Mar122015

Hansard Catalogue

House of Representatives
  Verified

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) **mempengerusikan Mesyuarat****]

final10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Dato' Noraini binti Ahmad [Parit Sulong] minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah yang akan menjadi fokus utama Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN sepanjang tempoh menduduki kerusi tersebut.

final10:00 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato’ Hamzah bin Zainudin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk memberikan jawapan secara serentak kepada 10 pertanyaan-pertanyaan yang menyentuh mengenai isu yang sama dari Yang Berhormat Marang, 17 Mac; Yang Berhormat Tumpat, 17 Mac; Yang Berhormat Temerloh, 18 Mac; Yang Berhormat Tenom ,19 Mac; Yang Berhormat Tumpat sekali lagi, 19 Mac; Yang Berhormat Kepala Batas, 23 Mac; Yang Berhormat Lenggong, 24 Mac; Yang Berhormat Padang Besar, 24 Mac; Yang Berhormat Alor Star, 2 April dan Yang Berhormat Labuan bertarikh 6 April 2015.

final10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila.

final10:00 AM

Dato’ Hamzah bin Zainudin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat di atas pertanyaan- pertanyaan yang telah dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, pertamanya mengenai peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2015. Sukacita saya maklumkan bahawa tema yang dipilih sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada tahun ini ialah ‘Warga Kita, Komuniti Kita dan Visi Kita’, yang mana inti patinya adalah untuk mewujudkan ASEAN yang berpaksikan rakyat. Sebagai Pengerusi ASEAN 2015, Malaysia akan memainkan dua peranan utama iaitu:-

(i) memastikan pelaksanaan baki garis tindakan seperti yang terkandung di dalam tiga Pelan Tindakan Komuniti ASEAN dan memuktamadkan Pelan Hala Tuju Komuniti ASEAN 2009 ke 2015; dan

(ii) membangun dan memuktamadkan Visi Komuniti ASEAN Pasca 2015 dan dokumen-dokumen yang diiringinya.

Secara amnya, Visi Komuniti ASEAN Pasca 2015 akan menjadi penyambung kepada Pelan Hala Tuju Komuniti ASEAN 2009 ke 2015 yang mana pelaksanaan pelan tersebut akan berakhir pada 31 Disember tahun ini. Penghasilan Visi Komuniti ASEAN Pasca 2015 dan dokumen-dokumen iringannya memerlukan ketiga-tiga tonggak Komuniti ASEAN iaitu tonggak komuniti politik keselamatan, komuniti ekonomi dan komuniti sosio budaya, saling bekerjasama untuk memastikan visi tersebut dibangunkan secara menyeluruh. Ia saling melengkapi dan mencakupi setiap aspek penting ASEAN.

Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat semua, Malaysia telah mengenal pasti sebanyak lapan keutamaan bagi kepengerusian Malaysia pada tahun ini, tahun 2015 iaitu:

(i) penubuhan secara formal Komuniti ASEAN;

(ii) memuktamadkan Visi Komuniti ASEAN Pasca 2015 dan Dokumen-dokumen Iringannya;

(iii) mendekatkan ASEAN kepada rakyat;

(iv) memperkukuhkan pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di rantau ASEAN;

(v) memperluaskan perdagangan dan pelaburan antara ASEAN;

(vi) mengukuhkan institusi ASEAN;

(vii) menggalakkan keamanan dan keselamatan serantau bertunjangkan konsep kesederhanaan; dan

(viii) meningkatkan peranan ASEAN sebagai pemain global.

Keutamaan-keutamaan ini telah pun dikongsi bersama para Menteri Luar ASEAN ketika sesi pemukiman Menteri-menteri Luar ASEAN pada penghujung Januari 2015 di Kota Kinabalu. Ketika sesi tersebut, para Menteri Luar telah melahirkan sokongan padu terhadap kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2015 dalam mengemudi dan memacu ASEAN menjangkaui tahun 2015.

Mengenai keuntungan yang Malaysia boleh perolehi sebagai Pengerusi ASEAN, saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa imej negara kita Malaysia sebagai negara pengasas ASEAN dan peneraju dalam isu-isu semasa rantau Asia Tenggara dapat dipertingkatkan lagi. Peningkatan imej negara di rantau Asia Tenggara dan dunia secara tidak langsung akan menarik lebih ramai pelabur asing ke Malaysia dan akan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

final10:00 AM

Dato’ Hamzah bin Zainudin

Selain daripada itu, sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia dapat mengutarakan pandangan dan idea-idea baru dalam proses menggubal dokumen-dokumen ASEAN serta mempengaruhi keputusan mesyuarat-mesyuarat di peringkat ketua-ketua negara atau kerajaan dan para menteri ASEAN. Dalam hal ini, Malaysia boleh memastikan kepentingan negara dalam isu-isu penting boleh dipertahankan dan sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia mempunyai kelebihan bagi meneraju perkara-perkara penting mengikut kehendak negara.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh peranan organisasi bukan kerajaan sempena Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2015. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Malaysia sebagai salah sebuah negara pengasas ASEAN selalu peka kepada penglibatan semua lapisan masyarakat termasuk NGO dalam ASEAN.

Sebagai persiapan untuk menjadi Pengerusi ASEAN bagi tahun 2015, Malaysia telah mengadakan kolokium kebangsaan pada April 2014 untuk menjana idea dan buah fikiran terhadap isu-isu yang boleh diketengahkan oleh Malaysia selaku Pengerusi ASEAN.

Kolokium ini telah dihadiri oleh lebih kurang 200 orang peserta yang terdiri daripada ahli akademik, kumpulan pemikir, pertubuhan masyarakat, kumpulan remaja, ahli-ahli media dan pakar-pakar dalam perihal ASEAN. Ini secara tidak langsung mencerminkan kesungguhan kementerian atau kerajaan dalam melibatkan semua pihak termasuk NGO sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.

final10:10 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Jawapan ini satu kuliahkah? Berapa lama lagi dia punya jawapan?

final10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, ya Yang Berhormat Ipoh Barat. Yang Berhormat Menteri sedang menjawab.

final10:10 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Let’s do the basic. Just answer straight to the point.

final10:10 AM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final10:10 AM

Dato’ Hamzah bin Zainudin

Tuan Yang di-Pertua, saya sudah minta izin Tuan Yang di-Pertua hendak menjawab sekali sebab ramai.

final10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final10:10 AM

Dato’ Hamzah bin Zainudin

Yang Berhormat Ipoh Barat mungkin pergi ke hospital check telinga selepas ini. Ini masalahnya.

Sepanjang tahun ini, kementerian akan mengadakan pelbagai aktiviti dan perjumpaan dengan organisasi masyarakat awam dengan izin, civil society organization di Malaysia untuk mendapatkan pandangan dalam isu-isu berkaitan ASEAN. Di samping itu, Malaysia juga akan memberi peluang kepada ASEAN CSO untuk berinteraksi dengan ketua-ketua negara ASEAN semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 27 April 2015.

Mengenai isu masyarakat Rohingya pula, isu konflik kemanusiaan yang melanda etnik Rohingya di Myanmar adalah topik yang sering menjadi perhatian masyarakat antarabangsa. Platfom ASEAN telah diguna oleh negara-negara anggotanya termasuk Malaysia dalam menyuarakan keprihatinan kita di samping menyeru Kerajaan Myanmar supaya memainkan peranan yang lebih aktif dalam menyelesaikan konflik tersebut.

Pada masa yang sama, ingin saya maklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa konflik yang melibatkan umat Islam di Wilayah Rakhine di Myanmar dan juga yang berlaku di Selatan Thailand adalah merupakan isu domestik yang perlu diselesaikan secara dalaman oleh Kerajaan Myanmar dan Kerajaan Thailand.

ASEAN mengamalkan prinsip menghormati kedaulatan dan tidak mencampuri urusan dalaman negara-negara anggotanya. Menurut prinsip-prinsip ASEAN seperti yang termaktub di dalam Piagam ASEAN khususnya Artikel 2 piagam tersebut, negara-negara anggotanya mestilah saling menghormati, melaksanakan dasar tidak campur tangan terhadap kemerdekaan dan kedaulatan negara ASEAN yang lain serta menyelesaikan pertikaian secara aman di samping menjalinkan hubungan saling berfaedah. Prinsip asas piagam ASEAN ini akan terus menjadi panduan dalam hubungan Malaysia dengan negara ASEAN yang lain.

Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa Malaysia tidak prihatin dalam usaha untuk membantu Myanmar ke arah pendamaian nasional. Malaysia bersama negara anggota Pertubuhan Negara Islam (OIC) dalam ASEAN iaitu Brunei Darussalam dan Indonesia akan terus memainkan peranan untuk menggalakkan Myanmar menjalinkan hubungan yang membina ataupun constructive engagement, dengan izin, dengan negara- negara ASEAN yang lain. Dalam hal ini, Malaysia akan terus menerus menyeru Myanmar untuk memberikan kerjasama kepada OIC.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final10:10 AM

Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebelum itu, saya hendak ucapkan selamat hari lahir kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang hari lahirnya jatuh pada hari ini. Saya juga hendak ucapkan selamat datang kepada AJK Pemuda UMNO Bahagian Pendang. Jadinya, tahniah Yang Berhormat Menteri yang mewakili kerajaan yang menjawab soalan yang saya utarakan tadi dan juga tahniah kepada kerajaan di atas giliran Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN 2015.

Jadi soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri adalah bagaimanakah Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2015 ini dapat memainkan peranannya dalam menangani isu tuntutan bertindih di Laut China Selatan yang bukan hanya melibatkan negara-negara ASEAN tetapi juga negara-negara kuasa besar dunia seperti China? Terima kasih.

final10:10 AM

Dato’ Hamzah bin Zainudin

Terima kasih, pertama kepada Yang Berhormat Parit Sulong yang mengucapkan selamat hari jadi kepada saya ini. Saya pun hairan macam mana dia boleh tahu ini. Saya...

final10:10 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Hamzah bin Zainudin

Tuan Yang di-Pertua, terujalah kerana saya takut selepas ini isteri saya tanya macam mana dia boleh tahu.

final10:10 AM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final10:10 AM

Dato’ Hamzah bin Zainudin

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit Sulong. Persoalannya tentang berhubung Laut China Selatan. Isu ini memang adalah merupakan satu isu yang penting. Ia adalah merupakan satu isu yang telah lama diperkatakan dalam ASEAN itu sendiri. Tambahan pula bila China yang bersikap begitu agresif dan banyak-banyak perkara yang telah pun melibatkan negara-negara tuntutan terutamanya seperti Vietnam dan Filipina akhir-akhir ini.

China menuntut dengan berdasarkan nine-dashed line dan ini tidaklah selaras dengan peruntukan undang-undang antarabangsa dalam Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu seperti UNCLOS.

Semenjak tahun 2013, China telah mengambil tindakan-tindakan yang agresif yang saya katakan tadi. Maka menyebabkan banyak negara dalam ASEAN ini merasakan inilah masanya untuk ASEAN bekerjasama sebagai satu masyarakat untuk melihat bahawa apa sahaja yang dituntut oleh negara China ini mesti ditangani dengan secara yang berhemah supaya ia tidak menjadi satu flash point dalam kawasan ini.

Tambahan pula, Laut China Selatan ini adalah merupakan kawasan di mana ia telah pun digunakan oleh banyak negara ASEAN melalui trading yang mereka buat di antara satu sama lain termasuklah negara-negara seperti China, Jepun dan juga Korea.

Jadi sebab itu Malaysia dengan negara-negara ASEAN telah pun membawa isu ini dan telah pun menerima pakai satu Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan atau DOC pada tahun 2002. Melalui DOC ini, semua pihak bersetuju untuk menanganinya secara perbezaan pendirian dan pandangan secara aman.

Selain daripada itu, Tuan Yang di-Pertua, negara-negara ASEAN dan China sedang merundingkan satu lagi pengujudan kod tatalaku di Laut China Selatan yang kita panggil COC atau Code of Conduct.

final10:10 AM

Dato’ Hamzah bin Zainudin

Selaku Pengerusi ASEAN pada tahun ini, Malaysia memainkan peranan yang aktif dan cuba untuk memastikan termasuk dalam mesyuarat pemukiman baru-baru ini, Laut China Selatan ini kita bincangkan secara komprehensif supaya semuanya berhubung dengan aktiviti ini dapat dijalankan oleh semua negara termasuklah China dan kita akan bincangkan bersama Menteri Luar China. Malaysia akan terus memainkan peranannya yang berkesan. Insya-Allah isu ini akan dapat kita tanganinya bersama dengan cara yang lebih baik dan berhemah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final10:20 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Adakah Yang Berhormat sedar bahawa jika kita hendak memimpin ASEAN sebagai pengerusi, kita mesti ikut peraturan Dewan Rakyat juga dengan jawapan yang pendek yang diharapkan oleh pengerusi...

final10:20 AM

[Dewan riuh]

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final10:20 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

...Bolehkah Yang Berhormat terangkan kepada Dewan yang mulia ini kerana kacau bilau mengenai pengganasan daripada Selatan Filipina dan juga masalah di Selatan Thailand.

final10:20 AM

Dato’ Hamzah bin Zainudin

Tuan Yang di-Pertua, saya yang peliknya Yang Berhormat Kepong ini, dia suruh saya jawab pendek, tetapi soalan dia sampai tiga. Satu, pasal jelaskan ikut peraturan Dewan Rakyat. Kedua, tanya pasal terrorism pengganas yang di Selatan Thailand dan Philippines. Kalau saya hendak jawab setiap soalan lima minit pun sudah 15 minit. Akal fikir sedikitlah. Ini yang kadang-kadang susah.

Oleh sebab tadi saya sudah beritahu Tuan Yang di-Pertua bahawa...

final10:20 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

[Menyampuk] Cakap kurang ajarkah?

final10:20 AM

Datuk Seri Reezal Merican - Kepala Batas

Duduk, duduk.

final10:20 AM

Dato’ Hamzah bin Zainudin

...Penjelasan untuk isu yang telah pun kita bangkitkan melalui ASEAN ini termasuklah isu tentang keselamatan ASEAN itu sendiri.

Maka sebab itu isu pengganas di Selatan Thailand kalau dianggap sebagai pengganas ataupun di Selatan Filipina adalah isu yang berbeza, Malaysia bukan hanya sebagai Chairman ASEAN tetapi sebagai sebuah negara berperanan untuk melihat dan membantu Thailand untuk menyelesaikan isu ini. Begitu juga di Selatan Filipina.

Walau bagaimanapun, kalaupun telah selesai kita serahkan kembali kepada perundangan negara itu sendiri untuk menggariskan mengikut kehendak yang telah pun dipersetujui seperti yang berlaku di Selatan Filipina. Maka sebab itu dalam hendak menangani isu-isu seperti ini ianya harus kita buat secara berhemah seperti yang saya katakan tadi constructive engagement. Ianya dilakukan bersama dengan negara yang terlibat dalam masalah ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final10:20 AM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Tuan Yang di-Pertua, memandangkan soalan pertama melibatkan sepuluh orang Ahli Parlimen boleh pohon satu lagi soalan tambahan?

final10:20 AM

[Dewan riuh]

Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star

Tuan Yang di-Pertua, sebab dia jawab sepuluh orang Ahli Parlimen punya soalan.

final10:20 AM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Ya. melibatkan sepuluh ya. Mohon satu lagi soalan tambahan.

final10:20 AM

2. Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [Jelutong] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan apa telah terjadi kepada Bernama TV serta nasib kakitangannya yang tidak dibayar gaji mengikut jadual. Adakah siaran Bernama TV berbahasa Mandarin akan diberhentikan.

final10:20 AM

Menteri Komunikasi dan Multimedia - Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih dia atas soalan yang dikemukakan dan tahniah Yang Berhormat Jelutong kerana boleh berpantun hari ini. Saya ingin mohon keizinan untuk menjawab pertanyaan ini sekali dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Kulai dan Yang Berhormat Tanjong pada 17 hari bulan dan 31 Mac kerana menyentuh perkara yang sama dan isu Bernama TV dan RTM.

Tuan Yang di-Pertua, Bernama TV adalah saluran berita TV swasta. Ia dikendalikan oleh syarikat yang bernama BTV Synergy Sdn Bhd. Oleh itu ia bukan milik kerajaan. Adalah tidak wajar untuk dipertanggungjawabkan sepenuhnya untung rugi syarikat swasta kepada kerajaan. Kini pihak Bernama sedang membuat perundingan dengan beberapa pilihan yang sesuai untuk dipertimbangkan. Antara lainnya supaya Bernama yang kini memiliki 33% saham daripada syarikat ini mengambil alih keseluruhan kepentingan dalam syarikat ini termasuk melibatkan penstrukturan kembali saham dan operasi. Dengan berbuat demikian ia membolehkan kerajaan menyalurkan bantuan sekiranya sesuai.

Mengenai soalan Yang Berhormat Tanjong yang menyatakan bahawa RTM gagal membayar gaji pekerjanya, ianya adalah tidak benar sama sekali. RTM tidak pernah tidak membayar gaji pekerjanya dan itu adalah suatu pembohongan. Terima kasih.

final10:20 AM

Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kemaman, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih kerana telah mengesahkan bahawa Bernama TV ataupun Bernama TV Synergy Sdn Bhd itu ialah projek swasta yang gagal. Apa yang saya hairan ialah kenapa ia sebuah syarikat swasta, projek swasta, jenama Bernama itu dipinjamkan tanpa mengambil kira nilai good view Bernama tersebut.

Akan tetapi apa yang lebih menghairankan saya ialah setahu kita sejak Akta Komunikasi dan Multimedia dilancarkan tahun 1998, setiap pengendali operator siar raya diperlukan memiliki lesen individu CASP. Saya telah menelaah daftar pelesen-pelesen CASP di laman web SKMM. Saya cari dari atas ke bawah dari tepi ke tepi, dari hadapan ke belakang, saya hanya dapat daripada 44 pelesen individual CASP itu terdapat nombor 26 itu dianugerahkan kepada pertubuhan Berita Nasional Malaysia ataupun Bernama. Nombor lesen CASP/1/2000/8. Jenis lesennya ialah untuk satellite dan terrestrial radio broadcasting.

Bukan TV broadcasting. Tarikh kuat kuasanya ialah 15 Disember 2009. Walhal Bernama TV mula on air pada 28 Februari 2008 dan tarikh tamatnya 14 Disember 2019.

Jadi saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri sebagai guardian of the act, guardian kepada Akta Komunikasi dan Media kenapa Bernama TV Synergy Sdn Bhd dibenarkan untuk mengendalikan siaran televisyen secara satellite dan terrestrial tanpa memegang lesen yang sah. Itu soalan saya.

final10:20 AM

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek

Tuan Yang di-Pertua, soalan ini agak spesifik tetapi perlu diketahui bahawa yang menjadi penyiar ataupun pengendali stesen televisyen menggunakan satelit ialah Astro di mana dalam konteks ini Bernama adalah satu daripada saluran-saluran yang ada dalam Astro. Ertinya dalam soal ini, apakah CNN perlu ada satu lesen yang sendiri, BBC misalnya perlu ada lesen yang tersendiri, perkara ini perlu disemak. Saya kira ianya tidak perlu. Jadi Bernama dalam soal ini Bernama TV adalah satu daripada saluran yang disediakan oleh penyiar ataupun broadcasters iaitu Astro dalam perkara ini. Terima kasih.

final10:20 AM

Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong

Just minta satu penjelasan, sebab pengendali Bernama TV itu adalah Bernama TV Synergy Sdn Bhd dan bukan Bernama. Itu keliru sikit, keliru sikit.

final10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Jelutong.

final10:20 AM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Dalam soal ini Tuan Yang di-Pertua, Bernama hanyalah penyedia content. Ia bukanlah sebagai broadcasters ataupun penyiar dalam konteks ini.

final10:30 AM

3. Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa] minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan bilakah Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampong Bharu (PITPKB) yang bakal membabitkan anggaran nilai pembangunan kasar sebanyak RM61.2 bilion dan kos pembangunan RM43 bilion hendak dimulakan pembangunannya, serta berapa nilai tanah satu kaki persegi yang dinilaikan oleh pihak Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu

(PPKB) ke atas tanah-tanah di Kampong Bharu.

final10:30 AM

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan - Dato’ Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final10:30 AM

[Dewan riuh]

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan - Dato’ Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan

Sudahlah, bagilah saya jawab. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Titiwangsa, tahun 2015 adalah fasa pelaksanaan Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampung Baru (PITPKB). Bagi memastikan pelaksanaan adalah kemas dan teratur, maka PKB sedang menguruskan proses perbincangan dan memuktamadkan penubuhan special purpose vehicle (SPV) atau badan kursus yang bertanggungjawab berhubung pelaksanaan pembangunan di Kampong Bharu. Serentak dengan itu juga, kini beberapa projek pemangkin telah dan sedang dalam proses kelulusan pelan dan pembinaan. Terdapat empat projek yang sedang dalam pembinaan dan sembilan projek lagi sedang menanti kelulusan pelan kebenaran merancang.

PKB telah memainkan peranan dan memastikan projek-projek berpotensi dapat dilaksanakan segera. Antaranya adalah mengadakan sesi rundingan dengan agensi teknikal (TNB) dalam menyelesaikan isu kelulusan legasi residen. Merujuk kepada nilai tanah pula, PKB pada masa kini telah mengadakan sesi technical working group (TWG) bersama enam juru nilai profesional bagi bersama-sama mengemukakan cadangan berhubung nilai tanah yang bersesuaian untuk tujuan pembangunan Kampong Bharu.

Persepakatan di antara keenam-enam juru nilai ini akan memberi perspektif yang lebih menyuruh serta tidak akan diragui kerana dilaksanakan secara kolektif dan profesional.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Titiwangsa.

final10:30 AM

Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Terima kasih Timbalan Menteri Wilayah. Saya agak berpuas hati dengan jawapan tersebut, cuma saya dihujani banyak soalan daripada pewaris-pewaris Kampong Bharu apabila PKB merasmikan master plan Pembangunan Kampong Bharu ini. Dalam risalah yang telah diedarkan kepada pewaris- pewaris, PKB telah menyatakan bahawa gross development cost adalah sebanyak RM43 bilion.

Apabila saya memaklumkan kepada semua pewaris di Kampong Bharu bahawa nilai tanah ini belum lagi diketahui oleh pihak kerajaan atau boleh diumumkan oleh pihak kerajaan, mereka bertanya kepada saya, kalau nilai tanah belum dapat lagi ketahui oleh pihak Pembangunan Kampong Bharu, bagaimana nilai GDV (gross development value) RM43 bilion dapat dikemukakan kepada rakyat. Itu sahaja mereka mohon clarification daripada pihak PKB. Saya beritahu dia, saya akan bawa perkara ini untuk pertimbangan pihak kerajaan.

final10:30 AM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan

Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat, PKB baru mengadakan pasukan untuk menentukan nilai. Dalam anggaran yang saya tahu yang secara kasar harga tanah adalah lebih kurang dalam RM2 bilion. Padahal Yang Berhormat timbulkan iaitu RM43 bilion ini, saya tidak ada fakta ataupun tidak ada kepastian. Oleh itu saya perlu beri jawapan secara bertulis.

final10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Timbalan Menteri, ini jawab dalam Dewan, pandang ke hadapan.

final10:30 AM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan

Saya minta maaf Tuan Yang di- Pertua.

final10:30 AM

4. Dr. Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah pelarian (mengikut negara asal mereka) yang berdaftar dengan UNHCR dan apakah hak dan perlindungan ke atas mereka sementara mereka berada di negara ini.

final10:30 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan kepada statistik yang dikeluarkan oleh Pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) di Kuala Lumpur sehingga 31 Januari 2015, terdapat sebanyak 151,838 orang pemohon suaka dan pelarian berdaftar dengan UNHCR seperti berikut. Oleh kerana terlampau banyak negara, jadi saya baca yang utama ya.

NEGARABIL. PEMOHON SUAKABIL. PELARIANJUMLAH
Myanmar4686493726140590
Afghanistan206192398
Iran316262878
Palestin164287451
Sri Langka256215914153
Somalia2658471112
JUMLAH KESELURUHAN5278899050151838

Kerajaan tidak mengiktiraf status pelarian dan pemohon suaka memandangkan Malaysia bukan negara pihak kepada Konvensyen Mengenai Status Pelarian 1951 atau Protokol Status Pelarian 1967. Justeru itu, pelarian dan pemohon suaka tidak berhak untuk mendapat hak-hak sebagaimana yang diperuntukkan dalam Konvensyen dan Protokol tersebut. Walau bagaimanapun, kerajaan atas dasar kemanusiaan membenarkan pelarian yang merupakan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang memegang kad UNHCR yang sah untuk tinggal sementara di negara ini sehingga pulang ke negara asal atau dihantar ke negara ketiga.

Pada dasarnya, pelarian di Malaysia tidak dinafikan kebebasan bergerak dan tidak ditahan melainkan terlibat dengan aktiviti yang melanggar undang-undang negara.

Tidak akan dihantar kembali ke negara asal selari dengan prinsip non-refoulement ataupun penghantaran balik ke negara asal tanpa dipaksa melainkan secara sukarela, volunteer return. Yang ketiga, tidak dinafikan hak untuk mendapatkan rawatan di hospital, klinik kerajaan dengan diberi potongan caj sebanyak 50% daripada kadar yang dikenakan ke atas golongan ekspatriat. Vaksinasi kepada kanak-kanak adalah diberikan secara percuma.

Tidak disekat untuk mendapat kemudahan pelajaran di sekolah swasta. UNHCR sebagai agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menentukan status dan memberikan kad UNHCR kepada pelarian sepatutnya tanggungjawab untuk menjaga sara hidup harian, kebajikan, tempat perlindungan, kesihatan, pendidikan dan sebagainya kepada pelarian yang tinggal sementara di Malaysia selaras dengan perundangan dan peraturan negara yang berkuat kuasa.

Kerajaan sentiasa menggesa pihak UNHCR untuk mempercepatkan penghantaran pulang pelarian ini ke negara asal atau ke negara ketiga, khususnya dari Myanmar. Ini kerana ia menimbulkan pelbagai masalah daripada ekonomi, sosial, ketenteraman awam dan keselamatan negara. Kerajaan juga menggesa UNHCR untuk meneliti semula status kad UNHCR pelarian sedia ada memandangkan terdapat individu yang tidak lagi menepati syarat-syarat sebagai pelarian di mana mereka ini lebih merupakan migran ekonomi.

Terima kasih.

final10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila Yang Berhormat Kota Raja.

final10:30 AM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Akibat dari Malaysia tidak meratifikasikan Konvensyen Pelarian dan juga Protokol 1967 dan kita menganggap mereka ini sebagai pendatang asing tanpa izin dan economic immigrants.

final10:30 AM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Cuma akibat daripada itu, maka penahanan mereka secara tidak bersebab dan kemudian dimasukkan ke pusat detention, pusat penahanan dan sebagainya. Apabila kita sendiri tidak mempunyai kerangka perundangan untuk mendokumentasikan mereka, maka mereka walaupun kita kata tadi Menteri menjawab bahawa mempunyai hak untuk mendapat rawatan dan sebagainya, tetapi pada realitinya, hakikatnya, mereka sering kali dianiaya, abuse dan kemudian dieksploitasi, mereka tidak boleh mendapat sebarang pekerjaan. Sekarang ini, kita sudah menjadi ahli kepada United Nations Security dan kita juga ahli kepada UN Human Rights. Kita biasa dahulu dalam tahun 1952 kalau tidak silap saya, pernah menjadi Pengerusi UNHCR.

Saya hendak bertanya kepada Menteri sekarang, dengan kedudukan kita yang begitu concern dengan hak asasi manusia, tidakkah kerajaan merasakan inilah masanya kita meratifikasi konvensyen refugee atau pelarian dan pemohon suaka ini dan juga untuk meratifikasikan Protokol 1967? Ini kerana dengan adanya pendokumentasian, documentation mereka ini lebih mudah untuk mereka di foreign settlement, untuk mereka ditempatkan di negara-negara yang sanggup menerima mereka dan mereka boleh bekerja.

Masalah sekarang ialah mereka tidak boleh bekerja. Terima kasih.

final10:40 AM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Terima kasih soalan Yang Berhormat. Pada pandangan saya, perkara besar yang harus diberi perhatian oleh warganegara Malaysia terutamanya Ahli-ahli Parlimen ialah bagaimana hendak beri peluang pekerjaan kepada orang tempatan yang juga banyak tidak bekerja. Biar orang luar itu diuruskan dengan sewajarnya yang mereka ini orang luar tetapi kalau kita juga sedang memperjuangkan hak mereka untuk bekerja dan sebagainya, kita akan menghadapi masalah. Malaysia tidak berhasrat untuk menjadi negara kepada pihak Konvensyen mengenai Status Pelarian 1951 ataupun Protokol 1967 kerana tidak mampu untuk melaksanakan sepenuhnya hak dan tanggungjawab sebagai negara pihak.

Dalam kalangan negara ASEAN, hanya Cambodia dan juga Philippines yang telah menjadi negara pihak kepada konvensyen protokol tersebut. Pendatang asing tanpa izin

(PATI) adalah tidak tertakluk kepada konvensyen protokol ini dan di Malaysia, ia adalah di bawah Akta Imigresen 1965/63. Kalau sekiranya kita menjadi negara pihak Yang Berhormat, maka implikasinya ialah:-

(i) akan menggalakkan lebih ramai lagi kemasukan warga asing untuk mendapatkan perlindungan sebagai pelarian di Malaysia khususnya PATI dan juga buruh asing. Ini akan meningkatkan PATI dan buruh asing dan jumlah pelarian juga akan meningkat. Malaysia akan menjadi sebuah negara transit pelarian ataupun pemohon suaka disebabkan lokasi geografi yang cukup strategik, yang mudah diakses melalui pintu masuk dan juga sempadan laut, darat dan udara;

(ii) akan mendedahkan Malaysia kepada isu-isu domestik yang mana pelarian kini menjadikan Malaysia sebagai destinasi mereka dan akan terus tinggal di negara ini kerana pelbagai sebab daripada segi ekonomi dan juga ramai orang yang suka memberi perlindungan kepada mereka. Contohnya, ada juga orang-orang yang berminat memberi perlindungan kepada orang-orang Afrika; dan

(iii) ia akan mewujudkan masalah daripada segi ekonomi, politik, sosial dan keselamatan yang mana kehadiran pelarian yang cukup besar untuk memohon suaka. Sekarang ini, tanpa itu pun Malaysia sedang menghadapi masalah kerana orang yang datang untuk bekerja secara sah dan juga yang datang masuk secara tidak sah begitu ramai. Ia akan merupakan beban kewangan kepada kerajaan.

Dengan itu, Malaysia membuat keputusan tidak akan menyertai konvensi mengenai Status Pelarian 1951 ataupun Protokol 1967. Yang ada sekarang pun sudah cukup. Kita sudah tidak dapat lagi menampung masalah kerana 151,000 orang yang hadir ini, UNHCR dengan kakitangannya yang begitu kecil tidak berusaha sepenuhnya untuk menghantar mereka ini ke negara ketiga sebaliknya mereka ini duduk di sini, bekerja di sini sama ada secara sah ataupun tidak sah dan sekarang ini menimbulkan masalah di pelbagai tempat. Contohnya macam di Cameron Highlands, di Perlis sendiri ada dua buah tempat yang sekarang ini, bila mereka ini ramai, mereka menimbulkan masalah kepada orang tempatan kerana sifat mereka yang gusar, kasar dan menimbulkan lain-lain masalah sosial.

final10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Sik.

final10:40 AM

Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya ingin bertanya kepada Menteri, ada kaitan dengan yang tadi juga iaitu apakah implikasi kepada negara Malaysia, jika kita menandatangani perjanjian Konvensyen Geneva berkaitan dengan Status Pelarian 1951 dan Protokol 1967 memandangkan Malaysia kini mempunyai beratus ribu pendatang tanpa izin? Terima kasih.

final10:40 AM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Tuan Yang di-Pertua, saya sudah pun memberitahu kesannya dari segi ekonomi, dari segi sosial, dari pelbagai lagi. Malaysia akan menjadi tempat yang orang datang dan bukan menjadi transit lagi. Mereka akan tinggal di sini kerana ramai kawan mereka yang berada di sini. Melalui saluran gelap, mereka akan terus berada di sini. Kita ini di peringkat awal, Kerajaan Malaysia ini di peringkat awal, kerajaan-kerajaan negeri terutamanya ada niat kemanusiaan. Jadi mereka ini berniaga di pasar malam dan pelbagai lagi, kita beri ruang dan peluang. Sekarang ini mereka menimbulkan masalah kepada Malaysia.

Dari segi ekonomi, orang-orang tempatan tidak mampu untuk menangani golongan ini kerana sifat kita sebagai orang tempatan. Sering kali orang tempatan ini sifat bertandingnya agak kurang tinggi dibandingkan dengan orang-orang dari luar yang datang kerana semangat hidup dan mati mereka. Itu sebab restoran yang paling popular sekarang di Malaysia ialah restoran Thailand. Nasi makan tengah hari yang paling popular ialah nasi mamak, sebagai contoh. Akan tetapi pada ketika dulu, mamak ialah orang tempatan akan tetapi sekarang ini banyak yang datang dari luar dan yang datang dari luar itu, ada yang dengan izin dan ada yang tanpa izin.

Tanpa kita sain Protokol ini, masalah inilah yang kita hadapi sekarang. Kalau kita sain Protokol ini dan menyertai United Nations yang sekarang ini hanya Philippines dan juga Cambodia sahaja yang tandatanganinya, kita akan menghadapi lebih banyak lagi masalah. Malah Philippines dan Cambodia tidak menghadapi masalah seperti Malaysia kerana ada juga orang yang datang untuk minta perlindungan ini tidak pergi ke Philippines, tidak pergi ke Cambodia, tetapi mereka datang ke sini, tanpa izin dan selepas itu minta kad.

United Nations pula beri kad.

Saya sudah berbincang dengan United Nations, apakah mereka tidak mahu berhenti untuk beri kad. Malah hari ini Presiden Myanmar akan melawat Malaysia. Saya percaya, Wisma Putra akan berbuat sesuatu sebab kehadiran mereka ini bukan lagi di atas dasar pelarian tetapi lebih merupakan migran ekonomi. Jadi kita tidak mahu sain dan kita akan membuat pendirian tidak akan tandatanganinya. Walaupun tidak sain tetapi kita memegang prinsip kepada non-refoulement. Terima kasih.

final10:40 AM

5. Tuan Haji Mohd Fasiah bin Mohd. Fakeh [Sabak Bernam] minta Menteri Kewangan menyatakan prestasi 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) sebagai syarikat pelaburan kerajaan dalam meningkatkan lagi pelaburan strategik untuk negara termasuk juga rakan kongsi luar negara serta prospek dan potensi dalam ekonomi global yang mencabar.

final10:40 AM

Menteri Kewangan II - Dato' Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Tuan Yang di-Pertua, ada 28 soalan berkaitan dengan 1MDB, ini terletak dalam tiga segmen: pelaburan; hutang; dan pelaburan dalam Cayman Island.

final10:40 AM

Menteri Kewangan II - Dato' Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Izinkan saya menjawab soalan berkaitan pelaburan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Sabak Bernam pada hari ini bersama-sama dengan dua lagi soalan iaitu daripada Yang Berhormat Kelana Jaya pada 16 Mac 2015 dan Yang Berhormat Bandar Tun Razak pada 2 April 2015 yang menyentuh perkara yang sama.

final10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final10:50 AM

Dato' Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Tuan Yang di-Pertua, prospek 1MDB boleh di lihat dalam dua konteks. Pertama, dalam konteks pelaburan atau business. Dalam konteks ini, 1MDB mempunyai beberapa aset yang boleh dikategorikan, pertamanya dari segi jana kuasa tenaga dan keduanya dalam hartanah.

Baru-baru ini, pihak 1MDB telah melaksanakan dua inisiatif iaitu konsolidasi perniagaan dan keduanya rasionalisasi.

Inisiatif konsolidasi dalam konteks tenaga diletakkan di bawah anak syarikatnya Edra Energy kerana tenaga mempunyai potensi yang besar. Pulangan dari segi gross revenue adalah lebih kurang RM3.8 bilion dan dengan net profit before tax lebih kurang RM1.3 milion.

Dalam konteks pembangunan hartanah, tumpuan adalah dalam dua (2) projek iaitu Tun Razak Exchange (TRX) dengan gross development value sebanyak RM40 bilion dan Bandar Malaysia dengan gross development value RM150 billion, kedua-duanya dengan tempoh pembinaan jangka panjang (long term). TRX misalnya akan mengambil masa 15 tahun dengan fasa pertama dijangka siap pada tahun 2018. Bagi projek Bandar Malaysia, pembinaan akan bermula pada akhir tahun 2016 setelah siap pemindahan kuarters tentera dan polis.

Inisiatif kedua 1MDB adalah rasionalisasi. Rasionalisasi ini melibatkan aset-aset lain kepunyaan 1MDB. Salah satunya adalah tanah di Pulau Pinang dan di Pulau Indah.

Tanah ini boleh di monetize kerana 1MDB memerlukan financing yang lebih besar untuk terus melaksanakan pembangunan. 1MDB turut ada projek tenaga 3B yang sedang dirunding untuk dipindahkan kerana 1MDB tidak mempunyai kapasiti untuk menjana hutang RM8 bilion.

Selain prospek 1MDB dari konteks business, keduanya adalah dari konteks kewangan. Adalah didapati perlu untuk melakukan kajian kerana 1MDB bermula dengan ekuiti RM1 juta dan kemudiannya dengan pemilikan aset yang telah dinilai (revalue) dengan beberapa billion. Akan tetapi, kedudukan kewangan 1MDB, dengan izin, is not sustainable.

Sekiranya dinilai dari segi networth dengan mengambil kira pinjaman sahaja, 1MDB mempunyai gearing 17 kali. Dari sudut penganalis kewangan atau kepada Bank, this is not sustainable. Atas sebab ini, 1MDB sedang dalam proses untuk melaksanakan initial public offering (IPO). Langkah ini akan mengurangkan gearing kepada tiga (3) kali. Dengan tahap rendah ini, 1MDB is sustainable.

Bagi soalan oleh YB Kelana Jaya mengenai perkiraan aset 1MDB sebanyak RM51.4 bilion, dengan izin, adakah forced sale value or not. Jumlah ini jelas ada di dalam balance sheet yang telah diaudit di mana RM51.4 bilion dalam bentuk current asets dan fixed assets. Hutang sebanyak RM41.0 bilion dan liabiliti RM49 bilion terdapat dalam Laporan Kewangan 1MDB yang diaudit oleh Firma Deloitte.

final10:50 AM

Tuan Haji Mohd Fasiah bin Mohd. Fakeh - Sabak Bernam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah memberikan jawapan yang bernas dan komprehensif. 1MDB adalah penjana kuasa bebas kedua terbesar di negara ini dan bertanggungjawab untuk pelbagai projek termasuk projek hartanah dan infrastruktur antarabangsa dan dalam negara.

Soalan tambahan saya Yang Berhormat Menteri, apakah 1MDB akan meneruskan cadangan untuk meneruskan cadangan untuk mengeluarkan tawaran awal IPO untuk menjana modal dan mengukuhkan aliran tunai bagi membiayai projek-projek yang telah dirancang dan memenuhi obligasi hutangnya. Apakah pandangan Yang Berhormat Menteri mengenai masa depan serta hala tuju 1MDB yang sering dikaitkan dengan pelbagai isu.

Sila beri penjelasan. Sekian, terima kasih.

final10:50 AM

Dato' Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Tuan Yang di-Pertua, seperti mana saya nyatakan tadi IPO ini dalam proses. Sebenarnya cadangan untuk mengadakan IPO pasal ia perlu kepada struktur kewangan yang seimbang dirancang tahun lalu tetapi oleh kerana beberapa isu termasuklah ketidakbayaran RM2 bilion Maybank itu telah menjejaskan pelaksanaan tersebut. Jadi, sekarang kita dalam proses pelaksanaan setelah berbincang dengan SC dan pihak 1MDB telah keluarkan balik prospektus itu kerana saya kata tadi konsolidasi tadi Jimah atau 3B tidak akan dilaksanakan, hendak diperbetulkan dan ini latest, dengan izinlah, September kita jangka dapat tetapi target kita dalam bulan Mei, Jun, Julai.

Yang ini Tuan Yang di-Pertua, ia akan dapat menyelesaikan permasalahan pembayaran hutang dan juga kos kewangan, power. Kemudian kita ada juga dari segi hartanah. Hartanah hutang lebih kurang RM21 bilion, macam mana kita hendak hadapi.

Jadi, ada berbagai-bagai inisiatif yang boleh dibuat dan sedang dilihat. Satu saya kata monetization aset tertentu.

Kemudian dalam konteks TRX umpamanya pula, ini yang lain-lain TRX ini fasa pertama itu pembelinya sudah ada tetapi perlu untuk melaksanakan progress pada peringkat progress payment diperolehi. Kedua, ada juga institusi atau entiti yang berminat untuk bangunkan bangunan sendiri. Jadi, kita telah minta kepada Kementerian Wilayah Persekutuan untuk segerakan proses kelulusan sub division. Di situ dia akan bawa kepada generation of revenue dengan izin, Tuan Yang di-Pertua.

Mengenai dengan masa depan saya menyatakan tadi dia punya ‘stumbling block’ is only the financial punya position. Once IPO sudah settle, that settle sebahagian besar permasalahan. Hartanah tadi saya kata kita lihat banyak opsyen termasuk kita boleh ambil badan lain untuk jadi join venture partner untuk ringankan capital injection atau ekuiti injection. Makna, berapa inisiatif ini boleh kita lakukan. Terutama kita lihat Bandar Tun Razak dia punya gross and value RM40 bilion. Maknanya kalau kita lihat dalam konteks sudah siap projek itu the income money is so huge. Begitu juga dengan Bandar Malaysia RM150 million. Terima kasih.

final10:50 AM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, Business Times di Singapura semalam melaporkan bahawa Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 25 Februari yang lalu telah meluluskan satu lagi suntikan dana kepada 1MDB sebanyak RM970 juta. Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri bagaimanakah dan kenapakah Jemaah Menteri masih lagi meluluskan suntikan dana yang baru sebanyak ini setelah beberapa bulan yang lalu 1MDB terpaksa meminjam dana sebanyak RM2 bilion daripada dilaporkan Ananda Krishnan untuk membayar pinjaman yang tidak boleh dibayarnya.

Tidakkah tindakan itu bertentangan dengan kenyataan dan pendirian Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Pagoh yang menyatakan bahawa tidak boleh ada sebarang tindakan sehinggalah audit itu dilaksanakan dengan selengkapnya. Mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri.

final10:50 AM

Dato' Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin gunakan standing order di mana bawah 23(1)(i), kita tidak boleh guna sumber daripada surat khabar, sumber daripada surat...

final10:50 AM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final10:50 AM

Dato' Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Biarlah saya jawab dahulu. Tidak boleh gunakan, okey itu ya tetapi saya terima. Walaupun tidak boleh guna saya jawab okey.

final10:50 AM

Dato' Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Pertama sekali jumlahnya bukan RM970 juta. Jumlah yang kita bagi itu sebagai standby credit. Maknanya bila diperlukan. RM950 juta. Yang telah dipakai sebanyak RM60 juta. Jadi Yang Berhormat kaitkan tadi dengan yang RM2 bilion. Saya telah jelaskan awal tadi. Masalah yang dihadapi oleh 1MDB is cash flow problem. Saya ingat Yang Berhormat Pandan tahu. Your background is accountant. Gearing is very high. Itu sebab dia perlu IPO.

The IPO is very-very important. Itu satu. Jadi dalam jangka waktu pendek, dia perlukan untuk refinance. Dia bukan new loan. Refinance of the existing loan untuk payment itu.

Setelah selesai IPO itu, insya-Allah seperti mana yang saya nyatakan, so it will be very smooth untuk 1MDB.

Kedua Yang Berhormat, kita tidak perlu gelak. Kita tengok masa depan nanti. Bila tiba masa depan nanti, kita tahulah nanti sama ada 1MDB akan hancur ataupun dia akan bangun. Kita tengok macam di Port Klang dulu. Port Klang bising di sini, di Parlimen. Saya ada. Kita punya, kita punya, kita punya...

final11:00 AM

[Dewan riuh]

[Dewan riuh]

Dato' Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Kita punya menghina Port Klang tetapi sekarang okey.

final11:00 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Diamlah!

final11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat-Yang Berhormat yang lain, diam.

final11:00 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Diamlah!

final11:00 AM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Kemudian berkenaan dengan...

final11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, ya, ya.

final11:00 AM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Berkenaan dengan audit. Audit syarikat is an ongoing process. Is an ongoing process, dengan izin. Macam kita katalah individu telah dibuat report, dia bersalah. Kemudian pihak polis ambil tindakan dan buat siasatan. Dia akan terus bekerja, bukan dia berhenti bekerja. So, 1MDB is an ongoing concern. Jadi ongoing concern, saya telah nyatakan. Saya tidak ada kata 1MDB ini very good, very smooth. Dia berhadapan cash flow problem. Jadi cash flow problem ini perlu kita atasi. That’s it. Bila IPO esok, that will be long term punya utilization of the part. Terima kasih.

final11:00 AM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri tidak menjawab tentang soalan saya mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri. Itu tidak dijawab langsung.

final11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sebenarnya Yang Berhormat, terpulang kepada Yang Berhormat Menteri sendiri. Ya, Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.

final11:00 AM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin merujuk kepada isu bahawa IPO akan menyelesaikan masalah cash flow bagi 1MDB. 1MDB mempunyai hutang sebanyak RM42 bilion sekurang-kurangnya dan kita jangka mungkin telah pun meningkat sehingga dekat RM50 bilion sekarang.

[Disampuk]

final11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, ya Yang Berhormat lain. Saya bagi peluang kepada pihak sebelah kiri. Saya sengaja untuk pihak sebelah kiri saya berpuas hati terhadap apa penjelasan Yang Berhormat Menteri. Jadi saya minta Yang Berhormat lain diam, ya.

final11:00 AM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Business ataupun aset-aset penjana kuasa dibeli dengan kos lebih kurang RM13 bilion dan telah ada laporan di media business bahawa IPO yang akan diadakan pun menilai aset-aset penjana kuasa lebih kurang RM13 bilion. Katakanlah IPO itu dikeluarkan seperti apa yang dilaporkan, 80% daripada IPO itu akan dijual dan proceed akan digunakan untuk bayar hutang. Itu pun tidak sampai RM10 bilion. Dengan penjualan IPO di mana kebanyakan keuntungan 1MDB sekarang diperoleh daripada penjana kuasa sebab bebas, 80% dijual, maksudnya profit keuntungan daripada penjana kuasa bebas akan juga turun 80%.

So kalau pembayaran hutang RM10 bilion dibuat, masih ada hutang sebanyak lebih kurang RM30 bilion lebih tetapi pada masa yang sama keuntungan turun 80%. Mana datangnya cash flow masa depan tanpa penjana kuasa bebas untuk membayar balik hutang yang cukup besar ini? Cash flow problem ini tidak akan diselesaikan dengan IPO begitu sahaja.

final11:00 AM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sudah jelaskan tadi 1MDB ada dua business. Dua sektor. Satu, energy. Kita mesti ingat dari segi jana kuasa ini, dia punya maturity to overcome dari semasa ke semasa. Dia continuously begitu. Jadi berdasarkan cash flow kita, pada Mac 2014, untung kasar, general itu RM3.8 bilion. The net before tax – RM1.3 bilion. Kemudian yang jadi masalah because of payment of interest. Jadi bila kita buat IPO ini, di bawah jana kuasa, the total liability is RM15 billion. RM15 billion something. Jadi bila kita buat IPO*, they will take care of the energy.

[Disampuk]* Biarlah saya cakap.

So you got RM26 billion nanti. RM26 bilion, macam mana kita hendak *state that.

There is on* hartanah. Itu saya kata some of tanah kita hendak jual supaya kita dapat generate. Kita hendakkan supaya dia punya gearing itu tidak boleh jauh. Gearing must be nearer supaya dia ada ability to pay. Kita boleh buat joint venture. We are looking at nearest options. Selepas itu ada yang hendak construction right. Itu kita boleh consider. Yang itu sahaja boleh generate income yang cukup untuk kita bayar hutang supaya ada gearing yang sama.

Kemudian jana kuasa tadi, 1MDB akan pegang beberapa peratus ekuiti. They will generate dividend to be paid. So daripada sokongan seluruh ini, dia akan membantu yang saya kata tadi RM26 bilion yang belum bayar.

final11:00 AM

6. Tuan Teo Kok Seong [Rasah] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan secara terperinci mengenai bantuan atau peruntukan yang diberi kepada NGO, persatuan atau individu yang mengusahakan rumah kebajikan yang membantu warga emas, OKU dan sebagainya agar setiap warga negara yang kurang bernasib baik dapat dibela.

final11:00 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Rasah. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bertanggungjawab menerajui agenda pembangunan masyarakat sejahtera. Oleh itu usaha untuk memelihara kesejahteraan kumpulan sasar utama golongan orang kurang upaya, kanak-kanak dan warga emas adalah amat dititik beratkan sebagai usaha untuk melengkapi dan memperluaskan perkhidmatan kebajikan dan kemudahan kepada golongan masyarakat yang memerlukan, kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menyediakan geran kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) bagi menampung sebahagian kos operasi PSK untuk memastikan program dan aktiviti yang dijalankan dapat membiayai semua kos – dijalankan oleh PSK mencapai matlamatnya.

Namun demikian, kerajaan tidak dapat membiayai semua kos yang terpaksa ditanggung oleh PSK dalam usaha menyediakan kemudahan kepada kumpulan sasar mereka. Antara bantuan kewangan kerajaan kepada PSK yang disediakan terbahagi kepada lima jenis dan seperti berikut:

(i) Geran pentadbiran. Bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan bagi menampung sebahagian kos pengoperasian PSK. Pertimbangan geran pentadbiran bagi tujuan berikut:-

(a) sagu hati sukarelawan;

(b) sewa premis;

(c) aktiviti;

(d) program latihan dalam bidang kebajikan dan pembangunan masyarakat; dan

(e) program yang berorientasikan komuniti untuk komuniti.

(ii) Geran langsung. Geran langsung ialah untuk keperluan makan minum penghuni yang tinggal berkediaman atau datang secara harian ke PSK berkenaan. Kadar geran langsung ini adalah seperti berikut:

(a) penghuni yang tinggal berkediaman di PSK diberikan RM8 sehari bagi setiap seorang; dan

(b) penghuni yang datang secara harian sebanyak RM4 sehari bagi setiap seorang.

(iii) Elaun khas murid OKU. Elaun khas murid kurang upaya diberikan kepada OKU yang berumur 19 tahun dan ke bawah serta mengikuti program pendidikan khas di sekolah pendidikan khas yang dikendalikan oleh PSK yang mempunyai sijil perakuan pendaftaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia atau OKU yang mengikuti kelas pemulihan di PSK.

final11:00 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

(iv) Geran per kapita. Geran ini adalah bertujuan bagi menampung sebahagian kos menyediakan alat bantu mengajar dan juga kemudahan asas pembelajaran. Geran ini diberikan kepada sekolah pendidikan khas kendalian PSK yang mempunyai Sijil Perakuan Pendaftaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia.

(v) Geran pembaikan. Geran ini diberikan kepada PSK yang menjalankan pusat jagaan harian dan berkediaman untuk tujuan membaik pulih premis yang menjejaskan dan membahayakan keselamatan penghuninya, pengurusan pentadbiran dan juga aktiviti PSK itu.

Tuan Yang di-Pertua, Pertubuhan Sukarela Kebajikan yang layak diberikan pertimbangan bantuan kewangan kerajaan ini adalah seperti berikut:-

(i) berdaftar dengan pendaftar pertubuhan di bawah Akta Pertubuhan 1966, Kategori kebajikan masyarakat atau di bawah undang- undang tubuh yang lain, juga berkaitan dengan kebajikan masyarakat,

(ii) pertubuhan bertaraf tempatan,

(iii) pertubuhan yang berorientasikan kebajikan ataupun dengan izin, welfare related yang mengendalikan program berteraskan pencegahan, pemulihan, penjagaan, perlindungan dan permohonan bagi kumpulan sasar di bawah tanggungjawab dan fungsi jabatan,

(iv) berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 bagi yang mengendalikan program institusi berkediaman atau pusat jagaan harian,

(v) program dan aktiviti PSK adalah selaras dengan dasar dan objektif jabatan; dan

(vi) beroperasi selama tiga tahun dan ke atas.

final11:10 AM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, sebenarnya kebelakangan ini saya memang ada mendapat feedback daripada beberapa pusat penjagaan warga tua, pusat penjagaan OKU ataupun anak yatim di Seremban. Kesemua daripada mereka telah pun memaklumkan kepada saya bahawa sebenarnya sepanjang masa ini mereka tidak menerima apa-apa peruntukan daripada pihak Kerajaan Pusat ataupun daripada kementerian Yang Berhormat. Cuma apa yang didapati oleh mereka iaitu bagi warga tua yang berada di pusat jagaan mereka, mereka mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Cuma daripada segi infrastruktur ataupun pusat jagaan tersebut, kadangkala mereka memerlukan kenderaan untuk menghantar OKU ataupun untuk menghantar warga tua ke hospital, ataupun keadaan rumah kebajikan tersebut sekarang telah pun tidak begitu memuaskan dan perlu dinaiktarafkan. Saya berharap pihak kementerian dapat mengambil kira perkara ini.

Saya hendak bertanya kepada pihak kementerian, adakah pihak kementerian sedia untuk memberi peruntukan secara sistematik kepada pusat jagaan ini walaupun ada dari pusat jagaan orang tua, OKU ataupun anak yatim ini mereka diusahakan oleh NGO ataupun individu? Terima kasih.

final11:10 AM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Terima kasih atas soalan tambahan Yang Berhormat Rasah itu. Yang Berhormat, memang seperti yang saya sebutkan tadi kita memberikan bantuan kepada rumah-rumah kediaman dan sebagainya yang dikendalikan oleh OKU. Saya ingin maklumkan kepada Yang Berhormat bahawa setiap tahun kita belanja lebih kurang dalam RM30 juta untuk membantu rumah-rumah ini ataupun NGOs yang melaksanakan kerja-kerja seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi.

Saya ada makluman bahawa untuk Negeri Sembilan sahaja memang kita ada beberapa yang dibantu oleh pihak kementerian, termasuklah di Seremban Yang Berhormat sebut tadi, kita ada Persatuan Pendidikan Kanak-kanak Istimewa Negeri Sembilan yang kita bantu setiap tahun. Makluman saya mengatakan bahawa di Negeri Sembilan sahaja kita ada beberapa yang kita bantu iaitu dalam bilangannya untuk tahun 2014, kesemuanya 14 iaitu untuk OKU sembilan dan untuk kanak-kanak ada lima. Kita bersedia seperti yang saya sebut tadi, sekiranya NGO ini, apa yang mereka mengendalikan ini, rumah-rumah ini adalah layak mengikut apa yang telah disebutkan kriteria yang saya sebutkan tadi itu, maka mereka layak untuk membuat permohonan kepada kementerian untuk dipertimbangkan.

Jadi tidak ada masalah Yang Berhormat, kita sentiasa terbuka untuk membantu. Kita membantu lebih 200 PSK sebenarnya di seluruh negara kita termasuklah di Negeri Sembilan itu sendiri. Terima kasih.

final11:10 AM

Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, dengan keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat sekarang ini, adakah kementerian sedar bahawa takrifan kemiskinan yang ditetapkan dalam syarat penerimaan wang bantuan kebajikan Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak lagi relevan jika dibandingkan dengan kos sara hidup? Jika serius, bilakah agaknya perkara ini akan dilaksanakan? Terima kasih.

final11:10 AM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Pasir Gudang. Penetapan kepada garis kemiskinan ini bukan dibuat oleh kementerian kita. Kita cuma mengikut sahaja apa yang telah disediakan oleh EPU. Walau bagaimanapun, kita sentiasa prihatin tentang keperluan rakyat kita. Saya ingin maklumkan seperti mana yang juga semua di dalam Dewan ini maklum bahawa kita telah pun menaikkan bantuan kita untuk OKU yang bekerja dan OKU yang tidak bekerja kepada RM50 untuk tahun 2015 ini setiap seorang.

Walaupun nampak kecil, tetapi apabila kita campurkan kesemua ia menjadi RM60 juta setiap tahun kenaikan yang kita berikan. Kita juga telah menaikkan rangsum tadi untuk institusi kita, bantuan makan harian itu daripada dulunya RM8 kepada RM16 tahun ini.

Inilah yang menunjukkan keprihatinan kita.

Dalam masa yang sama untuk kumpulan sasar ini, kita juga mempunyai program- program the way forward. Ertinya kita tidaklah mengatakan bahawa mereka mengharap sahaja daripada bantuan sumbangan kewangan daripada kerajaan sepanjang masa. Akan tetapi kita ada program-program yang mana kita usaha untuk mereka ini boleh berdikari, boleh meneruskan kehidupan mereka. Ada beberapa program yang kita laksanakan.

Program untuk Orang Kurang Upaya, kita ada Geran Pelancaran yang kita berikan kepada mereka untuk memulakan perniagaan dan lain-lain program lagi yang ada di bawah kementerian kita untuk makluman Yang Berhormat Pasir Gudang dan semua Ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini. Terima kasih.

final11:10 AM

7. Datuk Hajah Norah Abd Rahman [Tanjong Manis] minta Perdana Menteri menyatakan sama ada kerajaan bercadang untuk menukar nama Institute for Strategic and International Studies (ISIS) Malaysia kepada nama yang lain memandangkan singkatan ISIS sekarang ini sering dikaitkan dengan aktiviti keganasan oleh 'Islamic State of Iraq and Syria'.

final11:10 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Shahidan bin Kassim

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sedar bahawa akronim ISIS sedang digunakan secara meluas oleh pihak-pihak tertentu untuk merujuk kepada Islamic State of Iraq and Syria. Seperti yang diketahui, nama singkatan ISIS diguna secara meluas oleh media barat. Namun, negara-negara Arab menggunakan perkataan ‘daehh’ iaitu akronim daripada huruf singkatan yang mempunyai maksud Islamic State of Iraq and Syria dan dalam bahasa Arab ia juga berbunyi seakan-akan membawa maksud crushing something underfoot dengan izin, memijak musnah sesuatu bahan. Nama Institute for Strategic and International Studies Malaysia atau singkatannya ISIS Malaysia telah ditubuhkan lebih daripada 30 tahun lalu pada 8 April 1983.

Semenjak penubuhannya, institut tersebut telah dikenali sebagai ISIS Malaysia oleh semua pihak di dalam dan luar negara. Perlu juga dinyatakan bahawa ISIS Malaysia telah berusaha pada tahun 1988 untuk menubuhkan ASEAN ISIS yang merupakan gabungan 10 buah institut strategik dan kajian antarabangsa negara-negara ASEAN iaitu ISIS Malaysia, *Institute of Policy and Strategic Studies Brunei Darussalam, Cambodian Institute for Cooperation and Peace (CICP), Centre for Strategic and International Studies

(CSIS Indonesia), Institute of Foreign Affairs (IFA) Laos, Myanmar Institute of Strategic and International Studies (MISIS), Institute for Strategic and Development Studies (ISDS Philippines), Singapore Institute of International Affairs (SIIA), Institute of Security and International Studies (ISIS Thailand)* dan Diplomatic Academy of Vietnam (DAV) dikenali sebagai Institute for International Relations Vietnam sebelum ini.

final11:10 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Shahidan bin Kassim

Gabungan ini telah diiktiraf oleh pelbagai pihak sama ada di kalangan kerajaan ataupun swasta. Aktiviti tahunan ASEAN-ISIS adalah penganjuran persidangan Asia-Pacific Roundtable (APR) yang diterajui oleh ISIS Malaysia. Persidangan APR ke-29 dijangka akan diadakan di Kuala Lumpur pada 1 hingga 3 Jun 2015 dan bakal dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Memandangkan peranan besar yang dimainkan oleh institut ini di dalam negara dan di peringkat antarabangsa lebih daripada 30 tahun lamanya, maka tiada sebab ISIS Malaysia tidak boleh dikekalkan.

Sekian, terima kasih. Tidak payah tanya soalan tambahanlah.

final11:20 AM

Datuk Hajah Norah Abd. Rahman - Tanjong Manis

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kalau kita lihat dalam YouTube ataupun dalam Google, kita dapat melihat immediately www.isis.org.my dan juga video YouTube ISIS Malaysia 69 yang berkaitan dengan Islamic State of Iraq and Syria. Adakah kerajaan akan mengeluarkan kenyataan media memberi penerangan berkenaan Institute for Strategic and International Studies ini tiada kaitan dengan Islamic State of Iraq and Syria dan apakah impak serta persepsi terhadap Malaysia dengan mengekalkan nama ISIS dan sama ada ini akan menggugat ketenteraman, ekonomi dan keselamatan rakyat kita di luar negara?

final11:20 AM

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim

Tuan Yang di-Pertua, jawapan pada hari ini akan dimasukkan dalam media dan akan dibentangkan kepada umum. Ini jawapan rasmi kerajaan bahawa ISIS tidak ada kena mengena dengan ISIS yang dibincangkan oleh pihak dunia.

final11:20 AM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan. Saya bersetuju dengan pendirian yang diambil kerana pada saya sebenarnya yang lebih membimbangkan adalah kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa Perhimpunan Agung UMNO yang mengajak ahli-ahli UMNO mencontohi ISIS. Itu yang lebih kita patut bimbangkan. Apa pun, apabila berkisar tentang cabaran yang kita hadapi, isunya ISIS ini adalah membawa bersama cabaran propaganda yang amat membahayakan.

Saya merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh saudara Abdul-Rehman Malik daripada Radical Middle Way, UK yang hadir ke Malaysia atas jemputan pihak kerajaan memberi maklum balas bagaimana ISIS menggunakan media sosial dan propaganda atas talian yang bersifat menarik, seksi, kontra budaya dan anti arus perdana. Maka cadangan beliau yang saya fikir boleh diadaptasikan oleh ISIS Malaysia khusus apabila bercakap tentang tanggungjawab yang lebih besar melingkari seluruh ASEAN adalah untuk membawakan cara-cara sama ada menerusi pemikir Shaykh Abdullah bin Bayyah ataupun Jasser Auda untuk memenangi hati-hati mereka, yang mungkin potential terrorist dengan izin ataupun tidak, dan bukan sekadar mengguna pakai akta terrorism yang bakal dibawa dalam sidang Parlimen kerana perjuangan kita adalah untuk memenangi hati-hati anak- anak muda, generasi yang sekarang, yang kini daripada termakan dengan propaganda jahat yang akhirnya membabitkan mereka dalam gejala terrorism. Jadi saya mohon pandangan Yang Berhormat Menteri berkait dengan tanggungjawab yang lebih besar bukan sahaja diambil atau diguna pakai oleh GMM semata-mata tetapi juga di bawah ISIS, semua badan kerajaan bukan sekadar hendak menangkap, hendak menghukum tetapi juga harus memenangi hati-hati mereka. Terima kasih.

final11:20 AM

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim

Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju sepatutnya kita semua mengambil pendekatan bersama untuk memerangi dan juga memenangi hati –memerangi mereka yang telah terlibat dan memenangi hati-hati yang belum terlibat. Ini sepatutnya menjadi gerakan bersama dan kita minta Yang Berhormat semua menyokong rang undang-undang yang akan dibawa tidak lama lagi. Kalau sekiranya ada apa-apa cadangan...

final11:20 AM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

Saya tidak sokong rang undang-undang, Yang Berhormat. Saya minta tentang isu memenangi hati, bukan menangkap semua orang termasuk Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

final11:20 AM

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim

Ya, tidak, tidak. Apa yang saya maksudkan ialah apabila kita memperkenalkan rang undang-undang nanti, kita kena lihat hati budinya iaitu niatnya iaitu untuk memenangi hati dan juga memerangi sebab orang yang telah melakukan kesalahan, kita kena ambil tindakan tetapi orang yang belum melakukan kesalahan, kita tidak mahu mereka dipengaruhi oleh mana-mana pihak sehingga menyertai gerakan yang membahayakan diri mereka dan juga keselamatan serta dunia.

Jadi, saya bersetuju itu, Yang Berhormat. Bukan hendak suruh tangkap – tidak ada undang-undang khusus untuk hendak tangkap PKR ataupun pembangkang. Kalau ada undang-undang tersebut yang dikhususkan untuk tangkap PKR atau pembangkang, saya akan berada di hadapan untuk menghalang bersama.

final11:20 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim

Akan tetapi undang- undang yang dibuat adalah untuk semua rakyat demi keadilan bersama. Yang Berhormat kena tengok itu. Jangan tengok bahawa apa saja undang-undang, kata undang-undang itu berniat jahat, tidak. Sebab Allah berfirman dalam Al-Quran... [Membaca sepotong ayat al- Quran] “Wahai orang yang beriman, jangan kamu buruk sangka dan jangan kamu mengintai keburukan orang”. Terima kasih. Jadi saya menjawab yang itu.

Keduanya, kita tidak boleh tukar perkataan ini kerana perkataan ISIS ini kadang- kadang digunakan juga sebagai IS. Kadang-kadang digunakan ISIL yang dimasukkan Libya. Jadi setiap kali ada perkataan IS, kita kena buang. Apa sahaja ada IS di Malaysia kita kena buang. Kadang-kadang dalam CNN juga disebut ISIL. Jadi banyak lagi mereka akan gunakan berhubung dengan perkataan IS ini. Saya bimbang kalau kita tukar yang ini, nanti kita kena tukar banyak lagi apa sahaja yang dipropagate dengan izin, oleh media antarabangsa.

Apa yang paling penting adalah rakyat Malaysia bersama-sama untuk menghadapi keganasan yang sekarang ini kita kena anggap bahawa ia bukan untuk satu- satu pihak. Keganasan ini akan merupakan keganasan yang mengancam keselamatan bersama.

Saya bagi satu contoh seperti dadah. Apabila orang itu kena dadah, ia bukan pilih orang untuk kena dadah tetapi kesan daripada dadah itu semua orang akan kena, dan dadah sekarang sudah berada di pintu rumah di mana orang yang kena dadah, dia akan mencuri dan sebagainya. Dia mencuri dia tidak pilih pula rumah ini rumah siapa, tidak.

Kadang-kadang dia datang rumah ini Yang Berhormat Mahfuz, tidak. Ya, dia tidak peduli.

Rumah Yang Berhormat Shahidan, dia tidak peduli. Jadi dadah ini bahaya untuk semua.

Demikian juga ISIS, dia tidak memilih. Suatu hari nanti kita akan menghadapi masalah kalau kita tidak perangi bersama. Kita hayati bersama. Jadi terima kasih atas sokongan yang dijangka akan diberikan nanti.

final11:20 AM

8. Tuan William Leong Jee Keen [Selayang] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan langkah-langkah untuk menangani peningkatan jumlah kes kemalangan yang melibatkan pekerja-pekerja pergi dan pulang dari kerja.

final11:20 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Selayang.

Tuan Yang di-Pertua, kemalangan yang menimpa para pekerja bukan sahaja kehilangan kepada suami, isteri, anak-anak, keluarga, masyarakat bahkan kepada majikan dan juga negara. Dalam konteks kemalangan pekerjaan, kita dapat dua jenis kemalangan.

Pertama ialah kemalangan di tempat kerja ataupun industry accident di tapak kerja; dan kedua, kemalangan semasa pergi dan berulang alik ke tempat kerja.

Tuan Yang di-Pertua dan Dewan sekalian, alhamdulillah, kedudukan statistik kemalangan di negara kita masih rendah. Kemalangan di tempat kerja menunjukkan trend menurun. Sementara itu, kemalangan semasa ulang-alik bekerja agak meningkat. Secara

final11:20 AM

perbandingan, saya ambil sedikit Tuan Yang di-Pertua, beberapa buah negara di dunia ini

United Kingdom, 3.12; Malaysia, 3.08 kadar kemalangan; Singapura, 4.26; Korea, 5.9; Australia, 12.2; dan Thailand, 15.76.

final11:20 AM

perbandingan, saya ambil sedikit Tuan Yang di-Pertua, beberapa buah negara di dunia ini

Tuan Yang di-Pertua, jadi ini membuktikan bahawa kerajaan dan kementerian kita mengambil serius bagaimana untuk kita menangani kemalangan yang melibatkan pekerja ini. Berhubungan dengan soalan utama ialah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian. Di antara langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian Sumber Manusia untuk menangani peningkatan jumlah kes kemalangan melibatkan pekerja-pekerja pergi dan pulang dari kerja adalah seperti berikut:-

(i) Kementerian Sumber Manusia melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah membangunkan garis panduan amalan- amalan baik dalam menguruskan kemalangan semasa berulang alik dari kerja ataupun good practices in implementing community safety management dengan izin dengan kerjasama SIRIM Berhad. Garis panduan ini diperkenalkan khusus untuk kepenggunaan majikan bagi mengurangkan kadar kemalangan perjalanan di kalangan pekerja;

(ii) Khidmat Rundingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

(OSH) kepada majikan-majikan yang dikenal pasti bagi memberi bimbingan dan meningkatkan tahap kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan di kalangan majikan dan pekerja untuk membantu mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja;

(iii) Seminar Pencegahan Kemalangan dan Kempen Perjalanan Selamat di peringkat kebangsaan;

(iv) pengiklanan dan poster yang bertujuan mempromosi secara media cetak dan elektronik melalui penerbitan iklan televisyen dan sebagainya; dan

(v) penubuhan Jawatankuasa Penjagaan Bencana Kerja PERKESO yang terdiri daripada pelbagai pihak termasuk NGO, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Jabatan Pengangkutan, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kementerian Kesihatan Malaysia dan lain-lain;

(vi) Kursus Kesejahteraan dan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan dengan kerjasama NGO, NIOSH, JKKP serta Master Builder Association Malaysia dengan izin, MBM, MTUC, MAF dan lain- lain.

Pada tahun 2014 sebanyak 444 program pencegahan kemalangan industri dan 150 program bagi pencegahan kemalangan jalan raya telah dilaksanakan oleh institusi- institusi terbabit dan melibatkan kira-kira 18,000 orang peserta dengan kos RM3.3 juta.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Selayang.

final11:30 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Berapakah bayaran untuk ganti rugi yang telah dibayar oleh PERKESO untuk kes kemalangan terutamanya apabila kemalangan maut dan cedera parah. Apa lagi yang boleh dibuat untuk memberikan kesedaran kepada pekerja kerana selalunya adalah sikap tentang menggunakan jalan apabila mereka pergi ke tempat kerja.

final11:30 AM

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Selayang. Saya hendak sebut sikit statistik tentang kemalangan di PERKESO ini dalam negara kita. Kemalangan perusahaan pada tahun 2013 ialah 35,898, tahun 2014 seramai 35,309 menurun. Sementara kemalangan di perjalanan seramai 27,659 pada tahun 2013 dan seramai 28,050 pada tahun 2014.

Tuan Yang di-Pertua, di antara usaha-usaha lain yang dilakukan oleh kerajaan ialah menguatkuasakan pelaksanaan Akta SOCSO yang berkaitan dengan kemalangan.

Kedua, menguatkuasakan pelaksanaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Ketiga, antara usaha yang dibuat oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ialah menubuhkan Majlis Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang dianggotai oleh berbagai- bagai kementerian, institusi pengajian tinggi, pakar-pakar yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan. Begitu juga badan-badan sukarela dan orang-orang individu yang mempunyai kemahiran dalam bidang berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, sementara PERKESO adalah badan atau agensi yang bertanggungjawab dalam membiayai pampasan kemalangan yang dihadapi oleh pekerja- pekerja. Untuk makluman Dewan yang mulia ini bagi tahun 2013, PERKESO telah membelanjakan sejumlah RM2.2 bilion untuk membiayai pelbagai tanggungan kepada pekerja-pekerja kita dalam pelbagai aspek. Kalau saya hendak berikan ini detail agak panjang Tuan Yang di-Pertua.

Manakala pada tahun 2014 adalah sejumlah RM2.4 bilion lebih yang telah dikeluarkan oleh PERKESO. Ini termasuklah kemalangan perusahaan di tempat kerja yang melibatkan pada tahun 2014 ialah 35,309 orang. Kemalangan perjalanan, itu persoalan utama Yang Berhormat Selayang melibatkan 28, 050 orang. Faedah yang dibayar ada pada saya Yang Berhormat. Mungkin kalau Yang Berhormat hendak kita berikan kemudian secara bertulis.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final11:30 AM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Peraturan mesyuarat.

final11:35 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final11:35 AM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Peraturan Mesyuarat 18(1).

Saya telah pun menghantar satu notis usul kepada Tuan Yang di-Pertua berkaitan dengan cadangan untuk penubuhan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja ke atas isu 1MDB. Usul itu telah pun ditolak dalam kamar dalam alasan yang saya sangat tidak dapat hendak menerima kerana hanya alasan kerajaan sudah mengambil langkah untuk penyiasatan akaun 1MDB ini melalui Jabatan Audit Negara. Sedangkan saya sangat mempersoalkan akhir-akhir ini integriti, ketelusan yang ada kepada Jabatan Audit Negara.

Kalau daripada surat yang ada pada saya ini, laporan mengenai pengauditan terhadap pengurusan program Hari Belia Negara, Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 2011 hingga tahun 2013 sehingga sekarang walaupun sudah siap masih tidak dibentangkan di dalam Dewan Parlimen ini. Itu hanya memakan jumlah dalam beberapa puluh juta sahaja. Bukan sebanyak RM42 bilion.

Sedangkan isu yang membabitkan sejumlah wang yang begitu besar RM42 bilion yang membabitkan kepentingan masyarakat dan rakyat dalam negara kita dan juga ada unsur-unsur yang melibatkan pecah amanah, saya fikir bahawa kerajaan juga dengan dasar pendirian flip-flop mereka, awalnya mereka menyatakan tidak ada apa-apa sekarang dan hendak serah balik kepada Audit. Seolah-olah macam ada masalah.

Jadi saya bimbang bahawa Audit itu akan hanya menjadi cop halal kepada semua pengurusan, penyelewengan, salah guna, pecah amanah yang berlaku dalam 1MDB

final11:35 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena.

final11:35 AM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Oleh sebab itu saya membentangkan usul ini untuk diadakan satu penubuhan Suruhanjaya Diraja. Jadi ini saya minta supaya dipertimbangkan semula.

final11:35 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sebagaimana yang telah disebut oleh Yang Berhormat Pokok Sena sendiri bahawa Yang Berhormat Pokok Sena telah menerima satu jawapan bertulis daripada Yang di-Pertua Dewan yang telah memberikan penjelasan dan sebab-sebab menolak perkara ini di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1). Jadi saya tidak boleh lagi mendengar. Keputusan ini adalah keputusan muktamad oleh Tuan Yang di-Pertua. Perkara ini tidak perlu disegerakan kerana pertama yang telah disebut bahawa pihak kerajaan telah meminta supaya Jabatan Audit Negara untuk membuat siasatan dan dikemukakan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan juga beberapa soalan jawab lisan telah di utarakan dan sebentar tadi Yang Berhormat Menteri sendiri telah menjawab.

Sekarang ini adalah sesi untuk perbahasan bagi Titah Ucapan dan Yang Berhormat sendiri telah berucap mengenai 1MDB. Beberapa Yang Berhormat juga telah berucap mengenai 1MDB dan kita tunggulah penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri apabila menggulung perbahasan kita. Jadi cukuplah Yang Berhormat Pokok Sena.

final11:35 AM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tuan Yang di-Pertua, ucapan dan jawapan tidak menyelesaikan masalah.

final11:35 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Cukuplah Yang Berhormat Pokok Sena.

final11:35 AM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Melainkan dengan satu siasatan yang telus. Oleh sebab itu saya minta kerajaan lebih telus untuk – kalau usul saya ini ditolak biarlah kerajaan secara jujur bawa satu usul ke Parlimen ini seperti mana usul MH370 dan sebagainya untuk kita berbahas secara yang detail.

final11:35 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Cukuplah Yang Berhormat.

final11:35 AM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

...Mencari kata sepakat untuk penubuhan satu Suruhanjaya Diraja.

final11:35 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena.

final11:35 AM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Bukan pergi bentang dalam taklimat khas UMNO.

final11:35 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Cukuplah Yang Berhormat Pokok Sena, terima kasih. Sila Setiausaha.

final11:35 AM
USUL
MENJUNJUNG KASIH TITAH UCAPAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Ketiga Parlimen Ketiga belas”.

[11 Mac 2015]

final11:35 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Saya minta Yang Berhormat Kuala Nerus menyambung ucapan. Baru mula semalam ya?

final11:40 AM

Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Baru beri salam semalam.

final11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila 30 minit.

final11:40 AM

Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Membaca sepotong ayat al-Quran] . “Dan Allah Taala membuat satu perumpamaan, satu kampung yang asalnya aman dan tenteram, datang rezeki kepada penduduknya selapang-lapangnya daripada segenap penjuru. Lalu negeri itu kufur dengan nikmat Allah. Lalu Allah Taala rasakan kepada mereka pakaian, kelaparan dan pakaian ketakutan disebabkan apa yang telah mereka lakukan”.* Sadaqallahul Azim.

Nabi SAW bersabda, [Membaca sepotong hadis] “Sebaik-baik harta yang baik itu adalah harta yang berada di tangan laki-laki yang baik”. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua yang memberi peluang kepada saya untuk berbahas pada hari ini. Membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ketiga Belas 2015. Ada dua kunci utama dalam pengurusan ekonomi menurut pandangan Islam.

Pertamanya pemimpin yang soleh. Kedua adalah sistem yang soleh. Pemimpin yang soleh adalah sebagai satu jaminan kekayaan negara dapat dinikmati secara adil dan saksama oleh semua rakyat. Manakala sistem yang soleh yang baik pula adalah satu jaminan agar segala program ekonomi dan aktiviti perekonomian itu berkesan dan boleh mencapai sasaran.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Hari ini kita lihat Malaysia adalah sebuah negara yang diberi anugerah yang begitu banyak oleh Allah SWT. Pelbagai sumber yang sepatutnya meletakkan Malaysia dalam keadaan situasi ekonomi yang sihat dan juga segar. Malaysia diberikan minyak dan mempunyai emas dan juga bijih besi dan mempunyai hasil-hasil pertanian seperti sawit dan juga getah, hutan yang sangat luas, mempunyai aset pelancongan yang begitu banyak.

Pantai-pantai yang cantik dan juga mempunyai pelabuhan-pelabuhan, duduk berada di kawasan strategik bagi perniagaan seluruh dunia yang memungkinkan kerajaan mendapat hasil. Itu realiti negara yang namanya Malaysia, yang mula disebut sebagai negara yang diberikan begitu banyak nikmat oleh Allah SWT.

Akan tetapi apa yang berlaku yang kita rasa pada hari ini ialah akibat urus tadbir ekonomi dan kewangan yang bermasalah, keadaan bertukar menjadi sebaliknya. Sumber yang ada yang sepatutnya cukup untuk menampung keperluan rakyat, apa yang berlaku ialah gagal untuk menampung keperluan rakyat. Kegawatan ekonomi berlaku dan ketidakstabilan ekonomi berlaku. Tidak dinafikan bahawa hari ini kerajaan dan negara sedang berhadapan dengan krisis ekonomi. Ia diperakui sendiri oleh kerajaan dalam pembentangan Bajet 2014 yang lalu dan juga menerusi semakan bajet yang dibuat baru- baru ini.

Secara umumnya kerajaan sedang berhadapan iaitu:-

(i) defisit fiskal negara;

(ii) defisit belanjawan sejak 18 tahun yang lalu;

(iii) hutang negara yang tinggi hampir RM600 bilion; dan

(iv) kejatuhan harga minyak yang mengurangkan hampir RM15 bilion pendapatan negara.

Negara pula sedang berhadapan kejatuhan nilai ringgit sehingga RM3.70 untuk USD1. Rakyat pula berhadapan dengan hutang isi rumah yang tinggi. Begitu juga masalah pendapatan boleh guna (disposable income) bagi memenuhi keperluan asas minimum seseorang. Rakyat juga berhadapan dengan inflasi. Rakyat juga dibebankan dengan cukai yang tinggi melibatkan keperluan asasi mereka seperti kereta dan rakyat pula nanti bakal dibebankan dengan cukai GST yang zalim.

Apakah punca pada krisis ini? Apa yang berlaku adalah kesilapan dalam kita melaksanakan dasar ekonomi yang dipakai oleh kerajaan pada hari ini sejak puluhan tahun.

Baik kita merujuk pada maksud ekonomi. Perkataan ekonomi dalam bahasa Arab disebut iktisad. Iktisad maknanya bersederhana.

[Bercakap dalam bahasa Arab] Satu kedudukan antara dua kedudukan. Satu kedudukan cuai, yang kedua kedudukan berlebih-lebihan.

Ekonomi atau iktisad berada di tengah-tengah.

Pakar-pakar ekonomi berbincang bab ekonomi dan menyatakan bahawa ekonomi bermaksud menguruskan sumber yang terhad untuk menunaikan keperluan yang tidak terhad. Kita ada keperluan yang sangat banyak untuk negara, tetapi persoalannya bagaimanakah dengan sumber yang diberikan oleh Allah yang kita peroleh hari ini patut diuruskan supaya segala keperluan yang penting diutamakan, yang kecil dan tidak penting diketepikan terlebih dahulu. Bila kita gagal menguruskan ekonomi seperti dalam kaedah ini maka berlakulah apa yang berlaku.

Pertama sekali kita lihat dalam Dasar Perbelanjaan Negara, dasar yang diamalkan pada hari ini tidak menyuluh panduan berekonomi seperti yang diajar oleh Allah SWT menerusi surah Yusuf. Dalam Al-Quran Allah Taala menceritakan kisah Nabi Allah Yusuf.

*[Membaca sepotong ayat al-Quran] “Wahai Nabi Allah Yusuf, wahai orang yang dipercayai, berikan penjelasan kepada kami tentang satu mimpi. Mimpi seorang Raja.

Mimpi melihat tujuh ekor lembu yang gemuk di makan oleh tujuh ekor lembu yang kurus dan juga tujuh tangkai yang menghijau dan kemudian tujuh tangkai yang kering. Mudah- mudahan aku kembali bertemu dengan manusia, mudah-mudahan mereka mendapat ilmu.”* Dalam berkata Nabi Allah Yusuf, *[Membaca sepotong hadis] “Kamu menanam selama tujuh tahun berturut-turut seperti mana biasa.” [Membaca sepotong hadis] “Apa sahaja hasil yang kamu dapat maka biarkanlah ia pada tangkainya melainkan sedikit yang kamu gunakan untuk makan.” [Membaca sepotong hadis] “Kemudian akan datang pula tujuh tahun yang memeritkan yang akan makan segala apa yang kamu simpan melainkan sedikit”.

[Membaca sepotong hadis] . “Kemudian akan datang pula kata Allah satu tahun di mana kamu akan diberikan hujan yang sangat banyak dan pada ketika itu manusia mula memerah anggur.”* Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa realiti, sunah kepada kehidupan manusia. Ada waktu diberikan oleh Allah kemakmuran ekonomi, rezeki yang banyak. Akan tetapi akan datang pula satu suasana yang kritikal, suasana ekonomi yang tidak bagus yang akan menyebabkan segala simpanan hasil yang lalu akan dimakan. Hari ini apa yang berlaku ialah hasil-hasil yang kita peroleh gagal untuk disimpan untuk jangka masa yang panjang. Bahkan kita lihat apabila berlaku pembentangan bajet, yang dibentang ialah perbelanjaan melebihi pendapatan yang akan dijangka.

Kalau perbelanjaan melebihi pendapatan yang dijangka, bagaimana mungkin kita akan menyimpan untuk jangka masa panjang. Al-Quran mengajar kepada kita sekurang- kurang setiap pendapatan dibagi kepada tiga. Satu pertiga digunakan untuk makanan, perbelanjaan semasa. Dua pertiga lagi disimpan dengan tujuan ialah satu pertiga daripadanya akan digunakan di kala mana berhadapan dengan masalah ekonomi. Satu pertiga lagi akan digunakan untuk kerajaan, negara atau rakyat bangkit di kala mana berakhir keadaan krisis ekonomi. Itulah yang patut diamalkan sekarang dan apabila kita amalkan mudah-mudahan ia menjadi peringatan kepada kita.

Kedua, cara berbelanja yang tidak berekonomi dan juga berhemah. Sedangkan Al-Quran mengajar kepada kita dalam sejarah dunia bagaimana satu kerajaan yang hebat atau bangsa yang hebat. Bangsa Nabi Allah Hud ‘Alaihissalam yang Allah berikan kepada mereka kekuatan dan kekayaan ekonomi, mereka bermewah dalam yang perkara yang tidak diperlukan hingga Allah menyatakan; [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Adakah kamu membina di mercu-mercu, di pinggir-pinggir jalan atau di simpang-simpang jalan bangunan-bangunan yang besar sebagai mercu tanda hanya semata untuk bermain-main.” Itu peringatan daripada Allah SWT.

Al-Quran juga mengajar kepada kita kaedah berbelanja. Di mana banyak saya sebutkan dalam ucapan di sini [Membaca sepotong ayat Al-Quran] . “Hendaklah berbelanja orang yang berkemampuan berdasarkan kemampuannya. [Membaca sepotong ayat al- Quran]. “Barang siapa yang disempitkan rezekinya maka hendaklah dia berbelanja berdasarkan apa yang diberikan oleh Allah SWT.”

final11:40 AM

Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Al-Quran mengajar kita untuk tidak membazir.

[Membaca sepotong ayat al-Quran] “Makanlah kamu, minumlah kamu tetapi janganlah kamu berboros”. [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Sesungguhnya Allah tidak suka pada orang yang bersifat boros”. Ertinya, apa yang dapat kita lihat daripada pengajaran Quran tadi, dasar perbelanjaan Islam ialah perbelanjaan mestilah dibuat berdasarkan keperluan...

final11:50 AM

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

[Bangun]

final11:50 AM

Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

...Dan lebihan yang ada bukannya merancang dan berbelanja melebihi pendapatan. Malangnya, kita lihat Laporan Ketua Audit Negara...

final11:50 AM

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Yang Berhormat Kuala Nerus...

final11:50 AM

Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

...Menjadi bukti bahawa pembaziran dan ketirisan sentiasa wujud sama ada pencegahannya tidak berkesan atau sengaja dibiarkan perkara itu berlaku demi menjamin kepentingan pihak tertentu. Ia tetap memberikan impak yang sangat negatif kepada kedudukan kewangan negara.

final11:50 AM

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Boleh? Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Saya mahu tanya satu soalan, bila kita banding masalah ekonomi pada masa Nabi Yusuf dengan sekarang, pada masa itu, masalah ekonomi berpunca daripada kemarau, daripada iklim – problem of supply. Akan tetapi pada masa ini, saya tengok, masalah ekonomi yang kita hadapi di dunia sekarang ialah masalah dengan permintaan kasar. Aggregate demand kerana banyak daripada kekayaan negara dipegang oleh 1% dan 99% itu tidak ada cukup permintaan kasar untuk membeli barang. *So, it is an oversupply.

So* puncanya lain sedikit daripada masa dulu. Masa dulu adalah supply, ada iklim, ada kemarau, tidak cukup yang keluar. Sekarang kita ada banyak yang kita boleh keluarkan tetapi tidak ada permintaan. Masalahnya ialah 1% itu sudah jadi begitu gelojoh, dia ambil semua tetapi orang lain tidak boleh ada permintaan. So, saya mahu tanya berkenaan isu ini.

final11:50 AM

Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Baik. Apa yang berlaku pada hari ini satunya kerana masalah pengurusan ekonomi. Jaminan ekonomi daripada Allah SWT ia pasti ada*.

[Membaca sepotong ayat al-Quran]* “Kepada Aku kamu bersyukur, pasti aku tambah”. Itu jaminan. Rezeki pasti akan datang. Jadi persoalannya, bagaimanakah ia diuruskan? Masalah ekonomi yang menimpa sama ada disebabkan faktor semasa, kejatuhan ekonomi semasa dan sebagainya itu ialah perkara yang biasa yang pasti akan berlaku. Tinggal lagi bagaimana kita menguruskan ekonomi sebelum berlaku apa sahaja masalah ekonomi pada masa akan datang.

Baik, persoalan yang saya hendak tampilkan ialah hari ini, persoalan pendapatan boleh guna rakyat, disposable income bagi memenuhi keperluan asas minimum seseorang.

Ia sepatutnya menjadi satu tanggungjawab kepada kerajaan. Sekurang-kurangnya antara yang ditunjukkan dalam perancangan kerajaan Islam yang lalu, pemberian bulanan oleh kerajaan atau menerusi korporat-korporat secara lebih bersasar. Ini kerana konsepnya ialah kerajaan dalam Islam tidak boleh membiarkan rakyat lapar.

Berlaku pada zaman sahabat Nabi yang menjadi Khalifah Umar bin al-Khattab yang mana seorang laki-laki, seorang hamba telah mencuri seekor unta. Disebabkan oleh tuan punya kepada hamba iaitu Hatib bin Abi Balta’ah telah tidak memberikan makan yang cukup kepada hamba tersebut, menyebabkan dia mencuri seekor unta milik seorang laki- laki Muzainah Selepas ditangkap dan dia mengaku dia mencuri, sepatutnya dikenakan hukuman potong tangan kerana mencuri tetapi Umar melihat apakah sebab dia mencuri.

Kata Umar, “Oleh sebab kamu mencuri disebabkan kesilapan majikan kamu, kesilapan tuan kamu, Hatib yang tidak bagi makan yang cukup, maka hukuman yang aku kenakan ialah hukuman kepada tuan yang punya pada hamba”, iaitu Hatib bin Abi Balta’ah dikenakan pertamanya, membayar kembali 400 Dirham, harga bagi unta yang telah dicuri dan juga disembelih, kemudian 400 Dirham lagi dikenakan sebagai denda kerana tidak memberi makan yang cukup kepada hambanya.

Ini menunjukkan kepada kita bahawa konsep majikan atau ketua atau kerajaan, bertanggungjawab memastikan rakyat itu cukup makan sehingga akhirnya mereka tidak melakukan jenayah. Inilah antara kecantikan dan keindahan pengurusan dalam kerajaan Islam. Matlamat kerajaan – apakah tujuan kerajaan ditubuhkan? Salah satu matlamat kerajaan ditubuhkan dalam Islam adalah memelihara pemilikan harta rakyat. Tiada seorang rakyat yang boleh diambil hartanya melainkan dengan sebab yang syarie.

Apabila sebuah kerajaan menanggalkan pemilikan rakyat tanpa sebarang maslah yang mu’tabarah atau muktabar dari sudut syarak, maka ia berlawanan dengan tujuan sesebuah kerajaan ditubuhkan dalam Islam. Hari ini, kerajaan telah menggubal undang- undang untuk merampas harta rakyat tanpa sebab yang syarie dan tanpa maslah yang muktabar iaitu menerusi undang-undang percukaian GST.

GST diperkenalkan untuk meluaskan saiz pembayar cukai. Daripada 2 juta orang sahaja yang membayar cukai sebelum ini, kerajaan berhasrat meluaskannya hingga seramai mungkin yang membayar cukai. Tujuan ini benar-benar bercanggah dengan konsep percukaian Islam yang berusaha menyempitkan ruang dan juga saiz pembayaran cukai dan bukan memperluaskannya. Kerajaan Islam bukan kerajaan jibayah atau kerajaan cukai yang menjadikan cukai sebagai asas utama sumber kewangan negara tetapi ia ialah kerajaan hidayah dan kerajaan berkebajikan.

Kerajaan hidayah berusaha meningkatkan sumber kewangan negara daripada sumber-sumber selain cukai dan hanya menjadikan cukai sebagai jalan terakhir sumber kewangan negara dengan syarat-syarat yang sangat ketat. Kerajaan hidayah berusaha mengecilkan saiz pembayar cukai dan mengurangkan kadar cukai. Sebaliknya kerajaan jibayah atau kerajaan cukai memperluaskannya.

Hari ini terbukti sememangnya kerajaan pada hari ini ialah kerajaan cukai dan bukannya kerajaan hidayah atau kerajaan berkebajikan. Allah SWT telah mengurniakan kepada negara kita Malaysia pelbagai sumber alam sebagai pendapatan yang halal, antaranya sumber petroleum. Namun sebaliknya, dengan hujah yang sangat dangkal iaitu sumber alam ini akan semakin berkurangan, maka kerajaan bertindak memperkenalkan GST.

Akan tetapi lihatlah betapa Allah Taala Maha Berkuasa. Sebelum hasil GST yang haram diperolehi oleh negara, dengan jangkaan RM23 bilion, Allah Taala terlebih dahulu menarik hasil petrol negara yang halal sebanyak RM13.8 bilion. Dengan kata lain, jika sebelumnya Petronas pada tahun 2013 menyumbang sehingga RM68 bilion iaitu 30.3% kepada pendapatan negara. Dalam bajet 2015 pula, bergantungan kepada hasil petroleum dijangka sebanyak 33%, tiba-tiba harga minyak merudum daripada USD110 kepada until 50 dolar setong, kerajaan bakal kehilangan RM13.8 bilion pada tahun 2015. Sedangkan hasil GST yang dijangka hanya sekitar RM23 bilion sahaja.

Janji Allah SWT [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Sekiranya kamu bersyukur, pasti Kutambahkan tetapi sebaliknya kamu kufur, maka azabKu sangat pedih”. Bersyukur ertinya menggunakan hasil yang halal menurut cara yang dikehendaki oleh syarak.

Malangnya kerajaan telah menggunakan hasil yang halal secara boros dan membazir.

Sedangkan Allah berfirman.

[Membaca sepotong ayat al-Quran] Pusat membanteras rasuah dan komunisme menganggarkan kerajaan kerugian antara RM23 hingga RM40 bilion setahun kerana ketirisan dan salah urus seperti mana Laporan Ketua Audit Negara, sedangkan kerajaan dengan GST hanya menjangkakan kutipan RM23.2 bilion. Sekiranya ketirisan ditangani, maka kerajaan tidak memerlukan GST. Pertambahan sumber hasil bumi ialah jaminan daripada Allah dengan syarat- syaratnya. Sebagai mana Firman Allah SWT [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Sekiranya penduduk kampung itu beriman dan bertakwa, pasti Kami akan buka berkat-berkat dari langit dan juga bumi”. Barakah dalam ayat di atas dan ayat yang saya bacakan tadi, ditafsirkan oleh ulama dengan keberkatan rezeki. Berkat pula bermaksud kebaikan yang banyak dan sentiasa bertambah serta mencukupi. Sebahagian ulama seperti Firus Abadi mentafsirkannya sebagai kebaikan yang tetap dan kekal yang tidak mampu dihapuskan oleh sesiapapun. Minyak ialah hasil bumi. Ia boleh kekal, boleh bertambah dan mencukupi apabila cukup syarat-syaratnya iaitu iman dan bertakwa kepada Allah SWT.

Janji Allah ialah “Kami bukakan keberkatan langit dan juga bumi”. Itu jaminan.

Tinggal lagi sejauh mana kita mengimani apa yang dinyatakan oleh Allah SWT. Saya ingin melahirkan kekecewaan saya...

final11:50 AM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Yang Berhormat Kuala Nerus.

final11:50 AM

Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

...Terhadap Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang telah mengeluarkan fatwa GST adalah harus pada bulan Oktober 2014. Kekecewaan saya ialah kerana hujah yang sangat rapuh yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Fatwa. Hujah mereka ialah percukaian GST adalah harus kerana ada maslahah iaitu negara memerlukan kewangan. Ini hujah yang sangat longgar, memberi impak yang kurang baik terhadap Islam yang sebenar. Jawatankuasa Fatwa perlu melihat terlebih dahulu...

final11:50 AM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Yang Berhormat Kuala Nerus...

final11:50 AM

Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

...Hakikat sebenar GST sebagaimana kaedah hukum [Bercakap dalam bahasa Arab] “Hukum terhadap sesuatu adalah berpunca ataupun bercabang daripada gambaran tentang sesuatu itu”. GST tidak menepati syarat yang mengharuskan percukaian dalam Islam. Sebagaimana dibahas dan dibincang oleh alim ulama seluruh dunia.

final11:50 AM

Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Antara syarat percukaian yang diharuskan ialah kerajaan benar-benar memerlukan kewangan, itu yang pertama. Persoalannya,...

final12:00 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Tak bagi kah?

final12:00 PM

Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

...Adakah kerajaan benar-benar memerlukan GST dan tidak mempunyai alternatif lain? Jawapannya ialah kerajaan masih ada alternatif lain, iaitu mengemaskini konsep cukai SST, cukai korporat yang telah diterima pakai sebelum ini. Walaupun saya sendiri tidak bersetuju dengan konsep asas percukaian korporat pada kadar ini.

final12:00 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Saya hendak tanya Yang Berhormat Kuala Nerus, apa pendapat Yang Berhormat Kuala Nerus, GST ini bukan sahaja untuk membantu mendapatkan pendapatan yang lebih untuk rakyat, yang pertama. GST ini lebih efisien, lebih telus dan lebih mesra perniagaan. SST itu ada banyak ketirisannya dan banyak orang cuba melarikan cukai melalui SST. Bukankah ini yang terlalu lebih baik? Apa pendapat?

final12:00 PM

Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Baik. Itulah hujah yang diberikan oleh Barisan Nasional dan juga oleh mereka yang faham konsep cukai dalam Islam. Cukai tidak dilihat kepada bagaimana diagih tetapi bagaimana dikutip. Hukum bukan hanya pada cara mengagih. Kalau seorang perompak mencuri tetapi untuk diagihkan kepada rakyat, hukumnya tetap haram, kerana hukum bukan pada cara mengagih, cara mengutip. Yang saya debatkan ialah cara mengutip. Adakah cara kutip itu bertepatan dengan Islam? Saya nyatakan tidak bertepatan dengan Islam. Dengar hujah saya yang kedua.

Yang kedua, syarat untuk cukai dibolehkan untuk diambil. Keperluan itu bukan kerana ketirisan dan pemborosan, ini syarat kedua, ditetapkan oleh para alim ulama’ yang muktabar. Syarat kedua ini juga telah gagal ditepati oleh Kerajaan Barisan Nasional pada hari ini. Realitinya kewangan negara bermasalah kerana kerajaan boros hingga berlaku ketirisan antara RM23 bilion hingga RM40 bilion, itu nombor dua.

Nombor tiga, tidak boleh dikenakan kepada golongan yang tidak mempunyai lebihan pendapatan, ini syarat ketiga. Jika boleh ambil cukai sekalipun, syarat ketiga mesti diraikan. Hari ini syarat ketiga juga gagal ditepati oleh GST, kerana GST adalah percukaian berdasarkan perbelanjaan, ia tidak membezakan antara kaya dan juga miskin. Contoh yang paling mudah ialah cukai GST 6 sen melibatkan seorang yang keluarkan duit daripada mesin ATM dari bank yang berbeza. Kalau sebelum ini, menerusi MEPS mengenakan caj RM1, nanti yang akan berlaku ialah ditambah lagi 6 sen. Yang keluarkan duit nanti ada orang kaya, ada orang miskin. Orang kampung yang tidak ada duit, keluarkan duit, dikenakan cukai 6 sen. Kita kata 6 sen sedikit sahaja, Islam tidak kira sedikit atau banyak.

Walaupun tolak 1 sen sekali pun, diambil daripada orang miskin, hukumnya adalah haram.

Ertinya, GST mendedahkan pada perkara yang haram. Oleh kerana itulah GST tidak boleh dikenakan, cukai yang salah. Mesti digunakan cara cukai yang lain, yang lebih baik daripada apa yang digunakan, apa yang dicadangkan pada hari ini.

Oleh kerana itu saya mohon daripada Menteri, untuk meminta Jawatankuasa Fatwa kembali bersidang, menyemak kembali fatwa, agar tidak menjadi rujukan yang salah umat terkemudian. Saya sendiri dengan rendah hati bersedia untuk hadir mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk menyatakan pandangan syarak dalam masalah ini. Dan yang lebih penting ialah kerajaan wajar menarik balik GST kerana satu sebab, kerana ia bercanggah dengan iman, bercanggah dengan Islam, dan menzalimi rakyat. Saya yakin kalau kita sayangkan Allah, sayangkan Rasul, GST akan kita tarik.

Saya telah menegaskan juga prinsip asas Bank Negara sebentar tadi, iaitu kerajaan wajib melindungi pemilikan rakyat. Tiada seorang rakyat pun yang berhak ditanggalkan pemilikannya, dilucutkan pemilikannya tanpa sebarang sebab yang syarie.

Kanun Tanah Negara perlu disemak kembali. Akta ini telah dipergunakan untuk mengambil tanah rakyat tanpa hak. Kita memperingatkan kerajaan dengan amaran Nabi SAW melibatkan tanah. Kata Nabi dalam hadis Sahih Bukhari [Memetik hadis] , “Sesiapa yang melakukan kezaliman melibatkan tanah, walaupun kadar satu jengkal, antara lain yang menyebut, dia akan dibebankan di atas bahunya dari tujuh lapis bumi”.

Isu terkini adalah Perkampungan Chubadak, melibatkan 160 keluarga. Ia adalah milik syarie penduduknya yang telah diiktiraf oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1998. DBKL telah mengkategorikan kampung tersebut sebagai penempatan setinggan dalam Draf Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020. Hari ini ia dirampas oleh kerajaan untuk diberikan kepada syarikat korporat lain membangunkannya. Maka itu, apa pandangan Islam dalam hal ini? Lembaga Fiqah Islam beribu pejabat di Jeddah dalam persidangan yang keempat, pada 6 hingga 11 Februari 1988, telah membahaskan hukum menanggalkan pemilikan harta kerana masalah awam. Keputusannya ialah tidak harus melucutkan pemilikan tanah kerana masalah awam melainkan dengan meraikan syarat- syarat berikut. Antaranya ia bertujuan masalah awam yang bersifat darurat, yang umum, seperti pembinaan masjid, jalan dan jambatan.

Yang kedua yang lebih penting, perlucutan hak daripada pemiliknya tidak dengan tujuan pelaburan umum atau pelaburan khas. Dengan maksud, jika diambil tanah rakyat yang syarie miliknya, dipindahkan kepada satu syarikat korporat dengan tujuan pelaburan, membuat bangunan baru, maka ia tidak dibenarkan ikut hukum syarak. Ini yang berlaku melibatkan Chubadak. Keadaan yang sama berlaku dalam isu pengambilan tanah Bangu Donas di DUN Teluk Pasu, Parlimen Kuala Nerus melibatkan 22 orang penduduk.

Pengambilan tanah adalah bertujuan pembangunan. Namun, isunya ialah terdapat alternatif jalan lain yang boleh dibuat tanpa melibatkan pengambilan tanah perkampungan yang ada rumah iaitu satu tanah lapang milik korporat. Malah, yang peliknya jajaran jalan yang ingin dibina telah membelok ke kiri semata-mata supaya tanah orang kampung boleh diambil.

Sedangkan jika tanah lapang korporat diambil, maka jajaran jalan akan menjadi lurus, tanpa bengkok.

final12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat ada 5 minit lagi, Yang Berhormat.

final12:00 PM

Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Justeru, tiada keperluan darurat dari segi hukum syarak untuk tanah persendirian ini diambil oleh kerajaan. Namun, tindakan kerajaan bertegas mengambil tanah tersebut sangat meragukan dan dilihat mempunyai niat yang terselindung. Apa yang penting ialah isu ini telah dibawa ke atas, dibawa ke mahkamah dan juga dibawa kepada pengetahuan Menteri Besar. Akan tetapi sayangnya, jawapan yang diberikan ialah kita telah buat jalan, dengan keadaan sekarang, agak sukar untuk kita pinda dan kita ubah. Ini jawapan yang diberikan.

Saya mengharapkan satu penyelesaian yang adil bagi rakyat saya di Parlimen Kuala Nerus dalam isu Bangu Donas. Diberikan hak mereka seperti mana hukum syarak kerana kaedah mengambil tanah ini sangat penting menurut pandangan Islam. Begitu banyak hadis-hadis dan cerita para sahabat Nabi dalam bab menguruskan tanah seumpama ini.

Saya ingin menyentuh pula isu berkaitan dengan nelayan di negeri Terengganu khususnya. Aduan oleh para nelayan tempatan Pantai Timur terhadap aktiviti nelayan Vietnam yang mengancam aktiviti tangkapan seharian mereka. Perkara ini telah saya bangkitkan banyak kali dan berulang di Dewan yang mulia ini tetapi sayangnya masih berlaku lagi apa yang berlaku. Kesilapan yang besar kita ialah bagaimana melibatkan pendapatan nelayan para nelayan.

Kalau di negeri Terengganu, menurut satu perangkaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, tahap ataupun pendapatan nelayan negeri Terengganu adalah sekitar RM1,400 sebulan. Lebih rendah daripada paras purata pendapatan nelayan kebangsaan iaitu RM1,600 sebulan berbanding Kedah, Perak, Selangor, Johor dan Pahang, Terengganu sangat rendah keadaannya. Maka, saya mengharapkan satu penyelesaian yang lebih adil untuk nelayan, terutamanya di kawasan negeri Terengganu.

Saya ingin timbulkan juga isu berkaitan dengan dispensary separation iaitu isu yang sedang hangat dibahaskan. Pemisahan antara pemberian ubat oleh doktor yang dipisahkan untuk diambil alih oleh farmasi. Saya melihat isu ini lebih jauh iaitu pertama sekali berkaitan dengan kos rakyat. Bila mana hari ini doktor hanya mengenakan kos yang rendah, RM5 sahaja kepada atas dasar rawatan dan bakinya diambil untung menerusi ubat.

Dengan pemisahan ini, yang akan berlaku ialah doktor-doktor terpaksa mengambil kos yang lebih tinggi untuk rawatan mereka. Itu satu isu, penambahan kos rakyat. Akan tetapi isu yang lebih besar lagi ialah saya bimbang ia menjadi satu lagi ruang mata rantai untuk kapitalis ekonomi menguasai satu bidang, namanya farmasi. Bila mana memberi ruang kepada farmasi ditubuhkan, ia akan masuk tycoon-tycoon besar, syarikat-syarikat besar yang akan menelan menelan peniaga yang kecil. Ini adalah satu penguasaan ekonomi yang baru yang akan lebih menekan lagi keperluan rakyat pada hari ini.

Yang akhir sekali yang ingin saya sebutkan tentang TV Al-Hijrah. TV Al-Hijrah, satu TV yang dikendalikan di bawah Jabatan Agama Islam (JAKIM) di peringkat kebangsaan, di peringkat negara. Sebelum ini, bajet yang diterima oleh TV Al-Hijrah adalah hampir lebih kurang RM40 juta setahun. Akan tetapi akhiran ini, akan dikurangkan hingga RM26 juta. Saya menyatakan bahawa Perlembagaan Malaysia meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan. Islam mesti diperkasakan. Kerajaan perlu memperkenalkan Indeks Syariah, maqasid syariah Saya ingin menyatakan bahawa maqasid syariah bererti kita melaksanakan syariah untuk mencapai matlamatnya. Bukan hanya mengambil matlamat, meninggalkan syariat. Dalam isu melibatkan TV Al-Hijrah sebagai satu TV dakwah, digunakan untuk menyampaikan Islam, mesti diperkasakan.

final12:00 PM

Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Kalau kerajaan terpaksa menyemak bajet sekali pun, sekurang-kurangnya bajet tidak boleh melibatkan TV Al-Hijrah kerana ia adalah satu TV yang melaksanakan kerja- kerja besar melibatkan dakwah. Hari ini keluhan daripada para petugas di TV Al-Hijrah, mereka tidak mampu untuk membeli program-program baru, yang ada hanya program berulang kerana kemampuan kewangan. Mereka tidak mampu untuk membuat program luar, realiti TV yang masyhur kerana kekurangan dana. Mereka hanya mampu mengutip daripada tajaan iklan TV hanya sekitar RM8 juta kerana yang mereka boleh buat ialah iklan bagi syarikat-syarikat yang Syariah Compliance yang mengikut kaedah syarak, tidak daripada syarikat-syarikat yang bercanggah dengan syarak.

Ertinya peluang mereka terbatas. Jangan sampai nanti kerana kekurangan duit untuk meluluskan pengurusan TV Al-Hijrah, mereka terpaksa melonggarkan syarat, membenarkan syarikat-syarikat yang melanggar syariah untuk juga masuk ke dalam TV Al- Hijrah. Maka saya meminta kerajaan untuk kembali menilai perkara ini. Bukan hanya mengekalkan, dan kalau boleh menambahkan lagi bajet melibatkan TV Al-Hijrah agar Islam dapat diperkasakan di negara kita pada hari ini.

Pada akhir, saya hendak sebut ialah isu LPT, Lebuhraya Pantai Timur 2.

Alhamdulillah, Lebuhraya Pantai Timur 2, satu penantian panjang oleh rakyat Terengganu, khususnya rakyat di Parlimen saya. Bermula dari Jabor 180 kilometer lebih, berakhir di Parlimen saya. Kita menunggu dari tahun 2006. Sekarang tahun 2015, baru sahaja berjaya dengan kos yang meningkat yang asalnya RM1.7 bilion meningkat RM3.0 bilion lebih dan terakhir RM5 bilion lebih telah mencuri begitu banyak harta rakyat yang digunakan untuk menyelesaikan LPT 2, alhamdulillah, akhirnya siap.

Akan tetapi yang mengecewakan kita, saya sebagai pengguna utama LPT tersebut, saban minggu menggunakan LPT, sangat merasakan betapa LPT ini sangat rendah mutunya. Berlaku jalan-jalan yang bumping, yang berbonggol terutamanya bila mana ada penyambungan jambatan dengan jalan yang boleh mengakibatkan kemalangan jiwa. Persoalannya, kenapa satu highway lebuh raya yang dibuat tempoh yang sangat panjang dari tahun 2006 hingga siap tahun 2015, hampir sembilan tahun tetapi sayang, mutunya sangat-sangat rendah.

Saya mengharapkan penjelasan daripada kerajaan dalam perkara yang seumpama ini. Itulah sahaja yang mampu saya ungkapkan, mohon mencadangkan.

Wassalamualaikum warrahmatullahi taala wabarakatuh.

final12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kinabatangan.

final12:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin terus turut berbahas dalam Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong.

Tuan Yang di-Pertua, saya duduk di sini setengah jam mendengar hujah rakan saya daripada Yang Berhormat Kuala Nerus, begitu naif hujahnya berhubung dengan Kerajaan Barisan Nasional. Seolah-olah tidak ada langsung kebaikan yang dibuat oleh kerajaan. Ini namanya kufur nikmat Tuan Yang di-Pertua.

[Ketawa] Sedap.

Kita lihat bagaimana baru-baru ini berlaku satu bencana. Bencana yang sering kali berlaku dalam negara kita iaitu bencana alam banjir. Banjir ini Tuan Yang di-Pertua, akan berlaku tiap-tiap tahun. Cuma, ada banjir kecil, ada banjir besar, ada banjir lama, ada banjir dua-tiga hari. Pokoknya musibah. Di Kelantan ini memang tahun-tahun banjir. Akan tetapi banjirnya tidaklah luar biasa. Akan tetapi saya melihat ini cubaan daripada Allah apabila pemimpin-pemimpin sebuah negara itu tidak bersyukur, maka Allah akan bagi dia pengajaran.

final12:12 PM

Seorang Ahli

Allahu Akbar!

final12:12 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Subhanallah, Allah Maha Besar!

Dalam keadaan yang sama, kerajaan mana yang datang membantu? Sudah tentu Kerajaan Barisan Nasional yang dituduh tidak melakukan apa-apa, zalim, merampas harta rakyat!

final12:12 PM

Seorang Ahli

Betul!

final12:12 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Akan tetapi apabila banjir tiba, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan kata, “Saya tidak mampu melakukan apa- apa sebab kita tidak mampu berbuat apa-apa”.

[Disampuk] Apabila tidak mampu, kalau bukan kita datang membantu, rakyat Kelantan akan merana sampai hari ini. Hari ini pun, walaupun bermacam-macam tohmahan tuduhan, kerajaan bina rumah, Menteri Luar Bandar turun tiap-tiap minggu tengok, bantu pun dituduh macam-macam. Ini namanya pemimpin-pemimpin tidak bersyukur.

Tuan Yang di-Pertua, hidup dan manusia ini kita sebagai manusia, ada tiga perkara kita amal. Pertama, usaha. Kedua, kita tawakal, ketiga kita reda. Akan tetapi dua perkara ini, mereka banyak lakukan. Berusaha, tawakal, tetapi reda, mereka tidak pernah reda. Maka apabila manusia tidak reda, maka Allah SWT tidak akan menenteramkan jiwa mereka. Sampai hari ini jiwa mereka meronta-ronta. Jiwa kacau, pemikiran mereka bingung.

Kalau tidak percaya, tanya sahabat saya ustaz sana. Dia pakar kepada bidang ini.

[Ketawa] Saya tetapi bukan semua sebetulnya, bukan semua di kalangan mereka ini yang berhujah sedemikian. Ada juga macam sahabat saya ini ustaz apa ini, dia ini tidaklah begitu.

Akan tetapi yang saya tidak tahulah Yang Berhormat Kuala Nerus ini. Tidak satu sen pun tidak ada kebaikan Barisan Nasional. Oleh sebab itu saya kata, mana ada ajaran Islam sesama Islam kita doakan, doakan UMNO hancur. Di Stadium Sultan Muhammad IV, doa, tiba-tiba banjir melanda. Stadium ini, Tuan Yang di-Pertua tidak pernah dilanda banjir beratus tahun, tetapi selepas doa itu menghancurkan umat Islam yang lain, maka dikembalikan oleh Allah SWT doa itu kepada mereka yang berdoa kehancuran orang lain.

Kita lihat juga bagaimana PAS hari ini, saya terbaca surat khabar Yang Berhormat Shah Alam kata, PAS tidak semestinya dipimpin oleh ulama. Akan tetapi Yang Berhormat Kota Bharu kata, hanya orang gila ataupun hilang akal yang ingin mencabar Presiden PAS.

Saya tidak tahu Yang Berhormat Kuala Nerus ini di mana? Dia di Kota Bharu punyakah, dia Shah Alamkah? Saya tidak tahu tetapi hujah-hujahnya seolah-olah macam mirip Shah Alam. Bermakna, walaupun dia ustaz tetapi dia ingin juga turut dengan PasMa. Saya tidak menuduh tetapi seolah-olah.

[Ketawa] Ha, jadi soal-soal sebegini Tuan Yang di-Pertua...

final12:12 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kinabatangan..

final12:12 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ya..

final12:12 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sampai di situ sahaja, berhenti. Ya, sampai di situ sahaja.

final12:12 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ya, sampai di sini sahaja Tuan Yang di-Pertua. Saya mahu melangkah kepada cerita baru.

[Ketawa]

final12:12 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final12:12 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tuan Yang di-Pertua, banjir ini seharusnya dilihat oleh kerajaan...

final12:12 PM

Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Bolehkah cakap sikit?

Sebut nama saya banyak kali sangat.

final12:12 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tidak apa, tadi Yang Berhormat sudah berhujah 30 minit. Saya pun banyak perkara. Banjir ini Tuan Yang di-Pertua, merupakan satu musibah. Seharusnya musibah ini, kejadian ini diambil kira oleh kerajaan sebagai satu bencana yang harus ditangani, harus dicari jalan bagaimana mencegah banjir ini. Ini yang penting.

Kedua, saya ingin menyambung rakan-rakan saya, apabila ada tragedi begini, sudah tentu jabatan, agensi kerajaan terlibat. Saya kecewa, saya depan mata saya, Jabatan Kebajikan Masyarakat, kampung ini tidak kena banjir tetapi dia punya kampung terkepung oleh air. Empat kali terkepung. Makanan tidak boleh sampai. Dia kata, yang rumah tidak kena banjir tidak boleh dibantu. Saya punya marah dengan pegawai kebajikan.

Saya kata, “You balik you punya jabatan, bagi tahu you punya tuan, dia kurang ajar dan tidak perlu layak duduk sebagai di jabatan ini sebab dia tidak ada akal.” Saya kata.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, FELCRA sahaja sebagai GLC kerajaan, kita menyumbang RM13 juta dalam banjir tersebut. Akan tetapi kita tidak hebah-hebah sebab sedekah ini tidak perlu diheboh-hebohkan. Akan tetapi kita ingin maklumkan kepada rakan-rakan kita bahawa konon kita tidak melakukan apa-apa. Justeru itu, banjir ini harus dilihat sebagai satu bencana yang perlu ditangani. Tidak tahu, tahun ini mungkin lebih dahsyat daripada tahun yang sudah-sudah. Jadi apa langkah yang dilakukan oleh kerajaan?

Saya melihat bahawa JPAM ini, jabatan, apa ini JPAM? Jabatan Pertahanan Awam Malaysia adalah satu-satunya agensi yang di depan. Akan tetapi dalam keadaan banjir baru-baru ini, peralatan tidak cukup, segala-gala tidak cukup. Jadi, saya mahu minta kerajaan, kalau boleh perkasakan JPAM. Kalau boleh saya setuju dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri, JPAM ini diangkat sebagai APAM iaitu angkatan supaya dinaiktarafkan, dibagi elaun, diberi pengiktirafan, diberi kelengkapan bot yang cukup.

final12:12 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini bot dia apabila kita guna tidak boleh lawan arus. Akhirnya bukan penyelamat, dia yang diselamatkan. Ini masalah sebab melihat mungkin kita ini apabila bencana banjir ini kita lihat sebagai ad-hoc. Kita wujudkan ad-hoc committee. Seharusnya sudah ada jawatankuasa tetap yang dipengerusikan oleh agensi kerajaan yang berwibawa dan banjir ini dilihat sebagai satu bencana yang perlu dihadapi. Justeru itu saya meminta supaya ahli- ahli JPAM ini dipertingkatkan. Sebab banyak yang volunteer, yang sukarela tetapi mereka pun bekerja meninggalkan anak-anak mereka, keluarga mereka berjuang membantu mangsa-mangsa yang terlibat. Jadi mereka harus dilihat dan diangkat martabat mereka seperti agensi-agensi yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga melihat bahawa perlu ada kajian tentang kenaikan elaun kesusahan anggota polis yang berkhidmat di luar bandar di Sabah, di Sarawak, termasuk di Semenanjung. Sebab elaun kesusahan guru-guru, pegawai kesihatan RM1,500. Anggota polis yang juga meninggalkan keluarga mereka, duduk jauh di pulau sana, di pelosok hutan sana, elaun mereka 10% daripada gaji pokok mereka. Kalau gaji RM1,200, maka RM120 dia dapat. Ini tidak adil Tuan Yang di-Pertua. Tidak adil bagi anggota polis yang menguatkuasakan undang-undang, yang menjaga keselamatan kita termasuk kita di Dewan Rakyat ini, dijaga mereka keselamatan kita.

Jadi saya ingin mencadangkan kerajaan supaya melihat keperluan ini termasuk juga keperluan elaun perumahan polis di bandar ini. Walaupun ada kuarters, kuarters polis kita ini kalau di kawasan saya Tuan Yang di-Pertua, bukan saja kuarters, balai polis di Kinabatangan, OCPD punya bilik pun susah bernafas Tuan Yang di-Pertua.

final12:20 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Susah bernafas.

final12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Susah bernafas sebab terlalu kecil tapi kita minta prestasi KPI polis supaya lebih hari-hari meninggi, mencegah jenayah dan sebagainya. Macam mana hendak meninggi?

final12:20 PM

Datuk Jumat bin Haji Idris - Sepanggar

Yang Berhormat Kinabatangan.

final12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Peralatan, kenderaan pun tidak cukup.

final12:20 PM

Datuk Jumat bin Haji Idris - Sepanggar

Yang Berhormat Kinabatangan.

final12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sepanggar.

final12:20 PM

Datuk Jumat bin Haji Idris - Sepanggar

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apakah Yang Berhormat Kinabatangan bersetuju sekiranya saya syorkan elaun kakitangan awam yang bertugas di Kuala Lumpur, yang berasal daripada Sabah ini juga di sama tarafkan dengan elaun pegawai-pegawai daripada Semenanjung yang bertugas di Sabah. Pada ketika ini elaun pegawai-pegawai Sabah yang bertugas di Kuala Lumpur, elaun perumahan hanya sebanyak RM500. So dengan RM500, sewa rumah di Kuala Lumpur ini untuk dapatkan satu bilik pun susah. Apa pandangan Yang Berhormat Kinabatangan. Terima kasih.

final12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Sepanggar, perkara ini sudah kita suarakan, saya ingat bertahun-tahun dalam sidang Dewan Rakyat Tuan Yang di-Pertua tetapi tidak juga diambil perhatian. Saya tidak tahu Tuan Yang di- Pertua, sebab itu kadang-kadang kita terdengar suara-suara Sabah, Sarawak lebih baik keluar daripada Malaysia, dari Semenanjung sebab mereka anak tirikan kita. Kadang- kadang saya pun macam terpanggil tetapi saya beri mereka, ini soal lain saya kata.

Pengwujudan negara ini berbeda. Akan tetapi yang penting kita teruskan usaha untuk agar pihak-pihak yang berwajib ini mengambil iktibar.

Memang betul pun, guru-guru yang ke Sabah Sarawak mendapat RM1,500. Orang Sabah Sarawak pergi sini, dapat RM750. Ini Tuan Yang di-Pertua tidak adil. Betul-betul tidak adil sebab di anak tiri. Seolah-olah Sabah dan Sarawak ini warganegara kelas kedua.

Saya tidak tahu ini siapa yang punya angkara ini. Saya mahu Tuan Yang di-Pertua, perkara ini tahun ini selesaikan. Jangan sampai tahun depan saya masuk dalam Dewan ini, saya cakap bahasa yang sama lagi seperti Yang Berhormat Sepanggar. Sudah lama kita perjuangkan, Yang Berhormat Tuaran pun sudah cakap banyak kali. Sampai tidak mahu bercakap sudah. Sudah bosan Tuan Yang di-Pertua.

Kita di Dewan ini macam NATO.

final12:20 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

NATO - no action, talk only.

final12:20 PM

Datuk Madius bin Tangau - Tuaran

[Bangun]

final12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Tuaran berdiri Yang Berhormat,

final12:20 PM

Datuk Madius bin Tangau - Tuaran

Yang Berhormat Kinabatangan.

final12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Tuaran sudah panggil.

final12:20 PM

Datuk Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Kita bukan tidak mahu cakap lagi Yang Berhormat Kinabatangan, kita cuma, ini bukan bergaduh. Kita mahu supaya prinsip pentadbiran persekutuan Malaysia ini diatur dengan lebih baik. Selain daripada elaun yang tadi itu, kita lihat juga, ini saraan Ahli-ahli Parlimen, ini Persekutuan punya Parlimen. Basicnya RM6,000, Dewan Undangan Negeri Sarawak RM15,000. Mana yang lebih besar? Negara Sarawak atau negara Malaysia.

final12:20 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final12:20 PM

Datuk Madius bin Tangau - Tuaran

Lepas itu, ini pengerusi agensi kerajaan.

Kalau Pengerusi Agensi Kerajaan Persekutuan, elaunnya RM3,000 lebih. Pengerusi Agensi Kerajaan Negeri Sabah RM6,000. Kenapa terbalik. Ini yang perlu disusun. Yang Berhormat Kinabatangan, bersetujukah Yang Berhormat?

final12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Tuaran, yang penyusunan saya setuju dan soal negara itu...

final12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kinabatangan, saya mahu penjelasan fasal telinga kanan saya kurang pendengaran. Yang tadi istilah negara Sabah sama negara Sarawak itu. Negarakah negeri?

final12:20 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final12:20 PM

Datuk Madius bin Tangau - Tuaran

Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua negeri tapi kalau sudah RM6,000 pengurus agensi dia negeri Sabah, Persekutuan Malaysia ini baru RM3,000, kitalah negara. Inilah negeri, itu ertinya.

final12:20 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Kinabatangan.

final12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

[Ketawa] Itulah Tuan Yang di- Pertua rintihan kita. Elaun Ahli Parlimen ini saya tidak tahu bila lagi kena dilaksanakan.

Tapi saya tidak salahkan kerajaan juga, hari itu kerajaan sudah bersetuju, pembangkang tolak. Itulah permasalahannya. Jadi sekarang kita main tarik tali. Sebab itu lain kali pembangkang kalau kerajaan bagi untuk kita semua, jangan tolak. Diam-diam sudahlah.

final12:20 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Sama-sama tolak Tuan Yang di- Pertua.

final12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Sebab kita ini menjaga rakyat, Yang Berhormat Kapar pun menjaga rakyat. Tapi saya ingat Yang Berhormat Kapar bukan jaga rakyat tapi rakyat jaga dia.

final12:20 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Jadi oleh kerana Tuan Yang di- Pertua, saya pun mahu perkara itu, isu seumpama ini diselesaikan. Kalau ada pegawai- pegawai yang terlibat, agensi yang terlibat, ambil perhatian. Jangan kita lagi menyuarakan masalah yang sama. Sebab pembangkang menuduh negara kita ini boros, ketirisan, tidak makmur tapi kalau tidak makmur, GST ini kerajaan kita rencanakan untuk memakmurkan negara. Apabila negara makmur, rakyat makmur. Rakyat makmur, semua hidup senang.

Macam tengok negeri seperti Kelantan, kerajaan dia tidak makmur, rakyat menderita.

final12:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Kinabatangan, sikit.

final12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya tidak ada masa Yang Berhormat.

final12:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Sikit, sikit.

final12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Sedikit boleh.

final12:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Okey. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Yang Berhormat Kinabatangan tentang GST ini saya baca semalam, Tun Mahathir mengatakan kerajaan sepatutnya jangan teruskan GST. Setakat yang saya rasa, yang maklumat semua orang tahu, dia masih lagi ahli UMNO. So, apa pandangan daripada Yang Berhormat Kinabatangan. Dia wajar dipecat ataupun macam mana.

final12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Sebenarnya kita hormati Tun Mahathir tetapi itu pandangan dia. Pandangan dia kita ambil kiralah tetapi mana-mana...

final12:20 PM

Seorang Ahli

Pandangan ketua bahagian.

final12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

[Ketawa] Mana-mana perkara yang kerajaan rasa perlu diteruskan, maka kena diteruskan. Kita bukan macam dalam PAS. Tegur, pecat.

final12:20 PM

Seorang Ahli

Yang Berhormat Kota Bharu.

final12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Kota Bharu.

final12:20 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Kita ini demokrasi, UMNO ini demokrasi. Kita terima pandangan mana-mana pihak. GST ini bertujuan untuk memakmurkan negara, memakmurkan ekonomi. 167 buah negara di seluruh dunia ini mengamalkan GST, tidak pun dalam Dewan Rakyat dia asyik dengar ada bantahan supaya jangan diteruskan sebab ini tidak baik. Pembangkang pun bersetuju dan mana-mana Dewan Rakyat dia. Di Malaysia ini Tuan Yang di-Pertua disebabkan kita ada pembangkang, ada kerajaan.

final12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Itulah masalahnya benda yang baik pun pembangkang ini masalah, Tuan Yang di- Pertua. Apabila dia membangkang benda yang baik pun, yang putih dia kata hitam. Yang salah dia kata benar, yang betul tidak betul dia kata. Ini pembangkang.

final12:30 PM

Tan Sri Dr. Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin

[Bangun]

final12:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini bos saya, susah kalau tidak bagi nanti, Tuan Yang di-Pertua. Silakan.

final12:30 PM

Tan Sri Dr. Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin

Pandangan Yang Berhormat Kinabatangan, Pengerusi FELCRA. Saya ingat kita dari segi dalam UMNO kita menghormati pandangan-pandangan peribadi dan kita mahu kerana UMNO parti yang demokrasi. Saya hendak bertanya PAS ini dia, Yang Berhormat Kota Bharu baru-baru ini mencadangkan satu tokoh bertanding Presiden PAS. Saya hendak tanya itu adalah pandangan peribadi orang Kota Bharu ataupun yang menjolok itu orang PKR suruh orang melawan Presiden Pas ini.

final12:30 PM

[Dewan riuh]

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Itu mungkin saya tidak boleh jawab sebab itu di luar kita punya tetapi saya tengok PAS ini kalau kebelakangan saya simpati dengan parti bernama Islam Se-Malaysia ini. Saya takut mereka hanyut seperti banjir baru-baru ini.

[Ketawa]

final12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kinabatangan bilang tidak boleh dijawab tetapi dijawab juga.

final12:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

[Ketawa] . Sila.

final12:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tuan Yang di-Pertua,.....

final12:30 PM

Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Bagi laluan sedikitlah.

final12:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tuan Yang di-Pertua,...

[Ketawa]

final12:30 PM

Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Sebut PAS banyak kali sudah, nama saya banyak kali, bagilah peluang.

final12:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tuan Yang di-Pertua, saya juga suka melontarkan pembangkang menyatakan rakyat terlampau susah, mati kelaparan. Ada tidak Tuan Yang di-Pertua, saya mahu tanya mana-mana agensi yang ada statistik menyatakan rakyat Malaysia yang mana mati kelaparan. Yang Berhormat Kuala Nerus tadi ada sebut, jangan biarkan rakyat mati kelaparan. Saya tidak nampak pun. Di kawasan saya Tuan Yang di-Pertua, banyak orang susah tetapi belum ada lagi orang mati kelaparan.

Yang banyak mati, mati lebih makan, itu Tuan Yang di-Pertua.

Negara kita cukup makmur, tengok kalau ada makan tengah hari, makan malam, banyak makanan berlebihan. Tidak ada orang mencari makan di tong sampah. Saya pergi Indonesia banyak orang mencari makan di tong sampah. Saya pergi Filipina banyak orang mencari lebihan makan di tong sampah. Di Cambodia pun ada, di Selatan Thailand pun ada. Di Malaysia Tuan Yang di-Pertua, tidak ada, tidak ada. Di India cuba tengok dahsyat Tuan Yang di-Pertua.

Oleh sebab itu selaku warganegara Malaysia kita bersyukur. Kita diberi pemerintah yang memikirkan untung nasib rakyat. Sebab itu di Malaysia ini Tuan Yang di-Pertua, Barisan Nasional ini berdiri teguh selepas 50 – 60 tahun dan insya-Allah Pilihan Raya Ke-14 pun Allah SWT akan memberi kekuatan kepada UMNO dan Barisan Nasional sebab kita harus, kita tidak menzalimi mana-mana orang. Kita amanah menjalankan tugas termasuk Tuan Yang di-Pertua, amanah menjalankan tugas selaku Speaker Dewan Rakyat.

final12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada tujuh minit lagi Yang Berhormat, tujuh minit. Dia tidak akan lebih daripada itu.

final12:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua tambahan 7 minit.

final12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, sila.

final12:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tengok baru intro sudah tambah tujuh minit. Ini memang Speaker memang bertimbang rasa punya, daripada tujuh minit dia tambah tujuh minit, Alhamdulillah. Tuan Yang di-Pertua, soal pendidikan. Saya memintalah, saya Tuan Yang di-Pertua saya menyentuh soal pendidikan ini. Saya kalau saya cakap kuat-kuat ada orang tidak tegur saya. Saya tidak cakap pendidikan di Sabah ini Tuan Yang di-Pertua, susah. Sekolah terbakar mengambil masa sampai sekarang. Sudah tujuh tahun, empat tahun tidak dibina, sekolah masih ada bawah kolong, sekolah masih tidak ada bumbung.

Sekolah sudah dibuat planning untuk dibina SMK Paris di Sukau, Kinabatangan.

Saya pun tidak tahu. Saya sudah cakap dengan KSU, saya sudah cakap dengan Menteri, tidak juga selesai. Tidak tahu bila boleh selesai. Saya berharaplah Kementerian Pelajaran ambillah perhatian. Selesaikanlah isu sekolah-sekolah bukan sahaja di Kinabatangan, di Tuaran, di Nabawan.

final12:30 PM

Datuk Madius bin Tangau - Tuaran

[Bangun] Mencelah sedikit.

final12:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Dalam media sosial kita boleh tengok, Tuan Yang di-Pertua. Kasihan orang-orang Sabah ini sebab begitu rentetan yang tidak bagus untuk wujudkan negara Sabah, kita tidak setuju tetapi rakyat sudah macam bosan Tuan Yang di-Pertua. Ya, sila Yang Berhormat Tuaran.

final12:30 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Tuan Yang di-Pertua, ada gaya Ketua Pembangkang.

[Ketawa]

final12:30 PM

Datuk Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih, Yang Berhormat Kinabatangan. Adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa sekali lagi dalam soal pentadbiran pendidikan ini ada lagi sesuatu yang perlu disusun semula dari segi pentadbiran di antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

Baru-baru ini Kementerian Pendidikan mengurangkan kuasa sebanyak RM5 juta kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Akan tetapi dengan penurunan kuasa RM5 juta itu pun masalah yang Yang Berhormat sebutkan tadi yang sekolah-sekolah terbakar itu tidak selesai. Di manakah sebenarnya Yang Berhormat masalah dia ini?

Adakah dari segi dasar pengagihan kuasa, penurunan kuasa atau dari segi pengurusan atau dari segi kepimpinan, atau di mana salah silapnya, Yang Berhormat?

final12:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ya, Yang Berhormat Tuaran. Ini perlu ketelusan.

final12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Awas, awas Yang Berhormat kerana soalan itu harus ditujukan kepada Menteri Pendidikan. Jangan ambil alih kuasa Menteri Pendidikan, sila.

final12:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tidak Tuan Yang di-Pertua.

Saya cuma mahu ketelusan itu harus ada pada Kementerian Pendidikan itu sendiri sebab kuasa yang ada tetapi kita main tarik tali. Itu namanya tidak ikhlas. Jadi kalau kementerian ini ikhlas maka saya rasa masalah ini tidak timbul lagi Tuan Yang di-Pertua. Inilah sebab kita mengeluh, kita kesal masalah ini berlarutan. Daripada dahulu sampai sekarang berlarutan.

Saya tidak tahu di mana titik noktahnya mahu berhenti. Menteri bertukar ganti, KSU bertukar ganti tetapi masalah tetapi di situ juga, tidak berhenti. Saya harap ada tindakan yang diambil oleh kementerian berhubung dengan keadaan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, negara makmur memerlukan negara yang selamat.

Bagaimana negara mahu selamat? Kerajaan akan menentukan keselamatan sesebuah negara sebab kerajaan yang bertanggungjawab memastikan keselamatan negaranya.

Maka kerajaan berhak menentukan hala tuju negaranya dan saya amat bersetuju iaitu Akta POTA untuk dibawa ke Dewan Rakyat ini sebab ancaman yang berlaku pada hari ini seperti IS iaitu Islam negara tanpa sempadan. Hari-hari ada orang dia potong, Tuan Yang di- Pertua. Potong tangan, potong kepala, hari-hari.

Ini IS ini saya tidak, harap-harap dia tidak melebar sangat di negara kita di Malaysia Tuan Yang di-Pertua tetapi kalau dengan beginilah keadaan macam rakan kita di sebelah ini saya takut IS ini akan merebak di negara kita Tuan Yang di-Pertua. Merebak dengan begitu luas. Saya meminta juga agar JAKIM memantau iaitu banyak cetusan- cetusan anutan agama Islam seperti Syiah, Wahabi, di negara kita ini begitu terbuka Tuan Yang di-Pertua. Syiah ini tidak baik diamalkan di negara kita walaupun dia anutan Islam tetapi kita tidak mengiktiraf Syiah ini, Tuan Yang di-Pertua dan saya percaya dalam PAS ini mungkin banyak Syiah ini Tuan Yang di-Pertua.

final12:30 PM

[Dewan riuh]

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya tidak mahu tuduh tetapi saya waswas, Tuan Yang di-Pertua. Saya waswas sebab saya pun dapat maklumat daripada orang dalam PAS juga Tuan Yang di-Pertua. Saya terus terang jadi...

final12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada dua minit lagi, Yang Berhormat.

final12:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Dua minit tambahan, Tuan Yang di-Pertua. Tadi tujuh sekarang tinggal dua, Tuan Yang di-Pertua?

final12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sudah saya tolak sekarang tinggal dua lagi.

final12:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Allahuakbar. MasyaAllah Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya harap kerajaan dapat membuka mata mereka. JAKIM membuka mata mereka melihat perkara ini jangan sudah orang kata sudah terhantuk baru tengadah, tidak baik Tuan Yang di-Pertua kalau terlambat.

Juga kita melihat bahawa kita perlu juga rasa saya Kementerian Dalam Negeri memasukkan balik Akta Rumah Judi Haram Terbuka untuk kita table di Dewan Rakyat ini.

final12:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini untuk memastikan bahawa judi-judi haram ini tidak melebar seperti mesin- mesin slot yang beroperasi seperti cendawan di Sabah di Kota Kinabalu, di Sandakan, di Semenanjung, di Lembah Klang ini. Ini judi-judi haram yang tidak berlesen tetapi mengaut keuntungan berjuta-juta. Ini perlu diberhentikan.

Juga Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir iaitu saya mahu minta kerajaan supaya melihat pembangunan wilayah yang seimbang. Kemenangan Barisan Nasional ini rata- ratanya Tuan Yang di-Pertua, dibagi, disumbang oleh pengundi-pengundi luar bandar.

Pepatah Melayu Tuan Yang di-Pertua, “Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.” Saya minta Menteri Kewangan, EPU, ICU perbanyakkan peruntukan bagi parlimen-parlimen di luar bandar. Mereka inilah yang telah menentukan untung nasib masa depan negara kita.

Masyarakat di bandar sudah saya tahu Tuan Yang di-Pertua, kita bagi susu, mereka balas dengan tuba. Jadi masyarakat ini Tuan Yang di-Pertua, bukan saya gesa untuk dipinggirkan tetapi agak-agaklah. Jangan bagi semua kepada mereka. Bagilah ke Kinabatangan, Tuaran, Sepanggar, di Sarawak, Kapit, Hulu Rejang, Lenggong. Inilah!

Bagilah! Ini bagi kepada wilayah- apa kita dapat, Tuan Yang di-Pertua? Kosong. Kalau berniaga, ini rugi banyak. Kita buang RM100 juta, tidak dapat satu sen pun. Akan tetapi kalau kita melabur di Kinabatangan, di Tuaran, di Kapit, labur RM1 bilion, balik RM2 bilion.

Jadi EPU kena pakai akallah. Guna akal fikiran yang waras, yang wajar. Rakyat pilih kita, maka kita kembalikan kepada rakyat.

Terakhir Tuan Yang di-Pertua, fasal dadah. Dadah ini Tuan Yang di-Pertua, setiap kali saya cakap berdiri mesti saya cakap. Seolah-olah tidak ada tindakan daripada pihak penguat kuasa. Saya tidak tahu dari mana dadah jenis syabu ini Tuan Yang di-Pertua, telah merosakkan minda anak bangsa kita. Mereka yang menagih dadah jenis syabu ini tidak boleh berhenti, Tuan Yang di-Pertua. Sampai matilah dia akan menagih. Tidak ada ubat dia. Sudah masuk pusat serenti, keluar balik menagih lagi. Kalau di Sandakan ini, Tuan Yang di-Pertua, dia macam seperti saya cakap dahululah, beli dadah jenis syabu ini macam beli ikan di pasar malam, ikan bakar. Tidak ada jalan penyelesaian dia. Saya mahu mintalah pihak polis tolonglah, tolong tengok macam mana dadah ini, dadah-dadah ini diedarkan boleh diberhentikan supaya negara kita ini diwakili oleh belia-belia yang mampu membangun sebaris dengan belia-belia antarabangsa yang lain.

Dengan ini Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menyokong titah ucapan yang dibahas oleh rakan saya daripada Yang Berhormat Tanjong Karang untuk kita sama-sama lihat. Kepada puak sana, janganlah terlampau kecam kita seolah-olah kita tidak berbuat apa-apa. Kita ini sama-sama saudara, kita ini sama-sama membangun ummah kita.

Lihatlah dalam hati kita. Dalam diri kita ada sekeping daging, hati kita. Bicara dengan hati kita, jangan bicara dengan bisikan rasa kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sibu.

final12:40 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang ke Sibu mengambil bahagian dalam perbahasan Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli dalam Dewan yang mulia ini, anda masih ingatkah dengan buku rujukan Info Didik ini?

[Sambil mengangkat senaskhah buku] Buku rujukan ini mengatakan bahawa kaum Cina sanggup membunuh kaum Melayu dalam peristiwa 13 Mei. Dia juga menyatakan bahawa Sekolah Jenis Kebangsaan menyebabkan kewujudan pemisahan murid berdasarkan kaum ialah punca kemerosotan perpaduan kaum di Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, pada tahun lepas bulan November, saya sudah buat satu laporan polis ke atas buku rujukan Info Didik ini. Saya juga membangkitkan isu ini dalam Dewan yang mulia ini sebanyak tiga kali sudah membangkitkan isu ini dalam Dewan yang mulia ini dengan harapan tindakan akan diambil untuk menurunkan buku ini di semua kedai buku dan pihak polis boleh menjalankan soal siasat ke atas penerbit Info Didik ini. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, sampai sekarang tidak ada apa-apa tindakan diambil. Buku rujukan ini masih boleh didapati, dibeli oleh murid-murid kita di kedai buku.

Adakah ini bermaksud pernyataan-pernyataan sedemikian pendirian Kerajaan Persekutuan dan oleh itu tidak ada tindakan diambil? Adakah ini pendirian Kerajaan Persekutuan?

Sekarang sudah empat bulan berlalu, buku rujukan ini masih dijual di kedai buku.

Tidak ada tindakan diambil oleh pihak Kementerian Dalam Negeri dan pihak polis. Akan tetapi, apabila saya menuduh kerajaan kerana tidak ambil tindakan bermaksud kerajaan bersetuju dengan pernyataan demikian dan kerajaan juga bersetuju kerana mereka dalam pernyataan itu menyatakan Sekolah Jenis Kebangsaan ialah punca pemisahan kaum juga termasuk sekolah-sekolah yang untuk kaum tertentu sahaja ialah punca pemisahan kaum.

Adakah ini juga pendirian Kerajaan Persekutuan? Kalau itu pendirian Kerajaan Persekutuan, itu pun termasuk Sekolah Agama juga merupakan punca pemisahan kaum pada pendapat Kerajaan Persekutuan. Akan tetapi apabila saya menyatakan perkara ini dalam sidang media, terus saya dipanggil oleh polis untuk menjalankan soal siasat kerana kenyataan saya adalah melibatkan hasutan.

Jadi kalau orang ramai pergi membuat laporan untuk menyiasat Info Didik tetapi tidak ada tindakan diambil. Apabila pemimpin UMNO membuat laporan polis, terus tindakan diambil untuk menyiasat saya.

Tuan Yang di-Pertua, ini satu contoh yang baik, betul-betul menunjukkan bahawa selective prosecution telah diambil against Ahli-ahli Pembangkang sahaja. Lagi saya tengok, nampaknya sekarang Ketua Polis Malaysia sekarang seolah-olah tidak berminat lagi menjadi Ketua Polis Malaysia. Nampaknya beliau sekarang lebih berminat menjadi Ketua Polis ‘Twitter Jaya’. Beliau suka memantau dan memberi arahan melalui Twitter terhadap pernyataan-pernyataan hasutan di dalam Twitter tetapi terbitan buku rujukan sekolah yang berkandungan hasutan tidak ada apa-apa tindakan diambil.

Tuan Yang di-Pertua, saya di sini mahu menekankan bahawa Sekolah Jenis Kebangsaan sama ada Cina, Tamil, Sekolah Jenis Kebangsaan Iban ataupun Sekolah Agama, semuanya bukan punca pemisahan kaum. Saya amat kecewa kerana ada orang yang menganggap sedemikian. Tengoklah suasana perpaduan kaum di Sarawak. Sarawak juga mempunyai banyak Sekolah Jenis Kebangsaan dan juga Sekolah Agama tetapi tidak ada masalah perpaduan kaum. Ini memang menunjukkan bahawa punca pemisahan kaum ini bukan berasal dari Sekolah Jenis Kebangsaan.

final12:44 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Ya, akan tetapi UMNO yang merupakan puncanya dengan memainkan politik perkauman dan politik agama. Itu sebabnya ada proof, itu sebabnya Kerajaan Negeri Sarawak secara terbuka sudah mengatakan mereka tidak mahu UMNO masuk ke Sarawak sebab memang takut kalau UMNO masuk, perpaduan kaum akan terjejas. Setelah UMNO masuk, perpaduan agama pun akan terjejas di Sarawak.

final12:50 PM

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Datuk Alexander Nanta Linggi

Ini putar belitlah. Tidak adalah kita tidak mahu UMNO.

final12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat Sibu, Yang Berhormat tadi saya ada tegur Yang Berhormat Kinabatangan mengenai dengan soal kalau bahas jangan sentuh pasal soal parti. Saya ada tegur Yang Berhormat Kinabatangan tadi walaupun saya tidak beri penekanan.

final12:50 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Okey.

final12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jadi elakkan itu kerana sudah ada Ahli Yang Berhormat yang berdiri. Elakkan itu.

final12:50 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Okey. Setakat itu sahaja tentang parti UMNO.

Okey?

final12:50 PM

Seorang Ahli

[Mencelah] [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final12:50 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Tidak, saya mahu habiskan ini. Saya mahu sentuh tentang pendidikan sekarang. Sekali lagi saya ingin menyeru Kerajaan Pusat supaya autonomi pendidikan dikembalikan kepada negeri Sarawak supaya kami boleh menguruskan hal ehwal pendidikan dengan lebih bersesuaian dengan jiwa Borneo, supaya juga masalah kekurangan guru tempatan boleh diselesaikan kerana kami anak-anak Sarawak sendiri boleh melatih guru sendiri tanpa adanya agenda politik di belakang.

Menurut Menteri Pendidikan, setiap tahun di Sarawak ada 5,293 orang anak-anak Sarawak memohon untuk menjadi guru. Akan tetapi dalam sejumlah besar itu hanya 398 orang sahaja berjaya dilantik menjadi guru. Ini menunjukkan kurang dari 10% jumlah pemohon sahaja dilantik.

Tuan Yang di-Pertua, banyak lagi graduan anak-anak Sarawak dari IPTS atau universiti swasta memohon menjadi guru tetapi ditolak, tidak diambil kira oleh Kementerian Pendidikan. Sekarang, kebanyakan vacancies adalah diisi oleh guru dari Semenanjung. Ini telah membangkitkan kerisauan bahawa ini informasi daripada NGO-NGO Sarawak bahawa mereka takut guru-guru dari Semenanjung ini akan membawa masuk budaya negatif ke dalam negeri Sarawak dan ini akan menjejaskan perpaduan dan budaya negeri Sarawak.

Selain itu dalam entry points agreement setelah pembentukan Malaysia pada tahun 1963 juga menegaskan Borneonisasi iaitu kekosongan kakitangan kerajaan haruslah diisi oleh orang tempatan merupakan persefahaman yang perlu dihormati oleh Kerajaan Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga amat kecewa bahawa pembentukan Malaysia pada 1963 sudah menjadi semakin dilupakan oleh Kerajaan Persekutuan. Kalau kita lihat dalam mata pelajaran Sejarah Tahun 4, sejarah pembentukan Malaysia hanya berhenti pada tahun 1957 sahaja. Seolah-olah kerajaan atau Kementerian Pendidikan mahu memberitahu pelajar-pelajar bahawa pembentukan Malaysia adalah pada tahun 1957. Mana itu tahun 1963? Tahun 1963 merupakan tahun yang sebenar-benarnya perjanjian Malaysia ditandatangani. Akan tetapi tidak sebut langsung dalam mata pelajaran Sejarah Tahun 4.

Tuan Yang di-Pertua, tahun 1963 merupakan tahun yang paling penting dalam sejarah Malaysia. Pada tahun itu Sarawak, Sabah dan Tanah Melayu bersama Singapura bersama-sama menubuhkan Persekutuan Malaysia. Mengapakah ia tidak diterangkan dalam buku Sejarah Tahun 4? Adakah ia merupakan agenda Putrajaya supaya Sarawak diturunkan kedudukannya dari rakan setaraf atau equal partner kepada salah satu daripada 13 negeri di Malaysia. Saya ingin penjelasan dari Kementerian Pendidikan sama ada juga daripada Perdana Menteri kita.

Sekarang saya ingin menyentuh tentang Dayak dan lain-lain. Tuan Yang di-Pertua, di Malaysia tidak mempunyai kaum lain-lain. Orang asal iaitu Iban, Bidayuh, Melanau, Orang Ulu dan sebagainya mereka lebih suka dipanggil sebagai Dayak, perkataan Dayak.

Mereka lebih suka perkataan Dayak ini digunakan secara rasmi untuk merujuk mereka.

Perkataan macam Bumiputera Sarawak dan lain-lain bagi mereka adalah perkataan yang membawa maksud penghinaan kalau digunakan dalam borang rasmi kerajaan untuk merujuk orang asal di Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, sejak ini, mereka memang berasa dipinggirkan oleh Kerajaan Persekutuan. Mereka berasa mereka ialah warganegara kelas kedua atau second class Bumiputera. Bumiputera di Malaysia diberikan first class dan second class. Mereka merasakan mereka second class. Tuan Yang di-Pertua, walaupun orang asal dari Sarawak merupakan minoriti di dalam kandungan Malaysia lebih kurang 1.6 juta populasi itu tetapi Tuan Yang di-Pertua dan juga Ahli-ahli Dewan yang mulia ini mereka merupakan sebahagian besar dalam identiti Malaysia. Mereka merupakan ruang di atas tanah yang terbesar di Malaysia iaitu bumi Sarawak.

Sudah 51 tahun pembentukan Malaysia. Mengapakah mereka masih digelar sebagai lain-lain? Saya mencadangkan supaya menguatkuasakan pada hari ini ...

final12:50 PM

Beberapa Ahli

[Mencelah]

final12:50 PM

Tuan Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang

Yang Berhormat Sibu ini lambatlah. Sudah selesailah isu ini.

final12:50 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi

Sudahlah itu Yang Berhormat Sibu.

final12:50 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

....Lain-lain dimansuhkan dan ditukar kepada nama Dayak. Selain itu ini yang penting. Selain itu sebuah statistik kerajaan yang berkaitan dengan kaum-kaum haruslah dibahagikan kepada kaum masing-masing. Bukan semuanya dimasukkan ke dalam golongan Bumiputera Malaysia yang dipraktikkan sebelum ini.

final12:50 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi

Boleh celah tak?

final12:50 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Oleh kerana dengan sedemikian kita boleh memantau dan memastikan hak dan kepentingan orang-orang Dayak di Sarawak tidak dipinggirkan. Sekarang saya mahu sentuh tentang SPR atau Suruhanjaya Pilihan Raya.

final12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Duduk dahulu Yang Berhormat. Kalau ucapan Yang Berhormat ada dua tiga minit lagi saya benarkan Yang Berhormat untuk berhujah tetapi kalau panjang, Ahli Yang Berhormat akan berhujah lagi sebelah petang nanti. Yang Berhormat ada 15 minit lagi.

final12:50 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Saya mahu sambung lagi petang.

final12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Jadi sambung sebelah tengah hari nanti, sebelah petang. Ada 15 minit lagi baki. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat kita tangguhkan sekarang sehingga jam 2.30 petang nanti. Terima kasih.

final12:50 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Tuan Yang di-Pertua

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

final2:30 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Jemput Yang Berhormat Sibu untuk meneruskan perbahasan untuk 15 minit lagi.

final2:30 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya sambung lagi dengan SPR. Baru-baru ini persempadanan baru pilihan raya Sarawak telah dilancarkan. Sekali lagi kita melihat gerrymandering yang begitu giat sekali dilakukan oleh SPR. Sebagai contoh, lebih banyak kawasan Dewan Undangan Negeri diwujudkan di kawasan pedalaman dan di luar bandar. Dengan pembahagian jumlah pengundi yang tidak seimbang serta menguncup, masalah persempadanan lama tidak dibetulkan.

Tuan Yang di-Pertua, dalam Perlembagaan Persekutuan seksyen 2(c) Jadual Ketiga Belas berkata demikian, *“Bilangan pemilih dalam setiap bahagian pilihan raya di dalam sesuatu negeri patutlah lebih kurang sama banyak kecuali bahawa dengan mengambil kira kesulitan yang lebih besar untuk sampai kepada pemilik di dalam daerah desa dan kesukaran lain yang dihadapi oleh bahagian-bahagian pilihan raya di luar bandar.

Ukuran pewajaran bagi kawasan patutlah diberikan kepada bahagian-bahagian pilihan raya.”* Tuan Yang di-Pertua, di Sarawak purata pengundi di setiap kawasan ialah 13,526.

Ini puratanya, tetapi sekarang kawasan Dewan Undangan Negeri yang mempunyai pengundi yang terbanyak ialah N.54 Pelawan yang mempunyai pengundi sebanyak 31,388.

Kalau berbanding dengan kawasan Dewan Undangan Negeri N.26 Gedong, pengundinya hanya sebanyak 6,340 sahaja.

final2:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Dari segi keluasan kawasan?

final2:32 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Keluasan Gedong sangat kecil. Lebih kurang besarnya ialah lebih kurang besar kawasan Tangkak sahaja. Actually, sebenarnya Gedong bukan satu kawasan pedalaman, dia lebih dekat di pinggir pantai dan kawasannya tidak luas. Jadi, ini tidak menjustifikasikan mengapa Gedong mempunyai pengundi yang begitu kurang. Ini merupakan lebih kurang lima kali ganda perbezaannya. Adakah ini merupakan lebih kurang sama banyak berbanding lagi dengan N.24 Sadong Jaya di pinggir pantai dengan keluasan kawasan lebih kurang kawasan bandar iaitu Bukit Assek N.51 - Lebih kurang besar dengan N.51 Bukit Assek merupakan kawasan pantai. Bukit Assek mempunyai jumlah pengundi sebanyak 28,908 orang, tetapi Sadong Jaya hanya 6,752. Ini memang tidak munasabah dan bukan lebih kurang sama banyak tetapi empat kali lebih banyak.

Tuan Yang di-Pertua, ukuran perwajaran bagi kawasan tidak dapat dipakai untuk menjustifikasikan bilangan pemilik yang disyorkan di kawasan pedalaman yang mempunyai kawasan yang lebih luas berbanding pengundinya yang lebih banyak seperti N.19 Mambong dan N.20 Taraf yang mempunyai pemilik yang lebih banyak dan kawasannya lebih besar juga di kawasan pedalaman. Akan tetapi di pinggir pantai kawasannya lebih kecil, pengundinya lebih kurang. Ini tidak munasabah, tidak menjustifikasikan.

Tuan Yang di-Pertua, dengan jelasnya persempadanan baru di Sarawak sudah melangkah Perlembagaan Persekutuan. SPR tidak melakukan tanggungjawab mereka mengikut apa-apa yang dinyatakan dalam Perlembagaan. Saya memohon supaya Pengerusi SPR letakkan jawatan beliau serta persempadanan baru ini ditundakan.

Tuan Yang di-Pertua, sefaham saya pada tahun 2012, Dewan yang mulia ini sudah menubuhkan satu Parliamentary Select Committee untuk mengkaji balik electoral reform of Malaysia. Select Committee ini sudah mencadangkan 22 cadangan untuk Parlimen, untuk Kerajaan Malaysia, tetapi nampaknya masalah pilihan raya masih wujud.

Saya tidak hairan baru-baru ini ada satu kajian tentang elektro integriti projek tentang integriti pilihan raya Malaysia sudah menunjukkan Malaysia adalah- Pilihan raya Malaysia adalah kurang integriti, berkedudukan 66 dari totalnya hanya 73 negara. Negara Malaysia hanya lebih baik sedikit sahaja dari Zimbabwe. Ini memang merupakan masalah pilihan raya Malaysia. Jadi saya harap pilihan raya, electoral reform Malaysia akan betul-betul dijalankan supaya pilihan raya yang adil dan saksama boleh dilakukan.

Sekarang saya mahu sentuh dengan pindaan ke atas hasutan...

final2:32 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Minta laluan, minta laluan.

final2:32 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Boleh.

final2:32 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Ya, terima kasih, Yang Berhormat Sibu.

final2:32 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Tadi menyatakan bahawa terdapat satu Laporan Integriti Pilihan Raya antarabangsa yang mana negara Malaysia berada di tangga yang amat rendah. Di mana dalam laporan tersebut dinyatakan bahawa undang-undang berkaitan dengan pilihan raya yang digunakan, yang terpakai di Malaysia, banyak ketinggalan zaman. Adakah Yang Berhormat Sibu bersetuju supaya undang-undang yang ketinggalan zaman ini dapat ditambah baik lagi, dipinda dahulu sebelum proses persempadanan pilihan raya baru dilakukan?

final2:40 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Saya amat bersetuju dengan Yang Berhormat Tanjong. Ini memang sesuatu yang kami mesti lakukan sebelum persempadanan baru Sarawak dilakukan. Pilihan raya negeri Sarawak akan diadakan bila-bila masa sahaja. Jadi saya harap, persempadanan baru ini tidak akan diambil, diguna dalam pilihan raya yang akan datang kerana ia perlu lagi menunjukkan persempadanan yang adil dan saksama.

Sekarang saya menyentuh pindaan Akta Hasutan. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak bersetuju dengan pindaan Akta Hasutan untuk mengatasi sentimen Sabah dan Sarawak keluar Malaysia. Banyak pihak telah meluahkan kebimbangan dengan pindaan baru ini kerana mereka berasa pindaan baru ini adalah untuk menyekat suara rakyat orang Sarawak. Saya juga tidak bersetuju bahawa pindaan Akta Hasutan ini dilakukan untuk mengatasi sentimen SSKM. Apa yang telah dicakapkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Puan Hajah Nancy binti Shukri yang mengatakan, “Rakyat jangan takut, jangan risau. Jemaah-jemaah Menteri dari Sarawak akan memastikan suara-suara rakyat Sarawak tidak akan disekat”. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak percaya hal sedemikian akan berlaku. Hak untuk bersuara adalah dijamin di bawah perlembagaan. Akta Hasutan sudah ketinggalan zaman.

Ia harus dimansuhkan. Orang-orang Malaysia haruslah diberi kebebasan untuk meluahkan apa-apa yang mereka ingin suarakan. Memang tidak boleh memberi kebebasan secara keseluruhan. Akan tetapi dalam Malaysia, kita ada Penal Code yang sudah cukup untuk mengatasi masalah sedemikian.

Tuan Yang di-Pertua, sentimen SSKM bukan dilahirkan begitu sahaja. Ia memang ada reasons behind it. Jadi saya di sini ingin mengucapkan sedikit tentang mengapa ada sentimen SSKM. Tuan Yang di-Pertua, rakyat Sarawak merasa mereka dianaktirikan oleh Kerajaan Persekutuan. Kuasa yang terlalu besar oleh Kerajaan Persekutuan telah mengakibatkan rakyat Sarawak berasa dijajah semula, tetapi bukan British, tetapi Kerajaan Persekutuan yang hanya mementingkan perkembangan Tanah Melayu dan menafikan perkembangan Sarawak dan kebudayaan Sarawak. Untuk menyelesaikan sentimen SSKM, saya berharap Kerajaan Persekutuan mengkaji semula sistem pentadbiran persekutuan kita ini supaya lebih banyak kuasa diagihkan kepada ahli-ahli persekutuan atau kita panggil desentralisasikan.

Akhir sekali, saya akan menyentuh tentang ekonomi, Tuan Yang di-Pertua. GST akan dilancarkan pada bulan hadapan. Sekarang kita lihat, nilai ringgit semakin merosot mengakibatkan kenaikan harga barang. Saya di sini ingin memberitahu kerajaan, adakah Kerajaan Persekutuan sedar bahawa masalah 1MDB sudah mengakibatkan ramai pelabur di Malaysia kehilangan keyakinan mereka terhadap ekonomi Malaysia ini? Hari ini, saya diberitahu iPhone 6 sudah naik harga. Adakah kerajaan akan terus menyeru peniaga- peniaga tempatan supaya tidak menaikkan harga? Nampaknya, syarikat-syarikat asing sudah menaikkan harga barang mereka.

final2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, boleh habiskan Yang Berhormat.

final2:40 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Jadi, bagaimanakah kerajaan akan mengatasi masalah ekonomi ini supaya masalah ekonomi ini tidak akan menyusahkan rakyat Malaysia? Sekian, terima kasih.

final2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Jerlun.

final2:40 PM

Dato’ Othman bin Aziz - Jerlun

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih atas ruang dan peluang yang diberikan kepada saya untuk turut membahas Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa Baginda berangkat merasmikan persidangan Dewan kita pada kali ini.

Beberapa isu telah pun disentuh oleh Kebawah Duli Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong. Antaranya ialah berkaitan dengan ancaman gerakan Islamic State (IS) dan juga penglibatan rakyat Malaysia dalam gerakan tersebut. Jadi, sudah tentulah kita melihat bahawa ini merupakan ancaman yang terbaru. Sebelum ini, kita melihat bahawa dahulu Amerika mencari Osama bin Laden sehingga ke Afghanistan dan sebagainya. Kemudian, diserangnya Iraq, dijatuhkan Mubarak di Mesir, Libya, Syria dan sebagainya, kini timbul pula isu baru yang berkaitan dengan IS.

Akan tetapi apa yang menjadi masalah adalah kerana ia melibatkan rakyat Malaysia. Jadi, dahulu kita melihat kalau ancaman-ancaman kononnya ajaran sesat ini melibatkan orang-orang yang mungkin belajar di sekolah-sekolah agama rakyat di kampung-kampung dan sebagainya tetapi hari ini kita melihat bahawa penglibatan orang- orang yang terlibat dalam IS ini ialah kalangan orang yang hebat-hebat, orang-orang yang well qualified. Saya ingin berkongsi sebenarnya pengalaman saya sendiri yang mana penglibatan sahabat saya yang belajar bersama-sama dengan saya semasa kami di UiTM pada tahun 1978 sehingga 1981. Beliau dan saya boleh kata tidur satu bantal, kami bermain bola sepak bersama, kemudian kami lulus di UiTM, masing-masing membawa diri.

Saya bekerja, manakala beliau melanjutkan pelajaran ke US, kemudian balik bekerja pula dengan syarikat swasta yang begitu reputable, tiba-tiba terdengar beliau telah pun terlibat dalam gerak kerja seperti ini. Setelah sekian lama tidak bertemu, beberapa bulan yang lalu, kita baca dalam sebuah akhbar, gambar beliau terpampang kerana penglibatan beliau dalam IS ini dan berada di Syria. Bulan lepas beliau telah pun disahkan meninggal dunia di sana.

Ini merupakan satu kejutan yang mana seseorang yang kita anggap profesional, yang kita anggap berkelulusan tinggi, namun telah berjaya dipesongkan oleh mana-mana pihak yang tertentu sehingga akhirnya mereka terlibat dan berjuang mungkin atas kepercayaan bahawa perjuangan mereka ini adalah satu syahid. Maka mereka sanggup meninggalkan keluarga, kemudian ke luar negara dan seterusnya mati di Syria.

final2:46 PM

Dato’ Othman bin Aziz - Jerlun

Jadi, ini merupakan satu contoh yang saya kira amat dekat di hati saya. Jadi, apa yang kita lihat bahawa pada hari ini sudah tentulah pihak berkuasa, kita kadang-kadang mudah untuk nak blame, nak melontarkan tuduhan kononnya pihak berkuasa tidak mampu menangani isu-isu sebegini. Sama ada pihak PDRM sendiri, mungkin juga Kementerian Dalam Negeri, malahan juga mungkin Imigresen. Ada yang pergi ke sana menggunakan visa umrah tetapi bila dah sampai, mereka terus tidak kembali lagi ke Malaysia. Jadi, ini adalah isu-isu yang sedang kita hadapi. Begitu juga kita mendengar, macam saya dari Kedah mendengar juga, beberapa orang dari negeri Kedah sendiri yang telah pun terlibat dalam kumpulan ini. Difahamkan mereka ketika ini berada di negara luar dan sedang berjuang atas dasar kepercayaan mereka.

Maka, sudah tentulah apabila kerajaan akan nak membentangkan Akta Pencegahan Keganasan (POCA 2015) ini perlu mendapat sokongan semua pihak. Ini adalah sebahagian usaha untuk tindakan preventive, tindakan untuk menangani isu ini daripada peringkat awal. Namun, mungkin ada pihak pula akan mengatakan bahawa tindakan mengajar, mendidik adalah lebih berkesan. Akan tetapi kita sedar bahawa apabila seseorang itu telah pun yakin dan menjiwai sesuatu perjuangan itu, walaupun mungkin pada kita, kita anggap salah tapi pada mereka, mereka mengatakan ianya betul, maka sudah tentu ianya amat susah untuk kita tangani.

Jadi, sudah tentulah tiba masanya bertepatan dengan keadaan yang kalau kita tak tangani melalui sesuatu akta yang boleh mencegah pembesaran ataupun gerak kerja ini lebih besar, maka sudah tentu ia akan menjadi satu masalah yang jauh lebih rumit di masa depan. Jadi, tahniah kepada KDN yang saya kira telah pun mengambil langkah untuk membentang POCA ini.

Seterusnya, kita juga sedar, Tuanku juga telah pun menyentuh tentang cabaran ekonomi negara. Kita tahu negara sedang berhadapan dengan masalah krisis minyak di mana harga minyak turun. Harga minyak turun ini sebenarnya membawa faedah kepada pengguna. Akan tetapi sebagai negara pengeluar minyak ianya juga turut memberi kesan dan menjejaskan pendapatan negara. Dalam masa yang sama, ianya juga terus dibelenggu pula dengan masalah berkaitan penurunan nilai RM berbanding dengan USD. Kemudian harga komoditi kita juga turut turun. Dalam masa yang sama, kita pula terus diuji dengan bencana besar seperti banjir pada akhir tahun lalu. Jadi, sudah tentulah ianya akan mendendangkan kepada kita dengan masalah yang perlu ditangani dengan segera. Akan tetapi kita juga berasa yakin, kita sedap, kita berasa lega apabila kerajaan, kementerian dan juga Bank Negara sendiri terus memberi keyakinan bahawa ekonomi negara kita ini akan terus tumbuh pada kadar 4%-5% untuk tahun ini.

Kita nak ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan yang mengambil tindakan pragmatik yang mengakui bahawa kita perlu mengubah cara kita. Kita telah pun diberikan taklimat berkaitan dengan isu ini. Kerajaan telah pun membuat keputusan bahawa perbelanjaan mengurus itu yang telah pun dibentangkan dalam bajet tahun lalu untuk tahun ini perlu dikurangkan.

Maka, sudah tentulah usaha belt tightening ini, dengan izin, akan setidak-tidaknya mengurangkan sikit bebanan kita. Dalam masa yang sama kita juga nak ucapkan tahniah kepada kerajaan kerana masih mengekalkan peruntukan untuk pembangunan negara yang tidak dipotong. Walaupun kita sedar kita berada di penghujung Rancangan Malaysia Kesepuluh. Ini menunjukkan bahawa walaupun negara berada dalam keadaan mencabar daripada segi ekonomi tetapi kerajaan terus memikirkan usaha bagaimana untuk membangunkan negara kita ini daripada segi pembangunan.

Jadi, sudah tentulah juga kita juga bercakap tentang banjir. Banjir yang berlaku di negara kita, beberapa negeri terutama di Pantai Timur, di Sabah dan juga Sarawak telah pun dilanda dengan begitu dahsyat. Macam contoh di Kelantan, saya sendiri pun berpeluang ke sana melihat kesan banjir itu amat teruk sekali. Apabila banjir besar ini berlaku, maka pelbagailah alasan diberikan. Sama ada daripada segi penjagaan ataupun pemuliharaan alam, sama ada juga berkaitan dengan nak menjaga sungai dan sebagainya.

Akan tetapi apa pun hakikatnya ialah kita terpaksa menghadapi pasca banjir yang begini teruk. Sudah tentulah ianya juga akan turut memberi kesan terhadap perbelanjaan negara. Walaupun mungkin setengah-setengah tempat terpaksa kita korbankan daripada segi pembangunan. Ini kerana kita terpaksa menghulurkan bantuan urgency ini kepada negeri-negeri yang terlibat, maka sudah tentulah ianya perlu kita ambil iktibar.

Kedah bagaimanapun alhamdulillah, kita hanya ditimpa banjir pada bulan November. Masa fasa pertama banjir iaitu hujung November dan sedikit di Perlis di mana sebanyak lebih kurang 2 ribu hektar kawasan padi telah pun terkena banjir. Namun, apabila banjir besar melanda di Pantai Timur, tempiasnya juga sampai ke Kedah. Kita mempunyai satu ketika, satu minggu tidak ada matahari ataupun hujan berterusan sehinggakan lebih daripada 200mm satu bacaan.

Akan tetapi apa yang telah kita buat, mungkin tindakan ini juga membantu untuk mengelak daripada banjir. Di mana kita telah pun mengangkat semua pintu-pintu air dalam kawasan MADA. Sudah tentulah air dilepaskan ke laut walaupun pada ketika itu kita memerlukan air untuk tanaman padi. Akan tetapi kita belajar daripada pengalaman tahun 2005 dan 2010 yang lalu di mana Kedah juga telah pun dilanda banjir yang begitu besar tapi ketika itu kalau ditanya orang yang menjaga empangan, mereka kata kita perlukan air.

Kita hanya masih menakung dalam lingkungan 70%.

Jadi maknanya, boleh lagi kita serapkan 30% takungan. Kemudian di lembangan sungai di antara dam ataupun empangan hinggalah dalam kawasan-kawasan sungai yang lama di bawah tadbiran Jabatan Parit, Pengairan dan Saliran iaitu Sungai Kedah, Sungai Anak Bukit, Sungai Pendang, Sungai Bata dan sebagainya pun juga merupakan Sungai Padang Terap yang menjadi kawasan laluan air. Kemudian di kawasan MADA pula, kita mempunyai terusan utama kita, The Northern Canal, Central Canal dan juga Southern Canal, dengan izin.

Kita juga memerlukan air di mana kita menyalirkan air ini ke sungai terusan utama pula. Terusan Alor Canglih, Terusan Lana Bulu, Terusan Arau. Kemudian air-air ini pula disalirkan ke dalam secondary canal di mana kita sebut di dalam bahasa Kedahnya pida- pida. Jadi, air ini diperlukan untuk tanaman padi. Akan tetapi kali ini kita membuat keputusan, kita angkatkan pintu-pintu air, lepaskan semua ke laut. Walaupun Kedah dilanda hujan seminggu tanpa ada matahari tetapi Kedah telah berjaya selamat daripada banjir.

Jadi, sudah tentulah sedikit sebanyak usaha kita itu membantu untuk mengurangkan lagi bebanan kerajaan menangani isu banjir. Akan tetapi dalam masa yang sama, oleh kerana kita tanam padi dan kita selamat daripada banjir, kita tidak perlu membuat bayaran ihsan dan pampasan kepada petani. Akan tetapi oleh kerana matahari yang tak timbul seminggu, hujan turun berterusan, maka timbul pulalah isu-isu yang berkaitan dengan penyakit padi. Jadi, kesannya ialah kita telah pun menerima kesan tersebut dengan agak serius. Di mana tuaian padi kita daripada hitung panjang 6.5 tan satu hektar, hanya tinggal lebih 5.1 tan satu hektar. Kerugian hasil tuaian kita ini bukan kerana banjir tetapi kerugian kerana penyakit hampir mencecah RM20 juta.

Jadi, ini adalah perkara-perkara yang saya kira berkaitan dengan pengurusan tanaman padi dan juga cuaca. Jadi, selain daripada itu, sudah tentulah Tuanku juga menyentuh tentang keperluan untuk melihat dan memperkukuhkan Dasar Agromakanan Negara. Dasar Agromakanan ini ialah untuk melihat, untuk memastikan bahawa kita mempunyai bekalan makanan yang mencukupi. Bekalan makanan ini juga mestilah selamat untuk digunakan.

Beberapa faktor yang perlu kita tangani iaitu cabaran-cabaran dalam dasar ini adalah untuk yang pertama, kita hendak memastikan penduduk ataupun petani mendapat pendapatan yang tinggi. Akan tetapi dalam masa yang sama juga kita perlu menawarkan barangan makanan ini kepada rakyat keseluruhannya pada paras yang berpatutan yang tidak membebankan pada para pengguna.

final2:50 PM

Dato’ Othman bin Aziz - Jerlun

Kemudian kita perlu untuk meningkatkan penggunaan teknologi sama ada dari segi ICT, modal insan berkualiti dan juga peningkatan keberkesanan institusi. Kita sedar, contohnya dalam industri padi antaranya KADA, agensi seperti KADA, MADA, Barat Laut Selangor, Kerian Sungai Manik dan juga di Pasir Salak. Kita adalah agensi yang mewakili petani yang mempunyai sasaran untuk meningkatkan pendapatan petani. Maka pelbagai usaha dibuat oleh kerajaan termasuk juga untuk memberi bantuan subsidi dan sebagainya.

Namun kita sedar bahawa kita tidak boleh berdiri sendiri. Sebagai agensi yang menjaga kepentingan petani ini, kita juga bergantung dengan bantuan dan juga kerjasama dengan agensi-agensi sokongan. Contohnya macam MARDI dari segi kajian pembangunan dan penyelidikan. Jabatan Pertanian dari segi benih dan sebagainya. Kemudian sudah tentulah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), NAFAS dan sebagainya dari segi pembekalan input pertanian.

Akan tetapi dalam masa yang sama kita perlu melihat, kita sedar bahawa kerajaan memberi sasaran sebelum 2020 ini iaitu dalam masa empat, lima, enam tahun yang akan datang, negara perlu mendapat sekurang-kurangnya meningkatkan tahap sara diri dari segi bekalan beras negara daripada 70% hari ini kepada 90% sekurang-kurangnya. Malahan kalau boleh, boleh kita sampai capai 100%.

Kita sedar bahawa sebenarnya sasaran yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ini nampaknya realistik, boleh dicapai kerana ketika ini kita mengimport lebih kurang satu juta tan beras dan kita mempunyai kawasan tanaman jelapang lebih kurang 600,000 hektar. Kita membuat double cropping iaitu tanaman dua kali setahun. Jadi kalaulah satu kawasan jelapang ini dapat meningkatkan hasil tuaiannya satu tan satu hektar satu musim, bermakna kita juga secara langsung dapat meningkatkan 1.2 juta tan padi dalam setahun.

Namun kita kena sedar, saya katakan tadi agensi-agensi macam yang menjaga petani ini perlu mendapat sokongan daripada agensi-agensi lain. Maka kita kena bertanya, adakah kita bersedia ke arah ini sebab bilangan agronomist atau pakar-pakar pertanian khususnya dalam bidang padi berapa orang yang kita ada?

Kemudian kita juga selalu, sering, setiap kali, setiap musim ada sahaja penyakit sama ada bacterial leaf blight nya, bacterial leaf streak, leaf streak dengan izin. Kemudian kita ada brown planthopper ataupun di Kedah disebut penyakit ‘bom’. Kemudian kita ada penyakit-penyakit yang berkaitan dengan fungus ataupun kulat. Jadi di mana kita punya entomologist?

Adakah entomologist kita, pakar-pakar dalam bidang serangga ini ada untuk membantu kita? Kita juga perlu untuk meningkatkan benih-benih padi yang baru. Di manakah kita punya plant reader ataupun orang-orang yang memang mengkaji dari segi pengeluaran benih-benih baru? Jadi ini adalah cabaran-cabaran yang saya kira perlu di pihak kementerian dan kerajaan melihat kerana saya difahamkan dulu kita banyak melahirkan agronomist, entomologist, scientist, plant reader dan sebagainya semasa kita ada Universiti Pertanian Malaysia.

Akan tetapi saya difahamkan juga setelah universiti ini ditukar menjadi Universiti Putra, katanya – boleh diminta pencerahan daripada pihak kementerian sendiri. Adakah usaha-usaha ke arah melahirkan lebih ramai pakar-pakar yang saya sebutkan tadi ini masih wujud ataupun mungkin hari ini kita lebih fokus kepada melahirkan biotechnologist, orang- orang yang dapat melahirkan mungkin pil-pil yang boleh kononnya dapat menggantikan makanan seperti biasa. Akan tetapi saya kira untuk industri padi kita perlukan pakar-pakar ini untuk membantu, membantu petani-petani dan juga agensi-agensi yang saya kira kalau kita gembleng tenaga-tenaga ini, akhirnya dapat mencapai hasrat untuk mencapai 90% sara diri dari dalam industri padi dan beras negara.

Jadi sudah tentulah kita melihat, kita perlu juga mengkaji untuk menghasilkan benih-benih padi, bukan setakat menghasilkan kimia ataupun racun-racun makhluk perosak ini tetapi kita juga perlu melihat bagaimana kita hendak hasilkan benih-benih padi yang tahan, rintang penyakit, ini yang perlu kita kaji. Akan tetapi kalau kita punya R&D ini ke belakang, maka sudah tentu kita akan menghadapi masalah. Jadi untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, kita perlu belajar dari negara lain.

Mungkin saya difahamkan di Thailand katanya setiap tahun bahagian penyelidikan dan pembangunan industri padi mereka berjaya menghasilkan tiga atau empat variety baru yang boleh ditawarkan kepada petani ataupun pelanggan iaitu petani-petani. Akan tetapi di Malaysia saya difahamkan dan saya lihat bahawa kita agak ke belakang. Maka sudah tentulah kalau kita terkebelakang dalam tajuk ini, hasrat, harapan Yang Berhormat Menteri dan juga kerajaan untuk mencapai cita-cita yang telah disasarkan itu payah untuk kita capai.

Selain daripada itu, saya juga ingin menyentuh seperti mana yang disebut dalam ucapan ataupun Titah Ucapan Ke Bawah Duli Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga dari segi pendidikan. Kita sering bercakap tentang masalah dan bebanan tugas guru.

Kita sedar bahawa memang hari ini guru dah pun letih dan penat dan kita hendak ucapkan terima kasih kepada kementerian yang telah pun menghantar bantuan pegawai-pegawai baru, petugas sementara dan sebagainya untuk membantu guru-guru di semua sekolah ini.

Jadi untuk meringankan bebanan mereka supaya mereka dapat menumpukan tumpuan mengajar dan menghasilkan pelajar-pelajar yang lebih cemerlang.

Kita juga sedar bahawa di bawah kurikulum baru, dasar baru, peperiksaan PMR – Penilaian Menengah Rendah bermula pada tahun lepas telah ditukarkan cara peperiksaannya, jawapannya. Maka ramai di kalangan parents ataupun ibu bapa mengeluh kerana anak mereka yang dijangkakan mendapat 8A, 9A dan sebagainya telah gagal mendapat 8A dan 9A. Akan tetapi kita juga kena ingat, ini adalah cara baru, dasar baru yang untuk kebaikan jangka panjang dan kita juga difahamkan bermula tahun depan pula 2016, cara jawapan untuk UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) pun akan berbeza dari hari ini di mana semuanya berbentuk objektif.

Ada pelajar yang tidak mampu hendak memikirkan cara serius, mereka lambung rubber, A B C D. Bila jatuh A, dia tekan A dan sebagainya. Jadi saya difahamkan mengikut dasar baru KBAT ataupun Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ini juga akan diturunkan sehingga pelajar-pelajar darjah enam. Maka sudah tentulah mereka ini perlu kepada pendekatan pembelajaran cara baru, tugasan kepada cikgu dan guru-guru ini pun akan bertambah.

Sudah tentulah kita yakin cara ini akan dapat melahirkan pelajar yang mampu berfikir sebelum menjawab dan juga dapat mengambil beberapa opsyen sebelum menjawab soalan-soalan itu dengan cara yang lebih baik jika dibandingkan dengan soalan-soalan objektif yang disediakan sekarang.

Jadi yang seterusnya Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, harga barang. Ramai orang bercakap bila harga minyak naik, harga barang naik. Bila harga minyak turun, harga barang tidak turun tetapi kita juga – saya ingat selain daripada usaha kementerian yang kita kira amat bekerja kuat, KPDNKK berusaha berunding dengan pelbagai pengeluar- pengeluar yang besar-besar untuk menurunkan, saya difahamkan sehingga 8,000 jenis barangan telah pun harganya akan diturunkan dan sedang turun walaupun minyak sudah mula naik balik dan sebagainya.

Akan tetapi kita kena juga educate, kita juga kena mengajar ataupun memberi tunjuk ajar kepada pengguna-pengguna bahawa sebenarnya hubungan inter-relation ataupun correlation dengan izin antara kenaikan harga minyak, penurunan harga minyak dan juga kenaikan dan penurunan harga barang ini tidak direct. Mungkin komponen minyak itu sedikit sahaja tetapi kita tahu bahawa yang menjadi isu ialah apabila harga minyak itu naik, peniaga ini terus mengambil kesempatan menaikkan harga barang. Akan tetapi bila harga minyak turun, mereka lambat-lambat menurunkan harga barang.

final3:00 PM

Dato’ Othman bin Aziz - Jerlun

Ini isu yang perlu ditangani. Walaupun kita sedar bahawa sesetengah barang ini dia tidak directly correlated, dengan secara langsung dengan harga minyak tetapi masih ada orang-orang yang mengambil kesempatan untuk meningkatkan harga barang dan sebagainya. Selain daripada itu, sudah tentulah kita mengharapkan juga melalui apa yang disentuh dalam Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku juga berkaitan harapan kerajaan akan meneruskan usaha untuk membela nasib rakyat luar bandar. Antaranya yang paling mendesak, contohnya jalan-jalan kampung dan juga bekalan air luar bandar yang masih tertinggal bukan hanya di Sabah dan Sarawak, malahan juga di negeri-negeri Semenanjung termasuk juga di kawasan saya di mana kita mempunyai ratusan kilometer, ribuan kilometer jalan-jalan kampung, jalan perhubungan desa yang perlu diberi perhatian oleh kementerian.

Namun kita sedar, kita tahu bahawa ada keutamaan-keutamaan ataupun priority list, senarai keutamaan dan kita harapkan walaupun dalam keadaan cabaran ekonomi yang mendesak ini yang memerlukan pengorbanan untuk kita berbelanja secara berhemah, tetapi rakyat di luar bandar akan terus terbela melalui perancangan dan pelaksanaan kerja- kerja yang tersusun. Kita sedar dengan kekangan yang kita hadapi, kita berharap supaya rakyat ini juga akan turut terbela.

Jadi, itu sahaja ucapan saya Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Saya mohon menyokong. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat.

final3:10 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bandar Tun Razak.

final3:10 PM

Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam Ucapan Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong.

Sebagaimana yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada hari Isnin 9 Mac yang lalu, saya sangat bersetuju dengan saranan agar Dewan yang mulia ini membahaskan secara telus, jujur, serius, konstruktif, bertanggungjawab dengan penuh integriti Rancangan Malaysia Kesebelas yang dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada pertengahan tahun ini kerana 2015 merupakan tahun akhirnya Rancangan Malaysia Kesepuluh. Sementelah lagi kita hanya ada lebih lima tahun sahaja untuk mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Secara umumnya, negara maju ataupun dalam bahasa Inggeris Develop Nation, negara berindustri tinggi atau negara berekonomi maju boleh ditakrifkan sebagai sebuah negara bebas yang mempunyai paras kemajuan ekonomi yang tinggi serta infrastruktur dan sistem teknologi dan perkhidmatan awam terkini dan berkehadapan berbanding dengan negara yang kurang berindustri.

Antara kriteria atau petunjuk kelayakan yang saya rasa berpotensi untuk diteliti dan dipantau sebagai syarat kelayakan menjadi negara maju boleh saya pecahkan secara ringkas. Satu, kriteria ekonomi indicator berasaskan pendapatan dan keluaran sama ada keseluruhan ataupun per kapita seperti Pendapatan Negara Kasar, Keluaran Negara Kasar, Keluaran Dalam Negeri Kasar ataupun pendapatan per kapita persendirian sebagai peringkat atau tahap industri sebuah negara dalam rantai bekalan dan pengeluaran global kadar pengangguran, penggunaan tenaga dan sebagainya. Indicator sosial juga perlu kita gunakan seperti air bersih, sanitasi, kadar celik huruf dewasa terhadap pendidikan dan sebagainya. Indicator demografi seperti kadar kelahiran, kematian, kesuburan, jangka hayat dan sebagainya. Ada juga indicator kesihatan seperti yang berkaitan dengan nutrisi, kadar kematian bayi, bilangan doktor sebagai contoh 1,000 orang bagi bilangan seorang doktor.

Indicator berkaitan dengan persekitaran dan alam semula jadi.

Hakikat yang saya perlu terangkan di sini bahawa kriteria dan indicator yang berpotensi digunakan untuk mengesahkan bahawa sebuah negara layak dianggap sebagai negara maju seperti dalam senarai di atas mestilah menjadi perkara perdebatan hangat terutama di kalangan Parlimen, ahli ekonomi, ahli akademik dan penggubal dasar. Namun, hari ini kita lihat terlalu fokus hanya kepada sasaran Growth National Income (GNI) per kapita yang dianggap sebagai USD15,000 untuk layak digelar negara maju berpendapatan tinggi sebagaimana definisi Bank Dunia yang menetapkan ambang melebihi USD13,000.

Persoalannya, adakah ini satu-satu syarat yang perlu dan memadai untuk layak menjadi sebuah negara maju? Bagaimana pula dengan apa yang dihajatkan dan lebih utama diperlukan oleh rakyat biasa natijah pencapaian status negara maju itu. Sekiranya kita terus memberi tumpuan berlebihan terhadap sasaran Growth National Income per kapita tanpa mempedulikan sejauh mana pencapaian Malaysia dalam berbagai-bagai indicator munasabah dan difikirkan sesuai, saya khuatir Malaysia akan gagal ditubuhkan menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi yang seimbang, inklusif dan mampan dalam erti kata pembangunan yang sebenar.

Saya berpandangan bahawa kejayaan memenuhi sasaran bagi hanya satu indicator ekonomi semata-mata berasaskan definisi Bank Dunia ini bakal menjadikan pencapaian status negara maju ini tanpa makna bagi rakyat, lompang dan sekadar bersifat sibuk sahaja. Justeru itu, saya menggesa agar dijalankan dengan kadar segera satu kejadian menyeluruh dan holistik tentang apa yang menjadi inspirasi dan keperluan rakyat terutama di kalangan yang miskin serta kekurangan, kurang upaya dan berpendapatan rendah sebagai manfaat menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi. Penemuan hasil kajian ini lengkap dengan pelan tindakan daripada strategi bagaimana mencapai saranan-saranan baru ini dalam lima tahun terakhir wajar menjadi antara iktisad utama Rancangan Malaysia Kesebelas.

Membanteras rasuah. Meskipun kita telah berbangga dengan pencapaian memperbaiki kedudukan dalam Indeks Persepsi Rasuah 2014 dengan mendaki tiga mata anak tangga dari tempat ke-50, masih banyak lagi usaha yang boleh dan perlu dilakukan untuk membanteras sama sekali pembuatan rasuah ini. Saya ingin mengambil kesempatan ini menegaskan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap seruan dan semua inisiatif memerangi segala gejala dan bentuk korupsi, rasuah, penipuan, penyelewengan, kronisme, eksploitasi dan segala usaha yang menggunakan duit rakyat. Semua kebejatan ini perlu ditangani dengan kadar segera tanpa gentar atau pilih kasih memandangkan inilah punca utama ketirisan dan pembaziran ditaksirkan bernilai beribu-ribu juta ringgit tiap-tiap tahun.

Akhirnya kita tidak mencapai status pembangunan yang dikehendaki.

final3:12 PM

Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Namun, penggubalan dan pelaksanaan dasar berkaitan pencegahan dan selanjutnya pembasmian kesalahan dan jenayah melibatkan dana awam perlu dijalankan secara teratur dan sistematik demi memastikan kejayaan mencapai hasil seperti yang dihajatkan.

Saya mengambil contoh negara China yang sekarang sudah menyatakan ketegasan menangani gejala korupsi bukan hanya di kalangan para pegawai kerajaan, syarikat-syarikat tempatan, malah berusaha untuk menghapuskan rasuah melibatkan warganegaranya di luar negara dan syarikat-syarikat multinasional yang beroperasi di negara tersebut. Negara China juga telah memateraikan konvensyen dan perjanjian antarabangsa dengan negara-negara lain atau blok negara-negara untuk memastikan mereka yang terlibat dalam jenayah rasuah dihantar pulang manakala aset milik pesalah laku boleh dibekukan malah dirampas.

Sekiranya Malaysia benar-benar serius dan komited memerangi rasuah dan jenayah melibatkan dana awam, saya mendesak agar kerajaan segera menjadikan usaha yang dijalankan oleh negara China ini sebagai panduan di samping menandatangani kesemua konvensyen dan perjanjian multilateral antarabangsa seperti United Nations, IMF, World Bank dan sebagainya untuk menentukan kesediaan Malaysia memerangi rasuah.

Saya ingin sarankan agar Malaysia diterajui oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melakukan sebarang inisiatif kerjasama membanteras rasuah. Kita boleh mulakan inisiatif ini dengan negara China yang baru-baru ini telah melancarkan satu usaha pelaburan mega di peringkat global melalui projek The New China Silk Road dan New Maritim Road yang juga melibatkan tempat-tempat di negara kita iaitu pelabuhan-pelabuhan besar kita dan jalan-jalan yang akan dijangkakan dibuat daripada Kungming sampai ke Singapura. Jadi, ini kita patut terima sebagai satu usaha pembangunan tetapi kita juga mesti bekerjasama dengan negara China untuk menentukan usaha yang dijalankan ini tidak akan dijadikan sebagai alat untuk menjalankan usaha rasuah, dan negara China telah bersedia untuk melakukan pembetulan.

Sebagai contoh, saya percaya, sebagai bekas Ahli Pakatan Rakyat, Pulau Pinang juga tidak teragak-agak untuk menjuarai usaha murni ini memandangkan projek terowong di bawah tanah yang dianggarkan bernilai RM6.3 bilion melibatkan dua buah syarikat dari negara China iaitu China Railway Construction Company Limited dan Beijing Urban Construction Group. Dengan cara ini, dakwaan-dakwaan nakal kemungkinan terdapat unsur rasuah, penyelewengan atau salah laku melibatkan dana awam dalam projek terowong tersebut di Pulau Pinang yang dikatakan bakal dibiayai secara tunai pemindahan milik 110 ekar tanah negeri kepada pemegang konsesi ini boleh disiasat dan diaudit. Saya percaya dengan penjelasan yang benar, tepat dan komprehensif ini akan menunjukkan begitu bebas kita daripada gejala rasuah. Jadi ini sebagai contoh usahanya.

Saya juga yakin usaha sebegini akan mempamerkan kesungguhan semua termasuk parti-parti Pakatan Rakyat dan saya rasa Barisan Nasional juga bahawa jenayah rasuah dengan menggariskan pelan tindakan strategik yang lebih berani dan berkesan dalam isu sejagat ini dalam sistem pentadbiran negeri dan negara. Saya tentu yakin Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri-negeri dalam Barisan Nasional tidak akan keberatan menjadikan inisiatif ini sebagai teladan sekiranya terbukti efektif dan memberi manfaat besar kepada rakyat keseluruhan.

Modus operandi yang sama juga wajar dilakukan di Selangor dalam pelbagai isu melibatkan dana awam terutama dalam proses penyusunan, penstrukturan semula industri air dengan nilai aset industri air secara keseluruhan dianggarkan mencecah RM20 bilion.

Memandangkan saiz industri air ini dan potensi meraih keuntungan berlebihan oleh pemegang konsesi akibat perjanjian konsesi berat sebelah, saya mendesak agar semua pihak berkenaan tidak berlengah-lengah untuk memulakan siasatan terhadap segala dakwaan rasuah dan penyelewengan. Jangan sampai akhirnya rakyat Selangor terpaksa membayar melebihi harga yang kita persetujui sekurang-kurangnya bernilai tidak lebih daripada RM9.65 bilion. Saya yakin rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat setuju dengan perkara ini dan saya rasa rakyat Selangor dan Ahli-ahli Barisan Nasional juga setuju sebab manfaatnya adalah untuk semua.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang kajian perkhidmatan kesihatan rakyat. Di samping itu, saya sangat tertarik dengan titah Yang di-Pertuan Agong tentang peri pentingnya menjamin kesinambungan dan kelestarian pembangunan sosioekonomi negara agar kemakmuran dan kemajuan ekonomi negara dapat dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat secara seimbang, adil dan saksama tanpa ada sesiapa yang terkecuali atau tercicir dalam arus pembangunan. Pada hemat saya, perkara inilah yang sepatutnya menjadi antara fokus utama Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri dalam usaha kita menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 kerana tidak ada apa yang lebih penting melainkan peningkatan daripada segi kualiti hidup, kebahagiaan dan kesejahteraan rakyat.

Saya amat bersyukur kerana tidak menpersia-siakan peluang menggalas jawatan dan tanggungjawab sebagai Menteri Besar Selangor sebelum ini untuk mengkaji dan memahami secara mendalam dinamik industri dan struktur kos menyediakan pelbagai, dengan izin, perkhidmatan social services dan perkhidmatan awam.

Salah satu social services atau perkhidmatan awam yang penting untuk rakyat sejajar dengan cita-cita menjadi sebuah negara maju adalah meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan ke tahap kelas pertama. Ini kerana selari dengan kepesatan pertumbuhan ekonomi dan peningkatan jangka hayat penduduk, permasalahan berkaitan dengan kesihatan baru akan muncul di samping pelbagai jenis penyakit berjangkit mahupun tidak berjangkit yang sedia ada sekali gus meningkatkan beban terhadap kos sara hidup rakyat. Amat menarik sebenarnya jika diteliti bagaimana sesetengah negara membangun mampu menyediakan jaringan perkhidmatan sosial bertaraf dunia.

final3:20 PM

Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Kita ambil contoh Cuba. Sebagai contoh dengan keluaran negara kasar nominal per kapita berdasarkan purchasing power priority ataupun kurang lebih USD9,900 per kapita setahun berbanding dengan Malaysia melebihi 13,000. Walau bagaimanapun Cuba telah mencatatkan nisbah perbelanjaan kesihatan keseluruhan yang lebih tinggi dari Malaysia dan menunjukkan bahawa perkhidmatan kesihatan mereka antara yang terbaik di dunia.

Seluruh dunia mungkin maklum dan mengiktiraf status dan mutu perkhidmatan kesihatan dengan caj ataupun bayaran yang sangat berpatutan di Cuba, sehinggakan ada kalanya rakyat Amerika Syarikat sendiri yang sanggup menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran untuk sampai ke Cuba untuk menikmati perkhidmatan kesihatan yang tidak membebankan langsung serta harga tetap unggul daripada segi kualiti. Ini menunjukkan betapa masih banyak ruang yang perlu diperbaiki dalam usaha yang perlu dipertingkatkan sekiranya Malaysia benar-benar komited ke arah menjamin perkhidmatan kesihatan yang bertaraf dunia pada bayaran yang berpatutan.

Saya membuat lawatan kerja dengan bayaran sendiri ke Cuba untuk belajar dan berkongsi dengan rakan-rakan Ahli Parlimen kemudiannya supaya pengalaman ini dapat kita bincangkan agar menambahbaikkan lagi usaha sistem kesihatan negara kita. Terima kasih. Sekian Tuan Yang di-Pertua saya menyokong.

final3:30 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Simpang Renggam.

final3:30 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan. Saya berdiri di sini juga untuk menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Tuan Yang di-Pertua, Baginda sebagai Ketua Negara yang berpaksikan kepada prinsip demokrasi dalam Perlembagaan Persekutuan sememangnya merupakan lambang keutuhan dan kesatuan rakyat Malaysia. Semoga kebesaran dan kemuliaan Baginda akan terus menjadi simbol perpaduan, kemajuan dan kesejahteraan masyarakat kita yang berbilang kaum. Saya cukup setuju dengan Titah Ucapan Tuanku yang menyarankan bahawa sudah tiba masanya kita membuka sebuah bab yang baru dengan mendukung minda dan keazaman yang positif selepas menyaksikan negara kita mengharungi pelbagai cabaran dan kesukaran di sepanjang tahun 2014.

Saya turut bersetuju dengan Titah Tuanku yang berpendapat bahawa kerajaan telah melakukan yang terbaik di sepanjang tahun yang lepas untuk mentadbir uruskan ekonomi dan pentadbiran negara. Masyarakat kita telah menyaksikan perkembangan yang positif di bawah inisiatif dan agenda transformasi kerajaan daripada GDP dan ETP di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita.

Di sini saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pegawai-pegawai kerajaan, pasukan keselamatan dan penyelamat, organisasi bukan kerajaan, pihak swasta, korporat, kumpulan serta individu-individu yang telah menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir Pantai Timur yang melanda negara kita pada bulan Disember tahun lepas.

Tuan Yang di-Pertua, kejayaan Malaysia dipilih sebagai Anggota Tidak Tetap Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu bagi penggal tahun 2015 dan tahun 2016.

Usaha membanteras ketidakstabilan di Sabah seperti penyebaran ekstremisme dan aktiviti militan di bawah pengaruh IS. Pertumbuhan ekonomi yang stabil biarpun berdepan dengan pelbagai cabaran dalaman dan luaran. Pelaksanaan cukai GST yang bakal dilaksanakan pada bulan depan, Rancangan Malaysia Kesebelas, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2014/2015, perkembangan sektor pertanian, pelancongan, pemerkasaan golongan muda, transformasi sektor awam, perjuangan yang berterusan untuk membasmi rasuah. Usaha untuk mempertingkatkan taraf hidup dan kebajikan rakyat.

Saya merakamkan tahniah kepada pihak kerajaan kerana telah berjaya menjalankan kewajipan dan tahniah juga atas usaha yang mantap dan konsisten untuk memenuhi harapan dan... rakyat dan membawakan yang terbaik kepada masyarakat.

Walau bagaimanapun saya juga berharap kerajaan dapat terus menitikberatkan usaha untuk memelihara keamanan dan harmoni di kalangan rakyat yang berbilang kaum agama dan budaya.

Sebagai sebuah negara yang berlandaskan kepada Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan, kita mesti mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. Saya turut menyarankan semua pihak supaya menghentikan aksi tidak bertanggungjawab mereka dan mengharapkan pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang sesuai ke atas mereka yang mengancam perpaduan dan kestabilan negara.

Saya menyeru kepada semua rakyat supaya mendukung kesederhanaan dalam kehidupan awam dan bersendirian kita bagi mencapai kemajuan sosiobudaya dan ekonomi sebagai sebuah bangsa Malaysia yang berjaya. Kesejahteraan dan kemajuan sosioekonomi yang adil, inclusive dan berterusan tetap menjadi hasrat utama masyarakat Malaysia. Sementara itu keadilan sosial dan kesaksamaan hak asasi manusia dan kebebasan memerlukan perhatian baru daripada pihak berkuasa untuk memastikan bahawa negara kita tetap berada pada landasan pembangunan yang positif dan progresif sebagaimana yang dihasratkan oleh masyarakat.

Tuan Yang di-Pertua, saya sebelum ini pernah membangkitkan isu kedaulatan negara di Dewan yang mulia ini pada sesi yang lepas. Negara Malaysia adalah sebuah negara yang merdeka dan kita perlu mempertahankan kedaulatan negara kita. Kita tidak mahu ada campur tangan daripada mana-mana pihak dalam politik kita. Saya sekali lagi, saya merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Jusuf Kalla, Naib Presiden Indonesia yang ditemu ramah oleh Ketua Editor Merdeka Online pada 1 hari bulan Jun 2013. Beliau berkata bahawa beliau mengakui Yang Berhormat Permatang Pauh dibantu oleh beberapa pihak dalam pilihan raya umum yang lepas khususnya dari Washington, Turki dan juga Filipina. Pembangkang menafikan segala-galanya.

Akan tetapi hari ini Tuan Yang di-Pertua kita lihat setelah Yang Berhormat Permatang Pauh dijatuhkan hukuman dan dipenjara, pembangkang telah meminta pihak White House untuk campur tangan. Mereka telah memulakan satu petisyen pada 10 hari bulan Februari 2015 supaya dapat mengutip sebanyak...

final3:32 PM

[Dewan riuh]

Beberapa Ahli

[Bangun]

final3:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

final3:32 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

...100 ribu...

final3:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan?

final3:32 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Siapa? Saya habiskan dahululah.

final3:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ya, duduk dulu Yang Berhormat Kapar.

final3:32 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Supaya dapat mengutip sebanyak 100 ribu tandatangan digital...

final3:32 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Ya, betul.

final3:32 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Agar Presiden Obama mendesak Kerajaan Malaysia untuk melepaskan Yang Berhormat Permatang Pauh dan menjadikan ini sebagai...

final3:32 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Tuan Yang di-Pertua, Standing Order 36(6)...

final3:32 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

...misi terutama Amerika Syarikat...

final3:32 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Standing order Tuan Yang di-Pertua.

final3:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Apa dia Yang Berhormat?

final3:32 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Simpang Renggam menyebut bahawa pembangkang yang memulakan petisyen itu. Itu tidak tepat dan satu sangkaan yang jahat.

[Menyampuk] Ini kerana ia dimulakan oleh rakyat Amerika Syarikat dan tidak ada kena mengena dengan Pakatan Rakyat.

final3:32 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Memesongkan Dewan.

final3:32 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Tuan Yang di-Pertua, saya minta Yang Berhormat Simpang Renggam dihalau serta merta.

final3:32 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Dan 36(12) tadi...

final3:32 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Itu yang saya nak terangkan tadi, dia tak nak dengar.

final3:32 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Tuan Yang di-Pertua, 36(12) juga...

final3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

You are on standing order, yang lain duduk. Kalau patuh standing order, semua patuh, bukan seorang patuh.

Ya.

final3:40 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

36(12) juga Tuan Yang di-Pertua, mana- mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan kerana itu tidak tepat atau sudah berniat jahat dan mengelirukan Dewan.

final3:40 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Tuan Yang di-Pertua, saya sambung standing order yang sama macam itu.

final3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak boleh macam itu, tidak boleh.

final3:40 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Saya minta Yang Berhormat Simpang Renggam dihalau serta-merta.

final3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat seorang peguam. Tidak boleh macam itu.

final3:40 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua...

final3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Simpang Renggam, saya minta penjelasan terhadap apa yang...

final3:40 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Okey, tidak apa, tidak apa.

final3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

...Dibawa oleh Yang Berhormat Pandan.

final3:40 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Satu petisyen diwujudkan...

final3:40 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Apa itu tidak apa, dihalau serta-merta, tidak perlu jelaskan.

final3:40 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Biarlah saya jelaskan. Dengar dahululah. Apa bising-bising ini? Satu petisyen diwujudkan untuk menerima, mengutip tandatangan digital oleh pihak-pihak tertentu...

final3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, diam-diam Yang Berhormat.

final3:40 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

...Dan disokong oleh pembangkang. Baik, okey?

final3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tiada niat jahat.

final3:40 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final3:40 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Tadi lain.

final3:40 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua...

final3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak apalah.

final3:40 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Tuan Yang di-Pertua, tadi lain.

final3:40 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

...Walau bagaimanapun, petisyen ini dibatalkan.

final3:40 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Tadi lain. Cuba check Hansard...

final3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kapar.

final3:40 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Cuba check Hansard. Tadi lain. Itu yang saya bangun. Yang Berhormat mengelirukan House.

final3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Simpang Renggam teruskan, saya putuskan tiada niat jahat. Teruskan ya.

final3:40 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Ya, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Walau bagaimanapun, petisyen ini dibatalkan oleh White House pada 10 Februari 2015 setelah mereka kononnya mendapati tiba-tiba bilangan tanda tangan melambung naik daripada 67,000 kepada 97,000...

final3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang diamlah Yang Berhormat.

final3:40 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

...Dan bermakna bilangan tandatangan digital ini bertambah 30,000. Tuan Yang di-Pertua, dalam masa kurang daripada 24 jam.

final3:40 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

[Bangun]

final3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Hendak beri jalan Yang Berhormat?

final3:40 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Celahan.

final3:40 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Eh! Saya habiskan dahululah.

final3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Dia tidak beri jalan.

Tidak beri jalan duduk Yang Berhormat.

final3:40 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Akan tetapi, sebaik sahaja ia dibatalkan, petisyen diaktifkan semula satu hari selepas itu. Antara sebab-sebab yang diberikan oleh White House...

final3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, mengganggu seseorang yang sedang berucap juga melanggar peraturan.

final3:40 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

... Sebab yang diberikan oleh White House kononnya tersilap membatalkan, tersilap. Dia click Oh! Sorry. I wrongly click. Tersilap membatalkan. Jadi ini adalah satu tindakan yang amat mengecewakan, Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak percaya bilangan boleh melambung naik 30,000 dalam beberapa jam...

final3:40 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Celahan Yang Berhormat Simpang Renggam.

final3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, hendak bagi jalan Yang Berhormat?

final3:40 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

...Dan pembatalan juga...

final3:40 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Patut berilah.

final3:40 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

...Satu kesilapan...

final3:40 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Ke tak berani?

final3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tak perlu bangun Yang Berhormat.

final3:40 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

...Bukan satu kecuaian ataupun satu kelalaian [Disampuk] . Jelas bahawa White House telah kehilangan kredibiliti dalam peristiwa ini Tuan Yang di-Pertua.

final3:40 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Yang Berhormat Simpang Renggam, pencelahan.

final3:40 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua...

final3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Hendak beri jalan Yang Berhormat?

final3:40 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Berilah jalan.

[Ketawa]

final3:40 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Saya...

final3:40 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Tidak berani.

final3:40 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Saya amat sedih...

final3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Dia tidak beri jalan, tidak apalah. Selepas ini Yang Berhormat Gopeng berucap.

final3:40 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

...Rakyat Malaysia diperbodohkan dan dipermainkan serta diperalatkan oleh pihak White House untuk agenda politik mereka. Ini boleh menyebabkan negara...

final3:40 PM

Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur

Yang Berhormat Simpang Renggam, pencelahan.

final3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ipoh Timur bangun Yang Berhormat.

final3:40 PM

Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur

Pencelahan...

final3:40 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

... Kita berpecah.

final3:40 PM

Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur

Hendak minta penjelasan.

final3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sudah, sudah.

Tidak payah bising, tidak payah bising.

final3:40 PM

Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur

[Menyampuk]

final3:40 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Dan ianya tidak langsung menyumbang kepada perpaduan rakyat kita.

final3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Hendak beri jalan kepada Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat?

final3:40 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan kepada Kementerian Penerangan...

final3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Simpang Renggam tidak beri jalan. Yang Berhormat duduklah ya.

final3:40 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

...Komunikasi dan Kebudayaan dan juga SKMM supaya menyenaraihitamkan laman web ini iaitu petitions.whitehouse.gov

final3:40 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak payah bising.

final3:40 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Jangan kita memberi peluang...

final3:40 PM

Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur

Hendak minta penjelasan.

final3:40 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

...kepada pihak luar negara untuk menghuru-harakan negara kita.

final3:40 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final3:40 PM

Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur

Ya, boleh minta penjelasan?

final3:40 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

...Jangan beri satu peluang pun kepada rakyat kita untuk...

final3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Simpang Renggam tidak beri jalan Yang Berhormat, duduk.

final3:40 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Tidak apalah saya habiskan.

Nanti sampai floor Yang Berhormat, berbahaslah. Jadi Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya berharap kerajaan mengambil serius terhadap perkara ini...

final3:40 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Minta penjelasan...

final3:40 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

...Dan jangan bagi sedikit ruang dan juga peluang kepada...

final3:40 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Kerajaan suruh you diamlah.

final3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, ada tiga orang bangun. Hendak beri jalan Yang Berhormat?

final3:40 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

...Pihak lain untuk campur tangan.

final3:40 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Celahan Yang Berhormat Simpang Renggam. Takkan Gerakan tidak berani kot.

final3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Let me do the job Yang Berhormat. Hendak beri jalan Yang Berhormat?

final3:40 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Tidak.

final3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak beri jalan, duduklah ya.

final3:40 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak beri, duduklah ya.

final3:40 PM

Seorang Ahli

Nanti... yang dipotong.

final3:40 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua, saya beralih tajuklah, okey. Setelah berlaku...

final3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Dengar sahajalah, duduk sahajalah dengar.

final3:40 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Setelah berlaku penurunan dalam harga minyak di pasaran dunia...

final3:40 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak payah gaduh.

final3:40 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

...Kerajaan telah mengambil keputusan untuk mengurangkan beban kos.

final3:40 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Tuan Yang di-Pertua, Standing Order 36(12).

final3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Apakah isunya Yang Berhormat?

final3:40 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Ucapan Yang Berhormat Simpang Renggam tadi tidak memberi maklumat yang tepat kerana tidak menyebut sebenarnya White House telah membuang 60,000 lebih daripada petisyen yang dimulakan oleh UMNO kerana yang itu menggunakan cyber trooper, yang itu tidak disebut.

[Disampuk] Jadi itu mengelirukan Dewan.

final3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ini abusing. Yang Berhormat Pandan, jangan salah guna standing order. Pada saya...

final3:40 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Itu misleading.

final3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

...Saya mendengar dengan teliti ucapan Yang Berhormat Simpang Renggam, tidak ada isu untuk merujuk dia ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

final3:40 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Saya tidak suruh rujuk. Saya suruh cerita sebenar.

final3:40 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua.

final3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

36(12) rujuk dia pergi kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

final3:40 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Ucapan Yang Berhormat, saya harap dimasukkan dalam ucapan saya dan saya mohon kementerian beri penjelasan.

final3:40 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Dia mengaku untuk rekod dia, cyber trooper UMNO...

final3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak payah salah guna standing order Yang Berhormat.

final3:40 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua, setelah berlaku penurunan harga minyak di pasaran dunia, kerajaan telah mengambil keputusan untuk mengurangkan beban kos harian masyarakat terutamanya harga barangan dengan pengumuman penurunan tarif elektrik mulai 1 Mac. Kenyataan rasmi oleh Tenaga Nasional Berhad mengatakan pengurangan tarif sebanyak 2.25 sen per jam kilowatt berdasarkan semakan pelepasan kos bahan api dan penjanaan. Bermula 1 Mac sehingga 30 Jun 2015, tarif baru tersebut akan berkurangan daripada 38.53 sen kepada 36.28 sen. Sementara itu di Sabah dan Labuan, penurunan tarif tersebut adalah sebanyak 1.20 sen per kilowatt hour. Langkah tersebut adalah responsive dan memberikan manfaat kepada pengguna yang menggunakan melebihi 300 kilowatt hour sebulan. Walau bagaimanapun, saya juga ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya mengembangkan penggunaan tenaga solar sebagai sumber tenaga alternatif yang paling berpotensi di Malaysia. Program Bumbung Rumah Suria yang dilancarkan oleh Tenaga Nasional Berhad pada tahun 2013 merupakan program yang bervisi jauh dan amat berpotensi untuk mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga elektrik transitional. Mekanisme Tarif Galakan, Feed-in Tariff (FiT) yang ditadbir oleh pihak berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia memberi peluang kepada isi rumah untuk menjana pendapatan pasif selama 21 tahun.

Sementara itu, pelancaran skim pinjaman pemasangan panel fotovolta (PV) solar pada bulan Jun 2013 juga menggalakkan lebih ramai pemilik rumah memasang kemudahan penjana tenaga tersebut di bumbung. Pemasangan PV solar 4 kilowatt pada bumbung rumah bersaiz sederhana memerlukan kos sekitar RM40,000. Walau bagaimanapun, ia mampu membawa pulangan RM550 sebulan melalui tenaga yang dijana dan dijual balik kepada TNB. Saya percaya, kerajaan seharusnya membolehkan bangunan-bangunan awam kerajaan untuk mengambil bahagian dalam Program Bumbung Rumah Suria ini termasuk memberikan bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah kerajaan dan persendirian.

Langkah ini menggalakkan institusi kerajaan untuk mempelopori usaha mempromosikan penggunaan tenaga solar dan pada masa yang sama mengurangkan kos elektrik. Selain daripada pinjaman bank, saya mencadangkan kerajaan untuk memberikan bantuan dalam bentuk subsidi kepada pemohon individu dan juga komersial. Saya berharap langkah tersebut boleh mempopularkan lagi penggunaan tenaga solar dalam kalangan masyarakat dan mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga elektrik transitional. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan keganasan dan keselamatan negara. Isu Islamic State ialah isu yang terhangat yang mana terdapat warga Malaysia yang berjuang di Timur Tengah.

final3:40 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Di samping itu, saya juga difahamkan bahawa laporan The Star bertarikh 26 September 2014 melaporkan bahawa warga Malaysia dan Indonesia telah membentuk satu kumpulan bernama Katibah Nusantara Lid Daulah Islamiyyah. IS telah melakukan jenayah terhadap kemanusiaan dan saya menyokong penuh kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan mengecam perbuatan IS serta menyuruh semua pihak supaya melawan ekstremisme dengan mendukung kesederhanaan.

Saya menyeru kerajaan supaya memperketat lagi penguatkuasaan undang- undang. Selain daripada membentangkan POTA, juga untuk menyekat penyebaran pengaruh dan ideologi asing yang ekstrem di Malaysia. Saya ingin menekankan di sini bahawa usaha untuk menyekat pengaruh IS dan ideologi ekstrem daripada bertapak di Malaysia, banyak bergantung kepada penguatkuasaan oleh pihak berkuasa seperti SKMM, polis dan juga kastam yang mengawal pintu masuk negara di sempadan negara.

Langkah memperkenalkan undang-undang baru untuk mengatasi pencerobohan ideologi dan aktiviti ekstremis dan pengganas bukan satu-satunya langkah untuk menangani masalah tersebut. Saya berpendapat lebih bersifat perang saraf. Saya difahamkan bahawa sosial media memberikan cabaran yang besar kepada pihak polis dan SKMM untuk memantau dan menguatkuasakan undang-undang. Dengan itu saya turut menyeru kerjasama semua pihak termasuk organisasi bukan kerajaan dan media untuk turut sama berkongsi tanggungjawab untuk memantau kandungan sosial media dan melancarkan kempen, “Melawan ekstremisme dan pengganas IS”.

Menjelang Disember 2014, bilangan pejuang IS Malaysia telah meningkat kepada 50 orang dan pada November, seramai 39 orang telah dikenal pasti sebagai ahli IS.

Seramai 40 orang lagi telah ditahan. Kegiatan mereka jika tidak dibendung daripada awal akan menjadi satu ancaman yang sangat besar kepada negara atas pengalaman bertempur yang diperoleh.

Negara Barat sekarang sedang mengalami ancaman kumpulan pengganas apabila pengikut mereka melakukan serangan persendirian di Paris, Copenhagen, Sydney serta Quebec. Bagi membendung keganasan ini daripada sampai ke tanah air, kerajaan perlulah mengambil langkah yang sewajarnya. Namun begitu, di sini saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa aktiviti membendung ini tidak boleh bergantung kepada undang-undang semata-mata.

Tuan Yang di-Pertua, memandangkan negara kita sedang berdepan dengan kemungkinan pencerobohan ideologi atau fahaman asing yang ekstrem, ganas dan memecah belahkan. Apakah langkah atau tindakan response kerajaan terhadap ancaman tersebut? Kekejaman yang ditonjolkan oleh golongan ekstremis IS telah menimbulkan kemarahan dan kebimbangan masyarakat dunia, termasuk rakyat Malaysia.

Saya ingin menegaskan di sini bahawa fahaman ekstremisme radikal Islam bukan sahaja menjejaskan golongan Muslim tapi juga memberi kesan kepada kehidupan golongan bukan Muslim. Pengaruh IS didapati telah bertapak di Malaysia, malahan dalam arena sosial media di mana iklan atau mesej merekrut pemuda sebagai pejuang di konflik Syria telah dilaporkan muncul. Kebimbangan masyarakat atas penyebaran pengaruh IS di sosial media adalah amat realistik. Apakah tindakan yang selanjutnya pada kerajaan selain daripada pemantauan oleh polis dan SKMM?

Baru-baru ini kenyataan daripada Menteri Dalam Negeri yang mengatakan bahawa anggota IS mungkin menculik peniaga Cina di Malaysia sebagai mana yang dilaporkan di dalam media pada bulan Februari, boleh menimbulkan keresahan dan kesalah fahaman di kalangan masyarakat. Kebimbangan dan ketidaksenangan di kalangan komuniti Cina boleh membawa kepada kesalah fahaman dan prasangka yang serius terhadap golongan Muslim Malaysia.

Saya percaya kerajaan perlu memandang serius ke atas kecenderungan tersebut supaya tidak dibiarkan menjadi satu faktor pemisah sosial yang menjadi halangan kepada perpaduan negara. Islam fobia adalah sentimen asing yang tidak harus bertapak di Malaysia iaitu sebuah negara yang majoritinya terdiri daripada golongan Muslim.

Pengganas ekstrem di Syria dan Iraq adalah bukan Islam yang mencintai keamanan.

Golongan Muslim Malaysia tidak boleh disamakan dengan kumpulan Militan Ekstrem IS.

Saya ingin mengingatkan kepada semua golongan bukan Muslim, maka saya percaya kekurangan pemahaman dan prasangka boleh menimbulkan perpecahan masyarakat dan menjejaskan pembentukan sebuah bangsa Malaysia sebagai mana yang diaspirasikan. Kerajaan mestilah mengambil langkah untuk memupuk kesedaran dan pemahaman orang ramai bagi mengatasi jurang pemahaman dan pergaulan di antara golongan Muslim dan bukan Muslim.

Tuan Yang di-Pertua, ini berkenaan dengan UEC. Saya difahamkan bahawa keengganan kerajaan mengiktiraf peperiksaan UEC merupakan salah satu punca negara kita sedang mengalami masalah brain drain. Ini kerana lepasan UEC yang gagal mendapat tempat di universiti awam kita dan akan pergi ke negara lain seperti negara China atau Taiwan untuk meneruskan pendidikan mereka dan seterusnya akan menetap di sana. Ini adalah satu kerugian kepada negara kerana institusi pengajian tinggi seperti Cambridge dan Oxford telah menerimanya sebagai satu pemeriksaan kemasukan.

Mengikut Laporan Bank Dunia pada tahun 2011, kehadiran sosial serta prospek pekerjaan merupakan salah satu punca utama ramai rakyat Malaysia meninggalkan negara kita. Daripada mencari jalan menarik balik rakyat Malaysia yang sudah menetap di luar negara, saya rasa ia adalah lebih realistik jika kerajaan boleh mencari jalan untuk menghalang atau pun mengurangkan kadar migrasi yang semakin membimbangkan.

Mengikut Jabatan Statistik Negara, kadar migrasi bagi tempoh tahun 2010 dan tahun 2011 adalah sebanyak 2.5% iaitu sebanyak 711,600 orang. Satu peningkatan sebanyak 0.6% dari tahun sebelumnya dan 1.9% atau pun 530,400 orang. Tindakan Ketua Menteri Sarawak, Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Bin Haji Satem menyeru agar peperiksaan UEC ini diiktiraf adalah tindakan yang betul dan berpandangan jauh serta lebih murah dari segi mengekalkan bakat-bakat kita.

Kepentingan diri tidak boleh dijadikan penghalang kepada pembangunan dan kemajuan bangsa dan negara. Saya di sini dengan segala hormatnya menyeru agar Kerajaan Persekutuan mengiktiraf peperiksaan UEC demi kebaikan Malaysia bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Tuan Yang di-Pertua, tahun ini Malaysia mula memikul tanggungjawab besar sebagai Pengerusi ASEAN berikutan dengan Myanmar menamatkan peranannya sebagai Pengerusi ASEAN pada 31 Disember lalu. Pelantikan tersebut juga bermakna bahawa negara kita akan menjadi hos kepada pelancaran komuniti ASEAN yang bakal dilancarkan pada bulan November tahun ini.

Debat dan juga spekulasi hangat yang memfokuskan kepada pembentukan tiga tunggak utama iaitu pembinaan komuniti ekonomi ASEAN, komuniti politik keselamatan ASEAN dan komuniti sosial budaya ASEAN, telah mempersoalkan persediaan negara kita untuk menghadapi, malahan memimpin usaha integrasi serantau dalam aspek-aspek penting seperti ekonomi, keselamatan dan juga sosial budaya.

final3:50 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Komuniti ASEAN adalah hasil kerja keras lima tahun oleh 10 negara ASEAN untuk membentuk komuniti berteraskan rakyat dengan moto ‘Satu Wawasan, Satu Identiti, Satu Komuniti’. Justeru rakyat negara ASEAN wajar memahami konsep Komuniti ASEAN ini bagi memastikan matlamat merapatkan hubungan mesra antara negara anggota pertubuhan itu dapat dicapai dengan berkesan.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) **mempengerusikan Mesyuarat****] Walau bagaimanapun kesedaran dan pemahaman masyarakat Malaysia terhadap ASEAN merupakan antara yang terendah di kalangan negara-negara anggota. Keadaan tersebut memberikan tekanan dan cabaran yang besar kepada kerajaan untuk berusaha menampilkan kepimpinan sebagai Pengerusi ASEAN dan pada masa yang sama membolehkan negara kita menyertai Komuniti ASEAN tanpa konflik perundangan, kepentingan nasional, ekonomi dan sebagainya.

Saya difahamkan bahawa Ketua Pengarah ASEAN, Kementerian Luar Negeri, Datuk Muhammad Shahrul Ikram Yaakob menyatakan bahawa kerajaan sudah menubuhkan Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan untuk kepengerusian Malaysia dalam ASEAN 2015. Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia akan memastikan konsep ASEAN berteraskan rakyat akan menjadi realiti. Bagi mencapai matlamat tersebut rakyat Malaysia sewajarnya melengkapkan diri dengan pemahaman Komuniti ASEAN dan pada masa yang sama terus mengekalkan daya saing negara kita untuk menghadapi persekitaran persaingan yang lebih sengit. Adakah kerajaan menjalankan kajian ke atas impak yang berkemungkinan atas pelancaran Komuniti ASEAN dan apakah persediaan kerajaan setakat ini?

Saya berharap sebarang kajian dan persediaan yang dijalankan oleh kerajaan dapat dibentangkan dengan secara telus dan umum kepada orang ramai. Saya percaya media, masyarakat sivil, sektor swasta dan juga hal ehwal kerajaan akan mengalami perubahan yang signifikan yang mewajibkan kajian dan persediaan awal oleh kerajaan kita.

Walau bagaimanapun saya tetap optimistik dengan pelancaran Komuniti ASEAN dan berharap masa depan yang cerah untuk negara kita dan mendoakan kemajuan dan kestabilan serantau.

final4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Simpang Renggam, panjang lagi?

final4:00 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Sudah sampai masa ya?

final4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final4:00 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Okeylah.

[Disampuk] Dengan itu sekali Tuan Yang di-Pertua saya menjunjung kasih di atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

final4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila Yang Berhormat Gopeng.

final4:00 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut berbahas usul menjunjung kasih terhadap Titah Diraja. Tuan Yang di-Pertua, 20 hari lagi cukai barang dan perkhidmatan (GST) akan bermula. Kerajaan berjanji bahawa GST adalah satu sistem percukaian yang lebih efektif, efisien, telus, mesra peniaga dan berkemampuan menjana suatu hasil yang stabil.

Malangnya kalau kita lihat pelaksanaan setakat ini, timbul banyak isu dan masalah yang mengelirukan dan menyusahkan rakyat dan peniaga.

Kalau kita bandingkan dengan sistem GST di negara-negara luar, sistem GST di Malaysia adalah sistem yang paling rumit di dunia dengan jenis bekalan kadar sifar dan bekalan pengecualian yang panjang lebar dan sentiasa berubah. Contoh kalau kita lihat kepada apa yang diwartakan di bawah Warta Kerajaan Persekutuan pada 13 Oktober 2014, P.U.(A) 271, berkenaan dengan Perkhidmatan Perubatan dan Jadual Berkecuali. Jadual Kedua berkenaan dengan barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan.

Perkhidmatan jagaan kesihatan yang disediakan oleh kemudahan jagaan kesihatan swasta termasuk apa-apa perkhidmatan jagaan perubatan, pergigian, kejururawatan dan sebagainya sepatutnya dikecualikan GST. Malangnya mengikut arahan dari Jabatan Kastam, perkhidmatan doktor di hospital swasta yang merupakan seorang profesional jagaan kesihatan dikenakan GST kerana perkhidmatan tersebut dianggap sebagai business outsourcing, dengan izin. Ini pasti tidak munasabah dan tidak mengikut semangat warta sebelum ini.

Contoh kedua perkhidmatan farmasi seharusnya dikecualikan GST. Walaupun kerajaan telah senaraikan 4,200 jenis ubat yang dikecualikan GST, tetapi masih lagi 87% yang lain dikenakan GST. Kalau kita lihat senarai tersebut agak mengelirukan. Misalannya panadol/paracetamol 500mg dikecualikan GST, tetapi paracetamol 650mg dikenakan GST.

Kenapa tidak dikecualikan GST untuk semua ubat yang didaftar mengikut senarai dalam DCA (Drug Control Authority) di bawah Kementerian Kesihatan.

Contoh yang ketiga, kalau kita rujuk kepada Warta Kerajaan Persekutuan, 30 Jun 2014, P.U.(A) 183. Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Amaun Pembekalan Bercukai) 2014. Disebut amaun pembekalan bercukai bagi maksud pendaftaran di bawah subseksyen 21 akta adalah sebanyak RM500,000 setahun. Akan tetapi kalau kita lihat arahan dikeluarkan di mana semua syarikat di mana revenue ataupun pendapatan melebihi RM500,000 dipaksa untuk berdaftar mengikut data yang di bawah SSM.

Sebagai contoh saya hendak bagikan, sebuah syarikat di mana amaun pembekalan setahun adalah RM600,000 dan antara pembekalan tersebut, RM200,000 adalah pembekalan yang dikecualikan dan pembekalan yang bercukai sepatutnya cuma RM400,000. Adakah syarikat tersebut dipaksa untuk berdaftar di bawah GST? Kalau kita lihat keterangan berkenaan dengan beban kepada rakyat akibat GST juga bercanggah.

Sumber daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, dia kata berkenaan dengan peniaga-peniaga kecil. Dia kata “GST akan kurangkan kos perniagaan kerana di bawah SST sebelum ini peniaga tidak dapat menuntut sepenuhnya cukai yang dibayar ke atas input perniagaan. Namun melalui GST peniaga mendapat manfaat kerana boleh mendapatkan semula cukai input ke atas bahan mentah atau barangan dan perkhidmatan di setiap peringkat perniagaan. Kesimpulannya yang dibuat akhirnya kos perniagaan menjadi lebih rendah.” Ini mengikut Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Mengikut Kementerian Kewangan, kadar cukai GST kalau dibandingkan dengan SST untuk setiap rakyat setiap bulan. Untuk golongan miskin setiap rakyat setiap bulan di bawah GST bayar cukai RM12.37. Di bawah SST - RM13.57, jimat RM1.20. Untuk golongan berpendapatan rendah, GST cukai bayar RM45.10, kalau dibandingkan dengan SST - RM51.04. Untuk mereka yang berpendapatan pertengahan setiap bulan bayar di bawah GST – RM96.81 kalau dibandingkan dengan SST- RM110.75, jimat RM13.94.

final4:03 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Untuk golongan yang berpendapatan tinggi, setiap bulan bayar cukai di bawah GST RM197.58, di bawah SST RM225.70, jimat RM28.12. Jadi kalau kita lihat semua rakyat jimat, peniaga pun jimat, dari manakah hasil tambahan kerajaan itu? Adakah hasil tambahan yang dikatakan RM5.6 bilion itu jatuh dari langit? Jadi saya nasihatkan kepada Yang Berhormat di sebelah sana, jangan berulang angka yang salah sehingga sendiri percaya kepada penipuan rekaan sendiri. Don’t believe; stop believing on your own lies. Saya balik kepada Dasar Transformasi Sistem Perkhidmatan Kesihatan yang disebut semasa Titah Diraja. Kita lihat ini satu perancangan yang menjelang RMKe-11.

Kalau kita lihat kepada RMKe-10 dalam dokumen tersebut, disebut transformasi sistem penyampaian penjagaan kesihatan memerlukan penstrukturan semula sistem kesihatan kebangsaan yang melibatkan sektor awam dan sektor swasta dalam meningkatkan liputan untuk semua. Dokumen tersebut juga sebut memperkemaskan peranan pengawalseliaan dan penyediaan perkhidmatan, pengasingan fungsi dan pengawalseliaan dan penyampaian perkhidmatan yang lebih jelas yang mana Kementerian Kesihatan akan memberi tumpuan terutamanya kepada tadbir urus, pengawasan industri penjagaan kesihatan dan penguatkuasaan perundangan. RMKe-10 juga katakan nak mengkaji pilihan pembiayaan.

Saya harap dalam semangat transformasi dan reformasi perancangan kementerian untuk RMKe-11 dalam sistem perkhidmatan kesihatan bukan satu kesinambungan RMKe-10.

Saya harap dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ini, yang pertama tolak sebarang penswastaan. Stop privatization. Kedua, tolak modal 1Care 1Malaysia di mana integrasi hospital swasta dan hospital awam berlaku ketika kedua-dua pihak awam dan swasta tidak berada dalam level playing field, dengan izin, di mana daripada segi kemudahan, peralatan dan kemudahan pakar di mana kita lihat hospital awam agak kekurangan. Ketiga, tolak cukai insurans kesihatan untuk rakyat golongan miskin dan berpendapatan rendah dibebankan dengan kenaikan kos hidup akibat GST. Perancangan Kementerian Kesihatan harus menumpu kepada menjadikan sistem perkhidmatan kesihatan awam sebagai tunjang kepada sistem jagaan kesihatan keseluruhan. Ini kerana jelas paling cost effective. Cara terbaik untuk kurangkan...

final4:10 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

[Bangun]

final4:10 PM

Timbalan Yang di Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Pandan bangun. Yang Berhormat Pandan.

final4:10 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Yang Berhormat Pandan, silakan.

final4:10 PM

Timbalan Yang di Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya sila.

final4:10 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Terima kasih Yang Berhormat Gopeng, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon Yang Berhormat Gopeng memberi pandangan sebagai seorang pengamal perubatan dan doktor pakar mengenai kebimbangan keseluruhan rakyat terutamanya juga daripada general practitioners mengenai rancangan Kementerian Kesihatan sebahagian daripada transformasi kesihatan ini untuk memperkenalkan separate dispensing ataupun pemberian ubat yang berasingan.

Klinik tidak lagi dibenarkan untuk memberikan ubat dan ubat perlu dibeli dari farmasi kerana ini akan menambah lagi beban kepada pesakit-pesakit di samping daripada GST. Mohon penjelasan dan pendapat daripada Yang Berhormat Gopeng.

final4:10 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Terima kasih Yang Berhormat Pandan. Kalau kita lihat dasar tersebut pernah dicuba di Singapura dan gagal. Di negara-negara maju pun ada berikan dispensing right untuk doktor. Kalau kita lihat di Malaysia khususnya, kalau kawasan desa di mana dispensary tidak mencukupi, kalau kita nak laksanakan dasar tersebut akan merumitkan rakyat dan pasti kalau pengasingan ini berlaku, kos akan meningkat. Saya tolak 100% dasar tersebut dan saya pasti doktor yang berdaftar juga layak untuk dispense ubat tersebut. Yang Berhormat Pandan.

final4:10 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Tambahan, satu lagi celahan. Kalau begitu, bersetujukah Yang Berhormat Gopeng untuk mengetuai semua doktor yang ada daripada kalangan Ahli Dewan, baik daripada Pakatan dan Barisan Nasional untuk memulakan langkah dan kempen supaya kita hentikan langkah Kementerian Kesihatan ini sebelum rang undang-undang itu dibawa ke Parlimen? Kalau Yang Berhormat Gopeng bersetuju, saya yakin lebih ramai Ahli-ahli Dewan yang boleh membantu Yang Berhormat Gopeng dalam kempen tersebut.

final4:10 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Terima kasih Yang Berhormat Pandan. Kalau diberi kepercayaan dan mandat, saya bersedia.

Saya nak menumpu kepada perkara yang lain. Saya cadangkan supaya kementerian seharusnya tumpu kepada peningkatan penyampaian jagaan kesihatan premier, khususnya di kawasan luar bandar. Antara perkara lain yang harus ditumpukan adalah di mana semua hospital di kawasan desa khususnya hospital daerah, harusnya mempunyai kemudahan asas untuk menyampaikan mutu perkhidmatan yang munasabah.

Hospital besar tidak jadi masalah tetapi khususnya hospital seperti hospital di Gerik misalannya, hospital di Kapit, di Sri Aman, di Gua Musang dan sebagainya.

Jadi saya rasa untuk abad 21 dan untuk tahun 2020, kemudahan asas ini sepatutnya meliputi misalannya kemudahan untuk CT scan, untuk endoskopi, untuk memberi kemudahan caesarean section, appendectomy dan sebagainya dengan selamat.

Saya rasa kementerian juga harus menetapkan piawaian perkhidmatan yang diberikan sebagai garis panduan kepada jenis rawatan yang akan dibekalkan oleh kementerian khususnya untuk penyakit kronik dan terminal.

Kementerian harus memulakan satu kajian kos dan keberkesanan cost effectiveness, rawatan untuk kes-kes seperti rawatan kanser, rawatan coronary dan sebagainya dengan menggunakan kos hemodialisis sebagai standard. Sebagai contoh, heart transplant untuk seorang pesakit dengan kejayaan sekadar 50% hingga 75% memerlukan perbelanjaan ratusan ribu ringgi, sedangkan jumlah wang yang sama boleh digunakan untuk merawat 20 orang pesakit buah pinggang melalui hemodialisis selama setahun. Adakah kita ada prioriti yang betul? Persoalan kos ini untuk jenis rawatan lain seperti kanser, sakit coronary dan sebagainya harus dijawab melalui kaji selidik yang menyeluruh mengikuti situasi setempat di Malaysia dan tidak boleh guna pakai model dari Eropah mahupun Amerika Syarikat.

Kementerian harus juga menetapkan KPI untuk temu janji pakar, appointment untuk test seperti CT scan, MRI, ultrasound dan sebagainya dan appointment untuk supaya tidak terlalu lama. Walaupun saya pernah sebut di dalam Dewan ini berulang kali, tetapi saya masih mendapat aduan daripada pesakit di mana temu janji sampai enam bulan, lapan bulan pun ada untuk tengok pakar.

Jadi langkah-langkah yang saya cadangkan ini akan memberi gambaran sebenar keperluan kementerian daripada segi keperluan, sumber kewangan dan sumber tenaga untuk perancangan seterusnya. Pasti peruntukan akan meningkat tetapi believe me, dengan izin, total health care expenses, kos keseluruhan akan menurun apabila sistem penyampaian di perkhidmatan awam dipertingkatkan.

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat kepada sejarah sejak ada sistem mahkamah, sistem perbicaraan, kezaliman, kesilapan berlaku dalam sejarah. Kalau kita lihat misalannya ada kesalahan yang tidak sengaja berlaku dalam sistem mahkamah, ada yang disengajakan oleh sebab kepentingan politik ataupun kepentingan peribadi.

final4:10 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Misalannya Socrates, dalam tahun 399 BC, seorang ahli falsafah, dihukum mati dengan racun herba, racun hamlock, atas alasan meracuni minda anak muda. Akan tetapi, kebetulan beliau dihukum mati kerana sokong pihak politik golongan politik yang berlainan.

Joan of Arc, seorang wirawati Perancis semasa Perang England-Perancis dihukum mati kerana fahaman agama yang bercanggah dengan fahaman Kristian Ortodoks pada masa itu.

Semasa awal abad ke-19 di Amerika semasa zaman eksplorasi di Amerika, mahkamah ditubuhkan untuk selesaikan kes-kes jenayah dan kes-kes sivil. Mahkamah tersebut diadili oleh hakim-hakim di mana gaji mereka diberi, dibayar mengikut jumlah kes yang dikendalikan dan juga jumlah denda yang dikenakan kepada mereka yang dituduh.

Jadi, hakim-hakim tersebut akan mengabaikan prosedur dan lunas perundangan dan melompat daripada satu mahkamah ke satu mahkamah untuk selesaikan seberapa kes yang boleh dalam masa tersingkat. Inilah berasalnya apa yang dinamakan ‘Kangaroo Court’ untuk makluman Dewan.

final4:20 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Yang Berhormat Gopeng, sikit. Ini fasal kesalahan ya. Saya minta isu saya ini boleh tumpang dimasukkan dalam perbahasan Yang Berhormat Gopeng.

Isu ini adalah mengenai jual beli kereta terpakai. Saya telah terima lebih kurang 100 kes aduan daripada pemilik kereta di...

final4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ini Yang Berhormat Segambut, Yang Berhormat Gopeng baru cerita fasal ‘Kangaroo Court’ ini.

final4:20 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Ini kes serius, ya. Mereka jual kereta kepada satu...

final4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Saya baru hendak dengar dia kaitkan dengan kes apa tu.

final4:20 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Ya, ya, memang, memang. Ada ini kesalahan.

Company ini jual kereta kepada satu used car, nama dia AX Motor (M) Sdn Bhd yang dikatakan pengarah dia adalah sepasang suami isteri dengan title Dato’ Sri dan Datin Sri.

Mereka jual kereta kepada syarikat ini dengan janji syarikat ini akan sambung bayar, tetapi tiga bulan, setengah tahun sampai sekarang pun, kereta pun sudah hilang, tetapi tidak disambung bayar. Jadi pemilik kereta semua ini sangkut dan mereka telah buat laporan polis tetapi tiada tindakan atau laporan.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, majoriti bangsa adalah Melayu. Ya, saya pernah keluar surat khabar, keluar TV3 dan sebagainya, tetapi langsung tiada tindakan apa-apa dari pihak polis. Sampai semalam, maklum balas dari Bukit Aman, Jenayah Commissioner, saya minta mereka siasat, mereka menjawab saya, “Ini adalah kes sivil”.

Jadi saya minta isu ini ditumpang dalam perbahasan Yang Berhormat Gopeng. Ya, terima kasih.

final4:20 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Saya setujulah supaya Menteri berkenaan boleh jawab isu tersebut.

Kalau kita lihat kes-kes yang saya sebutkan di zaman yang lampau, saya hendak rujuk apa yang berlaku di Australia misalannya pada tahun 2008 di mana seorang lelaki bernama Farah Jama dituduh dan disabitkan kesalahan kerana rogol ke atas seorang wanita yang bogel dalam tandas. Hakim gunakan bukti DNA dalam kes tersebut dan beliau disabitkan kesalahan dan akhirnya apabila fakta itu dikeluar, kita tahu bahawa DNA yang digunakan itu adalah DNA yang tercemar dan beliau terpaksa duduk dalam penjara selama 15 bulan dan selepas itu dibebaskan apabila kebenaran itu dibuktikan.

Jadi dalam kes pengadilan Yang Berhormat Permatang Pauh, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, kita lihat pengadilan hakim yang menggunakan asas kepada saksi yang meragukan, bukti forensik yang salah, mengabaikan bukti konspirasi politik dan pasti melakukan satu kezaliman bukan setakat kepada Yang Berhormat Permatang Pauh dan keluarga beliau, tetapi satu tamparan kepada integriti sistem kehakiman negara.

Kalau kita lihat dalam social media, dalam internet, kita pasti boleh tahu bahawa dalam sejarah ada ratusan, kalau bukan ribuan kes miscarriage of justice, kesilapan sistem kehakiman yang dibuat bukan setakat di negara-negara dunia ketiga tetapi di negara- negara maju, di Amerika Syarikat, di Australia, di Eropah. Kita lihat walaupun kita menghormati sistem pemisahan kuasa, tetapi kalau kita lihat, kuasa eksekutif boleh disemak di mahkamah, kuasa eksekutif boleh disemak di Parlimen, kuasa Parlimen boleh disemak semasa pilihan raya umum. Kenapa kuasa mahkamah tidak boleh disemak?

Jadi seharusnya kita boleh semak kuasa mahkamah, keputusan mahkamah, sebab memang ada bukti di mana kesilapan pernah berlaku dan sudah berlaku. Dan apabila kesilapan yang berlaku ini, ini merupakan satu kezaliman kepada mereka yang salah tuduh dan juga merupakan satu tamparan terhadap integriti sistem kehakiman.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya akhir, saya ingin bangkitkan satu isu berkenaan dengan Orang Asli di kawasan Gopeng. Ini sebagai pengakhiran. Sewaktu lawatan kerja saya di Kampung Orang Asli Ulu Jelintoh, di mana saya dibawa masuk ke kampung tersebut dan ditunjuk dengan keadaan rumah-rumah Orang Asli di situ, terdapat sekurang-kurangnya 15 buah rumah di situ di mana rumah tersebut dalam keadaan yang daif dan berbahaya. Tiang, dinding semua sudah reput. Saya telah tulis surat kepada Menteri berkenaan dan juga JAKOA untuk dapat bantuan dan tindakan serta-merta. Saya masih tunggu maklum balas daripada kementerian tersebut dan saya harap Yang Berhormat Menteri akan meneliti perkara tersebut.

Jadi dengan ini saya mohon mencadang. Sekian.

final4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Limbang.

final4:20 PM

Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk bersama-sama membahas Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kerana mengizinkan saya untuk turut serta dalam ucapan ini. Bersama-sama kita melafazkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana masih diizinkan dengan rahmat-Nya dan kurnia-Nya kita dapat meneruskan perjuangan bersama-sama untuk menyuarakan dan memberi perhatian kepada suara rakyat di Dewan yang mulia ini.

Saya juga mengambil kesempatan ini ingin merakamkan rasa simpati kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden kehilangan pesawat MH370. Minggu lepas genap setahun insiden kehilangan pesawat dan nasib mereka yang terlibat masih tidak diketahui meskipun kerajaan kita telah pun dan sedang berusaha sehabis-habisnya dalam misi search and rescue ini. Di sini juga saya mengambil kesempatan, Tuan Yang di-Pertua, iaitu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri kerana telah berusaha begitu berhabis-habisan dalam menghulurkan bantuan semasa banjir besar yang melanda Limbang baru-baru ini. Banjir yang melanda Limbang ini adalah yang kedua terburuk selepas banjir yang terburuk melanda pada sekitar tahun 1962. Itu kata orang-orang tua lah yang masih ada lagi. Bencana ini juga yang sebenarnya bukanlah satu isu baru, bencana banjir ini, malahan pada tahun lepas pula berlaku banjir besar di negeri-negeri di Semenanjung ini.

final4:27 PM

Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang

Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk melihat iaitu mengesyorkan kepada kerajaan supaya dengan izin SOP, standard operation procedure yang berkaitan dengan bencana banjir ini dapat disemak semula, diperkemas dan diperbaiki ke tahap yang lebih baik. Bukan ertinya yang ada ini tidak baik tetapi dikemas kini lagi kerana apa yang kita lihat pada hari ini suasana sudah berubah. Cuaca dunia pun sudah berubah dan juga muka bumi kita pun sudah, landskap bumi kita pun, tadahan-tadahan kawasan tadahan air dah pun berubah pada masa ini. Jadi rasanya, pada masa ini juga dengan izin run-off pun sudah makin banyak.

Jadi rasanya banyak struktur perparitan-perparitan kita pada masa ini pun sudah tidak dapat lagi menampung sebenarnya jumlah air hujan yang turun sekarang ini yang mana boleh mengakibatkan kebanjiran di kawasan-kawasan perumahan, di pekan dan sebagainya. Kalau di Limbang, bukan itu sahaja dengan pemendapan Sungai Limbang itu sendiri di mana kualanya pun sudah sekarang ini sudah menjadi pulau. Maka daripada apa yang kita pelajari masa banjir yang lepas ini, air yang banjir ini lambat turun disebabkan kuala sungai belum tersumbat lagi tetapi sudah ada halangan. Jadi kita berharaplah dengan itu juga kepada Kementerian Alam Sekitar dapat menyegerakan untuk dengan izin, dredging kuala Sungai Limbang ini.

Jadi, ada satu perkara lagi yang saya hendak sentuh ialah tentang iaitu yang telah pun disentuh oleh Duli Tuanku iaitu transformasi sistem kesihatan ini dan negara kita. Saya menyambut baik saranan Yang di-Pertuan Agong dalam titah Baginda pada 9 hari bulan yang menyentuh berkenaan transformasi sistem kesihatan negara kita dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan yang lestari dan responsif terhadap keperluan kesihatan rakyat.

Perkhidmatan kesihatan kita ini yang sebenarnya kalau dibandingkan dengan banyak tempat juga di negara-negara yang sedang membangun ini kita jauh lebih baik dalam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti pada kadar yang berpatutan.

Akan tetapi tidak semua rakyat mampu untuk mendapatkan rawatan di pusat kesihatan milik swasta yang kita ketahui pastinya mengenakan caj yang mahal, yang berbayar. Menerusi peningkatan perkhidmatan penjagaan kesihatan dan facility kesihatan seperti yang dicadangkan pastinya ia membantu pembangunan kesihatan rakyat dalam mengekalkan kesihatan yang baik. Facility kesihatan yang lebih meluas memudahkan rakyat dalam mendapatkan perkhidmatan berkaitan kesihatan dengan lebih berkesan.

Namun begitu, kebanyakan penekanan kepada perkhidmatan kesihatan ini lebih fokus kepada kawasan bandar. Ini bagi kami di luar bandar, pekan-pekan kecil. Kami di kawasan luar bandar ini, pedalaman, pembangunan facility kesihatan ini tidak banyak dan agak terhad serta ada sesetengah kawasan yang sukar untuk diakses facility kesihatan ini yang selalu saya sebut di Dewan ini iaitu kawasan Long Napir. Saya berharap pihak kerajaan akan dapat mempercepatkan pembinaan klinik kesihatan di Long Napir, di kawasan pergunungan ini di mana bermulanya banjir yang besar di Limbang bermula di kawasan itulah dia.

Jadi saya terus kepada beberapa perkara yang pada masa ini kekurangan di Hospital Limbang. Sebelum itu saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang telah menyahut permohonan saya di Dewan ini. Sekarang ini di Limbang, di Hospital Limbang sudah ada specialist O&G, hanya yang seorang lagi iaitu yang bahagian Pediatrik ini telah pun berhenti dan kita berharap ianya dapat disegerakan, digantikan dengan cepat. Mesin- mesin seperti CT Scan dan juga x-ray yang baru semua sudah ada. Akan tetapi malangnya radiologist pula yang tidak ada. Jadi kita berharaplah kepada kerajaan untuk melihat perkara ini iaitu mungkin mewujudkan jawatan radiologist Limbang sebab ada satu perkara itu...

final4:30 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Boleh celah tidak? CT Scan.

final4:30 PM

Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang

Minta maaf ya, minta maaf. I have a lot of things. Yang ada sekarang ini CT Scan yang ada sekarang ini iaitu dengan x- ray apa itu semuanya dihantar ke Miri melalui tele dibaca diinterpret oleh radiologist yang ada di Miri. Saya mendapat maklumat kadang-kadang itu pun dia dengan kesibukan dia di Hospital Miri, maka kadang-kadang interpretasi ataupun melihat imej yang dihantar di Limbang ini agak lambat sedikit walaupun mesin-mesinnya sudah canggih.

Satu lagi ialah tentang yang belum ada di Limbang pada masa ini iaitu *ultrasound.

Ultrasound* pada masa ini, rakyat di Limbang kena bayar RM400 ke RM500 untuk mendapatkan daripada swasta, di Limbang. Kalau dihantar ke Miri pun mereka kena suruh pergi yang swasta juga, kena bayar juga RM400 ke RM500.

Jadi saya minta, dahulu pun sudah pernah saya suarakan iaitu kepada kerajaan untuk menimbangkan perkara ini iaitu di mana kalaulah patient itu, pesakit itu adalah diarahkan oleh hospital untuk mendapatkannya, apalah kiranya kerajaan bermurah hati, kerajaanlah yang bayarkan RM400 ke RM500 itu sebab itu adalah keperluan untuk mereka mendiagnosis, buat diagnosis juga kepada pesakit ini kalaulah ia betul-betul diperlukan.

Itu permintaan saya supaya melihat perkara ini kalaulah itu ianya adalah arahan daripada doktor untuk melihat buat ultra sound, maka saya mintalah kepada kerajaan untuk kerajaanlah mengeluarkan pembayarannya kepada mereka. Kesian orang-orang kampung tidak mampu. Kadang-kadang ada pula yang main politik. Yang sebenarnya ini RM1,000 ini, saya bagi you diskaun RM500. Padahal memang harga RM500 pun. Ambil peluang juga.

Betul! Tetapi tak apalah, janji orang kampung tidak kira, janji sihat, alhamdulillah. Orang hendak main politik atau apa pun hendak ambil kesempatan, tidak kiralah. Jadi ini saya minta betul-betul ini.

Satu lagi ialah tentang hemodialisis di Limbang pada masa ini, kes-kes yang dirawat di pusat hemodialisis di Hospital Limbang adalah 42 orang, yang menunggu pun sudah ada 30 orang lagi. Ada kes baru lagi, new cases per year dengan izin, lapan orang dan yang kita perlukan di Limbang pada masa ini ialah untuk membuat extension kepada bangunan HDU ini. Jadi, kita berharap Kementerian Kesihatan akan melihat perkara ini untuk membesarkan lagi bangunan untuk HDU ini.

Oleh sebab saya minta semua ini sebab keadaan Limbang inilah ya. Kita ini, dikepit oleh negara jiran. Bukannya seperti tempat lain. Saya sudah kerap kali katakan, daerah Limbang ini tidak ada genap duanya di Malaysia ini di mana you satu pulau di antara dua daerah negara asing. Tempat lain mana timbul masalah ini? Jadi kita tak bolehlah hendak sama-samakan macam tempat lain. Kalau belum pandai baca peta, pergi tengok peta itu, mana Limbang? Memang kena kepit.

Jadi apa-apa pun pergerakan kita, semuanya. Itu pun alhamdulillah sebab antara hubungan baik antara kerajaan negara kita dengan negara Brunei Darussalam. Kalau sudah tengah malam, bomba ataupun ambulans, dua pagi pun sudah buka di sempadan sekarang, alhamdulillah. Kalau ada kes-kes emergency tersebut, kalau kena pergi ke Miri.

Saya juga ingin menyentuh sedikit tentang ancaman Islamic State ini. Jadi kita mengharaplah dan meminta kepada rakyat kita, supaya khususnya generasi muda janganlah terpengaruh dengan penyelewengan-penyelewengan yang diuar-uarkan oleh IS ini bahawa berjuang di sana itu adalah satu jihad. Jadi kita berharaplah jangan terpengaruh dan kita minta kepada semua pihak untuk bersama-sama menjaga pewaris negara kita ini, anak-anak generasi yang akan mewarisi yang akan mengganti kita di dalam Dewan ini masa depan nanti.

Seperkara lagi yang saya ingin hendak sentuh ialah mungkin saya agak cerita ini cerita lama tetapi dibangkitkan semula kepada saya iaitu berkenaan dengan masalah lalu lintas, melintasi negara jiran kita, negara asing sempadan kita. Dua hari lepas, saya terbaca dalam newspaper, Brunei Darussalam, easiness prisoners’ transfers. Ini adalah dengan izin, saya baca sedikit ya Tuan Yang di-Pertua. “Brunei has agreed to ease prisoners’ transfers passing through this country to its country and smoothen immigration procedures for easier passport stamping from Malaysian tourist. Home Minister Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi said, the addition into the new policy was conveyed by Brunei High Commissioner, Datuk Paduka who made a courtesy call on the Minister.”

final4:30 PM

Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang

Jadi saya yang sebenarnya, kalau boleh perkara ini dipanjangkan. Kita bukan hanya tentang - itu prisoners ini saya tahu. Sebenarnya minggu lepas ada hampir 100 lebih orang banduan dari Sabah dipindahkan ke penjara di Limbang, saya tahu itu. Sebab banyak orang KDN di Limbang. They told me what is going on. Jadi saya, perkara yang dari dulu ditimbulkan ialah tentang pegawai-pegawai kerajaan. Saya sendiri pun pegawai kerajaan dulu. Bila kita hendak, there is only two ways to get out of Limbang, naik kapal terbang ataupun pakai jalan darat. Kita kena pergi ke Miri, terbang, Kuching, Kuala Lumpur, mana-mana. Jadi sekarang ialah kerisauan pada penjawat awam yang mana saya risau, saya pun juga merasa yang sama iaitu tentang keselamatan mereka bila melalui negara asing. Bagi sayalah, kami orang Limbang, buka mata saja sudah, kami sudah tahu kami dikepit oleh orang asing, negara asing. Jadi hendak keluar kiri kanan, semuanya negara orang.

Akan tetapi alhamdulillah, perhubungan memang baik, kita hormati kedaulatan undang-undang dan apa juga peraturan dalam negara tersebut. Jadi saya ingin hendak bawa iaitu pada masa ini, ada dua orang rakyat Limbang. Seorang sudah meninggal di negara tersebut, seorang dalam perjalanan hendak ke Miri, jatuh sakit kena masuk hospital di negara tersebut. Akan tetapi hendak keluar bawa balik ke Limbang - memanglah kita pun kalau rakyat asing negara kita mendapat rawatan, kena bayar juga. Sana pun sama juga kena bayar. Akan tetapi duit dia dua kali gandalah daripada kita. Jadi, hendak bawa jenazah balik pun salah sebab kena bayar juga. Jadi kenalah ada kolateral. Saya tidak mahulah details apa kolateral tersebut.

Jadi masalah ini dan seorang lagi pada masa ini masih lagi, dua bulan lebih ya sebab dia sakit di Limbang, dihantar ke hospital Miri, sakit, sudah sihat. On the way back, kena serang penyakit balik dan masuk di hospital juga. Sudah dua bulan. Berapa belas ribu kena bayar hari ini. Hendak balik tidak boleh sebab kena bayar dulu. Jadi saya mintalah kepada Kementerian Luar Negeri untuk melihat perkara ini. Bukan kita hendak membanding, tetapi ini rungutan rakyat iaitu kalaupun rakyat kita ada masalah di England pun kita peduli, di New Zealand pun kita peduli, yang masalah di Switzerland orang pukul anak pun kita peduli. Ini, negara jiran, itu pun negara asing juga. Kenalah take care about Malaysian Citizen yang di sana walaupun pada kita sana melintas itu perkara mudah. Akan tetapi ini kena jagalah, kena jaga kebajikan mereka. Saya tahu mereka sudah pergi jumpa kita punya di Brunei, saya tahu. Mintalah, bagaimana cari jalan untuk menyelesaikan supaya dapat bawa balik jenazah tetapi jenazah ini sudah balik dengan kolateral. Saya tahu ceritanya. Ini yang sakit masih ada dua bulan sudah di Brunei pada masa ini. Mana hendak cari duit semua.

Jadi saya mintalah kita melihat perkara ini. Mungkin perkara ini tidak ada apa-apa.

Small matter for all Malaysian yang bukan dari Limbang. Akan tetapi bagi kami di sana, perkara ini adalah - memang kita tahulah kes-kes kemalangan, accident jalan raya ini bukan malang tidak berbau, bukannya hari-hari pun. Bukannya kita minta hari-hari, bukan kita minta selalu pun. Akan tetapi yang begini ini, saya minta beri perhatian supaya kalau ada apa masalah. Saya tahu bukan hanya rakyat Limbang, orang Sabah pun sama juga, melintas situ juga. Orang dari Kuching pun sana melintas juga. Kalau sudah hendak jadi, sudah ditakdirkan ada kemalangan atau apa-apa masalah, hendak buat macam mana.

Kenalah bring to the nearest hospital dulu dalam negara tersebut dan as an outsider, kena ikutlah peraturan.

Akan tetapi, mana fungsi kita punya wakil di sana. Kita mintalah melihat perkara ini. I am not complaining tetapi minta belas ihsan Kementerian Luar Negeri untuk memastikan perkara ini dilihat sebab tempat lain orang tidak hari-hari pergi England, tidak hari-hari pergi Switzerland, pergi Sweden, tidak hari-hari pergi New Zealand. Akan tetapi orang Malaysia kita di Limbang ini, Limbang-Brunei itu pasport lima tahun 2 minggu habis.

Bayangkanlah pergerakan kita. Pasport lima tahun tetapi dua minggu sudah habis sudah.

Itulah kekerapannya.

Walau bagaimanapun, still kita kena hormati juga, kita melintasi negara asing dan kita terus terang - I make a point here, kita memang menghormati kedaulatan negara jiran kita. I am not trying to say anything. Itu hak mereka tetapi kita kena fikirkan rakyat kita yang melintas di sana. Sudah jadi - ialah macam dari sini pergi Bangsar, itulah kita berjalan sini ruang masuk itu, tidak boleh elak punya. Jadi itu permintaan saya.

Keduanya lagi ialah tentang pegawai-pegawai kerajaan. Pada masa ini saya tahu, seorang cikgu hantar isteri sakit ke Miri. Accident, kereta kena langgar tetapi persoalannya bagaimana dia as a government servant di negara asing. Kalau ikut kita punya SOP, SOP inilah saya difahamkan. Di sini saya ada, mereka mestilah mendapat kebenaran. Jadi mungkinlah ini saranan, permohonan daripada pegawai-pegawai penjawat awam negeri dan persekutuan di Limbang, kalaulah sekiranya dalam hal ini pegawai memohon, mungkin ini Kementerian Pendidikan kena lihatlah. Kami memohon jasa baik Yang Berhormat untuk memanjangkan perkara ini kepada pihak atasan dengan kadar yang segera iaitu kalau dapatlah memperturunkan standard operating procedure khas iaitu menurunkan kuasa kepada pegawai-pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri ataupun Pejabat Pendidikan Daerah atau mana-mana jabatan-jabatan lain untuk meluluskan permohonan perlindungan ke luar negara melintasi sempadan secara khas. Itu memang betul.

Sebab dulu Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong...

final4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Sungai Petani bangun.

final4:40 PM

Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang

Minta maaf, minta maaf. Sorry Sir. Banyak lagi point. Tidak apa, tidak apa.

final4:40 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Saya hendak beri cadangan, di Kedah kita masuk Thailand. Kita tidak payah pakai pasport Tuan Yang di-Pertua. Boleh saya beri pandangan?

final4:40 PM

Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang

Tidak perlu. Nanti dalam speech you boleh tanya. Banyak lagi.

final4:40 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Tidak, hendak bagi cadangan.

final4:40 PM

Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang

Terima kasih.

final4:40 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Oh! Tidak mahu dengar, okey.

final4:40 PM

Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang

Terima kasih. Dengar, dengar.

Terima kasih.

final4:40 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Oh! Terima kasih.

final4:40 PM

Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang

Jadi yang masalahnya sekarang ialah apabila kita keluar masuk ini, ia one way ya. Yours is one way Yang Berhormat Sungai Petani. Minta maaflah, kita ini kiri kanan.

[Ketawa] Jadi, sudah hilang pula apa hendak cakap tadi.

Jadi kita minta, macam cikgu sekarang, macam mana kedudukan mereka? Sebab dulu kita sudah ada bas sekolah. Kita ada bas sekolah disediakan di Limbang untuk bawa anak-anak murid keluar Limbang melalui negara asing sebab ada aktiviti di luar. Ini di seluruh negeri dan macam mana. Macam mana keselamatan mereka? Apakah mereka, perlindungan bagi mereka kalaulah terjadi apa-apa? Jadi saya minta pencerahanlah dalam hal ini, sejauh mana jaminan yang dapat diberikan untuk keselamatan mereka, perlindungan mereka sekiranya takdir yang - ialah takdir terjadi kepada mereka di sana, apakah yang terjadi, begitu, begini, accident kah apa dan sebagainya? Ini perkara kehidupan kita hari-hari, hakikatnya. Jadi saya mintalah supaya perkara ini dilihat, mungkin seperti dipanjangkan perlindungan semasa melintasi negara sempadan dan negara jiran kita. Semua perkara ini saya mohonlah kepada kerajaan untuk dilihat.

Penghabisan sekali saya ingin hendak menyentuh tentang pembangunan di luar bandar. Saya mengucapkan terima kasih juga kepada kerajaan selama ini bahawasanya ada lagi beberapa perkara yang saya selalu sebut di Dewan ini, jalan raya luar bandar seperti Jalan Telahak, Jalan Meritam, Jalan Bung Abai, fasa tiga, fasa empat. Saya hendak tanyalah, bilalah hendak siapnya? Bila projek ini hendak selesai? Start dari penggal lepas sudah belum siap-siap lagi sampai hari ini. Jadi saya mintalah mana-mana yang diberi penguatkuasaan untuk ambil tindakankah. Saya dengar ada re-tender dibuat, ada yang sepatutnya hendak siap bulan April ini, ada fasa satu, fasa yang ke berapa pula itu. Akan tetapi saya tengok sebuah ‘kobe’ saja di situ. Macam mana hendak siap bulan April. Jadi saya kalau boleh - kadang-kadang, kita kena tengok-tengok jugalah siapa yang berjaya mendapat kontrak untuk membuat jalan dan sebagainya. Yang award, yang kita award ini kena lihatlah.

final4:40 PM

Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang

Saya rasa mungkin cerita Limbang ini pun bukan Limbang sahajalah. Jadi, kita mintalah, sebab bukan apa, tujuan kita supaya rakyat dapat menikmatinya. Apa yang kita rancang semua ini untuk keselesaan rakyat jelata. Jadi, kira berharaplah semua perkara ini seperti yang dalam saya sebut tadilah, di Limbang ini dipercepatkan dan juga SK Tanjung dari 2009. Terus terang dari 2009 sehingga hari ini, belum nampak bayang lagi tetapi bunyinya banyak, tengah hendak buat ini, buat itu, buat ini.

Akan tetapi kita mintalah, rakyat tengok bila hendak berdiri Yang Berhormat sekolah ini? Banjir selepas ini, naya lagi. Tidak lama sekolah itu dia sekolah bertiang, kalau sekali banjir, jadi banglo sekolah itu, atas tanah semua itu. Oleh sebab setiap kali banjir naik 2 kaki tanah, tiang pun sudah semakin rendah sekarang. The next flood will be a bungalow already. Duduk atas tanah sekolah-sekolah ini. Jadi, kita mintalah ia cepat- cepatlah dibangunkan di tempat yang baru.

Jadi, saya rasa itu sahaja apa yang ingin saya hendak sampaikan dalam perbahasan Menjunjung Titah Duli Tuanku ini. Saya dengan ini memohon menjunjung kasih Titah Duli Tuanku Yang di-Pertuan Agong. Sekian, terima kasih.

final4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, terima kasih Yang Berhormat Limbang. Yang Berhormat Sepang, biar sedap didengar ya, Yang Berhormat Sepang petang ini.

final4:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua yang telah membenarkan untuk saya membahaskan untuk Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya akan cuba memfokuskan beberapa isu.

Pertamanya, kalau saya lihat kepada titah ucapan ini yang kita tahu ia adalah satu, dengan izin, policy speech of the government of the day. Saya rasa sepatutnyalah pihak kerajaan seharusnya bersikap telus dalam menyediakan ucapan ini. Saya baca berulang- ulang kali, tidak ada satu pun perkataan 1MDB dalam ucapan policy speech ini. Seolah- olah, dengan izin, ia non-event, satu benda yang tidak berlaku. Paling kurang, ucapan ini menyatakan versi kerajaan tentang isu 1MDB ini supaya kita hendak tahu juga, apa dia pendirian kerajaan berkaitan dengan 1MDB ini.

Akan tetapi oleh kerana isu 1MDB telah dibahaskan secara panjang oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, saya akan lebih menyentuh kepada isu yang melibatkan Yang Berhormat Permatang Pauh. Oleh sebab saya rasa ini adalah satu isu yang penting.

Ini kerana selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan yang kita tahu keputusannya ialah mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan dan telah memenjarakan Yang Berhormat Permatang Pauh.

Pada dasarnya memanglah saya sendiri sebagai peguam merasa pelik dengan keputusan tersebut tetapi sebagai peguam saya juga menghormati keputusan mahkamah ini. Cumanya saya rasa yang ini pihak kerajaan seharusnya perlu menjawab. Saya merasa pelik apabila Menteri daripada Batang Sadong menyatakan bahawa sebenarnya kerajaan yang mengarahkan Tan Sri Shafee untuk buat road show tentang keputusan tersebut.

Tidak pernahlah saya rasa dan ini telah pun diakui oleh bekas Peguam Negara yang menyatakan bahawa unprecedented seorang peguam yang diberikan fiat, diberikan kuasa sebagai pendakwa, dakwa kes selepas itu buat road show pula. Yang lebih membingungkan semua rakyat adalah dalam keadaan dia menang kes, dia pula dia terpaksa terangkan, memberikan penjelasan.

Apa yang lebih malang lagi, apabila beliau memberi penjelasan itu saya sempat dengar beberapa ucapan beliau. Saya dapati beliau tidak amanah dari segi memberi penjelasan. Sebagai contoh, beliau menceritakan kenyataan Saiful sebagai pengadu dalam kes ini, keterangan Saiful semasa didengar, orang putih kata in camera iaitu secara tertutup. Hanya peguam bela, pendakwa raya, kakitangan mahkamah, jurubahasa mahkamah dan hakim.

Ketika itu Tan Sri Shafee tidak ada dalam mahkamah, but he was not a lawyer at that time or the prosecutor. I was in the court. In fact, semasa Saiful bagi keterangan, saya ada dalam bilik mahkamah yang didengar secara in camera itu. Ketika itu saya masih lagi dalam pasukan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apabila beliau memberi keterangan itu, yang hadir saya tahu kebanyakan adalah orang-orang UMNO, dia hanya menceritakan versi Saiful semasa disoal oleh pendakwa sahaja.

Maknanya, dia hanya menceritakan pemeriksaan utama sahaja. Kita tahu dalam mahkamah ini ada pemeriksaan utama, ada cross examination, pemeriksaan balas, dan juga pemeriksaan semula. Langsung dia tidak ceritakan apa yang Saiful beri keterangan semasa disoal balas oleh peguam mendiang Karpal Singh. Kita tidak menceritakan apa yang berlaku dalam in camera itu kerana kita menghormati arahan mahkamah. Oleh sebab itulah evidence in camera ini tidak boleh dilaporkan dalam akhbar.

Tiba-tiba peguam yang senior ini, peguam yang pemurah hati, bayar RM1,000 sahaja. Saya hendak buat surveylah, saya rasa kalau kita buat survey, siapa yang percaya Tan Sri Shafee ini dibayar RM1,000, angkat tangan. Saya rasa orang tidak angkat tangan tetapi orang tunjuk tapak kaki. Orang tidak akan percaya. Anyway, RM1,000! Kalau betul bayar RM1,000, kenapa sebelum ini takut hendak jawab? Alasan Akta Rahsia Rasmi inilah, itulah, inilah, ini rahsia, tiba-tiba sekarang RM1,000.

Hari itu tidak hendak cakap. Mula-mula isu ini dibangkitkan, kita kata berapa jumlah dibayar? Saya bercakap, ramai Ahli Parlimen bercakap, kita tidak boleh dedahkan, ini rahsia rasmi. Kalau kamu bayar RM1,000, apa yang kamu takut hendak dedahkan?

Sekarang bila kamu dedahkan, jangan haraplah orang hendak percaya. Betul tidak? Tidak ada orang akan percaya. Oleh sebab itulah Yang Berhormat Menteri, cukuplah, tidak payahlah terlampau sangat hendak bela benda yang macam ini.

Kedua, beliau juga menyatakan, saya tengok dalam laporan, Menteri ini mengatakan tidak ada orang yang berani mencabar dan tidak ada orang berani terima cabaran berdebat dengan Tan Sri Shafee. Saya tidak tahulah, mungkin dia tidak baca surat khabar. Saya berkali-kali berkata saya bersedia berdebat. Saya bersedia berdebat sebab saya terima cabaran debat, bukan saya hendak berdebat. Saya terima cabaran debat.

Ketiganya, saya hendak nyatakan kenapa dalam road show itu dia menceritakan keterangan yang tidak ada dalam mahkamah. Masih lagi tidak dilaporkan. Ada evidence yang tidak- was never presented in court, tiba-tiba dia bercakap. Saya malulah hendak cakap, benda itu terlalu private. Kita rasa tidak sewajarnya hendak dedahkan di sini.

Dia kata, apabila wartawan MalaysiaKini itu tanya dia, dia kata dengan sombongnya, “Kamu baca alasan penghakiman Mahkamah Tinggi, kamu akan lihat apa yang saya cakap ini bukan bohong”. Apabila wartawan MalaysiaKini, saudara Hafiz quoted the judgement of the court dari Mahkamah Tinggi, tunjukkan mana yang kamu kata evidence yang ada dalam mahkamah itu yang katanya ada ialah saya pun malu hendak cakap. Tengok, tidak ada.

Maknanya, bagaimanakah beliau sebagai peguam senior, langgar peraturan mahkamah, in camera evidence you disclosed. Profesor DS Nijar, seorang profesor undang-undang, seorang practitioner yang lama, peguam tersohor. Lama practice di Johor Bahru. Semasa saya practice di Johor Bahru, saya kenal beliau. Ramai orang buat ini, beliau mendedahkan, sepatutnya dia diambil tindakan menghina mahkamah, langgar.

Akan tetapi apa yang saya terangkan di sini ialah bahawa kenapa dia sanggup sampai ke level begitu.

final4:51 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Kalau betul kamu sudah menang kes kamu tidak perlu jawab keputusan mahkamah, the ground of the judgement akan terpapar dan orang akan boleh melihat, kamu tidak perlu menerangkan. Ini bermakna roadshow yang kamu buat, kamu yakin, kamu tahu bahawa rakyat tidak boleh terima keputusan mahkamah itu. Itu sebab kamu terpaksa terangkan. Lebih malang lagi dalam kamu menerangkan itu kamu langsung tidak perhatikan perundangan Islam, adab-adab dalam perundangan Islam, adab-adab dalam Islam. Tuduh Datuk Seri Anwar bin Ibrahim ini Yang Berhormat Permatang Pauh homoseksual. Kata Yang Berhormat Pengerang semalam, “Oh! Apabila Tan Sri Shafie menerangkan sedikit- sedikit qazaf.” Ini bukan masalah sedikit-sedikit qazaf, ini hukum Al-Quran. Hukum Al-Quran ini hukum yang bukan kita yang buat, bukan saya, bukan Yang Berhormat Temerloh, bukan sesiapa.

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Ini bukan pegangan Islam. Dalam pegangan Islam dia kata ini hudud. Hudud ini makna Al-Qubah Mukabarah, tidak boleh kita ubah.

Kalau saya hendak bahas ini saya panjanglah. Maknanya kita jangan suka-suka buat sebab dalam hukum qazaf ini ada ulama kata ini adalah Hakullah, hak Allah. Oleh sebab itu kalau orang yang kena qazaf itu dia sendiri mengatakan saya ampunkan, pun tidak boleh, sebab maruah. Kata dalam ini kita hendak jaga maqasid syariah, hendak menjaga lima perkara, Addin – agama, nyawa, akal, keturunan dan juga harta. Kenapa kalau kamu kata maqasid syariah kalau kamu kata kamu hendak menjaga keturunan air muka. Ulama Al-Qarafi mengatakan termasuk bukan lima, enam termasuk air muka. Ulama kontemporari kata lebih daripada enam tentang maqasid syariah ini.

Kalau kamu bercakap menjaga air muka, kenapa kamu sendiri mengarahkan Dato’ Shafie membuat roadshow memalukan, menjatuhkan maruah orang. Ini maqasid apa ini?

Ini bukan maqasid. Maqasid syariah ini saya hendak quote apa dikatakan oleh Ibnu Al- Qayyim Al-Jauziyah, semasa kami belajar syariah dulu antara kita yang kita guna ialah kitab beliau. Ibnu Al-Qayyim seorang ulama besar, anak murid daripada Ibnu Taimiyyah. Buku kitab dia terlalu banyak. Antara Turuq Al-Hukumiah, I'laam ul Muwaqqi'een, banyak dan sebagainya.

Dia kata apa? Apa dia syariah ini. Saya hendak baca dalam bahasa Arab.

[Membaca dalam bahasa Arab] Hendak terjemahkah? Kalau UMNO tidak apa saya terjemahlah apa dia kata. Sesungguhnya syariah ini mabnaha (foundation) dia, asasnya adalah hikmah dan juga maslahah. Maslahah apa? Maslahah hamba-hamba Allah. Sama ada fialma’ash iaitu dalam kehidupan di dunia, walma’ad dan juga kehidupan di akhirat.

[Membaca dalam bahasa Arab] Syariat ini kalau kita kenakan syarat ialah keadilan keseluruhannya dan dia juga adalah rahmah (mercy) untuk semuanya. Dia juga adalah maslahah keseluruhannya. Dia juga hikmah keseluruhan, wisdom keseluruhannya. Setiap masalah yang keluar daripada keadilan kepada kezaliman, daripada rahmat kepada sebaliknya, daripada maslahah kepada kerosakan, daripada rahmat kepada benda main- main. Dia bukan syariat walaupun kita masukkan sebagai syariat. Kamu sebutlah 100 kali ini syariah, kalau ini kamu tidak perhatikan kalau dari segi tindakan kamu, kamu sia-siakan prinsip keadilan, tidak payahlah cakap fasal maqasid syariah. Ini sebab maqasid syariah ini mesti kita faham.

Oleh sebab itu kalau hendak cakap, minta maaf Yang Berhormat Pekan, hendak bercakap ini kita mesti menjiwai, we internalize benda itu baru kita – kalau kamu tidak internalize benda ini kamu cakap baca skrip. Kamu boleh cakap, boleh baca. Ini kena faham, kena belajar. Setakat hendak cukup kita maqasid syariah, maqasid syariah tetapi dalam kes yang melibatkan Yang Berhormat Permatang Pauh kita langgar segala prinsip maqasid syariah.

Bagaimanakah kita boleh kata kita adalah kerajaan yang peka terhadap maqasid syariah? Saya ingin menyatakan bahawa apa yang dibuat oleh Tan Sri Shafie ini terang- terang satu kesalahan. Lepas itu apabila Bar Council pertikai, Bar Council dedahkan kita marah dengan Bar Council. Kenapa kita hendak marah Bar Council sampai minta cadangan supaya buat lain. Mana ada dalam dunia ini badan yang menguruskan peguam ini kita tubuh dua, tiga badan, mana boleh.

Di England kah, di Amerika kah hatta di Zimbabwe pun di negeri-negeri yang tidak tahu pun dia tahu satu regulating body. Bar Council ini statutory body. Bar Council ini kita belajar undang-undang. Kalau kita belajar undang-undang kita mesti cakap benda yang benar. Kebetulan, kebetulan di Malaysia ini bila kita belajar undang-undang kita lihat yang langgar undang-undang banyak-banyak adalah kerajaan sebab itu Bar Council cakap begitu. Apabila Bar Council bercakap benda yang benar, semua rasa sudah marah.

When we talk about rules of law, justice. Ini benda memang kita belajar.

Bagaimanakah kita boleh mendiamkan diri? Ini bukan persoalan Bar Council ini sokong pembangkang. Kebetulan apa yang dikatakan itu sama apa yang pembangkang jelaskan.

Itu bukan bermakna Bar Council ialah badan pembangkang.

Saya ingin menyatakan bahawa, sebab itulah saya ingin menyatakan kepada Tan Sri Shafie tarik balik, be a man. Kamu telah buat kesilapan. Oleh sebab itu saya pun hairan kenapa beliau tidak mahu sangat hendak debat dengan saya. Saya tahu beliau peguam yang handal, saya tidak pernah menafikan ilmu beliau. Saya hormat dia punya ilmu dan juga pengalaman dia. Saya berdebat dengan tujuan berdebat itu bukan untuk hendak kata kita menang kalah. Ini sebab saya mahu supaya rakyat sebab itu saya minta secara langsung, supaya rakyat tahu apa yang dia buat itu tidak betul. Kenapa dedahkan maklumat yang tidak ada dalam evidence? Kenapa tuduh Datuk Seri Anwar bin Ibrahim homoseksual? Kemudian buat cerita Sokarno lah dan sebagainya. What is your intention? Kamu diberikan satu tugas iaitu senang. Buat rayuan, habis tugas itu kamu orang kata functus officio, kamu sudah tidak ada tugas lagi sudah. Tugas untuk roadshow ini kalau kamu hendak buat juga serahlah pada UMNO-UMNO ini. Biar kita berlawan di pentas politik. Kamu bukan seorang ahli politik. Tiba-tiba kalau kamu dan kerajaan pula benarkan itu, kerajaan pula yang legitimize benda itu. Ini betul-betul memalukan.

final5:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

[Bangun]

final5:00 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

[Bangun]

final5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya dua yang bangun, yang mana satu?

final5:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat Kapar.

final5:00 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Yang Berhormat Gopeng.

final5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya yang mana satu Yang Berhormat Sepang?

final5:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Saya bagi Yang Berhormat Kapar dahululah lepas ini you teruslah.

final5:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini hendak tanya penglibatan Datuk Sri Shafie Abdullah ini seperti untuk...

[Disampuk] Terima kasih, Tan Sri Shafie Abdullah ini, penglibatan beliau sebelum kes, semasa kes dan selepas kes. Tidak pernah ada seorang peguam ada penglibatan sebegini. Sebelum kes yang saya ingin Dewan yang mulia ini ketahui adalah semasa pengadu Saiful Bukhari pergi ke rumah Perdana Menteri, kewujudan Tan Sri Shafie Abdullah di dalam rumah ketika itu, beliau berada di dalam rumah itu. Sampai hari ini tidak ada penjelasan daripada Perdana Menteri tentang hakikat bahawa Tan Sri Shafie Abdullah ada ketika itu.

Kedua, dalam perjalanan kes. Ketiga, selepas kes buat roadshow dengan nilai RM1,000. Apa motif seorang peguam begini? Adakah dia berkelakuan sebagai seorang peguam ataupun ada vengeance di sebaliknya? Ada sesuatu yang tidak kena mengena.

Pendapat Yang Berhormat? Terima kasih.

final5:00 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Isu yang sama. Kalau kita lihat peranan beliau apabila menerima RM1,000 sebagai bayaran dalam kes tersebut. Ini sepatutnya menjadi satu bukti bahawa ada niat selain daripada bayaran tersebut. Selepas itu niat itu dibuktikan dengan adanya roadshow selepas kes perbicaraan.

Jadi penglibatan beliau membuktikan bahawa memang ada konspirasi politik dalam kes tersebut. Apa pandangan Sepang?

final5:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kapar dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Gopeng. Saya rasa kita tak nak menuduh, tetapi apa yang berlaku itu kita tidak boleh lari daripada persepsinya begitu. Seperti saya kata tadi, mula-mula kata tak nak beri jawapan berapa bayarannya, tiba-tiba RM1,000. Sudah tentu orang akan nampak, apa ini.

Keduanya tentang yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kapar tadi berkaitan dengan beliau ada di rumah. Sepatutnya daripada awal lagi kalau kamu seorang peguam yang berintegriti, kamu tahu kamu ini potential witness, sepatutnya perkara basic. When you are supposed to be potential witness, kamu tidak seharusnya terlibat dalam kes ini daripada awal lagi. Oleh sebab itu peguam-peguam Anwar membuat bantahan, membuat bantahan dalam ruang lingkup sebagai seorang peguam jenayah, memang kita akan buat perkara itu.

Akan tetapi kita pun merasa pelik, mahkamah masih benarkan juga beliau mewakili.

Macam mana seorang potential witness boleh menjadi peguam kepada peguam pendakwa dalam kes yang melibatkan beliau sebagai saksi. Sepatutnya perkara ini tidak berlaku dalam mana-mana negara bertamadun, tetapi ia berlaku dalam negara Malaysia.

Sepatutnya apabila kita sudah tahu begitu, okey selepas kamu sudah jalankan tugas kamu, dapat RM1,000 dan kamu pun dapat keputusan yang memihak kepada kamu, cukuplah. Pergi pula road show, tidak cukup dengan Kelana Jaya, pergi pula ke Penang. Selepas itu pula terangkan pula benda yang tambah menambah. Inilah yang saya sampai kata bekas Peguam Negara benda yang memang tidak boleh orang terima. Baik anggota badan peguam ataupun layman memang tidak boleh terima. Sebenarnya dari segi politik kita pun rasa ini menunjukkan bahawa benda ini memang ada sesuatu yang - Possibility itu bukan satu benda yang mustahil. Memang tindak tanduk itu boleh menyebabkan orang akan membuat tanggapan yang begitu.

Saya juga ingin menyatakan bahawa dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim ini, Yang Berhormat Permatang Pauh ini, kalau kita lihat memang boleh dikatakan dia hanya disabitkan berdasarkan keterangan DNA. Saya tidak tahulah, saya mungkin kalau untuk tujuan perdebatan ini saya hendak kemukakan ada dua buku yang ditulis oleh peguam senior. Satunya Chester Porter. Chester Porter ini, QC ini seorang peguam yang sudah meninggal di Australia. Bukunya ‘Walking On Water: A Life in the Law’ dan juga satu lagi buku ‘Defending the Guilty’ by Alex McBride.

Kedua-dua buku ini kalau kita baca, menceritakan bagaimana dalam kes-kes yang sex related, kes yang melibatkan jenayah seks, yang berkait dengan jenayah seks memang mudah untuk kita buat tuduhan dan memang sukar untuk orang yang kena tuduh ini untuk hendak disproof. Oleh sebab itu beliau kata dalam kes seperti ini mestilah extra question.

Apatah lagi dalam kes yang kita hendak gunakan DNA ini sebagai keterangan untuk sabitkan orang, hebat macam mana pun DNA ini, ia still circumstantial evident. Undang- undang apa circumstantial ini? Undang-undang kalau bahasa Arab dikatakan qarinah.

Akan tetapi oleh sebab itu dalam beginilah saya sebagai pengamal undang-undang, juga belajar undang-undang syariah kenapa dalam Islam dalam kes yang melibatkan seks ini ia memang tidak boleh terima DNA sebagai the sole undang-undang untuk dikenakan hudud. Bukan bermakna orang yang berzina tidak boleh kena hukum, boleh tetapi tidak boleh sabitkan hudud. Hudud is a serious offence, serious punishment, serious allegation.

Oleh sebab itulah Islam letak syarat yang paling ketat. Nampak memang impossible tetapi Islam, Allah tahu kalau kita mudah sangat, ramai orang. Dalam buku Chester Porter itu ada satu tajuk dia kata ‘Matters of Sex’. Ia menceritakan pengalamannya bagaimana memang mudah kita hendak implicate orang ini. Apatah lagi kalau kes yang melibatkan politik. DNA ini ia fragile, memang mudah rosak.

Kalau dalam buku Alex McBride ini dia kata, kadang-kadang pernafasan orang yang buat itu pun boleh mengganggu. Maknanya very fragile dan juga memang boleh. Oleh sebab itu mensabitkan orang dengan DNA itu walaupun dibolehkan dalam undang-undang, tetapi kita kena ingat ia masih terbuka kepada seperti dikatakan oleh Yang Berhormat Gopeng tadi, banyak kes sebelum ini, kes-kes di luar negara pernah walaupun telah diputuskan, akhirnya apabila dikaji balik, mahkamah boleh review balik.

Saya hendak katakan bahawa sepatutnya pihak kerajaan ini kita janganlah teruskan budaya ini. Memanglah kalau kamu teruskan pelantikan - Sepatutnya tidak ada masalah kalau negara kita ini buat, saya secara prinsipnya tidak ada masalah peguam negara ini hendak lantik mana-mana peguam swasta, peguam private untuk buat kes mewakili kerajaan. Tidak ada masalah. Prinsip ini pada asalnya kita boleh terima sebab negara- negara dunia lain pun buat. Akan tetapi apabila dimulakan dengan tradisi oleh Syafie ini, ia menyebabkan akan datang mungkin kalau kerajaan hendak pakai peguam-peguam private begini, ia akan jadi, mereka akan mempertikaikan. Oleh sebab itu Tan Sri Syafie telah mencatatkan satu precedent yang paling buruk dan menjatuhkan imej guaman, imej peguam dan sebagainya.

Saya juga ingin menyatakan bahawa dalam isu kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yang Berhormat Permatang Pauh di dalam Parlimen ini, saya merasa pelik kerana kenapa beliau tidak dibenarkan hadir. Pihak penjara di bawah Akta Penjara 1995 seksyen 13(1)(a) mengatakan dia menggunakan kuasa beliau di bawah seksyen itu tidak membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Yang Berhormat Permatang Pauh untuk hadir di Parlimen ini. Kalau kita perhatikan seksyen itu, secara jelas menyatakan bahawa beliau hanya tidak boleh membenarkan mana-mana Ahli Parlimen, mana-mana banduan untuk hadir di luar penjara ini kalau tidak ada sebab yang munasabah, reasonable grounds. Saya hendak tanyalah kepada pihak penjara, kepada pihak Tuan Yang di-Pertua, apa lagi grounds selain daripada constitutional grounds? Kalau seorang Ahli Parlimen diberi hak oleh Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi dalam negara kita di mana Perlembagaan mengatakan apabila seseorang didapati bersalah dan dia membuat aduan pengampunan, dia membuat petisyen pengampunan, kerusi Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Negeri ini tidak boleh dikosongkan.

Kalau tidak boleh dikosongkan, secara mudahnya beliau masih Ahli Parlimen.

Apabila beliau masih Ahli Parlimen, dari segi Perlembagaan beliau masih Ahli Parlimen, bukankah itu adalah satu constitutional ground, satu reasonable ground untuk beliau hadir.

Bagaimanakah pengarah penjara ini boleh bertindak di luar Perlembagaan? Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi dalam negara kita. Kalau Perlembagaan membenarkan beliau hadir, Perlembagaan mengatakan beliau masih lagi belum kosong kerusi beliau, apa hak penjara untuk mengatakan tidak boleh hadir? Takut nanti sebab keselamatan. Kalau polis boleh kawal demonstrasi yang aman, takkan kawal Datuk Seri Anwar seorang tidak boleh?

final5:00 PM

Seorang Ahli

Bawa 200 orang.

final5:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Kamu kalau setiap kali ada demonstrasi, kadang-kadang kita pun pelik polis lebih ramai daripada orang yang demonstrasi. Kalau dalam pilihan raya kecil ini kita lihat polis lebih ramai daripada orang yang hendak mengundi kadang-kadang. Akan tetapi dalam keadaan begitu boleh pula tiba- tiba kenapa tidak boleh? Kita kena ingat bahawa semasa dahulu Parlimen ini pernah buat satu jawatankuasa untuk kaji local election. Saya baca laporan daripada Senator, minta maaf tidak bawa. Akan tetapi nama laporan itu seorang Senator berbangsa India, 8 report. Saya baca laporan itu, 182 muka surat.

Semasa mereka membuat inquiry itu, antara orang yang dibenarkan, yang dipanggil untuk memberi keterangan adalah mereka yang ditahan sama ada political prisoner dan sebagainya.

final5:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Mereka request dan dibenarkan. Jadi maknanya itu bukan Ahli Parlimen. Ini Ahli Parlimen, Ketua Pembangkang ada hak di bawah Perlembagaan. Dia mewakili rakyat dia, kerusi masih tak kosong dan alasan untuk kita tidak boleh masukkan dia satu sahaja kalau tidak ada sebab munasabah. Apa lagi sebab kalau hadir di Parlimen ini tidak munasabah kah selagi dia masih Ahli Parlimen. Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Parlimen tidak munasabah kah? Jadi bagaimanakah kita boleh ignore semua law ini.

Saya rasa dalam Malaysia ini bila tiba Datuk Sri Anwar Ibrahim law dia lain.

Perbicaraan bila tiba Anwar Ibrahim perbicaraan lain. Bila dia melibatkan orang lain, dia lain. Sampai bila kita hendak zalimi Permatang Pauh ini, sampai bila? Kita boleh banggalah hendak maqasid syariah kita ini. Tapi kalau perangai macam ini tidak layaklah bercakap fasal maqasid syariah, minta maaflah tak layak.

Kamu bukan fail untuk maqasid syariah indeks dan sebagainya, kamu fail dari segi kelayakan untuk buat benda itu. You are not qualified even to device benda itu. Let alone untuk kamu hendak kata kamu ini... Sorrylah saya tak boleh terima walaupun kamu sebut, walaupun kamu panggil mungkin ulama-ulama besar kecuali ulama itu bersedia untuk menutup mata tak melihat kezaliman, kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan yang memerintah.

Itu memang boleh, memang ulama usuk ini ulama jahat adalah dalam mana-mana pertubuhan kah atau dalam mana-mana negara. Saya ingin menyatakan Tuan Yang di- Pertua, sebab itulah saya minta supaya dalam isu ini saya minta kerajaan memberikan penjelasan nanti kenapakah dia boleh membenarkan Tan Sri Shafee itu membuat road show sebegitu rupa.

Seterusnya saya juga ingin sentuh sedikit fasal berkaitan dengan 1MDB ini, sedikit sahaja. Pertamanya bagi pihak Harakah, kita difahamkan memang Perdana Menteri ingin menyaman soal 1MDB ini. Ini kali pertamalah dalam sejarah Malaysia ini seorang Perdana Menteri menyaman. Seteruk-teruk Tun Dr. Mahathir pun dia tak saman.

Selemah-lemah Pak Lah pun dia tak saman. Akan tetapi Dato’ Seri Pekan ini nampaknya beliau tak tahan, saman juga. Kita pun pelik, biasa kalau orang saman ini orang takut sekarang ini Yang Berhormat Pandan tolonglah saman saya. Mana dalam dunia ini orang kena saman orang jadi tak takut, orang minta pula. Saya minta supaya kaji baliklah.

Kita bukan takut, kita tidak ada masalah untuk lawan di mahkamah. Cuma saya hendak nyatakan bahawa kalau betul hendak jaga maruah, Pekan mengatakan saya saman sebab hendak menjaga maruah keluarga. Kalau betul hendak jaga maruah keluarga, kalau betul hendak jaga maruah Perdana Menteri, saya minta, saya cabar sue New York Times. Saman, dulu nama Perdana Menteri diimplicate oleh akhbar Perancis dalam kes Altantunya. Tak saman. Kami kalau tidak ada duit pun tak apa, kami peguam Pakatan Rakyat sedia bantu beliau. Walaupun dia tahu kalau kita bantu beliau katakanlah tidak ada duit kita terpaksa pegang duit tak apalah kita tolong demi Perdana Menteri yang dikasihi.

final5:20 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Sepang.

final5:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Apa? Bangun-bangun. Sila bangun.

final5:20 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Sepang.

final5:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Sila bangun. Bangun debate, debate. Kalau cakap macam itu tak ada class lah. Bangun debate, bangun. Apa sudah panas kah, tidak tahan kah?

final5:20 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Laluan.

final5:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Menteri bangun, saya bagi peluang.

final5:20 PM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final5:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

UMNO tak bagi kita peluang, kita bagi peluang. Sila cakap. Tudung merah lawa cantik pula hari ini.

final5:20 PM

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Minta maaf Tuan Yang di-Pertua saya tak boleh debate. Jadi jangan hendak provoke saya, terima kasih.

final5:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Kalau tak boleh debate dengarlah.

Kalau tak tahan, ambillah kapas masukkan, itu hendak buat macam mana.

final5:20 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Yang Berhormat Sepang bagi laluan Yang Berhormat Sepang.

final5:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Okey silakan.

final5:20 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat Sepang ada mengatakan bahawa Pekan akan mengambil tindakan bukan sahaja kepada Harakah tetapi juga insya-Allah kepada Yang Berhormat Pandan kerana menjatuhkan maruah dan integriti keluarga beliau. Akan tetapi sedarkah Yang Berhormat Sepang bahawa tulisan Deepak Jaikishan, malah surat yang ditulis oleh Deepak disiarkan secara total oleh banyak akhbar-akhbar bukan sahaja memburukkan Pekan tetapi menghina sehina-hinanya Pekan, termasuklah menyatakan bahawa Deepak telah pun memberikan sejumlah wang yang banyak sebagai insentif dan rasuah kepada keluarga Pekan termasuklah kepada isteri dan adik beliau.

Ini nampaknya suatu yang amat memalukan. Adakah Yang Berhormat Sepang merasakan Pekan harus mengambil tindakan untuk membersihkan nama keluarga beliau.

final5:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Petani. Ini menunjukkan bahawa Pekan ini dia memilih satu cara yang dipanggil ‘sayang yang berpilih’. Apabila Harakah, oh you kena saman. Deepak ini dia tak payah, maknanya dia berpilihlah. Selektif dari segi hendak saman ini. Jadi saya minta supaya Pekan memberi penjelasan kenapa. Kalau betul hendak jaga maruah, saya setuju dengan apa yang diperkatakan oleh Sungai Petani tadi saman semua kes.

Akan tetapi saya juga hendak mengatakan bahawa Pekan bukan sahaja mesti menjaga nama keluarga beliau. Beliau juga seharusnya sebagai Perdana Menteri menjaga nama beliau sebagai Perdana Menteri sebab beliau mewakili rakyat Malaysia. Sebab itu atas kepentingan menjaga nama Malaysia kalau apa yang dikatakan oleh New York Times itu tidak betul, fitnah, sila saman.

Sebab artikel yang dikeluarkan oleh MalaysiaKini kah, artikel Harakah kah kebanyakannya diambil oleh New York Times. Sebab itu kita minta supaya kalau betul hendak jaga nama, hendak jaga integriti, hendak jaga kita punya reputasi sebagai Perdana Menteri, sila saman New York Times. Kita sedia bantu kalau tak ada duit, kita sedia buat tabung, tabung Pekan kita panggil. Ataupun tabung untuk dana New York Times.

final5:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Yang Berhormat Sepang, bagi laluan.

final5:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Ini okey bolehlah.

final5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila Yang Berhormat Baling.

final5:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Tuan Yang di- Pertua, terima kasihlah saya sudah mengamati, saya dengar sedalam-dalamnya apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Sepang tadi. Sebagai seorang peguam, kita harus berhemah, kita jangan angkuh sangat, cara kita bercakap sehingga mencabar. Takkanlah Pekan itu tidak ada jasanya langsung. Dalam masa yang sama saya melihat Yang Berhormat Sepang takut suruh Pekan tarik balik terhadap Harakah. Tunggulah selepas ini, satu persatu akan disaman tapi janganlah kita angkuh dan satu lagi masa Yang Berhormat Sepang berhujah pasal kes Datuk Seri Anwar, kita tak kacau okey. Akan tetapi janganlah sampai mengganggu presiden kami sampai mengaibkan itu sudah melampau. Kita jangan angkuh.

final5:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Okey.

final5:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Saya hendak bagi tahu satu perkara lagi dalam konteks Tan Sri Shafee tadi, kalaulah seorang Yang Berhormat Sepang seorang yang hebat, ramai sudah ada peguam di sini, samanlah beliau kerana road show beliau dan itu di antara sebab. Sebab saya pernah tanya di antara sebab yang beliau nyatakan kerana belah sini banyak menyatakan bahawa itu ialah konspirasi politik, hakim-hakim ini bersama-sama dengan beliau untuk menjatuhkan Yang Berhormat Permatang Pauh.

final5:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Okey, okey. Okey cukup, cukup.

Okey sudah.

final5:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Jadi oleh kerana itu...

final5:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Sudah.

final5:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Sabarlah, saya tak habis lagi. Sudah bagi peluang, jadilah gentleman.

final5:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Hai saya bagi ini ihsan. Orang bagi ihsan cukup.

final5:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Tak, tak ada saya tahu tidak ada ihsan, tak ada ihsan...

final5:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Ini bukan pasal laluan, boleh. Ini masalah floor saya...

final5:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Bila kita bercakap pun kita bagi peluang. Kita gentlemanlah saya bagi.

final5:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Bila masa bagi?

final5:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Saya bagi.

Gentlemanlah, jangan begitu.

final5:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Janganlah.

final5:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Kita jangan bersikap angkuh sehingga hendak buat tabung Pekan. Kita tak pernah minta sedekah dengan pembangkanglah.

final5:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Sudahlah itu. Sudahlah.

final5:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Tak payah kami nak- saya sendiri boleh bayar lawyer fees untuk Pekanlah. Tak payah hendak tunggu tabung ihsan Pekan yang hendak diwujudkan oleh wakil rakyat ataupun lawyer-lawyer itu.

Kita tahulah.

final5:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Cukuplah bodek itu. Cukuplah bodek alah!

final5:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Yang kamu bodek Permatang Pauh itu buat apa kamu boleh bodek, orang lain tak boleh bodek. Kamu menghina orang.

final5:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Sudah dapat data itu hendak apa lagi? Baliklah.

final5:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Jangan angkuh!

Allah SWT maha kaya. Kamu seorang Islam, jangan angkuh sangat dan jangan biadab!

final5:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Saya hendak nyatakan di sini.

Terima kasih kepada kawan saya Yang Berhormat Baling.

final5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila gulung Yang Berhormat Sepang.

final5:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Sila gulung ya. Saya ingat hendak gulung dengan Yang Berhormat Baling, Baling sekali. Akan tetapi tidak mengapalah. Saya sebenarnya hendak katakan macam ini Yang Berhormat Baling. Sebenarnya mana yang kata kalau kamu hendak bercakap katakan saya angkuh, saya...

final5:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Tabung ihsan!

final5:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Sabar dulu.

final5:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Tabung ihsan itu angkuh lah! Apa kita ini teruk sangat kah, tidak ada duit kah, kalau kami hendak lawan, kami boleh guna duit sendiri. Itu angkuh lah itu biadab, keturunan Pekan kayalah, tak payah minta sedekah daripada you all lah.

final5:20 PM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Mestilah.

final5:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Okey, okey. Dengarlah Yang Berhormat Baling.

final5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Sepang. Kita 5.30 sahaja hari ini.

final5:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Okey, Yang Berhormat Baling, terima kasihlah Yang Berhormat Baling. Saya tadi, balik dengar ucapan saya betul-betul.

Saya tahu panas, tapi saya bercakap, even tak sentuh...

final5:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Kita hormat Yang Berhormat Sepang, kita hormat. Akan tetapi Yang Berhormat Sepang sudah melampau.

Terlampau, lampau sangat. Kita ada limitlah kita boleh tegur, kami pun boleh cakap tapi kita ada limit. Janganlah angkuh sangat, mentang-mentang kamu ingat, kamu hebat...

final5:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Saya cukup baiklah saya bagi ruang tapilah kena Baling ini patut kena baling keluar dia ini.

final5:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Eh ramai lagi peguam-peguam dekat luar hebatlah. Jangan takburlah. Allah SWT akan tarik balik kepada orang yang takbur inilah. Macam kamu suruh...

final5:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Oh! Bila kita, angkuh. Kita cakap benda yang fakta. Kalau hendak bahas, bahas faktalah.

final5:30 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Kalau pasal tabung, patut kamu buat tabung bencana alam, pergi tolong orang banjir. Itu kamu tidak boleh hendak buat, hendak buat tabung legal. Sudahlah kamu.

final5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Okey, Yang Berhormat Sepang.

final5:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tidak apalah. Saya sebenarnya kasihan pada Yang Berhormat Baling. Bagi dia bercakaplah sebab dia memang seorang yang tidak tahanlah kalau Yang Berhormat Pekan diserang, saya faham.

Akan tetapi saya hendak kata Yang Berhormat Baling, dengar betul-betul ucapan saya tadi. Saya kata kalau betul urusan dia hendak jaga nama keluarga, saya sebagai rakyat Malaysia, saya minta juga dia jaga nama dia. Sebab itu saya minta saman New York Times, saman Sarawak Report. Sebab itu kita kata, “Kalau tidak ada duit” sebab kami tahu dia ada duit. Kalau alasannya tidak boleh saman sebab tidak ada duit, kita sanggup sebagai rakyat Malaysia tolong buat derma. Bukan pasal angkuh. Tolong pun angkuh ke? Apakah bendanya punya hujah ini?

Akan tetapi saya hendak katakan kepada Yang Berhormat Pekan bahawa perlu beliau menjaga nama beliau, sebab antaranya- banyak sangat tuduhan termasuk yang lain yang saya hendak tanya dan minta pengesahan, sebab dikatakan dalam artikel yang ditulis dalam New York Times itu dia mengatakan antaranya mengambil maklumat-maklumat daripada PMO atau Prime Ministers Office. Antaranya. Saya minta Menteri menjawab.

Betulkah dakwaan New York Times bahawa Jho Low ini dalam satu kes mahkamah di England, ada dalam fail mahkamah itu, beliau telah menggunakan 1MDB punya surat sebagai letter of support untuk mendapatkan pinjaman? Saya minta pengesahan. Kalau betul, kenapakah beliau diberi special preference? Kalau tidak betul, adakah 1MDB bersedia ataupun sesiapa pihak kerajaan bersedia untuk mengambil tindakan?

final5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, terima kasih Yang Berhormat Sepang.

final5:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih. Saya harap supaya ucapan-ucapan saya ini dapat diberikan jawapan ke atas persoalan yang saya timbulkan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Isnin, 16 Mac 2015.

final5:30 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.32 petang]

All Rights Reserved © 2026