapan panjang yang dijawab oleh Timbalan Menteri tadi ialah tidak ada usaha seperti yang disebut bahawa kita nak keluarkan orang Palestin sebagai memenuhi kehendak Yahudi Israel. Yang ada ialah kebajikan kepada mereka yang perlu bantuan on humanitarian basis. Jadi, itu jawapan panjang yang ditanya tadi.
Yang kedua, saya ingin soalan rangkaian di sini ialah macam mana pendapat negara kita daripada segi dasar apabila adanya idea two-state solution yang diutarakan?
Bagaimanakah stand Malaysia dalam hal ini? Tolong beri pencerahan kepada Dewan Senat. Terima kasih.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Cuma saya mencadangkan supaya diperbetulkan Tan Sri ke Hansard Parlimen sebab Parlimen menyebutkan begitu.
Tuan Yang di-Pertua
Teruskan Yang Berhormat. Yang Berhormat.
Datuk Mohamad bin Alamin
Terima kasih Yang Berhormat. Dalam krisis Palestin-Israel ini, kita sentiasa mengambil pendekatan yang cukup jelas iaitu untuk bersama-sama dengan rakyat Palestin. Untuk apa? Yang pertamanya mereka mendapat pembelaan yang seadil-adilnya.
Yang keduanya, akhirnya kita menyokong ke arah supaya Palestin memperoleh sebuah negara merdeka dan berdaulat. Yang itulah yang kita katakan sebagai usaha- usaha berdasarkan persempadanan pra 1967.
Kalaulah yang the two-state solution yang dimaksudkan untuk perkara itu, itu kita serahkan kepada pihak Palestin dan juga Israel, tetapi dalam konteks ini, pada mulanya Israel pun tidak bersetuju. Tidak bersetuju, tetapi kita ingin melihat sebuah Negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan persempadanan pra 1967. Itu prinsip kita.
Yang penting kita kena bersama-sama untuk membantu Palestin menyuarakan apa juga yang perlu kita buat di peringkat antarabangsa supaya Palestin ini dikembalikan hak mereka. Jangan lagi dicerobohi oleh Israel. Mereka ini terus-terusan masuk ke kawasan Palestin. Jadi, ini harus diberhentikan. Kalau kita ingin melihat bahawa Palestin ini nanti akan mendapat sebuah negara merdeka, kita akan sokong apa sahaja keputusan yang dibuat demi memartabatkan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Dato’ Sivaraj a/l Chandran.
Dato’ Sivaraj a/l Chandran
Selamat pagi. Selamat sejahtera. Tan Sri Yang di- Pertua, soalan saya soalan nombor 4.
4. Dato' Sivaraj A/L Chandran minta Menteri Pendidikan menyatakan, adakah pihak kementerian bercadang untuk menyediakan saluran alternatif yang lain untuk membantu golongan pelajar sekolah menengah yang tidak ingin menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memandangkan terdapat cadangan daripada pihak kementerian untuk mewajibkan pengambilan SPM.
Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Tan Sri Speaker, untuk soalan nombor 4 ini, Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa komited dalam menyediakan program pendidikan yang komprehensif dan berkualiti serta menyerapkan nilai murni kepada murid. Kitaran penuh peringkat pendidikan rendah dan menengah yang mengikut pembelajaran adalah selama 11 tahun yang bersifat progresif dan dinamik.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, murid Tingkatan 5 yang mengikuti kurikulum kebangsaan di sekolah-sekolah yang berdaftar dengan KPM atau agensi kerajaan dan telah mencapai umur 16 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan adalah layak untuk mendaftar bagi menduduki peperiksaan- Sijil Pelajaran Malaysia.
Walau bagaimanapun, KPM turut menyediakan laluan kepada murid lepasan Tingkatan 3 yang berkecenderungan dalam bidang kemahiran untuk mengikuti Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) di Kolej Vokasional.
Murid yang mengikuti pendidikan TVET di Kolej Vokasional (KV) akan mendapat dwi-pensijilan iaitu Sijil Vokasional Malaysia yang dikeluarkan oleh KPM dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Sijil tersebut adalah diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan boleh digunakan oleh lepasan Sijil Vokasional Malaysia untuk menceburi bidang pekerjaan sama ada dalam sektor swasta ataupun sektor awam.
Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek
Lepasan SPM turut berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma Vokasional Malaysia tertakluk kepada syarat ditetapkan. Bagi meraikan kepelbagaian potensi, bakat dan kebolehan murid, KPM turut menyediakan ruang dan peluang kepada murid yang cenderung dalam bidang sukan dan kesenian seawal dari Tingkatan 1 di Sekolah Sukan Malaysia dan Sekolah Seni Malaysia.
Walau bagaimanapun, murid-murid ini tetap kena mengambil SPM, Yang Berhormat. Sebagai usaha membantu murid mendapat pensijilan SPM, KPM menyediakan peluang kepada mereka untuk menduduki peperiksaan SPM ulangan yang dilaksanakan pada setiap tahun.
Selain itu, calon juga boleh menduduki peperiksaan SPM sebagai calon persendirian pada tahun-tahun berikutnya. Murid berpeluang menduduki peperiksaan ini berulang kali tanpa had dan umur bagi memperbaiki keputusan dalam peperiksaan SPM.
Semua keputusan ini turut boleh digabungkan dalam satu- sijil peperiksaan sahaja melalui perkhidmatan patching Sijil Peperiksaan SPM.
Tan Sri Speaker, untuk hari ini saya juga ingin menawarkan kepada mana-mana Yang Berhormat yang berhasrat untuk membaiki keputusan SPM mereka, boleh melakukan perkara sedemikian untuk membaiki keputusan...
[Tepuk] Mana-mana yang dapat P8, P7 masa SPM dahulu boleh kembali kepada KPM untuk mengambil semula SPM ulangan dan kita boleh baiki keputusan SPM. Mana tahu dengan keputusan yang lebih baik boleh jadi Menteri dan sebagainya...
[Dewan Ketawa]
Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek
Justeru, segala usaha yang dilaksanakan oleh KPM dapat memberikan pendidikan yang berkualiti kepada murid selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Tan Sri Speaker.
Dato’ Sivaraj a/l Chandran
Soalan tambahan Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Soalan tambahan. Sebelum itu, saya hendak point out lah.
Position of President of the Senate dua-dua nama sahaja dalam Perlembagaan dan undang-undang. Di Dewan Rakyat, Speaker ataupun Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Yang di sini President of the Senate dalam bahasa Inggeris ataupun Yang di-Pertua Dewan Negara dalam Bahasa Melayu. Jadi, kalau disebut Speaker itu semua sama lah macam itu. Please try to distinguish. Terima kasih.
Dato’ Sivaraj a/l Chandran
Terima kasih Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Menteri, memandangkan banyak peratus pelajar yang tidak menduduki SPM semakin bertambah setiap tahun.
Adakah sistem pendidikan kita tidak lagi menarik minat mereka sehingga mereka hilang minat untuk melanjutkan pelajaran hingga ke SPM atau mereka hilang keyakinan bahawa credential SPM ini membawa apa-apa perubahan atau peluang pekerjaan kepada mereka atau, dengan izin, improvement bagi mereka. Mungkin kah masa untuk kita merombak semula sistem pendidikan negara untuk mengikut keperluan semasa. Terima kasih.
Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, ada banyak faktor mengapa anak-anak kita ini tidak berpeluang ataupun keciciran dalam SPM. Antara faktor lain termasuklah kemiskinan, sakit, terlibat dengan isu sosial dan sebagainya termasuk juga perkahwinan, kehamilan dan juga kematian dan juga ada tahanan-tahanan di peringkat undang-undang.
Yang kedua, saya fikir sebab itulah Yang Berhormat, di peringkat pendidikan ini kita sentiasa mencari dan menyediakan peluang dan akses kepada mereka. Banyak alternatif yang telah pun kita berikan kepada anak-anak ini termasuk peluang-peluang pendidikan di mana sahaja mereka berada. Itulah kalau sebentar tadi Menteri KPKT kata perumahan, manusiawi, dalam pendidikan juga manusiawi.
Sebab itu ada Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih untuk memastikan kanak-kanak yang tiada dokumen, tiada warganegara, kita raikan. Sebab itu juga ada sekolah dalam hospital. Anak-anak yang sakit juga kita pastikan mereka mendapat pendidikan. Juga ada Sekolah Integriti di dalam penjara dan pusat koreksional untuk memastikan mereka juga mendapat pendidikan.
Untuk ke hadapan Yang Berhormat, penting untuk saya sebutkan bahawa kitaran kurikulum 2027 sangat penting. Jadi, kurikulum 2027- sedang dibina ketika ini dan kami memerlukan sebanyak mungkin input termasuk daripada semua Ahli Yang Berhormat dan pastikan jangan ketinggalan dalam jerayawara yang akan kami laksanakan sempena pendidikan. Siri jerayawara ini ataupun dalam bahasa Inggerisnya bagi mereka yang mungkin tidak biasa dengan jerayawara iaitu siri road show- berkaitan dengan pendidikan masa depan dan masa depan pendidikan Malaysia. Terima kasih.
Tuan Abun Sui Anyit
Soalan tambahan, Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat. Ya.
Datuk Haji Mustafa bin Musa
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya amat bersetuju dengan beberapa faktor yang dikemukakan oleh Menteri berkaitan dengan keengganan pelajar mengambil SPM, tetapi umum dan akar umbi mengatakan bahawa ada dua faktor utama.
Sejauh mana kementerian mempertimbangkan, dan membuat kajian random.
Yang pertamanya ialah sukatan pelajaran yang tidak lagi relevan dengan usia dan kematangan pelajar yang sepatutnya dialih kepada sistem seperti STPM semester. Bukan lagi ujian berpusat di akhir Tingkatan 5.
Yang kedua, kerana terhapusnya peperiksaan UPSR dan PMR yang menjadikan bahawa pelajar itu tidak lagi berada dalam keadaan bersedia untuk peperiksaan di peringkat 17 tahun. Terima kasih Yang di-Pertua.
Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih Yang Berhormat. Suka untuk saya tegaskan bahawa data dan apa-apa sahaja kajian daripada Kementerian Pendidikan Malaysia adalah bersifat autoriti dan inilah yang ingin kita tegaskan bahawa ini semua alasan ini adalah di peringkat autoriti, peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia yang kita jadikan sandaran untuk terus kita meneguhkan kurikulum dan juga sukatan pelajaran pendidikan di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sebab itu bagi persoalan yang Yang Berhormat angkat- sebagai sukatan pelajaran yang dikatakan atau didakwa sebagai terlalu berat dan sebagainya, sebab itu Yang Berhormat kitaran kita. Kita ada kitaran 11 tahun itu Yang Berhormat. Jadi, untuk menunggu memastikan keberhasilan dan lihat kepada proses ansur maju setiap anak- anak kita ini, kitaran ini kita perlu habiskan. Kita tidak boleh buat intervensi tiba-tiba dalam keadaan anak-anak kita ini perlu menghabiskan kitaran terlebih dahulu dan kita akan memulakan kitaran baharu. Ini sebab itu saya bagi penegasan kurikulum 2027 sangat penting Yang Berhormat.
Ini kita akan pastikan bahawa kurikulum ini adalah selaras dengan kehendak dunia, selaras dengan keperluan industri, selaras dengan sisi untuk melahirkan manusia yang mengangkat martabat Karamah Insaniah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Abun Sui Anyit
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sekian sahaja Yang Berhormat. Satu lagi saya hendak point out lah. Jawapan ataupun soalan, mesti di-address kepada Yang di-Pertua bukan kepada- kita bukan berbincang dalam pasar ikan ya. Kita bincang dalam Dewan Parlimen.
Di New Zealand, 15-20 tahun sudah dia orang bincang sama ada dia boleh bercakap interaktif ataupun secara tiga- penjuru. Address kepada Speaker dia sehingga sekarang dia orang tidak bersetuju masih. Jadi, amalan itu masih kita kekalkan. Menteri dan juga Senator. Ya.
Tuan Abun Sui Anyit
Mohon soalan tambahan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sudah dua Yang Berhormat.
Tuan Abun Sui Anyit
Ini penting sekarang. Satu.
Tuan Yang di-Pertua
Saya hendak dengar berapa penting Yang Berhormat.
Sila.
Tuan Abun Sui Anyit
Okey, boleh. Terima kasih Yang di-Pertua.
Saya sangat setuju dengan Menteri yang mengatakan bahawa, orang yang tiada dokumen di peringkat sekolah rendah tetap diberi peluang untuk bersekolah. Saya telah menulis surat untuk merayu kepada pihak Guru Besar supaya anak ini diambil bersekolah, tetapi jawapan mesej suara yang saya dengar anak ini tidak diterima oleh guru yang tempat anak ini perlu dihantar ke sekolah. Jadi, adakah arahan ataupun pekeliling kementerian ini sampai ke meja Guru Besar ataupun ke meja Pegawai Pendidikan. Terima kasih.
Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih Yang Berhormat. Arahan berkaitan dengan isu yang terkait rapat dengan kewarganegaraan dan juga anak-anak tanpa dokumen ini Yang Berhormat, sangat jelas kerana ada garis panduan.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, saya kata tadi, kan- address kepada...
Puan Fadhlina binti Sidek
Minta maaf Yang di-Pertua. Sudah barangkali...
Tuan Yang di-Pertua
Kalau Menteri Pendidikan tidak mendidik, itu macam mana Yang Berhormat...
[Dewan ketawa]
Puan Fadhlina binti Sidek
Betul, betul. Saya setuju Yang di-Pertua. Saya mulakan semula.
Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat...
Tuan Yang di-Pertua
Dia soal kepada saya.
Puan Fadhlina binti Sidek
Ya.
Tuan Yang di-Pertua
Soalan itu dijawab kepada saya.
Puan Fadhlina binti Sidek
Jadi, saya pandang terus Yang di-Pertua. Baik.
Baik, Yang di-Pertua, izinkan saya untuk memberikan sedikit balasan jawapan kepada penjelasan kepada persoalan itu.
Untuk makluman bahawa, isu yang terkait rapat dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi semuanya telah pun digariskan dalam garis panduan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan sudah pun menjadi amalan bahawa ia mesti diperhalusi di peringkat jabatan pendidikan negeri dan juga peringkat daerah.
Jadi isu-isu tersebut saya mohon untuk dirujuk kembali kepada peringkat JPN dan juga PPD dan di- cc-kan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia Yang Berhormat supaya kami dapat mengambil tindakan dan memberikan penjelasan sekiranya ada isu- isu yang timbul daripada barangkali kurang maklumat ataupun penjelasannya kurang tepat dan sebagainya. Sekian, Yang di-Pertua. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Sila Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan.
Tan Sri Dato' Low Kian Chuan
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor 5.
5. Tan Sri Dato' Low Kian Chuan minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan, pendirian kerajaan untuk membentangkan Rang Undang-undang Suruhanjaya Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional.
Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan terdahulu pada tahun 2019 telah meneliti cadangan penubuhan Suruhanjaya Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Kerja Perundangan dan Dasar-dasar Mempromosi Keharmonian Negara di bawah Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MPKN).
Susulan daripada itu, dari bulan Mac 2019 hingga Februari 2020, sesi libat urus telah dilaksanakan oleh kerajaan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional bersama pemegang taruh kerajaan, badan-badan NGO dan pertubuhan masyarakat sivil dan didapati cadangan untuk menggubal Rang Undang-undang Suruhanjaya Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional tersebut tidak mendapat sokongan pelbagai pihak.
Beberapa kementerian dan agensi seperti Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pendidikan Malaysia, polis, telah memberi beberapa pandangan seperti berikut.
Cadangan tersebut untuk menggubal Rang Undang-undang Suruhanjaya Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional tidak menerangkan secara jelas punca kuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan, juga kesalahan-kesalahan berhubung kaum dan agama seperti mengeluarkan kata-kata menyakiti perasaan sudah termaktub dalam Akta Polis, Kanun Prosedur Jenayah, Kanun Keseksaan, Akta Hasutan, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak dan Akta Komunikasi dan Multimedia. Disyorkan pada masa itu supaya suatu mekanisme lain ditubuhkan seperti majlis atau jawatankuasa kerana penubuhan suruhanjaya bebas itu akan memerlukan sumber kewangan, operasi dan pentadbiran yang besar.
Pada Mac 2020, Kementerian Perpaduan Negara telah ditubuhkan dan perkara mengenai cadangan Rang Undang-undang Suruhanjaya Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional telah dibawa semula kepada perhatian kerajaan pada masa itu dan kerajaan telah memutuskan penubuhan suruhanjaya itu tidak sesuai ditubuhkan. Pada masa yang sama, kerajaan telah menubuhkan beberapa jawatankuasa bagi menangani isu keharmonian agama dan perkauman seperti berikut:
(i) Majlis Penasihat Perpaduan Negara yang ditubuhkan di peringkat Kebangsaan dan dipengerusikan oleh Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri II bagi menasihati kerajaan dalam hal ehwal perpaduan serta membincangkan isu- isu perpaduan, usaha-usaha penyatuan nasional dari pelbagai sudut dan mencadangkan kaedah penyelesaian terbaik kepada kerajaan untuk menangani isu dan cabaran perpaduan;
(ii) adalah penubuhan Jawatankuasa Perpaduan (MExUnity) yang ditubuhkan di peringkat kementerian untuk menyokong majlis tadi dengan membawa isu-isu perpaduan di peringkat negeri dan ahli-ahli jawatankuasa ini terdiri daripada Exco ataupun Menteri di peringkat negeri; dan
(iii) adalah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (Harmoni) yang berperanan untuk membantu kerajaan mempengerusikan persefahaman dan keharmonian antara penganut pelbagai agama di negara ini.
Terima kasih.
Tan Sri Dato' Low Kian Chuan
Soalan tambahan.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat.
Tan Sri Dato' Low Kian Chuan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, untuk memperincikan inisiatif-inisiatif yang diambil oleh Majlis Penasihat Perpaduan Negara untuk menangani isu 3R, memandangkan Majlis Penasihat Perpaduan Negara telah diaktifkan dan diperkukuh semula. Terima kasih.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di- Pertua, pada tahun 2020, semasa kementerian ditubuhkan, majlis penasihat yang disebutkan itu iaitu Majlis Penasihat Perpaduan Negara telah pun ditubuhkan untuk berperanan menasihati kerajaan dalam hal ehwal perpaduan dan membincangkan isu perpaduan seperti yang saya sebutkan tadi.
Majlis ini ditubuhkan dalam tiga tahun sekali, ahli jawatankuasanya. Ahli jawatankuasa di dalam majlis ini terdiri daripada tokoh-tokoh masyarakat, badan-badan NGO, swasta, ahli akademik, aktivis masyarakat, media, belia dan sebagainya. Antara inisiatif majlis ini adalah untuk menasihati kerajaan daripada segi dasar yang telah mereka adakan pada tahun 2021 semasa penubuhan kementerian ini.
Dasar ini berpaksi kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara dan juga majlis ini telah membantu kerajaan dalam menyediakan Pelan Pelaksanaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga, itu satu dan juga dalam melaksanakan Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTPN) dan juga Pelan Pendidikan Awal Kanak-kanak TABIKA Perpaduan pada tahun yang sama. Juga memperkasakan rukun tetangga sebagai penggerak komuniti progresif melalui lapan bidang yang utama dan kita pun sekarang ini telah membuat paper untuk dibawa kepada Kabinet untuk diluluskan.
Juga daripada segi menasihati kerajaan daripada membangunkan kembali Indeks Perpaduan Negara (IPNas) sebab dalam itu kita mempunyai- dalam majlis itu yang akan menasihati kita untuk mengadakan lagi IPNas ketiga. IPNas kedua sudah, IPNas satu sudah dan kita akan adakan IPNas Indeks Perpaduan Negara ketiga (3.0) dalam next year 2020 dan juga mereka membantu kita dalam membentuk program di bawah Kerajaan Madani ini- kita telah menubuhkan satu program flagship, Kembara Perpaduan dengan konsep Perpaduan Dalam Kepelbagaian. Sekian, terima kasih.
Dato’ Kesavadas a/l A Achyuthan Nair
Soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Dato’.
Dato’ Kesavadas a/l A Achyuthan Nair
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Selain aspek perundangan, nilai perpaduan antara kaum di negara ini juga seharusnya diperkasakan menerusi peranan pusat rukun tetangga yang diperuntukkan sebanyak RM54.6 juta bagi tahun 2024 iaitu penambahan sebanyak kira-kira RM53.6 juta berbanding tahun lepas.
Soalan Tuan Yang di-Pertua ialah, menerusi peruntukan 2024 tersebut, apakah bentuk reformasi yang akan diketengahkan bagi menjadikan pusat rukun tetangga sebagai sebuah platform perpaduan yang relevan untuk memperkukuh kembali semangat kebersamaan antara penduduk setempat yang berbilang agama dan bangsa? Apakah ruang kerjasama yang akan dibentuk bersama badan-badan bukan kerajaan (NGO) ke arah mempelbagaikan penganjuran program perpaduan yang berimpak tinggi di peringkat daerah? Sekian, terima kasih.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di- Pertua, berkenaan rukun tetangga ini ataupun KRT, kita di kementerian amat prihatin dengan tugas-tugas KRT ini. Kalau kita melihat sejarah penubuhan KRT ini daripada keselamatan, kita pun telah membawa beberapa evolusi kepada memperkasakan KRT ini.
Baru-baru ini kita telah membawa ataupun membuat satu kajian untuk memperkasakan KRT ini dinamakan KRT progresif. Kalau dahulu kita ada satu tugas sahaja, keselamatan. Selepas itu, kita kepada empat, sekarang kita ada lapan tugas KRT yang amat komprehensif dan kita sekarang ini sedang membuat satu Kertas Kerja yang- kita telah pun mengadakan pelan- strategic planning baru last week, termasuk untuk memperkasakan KRT ini dan banyak tugas kita akan diperkasakan.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Satu daripadanya adalah daripada segi ekonomi. Daripada segi perpaduan, memang ia tumpuan kita dan kita banyak program yang dibuat oleh KRT ini menjurus kepada interaksi antara pelbagai agama, pelbagai kaum di kawasan KRT ini. Kita amat berharaplah ia nya akan berjaya dan kita akan bawa proposal ini kepada Kabinet.
Kita bukan sahaja RM54 juta. Itu adalah yang setiap tahun kita dapat kita bagi kepada KRT. RM6,000 satu KRT. Kita mendapat RM20 juta lagi untuk memperkasakan KRT progresif dan kita telah pun membawa cadangan ini kepada MOF untuk mendapat peruntukan ini. Kita akan lebih, kalau lepas ia nya diluluskan di peringkat Kabinet. Kita akan perkasakan lagi dan bawa lagi banyak lagi program di bawah KRT. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Satu jam, Yang Berhormat. Okeylah. Sila, Yang Berhormat. Ringkaskan. Tidak payah mukadimah ya.
Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya tentang Suruhanjaya Keharmonian Nasional dan Rekonsiliasi. Ia merupakan satu peruntukan, seingat saya, sebagai satu suruhanjaya yang diaktakan tanpa ada isu undang-undang ataupun bercanggah dengan mana-mana peruntukan akta yang lain.
Jadi, saya daripada pihak Dewan Negara merasa kesal. Kenapakah Suruhanjaya Keharmonian Nasional dan Rekonsiliasi ini dianggap sebagai satu akta hukuman yang bercanggah dengan akta yang sedia ada? Sedangkan, dia hanya suruhanjaya sebagai mediasi untuk menyelesaikan isu-isu perkauman yang ada dan isu-isu agama yang ada dalam negara ini bagi memastikan keharmonian nasional.
Jadi, saya ingin membetuli pandangan Menteri itu, Yang di-Pertua, kerana ia bukan akta yang menghukum, tetapi sekadar suruhanjaya bersifat mediasi. Saya tahu ini sebab saya yang bertanggungjawab menjadi pengerusi ketika itu. Sekian, terima kasih.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih, Yang Berhormat. Tan Sri Yang di-Pertua, saya faham apa yang Yang Berhormat sebut itu, sebab Yang Berhormat Pengerusi pada masa itu pada kerajaan 2019.
Kita sekarang ini tidak terbantut pada masa itu dan sebab itu kita telah menubuhkan satu taskforce di bawah Menteri Perundangan dan taskforce ini sedang menjalankan tugas untuk sama ada memansuhkan akta-akta sedia ada dan untuk dipinda ataupun membuat pindaan ataupun status quo. Sebab itu, banyak isu kita melihat daripada segi penyiasatan, daripada segi Court Order yang sekarang ini mungkin ada masalah sedikit dan sebab itu saya sebutkan tadi, taskforce ini sedang berjalan di bawah Menteri Perundangan dan kita berharaplah ia dapat memberi hala tuju yang selanjutnya.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Yang Berhormat.
Saya menjemput Yang Berhormat Tuan Manolan bin Mohamad.
Tuan Manolan bin Mohamad
Selamat pagi, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Soalan saya nombor 6.
6. Tuan Manolan bin Mohamad minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan, jumlah pembiayaan yang telah diberikan kepada usahawan Orang Asli dari tahun 2020 hingga 2023.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Puan Saraswathy a/p Kandasami
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui agensinya TEKUN Nasional telah memperkenalkan Skim Pembiayaan Orang Asli (SPORA) pada tahun 2020 yang menyediakan pembiayaan mikro kepada usahawan Orang Asli dengan mudah dan cepat.
Skim SPORA menyediakan pembiayaan dengan nilai di antara RM1,000 hingga RM100,000. Usahawan Orang Asli yang memohon pembiayaan SPORA perlu mempunyai surat pengesahan dari Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) sebagai sebahagian daripada dokumentasi permohonan. Sejak tahun 2020 hingga Oktober 2023, TEKUN Nasional telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM2.54 juta kepada seramai 167 orang usahawan Orang Asli melalui SPORA.
TEKUN Nasional juga sentiasa bekerjasama dengan pihak JAKOA bagi mempertingkatkan hebahan maklumat terhadap skim SPORA dalam kalangan usahawan Orang Asli. Sekian, terima kasih.
Tuan Manolan bin Mohamad
Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Timbalan Menteri. Jawapan yang sangat baik.
Soalan tambahan saya adalah berkenaan dengan- kalau kita tahu, koperasi ada 15,315 dalam negara ini yang berdaftar. Apakah perancangan kementerian untuk menggalakkan koperasi ini mengeluarkan produk-produk tempatan ataupun mengikut kawasan masing-masing? Sebab, kita kena gunakan koperasi yang banyak ini supaya mereka dapat mengeluarkan, khususnya bahan-bahan ataupun keluaran pertanian yang seperti makanan, sebagai contoh. Sekian, terima kasih.
Puan Saraswathy a/p Kandasami
Saya percaya soalan yang ditujukan adalah berkenaan dengan koperasi-koperasi Orang Asli dalam konteks soalan asal tadi.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memaklumkan bahawa terdapat 91 buah koperasi Orang Asli yang telah pun ditubuhkan dengan 12,072 orang- keanggotaan.
Untuk makluman Tan Sri Yang di-Pertua, melalui koperasi-koperasi Orang Asli, kementerian sudah pun cuba untuk membangunkan usahawan-usahawan menerusi koperasi ini. Sebagai contoh, Koperasi Orang Asli Pos Musuh. Kita telah pun membantu mereka membuat hasil hutan sebagai hasil produk yang boleh dijual di pasar raya. Hasil produk Orang Asli dengan jenama tersendiri sudah mula dijual di pasar raya sekarang.
Hasil produk adalah seperti petai, petai jeruk, hasil tani Orang Asli. Kementerian sedang berusaha untuk meluaskan lagi usaha-usaha untuk membangunkan ramai lagi usahawan
menerusi koperasi. Sekian, terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Yang Berhormat.
Saya jemput sekarang Yang Berhormat Datuk John Ambrose.
Datuk John Ambrose
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 7.
7. Datuk John Ambrose minta Menteri Pengangkutan menyatakan, usaha pihak kerajaan untuk meningkatkan prestasi penglibatan bumiputera Sabah dalam sektor logistik bagi merebut peluang ekonomi yang semakin berkembang kesan daripada pembangunan infrastruktur jaringan perhubungan oleh kerajaan di Sabah.
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, industri logistik berfungsi sebagai nadi kepada rantaian bekalan global dalam menggalakkan aktiviti perdagangan, meningkatkan kecekapan perniagaan dan merancakkan pertumbuhan ekonomi. Industri ini merupakan, dengan izin, trade enabler kepada perkembangan pelbagai sektor lain seperti perkilangan, pembuatan, pertanian serta minyak dan gas untuk meningkatkan produktiviti aktiviti perdagangan.
Memandangkan industri logistik bersifat, dengan izin, polycentric system governance, Kementerian Pengangkutan bekerjasama dengan Malaysian Investment Development Authority (MIDA) sebagai sebuah agensi pelaburan di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menawarkan insentif bagi perkhidmatan logistik bersepadu ataupun, dengan izin, integrated logistic services (ILS).
Insentif ini merupakan salah satu inisiatif untuk menggalakkan pertumbuhan industri logistik tempatan dan terbuka kepada semua syarikat logistik tempatan termasuk di Sabah. Permohonan insentif ILS ini dibuka kepada syarikat tempatan dengan 60 peratus ekuiti syarikat tersebut hendaklah dipegang oleh warganegara Malaysia.
Melalui insentif ini, syarikat akan melaksanakan pelbagai perkhidmatan berkaitan logistik, dengan izin, end-to-end seperti aktiviti pengangkutan udara, lautan, darat dan kereta api, penggudangan dan perkhidmatan, serta aktiviti tambah nilai lain yang membentuk perkhidmatan logistik secara keseluruhannya.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat juga, dalam segi transportation itu sahaja, di Sabah daripada segi apa yang telah mengikut rekod daripada LPKP Sabah, bahawa lori A sahaja ada 18,703 dan lori C pula 5,902, di mana 70 ke-80 peratus adalah dimiliki oleh penduduk Sabah. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Datuk.
Datuk John Ambrose
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah apakah pihak kementerian mencadangkan dan menaik taraf pelabuhan sedia ada di wilayah Sabah dan usaha dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan yang lebih baik memandangkan Sabah tidak lama lagi akan menjadi hab perdagangan antarabangsa melibatkan Wilayah Sabah dan Indonesia?
Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Terima kasih Yang Berhormat. Pertama sekali, pelabuhan adalah dalam, di bawah kerajaan Sabah. Ia nya bukanlah di bawah Federal seperti Bintulu Port di Sarawak. Jadi, terpulanglah kepada kerajaan negeri untuk menaik taraf ekosistem pelabuhan itu sendiri.
Sudah pastinya Kerajaan Persekutuan akan membantu sebagai mana kita tahu Pelabuhan Sepanggar, memang tidak silap saya dua tahun lepas kita memberikan peruntukan kepada kerajaan Sabah, sebanyak lebih kurang hampir RM1 bilion untuk menaik taraf ekosistem Pelabuhan Sepanggar itu sendiri. Jadi, kita berharap kerajaan Sabah akan dapat bekerjasama dengan Federal untuk memenuhi ekosistem-ekosistem pelabuhan ini.
Sebagai maklumat tambahan juga kepada Yang Berhormat Senator dan kepada semua, mengikut sumber daripada TERAJU ya, dari dalam tahun 2022. Kajian Prestasi Rantaian Bekalan dan Bumiputera Dalam Sektor Logistik ya, yang sebenarnya ada 21 peratus syarikat berdaftar dalam pengangkutan dan penyimpanan yang dimiliki oleh bumiputera. Sebanyak 62.28 peratus pekerjaan dalam sektor logistik adalah dipelopori oleh bumiputera. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Senator Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam.
8. Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam minta Menteri Kesihatan menyatakan:
(i) sama ada terdapat botol cecair rokok elektronik- vape, di pasaran yang mempunyai dos yang boleh membunuh seseorang; dan
(b) jumlah kes keracunan yang disebabkan oleh rokok elektronik yang telah dilaporkan dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator atas satu soalan yang sangat-sangat penting. Berkenaan tentang isu-isu kandungan jualan vape yang mengandungi, mungkin kah mengandungi racun. Semua cecair dan juga gel rokok elektronik ataupun vape yang mengandungi bahan kimia seperti propylene glycol (PG), vegetable glycerin (VG), triolein glycol (TG), nikotin dan bahan perisa boleh memberikan kesan sampingan terhadap kesihatan seperti penyakit EVALI.
Walau bagaimanapun, berdasarkan sumber dari Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia, setakat ini Tan Sri hanya nikotin yang boleh memberikan kesan akut atau kematian. Dos nikotin yang boleh menyebabkan kematian jika tertelan adalah antara 40 hingga 60mg bagi orang dewasa.
Sebagai contoh, jika seseorang individu tertelan dua hingga tiga ml cecair rokok elektronik yang mengandungi kepekatan nikotin sebanyak 20mg per ml, ia boleh menyebabkan kematian.
Tan Sri Yang di-Pertua, Pusat Racun Negara telah melaporkan bahawa bermula 2015 sehingga Ogos 2023 terdapat sebanyak 100 kes keracunan yang disebabkan oleh rokok elektronik dan vape. Daripada jumlah tersebut, 69 kes adalah dalam kalangan kanak-kanak. Itu kes-kes yang berkaitan dengan keracunan akibat vape. Sekian, terima kasih.
Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam
Soalan tambahan Tan Sri. Tan Sri Yang di-Pertua, saya tahu pengeluaran cecair nikotin daripada Akta Racun negara ada keputusan collective Kabinet. Saya hendak tahu, apakah pendirian peribadi Yang Berhormat Menteri dalam hal ini?
Adakah Yang Berhormat Menteri bersetuju bahawa sesiapa yang tidak bersetuju dengan RUU GEG- adalah pemusnah generasi muda negara? Terima kasih.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin memberikan satu jawapan yang mewakili pandangan umum dan saya telah- ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat Senator pada hari ini, kita telah meletakkan bluebill di atas meja Ahli-ahli Parlimen di Dewan Rakyat iaitu Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.
Di mana- kita akan memberikan penerangan pada tengah hari ini dan semua Ahli- ahli Yang Berhormat dijemput untuk menerangkan apakah isi kandungan Akta Kawalan Merokok? Akta ini akan membolehkan kerajaan membuat satu regulation, dengan izin, dan juga meletakkan, apakah kriteria-kriteria penjualan rokok elektronik dan juga vape di pasaran? Contohnya kawalan reka bentuk vape, packaging dengan izin, jualan yang berhampiran dengan kawasan-kawasan persekolahan. Rang undang-undang ini merupakan rang undang-undang yang baharu, yang berbeza dengan rang undang- undang yang telah dibawa ke Jawatankuasa Khas ataupun rang undang-undang yang telah dibawa oleh kerajaan yang lepas.
Walaupun demikian, rang undang-undang ini mempunyai semangat di mana untuk kita membuatkan satu kawalan yang lebih baik dan juga yang lebih ketat kepada kanak-kanak yang berusia 18 tahun ke bawah Walaupun spirit of GEG itu tidak digambarkan sepenuhnya dalam rang undang- undang yang baharu ini, tetapi sekurang-kurangnya dengan pengeluaran nikotin daripada Akta Racun, dengan rang undang-undang ini kita boleh membuatkan tindakan yang lebih strict, dengan izin, lebih tegas kepada industri dan juga penjual-penjual vape yang ketika ini sewenang-wenangnya menjual vape terutama kepada kanak-kanak.
Itu merupakan jawapan daripada saya Yang Berhormat Senator.
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Soalan tambahan?
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat.
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya memang tidak faham kerana kita tahu implikasi cecair rokok elektronik itu yang menyebabkan kemudaratan kesihatan, keracunan, kematian.
Adakah Menteri setuju bahawa kerajaan tanggungjawab sepenuhnya melindungi generasi muda daripada kesan berbahaya rokok elektronik dan serta meluluskan Akta GEG seperti yang kita katakan secara holistik? Terima kasih.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Berdasarkan pengalaman Yang Berhormat Senator, Tan Sri Yang di-Pertua, berdasarkan pengalaman saya menyertai pelbagai jawatankuasa, mendraf undang-undang, ini adalah merupakan satu-satunya rang undang-undang setakat ini Tan Sri Yang di-Pertua, mempunyai proses yang agak panjang. Libat urus yang banyak bersama dengan fraternity kesihatan dan juga industri.
Kritikan-kritikan datang buka sahaja daripada Kerajaan- bench kerajaan, tetapi daripada Pembangkang dan semua. Saya melihat isu ini sangat-sangat dekat di kalangan masyarakat kerana ia melibatkan kesihatan.
Ingin saya tekankan di sini akibat daripada penggunaan vape yang berleluasa ini, terdapat penyakit seperti EVALI yang berkaitan dengan paru-paru dan juga untuk makluman umum, rawatan untuk mengubat EVALI ini adalah sekitar RM150,000 untuk tempoh 12 hari. Ini akan memakan kos yang sangat besar.
Oleh sebab itulah kami merasakan kami perlu menyegerakan pembentangan rang undang-undang ini walaupun roh GEG itu kami ketepikan sedikit, tetapi sekurang- kurangnya rang undang-undang ini dapat mengawal selia penjualan vape supaya vape ini tidak sewenang-wenangnya dijual. Kenapa..? Kerana vape inilah yang menyebabkan- tanpa perundangan, vape ini dijual di merata-rata tempat Tan Sri Yang di-Pertua.
Sehinggakan kanak-kanak yang berusia enam, tujuh tahun pun berani, terpengaruh untuk menggunakan vape sebagai gaya hidup yang lebih trending, dengan izin.
Maka dengan Rang Undang-undang Kawalan Rokok Demi Kesihatan Awam ini saya lihat- kita dapat dan juga dapat menyedarkan masyarakat bahawa terdapat undang- undang dan kita sedang berusaha untuk memerangi penggunaan vape untuk pada masa hadapan. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Saya memahami masalah Yang Berhormat. Masyarakat kita peniaga pun tidak ikut undang-undang. Kalau di England, kalau hendak beli benda-benda yang diharamkan kepada budak-budak, kanak- kanak yang certain umur, peniaga tidak akan menjual, tetapi di sini asalkan duit ditunjuk dahulu, sudah tidak kisah berapa pun umur dia. Dia akan jual juga, asalkan duit masuk.
Jadi membudaya itu yang lebih penting daripada yang lain. Kalau tidak, payah kerajaan, tetapi kerajaan masih disalahi oleh masyarakat oleh sebab undang-undang begini. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Dipersilakan Datuk Lim Pay Hen.
Datuk Lim Pay Hen
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 9.
9. Datuk Lim Pay Hen minta Menteri Kewangan menyatakan, strategi kementerian bagi mendepani risiko kejatuhan nilai Ringgit yang semakin meruncing sekali gus meningkatkan kos sara hidup rakyat khususnya bahan makanan yang bergantung pada sumber import.
Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Senator Datuk Lim Pay Hen.
Bank Negara Malaysia akan terus menguruskan risiko daripada perkembangan domestik dan luaran bagi menangani volataliti dalam pasaran pertukaran asing serta bersedia untuk menggunakan instrumen dasar operasinya bagi memastikan keadaan pasaran yang teratur.
Dalam keadaan pasaran kewangan global yang tidak menentu, kadar pertukaran ringgit yang fleksibel telah memainkan peranan yang penting bagi menyerap kejutan luar di samping mengurangkan impak terhadap aktiviti domestik. Pemulihan kestabilan pasaran dunia, penambahbaikan sentimen pelabur dan lebihan penerimaan pertukaran wang asing dipengaruhi oleh kegiatan teras ekonomi dijangka akan dapat memperkukuh nilai Ringgit.
Kerajaan kekal komited dalam memberikan tumpuan terhadap polisi-polisi struktur yang berupaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan daya saing negara bagi menarik aliran masuk dana dan pelaburan asing yang akan menyokong pengukuhan nilai ringgit. Langkah ini termasuk usaha kerajaan dalam mentransformasikan ekonomi negara yang dipandu oleh kerangka ekonomi Madani.
Selain faktor pemulihan kestabilan pasaran dunia, pelaksanaan dasar pelaburan baharu- new investment policy untuk menambah baik iklim pelaburan dan produktiviti negara serta komitmen kerajaan terhadap pengukuhan kemapanan fiskal menerus membentangkan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (FRA). Ini semua dijangka menambah baik sentimen pelabur seterusnya memperkukuh nilai Ringgit.
Kerajaan peka bahawa pergerakan ringgit akan mempunyai kesan terutamanya ke atas harga barangan import analisis BNM menunjukkan bahawa impak daripada pergerakan Ringgit ini agak ketara bagi segmen yang mempunyai kebergantungan import yang tinggi seperti barang makanan dan pengangkutan yang dianggarkan mempunyai tujuh peratus dan lima peratus kandungan import dalam penggunaan isi rumah. Oleh itu, kerajaan telah mengambil beberapa langkah bagi membantu rakyat menangani kos sara hidup yang meningkat seperti kawalan harga dan subsidi ke atas barangan keperluan seperti makanan dan bahan api.
Di samping itu, kerajaan juga mengambil langkah yang prihatin terhadap isu kenaikan kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat seperti inisiatif Payung Rahmah yang dilaksanakan bagi membantu isi rumah yang mudah terkesan. Terima kasih.
Datuk Lim Pay Hen
Terima kasih kepada Timbalan Menteri Kewangan. Soalan tambahan saya, bagi menyokong pengukuhan nilai Ringgit, Malaysia perlu meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan daya saing negara bagi menarik aliran masuk dana dan pelaburan asing. Apakah dasar yang dilaksanakan kerajaan untuk menambah baik iklim pelaburan dan produktiviti Malaysia? Serta adakah pengurangan cukai keuntungan modal dana semakin melebar dan memerlukan penyertaan yang banyak di kalangan- oh sorry, Belanjawan 2024 mungkin akan melonjakkan aliran masuk dana ke Malaysia? Sekian, terima kasih.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Terima kasih. Tan Sri Yang di-Pertua, antara punca kenapa USD1 kepada RM4.67 pada pagi ini. Ada empat sebabnya.
Pertama, kerana FFR ataupun Federal Funds Rate yang serupa OPR di negara kita sekarang ini berada pada 5.5 peratus dalam keadaan rizab Persekutuan Amerika Syarikat sedang berusaha mengawal inflasi- kita 3.0 peratus. Apabila berlaku COVID-19, maka Menteri Kewangan pada ketika itu menurunkan pada 1.75, Menteri Kewangannya ada di sini sekarang ya.
Kemudian untuk mengembangkan ekonomi, tetapi kemudian apabila COVID-19 telah selesai, kita naikkan pada 3.0. Banyak waktu OPR Malaysia ini lebih tinggi daripada FFR Amerika Syarikat. FFR Amerika Syarikat ini pernah 0.25, tetapi sekarang ini mereka menukar strategi kepada FFR yang tinggi.
Seterusnya sebab yang kedua ialah jika kita banding Sekuriti Kerajaan Malaysia
(MGS) dan US Treasuries, daripada segi pulangan. Sebelum-sebelum ini US Treasuries ini, pulangan dia kurang daripada MGS ya. Sekarang ini MGS, Sekuriti Kerajaan Malaysia 3.87 peratus, tetapi US Treasuries lebih tinggi daripada kita, 4.39 peratus. Maka dana asing dilaburkan di luar Malaysia itu dalam bentuk bon lantas menjejaskan lagi nilai Ringgit.
Sebab yang ketiga ialah prestasi ekonomi yang tidak seperti yang dijangkakan, dan sebab yang keempat ialah kebimbangan apa yang berlaku perang antara Israel dan Palestin itu. Walau bagaimanapun, kerajaan akan terus memastikan, yang penting pada kita ialah kita mengambil kesempatan daripada nilai Ringgit ini. Antaranya cuba kita meningkatkan eksport dan satu lagi kita mengurangkan penggunaan barangan import, lebih banyak menggunakan barangan tempatan.
Pada ketika yang sama, kita mengharapkan agar pelancong lebih datang ke Malaysia dan mereka menggunakan Ringgit dan lantas kita akan- satu ketika Ringgit akan mengukuh. Satu lagi langkah kita yang penting ialah dedollarisation itu bahawa perdagangan antara negara-negara menggunakan nilai mata wang tempatan. Sebagai contoh, kita telah melakukan di Indonesia, kita sedang melakukan di Thailand dan kita telah melaksanakan 25 peratus pada dagangan kita dengan Negara China menggunakan Ringgit dan Renminbi. Mudah-mudahan semua kaedah ini akan menyebabkan satu masa nanti Ringgit kita akan dapat mengukuh dibandingkan dengan US Dollar. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat.
Sekarang saya menjemput Puan Susan Chemerai Anding.
Puan Susan Chemerai Anding
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 10.
10. Puan Susan Chemerai Anding minta Menteri Ekonomi menyatakan, apa langkah-langkah yang akan diambil oleh kementerian di dalam National Energy Transition Roadmap (NETR) untuk memastikan standard alam sekitar yang lebih tinggi tidak akan mengakibatkan kos pengeluaran meningkat, dan menjurus kepada peningkatan harga barang yang akan membebankan rakyat.
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Puan Susan Chemerai Anding.
Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) menetapkan sasaran mencapai pelepasan GHG bersih sifar seawal tahun 2050. Ini menuntut Malaysia untuk mempercepat peralihan tenaga di samping mengimbangi Trilemma ataupun tiga tenaga yang cabaran- iaitu yang merangkumi jaminan bekalan, kemampuan membayar dan kelestarian alam sekitar. Dasar Tenaga 2022–2040 dilancarkan pada 21 September 2022 bagi meraih peluang daripada peralihan tenaga.
DTN dijajarkan kepada matlamat tujuh agenda pembangunan mampan SDG7 iaitu memastikan akses kepada tenaga yang mampu dimiliki, mampan dan moden untuk semua. Walau bagaimanapun, perkembangan global akibat pandemik, konflik geopolitik dan Pematuhan Prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus iaitu ESG telah merubah landskap sektor tenaga negara.
Oleh itu, pelan hala tuju Peralihan Tenaga Negara iaitu National Energy Transition Roadmap (NETR) telah diluncurkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 29 Ogos 2023 bagi mempercepat laluan rendah karbon sektor tenaga.
Analisis pasaran pula mendapati peralihan tenaga berpotensi menjadi sumber pertumbuhan baharu Kajian Separuh Penggal RMKe-12 selanjutnya menetapkan industri berasakan peralihan tenaga sebagai industri high-growth, high-value, dengan izin, HGHV dalam mengemudi reformasi struktur ekonomi negara.
Pengurusan peralihan tenaga yang berkesan memerlukan pendekatan Keseluruhan Negara iaitu Whole-of-Nation, dengan izin, melibatkan kerajaan, industri, rakyat dan masyarakat antarabangsa. Ini disokong oleh prinsip saksama inklusif dan teratur yang memberi penekanan kepada peluang mendapat kerja yang wajar untuk semua penglibatan komuniti yang aktif dan tadbir urus yang berkesan. Kerajaan komited untuk memastikan peralihan tenaga yang saksama- just transition, dengan izin yang melindungi rakyat mencipta peluang dan menyokong inovasi melalui pendekatan keseluruhan negara yang selaras. Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ya Yang Berhormat.
Puan Susan Chemerai Anding
Tan Sri Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Bagaimanakah kerajaan bercadang untuk memantau dan menilai keberkesanan Dasar Tenaga Hijau di sepanjang tempoh polisi ini? Terima kasih.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat.
Sepertimana yang telah diuar-uarkan sebelum ini sama ada melalui peluncuran oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kemudiannya melalui beberapa pengumuman termasuk di dalam Belanjawan 2024. Sememangnya untuk perancangan daripada segi pemastian NETR ini diguna pakai sebaiknya memang dalam perancangan Kementerian Ekonomi.
Daripada segi pemantauan, sudah pasti Kementerian Ekonomi selaku kementerian yang mengemudi memerlukan juga kerjasama dengan kementerian- kementerian yang berbeza sebab bila kita berbicara soal tenaga, ia nya melibatkan sebagai contoh Kementerian Sumber Asli (NRECC) yang mana sebab itu daripada segi usaha sama antara kementerian-kementerian ini perlu dilaksanakan.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Akhir sekali, sememangnya bagi memastikan NETR ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin, kita juga ada yang dipanggil sebagai Jawatankuasa Tenaga Kebangsaan
(NCET) iaitu yang mana Kementerian Ekonomi ini bertindak sebagai urus setia manakala Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merupakan pengerusinya. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Soalan tambahan.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat.
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ringkas Yang Berhormat. Buat ringkas.
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Baik. Ringkas. Sangat ringkas.
Di Dewan yang mulia ini, kita memang bincang panjang lebar mengenai fiskal kerajaan, peruntukan dan sebagainya. Soalan saya ialah, adakah kerajaan yakin bahawa Malaysia mempunyai ruang fiskal yang mencukupi untuk menjalani peralihan tenaga demi pencapaian sasaran Net Zero menjelang 2050 seperti yang di garis dalam NETR itu?
Terima kasih.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator.
Seperti mana juga yang diumumkan sebelum ini, NETR ini akan memberi peluang bukan hanya pelaburan daripada kerajaan, tetapi juga daripada pelaburan luar. Maka, sebab itu apabila kita lihat- sebagai contoh dalam Belanjawan Madani yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, memang kita ada menyediakan Dana Mudah Cara Peralihan Tenaga Negara ataupun NATF dengan nilaian keseluruhan iaitu berjumlah RM2 bilion, tetapi pada masa yang sama Yang Berhormat Senator, antara salah satu usaha NETR ini juga akan sebenarnya membantu mengawal fiskal negara kita.
Ketika ini belanja kita kepada subsidi yang berkait sumber tenaga fosil itu sebenarnya agak tinggi. Maka, sebab itu secara langsung ataupun tidak langsung apabila kita menuju ke arah NETR ini yang ada sasarannya 2050 untuk kita capai paling awal untuk sifar daripada segi GHG tadi. Maka, sebab itu dia ada kesan, satu kita menarik pelaburan luar, tetapi daripada segi bebanan fiskal itu juga akan dapat dikurangkan apabila kita menjurus ke arah tenaga boleh diperbaharui. Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Saya masih meneruskan soalan lisan ini dengan menjemput Yang Berhormat Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff.
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Soalan saya nombor 11.
11. Dr. Wan Martina binti Wan Yusoff minta Menteri Pertahanan menyatakan, apakah langkah kerajaan bagi menggantikan Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah yang akan ditamatkan operasi pada tahun 2026?
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
Bismillahi rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Dr. Wan Martina binti Wan Yusoff atas soalan yang dikemukakan.
Untuk makluman Tan Sri Yang di-Pertua, Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah
(PLTSR) iaitu sebuah pangkalan yang dibangunkan daripada sebuah pelantar minyak yang mana MINDEF usahakan menjadi sebuah Pangkalan Laut.
Pangkalan Laut ini telah beroperasi selama tujuh tahun bermula tahun 2016 di perairan Timur Sabah dan dirancang untuk ditamatkan operasi pada tahun 2027. Sebagai persediaan, pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sedang melaksanakan peningkatan keupayaan di pos-pos sedia ada di pulau-pulau berhampiran, sebagai contoh di Pulau Mataking.
Selain itu, atur gerak aset-aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di kawasan operasi berkenaan akan dirancang semula bergantung kepada situasi dan keperluan semasa. Langkah-langkah yang dilaksanakan ini adalah bertujuan untuk mengimbangi keupayaan semasa PLTSR tanpa menjejaskan kedaulatan dan keselamatan negara selepas penamatan operasinya kelak iaitu menjelang 2027. Dalam hal ini, Kementerian Pertahanan melalui TLDM sentiasa komited dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberi dalam menghadapi sebarang ancaman di kawasan perairan negara. Itu sahaja jawapannya.
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
Soalan tambahan Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Sila. Ya.
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
Bagi menampung keperluan pertahanan negara, apakah inisiatif kerajaan bagi menggalakkan GLC ataupun syarikat- syarikat swasta menyumbang aset ataupun kepakaran mereka tertentu kepada negara agar keselamatan negara dapat dipikul bersama oleh semua pihak? Terima kasih.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Terima kasih Yang Berhormat Senator atas soalan tambahan. Tan Sri Yang di-Pertua, untuk makluman kita tahu seperti mana yang saya maklumkan sebentar tadi bahawa pelantar ini ataupun yang kita sebut Pangkalan Laut ini merupakan hasil daripada sumbangan daripada Petronas sendiri, tetapi dalam masa yang sama sebenarnya kalau kita lihat, walaupun kita tamatkan operasinya pada tahun 2027, tetapi kita masih mempunyai apa yang kita panggil sebagai pangkalan di laut yang disumbangkan oleh syarikat perkapalan kita juga iaitu Bunga Mas 5 dan juga Tun Azizan.
Sebab itu kalau kita lihat memang peranan di kementerian dan juga kalau kita lihat di GLC-GLC kerajaan itu memang kita sentiasa berkomunikasi. Oleh sebab kita tahu bahawa di kementerian pertahanan melalui Kertas Putih Pertahanan kita, maritim merupakan keutamaan kita. Kalau kita lihat operasi di maritim itu sebahagiannya merupakan perdagangan laut itu yang melibatkan kapal-kapal dagang. Sebab itu kalau kita lihat walaupun kita merancang untuk tamatkan itu, tetapi kita masih lagi ada pangkalan di laut yang kita boleh mobilize di kedudukan-kedudukan yang kita rasakan agak strategik demi keselamatan perairan negara kita. Itu sahaja jawapannya Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, terima kasih Yang Berhormat. Saya masih meneruskan, Yang Berhormat Dato’ Dr. Ahmad Azam bin Hamzah.
Dato’ Dr. Ahmad Azam bin Hamzah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Tan Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor 12.
12. Dato' Dr. Ahmad Azam bin Hamzah minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan:
(i) pencapaian sektor pertanian yang berfungsi sebagai pembekal sumber makanan kepada negara; dan
(b) perancangan kementerian untuk meningkatkan pengeluaran produk pertanian bagi menampung stok makanan dalam negara dan mengurangkan kebergantungan negara kepada import.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua Dewan Negara. Terima kasih kepada Dr.
Ahmad Azam yang bertanya. Soalan ini secara umum, soal dasar pertanian. Maka, jawapan pun dalam bentuk umum. Pada tahun 2022, sektor agromakanan memberikan sumbangan yang signifikan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar iaitu RM173.9 bilion atau 11.5 peratus.
Pengiraan ini meliputi industri agromakanan di bawah sektor pertanian serta industri makanan dan minuman di bawah sektor pembuatan dan perkhidmatan.
Pencapaian KDNK bagi suku tahun ketiga 2023 menunjukkan pertumbuhan sebanyak 3.6 peratus. Kadang sektor lain ada yang merosot, tetapi sektor pertanian meningkat kali ini.
Dengan nilai ditambah sebanyak RM47.5 bilion berbanding tempoh yang sama tahun 2022. Berdasarkan angka yang dinyatakan ini, prestasi sektor agromakanan negara menunjukkan perkembangan yang positif. Kalau hendak tanya saya adakah kita memuaskan? Belum. Kita kena mempertingkatkan lagi. Perdagangan sektor agromakanan meningkat 38 peratus dengan jumlah dagangan sebanyak RM59.8 bilion pada separuh pertama tahun 2023 berbanding RM57.6 bilion pada tempoh yang sama tahun 2022.
Daripada jumlah ini dagangan untuk tempoh separuh tahun 2023 ini, nilai eksport mencatatkan jumlah dagangan RM21.6 bilion dengan peningkatan RM2.4 peratus. Ini hal pertanian sahaja ya, bukan eksport secara menyeluruh yang lain.
Nilai import turut meningkat juga, 4.7 peratus dengan nilai dagangan sebanyak RM38.2 bilion berbanding RM36.5 bilion. Peningkatan ini di antaranya baru melepasi zaman COVID di mana banyak semasa zaman COVID hari itu industri-industri tertentu dalam hal pemakanan dan ternakan tergendala.
Dipacu semula pada tahun 2023 ini, sebab itu ada peningkatan. Kita harap pada tahun 2024, nanti, peningkatan akan melonjak lagi kerana sekarang ini soal pekerja termasuk tempatan dan asing dapat masuk dan boleh dikatakan industri-industri utama seperti ternakan ayam dapat beroperasi dengan baik.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Kita lihat ia berada di tahap pengeluaran yang boleh menampung. Walaupun misalnya kita apungkan harga baru-baru ini, harga ayam berada diparas yang agak rendah. Sektor perladangan ini hampir pulih sepenuhnya, walaupun tidak 100 peratus, tetapi ia nya pulih. Begitulah di antaranya telur, sekarang ini beransur pulih. Belum sepenuhnya, tapi ia telah beransur pulih, di antaranya gangguan masalah COVID-19 2022 dan awal 2023 memberi kesan kepada hala pertanian di Malaysia ini. Terima kasih.
Dato’ Dr. Ahmad Azam bin Hamzah
Soalan tambah, Tan Sri. Soalan tambahan.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Ahmad Azam bin Hamzah
Ringkas sahaja. Tan Sri Yang di-Pertua, sekarang ini bekalan ayam telah- daging ayam terutamanya, telur, sebagaimana yang Yang Berhormat Menteri bagi tahu tadi, masih belum pulih sepenuhnya, tetapi daging ayam sudah agak pulih sepenuhnya, tetapi adakah kerajaan masih membenarkan pengimportan dari luar negara, daging ayam? Terima kasih.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Setakat ini masih dibenarkan. Dibenarkan dan harga import dengan harga tempatan sekarang ini bersaing dan tidak ada lagi perbincangan kita untuk nak stop import dari luar itu. Ini kerana kita lihat di sudut harganya agak stabil. Kalau ia sampai menjejaskan industri ayam tempatan, maka kita akan ambil langkah-langkah perlu pada waktu itu. Buat masa sekarang ini, kita nak stabil kan dulu dan sekarang kita nampak sudah stabil dan import ayam dari luar pun bukanlah sekarang ini murah sangat, tapi yang stabil kan keadaan dan bila keadaan stabil, kita akan buat langkah seterusnya. Insya-Allah.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Soalan tambahan.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, selesai Sesi Pertanyaan- pertanyaan bagi Jawab Lisan.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-undang Kesatuan Sekerja
(Pindaan) 2023 dibacakan kali yang kedua sekarang.
Tan Sri Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, untuk makluman Dewan yang mulia, Akta Kesatuan Sekerja 1959 selepas ini disebut sebagai Akta 262 telah dikuatkuasakan oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja di bawah Kementerian Sumber Manusia.
Akta 262 ini merupakan undang-undang buruh utama yang mengawal pergerakan kesatuan-kesatuan sekerja di Malaysia yang secara amnya memperuntukkan tatacara dan proses daripada segi pendaftaran, pembatalan dan urus tadbir kesatuan sekerja. Akta 262 ini dikuatkuasakan di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak. Sebanyak 10 kali pindaan telah dilakukan dan kali yang terakhir iaitu pada tahun 2007 selaras dengan perubahan sosioekonomi dan keperluan semasa.
Kerajaan sentiasa mengambil inisiatif dalam memperbaharui undang-undang perburuhan bagi menjamin kesejahteraan pekerja dan keharmonian dalam perusahaan.
Rang Undang-undang Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2023 ini merupakan antara usaha dalam merealisasikan Pelan Pelaksanaan Dasar RMKe-12 untuk melaksanakan inisiatif bagi meningkatkan keahlian dalam kesatuan sekerja terhadap pengukuhan sistem yang menyokong pasaran buruh dan meningkatkan pampasan pekerja.
[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Datuk Yang di-Pertua, dalam menggubal pindaan kepada Akta 262, Kementerian Sumber Manusia telah mengadakan sesi libat urus yang menyeluruh dengan pihak berkepentingan, khususnya majikan, pekerja, kesatuan sekerja, pertubuhan majikan, pertubuhan pekerjaan dan agensi kerajaan sejak tahun 2014. Berdasarkan libat urus tersebut, kementerian ini telah mengambil kira pandangan-pandangan yang telah dikemukakan oleh pihak yang berkepentingan dalam menggubal rang undang-undang ini.
Rang Undang-undang Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2023 ini telah dibentangkan dan diluluskan di Dewan Rakyat pada 10 Oktober 2023. Cadangan pindaan di bawah rang undang-undang ini melibatkan 36 Fasal yang merangkumi 30 Fasal pindaan, lima Fasal baharu dan satu fasal yang dimansuhkan.
Rang undang-undang ini bertujuan untuk meminda Akta 262 dengan objektif utama bagi meniadakan sekatan ke atas pembentukan kesatuan sekerja berdasarkan penubuhan tertentu atau persamaan dalam tred, pekerjaan atau industri dan membenarkan kepelbagaian, dengan izin, multiplicity kesatuan sekerja dalam mana-mana penubuhan tred, pekerjaan atau industri. Ini adalah selaras dengan prinsip kebebasan berpersatuan, di mana pekerja dan majikan adalah bebas untuk menubuhkan atau menyertai mana-mana kesatuan sekerja pilihan mereka sendiri.
Di samping itu, rang undang-undang ini juga bertujuan untuk memudah cara Malaysia dalam merundingkan perjanjian-perjanjian perdagangan, dengan izin, trade agreements yang telah memasukkan artikel berhubung obligasi kepada standard perburuhan antarabangsa bagi salah satu daripada terma perjanjian.
Datuk Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, untuk makluman Dewan yang mulia, Malaysia telah pun meratifikasi Perjanjian CPTPP pada 30 September 2022 dan telah mula menguatkuasakan perjanjian ini pada 29 November 2022. Perjanjian Komprehensif dan Progresif Bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) ini memperuntukkan supaya setiap negara anggota menerima pakai dan menambah baik undang-undang, peraturan-peraturan dan amalan masing-masing berhubung dengan hak-hak yang terkandung dalam deklarasi International Labour Organization (ILO) 1958 berkaitan, dengan izin, fundamental principles and rights at work. Pindaan ini mengambil kira prinsip-prinsip utama dalam Konvensyen ILO nombor 87, dengan izin, freedom of association and protection of the rights to organize. Pindaan yang dicadangkan dalam rang undang-undang ini akan menggalakkan penubuhan dan keanggotaan kesatuan sekerja serta dijangka akan meningkatkan liputan perjanjian kolektif dalam kalangan pekerja sektor swasta di Malaysia. Ini secara langsung akan meningkatkan perlindungan dan kebajikan para pekerja, khususnya melalui peranan kesatuan sekerja dalam menambah baik terma-terma dan syarat-syarat pekerjaan melalui perundingan kolektif.
Datuk Yang di-Pertua, sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, rang undang-undang ini merangkumi pindaan kepada peruntukan sedia ada.
Memasukkan peruntukan baharu dan memansuhkan peruntukan sedia ada Akta 262.
Antara peruntukan-peruntukan sedia ada yang dipinda melibatkan fasal-fasal yang berikut.
Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 2 yang berkaitan dengan takrif kesatuan sekerja atau kesatuan untuk membenarkan kesatuan sekerja ditubuhkan tanpa sekatan mengikut tred, pekerjaan atau industri. Pindaan ini akan membolehkan kesatuan sekerja ditubuhkan secara bebas. Melalui fasal ini juga, subseksyen (2) mengenai kuasa Ketua Pengarah dalam menentukan soal keserupaan daripada segi tred, pekerjaan atau industri juga digugurkan. Berbangkit daripada ini, pindaan dibuat kepada peruntukan lain Akta 262 iaitu dalam fasal 5, fasal 15 dan 16 dan perenggan 30(a), Fasal 4 bertujuan untuk meminda seksyen 8 untuk melanjutkan tempoh masa permohonan pendaftaran sesuatu kesatuan sekerja dari satu bulan kepada enam bulan dan lanjutan tempoh masa tambahan kepada 12 bulan secara agregat. Ia bertujuan memberi masa yang mencukupi kepada kesatuan mengemukakan permohonan pendaftaran.
Fasal 6 bertujuan untuk memotong perenggan 12(3)(a)(b) dan (c) dan meminda sub perenggan 12(3)(e)(ii) berkenaan dengan kuasa Ketua Pengarah untuk menolak pendaftaran suatu kesatuan sekerja. Dengan pindaan ini, kuasa Ketua Pengarah untuk menolak untuk mendaftarkan suatu kesatuan sekerja hanya terhad kepada alasan yang diperuntukkan di bawah perenggan 12(3)(d) dan (e). Melalui fasal ini juga, subseksyen baharu 12(4) dimasukkan ke dalam Akta 262 yang menghendaki Ketua Pengarah untuk memaklumkan kesatuan sekerja secara bertulis tentang penolakan pendaftarannya serta alasan ke atas penolakan tersebut.
Fasal 7 bertujuan untuk meminda subseksyen 15(1) bagi mengehadkan kuasa budi bicara Ketua Pengarah dalam hal pembatalan pendaftaran sesuatu kesatuan sekerja.
Pindaan kepada subseksyen 15(1) ini akan menyebabkan pembatalan kesatuan sekerja hanya boleh dibuat sekiranya kesatuan sekerja tersebut terlibat dalam pelanggaran peruntukan undang-undang yang telah dinyatakan secara spesifik dalam Akta 262, termasuklah melibatkan pelanggaran undang-undang serius yang mengancam keselamatan negara seperti yang dinyatakan dalam Jadual baharu Keempat.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Melalui fasal ini juga, subseksyen baharu 15(1)(d) dimasukkan ke dalam Akta 262 memperuntukkan perakuan pendaftaran kesatuan sekerja boleh dibatalkan atau ditarik balik, jika kesatuan sekerja telah disabitkan dengan apa-apa kesalahan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual baharu Keempat.
Pindaan fasal ini juga memasukkan subseksyen baharu (1A) ke dalam seksyen 15 bagi memperuntukkan kuasa kepada Menteri Sumber Manusia untuk menambah, memotong daripada atau meminda Jadual baharu Keempat tersebut melalui perintah.
Fasal 9, 10, 13, 20, 21, 22, 23, 24 dan 25 bertujuan untuk meminda subseksyen 18(8), 49(3), 54(3), 56(5), 57(4), 61 dan 62(2) Akta 262 masing-masing dengan meniadakan, dengan izin, remove hukuman pemenjaraan dan menaikkan kadar denda sedia ada, di samping pindaan-pindaan yang lain.
Fasal 10 bertujuan untuk meminda subseksyen 25A(1) bagi melonggarkan syarat untuk melaksanakan mogok dan sekat masuk kerja, dengan izin, strike and lock-out.
Dengan pindaan ini, kesatuan hanya perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 60 peratus undi daripada anggotanya yang berhak membuang undi daripada anggotanya yang berhak membuang undi yang mana lebih daripada setengah daripada jumlah undian tersebut bersetuju dengan cadangan untuk melaksanakan mogok atau sekat masuk kerja itu.
Fasal 11 bertujuan untuk meminda subseksyen 26(1) untuk membenarkan seseorang yang mencapai umur 15 tahun menjadi anggota kesatuan sekerja berdaftar, selaras dengan umur minimum pekerjaan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta
Kanak-kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966 - Akta 350
.
Subseksyen 26(1B) sedia ada diganti dengan subseksyen 26(1B) yang baharu bagi memperuntukkan bahawa, walau apa pun yang dinyatakan dalam subseksyen 26(1A) Akta 262, tiada mana-mana pekerja atau majikan boleh diterima atau dikekalkan sebagai anggota kesatuan sekerja kecuali mengikut peraturan-peraturan kesatuan sekerja. Pekerja yang telah dipecat, ditamatkan perkhidmatan, dibuang kerja atau bersara boleh dikekalkan keanggotaannya tertakluk kepada peraturan-peraturan kesatuan sekerja itu.
Selanjutnya, subseksyen baharu 26(1C) dimasukkan ke dalam Akta 262 bertujuan untuk menetapkan bahawa keanggotaan sesuatu kesatuan sekerja tidak boleh dihadkan kepada ras, agama atau kerakyatan tertentu.
Pindaan ini juga bertujuan memasukkan subseksyen baharu 26(2A) bagi menjelaskan bahawa anggota kesatuan sekerja dalam kalangan pekerja yang telah dipecat, atau ditamatkan perkhidmatan, atau dibuang kerja, atau bersara tidak berhak untuk mengundi dalam perkara mogok dan semua perkara yang berhubungan dengannya.
Fasal 12 bertujuan untuk menggantikan perenggan 28(1)(c1) bagi membenarkan seseorang pekerja parti politik menjadi pegawai kesatuan sekerja berdaftar. Selain itu, perenggan 28(1)(d) dipinda untuk menyatakan bahawa seorang pegawai hanya akan hilang kelayakan jika dia disabitkan dengan mana-mana kesalahan pecah amanah, jenayah pemerasan atau ugutan, atau kesalahan di bawah seksyen 49, 50 atau 50A.
Fasal 13 bertujuan untuk meminda subseksyen 29(1) bagi membenarkan mana- mana orang diambil bekerja sebagai pekerja sesuatu kesatuan sekerja berdaftar atau persekutuan kesatuan sekerja berdaftar.
Fasal 14 bertujuan untuk meminda seksyen 31 untuk menjelaskan bahawa pertukaran nama kesatuan sekerja boleh dibuat dengan persetujuan lebih daripada separuh anggota atau wakil-wakilnya dan ia boleh diperoleh melalui undi pada mesyuarat agung kesatuan sekerja atau persidangan perwakilan melalui pungutan suara atau undi sulit.
Fasal 17 bertujuan untuk meminda subseksyen 34(2) untuk memperuntukkan bahawa Ketua Pengarah hanya boleh menolak untuk mendaftarkan pertukaran nama sesuatu kesatuan sekerja jika, pada pendapat Ketua Pengarah, nama yang dicadangkan itu akan menggalakkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara ras atau agama atau kerakyatan yang berlainan.
Fasal 18 bertujuan untuk meminda proviso kepada subseksyen 38(3) untuk menjelaskan cara bagaimana peraturan-peraturan kesatuan sekerja yang menyebabkan peningkatan tanggungan caruman anggota selain pengenaan levi dan pengurangan kelayakan anggota terhadap faedah boleh dibuat, iaitu dengan cara undi dikembalikan oleh anggota yang berhak mengundi.
Fasal 19 bertujuan untuk meminda subseksyen 40(6) bagi memperuntukkan kuasa Ketua Pengarah untuk mengarahkan kesatuan sekerja supaya tidak memulakan mogok atau sekat masuk yang dicadangkan oleh kesatuan sekerja, hendaklah hanya dijalankan, jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa mogok atau sekat masuk yang dicadangkan melanggar seksyen 40 atau seksyen 25A Akta 262 atau mana-mana peruntukan bahagian Akta Perhubungan Perusahaan 1967 [Akta 177].
Fasal 28 bertujuan untuk meminda subseksyen 71(4) untuk meniadakan peruntukan berkenaan penangkapan dan penahanan mana-mana orang yang enggan mematuhi perintah Ketua Pengarah di bawah seksyen 71 dan untuk menaikkan denda daripada RM500 kepada RM5,000 bagi kesalahan di bawah subseksyen ini.
Fasal 29 bertujuan untuk meminda seksyen 71A mengenai penggantungan pelaksanaan keputusan Ketua Pengarah secara automatik, dengan izin, automatic stay of execution dalam perkara berhubung pembatalan atau penarikan balik perakuan pendaftaran kesatuan sekerja apabila rayuan dibuat kepada Menteri Sumber Manusia.
Fasal 31 bertujuan untuk meminda seksyen 72 untuk mengadakan peruntukan bagi penyertaan perwakilan untuk memutuskan tentang pembentukan suatu persekutuan kesatuan sekerja.
Fasal 32 bertujuan untuk menggantikan seksyen 74 dengan seksyen baharu berkenaan dengan penggabungan kesatuan sekerja berdaftar dengan memudahkan prosedur penggabungan kesatuan sekerja itu dengan persekutuan kesatuan sekerja berdaftar.
Fasal 33 bertujuan untuk meminda perenggan 76A(2)(a) untuk mengadakan peruntukan mengenai penyertaan perwakilan dalam memutuskan perkara mengenai pembentukan atau penggabungan sesuatu kesatuan sekerja dengan, atau keanggotaan kesatuan sekerja dalam mana-mana badan perundingan atau badan yang serupa dengannya.
Fasal 34 bertujuan untuk meminda seksyen 76C untuk memperuntukkan bahawa Ketua Pengarah hendaklah hanya menggunakan kuasanya untuk menarik balik kebenaran gabungan kesatuan sekerja atau untuk mengisytiharkan gabungan tidak sah dalam kes yang kesatuan sekerja, atau badan perundingan, atau seumpamanya, telah disabitkan dengan apa-apa kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual baharu Keempat.
Datuk Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, peruntukan- peruntukan baharu yang dicadangkan untuk dimasukkan dalam Akta 262 boleh dilihat dalam fasal-fasal yang berikut.
Fasal 26 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 63A, 63B, 63C, 63D, 63E ke dalam Akta 262.
Seksyen 63A dan 63B memperuntukkan kuasa kepada Ketua Pengarah untuk menjalankan siasatan dan menguatkuasakan akta serta melantik pegawai penguat kuasa dalam kalangan pegawai yang dilantik di bawah seksyen 4.
Seksyen 63C memperuntukkan kuasa Ketua Pengarah untuk menghendaki kehadiran saksi untuk pemeriksaan yang, pada pendapat Ketua Pengarah, akan membantu dalam penyiasatan apa-apa kesalahan di bawah Akta 262 atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta 262.
Seksyen 63D memperuntukkan kuasa Ketua Pengarah semasa penyiasatan atau pemeriksaan di bawah Bahagian X Akta 262 untuk menghendaki mana-mana orang mengemukakan kepadanya artikel atau dokumen untuk pemeriksaan atau bagi maksud lain yang perlu bagi penyiasatan atau pemeriksaan.
Seksyen 63E memperuntukkan kuasa Ketua Pengarah untuk menyita apa-apa artikel atau dokumen dalam menjalankan penyiasatan di bawah Bahagian X Akta 262.
Fasal 27 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 65A mengenai liabiliti pegawai kesatuan atau mana-mana orang yang bertindak atas arahan pegawai kesatuan tersebut apabila sesuatu kesalahan dilakukan oleh kesatuan sekerja di bawah Akta 262 atau peraturan di bawah Akta 262.
Kanak-kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966 - Akta 350
Fasal 30 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 71B yang memperuntukkan mengenai kebolehterimaan rekod elektronik dalam prosiding di bawah Akta 262.
Terdapat satu peruntukkan yang dicadangkan untuk dimansuhkan iaitu fasal 8 memansuhkan seksyen 17 untuk meniadakan kuasa ketua pengarah untuk menggantung satu Cawangan Kesatuan Sekerja kerana perkara itu sepatutnya diurus oleh kesatuan sekerja itu sendiri.
Memandangkan kuasa untuk menubuhkan dan membubarkan satu Cawangan Kesatuan Sekerja itu terletak kepada ibu pejabat kesatuan mengikut peraturan-peraturan kesatuan sekerja itu sendiri. Pindaan-pindaan lain tidak saya nyatakan secara khusus di sini kerana ia merupakan pindaan kecil bersifat editorial ataupun berbangkit ataupun consequential in nature, dengan izin.
Datuk Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Rang Undang-undang Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2023 ini digubal selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan merupakan satu langkah pembaharuan undang-undang yang sangat signifikan dalam pembaharuan landskap kesatuan sekerja di Malaysia. Pindaan ini secara keseluruhannya menunjukkan usaha dan komitmen kerajaan dalam memastikan undang-undang buruh negara ditambah baik dengan mengambil kira prinsip-prinsip standard perburuhan antarabangsa dan instrumen sejagat.
Inisiatif ini seterusnya meningkatkan imej dan memudah cara penyertaan Malaysia dalam apa jua perdagangan antarabangsa. Kerajaan berharap rang undang- undang ini akan meningkatkan perlindungan dan kebajikan serta produktiviti golongan pekerja dan majikan melalui mekanisme tawar menawar, dengan izin, bargaining power, antara kedua-dua pihak selain memantapkan sistem pengurusan perburuhan negara.
Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan Rang Undang-undang Kesatuan Sekerja
(Pindaan) 2023 ini. Datuk Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis adalah bahawa rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Kesatuan Sekerja 1959 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, di hadapan saya ada seramai 18 orang Ahli yang hendak berbahas. Maka, saya membuat ketetapan bahawa masa yang diberikan adalah untuk lima minit seorang.
Sekarang ini saya ingin menjemput Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Arman Azha bin Abu Hanifah untuk berbahas.
Dato’ (Dr.) Arman Azha Abu Hanifah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Datuk Sri Yang di-Pertua. Saya turut mengambil peluang untuk berbahas tentang Rang Undang-undang Kesatuan Sekerja
(Pindaan) 2023 hari ini.
Datuk Yang di-Pertua, saya ingin menzahirkan ucapan syabas kepada Kementerian Sumber Manusia atas usaha-usaha menggubal pindaan Undang-undang Kesatuan Sekerja 1959 yang merupakan undang-undang buruh utama di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak mengikut keperluan semasa.
Saya menyambut baik pindaan yang dicadangkan dalam rang undang-undang ini, menggalakkan penubuhan dan keanggotaan kesatuan sekerja agar dapat meningkatkan liputan perjanjian secara kolektif di kalangan pekerja-pekerja lebih-lebih lagi di sektor awam. Sekali gus meningkatkan tahap perlindungan dan kebajikan para pekerja secara khusus melalui peranan kesatuan pekerja dalam menambah baik terma-terma dan syarat- syarat pekerjaan melalui rundingan yang begitu kolektif. Saya percaya langkah ini diambil sebagai menghormati hak kebajikan para pekerja.
Walau bagaimanapun, saya melihat pindaan ini mungkin akan memberi impak yang kurang senang kepada warga kerja kalau diimplementasikan. Sebagai contoh, senario yang pertama. Setiap sektor perusahaan akan memberi kebenaran untuk wujudkan lebih daripada satu buah kesatuan pekerja di tempat kerja. Saya yakin pihak kementerian telah teliti sebarang kemungkinan yang bakal timbul daripada hasil pindaan yang dibuat sekarang.
Apakah tindakan mekanisme yang di sedia dalam membendung jika terdapat sebuah kesatuan pekerja ditubuhkan semata-mata hendak jaga dan manipulasi pekerja demi kepentingan majikan? Ini perlu diambil peduli. Tidak semua majikan akan rasa senang dengan kewujudan persatuan kerana sikap tidak diingini akan menggalas tanggungjawab berlebihan dan lemah daripada segi integriti. Peluang untuk mewujudkan lebih daripada sebuah kesatuan pekerja bagi sektor perusahaan akan ambil satu perkara yang kita perlu lihat secara serius.
Adakah majikan akan mengambil kepentingan mereka kerana daripada segi keuntungan pihak majikan? Tidak mustahil akan wujud kesatuan pekerja yang mengerak, menjaga kepentingan majikan lebih daripada menjaga kepentingan pekerja. Ini senario yang pertama.
Senario yang kedua yang saya lihat yang akan berlaku berhubung dengan rundingan kolektif untuk perjanjian perdagangan yang bakal dilaksanakan. Hanya satu- persatuan pekerja dipilih untuk melaksanakan rundingan tersebut. Tidak kah itu merasakan sia-sia atau kosmetik sahaja dengan membenarkan wujud lebih daripada satu- kesatuan pekerja di setiap sektor perusahaan, tetapi hanya satu- kesatuan pekerja yang dipilih dan diberi kuasa untuk berunding dengan majikan.
Walau bagaimanapun, adakah ada mekanisme, garis panduan yang disediakan bagi menentukan pemberian kuasa rundingan? Saya lihat tidak mustahil Yang Berhormat Timbalan Menteri. Suara pekerja secara keseluruhan tidak akan didengar, menjayakan sebuah rundingan kerana seperti saya sebut kuasa memanipulasikan. Salah sebut sudah, marah sangat ini*...
[Disampuk]* Manipulasikan majikan. Terima kasih YB. Wujudkan kesatuan pekerja demi kepentingan mereka sendiri.
Saya harap pihak kementerian tidak terlepas pandang sebarang muslihat, sebarang penindasan yang akan berlaku terhadap kebajikan para pekerja. Produktiviti negara ini amat bergantung pada modal insan yang sihat, progresif serta dipelihara daripada segi sudut kebajikan pekerja. Pada sisi lain pula, keharmonian hubungan pekerja dan majikan juga akan memberi impak kepada kestabilan ekonomi negara. Andai kata pindaan yang dibuat sekarang akan menghasilkan impak kucar kacir terhadap hubungan pekerja dan majikan, senario ini juga turut mempengaruhi pelabur-pelabur luar yang berpotensi hendak melabur dalam negara kita.
Kita maklum kadar ekonomi hari ini semakin mencabar dengan pindaan yang dibuat. Adalah diharapkan sektor perusahaan ini di Malaysia mampu merebut peluang yang ada dan menjana pendapatan lebih tinggi demi membendung kos sara hidup yang masih dibelenggu oleh rakyat terutama para pekerja. Saya harap pihak kementerian tidak mengambil enteng tentang perkara ini.
Tan Sri Yang di-Pertua, ini bakal Tan Sri. Sekarang Datuk Sri. Tidak lama lagi Tan Sri. Mungkin dia bagi masa panjang sedikit. Saya turut menyambut baik usaha kementerian untuk meneliti, mengkaji kebolehlaksanaan undang-undang baharu, mengawal selia sektor gig ekonomi yang merangkumi pekerja-pekerja e-hailing yang semakin membangun dan berkembang dalam negara kita. Anak-anak muda khususnya di kawasan saya Subang Jaya, ramai yang mengeluh kerana pekerja gig seperti mereka contohnya pemandu, rider Grab, Foodpanda, pengusaha makanan, katering dan khidmat kerja yang lain memerlukan platform seperti persatuan pekerja untuk menyuarakan hasrat dan kebajikan mereka.
Di Dewan yang mulia ini, Datuk Sri Yang di-Pertua, saya mewakili pekerja gig khususnya di kawasan Parlimen saya, Parlimen Subang, memohon agar pihak kementerian dapat mendengar hasrat mereka.
Adalah diharapkan isu ini dapat diselesaikan dengan meminda takrif perkataan “pekerja” di bawah Akta Sekerja 1959. Sudah sampainya masa pihak kementerian untuk laksanakan perubahan mengikut keperluan peredaran semasa. Mereka juga perlu diberi hak yang sama seperti pekerja lain di Malaysia agar kebajikan mereka ini terpelihara demi mencari nafkah untuk keluarga tercinta mereka yang bergantung kehidupan kepada mereka.
Oleh demikian, saya berharap agar pindaan ini, para pekerja terutamanya daripada segi e-hailing ini dapat manfaat dan hak yang sewajarnya daripada segi gaji yang minimum, daripada segi gaji yang optimum.
Timbalan Yang di-Pertua
Yang Berhormat.
Dato’ (Dr.) Arman Azha Abu Hanifah
Peluang meningkatkan- sedikit lagi hendak habis. Last corner. Kacau lagi, tambah lagi dua minit.
Timbalan Yang di-Pertua
Tambah masa.
Dato’ (Dr.) Arman Azha Abu Hanifah
Tambah masa. Okey, alhamdulillah. Inilah dia Timbalan Speaker yang perlu kita sokong ini.
Timbalan Yang di-Pertua
YB, saya bagi lagi 30 saat.
Dato’ (Dr.) Arman Azha Abu Hanifah
Masa 30 saat, okey...
[Ketawa] Dia kacau lagi, ditambah lagi 60. Daripada segi gaji minimum, meningkatkan kemahiran platform- platform melanjutkan pelajaran serta yang lain-lain mampu memacu negara kita ke arah negara maju.
Datuk Yang di-Pertua, saya amat berharap wakil Kementerian Timbalan Menteri hari ini dapat berbincang dengan Menteri khususnya PMX. Harap rang undang-undang Kesatuan Sekerja yang dibahaskan hari ini bukan sahaja adil, saksama kepada seluruh warga sekerja yang disenaraikan. Perlu juga diambil peduli isu-isu yang begitu mikro dan perlu ada penambahbaikan.
Dato’ (Dr.) Arman Azha Abu Hanifah
Kita kat sini memang tempat nak luluskan undang-undang, tetapi bila hendak luluskan undang-undang perlu ada penambahbaikan kerana kita tidak mahu Dewan Negara ini dilihat sebagai rubber stamp sahaja hendak lulus undang-undang. Kita hendak ada penambahbaikan untuk rang undang-undang ini diluluskan. Dengan demikian, saya sudahi perbahasan saya pada hari ini. Saya mohon menyokong dengan sedikit penambahbaikan. Sekian, Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat.
Sekarang ini saya ingin menjemput Yang Berhormat Senator Datin Hajah Ros Suryati binti Alang untuk berbahas.
Datin Hajah Ros Suryati binti Alang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan peluang untuk saya berbahas dalam rang undang-undang untuk meminda Akta Kesatuan
Sekerja 1959 - Akta 262
ini.
Sesungguhnya pindaan rang undang-undang di hadapan kita ini adalah merupakan pindaan untuk tiada sekatan untuk mewujudkan kesatuan sekerja dari satu tempat kerja. Sekiranya kita mendengar pembentangan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, rang undang-undang ini sebenarnya telah dibentangkan di Dewan Rakyat dan belum sempat dibawa ke Dewan Negara kerana Parlimen kita telah dibubarkan pada 10 Oktober 2022.
Rang undang-undang ini bertujuan untuk meminda Akta 262. RUU ini bertujuan memudah cara Malaysia dalam merunding perjanjian perdagangan yang ketika ini memasukkan artikel berhubung obligasi kepada standard perburuhan antarabangsa sebagai salah satu daripada terma perjanjian kita.
Seperti yang saya kata tadi, RUU ini bertujuan menghapuskan sekatan ke atas pembentukan kesatuan sekerja berdasarkan pertubuhan tertentu atau persamaan dalam perdagangan. Pekerjaan atau industri serta membenarkan kepelbagaian kesatuan sekerja pindaan yang dicadangkan dalam RUU Kesatuan Sekerja ini akan menggalakkan penubuhan dan keanggotaan kesatuan sekerja ini serta dijangka akan meningkatkan liputan perjanjian kolektif dalam kalangan pekerja sektor swasta di Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin terus ke fasal 2 yang meminda seksyen 2 berkaitan dengan takrif “Kesatuan Sekerja” atau “Kesatuan” untuk membenarkan kesatuan sekerja ditubuhkan tanpa sekatan mengikut pekerjaan atau industri. Saya difahamkan dengan lulusnya RUU ini, ia nya akan dapat meningkatkan keanggotaan kesatuan sekerja dengan anggaran peningkatan keanggotaan adalah sebanyak lebih kurang 50,000 sehingga 100,000 ribu orang anggota. Manakala bilangan kesatuan dijangka akan meningkat dari 756 kepada 800 buah kesatuan sekerja pada tahun ini.
Soalan saya, apakah mekanisme pemantauan oleh kementerian dalam memantau peningkatan ini? Saya secara peribadi menyokong peningkatan kesatuan sekerja dalam sebuah organisasi kerana dapat menjamin hak pekerja. Cuma kerisauan saya tetap timbul apabila kesatuan-kesatuan ini tidak mendapat persetujuan daripada pihak majikan atau pihak majikan menetapkan syarat untuk kesatuan bergerak.
Adakah Kesatuan Sekerja pekerja ini ingin ditubuhkan memerlukan pengiktirafan majikan terlebih dahulu? Namun begitu terdapat juga kes di mana majikan enggan memberi pengiktirafan. Perkara ini akan menghalang dan membantut usaha pekerja- pekerja untuk mewujudkan persatuan mengikut keperluan mereka.
Soalan saya, adakah wujud syarat dan pengawalan ketat oleh kementerian bagi meluluskan pendaftaran kesatuan pekerja yang baharu bagi memastikan mereka yang ingin menerajui kesatuan sekerja ini betul-betul mewakili sesuatu golongan pekerja. Juga, saya ingin tahu sejauh manakah kesatuan-kesatuan ini dilindungi di bawah RUU ini?
Walaupun majikan tetap mempunyai hak dalam sesebuah organisasi atau syarikat, tetapi adakah terdapat batas sempadan yang dibenarkan di dalam RUU ini?
Selain daripada itu, adakah kementerian mengambil maklum kemungkinan berlakunya penyalahgunaan kuasa yang berunsurkan memihak kepentingan pihak tertentu ataupun dalam kata lain amalan kolonialisme? Dalam Kolonialisme yang mungkin wujud dalam kesatuan sekerja ini, mungkin akan merencatkan perkembangan industri dan lantas merugikan negara.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya juga mengenai Fasal 2 takrif “Kesatuan Sekerja” itu sendiri. Adakah takrifan ini meliputi mereka yang terlibat dalam gig economy..? Ini kerana dengan kepesatan ekonomi dan pengalaman ketika kita semua di bawah Perintah Kawalan Pergerakan, ramai beralih kepada gig economy. Bagaimanakah RUU ini dapat membantu mereka dalam bidang ini?
Selain daripada itu, walaupun kesatuan sekerja telah memperkenalkan Akta Skim Keselamatan Sosial, Pekerja Sendiri 2017 [Akta 789] untuk memberi perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri. Skim ini juga mula diwajibkan kepada sektor pengangkutan penumpang iaitu pemandu teksi, e-hailing dan pemandu bas yang berkuat kuasa mulai 1 Jun 2017, tetapi mulai 1 Januari 2020, perlindungan Skim Keselamatan Sosial Pekerja Sendiri telah diperluaskan kepada 19 sektor pekerjaan sendiri yang lain seperti penghantar barangan atau makanan, pertanian, penjaja dan lain-lain.
Soalan saya, apakah inisiatif kerajaan untuk menggalakkan pekerja ini mencarum dalam dana padanan caruman ekonomi yang diperkenalkan di bawah PERKESO?
Caruman ini sangat penting bagi mereka mendapat faedah perubatan, perlindungan dan tuntutan pampasan sekiranya berlaku kemalangan semasa menjalankan perniagaan.
Timbalan Yang di-Pertua
YB, panjang lagi?
Datin Hajah Ros Suryati binti Alang
Sedikit je lagi.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya kita sering mendengar berita mengenai pekerja yang sering di manipulasi oleh pihak majikan untuk mendapat keuntungan. Perkara asas seperti kemudahan beribadat, makan, tidur malah tandas sering diabaikan oleh majikan.
Antara fungsi kesatuan pekerja juga berperanan dalam memastikan kedudukan gaji dan faedah-faedah kewangan yang diperoleh pekerja-pekerja sentiasa dioptimumkan. Ini termasuk juga perkara-perkara meliputi perlindungan yang baharu saya sebut tadi.
Soalan saya, apakah mereka dilindungi dengan RUU ini dan sekiranya berlaku persefahaman dan perjanjian antara majikan dan pekerja sehingga mewujudkan perjanjian kolektif antara tempat kerja? Adakah perjanjian tersebut dilindungi oleh RUU ini?
Timbalan Yang di-Pertua
Panjang lagi itu YB.
Datin Hajah Ros Suryati binti Alang
Okey. Maka dengan ini saya menyokong RUU Kesatuan Sekerja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih YB.
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tuan Abun Sui Anyit untuk berbahas.
Tuan Abun Sui Anyit
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sekali lagi kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Akta Kesatuan Sekerja 1959 ataupun pindaan ini. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Malaysia Madani yang ada pada hari ini yang sentiasa berusaha untuk memperbaiki dan juga menambah nilai ataupun mendengar rintihan yang selalu dinyatakan oleh kesatuan-kesatuan sekerja untuk kepentingan mereka yang terutamanya pekerja-pekerja yang perlu dibela di dalam hal ehwal kehidupan mereka seharian.
Jadi, saya ingin menyentuh perkara ini sama ada- ingin bertanya kepada kerajaan sama ada satu usaha telah dibuat dengan kerajaan negeri kerana di peringkat kerajaan negeri terdapat Labour Ordinance 1958 iaitu chapter 76 dengan izin. Jadi, adakah kesatuan sekerja ini merangkumi Labour Ordinance ini terutamanya pekerja-pekerja di Sarawak kerana Labour Ordinance ini hanya dilaksanakan di Sarawak. Jadi, saya berharap supaya apabila kesatuan sekerja ini lebih baik undang-undangnya, maka itu perlulah dilaksanakan di Sarawak.
Apabila Labour Ordinance kemungkinan lebih baik daripada kesatuan sekerja ini apa salahnya kalau Kerajaan Persekutuan ini adopt ataupun mengambil nilai-nilai yang baik daripada Labour Ordinance. Saya berharap supaya kerajaan mempertimbangkan, melakukan perbandingan antara dua undang-undang ini yang baik kerana yang baik ini adalah suatu yang sangat ditunggu-tunggu oleh pekerja.
Tuan Abun Sui Anyit
Saya berharap juga kesatuan sekerja ini nanti apabila dilaksanakan, tidak lagi ada pihak yang masih merungut kerana hak-hak mereka masih dinafikan, hak-hak mereka masih tidak didengar oleh majikan-majikan contohnya. Saya ingin menyampaikan kepada Dewan yang mulia ini di mana di peringkat negeri Sarawak, apabila seorang pekerja itu diberhentikan, maka mereka hanya di- undang-undang yang ada hanya diberi notis ataupun ganti notis- contohnya sebulan ataupun dua bulan bergantung juga kepada kontrak mereka.
Jadi, berbanding dengan apa yang berlaku di Semenanjung ini, hak-hak pekerja itu nampaknya lebih terjamin. Jadi, justeru itu saya berharap supaya perkara ini dilihat, supaya kesatuan sekerja ini akan lebih diberi hak yang baik supaya ahli-ahli mereka atau pekerja-pekerja tidak dinafikan hak ataupun dengan sewenang-wenangnya dibuang daripada pekerjaan kerana pekerjaan ini merupakan sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan untuk menampung keluarga menghadapi hari-hari mereka setiap hari.
Jadi justeru itu, saya berharap supaya kesatuan sekerja ini apabila ia dilaksanakan akan menjamin hak mereka yang- pekerja-pekerja ini menjadi lebih baik.
Jadi, justeru itu saya ingin juga nyatakan contohnya di dalam Labour Ordinance ini seksyen 10C di mana pekerja-pekerja di bawah Labour Ordinance juga mereka bergantung sangat kepada Kesatuan Sekerja ini. Jadi, dengan adanya pembaikan yang ada dibuat di dalam pindaan Kesatuan Sekerja ini maka pekerja-pekerja di Sarawak akan juga dijamin hak mereka.
Jadi dengan itu saya mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih YB.
Sekarang saya jemput YB Senator Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan untuk berbahas.
Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk berbahas Rang Undang-undang Kesatuan Sekerja
(Pindaan) 2023 di Dewan yang mulia ini.
Pihak kerajaan, majikan dan industri memang prihatin kepada peranan yang dimainkan oleh Kesatuan Sekerja dalam memelihara hak kepentingan dan kebajikan pekerja-pekerja di samping menjalin keharmonian hubungan industri. Namun begitu, sebarang pindaan kepada RUU Kesatuan Sekerja mestilah bukan sahaja bersesuaian dengan keadaan persekitaran tempat kerja, tetapi juga tidak menjejaskan kelancaran pergerakan Kesatuan Sekerja secara keseluruhannya.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin kemukakan beberapa perkara berkaitan dengan pindaan ini berdasarkan rumusan dan peranan yang dikumpulkan daripada majikan dan juga pihak profesional undang-undang. Pertamanya, ada kebimbangan di kalangan industri dan majikan bahawa pembentukan kepelbagaian kesatuan sekerja boleh menjejaskan keharmonian hubungan industri yang sedia ada. Ia mungkin membawa risiko perselisihan faham dan geseran di antara ahli-ahli dengan majikan dan jika tidak terkawal, ia akan mengakibatkan keadaan ketidakharmonian di tempat kerja.
Kedua, kemungkinan wujudnya persaingan antara satu sama lain untuk merekrut ahli-ahli baharu dan juga membela tuntutan bagi pekerja yang mereka mewakili. Ini akan menyebabkan sasaran konflik di kalangan Kesatuan Sekerja yang masing-masing membela kepentingan ahli mereka. Ini bukan sahaja melemahkan kuasa rundingan kreatif Kesatuan Sekerja, bahkan mempengaruhi keharmonian hubungan industri.
Pandangan sedemikian juga dikongsi oleh Mahkamah Persekutuan dan juga kes Kesatuan Pekerja-pekerja Bukan Eksekutif Maybank Berhad lawan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank. Perlu diambil perhatian bahawa seksyen 11, Akta Perhubungan Perusahaan Industri- Industrial Relations Act (IRA) menyatakan hanya satu Kesatuan Sekerja boleh diiktiraf oleh majikan pada satu-satu masa untuk perundingan kreatif.
Ketiga, terlalu banyak Kesatuan Sekerja di tempat kerja dan berlakunya konflik akan menjejaskan sentimen pelabur domestik dan asing. Seterusnya mempengaruhi iklim pelaburan negara kita.
Keempat, disebabkan pekerja atau majikan yang menjadi ahli Kesatuan Sekerja secara rambang dan tidak berkaitan dengan bidang kerja mereka, ada kemungkinan bahawa kesatuan omnibus dipimpin atau mempengaruhi oleh orang luar yang tidak mempunyai kaitan dengan industri. Akibatnya, unsur luaran akan menyerap masuk ke dalam Kesatuan Sekerja dan menggugat keharmonian hubungan industri.
Pada pandangan saya, landskap Kesatuan Sekerja pada masa ini adalah lebih tersusun dan bersesuaian dengan persekitaran tempat kerja. Terdapat penelitian jenis pekerja atau majikan yang akan diwakili oleh Kesatuan Sekerja.
Tuan Yang di-Pertua, saya memohon agar pihak kerajaan akan mempertimbangkan isu-isu yang dikemukakan berkenaan dengan kepelbagaian Kesatuan Sekerja dan kesatuan omnibus ini adalah untuk mencegah risiko yang mungkin timbul menjamin keharmonian hubungan industri di samping memelihara hak-hak kerja dengan lebih berkesan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri.
Sekarang ini saya jemput Yang Berhormat Senator Tuan Haji Hussin bin Ismail untuk berbahas.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, rakan-rakan Senator yang saya hormati dan saya kasihi sekalian. Terima kasih atas ruang untuk kita turut sama membahaskan satu rang undang-undang yang mempunyai kepentingan yang sangat langsung dengan sebahagian besar masyarakat Malaysia.
Saya ingin mengambil- menyebutkan daripada segi asasnya dahulu bahawa Kesatuan Sekerja adalah merupakan satu- badan yang menjadi penghubung di antara pekerja dengan majikan yang menyelesaikan isu-isu yang terkait di antara majikan, pekerja dan majikan sama ada dalam apa hal pun yang terkait dengan urusan pekerjaan mereka. Yang saya faham ada dua jenis bentuk kesatuan selalunya. Yang pertamanya ialah kesatuan yang di tubuh oleh pekerja yang khusus persatuan ini memperjuangkan hak-hak pekerja dan kepentingan-kepentingan pekerja.
Kedua ialah Kesatuan Sekerja yang ditubuhkan oleh majikan. Kebanyakan Kesatuan Sekerja yang ditubuhkan oleh majikan ini fokusnya ialah untuk lebih menjaga kepentingan majikan. Apabila banyaknya Kesatuan Sekerja yang diizinkan di tubuh dalam sesuatu organisasi seperti yang termaktub dalam pindaan ini, ertinya makin ada ruang untuk bertambah kecelaruan perjuangan di antara dua pihak. Pertindihan antara tuntutan Kesatuan Sekerja yang ditubuhkan oleh majikan atau di-initiate-kan oleh majikan yang memang memperjuangkan suara majikan dengan yang ditubuhkan oleh pekerja untuk memperjuangkan hak pekerja akan menjadi suatu yang- akan wujud satu medan di situ.
Apabila diberi ruang untuk misalnya lebih banyak lagi kesatuan-kesatuan sekerja ertinya suara pekerja akan lagi berpecah. Tuan-tuan, saya rasa ruang ini harus diberi perhatian sebab yang kita lebih beri perhatian walau memang majikan merupakan satu- organisasi yang besar dalam membangun dan mendukung ekonomi negara, tetapi hak rakyat khususnya pekerja kebanyakan golongan B40, kebanyakannya B40.
Mereka ini perlu diberi dukungan dan perhatian yang lebih. Suara mereka perlu disatukan. Kesatuan, maknanya menyatukan atau satu. Bila kita banyak dalam satu- organisasi Tuan Yang di-Pertua, makin tak satulah kita. Jadi, saya harus- saya sebutkan perkara ini untuk diambil perhatian.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Yang keduanya, dalam ruang lingkup yang ada ini, saya melihat roh itu nanti lebih pergi kepada untungnya majikan. Tak banyak untung kepada pekerja. Contoh, apabila kita bicarakan tentang hak Ketua Pengarah. Bila Ketua Pengarah- bila sesuatu isu yang dibawa oleh Ketua Pengarah. Maaf saya, kalau sekiranya saya kurang atau salah faham.
Seolah-olah Ketua Pengarah berhak untuk menerima dan menolak.
Kalau Ketua Pengarah itu sendiri yang berhak untuk menerima dan menolak dan tidak ada ruang untuk dibawa kepada posisi yang lebih tinggi, ertinya hak kuasa mutlak Pengarah ini akan boleh juga dipersoalkan dan rasa ketidakpuasan hati di kalangan kesatuan pekerja yang didukung dan dibangunkan oleh pekerja akan juga menjadi permasalahan akan datang.
Yang ketiganya, saya nak ambil highlight-kan di sini sedikit Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, mungkin tak disentuh di sini. Pekerja kita ini yang kita bincang ialah- mungkin juga saya salah faham. Dalam ruang lingkup ini, umumnya hak-hak pekerja ini ialah hak-hak pekerja tempatan, hak pekerja dalam negara.
Saya ingin mendapatkan penjelasan. Dari sudut saya melihat sedikit ulasan dalam Astro Awani, apabila dia menyebutkan dari sudut jumlah sepatutnya pekerja asing sekitar 2.4 juta, tapi sekarang sudah berlaku limpahan, melonjak hampir 2.7 juta. Jumlah 2.7 juta ini yang kita dengar di merata-rata media menyebutkan sebahagian kalangan pekerja asing dinafikan hak, berlaku ketidakadilan terhadap sebahagian pekerja asing ini.
Dinafikan bayaran, dilambatkan bayaran, banyak perkara yang mereka tidak diberikan perhatian.
Pekerja, walaupun dia pekerja asing, mahupun pekerja Malaysia, orang Malaysia yang bekerja di Malaysia, mereka merupakan penyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Ladang tanpa pekerja asing, barangkali masalah besar kita. Industri yang lain pun begitu.
Jadi tuan-tuan, di mana duduknya ruang suara pekerja asing yang sekarang menjangkau hampir 2.7 juta ini, di posisi mana? Sebab mereka tidak ada hak untuk merebut kesatuan pekerja dan mungkin boleh menyuarakan, tapi saya harap hak pekerja asing dari sudut kemanusiaan harus juga diberi perhatian oleh Akta Kesatuan Pekerja ini.
Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat.
Sekarang ini saya jemput Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai untuk berbahas.
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Terima kasih kepada Datuk Yang di-Pertua.
Saya ingin memulakan penghargaan kepada kesatuan-kesatuan sekerja yang sentiasa mewakili, memperjuangkan hak-hak pekerja, mementingkan kebajikan rakan-rakannya dan sentiasa sedia berdepan dengan gergasi pasaran kapitalis.
Memang perwakilan kesatuan sekerja amat penting dalam memastikan hak pekerja dilindungi dan dipelihara. Memang hari ini rang undang-undang, satu akta untuk meminda Akta Kesatuan Sekerja, tetapi saya mendapati keburukannya adalah lebih daripada kebaikan dan saya setujulah kepada Senator Hussin Ismail tadi menyatakan banyak ruang untuk memperbaiki.
Pindaan ini akan menjadi bukti Kerajaan Madani ini sengaja mengabaikan suara rakyat dan meneruskan dengan dasar dahsyat yang akan dilemahkan dan melucutkan hak pekerja. Highlight pindaan rang undang-undang ini merupakan peruntukan yang membenarkan kepelbagaian kesatuan sekerja dalam mana-mana penubuhan tred- pekerjaan atau industri seperti yang disenaraikan di RUU itu. Saya ada empat soalan kepada kerajaan yang buat keputusan ini.
Adakah kerajaan akan mengenakan had atau jumlah kesatuan sekerja yang boleh diwujudkan dalam satu-satu masa dan sesebuah syarikat atau industri? Ini soalan pertama.
Soalan kedua, bagaimanakah kerajaan akan memastikan skop kesatuan ini tidak bertindih jika terdapat lebih daripada satu? Soalan yang ketiga, semasa perundingan, kesatuan manakah yang akan mewakili pekerja dalam perundingan?
Soalan yang terakhir ialah adakah pindaan ini pro-pekerja? Ini kerana dasar kepelbagaian kesatuan ini akan melemahkan pengaruh kesatuan sekerja. It looks like a divide and rules favoring the capitalist, dengan izin.
Datuk Yang di-Pertua, ia juga bertentangan dengan wawasan optimistik yang menggubal dasar Kerajaan Madani. Walaupun kebebasan berpersatuan dan bergerak berkumpulan adalah termaktub dalam Perlembagaan, namun kebenaran menubuhkan lebih dari satu kesatuan sekerja dalam sesebuah maksud boleh menggalakkan agenda sabotaj, ketidakseragaman dan mencipta ruang kepada amalan permusuhan kesatuan ataupun union bursting, dengan izin.
Kepelbagaian kesatuan sekerja dalam mana-mana organisasi seumpama ‘enau sebatang, dua sigainya’. Kesatuan sekerja pendua- duplicate akan menimbul persaingan dan konflik antara kesatuan sekerja serta menafikan hak merunding tunggal yang telah lama dinikmati dan di kesatuan sekerja.
Di sini masalah akan timbul kalau ada lebih daripada satu kesatuan sekerja nak berunding dengan majikan. Kesatuan mana yang akan dapat kuasa mewakili pekerja dalam proses tersebut? Kesatuan sekerja pendua bakal mengganggu proses rundingan antara pekerja dan majikan kerana matlamat atau visinya berlainan dengan kesatuan asal.
Ya, kepelbagaian idea itu memang bagus, tetapi kementerian perlu faham akan kemungkinan penubuhan kesatuan sekerja boneka atau puppet unions oleh majikan yang berniat kurang baik.
Ya, inilah akhirnya akan mengganggu fungsi kesatuan kerana suara kesatuan yang benar-benar berjuang untuk para pekerja akan ditenggelamkan oleh yang berniat jahat. Sudahlah kesatuan tunggal yang kita katakan mengalami banyak masalah seperti kemungkinan ‘serigala berbulu domba’ yang bertindak demi kepentingan majikan di kesatuan, pengaruh yang lemah dan sikap tidak peduli daripada pekerja yang masih belum mengetahui hak mereka. Saya berpendapat, pekerja-pekerja akan menghadapi cabaran yang lebih besar dalam perjuangan hak mereka pada masa depan dengan pindaan yang dibangkitkan oleh kementerian.
Dato’ Yang di-Pertua, daripada cadangan membenarkan kesatuan sekerja lebihan, lebih baiklah kita cadangkan pendaftaran pekerja baharu kepada kesatuan sekerja ini secara automatik juga, tertakluklah dengan pengecualian mengikut pilihan pekerja. Peratus pekerja yang berdaftar dengan kesatuan sekerja ialah di bawah 10 peratus daripada ke seluruh pekerja berdaftar di Malaysia. Jumlah ini adalah sangat sedikit. Penyertaan pekerjaan dalam kesatuan sekerja perlu dilihat sebagai hak dan bukannya kehendak.
Namun, hasil daripada kaji selidik daripada akademia yang melaporkan bahawa antara sebab mengapa peratusan penyerahan ahli kesatuan sekerja yang rendah disebabkan kekurangan pendaftaran daripada golongan belia yang kurang berminat.
Dengan pendaftaran automatik ini, pekerja-pekerja, terutamanya golongan belia akan berpeluang mengendalikan dan berhubung dengan pihak kesatuan sekerja yang akan memerlukan hak mereka.
Kesatuan yang aktif akan meningkatkan...
Timbalan Yang di-Pertua
YB, YB lama lagi?...
[Ketawa]
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
...Produktiviti tempat kerja kerana hak pekerja itu dijamin akan dilindungi.
Okey dah kerana masa yang tidak diberikan. Datuk Yang di-Pertua, perlu saya menegaskan bahawa pindaan ini tidak selari dengan hak pekerja. Saya mengambil pendirian memohon kementerian untuk meneliti semula keperluan pindaan ini dengan mengutamakan hak pekerja sebagai asas kepada RUU ini. Ingat, rakyat dan generasi- generasi yang akan datang akan melabelkan kita sebagai tidak elektif, bertentangan dengan hak pekerja jika pindaan ini diluluskan tanpa keperluan yang nyata. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih, YB. Tadi saya bagi masa kecederaan, tapi kena berhenti...
[Ketawa] Bagi peluang pada orang lain. Terima kasih.
Sekarang ini saya jemput Yang Berhormat Senator Dato’ Sivaraj a/l Chandran untuk berbahas.
Dato’ Sivaraj a/l Chandran
Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani.
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas mengenai pemindaan Akta Kesatuan Sekerja 1959 di Dewan yang mulia ini.
Datuk Yang di-Pertua, saya mengucapkan tahniah kepada Kementerian Sumber Manusia atas tekad usaha kementerian untuk meminda akta ini yang sememangnya sudah hampir 16 tahun tidak dipinda.
Maka, daripada RUU yang dibentangkan oleh kementerian, kita dapati bahawa ada beberapa perkara telah ditambah baik atau dipinda bagi membolehkan kesatuan sekerja ditubuhkan dan berfungsi secara efisien dan menyumbang kepada peningkatan produktiviti negara.
Datuk, objektif utama pemindaan akta ini adalah untuk memberi kebebasan kepada pekerja dan juga majikan untuk menubuhkan, dan menyertai mana-mana kesatuan sekerja mengikut kepentingan dan keperluan mereka. Rang undang-undang ini telah merealisasikan aspirasi freedom of association, dengan izin, yang telah lama diguna pakai oleh ILO iaitu di Konvensyen 87 pada tahun 1948.
Datuk Yang di-Pertua, sudah 75 tahun ILO dan kebanyakan negara telah mengguna pakai kebebasan penubuhan kesatuan sekerja. Kini, kita berpeluang untuk meminda dan membenarkan kebebasan untuk menubuhkan kesatuan sekerja tanpa batasan industri, pekerjaan atau perniagaan. Ia suatu yang harus diberi kredit dan disokong oleh semua kita di Dewan ini.
Datuk Yang di-Pertua, perubahan sosioekonomi, persekitaran serta pembangunan teknologi yang berubah secara drastik serta pewujudan industri-industri baharu pada era tahun 2020-an memberi kesan kepada masa depan kesatuan sekerja serta keperluan untuk kesatuan sekerja berfungsi secara dinamik dan sanggup menerima perubahan atau change, dengan izin, mengikut kehendak perubahan global dan teknologi.
Keadaan pasca COVID-19 telah meninggalkan kesan yang amat buruk kepada pekerja-pekerja, bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh negara. Maka, peranan serta penglibatan pekerja di dalam kesatuan sekerja amatlah penting bagi menjaga kebajikan mereka serta sebagai protective mechanism, dengan izin, untuk pekerja-pekerja terhadap penindasan serta manipulasi majikan-majikan untuk kepentingan agenda mereka.
Datuk Yang di-Pertua, data yang dikeluarkan oleh Kesatuan Sekerja Malaysia
(KSM) bahawa hanya 954,992, tidak sampai sejuta pekerja yang hanya menyertai kesatuan sekerja daripada 16.7 juta pekerja atau tenaga buruh tempatan negara.
Maka, saya berharap melalui pemindaan akta ini dan kebebasan untuk menubuhkan kesatuan sekerja merentas industri dan perniagaan serta pengehadan kuasa pengarah dalam hal ehwal kesatuan sekerja di fasal 6 dan perlanjutan tempoh masa pendaftaran seperti yang termaktub dalam fasal 4 akan membolehkan keanggotaan kesatuan sekerja serta penubuhan kesatuan sekerja akan meningkat secara signifikan dalam tempoh yang tidak panjang.
Datuk Yang di-Pertua, bukan itu sahaja, malah rang undang-undang ini akan menjadi pemangkin kepada kesatuan sekerja untuk lebih dinamik, relevan, demokratik dan mewakili semua pekerja di dalam negara dan menjadi perunding utama di antara majikan dan kerajaan dalam hal ehwal kebajikan pekerja.
Namun, Datuk Yang di-Pertua, terdapat beberapa keraguan oleh kesatuan- kesatuan sekerja di luar sana yang membantah RUU ini sehabis-habisnya. Kami- semua menerima e-mel dan panggilan telefon untuk tidak bersetuju dengan RUU ini. Saya rasa ini adalah wajar untuk pihak kementerian meneliti dan menjawab keraguan mereka sebelum menguatkuasakan akta ini.
Datuk Yang di-Pertua, mereka membantah RUU atas beberapa alasan.
Antaranya, satu, ia melemahkan kesatuan sekerja yang sedia ada dan menghakis sosioekonomi dan juga hak pekerja. Alasan kedua, ia menghancurkan keharmonian di antara majikan dan pekerja.
Ketiganya, menghakis solidariti di kalangan pekerja dan wujudkan persaingan antara kesatuan.
Keempat, memberi kesan negatif terhadap produktiviti dan pertumbuhan ekonomi negara.
Dan kelima, rang undang-undang ini juga telah dikatakan mengetepikan keputusan Mahkamah Persekutuan 2017 yang mengatakan kepelbagaian kesatuan sekerja berkenaan pekerjaan sama bukanlah suatu yang baik untuk keharmonian industri.
Inilah alasan-alasan yang mengakibatkan kesatuan-kesatuan sekerja di luar itu membantah pemindaan RUU ini.
Maka, saya berharap Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat memberi pencerahan sedikit tentang alasan-alasan yang digunakan oleh kesatuan sekerja untuk membantah pemindaan Akta Kesatuan Sekerja 1959 ini. Secara umumnya, saya percaya rang undang-undang ini akan membawa kesan yang positif kepada sosioekonomi dan produktiviti pekerja serta pertumbuhan ekonomi negara.
Maka, saya dengan ini menyokong Rang Undang-undang Kesatuan Sekerja
(Pindaan) 2023 ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih, YB.
Sekarang saya jemput YB Senator Dato’ Juhanis binti Abd Aziz untuk berbahas.
Dato’ Juhanis binti Abd Aziz
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Sekali lagi saya pohon duduk untuk membahaskan Usul ini. Rang Undang-undang Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2023.
Tuan Yang di-Pertua, di Malaysia, hak untuk menubuhkan kesatuan sekerja turut dijelaskan dalam undang-undang utama negara iaitu Perlembagaan Persekutuan menerusi Perkara 10(1)(c) berkaitan menjamin hak warganegara untuk menubuhkan persatuan. Persatuan yang dimaksudkan dalam Perkara 10 ini turut merangkumi kesatuan sekerja pekerja dan majikan. Perlembagaan memberikan kebebasan kepada setiap rakyat di negara ini untuk menubuhkan persatuan mengikut prosedur-prosedur undang-undang yang ditetapkan.
Justeru itu, saya memahami bahawa pindaan ini dibuat bagi mewujudkan ekosistem yang dinamik dan aspek kesatuan yang sekerja dan seterusnya menghalang monopoli sesuatu kesatuan dalam pekerjaan.
Pindaan yang terlibat dalam isu RUU Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2023.
Tuan Yang di-Pertua, berhubung seksyen 12(a) dan 12(b) yang memperuntukkan hak perunding tunggal- sole bargaining right bagi memastikan hanya satu kesatuan sahaja yang mempunyai kuasa berunding dengan majikan bagi perjanjian bersama.
Pada hemat saya, seksyen ini mengehadkan akses kepada kesatuan-kesatuan sekerja yang lain yang tidak dipilih untuk menyertai rundingan terbabit untuk berbincang mengenai hak dan kepentingan mereka secara adil. Hal ini kerana berkemungkinan setiap kesatuan sekerja ini mempunyai agenda dan permasalahan yang berbeza untuk dirundingkan.
Sekiranya ini berlaku, sudah pasti akan timbul ketidakharmonian di dalam kesatuan-kesatuan sekerja yang terlibat dan, justerunya, akan memberi impak kepada produktiviti kerja sehingga menjejaskan output kerja mereka dalam sesuatu pekerjaan.
Malahan, ia juga akan menimbulkan persepsi negatif, curiga dan prejudis di antara satu sama lain dalam kalangan kesatuan-kesatuan sekerja yang terlibat dan mewujudkan sikap dominan di kalangan kesatuan sekerja serta melahirkan sikap assabiyah atau kekitaan yang kuat di antara pekerja yang berbeza kesatuan itu.
Sudah pasti konflik berterusan akan wujud disebabkan oleh salah faham dan keselisihan pendapat berpunca daripada halangan hak untuk berunding oleh setiap kesatuan sekerja dan majikan.
Justeru itu, pada hemat saya, ada lebih baik sekiranya pihak kementerian dapat membuat sedikit pindaan dengan menambahkan klausa melibatkan semua wakil dalam kesatuan sekerja untuk berunding di dalam pindaan ini agar ia nya lebih bersifat harmoni.
Rundingan meja bulat dan kesatuan sekerja yang menentang pindaan.
Tuan Yang di-Pertua, dalam masa yang sama, saya juga memohon agar pihak kementerian mengadakan rundingan meja bulat dengan kesatuan-kesatuan sekerja yang menentang pindaan ini bagi mendapatkan pandangan mereka berhubung dengan kegusaran mereka, di samping pihak kementerian menjelaskan kepada mereka mengenai kepentingan pindaan ini perlu dibuat.
Dato’ Juhanis binti Abd Aziz
Memandangkan pada ketika ini saya difahamkan terdapat lebih daripada 40 buah kesatuan individu dan majlis rangkaian kesatuan sekerja antara bangsa Malaysia iaitu UNI-MLC yang dianggotai lebih 100- kesatuan yang dipimpin oleh Gabungan Membantah Kepelbagaian Kesatuan Sekerja (CAMU) iaitu CAMU telah membuat pendirian sebulat suara untuk membantah RUU Kesatuan Sekerja. Pada hemat mereka pindaan ini akan memberi impak negatif iaitu:
(i) kewujudan pelbagai kesatuan sekerja akan mencetuskan ketidakstabilan, ketidakharmonian dan perpecahan di tempat kerja; dan
(ii) pindaan ini bertujuan untuk menghakis sosioekonomi dan hak sekerja serta melemahkan kesatuan sekerja dalam memperjuangkan hak mereka dan akan memberikan keuntungan kepada majikan.
Saya percaya pihak kementerian akan bertindak secara berhemah dan bijaksana dalam menangani permasalahan ini agar ia nya tidak menimbulkan konflik yang berpanjangan pada masa hadapan.
Iktiraf pekerja gig economy menerusi pindaan Akta Kerja 1955, bagi membolehkan kesatuan sekerja gig economy diwujudkan.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga memohon agar pihak kementerian membuat pindaan Akta Kerja 1955 dengan memasukkan pekerja gig economy seperti Grab dan Foodpanda di dalam Akta ini bagi membolehkan mereka membentuk Akta Kesatuan Sekerja. Memandangkan pada ketika ini tiada istilah majikan dan pekerja dalam konteks gig economy ini kerana penyediaan perkhidmatan gig economy hanya mengiktiraf mereka sebagai kontraktor servis sahaja dan bukan pekerja sah.
Timbalan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat panjang lagi?
Dato’ Juhanis binti Abd Aziz
Sedikit lagi, last, last. Sedangkan Rang Undang- undang Kesatuan Sekerja ini menuntut pengiktirafan daripada majikan bagi membolehkan sesuatu kesatuan sekerja dibentuk. Dengan ini Tuan Yang di-Pertua saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Sekarang ini saya menjemput Yang Berhormat Senator Datuk Seri Hajah Zurainah binti Musa.
Datuk Seri Hajah Zurainah binti Musa
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, lama kita tidak berjumpa Datuk, rindu rasanya.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih, terima kasih.
Datuk Seri Hajah Zurainah binti Musa
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya menyertai perbahasan Rang Undang-undang Kesatuan Sekerja
(Pindaan) 2023.
Saya menyambut baik usaha kerajaan untuk menambah baik akta ini dengan RUU pindaan yang dibentangkan pada hari ini. Saya melihat usaha untuk memodenkan akta ini dan menyelaraskan perlindungan pada kesatuan sekerja, dengan izin trade union, merupakan perkara yang sangat diperlukan memandangkan perjuangan untuk kebajikan, pekerja di Malaysia masih berat sebelah yakni, pada pihak majikan.
Saya dan pasukan saya telah meneliti sejarah Akta Kesatuan Sekerja yang merupakan Akta Ibu kepada pindaan ini. Jikalau kita melihat niat penubuhan kesatuan sekerja ini ia adalah untuk memperjuangkan kebajikan para pekerja untuk mendapatkan gaji, memanfaatkan pekerjaan dan syarat-syarat pekerjaan yang selamat. Di Malaysia ia memang sudah jelas bahawa gaji para rakyat terutama di pekerjaan yang berpendapatan rendah terutamanya tidak meningkat selaras dengan keuntungan syarikat, berbanding dengan peningkatan kos sara hidup.
Dengan adanya peningkatan ahli dan kesatuan pekerja di seluruh Malaysia, kita boleh memastikan terdapat push factor dengan izin, daripada pihak pekerja untuk memastikan kebajikan mereka terjaga. Saya juga ingin mengambil kesempatan sekali lagi mengingatkan kementerian untuk juga melihat keadaan terhadap pull factor kepada para syarikat dan majikan, termasuklah antara cadangan yang pernah saya sebutkan di Dewan yang mulia ini semasa perbahasan pada RMKe-12 pada bulan September lalu.
Satu pengenalan mekanisme pendedahan nisbah gaji Ketua Pegawai Eksekutif
(CEO) pay ratio disclosure berbanding gaji median pekerja mereka dalam laporan tahunan bagi syarikat tersenarai awam oleh pihak Bursa.
Yang kedua, pengenalan undang-undang transparency, salary transparency law di Malaysia. Beralih kepada RUU kita pada hari ini saya ada dua perkara yang saya ingin bangkitkan.
Yang pertama, saya ingin memohon sedikit perincian bagaimana pihak kementerian dan agensi akan membuat sesi libat urus secara langsung dengan pihak pekerja untuk menggalakkan penubuhan kesatuan kerja di syarikat-syarikat sektor kritikal.
Perkara ini penting kerana kita perlu memastikan bahawa impak pindaan ini membuahkan hasil kepada niat asal iaitu peningkatan kesatuan sekerja dan keahlian yang secara langsung dan tidak langsung akan memperjuangkan kebajikan pekerja.
Perkara ini patut dipertimbangkan untuk dilaksanakan di peringkat syarikat pelaburan asing pada mulanya untuk memastikan rakyat kita meraih manfaat daripada pelaburan asing. Pada masa yang sama, kita tidak boleh juga melupakan syarikat tempatan di sektor kritikal seperti sektor semi konduktor, pelancongan, perladangan, perkilangan. Kenaikan manfaat dan gaji di syarikat tempatan ini penting demi memastikan pengurangan brain drain untuk menjayakan matlamat Malaysia untuk menjanakan lebih banyak teknologi dan R&D tempatan yang berjaya seperti mana yang ditetapkan di bawah Dasar 4IR Negara dan Malaysian Startup Ecosystem Roadmap 2021 hingga 2023.
Tidak guna ada inisiatif seperti Dasar Gaji Progresif jikalau kita tidak mengaktifkan semula dan semua inisiatif yang menjayakan pendapatan rakyat secara menyeluruh termasuk peningkatan kesatuan pekerja ini.
Kedua, saya ingin membangkitkan skop liputan jenis kerja yang dilindungi oleh kesatuan sekerja. Saya mengikuti perkembangan jawapan dalam respons Yang Berhormat Menteri berkaitan bahawa akta ini tidak membolehkan para pekerja sektor e- hailing untuk menubuhkan kesatuan sekerja kerana mereka merupakan pekerja, dengan izin, Contract of Servies. Saya mengambil maklum perkara ini, tetapi saya ingin memohon penjelasan daripada pihak kementerian berkaitan trend gig economy dan peningkatan pekerja kontrak for servis secara menyeluruh di peringkat global seperti sahabat saya Yang Berhormat Juhanis mengatakan tadi.
Adakah trend tersebut juga sedang berlaku di Malaysia? Apakah kajian yang telah dilakukan oleh pihak kementerian untuk melihat perkara ini?Jika ia sedang berlaku, saya berharap pihak kementerian akan mempertimbangkan dengan serius perluasan skop akta kepada golongan pekerja ini. Last para Datuk Yang di Pertua, boleh?
Timbalan Yang di-Pertua
Tidak apa, saya rasa kita pun nak sampai pukul 1 sudah.
Datuk Seri Hajah Zurainah binti Musa
Alhamdulillah.
Timbalan Yang di-Pertua
Jadi Yang Berhormat boleh habiskanlah untuk kita tangguh.
Datuk Seri Hajah Zurainah binti Musa
Alhamdulillah, terima kasih Datuk Yang di Pertua. Datuk Yang di Pertua, setakat ini sahajalah perbahasan saya.
Beberapa Ahli
[Ketawa]
Datuk Seri Hajah Zurainah binti Musa
Sudah nak akhir pun Datuk, tetapi...
Timbalan Yang di-Pertua
Habis sudah? [Ketawa]
Datuk Seri Hajah Zurainah binti Musa
...Saya slow and steady Datuk ya. Saya berharap, berharap sungguhlah Datuk Yang di Pertua, semua usaha kerajaan bagi memperjuangkan pendapatan rakyat berjaya dan kita memastikan kesemua kementerian berganding bahu dan merealisasikan perkara ini, bak kata pepatah, “berat sama dipikul ringan sama dijinjing.” Sudah terlalu lama kemakmuran ekonomi negara ini tidak dikongsi bersama semua lapisan masyarakat dan saya juga memuji usaha kerajaan untuk memperbetulkan perkara ini sekarang. It’s better late than never dengan izin, Datuk. Sekian, saya mohon menyokong pindaan akta ini. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Hatta, saya nak jemput Yang Berhormat Hatta, tapi sudah pukul 1. Yang Berhormat nak mula sekarang lepas itu sambung kemudian ker atau pun nak tunggu?
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Petang la, petang.
Timbalan Yang di-Pertua
Petang ya?
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Bagi Tuan Yang di-Pertua makan dahulu lah...
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua
[Ketawa] Bukan saya seorang sahaja Ahli-ahli lain pun nak pergi makan juga.
Jadi dengan itu, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya menangguhkan persidangan untuk waktu sekarang dan akan bersambung semula jam 2.30 petang nanti. Terima kasih.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.32 petang]
Timbalan Yang di-Pertua
[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Timbalan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, merujuk kepada peruntukan Peraturan Mesyuarat 11(5), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara, saya hendak menetapkan bahawa Majlis Dewan Negara pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai diputuskan dan diluluskan Undang-undang DR 7/2023, Rang Undang-undang Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Pindaan) 2023 seperti yang tertera di Nombor 2, dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini dan selepas itu mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu 29 November 2023.
Sekarang ini kita akan sambung perbahasan untuk RUU Kesatuan Sekerja
(Pindaan) 2023.
Saya jemput Yang Berhormat Senator Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli untuk berbahas.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Terima kasih untuk Tuan Yang di- Pertua. Saya bersyukur untuk dapat sama-sama dengan Majlis menimbang tentang rang undang-undang yang ada di hadapan kita mengenai kesatuan sekerja ini. Asasnya penubuhan mana-mana kesatuan sekerja di tempat-tempat kerja masing-masing adalah untuk menyusun gerak kerja pekerja dalam kumpulan-kumpulan yang teratur bagi membuat perhubungan dengan majikan dan juga dengan pihak-pihak yang berkaitan.
Ertinya, kalau pekerja-pekerja ini boleh disusun di dalam satu kesatuan, maka peranan mereka dalam tempat kerja dan juga untuk memakmurkan tempat kerja mereka akan bertambah baik.
Jadi, dalam hal ini kita ingin mendengar penjelasan yang lebih detil ya. Apabila di satu-satu tempat kerja itu kita benarkan penubuhan kesatuan-kesatuan sekerja yang banyak dengan memberikan kelonggaran ataupun kemudahan penubuhannya apabila beberapa kuasa Ketua Pengarah itu dikurangkan supaya tidak menyusahkan untuk penubuhan kesatuan sekerja.
Bagi pejuang-pejuang pekerja, kebebasan menubuhkan kesatuan kerja ini memanglah dialu-alukan. Cuma bila kita kurang pasti ya, apa kesan sebenarnya terhadap mana-mana kesatuan sekerja apabila banyak kesatuan sekerja ditubuhkan di satu-satu tempat kerja. Telah dibangkitkan oleh rakan-rakan tadi kekhuatiran bahawa ada di antara kesatuan sekerja ini boleh digunakan untuk menjadi jurubicara, untuk menjadi penggerak kepada kepentingan majikan.
Jadi, saya ingin kepastian daripada kementerian, apakah dalam proses merangka pindaan kepada akta ini telah dirujuk kepada semua kesatuan sekerja yang sedia ada untuk mendapatkan feedback? Supaya hanya yang positif sahaja yang kita dapat jadikan asas kepada pindaan ini. Supaya produktiviti akan bertambah, keamanan dan keselesaan di tempat kerja akan meningkat dan ini akan memberikan kebaikan kepada pekerja dan juga kepada syarikat. Dalam berhadapan untuk mendapatkan collective agreement misalnya, sudah pasti perbincangan satu dengan satu adalah lebih baik daripada multi- cornered yang akan menimbulkan berbagai-bagai pandangan berbeza-beza, yang menyusahkan pembuatan keputusan.
Jadi, ini antara perkara yang kesatuan sekerja sedia ada bangkitkan dalam mereka membantah ataupun menolak rang undang-undang ini. Jadi, kita hendak dengarkan secara lebih tuntas, rasionalnya.
Walaupun saya berpandangan di dalam satu- tempat kerja yang besar, berbagai- berbagai seksyen, berbagai-bagai department dalam tempat kerja itu mungkin mempunyai hal-hal yang berbeza dengan tempat kerja yang di sebelahnya atau lain-lain peringkat, pentadbiran, pengeluaran misalnya, penguatkuasaan. Mestilah berbeza, tetapi adakah cara penyelarasannya iaitu melalui penubuhan kesatuan sekerja di masing- masing bahagian ataupun diadakan engagement yang lebih rapat antara majikan dengan kesatuan sekerja sedia ada yang boleh juga menyelesaikan masalah-masalah tersebut?
Jadi, ini perlu dilihat secara mendalam dan saya berkeyakinan kerajaan mempunyai hujah yang besar dan yang tepat dan ia nya kita ingin dengar dalam penggulungannya nanti. Kita lihat memang diberikan kemudahan untuk menubuhkan kesatuan sekerja, tetapi dalam masa yang sama, kalau kita melihat dalam rang undang- undang ini kuasa yang diberikan kepada Ketua Pengarah semakin bertambah. Kalau ikutkan huraian yang ada ini, inilah huraian yang paling panjang dalam rang undang- undang ini, sampai sejengkal panjangnya.
Ertinya, kuasa-kuasa yang baharu untuk penguatkuasaan dan sebagainya.
Adakah ini memberikan satu gambaran bahawa di sana ada tolak ansurnya? Di sini ditarik balik tolak ansur tersebut sehingga menimbulkan kekhuatiran di kalangan para pekerja.
Saya rasa ini satu pandangan yang valid di kalangan kesatuan-kesatuan yang sedia ada dan kekhuatiran ini mungkin akan menjejaskan keharmonian. Ertinya, di sebalik apa yang kita hendak meningkatkan keharmonian di tempat kerja, kesan yang berlawanan yang akan timbul.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya mohon penjelasan dan juga menyokong sementara itu. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih YB.
Sekarang saya jemput YB Senator Tuan Seruandi bin Saad untuk berbahas.
Tuan Seruandi bin Saad
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk bersama-sama berbahas pada hari ini. Seperti yang kita sedia maklum, kesatuan sekerja berperanan untuk terus memperjuangkan hak dan terutamanya untuk kepentingan pekerja. Agar golongan ini akan terus mendapat keadilan dan seiring dengan keadaan ekonomi semasa negara.
Peranan yang dimainkan oleh kesatuan ini perlu diambil serius dan setiap pekerja perlu mengetahui hak mereka untuk mendapatkan pembelaan dan keadilan dalam masa yang sama. Majikan perlu berlapang dada menerima teguran dan maklum balas tidak kira negatif mahupun positif demi kesejahteraan kedua-dua pihak.
Tuan Seruandi bin Saad
Saya mengamati pindaan yang dibawa oleh YB Menteri sebentar tadi dan saya amat bersetuju setelah lebih 10 tahun akta ini tidak dipinda. Sekarang merupakan masa yang tepat untuk kementerian meneliti keperluan menambah baik akta ini. Walaupun kita telah mendengar hujahan-hujahan daripada kawan-kawan tadi dan mereka masih lagi mempunyai kesangsian, tetapi insya-Allah seperti mana yang dimaklumkan oleh YB Hatta tadi, sebentar tadi dalam penggulungan Menteri akan menjawab dan kita berharap kesangsian ini akan melapangkan dada kita semua.
Tahniah saya ucapkan kerana sentiasa mendahului kebajikan dan kesejahteraan pekerja di negara ini. Dalam kita menuju negara maju, apa yang menjadi satu kesukaran adalah bagaimana kita memastikan setiap kejayaan yang kita nikmati itu dapat dinikmati bersama antara majikan dan pekerja. Saya turut mengambil kesempatan ini untuk meneliti pindaan yang dicadangkan antaranya berkaitan dengan takrif Kesatuan Sekerja atau kesatuan itu sendiri untuk membenarkan Kesatuan Sekerja ditubuhkan tanpa sekatan mengikut trend, pekerjaan atau industri.
Saya ingin mendapatkan penjelasan dalam usaha menarik minat pekerja untuk melibatkan diri secara aktif dalam kesatuan ini, apa langkah-langkah yang telah diambil bagi menarik minat pekerja dan apakah bentuk pendedahan yang diberikan bagi memberi kesedaran dan kepentingan untuk semua lapisan pekerja untuk aktif dalam kesatuan demi membela keselesaan mereka. Mohon penjelasan YB Menteri.
Malahan, adakah kerajaan dan agensi terlibat aktif turun padang atau memberi maklumat dan berkongsi kepentingan, adakah Kesatuan Sekerja di setiap sektor pekerjaan di negara ini seperti mana yang dibangkitkan oleh YB Zurainah tadi, industri gig mereka mungkin hanya bekerja sekejap sahaja. Kadang-kadang pekerjaan mereka pun kita tidak tahu bagaimana mereka adakah kesatuan dan sebagainya.
Saya juga ingin mencadangkan agar setiap Bahagian Sumber Manusia di syarikat-syarikat diberikan kursus dan taklimat secara berkala. Diberi garis panduan yang berpadanan bagi memastikan aktiviti kesatuan dapat dilakukan secara sihat dan turut melibatkan pekerjaan peringkat bawahan.
Malahan, audit secara berkala berkaitan aktiviti atau khidmat bimbingan boleh dilakukan dan intensif percukaian boleh diberikan kepada syarikat yang aktif membela dan memperjuangkan aktiviti kesatuan. Mohon pertimbangan YB Menteri.
Saya berharap dengan adanya pindaan-pindaan yang mendukung hak dan kesejahteraan pekerja, ini akan meliputi segenap usia dan pangkat pekerja. Semoga produktiviti dan kesejahteraan pekerja akan bergerak seiringan. Sekian, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih YB.
Sekarang ini saya menjemput YB Senator Tuan Manolan bin Mohamad.
Tuan Manolan bin Mohamad
Terima kasih Datuk Seri Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya berbahas dalam Rang Undang-undang Akta Kesatuan Sekerja 1959 (Pindaan) 2023.
Datuk Seri Yang di-Pertua, saya sebelum itu mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan kerana telah membuat pindaan di dalam Akta Kesatuan Sekerja ini di mana kalau kita tengok daripada pembentangan Timbalan Menteri tadi, banyak perkara yang memberi kebaikan kepada golongan pekerja khususnya. Di mana kalau sebelum ini, kita melihat dalam sesuatu syarikat ataupun di dalam satu- industri tersebut hanya dibenarkan satu sahaja Kesatuan Sekerja, tetapi sekarang ini apabila pindaan ini berlaku boleh dibenarkan lebih daripada satu Kesatuan Sekerja, tetapi persoalan di sini, adakah di dalam satu- syarikat tersebut apabila dibenarkan lebih daripada satu dan adakah limit diberikan atau had Kesatuan Sekerja tersebut.
Sebab apa kita bimbang, nanti apabila terlampau banyak dan akhirnya produktiviti akan menurun dan matlamat kerajaan untuk meningkatkan kadar pelaburan khususnya dari luar kerana kita seperti yang kita sedia maklum pindaan ini adalah menurut yang prinsip ILO antarabangsa. Di mana kita sudah lambat daripada segi pindaan akta ini.
Seterusnya, berkenaan dengan pampasan juga. Apabila akta ini dipinda dan Kesatuan Sekerja ini banyak ditubuhkan maka saya juga yakin bahawa kesatuan- kesatuan yang akan ditubuhkan ini dia lebih memberi manfaat dan juga lebih memberi kebaikan kepada pekerja-pekerja tersebut. Sebab, kalau kita tengok Datuk Yang di-Pertua kalau hanya bergantung kepada satu sahaja Kesatuan Sekerja, saya bimbang juga kadang-kadang Kesatuan Sekerja ini mereka sewenang-wenangnya mengutip yuran atau levi kepada ahli-ahli mereka, tetapi mereka tidak fight, dengan izin, benefit.
Contoh seperti pampasan ataupun cuti ataupun apa-apa imbuhan lain yang sepatutnya boleh diberikan oleh syarikat tersebut, tetapi apabila pindaan ini saya yakin kesatuan yang baharu ini ataupun yang lebih ramai ini, banyak ini mungkin benefit itu akan lebih.
Keduanya adalah berkenaan dengan kuasa Ketua Pengarah tersebut. Di mana Ketua Pengarah diberikan kuasa untuk menolak ataupun meluluskan kesatuan tersebut dan apakah kriteria dia sekiranya dia nak tolak dan apakah boleh ditolak dan itu kita nak penjelasan daripada Timbalan Menteri. Sebab, kita tak mahu nanti kadang-kadang kesatuan yang akan ditubuhkan itu lebih baik daripada yang lama, tetapi ditolak oleh Ketua Pengarah.
Seterusnya adalah berkenaan dengan ahli. Ahli-ahli yang telah dipecat ataupun digugurkan dalam kesatuan tersebut, tetapi bukan dipecat maksud dibuang kerja. Maksud saya dibuang kerja daripada syarikat tersebut, tetapi mereka boleh juga menjadi ahli kesatuan tersebut dan apakah rasionalnya?
Ini yang saya nak tahu sedangkan mereka telah dipecat atau dibuang dengan mungkin ada beberapa kesalahan yang lain dan apakah rasionalnya dia boleh berada dalam kesatuan tersebut dan adakah dia boleh menjadi ahli biasa ataupun mereka ini boleh memegang apa-apa jawatan di dalam kesatuan tersebut.
Kita bimbang mungkin mereka bermasalah, tetapi kekal di dalam kesatuan ini akan memberi masalah yang lebih besar lagi dalam kesatuan tersebut dan juga di dalam syarikat yang dianggotai itu.
Jadi, itu lah serba sedikit soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, dalam apa jua sekalipun saya menyokong Rang Undang-undang Akta Kesatuan Sekerja 1959 (Pindaan) 2023. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih YB.
Sekarang saya jemput YB Senator Datuk Haji Aziz bin Ariffin.
Datuk Haji Aziz bin Ariffin
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Rang Undang-undang Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2023 pada hari ini. Saya mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan yang telah berjaya membawa pindaan ini ke dalam Dewan yang mulia ini. Ini membuktikan bahawa kerajaan benar-benar serius dalam memastikan kebebasan bersuara dan keadilan kepada pekerja.
Umum mengetahui bahawa pindaan ini bertujuan untuk menarik lebih ramai pekerja dalam pelbagai sektor untuk menyertai apa-apa pertubuhan atau gabungan- gabungan pekerja. Pergerakan kesatuan pekerja merupakan satu elemen penting dalam memastikan penglibatan pekerja dalam Kesatuan Sekerja yang sah. Sudah tentunya akan dilindungi undang-undang selagi mana tindakan dalam hal-hal yang dibangkitkan tidak menyalahi Akta Kesatuan Sekerja 1959.
Namun begitu, kepentingan ini masih tidak dirasai oleh masyarakat pada hari ini khususnya dalam kalangan golongan muda kini. Buktinya Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja telah memaklumkan bahawa jumlah pekerja yang mewakili Kesatuan Sekerja berdaftar di negara ini masih di tahap rendah.
Di Malaysia terdapat 767 Kesatuan Sekerja swasta dan kerajaan yang berdaftar dan hanya 960,000 orang pekerja berdaftar dengan Kesatuan Sekerja. Yakni jumlahnya mereka diwakili dalam peratus hanya 9.6 peratus daripada keseluruhan 10 juta orang pekerja yang layak di negara ini. Masih-masih rendah.
Datuk Haji Aziz bin Ariffin
Jadi, bagaimanakah kerajaan dapat memastikan dengan pindaan ini mampu menarik majoriti besar yang tidak menyertai kesatuan untuk menyertainya? Adakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan sebarang bentuk insentif kepada para pekerja yang menyertai kesatuan bagi memastikan lebih ramai menyertai kesatuan, khususnya anak-anak muda?
Datuk Yang di-Pertua, pindaan akta ini merupakan satu usaha yang baik dan selari dengan budaya antarabangsa (ILO) dan di Malaysia sudah agak ketinggalan berbanding negara lain dalam mengiktiraf perkara-perkara yang terdapat dalam pindaan akta ini. Antara aspek yang paling penting di dalam pindaan akta ini adalah dari sudut memberi kebebasan kepada pekerja untuk menubuhkan dan menganggotai kesatuan sekerja pilihan sendiri.
Saya percaya akta ini bakal menyemarakkan lagi semangat demokrasi dalam kalangan kesatuan sekerja dan bakal mewujudkan satu persaingan antara kesatuan sekerja bagi meningkatkan kualiti kesatuan sekerja. Namun, pada bulan Mac lalu, satu memorandum diserahkan oleh Gabungan Membantah Kepelbagaian Kesatuan Sekerja
(CAMU) pada Pejabat Perdana Menteri melalui setiausaha politiknya. Objektif utama penentangan mereka terhadap pindaan RUU Kesatuan Sekerja mampu mewujudkan persaingan yang tidak sihat serta mencetuskan ketidakstabilan dan ketidakharmonian di kalangan kesatuan sekerja.
Di samping itu juga, atas nama kebebasan untuk berkesatuan, maka situasi ini memberi peluang kepada mana-mana majikan yang tidak bertanggungjawab untuk membina proksi majikan melalui penubuhan kesatuan boneka yang bertujuan untuk melemahkan kesatuan yang sedia ada. Situasi ini tidak mustahil untuk berlaku, lebih-lebih lagi sekiranya terdapat majikan yang hanya memikirkan keuntungan mereka tanpa memikirkan kebajikan pekerja. Terdapat logiknya kenyataan yang dibuat oleh mereka.
Justeru, saya mohon Yang Berhormat Menteri menjelaskan, adakah dengan pindaan-pindaan yang dilakukan ini, segala dakwaan oleh pihak CAMU berkemungkinan akan berlaku? Apakah wujud syarat dan pengawasan- pengawalan ketat oleh kementerian bagi meluluskan pendaftaran kesatuan sekerja yang baharu bagi memastikan mereka yang ingin menerajui kesatuan sekerja ini betul-betul mewakili golongan pekerja?
Mereka juga mendakwa sekiranya terdapat terlalu banyak kesatuan sekerja di tempat kerja, ia nya akan mengakibatkan pelabur antarabangsa tidak lagi tertarik untuk melabur di Malaysia disebabkan oleh persekitaran yang tidak akan kondusif terhadap hubungan majikan dan kesatuan sekerja.
Saya mohon Yang Berhormat Menteri menjelaskan, sejauh manakah kebenaran dakwaan ini dan adakah terdapat negara lain yang lebih mengutamakan- menguatkuasakan pindaan yang sama dan telah mengalami penyusutan pelaburan asing? Pihak kerajaan juga boleh menjadikan negara-negara jiran kita, seperti mana yang berlaku di Thailand, Singapura dan juga di Indonesia sebagai panduan dan juga contoh bagaimana negara tersebut membantu kesatuan sekerja.
Adakah ia mewujudkan pelbagai kesatuan berteraskan kepada industri dan bukannya mewujudkan kepelbagaian kesatuan yang jelas memberi kesan negatif, yang bukan sahaja kepada para pekerja, tetapi juga boleh memberikan kesan kepada pembangunan ekonomi negara kita? Justeru itu, saya menyarankan- menyatakan sokongan penuh kepada pindaan ini dan mampu memberikan kebebasan untuk para pekerja. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat.
Sekarang ini saya jemput Yang Berhormat Senator Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh untuk berbahas.
Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Yang Berhormat Datuk Yang di-Pertua, pertama saya nak nyatakan lima minit ini cukup untuk saya, tetapi kalau tak cukup, minta ihsan*...
[Ketawa]* Datuk Yang di-Pertua, tujuan bagi penggubalan RUU ini sememangnya bertepatan dengan kehendak semasa. Ia memerlukan penambahbaikan kerana undang- undang yang sedia ada ini, ia nya tidak dipinda sejak tahun 1959 iaitu melebihi daripada 60 tahun. Namun demikian, kita dengar berbagai-bagai kritik ataupun kompelin daripada pihak CAMU dan lain-lain. Maka, sudah tentu kerajaan perlu melihat balik yang mana yang perlu di- menambahbaikkan dalam pindaan ini. Pindaan ini perlu kita sokong kerana ia nya perlu di-update atau menambahbaikkan.
Tuan-tuan dan puan-puan Ahli Yang Berhormat sekalian, kesatuan sekerja ini bertujuannya untuk menjaga kebajikan dan juga kesejahteraan pekerja itu sendiri. Namun demikian, ia nya juga penting. Apabila produktiviti naik, penjanaan ekonomi negara juga akan meningkat. Maka, satu titik equilibrium perlu kita cari melalui dua perkara ini. Ada di sesetengah syarikat yang saya tahu. Syarikat yang lama dan besar, hari ini gulung tikar kerana kesatuan pekerja mereka itu begitu kuat sekali dan menuntut berbagai-bagai perkara yang luar biasa sehingga terpaksa hari ini gulung tikar. Ini tak patut berlaku. Selalu perkara seperti ini perlu kita lihat balik melalui rang undang-undang ataupun akta yang baru kita nak pinda ini.
Jadi Yang Berhormat Datuk Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh berpaksi kepada tujuan kita untuk menjanakan ekonomi, kebajikan dan kesejahteraan negara dan rakyat. Satu aspek lagi dalam bab pekerja ini ialah pekerja warga asing, pekerja asing yang mana sangat penting bagi negara kita. Kita tahu bahawasanya kebergantungan ekonomi Malaysia banyak kepada pekerja asing sekarang ini. Contohnya, semasa COVID-19 itu hari, banyak pekerja asing tak boleh datang dan banyak- buah-buah sawit tak dapat dikutip dan ia nya menjejaskan kedudukan ekonomi kita.
Namun demikian, satu akta- satu undang-undang perlu kita ada untuk melihat perkara ini. Hari ini, saya jangka tidak kurang daripada 3 juta orang warga asing yang menjadi pekerja asing di negara kita ini. Bayangkan, ekonomi kita jikalah satu orang pekerja asing ini menghantar balik wang ke negara asal mereka. RM100 sahaja satu bulan ia nya menjadi 300 juta satu bulan aliran keluar dana daripada negara kita. Maka, sudah tentu ini sangat penting untuk kita ada satu mekanisme untuk kawal dan pantau, control and monitor daripada segi pelbagai perkara. Kedudukan warga asing, hospitalization, sakit, demam mereka juga perlu kita lihat dan juga yang lebih penting lagi, kementerian perlu merangka satu perancangan jangka masa panjang kerana kita tak boleh selama- lamanya bergantung kepada pekerja asing.
Maka, satu perancangan jangka masa panjang perlu diadakan, perlu dirangka supaya kita zerorise ataupun kita sifarkan pekerja asing di negara kita ini. Apakah perancangan kementerian ataupun kerajaan untuk mencapai sasaran ini? Adakah dalam bentuk latihan, kemahiran pekerja-pekerja kita, galakan untuk rakyat kita bekerja dalam berbagai-bagai bidang dan industri? Sudah tentu ini perlu kepada usaha dan juga kepada penelitian kerajaan itu sendiri. Kita tidak boleh selama-lamanya under siege ataupun, dengan izin, oleh pekerja asing. Hari ini, ekonomi kita diugut ataupun bergantung kepada pekerja asing. Satu perkara, satu rangka pelan yang perlu kita keluar daripada keadaan ini dalam jangka masa panjang.
Jadi Datuk Yang di-Pertua, rang undang-undang yang kita bahas ini, saya sokong, tetapi saya mohon untuk kerajaan melihat balik tentang pekerja asing ini. Terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Tak payah masa kecederaan ya...
[Ketawa] Terima kasih.
Sekarang ini saya jemput Yang Berhormat Senator Dato’ Kesavadas a/l A Achyuthan Nair untuk berbahas.
Dato’ Kesavadas a/l A Achyuthan Nair
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Sedikit sejarah tentang kewujudan pindaan ini. Ungkapan ini- jangan pernah kita remehkan kuasa dan suara pekerja. Ungkapan yang saya nukilkan itu amat sesuai untuk saya kaitkan dengan krisis sumber manusia yang telah melanda industri minyak dan gas di negara Norway pada awal Julai dahulu.
Mogok yang dianjurkan secara besar-besaran tersebut dibuat bagi menyatakan rasa tidak puas hati golongan pekerja terhadap masalah upah rentetan daripada krisis tenaga yang berlaku di Eropah. Mogok yang dianjurkan tersebut telah mengundang kenaikan mendadak harga gas asli Norway dan hal tersebut turut mengundang kesan domino kepada kemerosotan perolehan pendapatan Equinor yang merupakan syarikat minyak dan gas gergasi di Norway. Kerugian yang dialami oleh Equinor sepanjang mogok itu bersamaan dengan 89,000 tong sehari dan ia nya berisiko untuk menghentikan kira- kira 60 peratus eksport gas Norway ke Eropah.
Selepas desakan demi desakan dibuat, akhirnya Menteri Buruh Norway tampil dengan solusi bagi meredakan ketidakpuasan hati golongan pekerja. Perbincangan tersebut telah membuahkan hasil. Hasilnya, skim upah bagi golongan pekerja sektor minyak dan gas di Norway telah ditambah baik dan penyelesaian tersebut telah menamatkan mogok yang amat merugikan ekonomi negara tersebut.
Senario yang berlaku di Norway itu wajar dijadikan tauladan oleh Kementerian Sumber Manusia yang lebih bersifat peka dan proaktif dalam menyelesaikan apa jua kemelut yang disuarakan oleh mana-mana persatuan atau organisasi yang mewakili pekerja.
Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan pemerhatian serta penilaian peribadi saya, secara jujurnya saya berpendapat bahawa Kementerian Sumber Manusia hari ini kurang peka untuk mendengar, meneliti serta memperjuangkan hak-hak yang disuarakan oleh kesatuan sekerja pertubuhan mahupun organisasi yang mewakili suara pekerja tempatan.
Perkara tersebut turut dialami sendiri oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).
Awal tahun lalu, MTUC telah menyatakan pendirian serta kebimbangan mereka terhadap dasar kemasukan pekerja-pekerja asing Bangladesh secara besar-besaran ke negara ini seperti yang disuarakan oleh Setiausaha Agung MTUC, Kamarul Bahrin Mansor. Kemasukan seramai 500,000 orang pekerja asing Bangladesh adalah tidak munasabah dan boleh mendatangkan kesan buruk kepada sektor kerja di negara ini, tetapi malangnya, Kementerian Sumber Manusia seakan-akan tidak mengendahkan kebimbangan yang dizahirkan oleh MTUC yang membawa suara majoriti pekerja tempatan.
Bukan MTUC sahaja, Gabungan Menentang Kepelbagaian Kesatuan Sekerja
(CAMU) juga turut menjadi mangsa sikap endah tak endah Menteri Sumber Manusia. Jun lalu, CAMU telah menyuarakan harapan mereka agar bacaan kali kedua bagi rang undang-undang ini dicadangkan atas sebab mereka ingin berbincang dengan terperinci bersama kementerian mengenai pindaan penting yang digariskan dalam rang undang- undang ini. Saya juga difahamkan bahawa lebih 40 buah kesatuan individu serta Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) telah terdiri daripada 100 kesatuan yang menyatakan pendirian bersama bagi membantah rang undang- undang ini.
Tuan Yang di-Pertua, mengangkat suara Pengerusi CAMU, Saudara Rudy Rusly di Dewan yang mulia ini, saya ingin menyatakan kebersamaan saya dengan beliau dalam perihal pemberian kuasa dengan Ketua Pengarah dalam hal-hal yang melibatkan kesatuan sekerja. Seperti yang disuarakan menerusi ulasan yang diterbitkan oleh Malaysiakini, pemberian kuasa kepada Ketua Pengarah seperti yang disebut oleh pindaan rang undang-undang ini sewajarnya diperhalusi semula oleh pihak kementerian.
Boleh saya minta lagi dua minit?...
Timbalan Yang di-Pertua
Isu itu memang diulang tiap-tiap kali. Kuasa Ketua Pengarah itu.
Dato’ Kesavadas a/l A Achyuthan Nair
Okey, terima kasih.
Secara peribadi, saya kurang bersetuju dengan pindaan subseksyen 40(6) yang dinyatakan dalam fasal 19. Bagi pandangan saya, peruntukan ini boleh menyekat kebebasan bersuara golongan pekerja yang secara tradisinya dilakukan menerusi penganjuran mogok atau piket terhadap majikan mahupun kerajaan.
Dalam situasi ekonomi global yang semakin mencabar hari ini, sektor kerja yang melibatkan penyertaan tenaga kerja yang besar sudah pasti berhadapan dengan pelbagai isu serta permasalahan industri terutamanya yang melibatkan hak dan majikan mereka.
Daripada perspektif saya berkesan, pindaan subseksyen 40(6) jika Ketua Pengarah boleh bermandat penuh untuk mengeluarkan arahan bagi menghentikan mana-mana penganjuran mogok atas sebab berlakunya perlanggaran tersebut seksyen 40 atau seksyen 25A, maka saya khuatir golongan pekerja yang diwakili oleh kesatuan mereka tidak lagi boleh bersuara dengan bebas menerusi penganjuran mogok atau piket sebagai platform mereka.
Apakah jaminan kementerian yang kesatuan sekerja boleh diberikan kebebasan menganjurkan mogok sekiranya Ketua Pengarah mempunyai kuasa untuk menyaring atau menentukan mana satu mogok yang beretika dan mana satu mogok yang melanggar lunas perundangan?
Apa jaminan Menteri yang rang undang-undang ini, khususnya pindaan seksyen 40(6), boleh mewujudkan keadilan dan kesaksamaan kepada semua kesatuan sekerja atau persatuan yang mewakili pekerja dalam hal yang melibatkan penganjuran mogok terutamanya yang menjurus kepada hal ehwal kebajikan dan kelangsungan pekerja mereka? Mohon penjelasan terperinci daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, penyokong saya berdasarkan kepada jawapan dahulu.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih. Banyak kali saya dengar isu mengenai kuasa Ketua Pengarah ini, YB Timbalan Menteri. Jadi, saya rasa perkara itu harus diperhalusi oleh kementerian melalui peraturan-peraturan kuasa yang boleh diturunkan kepada Ketua Pengarah.
Sekarang ini saya jemput pembahas yang terakhir, YB Senator Tuan Isaiah a/l D Jacob.
Tuan Isaiah a/l D Jacob
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ucapkan terima kasih atas pemberian masa untuk saya berbahas isu RUU pekerja.
Apa yang saya ingin sampaikan tadi, saya tidak hendak ulang balik. Sahabat saya Yang Berhormat Senator Datuk Haji Aziz bin Ariffin telah sentuh apa yang sepatutnya saya hendak sentuh. So, saya tidak akan sentuh, tetapi apa yang saya risau dengan akta pindaan ini, akan berlaku perpecahan lebih dahsyat akan berlaku di kalangan pekerja- pekerja. Yang itulah yang membawa kerisauan union ataupun persatuan-persatuan yang membuat bantahan itu.
Sekarang kita ada lebih 700 union dan tidak sampai satu juta orang pekerja jadi ahli persatuan. Jikalau kita membenarkan menubuhkan lebih banyak persatuan- persatuan, ia akan membawa perpecahan antara pekerja-pekerja dan seterusnya dia akan membawa satu masalah besar kepada ahli-ahli politik di mana apabila kita membawa usul-usul ini untuk berbincang, maksudnya kita akan dengar rintihan dan masalah-masalah yang dihadapi oleh persatuan-persatuan ini.
Tuan Isaiah a/l D Jacob
Maka kita pun akan menghadapi masalah yang besar untuk membuat keputusan*.
So,* dengan ini I rasa I begitu tidak setuju dengan perkara yang kedua, membuat lebih banyak, membenarkan menubuhkan persatuan-persatuan. Bagi saya, saya cadangkan sepatutnya kementerian berbincang ataupun telah ada satu mekanisme yang bagaimana kita boleh mengatasi.
Mereka boleh buat seperti satu- payung dan kebanyakannya ada macam sektor elektronik, sektor kewangan, sektor- buatkan macam itu, satu- persatuan dan mereka di bawah itu, mereka boleh adakah sub untuk membincangkan. Maknanya, kita ada tidak banyak. Masing-masing sektor mewakili satu- persatuan untuk membawa suara dan ia akan membawa lebih banyak pembaharuan dalam usaha pekerjaan. So, itu yang nombor satu saya ingin bagi pandangan. Saya juga ingin dapatkan jawapan, apakah tindakan- tindakan yang telah diambil oleh kementerian?
Yang kedua, saya amat, bukan saya sahaja. Malah, lebih 700 ribu orang anggota golongan istimewa OKU amat kecewa dengan Kementerian Sumber Manusia. Baru-baru ini, tiga minggu yang lepas, Menteri menyatakan di dalam Parlimen, menyatakan tidak perlu adakan satu RUU ataupun undang-undang tambahan bagi golongan istimewa. Tidak perlu untuk masa ini. Ia amat menyedihkan. Ramai NGO-NGO menghantar surat kepada saya tidak kepuashatian. Kementerian, amat menyedihkan Menteri yang menyatakan dalam Dewan yang mulia itu.
Soalan saya, kalau Menteri kata kita amalkan satu peratus pekerja golongan istimewa OKU dalam sektor. Adakah dijadikan sebagai akta? Adakah kita jadikan ia sebagai akta? Kenapa kita asyik berkata polisi, polisi.
Sebab dijadikan polisi maknanya kita tidak boleh ambil tindakan terhadap majikan jikalau mereka tidak memenuhi satu peratus. Jikalau dijadikan sebagai akta, pihak tertentu boleh membawa mereka ke mahkamah. Kenapa kementerian tidak rujuk kepada NGO- NGO yang terlibat dalam membuat pelaksanaan dan kementerian membuat RUU pekerja- pekerja, tetapi kenapa tidak dimasukkan satu peratus dalam RUU tersebut?
Ini merupakan satu perkara saya amat rasa risau jikalau kita tidak masukkan.
Kalau kita asyik berkata polisi, polisi, sampai bila-bila masa pun kita tidak akan selesaikan masalah golongan istimewa OKU dalam pekerjaan di semua sektor. So, saya harap Timbalan Menteri akan jawab dan keputusan saya selepas saya mendengar jawapan daripada Timbalan Menteri, saya akan beri jawapan saya. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih. Selesailah perbahasan kita bagi undang-undang ini, dan saya jemput Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia untuk menjawab.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.
Bagi pihak Kementerian Sumber Manusia, saya terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2023. Kementerian menghargai semua pandangan, saranan, cadangan mahupun teguran Ahli-ahli Yang Berhormat tersebut. Seramai 17 orang Ahli Yang Berhormat telah membahaskan Rang Undang-undang Kesatuan Sekerja (Pindaan) ini seperti yang telah membahaskan tadi.
Datuk Yang di-Pertua, berhubung isu kepelbagaian kesatuan sekerja. Ini banyak ditimbulkan oleh ramai YB Senator kita. Tentang yang disebut, dengan izin multiplicity yang dibangkitkan oleh ramai YB Senator kita.
Untuk makluman Dewan yang mulia, Konvensyen 87 sememangnya memperuntukkan kebebasan berkesatuan yang merujuk kebebasan kepada pekerja untuk menubuhkan lebih daripada satu- kesatuan sekerja.
Menjadi satu prinsip di bawah konvensyen ini bahawa kebebasan sama ada untuk mewujudkan atau menubuhkan hanya satu- kesatuan sekerja hendaklah diberi kepada pekerja itu sendiri tanpa disekat oleh undang-undang. Oleh demikian, pindaan ini jelas memulangkan hak untuk memilih kepada pekerja berkenaan. Ini juga adalah untuk kita menggalakkan supaya ramai pekerja kita menyertai kesatuan sekerja.
Untuk kita, cuba kita tengok kita punya standing. Di mana, kita berada dalam konteks keahlian kesatuan sekerja ini? Yang tertinggi Iceland 91.4 peratus, itu penglibatan kesatuan sekerja dia; Denmark 67 peratus; Sweden 65 peratus; Jepun 16.8 peratus; Korea 12.4 peratus; Indonesia 13 peratus; Kemboja 9.6 peratus; Malaysia- 6 peratus sahaja...
[Ketawa] Jadi, ini antara yang menjadi kerisauan kita di negara ini sebab kita mahu supaya suara pekerja itu dapat didengari. Lagi banyak kesatuan dapat ditubuhkan, lagi banyak suara pekerja kita dapat dengar untuk kita selesaikan isu-isu yang berkaitan dengan pekerja di negara ini. Tidak dinafikan bahawa kewujudan satu- kesatuan sekerja di satu- tempat mungkin mewujudkan kesatuan yang lebih kuat dalam perundingan.
Walau bagaimanapun, peruntukkan undang-undang yang menghalang penubuhan lebih dari satu- kesatuan sekerja adalah tidak selaras dengan artikel 2 Konvensyen 87 yang menyatakan, dengan izin, “Workers and employers, without distinction whatsoever, shall have the right to establish and subject only to the rules of the organization concerned, to joint organization of their own to choosing without previous authorization”. Datuk Yang di-Pertua, bagi memastikan keharmonian persatuan dapat dikekalkan, kementerian telah mewujudkan mekanisme berhubung hak berunding tunggal. Ini mekanisme macam mana kita mengawal multiplicity ini.
Dengan izin, sold bargaining right, sekiranya terdapat dua atau lebih kesatuan di tempat pekerjaan tersebut melalui pindaan Akta 177. Dengan pindaan Akta 177 yang telah diluluskan oleh Parlimen pada 19 Disember 2019, hanya satu- kesatuan sekerja yang dibenarkan berunding dengan majikan bagi memeterai perjanjian bersama.
Merujuk kepada persoalan berkenaan, perjanjian kolektif dua buah kesatuan sekerja yang mewakili kategori pekerjaan yang sama boleh membuat perjanjian kolektif secara berasingan dengan majikan yang sama dalam satu-satu masa sekiranya dipersetujui oleh majikan berkenaan. Seksyen 12A, Akta 177 hanya terpakai dalam keadaan kesatuan-kesatuan sekerja dan majikan yang terlibat ingin menuntut hak berunding tunggal.
Untuk makluman Dewan yang mulia, Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan boleh mengambil langkah-langkah untuk menentukan permohonan tersebut atau menjalankan undi sulit bagi membolehkan pekerja-pekerja yang terlibat memilih sebuah kesatuan sekerja untuk mewakili mereka dalam perundingan kolektif.
Jadi, kalau ada tiga- kesatuan, Ketua Pengarah Perusahaan boleh mengumpulkan mereka berunding dan membuat pengundian mana satu yang akan mewakili pekerja tersebut untuk membuat colective agreement bersama majikan.
Kesatuan sekerja yang mendapat undian tertinggi, dengan izin, higher vote, akan mempunyai hak berunding tunggal sehingga kesatuan sekerja lain mendapat hak tersebut. Maknanya, walaupun dia wakil tunggal, tetapi dia akan membawa juga suara- suara kesatuan lain yang tidak terpilih untuk berunding dengan majikan.
Untuk makluman Dewan yang mulia, asas utama pindaan ini adalah untuk memansuhkan sekatan penubuhan kesatuan sekerja termasuklah sekatan dari hanya membenarkan satu- kesatuan sekerja dalam mana-mana industri pekerjaan atau tred. Oleh itu tidak dapat lari daripada isu kepelbagaian Kesatuan sekerja.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Kepelbagaian kesatuan sekerja dijangkakan akan memberi impak yang baik terutamanya kepada pekerja dan memberi kebebasan kepada pekerja untuk menyertai atau menubuhkan kesatuan mengikut pilihan mereka sendiri.
Bagi memastikan keharmonian perusahaan dapat dikekalkan, sesuatu kesatuan dibenarkan untuk mengehadkan keanggotaannya di mana seorang pekerja yang telah menganggotai kesatuannya, tidak dibenarkan untuk menganggotai kesatuan sekerja yang lain. Menjadi harapan pihak kerajaan dengan pindaan Akta 262 ini, ia akan mewujudkan kesatuan sekerja yang lebih matang, progresif dan bersaing secara sihat bagi memastikan faedah-faedah pekerja dapat ditingkatkan...
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Tuan Yang di-Pertua, mohon mencelah, boleh?
Timbalan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Boleh, boleh.
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan hanya enam peratus sahaja yang berdaftar sebagai kesatuan pekerja, tetapi adakah kementerian melaksanakan, menjalankan kajian selidik mengapa peratus yang rendah hanya di Malaysia sahaja menjadi ahli kesatuan pekerja? Ini kerana, saya dimaklumkan kerana kebanyakan tidak berminat, tetapi mengapa mereka tidak berminat? Adakah ini dipaksa ke atau mereka tidak boleh membenarkan hak-hak pekerja atau apa sebab? Terima kasih.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Memang ada beberapa kaji selidik yang telah dibuatlah, tetapi itulah di Malaysia ini minat untuk pekerja-pekerja ini untuk menganggotai kesatuan ini agar lembap, agak lembap. Jadi, ini antara agenda kita, tindakan kita untuk meminda rang undang-undang ini supaya kita dapat membuka ruang yang seluas-luasnya kepada pekerja kita untuk menubuhkan kesatuan. Ini sebenarnya antara objektif. Jadi...
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Bukan, tadi hendak kata dengan jelas. Jika mereka tidak berminat, then beberapa buah kesatuan pekerja itu ditubuhkan pun tidak ada maksud. Memang mereka tidak hendak menjadi ahli.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Saya fikir inilah- kita juga mengadakan beberapa advokasi. Saya fikir kerajaan sebelum ini pun mengadakan pelbagai advokasi, promosi untuk memastikan bahawa pekerja-pekerja kita ini dapat menyertai kesatuan sekerja.
Jadi, ini akan berterusan, tetapi antara usaha kita juga, kita mahu supaya dengan rang undang-undang ini dia akan membuka lagi ruang kepada pekerja-pekerja untuk menubuhkan kesatuan. Kita lihatlah selepas ini, mungkin ada positif. Dengan langkah ini akan menggalakkan lagilah ramai ahli pekerja-pekerja kita untuk menganggotai kesatuan sekerja.
Timbalan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Hatta nak mencelah.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Ya.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Penjelasan sikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi disebutkan bahawa Ketua Pengarah boleh menjadi orang tengah dalam menentukan pemilihan kesatuan yang mana yang akan mewakili pekerja dalam urusan membentuk agreement bersama tadi ini melalui undi. Tak adakah cara yang lain yang lebih dilihat representative ataupun yang lebih adil?
Ini kerana, kita hormat demokrasi siapa yang menang dialah wakil, tetapi dalam konteks suatu tempat kerja yang ada beberapa persatuan, setiap satu itu ada fokus dia mungkin berada di department yang berbeza dan penekanannya begitu. Adakah tidak boleh, tidak perlu diundi, tetapi diminta wakil daripada setiap kesatuan yang ada dalam tempat kerja tersebut diwakili dalam urusan-urusan CA ini? Supaya suara bahagian, department, kelompok dan orang yang berkepentingan ini diwakili di dalam negotiation yang berkenaan. Apakah tidak boleh dibincangkan?
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Saya fikir itu cadangan yang baik daripada Yang Berhormat Senator kita. Mungkin yang ini kita boleh perhalusi, pertimbangkan supaya kaedah untuk mewakili wakil-wakil daripada kesatuan-kesatuan ini akan dibawa berbincang. Cuma yang tadi itu sebenarnya untuk memilih wakilnya, tetapi saya fikir in due process, dengan izin, semua pihak pun dibawa berbincang apalagi kalau dia melibatkan sektor yang sama dan dia akan melibatkan collective agreement yang lebih kurang sama. Jadi, tetapi yang tadi saya sebut itu sebenarnya siapa yang akan mewakili daripada tiga persatuan itu, mana yang akan mewakili untuk berunding dengan pihak majikan, tetapi kaedah yang tadi itu...
Dato’ (Dr.) Arman Azha Abu Hanifah
Soalan tambahan.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Ada soalan tambahan?
Dato’ (Dr.) Arman Azha Abu Hanifah
Mencelah, sikit sahaja.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Fasal yang inikah?
Dato’ (Dr.) Arman Azha Abu Hanifah
Sama, sama.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Sama, okey.
Dato’ (Dr.) Arman Azha Abu Hanifah
Kalau kita lihat tadi soalan daripada YB Dominic, daripada my brother ini, soalan saya menjurus kepada- bila terlampau banyak union ini, ia juga akan menjadi masalah kepada syarikat tersebut juga. Sebab this two sides of the coin. Sebab itu soalan YB Dominic tadi adalah lebih baik kementerian memikirkan bagaimana untuk memastikan ramai pekerja masuk dalam satu- persatuan pekerja yang solid daripada tubuh lagi banyak, lagi banyak.
Akhirnya, kalau terlampau kuat union dekat company ini, company itu pun boleh tutup. Jadi, ini yang menjadi persoalan. Sebenarnya kita minta pihak kementerian memikirkan satu kajian yang lebih menyeluruh, apa mekanisme yang terbaik untuk memastikan di kalangan pekerja-pekerja yang tidak mahu jadi ahli ini menjadi ahli.
Penerangan, penjelasan kepada mereka, kenapa pentingnya mereka perlu duduk dalam persatuan sekerja untuk kebajikan mereka, tetapi kalau tubuh lagi banyak nanti, when the strong union, they can kill the company itself. Itu sahaja soalan sebenarnya hendak tanya.
Dato’ Kesavadas a/l A Achyuthan Nair
Lagi satu tentang this act nak tambah apa yang dikatakan element of favoritism akan main peranan di sini. Itu yang kita kena jaga, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Ada lagi isu yang sama?
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Saya fikir...
Timbalan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri, teruskan.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Itulah yang menjadi dilema kita. Kita ada in the crossroads sebenarnya. Kita ingin menambah keahlian kesatuan di negara ini, tetapi pada masa yang sama, kita takut pula mereka are too strong. Kalau kita lihat negara-negara maju, itu yang saya sebut tadi itu, Iceland, Denmark, Sweden. Kenapakah negara-negara ini maju? Sebab they have a strong kesatuan sekerja. Jadi, kita mahu meletakkan di mana negara kita ini? Kita mahu kurangkan penglibatan mereka? Ataupun kita mahu supaya mereka dapat menyuarakan pandangan mereka dan mereka turut terlibat dalam pembangunan negara ini.
Dato’ (Dr.) Arman Azha Abu Hanifah
Oleh sebab itu tadi di kalangan rakan- rakan Senator...
Timbalan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Arman.
Dato’ (Dr.) Arman Azha Abu Hanifah
Last, last. Sebab kita tengok Menteri masuk...
Timbalan Yang di-Pertua
Biar Menteri bagi laluan, baru bangun.
Dato’ (Dr.) Arman Azha Abu Hanifah
Bila tengok Menteri masuk, Menteri menjawab lebih dahsyat, boleh jadi implementation di Kabinet. Jadi, di sebab itu bila soalan di kalangan rakan-rakan ini bertanyakan, lebih baik kita wujudkan persatuan pekerja yang lebih kuat daripada wujud lebih banyak persatuan pekerja ini yang akhirnya kita tidak nampak arah tuju dekat- yang ada satu pun tidak boleh hendak selesai, kita hendak tubuh lagi banyak.
Jadi, macam- saya fikirkan the two sides of the coin, kita kena pastikan ramai di kalangan pekerja jadi persatuan pekerja dalam satu entiti yang kuat. Daripada wujud banyak nanti, nanti the strong union can kill the company macam kita bagi tahu. Akhirnya apa akan jadi? Ia tidak akan menyelesaikan masalah, malah bertambah masalah. Tengok, Menteri pun dah berdiri, saya rasa Menteri pun boleh jawab kot. Terima kasih.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Untuk makluman, sebelum kita buat rang undang- undang ini, kita telah buat libat urus sebanyak 55 kali. Siapakah yang terlibat? Yang terlibat iaitu majikan, Chambers of Commerce, Persatuan Pekerja, pakar daripada Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan pihak kerajaan negeri. Antara persatuan pekerja yang terlibat juga dalam cadangan pindaan ini Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam
(CUEPACS) dan Union Network International- Malaysia Labour Centre (UNI-MLC) dan mana-mana ahli dalam persatuan ini daripada kesatuan-kesatuan sekerja yang lain.
Jadi, maknanya kita sudah membuka ruang libat urus untuk kita memastikan bahawa rang undang-undang ini dapat diterima di pihak majikan, syarikat dan juga pekerja. Jadi, ini sebenarnya yang kita telah lakukan. Ini bukan hanya pandangan kementerian sahaja, ini pandangan semua. Jadi, harap- saya harap ini akan memberi kefahaman kepada Yang Berhormat Senator yang bertanya.
Okey, boleh sambung ya? Satu lagi yang menjadi banyak kerisauan tentang kuasa Ketua Pengarah ini.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Ini saya fikir hampir semua YB Senator berbahas tentang isu ini. Berhubung dengan isu kuasa Ketua Pengarah yang luas berikutan daripada pindaan Akta 262 yang dibangkitkan oleh ramai Ahli-ahli Senator kita, pindaan akta ini pada dasarnya tidak menambah kuasa Ketua Pengarah. Sebaliknya ia telah mengehadkan kuasa Ketua Pengarah khususnya di bawah seksyen 12 dan seksyen 15 di mana Ketua Pengarah tidak lagi boleh sewenang-wenangnya menolak pendaftaran sesebuah Kesatuan Sekerja atau membatalkan pendaftarannya.
Selain itu, kuasa Ketua Pengarah di bawah seksyen 17 untuk menggantung cawangan Kesatuan Sekerja telah dimansuhkan. Selanjutnya peruntukan seksyen 63 bagi kuasa siasatan pula, bukanlah bertujuan untuk memperuntukkan kuasa kepada Ketua Pengarah. Sebaliknya ia merupakan pindaan untuk mengemas kini dan menambah baik peruntukan kuasa siasatan sedia ada.
Yang Berhormat Datuk, apa yang dibuat sebenarnya sebelum ini daripada segi tidak ada secara spesifik klausa-klausa tentang apa yang perlu Ketua Pengarah buat daripada segi kuasanya. Yang kita buat, kita buat penambahan baharu, klausa-klausa baharu supaya dapat memperincikan Ketua Pengarah boleh mengarahkan siasatan.
Ketua Pengarah boleh mengemukakan bukti-bukti...
Tuan Haji Hussin bin Ismail
[Bangun]
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Ketua Pengarah boleh mendapatkan dokumen- dokumen. Sebelum ini tidak ada dalam akta sebelum ini. Ini kita tambah baik, supaya jelas spesifik kuasa Ketua Pengarah.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Ya mohon mencelah Yang Berhormat.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Okey.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Yang di-Pertua. Sikitlah. Saya rasa terlalu sejarah saya duduk dalam Dewan. Jarang ada satu suasana sokong, tapi rasa kecurigaan yang amat sangat hampir kesemua Ahli Dewan...
[Ketawa] Kalau nak kata yang Ahli Dewan ini pun memang tak faham, mungkin tak fahamlah maknanya.
Yang Berhormat Menteri, boleh tak yang pertama sekalinya nak tambah dukungan Kesatuan Sekerja, kementerian nombor satu educate-kan pekerja kita yang ramai ini untuk beri kefahaman kepentingan berpersatuan. Kalau itu dijadikan satu agenda, selesai untuk beri buka banyak sangat kesatuan saya kita berkecamuk. Yang pertama...
Seorang Ahli
Setuju.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Yang kedua, boleh tak Yang Berhormat Menteri beri jaminan kepada Dewan hari ini bahawa kuasa-kuasa Ketua Pengarah walaupun apa interpretasinya-interpretasinya yang kita- semua menjadi sangat ragu ini untuk Menteri memperincikan, perturunkan satu per satu peranan itu supaya jangan nanti di interpretasi secara yang tersendiri. Sebabkan kami melihat, mungkin tak kami, tapi sebahagian, saya rasa melihat macam ada suatu veto power kepada Ketua Pengarah dalam menentukan, membatalkan, menerima, menolak, mengizinkan dan lain-lain. Jadi itu yang kedua.
Yang ketiga, yang last. Yang ketiga, isu memberi izin lebih daripada satu. Mungkin satu, mungkin dua, mungkin tiga, mungkin lima dalam satu-satu organisasi menjadikan bukan melebih power, akan jadi lebih lemah suara sebab pecahan peranan organisasi yang berkenaan...
Seorang Ahli
Betul.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Boleh tidak Menteri memberi kita jaminan bahawa dengan tindakan ini dibuat, kuasa atau suara pekerja betul-betul terjamin dan lebih power untuk memperjuangkan hak pekerja bukan untuk kepentingan majikan yang menguasai pekerja yang berkarenah pada hari ini. Terima kasih.
Saya sebenar nak sebut ini, kalau jaminan ini boleh diberi oleh Menteri dan kita berpuas hati, insya-Allah kita sokong, tapi kalau kita rasa tidak puas hati, saya pun boleh juga nak mencadangkan untuk ditunda dulu, dikaji semula dan dibawa balik untuk pihak Dewan Negara menilai dan juga akhirnya menyokong. Kami tidak menolak ini, tidak menolak, tapi kami nak supaya rang undang-undang pindaan ini betul-betul memberi manfaat khusus kepada pekerja, tapi tidak mengetepikan peranan majikan. Terima kasih.
Assalamualaikum.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Terima kasih kepada teguran daripada Yang Berhormat Senator. Saya juga telah cuba membaca rang undang-undang ini dan memang daripada pengalaman saya sendirilah sebagai seorang pekerja, saya tidak nampak sebenarnya kuasa Ketua Pengarah itu ditambah, cuma diperincikan supaya ada beberapa perkara. Contoh isu mogok ya, mogok. Ketua Pengarah tidak boleh menghalang mogok tersebut kecuali kesatuan itu terlibat dengan salah laku jenayah dan juga beberapa perkara. Memang dibenarkan dan diberikan kuasa lagi kepada Kesatuan Sekerja.
Kalau sebelum ini hanya, daripada 100 orang kalau ada pekerja 100 orang ya, sebelum ini 75 orang ahli perlu bersetuju untuk mengadakan mogok, tapi sekarang ini kita mempermudah lagi. Kalau hadir itu 60 peratus ingin mengadakan mogok hanya separuh yang hadir itu boleh menentukan, 31 orang boleh menentukan.
Jadi itu tiada kuasa Ketua Pengarah sebenarnya. Kecuali kalau kesatuan sekerja itu terlibat dengan sebarang salah laku jenayah dan yang lain-lain itu, itu yang saya sebut kita sebenarnya sebelum ini tidak diperincikan secara spesifik, tapi bila ada klausa-klausa yang mengatakan Ketua Pengarah boleh melantik, Ketua Pengarah ada kuasa, itu yang menyebabkan dia list itu panjang seolah-olah Ketua Pengarah berkuasa, tapi sebelum ini tidak ada klausa-klausa tersebut.
Itu sahaja dan saya tak fikir Ketua Pengarah kita pun dalam keadaan suasana ramai yang tidak mahu menjadi ahli kesatuan ini kita akan menekan lagi kesatuan. Ini sebenarnya membuka ruang kepada pekerja-pekerja negara ini supaya boleh participate sebab kita mahu negara kita ini negara yang maju. Kita mahu dengar suara-suara pekerja- pekerja kita melalui kesatuan. Itu kita membuka ruang.
Jadi saya mohonlah, masa pun tidak mengizinkan. Yang lain saya akan buat secara bertulis. Saya mohon supaya Ahli-ahli Dewan yang mulia ini dapat membantu kita supaya kita dapat melaksanakan rang undang-undang ini untuk kebaikan pekerja di negara ini.
Timbalan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri, sebelum itu.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Okey.
Timbalan Yang di-Pertua
Ada lagi pencelahan yang mahu dibuat oleh Ahli-ahli Dewan.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua
Saya bukan, saya bukan nak memanjangkan YB.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Yang di-Pertua.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Okey, okey. Tak apa, tak apa.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua
Berkali-kali saya dengar perkara tadi disebut.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Terima kasih Yang di-Pertua. Saya membangkitkan tadi itu perincian diberikan kepada Ketua Pengarah sampai sejengkal dalam buku ini...
[Menunjukkan senaskhah dokumen] Bukan bermakna panjang itu memberikan kuasa. Memang saya teliti. Kalau dijelaskan tadi bahawa ini perincian, dulu bebas Ketua Pengarah ini agaknya, buatlah apa, tak ada perincian, tapi sekarang at least dia ada perincian memberikan garis panduan. Ia tidak boleh berlebih-lebihan, tapi mengikut perincian yang sudah ada.
Saya rasa ini, dengan penjelasan ini, saya agak confident ya walaupun banyak, tetapi sebenarnya diperincikan. Kalau dulu kuasanya ada empat perkara ya. Katakanlah empat perkara. Dulu kalau tanpa perincian ini, dia boleh buat 20 perkara. Lagi teruk ya.
Cumanya bab mogok ini Menteri, kalau saya pekerja seronok mogok ini. Pindaan ini nampaknya pro mogok. Jadi pekerja-pekerja kalau dulu saya 75 percent, sekarang 60 percent boleh mogok dan keputusan boleh dibuat daripada 31 orang sahaja ya daripada 100 lah.
Jadi apa isyarat yang nak diberi ini kepada industri? Ertinya bagi sayalah dalam pandangan baik saya, sangka baik saya, ia nya memberikan kebebasan supaya pekerja puas hati dan supaya majikan jangan semudah-mudahnya ambil tindakan begitu begini kerana silap-silap tindakan pekerja akan membuat tindakan-tindakan industri seperti mogok dan apa nama term-nya- sekat masuk, ya? Sekat masuk, ya? Ya.
Jadi saya rasa ini baik untuk mengawal daripada majikan menggunakan tekanan- tekanan berlebihan pada pekerja. Jadi dengan penjelasan itu, kalau diminta sokong, saya sokonglah sekarang ini...
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri sebenarnya yang diperlukannya iaitu sangka baik...
[Ketawa] Sekarang ini pindaan ini macam berbau sangka buruk ini. Ini susah ini. Jadi kalau- kita kalau Ahli-ahli semua bersangka baik, mudah ini...
[Ketawa]
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Ya memang saya tahu sebab Datuk Yang di- Pertua. Saya tahu sebab C-A-M-U- Camu ini memang. Saya sendiri dah hantar e-mail.
Saya rasa semua YB Senator pun ada hantar e-mail dan memang memorandum telah diserahkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan pihak kementerian juga sudah menjawab ya nota makluman tentang berhubungan dengan bantahan ‘kamu kesamu’ ini, tentang pindaan ini. Jadi, memang kita telah jawab secara terperinci berhubung tentang pindaan ini. Ini sudah sampai...
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Mohon mencelah.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Tidak, saya rasa saya tidak mahu bagi ruang sudah, saya sudah mahu tutup sudah ini. Mahu tutup.
Timbalan Yang di-Pertua
Menteri tidak bagi ruang, Yang Berhormat.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Lagi satu, perkara ini pun sebenarnya sudah dibentangkan. Ini sudah ke-dua kali ini.
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Memang sudah dibentangkan, tetapi I nampak Timbalan Menteri tidak faham.
Timbalan Yang di-Pertua
YB.
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Ini masalah. Oleh itu I katakan walaupun Timbalan Menteri mengatakan Ketua Pengarah, kuasa dia dikurangkan. Mengapa ada banyak lagi Ahli Parlimen membangkitkan isu yang sama kerana kita hendak- bukan hendak satu orang yang buat keputusan. Kita hendak satu Ahli Jawatankuasa yang boleh memberikan pandangan dan boleh buat keputusan yang lebih baik, bukan seorang sahaja. Ini adalah basis dia, tetapi mengapa Timbalan Menteri tidak boleh faham, I pun tidak tahulah. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Sangka baik YB Dominic.
Dato’ (Dr.) Arman Azha Abu Hanifah
...Bersangka baik Dominic, bersangka baik
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Saya fikir Tuan Yang di-Pertua, itu sahajalah ucapan penggulungan saya tentang isu teks penggulungan Rang Undang-undang Kesatuan Sekerja ini.
Jadi, saya mohon kepada semua Yang Berhormat Senator agar dapat menyokong pindaan rang undang-undang ini dan kita akan ambil maklum tentang teguran dan nasihat yang telah diberikan untuk kita tambah baik ya daripada segi pelaksanaannya nanti. Saya fikir kita- saya maklum, memang dia ada two sides of the coin lah. Kita mahu untuk menambah keahlian kesatuan sekerja kita dan kita mahu supaya suara-suara pekerja kita dapat didengari dan kita mahu juga supaya Kementerian Sumber melalui Ketua Pengarahnya dapat mengurus kesatuan sekerja ini dengan baik supaya kita dapat move forward ya.
Sebab kita mahu mendukung inisiatif Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menjadikan negara ini sebagai satu- negara yang boleh melonjak ke arah yang lebih baik dan untuk menyokong kerangka Ekonomi Madani dan juga New Industrial Master Plan. Kita memberi mesej kepada dunia luar, dunia antarabangsa bahawa kita daripada segi kesatuan sekerja, kita juga mengikuti perkembangan seperti yang disarankan oleh International Labor Organization. Jadi, saya haraplah supaya rang undang-undang ini dapat dipersetujui. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih YB Menteri. Selepas perbahasan yang begitu rancak, saya rasa sudah sampai masa untuk kita buat keputusan. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.
Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 36** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Puan Saraswathy a/p Kandasami) dan diluluskan]
Timbalan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006 [Akta 654] dibacakan kali yang kedua sekarang.
Timbalan Yang di-Pertua
Ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim
Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis iaitu suatu akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan.
Ahli Yang Berhormat, di hadapan saya.
Setiausaha
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua
Oh, belum lagi, minta maaf. Minta maaf Menteri. Hari ini saya terganggu sedikit jiwa. Silakan untuk memberikan penjelasan.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang dihormati, Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006 telah dikuatkuasakan pada 1 Februari 2007 dan bertujuan menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang berperanan sebagai badan kawal selia industri perkhidmatan air.
Ini merangkumi perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan.
Selepas lebih 16 tahun dikuatkuasakan, beberapa ruang penambahbaikan telah dikenal pasti bagi memastikan akta ini sentiasa relevan dengan perkembangan semasa dan keperluan masa depan industri perkhidmatan air negara.
Ini termasuklah memantapkan tadbir urus SPAN dan meningkatkan keupayaan kawal selia agar penguatkuasaan yang lebih berkesan dapat dilaksanakan. Sejajar dengan inisiatif global dan nasional dalam merealisasikan pembangunan lestari, dasar- dasar baharu berasaskan ekonomi kitaran, kecekapan penggunaan, perlindungan pengguna dan penglibatan awam dan swasta telah diperkenalkan.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Oleh yang demikian, penjajaran akta ini dengan dasar-dasar baharu untuk memastikan ia sentiasa relevan dengan perkembangan semasa serta keperluan masa depan industri perkhidmatan air.
Proses pindaan akta ini sebenarnya telah bermula sejak tahun 2012 dan melalui beberapa siri rundingan dengan pemegang-pemegang taruh utama termasuklah SPAN sendiri, pemegang lesen, penggiat industri, pengguna dan kerajaan-kerajaan negeri bagi tujuan penelitian semula dan penambahbaikan akta ini. Selaras dengan penyusunan semula fungsi-fungsi kementerian pada 9 Mac 2020, pindaan-pindaan yang dicadangkan telah dikemas kini dengan mengambil kira fungsi perkhidmatan bekalan air dan pembetungan yang pada waktu itu diletakkan di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air
(KASA).
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menghuraikan setiap fasal dalam RUU ini yang mengandungi 12 fasal seperti berikut.
Fasal 1 melibatkan “Tajuk ringkas” bagi akta yang telah dipinda dan permulaan kuat kuasa. Akta ini akan dinamakan “Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara
(Pindaan) 2023” dan akan mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri dalam pemberitahuan dalam warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan dalam akta ini.
Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 9 bagi memendekkan tempoh lantikan anggota SPAN. Melalui pindaan ini, tempoh jawatan anggota SPAN dipendekkan daripada 10 tahun kepada enam tahun. Tujuan pindaan ini ialah untuk mewujudkan fleksibiliti dalam urusan pelantikan anggota SPAN yang berpengalaman dan tidak terikat dengan pelantikan sedia ada bagi satu tempoh masa yang panjang dan juga selari dengan konsep tadbir urus terbaik yang banyak diamalkan pada suruhanjaya-suruhanjaya yang lain.
Fasal 3 pula bertujuan untuk meminda seksyen 14 dan berkaitan dengan pelarasan bahasa. Pindaan seksyen ini melibatkan pindaan subseksyen 14(3) Akta Ibu dipinda dalam teks bahasa Inggeris dengan menggantikan perkataan, “shall be guilty of”, dengan izin, dengan perkataan “commits.” Tujuan pindaan ini adalah untuk memastikan format penggubalan bagi peruntukan berkaitan kesalahan yang dinyatakan dalam seksyen-seksyen ini dalam keadaan yang teratur.
Fasal 4 bertujuan untuk meminda seksyen 16 bagi mengeluarkan peruntukan berkaitan pemberian pinjaman dan biasiswa kepada pekerja Suruhanjaya daripada seksyen tersebut. Seksyen 16 adalah merujuk kepada kuasa Suruhanjaya. Pindaan seksyen ini mengelakkan pertindihan dengan peruntukan spesifik mengenai pinjaman dan biasiswa di bawah seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan bahawa perkara mengenai pemberian pinjaman dan biasiswa adalah tertakluk kepada budi bicara Suruhanjaya.
Fasal 5 bertujuan untuk meminda seksyen 17 bagi membolehkan pelaksanaan perwakilan kuasa oleh SPAN mengikut keperluan. Pindaan ini akan meluaskan perwakilan kuasa untuk merangkumi pekerja SPAN yang mana setiap perwakilan kuasa akan dikeluarkan secara bertulis dengan menyatakan kuasa spesifik yang diwakilkan dan pegawai yang dinamakan. Tujuan pindaan ini dilaksanakan adalah untuk memastikan kelancaran fungsi dan kuasa SPAN terutamanya dalam fungsi-fungsi yang bersifat rutin, contohnya pemberhentian bekalan air di bawah seksyen 55 dan arahan pengemukaan maklumat di bawah seksyen 132, Akta 655, agar boleh diwakilkan kepada mana-mana Pegawai SPAN.
Fasal 6 bertujuan untuk menambah peruntukan baharu iaitu seksyen 19A mengenai kawalan penggunaan lambang ataupun representasi SPAN. Ini ialah untuk mengelakkan salah guna dan pendekatan yang sama juga telah dipraktikkan oleh Suruhanjaya Tenaga.
Fasal 7 bertujuan untuk meminda seksyen 23 dengan memotong perkataan, “dengan kelulusan Menteri”. Pindaan ini dilaksanakan bagi mengelakkan pertindihan seksyen 23 dengan seksyen 22 akta yang sama mengenai terma-terma pelantikan pekerja dan syarat perkhidmatan.
Di samping itu, pindaan ini turut bertujuan menyelaraskan kuasa mengenai penentuan terma-terma pelantikan dan syarat perkhidmatan pekerja kepada SPAN serta meningkatkan kecekapan pengurusan modal insan SPAN khususnya dalam aspek pengurusan bakat. Walaupun kuasa diperuntukkan kepada SPAN, kawalan Menteri mengenai perkara ini telah pun wujud dalam perbelanjaan dan penyediaan anggaran belanjawan SPAN. Jadi, kita nak membolehkan SPAN ini lebih banyak kuasa selari sebagai satu Suruhanjaya.
Fasal 8 bertujuan menambah peruntukan baharu iaitu seksyen 23A untuk mewujudkan punca kuasa untuk membolehkan SPAN membangunkan prosedur pengurusan tatatertib sendiri berpandukan Jadual Pertama Akta Badan-badan Berkanun
(Tatatertib dan Surcaj) 2000. Pelaksanaan pindaan ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan modal insan SPAN khususnya dalam aspek pengurusan tatatertib dalam pekerja SPAN.
Fasal 9 bertujuan untuk meminda seksyen 31 iaitu dengan memotong perkataan “selepas berunding dengan Menteri.” Seksyen 31 merujuk pengurusan akaun bank oleh Suruhanjaya dan pindaan seksyen ini membolehkan SPAN membuka dan menyelenggarakan akaun bank sendiri.
Selain itu, perkataan “setakat yang dapat dilaksanakan melalui cek yang ditandatangani oleh mana-mana orang yang diberi kuasa” akan digantikan dengan perkataan “mengikut apa-apa cara yang dibenarkan.” Ini mengambil kira mekanisme pengendalian akaun bank yang turut dilaksanakan seperti EFT dan sebagainya.
Fasal 10 bertujuan untuk meminda seksyen 34 iaitu untuk menaikkan had berkontrak oleh Suruhanjaya. Di bawah seksyen yang sedia ada, Suruhanjaya memerlukan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan untuk memasuki apa- apa kontrak lebih RM10 juta.
Justeru, pindaan seksyen ini akan merangkumi kenaikan had berkontrak oleh Suruhanjaya. Namun, masih tertakluk pada persetujuan Menteri atau Menteri Kewangan.
Ini membolehkan SPAN membuat apa-apa kontrak yang di bawahnya SPAN dikehendaki untuk membayar atau menerima suatu amaun dengan nilai:
(i) tidak melebihi RM10 juta; dan
(ii) yang melebihi RM10 juta, tetapi tidak melebihi RM50 juta dengan kelulusan Menteri; dan
(iii) yang melebihi RM50 juta dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan.
Pindaan ini bertujuan untuk menambah baik tadbir urus kewangan SPAN daripada aspek pengurusan perolehan. Ini memandangkan SPAN turut terlibat dalam pembiayaan projek-projek Kumpulan Wang Sumbangan Modal Pembetungan yang nilainya melebihi RM10 juta. Pindaan ini akan meningkatkan kecekapan pengurusan perolehan dan melancarkan pelaksanaan projek terutamanya yang bersifat kritikal.
Fasal 11 bertujuan untuk meminda seksyen 35 dengan memotong perkataan, “dan kelulusan Menteri” dan membolehkan SPAN menentukan tatacara kewangannya sendiri. Justifikasi pindaan ini adalah bagi membenarkan Suruhanjaya membuat keputusan berkaitan isu pentadbiran dalaman.
Fasal 12 bertujuan untuk meminda seksyen 41 dan berkaitan dengan pelarasan bahasa. Sebagaimana seksyen 14, pindaan seksyen 41 melibatkan perkataan “shall be guilty of” digantikan dengan perkataan “commits”, dengan izin. Tujuan pindaan ini adalah untuk memastikan format penggubalan bagi peruntukan berkaitan kesalahan yang dinyatakan dalam seksyen-seksyen ini dalam keadaan yang teratur.
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang dihormati, secara keseluruhannya, cadangan pindaan Akta 654 akan memperkemas tadbir urus SPAN, dalam masa yang sama memperkukuh integriti dan imej SPAN sebagai badan kawal selia industri perkhidmatan air dan pembetungan dengan menjadikannya sentiasa relevan dengan keperluan semasa dan masa hadapan. Tidak ada gunanya kita ada satu Suruhanjaya, tetapi untuk setiap keputusan kecil, dia perlu pulang kepada keputusan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, kelulusan bagi RUU ini amatlah penting dan memerlukan sokongan daripada semua Ahli Dewan yang mulia ini. Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan RUU SPAN
(Pindaan) 2023 ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis iaitu suatu akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, di hadapan saya ada seramai 18 orang Ahli yang hendak berbahas. Maka, saya membuat ketetapan bahawa masa yang diberikan adalah lima minit seorang.
Dipersilakan pembahas pertama kita iaitu YB Senator Dato’ Kesavadas a/l A Achyuthan Nair.
Dato’ Kesavadas a/l A Achyuthan Nair
Terima kasih, Datuk Yang di-Pertua.
Berkenaan pindaan seksyen 9(2) yang menggariskan pemendekan tempoh jawatan bagi seseorang anggota Suruhanjaya, saya berpendirian bahawa ia berupaya membuka ruang yang lebih besar kepada penglibatan figura-figura profesional dan berkredibiliti tinggi dalam SPAN tanpa mengira umur, jantina mahupun kepakaran industri.
Dato’ Kesavadas a/l A Achyuthan Nair
Perubahan tempoh jawatan tersebut akan memberi kelebihan kepada SPAN untuk melaksanakan rejuvenation perkhidmatan yang boleh digerakkan menerusi gabungan kepakaran serta pengalaman yang ada pada profesional-profesional dilantik.
Sebagai individu yang mempunyai kuasa untuk melantik setiap anggota SPAN, Yang Berhormat Menteri seharusnya mengutamakan keseimbangan kepakaran atau balance of expertise dengan izin, yang melibatkan pelantikan seseorang pakar pelbagai bidang dari dalam dan luar industri perkhidmatan air.
Memendekkan tempoh 10 tahun kepada tiga tempoh enam tahun bagi seseorang anggota SPAN merupakan suatu bentuk reformasi institusi yang wajar kita dukung bersama. Reformasi yang direncanakan menerusi pendekatan tersebut berupaya memperkasakan SPAN yang boleh merencanakan pelbagai agenda baharu setiap enam tahun, yang relevan dengan senario semasa industri perkhidmatan bekalan air negara yang berdepan dengan cabaran luar jangka.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Sebagai usaha untuk meningkatkan penyertaan golongan wanita berkredibiliti tinggi dalam barisan kepimpinan tertinggi agensi berkaitan kerajaan, saya ingin mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri agar kuota khas lantikan wanita diperkenalkan seiring dengan kuat kuasa tempoh baharu keanggotaan SPAN.
Perlaksanaan kuota khas wanita yang saya syorkan tersebut diyakini mampu meningkatkan penyertaan golongan wanita profesional yang berpengalaman dalam SPAN.
Secara tidak langsung, ia juga akan mendorong lebih banyak lagi agensi serta syarikat berkaitan kerajaan yang melantik lebih ramai wanita. Lebih ramai lagi wanita sama ada sebagai ahli lembaga pengarah mahupun pengurusan tertinggi. Sejajar dengan pindaan seksyen 9(2), saya juga meletakkan harapan agar perubahan tempoh keanggotaan tersebut dapat turut menghasilkan penjimatan kewangan yang lebih signifikan. Biarpun kuat kuasa rang undang-undang ini tidak akan melibatkan perbelanjaan tambahan kerajaan, namun Yang Berhormat Menteri seharusnya meneliti setiap aspek berkaitan yang boleh mengurangkan tanggungan kewangan kerajaan dalam membiayai emolumen bulanan setiap anggota SPAN khususnya pengerusi.
Berhubung dengan pindaan seksyen 9(2) serta soal penjimatan yang saya bangkitkan tadi, saya minta Yang Berhormat Menteri menjelaskan tentang tiga perkara berikut. Pertama, selain daripada yang dinyatakan dalam seksyen 5(1)(c), apakah sandaran-sandaran lain yang dinilai secara terperinci oleh Yang Berhormat Menteri dalam memuktamadkan setiap pelantikan anggota SPAN sejajar dengan pindaan seksyen 9(2)?
Kedua, bagaimanakah pemendekan tempoh jawatan anggota SPAN dapat memberi kesan langsung yang positif terhadap konsistensi perancangan pembangunan industri perkhidmatan bekalan air negara? Apakah strategi yang akan diketengahkan bagi membolehkan apa jua perancangan pembangunan jangka panjang yang telah dirangka dan dipersetujui oleh suruhanjaya yang dipengerusikan dan dianggotai oleh individu- individu yang berlainan sebelumnya dapat diteruskan?
Ketiga, apakah nisbah komposisi wanita dan lelaki dalam keanggotaan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara sejak tahun ia ditubuhkan sehingga kini?
Berdasarkan pandangan Yang Berhormat Menteri, apakah komposisi gender yang signifikan bagi pelantikan anggota SPAN pada masa hadapan sejajar dengan perubahan baharu bagi tempoh lantikan?
Keempat, bagaimanakah Yang Berhormat Menteri dapat menjadikan pindaan seksyen 9(2) sebagai pencetus kepada usaha untuk mencapai penjimatan perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran yang boleh dimanfaatkan untuk tujuan-tujuan lain?
Tan Sri Yang di-Pertua, sekian sahaja ucapan perbahasan saya bagi Rang Undang-undang Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2023. Saya mohon menyokong.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat.
Sila Yang Berhormat Senator Datuk Seri Dr. Mujahid.
Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof
Terima kasih pada Tuan Yang di-Pertua.
Saya kira pindaan ini mengubah dari sudut kuasa yang selama ini dalam banyak-banyak akta ada di dalam tangan Menteri. Saya masih ingat dalam perbahasan di Dewan Rakyat, Tuan Yang di-Pertua, apabila kita sentiasa mempertikaikan kenapa kuasa Menteri itu terlalu besar?
Jadi, hari ini kita telah didedahkan dengan satu saya kata “perpindahan” dengan memberikan kuasa yang lebih kepada isu-isu pentadbiran dalaman yang tak perlu kita rujuk kepada Menteri. Saya rasa ini satu pencapaian baharu yang dalam melaksanakan pindaan ini saya yakin perlu ada kepercayaan untuk soal-soal dalaman itu dikendalikan sendiri oleh suruhanjaya.
Selain itu, pindaan dari sembilan tahun kepada enam tahun itu juga saya kira sangat relevan kerana kadangkala apabila seseorang itu terlantik selama sembilan tahun dalam jangka yang panjang, mungkin dia tidak dapat untuk, orang kata apa? Dia dah terlalu lama di situ. Jadi, dia tidak boleh berfikir di luar daripada kotak untuk dia melihat idea-idea baharu dan pendekatan-pendekatan baharu.
Begitu juga saya ingin dalam pindaan yang kita buat ini Tuan Yang di-Pertua, supaya pindaan bagi mengukuhkan Suruhanjaya ini perlulah sesuai juga dengan pendekatan strategi untuk mengendalikan isu-isu krisis air yang hari ini merupakan satu fenomena alam yang diburukkan lagi dengan climate change. Saya ingin meminta penjelasan kepada kementerian, sejauh mana negara kita Tuan Yang di-Pertua, komited dengan dasar SDG bagi memastikan indikator kita mempunyai bekalan air yang bersih dan itu termasuk di dalam clean water sebagai sebahagian daripada indikator SDG?
Selain itu, minta pencerahan, apakah strategi yang akan digunakan oleh SPAN dalam melihat isu seperti kekurangan air?
Kedua, pencemaran air. Ketiga, infra yang tidak mencukupi. Serta masalah perubahan iklim yang kita sedang alami di mana ada yang berpendapat krisis COVID baru-baru ini hanyalah sebagai sebahagian kecil sahaja berbanding dengan future calamity. Musibah yang lebih besar iaitu climate change yang memberi kesan paling asas ialah tentang isu-isu air yang dicemari, bekalan air yang kekurangan, di mana hari ini hampir 74 juta orang penduduk dunia dikaitkan dengan penyakit yang berkaitan dengan air dan sanitasi. Manakala, dua bilion orang kanak-kanak masih kekurangan sumber air yang bersih.
Jadi, melihat kepada senario global yang ada hari ini Tuan Yang di-Pertua dan dengan melihat usaha untuk memperkemaskan pentadbiran SPAN dan cita-cita yang tinggi dalam pindaan ini, saya mohon supaya kualiti SPAN setelah kita setuju dan menyokong pindaan ini perlulah capai kepada satu tahap yang juga world-class dalam kita menangani isu-isu air di negara kita ini.
Saya juga ingin menyokong pandangan sahabat saya yang awal tadi bahawa perlu juga dilihat keanggotaan suruhanjaya ini dengan penglibatan wanita dan NGO yang saya kira mungkin boleh berfikir di luar kotak daripada sekadar formula yang rutin, yang mungkin tidak dapat membawa SPAN ini kepada satu tahap yang lebih memuaskan. Saya dengan itu Tuan Yang di-Pertua, menyokong pindaan ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat.
Sila Yang Berhormat Senator Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff.
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006 [Akta 654].
Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006 [Akta 654] telah memperuntukkan fungsi suruhanjaya seperti yang sudah diketahui seperti yang berikut.
Melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang perkhidmatan bekalan air dan pembetungan dan menimbang; dan mengesyorkan pembaharuan kepada undang- undang perkhidmatan bekalan air dan pembetungan. Memastikan daya pengeluaran industri perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan dan memantau pengendali mematuhi standard perkhidmatan yang ditetapkan obligasi kontrak dan undang-undang dan garis panduan yang berkaitan.
Seterusnya menasihati Menteri tentang mekanisme yang adil dan cekap bagi menentukan tarif yang adil kepada kedua-dua pengguna dan juga pemegang lesen dan melaksanakan tarif yang telah ditetapkan melalui mekanisme dan alat yang sesuai.
Tuan Yang di-Pertua, hampir 17 tahun SPAN ditubuhkan, namun masalah bekalan air bersih di negara kita masih membebani rakyat sama ada di bandar mahupun di luar bandar. Rakyat masih berdepan dengan cabaran infrastruktur yang tidak mencukupi menyebabkan pelbagai kawasan masih kekurangan akses kepada bekalan air selamat khususnya di kawasan pedalaman terutama tidak terkecuali di negeri Kelantan dan juga pedalaman Gua Musang, penempatan Orang-orang Asli.
Tuan Yang di-Pertua melalui pindaan akta, saya berharap tadbir urus dan penyampaian perkhidmatan menjadi lebih cekap dan efisien terutama dalam beberapa isu yang melibatkan pemantauan antara pihak suruhanjaya dan juga operator bekalan air.
Terutamanya dalam masalah paip uzur yang kebanyakan jangka hayat paip berusia lebih daripada 25 tahun yang menyalurkan air di Malaysia rata-rata sudah mencecah lebih 40 tahun.
Di Kelantan, paip iaitu jenis AC ataupun asbestos cement yang berusia lebih daripada 50 tahun. Sekiranya paip di seluruh negara tidak diganti dan terus ditangguhkan, kos penggantian saban tahun menjadi semakin meningkat dan masalah bekalan air akan menjadi semakin meruncing. Jadi, sistem perpaipan yang uzur ini yang menjangkau usia lebih 50 tahun. Di beberapa buah negeri menjadikan punca utama kadar air tidak terhasil ataupun NRW yang tinggi sehingga mengakibatkan Malaysia kerugian secara purata lebih RM2 bilion setahun. Jadi, lebih buruk keadaan apabila paip ini telah pecah dan sama ada sengaja ataupun tidak sengaja disebabkan oleh kemalangan, pembinaan bangunan ataupun lebuh raya.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, menurut laporan NRW bagi negeri Kelantan dianggarkan sebanyak 53 peratus dan keadaan ini menyebabkan bekalan air yang sepatutnya sampai di pili air di rumah tidak sampai sepenuhnya dan tidak mencukupi.
Faktor utamanya adalah disebabkan oleh kebocoran paip ataupun tangki akibat paip lama yang tidak dibaiki dan meter air yang tidak berfungsi dengan baik kerana rosak, tersekat atau telah di manipulasi.
Kadar NRW yang tertinggi adalah di kawasan saya sendiri Tuan Yang di-Pertua, iaitu sebanyak- di Bachok sebanyak 64.9 peratus, di Tanah Merah 63.3 peratus, Kuala Krai 58.3 peratus, Pasir Mas 56.8 peratus, Kota Bharu 54.1 peratus, Tumpat 51.1, Machang 44.2, Gua Musang 45.1 dan Pasir Puteh 48.3. Jadi, sehingga kini kemajuan pakej satu penukaran paip sejauh 104 kilometer sebanyak 69.68 peratus dan pakej dua kemajuan semasa sebanyak 27 peratus.
Jadi, saya mencadangkan kepada pihak Menteri supaya pendekatan satu iaitu dengan membaiki dan menambah tangki dan aset simpanan air dan juga pendekatan dua iaitu penukaran paip dilakukan secara sekali di Kelantan dengan mengambil kira beberapa jajahan di Kelantan yang telah selesai pendekatan satu dapat dilanjutkan dengan pendekatan dua dalam menangani masalah air tidak terhasil ini.
Tuan Yang di-Pertua, untuk akhirnya saya berharap dengan pindaan akta ini dapat menjadikan sistem tadbir urus SPAN menjadi lebih efisien dan cekap dan masalah air dapat diselesaikan dengan lebih cekap. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat.
Sila Yang Berhormat Senator Tuan Haji Hussin bin Ismail.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Senator Tan Sri Yang di-Pertua, sahabat-sahabat Ahli Dewan yang saya hormati dan saya kasihi sekalian.
Kita sangat menunggu-nunggu usaha untuk memperkasakan SPAN dan isu bekalan air dalam negara, saya fikir sehingga hari ini tak selesai-selesai. Di banyak kawasan masih lagi menjadi buruan masalah. Tambah-tambah lagi kalau kita pergi di pedalaman. Minta maaf Tan Sri Yang di-Pertua, Sabah dan Sarawak. Kawan-kawan di sana yang sebahagiannya bukan sekadar nak minum hanya bergantung pada air atap hujan tetap mengambil air di sungai-sungai yang agak tercemar. Saya bercakap sedikit melalui pengalaman misi-misi kebajikan yang saya selalu adakan di sana.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya fikir dalam kesempatan masa yang sikit ini, saya cuma nak sentuh dua, tiga perkara. Isu tadi tentang masalah air dan juga prasarana. Saya difahamkan jangka hayat penggunaan paip ini sekitar 25 tahun, tetapi hari ini jangka paip- paip yang dipasang Yang Berhormat Menteri, saya difahamkan ada yang sudah menjangkau lebih 40 tahun dan perkara ini barangkali perlu diberi perhatian. Tanpa saya menyebut perincian daripada segi fasa dan fasa. Kemudiannya, saya juga melihat ada ruang untuk kita melihat prospek-prospek tambahan.
Dalam- tadi Dr. Mujahid ada menyebut tentang bencana yang bakal timbul.
Menurut NAHRIM, saya meneliti data yang dikeluarkan oleh NAHRIM. Kalau tak betul diperbetulkan, yang menggambarkan kemungkinan bencana besar kemarau bakal berlaku bermula tahun 2025 dan sehingga dijangka sampai 10 tahun. Tahun 2035.
Apakah yang pihak kementerian khususnya SPAN membuat satu- kerangka perancangan jangka panjang untuk mendepani ini? Sebab ini, bukan sahaja isu masalahnya tentang air minum, tetapi juga nantinya ialah tentang pertanian dan lain-lain.
Saya harap kementerian juga dapat memberi tumpuan kepada perkara yang sedang diresahkan yang hari ini kita bicara tentang food security yang juga menjadi ancaman untuk kemungkinan produktiviti makanan asasi khususnya juga akan terancam dalam tempoh yang kalau betul tidak jauh.
Yang ketiganya ada ruang saya fikir sekarang ini kita berada dalam negara yang hari ini hujan yang banyak. Kalau di negara-negara tertentu, di Malaysia ini misalnya air bekalan air mari sekali paling tidak sekali setahun dengan banjir besar, tetapi kita tidak memanfaatkan air banjir itu.
Saya difahamkan kalau di Sydney, di Australia dulu juga mereka mendepani masalah banjir, tetapi dia mewujudkan underground tunnel ataupun underground water reservoir yang digerakkan sehingga akhirnya dia bukan sekadar menyelesaikan isu bekalan air, tetapi juga ialah untuk sekali gus- untuk tujuan irrigation, pertanian dan lain- lain.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Adakah ruang ini juga boleh kita fikirkan dalam konteks di negeri-negeri yang berdepan dengan banjir tahunan seperti di Terengganu, di Kelantan, di Kedah, di Pahang dan lain-lain. Dan mungkin kah itu juga jadi bakal sumber bekalan air yang boleh kita tampung. Memang kosnya sangat besar, tetapi saya fikir ini merupakan masalah sekuriti juga untuk masa yang akan datang.
Di samping itu, NAHRIM saya fikir menggerakkan kajian yang agak panjang tentang rain water harvesting, tetapi saya tengok program ini belum dikembangkan.
Walhal, kita sebenarnya di setengah-setengah tempat mungkin isu bekalan air di simpanan air empangan-empangan kadang-kadang bermasalah. Betul memang itu pun sumber daripada hujan, tetapi inovasi kepada Program Bekalan Air Negara melalui sumber air hujan boleh perlu ditingkatkan.
Yang terakhir, saya ingin hendak dapat penjelasan berhubung dengan program dahulu saya tidak pasti suruhanjaya ke tidak wakaf air di bawah KASA. Apakah benda ini masih lagi berfungsi? Saya difahamkan ada dana dahulu di bawah Jawatankuasa Wakaf Air ini dan apakah pihak-pihak lain boleh membantu khususnya di kawasan pedalaman yang mereka tidak punya prasarana untuk bekalan air, tetapi mungkin pendekatan bekalan air melalui sistem wakaf ini dapat dikembangkan.
Saya sangat juga teliti dengan apa yang berlaku di Indonesia. Satu analisis mengatakan, Jakarta bakal tenggelam puncanya kerana air bawah tanah, tetapi mungkin satu proses untuk dibuat pemantauan yang lebih serius boleh membantu juga sumber air bawah tanah sebagai penyelesaian kepada sebahagian permasalahan air khususnya di pedalaman. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Waalaikumsalam warahmatullahi. Terima kasih.
Yang Berhormat Senator Tuan Musaddok bin Ahmad.
Tuan Musoddak bin Ahmad
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberikan peluang saya untuk serta dalam Rang Undang-undang Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Pindaan) 2023 pada hari ini.
Saya ingin menyentuh beberapa aspek yang melibatkan pengurusan bekalan air domestik negara sebagai satu sandaran kepada pindaan yang dibentangkan pada hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, pengurusan bekalan air memerlukan tanggungjawab bersama kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri. Kita sedia maklum bahawa negeri tidak mempunyai kedudukan kewangan yang mencukupi untuk membangunkan infrastruktur air termasuklah dalam soal pembangunan loji rawatan air mahupun menurunkan kadar air terawat NRW dan sebagainya.
Oleh sebab itu, atas dasar tanggungjawab kebanyakan negeri terpaksa bergantung pada kedudukan yang disediakan di persekutuan bagi membangunkan infrastruktur bekalan air ini. Dalam isu ini, saya mengharapkan agar Kerajaan Persekutuan dapat meneruskan projek-projek pembangunan dan penaiktarafan lima buah loji rawatan air khususnya di negeri Kedah. Jadi, adakah perkembangan terkini berhubung pembinaan projek berkenaan dan bila jangkaan projek ini dapat disiapkan.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh berkenaan dengan isu ekstrak air oleh Pulau Pinang dari Hutan Simpan Ulu Muda. Isu ini telah banyak kali dibangkitkan dan kami mengharapkan agar kementerian dapat memberikan perhatian yang serius terhadap isu yang dibangkitkan. Kalau kita ambil pendekatan penggunaan air juta liter sehari atau MLD Pulau Pinang menggunakan 1,200 MLD manakala Kedah hanya menggunakan 750 MLD. Sepertinya penggunaan air oleh Pulau Pinang lebih besar dari Kedah sedangkan berdasarkan kepada undang-undang riparian hak yang layak untuk digunakan oleh penggunaan hanya lima peratus sahaja.
Oleh sebab itu, saya berpandangan perlu ada satu mekanisme pembayaran fi penyelenggaraan bagi menyelesaikan polemik air di sini. Dalam ekonomi yang disebut sebagai opportunity cost atau kos melepas yang terpaksa ditanggung sebelah pihak sahaja. Jadi, amat wajar Kerajaan Persekutuan campur tangan dan dapat bertindak sebagai orang tengah dan membawa penyelesaian isu ini dengan pertimbangan yang adil.
Isu seterusnya yang saya ingin bangkitkan adalah berkenaan empangan dan loji rawatan air yang kritikal ketika ini. Saya ingin mengetahui apakah pelan tindakan daripada kementerian bagi mengatasi isu peratusan simpanan di empangan dan muka sauk Loji Rawatan Air yang kritikal ketika ini. Kita pernah berhadapan dengan situasi beberapa empangan dan loji rawatan air yang mempunyai simpanan yang rendah dan hanya boleh bertahan dalam tempoh 40 hari sehingga empat bulan.
Maka, suatu pelan kontingensi sangat diperlukan bagi memastikan aspek mitigasi risiko dapat dicapai. Oleh itu, apakah isu ini telah diatasi oleh kementerian khususnya agensi SPAN sendiri dan sejauh mana kerjasama strategik telah dilaksanakan melibatkan kerajaan negeri?
Tuan Yang di-Pertua, perkara terakhir perbahasan saya menyentuh pindaan pada fasal empat yang memberikan ruang kepada Suruhanjaya untuk memberikan pinjaman dan biasiswa kepada pekerja tanpa memerlukan kelulusan Menteri. Saya ingin mengetahui lebih lanjut mengenai bentuk biasiswa yang ditawarkan oleh Suruhanjaya khusus kepada pekerja-pekerja yang bekerja di bawah Suruhanjaya.
Adakah di sana pihak Suruhanjaya meletakkan syarat bagi kursus tertentu yang perlu diambil untuk membolehkan mereka ditawarkan dengan biasiswa. Saya juga ingin mengetahui apakah Suruhanjaya juga mempunyai perancangan Kajian Pembangunan Bekalan Air yang strategik untuk diterokai melalui kajian di peringkat doktor falsafah.
Kajian-kajian ini pada akhirnya akan membantu menambah baik operasi dan pembangunan strategik pengurusan bekalan air negara. Ini supaya pihak Suruhanjaya dapat menentukan hala tuju kajian-kajian akademik dan pemberian biasiswa ini dapat memberikan nilai tambah kepada Suruhanjaya tersebut. Mohon, penjelasan kementerian.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat.
Saya jemput Yang Berhormat Senator Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris.
Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh, salam sejahtera. Tuan Yang di- Pertua, pertamanya saya hendak mengucapkan terima kasih kerana memberikan peluang untuk saya sama-sama membahaskan Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006 [Akta 654*] seperti yang disebut oleh rakan-rakan saya sebelum ini soal bekalan air.
Soalan masalah air ini masalah yang sejagat yang boleh dikatakan terutamanya negeri-negeri di Pantai Timur, negeri Utara Kedah yang mempunyai masalah yang besar untuk mendapatkan bekalan air bersih.
Jadi, minta pihak kementerian khususnya Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara melihat benda ini supaya ia nya diberikan perhatian melalui dana-dana, peruntukkan- peruntukkan yang sepatutnya diberikan supaya isu bekalan air ini kita sudah lama berlarutan.
Dan kita ini sudah merdeka sudah lama dah, tetapi masalah asas bekalan air untuk rakyat ini masih ada kawasan-kawasan terutamanya kawasan luar bandar masih belum dapat bekalan air bersih dengan sempurna.
Tan Sri Yang di-Pertua, kalau kita lihat kepada pindaan seksyen 34 yang memperincikan perihal kelulusan ini iaitu hak berkontrak bagi nilaian bawah RM10 juta.
Keputusan kontrak tidak memerlukan kelulusan Menteri. Manakala kontrak yang bernilai lebih daripada RM10 juta memerlukan kelulusan Menteri. Pindaan pada seksyen ini memberikan kebebasan kepada Suruhanjaya untuk merancang, membuat tindakan khusus bagi perkara-perkara penting dan mengurangkan karenah birokrasi yang mana ia- selari dengan Pelan Keselamatan Air (WSP).
Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris
Namun, dalam kelulusan kontrak di bawah RM10 juta tadi, memerlukan satu mekanisme ataupun SOP untuk menentukan kelulusan kontrak itu di peringkat suruhanjaya bagi mengelakkan berlakunya penyelewengan. Jadi, sepatutnya pemantauan secara berkala terhadap dokumen kontrak itu perlu dilakukan.
Tan Sri Yang di-Pertua, berhubung dengan perkhidmatan air di negara kita ini, isu masalah paip uzur, paip yang berusia yang ada, yang lebih daripada seperti yang disebutkan tadi, lebih daripada 40 tahun. Pada hal, jangka hayat yang disebut, paip kita ini hanya sepatutnya 25 tahun. Jadi, kita hendak minta pihak yang berkenaan bertanggungjawab supaya paip-paip air yang masih berusia, yang uzur, perlu digantikan kerana kalau kita teruskan penggunaan paip tadi, proses penggantian saban tahun semakin meningkat.
Sistem perpaipan uzur yang menjangkau usia 40 tahun tadi, terutamanya di beberapa buah negeri menjadi punca utama kepada air tidak terhasil (NRW) yang tinggi sehingga mengakibatkan Malaysia kerugian secara purata RM2 bilion setahun. Lebih memburukkan keadaan apabila paip itu turut pecah sama ada disengajakan ataupun tidak. Disebabkan kemalangan, pembinaan bangunan, lebuh raya dan sebagainya.
Proses pembaikan pula boleh mencecah sehingga enam bulan bagi kes-kes yang melibatkan paip utama, terutamanya paip-paip yang bersaiz besar.
Berdasarkan statistik Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), dianggarkan 10,000 kerja pembaikan paip setiap bulan. Tiga faktor utama non-revenue water (NRW) yang tidak berhasil iaitu:
(i) kebocoran paip atau tangki;
(ii) meter air yang tidak berfungsi dengan baik dan rosak, tersekat atau di manipulasi; dan
(iii) kecurian air, yang membuat sambungan haram iaitu sambungan paip air tanpa melalui meter yang berdaftar dengan operator air.
Saya mengambil kesempatan ini juga untuk mengesyorkan kepada pihak SPAN supaya meneruskan Skim Wakaf Air yang telah dilaksanakan sebelum ini dan saya kebetulan pernah sebagai ADUN. Di DUN, saya menguruskan Skim Wakaf Air ini dengan peruntukan RM50,000 dengan konsep gotong-royong. Jadi, kita hendak minta peruntukan ini ditambah. Kalau sebelum ini RM50,000, kita hendak minta mungkin siling peruntukan untuk proses untuk dapat bekalan air atau konsep gotong-royong ini kita naikkan kepada pembekalan barang asas kepada RM100,000. Jadi, setakat itu dahulu. Saya mohon menyokong. Sekian. Wallahu a'lam. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Azhar bin Ahmad.
Datuk Dr. Azhar bin Ahmad
Tan Sri Speaker. Saya masih lagi- saya minta pass, sakit. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, terima kasih.
Dengan itu, maka saya menjemput Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Ahmad Azam bin Hamzah.
Dato’ Dr. Ahmad Azam bin Hamzah
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberi keizinan untuk saya berbahas mengenai Rang Undang-undang Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006 iaitu Akta 654 (Pindaan) 2023.
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara iaitu SPAN merupakan agensi di Malaysia yang bertanggungjawab untuk mengawal dan mengurus urusan air di Malaysia.
Kecekapan dalam pengurusan air bukan sahaja memastikan ketersediaan air yang mencukupi, tetapi juga berperanan dalam pemeliharaan alam sekitar, kesihatan masyarakat dan pembangunan ekonomi.
Oleh itu, penting untuk kita untuk terus ditingkatkan dan mengoptimumkan sistem pengurusan air negara bagi memenuhi cabaran masa hadapan negara. Jadi, saya amat bersetuju, walaupun agak lewat pindaan akta ini kerana saya rasa selama ini Menteri banyak mengawal Suruhanjaya Perkhidmatan Air ini yang sehinggakan hendak buka akaun bank pun saya rasa mungkin perlu meminta kebenaran Menteri.
Walau bagaimanapun, walaupun terlambat, tetapi saya rasa sudah tiba masanya sebab saya rasa selepas ini kita ingin bangunkan negara dengan begitu cekap dan pantas, sebab itu kita perlu sangat kepada bekalan air dan saya rasa sudah agak bertepatan dengan masanya. Saya ambil contoh seperti kelulusan ataupun pindaan untuk berkontrak jumlah yang kurang daripada RM10 juta. Suruhanjaya boleh ataupun SPAN boleh menguruskan sendiri kontrak-kontrak berkenaan.
Saya rasa itu selaras dengan keperluan air untuk semua rakyat yang orang kata, air ini adalah perlu sangat. Kalau dalam kehidupan, sebahagian besar dalam kehidupan, 70 peratus daripada kehidupan, contohnya manusia atau tumbuh-tumbuhan, 70 peratus itu h air. Jadi, begitu penting. Berat kita sebenarnya, berat air sebahagian besarnya kerana 70 peratus air. Jadi, begitu pentingnya air. Kalau SPAN boleh menguruskan sendiri perbelanjaan kurang dari RM10 juta, jadi saya rasa itu satu perkara yang baik, yang apa- apa projek, yang terutamanya yang kecemasan, saya rasa dapat diberi keutamaan untuk diperbetulkan.
Seterusnya, kalau projek RM10 juta hingga RM50 juta mungkin memerlukan Menteri dan seterusnya RM50 juta ke atas perlu kebenaran daripada Menteri serta Menteri Kewangan. Jadi, saya rasa ini suatu perkara yang amat baik dan selama ini sebagaimana yang saya kata tadi, mungkin dikongkong sepenuhnya oleh Menteri.
Perkara yang seterusnya saya rasa yang memberi peluang dan ruang kepada kakitangan suruhanjaya iaitu pemberian biasiswa. Macam saya kata, sepatutnya daripada dahulu, walaupun terlambat, tetapi ini memberi ruang kepada SPAN sendiri untuk mendapatkan kepakaran baharu.
Jadi, saya rasa walaupun mengambil masa, tetapi ia nya memberi orang kata, win-win situation, dengan izin, kepada kakitangan dan juga kepada SPAN itu sendiri.
Sebab SPAN berpeluang menghantar kakitangannya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang tertentu yang SPAN rasa lebih agak sesuai untuk diterokai dan begitu juga kakitangan mempunyai peluang dan ruang untuk menyambung pelajaran dan akhirnya orang kata, menyumbang semula kepada SPAN. Jadi, ini amat perlu untuk kemajuan SPAN pada masa-masa akan datang.
Di samping saya rasa dalam fasa yang seterusnya iaitu pelantikan anggota. Kalau dahulu sepuluh tahun, satu sesi sepuluh tahun. Jadi, sekarang ini disingkatkan kepada enam tahun. Jadi, saya rasa SPAN ini perlukan orang yang berwibawa, yang mempunyai idea yang inovatif. Sebab saya rasa dalam dunia moden ini banyak perkara yang telah- yang perlu kemodenan sebenarnya, jadi kita perlu. Mungkin yang mana tidak efisien itu, mungkin SPAN boleh ganti, jika orang kata tempoh khidmatnya selama enam tahun.
Jadi, ini amat perlu, tetapi yang terpenting saya rasa, sebagaimana yang diutarakan oleh YB Nasir tadi iaitu non-revenue water terlalu tinggi di Malaysia, sehinggakan kita kehilangan lebih kurang tujuh juta liter sehari dan kita kerugian dua bilion setahun.
Dato’ Dr. Ahmad Azam bin Hamzah
Jadi, kalaulah perkara ini dapat diatasi, saya rasa- mungkin modalnya tinggi untuk mengatasi, tetapi kita juga kerugian yang begitu tinggi, RM2 bilion setahun. Jadi, kalau kita boleh mencari jumlah RM2 bilion untuk menyelesaikan satu buah negeri ke satu negeri, saya rasa kita dapat menjimatkan banyak kos.
Jadi, saya rasa itu sahajalah. Jadi, saya sokong sepenuhnya RUU 27/2023 ini.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Dato’.
Saya jemput Yang Berhormat Senator Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R.
Arunasalam.
Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam
Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Tan Sri Yang di-Pertua, saya bersyukur kerana dapat berbahas dalam Rang Undang-undang Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Pindaan) 2023.
Berkenaan pindaan seksyen 9, had tempoh keanggotaan SPAN dikurangkan dari lima penggal ke-tiga penggal. Saya mengalu-alukan pengurangan had tempoh dari lima penggal ke-tiga penggal kerana ia membenarkan barisan generasi baharu untuk memainkan peranan penting dalam pentadbiran bekalan air dan pembangunan negara kita. Walau bagaimanapun, pengurangan had tempoh juga bermakna SPAN akan memerlukan lebih ramai pakar dalam bidang pengurusan air bagi menggantikan mereka yang telah tamat tempoh perkhidmatan.
Di sini, saya ingin bertanya kepada Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, adakah formula peralihan kuasa atau, dengan izin, succession plan yang dipertimbangkan oleh kementerian dalam mendapatkan mereka yang benar-benar layak untuk memimpin SPAN? Daripada segi pendidikan, adakah usaha oleh kerajaan setakat ini dalam memupuk minat generasi baharu terhadap bidang pengurusan air dan apa sokongan yang diberikan kepada mereka yang bakal menjadi pakar pengurusan air, dengan izin, aspiring experts?
Berkenaan pindaan seksyen 16, saya juga menyokong pindaan yang menghapuskan kuasa SPAN untuk meminjam wang kepada pekerja. Ini dapat mengurangkan risiko kemungkiran pinjaman daripada pekerja dan juga mengurangkan insiden pecah amanah, breach of trust. Terdapat banyak platform pembiayaan di pasaran yang boleh diakses oleh pekerja SPAN seperti skim pinjaman mikro dengan kadar keuntungan rendah. Tiada sebab sebuah agensi kerajaan berperanan sebagai pemberi pinjaman kewangan.
Namun, mengambil kira sumbangan pekerja-pekerja SPAN yang bekerja tanpa jemu dan sentiasa memastikan bekalan air dan sistem pembetungan kita stabil, berkualiti dan lestari, saya cadangkan SPAN bekerjasama dengan bank-bank tempatan seperti BSN, Bank Islam, Bank Rakyat dan lain-lain dalam memudahkan proses permohonan pinjaman pekerja SPAN.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga menyarankan agar kerajaan dapat mengekalkan skim biasiswa kepada pekerja SPAN bagi tujuan meningkatkan kemahiran ataupun upskilling. Biasiswa SPAN tersebut boleh terhad kepada kursus pendidikan tinggi berkait dengan bidang pengurusan air seperti sarjana dasar awam, kejuruteraan dan sebagainya.
Tan Sri Yang di-Pertua, seterusnya, saya juga ingin mengulas sedikit berkenaan isu bekalan air. Fokus utama kerajaan iaitu menjamin bekalan air dan sumber air yang selamat secara berterusan kepada rakyat di samping meningkatkan akses bekalan air.
Saya ingin bertanya kepada Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, bagaimana kerajaan mengawal selia pengurusan sumber di setiap negeri bagi mengatasi masalah perbekalan air, memandangkan masih terdapat banyak tempat yang mengalami isu ini, khususnya di kawasan pedalaman?
Sesungguhnya, kita- semua mengharapkan satu keterjaminan bekalan air ini dapat diselesaikan secara menyeluruh. Namun begitu, yang pelik adalah di abad ke-21 ini, sesetengah negeri masih bergantung kepada air perigi sebagai sumber air mereka.
Apabila berlakunya banjir, kita ada air di rumah, tetapi tidak ada bekalan air yang selamat untuk diminum.
Izinkan saya berkongsi sedikit tentang isu ini di negeri kelahiran saya. Negeri Pulau Pinang mengalami isu keterjaminan sumber air yang saya rasa agak serius. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Perak kerana sudi membantu negeri jiran, Pulau Pinang dengan penjualan air terawat ke Pulau Pinang.
Semangat kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain seperti ini berlaku kerana Kerajaan Negeri Perak dengan Pulau Pinang wajar dicontohi oleh semua negeri atau wilayah Malaysia. Inilah Malaysia Madani yang Perdana Menteri sering mempromosikan.
Saya juga ingin mengkritik seorang Menteri Besar yang kurang cerdik dan kurang bertanggungjawab, yang mempolitikkan isu air sungai dan mengancam bekalan air Pulau Pinang dan mempersoalkan kedaulatan negeri Pulau Pinang.
Saya setuju dengan kenyataan Pengerusi SPAN, Charles Santiago bahawa setiap negeri harus berkongsi sumber air. Beliau juga membangkitkan satu perkara yang baik iaitu ketidakpatuhan negeri yang memiliki kuasa untuk menjadikan negeri lain sebagai tebusan atau hostage berhubung sumber air. Kita- semua rakyat Malaysia dan kita perlu jadikan teladan hakiki antara satu sama lain. Bukannya mengorbankan satu sama lain demi keuntungan jangka pendek. Profiting at expense of each other. Satu minit lagi, Tan Sri?
Di sini, saya juga ingin bertanya kepada Menteri, berapakah anggaran harga seliter air yang terawat yang bakal dibeli dari negeri Perak? Adakah rakyat Pulau Pinang akan terpaksa membayar bil air yang lebih tinggi susulan daripada perjanjian pembelian air itu?
Tan Sri Yang di-Pertua, seterusnya, saya ingin membangkitkan isu, dengan izin, non-revenue water (NRW). Berdasarkan Laporan SPAN, purata non-revenue water negara iaitu 37.2 peratus pada tahun 2022. Ini mengakibatkan pembaziran 7.08 juta liter air terawat setiap hari dan kerugian sekitar RM2 bilion setahun. Saya ulangi. Ini mengakibatkan pembaziran 7.08 juta liter air terawat setiap hari dengan kerugian sekitar RM2 bilion setahun.
Antara punca berlakunya isu ini adalah kerana kebocoran sistem fizikal infrastruktur bekalan air, kecurian air melalui penyambungan haram atau kegagalan meter air berfungsi dengan tepat. Saya ingin menegaskan bahawa masalah kecurian air memerlukan penguatkuasaan yang ketat. Jadi, apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi isu ini secara menyeluruh?
Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya ingin mengucapkan syabas kepada Tuan Charles Santiago dan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dan juga kepimpinan mereka masing-masing di SPAN dan kementerian. Kepimpinan mereka memastikan bekalan air kita diurus secara baik dan mampan.
Seperti yang dikatakan sebelum ini, air merupakan antara hak asasi utama bagi setiap manusia. Tanggungjawab kita adalah untuk, dengan izin, protect, use it wisely and bring it to the next generation. Ini merupakan langkah pertama yang betul towards water security in Malaysia, dengan izin.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya menyokong pindaan ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Yang Berhormat.
Sila, Yang Berhormat Senator Datuk Haji Aziz bin Ariffin.
Datuk Haji Aziz bin Ariffin
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tan Sri Yang di-Pertua, pertama sekali, saya ucapkan tahniah kepada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara yang telah pun merangka dan melakukan pindaan kepada rang undang-undang ini yang merupakan sebahagian antara proses yang perlu dijalankan demi kepentingan masa hadapan bekalan air negara.
Kita- semua maklum bahawa dalam keadaan perubahan cuaca atau perubahan iklim, air akan menjadi satu sumber yang amat diperlukan oleh semua rakyat.
Datuk Haji Aziz bin Ariffin
Malah ia dianggap sebagai sumber yang mungkin lebih bernilai daripada minyak kerana kekurangan air ini akan menjadi mungkin sesuatu perebutan di antara negara- negara ataupun negeri-negeri sehingga mungkin boleh mencetuskan peperangan. Oleh yang demikian, adalah penting untuk badan-badan pengawal selia seperti SPAN dapat memainkan peranan dan menjalankan tugas mereka. Saya lihat pindaan ini merangkumi beberapa aspek penting dalam akta ini termasuk penambahbaikan prosedur kewangan, kebajikan pekerja, tempoh ahli ataupun anggota suruhanjaya dan yang lain-lain.
Saya menyambut baik usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk memberikan biasiswa kepada pekerja dalam industri perkhidmatan air di bawah seksyen 24. Sudah semestinya inisiatif ini bukan sahaja dapat meningkatkan motivasi pada pekerja, tetapi juga merupakan satu pelaburan jangka masa panjang untuk meningkatkan tenaga kerja yang berprestasi tinggi yang diperlukan oleh negara. Bagi membantu proses pemberian bantuan biasiswa ini saya mencadangkan, agar panel, ataupun Jawatankuasa ditubuhkan oleh Suruhanjaya bagi memastikan proses terbabit berjalan dengan lancar dan tanpa sebarang tekanan daripada pihak luar.
Dengan langkah ini, kita dapat memastikan bahawa pemilihan calon yang layak dapat dilakukan dengan lebih teliti dan lebih efisien sejajar dengan matlamat kerajaan untuk melahirkan tenaga kerja yang berprestasi tinggi. Saya ingin mendapatkan penjelasan secara terperinci daripada pihak kementerian. Apakah bentuk garis panduan atau ketetapan yang bakal diguna pakai bagi memilih pekerja yang layak untuk menerima biasiswa ini?
Seterusnya, saya ingin menyentuh sedikit berkenaan seksyen 31 iaitu membuka dan menyelenggarakan akaun. Keadaan ini membolehkan SPAN menyelenggarakan akaun bank sendiri tanpa perlu berunding dengan Menteri. Soalan saya, bagaimanakah sekiranya ada isu tata kelola dan bagaimana kerajaan ingin memastikan pengurusan yang telus tanpa sebarang ketirisan berkenaan kewangan SPAN? Begitu juga dengan seksyen 35 iaitu penetapan tatacara kewangan di mana tatacara kewangan ditentukan sepenuhnya oleh suruhanjaya tanpa perlu mendapat kelulusan Menteri.
Jadi persoalannya, adakah keadaan check and balance yang akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk memastikan tiada isu yang berbangkit dalam pengurusan kewangan SPAN. Tan Sri Yang di-Pertua, berikutnya saya ingin merujuk fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 9 iaitu perubahan berkaitan tempoh penggal Ahli Suruhanjaya.
Dalam pindaan ini tempohnya dipendekkan dari 10 tahun kepada 6 tahun.
Langkah ini memang dialu-alukan dan ia akan memberi peluang kepada suruhanjaya supaya lebih fokus dengan lebih khusus dan selaras dengan pemilihan Ahli- ahli Suruhanjaya yang lebih relevan dengan teknologi terkini. Dalam masa yang sama pindaan ini juga memberi peluang yang lebih luas kepada para pakar untuk berkongsi ilmu dan pengalaman mereka.
Walau bagaimanapun, saya hendak meminta kementerian juga supaya memastikan bahawa perubahan ini tidak mengorbankan kesinambungan dan kelestarian Suruhanjaya supaya boleh menumpukan kepada kelangsungan organisasi dan kebolehan untuk meneruskan perancangan jangka panjang.
Sebab ia nya penting agar segala usaha dan rancangan yang dibuat dapat ditentukan dan diperbaiki dari semasa ke semasa agar SPAN dapat melaksanakan fungsinya dengan lebih cekap dan holistik sepenuhnya. Seterusnya, menyelesaikan masalah air yang masih membelenggu negara kita.
Akhir sekali berkaitan dengan fasal, pindaan fasal 8 bertujuan untuk menambah peruntukan baru iaitu seksyen 23A bagi mewujudkan punca kuasa untuk membolehkan SPAN membangun prosedur pengurusan tatatertib sendiri. Dalam isu ini, saya ingin membangkitkan persoalan, apakah terdapat sebarang bentuk garis panduan atau ketetapan untuk melindungi hak pekerja supaya kita dapat mengelak daripada penyalahgunaan kuasa atau ketidakadilan terhadap pekerja?
Akhir kata, saya berharap dengan setiap pindaan ini ia dapat membantu pihak SPAN sebagai sebuah organisasi yang penting untuk kehidupan rakyat Malaysia, untuk berfungsi dengan lebih cekap, telus, baik dan mengawal selia industri air di negara kita.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat.
Saya jemput sekarang Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Anifah bin Aman.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Anifah bin Aman @ Haniff Amman
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tan Sri yang saya kasihi, Yang di Pertua. Perjuangan kita belum berakhir lagi dan pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas peluang yang diberikan untuk ikut sama meminda Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.
Tan Sri Yang di-Pertua saya setuju, saya sokong dengan rang undang-undang ini, tetapi saya mahu Menteri, Menteri masih ada lagi di sini dan rakan-rakan mendengar rintihan-rintihan rakyat Labuan. Saya mahu tanya dengan Yang Berhormat Menteri, ada pernah ke Labuan- belum? You must go and visit Labuan. It’s a beautiful island- cantik, tetapi kemungkinan Yang Berhormat tidak akan mandi empat hari pasal tidak ada air.
All these, apa yang dibentangkan ini cantik, saya setuju dan ulasan-ulasan tentang kuasa, tentang biasiswa, tentang akaun bank, is very nice to hear, to listen, tetapi untuk rakyat Labuan its means nothing. Tidak ada ertinya kalau air tidak ada. Now, yang pelik sangat Yang Berhormat Menteri, Labuan dahulu Menteri Wilayah Persekutuan, beberapa Menteri, KSU juga menjadi Pengerusi Perbadanan Labuan but Labuan punya salah air is very simple. Satu, maintenance paip yang bocor sudah 30 tahun, 40 tahun.
Kedua, peruntukan kalau tiada peruntukan tidak boleh buat maintenance, kalau kita tidak boleh buat maintenance rakyat yang menderita. Now, saya sekarang dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan, I want to invite investor. Saya menjemput investor Tan Sri Yang di Pertua and tiga, this Fortune 500 companies datang but when kita kasi briefing- ditanya ini, ini, ini dan we cannot hide the fact yang kita, air dengan power ini tidak mencukupi di Labuan dan keputusan *they just leave like that, thank you very much.
Now how,* macam mana kita hendak membantu memajukan Labuan kalau the basic infrastructure, air, electric, tidak ada? But all this yang kita dengar nice to listen Yang Berhormat Dominic, very nice to listen but little thing. Macam kita diibaratkan macam budak-budak kecil ini- menangis di kasi gula-gula, candy. Sampai bilakah kita nak kasi candy sahaja? Sampai bilakah budak-budak ini menangis sahaja? To me hampir-hampir shameful. Saya mantan Menteri Luar, kontraktor some ini Foreign Minister please come to Labuan and then ada satu kumpulan pemain golf daripada Korea. Apabila saya jemput mereka datang. Three days holiday dia kata mereka, they cannot have too long. Main golf, lepas golf air tiada mahu mandi. Aduh! Saya kata apa kemungkinan kita beli mineral water daripada botol-botol ini, biarkan dia mandi.
Nah! Sampai tahap begitu Tan Sri Yang di-Pertua. Now, itu yang saya katakan dengar ini, ini pinda, ini apa, semua ini. Come to Labuan, datang ke Labuan lihat dan tengok keperitan rakyat Labuan, baru kita mengerti. Kalau kita tidak pergi ke Labuan, kita berucap di Dewan yang mulia ini, kita menjawab soalan-soalan, tetapi penderitaan Labuan, rakyat Labuan tidak dirasai oleh pemimpin-pemimpin maka tidak ada ertinya semua ini, but saya berterima kasih.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Anifah bin Aman @ Haniff Amman
Ini pertama kali bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ini kewangan- permasalahan kewangan, the allocation, dia allocate RM1.1 billion Kelantan, Sabah dengan Labuan. Thank you very much. Terima kasih. *At least there’s a light at the end of the tunnel, you know...
[Tepuk]* Tetapi implementasinya lagi penting. Pastikan bahawa ada duit, ada apa semua, laksanakan dengan baik. Dalam saya call multinational companies untuk- kalau ikut tender secara open tender, jangan ada favoritism, jangan ada political punya interference. Go for the best contractors supaya masalah air Labuan mungkin tidak 100 peratus dapat diselesaikan, tetapi sekurang-kurangnya ada perbezaan daripada dulu.
So, ini pertama kali bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memaklumkan and kita di Sabah, sama di Labuan ini, you feel elated, senang hatinya, tetapi ada di sudut-sudut itu mengatakan, is it real? Sama ada will there be a reality, dengan izin, dengan apa yang disoalkan.
So, Yang Berhormat Menteri, saya sebagai wakil Labuan, please come to Labuan.
[Ketawa] Boleh? It’s very nice-lah. Labuan is very nice. If you play golf, I can play golf with you but saya tak jamin kalau selepas golf itu, you boleh ada air mandi atau tidak...
[Ketawa] Okey?
Jadi Tan Sri Yang di-Pertua, saya tahu Tan Sri Yang di-Pertua dengan saya, kita frontliners bukan sahaja domestik, tetapi international. Ini masalah seumpama ini kita sudah suarakan demi suarakan, demi suarakan. This is saya katakan daripada umur negeri kita Tan Sri Yang di-Pertua, if you cannot do something positive, I think is too late for us to fight for our next generation, but please, saya minta, merayu ini, merayu ini supaya duit yang RM1.1 billion itu dikeluarkan secara kalau boleh tuntas dan boleh kita usahakan dan kita gunakan untuk menyelesaikan masalah air Labuan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Tan Sri. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Senator Datuk Noraini binti Idris.
Datuk Judiet binti Fidilis @ Noraini binti Idris
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk bersama-sama membahaskan Rang Undang- undang Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006. RUU Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006 ini sudah pun berkuat kuasa lebih 16 tahun. Bagi saya mana-mana rang undang-undang yang bukan sahaja rang undang-undang ini, tetapi mana-mana rang undang-undang perlu dipinda jika ada keperluan semasa negara untuk kekal relevan dan penambahbaikan.
Saya mengambil bahagian dalam perbahasan ini walaupun Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006 ini menjalankan peranan dan fungsinya sebagai badan kawal selia perkhidmatan bekalan air dan pembetungan di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja, tidak termasuk Sabah dan Sarawak.
Saya sebenarnya bersetuju dengan pandangan yang disuarakan oleh rakan Senator tadi, Tan Sri Anifah Aman mengenai masalah air ya yang berlaku di Sabah, tetapi saya tidak mahu bercakap mengenai masalah air di Sabah sebab Rang Undang-undang Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006 ini tidak extended to Sabah dan Sarawak.
Dia cuma di Semenanjung dan di Wilayah Persekutuan Labuan.
Jadi beralih kepada cadangan pindaan. Pertama sekali saya ingin mendapatkan penjelasan berkaitan pindaan fasal 2 yang bertujuan untuk meminda seksyen 9 iaitu memendekkan tempoh lantikan anggota Suruhanjaya daripada sepuluh tahun kepada enam tahun. Jadi persoalan saya ialah adakah tempoh enam tahun ini adalah tempoh yang paling bersesuaian atau ia nya boleh dipendekkan lagi sekitar empat ke-lima tahun maksimum? Malahan pada masa ini, adakah prestasi anggota dinilai setiap tahun atau bagaimana prosesnya?
Saya juga menyambut baik usaha yang dilaksanakan oleh kementerian untuk memberikan biasiswa kepada pekerja dalam industri perkhidmatan air. Usaha ini adalah baik demi memastikan mutu perkhidmatan pekerja dapat dipertingkatkan kerana apabila pekerja diberi peluang mempertingkatkan ilmunya dengan mengikuti kursus-kursus ataupun latihan, ia boleh mempertingkatkan kualiti perkhidmatan mereka. Merujuk kepada pinjaman dan biasiswa di bawah seksyen 24 atau sama yang diperuntukkan bahawa perkara mengenai pemberian pinjaman dan biasiswa adalah tertakluk kepada budi bicara Suruhanjaya.
Persoalannya, apakah kriteria yang melayakkan pekerja Suruhanjaya ini untuk menerima biasiswa atau pembiayaan? Adakah terdapat panel penilai yang menentukan keperluan untuk pembiayaan biasiswa atau ia nya berdasarkan merit dan tempoh perkhidmatan? Sejauh manakah kesediaan SPAN untuk meluaskan pemberian biasiswa dan tajaan kepada juga anak-anak pekerja industri atau yang masih belum ada kemampuan dari sudut pembiayaan lagi?
Saya juga ingin membangkitkan laporan oleh SPAN berkaitan isu air tidak terhasil- non-revenue water seperti yang telah disuarakan oleh rakan-rakan Senator tadi juga.
Berdasarkan laporan SPAN, purata non-revenue water negara 37.2 peratus pada 2002 membabitkan pembaziran 7.008 juta liter air terawat setiap hari. Kerugian sekitar RM2 bilion setahun.
Jadi saya ingin mendapatkan penjelasan, apakah langkah proaktif yang diambil oleh kementerian bagi mengatasi pembaziran ini daripada terus berlaku? Apakah nilai terkini yang diperoleh? Jadi saya amat berharap dengan adanya pindaan ini, tadbir urus SPAN akan lebih terus diperkemas dan mampu memperkukuhkan integriti serta imej SPAN sebagai badan kawal selia industri perkhidmatan air negara. Sekian saja daripada saya Tan Sri. Dengan ini saya mohon menyokong. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Saya jemput sekarang Yang Berhormat Senator Datin Hajah Ros Suryati binti Alang. Ada?... Tak ada.
Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Senator Datuk Bobbey Ah Fang Bin Suan. Pun tidak ada. Tak apa. Yang Berhormat Senator Datuk Haji Mustafa bin Musa.
Datuk Haji Mustafa bin Musa
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua atas keizinan bagi saya bangkit untuk membahaskan rang undang-undang bagi meminda Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.
Pertama sekali, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan tahniah di atas pindaan yang buat oleh kerajaan dalam mengurangkan tempoh menjawat jawatan ahli Suruhanjaya bagi individu yang dilantik di bawah seksyen 9 akta ibu SPAN 2006 daripada jumlah lima tempoh lantikan ketiga tempoh lantikan.
Cumanya saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berhubung dengan jangka masa tempoh lantikan di mana apakah ketetapan tempoh dalam akta ini dapat dizahirkan secara jelas iaitu dua tahun sebagaimana seksyen 9(1) yang jelas menyatakan perkataan “tahun”, dua tahun. Ia nya amat penting dijelaskan agar tempoh sebenar dalam sesuatu surat cara pelantikan yang ditandatangani oleh Yang Berhormat Menteri nanti mengikut kehendak dan keperluan nyata di dalam Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006.
Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan integriti dan kelangsungan profesionalisme ahli-ahli Suruhanjaya yang dilantik, sejauh manakah kerajaan dapat memastikan bahawa setiap individu yang akan menganggotai entiti ini tidak mempunyai sebarang kepentingan? Bagi menjamin ketelusan dan juga kredibiliti supaya mempraktikkan kod tata laku dan tata kelola serta tata amalan terbaik dapat disempurnakan.
Datuk Haji Mustafa bin Musa
Oleh yang demikian, saya juga memohon penjelasan dari Yang Berhormat Menteri tentang apakah ada perancangan dan ketetapan secara perundangan oleh Yang Berhormat Menteri dan kerajaan agar fungsi dan perjalanan kuasa dan Ahli-ahli Suruhanjaya ini dipandu melalui satu kod tata amalan pentadbiran dan tanggungjawab bagi menyempurnakan tugas dan akauntabiliti terhadap pemegang taruh perkhidmatan air di seluruh negara termasuk Wilayah Persekutuan.
Tuan Yang di-Pertua, tata kelola dan integriti setiap organisasi dan entiti kerajaan memerlukan satu set peraturan dan pengurusan disiplin yang utuh agar kawalan dan keutuhan integriti anggota Suruhanjaya dan pekerja SPAN mendapat jaminan kepercayaan tinggi masyarakat dan pemain industri, khususnya tata kelola yang berkaitan dengan kewangan yang memperuntukkan kuasa yang besar kepada Suruhanjaya.
Oleh itu, saya menyokong penuh penggubalan seksyen 23A yang baharu berhubung dengan kuasa bagi Suruhanjaya mewujudkan peraturan tata kelola kelakuan dan tatatertib semua anggota Suruhanjaya dan pekerja SPAN. Ini sudah tentu selaras dengan seksyen 39 akta ibu yang menyifatkan anggota kerja SPAN sebagai penjawat awam di bawah Akta 574 Kanun Keseksaan.
Oleh itu, saya juga ingin mendapat kepastian daripada kementerian, adakah peraturan-peraturan tata kelakuan dan tatatertib yang akan digubal dan dikuatkuasakan mengenai isu ini perlu selaras dengan ketetapan Perintah Pekeliling Perkhidmatan Awam mengenai Tatakelakuan dan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam 2022 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.
Bagaimanakah Yang Berhormat Menteri dapat memastikan aduan integriti dan keutuhan pekerja oleh orang awam dapat menguatkuasakan peraturan-peraturan yang termaktub dalam Akta SPAN 2006 ditangani dengan secara berkesan?
Tuan Yang di-Pertua, akhir kata saya menyokong penuh Pindaan Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2023. Semoga dengan pindaan, isu-isu yang dibangkitkan dalam perbahasan ini mendapat perhatian dan pencerahan yang jelas, agar rakyat mendapat informasi yang tepat. Akhir kata...
Kiri jalan kanan pun jalan, Tengah-tengah pohon pulasan; Ragu jangan bimbang pun jangan, Kita sokong dengan alasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat.
Saya juga menjemput Yang Berhormat Senator Tuan Amir bin Ghazali.
Tuan Amir bin Ghazali
*Bismillahi Rahmani Rahim. Alhamdulillahi Robbil alamin...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran]* Yang dihormati lagi dikasihi Tan Sri Yang di-Pertua Dewan Negara, teman-teman Ahli Dewan yang saya banggakan.
Hari ini dengan izin dan inayat dari Nya, berkat dan syukur ke hadrat Allah SWT serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Saya di sini diberi peluang berbahas, berkongsi pandangan dan menyambung rasa berlandaskan tajuk RUU Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Pindaan) 2023.
Tan Sri Yang di-Pertua, kesempatan berbahas kali ini saya ingin menyentuh beberapa perkara terkait dalam RUU ini, kepentingan air, tata kelola dan juga pencemaran alam sekitar.
Air merupakan subjek yang begitu penting pada manusia sehingga ada kajian mengatakan bahawa manusia boleh hidup lebih seminggu tanpa makanan tetapi hanya beberapa hari sahaja tanpa air boleh bertahan. Inilah menggambarkan betapa pentingnya air dalam kehidupan manusia. Bahkan kepentingan air pada sektor perikanan, pertanian, ternakan dan tumbuhan meliar. Dahulu di kampung-kampung di pedesaan bukan sahaja sungai kecil, tetapi sungai seperti parit seluas beberapa meter sahaja kita dapat menjamah air aliran daripada pelbagai punca. Di perkampungan dapat kita minum membasuh dan sebagai bahan masakan yang segar dan selamat digunakan dari setiap keluarga dan keturunan.
Masa bersilih ganti dari zaman ke zaman, ke tahun demi tahun sehinggalah kebelakangan ini, punca air bersih semakin berkurangan apabila pembangunan dan industri beradaptasi dalam dunia yang serba moderate dan maju. Maka, sumber air banyak yang makin tercemar.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong penuh usaha kerajaan membentangkan RUU Pindaan Akta Perkhidmatan Air Negara (SPAN) 2023 dan saya mengucapkan tahniah kepada Menteri Sumber Asli dan juga portfolio beliau kerana dapat membentangkan RUU yang cemerlang sebegini.
Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan kerajaan menambahkan lagi jumlah kakitangan penguatkuasaan. Selain itu, memperkasakan kerjasama membabitkan orang awam atau pun penduduk bagi membantu pihak berkuasa daripada segi pemantauan.
Saya juga mengucapkan tahniah juga, baru-baru ini mengenakan hukuman yang lebih berat termasuk meningkatkan kadar denda sebanyak RM10 juta kepada pencemar sumber air ini. Kali ini saya mengucapkan tahniah kepada Menteri.
Di Pulau Pinang, pencemaran sungai amat signifikan sehingga kerugian para pekebun dan ada yang hilang mata pencarian. Bagi nelayan kecil terganggu bekalan air bersih. Dalam pindaan ini golongan terbabit sedikit terbela apabila pindaan ini melindungi hak mangsa. Gangguan bekalan air akibat pencemaran dan pemegang lesen air menuntut semula kos untuk memulihkan sistem bekalan air yang dicemari oleh pihak yang didapati bersalah.
Pindaan ini juga memberi kuasa yang meluas kepada SPAN bagi membolehkan mereka mengupayakan sistem pengurusan berkaitan kewangan yang lebih berkesan serta mengelakkan birokrasi pentadbiran.
Sebagai warga Pulau Pinang, rakyat Pulau Pinang, saya mohon agar SPAN menjadi badan autoriti pemudah cara mencari penyelesaian antara negeri-negeri berjiran berkaitan sumber air baharu untuk rakyat Pulau Pinang. Saya mohon penjelasan daripada kementerian dari sudut had tata kelola dan garis panduan agar SPAN menggunakan kuasa yang diberikan itu secara bertanggungjawab.
Tuan Yang di-Pertua, penyumbang utama terhadap masalah pencemaran berkenaan merupakan kelemahan pentadbiran negeri-negeri yang berwajib, pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan tegas terhadap kilang yang dibina di tempat yang mendedahkan pada pencemaran seperti di atas tanah rizab sungai.
Apakah mekanisme yang digunakan apabila pindaan RUU ini memberi kuasa kepada SPAN untuk berunding dan bekerjasama rapat dengan negeri-negeri?
Kedua, adakah pindaan ini membuat penguatkuasaan dan kawalan lebih mudah dan berkesan? Selain itu pindaan ini juga memendekkan tempoh khidmat anggota suruhanjaya dari 10 tahun kepada enam tahun serta meminimumkan kuasa Menteri.
Pandangan saya, walaupun kuasa Menteri terhakis di peringkat ini, di sudut ini namun di sudut dasar dan tata kelola, harus mempunyai kawalan agar pindaan ini mencapai maksud yang ingin dicapai.
Akhirnya, harapan saya agar pindaan ini memberi isyarat jelas bahawa Kerajaan Perpaduan serius dalam usaha mengawal pencemaran alam sekitar dan mengurangkan risiko terputusnya bekalan air bersih yang tersedia untuk rakyat Malaysia.
Dengan ini saya memohon menyokong RUU Pindaan Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) 2023. Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Sila dijemput Yang Berhormat Menteri menjawab.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada pembahas- pembahas yang telah ambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Pindaan) 2023 di Dewan Negara yang mulia ini.
Sebagai mana disebut dan dibahaskan dengan banyak tadi tentang soal air, tetapi kita juga maklum bahawa kerangka yang dibahaskan ialah berkaitan tadbir urus SPAN dan bukannya soal-soal yang melibatkan perkhidmatan bekalan air ataupun pembetungan. Namun, sekiranya ada masa saya akan juga menyentuh perkara-perkara, tetapi fokus akan tertumpu kepada soal tadbir urus yang dibangkitkan di dalam pindaan ini.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Pertama, Yang Berhormat Senator Dato’ Kesavadas ada membangkitkan tentang apakah sandaran yang dinilai di dalam muktamadkan pelantikan suruhanjaya.
Sememangnya buat masa ini pelantikan ahli suruhanjaya berdasarkan kriteria yang ditetapkan di bawah seksyen 5(1)(c) iaitu mana-mana orang yang pada pendapat Menteri mempunyai pengalaman dan menunjukkan keupayaan dan profesionalisme dalam perkara berhubung kewangan, kejuruteraan, perniagaan ataupun pentadbiran atau yang selainnya, sesuai untuk pelantikan kerana pengetahuan atau pengalaman mereka.
Untuk makluman Yang Berhormat Senator, dalam pelantikan yang ada pada hari ini, kita ada mereka daripada latar belakang perundangan, latar belakang jurutera yang berkaitan dengan air. Seterusnya, kita juga ada mereka daripada perkhidmatan- pesara perkhidmatan kerajaan, ada yang masih lagi berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan.
Jadi, ada pelbagai latar belakang yang digembleng untuk menjadi ahli-ahli Suruhanjaya SPAN. Juga tentang adakah memendekkan tempoh, ini juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Ahmad Azam. Adakah memendekkan tempoh ahli suruhanjaya ini akan memberi kesan langsung kepada konsistensi perkhidmatan bekalan air?
Jadi, sebagaimana yang disebut sekarang, dia maksimum ialah lima penggal.
Setiap penggal itu ada disebut dua tahun. Maka, sekarang maksimumnya ialah 10 tahun.
Kita kurangkan kepada tiga penggal ataupun enam tahun dan ini adalah selaras dengan suruhanjaya-suruhanjaya lain, termasuklah Suruhanjaya Tenaga, Suruhanjaya Sekuriti, Suruhanjaya Penerbangan Awam dan Suruhanjaya Persaingan. Kita merasakan ada cukup kepakaran di kalangan rakyat-rakyat Malaysia yang ada di luar sana untuk kita panggil, terlibat di dalam SPAN. Oleh sebab perkara seperti industri air ini adalah satu- industri yang sangat dinamik dan banyak berubah.
Tentang keperluan nisbah komposisi gender dan sebagainya untuk pelantikan anggota SPAN. Daripada segi pelaksanaan, kita telah pun laksanakan. Sekarang 30 peratus daripada ahli Suruhanjaya SPAN terdiri daripada wanita dan ini selaras dengan Dasar Wanita Negara. Mungkin kita akan lihat bahawa perkara ini boleh kita embed dalam perundangan pada masa hadapan supaya ia akan tetap menjadi perkiraan. Tentulah merit, tetapi juga soal keseimbangan gender juga antara perkara penting dan ini juga antara perkara yang disuarakan di peringkat kerajaan dan juga di peringkat Bursa Malaysia sendiri.
Seterusnya, Yang Berhormat Senator Datuk Seri Dr. Mujahid membangkitkan tentang komitmen kita kepada soal SDG yang memastikan kita mempunyai bekalan air yang bersih. Isu air dan sanitasi ini terletak di bawah Gold 6: Water and Sanitation, dengan izin. NRECC komited dengan melaksanakan sasaran enam SDG ini dan sentiasa memantau keperluan sumber dan bekalan air. Akses bekalan air bersih di negara kita pada tahun 2022 adalah sekitar 97.1 peratus. Namun, kita maklum bahawa sebagaimana yang ada dibangkitkan, masih banyak lagi kawasan-kawasan yang khususnya di kawasan luar bandar dan juga yang luar grid, yang tidak terhubung dengan grid bekalan air.
Oleh sebab itu, dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, kita terus dalam usaha untuk meluaskan bekalan air luar bandar tersebut. Antara inisiatif yang sememangnya kita teruskan juga ialah Program Wakaf Air. Sebab Program Wakaf Air ini ditumpukan untuk kawasan-kawasan off grid tersebut yang mungkin tidak dapat dicapai oleh paip, tetapi kita boleh capai dengan pendekatan lain untuk mendapatkan sumber air.
Apa kah strategi yang digunakan oleh SPAN terhadap...
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Tan Sri Yang di-Pertua, boleh sikit mencelah?
Program Wakaf Air ini yang lepas-lepas banyak kerjasama, kolaborasi dengan NGO.
Bagaimana NGO boleh bersama dengan Program Wakaf Air di kementerian untuk bersama-sama membantu, khususnya di kawasan pedalaman di Malaysia ini?
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Boleh. Sememangnya pendekatan yang diambil oleh Program Wakaf Air ini adalah untuk melibatkan masyarakat sivil dan komuniti setempat. Jadi, sememangnya pelaksanaan itu kita memang tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan NGO-NGO dan mungkin nanti kita akan sebar luaskan, termasuk dengan kita memaklumkan Ahli-ahli Dewan Negara tentang inisiatif-inisiatif yang mungkin relevan untuk kawasan masing-masing. Ini kita buka pada seluruh negara sebenarnya, termasuk Sabah dan Sarawak.
Apa kah strategi yang digunakan oleh SPAN ke atas isu kekurangan bekalan air, pencemaran air dan infrastruktur yang tidak mencukupi dan juga perubahan iklim? Jadi, antara perkara yang diambil ialah soal penerokaan sumber air baharu, peningkatan kadar rizab margin air terawat, menangani isu kehilangan air, perluasan program penggantian dan pemasangan paip air dan sistem retikulasi dan pemodenan sistem teknologi maklumat.
Kita ada misalnya sekarang tadahan air pinggiran sungai ataupun off-river storage. Ini selalu orang bangkitkan, tadi pun dibangkitkan. Setiap tahun kita berdepan dengan banjir, tetapi selepas itu, pertengahan tahun mungkin kita tidak cukup air. Jadi, agak- inilah yang dikata masalah air ini, pokoknya ialah too much water, too much little water or too dirty water, itulah masalah yang ada dengan bekalan air pada zaman sekarang, dengan izin.
Seterusnya, Dr. Hajah Wan Martina telah membangkitkan tentang mekanisme penetapan tarif yang adil dan cekap yang dikenakan kepada pengguna. Kementerian menerusi SPAN telah mewujudkan mekanisme penetapan tarif- tariff setting mechanism ini telah dibincangkan banyak tahun oleh peringkat SPAN dan kerajaan dan juga telah ada libat urus yang melibatkan operator-operator air, kerajaan-kerajaan negeri dan pihak- pihak masyarakat sivil dan ia telah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 22 Jun 2022, tetapi pelaksanaannya pada tahun lepas diberikan kepada- selain daripada sektor domestik iaitu kilang, komersial dan sebagainya, tetapi kita juga tengok banyak negeri misalnya, yang tidak mempunyai sektor industri atau komersial yang besar.
Maka, ada keperluan untuk kita menyertakan juga sektor domestik dalam peningkatan tarif ini dan kita telah bawa ke Majlis Air Negara yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan dihadiri oleh Menteri-Menteri Besar, Premier, Ketua Menteri dan respons yang diberikan oleh Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri rentas parti adalah positif terhadap cadangan tersebut dan ini kita akan bawa ke Kabinet untuk sektor domestik ini dalam masa yang terdekat, dalam bulan 12.
Ciri pertama ialah penyeragaman struktur tarif sedia ada sebab banyak negeri dia ada- macam setengah itu ada enam band atau empat band, ada tiga band. Jadi, bila kita hendak analisa tentang soal pengiraan tarif purata dan sebagainya, dia jadi agak bermasalah untuk kita hendak ada apple-to-apple comparison, dengan izin. Oleh sebab kita masih lagi berikan penetapan akhir itu kepada- cadangan itu kepada pihak negeri.
Cuma, kita hendak ada band itu, kalau ada tiga band misalnya, 20 meter padu yang pertama dan seterusnya itu, kita hendak yang seragam antara negeri-negeri.
Ini akan membolehkan pelarasan kadar tarif sedia ada bagi memastikan operator air mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk melaksanakan obligasinya dalam perkhidmatan pembekalan air.
Jadi, berkaitan juga dengan Yang Berhormat bangkitkan tentang soal perpaipan yang uzur, misalnya di negeri Kelantan. Sebenarnya, seluruh negara ada masalah paip- paip yang uzur ini. Jadi, Kelantan merupakan salah satu negeri di bawah Program NRW Kebangsaan Pendekatan 1 yang mana RM69 juta telah diperuntukkan untuk skop kerja pemasangan dan penggantian meter SIV dan meter pengguna, penggantian tangki dan penyediaan geographical information system (GIS) dan ia dijangka siap pada Jun tahun hadapan.
Setelah Pendekatan I siap, operator air negeri Kelantan layak untuk turut serta di dalam Program NRW Pendekatan II dan ini termasuklah skop kerja seperti penggantian paip, pengesanan dan pembaikan kebocoran dan sebagainya dan boleh memohon imbuhan balik sebahagian peruntukan yang telah dibelanjakan untuk Program NRW sekiranya sasaran tersebut dicapai.
Kalau dahulu pendekatannya ialah kena- kalau sasarannya empat peratus pengurangan NRW, dapat empat peratus, baru dapat balik wang tersebut. Sekarang pun kita hendak mempermudah sebab sebenarnya kerja-kerja NRW ini tidak mudah. Mungkin kalau dia dapat 2.5 peratus, itu pun kita boleh bagi dengan prorate apa kerja-kerja yang telah dilaksanakan. Ini antara pendekatan baru untuk memudahkan operator-operator air untuk ada akses kepada dana untuk mengatasi NRW ini.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Seterusnya, Yang Berhormat Tuan Haji Hussin bin Ismail tentang soal isu masalah air dan prasarana yang perlu diberi perhatian.
Di bawah RP3 RMKe-12, sebanyak RM951.48 juta telah diperuntukkan untuk pembangunan projek-projek sumber dan bekalan air baharu dan juga sambungan.
Tentang soal jangkaan kemarau dan juga perubahan iklim yang telah dibangkitkan, ini sememangnya satu perkara yang kita pantau secara dekat. Untuk tahun ini, ketika mana kita mula berdepan dengan cuaca kering dan juga permulaan fasa cuaca El Nino, SPAN telah mewujudkan satu command centre untuk melihat paras air yang ada di setiap empangan di seluruh negara supaya kita cakna dan kita tahu tentang apakah keadaan ketersediaan bekalan air supaya, sekiranya telah pergi rendah daripada paras yang sepatutnya, kita boleh ambil tindakan yang diperlukan, tetapi ini satu usaha yang berterusan. Memang betul corak cuaca pada hari ini berbeza daripada dahulu dan ini turut juga meliputi penyimpanan air pada musim hujan dan sebagainya.
Seterusnya, juga dibangkitkan tentang penuaian air hujan yang belum dikembangkan. Sebenarnya NAHRIM memang ada secara berterusan membuat program-program ini dan juga beberapa pihak lain. Cuma, masalah dia sekarang ialah kerana tarif air kita terlalu murah. Apabila tarif air terlalu murah, maka tidak ada orang fikir hendak tuai air hujan.
Malah, saya boleh cakap tentang bangunan kementerian saya NRECC, bukan setakat air hujan dituai, pada masa yang sama, air wuduk ataupun air daripada singki, kalau air wuduk itu masih lagi boleh digunakan untuk siram pokok dan sebagainya, memang disimpan dan digunakan untuk tujuan-tujuan tersebut. Sehinggakan air daripada condenser air cond itu juga disimpan. Kita tahu kalau di negara-negara, misalnya di Timur Tengah ataupun di Singapura, yang mana harga air dia sangat mahal, segala air ini akan digunakan sebaik mungkin.
Jadi, sebab itu, hari ini penggunaan air di Malaysia, 260 liter air per kapita setiap orang sehari. Sedangkan, kalau cadangan daripada PBB, ialah 190 liter. Memang banyak yang kita gunakan.
Seterusnya, Yang Berhormat Tuan Musoddak telah bercakap tentang kebergantungan kerajaan-kerajaan negeri terhadap peruntukan Persekutuan untuk membangunkan infrastruktur air dan beliau fokus kepada negeri Kedah. Sebenarnya di Kedah ada projek menaik taraf dan membaik pulih lima buah loji rawatan air iaitu Lubuk Buntar Lama, Jenun Baru, Sungai Limau, Bukit Selambau dan Pelubang dijangka dapat disiapkan secara berperingkat bermula tahun ini sehinggalah tahun 2025. Status kemajuan terkini bagi pembinaan projek-projek ini antara 20 peratus sehingga 64 peratus.
Seterusnya, tentang isu ekstraksi air dari Ulu Muda dari negeri Pulau Pinang. Dia sebab Lembangan Sungai Muda telah memberi khidmat kepada tiga negeri- Kedah, Perlis dan juga Pulau Pinang. Pengenaan sebarang bayaran pemindahan air merentasi negeri menerusi apa-apa infrastruktur adalah berdasarkan kepada perjanjian jual beli yang termaktub antara negeri-negeri yang berkaitan. Sebenarnya ini tidak terlibat di bawah Kerajaan Persekutuan sebab sumber air berada di bawah kerajaan negeri. Ada, misalnya, perjanjian jual beli air sedia ada yang dilaksanakan Melaka-Johor dan juga Pahang- Selangor.
Seterusnya, tentang soal empangan dan loji rawatan air yang kritikal. Apakah tindakan kerajaan dalam mengatasi masalah ini dan kerjasama dengan kerajaan negeri?
Bagi menjamin kelestarian sumber bekalan air, SPAN telah mengambil beberapa inisiatif termasuk mengenal pasti pelan komunikasi antara pihak berkepentingan, penyelarasan dengan operator bekalan air dan pembetungan dan tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh SPAN termasuklah MOU di kalangan operator air.
Seterusnya, penyelarasan bersama dengan agensi-agensi berkaitan seperti Bahagian Bekalan Air, Jabatan Pengairan dan Saliran, NAHRIM, Jabatan Meteorologi Malaysia, badan kawal selia air negeri dan juga operator air mengenai isu-isu pelepasan dan simpanan air di empangan.
Sebab, pengurusan air di empangan ini juga sangat kritikal. Kalau disimpan terlebih, hujan datang dengan luar biasa boleh menyebabkan banjir dan ini pernah berlaku, tetapi kalau dia lepaskan air ini terlalu banyak dan hujan tidak datang, bekalan air pula terjejas. Jadi, ini antara keseimbangan yang perlu dicapai oleh operator-operator empangan.
Pengurusan dan pemantauan simpanan yang sistematik serta penyediaan prosedur operasi standard (SOP) semasa musim panas ataupun kemarau termasuklah kajian unjuran inflow forecasting dan kapasiti empangan bagi pengurusan sumber air yang lebih berkesan.
Jadi, dengan ini, ia melibatkan semua pihak. Sekiranya berlaku krisis bekalan air, pihak SPAN akan menyelaras bantuan sesama operator air negeri di dalam memberi bantuan teknikal di dalam menyediakan lori tangki ke negeri-negeri yang berkaitan, selaras dengan MOU yang telah dimeterai bersama.
Seterusnya, banyak juga membangkitkan tentang soal biasiswa yang ada peruntukan ini. Pada masa ini, biasiswa SPAN diberikan kepada lepasan SPM yang cemerlang bagi melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi. Sepuluh orang pelajar telah menerima biasiswa ini dan ia di dalam bidang-bidang berkaitan dengan perkhidmatan air dan pembetungan. Yang relevan untuk SPAN.
Seterusnya, apakah perancangan kajian pembangunan pusat bekalan air negara? Kementerian melalui JPS sedang menyediakan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM). Melalui pelan air IRBM yang disediakan, cadangan perancangan dan pembangunan sumber air dalam sebuah lembangan boleh dijadikan rujukan oleh pihak kerajaan negeri.
Dalam rancang pembangunan, kesan terhadap kelestarian alam sekitar juga diberi perhatian khususnya soal kepelbagaian biologi. Kita juga mengambil pendekatan nature-based solutions, dengan izin, melalui Denai Sungai Kebangsaan yang mana ini satu projek yang kita membina denai-denai sungai. Kos dia tidak mahal. Tahun ini pun kita anggarkan sekitar RM10 juta untuk tahun akan datang. Di sekitar sungai-sungai yang ada dan ini meningkatkan rasa kepedulian komuniti setempat. Ini pun kita libatkan NGO terhadap keadaan sungai. Ada dibuat di Selangor, di Kelantan dan di beberapa buah negeri yang lain.
Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Nasir, tentang soal had berkontrak, perlu ada pemantauan yang telah kita tetapkan.Sebenarnya pindaan ini dipersetujui oleh Kementerian Kewangan dalam surat 8 Ogos 2022 dan tidak bercanggah dengan seksyen 2, Akta Kontrak Kerajaan, arahan perbendaharaan dan pekeliling perbendaharaan yang ada pada hari ini. SPAN masih lagi tertakluk kepada Akta Badan Berkanun dan akaun SPAN dan laporan aktiviti tahunannya diaudit dan dibentangkan di Parlimen.
Seterusnya, Dato’ Dr. Ahmad Azam membangkitkan tentang soal NRW. Saya ingat itu kita telah sentuh sebentar tadi. Memang betul, besar kehilangan daripada NRW ini dan ini antara perkara penting yang perlu menjadi prioriti.
Tentang Yang Berhormat Dr. Lingeshwaran membangkitkan tentang apa kuasa kerajaan untuk memupuk minat dalam bidang pengurusan air dan juga untuk meningkatkan aspiring experts. Jadi, ini kita ada biasiswa oleh SPAN sendiri dan Hadiah Latihan Persekutuan pegawai kerajaan dalam bidang pengurusan air. Ini antara perkara- perkara yang telah dikenal pasti.
Tentang isu bekalan air yang disebut tadi tentang soal kerjasama antara negeri.
Sebagaimana kita sebut, kita menyelaras antara negeri-negeri, tetapi kuasa sumber air ini terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri masing-masing. Sebab itu, sebelum ini apabila ada cadangan untuk negeri Pulau Pinang mendapatkan bekalan air dari Perak, selain dari Kedah, kita serahkan kepada kedua-dua kerajaan. Saya dimaklumkan bahawa kedua-dua kerajaan telah memulakan perundingan untuk Perak membekalkan air terawat khusus untuk Pulau Pinang.
Ada banyak lagi soalan...
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Tan Sri Yang di-Pertua, memohon mencelah.
Selepas mendengar Menteri membuat penjelasan mengenai rang undang-undang yang meminda Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, saya mendapati bahawa kuasa bagi anggota Suruhanjaya itu memang penting dan juga kuasa itu besar. Saya ingat, secara umum, publik memang ada hak tahu apakah latar belakang anggota Suruhanjaya, tetapi saya tadi cuba berbuat sikit kerja, I pergi website tengok, tetapi I tidak nampak apa latar belakang disenaraikan di website itu.
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Oleh itu, saya minta adakah hak sebagai publik atau kita mengetahui latar belakang mengenai anggota Suruhanjaya? Terima kasih.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih. Saya setuju. Saya pun tadi semak. Saya kenal mereka dan saya tahu latar belakang mereka. Ada yang bekas KSU.
Ada yang peguam yang sangat berpengalaman. Ada juga jurutera-jurutera yang sangat terlibat dengan industri air dan sebagainya, tetapi mungkin ini satu pandangan yang baik, sebagai satu suruhanjaya yang bertanggungjawab pada awam, dia tidak boleh hanya letak nama dan gambar. Dia kena letak juga sedikit brief CV macam public-listed company, dengan izin. Itu satu cadangan baik yang saya setuju.
Yang Berhormat Speaker, saya sebenarnya ada banyak lagi, kalau boleh saya beri jawapan secara bertulis kepada semua perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat Senator sebentar tadi.
Tuan Yang di-Pertua
Ya. Kita ada 14 orang yang berbahas tadi dan banyak soalan dibangkit, khususnya soalan-soalan yang spesifik, tetapi saya hendak Yang Berhormat jawab soalan Labuan itu juga.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua. Tentang soal Labuan, sebenarnya dijangkakan Yang Amat Berhormat PM akan adakan lawatan dalam masa yang terdekat bulan 12 ini. Saya, sebab saya ada kena ganti Yang Amat Berhormat PM untuk acara lain, saya tidak dapat hadir ke program itu sendiri, tetapi secara peribadi saya akan pergi ke Labuan untuk melihat keadaan di sana.
Sememangnya keadaan daripada segi tenaga dan juga daripada segi bekalan air, Labuan ini adalah sangat-sangat kritikal.
Ada tiga projek yang immediate. Projek baharu berjumlah RM60.5 juta yang diluluskan di bawah RP4 RMKe-12 untuk meningkatkan perkhidmatan bekalan air dan menyelesaikan masalah bekalan air di Labuan iaitu: pertama, pemasangan paip bagi meningkatkan kapasiti agihan bekalan air di kawasan Arsat- Kosnya RM50 juta.
Pembangunan sistem billing perkhidmatan air bagi bahagian bekalan air Wilayah Persekutuan Labuan dengan kos RM8 juta dan penyelenggaraan dan pembaikan bagi bahagian bekalan air Labuan tahun 2024 dengan kos RM2.5 juta.
Selain itu, ada lapan projek yang telah diluluskan bagi Labuan dalam Rolling Plan sebelum ini yang akan terus dilaksanakan di dalam RP4 dengan jumlah peruntukan sebanyak RM53 juta. Jadi, itu antara beberapa perkara, tetapi saya yakin bila Yang Amat Berhormat PM ke sana nanti, ada pengumuman yang lebih detil tentang perancangan untuk Labuan.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Anifah bin Aman @ Haniff Amman
Tan Sri Yang di-Pertua, boleh saya mencelah? Saya minta Yang Amat Berhormat akan datang ke Labuan, tanggal tujuh, kah?... Boleh Yang Berhormat sampaikan apa yang kita bincangkan di sini, ya? Boleh?
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Boleh Yang Berhormat sebab, malah ketika dibangkitkan dalam Kabinet pun, Yang Amat Berhormat PM yang membangkitkan kepentingan untuk menyelesaikan isu Labuan ini. Jadi, memang beliau tahu tentang the urgency of the matter, dengan izin, dan sebab itu juga beliau telah luluskan sekali dengan pakej, dengan Kelantan dan Sabah untuk mengatasi masalah bekalan air di Labuan.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Anifah bin Aman @ Haniff Amman
Baik, kalau sekiranya Yang Amat Berhormat sibuk, kita tahu dia sibuk, bukan sahaja daripada segi domestik, tetapi regional dan global. Saya minta Yang Berhormat mengambil masa dan sama-sama kita ke Labuan supaya dapat melihat secara jelas apa yang berlaku di Labuan, boleh?
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Boleh Yang Berhormat.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Anifah bin Aman @ Haniff Amman
Jadi, terima kasih Yang di-Pertua. Saya akan bawa Yang Berhormat ke Labuan nanti.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Jadi, tadi Yang Berhormat Menteri sudah janji hendak hantar jawapan secara bertulis. Saya minta jawapan itu dihantar secara bertulis dengan tidak perlu Senator minta jawapan itu lah.
Yang kedua tadi, kenapa saya point out Labuan ialah Labuan itu spesial. The only center, laut pesisir yang ada di Malaysia dan menarik pelaburan. Kalau air tidak cukup, memang tidak boleh jalan. Jadi, itulah sebenarnya kenapa Labuan- tetapi yang lain-lain itu bukan tidak penting, penting juga tetapi Labuan itu spesial. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 12 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan (Tuan Adam Adli Abd Halim) dan diluluskan]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan ini ditangguhkan sehingga 10 pagi, hari Rabu, 29 November 2023.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.49 petang]